Motorola Solutions Kod Tatalaku Perniagaan
“Bertindak dengan integriti dan menjalankan perniagaan dengan cara yang betul akan memastikan kita sentiasa melaksanakan yang terbaik pada ketika yang diperlukan.” Greg Brown
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
2
Pesanan daripada Greg Brown Di Motorola Solutions, kita bekerja setiap hari dengan satu tujuan: membantu orang melaksanakan yang terbaik pada saat-saat penting. Untuk merealisasikan tujuan ini bermakna kita sentiasa bertindak dengan mematuhi undang-undang dan beretika—dengan pelanggan kita, dengan rakan kongsi kita, dengan rakan sekerja kita di seratadunia. Nama Motorola telah lama disinonimkan dengan integriti dan menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Bila kita mara ke hadapan sebagai Motorola Solutions, kita harus terus patuh kepada piawaianetika yang tinggi yang merupakan asas syarikat kita yang agung. Nilai-nilai kita berasas dari komitmen kukuh kita terhadap integriti dan menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Kita adalah: Berinovasi—Kita sentiasa mencipta penyelesaian pintar kepada cabaran dunia nyata pada hari ini, masa hadapan dan lebih lagi. Bersemangat tinggi—Kita mengharungi setiap cabaran dengan penuh tenaga dan keazaman, sentiasa mengejar piawaian yang lebih tinggi. Merasa terdorong—Kita menumpu kepada perkara yang paling penting supaya kita boleh merebut peluang dengan pantas dan yakin. Bertanggungjawab—Kita menyokong kerja-kerja yang kita lakukan, sumbangan yang kita berikan dan megekalkan taraf perniagaan yang tinggi.. Rakan kongsi—Kita Berjaya bersama kerana kita menghormati semua individu dan menghargai sumbangan daripada rakan sekerja dan juga pelanggan. Semua ini bukanlah semata-mata kata-kata kosong; bahkan ini adalah taraf yang kita pegang, sama ada sebagai individu ataupun sebagai sebuah organisasi. Bilaberdepan dengan keputusan yang sukar, kita tidak mencari jalan pintas,.malah, kita bangkit menghadapinya—sebagai rakan kongsi yang berinovasi, bersemangat tinggi, merasa terdorong dan bertanggungjawab. Dengan bekerjasama, kita akan berjaya dengan berbuat sesuatu dengan cara yang betul. Saya tahu persekitaran perniagaan kita boleh jadi mencabar. Persoalan pasti akan timbul. Apabila ini berlaku, Tatalaku, dasar-dasar yang menyokongnya dan sumber-sumber lain yang tersenarai padanya, telah diwujudkan bagi membantu menjawab persoalan tersebut. Kita semua mesti tahu sumber-sumber ini dan mematuhinya. Semua ini adalah panduan yang penting bagi membantu kita memenuhi Tujuan kita dan menghayati Nilai-nilai kita. Mematuhi Kod Tatalaku, bertindak dengan penuh integriti dan menjalankan perniagaan dengan cara yang betul akan memastikan yang kita sentiasa melaksanakan yang terbaik pada saat-saat penting. Dengan hormatnya, Gregory Q. Brown Ketua Pegawai Eksekutif, Motorola Solutions Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
3
Kandungan KOD TATALAKU PERNIAGAAN Motorola Solutions, Inc. Tentang standard kita dan Kod Tatalaku Perniagaan ini Tujuan dan penggunaan Kebertanggungjawaban dan tanggungjawab peribadi Kewajipan tambahan bagi pengurus Mengurus pekerja Mengurus rakan kongsi perniagaan Larangan terhadap tindakan balas
Menerima perjalanan Menyediakan perjalanan
Tanyalah kami Sumber-sumber anda bagi panduan etika Pejuang Tingkah Laku Perniagaan EthicsLine Mengelakkan konflik berkepentingan Panduan am bagi semua konflik yang mungkin berlaku Pekerjaan luar Keahlian lembaga Ahli keluarga dan hubungan peribadi yang rapat Pelaburan peribadi Berurusan dengan kerajaan Aktiviti politik Undang-undang anti rasuah Memudahkan pembayaran Anti pelaburan wang haram dan keganasan Import dan eksport Berurusan dengan rakan kongsi perniagaan Mengendalikan hadiah, hiburan dan perjalanan Hadiah Menerima hadiah Memberi hadiah Hiburan Menerima hiburan Menyediakan hiburan Perjalanan Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
4
Melindungi hak milik kita Maklumat sulit, terbatas dan proprietari Pihak luaran Ketepatan rekod Motorola Solutions Kuasa untuk bertindak bagi pihak syarikat Merekod dan mengekalkan komunikasi perniagaan Audit dan penyiasatan Aset Motorola Solutions Maklumat dalaman dan urus niaga sekuriti Bekerja bersama-sama Gangguan Keselamatan dan kesihatan
Berurusan dengan pelanggan Kualiti dan keselamatan produk Jualan dan pemasaran Maklumat pelanggan Pelanggan kerajaan Berurusan dengan pesaing Maklumat bersaing Persaingan saksama dan antitrust Berurusan dengan komuniti Khidmat masyarakat Aktiviti komuniti perseorangan Persekitaran
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
5
Tentang standard kita dan Kod Tatalaku Perniagaan ini Tujuan dan penggunaan Di Motorola Solutions, kita berpegang kepada standard etika yang paling tinggi. Kod Tatalaku Perniagaan ini menjelaskan prinsip-prinsip bagaimana kita bertingkah laku dengan rakan sekerja kita, pelanggan, pemegang saham, komuniti, kerajaan dan rakan kongsi perniagaan yang lain. Dengan mematuhi Kod ini, kita akan memelihara integriti reputasi dan jenama kita. Kod Tatalaku ini bersama dengan polisi yang berkaitan menekankan isu-isu penting dan mengenalpasti sumber tambahan untuk membantu memandu keputusan kita dalam menjalankan perniagaan dengan cara yang betul – mengikut undang-undang, beretika dan dengan integriti. Kod Tatalaku bukanlah suatu manual atau kontrak menyeluruh yang membincangkan setiap situasi yang kita mungkin hadapi. Sebaliknya, dasar polisi memberi lebih banyak maklumat tentang subjek yang disebut secara ringkas dalam Kod Tatalaku ini. Kebertanggungjawaban dan tanggungjawab peribadi Semua pekerja Motorola Solutions bertanggungjawab mematuhi Kod Tatalaku ini, bersama dengan semua polisi dan tatacara lain Motorola Solutions yang berkaitan, berserta semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan di mana-mana sahaja kita menjalankan perniagaan. