CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
1
Maruwiah Ahmat
CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
PENGENALAN 2
Hasil Pembelajaran
Maruwiah Ahmat
Menjelaskan Tamadun awal
Kandungan
3 Perkembangan Tamadun Islam 3.1 Tamadun Zaman Awal 3.2 Tamadun Zaman Pertengahan 3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari
1
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 3
Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin: Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq (632-634M) Khalifah Umar al-Khattab (634-644M) Khalifah Uthman Affan (644-656M) Khalifah Ali Abi Talib (656-661M)
Mereka meneruskan dakwah baginda dan meletakkan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 4
Maruwiah Ahmat
2
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 5
Kenapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq dipilih?
As-Sabiqun al-Awwalun
Bersama Nabi Muhammad ketika Hijrah
Bapa mertua Nabi
Menjadi imam solat ketika baginda sakit
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 6
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Lahir pada 572 M (dua tahun selepas Nabi Muhammad SAW) Berasal dari suku Taim (Bani Taim). Bergelar al-Siddiq kerana sifatnya membenarkan semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tanpa bantahan termasuk orang yang pertama mengakui peristiwa Israk dan Mikraj. Wafat pada 634 M ketika berusia 63 tahun.
Maruwiah Ahmat
3
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 7
Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Tertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad (riddah) (yang enggan membayar zakat) dan nabi palsu. 11 pasukan tentera ditubuh untuk memerangi golongan tersebut. Ketua-ketua perang yang dilantik terdiri daripada: Khalid
al-Walid Akramah bin Hisham Syurahbil bin Hasanah
Amru al-As Muhajir bin Umaiyah
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 8
Golongan murtad dan mengaku nabi dipimpin oleh Musailamah al-Kazzab (Bani Hanifah) di Yamamah Al-Aswad al-Ansi dari Yaman Tulaihah al-Asadi (Bani Asadi) dari Yaman Golongan yang enggan membayar zakat dipimpin oleh Malik al-Nuwairah di Butah – menganggap zakat sebagai ufti yang dibayar oleh orang Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Maruwiah Ahmat
4
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 9
Bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab – meluaskan pengaruh Islam ke negara-negara jiran seperti Rom, Parsi dan Syria. Menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke Qudha’ah – tujuan melindungi umat Islam drpd ancaman Rom dan Parsi yang menindas rakyatnya – memudahkan mereka menerima Islam. Khalid bin Al-Walid dan Muthanna bin Harith ditugaskan menakluk Parsi.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 10
Maruwiah Ahmat
Ketua tentera ke Syria ialah Ubaidah al-Jarrah dan kemudian Amr al-As ditugaskan menawan Palestin, Syria pada masa itu ditadbir oleh Hercules yang menghasut orang Badwi melancarkan pemberontakan terhadap kerajan Islam. Yazid bin Abu Sufyan ditugaskan menawan Damsyik, dan Syurahbil bin Hasanah ditugaskan menawan Jordan.
5
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 11
Bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran. Mengelakkan kerosakan pada ayat Al-Quran • Al-Quran ditulis pada pelepah tamar, kulit-kulit kayu dan kulit binatang Al-Quran terhapus • Dengan kematian para Huffaz Al-Quran yang terlibat dalam peperangan.
Dihimpun • Mengarahkan Zaid bin Thabit untuk dikumpulkan dan disimpan sebagai khazanah negara.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 12
Maruwiah Ahmat
Membelanjakan 6000 dirham setahun untuk rakyat dan negara. Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada beberapa wilayah – Madinah, Mekah, Taif, Syria, Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal. Dilantik seorang gabenor di setiap wilayah dan Madinah sebagai pusat pentadbiran.
6
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 13
Kenapa Saidina Umar al-Khattab dipilih selepas Abu Bakar?
Dilantik oleh Abu Bakar sendiri
Kewibawaan Umar
Ketegasan Umar
Bakat kepimpinan Umar
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 14
Khalifah Umar bin Al-Khattab Dilahirkan pada 584 M (13 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad SAW) Dari suku Bani Adi – keturunan bangsawan yang disegani di Makkah. Seorang yang berani, tegas, berterus-terang dan mempunyai pemikiran yang tajam. Pernah menjadi pendamai dan ahli diplomatik pada zaman jahiliyah. Menjadi khalifah pada 634 M.
Maruwiah Ahmat
7
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 15
Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab Pembaharuan politik - menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan taklukan Islam dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa luar - membahagikan pentadbiran negara kepada 8 daerah: Mesir, Madinah, Syria (Syam), Jazirah (Mesopotamia), Basrah, Kuffah, Makkah dan Palestin. - Di setiap daerah dilantik gabenor yang dikenali sebagai Wali. Gabenor yang dibantu setiausaha, ketua tentera, pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.
1.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 16
Maruwiah Ahmat
Menubuhkan jabatan (dewan) – Jabatan Tentera, Jabatan Ganjaran dan Agihan, Jabatan Pos, Jabatan Cukai, Jabatan Perbendaharaan Negara. – diketuai oleh Katib (Setiausaha). Jabatan Kehakiman diletakkan di bawah kadi, kadi dilantik di setiap wilayah untuk melaksanakan undang-undang Islam. Kadi-kadi dilantik secara syura oleh ulama Muhajirin. Melakukan perluasan wilayah ke Parsi, Syria, Palestin dan Babylon.
8
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL 17
2.
