REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN MELOKALISASI PENTADBIRAN ZAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Dicky Wiwittan Toto Ngadiman1, Salmy Edawati Yaacob2 Hairunnizam Wahid3 1
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu, 88450, Malaysia;
[email protected] 2 3
Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 43600;
[email protected]
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Bangi, 43600;
[email protected]
ABSTRAK Antara cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan zakat adalah dengan melokalisasi urus tadbir zakat kepada kawasan yang lebih kecil dan ditadbir oleh amil tempatan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa lokalisasi akan mendatangkan hasil dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Walaubagaimanapun untuk melaksanakan konsep lokalisasi ini bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap negeri di Malaysia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dalam menguruskan zakatnya. Banyak kajian perlu dilaksanakan dengan melihat banyak aspek termasuklah mengambil kira pandangan daripada banyak pihak. Kaedah pentadbiran zakat yang diamalkan di institusi zakat negeri juga berbeza disebabkan latarbelakang penduduk, demografi, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyingkap reaksi awal pegawai zakat Pusat Zakat Sabah (PZS) terhadap cadangan melaksanakan lokalisasi pentadbiran zakat di Politeknik Sabah (PKK). Hasil kajian mendapati banyak perkara perlu dilihat dan dimantapkan sebelum perlaksanaannya. Beberapa implikasi dasar serta cadangan juga turut dibincangkan dalam kajian ini Kata kunci
Lokalisasi, Pusat Zakat Sabah, Politeknik Sabah
125
1.0
PENGENALAN
Zakat merupakah ibadah yang difardukan ke atas individu Islam apabila cukup nisabnya. Sepertimana firman Allah SWT bermaksud, “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat.” (QS An-Nur 24:56) Zakat daripada aspek bahasa membawa pelbagai maksud seperti bersih, suci, subur, berkat, dan berkembang. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat adalah membersihkan harta dan membersihkan diri orang berada daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah zakat membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki oleh orang miskin terhadap orang berada. Zakat daripada aspek syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf tertentu yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Antara tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah untuk mengagihkan sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan, membersihkan diri pembayar zakat, menyuburkan dan memberkati harta pembayar zakat, mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya, dan memberi peluang kepada golongan hartawan untuk melakukan ibadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka. Disamping itu juga zakat dapat menyatukan umat Islam dalam pelbagai urusan termasuk aspek ekonomi dan kewangan. Terdapat banyak kajian terdahulu menunjukkan pengurusan zakat perlulah diuruskan secara cekap supaya dapat menjaga kebajikan sosial dan memberi manfaat kepada gorongan miskin (Nor Aini, 2006). Kesan daripada agihan zakat yang cekap dapat membantu sesebuah negara membasmi kemiskinan (Muhammad Syukri, 2000). Sebenarnya, pengurusan zakat di Malaysia adalah baik dan menunjukkan kemajuan dalam kutipan dari tahun ke tahun jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain. Ramai hartawan muslim mula sedar akan kewajipan membayar zakat mula mengeluarkan zakat. Dengan adanya banyak cawangan pungutan zakat yang ditubuhkan akan memudahkan lagi setiap individu Muslim untuk membuat bayaran zakat (Muhammad Syukri, 2006). Sebagai contoh, sehingga November tahun ini, jumlah zakat harta yang dikutip oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) adalah sebanyak RM71 juta, 126