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi Kod Tatalaku ini, samada memahami maksud yang tersurat dan yang tersirat dalam panduannya, dan dengan menggunakan pertimbangan diri yang waras. Anda perlu sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan sebarang kelakuan tidak beretika atau menyalahi undang-undang telah berlaku. Jika anda rasa curiga, laporkan segera kepada pihak pengurusan anda, Pejuang Tatalaku Perniagaan, Jabatan Undangundang, Pejabat Etika dan Pematuhan atau EthicsLine. Motorola Solutions akan menggunakan tindakan pembaikan, menurut dasar polisi discipline dan undang-undang berkaitan terhadap manamana pekerja yang tidak memenuhi standard tersebut. Kewajipan tambahan bagi pengurus Mengurus pekerja Pengurus hendaklah memimpin melalui teladan. Di samping menunaikan tanggungjawab individu mereka dan menggunakan pertimbangan yang waras, mereka hendaklah mendorong budaya integriti dan menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Pengurus hendaklah menggalakkan komunikasi dua hala secara terbuka dan jujur untuk memastikan pekerja sedar apa yang dikehendaki daripada mereka dan selesa dalam mendapatkan panduan pihak pengurusan tatkala mereka mempunyai persoalan. Mengurus rakan kongsi perniagaan Apabila mengendalikan perniagaan untuk Motorola Solutions, Rakan Kongsi Perniagaan (ditakrifkan dalam Kod Tatalaku ini pada halaman 13) hendaklah mematuhi dan mendukung standard yang sama seperti pekerja Syarikat. Bagi kita yang mengekalkan atau bertanggungjawab terhadap Rakan Kongsi Perniagaan ini juga bertanggungjawab bagi memastikan bahawa mereka faham akan kewajipan mereka untuk mematuhi Kod Tatalaku dan dasar kita semasa bertindak bagi pihak kita. Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
6
Larangan terhadap tindakan balas Tindakan balas terhadap mana-mana pekerja yang membuat laporan kepada Motorola Solutions tentang kelakuan yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika tidak akan dibiarkan. Jika anda merasakan bahawa anda telah dikenakan tindakan balas, silahubungi pengurus anda, Pejuang Tatalaku Perniagaan, Jabatan Undang-undang, Pejabat Etika dan Pematuhan atau EthicsLine dengan segera. Pada masa yang sama, membuat laporan palsu adalah tidak boleh diterima.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
7
Pernahkah anda mendengarnya? Tiada sesiapa yang akan tahu. Pengurus saya nampaknya bersetuju dengan perkara itu. Ia kelihatan mencurigakan, tetapi saya tidak mempunyai sebarang bukti. Melaporkannya tidak akan member sebarang perubahan . Mungkin rakan kongsi kita dapat mengatasinya jika kita tidak boleh. Melanggar peraturan hanya untuk kali ini amat berbaloi jika saya boleh mencapai sasaran perniagaan. Saya sedar apa yang termaktub dalam dasar, tetapi inilah yang sering dilakukan di sini.
Buat keputusan yang tepat. Jika anda mendapati bahawa anda memikirkan, menyatakan atau mendengar mana-mana yang di atas, berhenti dan tunaikan tanggungjawab peribadi untuk: (1) menyemak Kod Tatalaku Perniagaan dan dasar yang berkaitan; (2) menganggap bahawa peraturan diadakan untuk tujuan yang baik, bahawa ia boleh digunakan pada situasi tersebut, dan bahawa keputusan anda akan diketahui; (3) mempertimbangkan akibat keputusan anda, termasuk kemungkinan bahawa tindakan anda akhirnya boleh memudaratkan Syarikat atau diri anda; (4) mendapatkan nasihat pihak pengurusan anda, Pejuang Tatalaku Perniagaan anda, Jabatan Undangundang, Pejabat Etika dan Pematuhan atau EthicsLine; dan (5) menggunakan pertimbangan yang wajar dan bertindak dengan mematuhi Kod Tatalaku, dasar dan nilai-nilai kita. Samada disebabkan tuntutan perniagaan mahupun tekanan yang sebenar atau tidak daripada penyelia bukanlah alasan yang sah untuk melanggar undang-undang, Kod Tatalaku atau polisi kita.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
8
Tanyalah kami! Mencegah masalah daripada berlaku atau menjadi lebih buruk adalah sentiasa lebih baik dari membiarkanya menjadi buruk. Dapatkan bantuan dengan segera. Sumber-sumber untuk mendapatkan bantuan berkenaan dengan etika: • • • • •
Pihak pengurusan anda Pejabat Etika dan Pematuhan EthicsLine* Jabatan Undang-undang Pejuang Tatalaku Perniagaan (BCC)**
*EthicsLine boleh dihubungi melalui telefon, mel atau dalam talian – 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walaupun anda boleh memilih untuk kekal tanpa nama, kerahsiaan dalam semua keadaan akan terus dipelihara sebaik mungkin. Anda boleh membuat susulan terhadap status kebimbangan anda melalui nombor pengenalan sulit yang akan diuntukkan kepada anda apabila anda membuat panggilan atau membuat pertanyaan dalam talian. • • • • • •
Logkan kebimbangan anda dalam talian di EthicsLine.mot-solutions.com Hubungi kami dari Amerika Syarikat, Kanada atau Puerto Rico di 800-5Ethics (800-538-4427) Hubungi kami melalui talian antarabangsa di +1 847-576-1878 (Minta operator untuk membuat panggilan “pindah bayaran” atau “caj balikan.”) EthicsLine mempunyai berbagai pilihan jurubahasa lebih daripada 140 bahasa. E-mel kami
[email protected] Faks kami di +1 847-761-1393 Hantarkan mel kepada: Motorola Solutions EthicsLine P.O. Box 59263 Schaumburg, IL U.S.A. 60159-0263
**Pejuang Tatalaku Perniagaan (BCC) adalah individu dalam Motorola Solutions yang telah dipilih sebagai pegawai penghubungan kepada Pejabat Etika dan Pematuhan dalam perniagaan, rantau dan negara. Anda boleh mengemukakan sebarangan soalan atau membuat laporan mengenai etika kepada mereka. Warga kerja sekalian, anda boleh kenal pasti BCC anda di ethics.mot-solutions.com.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
9
