CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
01
Tanda keselamatan yang wajib ini bermakna ____.
A. B. C. D.
anda mesti memakai gogal keselamatan. anda mesti memakai sarung tangan. anda mesti memakai kasut keselamatan. anda mesti memakai topi keselamatan.
02
Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus ______________ A. setuju kerana majikan anda yang menyuruh anda berbuat demikian. B. setuju hanya jika majikan anda membayar anda wang yang lebih sahaja. C. berkata tidak. Jika majikan anda mendesak, hubungi Kementerian Tenaga Manusia di 64385122. D. setuju kerana tiada pekerja asing yang lain yang membuat aduan terhadap perkara itu.
03
Salah satu sebab bagi pemeriksaan keselamatan ialah untuk memastikan pekerja-pekerja __. A. bekerja dengan baik bersama rakan sekerja mereka B. tidak membuang masa semasa bekerja C. memberikan perhatian semasa bekerja D. mematuhi peraturan keselamatan
04
Pilih satu tanggungjawab seorang pekerja umum. A. Untuk hadir dalam senaman pagi sebelum kerja dimulakan. B. Untuk memeriksa orang lain jika mereka menggunakan peralatan perlindungan peribadi yang disediakan oleh majikan. C. Untuk memberikan arahan kepada orang lain. D. Untuk mematuhi arahan kerja dari penyelia dan bertanya jika tidak pasti.
Page 1 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
05
Pemacu mekanikal seperti takal (pulley) dan lubang sepatutnya diperiksa ____. A. hanya apabila anda mahu B. sebelum kerja dimulakan C. hanya bila ia rosak D. hanya bila ada penyelia
06
Perbuatan manakah yang boleh dihukum mengikut undang-undang Singapura? A. membeli makanan daripada pusat penjaja B. meminjam wang daripada seorang kawan C. meragut dompet daripada seorang warga tua D. pergi sembahyang di dalam kuil
07
Mana satu kegiatan yang boleh mengakibatkan kecederaan teruk atau kematian jika seseorang pekerja terjatuh? A. Membina acuan di atas meja. B. Naik turun di 5 anak tangga pada paras tanah. C. Naik 3 anak tangga untuk membaiki panel kaca. D. Membaiki panel kaca di bumbung bangunan bertingkat tinggi tanpa menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang betul.
08
Siapa yang akan memberikan arahan kerja kepada anda? A. Pekerja B. Pegawai Polis C. Pegawai Keselamatan D. Penyelia Kerja
09
Semasa bekerja di jalan raya, kemungkinan dilanggar oleh kenderaan yang datang boleh dielakkan dengan ____. A. berdiri di atas tangga supaya pemandu nampak anda dari jauh B. berteriak dengan kuat untuk menghentikan kenderaan yang datang C. memakai baju hujan. D. menandakan kawasan itu menggunakan perintang yang betul
Page 2 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
10
Mengapa alat pemadam api diletakkan di dalam bangunan? A. Untuk mencantikkan kawasan. B. Untuk memenuhi keperluan pengemasan. C. Untuk memadam api semasa kecemasan. D. Untuk mengelakkan dari sinaran matahari.
11
Jika anda ditangkap membuang sampah, meludah, membuang air kecil atau membuang air besar di khalayak ramai, anda boleh ____________________ A. B. C. D.
diberikan satu surat amaran sahaja. didenda sehingga S$1,000 disebat dengan rotan sebanyak 3 kali dikenakan hukuman penjara sehingga 1 bulan
12
Apakah dua topik yang paling penting semasa mesyuarat “tool box”? A. Had Belanjawan dan Penyelia yang Bertanggungjawab. B. Butiran Bahaya dan Nama Projek C. Bilangan peralatan perlindungan peribadi yang dihadkan untuk setiap pekerja dan Nama Projek. D. Bahaya yang Berkaitan dan Langkah-langkah Pencegahan.
