Maklumat Am Nama Dasar Diluluskan Oleh Tarikh Diluluskan Skop Objektif Dasar
Kod Tatalaku Pembekal Kumpulan NSG Jawatankuasa Pemandu Dasar Perolehan 17.06.09 Dasar ini diguna pakai untuk semua pembekal Kumpulan NSG Kumpulan NSG mempunyai Kod Tatalaku Kumpulan yang memperincikan nilai dan prinsipnya. Perolehan Kumpulan NSG pula mempunyai dasar dan prosedurnya sendiri di peringkat fungsi yang menuruti kod tatalaku kumpulan tetapi lebih berkaitan secara khusus kepada amalan operasi bagi fungsi Perolehan. Kumpulan NSG meletakkan matlamat untuk meraih reputasi tertinggi di seluruh dunia berkenaan cara menjalankan perniagaannya yang profesional, menurut undang-undang dan penuh beretika. Hasrat utama Kod Tatalaku Pembekal Kumpulan NSG adalah bahawa para pembekal kami akan menjalankan perniagaan mereka dengan kaedah yang selamat, profesional, menurut undang-undang dan penuh beretika dan dengan cara yang menunjukkan tanggungjawab sosial korporat. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.
Perincian Dasar
Kod Tatalaku Kumpulan NSG menggariskan perilaku, proses dan prosedur yang diamalkan oleh kumpulan NSG sebagai standard yang kami harapkan daripada para pembekal kami. Kepelbagaian isu yang dikemukakan dalam Kod ini mencerminkan berbagai-bagai jenis aktiviti yang melibatkan para pembekal kami. Di mana sahaja dapat dilaksanakan, Kod akan mentakrifkan pendekatan yang adil dan berakal budi untuk menjalankan perniagaan, dan pada masa yang sama menggabungkan semua keperluan perundangan yang relevan. Kandungan Kod juga mengambil kira Nilai & Prinsip Kumpulan NSG, terutamanya penekanan terhadap keselamatan, memikul tanggungjawab peribadi bagi tindakan kami serta berkomunikasi dengan keterbukaan dan penglibatan. Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab semua pembekal kami untuk mengikuti prinsip-prinsip dalam Kod ini demi memastikan pematuhan dengan keperluan kami. Pengenalan Perolehan Kumpulan NSG bertanggungjawab terhadap aktiviti mendapatkan sumber untuk bahan dan perkhidmatan. Kami akan membangunkan dan melaksanakan strategi penyesuaian terbaik untuk setiap kategori agar dapat menyampaikan nilai maksimum daripada pasaran bekalan kami dengan mempertimbangkan aspek pengurusan kos dan risiko, kemampanan, inovasi, dan pertumbuhan. Pemilihan Pembekal Perolehan Kumpulan akan menggunakan proses yang konsisten dan telus dalam pemilihan para pembekalnya. Menggunakan kriteria yang dinyatakan, sesetengahnya bersifat generik dan sesetengahnya bergantung kepada kategori, kami akan menilai para pembekal yang berpotensi menurut kemampuan, daya saing kos, risiko kewangan, dan pensijilan piawaian yang diperakui, perilaku beretika, sosial dan alam sekitar. Kami juga akan menentukan keupayaan yang dimiliki oleh pembekal untuk membekalkan produk yang diperlukan dengan cekap
dan berkesan dalam jangka masa yang dikehendaki. Kami akan memantau prestasi para pembekal kami secara berterusan untuk memastikan bahawa standard dikekalkan dan sebagai alat untuk penambahbaikan berterusan. Jangkaan untuk Pembekal Kami berharap para pembekal kami akan mencapai dan mengekalkan standard yang tinggi di seluruh rantaian bekalan tetapi terutamanya berkaitan dengan aspek yang berikut:
– Perilaku beretika Semua pembekal mestilah memikul tanggungjawab peribadi untuk berkelakuan secara profesional, beretika dan disertai integriti dan saksama. Dalam transaksi seharian para pembekal hendaklah bersikap saksama dan adil, tanpa penipuan atau ketidakjujuran dalam urusan mereka dengan para pelanggan, pembekal dan orang lain yang bekerja dengan mereka. Apabila berurus niaga dengan para pelanggan, subsidiari dan pembekal jauh dari pangkalan, para pembekal kami hendaklah menghormati, bukan hanya undang-undang dalam negara tersebut tetapi juga tradisi dan budaya mereka.