Menjauhi konflik kepentingan Panduan Umum Kita perlu membuat pertimbangan yang wajar dan bebas bagi pihak Motorola Solutions dan tidak dipengaruhi oleh perhubungan kita dengan pembekal, kontraktor, pelanggan, pesaing atau pihak berkuasa prospektif atau wujud hendaklah tidak memjejaskan kebebasan dan pertimbangan bijak bagi pihak Motorola Solutions. Anda perlu mendedahkan sebarang situasi yang bakal atau yang telah menyebabkankonflik kepentingan. Apabiladalam keraguan, adalah lebih baik untuk mendedahkan perkara yang berpotensi menjadi konflik kepentingankepada pihak pengurusan, Jabatan Undang-undang atau Pejabat Etika dan Pematuhan. . Pekerjaan luar Sebarang aktiviti luar mestilah dipisahkan dengan jelas daripada pekerjaan Motorola Solutions dan tidak sepatutnya memudaratkan prestasi kerja di Motorola Solutions. Anda tidak boleh bekerja untuk bayaran atau terima bayaran bagi perkhidmatan daripada mana-mana pesaing, pelanggan, pengedar atau pembekal Motorola Solutions tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu, Kemahiran yang dipelajari dan digunakan di Motorola Solutions tidak sepatutnya digunakan secara yang boleh memudaratkan Motorola Solutions.. Keahlian lembaga Berkhidmat dalam lembaga pengarah atau badan yang serupa bagi syarikat,, organisasi atau agensi kerajaan luar memerlukan kelulusan terlebih dahulu, Membantu komuniti denganberkhidmat dalamtodak memerlukan kelulusanterlebih dahulu Ahli keluarga dan hubungan peribadi yang rapat Jika terdapat anda dalam keadaan yang mana ahli keluarga atau rakan-yang mungkin atau telah terlibat dalam aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan Motorola Solutions, anda harus mendedahkan status perhubungan kepada pihak pengurusan dan menghindari diri sendiri daripada sebarang proses membuat keputusan yang berkaitan. Pelaburan peribadi Pelaburan kewangan mestilah tidak mempengaruhi atau kelihatan seperti mempengaruhi keputusan bebas bagi pihak Motorola Solutions. IIni boleh berlaku dalam pelbagai cara, tetapi lebih besar kemungkinan ia berlaku jika terdapat pelaburan penting dengan pelanggan, pesaing pembekal, pengedar atau Rakan Kongsi Perniagaan yang mana kita mempunyai kesan perniagaan keatasnya. Jika anda terdapat sebarang keraguan mengenai bagaimana pelaburan mungkin dianggap, dedahkannya kepada pihak pengurusan. Kita juga dilarang daripada membeli secara langsung atau tidak langsung, atau meperoleh hak ke atas harta atau bahan dengan cara lain, yang mana kita tahu Motorola Solutions mungkin berminat untuk mendapatkan peluang tersebut serta maklumat tersebut adalah sulit
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
10
S: Bolehkah saya terlibat dalam perniagaan sendiri di luar Motorola Solutions? J: Mungkin boleh. Jika usaha niaga itu disifatkan sebagai bersaing dengan Motorola Solutions atau memberi manfaat kepada pesaing maka jawapan yang paling mungkin adalah “tidak boleh.” Namun, banyak usaha niaga telah diluluskan setelah dilakukan semakan yang teliti. Dapatkan panduan dan kelulusan daripada pihak pengurusan anda, Jabatan Undang-undang atau Pejabat Etika dan Pematuhan. S: Sebagai seorang pekerja Rakan Kongsi Perniagaan Motorola Solutions, suami saya melakukan kerja untuk Motorola Solutions. Adakah saya perlu mendedahkan perkara ini, walaupun saya tidak bekerja dalam projek yang sama? J: Ya. Perkara ini lebih baik didedahkan, samada anda bekerja dalam projek yang sama atau pun tidak. Ini dapat mengelakkan sebarang persoalan samada anda mungkin telah mempengaruhi pemilihan majikan suami anda sebagai vendor Motorola Solutions. Kesetiaan anda kepada syarikat hendaklah tidak berbelah bahagi dan tidak dipengaruhi, atau kelihatan seperti dipengaruhi, oleh hubungan peribadi.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
11
Berurusan dengan kerajaan Dalam perihal urusniaga kita, di samping berurusan dengan agensi kerajaan berkenaan dalam pelbagai hal-hal pengawalaturan, kita juga mempunyai ramai pelanggan kerajaan di seluruh dunia. Dengan sedemikian berurusniaga dengan wakil kerajaan mempunyai cabaran yang unik. Dari segi undang-undang dan obligasi kontratual, kita perlu mengambil berat untuk memahami dan mematuhi semua kewajipan berkenaan bila berurusan dengan kerajaan, sama ada sebagai pelanggan atau sebaliknya. Peraturan ini secara amnya melarang atau menghadkan mana-mana kelakuan yang mungkin dipandang sebagai mempengaruhi secara tidak wajar proses membuat keputusan, seperti kelakuan yang melibatkan rasuah atau sogokan, atau hadiah tertentu, hiburan dan perjalanan. Peraturan ini juga selalunya melarang pengambilan kerja pegawai kerajaan atau bekas pegawai kerajaan dan keluarga mereka. Undang-undang lain juga akan memantau dengan ketat amalan perakaunan dan pengebilan bagi memenuhi kontrak dan subkontrak kerajaan. Undang-undang ini perlu dipathuhi oleh semua pekerja dan Rakan Kongsi Perniagaan di semua lokasi. Semua pembekal atau subkontraktor yang digunakan untuk memenuhi komitmen kita, mereka juga turut dikehendaki mematuhi undang-undang ini. Kita juga mungkin bertanggungjawab untuk menyampaikan keperluan kerajaan yang unik ini kepada pihak ketiga tersebut. Kita mesti sentiasa menyemak polisi yang berkaitan setiap kali. Aktiviti politik Kita tidak akan membuat sebarang sumbangan politik bagi Motorola Solutions atau menggunakan nama , dana, harta, kelengkapan atau perkhidmatan untuk menyokong parti politik, inisiatif, jawatan kuasa atau calon politik tanpa kelulusan pejabat Hal Ehwal Kerajaan Global. Ini termasuklah segala sumbangan yang bernilai. Aktiviti melobi aktivis atau menghubungi kerajaan bagi pihak Motorola Solutions ( selain daripada aktiviti jualan) hendaklah