MODUL ___ JAM
Pelan Pembangunan Organisasi
Modul Latihan PEMBANGUNAN DASAR DAN HALA TUJU SEKOLAH 14 Laluan Lembaran Kerja Latihan Disusun oleh
Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek
[email protected] [019 – 947 4045]
[email protected]
MISI “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
VISI “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
[email protected]
PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG (PERANCANGAN STRATEGIK)
[email protected]
1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Sebelas Anjakan Untuk Transformasi Sistem
1 Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
2
Memastikan Setiap Murid Menguasai Kemahiran Dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris Dan Digalakkan Mempelajari Bahasa Tambahan
3
Melahirkan Rakyat Yang Menghayati Nilai
4 Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
[email protected]
Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa. Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020 Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid yang memerlukan Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris Meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025 Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020 Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013 Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013 Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016 Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016 Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan mulai 2025
2
5 Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah
6
Mengupaya JPN, PPD Dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7 Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia
8
Mentransformasi Kebolehan Dan Keupayaan Penyampaian Kementerian
9
Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti, Dan Sektor Swasta Secara Meluas
10
Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit
11
Meningkatkan Ketelusan Untuk Kebertanggungjawaban Awam Secara Langsung
[email protected]
Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013 Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/ Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014 Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima sokongan kewangan yang saksama Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam Sains, Matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik keberhasilan murid Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada sekolah menjelang 2014 Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013 Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang 2013, dan pelaksanaan mulai 2016 Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016 Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penaja Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap tahun Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai 2013 Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan 2025
3
ASPIRASI SISTEM Akses
Kualiti
Ekuiti
Perpaduan
Kecekapan
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masingmasing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5)menjelang 2020. Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa. 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
[email protected]
4
ASPIRASI MURID Pengetahuan
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Memimpin
Kemahiran Dwibahasa
Etika dan Kerohanian
Identiti Nasional
Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yangmenyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan. Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosio ekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
[email protected]
5
Laluan 1 PEMIKIRAN STRATEGIK: TEMPLAT ABC UNIVERSAL Sumber: Haines Centre for Strategic Management “Menjelaskan dan Mempermudahkan Pemikiran Anda” – Tentang Projek Anda __________________________________________________________ (Nama Organisasi – Isu – Masalah – Projek – Usaha Perubahan (dll.)
__________________ TARIKH MASA KINI
C
IMBASAN PERSEKITARAN LUARAN MASA DEPAN Apakah yang akan berubah di masa depan kita? Persekitaran luaran yang akan memberi kesan kepada kita
D
KENDALIAN SISTEM / PROSES
Bagaimanakah kita sampai ke sana (merapatkan jurang dari
INPUT
C
ke
Di manakah kita sekarang?
A \?
____________________ TARIKH MASA DEPAN
E
A
OUTPUT/ OUTCOMES
PENILAIAN SEMASA
TINDAKAN KEUTAMAAN
STRATEGI UTAMA
HASIL YANG DIINGINI
(dan bajet)
S
W Di manakah kita mahu menjadi?
O
C
GELUNG MAKLUM BALAS
B
Ukuran Kejayaan Utama / Matlamat Bagaimanakah kita akan tahu apabila kita sampai ke sana?
[email protected]
6
PERANCANGAN STRATEGIK Membina Pelan Pembangunan Organisasi memerlukan Perancangan Strategik. Perancangan
strategik
adalah
“usaha
yang
berhati-hati
dan berdisiplin bagi
menghasilkan keputusan serta tindakan asas yang membentuk dan memandu organisasi, apa yang dilakukannya dan mengapa ia melakukannya” (Bryson, 2011). Perancangan strategik adalah pendekatan yang berurusan dengan cabaran yang dihadapi organisasi. Cabaran ini memerlukan pemimpin berhati-hati dan berdisiplin jika ia ingin diurus secara efektif.
