PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA
Untuk perlindungan anda sendiri sila baca polisi ini dan syarat – syaratnya dan jika polisi tidak diisi dengan betul atau mengikut kehendak anda sila pulangkan polisi yang sama ke pejabat untuk pindaaan.
POLISI SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING BAHAWASANYA Pengambil Insurans melalui cadangan atau pengisytiharan yang akan menjadi dasar kontrak ini dan dianggap bergabung di sini telah memohon kepada LIBERTY INSURANCE BERHAD (16688-K) (Syarikat) ( Dahulu dikenali sebagai Uni.Asia General Insurance Berhad) bagi insurans yang kemudian daripada ini terkandung dan sebagai balasan bagi pembayaran oleh Pengambil Insurans kepada Syarikat Premium.
Sekarang Polisi ini menyaksikan bahawa dari segi kejadian yang berlaku pada masa Tempoh Insurans dan tertakluk pada had, kekecualian dan syarat terma yang terkandung di dalam ini dan diendors padanya kemudian daripada ini secara kolektif dirujuk sebagai “Terma Polisi ini”, Syarikat akan mengganti rugi Pengambil Insurans seperti Terma yang dinyatakan dalam pelbagai Seksyen Polisi.
SEKSYEN 1 – INSURANS PAMPASAN PEKERJA Jika pada bila-bila masa dalam Tempoh Insurans mana-mana pekerja asing yang diambil bekerja oleh Pengambil Insurans seperti yang dinyatakan dalam Jadual mengalami kecederaan peribadi melalui kemalangan atau penyakit yang disebabkan dan dalam tempoh penggajiannya oleh Pengambil Insurans dan jika Pengambil Insurans bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi kecederaan sedemikian di bawah Undang-undang yang ditetapkan dalam Polisi kemudiannya tertakluk pada Terma Polisi ini yang terdapat dalam ini dan diendors kemudiannya Syarikat akan mengganti rugi Pengambil Insurans dengan semua jumlah yang menjadi tanggung jawab Pengambil Insurans dan akan selain bertanggungjawab bagi semua kos dan perbelanjaan yang dibuat dengan kebenarannya dalam mempertahankan sebarang tuntutan bagi pampasan sedemikian.
DENGAN SENTIASA MENJADI SYARAT bahawa jika terdapat sebarang perubahan dalam Undang-undang atau penggantian undang-undang lain dengan ini Seksyen ini hendaklah kekal berkuat kuasa tetapi liabiliti Syarikat terhad pada jumlah sedemikian yang menjadi tanggungjawab Syarikat membayar jika Undang-undang kekal tidak diubah.
UNDANG-UNDANG Seperti yang dipinda sehingga tarikh bermulanya Polisi ini. AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952 AKTA PAMPASAN PEKERJA (PINDAAN) 1956 AKTA PAMPASAN PEKERJA (PINDAAN) 1976 PENGUBAHSUAIAN UNDANG-UNDANG (PAMPASAN PEKERJA) PERINTAH (PELUASAN DAN PENGUBAHSUAIAN) 1981 AKTA PAMPASAN PEKERJAAN (PINDAAN) 1996 PERINTAH PAMPASAN PEKERJA (SKIM PAMPASAN PEKERJA ASING (INSURANS) 1998) dan mana-mana pindaan berikutnya kepada Akta dan Enakmen tersebut yang dibuat berkuat kuasa sebelum tarikh pengeluaran Polisi.
SYARAT KHAS BAGI SEKSYEN 1 Jika berlaku kematian pekerja yang diinsuranskan kerana kecederaan diri akibat kemalangan ketika bekerja, Syarikat akan membayar jumlah tambahan RM7,000.00
KEKECUALIAN BAGI SEKSYEN 1 Syarikat tidak bertanggungjawab di bawah Seksyen ini berkaitan (a)
Liabiliti pihak diinsuranskan kepada pekerja kontraktor kepada Pihak Diinsuranskan
(b)
Mana-mana pekerja yang bukan ‘pekerja’ dalam makna Undang-undang
KEKECUALIAN LIABILITY COMMON LAW Tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung dalam ini yang bertentangan, dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa ganti rugi yang diberikan oleh Seksyen ini tidak termasuk dalam Liabiliti Common Law.
SEKSYEN 2 – PERBELANJAAN HANTAR PULANG Syarikat tertakluk pada terma Seksyen ini ganti rugi pihak diinsuranskan bagi perbelanjaan hantar pulang yang ditanggung (didefinisikan di bawah). (a)
jika pada Tempoh Insurans, Pihak Diinsuranskan meninggal dunia atau menderita Ketidakupayaan Menyeluruh Kekal.