dikoordinasikan dengan Hal Ehwal Kerajaan Global. Undang-undang anti rasuah Kita mematuhi perjanjian anthi rasuah dan undang-undang negara yang mana kita menjalankan perniagaan, termasuklah Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA) dan Akta Rasuah U.K. Kita tidak akanmenawarkan dan member rasuah secara langsung atau tidak langsung atau pembayaran yang tidak wajar kepada pegawai kerajaan, termasuklah perusahaan milik kerajaan atau yang dikawal oleh kerajaan. Syarat ini dikenakan kepada kedua-dua pihak iaitu dan ejen Motorola Solutions seperti wakil jualan pihak ketiga (TPSR) dan pembekal kidmat kita, tidak kira di mana merelka menjalankan perniagaan. Sekiranya anda diberi kuasa untuk mengambil ejen, kita akan pastikan mereka mempunyai reputasi baik, dan meminta mereka bersetuju secara bertulis dengan piawaian anti rasuah kita. Memudahkan pembayaran Motorola Solutions melarang membuat “pembayaran pemudah” atau “pembayaran sogokan” bagi mempercepatkan tindakan pentadbiran rutinsama ada secara langsung atau tidak langsung menerusi pihak ketiga. Pengecualian akan dibuat oleh Jabatan Undang-undang dan Pejabat Etika dan Pematuhan dalam keadaan yang terhad dan luar biasa serta mesti direkodkan dengan betul.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
12
Anti pelaburan wang haram dan anti keganasan Pelaburan wang haram adalah proses yang dirancang untuk menyembunyikan sumber wang haram untuk menjadikannya kelihatan sah. Motorola Solutions tidak akan menyertai amalan seperti itu secara langsung atau tidak langsung.Contohnya, pembelian produk atau perkhidmatan kita boleh digunakan untuk menyamarkan demi memperoleh dana secara tidak sah.. Untuk mengelak daripada terlibat dalam situasi itu,, perniagaan Motorola Solutions perlu menjalankan dan mendokumenkan kekerapan pihak yang terlibat dalam transaksi kewangan. Import dan eksport Semasa mengimport atau mengeksport produk, perkhidmatan, maklumat atau teknologi, kita mematuhi semua undang-undang, peraturan dan sekatan kebangsaan yang berkaitan termasuk dari Amerika Syarikat.Semasa kita mengembara bagi tujuan perniagaan ke seluruh dunia, , kita tertakluk kepada undang-undang yang memerintah ke atas yang kita bawa bersama. Anda bertanggungjawab untuk mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan anda dan membuat semakan dengan pengurus import/eksport anda apabila dalam keraguan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pekerja boleh melawati: tradecompliance.motsolutions.com S: Bukankah kita patut untuk hanya mengikuti “cara perniagaan dijalankan” di negara lain atas sebab menghormati budayanya? J: Tidak semestinya. Kita hendaklah memastikan apa yang kita lakukan adalah sah di sisi undangundang di A.S., di negara setempat itu dan di bawah undang-undang mana-mana negara lain yang dikenakan, dan bahawa ia tidak melanggar Tatalaku atau dasar kita. Walaupun aktiviti seperti pembayaran merupakan amalan biasa, ia mungkin tidak sah di sisi undang-undang.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
13
Berurusan dengan rakan kongsi perniagaan Kita tidak menjalankan perniagaan dengan sesiapa yang dilihat ingin memudaratkan reputasi Motorola Solutions. Semua persetujuan dengan Rakan Kongsi Perniagaan mesti mematuhi Kod Tatalaku, dasar dan undang-undang.. Kita tidak akan menggunakan Rakan Kongsi Perniagaan untuk melakukan sebarang tindakan yang dilarang oleh undang-undang atau Kod Tatalaku Perniagaan Motorola Solutions. ******************************************* “Rakan Kongsi Perniagaan” yang bekerja dengan kita boleh mempunyai pelbagai gelaran.. Apabila anda melihat istilah yang digunakan dalam Tatalaku ini, ia boleh merujuk kepada mana-mana satu atau lebih daripada kategori yang tersenarai di sini: Ejen atau Ejen Komisen Rakan kongsi bersekutu Rakan kongsi saluran Rakan kongsi konsortium Perunding Kontraktor Penjual Pengedar Fasilitator Pencari Pempengaruh Rakan kongsi usaha sama Pelobi Sokongan pemasaran Promoter Penjual semula Peruncit Wakil Jualan Pekerja dipinjamkan Pusat Servis Penyedia Perkhidmatan Subkontraktor Pembekal Pengamir Sistem Vendor
Namun, akhirnya, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan agar sesiapa yang terlibat dalam perniagaan kita beroperasi menurut standard yang bersesuaian dengan standard kita sendiri. ***************************************************** Standard kita dalam mendapatkan khidmat Rakan Kongsi Perniagaan • •
Kita hendaklah menjalankan usaha wajar yang berkesan bagi mengetahui dengan siapa kita bekerja. Mereka yang berisiko lebih tinggi untuk melakukan aktiviti yang tidak wajar hendaklah diberikan latihan berkenaan standard kita.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
14
• • • • • •
Pembelian hendaklah dibuat berdasarkan kepentingan perniagaan terbaik Motorola Solutions dan hendaklah disemak dengan betul dan diluluskan terlebih dahulu. Perjanjian hendaklah telah tersedia dan hendaklah menyampaikan kedua-dua jangkaan kita dan penalti bagi pelanggaran. Semua aktiviti hendaklah mengikut standard kita, selain daripada undang-undang A.S., setempat dan mana-mana undang-undang lain yang dikenakan (seperti alam sekitar, pekerjaan, keselamatan dan statut antirasuah). Bayaran atau diskaun hendaklah munasabah dan didokumenkan dengan betul. Kita adalah bertanggungjawab untuk memantau aktiviti Rakan Kongsi Perniagaan dan untuk mengemukakan kebimbangan mengenai aktiviti yang boleh dipersoalkan kepada pihak pengurusan atau sumber yang lain. Kita akan melindungi maklumat syarikat lain (sebagai contoh, maklumat penetapan harga pembekal) yang sensitif, sulit atau rahsia, secermat kita melindungi maklumat kita sendiri. Lihat juga “Maklumat sulit, terhad dan proprietari.”