Semua organisasi adalah dalam keadaan perubahan yang berterusan dan berubahubah – walaupun mereka merasakan ianya stabil adalah secara tipikal berubah dalam berbagai cara. Orang akan datang dan pergi, mandat bertukar, bajet berubah, keperluan dan harapan pemegang taruh adalah juga berubah dan sebagainya. Organisasi yang diurus secara strategik mendefinisikan di mana mereka mahu menjadi dan mengurus perubahan secara efektif menerusi agenda tindakan bagi mencapai masa depan berkenaan. •
Perancangan strategik adalah cara berfikir, bertindak dan belajar.
•
Ia sering kali mengambil pandangan yang komprehensif dengan memberi fokus terhadap gambaran yang besar atau “big picture”, ia juga membawa tindakan yang spesifik, disasarkan dalam masa kini dan memberi kesan jangka masa panjang.
•
Ianya berkaitan dengan berwawasan dan sering kali proaktif berbanding reaktif bagi menangani isu keperluan untuk berubah.
•
Ianya fleksibel dan praktikal.
•
Ianya panduan membuat keputusan dan pengagihan peruntukan; perancangan strategik adalah panduan membuat bajet.
[email protected]
7
Perancangan strategik bukanlah satu perkara tersendiri tetapi sebagai pilihan set konsep, prosedur, metodologi dan alat yang boleh membantu organisasi bukan berasaskan keuntungan dan awam menjadi lebih berjaya dalam mendefinisi dan mencapai misi dan visi mereka dan dalam mencipta nilai yang signifikan dan bertahan.
Menerusi perancangan strategik, organisasi boleh •
Membincang dan mendokumen tentang persekitaran di mana mereka berada
dan
beroperasi
dan
meneroka
faktor
dan
trend
yang
mempengaruhi cara mereka melakukan urusan dan melakukan peranan meraka. •
Memperjelas dan merangka isu atau cabaran yang dihadapi organisasi.
•
Memperjelas misi, matlamat dan nilai organisasi dan menyatakan dengan jelas visi, di mana organisasi mahu berada.
•
Membangun strategi bagi melaksanakan mandat, memenuhi misi, merealisasi visi, mencapai matlamat dan mencipta nilai dengan mengenal pasti dan melaksanakan semula mandat, misi, nilai, matlamat, peringkat hasil dan perkhidmatan, klien, pengguna atau pembayar, kos, kewangan, struktur, proses dan pengurusan.
Untuk lebih efektif, perancangan strategik mesti berorientasikan tindakan dan keputusan dan mesti dihubungkan kepada perancangan operasi. Ia mesti juga dihubungkan kepada pelbagai jenis fungsi perancangan - teknologi maklumat, sumber manusia, kewangan, pelan urusan dan sebagainya. Perancangan untuk semua jenis mesti dilakukan dengan implementasi perkara yang ada dalam fikiran, dan implementasi proses sendiri mesti diuruskan secara efektif; sebaliknya, harapan dan impian lebih sedikit daripada fantasi.
[email protected]
8
RANGKA KERJA MEMBINA PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI Misi
Visi
Nilai
PELAN JANGKA MASA PANJANG (3 – 5 TAHUN) Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 1
Objektif 1 …
Strategi 1
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 2
Objektif 2 …
Strategi 2
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 3
Objektif 3 …
Strategi 3 dan …
PELAN JANGKA MASA PENDEK (1 TAHUN) Pelan Operasi 1
Pelan Taktikal Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4
Pelan Operasi 2
Pelan Operasi 3
Pelan Operasi 4
[email protected]
9
Laluan 2 MISI Mengapakah sekolah wujud? Perkhidmatan, Produk & Maklumat
Pelanggan
1 Menggambarkan apakah yang organisasi lakukan sekarang (apakah perkhidmatan yang ditawarkan?) DAN bagaimanakah cara melakukannya
2 Menggambarkan kepada siapakah perkhidmatan tersebut diberikan. Ianya menjawab soalan siapakah pelanggan utama organisasi?
