BUKU PANDUAN untuk KEJAYAAN KOD TATALAKU PMI
Perutusan daripada CEO kita Rakan Sekerja yang Dihormati, Saya dengan bangganya ingin berkongsi bersama anda Buku Panduan untuk Kejayaan PMI, yang telah dikemaskini dan menggantikan Kod Tatalaku kita. Buku Panduan ini menghuraikan kepercayaan asas dan ciri-ciri khusus yang menyatukan dan membimbing kita dalam perjalanan kita untuk bersama-sama mencapai matlamat PMI. Seterusnya, kepercayaan dan ciri-ciri tersebut mencerminkan komitmen kita terhadap masyarakat, pemegang saham, rakan niaga, dan yang lebih penting lagi, rakan sekerja kita mengenai cara kita beroperasi sebagai individu dan sebagai sebuah syarikat – setiap hari dan di mana jua. Kita memenuhi komitmen ini tanpa mengira cabaran dan tekanan yang sering kali kita hadapi dalam dunia perniagaan, kerana inilah satu-satunya cara untuk menjamin masa depan yang sejahtera. Kita membantu antara satu sama lain untuk mendukung komitmen kita dengan memberikan maklum balas yang jujur dan, apabila diperlukan, tampil bersuara untuk berkongsi idea dan mengutarakan kebimbangan. Saya menyeru anda agar membaca Buku Panduan ini dengan teliti. Ia akan dapat membantu anda menguruskan tugas harian anda dan menangani situasi rumit yang mungkin anda hadapi. Sekiranya anda tidak pasti akan tindakan yang perlu diambil, berhenti sejenak dan mintalah bantuan. Terdapat ramai rakan sekerja yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masingmasing yang akan bersedia untuk bekerjasama dengan anda bagi mengatasi masalah tersebut. Kepercayaan, kerjasama dan integriti membentuk asas inovasi perniagaan dan seterusnya untuk menjamin kejayaan kita. Yang benar,
André Calantzopoulos
KANDUNGAN Perutusan daripada CEO Kita 03 Idea Utama Amalan Kita 07 Integriti Tempat Kerja 09 Pemasaran & Jualan Persaingan 11 13 Anti-sogokan & Rasuah 15 Maklumat Syarikat 17 Pernyataan & Rekod Syarikat 19 Fiskal & Perdagangan 21 Konflik Kepentingan & Hadiah & Hiburan 23 Tanggungjawab Rantaian Bekalan 25 Tampil Bersuara
27 Tanggungjawab Penyelia 29 Kebolehgunaan, Penepian & Pengecualian
IDEA UTAMA
idea utama
Beberapa kepercayaan asas tertentu mengenai tatalaku perniagaan menyatukan dan membimbing kita sebagai pekerja PMI. Kepercayaan yang dikongsi bersama ini merupakan intipati Buku Panduan ini.
Halaman berikutnya menunjukkan bahawa kita memahami cara bagaimana PMI perlu menjalankan operasi untuk kekal berdaya saing – bagi tempoh suku tahunan, tahunan dan untuk dekad-dekad yang akan datang. Prinsip-prinsip yang anda akan baca mencerminkan harapan dunia luar terhadap kita sebagai sebuah syarikat yang berjaya dalam perniagaan tembakau, dan juga apa yang kita seharusnya harapkan dan perlukan sesama kita sebagai rakan sekerja demi mencapai matlamat PMI. Kita boleh berasa bangga dengan warisan kita seiring dengan pembinaan masa depan syarikat kita. Kita boleh membina pertumbuhan PMI yang memberangsangkan tetapi tidak sekali-kali lupa bahawa kejayaan kita adalah hasil daripada perniagaan yang dijalankan dengan integriti. Kita boleh berdepan dengan cabaran yang kompleks dan pada masa yang sama berasa yakin dengan masa depan kita – asalkan kita terus berusaha untuk memperbaharui kepercayaan masyarakat dengan cara operasi kita. Reputasi PMI adalah hasil daripada gandingan tindakan setiap individu. Dengan begitu banyak yang dirisikokan, kita semua hendaklah mara ke arah yang betul, dan dengan cara yang betul. Salah laku dari hanya seorang daripada kita boleh menjejaskan usaha gigih ribuan pekerja kita. Dan itulah sebabnya arahan di dalam Buku Panduan ini amat penting: jika kita boleh mempercayai diri kita sendiri dan rakan sekerja kita untuk mengikut arahan tersebut, kita boleh mengekalkan PMI di kedudukan teratas di dalam dunia perniagaan; jika kita kehilangan hala tuju kita, akibatnya adalah serius bagi kita sebagai individu dan juga PMI sebagai sebuah syarikat. Untuk membantu anda mengamalkan konsep - konsep ini dalam kerja harian anda, Buku Panduan ini merangkumi topik yang sering ditimbulkan dan yang perlu dititikberatkan. Sememangnya, tiada seorang pun daripada kita mempunyai semua jawapan, dan ia tidak menimbulkan sebarang permasalahan – asalkan kita mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan terbaik yang sedia ada.
04
idea utama
Buku Panduan ini mengiktiraf ciri-ciri yang kita kongsi bersama dalam menjalankan perniagaan bagi PMI:
Kita mengajukan soalan, kita tampil bersuara dan kita membuat pembaharuan. Tempat pasaran adalah dinamik. Organisasi sentiasa boleh dipertingkatkan. Kita mengakui permasalahan secara terbuka. Bersikap pasif bukan jalan penyelesaiannya. Setiap pekerja hendaklah menunjukkan “ketidakpuasan secara membina” dengan sentiasa bertanya: Apakah yang kita lakukan hari ini? Mengapakah kita melakukannya? Apakah penyelesaian inovatif yang saya boleh cadangkan? Kita akan bersuara apabila kita melihat perkara yang tidak dilakukan dengan betul atau amalan perniagaan, proses atau produk yang boleh kita perbaiki. Penimbulan isu atau cadangan jalan penyelesaian membuat komitmen sesama kita penuh makna. Syarikat pula akan mendengar dengan teliti dan bertindak secara wajar apabila pekerja mendukung kewajipan mereka untuk tampil bersuara. Kita bekerjasama. Melibatkan pihak lain bukanlah penghalang suatu tindakan yang bakal diambil. Ia merupakan satu langkah yang amat penting dalam penyelesaian masalah. Kepelbagaian pemikiran dan pandangan menghasilkan keputusan yang terbaik. Kita menguruskan perniagaan kita dengan cara yang terangkum, dan memecah halangan individu dan halangan terhadap kerjasama antara jabatan dan fungsi. Kita bertanggungjawab dan bertindak dengan sewajarnya. Kita mempunyai semangat bersegera dalam cara kita menjalankan perniagaan. Kita tidak menunggu pihak lain untuk menyelesaikan masalah. Kita tidak menugaskan kerja kita kepada orang atasan. Kita memimpin pasukan kita dan bertanggungjawab terhadap hasil kerja mereka. Kita tidak berpuas hati dengan diri kita hanya kerana kita tidak membuat kesilapan. Kita bertindak secara muktamad apabila kita mempunyai maklumat yang kita perlukan untuk maju ke hadapan. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah kita menggabungkan naluri kita untuk kepantasan dengan keprihatinan. Kita senantiasa mempunyai masa untuk berhenti seketika sebelum mengambil tindakan yang muktamad dan bertanyakan sama ada tindakan tersebut adalah sah di sisi undang-undang; sama ada ia adalah waras; sama ada ia menggambarkan pertimbangan yang baik; sama ada ia sejajar dengan cara PMI menjalankan perniagaan.