13
Manakah di antara perkara berikut TIDAK AKAN mengakibatkan hukuman di bawah undang-undang di Singapura? A. menonton tayangan wayang pada tengah malam B. pecah rumah C. mencabul kehormatan D. mengedar dadah
14
Mana satu ialah keadaan tempat kerja yang tidak selamat? A. Sebuah menara perancah (tower scaffold) dengan teg yang sesuai. B. Lubang lif tertutup dengan papan tapak dan terdapat tanda amaran yang betul. C. Bangunan yang sedang dibina mempunyai sisi yang terbuka dan tidak dihadang. D. Bahan binaan mentah disusun dengan teratur di dalam gudang.
Page 3 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
15
Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 8 jam setiap __________ (ini tidak termasuk kerja lebih masa) A. hari B. minggu C. dua minggu D. bulan
16
Sebelum menggunakan sebarang kerja penyenggaraan pada jentera, anda mesti ___. A. menghidupkan jentera B. lakukan prosedur “lock-out tag out” C. hidupkan butang kecemasan D. letakkan tag amaran
17
Manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BENAR? A. Kad Permit kerja seseorang pekerja asing boleh disimpan oleh majikan beliau. B. Seseorang pekerja asing tidak perlu membawa bersama kad permit kerja beliau pada setiap masa. C. Seseorang pekerja asing mesti membawa bersama kad permit kerja beliau pada setiap masa. D. Seseorang pekerja asing boleh meminta kawan beliau untuk menyimpankan kad permit kerja untuk beliau.
18
Merokok tidak dibenarkan kecuali di _____. A. kawasan simpanan kimia B. kawasan merokok yang ditetapkan C. tangga D. kawasan simpanan bahan mudah bakar
19
Apakah langkah pencegahan yang patut anda lakukan semasa bekerja di cuaca panas terik? A. Minum banyak air untuk mengelakkan kekurangan air dalam tubuh. B. Gunakan payung untuk berteduh dari sinaran matahari. C. Buka topi keselamatan dan untuk mengelakkan strok haba. D. Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan selaran matahari (sunburn)
Page 4 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
20
Apa yang sepatutnya anda lakukan jika anda tercedera semasa bekerja? A. Teruskan bekerja dan minta bantuan perubatan selepas waktu kerja. B. Berhenti bekerja dan minta bantuan perubatan segera. C. Beritahu semua orang. D. Selesaikan kerja sebelum melaporkan kepada penyelia anda.
21
Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja boleh bekerja lebih masa sehingga had __________ jam setiap bulan A. 72 B. 90 C. 100 D. 104
22
Bagaimana anda boleh mengurangkan risiko semasa bekerja di sekitaran yang bising? A. Dengan memadamkan jentera itu. B. Dengan memakai penyumbat telinga (ear plug) yang disediakan oleh majikan. C. Dengan meminta seseorang untuk mengambil-alih kerja anda. D. Dengan mendesak majikan anda untuk menukar jentera itu.
23
Mana satu ialah keadaan kerja yang selamat? A. Perkakas elektrik ditebat dua lapisan dan terbumi. B. Bahagian elektrik terdedah. C. Litar dengan beban lebih. D. Wayar elektrik berselerakan di lantai.
Page 5 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
24
Apakah yang ditunjukkan di papan tanda ini?
A. B. C. D.
Amaran kepada pekerja mengenai bahaya elektrik. Amaran kepada pekerja mengenai lantai licin. Meminta pekerja memakai Peralatan Perlindungan Peribadi. Amaran kepada pekerja mengenai beban yang tergantung.
25
Membuang sampah dan bahan sisa selepas kerja ialah _____. A. tidak diperlukan B. satu cara pengemasan yang baik C. diperlukan sebelum pegawai dari Kementerian Tenaga Manusia datang D. diperlukan jika disuruh
26
Meletakkan tanda amaran berdekatan dengan parit yang digali ialah ____________. A. satu bentuk komunikasi bahaya. B. satu usaha yang sia-sia. C. melanggar peraturan di tempat kerja. D. bukan satu amalan biasa di tempat kerja.