Perkhidmatan, Produk & Maklumat
Pelanggan
"Misi
kami
adalah
untuk
menyediakan
...
Hasil Akhir, Outcome, Akibat 3 Menggambarkan hasil akhir yang diingini. Apakah keperluan pelanggan yang dapat organisasi penuhi?
Hasil Akhir, Outcome, Akibat
(pelanggan)
dengan
...
(perkhidmatan dan produk) dalam rangka mencapai ... (mengapa kita wujud / ciri-ciri keunikan, nilai atau prinsip pegangan utama sekolah dalam memenuhi tujuan kewujudannya).”
[email protected]
10
Huraian [Kata kunci dalam Misi]
[email protected]
11
Laluan 3 VISI Visi mengandungi pernyataan tertinggi yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi dan lazimnya mengandungi maklumat mengenai cita-cita organisasi.
Pernyataan visi adalah gambaran keunggulan prestasi organisasi yang dikongsi bersama.
Ia adalah panduan gambaran kejayaan dan menjawab soalan:
"Apakah yang ingin kita ciptakan?"
"Bagaimanakah kita ingin dikenali?"
Proses pembinaan visi;
Berfikir mengenai masa hadapan yang ingin dicapai dalam masa 3 -5 tahun.
Membentuk halatuju yang jelas berdasarkan aktiviti organisasi.
Memberi inspirasi kepada anggota organisasi.
Memutuskan Siapa Kita, Apa Kita Buat, dan Ke Mana Hendak Kita Tuju.
[email protected]
12
Apakah yang sekolah ingin capai?
Huraian [Kata kunci dalam Visi]
[email protected]
13
Laluan 4 NILAI SEKOLAH Nilai merupakan
Faktor kemanusiaan yang akan mendorong pekerjaan.
Set panduan, prinsip, kepercayaan, atau pernyataan yang akan menyokong mematuhi janji dan sebagai panduan mencapai visi.
NILAI
[email protected]
14
Huraian berkaitan nilai:
[email protected]
15
PIAGAM PELANGGAN
Komitmen bertulis, dipamerkan, jaminan penyampaian perkhidmatan mengikut standard dan memberitahu hak-hak pelanggan.
Komitmen - 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana.
Ikrar - Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008 – 2013)
[email protected]
16
Ditulis berdasarkan kaca mata pelanggan. Ditetapkan standard – satu ukuran kejayaan kuantitatif. Fokus – Pelanggan, standard dan sikap Ciri-ciri – Jelas, senang disebarkan, praktikal, khusus, mempunyai kebolehpercayaan, dan boleh ditambah baik.
[NAMA SEKOLAH] komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami
KEPADA MURID
KEPADA GURU DAN KAKITANGAN
KEPADA WARIS
KEPADA PEMEGANG TARUH
[email protected]
17
Laluan 5 INDIKATOR KEJAYAAN SEKOLAH
Indikator kejayaan sekolah boleh dibahagikan kepada dua: 1.
Berfokuskan murid
2.
Tidak Berfokuskan murid
Indikator menyediakan standard untuk sekolah atau murid dilihat dan boleh diukur. Tanpanya, ianya susah, ataupun mustahil untuk mengukur kejayaan murid atau keberkesanan sekolah atau cuba menambahbaik pembelajaran. Indikator juga mengukur sejauh mana misi dan visi sekolah dicapai.
Indikator Kejayaan Murid adalah: keputusan yang boleh diukur berfokuskan murid yang sekolah ada keupayaan, berhasrat atau perlu mempengaruhi dan baginya ia sanggup atau dikehendaki dipertanggungjawabkan.
Indikator Kejayaan Berfokuskan Murid
[email protected]
Yang Diukur Oleh
18
Indikator Kejayaan Berfokuskan Murid
Yang Diukur Oleh
Indikator Kejayaan Tidak Berfokuskan Murid
Yang Diukur Oleh
[email protected]
19
Laluan 6 MATLAMAT DAN OBJEKTIF Kejayaan misi dan visi dilihat kepada pencapaian matlamat. Matlamat merupakan kejayaan yang ingin dicapai masih bersifat umum. Ianya diukur berdasarkan pencapaian objektif.