– Perilaku sosial – pertimbangan insani di tempat kerja. Semua pembekal mestilah mengakuri Piawaian Buruh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO - International Labour Organisation) sebagai keperluan minimum. Ini bermakna para pembekal mestilah berusaha untuk mengamalkan piawaian pekerjaan yang mempromosikan penerapan hak asasi manusia. Seharusnya tidak wujud diskriminasi yang disengajakan untuk perekrutan, kenaikan pangkat, perpindahan kerja, pemecatan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pekerjaan berdasarkan bangsa, warna kulit, fahaman, kerakyatan, umur, jantina, orientasi seksual, agama, asal-usul, kehilangan upaya, keanggotaan kesatuan, penggabungan politik atau status lain yang dilindungi oleh undangundang. Undang-undang setempat berkenaan diskriminasi umur hendaklah diambil kira. Penganiayaan, gangguan atau ugutan tidak akan diterima dalam mana-mana keadaan, begitu juga tindakan memaksa atau membalas terhadap individu yang melaporkan gangguan sedemikian. Walaupun prinsip-prinsip umum ini diguna pakai untuk semua pembekal kami, setiap kes khusus haruslah dikaji dengan teliti dengan merujuk kepada undang-undang dalam setiap negara tempat mereka beroperasi. Prosedur / penilaian audit Kumpulan NSG untuk semua pembekal akan meliputi tanggungjawab sosial korporat dan piawaian pekerjaan hak asasi manusia. Penerimaan piawaian pekerjaan hak asasi manusia adalah penting dalam memberi kepada individu layanan yang berhak mereka jangkakan, dan adalah diyakini bahawa ini akan, kemudiannya, menjurus kepada perniagaan yang lebih berjaya melalui tenaga kerja yang lebih berkesan, bermotivasi dan komited. Piawaian utama dalam kod tatalaku ini adalah:
Persekitaran kerja yang selamat dan sihat mestilah disediakan
dengan meminimumkan ke tahap serendah mungkin, punca bahaya yang sedia wujud dalam persekitaran kerja Kawalan mestilah dalam keadaan teratur untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada bahan, jentera atau operasi berbahaya. Pembekal haruslah mengendalikan dan mengekalkan dasar keselamatan yang berkesan Peraturan berkaitan pekerjaan dalam setiap negara tempat pembekal beroperasi mestilah dihormati. Kaedah perundingan dan komunikasi pekerja yang kerap dan wajar haruslah nyata dan jelas untuk memenuhi keperluan bersama perniagaan dan para pekerjanya. Undang-undang pekerjaan kebangsaan berkenaan waktu bekerja akan dihormati. Para pekerja tidak akan diminta bekerja untuk waktu bekerja standard yang berlebihan secara tetap. Bekerja untuk waktu tambahan yang melebihi dan di atas waktu standard, jika perlu, hendaklah tidak berlebih-lebihan atau diminta dengan kekerapan yang tidak munasabah Kumpulan NSG tidak akan berurusan dengan para pembekal yang menggunakan atau menyokong buruh paksa. Warga muda di bawah umur 15 tahun, atau lebih jika ditakrifkan oleh undang-undang, tidak patut diambil bekerja.
– Perilaku alam sekitar Para pembekal kami mestilah menyedari betapa pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan impak alam sekitar. Mereka haruslah memainkan peranan mereka dalam mewujudkan masa depan yang makmur dan mampan dengan berusaha secara berterusan untuk mencapai amalan terbaik dalam perlindungan alam sekitar. Sebagai takat minimum, kami menghendaki semua pembekal untuk:
Mematuhi semua undang-undang alam sekitar yang berkenaan.
Mempunyai dasar alam sekitar yang berkadaran dengan risiko alam sekitar perniagaan mereka.
Menguruskan bahan berbahaya melalui pematuhan dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang diguna pakai termasuklah peraturan dan prosedur dalaman. Pembekal mestilah berusaha untuk mengambil setiap langkah yang mungkin untuk mengelakkan pelepasan bahan berbahaya, api, letupan dan kemalangan utama lain yang mungkin menyebabkan kerosakan teruk kepada para pekerja mereka sendiri, premis, komuniti sekeliling dan alam sekitar.
