Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49 Tarikh
: 15 Jun 2014 (Ahad)
Tempat
: Dewan Perhebat, Kem Sungai Buloh
Masa
: 10.00 Pagi
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih saudari pengacara majlis. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera Memangku Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera
Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi Timbalan Panglima Tentera Darat Mewakili Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera
Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad Timbalan Panglima Tentera Udara Mewakili Panglima Tentera Udara merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera
Yang Berbahagia Datuk Nik Ali bin Mat Yunus Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Yang Berbahagia Mejar Jeneral Bersara Dato’ Paduka Che Hasni Bin Che Ahmad Pengerusi Koperasi Tentera Yang Berbahagia Brigidier Jeneral Bersara Dato’ Ahmad Zahudi Hj. Salleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera Mantan-mantan Pengerusi dan Lembaga Pengarah, tuan-tuan dan puan-puan serta anggota Koperasi Tentera yang saya hormati sekalian.
1.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi
rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya diberi kesempatan untuk bersama-sama hadir dengan tuantuan dan puan-puan pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49.
2.
Pada pagi hari ini, saya berasa amat kagum dan teruja dengan
kehadiran anggota Koperasi Tentera yang tidak mengira usia, bangsa dan pangkat, hadir bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai anggota Koperasi bagi sesi pengundian untuk memilih Anggota Lembaga baru serta menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan. Jumlah kehadiran yang ramai pada pagi ini jelas membuktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan amat komited di dalam menjalankan aktiviti koperasi terutama Mesyuarat Agung yang sememangnya penting dalam menentukan arah tuju sesebuah koperasi. Syabas saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan atas semangat, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
3.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada Anggota Lembaga, pihak pengurusan dan seluruh anggota Koperasi Tentera di atas inisiatif dan usaha anda semua sehingga berjaya mengekalkan Koperasi Tentera di antara Koperasi yang berprestasi cemerlang di negara ini. Saya dimaklumkan bahawa Koperasi Tentera telah menerima Anugerah Koperasi Negara semasa sambutan Hari Koperasi Negara 2013 di Jitra, Kedah. Anugerah ini terhasil dari usaha pihak pengurusan dengan sokongan daripada Ahli Lembaga dan kakitangan Koperasi Tentera yang menyumbangkan sumber dan tenaga dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Syabas saya ucapkan!
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
4.
Koperasi Tentera sememangnya mempunyai rekod kewangan yang
cemerlang dan tidak terkecuali untuk tahun 2013. Prestasi kewangan kekal positif dengan pendapatan bersih berjumlah RM204.9 juta dan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM159.3 juta dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi masa kini. Saya telah dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Koperasi telah mencadangkan pemberian dividen sebanyak RM 106.7 juta atau bersamaan 11%. Untuk tahun kewangan 2013, kadar 1% dividen telah meningkat menjadi RM9.5 juta berbanding RM 8.4 juta untuk tahun 2012. Namun setelah Menteri Pertahanan berbincang dengan Anggota Lembaga, jumlah ini ditambah lagi lebih kurang RM10 juta atau bersamaan 1% menjadikan kadar dividen meningkat kepada 12%. Tambahan ini akan dimasukkan ke dalam akaun yuran tuan / puan. Cadangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan selepas ini untuk kelulusan seterusnya. Untuk rekod, pada tahun 2012 Koperasi Tentera telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 14% dengan melibatkan pembayaran sebanyak RM118 juta dan dengan tambahan 1% ini menjadikan jumlah yang dibayar untuk tahun 2013 adalah sama walaupun dengan kadar yang berbeza.
5.
Saya sedar pemberian dividen ini agak rendah dari segi peratusan
berbanding lima tahun kebelakangan ini, namun dengan pemberian dividen
12%
ini
membuktikan
Koperasi
Tentera
masih
mampu
memberikan pulangan yang tinggi secara konsisten kepada anggotanya walaupun sedang dalam proses transformasi. Saya amat berbangga dan syabas saya ucapkan kepada Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi Tentera di atas pencapaian ini.