idea utama Kita menghargai kedaulatan undang-undang. Kita bergantung kepada sistem politik yang melaksanakan undangundang secara saksama; yang melindungi hak asasi; yang menghormati kesaksamaan berbanding kemasyhuran atau kuasa politik. Kedaulatan undang-undang melindungi kita daripada pencerobohan sembarangan ke atas kebebasan perdagangan kita. Apabila undang-undang dan peraturan dianggap berlebihan, kita mungkin meminta perubahan, tetapi selagi perubahan tersebut tidak dimeterai kita harus mematuhinya kerana rasa hormat kita terhadap kedaulatan undang-undang adalah tulus dan ikhlas. Kita menerima hakikat bahawa masyarakat menuntut agar kita bertindak secara bertanggungjawab. Ramai orang mempunyai pandangan yang tegas mengenai tembakau dan syarikat tembakau. Kita tidak mengharapkan semua orang bersetuju dengan segala tindakan kita, tetapi kita perlu bersikap sensitif kepada persekitaran di mana kita menjalankan operasi. Keputusan kita haruslah mengambil kira kenyataan dan tanggapan terhadap tatalaku kita. Kita seharusnya memahami bahawa ianya sering kali demi kepentingan kita, terutamanya untuk jangka masa yang lebih panjang, untuk menempatkan diri kita pada tahap piawaian yang lebih tinggi daripada pesaing kita atau syarikat industri lain.
Semasa membaca Buku Panduan ini, anda juga hendaklah mengambil kira konsep-konsep penting ini:
Kita memahami bahawa kepercayaan dan kejujuran adalah amat penting. Tiada organisasi yang boleh mengekalkan keupayaan untuk berfungsi tanpa kepercayaan dan kejujuran. Pada peringkat yang paling asas, tidak mungkin keputusan yang wajar boleh dibuat melainkan jika kita boleh bergantung kepada penerimaan maklumat yang tepat daripada rakan sekerja. Dan, untuk menyatakan perkara yang sememangnya jelas, sesebuah syarikat yang cuba untuk bersaing menerusi ketidakjujuran dan penipuan tidak akan dapat bertahan. Kesemuanya berpaut kepada kebolehpercayaan; sama ada orang di dalam atau di luar syarikat dapat mempercayai dan seharusnya mempercayai kita; sama ada kita tekal dalam kata-kata yang kita ucapkan dan tindakan yang kita ambil. Kita mempunyai pandangan jangka panjang. Kita tidak hanya berpuas hati dengan kejayaan sekali-sekala yang bersifat jangka pendek; matlamatnya adalah pertumbuhan yang mampan. Kita menjangkakan peluang dan permasalahan yang berkemungkinan terjadi. Mengambil jalan mudah untuk menghasilkan keputusan sementara hanyalah mewujudkan ilusi kejayaan dan, daripada mendapat pulangan yang memberikan keuntungan, kita sebaliknya sering kali berdepan dengan kerugian. Pertumbuhan yang mampan bukanlah sekadar prestasi kewangan; ianya juga merujuk kepada keutuhan sumber manusia syarikat. Tumpuan kepada pengguna, dedikasi terhadap kepelbagaian dan keterangkuman, dan gandingan yang kuat dan teguh – kesemuanya mencetuskan perspektif jangka panjang. Akhir sekali, selain daripada bertanyakan soalan, mendengar juga adalah sama pentingnya. Jika anda menyelia orang lain, anda mempunyai tanggungjawab khas untuk mendengar pandangan dan kekhuatiran anggota kumpulan anda (dan untuk memastikan mereka memahami Buku Panduan ini). Sama ada anda mempunyai dua atau 2,000 orang yang melapor diri kepada anda, jangan sekali-kali lupa bahawa kepimpinan yang berkesan memerlukan anda untuk mendengar dengan penuh perhatian.
06
INTEGRITI TEMPAT KERJA
INTEGRITI TEMPAT KERJA Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita mengekalkan satu persekitaran kerja yang terangkum, selamat dan profesional.
Kita membuat semua keputusan berkaitan pekerjaan berdasarkan merit. Jangan hadkan peluang orang untuk menyumbang atau bergerak maju berdasarkan pada usia, tanggungjawab penjagaan anak, ketidakupayaan, etnik, jantina, ekspresi jantina, orientasi seksual, agama, kehamilan atau sifat peribadi terlindung yang lain.
Berhenti dan dengar. Kelakuan boleh menimbulkan rasa saling tidak menghormati dan peminggiran walaupun ia tidak disengajakan. Kadangkala seseorang individu secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan orang lain dan memalukan syarikat hanya kerana mereka tidak mengambil masa untuk mendengar atau memahami tanggapan atau tindak balas orang lain. Sebagai contoh, jika anda mendapati diri anda berfikir – dan bertindak seperti – anda adalah orang yang paling pintar dan orang lain tidak mempunyai idea yang bernas, anda mungkin menunjukkan sikap kurang hormat dan saling memahami terhadap orang - orang di sekeliling anda. Anda boleh menyinggung perasaan mereka dan benar-benar terlepas idea yang berwawasan.
Kita semua seharusnya mempunyai peluang sama rata untuk menyumbang dan mencapai kejayaan berdasarkan merit kerja kita. Semua orang mendapat manfaat apabila ini berlaku.
ketahui selanjutnya
Diskriminasi, gangguan dan keadaan kerja yang tidak selamat adalah tidak adil; ia bertentangan dengan cara kita menjalankan perniagaan.
PMI 2-C – Pekerjaan PMI 8-C – Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan
Gangguan tidak diterima di sini. Layani orang lain dengan rasa hormat. Jangan bertolak ansur dengan kelakuan yang tidak senonoh, merendahkan maruah atau menggunakan ejekan yang kesat. Penyalahgunaan bahasa, membuli, cubaan gangguan seksual, intimidasi dan kelakuan yang tidak senonoh adalah beberapa contoh perlakuan yang tidak bersesuaian. Keganasan dan ancaman keganasan juga, sudah semestinya tidak boleh diterima. Utamakan keselamatan. Lindungi diri anda dan mereka di sekeliling anda daripada kecederaan dengan mengikuti semua peraturan kesihatan dan keselamatan syarikat dan kerajaan. Maklumkan kepada pihak pengurusan anda mengenai semua kecederaan dan kemalangan yang hampir-hampir berlaku. Bekerja ketika mengalami kelemahan badan atau mabuk akibat pengambilan bahan yang menyalahi atau tidak menyalahi undangundang, termasuk alkohol atau ubat dan dadah yang dipreskripsi adalah tidak selamat dan tidak dibenarkan. Jangan bawa senjata ke tempat kerja atau membawanya semasa menjalankan tugasan perniagaan syarikat melainkan anda telah menerima kebenaran khusus untuk melakukannya di bawah amalan syarikat.