Mengikuti prosedur yang memastikan bahawa loji dan peralatan yang sedia ada dikendalikan dengan cara yang meminimumkan sebarang impak terhadap alam sekitar.
Melatih para pekerja dan menyediakan sumber-sumber yang perlu agar mereka sedar akan tanggungjawab alam sekitar peribadi mereka dalam melindungi alam sekitar.
Kumpulan NSG akan menggalakkan para pembekal untuk:
Menjalankan program alam sekitar dengan penambahbaikan
berterusan.
Memiliki sistem pengurusan alam sekitar yang diperakui (atau setara) yang berusaha ke arah menggalakkan para pembekal kami untuk memudahkan amalan alam sekitar yang baik dan menggalakkan penggunaan, penggunaan semula, dan pemulihan secara berkesan bagi bahan dan tenaga yang digunakan dalam pengilangan dan pemprosesan mereka.
Memperbaik proses secara berterusan untuk meminimumkan impak alam sekitar dan menghasilkan produk yang menyokong alam sekitar yang lebih mampan.
Mempertimbangkan faktor-faktor alam sekitar pada peringkat awal dalam penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan produk dan proses.
Bersedia memberi maklumat berkenaan amalan pengurusan alam sekitar mereka dan penggunaan bahan utama atau bahan kimia untuk membantu Kumpulan NSG menjalankan analisis kitaran hidup ke atas produk akhir atau untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh para pelanggan Kumpulan NSG.
Selaras dengan Dasar Kemampanan kami, Kumpulan NSG akan berkomunikasi dan bekerja secara konstruktif dengan para pembekal dan kerajaan kami, agensi pengawal atur, komuniti saintifik dan pihakpihak berkepentingan lain yang relevan seperti yang sewajarnya, untuk membangunkan dan menggalakkan amalan perniagaan yang menuju ke arah matlamat bersama untuk pembangunan mampan. Para pembekal kami mestilah mendukung standard yang sama berkenaan dengan para pembekal, kontraktor dan subkontraktor mereka sendiri dan dapat memberi bukti berkenaan dengannya jika diminta. Pengurusan Risiko Pembekal Sebagai sebahagian daripada Proses Pengurusan Risiko Pembekal, NSG menilai para pembekalnya dari aspek Risiko Kewangan dan Risiko Strategik. Para pembekal NSG, haruslah menguruskan risiko pembekal mereka sendiri dengan proses yang dapat dibuktikan. Selain itu, para pembekal haruslah mengendalikan perniagaan mereka menurut cara yang bertanggungjawab dan cermat untuk meminimumkan risiko kegagalan kewangan. Para pembekal akan memaklumkan NSG berkenaan sebarang isu atau pembangunan yang jelas sekali meningkatkan tahap risiko dalam rantaian bekalan itu kepada NSG. Pengurusan Kontrak Perhubungan dengan para pembekal akan diformalkan secara kontrak menggunakan, jika berkenaan, terma dan syarat kami yang standard atau kontrak khusus yang disesuaikan untuk perhubungan secara individu yang tertentu. Matlamat pengurusan kontrak adalah untuk:
Memahami dan menguruskan risiko Menjelaskan perkiraan undang-undang antara Kumpulan NSG dan para pembekalnya termasuklah bidang kuasa undangundang Menjamin nilai optimum bagi perniagaan Memastikan prestasi pembekal adalah sejajar dengan terma kontraktual
Pembangunan Pembekal Kumpulan NSG akan mengukur pembekalnya berdasarkan jangkaannya; kedua-dua sebelum dan selepas proses pemilihan menggunakan suatu siri Petunjuk Prestasi Utama (KPI - Key Performance Indicators) yang akan digunakan sebagai alat untuk memacu penambahbaikan berterusan. Kami berharap bahawa para pembekal kami bukan hanya beroperasi selaras dengan pematuhan kepada jangkaan hari ini tetapi juga menyedari akan dan sudah bersedia untuk permintaan hari esok contohnya daripada Kumpulan NSG, para pelanggannya atau undangundang pacuan Kerajaan dengan matlamat untuk memperbaik secara berterusan kesejahteraan insan dan persekitaran tempat mereka tinggal. Kumpulan NSG akan bekerja bersama-sama dengan para pembekalnya, untuk membangunkan inisiatif ini atau memperbaik penyelesaian yang sedia ada yang juga akan merangkumi bidang inovasi teknikal dan penambahbaikan operasi.