TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD (“BANK”) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED (“Kempen”)
Tempoh Kempen
1.
Kempen Kad Kredit CIMB Preferred (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“Bank”) dan akan berlangsung dari 1hb Ogos2015 hingga31hb Oktober2015, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh luput Kempen dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari kalendar selaras dengan klausa 17 terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini.
Kelayakan
2.
Kempen terbuka kepada semua pelanggan CIMB Preferred yang bukan pemegang kad kredit CIMB Bank (sama ada utama atau tambahan)sahaja(“Pelanggan Layak”).
3.
Meskipun klausa 2 di atas, individu/entiti berikut tidak layak menyertai Kempen:a) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung dan syarikat; dan/atau b) Pekerja tetap dan/atau kontrak CIMB (termasuk anak-anak syarikat dan/atau syarikat-syarikat berkaitannya) dan/atau ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau c) Wakil dan/atau agen CIMB atau ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik).
Kriteria Kelayakan dan Mekanisme Kempen
4.
Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak hendaklah memenuhi kriteria berikut:4.1 Pelanggan Layak hendaklah memohon dan/atau menerima pelawaan untuk memohon kad kredit utama CIMB Preferred Visa INFINITE(“Kad Utama”) dalam Tempoh Kempen. 4.2 Permohonan Kad Utama yang dirujuk dalam Klausa 4.1 hendaklah diluluskan dalam Tempoh Kempen dan Kad Utama hendaklah dikeluarkan semasa Tempoh Kempen. 4.3Pelanggan Layak hendaklah menggunakan (‘swipe’)Kad Utama tiga (3) kali untuk membayar sebarang transaksi perbelanjaan runcit yang layak dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan Kad Utama.Pelanggan Layak boleh merujuk kepada makluman kad yang dilampirkan dengan Kad Utama apabila menerima kad tersebut untuk mengesahkan tarikh kelulusan.
5.
Transaksi perbelanjaan runcit yang layak yang dirujuk dalam Klausa 4.3 bermaksud pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditanggung untuk penggunaan peribadi dan tidak termasuk transaksi perjudian atau pertaruhan.Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dengan ini dikecualikan dengan nyata dan tidak boleh dianggap transaksi perbelanjaan runcit yang layak:a) Transaksi Kuasi Tunai – (contoh: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); b) Ansuran bulanan di bawah sebarang kemudahan pembayaran ansuran yang disediakan oleh CIMB Bank atau mana-mana bank lain; c) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan, caj pertikaian, caj penipuan atau sebarang fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya; d) Transksi pendahuluan tunai/pengeluaran/deposit; dan e) Transaksi yang selepas itu dibatalkan, dikembalikan wang, dipertikaikan, tanpa kebenaran atau menipu.
6.
Sebarang penentuan oleh CIMB tentang apakah yang merupakan perbelanjaan yang layak adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua dengan syarat sentiasa bahawa keputusan hendaklah nampaknya adil dan munasabah.
7.
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Pelanggan Layakyang memenuhi semua keperluan dalam Klausa 4 berhak menerima Beg Troli 20” Valentino Creations (“Hadiah”).
8.
Untuk mengelakkan keraguan, pemegang kad kredit tambahan pada Kad Utama tidak berhak menerima Hadiah di bawah Kempen dan perbelanjaan terhadap kad kredit tambahan tidak akan disatukan dengan transaksi perbelanjaan runcit terhadap Kad Utama.
Hadiah
9.
Hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan tidak boleh dipindahkan atau ditukar dengan wang tunai atau kredit.
10. Hadiah terhad kepada 3,000 Pelanggan Layak pertama atas dasar siapa cepat dia dapat setelah
permohonan Pelanggan Layak untuk kad kredit Utama CIMB Preferred Visa INFINITE diluluskan dan Kad Utama digunakan (‘swiped’) tiga (3) kali untuk membayar sebarang transaksi perbelanjaan runcit yang layak dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh kelulusan Kad Utama dari 1hbOgoshingga 31hb Oktober 2015. 11. Imej Hadiah yang ditunjukkan dalam sebarang bahan pemasaran dan pengiklanan hanyalah bagi
tujuan visual dan kod warna dan spesifikasi Hadiah mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar yang diterima. 12. Hadiah akan dihantar melalui kurier kepada Pelanggan Layak dalam masa lima belas (15) minggu
selepas keperluan dalam Klausa 4 terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dipenuhi.