meningkat 1.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan oleh inisiatif ini. Terdapat juga kaunter bergerak zakat diwujudkan oleh institusi zakat untuk memudahkan pembayar zakat melaksanakan rukun Islam tersebut. Tidak dinafikan juga isu kecekapan dalam agihan zakat masih menjadi tajuk hangat perbualan masyarakat. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 November 2015 melaporkan kenyataan pegawai zakat yang mengakui bahawa agihan zakat lebih sukar barbanding pungutan zakat dan beliau juga mengakui terdapat beberapa kritikan daripada aspek agihan zakat. Punca kemiskinan dalam negara juga sering dikaitan dengan pentadbiran zakat yang tidak cekap. Walaupun terdapat peningkatan daripada aspek kutipan zakat dan juga usaha pusat zakat di seluruh negara untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem agihan, namun tidak dapat dinafikan masih terdapat sebilangan besar masyarakat yang masih tidak berpuas hati (Muhammad Syukri, 2002). Turut menjadi isu adalah agihan bantuan zakat pendidikan di institusi pengajian tinggi. Bagi membendung masalah ini berlarutan, Lembaga Zakat Selangor telah mengorak langkah dengan melaksanakan konsep lokalisasi melalui pembukaan kaunter zakat dibeberapa IPT tempatan. Sehingga 2016, pihak Lembaga Zakat Selangor telah menjalankan kerjasama dengan 11 Institut Pengajian Tinggi, antaranya ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Multi-Media (MMU), Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Universiti Selangor (Unisel) dan Management and Science University (MSU). Senario semasa di Sabah menunjukkan Pusat Zakat Sabah (PZS) telah merencanakan kaedah ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah di mana satu perlapan daripada pungutan zakatnya akan diserahkan semula kepada UiTM Sabah untuk diagihkan sendiri oleh pentadbir zakat kepada pelajarnya yang diketegorikan sebagai asnaf. Kaedah ini dikenali sebagai melokalisasi urus tadbir zakat. Kajian menunjukkan kaedah ini telah berjaya meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan agihan zakat di UiTM tersebut. Namun begitu, kajian ini mendapati kaedah ini masih belum dilaksanakan di institusi pengajian Politeknik, justeru cadangan telah diajukan bagi mengikut jejak langkah UiTM untuk mengutip zakat di kalangan staf dan komunitinya dan membuat agihan sendiri dikalangan pelajarnya. 127
Perlaksanaan lokalisasi ini tidak semudah yang difikirkan. Walaupun terdapat teori yang mengatakan banyak kebaikan dari segi ekonomi, sosial dan politik, tetapi kajian yang mendalam perlu dilakukan. Justeru kajian dibuat bagi melihat apakah pandangan dan reaksi awal pegawai PZS sekiranya Politeknik Kota Kinabalu terhadap cadangan melokalisasi pungutan dan agihan zakat di institusi tersebut.
2.0 KAJIAN LEPAS Kajian Muhamad Rahimi (2014) mendapati dengan penubuhan wakil zakat di institusi pengajian tinggi dapat membantu ummah dalam kecemerlangan ilmu. Ini disokong oleh Muhammad Shukri (2014) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu instrumen penting untuk mengubah masyarakat. Antara punca keciciran pelajar dalam pendidikan ialah status sosio ekonomi termasuk taraf pekerjaan ibu bapa. (Azman Ab Rahman, 2014). Kajian oleh Katty Hsiao Jia Wong et al. (2011) mendapati sebaliknya iaitu pencapaian dalam pendidikan mempengaruhi tahap kemiskinan di kalangan belia. Penemuan oleh kajian Muhammad Rizal (2015) mendapati terdapat sebilangan asnaf di IPT bekerja sambilan di masa lapang untuk menampung perbelanjaan. Hakikatnya jumlah bantuan zakat yang diterima oleh asnaf agak kecil (Muhammad Syukri, 2006). Justeru, Muhamad Rahimi (2014) dalam kajiannya mencadangkan supaya jumlah bantuan yang disalurkan kepada asnaf berpadanan dengan kos pendidikan para asnaf agar mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Paimuzi (1996), agihan zakat di Malaysia sekadar mencukupi sahaja dan masih terdapat ketidakseimbangan agihan zakat terhadap asnaf. Kajian Paimuzi (1996) disokong oleh kajian Dzaiuddin (2003) yang mendapati walaupun terdapat peningkatan dalam kutipan saban tahun tetapi masih gagal mengurangkan kemiskinan. Kebanyakan masalah pengagihan ini dapat dikesan oleh pembayar zakat yang merupakan antara agen utama dalam sistem zakat. Kajian dalam kalangan pembayar zakat, termasuk pembayar zakat di kalangan kumpulan akademik (Muhamad 2008), menunjukkan yang mereka masih kurang berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat oleh institusi zakat (Mohamad Dahan, 1998; Muhammad Syukri, 2006; Sanep et al. 2006; Hairunnizam et. al, 2009; dan 128
Hairunnizam et. al, 2010). Kajian ini mendapati bahawa sekiranya institusi zakat tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada isu ini, ia akan menimbulkan beberapa isu lain seperti membayar zakat kepada asnaf secara tidak formal atau membayar secara langsung dan terus kepada asnaf zakat (Aidit, 1998; Muhammad Syukri, 2006; Sanep et al. 2006 dan Hairunnizam et al. 2009). Justeru Muhammad Syukri (20062) telah mencadangkan kaedah lokalisasi pentadbiran zakat dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kecekapan pengurusan zakat.
