Pena dari
KETUA PENGARANG Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan limpah kurniaNYA, terhasillah Buletin 2012 yang merupakan kompilasi sorotan sejarah dan peristiwa-peristiwa penting buat PMS pada sepanjang tahun 2012. Tahniah kepada siding ridaksi Buletin 2012 pada kali ini di atas kejayaan menerbitkn Buletin 2012 PMS sekali lagi. Buletin 2012 ini merupakan medium memorial sejarah yang merakamkan segala kegembiraan dan kejayaan semua warga PMS dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Istimewanya pada keluaran julung kali ini, buletin ini merupakan edisi kompilasi semua aktiviti warga PMS sepanjang 2012. Semoga dengan penghasilan buletin ini bakal menjadi simbolik kepada kesinambungan kecemerlangan dalam setiap aktiviti, kegemilangan prestasi akademik dan sahsiah diri buat semua warga Politeknik Muadzam Shah. Akhir kata, diharap semua warga Politeknik Muadzam Shah dapat memberi sokongan padu kepada Ahli Jawatankuasa Buletin ini bagi menghasilkan buletin keluaran yang akan datang. Semoga tenaga kerja kita terus menjadi Jawatankuasa yang mantap dan terbaik. Kami turut mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan demi meningkatkan mutu buletin ini SELAMAT BERKONGSI MEMORI INDAH KAMI !
Buletin PMS
Razlin Raazali
1
MS
Sidang Ridaksi
Penasihat Hjjh Norlida Abd Razak Ketua Editor Razlin Binti Raazali Editor I Tnaresh Kumar Editor II Rafieah Binti Osman Editor III Suryati Binti Tajrud-Din Pereka Grafik I Norizzati BInti Abd. Latif Pereka Grafik II Khairul Izhar Bin Husni Pereka Grafik III Sarah Nadhirah Binti Azman Percetakan Nurul Ainaa Binti Baharum Jurugambar Muhammad Taufiq Nius Satim
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam yang telah mempermudahkan segala urusan dengan kehendak-Nya, maka penerbitan Buletin 2012 kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Isi Kandungan
MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
4
Tahun 2012 menjadi tanda aras lonjakan prestasi kepada Politeknik Muadzam Shah untuk mengharungi cabaran bagi mencapai inovasi dan kreativiti dalam melahirkan modal insan yang mampu menggarap nilai tambah lantas memberi impak kepada masyarakat. Seluruh warga PMS harus bekerja keras untuk meletakkan imej yang baik kepada politeknik sekurang-kurangnya menjadikan politeknik sebuah institusi pelajaran pilihan. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai objektif, misi dan visi PMS dalam melahirkan modal insan yang kreatif dan berdaya saing. Penekanan dalam aspek keusahawanan, kepimpinan dan juga “soft skill” menjadi fokus utama dalam melahirkan pelajar dan kakitangan yang kreatif, inovatif dan berfikiran di luar kotak. Kini PMS telah menyebarluaskan sayapnya dalam aspek keusahawanan, rangsangan penyelidikan, penganjuran program, aktiviti bukan sahaja untuk warga PMS malah penduduk sekitar. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Buletin 2012 ini dan semua warga PMS yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran pada tahun 2012 ini. Semoga kecemerlangan institusi ilmu ini dapat diteruskan untuk dekad seterusnya.
