SOSIALIS
Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org
Mei-Jun 2011
RM1-00 Harga Solidariti RM2-00
Malapetaka yang menanti kita! Nuklear adalah satu bentuk tenaga yang boleh menjana kuasa elektrik dan juga boleh dibuat senjata. Tenaga dihasilkan oleh bahan-bahan api seperti kayu, arang, diesel, ethanol, uranium dan sebagainya tapi kandungan tenaga adalah berbeza-beza. Contohnya 1 kg kayu mempunyai tenaga yang boleh menyalakan mentol 100w selama 1.2 hari, arang pula selama 3.8 hari manakala uranium asli pula selama 182 tahun! 2 perkara asas mengenai nuklear ialah: a) (a) Fission – apabila atom besar seperti Uranium atau Plutonium (bahan galian) pecah menjadi atom-atom kecil, letupan in menghasilkan tenaga. b) (b) Fusion – cantuman dua atom kecil seperti Hydrogen dan Helium (gas) untuk menghasilkan atom yang lebih besar dan lebih bertenaga. Reaksi fusion ini berlaku di matahari dan masih menjadi bahan kajian di bumi kerana sumber tenaganya yang tak terhingga dan tiada masalah pencemaran. Benarkah kuasa nuklear akan membawa malapetaka kepada manusia dan persekitran? Perdebatan tentang kuasa nuklear yang dipetik dari buku (2010) Why vs. Why: Nuclear Power, menyenaraikan 7 sebab kenapa rakyat harus kata 'YA' pada kuasa nuklear,
Kuasa Nuklear
· Kerana tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan menyelesaikan krisis tenaga dan cuaca · Kerana bahan bakar nuklear sebenarnya mempunyai kandungan tenaga yang tidak terhad. · Kerana teknologi baru boleh menyelesaikan masalah 'sisa nuklear' · Kerana kuasa nuklear adalah pilihan tenaga yang paling selamat
>> ms 4
Kerajaan Halang Pekerja Sambut Mei 1 Sambutan Mei 1 pada kali ini yang bertemakan “Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi: Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima' telah diadakan di Kuala Lumpur. Satu perarakan telah dirancang dari Chow Kit ke Dataran Merdeka. Malangnya para peserta tidak dibenarkan berhimpun di Chow Kit. Polis bertindak dengan membuat tangkapan awal dengan Sdr. Arulchelvan dan Sdr. Sivarajan dua pemimpin Parti Sosialis Malaysia.
>> ms 12
Libya Skim Rumah
Perkauman Kaum mana paling teruk kena lanyak >ms 6
Pertama
Revolusi Rakyat Diculik Imperialis
>ms 11
>ms 9
2
PSM
Mei-Jun 2011
Dari Meja Pengarang
2 Masalah 1 Musuh
Dunia kita dan negara kita dilanda dua masalah utama. Dua tarikh penting yang hanya dipisahkan beberapa hari sahaja iaitu Hari Bumi pada 22 April dan Hari Pekerja pada Mei 1 tahun ini menjadi lebih penting. Kesignifikan dua hari ini amat penting terutamanya pada abad ke 21 ini. Ia menjadi praxis kepada masalah yang melanda kehidupan kita di dunia hari ini. Dunia hari ini dilanda dengan dua krisis utama. Satu adalah krisis kemiskinan dan satu lagi adalah krisis alam sekitar. Statistik dunia menujukkan bahawa jurang pendapatan antara kaya dan miskin semakin meningkat. Pada tahun 1960, 20% terkaya memiliki 70% pendapatan dunia manakala lebih 20 tahun selepas itu, pada tahun 1993, 20 % terkaya kini memiliki 85% manakala 20 peratus termiskin mendapati pemilikan mereka jatuh dari 2.3% ke 1.4% dalam tempoh masa yang sama. Tren ini dikatakan akan terus terjadi untuk setengah abad lagi. Satu kajian dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (World Institute for Development Economics Research) melaporkan 1% dewasa terkaya dunia memiliki 40% asset dunia pada tahun 2000 manakala yang terkaya 10% memiliki 85%. Di negara kita sendiri, 20% terkaya memiliki 51% peratus kekayaan berbanding dengan 40% termiskin yang hanya memiliki 14% kekayaan mengikut perangkaan pada tahun 2009. Jurang anatara kaya dan mikin di negara kita juga adalah yang terluas di Asia Tenggara. Mengenai krisis cuaca pula, kita tidak memerlukan statistik untuk meyakinkan kita bahawa krisis alam sekitar semakin meruncing. Keadaan cuaca yang kelam kabut, peningkatan suhu global, hakisan dan gempa bumi terus memberi amaran bahawa alam sekitar kita semakin melarat dan teruk. Gempa bumi di Jepun – di sebuah negara yang paling maju memberi kita isyarat bahawa kita tidak mampu menangani krisis ini.
Siapakah musuh di belakang dua masalah utama dunia dan negara kita hari ini. Jawapan adalah cukup jelas bahawa sistem kapitalis menjadi penyumbang utama kepada krisis kemiskinan dan krisis alam sekitar. Sistem kapitalisma dan pasaran bebas dan sistem neo-liberal memastikan kaum kapitalis terus mengondol kekayaan atas nasib dan nyawa jutaan ribu rakyat. Ekonomi dunia menjadi lebih teruk lagi setelah tamatnya perang dingin. Kemenangan blok US ke atas Blok Soviet dan Timur dijangka akan menyebabkan dunia lebih kaya tetapi malangnya dunia menjadi lebih teruk dan jurang kaya dan miskin menjadi lebih meluas. Sistem kapitalis gagal menangani maslah ekonomi dunia dan berlakunya krisis ekonomi berterusan menunjukkan bahawa sistem kapitalis adalah tidak stabil dan hanya berniat memastikan kekayaan terus dimiliki oleh segelintir kecil. Manakala dalam fron alam sekitar, negara-negara dunia pertama yang semuanya mengamalkan sistem kapitalis menjadi penyebab utama krisis alam sekitar. Mereka terus merogol dunia hanya untuk memastikan keuntungan dan kekayaan. Mereka sanggup berperang untuk memastikan mereka dapat memiliki sumber negara-negara lain. Siapakah pembela alam sekitar dunia ini – ia hanya beberapa negara Sosialis seperti Cuba dan Bolivia yang dijadikan contoh oleh Bangsa-bangsa Bersatu untuk negara lain ikuti. Justeru itu, jika umat manusia hendak terus maju dan hidup, mereka perlu menghapuskan musuh utama iaitu sistem kapitalis. Penghancuran sistem kapitalis akan memastikan dunia ini lebih selamat, lebih hijau dan lebih adil. Dua masalah – 1 musuh, satu penyelesaian hanyalah satu sistem ekonomi yang lebih baik bertunjangkan aspirasi rakyat dan bukan aspirasi kaum kapitalis. Pekerja sedunia, kaum marhaen sedunia dan rakyat biasa mesti bangun memusnahkan sistem kapitalis sebelum ia memusnahkan kehidupan dan dunia kita.
PARTI DAN FRON
3
Malam Salam Perjuangan Malam Penuh Harapan 2 April 2011 – Hampir 1,000 orang memenuhi Dewan Perhimpunan Cina Selangor tanda sokongan terhadap usaha PSM untuk mencari dana bagi meneruskan perjuangan rakyat.
Mei-Jun 2011
Kg. DBI Ipoh: Pimpinan PSM ditahan Polis 14 April 2011 - Seramai 14 orang termasuk pimpinan PSM seperti Dr.Jeyakumar, Rani, Agastin, Karti Pemuda Sosialis PSM telah ditahan semasa protes penduduk DBI di hadapan pejabat MB Perak. Protes ini dibuat dengan tujuan mendapatkan satu keputusan yang muktamad daripada Menteri Besar setelah lebih sepuluh tahun hanya ditipu oleh pelbagai pihak termasuk pihak Kerajaan Negeri dengan janjijanji kosong. Para penduduk menuntut lot tanah kerana ia adalah janji yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebanyak 2 kali sebelum ini. Semua yang ditahan dibebaskan dengan jamin polis pada petang tersebut.