Objektif merupakan ukuran kejayaan sesuatu matlamat. Ianya sesuatu yang boleh diukur. Memiliki ciri-ciri SMART.
SMART S
= Specific / Spesifik;
M
= Measurable / Boleh Di Ukur;
A
= Attainable / Boleh Di Capai;
R
= Reasonable / Wajar-Munasabah;
T
= Timeline / Ada Tempoh Masa)
Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) Sasaran Ingat: Membezakan antara keputusan / hasil (apa) dan cara MATLAMAT
(bagaimana).
OBJEKTIF
[email protected]
20
MATLAMAT
OBJEKTIF
Empat (4) Skala Pengukuran 1. Nominal (Kurang dipercayai, samarsamar dan mungkin keliru) 2. Ordinal (Samar-samar dan kabur tetapi lebih dipercayai daripada nominal 3. Interval – Sela (Lebih dipercayai, tepat) 4. Ratio – Nisbah (Lebih dipercayai, tepat)
[email protected]
Menamakan sesuatu (contoh, cemerlang, cantik, sejuk, panas) Matlamat Menentukan sesuatu lebih hebat daripada yang lain (contoh, pasukan ini lebih hebat daripada pasukan tersebut) Berkaitan item sepanjang skala dengan selang yang sama yang mempunyai titik sifar secara rambang (contoh, darjah celsius) Objektif Berkaitan item sepanjang skala pada satu titik sifar diketahui dengan selang yang sama. (contoh, berat, jarak)
21
Laluan 7 MENGENAL PASTI ISU / MASALAH / PERSOALAN POKOK Analisis Persekitaran (Keperluan) Analisis persekitaran adalah proses untuk mengenal pasti semua elemen dalaman dan luaran yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi dan menilai tahap kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman yang hadir. Penilaian kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran / ancaman kemudiannya dimasukkan ke dalam proses membuat keputusan untuk menyelaraskan strategi yang lebih baik dengan persekitaran organisasi.
Aspek Ketara Strategi Objektif Polisi dan Prosedur Struktur Teknologi Rantaian Arahan Autoriti Formal
Aspek Tersembunyi Sikap Persepsi Norma Kumpulan Interaksi Formal Konflik Interpersonal Konflik Interkumpulan
Apakah cara dan alat mengumpul data bagi tujuan analisis persekitaran?
[email protected]
22
Untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi peningkatan pencapaian murid secara khususnya dan pencapaian sekolah amnya, mereka yang bekerja untuk menyelesaikan masalah mesti menentukan apa masalah yang mereka cuba untuk menyelesaikannya, dan sebab sebenar masalah berkenaan.
Mana-mana perangkap yang mudah untuk jatuh ke dalamnya sering untuk seseorang itu terus melompat kepada penyelesaian sebelum memastikan masalah sebenarnya. Menggali jauh di bawah gejala masalah akan mendedahkan punca supaya penyelesaian yang sesuai boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid dan keberkesanan sekolah. Banyak alat yang boleh digunakan untuk tujuan ini, antara alat-alat berkenaan
Percambahan Fikiran (Brainstorming)
Teknik Kumpulan Nominal
Diagram Sebab_Akibat
Matriks Keputusan
Diagram Kesamaan Dan Saling Berhubungan
Analisis Force Field
Matriks „Adalah / Bukanlah‟
Pemetaan Minda
[email protected]
Analisis SWOT
Diagram Pokok
Perbandingan Berpasang
Kajian-kajian (Profil Sekolah), laporan dan aduan dll.
23
ANALISIS KEPERLUAN -5
-
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat
4
5
+
Dalaman (Dalam Konteks Sekolah)
1. Apakah yang perlu untuk hebat? 2. Sekarang ini, adakah ia penggerak atau penghalang? 3. Berapakah skalanya? 4. Manakah yang perlu dahulu dihapuskan atau ditingkatkan?
