SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PUSAT REKREASI AIR PUTRAJAYA 2016 1.0
PENGANJUR 1.1
Penganjur pertandingan ini adalah Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB), yang merupakan anak syarikat Perbadanan Putrajaya (PPj).
1.2
Di samping menguruskan pengoperasian Pusat Rekreasi Air Putrajaya (PRAP), MPSB juga menguruskan pengoperasian produk-produk pelancongan/ kemudahan awam berikut: a. b. c. d.
2.0
TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN 2.1
3.0
Pada 31 Ogos 2016 iaitu pada hari Rabu (8:30 pagi hingga 2:30 petang).
LOKASI PERTANDINGAN 3.1
4.0
Cruise Tasik Putrajaya (CTP); Marina Putrajaya (MP); Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA); dan Skyrides Festival Parks Putrajaya (Skyride).
Pusat Rekreasi Air Putrajaya (PRAP), Presint 13, 62575 Putrajaya, Malaysia.
PENYERTAAN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN 4.1
Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai. Penduduk Putrajaya dialualukan menyertai pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti riadah. Penyertaan terbuka kepada 500 orang peserta sahaja. Walaubagaimanapun, pihak Urus Setia bersedia untuk mempertimbangkan penyertaan melebihi 500 orang peserta sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan.
4.2
Hanya 300 penyertaan terawal sahaja akan mendapat goodies bag.
4.3
Penyertaan dikira selepas bayaran dibuat oleh peserta.
4.4
Peserta perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor passport dan nombor telefon semasa mendaftar.
4.5
Butiran mengenai pendaftaran pertandingan adalah seperti berikut: i.
Lokasi pendaftaran: Kaunter Tiket Pusat Rekreasi Air Putrajaya, Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, 62575 Putrajaya, Malaysia
ii. 4.6 5.0
6.0
7.0
Peserta perlu menyimpan semua resit bayaran sebagai bukti pendaftaran.
YURAN PENYERTAAN 5.1
Yuran penyertaan ialah sebanyak RM20.00 (warganegara dan bukan warganegara) bagi setiap joran yang digunakan. Semua yuran adalah termasuk 6% GST.
5.2
Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan penyertaan.
5.3
Semua peserta perlu memastikan perkara-perkara berikut diperolehi selepas pengesahan pendaftaran: i. Tag joran; ii. Tag pancang; iii. Gelang (wristband) peserta; iv. Resit bayaran pendaftaran; v. Kupon cabutan bertuah; vi. Salinan syarat-syarat dan lokasi pertandingan; dan vii. Plastik sampah.
5.4
Peserta yang kehilangan tag joran dan resit pertandingan akan dikenakan denda sebanyak RM30.00 sebagai bayaran kepada pihak penganjur bagi mengeluarkan tag joran dan resit yang baru kepada peserta.
HADIAH PERTANDINGAN i.
Juara
RM2,000.00
ii.
Naib Juara
RM1,000.00
iii.
Tempat Ketiga
RM500.00
iv.
Saguhati Tempat ke-4 hingga ke-10
RM100.00
v.
Saguhati Tempat ke-11 hingga ke-20 RM50.00
CABUTAN BERTUAH 7.1
8.0
Waktu urusan kaunter: 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Pihak penganjur turut menyediakan 20 cabutan bertuah bagi perserta pertandingan memancing dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai lebih dari RM5,000.00.
PESERTA 8.1
Peserta yang mempunyai rekod menipu atau cuba menipu dalam pertandingan sebelum ini tidak dibenarkan menyertai pertandingan.
8.2
Peserta yang didapati menipu atau cuba menipu semasa pertandingan akan dibatalkan penyertaan dan tidak akan dibenarkan untuk menyertai Pertandingan Memancing di PRAP/Putrajaya pada masa akan datang.
9.0
8.3
Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20 meter dari tebing Tasik Putrajaya mulai 30 Ogos 2016 pada pukul 12.00 tengahari.
8.4
Peserta wajib memakai gelang (wristband) peserta yang diberikan penganjur.
8.5
Peserta boleh mendaftar seberapa banyak batang joran dengan kadar bayaran RM20.00/joran.
8.6
Peserta hendaklah membuang sampah di tong sampah yang disediakan menggunakan plastik yang dibekalkan.
8.7
Semua perbelanjaan bagi menyertai pertandingan ini adalah tanggungan sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas semua kehilangan, kemalangan atau kecelakaan yang menimpa peserta.
8.8
Peserta bebas memilih lokasi memancing tetapi dilarang keluar dari kawasan yang ditetapkan.
8.9
Peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang selepas mendapat Waran Marsyal.
KAWALAN KAWASAN 9.1
Dilarang membuang sampah di kawasan memancing.
9.2
Kenderaan persendirian TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI memasuki kawasan memancing.
9.3
Peserta adalah di LARANG SAMA SEKALI masuk ke dalam Tasik Putrajaya.