13. Makluman dan penyerahan Hadiah oleh CIMB adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat
posPelanggan Layakyang disimpan dalam rekod CIMB. Pelanggan Layak bertanggungjawab memastikan nombor telefon dan alamat pos mereka adalah terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB. CIMB berhak menarik balik Hadiah sekiranya nombor telefon dan alamat pos Pelanggan Layak yang disimpan di dalam rekod CIMB adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskinikan dan CIMB tidak bertanggungjawab kepada Pelanggan Layakatas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami oleh Pelanggan Layak yang diakibatkan olehnya. 14. Pelanggan Layak bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB untuk mendedahkan butir-butir
mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat mereka) kepada pengedar/agen yang dilantik bagi tujuan penghantaran Hadiah. 15. CIMB berhak menggantikan Hadiah dengan apa-apa barangan lain yang sama nilainya pada bila-bila
masa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari selaras dengan Klausa 18 kepada Pelanggan Layak.
Am 16. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju
terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan seterusnya, bersetuju bahawa keputusan Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen, termasuk Hadiah yang akan diberikan dan penentuan Pelanggan Layak, adalah muktamad, mengikat dan konklusif dengan syarat bahawa keputusan ini hendaklah adil dan munasabah. 17. Bank
berhak melanjutkan, memodifikasi, menggantung, memendekkan, memberhentikan, membatalkan atau menamatkan Kempen dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari kalendar. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh Banktidak akan memberikan hak kepada mana-mana Pelanggan Layak untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapat sebarang pampasan terhadap Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pelanjutan, modifikasi, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan kecuali ini disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank.
18. Dengan menyertai Kempen, Pelanggan Layakdengan ini bersetuju dan dengan tak boleh batal dan tak
bersyarat berakujanji untuk membebaskan CIMB dengan sepenuhnya daripada semua liabiliti dan bersetuju menanggung rugi CIMB (atas dasar tanggung rugi penuh) dan tidak mempertanggungjawabkan CIMB terhadap sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga dan
terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan (termasuk fi dan kos peguamcara) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh CIMB akibat atau berhubung dengan Kempen kecuali ini disebabkan oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank. 19. Bank berhak, menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh
satu (21) hari kalendar untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, melanjutkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan, menggantung, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Makluman tentang Pindaan kepada Pelanggan Layak akan dilakukan melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut menurut budi bicara mutlak Bank, iaitu melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan Bank atau melalui laman web Bank dan/atau melalui komunikasi elektronik termasuk ‘electronic direct mail (“EDM”) dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) dan Pindaan akan dianggap mengikat Pelanggan Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dalam makluman. 20. Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi
yang terkandung dalam sebarang bahan pengiklanan dan promosi lain berhubung dengan Kempen. Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syaratsyarat semasa Kad Kredit CIMB dan terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Keahlian Preferred. 21. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan
sebarang bahan lain (termasuk bahan promosi atau pengiklanan) berhubung dengan Kempen, peruntukan terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasi yang lain bagi tujuan menyelesaikan percanggahan tersebut. 22. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan
antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
23. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Pelanggan Layak boleh
menghubungi ‘Customer Resolution Department’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon, aamat e-mel dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Pelanggan Layak): •
No. Hubungan : 1300 880 900
•
Alamat E-mel
:
[email protected]
• Alamat : CIMB Bank Berhad, Level 17, MenaraBumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur • No. Faks : 03-2691 3248 24. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain, sila lawati mana-mana cawangan CIMB Bank di seluruh
negara atau hubungi kami di 1300 885 300.