Program yang bertemakan 'Kuasa Rakyat' ini diisi dengan pantomine dan drama mengenai kuasa rakyat, ucapan dari pemimpin rakyat, tarian dari kumpulan pelarian dan lagu-lagu perjuangan.
Cawangan Baru PSM di Tanjung Malim
Pelancaran ini dihadiri oleh kepimpinan PSM, masyarakat di kawasan sekitar Tanjung Malim, rakanrakan dari Pakatan Rakyat dan penyokong PSM.
Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM and ADUN Kota Damansara menyampaikan ucapan dan sebuah sajak perjuangan. Dr. Hatta (PAS) memuji PSM dalam ucapannya dengan menyatakan ahli PSM sangat komited dalam perjuangan rakyat. Manakala Chegu Bard (Solidariti Anak Muda Malaysia and PKR) pula menyatakan bahawa persepsi negatif terhadap kaum sosialis harus diperjelaskan kepada rakyat. Beliau menyeru golongan muda untuk mempersoalkan ketidakadilan yang berlaku dalam negara. PSM ingin merakamkan perghargaan kepada semua rakan dan penyokong yang terus b e r s a m a k a m i . Sumbangan anda akan meneruskan perjuangan rakyat di Negara ini.
Setelah beroperasi selama 2 tahun di Tanjung Malim, PSM melancarkan cawangannya pada 11 April 2011. Beratusan bendera merah PSM menghiasi jalan menuju ke Pejabat Cawangan Tanjung Malim ini.
Komrad A.Sivarajan, Bendahari Kehormat PSM menyatakan bahawa PSM membawa corak baru dalam politik Malaysia. Beliau berkata PSM sedang membina sosialism di Malaysia dan sedang bergerak dengan berani setelah bertahun-tahun perjuangan kiri di Malaysia diberi publisiti yang negatif. Mejar B.Kamal Badri dari Pakatan Rakyat Tanjung Malam mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pembukaan cawangan PSM di sini. Beliau mengatakan bahawa politik kiri tidak asing di Tanjung Malim kerana pemimpin nasional seperti Boestaman pemimpin API dan Parti Rakyat, datangnya dari Behrang.
Forum Revolusi Dunia Arab 23 Mac 2011- Forum anjuran PSM berjaya mencetuskan satu persoalan penting: jalan mana yang patut diambil - menghancurkan struktur kapitalis dan diganti dengan struktur baru sosialis atau mencari persamaan dan mengwujudkan gerakan nasional menjatuhkan rejim UMNO-BN Forum yang penuh dihadiri oleh ramai anak muda mempertengahkan empat pengulas penting – Prof Aziz Bari dari UIA, Sdr. Hisham Rais, Saudara Chegu Bard dari Solidariti Anak Muda Malaysia dan Komrad Choo Chon Kai dari Parti Sosialis Malaysia. Prof Aziz Bari berkata semua kerajaan yang tumbang di Arab sebelum ini seolah-olah mempunyai sokongan rakyat dan menang besar dalam pilihanraya tetapi semasa kebangkitan rakyat, nampaknya rakyat berpaling tadah. Inilah mungkin persamaan di Malaysia. Chon Kai memberikan satu sejarah komprehensif kebangkitran rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya. Beliau berkata rakyat bangkit bukan kerana demokrasi tetapi protes terhadap sistem kapitalis yang memiskinkan rakyat majoriti. Hishamuddin Rais berkata kita bukan nak tukar daging. Yang perlu adalah pertukaran sistem itu
sendiri. Beliau berkata bahawa jalan pilihanraya adalah jalan yang tipu dan satu sandiwara besar sistem kapitalis. Kita kena debat dan kita kena turun ke jalanraya. Chegu Bard berkata bahawa kita perlu mencari persamaan dan ia mestilah berdasarkan kepentingan nasional. Kita kena bersatu sekarang dan kita kena jalankan dua jalan iaitu jalan pilihanraya dan jalanraya seiring. Beliau menyeru anak muda untuk besedia memimpin gerakan perubahan ini.
4
Mei-Jun 2011
NASIONAL
Malapetaka yang menanti kita ...dari ms 1 ·
Kerana kuasa nuklear termaju akan memperkasakan kemalangan telah berlaku di Amerika Syarikat (US). keselamatan global Data dari Wikipedia juga mendedahkan bahawa lebih · Kerana kos sebenar kuasa nuklear adalah lebih rendah kurang 41 kemalangan nuklear awam telah berlaku berbanding dengan tenaga dari fosil atau tenaga yang antara tahun 1950-2011 dan lebih kurang 64 diperbahurui kemalangan nuklear tentera telah berlaku antara · Kerana kuasa nuklear boleh mengetuai revolusi 'tenaga tahun 1940an sehingga 2000 manakala lebih kurang bersih' 18 kemalangan radiasi paling teruk berlaku di antara tahun 1952-2011. dan 7 sebab kenapa rakyat harus kata 'tidak' pada kuasa nuklear, ·
Kerana ia bukanlah respon yang cukup pantas untuk isu perubahan cuaca Tidak siapa boleh melupakan kemalangan paling teruk dalam sejarah iaitu malapetaka Chernobyl, · Kerana ia terlalu mahal 1986 di Ukraine. Kemalangan tersebut membunuh · Kerana keperluan untuk tenaga asas terlalu di perbesar- 56 orang dan dianggarkan lebih 4,000 orang mati besarkan akibat kanser termasuk memusnahkan harta benda bernilai $7 billion. Lebih kurang 350,000 penduduk · Kerana masalah pelupusan 'sisa nuklear' masih belum ditempatkan semula jauh dari kawasan terbabit. diselesaikan Jangkaan terbaru mengatakan bahawa lebih kurang · Kerana ia akan meningkatkan risiko perang nuklear 400,000 hingga 500,000 penduduk telah terdedah kepada kandungan radiasi yang tinggi, yang boleh · Kerana ada kerisauan tentang keselamatan menyebabkan kanser darah dan kecacatan DNA tidak ada satu pun cara penyimpanan simpanana · Kerana ada alternatif yang lebih baik. dalam 10-40 tahun nuklear yang selamat. Dalam scenario ini, bererti jika akan datang. kita menyokong tenaga nuklear, kita dan generasi akan Benjamin K. Sovacool melaporkan bahawa terdapat 99 datang akan terus terdedah kepada bahaya nuklear kemalangan di tapak kuasa nuklear dari tahun 1952 hingga 2009 Krisis nuklear di dan radioaktif pada masa depan. Maka generasi akan yang telah membawa kepada kematian manusia dan kehancuran Fukushima, Jepun datang terdedah kepada satu bahaya yang kita tidak harta benda melebihi US$20.5 billion. Dua per tiga daripada 99 adalah kemalangan tahu bagaimana menanganinya. Adakah ini perlu? terbaru akibat gempa bumi dan Tsunami. Walaupun Isu ketiga adalah kaum kapitalis hanya berminat untuk l a n g k a h - l a n g k a h untung sahaja dan justeru itu mereka tidak mahu sedang diambil u n t u k m e n g a w a l melabur dalam tenaga alternatif murah seperti pencemaran dari matahari, angin dan air. Di Malaysia sendiri, negara kita pembocoran tapak nuklear tersebut meresap ke menjadi pengeluar panel solar ketiga terbesar di dunia dalam air bawah tanah dan udara, rakyat Jepun dan tetapi di negara kita sendiri, tidak menggunakannya dunia sudah pun gerun dengan impak pencemaran ini di masa akan datang. Tidak ada sebarang jaminan secara meluas. keselamatan - Jepun yang sememangnya mempunyai teknologi paling termaju di dunia Elakkan Malapetaka, Cari Alternatif Bebassekalipun tidak dapat mengelakkan malapetaka Nuklear! nuklear ini, apatah negara-negara membangun Guna tenaga yang boleh diperbaharui seperti kuasa seperti Malaysia. angin, kuasa solar, kuasa dari kepanasan dalam bumi (geothermal). Malah tenaga boleh dijana dari Data yang dikumpulkan dari rujukan Wikipedia juga pengitaran semula sampah sarap. Tak perlu bakar menunjukkan 72 negara mempunyai reaktor nuklear arang atau minyak lagi. Daripada membuang berjuta(termasuk di Malaysia untuk tujuan kajian), daripada juta ringgit @ dollar dalam teknologi kuasa nuklear dan mana 8 negara telah menutup reaktor nuklear di bahan fosil yang membawa pencemaran alam, krisis negara mereka, antaranya Venezuela, Cuba, c u a c a , g e m p a b u m i , t s u n a m i s e h i n g g a Denmark dan Lithuania. Kini Negara Jerman menuju menjahanamkan rantai makanan dan menelan beriburibu nyawa, apa salahnya duit itu disalurkan kepada jalan yang sama. teknologi kuasa angin, solar dan geothermal. Politik Tenaga dan alternatif Namun apakah kritikan paling utama mengenai tenaga nuklear. Nuklear mempunyai kuasa untuk memusnahkan dunia dan pemprosesasan membuat senjata nukluer dan tenaga nuklear dijalankan melalui proses yang sama. Ia adalah senjata yang paling teruk dan paling dasyhat. Jika berlaku perang nuklear, maka alamatnya dunia akan musnah.