PESTA PONGGAL PMS 2012
4
5
PRACTICAL TOURIST GUIDING TECHNIQUE
5
PAMERAN BUKU BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
6 7
8
12
SEMINAR PENGUBATAN ISLAM
BAHASA INGGERIS KARNIVAL MENYERONOKKAN KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA HARI JABATAN KURSUS PERDAGANGAN KEPENGADILAN LAWATAN SOFBOL 3H 2M KE LANGKAWI PERINGKAT NEGERI
10
13
7
14
SAMBUTAN MERDEKA RAYA POLITEKNIK MUADZAM SHAH
ROAD TO EXCELLENCE
PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL SUKAN PMS
11
15
16
11
6 10
KEM KEPIMPINAN ORGANISASI
LAWATAN KE BURSA MALAYSIA &BNM Buletin PMS
KURSUS ASAS KIMPALAN
9
PROGRAM MOTIVASI & JALINAN MUHIBBAH
2
KURSUS PEMBINAAN (TOT) PEMBIMBING RAKAN SISWA POLITEKNIK
11 12
ROBOT SOCCER
9
PROGRAM KEMBARA ILMU JELAJAH SELATAN
MS
8
FESTIVAL KESENIAAN ISLAM & PIDATO BAHASA INGGERIS
11
SEMINAR LAWATAN INDUSTRI MANIFESTASI PERCETAKAN FARAID 2012 NASIONAL (M) BHD
KEJOHANAN FUTSAL SIRKIT 1 ZON TIMUR IPT 2012
11
17
KURSUS ASAS FOTOGRAFI PMS & MASYARAKAT SETEMPAT
Buletin PMS
Tinta PENGARAH POLITEKNIK Muadzam Shah
3
MS
Lawatan sehari ke Tasik Chini pada 17 Januari 2012 merupakan lawatan khas bagi menjalankan penilaian praktikal ke atas pelajar Semester 2 Diploma Pengurusan Pelancongan bagi kursus Tourist Guiding Technique (HT310).
MAJLIS PENYERAHAN
Seramai 1500 penuntut Politeknik Muadzam Shah telah menerima baucer buku 1 Malaysia yang bernilai RM200. Majlis penyerahan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Senator Datuk Maznah Binti Mazlan pada 13 Januari 2012. Pemberian baucer ini merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan budaya cintakan ilmu pengetahuan dalam kalangan penuntut universiti.
PESTA PERAYAAN PONGGAL
4
MS
Buletin PMS
PM S 2 012
PRACTICAL TOURIST GUIDING TECHNIQUE Pelajar Semester 1 hadir bersama sebagai pelancong kepada pelajar yang dinilai disamping memberi pendedahan kepada pelajar semester 1 tersebut untuk persediaan awal mereka bagi menghadapi semester hadapan.
PAMERAN BUKU SEMPENA
BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Pesta Ponggal PMS disambut dengan aktiviti membuat kolam oleh pelajar-pelajar beragama Hindu. Program ini dirancang bagi mengeratkan perpaduan dan hubungan silaturahim sesama pelajar berbilang kaum selaras dengan gagasan 1 Malaysia.
Pameran Buku Sempena BR1M ini telah diadakan pada 19 Januari 2012 bertempat di Dewan Besar Politeknik Muadzam Shah bermula pada pukul 9.00 pagi – 5.30 petang.
Program ini juga dapat memperkenal budaya masyarakat India kepada pelajar berlainan bangsa dan seterusnya dapat memupuk nilai menghormati budaya masyarakat berlainan bangsa. Program ini diadakan pada 15 Januari 2012 di Wakaf Unit Hal Ehwal Pelajar yang melibatkan seramai 33 orang pelajar Hindu.
Sebanyak 8 pembekal buku turut serta dalam pameran ini. Antaranya ialah Ashe Enterprise, YPJ Publications & Distributions, Darul Syakir, Edu Resources, Farana, dan banyak lagi . Antara objektif pameran ini diadakan adalah supaya semua pelajar dapat memanfaatkan duit yang diperolehi itu dengan membeli bahan rujukan yang diperlukan untuk proses pembelajaran mereka di institusi ini.
Buletin PMS
BAUCER BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
5
MS
PROGRAM KEMBARA ILMU
JELAJAH SELATAN PPIS (PMS, PSIS & PPIS) Program Kembara Ilmu Jelajah Selatan merupakan program julung kali diadakan pada tahun 2012 yang dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa PMS dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kerjaya.
Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam iaitu pada 10 hingga 12 Februari 2012 bertempat di Politeknik Premier Ibrahim Sultan (PPIS), Johor. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk bertukar-tukar pengetahuan, pengalaman, pendapat dengan PRS PPIS dan PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah) yang turut menyertai program ini. Program ini juga dapat melatih PRS untuk menguruskan sesuatu program di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama PRS Politeknik yang lain.
KEM KEPIMPINAN ORGANISASI Kem ini telah berlangsung sepanjang tiga (3) hari, dua (2) malam iaitu pada 2 – 4 Mac 2012 bertempat di D’Ambang Resort, Pekan, Pahang yang melibatkan semua ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang baru dilantik bagi tahun 2012 iaitu seramai 30 orang. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan daya kepimpinan yang berkualiti di kalangan pemimpin pelajar serta mendedahkan kaedah-kaedah pengurusan organisasi dikalangan mereka yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penyediaan takwim, bengkel penyediaan kertas kerja dan pengurusan program, pengurusan masa serta aktiviti luar. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, pengurusan diri, masa dan membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi di kalangan pelajar.
PROGRAM MO T I V A S I & J A LINA N MU HI BBAH Program Motivasi dan Jalinan Muhibbah telah diadakan pada 24 – 26 Februari 2012 di Makmur Diary Agrotourisme, Rompin. Program ini merupakan program berbentuk khidmat masyarakat yang terdiri daripada 20 orang pelajar, terdiri daripada ahli Pembimbing Rakan Siswa yang telah menyumbangkan khidmat dalam aktiviti yang dianjurkan bersama SMK Chanis, Muadzam Shah dengan kerjasama Unit Psikologi & Kerjaya PMS. Program ini telah membuka ruang minda pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di samping memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Chanis supaya terus cemerlang dalam pelajaran. Program ini dilihat telah memberikan impak yang berkesan kepada pelajar PMS kerana dapat
menonjolkan sifat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar tersebut dan telah mendapat pujian dari pihak sekolah disamping dapat menjalinkan hubungan yang erat di antara PMS dengan komuniti setempat kerana ia menyediakan satu platform kepada mahasiswa untuk menabur bakti kepada masyarakat.
lawatan sambil belajar
PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN PERDAGANGAN
ke bursa malaysia & bank negara malaysia Pada 14 dan 15 Mac 2012 yang lepas, pelajar tahun akhir Diploma Pengajian Perniagaan (Integrasi) telah menganjurkan satu program lawatan akademik ke Bursa Malaysia dan Bank Negara Malaysia yang bertempat di Kuala Lumpur.
Buletin PMS
6
MS
Buletin PMS
Program yang disertai oleh 60 orang pelajar dan diiringi oleh empat orang pensyarah ini bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada peranan Bank Negara Malaysia dalam sistem kewangan di Malaysia dan peranan Bursa Malaysia terhadap pelabur di Malaysia. Antara objektif utama untuk program ini adalah pendedahan khusus kepada pelajar yang mengambil kursus Banking in Malaysia (P2112) dan Management of Investment (P4122).
7
MS
FESTIVAL KESENIAAN ISLAM & PIDATO BAHASA INGGERIS
BAHASA INGGERIS LEBIH MENYERONOKKAN program kolaberasi pms dan ppd rompin
Program kerjasama PMS bersama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin yang dilaksanakan pada 29 Mac 2012, bertujuan untuk menanam minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Peserta program ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 sekitar daerah Rompin dan pelajar semester 1.
Minat: Aktiviti dalam kumpulan mampu memupuk keyakinan kepada pelajar dalam berbahasa inggeris
Festival ini telah dijalankan pada 22 – 23 Mac 2012, bertujuan dapat menambahkan pengetahuan dan keyakinan pelajar untuk lebih berani dan dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Selain itu, festival ini mampu mencungkil bakat baru untuk mewakili Politeknik dalam pertandingan akan datang.