Warga kerja harus berasa bebas untuk meluahkan diri dan menyatakan pandangan mereka di tempat kerja. Perniagaan kita mendapat manfaat daripada pelbagai pendekatan dan pandangan. Kita memupuk persekitaran kepelbagaian dan keterangkuman di mana semua pekerja berasa selesa. Kita semua mempunyai keperluan dan gaya yang berbeza dan kita harus berkompromi secara adil untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan ini. Piawaian kita diguna pakai untuk persekitaran luar pejabat. Lokasi kerja jauh, mesyuarat di lokasi luaran, lawatan perniagaan dan acara sosial berpasukan, kesemuanya adalah persekitaran berkaitan kerja. Sebagai contoh, peraturan terhadap gangguan adalah berkaitan untuk kelakuan yang berlaku di majlis persaraan di lokasi luaran. Dalam semua situasi, anda hendaklah mempertimbangkan bagaimana kelakuan anda boleh menjejaskan reputasi rakan sekerja anda dan syarikat.
Perwakilan pekerja. Kita menghormati hak pekerja untuk menyertai atau tidak menyertai, kesatuan sekerja dan organisasi perwakilan pilihan mereka sendiri.
08
PEMASARAN & JUALAN
PEMASARAN & JUALAN Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita memasarkan dan menjual produk kita dengan penuh tanggungjawab, dan hanya kepada perokok dewasa.
Kita memasar dan menjual kepada perokok dewasa. Orang dewasa berkemampuan untuk membuat keputusan termaklum untuk merokok. Produk dan aktiviti pemasaran dan penjualan kita tidak disasarkan untuk perokok bawah umur dan golongan bukan perokok. Kita mempunyai tanggungjawab sebagai sebuah syarikat peneraju tembakau untuk melaksanakan tanggungjawab kita dalam menghalang golongan belia daripada merokok.
Semua pemasaran mesti melalui proses kelulusan. Oleh kerana kita mesti memenuhi piawaian yang sangat tinggi, proses kelulusan kita menggabungkan kepercayaan dan penghormatan terhadap pertimbangan dan daya kreativiti individu, dengan penyemakan yang bersesuaian. Semasa menyemak semula cadangan pemasaran, kita melibatkan individu daripada peranan yang berlainan yang mempunyai pengalaman yang berbeza.
Jenama kita adalah dalam kalangan jenama yang paling bernilai di dunia. Kita mengguna kreativiti dan inovasi kita untuk membangunkan dan mengekalkan nilai jenama. Pada masa yang sama, kita tahu bahawa produk tembakau mengakibatkan risiko kesihatan kepada pengguna.
ketahui selanjutnya
Oleh yang demikian, kita melibatkan diri hanya dalam aktiviti jualan dan pemasaran yang dilaksanakan dengan tanggungjawab. Jika kita tidak bertanggungjawab, kita tidak akan dapat mengecapi kesinambungan perniagaan jangka panjang.
PMI 4-C - Pemasaran, Pembungkusan dan Penjualan Kepada Pengguna PMI 7-C – Peraturan, Pembangunan dan Pengeluaran Produk Tembakau Konvensional
Kita memberi amaran kepada pengguna mengenai kesan kesihatan produk kita. Semua pengiklanan dan pembungkusan bagi pengguna mesti mempamerkan amaran kesihatan, walaupun ianya tidak diwajibkan di sisi undang-undang. Aktiviti pemasaran mestilah dilaksanakan secara jujur dan tepat. Maklumat atau tuntutan mengenai produk kita dalam bahan pemasaran dan jualan mesti berasaskan fakta. Kita menghormati undang-undang. Peraturan pemasaran dan jualan kebiasaannya adalah kompleks dan memerlukan panduan untuk pentafsirannya. Anda hendaklah tampil bersuara jika anda menyedari sebarang aktiviti yang berkemungkinan bertentangan dengan undang-undang atau dasar syarikat.
Kita juga diadili berdasarkan aktiviti pihak ketiga. Aktiviti pemasaran dan jualan sering melibatkan pihak ketiga, seperti agensi dan pelayan wanita. Tindakan mereka mencerminkan syarikat kita sama seperti tindakan diri kita sendiri. Jika anda berurusan dengan pihak ketiga dalam sebarang aktiviti pemasaran dan jualan, maklumkan kepada mereka mengenai prinsip kita dan berhati-hati dengan sebarang perkara yang mempunyai kemungkinan untuk menjejaskan nilai syarikat kita atau melanggar peraturan. Kita sedang membangunkan produk baharu. Satu keutamaan yang amat penting bagi PMI adalah untuk membangunkan dan memasarkan produk yang mempunyai potensi untuk mengurangkan risiko penyakit berkaitan merokok. Berdasarkan pada ciri-ciri dan kaedah pengedarannya, produk ini mungkin tertakluk pada peraturan - peraturan yang mentadbir urus perihal penyelidikan pengguna dan pemasaran serta jualan. Anda seharusnya membiasakan diri dengan peraturan-peraturan ini sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti pemasaran dan jualan bagi produk kurang berisiko.
10
PERSAINGAN
persaingan Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita berkembang maju dalam pasaran yang adil dan berdaya saing.
Kita bertindak secara bebas daripada pesaing kita. Jangan sekali-kali cuba untuk membincangkan atau mempersetujui perihal harga atau mana-mana topik sensitif lain yang mempunyai kesan terhadap persaingan dengan pesaing. Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk berinteraksi dengan pesaing, dapatkan nasihat dari Jabatan Undang-undang mengenai kaedah perlaksanaan yang betul. Elakkan perbualan yang melibatkan penentuan harga, pelancaran jenama, program perdagangan atau sebarang topik yang sensitif yang mempunyai kesan terhadap persaingan.
Melakukan sesuatu dengan cara yang betul bermaksud anda perlu meminta bantuan. Peraturan persaingan adalah kompleks dan boleh memberikan gerak hati yang bertentangan. Jabatan Undang-undang dan pengurusan syarikat sekutu memahami apa yang sesuai untuk pasaran anda dan boleh memberi panduan. Sebelum mengambil tindakan, tanya diri anda sama ada keputusan anda mungkin ditafsirkan sebagai kerjasama dengan pesaing, atau dilaksanakan untuk mengenepikan atau mengakibatkan kos persaingan yang lebih tinggi untuk para pesaing. Jika begitu, anda perlu mendapatkan nasihat dari pihak pengurusan anda dan rakan sekerja anda daripada Jabatan Undang-undang.
ketahui selanjutnya
Kita bersaing dengan penuh giat berdasarkan kualiti produk, wawasan pengguna, inovasi, harga dan beberapa cara lain yang digalakkan oleh undangundang persaingan. Kita tahu bahawa pasaran yang berdaya saing adalah baik untuk perniagaan dan pengguna kita.