3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan ke atas pelajar, staf Muslim PKK dengan menganalisa persepsi mereka terhadap pengagihan zakat pendidikan di institusi tersebut. Turut menjadi responden dalam kajian ini ialah pegawai PZS. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan staf muslim PKK secara rawak. Seramai 148 pelajar dan 93 staf telah menjawab soalan kaji selidik. Ukuran skala Likert 3 mata digunakan untuk mengukur pembolehubah dalam kajian ini. Data yang lengkap kemudian di analisisa secara kualitatif dan menggunakan analisis deskriptif dan skor min.
4.0 HASIL KAJIAN 4.1 Analisis Demografi Responden: Responden yang paling ramai menjawab borang soal selidik adalah dari kalangan pensyarah, berumur di antara 25 hingga 35 tahun, mempunyai ijazah, sudah berkahwin, berkhidmat melebihi 5 tahun dan berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan. Hanya 12.9 peratus responden adalah daripada aliran agama. Kajian mendapati bahawa seramai 60 orang telah membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan. Dikalangan pelajar, responden terdiri dari semua semester dan program.
4.2 Tinjauan Ke Atas Pelajar Pelajar memberi respon terhadap soalan-soalan berkaitan bantuan zakat pendidikan yang diajukan secara on-line. Hasil tinjauan mendapati bahawa pinjaman PTPTN masih menjadi 129
pilihan pelajar. Hanya 17 orang sahaja yang mendapat bantuan kewangan, dermasiswa dan zakat sahaja. Daripada jumlah 17 pelajar, hanya 5 orang pelajar sahaja permohonan mereka diuruskan melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang pelajar menerima zakat daripada Pusat Zakat Sabah, manakala dermasiswa adalah diterima daripada badan-badan atau organisasi lain. Daripada tinjaun di atas seramai 81 pelajar pernah memohon bantuan kewangan, dermasiswa dan zakat melalui pejabat Pusat Zakat Sabah berbanding dengan pelajar yang memohon melalui Politeknik Kota Kinabalu. Jadual 1: Tinjauan ke atas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
Item
Kekerapan
Peratusan
1. Pembiayaan kos pengajian dan sara hidup di PKK. a) Pinjaman PTPTN
93
62.8%
b) Bantuan kewangan
4
2.7%
c) Zakat
12
8.1%
d) Dermasiswa
3
2%
f) Tiada
36
24.4%
a) Ya
57
38.5%
b) Tidak
91
61.5%
a) Ya
81
54.7%
b) Tidak
67
45.3%
2. Pernah memohon bantuan kewangan/dermasiswa/zakat Melalui Hal Ehwal Pelajar PKK. (Termasuk yang tidak berjaya).
3. Pernah berurusan di Pejabat Pusat Zakat Sabah untuk memohon bantuan kewangan/dermasiswa/zakat. (Termasuk yang tidak berjaya)
