Page 1/5, June 9, 2017
Pemeriksaan Casis Demi Keselamatan Perjalanan Balik Kampung Raya Ini •
Penyerap kejutan adalah unsur keselamatan tersirat
•
Pemeriksaan profesional diperlukan setiap 20,000km
•
Kekalkan kualiti original dengan alat ganti daripada SACHS
Musim cuti lazimnya menguji ketahanan kebanyakan kereta: Perjalanan jauh dengan muatan maksimum, suhu tinggi, kesesakan lalu-lintas, laluan genting dan keadaan jalan kurang baik. Menurut ZF Aftermarket Malaysia, penyerap kejutan memainkan peranan sangat penting dalam keselamatan kereta dan pemandu dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan profesional sebelum memulakan perjalanan jauh pada musim cuti yang akan datang ini. “Ramai orang tidak sedar bahawa penyerap kejutan yang rosak atau haus boleh membawa kesan yang besar kepada keselamatan kereta,” kata Cheah Chee Luen, Pengurus Besar Pasaran Lepas Jualan Bebas (IAM), ZF Sales & Service (Malaysia) Sdn. Bhd. Menurut ZF Aftermarket Malaysia, penyerap kejutan yang rosak bukan sahaja menjejaskan prestasi pembrekan lantas menyebabkan kereta memerlukan jarak berhenti yang lebih panjang, tetapi juga meningkatkan kemungkinan gelinciran dan penyatahan air apabila jalan raya basah. Menyedari hakikat ini, pakar-pakar di ZF Aftermarket Malaysia amat mengesyorkan agar penyerap kejutan dan semua komponen pelengkap pada mulanya diperiksa selewat-lewatnya selepas 80,000 kilometer, dan setiap 20,000 kilometer selepas itu. Cheah Chee Luen menjelaskan, “Penyerap kejutan yang haus juga boleh meningkatkan kerosakan tayar, keletihan pemandu dan
Page 2/5, June 9, 2017
ketidakselesaan penumpang; semuanya perkara yang tidak diingini apabila dalam perjalanan jarak jauh. Tambahan lagi, prestasi komponen seperti penyerap kejutan atau komponen stereng, biasanya mula menyusut secara beransur dan berterusan. Oleh kerana itu, pemandu mungkin tidak sedar akan kehausan tersebut kerana sudah terbiasa dengan kesannya. Sebab itulah kami menegaskan agar pemandu memeriksa penyerap kejutan, pad brek dan stereng sebelum memulakan perjalanan pada musim cuti ini.” Kerosakan dan kehausan boleh menimbulkan risiko keselamatan yang serius, lebih-lebih lagi dalam perjalanan pergi bercuti. Muatan yang besar – sering kali disebabkan oleh pengagihan tidak sekata pusat graviti akibat menggunakan rak bumbung atau meletakkan basikal pada penyangkut treler – menjadikan kereta jauh lebih tidak stabil daripada biasa dari sudut fizikal. Dalam situasi kritikal seperti apabila menekan brek kecemasan dan pergerakan mengelak, komponen yang haus mungkin menimbulkan kesan yang lebih ketara. Untuk menekankan perkara ini, syarikat kami telah menerbitkan video untuk mengingatkan pemandu Malaysia tentang peranan penting yang dimainkan oleh penyerap kejutan terhadap keselamatan kereta dan keselesaan perjalanan. Sila klik sini untuk menonton video tersebut. ZF Aftermarket Malaysia menawarkan rangkaian lengkap penyerap kejutan SACHS dan produk stereng dan suspensi Lemförder untuk kebanyakan model kereta Asia yang popular seperti Honda, Hyundai, Isuzu, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Proton, Perodua dan Toyota.