PMI 5-C – Persaingan
Kita tidak bersubahat dengan rakan niaga kita untuk mengenepikan pesaing atau menjejaskan persaingan. Urusan dengan pelanggan dan pembekal mungkin menimbulkan isu jika mereka mengenepikan pesaing atau menyebabkannya menjadi lebih mahal untuk ditandingi oleh pesaing, atau jika mereka menjejaskan persaingan di kalangan pengedar, peruncit atau pembekal. Di tempat di mana kita mempunyai bahagian pasaran yang ketara, kita perlu lebih sensitif terutamanya apabila berinteraksi dengan rantaian perdagangan dan bekalan.
Sebarang interaksi dengan pesaing boleh mewujudkan isu perundangan. Sering kali pendekatan yang terbaik bagi anda adalah untuk mengelakkan hubungan yang tidak diperlukan dengan pesaing, terutamanya jika tugas anda atau keadaan tersebut mungkin mewujudkan tanggapan bahawa berlakunya perbincangan mengenai penetapan harga, terma perdagangan dan program atau topik persaingan yang lain. Jika seseorang mula berbincang mengenai topik tersebut, akhiri perbualan itu. Jelaskan kepada orang di sekeliling anda bahawa anda tidak berniat untuk menyertai sebarang perjanjian anti-persaingan. Kemudian, hubungi Jabatan Undangundang dengan segera. Cara kita bersaing adalah sama pentingnya dengan keputusan yang kita capai. Sesetengah cara untuk menambah volum dan keuntungan bukanlah hanya dengan cara kita menjalankan perniagaan. Oleh yang demikian, pengumpulan maklumat mengenai aktiviti pesaing kita juga tidak semestinya perkara yang betul untuk dilakukan. Jenis maklumat dan kaedah pengumpulan maklumat pada kebiasaannya adalah tertakluk kepada pembatasan undang-undang. Bekerjasamalah dengan peguam tempatan anda untuk mengenalpasti – dan mematuhi – peraturan tempatan yang berkaitan.
12
ANTI-SOGOKAN & RASUAH
ANTI-SOGOKAN & RASUAH Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita tidak memberi sogokan kepada mana - mana pihak, di mana jua, untuk apa jua sebab.
Jangan sekali-kali menawar atau memberi sogokan atau membenarkan orang lain untuk memberi sogokan bagi pihak kita. Kita perlu benar-benar berwaspada semasa kita menawarkan apa-apa sahaja yang mempunyai nilai—termasuk wang, hadiah, permintaan bantuan atau hiburan —yang mungkin dianggap sebagai percubaan untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan profesional seseorang. Gunakan pertimbangan yang waras dan, pada bila-bila masa jika anda mempunyai keraguan, berbincanglah dengan Jabatan Undang-undang untuk memahami apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan.
Sebelum menawarkan atau memberikan apa-apa yang bernilai kepada pegawai kerajaan, fahami peraturan PMI dan peraturan tempatan anda. Kelakuan yang mungkin bersesuaian dalam satu pasaran mungkin menyalahi undang-undang atau sebaliknya, tidak boleh diterima dalam pasaran yang lain. Sebagai contoh, tawaran jemputan makan kepada pegawai adalah haram di sesetengah negara, tetapi dibenarkan dan menjadi kebiasaan di negara lain.
Sogokan menjejaskan kedaulatan undang-undang dan melemahkan kesejahteraan masyarakat. Kita mengakui bahawa keengganan kita untuk menyertai dalam aktiviti rasuah boleh menyebabkan perniagaan lebih sukar dijalankan dalam sesetengah pasaran, akan tetapi sogokan sememangnya tidak boleh diterima di PMI.
ketahui selanjutnya
Kita tekal dan tegas dengan prinsip ini; jika tidak, kita akan merisikokan integriti dan reputasi kita. Dan kita telah membuktikan berkali-kali yang kita akhirnya dapat mencapai objektif perniagaan kita tanpa jalan pintas yang tidak boleh diterima itu.
PMI 14-C – Berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan dan Rakan Niaga. Aktiviti Politik.
Jangan membuat bayaran pemudahan —walaupun jika dibenarkan di bawah undang-undang tempatan. Bayaran pemudahan adalah bayaran nominal atau hadiah kecil kepada pegawai kerajaan sebagai pertukaran untuk menpercepatkan proses atau perkhidmatan rutin. Jika anda berasa keperluan atau merasa tertekan untuk membuat bayaran tersebut, jangan lakukannya. Sebaliknya, dapatkan nasihat daripada Jabatan Undang-undang mengenai cara yang terbaik untuk menangani keadaan tersebut. Dokumenkan segalanya yang bernilai yang diberikan kepada pegawai kerajaan. Anda hendaklah sentiasa melaporkan hadiah dan hiburan yang anda berikan kepada pegawai kerajaan. Ini dapat membantu memenuhi keperluan undangundang untuk penyimpanan buku dan rekod yang tepat dan membantu hindari salah tanggapan.
Bagaimana jika sogokan atau bayaran pemudahan tampak seperti hanya satu sahaja pilihan yang sedia ada? Jika anda percaya sogokan adalah perlu atau seseorang mendesak anda untuk memberi sogokan, anda wajib tampil bersuara. Syarikat akan melibatkan pihak yang bersesuaian untuk mencari langkah yang paling wajar seterusnya. Kita sering berupaya menyelesaikan masalah dengan menghubungi pegawai tinggi kerajaan atau kesatuan perniagaan. Kita sanggup melepaskan peluang perniagaan atau mengubah objektif di dalam situasi di mana kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi serta-merta. Takrifan pegawai kerajaan mungkin satu kejutan buat anda. Anda perlu berhati-hati terutamanya semasa berurusan dengan pegawai kerajaan. Ini adalah kerana undang-undang mempunyai keperluan yang khusus berkaitan interaksi dengan pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan termasuklah kakitangan kerajaan kebangsaan dan tempatan serta calon politik. Takrifan mungkin juga termasuk perniagaan milik kerajaan, misalannya wartawan yang bekerja untuk akhbar kendalian kerajaan atau pengurus stesen minyak milik kerajaan negeri. Pihak ketiga perlu mengikut peraturan kita. Mana-mana pihak ketiga yang berinteraksi dengan pegawai kerajaan bagi pihak kita mesti mengikuti peraturan yang sama seperti kita dan dilarang dari membayar wang sogokan (secara terus atau melalui orang tengah).
14
MAKLUMAT SYARIKAT
MAKLUMAT SYARIKAT Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Kita melindungi nilai perniagaan maklumat dan idea kita.
Lindungi maklumat sulit. Kita hilang kelebihan berdaya saing jika orang lain mengetahui perancangan atau tindakan kita. Kita mungkin membina strategi pemasaran dan jualan, tetapi usaha kita boleh kehilangan nilainya jika pesaing mendapat tahu rancangan kita terlebih dahulu. Jangan berkongsi maklumat komersial yang sensitif tanpa kebenaran. Contoh maklumat dagangan sensitif termasuklah spesifikasi untuk produk dan teknologi baru, strategi pemasaran dan hal ehwal korporat, data penyelidikan, belanjawan dan maklumat kewangan lain.