Kenapa mereka yang kononnya cerdik pandai dan 'dipilih' oleh rakyat untuk mentadbir negara (dunia) mahu menggali lubang untuk menguburkan penduduk dan 'meletupkannya' sekali?
Sumber Rujukan: Wikipedia Letchimi Devi
Isu kedua adalah ia mengambil masa 100,000 tahun untuk sisa nuklear dapat dilupuskan dan setakat ini
Pustaka kiri dibuka setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat (2pm- 8pm) Alamat: No.8, Tingkat 2, Jalan Balakong, Bt 11, Jalan Cheras, 43000 Cheras Sebarang Pertanyaan: 016-9268776 @ 012-3762023
Mei-Jun 2011
5
Hari Bumi dan MENTERI ANGKUH! sudah diberi pada awal minggu akan kehadiran kami), namun kami masih menerima kedatangan Ketua Setiausaha Datuk Zoal di lobi Wisma Sumber Asli. Apa yang memeranjatkan kami ialah beliau tidak mahu berbincang dengan delegasi kami tentang lima tuntutan yang kami ingin sampaikan. Pihak Kementerian tidak mahu menerima pendapat kami selain dari mengambil memorandum, dan Ketua Setiausaha memberitahu bahawa dia tidak boleh buat keputusan dan hanya bertugas untuk mengambil memorandum daripada delegasi kami tanpa adanya ruang untuk berdiskusi.
22 April 211 Rakyat dihina semasa penyerahan memorandum “Protes Selamatkan Bumi” sempena Hari Bumi Sedunia. Sempena Hari Bumi yang ke-41, seramai 80 orang dari Jawatankuasa Selamatkan Bumi telah berkumpul di depan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk berjumpa dengan Menteri Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Apakah gunanya memberi memorandum kepada Ketua Setiausaha Kementerian yang berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan termasuk tidak membenarkan kami untuk duduk berbincang secara hormat dalam sebuah bangunan yang begitu luas dan tinggi? Dia berkata “tiada bilik' untuk kita untuk membincangkan dan menjelaskan memorandum. Apakah nasib memorandum itu yang dirangka dengan penuh teliti, jika masih kita menyerahkan kepada Datuk Zoal?
Laungan “Selamatkan Bumi”, Tak Nak Nuklear” dan Tak Nak Lynas” kedengaran di Wisma Sumber Asli setelah semua yang hadir berkumpul
Justeru itu, ahli delegasi terus membuat keputusan untuk tidak menyerahkan memorandum kepada seorang Ketua Setiausaha yang telah memperlekehkan kehendak rakyat. Semua wakil yang hadir pagi ini telah bersatu hati untuk tidak berpatah hati tetapi bertekad akan meneruskan perjuangan ini untuk kebahagian anak cucu kita agar alam sekitar tidak diracuni atau dihancurkan dan kesihatan mereka tidak dimangsakan oleh golongan kapitalis yang rakus membina kekayaan.
Tuntutan-Tuntutan
Jawatankuasa
SELAMATKAN BUMI ialah: 1. HENTIKAN PEMBINAAN REAKTOR NUKLEAR DI MALAYSIA. 2. HENTIKAN PENGHAPUSAN HUTAN
Kemudian satu delegasi yang terdiri dari Dr. Mohd Nasir Hashim, Pengerusi PSM dan ADUN Kota Damansara; Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput dan Ahli Pusat PSM; YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dari PKR serta wakil kumpulan masyarakat dan NGO seperti JERIT, SUARAM, ALIRAN dan Kuantan Environment Watch group telah bersedia untuk berjumpa Menteri.
TANPA
KAWALAN
PEMBALAKAN
UNTUK
DA N
TUJUAN
PENANAMAN
KELAPA SAWIT ATAU TANAMAN JUALAN LAIN. 3. HENTIKAN PEMBINAAN INSINERATOR 4. SEDIAKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG LEBIH EFISEN. 5. HENTIKAN PROJEK PEMPROSESAN
Tetapi seperti biasa dalam urusan berjumpa dengan pemimpin BN, kami diberitahu bahawa Datuk Seri Douglas Uggah sibuk dengan urusan lain dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Zoal Azha bin Yusof telah datang untuk berjumpa kami. Walaupun kami terasa tertipu kerana YB Menteri tiada (surat pemberitahuan
NADIR
BUMI
K UAT K UA S A
(RARE
EARTH)
DAN
UNDANG-UNDANG
PEMELIHARAN ALAM SEKITAR
Karnival Kesedaran Hari Bumi di Taman Tasik Semenyih mewarna 3R untuk murid-murid sekolah rendah dan kuiz alam sekitar untuk pelajar sekolah menengah.
Agensi-agensi seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran turut mengadakan pameran kesedaran. Hadiah cabutan bertuah yang juga mesra alam seperti pokok, baja organik serta peralatan kebun diberikan kepada para pemenang. Turut hadir ke program ini adalah Ahli Parlimen Hulu Langat YB Che Rosli dan Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Shah Alam En. Amirul Ariffin.
Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia yang Ke-41, Persatuan Penduduk Taman Tasik Semenyih bersama Ahli Majlis ZON 18, Sdr. Arutchelvan telah mengadakan satu karnival kesedaran untuk para penduduk di sekitar Semenyih. Karnival kesedaran ini diadakan pada 24 April 2011. Seramai lebih kurang 100 penduduk telah hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang diadakan. Antaranya adalah menanam pokok di sekitar taman; pelancaran Kempen 3R ( Reuse, Reduse, Recycle); penubuhan Kelab Alam Sekitar; aktiviti
6
ANALISA
Mei-Jun 2011
Kaum mana paling teruk kena lanyak? Orang Melayu atau Orang India? Perbandingan kes Ladang Bukit Jalil dan Kampung Berembang Pada satu pagi yang sunyi, bulldozer DBKL atau Majlis Tempatan tiba di kawasan perumahan masyarakat biasa untuk merobohkan rumah penduduk. Para penduduk di kawasan itu diberi tawaran rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat yang merupakan rumah flats yang kecil. Ganti rugi yang diberi oleh kerajaan adalah sangat sedikit dan tidak meliputi kos membina rumah sekarang ataupun kos yang digunakan untuk pembangunan tanah tersebut. Sumbangan masyarakt ini kepada ekonomi dan pembangunan negara tidak dihargai. Pernahkah anda dengar atau melihat kes- kes sebegini ? Dimanakah ia berlaku ? Adakah hanya kepada kaum Melayu atau hanya kepada kaum India ? Marilah kita mengambil contoh-contoh benar dan nyata insiden dalam 10 tahun kebelakangan ini di kawasan orang yang setelah berpuluh tahun dan beberapa generasi lama tinggal diusir secara paksa atas nama pembangunan berlaku. Antaranya contoh nyata adalah Kampung Berembang (Melayu), Kampung Sungai Udang (Melayu), Ladang Batu (India), Ladang Bukit Jalil (India), Kampung Papan (Cina), Kampung Temenggung (Melayu) , Kampung Rimba Jaya (Melayu dan India) dan banyak lagi kawasan perumahan rakyat miskin peneroka bandar dan masyarakat ladang mengalami atau diancam dengan pengusiran paksa. Penduduk kawasan ini bukan terdiri daripada satu kaum tetapi pelbagai kaum. Ada kampung Melayu, ada yang majoriti penduduk kaum Cina atau India dan ada juga kawasan perumahan berbilang kaum. Maka apa rasional sesetengah pihak yang mengatakan bahawa sesuatu pengusiran dilakukan kerana isu perkauman ? Adakah tanah dirampas akibat perkauman atau kerana kelas miskin senang ditindas tidak kira kaum ? Semasa isu Kampung Berembang berlaku, penduduk Kampung Berembang yang majoritinya 100% orang Melayu beranggapan bahawa orang Melayulah bangsa yang paling teruk diancam pengusiran dan mereka berkata bahawa bangsa lain di Malaysia lebih terjamin. Pada masa yang sama, penduduk Ladang Bukit Jalil yang penduduknya 95% kaum berketurunan India
beranggapan bahawa orang Indialah yang paling teruk diancam pengusiran. Kampung Berembang telah bertapak di Ampang sudah lebih 40 lebih tahun. Para penduduk di sini ialah peneroka awal tanah ini. Oleh kerana tanah Kampung Berembang ini strategik, kerajaan BN Selangor pada masa tahun 2002 telah merancang projek pembangunan. Penduduk Kampung Berembang dipaksa pergi ke rumah flats PPR di Puchong dengan ganti rugi yang sedikit. Cubaan pengusiran pertama di Kampung Berembang berlaku pada satu hari Jumaat, selepas sembahyang Jumaat dan juga selepas Perhimpunan Agung tahunan UMNO. Pegawai dan jentera Majlis Perbandaran Ampang Jaya digunakan untuk merobohkan rumah penduduk. Yang membantu penduduk Kampung Berambang ini adalah aktivis dan peneroka bandar lain yang berbilang kaum. Cubaan demi cubaan dan akhirnya pada Mac 2007, rumah penduduk dan juga surau penduduk dirobohkan dengan kejam selepas lebih 30 orang aktivis dan penyokong berbilang kaum ditangkap polis. Perjuangan perumahan Kampung Berembang tidak berakhir selepas perobohan pada 2007. Tuntutan penduduk untuk rumah ganti yang berhampiran belum ditunaikan, maka para penduduk telah dan masih berkhemah di tapak asal kampung mereka sehingga rumah ganti mereka siap. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah berjanji untuk memberikan rumah ganti percuma. Sudah 4 tahun sejak rumah penduduk dirobohkan, perjuangan Kampung Berembang belum selesai. Sekarang kita analisa isu penduduk Ladang Bukit Jalil. Penduduknya 95% berketurunan India. Penduduk ini menetap di Ladang Bukit Jalil selama 3 generasi dan bekerja sebagai pekerja ladang . Sektor perladangan adalah antara penyumbang utama dalam pembangunan ekonomi. Sekarang kerajaan telah mengambil alih tanah dan hendak mengusir penduduk ini
ke rumah PPR yang berhampiran. Ganti rugi yang diberi hanya RM 10,000 – RM 20,000 mengikut tahun kerja mereka. DBKL sudah tiga kali cuba merobohkan rumah penduduk di sini tanpa penyelesaian kepada tuntutan mereka iaitu rumah teres untuk bekas pekerja ladang. Ramai aktivis dan penduduk kawasan lain yang berbilang kaum telah turun untuk mempertahankan rumah penduduk Ladang Bukit Jalil tanpa mengira kaum. Sehingga kini rakyat masih teguh mempertahankan rumah mereka. Dalam kedua kes ini apa yang berbeza adalah hanya kaum penduduk itu sahaja. Selain itu, layanan dari pihak kerajaan BN dan ancaman serta masalah yang dihadapi oleh penduduk adalah sama. Maka hujah yang mengatakan masalah yang menimpa penduduk Ladang Bukit Jalil hanya berlaku kerana mereka berketurunan India adalah salah dari segi fakta dan begitu juga andaian Orang Melayu di Berembang. Juga hujah yang mengatakan kaum Melayu sentiasa mendapat keutamaan dan dilindungi juga tidak benar. Malah di Kampung Chupadak yang penduduknya 100% Melayu Islam, semasa bulan puasa pada tahun 1990an anjing dibawa masuk ke kampung oleh DBKL untuk mengusir penduduk di sana. Pengusiran yang berlaku di Ladang Bukit Jalil, di Kampung Berembang, Kampung Papan, Kampung Rimba Jaya, Kampung Sungai Udang, Kampung Chupadak dan banyak tempat lagi berlaku kerana masyarakat ini adalah masyarakat biasa dan miskin dan mudah bagi kerajaan bersama kroninya untuk menindas dan merampas hak mereka. Pengusiran dan penindasan ini tidak berlaku terhadap satu kaum secara spesifik. Ia dilakukan mengikut kelas dimana kelas kapitalis bersekongkol dengan kerajaan untuk menindas kelas pekerja. Maka kita menyingkir perasaan perkauman dalam sebarang perjuangan rakyat miskin. Jangan kita berpecah atas nama kaum dan agama. Perpecahan kita akan menjadi kekuatan kepada kaum penindas dan alasan yang baik untuk menyimpangkan isu utama. Kita harus bersatu dalam semua perjuangan rakyat miskin tanpa mengira kaum dan agama demi menegakkan hak rakyat biasa dan berpendapatan rendah Isu perumahan, gaji minima, hak tanah, hak untuk perkhidmatan perubatan dan hak asasi yang lain adalah isu rakyat tertindas dan rakyat miskin. Jangan kita tersimpang dan tertipu apabila ada orang cuba memberinya muka perkauman. Bersatu kita teguh ! Bercerai kita roboh. Satukan kelas pekerja dan rakyat miskin, perjuangan akan kita menangi.
7
NASIONAL
Mei-Jun 2011
WAKIL RAKYAT SOSIALIS ISYTIHAR HARTA nasional seperti Anti Cukai GST , Bantah kenaikan harga barangan, Anti FTA, Bantah penswastaan perkhidmatan awam dan banyak lagi dalam membina kuasa rakyat di bumi Malaysia ini. Kemudian satu lagi tradisi PSM adalah membentang laporan prestasi setahun lalu. Ia dimulakan oleh Sdr Dr. NasirADUN Kota Damansara yang telah membentangkan kad laporan aktiviti setahun yang lepas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam memperkasa penduduk di sekitar DUN Kota Damansara. Ia jelas terserlah dalam ucapan tiga orang wakil penduduk yang turut berkongsi pandangan mereka tentang kepimpinan Dr. Nasir di DUN tersebut. Seorang mengendalikan kelab bolasepak, seorang menyelamatkan hutan simpanan dan seorang lagi program jahitan. Tahun ini iaitu pada 14 Mac 2011 sekali lagi Ahli Parlimen , ADUN dan Ahli Majlis Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengistiharkan harta mereka. Tahun ini kali ke-3 kepimpinan PSM secara rasmi mengkotakan janji mereka mengistiharkan harta di kalayak ramai selepas menang piliharaya umum 2008. Empat pemimpin sosialis yang mengisytiharkan harta mereka ialah Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen Sg. Siput, Dr. Nasir Hashim ADUN Kata Damansara, Sdr. Arutchelvan Ahli Majlis MPKJ dan Sdr. Sivarajan Ahli Majlis MBSA. Majlis Pengistiharan harta kali ini diadakan di kawasan DUN Kota Damansara pada jam 11pagi. Ramai wakil penduduk dari pelbagai kawasan telah hadir ke majlis yang sungguh istimewa ini. Majlis dimulakan dengan pengenalan dan imbasan aktiviti PSM setahun yang lepas iaitu dari Mac 2010 hingga Mac 2011 oleh Sdr. Arutchelvan. Tahun lepas PSM telah mendapat pelbagai kejayaan seperti menghentikan pindaan Akta pekerja, kemenangan perumahan di beberapa ladang dan kampung serta kempen-kempen
Seterusnya Ahli Parlimen Sosialis Dr. Jeyakumar telah membentangkan kad laporan aktiviti di kawasan Parlimen Sg. Siput. Dr. Kumar merupakan Ahli Parlimen pertama yang telah menyaman kerajaan Malaysia kerana tidak memberi peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen pembangkang. Walaupun tiada dana peruntukan, ia tidak sekali menghentikan usahanya membina kuasa rakyat di Sungai Siput. Pelbagai kejayaan telah dicipta walaupun tiada peruntukan. Satu kejayaan yang perlu dibanggakan adalah Titi gantung rakyat untuk masyarakat orang asli di Perjek, Sungai Siput. Dr. Kumar telah menyumbangkan sendiri 30% daripada gaji Ahli parlimennya iaitu sebanyak RM30,000 untuk pembinaan titi gantung ini yang telah mencecah lebih RM80,000 dengan menggunakan bantuan penduduk untuk menjayakan projek ini.