4. Maklumat berkaitan bantuan kewangan/dermasiswa/zakat sampai ke pengetahuan pelajar.
130
a) Ya
63
42.6%
b) Tidak
49
33.1%
c) Tidak Pasti
36
24.3%
Tinjauan dikalangan pelajar yang tidak berjaya mendapat sebarang bantuan, membawa kepada penemuan seorang pelajar yang menyatakan bahawa unit Hal Ehwal Pelajar adalah tidak adil dan kadang-kadang memilih pelajar, sedangkan pelajar tersebuah dikalangan orang miskin. Justeru, majoriti pelajar iaitu 87.8% bersetuju sekiranya bantuan kewangan diserahkan kepada institusi zakat dengan mewujudkan kaunter zakat di Politeknik Kota Kinabalu, mereka akan memohon zakat. 4.2 Reaksi Staf Politeknik Terhadap Bantuan Zakat Pelajar Kajian ini juga meninjau tahap kepuasan staf PKK Sabah terhadap bantuan zakat pelajar di institusi tersebut. Isu-isu berkaitan zakat pelajar dapat di lihat dalam Jadual 2. Secara keseluruhannya, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan berhubung dengan bantuan zakat kepada asnaf di institusi tersebut. Jadual 2: Tahap Kepuasan Staf PKK Terhadap Isu-Isu Berkaitan Permohonan Bantuan Zakat Kepada Pelajar Dalam Kategori Asnaf Skala Item
1
2
3
Min
12
54
27
2.16
(12.9)
(58.1)
(29)
[.065]
16
56
21
2.05
(17.2)
(60.2)
(22.6)
[.066]
6
58
29
2.25
(6.5)
(62.4)
(31.2)
[.059]
39
54
2.58
(41.9)
(58.1)
[.051]
4
36
53
2.53
(4.9)
(38.2)
(56.9)
[.060]
1 Syarat permohonan terlalu ketat
2 Sukar berjumpa pegawai berkaitan
3 Borang lambat diproses 4 Pelajar tidak tahu mereka layak terima zakat
-
5 Maklumat tidak sampai kepada pelajar
131
Nota:
berasaskan skala seperti berikut: 1 Tidak setuju; 2 Setuju; 3 Sangat setuju Nilai purata keseluruhan konstruk ini ialah 2.31 ( ) nilai peratus daripada jumlah responden [ ] nilai ralat piawai bagi purata
Hasil pemerhatian juga mendapati responden kurang berpuas hati dangan isu birokrasi seperti menggunakan borang, tempoh kelulusan permohonan dan pengesahan status asnaf oleh pegawai tertentu. Merujuk kepada laman sesawang Pusat Zakat Sabah (PZS), untuk permohonan zakat, borang perlu diambil di ibu pejabat PZS-MUIS. Sehingga ke hari ini belum ada perkhidmatan untuk memohon secara on-line diperkenalkan. Menurut pegawai biasiswa Politeknik Kota Kinabalu, pelajar perlu mengambil sendiri borang di pejabat PZS kemudian pihak politeknik akan mengesahkan status terkini pelajar tersebut. Di Politeknik setiap pelajar akan berada dalam pengawasan penasihat akademik masingmasing. Sistem penasihat akademik membolehkan setiap urusan pelajar akan direkodkan seperti permohanan pinjaman, cuti sakit, sokongan untuk permohonan biasiswa dan sebagainya. Penasihat akademik bertindak sebagai orang tengah diantara pihak pengurusan dan pelajar. Kadang-kadang perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu urusan akan diluahkan kepada penasihat akademik. Merujuk kepada Jadual 2, untuk urusan permohonan zakat seperti syarat permohonan yang ketat, sukar berjumpa dengan pegawai PZS dan borang lambat diproses, majoriti responden bersetuju dengan perkara tersebut. Ini kerana apabila pelajar ingin memohon zakat, mereka perlu mengambil borang di pejabat PZS, kemudian mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada HEP Politeknik. Majoriti responden sangat setuju bahawa maklumat berkaitan zakat tidak sampai kepengetahuan pelajar. Ini mungkin disebabkan maklumat mengenai permohonan zakat tidak ditampal di papan notis pelajar. Kajian ini juga mendapati majoriti pelajar di institusi tersebut tidak tahu sama ada mereka layak memohon zakat atau tidak. Perkara ini disokong oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik, mengatakan bahawa taklimat berkaitan PTPTN akan diberikan kepada pelajar-pelajar baru sedangkan taklimat berkaitan bantuan kewangan seperti biasiswa dan zakat tidak dilakukan. Inilah juga antara punca statistic pelajar yang mendapat 132