Maklumat dan idea yang kita gunakan di tempat kerja dihasilkan daripada usaha gigih dan daya kreativiti kita. Bagaimana kita menggunakan dan berkongsi maklumat ini boleh mempertingkatkan atau memusnahkan nilainya. Untuk mengekalkan nilainya yang berharga, kita perlu mengikut cara yang khusus untuk mendokumen, melindungi, memproses dan menjamin keselamatan maklumat proprietari dan idea kita. Menjaga dan memelihara maklumat ini membantu melindungi dan mengembangkan perniagaan kita.
ketahui selanjutnya
PMI 1-C – Mengurus Maklumat Syarikat PMI 3-C – Perlindungan Data Peribadi PMI 6-C – Hak Harta Intelek PMI 18-C – Penggunaan Teknologi Komputer PMI 18-CG2 – Garis Panduan Media Sosial
Hormati kebersendirian serta lindungi maklumat pengenalan peribadi. Kita mengumpul dan mengguna maklumat mengenai individu - individu di dalam dan di luar syarikat bagi sumber manusia, pemasaran dan tujuan sah yang lain. Ini adalah suatu kebiasaan dalam menjalankan perniagaan, tetapi terdapat beberapa peraturan untuk mengumpul, mengguna, berkongsi, menyimpan, memindah dan menghapus data peribadi untuk perlindungan kebersendirian. Jangan berikan data peribadi kepada sesiapa yang tidak mempunyai kebenaran yang sah untuk melihatnya disebabkan oleh keperluan perniagaan yang jelas untuk mendapatkan maklumat tersebut. Jangan melibatkan diri dalam atau memudahkan urusan perdagangan orang dalam. Untuk melindungi orang awam yang terlibat dalam pelaburan, undang-undang sekuriti melarang mereka yang mempunyai “maklumat penting dalaman” untuk membeli atau menjual sekuriti (saham, bon, opsyen dan sebagainya). “Maklumat penting dalaman” bermaksud maklumat yang tidak tersedia untuk orang awam dan pelabur yang sewajarnya mungkin menganggap penting dalam menentukan sama ada mahu membeli atau menjual sekuriti. Jangan gunakan maklumat dalaman untuk membeli atau menjual sekuriti. Selanjutnya, jangan beri kepada orang lain (pasangan anda, rakan sekerja, kawan, broker, dan sebagainya) “tip” berkenaan maklumat penting dalaman. Dapatkan nasihat dari pejabat perhubungan
pelabur kita sebelum memberi maklumat kewangan dan perniagaan bukan untuk pihak awam kepada anggota komuniti pelaburan. Perdagangan orang dalam menyalahgunakan kepercayaan yang PMI berikan kepada anda dan ianya tidak adil kepada pelabur lain.
Peliharalah hak harta intelek kita. Terdapat banyak cara bagaimana sesuatu idea yang baik akan kehilangan nilainya jika ianya tidak dilindungi. Bekerjasamalah dengan Jabatan Undangundang untuk memahami bagaimana hak cipta, paten, tanda dagangan dan bentuk hak harta intelek lain dapat melindungi nilai idea dan produk kerja kita. Hormati kerahsiaan dan harta intelek pihak lain. Jangan curi rahsia orang lain atau harta mereka, sama ada hak harta intelek atau pun sebaliknya. Langkah - langkah ini juga mesti diamalkan untuk perkara penting seperti proses rahsia syarikat lain dan perkara yang kurang penting seperti hak cipta imej yang ditemui di Internet. Berwaspada dengan idea tanpa diminta. Jika seseorang dari syarikat luar datang menemui anda dengan idea yang tidak diminta, segera hubungi Jabatan Undang-undang sebelum menggunakan atau berkongsi idea tersebut. Langkah ini akan mengurangkan risiko pihak ketiga menuntut kredit bagi idea yang kita sudah punyai atau mendakwa bahawa kita telah mencuri idea tersebut. Kekalkan rekod yang diperlukan oleh undang-undang dan syarikat. Semua syarikat sekutu mempunyai jadual pengekalan yang menyatakan jenis dokumen yang perlu disimpan dan tempoh penyimpanannya. Jadual ini memastikan bahawa perniagaan mempunyai maklumat yang diperlukan untuk beroperasi dan kita memenuhi keperluan pengawalseliaan. Dari masa ke semasa, anda mungkin menerima Notis Pegangan Undang-undang yang memerlukan anda menyimpan beberapa dokumen tertentu disebabkan oleh, sebagai contohnya, tuntutan mahkamah atau siasatan kerajaan. Jika anda menerima Notis Pegangan Undangundang, anda mesti mengikut arahannya dan mengekalkan semua dokumen yang diminta.
16
PERNYATAAN & REKOD SYARIKAT
pernyataan & rekod syarikat Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita berkomunikasi secara terbuka dan secara jujur.
Penyata kewangan kita adalah tepat dan boleh difahami. Pelabur seharusnya berupaya membuat keputusan berdasarkan pernyataan yang kita sampaikan. Penyata kewangan kita dan maklumat kewangan lain yang kita kongsi dengan pengawal selia dan orang awam mestilah memberikan gambaran perniagaan kita yang boleh difahami dan lengkap.
Prinsip yang sama diguna pakai dalam cara kita berkomunikasi dalam organisasi. Anda harus jujur, tepat dan lengkap dalam komunikasi harian anda. Ambil masa yang secukupnya untuk membolehkan anda difahami. Jangan kelirukan fakta dengan pandangan. Sekiranya anda perlu membuat hipotesis mengenai sesuatu topik, jelaskan bahawa itulah apa yang anda sedang lakukan. Melainkan jika ia adalah tugas anda, jangan lakukan penilaian undang-undang atau memberi pandangan undang-undang dalam penulisan anda.
Kenyataan syarikat kita mempengaruhi sama ada pihak awam mempunyai tanggapan baik terhadap kita atau sebaliknya. Kepercayaan pihak awam dengan kejujuran kita adalah penting untuk kemampanan jangka panjang perniagaan kita. Untuk mengekalkan kepercayaan ini, semua komunikasi untuk pihak awam kita mestilah jujur dan benar, bersesuaian dan tidak mengelirukan.
ketahui selanjutnya
Kita mempraktikkan amalan yang sama dalam komunikasi dalaman dan rekod kita.