Ekonomi Mengambil semula tanah rampasan perang dari tentera dan menjadikan hak milik negara. Tentera dibayar gaji dengan 4/5 daripada rampasan perang, 1/5 menjadi hak negara. Mengembalikan harta rampasan perang kepada tuannya apabila mereka memeluk Islam. Memperkenalkan cukai jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), dan usyur (cukai perdagangan). Menggalakkan rakyat membuka tanah baharu untuk pertanian. Membina dua buah empangan besar: Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 18
3.
Maruwiah Ahmat
Sosial Mendirikan rumah persinggahan untuk musafir. Membayar elaun kepada kaum keluarga Nabi Muhammad SAW dan balu tentera Perang Badar serta tentera yang bersara. Membentuk pasukan keselamatan kampung. Menyambung usaha Abu Bakar mengumpul Al-Quran. Mengembangkan pengajian Al-Quran dan menghantar guru ke kawasan taklukan. Menubuhkan kemudahan infranstruktur.
9
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 19
Menentukan takwim Hijrah. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a. minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Umar telah memilih tarikh permulaan Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah sebagao permulaan Kalendar Hijrah.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 20
Pendidikan:
Menubuhkan institusi pendidikan di kotakota spt. Basrah, Kufah, Fustat.
Maruwiah Ahmat
Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)
Bentuk pendidikan – membaca, menulis, menghafaz, berenang, menunggang kuda
10
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 21
Kenapa Saidina Uthman al-Affan dilantik menjadi khalifah selepas Umar?
Hasil syura masyarakat Islam
Sifat lemah lembut dan penyantun Uthman
Zun Nurain
Pengorbanan Uthman terhadap Islam
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 22
Khalifah Uthman bin Affan
Maruwiah Ahmat
Memeluk Islam melalui Abu Bakar al-Siddiq. Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi Muhammad SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Umayyah. Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan antara saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani“.
11
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 23
Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan Tidak banyak perubahan melainkan meneruskan usaha khalifah sebelumnya. Perluasan wilayah di mana seluruh wilayah Parsi, Tabristan, Azerbaijan, Armania berjaya ditakluki. Menubuhkan armada laut Islam pertama untuk menawan Rom Timur Abdullah b. Qays Harith – panglima tentera laut Islam pertama dan pernah melancarkan 50 serangan ke atas tentera Rom.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 24
Sumbangan besar Uthman – penulisan Al-Quran yang sistematik (dikenali sebagai Mashaf Uthmani) Ketika orang Sham dan Iraq bersatu dalam sebuah peperangan untuk menakluki Armenia dan Azerbayjan, Huzaifah bin Al-Yaman bertemu dengan Uthman kerana beliau takut tentang perbezaan cara pembacaan Al-Quran antara orang Sham dengan orang Iraq. Huzaifah berkata kepada Uthman: “Wahai ketua penganut-penganut Islam! Selamatkanlah negara ini sebelum mereka berbeza terhadap Kitab (Al-Quran)…...“ Oleh itu, Uthman menghantar satu perutusan kepada Hafsah yang mengatakan: "Kirimkanlah suhuf kepada kami supaya kami dapat menyusun Al-Quran dalam salinan-salinan yang sempurna dan memulangkan manuskrip-manuskrip kepada kamu."
Maruwiah Ahmat
12
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 25
Setelah penerimaan manuskrip-manuskrip tersebut, Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin AzZubair, Said bin Al-As, dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam untuk menulis semula manuskrip-manuskrip itu dalam salinan-salinan yang sempurna dalam loghat Quraisy. Ketika mereka telah menulis banyak salinan, Uthman memulangkan manuskrip-manuskrip yang asal kepada Hafsah. Kemudian, Uthman menghantar satu salinan kepada setiap wilayah Islam, dan memerintah bahawa bahan-bahan Al-Quran yang lain, baik ditulis dalam manuskrip cebisan mahupun dalam salinan yang lengkap dibakar.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 26
Kenapa Saidina Ali bin Abi Talib dipilih selepas Uthman?
Termasuk dalam sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura
Maruwiah Ahmat
Sepupu dan menantu Nabi Muhammad
Seorang yang rapat dengan baginda/tinggal bersebelahan dengan baginda
Pakar dalam hukum dan Hadis.
13
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 27
Khalifah Ali Abi Talib Lahir pada 601 M dan meninggal pada 661 M. Sepupu dan menantu Nabi Muhammad SAW selepas mengahwini anak perempuan baginda iaitu Fatimah. Beliau merupakan khalifah keempat Khulafa alRasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M. Kanak-kanak pertama memeluk Islam.
ZAMAN AWAL – Khulafa’ al-Rasyidin 28
Sumbangan Khalifah Saidina Ali Abi Talib Kelebihan – pakar selok belok hukum Islam dan banyak menghafal Hadis. Tidak banyak sumbangan yang dilakukan kerana sibuk mengatasi masalah pemberontakan. Menyusun pasukan polis (al-Syurtah) Melengkapkan lagi pasukan bersenjata. Membina markas tentera di Parsi dan Syria. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar. Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.
Maruwiah Ahmat
14
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
09/07/2013
ZAMAN AWAL 29
Perluasan wilayah Zaman Rasulullah (SAW)
Perluasan wilayah Zaman Khulafa’ Al-Rashidin
AKTIVITI 4 30
Mana soalan ni?
Maruwiah Ahmat
15