Dasar kita dan Tatalaku Pembekal (motorolasolutions.com/suppliers) kita menyediakan lebih banyak panduan dalam berurusan dengan Rakan Kongsi Perniagaan. S: Mengapa kita perlu terlalu mengambil berat tentang apa yang dilakukan oleh Rakan Kongsi Perniagaan kita, asalkan kita tidak mengarahkan mereka melakukannya? Tidak mungkin kita akan dapat memerhatikan segala-galanya. J: Kita boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan tidak wajar oleh Rakan Kongsi Perniagaan kita yang bertindak bagi pihak kita atau berkenaan perniagaan kita, sama seperti jika kita melakukannya sendiri. Banyak pendakwaan syarikat besar oleh kerajaan yang dilaporkan kepada awam adalah berdasarkan tindakan oleh Rakan Kongsi Perniagaan syarikat tersebut. Walaupun kita tidak terlibat secara langsung, amat penting untuk kita melakukan segala yang termampu (sebagai contoh, usaha wajar, latihan, pemantauan, menguatkuasakan kawalan, dll.) untuk mencegah daripada aktiviti yang tidak wajar dilakukan atas nama kita.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
15
Mengendalikan hadiah, hiburan dan perjalanan Kita tidak boleh sekali-kali memberi rasuah, atau menerima sogokan, dalam apa-apa bentuk, ketika berurusan dengan mana-mana pihak. Hadiah Hadiah termasuk wang tunai, derma, pinjaman dan apa-apa barang yang bernilai, termasuk objek fizikal, perkhidmatan, pertolongan atau barang lain. Apabila anda melihat istilah “Hadiah” digunakan dalam Kod Tatalaku ini, ia mungkin merujuk kepada mana-mana satu atau lebih daripada kategori yang tersenarai di sini. Menerima hadiah Kita tidak boleh meminta atau menerima apa-apa yang mungkin kelihatan bahawa pertimbangan kita bagi pihak Motorola Solutions akan dikrompromi sebagai keputusan. Walaupun anda boleh menerima barangannilai nominal, seperti barangan promosi kecil yang menggunakan nama syarikat lain, anda tidak boleh menerima sogokan, hadiah mewah atau ganjaran. Anda juga tidak boleh menerima perkhidmatan khas, pertolongan atau pinjaman peribadi dengan kadar istimewa disebabkan kedudukan anda di dalam syarikat. Dalam situasi yang jarang terberlaku, menolak atau memulangkan Hadiah adalah tidak praktikal atau dapat menjejaskan hubungan perniagaan. Jika ini berlaku, bincangkan situasi tersebut dengan Pejabat Etika dan Pematuhan atau Jabatan Undang-undang. Memberi hadiah Pemberian Hadiah kadang kala diperlukan dalam setengah situasi perniagaan. Amalan memberi Hadiah berbeza antara budaya. Dasar dan garis panduan pemberian hadiah kita mengikut keadaan setempat. Hadiah Motorola Solutions mestilah sah, munasabah dan diluluskan oleh pihak pengurusan.Kita tidak akan memberi rasuah, dalam apa-apa bentuk, ketika berurusan dengan mana-mana pihak. Kita tidak akan memberi sebarang Hadiah jika ianya dilarang oleh undang-undang atau dasar organisasi penerima. Contohnya, pekerja di kebanyakan entiti kerajaan di seluruh dunia dilarang daripada menerima Hadiah. Jika dalam keraguan, semak dahulu dengan Pejabat Etika dan Pematuhan atau Jabatan Undang-undang. Hiburan Berbeza dengani hadiah, hiburan ditakrifkan sebagai suatu acara di mana kedua -dua belah pihak hadir bersama. Menerima hiburan Kita boleh menerima hiburan yang munasabah i dalam konteks perniagaan dan meningkatkan kepentingan syarikat. Contohnya, mengiringi rakan perniagaan ke acara kebudayaan atau sukan setempat, atau ke majlis perniagaan, boleh diterima dalam kebanyakan keadaan. Sebaliknya, hiburan yang mewah atau kerap mungkin kelihatan seperti mempengaruhi pertimbangan bebas bagi Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
16
pihak Motorola Solutions. Sebelum memutuskan untuk menerima hiburan yang mungkin akan kelihatan tidak sesuai, harus dibincangkan dengan pihak pengurusan terlebih dahulu. Menyediakan hiburan Kita boleh menyediakan hiburan yang munasabah dan sesuai dalam konteks perniagaan. Jika anda berasa ragu-ragu mengenai memberikan hiburan, atau sama ada jenis hiburan yang diberikan adalah sesuai, bincangkannya dengan pihak pengurusan anda terlebih dahulu. Hiburan untuk pegawai kerajaan mungkin dilarang oleh undang-undang. Dapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan dalam setiap keadaan. Pihak pengurusanpula hendaklah berunding dengan Pejabat Etika dan Pematuhan atau Jabatan Undang-undang. S: Jadi, adakah memberi atau menerima jamuan makan malam perniagaan biasa dibenarkan apabila kedua-dua pihak hadir bersama? Bagaimana pula dengan satu atau dua pusingan permainan golf? J: Ya, selagi ia adalah acara setempat, berpatutan harganya dan tidak terlalu kerap. Pastikan pihak pengurusan anda tahu terlebih dahulu untuk lebih pasti. S: Pelanggan saya mengharapkan saya membawa hadiah yang elok apabila saya melawat mereka—adakah ini dibenarkan? J: Pertama sekali, pastikan bahawa peraturan pelanggan anda tidak menghalang mereka daripada menerima hadiah anda dan kemudian pertimbangkan semua keadaan sekeliling. Sebagai contoh, jika pelanggan sedang memutuskan untuk memberikan satu lagi projek besar, ini bukanlah masa yang sesuai untuk memberi hadiah, kerana ia boleh kelihatan seperti mempengaruhi keputusan tersebut. Dengan penjelasan anda, pelanggan sepatutnya memahami dan menghormati cara anda mengendalikan situasi ini. Dalam situasi lain, pendekatan