Selepas pembentangan kad laporan ADUN dan Ahli Parlimen, upacara pengistiharan harta telah dijalankan termasuk dua orang Ahli Majlis turut mengistiharkan harta mereka. Bagi PSM mengistiharkan harta adalah satu komitmen PSM kepada rakyat bahawa pemimpinnya bersih dan transparen. PSM juga mencabar Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat untuk berbuat sedemikian untuk transperansi dan membuktikan pada rakyat kita pemimpin yang bersih. Ramai rakyat yang kagum dengan keihklasan PSM tersebut dan berkata PSM walaupun parti kecil tetapi cukup berprinsip dan dapat menaikkkan tahap politik negara kita ke paras yang lebih tinggi.
Aduan Polis Terhadap Kolej Universiti MAHSA dan Masterskill 20hb Mac 2011 - Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj telah membuat aduan polis terhadap Kolej Universiti MAHSA dan Masterskill di Ibu Pejabat Polis, Ipoh, Perak.
mencapai usia 24 tahun mereka dibebani dengan hutang sebesar RM 55,000. Masalah menjadi lebih rumit apabila ramai diantara mereka tidak mendapat pekerjaan kerana keraguan majikan terhadap latihan dan kemahiran mereka.
Mengikut Dr. Kumar beratus-ratus pelajar muda ditipu dengan pelbagai taktik untuk mendapat kepercayaan golongan anak muda untuk menyambung belajar di kolej ini. Antara taktik yang digunakan adalah dengan mendapatkan maklumat peribadi beribu-ribu pelajar tingkatan lima dan menawarkan mereka kursus seperti kejururawatan. Namun, mereka menjalankan kursus yang tidak ada pendedahan klinikal yang mencukupi. Ekoran daripada ini, negara kita dibanjiri dengan beratus-ratus graduan kursus jururawat yang tidak layak dapat mencari pekerjaan.
M.Ravin
Syarat kemasukan ke kursus yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada kriteria yang diminta oleh kolej-kolej jururawat seperti Hospital Fatimah ataupun Hospital Assunta yang ingin mengambil jururawat yang terlatih. Kumpulan pelajar di kursus jururawat di Masterskill dan Mahsa tidak diberi pendedahan klinikal yang mencukupi. Ada antara mereka yang dihantar ke Rumah Orang Tua di mana mereka tidak dapat pengalaman menjaga pesakit. Masalah ini wujud kerana kolej tersebut mahu mengambil masuk lebih banyak pelajar baru supaya dapat mengaut untung daripada pinjaman PTPTN sebanyak RM 55,000 yang didapati dengan kemasukan setiap orang pelajar. Ini adalah akibat sistem yang sangat teruk dan korup kerana ramai pemuda di negara ini sudah mula berhutang akibat pinjaman wang untuk mereka menyambung pembelajaran mereka. Sebelum
Mac-April 2011
8
Sebuah pengalaman dari Vietnam Antara 13 hingga 20 April 2011, saya telah dipilih untuk mengikuti rombongan PSM untuk membuat lawatan sambil belajar ke Vietnam. Mungkin terdapat segelintir yang tertanya-tanya samaada lawatan ke Vietnam telah membawa manfaat kepada kita. Pada hakikatnya, lawatan ini telah memberi pengalaman yang luas kepada saya kerana saya telah diberi peluang menghayati sebuah negara sosialis di Asia Tenggara. Sebelum menjejakkan kaki ke negara tersebut, saya mempunyai tanggapan negatif terhadap negara tersebut kerana menganggap sosialisme di Vietnam telah gagal sepenuhnya. Namun, setelah sampai ke Vietnam, saya berasa lega kerana terdapat pihak yang masih mengungkapkan pandangan Marxism, Leninism serta Ho Chi Minh. Terdapat banyak bendera berwarna
merah dan juga slogan-slogan berkenaan sosialisme terpapar di sekitar tempat yang saya lawati. Saya diberitahu, Vietnam kini berada dalam proses peralihan menuju sosialisme setelah sekian lama berjuang untuk pembebasan negara dari kuasa penjajah.
Walaupun kekurangan sumber, tetapi Vietnam telah membuktikan kekuatannya dan telah cuba membasmi kemiskinan dan berkongsi kekayaan kepada rakyat di negara tersebut. Dalam keadaan yang serba kekurangan, Vietnam sanggup memberikan pendidikan serta perkhidmatan kesihatan secara percuma dimana sektor kerajaan masih menguasai industri-industri utama. Selain itu, Vietnam dalam proses meningkatkan gaji minima untuk pekerja-pekerjanya dan kami diberitahu bahawa Vietnam telah mengkaji sebelum menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dan tidak mengadai segala-galanya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Sayap Pemuda Parti Komunis Vietnam dan Kesatuan Wanita telah memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai dan pendidikan mengenai sosialisme. Rakyat dan P a r t i K o m u n i s Vi e t n a m j u g a nampaknya tidak memberi kepentingan kepada pemimpinpemimpin yang tertentu. Mereka lebih suka mengungkit mengenai kepimpinan parti dan hala tuju parti tanpa memberi penekanan kepada mana-mana pemimpin pada masa ini. Kongres pada Januari bertemakan ”Menolak Pembangunan Tanpa Batas” memberi garis tuju bahawa Vietnam tidak bersedia berkompromi dengan segala-galanya atas nama pembangunan. Pihak kerajaan akan mengkaji semula supaya segala pembangunan yang dilakukan mestilah meningkatkan taraf hidup masyarakat dan bukannya mengurangkannya. Untuk itu, ia memerlukan maklumbalas sebulat suara daripada rakyat pelbagai lapisan dan secara analisanya, saya mendapati ini adalah satu kelemahan dimana nampaknya tidak terdapat proses yang dinamik di antara pihak pemerintah dengan rakyat. Masyarakat nampaknya terpisah dengan proses membuat polisi dan nampaknya sistem pasaran bebas sedikit sedikit Berjaya meresap kedalam sistem pemikiran negara itu. Saya amat khuatir serangan Neo-liberisme akan melanda Vietnam dan sistem pendidikan dan kesihatan akan merosot.