PMI 1-C – Mengurus Maklumat Syarikat PMI 18-CG2 – Garis Panduan Media Sosial
Kita mengekalkan ketepatan buku dan rekod. Ketepatan di dalam buku dan rekod bukanlah hanya terhad kepada penyata kewangan kita. Pelaporan sebarang maklumat perniagaan oleh pekerja dan syarikat mestilah tepat, lengkap dan bertepatan dengan masanya. Kita tidak membuat tuntutan saintifik tanpa bukti yang teguh. Kita sedang membangunkan produk yang berkemungkinan mempunyai potensi untuk mengurangkan risiko merokok. Untuk menangani cabaran yang kompleks ini, ahli sains kita, yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai jenis disiplin, sedang membangun dan menilai produk - produk prototaip. Kita mempunyai rangka kerja kualiti yang utuh untuk menjalankan penyelidikan ini, termasuk percubaan praklinikal, kajian klinikal, kajian perilaku dan pemantauan selepas pelancaran. Kita menyokong tuntutan saintifik kita dengan berkongsi data dan bersikap terbuka kepada kajian semula rakan setara. Kita memaklumkan sokongan kita. Kita telus mengenai peranan kita dalam membangunkan bahan yang boleh mempengaruhi keputusan dasar yang penting untuk syarikat. Ini termasuk hasil kerja yang kita telah biayai mengenai implikasi kesihatan produk kita, dan juga apabila pihak ketiga menyampaikan data atau pandangan bagi pihak kita, yang telah kita biayai, untuk digunakan sebagai rujukan bagi keputusan dasar. Keperluan atribusi ini tidak boleh digunakan apabila pihak ketiga bebas, termasuk kerajaan dan organisasi, bertindak bagi pihak mereka sendiri, walaupun jika PMI memberikan bantuan seperti bahan rujukan atau data.
Media sosial adalah tidak sulit. Sudah menjadi perkara biasa untuk menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapat dan pemikiran anda. Bagaimanapun, fahami bahawa apa yang anda nyatakan melalui media sosial merupakan komunikasi awam. Walaupun anda tidak berniat untuk berbuat begitu, ia mungkin dianggap sebagai kenyataan syarikat dan bukannya pandangan individu, dan ia boleh mendedahkan maklumat sulit syarikat. Ini boleh mengelirukan pihak awam dan melanggar undangundang pelaburan dan kerahsiaan. Ikuti garis panduan syarikat bagi penggunaan media sosial.
18
FISKAL & PERDAGANGAN
fiskal & perdagangan Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita membantu menghalang penjualan haram produk kita dan penyalahgunaan sumber syarikat kita.
Kita mempunyai amalan perniagaan untuk menghalang eksploitasi jenayah. Pengubahan wang haram ialah satu proses di mana individu atau entiti cuba untuk menyembunyikan sumber wang haram atau sebaliknya menjadikan sumber wang haram mereka kelihatan seperti wang yang sah di sisi undang-undang. PMI mematuhi undang-undang anti-pengubahan wang haram dengan menggunakan prosedur untuk mengelakkan daripada penerimaan wang tunai atau setara tunai yang merupakan hasil perbuatan jenayah. Untuk menghalang penjualan barang gelap (kontraban), syarikat sekutu kita memantau volum jualan pelanggan dan mengambil tindakan jika mereka mengesyaki pelencongan haram produk kita.
Mengenali Pelanggan Anda dan piawaian fiskal dan perdagangan lain membantu anda melakukan kerja anda dengan lebih cepat dan mengelakkan kita daripada menghadapi masalah. Amalan syarikat untuk memeriksa pelanggan dan pihak ketiga lain mungkin dianggap remeh, rumit dan tidak cekap serta mengambil masa, tetapi ianya membantu perniagaan kita beroperasi dengan lebih efisien dan berlandaskan undang-undang. A.S. dan negara lain mengenakan sekatan ke atas urusan dengan beberapa buah negara dan ribuan individu, dan senarai ini berubah setiap hari. Sistem kita membantu kita mengelakkan pelanggaran dan pengumpulan maklumat yang kita perlukan untuk memberi maklum balas kepada permintaan kerajaan.
ketahui selanjutnya
Sebilangan besar perokok di seluruh dunia lebih menyukai jenama kita berbanding jenama lain. Ini jelas merupakan suatu perkara yang baik, tetapi ia boleh menggalakkan penjenayah untuk memperdagangkan produk kita sebagai barang gelap (kontraban) yang melanggar undang-undang kastam atau cukai atau menggunakan syarikat kita untuk pengubahan wang haram. Piawaian PMI adalah jelas: Kita tidak akan membiarkan, memudahkan atau menyokong barang gelap (kontraban) atau pengubahan wang haram. Kita bekerja bersama dengan pihak kerajaan untuk menghentikan penjualan haram produk kita. Kebolehpercayaan kita dalam bidang ini bergantung pada keupayaan kita untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti atau amalan yang mungkin menjejaskan piawaian kita. PMI 9-C – Kenali Pembekal Anda PMI 10-C – Kenali Pelanggan Anda dan Pengeluar Pihak Ketiga PMI 11-C – Bentuk Bayaran yang Boleh Diterima PMI 15-C – Pencukaian
Kita menyaring bakal pelanggan, pembekal dan pengilang pihak ketiga baru. Kita hanya berurusan dengan mereka yang berkongsi piawaian pematuhan dan integriti kita. Jabatan Kawalan Dalaman mempunyai proses untuk mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku dengan rakan niaga. Kita memeriksa sekali lagi untuk memastikan bahawa kita tidak menjalankan perniagaan dengan negara, rejim, organisasi atau individu yang dikenakan sekatan perdagangan yang kita perlu patuhi. Penyaringan ini mesti berlaku sebelum hubungan perniagaan baru dijalinkan. Kita mematuhi sekatan anti-boikot. Di bawah undang-undang A.S., PMI dikehendaki melapor kepada Kerajaan A.S., dan tidak bekerjasama dengan, sebarang permintaan berkaitan boikot asing yang bertentangan dengan dasar Kerajaan A.S. Pekerja tidak boleh mengambil sebarang tindakan, memberi sebarang maklumat atau membuat sebarang pengisytiharan yang boleh dianggap sebagai satu penyertaan dalam boikot asing yang haram. Maklumat semasa mengenai boikot antarabangsa yang dilarang boleh diperolehi daripada Jabatan Undang-undang.
20
KONFLIK KEPENTINGAN & HADIAH & HIBURAN
Konflik kepentingan & hadiah & hiburan Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita membuat keputusan yang adil dan objektif.
Dedahkan potensi konflik kepentingan. Kehidupan peribadi anda adalah peribadi. Syarikat menghormati hakikat ini tetapi ia perlu mengetahui jika terdapat keadaan di mana kepentingan peribadi anda mungkin bertindih dengan tanggungjawab profesional anda. Anda mesti mendedahkan kemungkinan konflik kepentingan anda kepada Jabatan Pematuhan, walaupun anda fikir anda boleh menangani isu tersebut tanpa bantuan. Kebanyakan orang terlebih anggar keupayaan mereka sendiri untuk membuat keputusan objektif apabila berdepan dengan kepentingan peribadi yang bertentangan dengan kepentingan syarikat. Cara yang terbaik untuk menguji keobjektifan anda ialah dengan melibatkan orang lain, yang biasanya boleh mencari cara untuk mengurangkan konflik.