yang lebih baik mungkin merupakan hadiah yang sederhana untuk organisasi pelanggan, dan bukannya individu tertentu. Jika pelanggan adalah pekerja kerajaan, semakan khas adalah diperlukan. Sila semak dasar hadiah dan hiburan setempat anda. Perjalanan Menerima perjalanan Anda boleh menerima pengangkutan dan penginapan yang disediakan oleh pembekal Motorola Solutions atau pihak ketiga jika perjalanan tersebut adalah untuk perniagaan, tidak mewah dan telah diluluskan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan anda. Menyediakan perjalanan Jika ia dilarang oleh undang-undang atau dasar organisasi penerima, Motorola Solutions boleh membayar perbelanjaan pengangkutan dan penginapan yang ditanggung oleh pelanggan, ejen atau pembekal sekiranya ia untuk tujuan perniagaan yang sah, munasabah dan sesuai dalam konteks perniagaan dan telah diluluskan oleh pihak pengurusan. Semua perbelanjaan perjalanan dan penginapan untuk pegawai kerajaan yang ditaja atau dibayar oleh Motorola Solutions mestilah diluluskan secara bertulis terlebih dahulu, mengikut dasar yang berkenaan. Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
17
S: Pembekal saya meminta saya melawat kemudahan mereka, dan menghadiri suatu acara sukan tempatan semasa kami di sana. Mereka telah menawarkan untuk membayar baginya dan belanjawan kita tidak membenarkannya. Bolehkah saya pergi? J: Bincanglah dengan pihak pengurusan anda dan jika mereka rasa ini adalah satu peluang baik untuk perniagaan dan tiada hiburan mewah yang terlibat, kemungkinan besar anda boleh menerimanya.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
18
Melindungi hak milik kita Maklumat sulit, terbatas dan proprietari Maklumat sulit, terbatas dan proprietari melambangkan nadi perniagaan kita. Ini termasuk maklumat sebarang maklumat yang biasanya tidak diketahui secara umum oleh orang awam dan sangat berguna kepada Motorola Solutions atau akan berguna kepada pesaing kita. Ia juga termasuklah maklumat sulit mana pembekal, pelanggan dan Rakan Kongsi Perniagaan yang telah diamanahkan kepada kita.. Beberapa contoh adalah yang termasuk tetapi tidak terhad kepada: rahsia perdagangan, ciptaan, hasil dan unjuran kewangan, rancangan atau strategi perniagaan, projek semasa, produk masa hadapan atau yang belum dilepaskan (prototaip), maklumat pekerja, senarai pelanggan dan jumlah komoditi dan produk. Pendedahan maklumat tersebut betul-betul boleh memudaratkan kepentingan perniagaan kita, menjejaskan keuntungan bersih kita dan menimbulkan risiko undang-undang ke atas diri kita dan Motorola Solutions. Kita hendaklah melindungi maklumat sensitif dengan menandainya dengan betul, menyimpannya dengan selamat dan menghadkan akses hanya kepada mereka yang mempunyai keperluan khas untuk tahu demi melaksanakan tugas mereka. Di samping itu, kita tidak akan mengulas tentang pelanggan kita, harga saham kita atau khabar angin. Untuk maklumat lanjut, para pekerja boleh melawati: iprotect.mot-solutions.com
Pihak luaran Tanggungjawab untuk tidak mendedahkan maklumat sulit, terbatas atau proprietari menjangkau ke luar dari tempat kerja tradisional termasuklah: rangkaian sosial dan media elektronik yang lain, persidangan atau simposium, peluang perundingan dan acara industri. Kewajipan ini adalah berterusan walaupun setelah tamat pekerjaan. Perjanjian bertulis, seperti perjanjian ketidakdedahan (NDA), hendaklah disediakan dahulu sebelum mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga. Maklumat yang didedahkan hendaklah ditandai dengan betul. Untuk bantuan NDA, hubungi Jabatan Undang-undang. Kita berusaha untuk menyediakan maklumat yang adil, tepat, kena pada masanya dan mudah difahami kepada orang awam. Segalapermintaan dari pihak media hendaklah diajukan kepada Komunikasi Global. Semua permintaan daripada komuniti kewangan, termasuk analisis pelaburan, hendaklah diajukan kepada Perhubungan Pelabur. Jangan memberi respons secara langsung dalam kedua-dua keadaan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati:motorolasolutions.com/mediacenter or motorolasolutions.com/investors Juga lihat social network policy Ketepatan rekod Motorola Solutions Kita hendaklah memastikan bahawa semua buku, rekod dan akaun mestilah mematuhi kedua-dua prinsip perakaunan dan sistem kawalan dalaman Motorola Solution. Jangan membuat entri palsu, mengelirukan atau tiruan dalam mana-mana buku kewangan, rekod dan akaun.. Ini termasuklah data seperti kualiti, keselamatan dan rekod kakitangan dan juga semua rekod kewangan. Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
19