pinjaman PTPTN tinggi. Apabila pelajar telah mendapat pinjaman pendidikan seperti PTPTN, secara langsung bantuan zakat tidak lagi layak bagi mereka. Sebenarnya pelajar-pelajar miskin tidak mempunyai banyak masa dan pilihan kerana kemungkinan besar keluarga pelajar tersebut juga tidak mempunyai banyak wang ringgit untuk bekalan anak mereka. Ketika pinjaman pendidikan ditawarkan, mereka nampak seolah-olah inilah sahaja peluang yang ada untuk menyara perjalanan hidup mereka di IPTA. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan supaya taklimat berkaitan bantuan zakat oleh wakil zakat juga diberikan di awal pendaftaran pelajar di institusi tersebut dan juga di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain sekiranya perlu. Setelah penerangan dibuat, terserah kepada pelajar-pelajar miskin yang layak untuk membuat pilihan samaada membuat pinjaman PTPTN atau memohon bantuan zakat. Sekurangkurangnya mereka telah diberi penerangan zakat dan juga bagi mengelakkan sebarang aduan terhadap institusi zakat. 4.2 Reaksi Staf PZS Terhadap Bantuan Zakat Pelajar: 4.2.1 Sebaran Maklumat: Di zaman teknologi ini, sebaran maklumat tidak semestinya di pamerkan di papan notis pelajar. Pelajar yang memerlukan bantuan perlu peka terhadap bantuanbantuan yang ditawarkan dengan sentiasa menyemak laman sesawang rasmi PZS. Tidak dinafikan bahawa pihak PZS juga perlu menghubungi pegawai PKK berkaitan zakat. Untuk permohonan zakat, pelajar perlu ke Pejabat PZS kerana pada masa ini permohonan melalui talian belum lagi di buka. Begitu juga bagi pelajar yang ingin menyambung bantuan zakat, perlu mengemukakan permohanan baru di kaunter PZS. Sekiranya ramai pelajar yang layak untuk bantuan zakat, wakil PZS sendiri akan datang ke PKK untuk urusan temuduga. Masa pemprosesan borang juga bergantung kepada kelengkapan dokumen yang diminta dan juga hasil keputusan mesyuarat. Untuk program bersama penerima zakat dan menjejaki asnaf perkara ini belum lagi menjadi amalan. 4.2.2 Reaksi Awal Staf PZS Terhadap Cadangan Lokalisasi: Sememangnya secara teori konsep lokalisasi zakat yang kini dipraktikkan di beberapa IPT akan membantu agihan zakat atau dermasiswa pendidikan secara berkesan. Disamping itu ianya akan memberikan satu bentuk jaminan sosial kepada pelajar miskin. Tidak dinafikan juga bahawa dengan kemudahan dan capaian sistem maklumat, PKK mampu menjadi wakil PZS untuk melancarkan segala urusan pelajar miskin PZS. 133
Walaubagaimanpun untuk menurunkan kuasa kepada PKK dalam menguruskan agihan zakat pendidikan pelajar bukan perkara mudah. Banyak perkara perlu dipertimbangkan walaupun dalam banyak kajian menyokong perlaksanaan konsep lokalisasi ini. Dengan bebanan tugas hakiki di PKK, dijangkakan urusan agihan zakat secara berkesan, pemantauan asnaf dengan lebih dekat mungkin sukar untuk dilaksanakan, dengan itu persepsi dengan melokalisasi urus tadbir zakat di PKK akan mengurangkan karenah birokrasi mungkin tidak menjadi kenyataan. Merujuk kepada cadangan menggunakan saluran bendahari dan Unit Hal Ehwal Pelajar PKK untuk memudahkan kutipan dan pembayaran zakat, pihak PZS masih bersikap sederhana terhadap perkara ini. 4.2.3.1 Kekuatan
Sesuai dilaksanakan disebabkan sistem pengurusan pelajar yang sistematik bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan zakat pendidikan.
Pihak Politeknik lebih dekat kepada pelajar untuk menyalurkan bantuan zakat pendidikan.
Mengurangkan birokrasi.
4.2.3.2 Kelemahan dan Cadangan
Peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.
Perlu penyeragaman sistem pengurusan agihan zakat bagi mengelakkan permohonan bertindih.
Perlu adanya laporan tahunan agihan dana zakat.
Perlu ada integriti kepada sistem yang dipertanggungjawabkan mengurus agihan dana zakat.
5.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR Kajian ini juga dilaksanakan bagi melihat tahap kepuasan staf di IPT terhadap bantuan zakat dan dermasiswa di IPT Pusat Zakat Sabah. Penambahbaikan terhadap sistem agihan zakat pelajar haruslah dilakukan segera agar dapat membantu pelajar miskin.