Page 3/5, June 9, 2017
Cheah Chee Luen berkata, “Penyerap kejutan agak mudah untuk digantikan, tetapi kita perlu memastikan agar alat ganti tersebut mempunyai kualiti yang sama seperti alat ganti original, jika tidak prestasi dan ketahanannya akan terjejas. Rangkaian SACHS Asia kami mampu dimiliki oleh pemandu Malaysia, dan tetap memanfaatkan pengalaman selama lebih 100 tahun, teknologi dan proses kawalan kualiti Jerman. Ini adalah untuk memastikan bahawa alat ganti disesuaikan dengan setiap kenderaan dan setanding dengan piawaian kualiti original.” “Kami menasihati para pemandu menyemak dengan bengkel atau pusat servis mereka untuk memastikan mereka menggunakan alat ganti bermutu tinggi seperti rangkaian SACHS kami. Ini akan memberikan mereka ketenangan fikiran dan memastikan mereka balik kampung dengan selamat. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga anda semua selamat di jalan raya,” ujar Cheah Chee Luen. #TAMAT# Gambar & Keterangan
En. Cheah Chee Luen, Pengurus Besar Pasaran Lepas Jualan Bebas (IAM) ZF Sales & Service (Malaysia) Sdn. Bhd.
Page 4/5, June 9, 2017
Kereta yang dipasang dengan penyerap kejutan SACHS sedang menjalani ujian brek yang mencabar di Litar Kemahiran Memandu Lanjutan SADRA di Shah Alam. Gambar ini diambil daripada video baharu terbitan ZF Aftermarket Malaysia yang memperlihatkan kepentingan penyerap kejutan dalam memastikan keselamatan kereta dan keselesaan memandu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Ahmad Shuhaimi Hj. Abdullah, Ketua Jurulatih Pusat Kemahiran Memandu Lanjutan SADRA, menerangkan mengapa beliau kagum dengan prestasi penyerap kejutan SACHS dalam ujian buta yang dilakukan baru-baru ini. Temu duga ini boleh disaksikan dalam video baharu terbitan ZF Aftermarket Malaysia yang memperlihatkan kepentingan penyerap kejutan dalam memastikan keselamatan kereta dan keselesaan memandu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Setiap kelompok produk untuk Malaysia menjalani ujian kualiti di Makmal Ujian ZF Asia Pacific Pte Ltd, yang dilengkapi dengan peralatan terkini dari Jerman. ZF Aftermarket menggunakan proses kawalan kualiti ketat yang mematuhi piawaian ISO9001:2008 dan ISO/TS16949:2009.
Perhatian: Hubungan media dan latar belakang ZF di bawah
Page 5/5, June 9, 2017
Hubungan Media: Estee Chen ZF Sales and Service (Malaysia) Sdn. Bhd. Tel. +603 61406058 (samb 131), Faks: +603 61406331 E-mel:
[email protected] ZF ialah pemimpin global dalam teknologi casis dan juga teknologi keselamatan aktif dan pasif. Syarikat ini mempunyai kira-kira 137,000 kakitangan global dengan lebih kurang 230 lokasi di 40 negara. Pada 2016, ZF mencatatkan jualan berjumlah €35.2 bilion. ZF membuat pelaburan tahunan kira-kira enam peratus daripada jualan dalam penyelidikan & pembangunan – memastikan kejayaan berterusan menerusi reka bentuk dan kejuruteraan teknologi inovatif. ZF adalah salah satu daripada pembekal automotif terbesar di dunia. ZF membolehkan kenderaan melihat, berfikir dan bertindak. Berbekalkan teknologinya, syarikat ini berusaha mencapai Wawasan Sifar – iaitu dunia pergerakan tanpa kemalangan dan emisi. Dengan portfolio yang luas, ZF mempelopori daya pergerakan dan perkhidmatan dalam sektor automobil, trak dan perindustrian. Bahagian Pasaran Lepas Jualan ZF Group menjamin prestasi dan kecekapan kenderaan menerusi kitaran hayatnya, dengan penyelesaian bersepadu meliputi seluruh portfolio produk ZF. Kombinasi jenama produk terkemuka, inovasi digital, produk dan perkhidmatan tersesuai, dan rangkaian pusat servis sedunia telah menjadikan ZF rakan niaga yang dihargai dan peserta nombor dua dalam pasaran lepas jualan automotif global. Untuk maklumat akhbar lanjut dan gambar sila layari: www.zf.com/my.