9.4
Dilarang merosakkan pokok dan tanaman di kawasan memancing. Pemancing yang ditangkap merosakkan pokok dan persekitaran akan dikenakan kompaun oleh PPj dan penyertaan akan dibatalkan. Ini adalah selaras dengan UndangUndang Kecil Taman (Perbadanan Putrajaya) 2002.
10.0 UMPAN 10.1 Peserta boleh menggunakan umpan seperti dedak/ cacing/ cengkerik/ roti/ pellet/ ikan hidup/ lipas/ lipan/ ulat gendon/ jenis-jenis ulat hidup/ bahanbahan daripada buah-buahan seperti pisang/ betik/ buah kelapa sawit/ marshmallow/ telor kerengga. 10.2 Peserta ADALAH DILARANG menggunakan umpan tiruan (Rapala)/organ dalaman haiwan/ umpan tapa/ katak/ anak itik/ anak ayam /umpan yang menggunakan organ haiwan yang berbau hanyir dan meloyakan/ cicak/ kuning telor. 10.3 Semua pemancing wajib menggunakan batu ladung.
11.0 MATA KAIL 11.1 Pengunaan mata bom dan rambai adalah dibenarkan. 11.2 Pelampung/ mata dua/ mata spider/ mata tiga adalah dilarang.
12.0 JORAN 12.1 Joran yang digunakan mesti mempunyai tag yang disediakan oleh penganjur. Jika joran patah, peserta perlu memaklumkan kepada penganjur untuk mendapat tag joran yang baru. 12.2 Joran tanpa sticker akan dibatalkan penyertaannya. 12.3 Sticker joran yang dibekalkan perlu dilekatkan secara memanjang bermula dari tempat pemegang reel sehingga gelang pertama joran masing-masing. Sila rujuk gambar di bawah:
13.0 PANCANG 13.1 Pancang yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i.
Pancang dibenarkan dipasang pada jam 12.00 tengah hari sehari sebelum pertandingan selepas mendapat tag pancang;
ii.
Hanya pancang berbentuk ’Y’ sahaja yang dibenarkan;
iii.
Pancang yang diikat dengan tali akan dipotong;
iv.
Pancang yang tidak mempunyai tag akan dicabut dan ditanggalkan. Pancang tersebut boleh dituntut di khemah Urus Setia;
v.
Pancang menggunakan ranting/ buluh/ paip PVC/kayu tidak dibenarkan; dan
vi.
Keselamatan pancang adalah tanggungjawab peserta.
14.0 IKAN 14.1
Selepas mendapat Waran tangkapan ikan daripada Marsyal, peserta perlu menghantar ikan ke meja Hakim untuk ditimbang dengan membawa bersama joran yang menaikkan ikan, resit dan Waran tangkapan.
14.2
Semua ikan mestilah dihantar ke meja Hakim bersama joran dan mata kail masih melekat di mulut ikan. Bagi ikan yang sudah disahkan Marsyal, ia boleh dihantar ke meja Hakim bersama waran tangkapan ikan yang diberikan oleh Marsyal meskipun tanpa joran dan mata kail.
14.3
Ikan yang dinaikkan oleh joran yang tidak dilekatkan tag joran, tidak akan ditimbang.
14.4
Ikan yang dipertandingkan mesti memakan umpan. Sekurang-kurangnya satu mata kail (mata bom/rambai) perlu kena di bahagian dalam mulut sahaja untuk layak dipertandingkan Jika semua mata kail terkena ekor atau badan, ikan tidak layak dipertandingkan.
14.5
Ikan yang dipancing adalah hak milik penganjur.
14.6
Peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali hadiah tempat pertama hingga ke-tiga. Sekiranya seorang peserta mendapat tiga ekor ikan terberat, maka peserta berkenaan akan ditabalkan sebagai juara manakala dua ekor ikan lagi yang dipancing akan menduduki tempat keempat dan ke-lima.
14.7
Ikan yang sudah berada di dalam tangguk ketika siren penamat dibunyikan layak dipertandingkan. Bagi ikan yang masih berada di dalam air ketika siren penamat dibunyikan, ikan berkenaan tidak layak dipertandingkan.
14.8
Bagi mengekalkan konsep tangkap dan lepas, semua ikan hendaklah dilepaskan semula ke dalam Tasik Putrajaya selepas ditimbang dan dicatatkan oleh Urus Setia.
14.9
Semua spesis ikan keli dipertandingkan.
14.10 Pemenang akan dikira berdasarkan ikan terberat.
15.0
BANTAHAN 15.1 Bantahan boleh dibuat dalam tempoh 15 minit selepas pertandingan tamat dengan setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00. 15.2 Bayaran tidak akan dikembalikan jika bantahan ditolak.
16.0 PERTANYAAN 16.1 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Telefon: 603-8881 0832 (En. Shamshul Joehari ZM / En. Mohd Saiful Azam Badri). E-mel:
[email protected] /
[email protected]. atau layari Facebook Pusat Rekreasi Air Putrajaya Taman Wetland.