Saya juga menyeru semua
anggota Koperasi Tentera terus menyokong Koperasi dalam tempoh peralihan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian, 6.
Seperti yang kita semua maklum, Koperasi Tentera kini dalam
proses transformasi untuk menjadi sebuah bank koperasi yang berlandaskan syariah menjelang tahun 2015. saya dapat melihat banyak usaha telah dilakukan oleh Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi Tentera bagi mencapai misi transformasi Koperasi Tentera dalam tempoh 12 bulan ini. Ini termasuk membangunkan kepakaran sumber manusia,
menyemak
organisasi,
memupuk
proses
kerja,
budaya
menyusun
kerja
semula
berprestasi
struktur
tinggi
dan
membudayakan urus tadbir korporat yang lebih tinggi.
7.
Saya sedar usaha ini bukanlah satu perkara yang mudah
memandangkan banyak aspek yang perlu dilihat oleh Koperasi Tentera sebagai persediaan untuk menjadi sebuah Bank Koperasi kelak. Namun begitu, saya yakin dengan kepimpinan dan perancangan Koperasi Tentera untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi lagi melalui program transformasi ini. Jika ini berjaya, Koperasi Tentera akan mencatit sejarah dengan menjadi sebuah Bank Koop pertama yang seratus peratus dimiliki oleh anggota tentera.
8.
Sebagai Timbalan Menteri, saya sedar kepentingan memenuhi
keperluan kewangan dan kebajikan anggota tentera dan penjawat awam di bawah Kementerian Pertahanan. Oleh itu, Koperasi Tentera sentiasa bersedia
untuk
memenuhi
keperluan
tuan
puan
ini
dan
bakal
memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien apabila menjadi sebuah bank koop kelak dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih kompetitif. Transformasi ini dilakukan bagi memastikan Koperasi Tentera terus kekal relevan dan dapat terus menjaga kebajikan anggotanya.
9.
Saya amat berbangga dengan pencapaian Koperasi Tentera
setakat ini. Untuk sampai hingga ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah dan ini hanya mampu dilakukan oleh pemimpin yang bijak, pengurusan yang berkesan dan sokongan anda semua sebagai anggota Koperasi Tentera. Teruskan sokongan anda sehingga Koperasi Tentera menjadi sebuah Bank Koperasi yang disegani. 10.
Kita telah melihat banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh
Koperasi Tentera sehingga kini dan saya berharap lebih banyak kejayaan akan dicipta di masa hadapan. Saya sendiri sangat teruja untuk melihat Koperasi Tentera menjadi sebuah bank koperasi dan saya akan membantu di mana perlu bagi memastikan matlamat ini tercapai. Saya juga berharap anda semua turut sama memberi sokongan yang padu atas usaha Koperasi Tentera ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
11.
Hari ini merupakan hari pemilihan Ahli Lembaga Koperasi yang
baru bagi menggantikan anggota yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka. Bagi saya, amalan demokrasi yang termaktub dalam prinsipprinsip Koperasi adalah perkara yang perlu dihormati agar setiap keputusan dibuat berdasarkan suara ramai atau ringkasnya suara majoriti demi mencapai kepentingan bersama. Kepada mereka yang bertanding, saya berharap anda semua telah melengkapkan diri dari segala sudut, dari keilmuan dan sahsiah, berintegriti dan bersedia memberi khidmat dengan penuh komitmen dan ikhlas kepada Koperasi.
12.
Pesanan saya kepada anggota sekalian, gunakanlah peluang
keemasan ini dengan bijaksana dan matang untuk menentukan pucuk pimpinan anda dan pada masa yang sama terus memberi sokongan kepada barisan anggota Lembaga demi kestabilan dan pembangunan koperasi pada masa hadapan.
13.
Sebelum berundur, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota lembaga, pihak pengurusan dan kakitangan Koperasi Tentera di atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tahun. Anggaplah kejayaan hari ini sebagai satu cabaran untuk kita lebih cemerlang di masa hadapan.
14.
Dengan kata-kata itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya
dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-49. Sekian terima kasih.