(b)
Jika Pihak Diinsuranskan meninggal dunia atau menderita Ketidakupayaan Menyeluruh Kekal dalam masa dua belas bulan kemalangan atau kesakitan berlaku pada masa Tempoh Insurans.
DEFINISI BAGI SEKSYEN 2 Perbelanjaan hantar pulang yang ditanggung hendaklah perbelanjaan sebenar atau RM4,800.00 yang mana kurang bagi pengangkutan Pihak Diinsuranskan ke negara asalnya.
SEKSYEN 3 – INSURANS KEMALANGAN DIRI (Waktu Tidak Bekerja) Syarikat tertakluk pada terma Seksyen ini, membayar Pihak Diinsuranskan atau wakil peribadinya yang sah dari segi kecederaan diri yang dialami dalam kemalangan yang terjadi dalam Tempoh Insurans dan di luar waktu bekerja Pihak Diinsuranskan: (a)
sejumlah RM23,000.00 jika berlaku Kematian atau Ketidakupayaan Menyeluruh Kekal yang berlaku dalam masa 12 bulan selepas kemalangan; dan/atau
(b)
sejumlah wang berdasarkan jumlah besar RM23,000.00 yang dikira mengikut Jadual Pertama Akta Pampasan Pekerja (Pindaan) 1996 dari segi Ketidakupayaan Separa Kekal; dan/atau
(c)
jumlah wang yang dikira mengikut Seksyen 8(e) Akta Pampasan Pekerja 1952 bagi Ketidakupayaan Sementara.
(d)
perbelanjaan perubatan mengikut peruntukan Akta Pampasan Pekerja 1952.
Had Wilayah: Malaysia
PERUNTUKAN KHAS BAGI SEKSYEN 3 1. Kehilangan anggota atau ahli atau sebahagian anggotanya bermakna kehilangan melalui putus fizikal sebenar atau seluruh dan kehilangan kekal penggunaannya.
2. Jumlah seluruh mesti dibayar bagi Ketidakupayaan Kekal dari segi kecederaan lebih daripada satu bahagian anggota atau ahli atau sebahagian anggotanya hendaklah tidak melebihi jumlah mesti bayar dari segi kecederaan sedemikian bagi keseluruhan anggota atau ahli atau sebahagian anggotanya. 3. Faedah maksimum mesti bayar di bawah (a) dan (b) di atas hendaklah RM23,000.00.
SYARAT KHAS BAGI SEKSYEN 3 1.
Insurans ini tidak terpakai pada Pihak Diinsuranskan yang telah mencapai umur 65 tahun.
2.
Notis bertulis mestilah diberikan kepada Syarikat jika sebarang kemalangan berlaku kepada Pihak Diinsuranskan yang menyebabkan tuntutan di bawah Seksyen ini dalam masa 10 hari selepas kemalangan. Semua laporan, sijil dan maklumat yang perlukan oleh Syarikat hendaklah dilengkapkan oleh Pihak Diinsuranskan. Pihak Diinsuranskan hendaklah dari semasa ke semasa membuat pemeriksaan perubatan dengan belanja Syarikat seperti yang diperlukan berhubung dengan mana-mana tuntutan. Dalam kejadian berlakunya kematian apabila wujud sebarang keraguan munasabah sebab kematian tersebut pengamal perubatan disahkan yang dilantik oleh Syarikat hendaklah dibenarkan membuat pemeriksaan post-mortem badan Pihak Diinsuranskan atas belanja Syarikat.
3.
Bagi tujuan Skim ini, Syarat Umum 6 (Insurans Lain) tidak terpakai kepada (a), (b) dan (c) di bawah Seksyen ini.
4.
Seksyen ini tidak ditetapkan dan bayaran mana-mana Faedah di bawah Seksyen ini hanya dibuat kepada Pihak Diinsuranskan atau waris/estetnya dan penerimaannya hendaklah menjadi lepas tanggungan bagi Syarikat.
KEKECUALIAN BAGI SEKSYEN 3 1.
Tiada bayaran akan dibuat di bawah Seksyen ini bagi kecederaan tubuh akibat: (a)
mana-mana tindakan menyalahi undang-undang Pihak Diinsuranskan atau pendedahan rela kepada bahaya (selain daripada percubaan untuk menyelamatkan nyawa manusia) atau percubaan membunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri.
(b)
kesan atau pengaruh (sementara atau sebaliknya) alkohol atau dadah yang tidak dipreskripsi oleh pengamal perubatan disahkan, penyakit venereal, gila, atau AIDS.
(c)
mengandung atau melahirkan anak, keguguran atau pengguguran.
(d)
memanjat batu, mendaki gunung (yang memerlukan penggunaan tali atau pemandu), menyelam, aksi payung terjun, polo, lumba kuda berhalang, memburu binatang buruan besar atau berburu selain dengan berjalan kaki.