Luaran (Luar Konteks Sekolah)
Jumlah
ara
[email protected]
24
ANALISIS KEPERLUAN -5
-
-4
-3
-2
-1
0
1
2
3
Keperluan Sekolah / Guru / Murid / ... untuk Hebat
4
5
+
Dalaman (Dalam Konteks Sekolah)
Luaran (Luar Konteks Sekolah)
Jumlah
ara
[email protected]
25
Laluan 8 INISIATIF / STRATEGI Inisiatif atau strategi adalah usaha yang kena buat bagi menyelesaikan masalah yang wujud. Permasalahan adalah kesulitan yang dirasakan oleh seseorang. Permasalahan dapat juga diertikan sebagai sesuatu yang menghalangi tercapainya tujuan[1]. Secara umum, suatu masalah didefinisikan sebagai keadaan atau jurang antara harapan dan kenyataan. Masalah sebagai jurang antara keperluan yang diinginkan dan keperluan yang ada[2].
ISU / MASALAH DLL.
[email protected]
INISIATIF / STRATEGI
26
ISU / MASALAH DLL.
[email protected]
INISIATIF / STRATEGI
27
Laluan 9 PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PANJANG): MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, INISIATIF / STRATEGI Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
[email protected]
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran TOV
2015 [AR]
2016 [AR]
2017 [AR]
Inisiatif / Strategi
Pegawai Bertanggungjawab
28
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
[email protected]
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran TOV
2015 [AR]
2016 [AR]
2017 [AR]
Inisiatif / Strategi
Pegawai Bertanggungjawab
29
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
TOV: AR:
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran TOV
2015 [AR]
2016 [AR]
2017 [AR]
Inisiatif / Strategi
Pegawai Bertanggungjawab
Take Of Value (Nilai Titik Mula) Actual Results (Keputusan Sebenar)
[email protected]
30
PERANCANGAN JANGKA MASA PENDEK (PELAN TAKTIKAL, PELAN OPERASI)
[email protected]
31
Laluan 10 PELAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (JANGKAMASA PENDEK): MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN TAHUNAN, INISIATIF / STRATEGI Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran 2015 TOV
OTI1 [AR]
OTI2 [AR]
ETR [AR]
Inisiatif / Strategi
Pegawai Bertanggungjawab
32
[email protected]
Matlamat / Bidang Keberhasilan Utama (KRA)
TOV: ETR: OTI:
Objektif
Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Sasaran 2015 TOV
OTI1 [AR]
Take Of Value (Nilai Titik Mula) Expected Targeted Result (Keputusan Sasaran Dianggarkan) Operational Targeted Increment (Kenaikan Sasaran Operasi)
[email protected]
OTI2 [AR]
AR:
ETR [AR]
Inisiatif / Strategi
Pegawai Bertanggungjawab
Actual Results (Keputusan Sebenar)
33
Laluan 11 11a PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN GRID IMPAK-BOLEH BUAT
CATATAN
Tinggi
Boleh Buat mengambil kira (a) tahap kesukaran proses kerja; (b) Kompetensi staf yang bertanggungjawab; (c)Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat; (d) Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan; (e)Andaian keupayaan mengatasi halangan; (f) Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat/isu, misi dan visi; (g) Akur kepatuhan dengan mandat / arahan; (h) Rekod keberkesanan yang lepas; (j) Kesesuaian dengan persekitaran terkini
4
3
Impak
2
1
0
[email protected]
Tinggi 1
2 3 Boleh Buat
4 34
SENARAI INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN
1
2
3
4
5
[email protected]
35
11 b PEMILIHAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI BERDASARKAN PEMBERATAN Menggunakan skala likert
Bil
1 2 3 4 5
-
Amat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Amat tinggi
Kriteria Pemilihan
1
1
Tahap kesukaran proses kerja*
2
Kompetensi staf yang bertanggungjawab
3
Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat*
4
Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan (tahap keperluan)* Andaian keupayaan mengatasi halangan
5 6
-
7
Andaian hasil yang dijangkakan/impak untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
8
Rekod keberkesanan yang lepas
9
Kesesuaian dengan persekitaran terkini
5* 4 3 2 1 2
3
4
5
Jumlah Skor Keputusan
Ulasan Inisiatif / Strategi / Aktiviti mana didahulu?