Proses untuk mendedahkan konflik kepentingan adalah mudah, sulit dan saksama. Syarikat menyediakan alat yang mudah untuk pekerja mendedahkan konflik kepentingan. Pada kenyataannya, kebanyakan potensi konflik dapat diselesaikan dan diizinkan, dengan syarat dikenakan bagi mereka yang terlibat. Hanya orang yang perlu tahu sahaja akan menyemak pendedahan konflik kepentingan anda.
ketahui selanjutnya
Konflik kepentingan berlaku apabila aktiviti peribadi, sosial dan politik bertindih dengan tanggungjawab pekerja. Kebanyakan konflik kepentingan melibatkan perhubungan peribadi, seperti mempunyai saudara terdekat yang bekerja dengan syarikat meminta untuk menjalankan perniagaan dengan PMI. Keputusan kerja kita hendaklah sentiasa berdasarkan kepada kepentingan yang terbaik bagi PMI, bukan untuk diri kita. Timbulnya sesuatu konflik bukan semestinya suatu permasalahan. Keperluan konflik kepentingan kita menggalakkan kita untuk membuat keputusan yang adil dengan mewajibkan pendedahan, penyemakan dan pengurangan kemungkinan konflik yang boleh menjejaskan keobjektifan profesional kita. Oleh yang demikian, peraturan syarikat kita mengenai hadiah dan hiburan juga melarang kita daripada menerima atau menawarkan apa-apa yang boleh mempengaruhi pertimbangan profesional. Ini bermaksud bahawa kita boleh bergantung sesama kita untuk membuat keputusan yang baik, dan membina reputasi kita berasaskan tatalaku perniagaan yang jujur.
PMI 13-C – Konflik Kepentingan PMI 14-C – Berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan dan Rakan Niaga. Aktiviti Politik.
Jangan menawarkan hadiah atau hiburan untuk bertolak ansur atau mempengaruhi pertimbangan profesional orang lain. Pemberian hadiah dan hiburan adalah cara sah untuk membina hubungan perniagaan dan menunjukkan penghargaan. Tetapi hadiah dan hiburan tidak sepatutnya digunakan untuk mempengaruhi keobjektifan individu yang berurusan dengan anda. Butirannya ada dinyatakan di dalam peraturan hadiah kita. Sentiasa gunakan pertimbangan baik anda dan elakkan apa-apa barangan mewah dan mahal atau yang tidak menjadi kebiasaan atau yang akan memalukan rakan sekerja atau syarikat anda. Jangan turut serta dalam sebarang hiburan yang tidak senonoh atau berorientasikan seks. Secara umumnya, anda memerlukan kelulusan untuk pemberian hadiah yang berjumlah lebih daripada AS$250 sepanjang tahun kalendar; syarikat sekutu boleh menetapkan nilai yang lebih rendah. Jangan terima hadiah atau hiburan yang boleh mempengaruhi pertimbangan profesional anda. Jangan terima apa-apa yang boleh melanggar peraturan hadiah syarikat atau yang akan memalukan rakan sekerja atau syarikat anda. Anda memerlukan kelulusan untuk menerima hadiah yang berjumlah lebih daripada AS$250 sepanjang tahun kalendar; syarikat sekutu boleh menetapkan nilai yang lebih rendah.
Siapakah saudara terdekat? “Saudara terdekat” ialah suami atau isteri, ibu bapa dan ibu bapa tiri; anak dan anak tiri; abang, kakak serta adik lelaki dan perempuan; abang, kakak serta adik lelaki dan perempuan tiri, anak saudara lelaki dan perempuan; nenek dan datuk, cucu; dan mertua serta ipar. Peraturan “saudara terdekat” juga merangkumi orang yang menetap di kediaman yang sama (sama ada diiktiraf secara rasmi di bawah undang-undang tempatan atau tidak) dan orang dengan siapa anda mempunyai hubungan peribadi yang rapat. Hubungi Jabatan Pematuhan untuk panduan jika anda tidak pasti sama ada seseorang itu adalah “saudara terdekat.”
Dedahkan Konflik Kepentingan Gunakan borang dalam talian kita atau hubungi Pematuhan secara langsung. Melainkan jika anda fikir ini sesuatu yang harus kekal dirahsiakan, maklumkan penyelia anda.
22
TANGGUNGJAWAB RANTAIAN BEKALAN
Tanggungjawab rantaian BEKALAN Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Kita komited terhadap pertumbuhan jangka panjang.
Kita terus dengan usaha kita untuk mengurangkan jejak karbon. Kita mempunyai sasaran tahunan, lima tahun dan dua puluh tahun untuk mengurangkan jejak karbon rantaian bekalan kita. Inisiatif kita merangkumi kesinambungan pengeluaran pertanian, termasuk pemusnahan hutan, penggunaan tenaga dan air, kitaran semula dan pengeluaran CO2. Kita mengisytiharkan prestasi kita secara tahunan.
Kita bekerjasama dengan pembekal yang berkongsi komitmen kita terhadap pematuhan dan integriti. Pihak yang kita pilih untuk bekerja dalam rantaian bekalan kita dan cara rakan niaga dan pembekal kita beroperasi boleh memberi kesan kepada reputasi dan perniagaan kita. Jika anda memilih pembekal baru atau sedang menilai semula pembekal sedia ada sekarang, pastikan agar mereka memahami prinsip kita dan berwaspada terhadap apa-apa yang boleh menjejaskan piawaian kita.
Pencapaian pertumbuhan jangka panjang bergantung kepada kemampanan rantaian bekalan dalaman dan luaran kita. Kita sedang mengurangkan kesan persekitaran dari aktiviti kita dan menggalakkan kesinambungan sumber asli kita.
ketahui selanjutnya
Kita peka terhadap kebimbangan berkaitan buruh kanak-kanak dan buruh paksa dan sedang berusaha untuk menanganinya. Tindakan ini mempertingkatkan hasil perniagaan kita dan memperbaiki kehidupan individu dalam komuniti di mana kita beroperasi.
Kod Tata Amalan Buruh Pertanian PMI
Kita sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan buruh kanak-kanak, buruh paksa dan isu penyalahgunaan tenaga manusia lain dalam rantaian bekalan kita. Kita tidak membenarkan amalan buruh kanak-kanak atau buruh paksa dan tidak mengambil pekerja kanak-kanak dalam syarikat kita. Kita bekerjasama dengan peladang mengenai amalan pertanian yang baik untuk meningkatkan kesinambungan tanaman mereka. Kita mengkehendaki peladang untuk melaksanakan keperluan Kod Tata Amalan Buruh Pertanian. Program sumbangan amal kita membantu mewujudkan peluang untuk masyarakat luar bandar.
PMI 8-C – Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan dan Perlindungan PMI 12-C – Sumbangan Amal
24
TAMPIL BERSUARA
tampil bersuara Apa yang Kita Lakukan
Bagaimana Kita Melakukannya
Apa yang Kita Perlu Ingat
Apabila sesuatu boleh diperbaiki atau ternyata salah, kita perlu mengambil tindakan.