Vietnam sepatutnya mengeratkan hubungan dengan parti-parti sosialis di rantau ini untuk memainkan peranan yang lebih dalam mempromosikan sosialisme dan saya juga berharap Vietnam akan mengadakan hubungan yang lebih serius dengan Venezuela yang sedang cuba membina sosialisma abad ke 21. Akhirkata saya berasa kita juga harus mengukuhkan perikatan dengan Vietnam dan menggalakkan mereka terlibat dalam rangkaian Sosialis di Asia Tenggara. Kita juga perlu melibatkan diri dalam sosialisme antarabangsa kerana sosialisma di satu negara payah maju ke hadapan. Kemaraan Vietnam ke sebuah negara sosialis amat bergantung kepada dunia disekelilingnya. M.Sugumaran
MEI 1: CUBAAN POLIS FITNAH SUA PSM TAK JADI Tiba-tiba pihak polis mengatakan bahawa semua yang ditahan akan dibebaskan kecuali Sdr. Arulchelvan, Setiausaha PSM kerana konon beliau terlibat dalam satu kes curi (seksyen 380 – Kanun Acara Jenayah) di Kedah pada tahun 1995. Peguam beliau dan Sdr. Arul sendiri bertanya berkali-kali adakah pihak polis betul-betul pasti. Ini kerana sebelum ini beliau pernah ditahan berpuluh kali kerana memperjuangkan hak rakyat dan tidak sekali pun perkara ini dikesan oleh polis.
Pada Sambutan Mei 1, 2011, seramai 20 orang aktivitis telah ditahan polis. Seperti biasa pihak polis menggunakan alasan perhimpunan tanpa permit walaupun hampir sebahagian ditahan sebelum sebarang perhimpunan bermula.
Ini adalah satu cubaan pihak polis memfitnah dan membalas dendam Sdr. Arul. Mungkin pihak polis mahu mengajar Sdr. Arul, kerana beliaulah yang berurusan dengan polis mengenai Sambutan Mei 1. Beliau menjadi jurucakap. Beliau juga telah menandatangani surat memaklumkan sambutan ini kepada pihak polis. Mungkin juga polis marah sebab walaupun mereka berjaya mengagalkan perarakan dari Chow Kit, Sambutan Mei 1 berjaya diadakan di lokasi berhampiran dengan Maju Junction.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tun H.S Lee (dekat Stadium Merdeka). Walaupun mereka ditahan antara jam 10Tiada sesiapa pun yang mempercayai tuduhan hingga 11 pagi, polis hanya bersedia membebaskan mereka gila pihak polis yang mahu Sdr. Arul melaporkan sekitar jam 5 petang dengan jaminan polis. >> ms 8
diri di Balai Polis Alor Setar dalam masa seminggu. Kemudian apabila pihak polis ditanya butir-butir kes tersebut, ahkirnya cubaan polis memfitnah Sdr Arul tidak menjadi. Pihak polis mengaku mereka tersilap apabila memasukkan no IC dan orang yang sebenarnya dikehendaki dalam kes ini seorang berbangsa Melayu. Nampaknya pihak polis tidak begitu bersedia dalam usaha mereka memerangkap Sdr. Arul. Justeru, Jawatankuasa Mei 1 telah menghantar satu memorandum pada 5 Mei kepada pihak Bukit Aman menuntut pihak polis membatalkan notis jamin polis dan meminta maaf secara terbuka.
9
Mei-Jun 2011
NASIONAL
SKIM RUMAH PERTAMAKU Merompak dari anak muda dan bagi kepada kapitalis hartanah Skim ini merupakan salah satu tindakan yang baru diumumkan oleh kerajaan BN dalam Bajet 2011. 'Skim Rumah Pertamaku' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak' pada 8hb Mac. Skim ini kononnnya bertujuan membantu para pemuda supaya dapat memiliki sebuah rumah. Skim ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 35 tahun kebawah, mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM3000 seorang dan bekerja dengan sektor swasta. Skim ini membolehkan mereka yang ingin membeli sebuah rumah untuk memperolehi 100% bantuan kewangan daripada institusi kewangan bagi merealisasikan matlamat masing-masing untuk memiliki rumah tersebut. Antara institusi kewangan yang dilantik oleh untuk menyertai Skim ini termasuklah Affin Bank, AmBank, CIMB Bank, Maybank Bhd dan Standard Chartered Bank .
Skim ini menonjol diri sebagai satu bantuan yang positif tetapi skim ini secara kesuluruhannya akan menghimpun bebanan terhadap masyarakat Malaysia berpendapatan rendah. Ia akan melahirkan satu generasi belia yang berhutang akan terlahir. Hal ini akan terjadi apabila mereka yang tidak mempunyai status kewangan yang kukuh ditawarkan pinjaman 100 peratus untuk membeli rumah yang berharga dari RM100,000 ke 220,000. Akibatnya, para belia tersebut lama-kelamaan akan menjadi penghutang besar yang tidak berupaya membayar balik pinjaman bank yang tinggi. Kini hampir semua belia di tanahair kita mempunyai hutang PTPTN untuk diselesaikan dan kini mereka mempunyai satu lagi hutang untuk diselesaikan. Skim ini akan lebih menguntungkan pihak hartanah tanah sahaja. Masalah utamanya adalah bilangan rumah murah bagi keluarga
PEMBINAAN RUMAH OLEH SEKTOR SWASTA DARI 1 JANUARI 2006 HINGGA 31 DISEMBER 2010 HARGA RUMAH (RM) 30,000 ke bawah 30,001-50,000
BIL. UNIT RUMAH 5,518 66,984
PERATUS (%) 1.00 12.14
50,001-70,000 70,001-100,000 100,001-150,000 150,001-200,000 200,001-300,000 300,001 ke atas JUMLAH
17,341 88,506 92,125 99,117 89,958 92,286 551,835
3.14 16.04 16.69 17.96 16.30 16.72 100.00
SUMBER: KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan adalah tidak mencukupi. Hal ini tidak diiktiraf dan ditangani dalam skim tersebut. Menurut pakar ekonomi, dapatlah dirumuskan bahawa keluarga tersebut hanya dapat membeli rumah berharga sekurang-kurangnya RM70000. Masalahnya, peratusan keluarga dalam golongan ini adalah lebih kurang 38% daripada seluruh keluarga di Malaysia manakala peratusan rumah dalam negara yang berharga kurang daripada RM70000 adalah hanya lebih kurang 16%. Jadi, bilangan unit rumah berharga kurang daripada RM70,000 tidak mencukupi. Tambahan pula, skim Najib ini tidak menangani kegawatan ekonomi yang lazimnya berulang setiap 10 tahun. Sekiranya kegawatan ekonomi terjadi, pendapatan ramai keluarga akan berkurangan dan beberapa antara mereka tidak sanggup menyelesaikan bayaran bulanan kepada bank. Malangnya, masih tidak ada tabung berhenti kerja di negara kita, yang jika wujud, dapatlah melindungi pekerjapekerja yang dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi. Jika kerajaan kita ingin membantu para penduduk yang miskin secara jujur dan bertanggungjawab, beberapa langkah yang lebih efektif haruslah dilaksanakan termasuklah pembinaan lebih banyak rumah yang berharga kurang daripada RM70,000 dan skim insurans untuk melindungi para pekerja
semasa terjadinya kegawatan ekonomi. Jikalau isu-isu seperti di atas tidak diiktiraf serta ditangani maka 'Skim Rumah Pertamaku' merupakan salah satu tipu helah kerajaan BN yang pasti akan memerangkap beratusan keluarga yang berpendapatan sederhana serta miskin dalam cengkaman hutang. Oleh Ravin Veerasenan
>> ms 8
NASIONAL
10
Mei-Jun 2011
Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak dan Impak kepada PRU ke 13 Kedua-dua barisan politik yang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak ke 10 tidak begitu puas dengan keputusan pilihnraya. Pakatan Rakyat (PR) tidak berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 24 kerusi DUN untuk menafikan majoriti 2/3 yang dinikmati oleh BN selama ini. Pada masa yang sama, BN telah digegarkan oleh cabaran yang hebat apabila hanya memperolehi 55% daripada jumlah undi yang dibuang. Nampaknya, sudah ada ramai rakyat Sarawak yang mengalu-alu perubahan pemerintahan! Cengkaman ketat BN Sarawak terhadap sistem politik Sarawak telah longgar sedikit! Bukan sahaja bilangan kerusi DUN yang dimenangi oleh BN telah dikurangkan daripada 64 ke 55 sekarang, tetapi majoriti calon-calon BN di 27 kerusi yang dimenangi dapat dikurangkan dengan signifikan. Terdapat 16 kerusi yang dimenangi BN di mana undi yang diperolehi oleh BN adalah kurang daripada 60% jumlah undi yang dibuang dan di dua daripada kerusi tersebut, bilangan undi calon BN kurang dari 50%. Analisa Prestasi BN Sarawak Kaum majoriti