Contohnya, jangan memisahkan pesanan pembelian dengan niat untuk memintasi had kuasa tandatangan atau mempercepatkan proses kelulusan. Membuat entri untuk menyembunyi atau menyamarkan sifat semula jadi transaksi adalah dilarang. Kebenaran untuk bertindak bagi pihak syarikat Kita mesti berpegang teguh kepada had kuasa kita untuk bertindak bagi pihak Motorola Solutions dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang melampaui atau memintasi had-had tersebut. Hanya pekerja yang diberi kuasa untuk berbuat demikian sahaja yang boleh menandatangani dokumen bagi pihak Motorola Solutions atau dalam cara lain untuk mewakili atau menggunakan kuasa bagi pihaknya. Di samping itu, semua pembelian hendaklah disemak dan diluluskan terlebih dahulu sebelum proses kelulusan vendor. Merekod dan mengekalkan komunikasi perniagaan Semua rekod dan komunikasi perniagaan mestilah jelas, benar dan tepat. Elakkan daripad menokok tambah, bahasa berbunga-bunga, tekaan, kesimpulan sah dan kata-kata atau sifat menghinaorang atau syarikat. Ini digunakan kepada semua jenis komunikasi, termasuk e-mel dan nota atau memo tidak rasmi Rekod mestilah dikekalkan dan dimusnahkan menurut dasar pengekalan dan penyimpanan sah rekod. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,awati: records.mot-solutions.com Audit dan penyiasatan Kita perlu bekerjasama sepenuhnya dengan semua audit dan siasatanseperti yang diminta oleh Motorola Solutions, agensi kerajaan dan pihak berkuasa. Semua maklumat yang diberikanmestilah benar, tepat dan lengkap. Jangan cuba untuk merahsiakan, mengubah atau memusnahkan dokumen atau rekod maklum balas kepada siasatan atau permintaan sah yang lain. Berundinglah dengan Jabatan Undang-undang sebelum memberi jawapan kepada audit, penyiasatan atau maklumat lain yang datang dari luar syarikat. Aset Motorola Solutions Kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi aset diamanahkan Motorola Solutions kepada kita daripada hilang, rosak, salah guna atau dicuri. Aset seperti dana, kad kredit, prototaip, sistem, produk atau perlengkapan, hanya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan tujuan lain yang diluluskan oleh pihak pengurusan. Kita tidak akan menggunakan aset Motorola Solutions untuk tujuan yang melanggar undang-undang atau dasar syarikat. Jangan gunakan aset syarikat untuk mencipta, menyimpan atau menghantar kandungan yang boleh menyakitkan hati orang lain. Anda juga bertanggungjawab untuk melaporkan kecurian, kehilangan atau penyalahgunaan aset syarikat kepada wakil jabatan pencegahan kerugian dan keselamatan atau kepada EthicsLine dengan sertamerta. S: Bolehkah saya menggunakan peralatan Motorola Solutions, seperti produk demo, peralatan usang atau sisa barangan untuk kegunaan peribadi? J: Tidak boleh. Walaupun barang tersebut tidak lagi boleh digunakan bagi tujuan komersil, ia kekal menjadi harta Motorola Solutions. Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
20
Maklumat dalaman dan perdagangan sekuriti Berurus niaga atau memberi "ramalan" kepada orang lain yang mungkin akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat kerja dalam adalah menyalahi undang-undang kebanyakan negara, termasuk A.S. Jangan berjual belisekuriti berdasarkan maklumat bukan awam (disebut sebagai “maklumat dalaman”) yang mana anda telah pelajari sebagai sebahagian daripada tugas anda, melainkan maklumat tersebut telah diberitahu kepada orang ramai.. Contohnya, menggunakan maklumat dalaman untuk membeli atau menjual saham atau opsyen Motorola Solutions, atau saham atau opsyen pembekal atau pelanggan Motorola Solutions, adalah dilarang. Begitu juga, berkongsi maklumat dalaman dengan teman, saudara atau rakan niaga adalah sangat dilarang melainkan orang itu diberi kuasa untuk menerima maklumat tersebut, seperti seorang rakan kongsi luar yang telah menandatangani perjanjian ketidakdedahan (NDA).
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
21
Rasa Hormat yang berkekalan Di Motorola Solutions, kita melayan setiap orang dengan rasa hormat dan adil pada setiap masa, seperti mana yang kita ingin dilayani. Kita menghargai kelainan individu yng berbeza daripada seluruh dunia. Keputusan pengambilan pekerja adalah berdasarkan sebab perniagaan, seperti kelayakan, kebolehan dan pencapaian, sertamematuhi undang-undang pekerjaan tempatan dan kebangsaan. Gangguan Tingkah laku mencaci, mengganggu atau menyerang adalah tidak boleh diterima, sama ada secara lisan, fizikal atau visual. Contoh-contohnya termasuklah komen menghina berdasarkan jantina, kaum atau sifat etnik serta cubaanseksual yang tidak disenangi. Anda digalakkan untuk bersuara sekiranya tingkah laku rakan sekerja atau orang lain membuatkan anda atau orang lain berasa tidak selesa, serta melaporkan gangguan jika ia berlaku. Ancaman atau tindakan ganas atau ugutan fizikal adalah dilarang. Polisi Sumber Manusia menyediakan panduan tambahan ke atas gangguan selarasdengan undangundang tempatan. Lihat juga dasar Hak Asasi Manusia kita. Untuk maklumat lanjut, para pekerja boleh melawati: my.mot-solutions.com/myhr Keselamatan dan kesihatan Kita semua bertanggungjawab untuk menyelenggarakan tempat kerja selamat dengan mengikuti peraturan dan amalan keselamatan dan kesihatan.. Motorola Solutions komited untuk mengekalkan tempat kerja yang bebas daripada bahaya. Kita mesti melaporkan kemalangan, kecederaan dan peralatan, amalan atau keadaan yang tidak selamat kepada penyelia atau orang lain yang dilantik dengan serta-merta.. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: motorolasolutions.com/environment
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
22