(e)
terbang sebagai anak kapal atau dalam mana-mana pesawat terbang bagi tujuan mana-mana perdagangan atau operasi teknikal atau di sini atau di atas atau membuat perjalanan udara selain daripada sebagai penumpang berbayar dalam mana-mana pesawat terbang yang dibina untuk membawa penumpang yang dipandu oleh pemandu yang sah atau berlesen.
(f)
menunggang motosikal, motor skuter, basikal berenjin atau basikal yang kayuhan dibantu secara mekanikal (sama ada sebagai penunggang atau penumpang) bagi tujuan sukan, pameran, peraduan atau perlumbaan.
(g)
kerja yang dijalankan berkait dengan penggajian Pihak Diinsuranskan dengan pihak pengambil insurans.
KEKECUALIAN UMUM Syarikat tidak mengganti rugi Pihak Pengambil Insurans dan/atau Pihak Diinsuranskan terhadap: 1.
Mana-mana tindakan bagi pampasan yang dibawa ke Mahkamah Undang-undang mana-mana wilayah di luar Malaysia.
2.
Kecederaan kehilangan kerosakan melalui kemalangan atau penyakit secara langsung atau tidak secara langsung yang disebabkan oleh atau terjadi melalui atau diakibatkan oleh (a)
tindakan serangan perang musuh asing (sama ada perang diisytiharkan atau tidak) Perang Saudara Pemberontakan Penentangan Revolusi Pemberontakan atau Kuasa Tentera atau Rampasan.
(b)
sebarang tindakan mana-mana orang atau orang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi yang kegiatannya terarah kepada penggulingan melalui kekerasan mana-mana Kerajaan yang sah di sisi undang-undang atau yang ditetapkan undang-undang atau mempengaruhinya melalui terorisme atau keganasan.
3.
Sebarang kehilangan kerosakan kecederaan atau liabiliti secara langsung atau secara
tidak langsung yang disebabkan
oleh timbul daripada atau diakibatkan atau disumbangkan oleh:
(a)
radiasi atau pencemaran ion melalui radioaktif daripada mana-mana bahan api nuklear atau daripada mana-mana sisa nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear. Semata-mata bagi tujuan Kekecualian ini pembakaran hendaklah termasuk mana-mana proses mampu diri pembelahan nuklear.
(b)
Bahan senjata nuklear.
SYARAT UMUM 1.
DEFINISI Tempoh Insurans hendaklah bermaksud tempoh yang ditetapkan dalam Jadual dan pada masa Pihak Diinsuranskan adalah dalam penggajian langsung Pengambil Insurans TETAPI TIDAK TERMASUK tempoh apabila Pihak Diinsuranskan pulang ke negara asalnya. Perlindungan berhenti pada masa Pihak Diinsuranskan meninggalkan Malaysia dan bersambung apabila dia datang semula ke Malaysia.
2.
INTERPRETASI Polisi dan Jadual ini hendaklah dibaca bersama-sama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan atau ungkapan yang membawa makna tertentu dalam mana-mana bahagian Polisi atau Jadual ini hendaklah membawa maksud sedemikian di mana-mana pun ia muncul.
3.
PEMATUHAN Liabiliti Syarikat hendaklah bersyarat dengan pematuhan bagi pihak Pengambil Insurans dan Pihak Diinsuranskan dalam Terma Polisi ini.
4.
LANGKAH BERINGAT Pengambil Insurans dan Pihak Diinsuranskan hendaklah mematuhi semua kewajipan dari segi undang-undang.
5.
PROSEDUR TUNTUTAN (a)
Apabila berlaku apa-apa kemalangan yang membolehkan tuntutan di bawah Polisi ini Pengambil Insurans hendaklah: i)
melaporkan kemalangan dengan segera kepada Jabatan Buruh seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(1) & (2) Akta Pampasan Pekerja 1952.
ii)
memberi notis bertulis dalam masa 10 hari selepas kemalangan kepada Syarikat dengan menyatakan keadaan kemalangan dan sifat kecederaan.
(b)
Pampasan mesti dibayar seperti yang dinilai oleh Pesuruhjaya mengikut Akta hendaklah dibayar dalam tempoh 7 hari selepas penilaian sedemikian diterima oleh Syarikat.
6.
INSURANS LAIN Jika pada mana-mana kehilangan kerosakan atau liabiliti yang dengan ini diinsuranskan dengan mana-mana insurans saraan lain sama ada dibuat oleh Pengambil Insurans atau oleh mana-mana orang lain yang memberi perlindungan kehilangan kerosakan sedemikian atau liabiliti Syarikat tidak bertanggungjawab untuk membayar atau menyumbang lebih daripada bahagian yang kena bayar bagi kehilangan kerosakan atau liabiliti sedemikian.