Bilangan Kerusi
BN Kalah
BN dapat undi < 60%
BN dapat undi 60 – 70%
1
BN dapat undi 70 80%
Bidayuh
6
0
5
Cina
13
11
2
Iban
21
4
6
7
4
Melayu/Melanau
27
0
2
7
15
Orang Ulu
4
1
1
1
1
71
16
16
16
20
Jadual di atas menggambarkan secara jelas bahawa masa depan Pakatan Rakyat di Sarawak adalah cerah. Wujudnya kemungkinan pihak PR akan dapat memecahkan cengkaman majoriti 2/3 dalam pilihanyraya DUN Sarawak pada masa akan datang, jika PR dapat mengendalikan kerusi-kerusi luar bandar secara yang berkesan. Namun, ini bukan perkara yang mudah dilaksanakan! Pengundi di bandar Sarawak mahupun di Semenanjung tidak begitu bergantung pada “jasa baik” kerajaan untuk projek-projek pembangunan ataupun bantuan kebajikan. Kemudahan asas telah ada dan akan terus dipertingkatkan di kawasan bandar kerana ianya perlu untuk perkembangan ekonomi Negera. Kerajaan Negeri tidak boleh menghentikan perkembangan pasarana bandar-bandar utama. Oleh itu pengundi bandar tidak begitu dipengaruhi oleh “politik pembangunan”. Selain itu, rakyat bandar juga mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding rakyat desa. Oleh itu, hadiah wang dan barangan tidak begitu berkesan untuk mendapatkan undi di kawasan bandar. Pengundi bandar lebih mengharapkan ahli politik menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap polisi dan tindakan kerajaan. Namun pengundi luar bandar ada harapan yang jauh berbeza. Oleh kerana mereka miskin berbanding penduduk bandar, dan oleh kerana kemudahan asas masih belum diperkembangkan ke tahap yang memuaskan, mereka amat harapkan ADUN dan Wakil Rakyat mempercepatkan proses pembangunan di kawasan mereka. Jalan, jambatan, bekalan air paip, bekalan elektrik, kemudahan telefon dan pengangkutan – kesemua ini diharapkan daripada ADUN dan Wakil Rakyat mereka. Pengundi desa juga mengharapkan bantuan kewangan semasa kecemasan seperti banjir, perobohan rumah akibat rebut dan sebagainya. Dalam keadaan seperti ini seorang ADUN daripada p a r t i pembangkang menghadapi b a n y a k kesulitan dalam mengendalikan harapan dan k e h e n d a k pengundinya, kerana kerajaan yang dikuasai B N a k a n dengan sengaja melambatlambatkan projek dan bantuan yang dipohon oleh ADUN pembangkang. Inilah cabaran yang harus dikendalikan oleh pihak PR jika ianya ingin memperkembangkan pengaruhnya di Negeri Sarawak. Hampir semua kerusi kawasan bandar telah ke tangan PR. PR sekarang mesti membuktikan ke
BN dapat undi >80%
3
3
rakyat desa di Sarawak bahawa ADUN PR berupaya memberi perkhidmatan yang baik pada pengundi desa walaupun tidak dapat bantuan jentera pentadbiran. Dalam keadaan di mana ADUN PR yang berada di Negeri tadbir BN dan tidak dapat kerjasama jentera kerajaan dan juga tidak diperuntukkan dana untuk main peranan “Santa Klaus” di kawasan beliau, adalah amat penting untuk menggunakan kaedah memperkasakan kuasa rakyat untuk mempertengahkan isu-isu rakyat seperti masalah tanah istiadat, ketiadaan kemudahan asas dan sebagainya. Adalah penting PR membantu keempat-empat calon PR yang menang di kerusi luar bandar (dan juga calon yang sedia berkhidmat di kawasan mereka walaupun kalah kali ini) untuk membina kapasiti calon dan pasukannya memakai kuasa rakyat untuk memberi perkhidmatan pada rakyat! Dua antara 3 calon PKR yang menang dalam PRU Sarawak merupakan aktivis sosial yang berpengalaman. Mereka harus dibantu (kewangan dan sokongan lain) menjadi nukleus dalam PR Sarawak untuk mempelopori pendekatan memperkasakan kuasa rakyat demi memperjuangkan kepentingan rakyat. Keputusan pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 telah mengemukakan cabaran pada BN dan juga pada PR di peringkat nasional. Najib terpaksa mengambilkira kemungkinannya 25% daripada kerusi parlimen di Sarawak dan Sabah, terutamanya di kawasan bandar akan dimenangi oleh pembangkang dalam PRU 13. 25% merupakan lebih kurang 18 kerusi. Dalam PRU 12, hanya 1 kerusi parlimen dimenangi oleh komponen PR di Sarawak dan langsung tiada kerusi di Sabah! Kemungkinan kehilangan 16 lagi kerusi parlimen amat menakutkan Najib, kerana beliau mahu menang besar dalam PRU 13 supaya dapat memperkukuhkan status beliau sebagai Presiden UMNO. Jika BN menang PRU 13, tetapi gagal menang semula majoriti 2/3 di parlimen, kedudukan Najib tidak terjamin! Untuk PR pula, bahayanya sedikit berbeza memandangkan PR sedang mendapat sokongan bukan Bumiputra. Prestasi yang hebat di bandarbandar telah membawa lebih ramai wakil rakyat bukan Bumiputra ke DUN dan Parlimen atas tiket Pakatan Rakyat. Masalah pokok yang PR sedang hadapi adalah kita masih belum dapat meyakinkan Marhein Bumiputra bahawa kita ikhlas dan sanggup mempertahankan kepentingan mereka jika kita mengambil alih kerajaan persekutuan.
Bumiputra Marhein khuatir biasiswa, peluang pendidikan, pinjaman wang untuk perniagaan, kontrakkontrak kerajaan, dan pelbagai kemudahan yang sekarang ditawarkan oleh kerajaan BN akan dipertimbangkan dan mungkin disekat jika PR memegang kuasa di peringkat persekutuan. Ramai antara mereka sedar akan penyalahguna kuasa dan rasuah yang wujud di kalangan pemimpin BN, tetapi mereka takut kebajikan mereka dan anak-cucu mereka akan terjejas jika UMNO ditewaskan. Jika kerisauan Marhein Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan Kadazan tidak ditangani secara yang berkesan, PR hanya akan berjaya di kawasan-kawasan bandar dan akan merupakan gabungan “DAP+” selepas PRU 13 di mana majoriti Wakil Rakyat adalah bukan Bumiputra dan daripada parti DAP. Perkembangan seperti itu akan menyusahkan lagi usaha kita mendapatkan sokongan
rakyat Marhein Bumiputra untuk ambil alih Putra Jaya pada masa depan. Ya, memang angin perubahan telah sampai ke pantai Sarawak, tetapi untuk tembusi ke kawasan pendalaman Sarawak, Sabah dan juga ke kawasan desa Semenanjung sendiri, kita memerlukan suatu strategi bersepadu oleh semua parti PR dan parti pembangkang lain untuk berkempen atas program yang mengutamakan kepentingan masyarakat Marhein dan yang mengandungi cadangan-cadangan konkrit untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh Marhein luar bandar di seluruh Negara Malaysia. Oleh Jeyakumar Devaraj
11
ISU ANTARABANGSA
Mei-Jun 2011
Libya: Revolusi Rakyat Diculik Imperialis Gelombang revolusi rakyat Arab telah menggegarkan dunia. Libya yang terletak antara Tunisia dan Mesir, dua buah negara yang telah mengalami kebangkitan rakyat yang hebat sehingga menjatuhkan rejim diktator, tidak dapat mengelakkan diri daripada gelombang revolusi yang hebat ini. Namun, kebangkitan rakyat di Libya telah disekat dan berada dalam keadaan yang bahaya apabila kuasa-kuasa imperialis barat campurtangan melalui serangan udara. Kebangkitan rakyat Libya bermula pada pertengahan bulan Februari 2011 apabila tercetusnya protes jalanan yang berpusatkan Benghazi, bandar kedua besar di Libya yang terletak di bahagian timur negara tersebut. Protes jalanan rakyat Libya yang pada awalnya tidak begitu besar tetapi diserang hebat oleh jentera pemerintah Muammar Gaddafi. Protes ini kemudian merebak dan bertukar menjadi pemberontakan bersenjata. Kumpulan pemberontak telah berjaya menguasai bahagian timur Libya manakala puak penyokong Gaddafi mampu bertahan di bahagian barat. Pergolakan di Libya menjadi lebih rumit lagi apabila Majilis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan usul untuk melaksanakan “Zon Larangan Terbang” yang membenarkan kuasa-kuasa imperialis dan sekutu mereka
nyawa rakyat Bahrain, tetapi membantu kerajaan Bahrain untuk menindas rakyat yang bangkit.
