PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
2
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.
2
Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam,benda buatan manusia dan hasil seni visual.
3
Mengetahui, memahami danmeneroka Asas Seni Reka menerusipenerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.
4
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betulserta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.
5
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan mediayang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik
6
Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkansumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
3
TAJUK
ASAS SENI REKA
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
BAND
DESKRIPTOR
1
Mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan secara asas
2
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul
3
Mengelaskan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam semulajadi dengan baik
4
Membuat ekperimentasi dan penerokaan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam semulajadi dengan menggunakan pelbagai teknik
5
Menganalisis, menghubung kait dan membincangkan bagaimana hasil daripada eksperimentasi serta penerokaan unsur seni dan prinsip rekaan pada alam semulajadi boleh di gubah untuk menjadi satu karya yang menarik dengan baik
6
Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan unsur seni untuk menghasilkan karya dengan menggunakan idea sendiri,imaginasi, gubahan asas seni reka yang cemerlang dan kreatif serta mengikut proses dan prosedur yang betul
4
SENI HALUS LUKISAN CATAN ARCA CETAKAN
1
Mengetahui sejarah, alat ,media dan teknik seni halus secara asas.
2
Memahami sejarah dan mengetahui penggunaan peralatan serta proses penghasilan karya seni halus dengan baik
3
Menghasilkan lakaran idea asas karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni reka melalui ekperimentasi dan penerokaan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan baik
4
Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan untuk mencipta lakaran idea serta menghasilkan karya dengan mengaplikasikan asas seni reka, imaginasi, olahan media, teknik, proses dan prosedur yang baik dan betul.
5
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.
Menghasilkan karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.
Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul dan tepat sewaktu menghasilkan karya.
hasil daripada
5
6
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.
Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.
Menghasilkan karya seni halus yang cemerlang dan kreatif dengan mengaplikasikan asas seni reka, daya imaginasi sendiri dan kreatif dan unik serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej betul dan tepat.
Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul dan tepat sewaktu menghasilkan karya.
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.
6
KOMUNIKASI VISUAL
1
Mengetahui sejarah, alatan,media dan teknik komunikasi visual secara asas.
2
Memahami jenis dan ciri bidang komunikasi visual serta mengetahui penggunaan peralatan serta proses penghasilan karya dengan baik
3
Menghasilkan lakaran idea asas bentuk poster atau senireka tanda dengan mengaplikasikan asas seni reka melalui ekperimentasi serta penerokaan idea dengan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan baik
4
Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan idea untuk mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda dengan memberi penekanan kepada tipografi dan reka letak yang betul serta penggunaan media, teknik dan prosedur yang betul
5
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.
mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda secara kreatif dengan memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang
hasil daripada
7
betul dan tepat dengan menggunakan media, teknik dan prosedur yang betul dan tepat
Mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda dengan mengaplikasikan asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.
Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.
Mencipta reka bentuk poster atau senireka tanda secara kreatif dan unik dengan memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang betul dan tepat dengan menggunakan pelbagai jenis media, teknik dan prosedur yang betul serta tepat.
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji yang tekal dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.
6
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
8
KRAF TRADISIONAL
1
2
3
4
5
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
Mengetahui sejarah dan jenis alatan, bahan, teknik serta proses anyaman secara asas.
tembikar dan
Memahami sejarah dan jenis alatan, bahan, teknik serta proses tembikar dan anyaman secara asas.
Menghasilkan lakaran idea kraf tradisional tembikar atau anyaman dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dengan baik dan mengetahui secara asas penggunaan alatan, bahan, teknik dan proses .
Menghasilkan tembikar atau anyaman secara peniruan dengan mengaplikasikan asas seni, penggunakan alat,bahan, teknik serta proses yang betul
Mencipta tembikar atau anyaman melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan baik.
Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dalam penghasilan kraf tradisional.
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.
9
6
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
Mencipta tembikar atau anyaman melalui penerokaan idea sendiri dengan memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan cemerlang.
Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat dalam penghasilan kraf tradisional.
Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.
10
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
11
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
12