134
Antara cadangan
penambahbaikan yang dikemukakan adalah melalui kaedah desentralisasi kuasa pengagihan dan pentadbiran zakat di IPT dan lokaliti tertentu. Ini berdasarkan beberapa hujah keberkesanan kaedah ini seperti meningkatkan tahap kecekapan agihan zakat serta meningkatkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap amil zakat yang akhirnya memungkinkan peningkatan jumlah kutipan zakat di negeri berkenaan setiap tahun. Kajian yang dijalankan oleh Dicky et al. (2016) mendapati kakitangan Politeknik Kota Kinabalu menyambut baik kaedah lokalisasi untuk dilaksanakan di peringakat Politeknik Kota Kinabalu. Melalui sistem penasihat akademik yang diperkenalkan di Politeknik ianya dapat mengesan lagi asnaf dengan lebih kemas. Sebagai contoh apabila pelajar ponteng kelas atau tidak mendaftarkan diri, penasihat akademik akan menghubungi pelajar tersebut untuk mengetahui sebab pelajar berbuat demikian. Sekiranya kerana masalah kewangan, siasatan segera boleh dibuat dan sekiranya benar, pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan zakat. Ini dapat mempercepatkan urusan agihan zakat dan mengurangkan karenah birokrasi kerana pelajar tidak perlu pergi ke pusat zakat semata-mata untuk mengambil borang kemudian kembali semula ke institusi untuk mendapatkan pengesahan status pelajar, kemudian hantar semula ke pusat untuk menunggu panggilan temuduga sekiranya dirasakan layak untuk menerima zakat. Kajian ini mencadangkan supaya kerjasama diantara institusi zakat dan IPT diwujudkan dan menjadikan pelajar sebagai wakil institusi zakat. Oleh kerana lokasi geografi dan jaringan kemudahan jalan raya yang tidak baik, amat sukar bagi kakitangan institusi zakat untuk membuat lawatan ke kawasan-kawasan terpencil bagi menjejaki asnaf. Dengan kerjasama pelajar IPT ianya dapat membantu institusi zakat menyalurkan maklumat sekiranya terdapat penduduk di kawasan kediamannya kategori asnaf dan layak memohon bantuan.
6.0 KESIMPULAN Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani isu-isu zakat yang sering ditimbulkan dan dalam usaha untuk memartabatkan institusi zakat di Malaysia. Isu kutipan, agihan dan kesedaran mengenai zakat, di tambah pula dengan keadaan geografi dan jaringan perhubungan yang sukar di Sabah, kaedah lokalisasi dilihat sebagai satu bentuk penyelesaian dan dapat membantu institusi zakat dalam urus tadbir zakat. Walaubagaimanapun kajian yang mendalam perlu 135
dilaksanakan untuk melihat apakah bentuk cabaran dan halangan dalam melaksanakan konsep lokalisasi ini. Setiap negeri berbeza dari segi cabaran dan halangan, dan tidak semestinya teori akan menyokong realitinya.
7.0 RUJUKAN Aidit, Ghazali. (1998). Zakat- satu tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd. Anuar Muhamad. 2008 “Perception of academicians toward zakat administration particularly zakat distribution: The case of Kelantan.” IIUM. Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Harunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016. “Kajian Kepuasan Agihan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.” Prosiding National Conferences On Sustainable Cities (Nacosc) 2016 Volume 2, ms 119 Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Harunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016. “Cadangan Melokalisasikan Agihan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.” Prosiding Seminar Kebangsaan Emas Dalam Institusi Kewangan Di Malaysia Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, dan Radiah Abdul Kader (2009) “Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat di Malaysia: Megapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?”, Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1, ms 97 Hairunnizam Wahid., Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2010). Pengagihan zakat oleh institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR 4(1): 141-170. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan Urus Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia.
Asian Journal of
Accounting and Governance 3: 71–83 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul
Kader. (2012). Penerimaan Amil dan
Asnaf Terhadap Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia. 46(1)(2012):39-51
136
Mohamad Dahan Abdul Latif (1998) Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Muhamad Rahimi Osman dan Ghafarullahhuddin Din, (2014) Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara Muhammad Rizal Jalil, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2015). Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan. Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 81-93 2015 Muhammad Sykuri Salleh et.al. (2000) Pengurusan Kemiskinan dalam Muhammad Sykuri Salleh et.al Pengurusan Pembangunan Islam: Prosiding Seminar, Pulau Pinang, Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. h.1. Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Nor Aini Idris (2006) Isu dan Masalah Kemiskinan di Malaysia”, dalam Ishak Yusoff et.al (penyunting), Ekonomi Malaysia ke Arah Pascaindustri, Bangi, Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia, h.150 Paimuzi Yahya (1996) Pengagihan Zakat Di Malaysia, Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13 (2), 175-196.
137