melancarkan serangan udara ke atas Libya. Serangan udara ke atas Libya bukan berniat untuk kuasa-kuasa imperialis ingin selamatkan nyawa, tetapi atas sebab untuk melindungi kepentingan kuasa-kuasa imperialis di rantau Timur Tengah dan
Afrika Utara. Serangan ketenteraan kuasa-kuasa imperialis ke atas Libya, mempunyai tujuan untuk mengalihkan perhatian dunia dari kebangkitan kuasa rakyat dan menumpukannya pada konflik senjata semata-mata. Campurtangan ketenteraan kuasa-kuasa imperialis adalah cubaan kontra-revolusi yang akan menghalang proses revolusi rakyat dari bawah yang sedang dibawa oleh gelombang kuasa rakyat di Dunia Arab. Ini seolah-olah revolusi rakyat telah diculik oleh imperialis atas nama “campurtangan kemanusiaan”. Serangan ke atas Libya oleh NATO dan konco-konconya membuktikan sekali lagi hipokrasi kuasa-kuasa imperialis barat. Tentera Amerika Syarikat (AS) tidak pernah menyerang Israel atas sebab kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin selama ini. Apabila kerajaan Bahrain dan Yemen menzalimi rakyat yang bangkit menuntut keadilan, kuasa-kuasa imperialis hanya bercakap kosong dan tiada apa-apa tindakan kerana negaranegara tersebut tidak menentang mereka secara terbuka. Malah, sekutu Amerika Syarikat di dunia Arab, iaitu Arab Saudi, telah menghantar tenteranya ke Bahrain, bukannya untuk melindungi
Pemerintahan selama 42 tahun oleh Muammar Gaddafi tidak pernah menjadikan Libya sebuah negara “Sosialis” (seperti yang dikatakan olehnya) ataupun “pemerintahan oleh massa”. Pemerintahan Gaddafi dan ahli keluarganya telah menjadi semakin diktator dengan menyekat sebarangan suara yang membantahnya. Walaupun Gaddafi mempaparkan dirinya sebagai seorang “anti-imperialis” dengan mengikut jejak pemimpin Mesir Gamal Abdel Nasser, tetapi dalam dekad yang terdekat ini Gaddafi semakin mengolah langkahnya berdamping dengan kuasa-kuasa barat dan melaksanakan dasardasar neoliberal. Dasar-dasar liberalisasi ekonomi yang dibawa oleh rejim Gaddafi telah semakin menghancurkan ekonomi miliknegara, mengalihkan subsidi ke atas makanan asas dan membawa lebih penswastaan yang menggadaikan hak rakyat. Dasardasar pro-kapitalis telah menjejaskan kehidupan rakyat biasa dan melahirkan ketidakpuashatian dalam kalangan rakyat yang akhirnya mencetuskan kebangkitan rakyat. Negara-negara barat seperti Itali (bekas penjajah Libya) dan Britain menjalin hubungan rapat dengan Libya sebelum tercetusnya kebangkitan rakyat, di mana banyak pelabur asing telah masuk ke Libya, khususnya melaburkan modal dalam sektor sumber tenaga. Britain merupakan pembekal senjata utama
kepada rejim Gaddafi sebelum berlakunya kebangkitan rakyat. Imperialis barat rela menjalin hubungan rapat dengan mana-mana rejim diktator selagi rejim-rejim ini dapat menjamin keuntungan kapitalis multinasional. Oleh itu, kritikan imperialis barat ke atas Gaddafi hanyalah omong-omong kosong untuk mengkaburi mata dunia. Rakyat Libya telah menunjukkan keberanian mereka dengan bangkit menentang kekejaman rejim Gaddafi. Perjuangan rakyat Libya mempunyai perikatan dengan tradisi penentangan rakyat Libya ke atas penjajahan Iltali. Namun, campurtangan tentera kuasa-kuasa barat akan menggadaikan perjuangan rakyat Libya. Serangan oleh kuasa-kuasa imperialis ke atas Libya, adalah untuk membendung proses revolusi di Dunia Arab. Apa yang dilakukan oleh Gaddafi sebenarnya adalah persekongkolan dengan imperialis barat dalam usaha menghalang revolusi rakyat daripada terus mara ke depan. Cabaran kepada rakyat Libya dan juga di negaranegara Arab sekarang ini adalah bagaimana membawa proses revolusi rakyat ke depan dan menghalang cubaan penculikan revolusi oleh kuasa-kuasa imperialis.
Oleh Choo Chon Kai
12
ANALISA
Mei-Jun 2011
...dari ms 1
Kerajaan Halang Pekerja Sambut Mei 1 Kemudian pihak polis juga menahan 12 orang Pemuda Sosialis kerana memakai T-Shirt 'Skuad Merah' di luar sebuah restoran. Semua tangkapan ini dibuat walaupun tiada sebarang perhimpunan lagi. Memandangkan tindakan polis ini, para penganjur menukar rancangan dan mengarahkan semua peserta ke kawasan berhampiran Maju Junction. Lebih kurang 500 orang peserta termasuk para pekerja ladang, kilang, petani, peneroka bandar, rakan-rakan NGO dan kumpulan pelajar berjaya berkumpul di sini. Oleh kerana pihak polis tidak menjangka perubahan tersebut, program Mei 1 dapat dijalankan di sini. Pihak polis hanya tiba 30 minit selepas itu, terus mengarahkan para peserta bersurai tanpa sebarang amaran walaupun keadaan amat aman dan teratur. Kemudian mereka menahan pula Dr. Jeyakumar, Sdr. Sugumaran dan Sdr. Agastin dari PSM Cawangan Sg. Siput. Memandangkan keadaan ini, para peserta mula bergerak ke SUHAKAM yang juga terletak di bangunan berhampiran untuk membuat aduan terhadap pihak polis yang tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan marayakan Mei 1. Malangkan di situ juga polis menghalang para peserta masuk ke SUHAKAM. Ini menyebabkan pihak penganjur mengarahkan semua yang hadir duduk di hadapan bangunan dekat SUHAKAM. Kemudian tuntutan rakyat dilaungkan dan lagu perjuangan juga dinyanyikan. Suasana menjadi begitu bersemangat dan pihak penganjur juga menuntut polis membebaskan semua rakan yang ditahan. Pihak polis hanya memerhatikan keadaan tidak dapat berbuat apaapa. Kemudian para peserta bersurai dengan sebahagian menuju ke balai polis untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan lain yang ditahan. Apa yang mengecewakan adalah kerajaan telah mengisytiharkan Mei 1 @ Hari Pekerja sebagai cuti umum yang membolehkan para pekerja merayakan hari tersebut. Sebaliknya pihak kerajaan dan dalangnya pihak polis tidak membenarkan rakyat berhimpunan dan merayakan Hari Pekerja. Hak demokrasi rakyat telah dirampas dengan sewenang-wenangnya.