Berurusan dengan pelanggan Kualiti dan keselamatan produk Kita mengekalkan reputasi bernilai Motorola Solutions dengan mematuhi proses kualiti dan keperluan keselamatan kita. Kita merosakkan nama baik kita sekiranya kita mengirim atau member perkhidmatan yang gagal untuk memenuhi tahap piawaian Motorola Solutions. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kualiti, bawa kepada perhatian pihak pengurusan anda atau Jabatan Undang-undang. Jualan dan pemasaran Kita membina hubungan jangka masa panjang bersama pelanggan kita dengan mengamalkan kejujuran dan integriti. Pemasaran dan pengiklanan kita mestilah tepat dan benar. Mesej mengelirukan dengan sengaja,, fakta penting atau membuat tuntutan palsu mengenai tawaran pesaing adalah tidak diterima. Kita memperolehi perniagaan secara sah dan beretika. Rasuah dan sogokan adalah tidak boleh diterima dan haramdalam kebanyakan negara. Oleh sebab hadiah, percutian dan hiburan kepada pelanggan boleh ditafsirkan rasuah dan boleh mengakibatkan konflik kepentingan, ia dibincangkan dengan lebih terperinci dalam seksyen “Hadiah, hiburan dan percutian” dan “Berurusan dengan kerajaan” dalam Kod Tatalaku perniagaan ini. Maklumat pelanggan Kita melindungi maklumat sensitif, peribadi atau sulit pengguna seperti mana kita melindungi maklumat kita sendiri. Kita mematuhi semua undang-undang perlindungan dan privasi data. (Lihat juga “Maklumat sulit, terbatas dan proprietari”). Pelanggan kerajaan Lihat, “Berurusan dengan kerajaan” dalam Kod Tatalaku ini. S: Bukankah pelanggan selalunya betul? J: Tidak jika apa yang mereka minta kita lakukan adalah tidak beretika atau tidak wajar. Dapatkan bantuan untuk mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan tanpa melanggar standard kita atau undang-undang.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
23
Berurusan dengan pesaing Maklumat bersaing Mencuri atau menggunakan maklumat sulit, memiliki maklumat sulitdagangan yang diperolehi tanpa pengetahuanpemilik atau mendesak pendedahan sedemikian oleh pekerja kini atau bekas pekerja syarikat lain adalah dilarang. Kita tidak menggunakan kaedah yang tidak sah atau tidak beretika untuk mengumpul maklumat bersaingan (kadang kala juga dipanggil “perisikan perniagaan”). Jika maklumat yang mungkin mengandungi rahsia dagangan atau maklumat sulit perniagaan lain yang silap diperolehi atau jika kita mempunyai keraguan mengenai kesahihan maklumat yang dikumpulkan, kita hendaklah berunding dengan Jabatan Undang-undang. S: Saya menemu duga calon yang menyerahkan satu dokumen sebagai contoh penulisan—dan ia sesuatu yang saya rasa tidak patut dikongsi. Apakah yang patut saya lakukan? J: Pertama sekali, jangan lagi berkongsi dokumen itu. Dapatkan nasihat daripada peguam harta intelektual tentang memulangkan semula maklumat tersebut.
Persaingan adil dan antitrust Motorola Solutions dan semua pekerja dikehendaki mematuhi undang-undang antitrust dan persaingan tak saksama di banyak negara yang mana kita jalankan perniagaan. Undang-undang ini adalah kompleks dan sangat berbezadaripada satu negara ke negara lain. Ia biasanya berkenaan: • •
Persetujuan dengan pesaing yang memudaratkan pelanggan, termasuk penetapan harga,penipuan bida dan perjanjian untuk tidak bersaing bagi pelanggan ataupun kontrak. Perjanjian yang menghadkan kebebasan penjualsemula, pelanggan atau pembekal untuk menjual produk, perkhidmatan atau teknologi secara tidak wajar walaupun ia dilihat sesuai, termasuklah menubuhkan harga jualan semula produk atau perkhidmatan, atau teknologi atau perkhidmatan yang tidak betul dalam perjanjian untuk membeli produk dan perkhidmatan Motorola Solutions semata-mata atau yang lain. Percubaan untuk memonopoli, contohnya, dengan menyalah gunakan kedudukan yang dominan dalam pasaran untuk mencegah orang lain daripada bersaing.
Hubungi Jabatan Undang-undang, Pejabat Etika dan Pematuhan atau EthicsLine jika anda bimbang mengenai sama ada tindakan telahmelanggar undang-undang persaingan.
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
24
Berurusan dengan komuniti Perkhidmatan komuniti Kita berkhidmat kepada masyarakat dengan menyediakan produk dan perkhidmatan meningkatkan mutu kehidupan pada harga yang berpatutan, dan menyokong komuniti secara aktif di tempat kita beroperasi. Motorola Solutions, Yayasan Motorola dan pekerja Motorola Solutions di serata dunia menyediakan kewangan yang banyak dan sokongan sukarelawan kepada beribu-ribu program komuniti yang berfaedah. Aktiviti komuniti peribadi Walaupun anda mungkin menyokong komuniti, pertubuhan amaldan organisasi politik dan sebabsebab yang anda pilih, anda tidak akan memberikan pandangan atau tindakan peribadi anda sebagai pandangan Motorola Solutions. Aktiviti luar anda hendaklah tidak dicampur dengan prestasi kerja.. Tiada sesiapa di Motorola Solutions yang boleh mendesak sesiapa untuk menyatakan kepercayaan, menyumbang sumber atau menyokong tujuanpolitik, keagamaan atau amal. Alam Sekitar Kita komited untuk melindungi alam sekitar dan mengendalikan perniagaan kita dalam cara yang merangsangkan penggunaan sumber semulajadi dunia yang berkekalan. Kita menghormati alam sekitar dengan mematuhi semua undang-undang persekitaran alam sekitar dalam semua negara yang mana kita mengendalikan operasi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: motorolasolutions.com/environment
Para pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam polisi-polisi kita,di Portal Polisi Motorola Solutions atau ethics.mot-solutions.com
25