[email protected]
36
SENARAI INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGIKUT KEUTAMAAN
1
2
3
4
5
37
[email protected]
11c PENJANAAN INISIATIF / STRATEGI / AKTIVITI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS KELEMAHAN (W)
KEKUATAN (S) Dalaman
Luaran
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8
W1 W2 W3 W4 W5 W6 W7 W8
PELUANG (O) O1 O2 O3 O4 O5 O6 O7 O8 CABARAN / ANCAMAN (C/T) C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8
38
[email protected]
Laluan 12 PROGRAM / AKTIVITI INISIATIF / STRATEGI
PROGRAM / AKTIVITI
39
[email protected]
INISIATIF / STRATEGI
[email protected]
PROGRAM / AKTIVITI
40
Laluan 13 PELAN TAKTIKAL
INISIATIF / STRATEGI
Bil
Program, Aktiviti, Projek dan Tindakan
Tanggung jawab
Tempoh/ Hari
Kos/ Sumber
Output / Outcome
KPI
Sasaran
Pelan Kontingensi
41
[email protected]
Laluan 14 PELAN OPERASI
Matlamat Strategik
:
Iniasiatif / Strategi
:
Nama Program / Projek
:
Objektif Program / Projek
:
Tanggungjawab
:
Tempoh / Hari
:
Tempat
:
Sasaran
:
Kos / Anggaran Perbelanjaan
Sumber
:
Jawatankuasa
:
Ringkasan Program
:
[email protected]
:
42
Langkah 1
Proses Kerja
Tanggungjawab
KPI
Sasaran
Status/Pelan Kontigensi
Mesyuarat Jawatankuasa: - Bentang kertas kerja - Lantikan J/Kuasa - Tetapkan tarikh - Anggaran kos - Agihan tugas
2
Taklimat kepada yang terlibat
3
Mempromosikan program - surat pemberitahuan - surat jemputan
4
Penyediaan bahan
5
Penyediaan tempat dan peralatan
6
Pelaksanaan Program
7
Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem
[email protected]
43
TERIMA KASIH. Pensyarah Kanan Jabatan Coaching & Mentoring Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek NPQH (IAB); Diploma Pertanian (UPM); Diploma Pendidikan (UTM), Bacelor Sains Pertanian (UPM); Sarjana Kepengetuaan (UM) Certificate in Coaching Practice Programme (UMCCeD); Kursus Leadership Coaching & Mentoring (IAB); Certificate Programme on Coaching & Mentoring (The University of Waikato); Coaching & Mentoring – Awareness (Shaker Sdn Bhd)) Pengalaman Mengajar & Mentadbir 1990 Mula mengajar, SMK Kuala Krau 1992 – 1999 PK Kokurikulum SMK Kuala Krau PK HEM, SMK Kuala Krau GKMP T & V, SMK Kuala Krau 1999 – 2000 Cuti Belajar 2001 PK Petang, SMK Mentakab 2002 – 2009 Memangku Pengetua & Care Taker, SBPI Temerloh PK, SBPI Temerloh 2009 PK, SMK Datuk Bahaman 2010 – 2014 Ketua Jabatan, Jabatan Mentoring & Coaching, IAB 2009 – Sekarang Pensyarah Kanan, IAB
Bidang Latihan di IAB Coaching & Mentoring Perancangan Strategik 019 – 947 4045 abdulrazakal@iab. edu.my