Kongsi idea dan pengalaman anda untuk memperbaiki sesuatu perkara. Jika satu keperluan atau proses membuatkannya lebih sukar untuk anda bekerja secara berkesan atau kelihatan terlalu rumit untuk tujuan tersebut, maka anda perlu bersuara. Peraturan dan proses perlu munasabah dan membantu anda menjalankan kerja anda. Anda juga perlu bersuara jika anda menganggap bahawa tindakan masih belum diambil untuk melindungi syarikat daripada kemungkinan risiko perniagaan, undang-undang atau pengawalseliaan.
Kita menyiasat laporan salah laku yang disyaki. Jabatan Pematuhan telah melatih pekerja dalam beberapa fungsi untuk menyiasat kebimbangan anda. Piawaian Penyiasatan PMI mentadbir semua siasatan pematuhan, dan kita menjalankan program jaminan kualiti selepas siasatan untuk memastikan bahawa proses kekal adil, tidak berat sebelah dan dilaksanakan dengan penuh hormat.
Jika anda melihat sesuatu yang dilakukan dengan cara yang tidak betul, anda mesti tampil bersuara. Apabila anda tampil bersuara, syarikat akan mengambil perhatian dan bertindak. Perkara yang sama pentingnya ialah keperluan untuk tampil bersuara bagi memperbaiki perkara yang tidak betul.
ketahui selanjutnya
Apabila anda tampil bersuara dengan niat yang baik, PMI akan menyokong anda sepenuhnya.
PMI 16-C – Pelaporan Kemungkinan Pelanggaran Pematuhan
Tanya soalan apabila timbul perkara yang tidak jelas. PMI memberikan kepada kita, di setiap peringkat organisasi, akses kepada rakan sekerja yang boleh menjawab soalan, menyelesaikan masalah dan memberi nasihat. Jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, tanya—anda akan mendapat bantuan. Hentikan perkara yang menjurus kepada kesilapan. Kesilapan Berlaku. Bila ianya berlaku, ia adalah sebahagian daripada tugas anda untuk memperbetulkannya. Jika sesuatu perkara kelihatan tidak betul, atau ia kelihatan seolah-olah Buku Panduan ini, Prinsip & Amalan, atau undangundang telah dikompromi, anda mempunyai kewajipan untuk tampil bersuara. Tidak mengendahkan kemungkinan isu pematuhan boleh menyebabkan perkara yang agak kecil atau tidak penting menjadi suatu masalah yang besar, yang boleh menyebabkan bahaya kepada rakan sekerja anda dan juga syarikat.
Tanya jika anda tidak pasti. Jika anda risau mengenai perkara yang akan berlaku apabila anda tampil bersuara, bincang dengan pengurus tempatan anda atau Jabatan Pematuhan. Mereka boleh menangani masalah anda dan menjawab sebarang soalan yang anda mungkin ada mengenai proses tersebut.
Cara untuk Tampil Bersuara Terdapat banyak cara untuk tampil bersuara. Minta bantuan: Penyelia anda atau ketua jabatan Sumber Manusia Jabatan Undang-undang
Jabatan Pematuhan: -
[email protected] - Pengarah Pematuhan Serantau - Ketua Kelompok bagi syarikat sekutu anda
Talian Bantuan Pematuhan yang dikendalikan oleh pihak ketiga juga tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dalam semua bahasa yang digunakan di PMI. Hubungi Talian Bantuan dalam talian atau melalui telefon. Nombor panggilan tempatan disenaraikan pada intranet anda. Panggilan pindah bayaran diterima. Anda boleh menggunakan Talian Bantuan tanpa mendedahkan nama, melainkan anda membuat panggilan dari salah satu negara yang menguatkuasakan undang-undang tempatan yang menyekat amalan tersebut. Jika anda tidak pasti mengenai sekatan ketanpanamaan di lokasi anda, tanya Talian Bantuan atau dapatkan nasihat dari Jabatan Undang-undang.
26
Tanggungjawab Penyelia
Tanggungjawab penyelia Budaya organisasi kita mempengaruhi tindakan kita. Banyak faktor yang membina budaya korporat. Sebagai contoh, cara kita bekerja bersama-sama sebagai satu kumpulan, keadilan organisasi, tanggapan dasar korporat, tekanan persaingan dan khabar angin, kesemuanya menyumbang, sama ada baik atau buruk kepada budaya korporat kita. Mereka yang diamanahkan oleh syarikat untuk menyelia orang lain mempunyai tanggungjawab khas untuk membentuk budaya korporat kita dan persekitaran kerja kumpulan mereka.
Ketahui dan fahami Buku Panduan ini dan Prinsip & Amalan PMI yang berkaitan dengan kerja mereka. Semua penyelia mesti memastikan bahawa pasukan mereka:
Fahami bahawa Buku Panduan ini dan Prinsip & Amalan PMI perlu diguna pakai dengan adil dan konsisten. Berasa selesa untuk tampil bersuara mengenai isu pematuhan dan menjangkakan syarikat untuk mendengar kekhuatiran mereka. Melihat bahawa kita menjalankan perniagaan dengan integriti.
Memelihara dan mengekalkan budaya yang betul adalah lebih sukar daripada hanya meminta pekerja untuk mengikut peraturan. Lebih penting, ia memerlukan kepimpinan yang tulen. Jadilah contoh dengan menunjukkan apa yang kita dimaksudkan dengan tindakan yang berintegriti. Dapatkan kepercayaan kumpulan anda dengan bercakap mengenai topik dalam Buku Panduan ini. Dengar dan bertindak terhadap perkara yang diajukan oleh mereka. Ingatlah bahawa sikap berdiam diri anggota kumpulan anda tidak bermakna bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa yang mahu disuarakan. Jika seseorang bersuara mengenai salah laku yang disyaki, ingat bahawa mereka memenuhi tugas mereka sebagai pekerja dan mereka hendaklah dilayan dengan penuh hormat. Hubungi dengan segera Jabatan Pematuhan mengenai perkara tersebut supaya syarikat boleh menangani kebimbangan mereka secara objektif. Kepercayaan memerlukan kedua-dua pihak untuk saling mempercayai. Jika anda rasa penyelia anda sepatutnya lebih berusaha untuk membina budaya pematuhan dan integriti kita, maka anda hendaklah memberitahu mereka atau pihak lain dalam syarikat.
28
Kebolehgunaan, Penepian & Pengecualian Buku Panduan ini mengandungi peruntukan mandatori yang diguna pakai untuk semua pekerja, pegawai dan pengarah PMI dan kepada sesiapa yang menjalankan perniagaan bagi pihak kita. Pelanggaran Buku Panduan ini atau Prinsip & Amalan Pematuhan mungkin dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan. Dalam keadaan yang luar biasa, Ketua Pegawai Pematuhan syarikat boleh memberikan penepian untuk peruntukan yang terkandung di dalam Buku Panduan ini. Penepian sebarang peruntukan bagi pegawai eksekutif syarikat mestilah juga disahkan oleh Lembaga Pengarah. Buku Panduan ini dikuatkuasakan ke atas Philip Morris International Inc. dan anak syarikat langsung dan tidak langsungnya, secara keseluruhannya dirujuk sebagai Philip Morris International, PMI, atau syarikat.
04/15 – MY EX