27
Undang-undang Singapura dikenakan pada ___________________ A. warga Singapura sahaja B. warga asing sahaja C. warga Singapura dan penduduk tetap sahaja D. warga Singapura, penduduk tetap and warga asing.
Page 6 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
28
Mana satu kemalangan disebabkan oleh pengemasan yang tidak rapi? A. Tergelincir, tersandung dan terjatuh disebabkan wayar berselerak B. Jatuh dari paras tinggi. C. Dihempap oleh jentera D. Melecur semasa mengimpal
29
Apa yang patut anda lakukan jika akan ternampak keadaan yang tidak selamat semasa bekerja? A. Berhenti bekerja dan beritahu penyelia. B. Berdiam diri sebab anda tidak ada hak untuk berbuat apa-apa. C. Terus bekerja sekalipun terdapat kemungkinan risiko tercedera. D. Terus bekerja jika ada penyelia.
30
Tanda ini bermakna ______________.
A. B. C. D.
31
perlindungan kepala perlindungan muka perlindungan dari jatuh perlindungan mata
Jika seseorang pekerja mahu menuntut pampasan akibat kecederaan semasa kerja, beliau harus menghantar tuntutan beliau kepada Kementerian Tenaga Manusia dalam masa __________ tahun daripada tarikh kemalangan tersebut A. satu B. dua C. tiga D. empat
Page 7 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
32
Apakah perkara yang penting untuk diperiksa pada permit masuk? A. Jenis, tarikh, masa dan tempat kerja dan kesahan permit tersebut. B. Jenis alat pemadam api yang digunakan dan tarikh luputnya. C. Jenis, tarikh, masa dan tempat kerja. D. Jenis peralatan yang digunakan dan tarikh luputnya.
33
Tanda ini bermakna _____.
A. B. C. D.
dilarang masuk dilarang menggunakan bergerak ke kawasan perhimpunan dilarang membawa api yang menyala
34
Apa yang perlu anda lakukan jika anda nampak sebarang bahaya tersandung? A. Tidak mempedulikannya. B. Laporkan kepada penyelia segera. C. Beritahu pekerja yang berpengalaman. D. Tunggu arahan dari pegawai keselamatan.
35
Apakah amalan yang selamat bagi bekerja di perancah? A. Pakai kasut keselamatan hanya untuk kestabilan. B. Pastikan sebuah papan digunakan sebagai tempat pijak. C. Pakai topi hanya untuk perlindungan. D. Pastikan terdapat tag “selamat untuk digunakan” sebelum mula bekerja.
36
Tanda ini bermakna ___.
A. B. C. D.
perlindungan telinga perlindungan tangan perlindungan kaki perlindungan kepala
Page 8 of 9
CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 3
37
Mana satu ialah keadaan yang selamat? A. Papan kayu dan bahan-bahan dibiarkan di pinggir bangunan. B. Jentera dengan pengadang yang dipasang dengan betul. C. Laluan yang penuh dengan sampah yang dibuang di tepi laluan. D. Perancah menara tanpa tangga naik.
38
Mana satu perbuatan yang betul semasa bekerja di dalam ruang sempit? A. Menyimpan alat pernafasan di dalam beg setiap masa. B. Mengeluarkan alat pernafasan semasa masa rehat. C. Menggunakan alat pernafasan setiap masa. D. Memakai alat pernafasan hanya bila anda memerlukannya.
39
Selepas melaporkan tindakan yang tidak selamat kepada penyelia anda, anda sepatutnya ________________. A. meneruskan kerja B. tunggu arahannya dan hanya kembali bekerja apabila sudah selamat C. hubungi Kementerian Tenaga Manusia D. pulang dan berehat
40
Di Singapura, hukuman kerana mencuri adalah ___________________ A. B. C. D.
penjara antara 3 hingga 7 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali direjam batu sehingga mati disebat dengan rotan sebanyak 10 kali digantung sehingga mati
Page 9 of 9