Minat: Aktiviti dalam kumpulan mampu memupuk keyakinan kepada pelajar dalam berbahasa inggeris
8
Buletin PMS
PEMBIMBING RAKAN SISWA POLITEKNIK rakan siswa dan fasilitator yang beretika dan dinamik. Selain itu, kursus ini juga diadakan untuk memenuhi keperluan politeknik bagi melahirkan PRS yang mempunyai asas seorang pembimbing rakan dan ilmu kefasilitatoran yang tinggi serta diterapkan dengan asas-asas kepimpinan dan pengurusan agar dapat membantu institusi dalam program-program yang akan dilaksanakan.kan program-program pelajar dan menjadi contoh terbaik kepada rakan siswa yang lain
HARI JABATAN PERDAGANGAN Pada 3 April yang lalu telah pun berlangsung Hari Jabatan Perdagangan yang dianjurkan oleh Kelab Perdagangan yang terdiri daripada pelajar Semester 1 hingga Semester 6. Kelab Perdagangan merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan untuk melahirkan generasi yang mahir dan mengetahui selok-belok dalam perniagaan; dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendedahkan pelajar dengan situasi yang berkaitan dengan keusahawanan. Antara aktiviti Hari Jabatan Perdagangan yang telah dijalankan ialah Jualan Mega, Business Talk, senamrobik dan sukaneka. Turut berlangsung adalah program penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka antara kelas dan Anugerah Ketua Jabatan oleh Pn Hjh Noorlida bt. Abd Razak, Pengarah Politeknik Muadzam Shah diiringi oleh En. Sulaiman b. Abd Kadir selaku Timbalan Pengarah Politeknik Muadzam Shah.
Buletin PMS
kursus pembinaan (tot)
MS
sepanjang program berlangsung di antaranya ‘Public Speaking’ dan ‘Moon Colony’ dan program seumpama ini telah dapat meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Inggeris dan meningkatkan keyakinan pelajar dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Pelajar mendapat manfaat melalui aktiviti yang telah dijalankan
Antara objektif program tersebut ialah mengeratkan silaturahim di antara para pelajar dan pensyarah dari setiap jabatan Politeknik Muadzam Shah, memantapkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, memberi pendedahan kepada peserta tentang seni nasyid kotemporari yang sebenar mengikut landasan yang digariskan oleh Islam dan memupuk semangat serta keyakinan diri pelajar melalui pertandingan untuk merealisasikan hasrat serta matlamat falsafah pendidikan Negara ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang.
Kursus Pembinaan (Tot) Pembimbing Rakan Siswa Politeknik merupakan program tahunan yang diadakan khusus untuk melatih ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Muadzam Shah. Program ini telah diadakan di Sanctuary Resort, Kuantan pada 23 hingga 25 Mac 2012. Program anjuran Unit Psikologi & Kerjaya PMS ini melibatkan 20 orang pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa PRS dan ahli-ahli PRS dan menekankan kepada tiga elemen utama iaitu emosi, fizikal dan intelektual peserta bagi melahirkan individu yang mampu menjadi pembimbing
Dengan penyertaan seramai 200 orang pelajar, program ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Mr. Ryan Harb, Ms. Jennifer dari Sekolah Kebangsaan Keratong, Muadzam Shah dengan dibantu oleh pensyarah Jabatan Pengajian Am.
9
MS
LAWATAN
pertandingan futsal
3H 2M KE LANGKAWI
KARNIVAL SUKAN
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Program ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan penilaian praktikal. Destinasi dipilih berasaskan pakej pelancongan lengkap berasaskan elemen-elemen tarikan sejarah, pulau, pusat membeli-belah dan buatan manusia. Pelajar digalakkan membuat praktikal dengan pelancong sebenar.
ROAD TO
Pada 12 hingga 15 April 2012, Jabatan Perdagangan telah menjadi penganjur kepada acara pertandingan Futsal yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Politeknik Muadzam Shah 2012. Penganjuran pertandingan futsal ini telah memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan member impak yang positif kepada pembangunan permainan bola sepak untuk persediaan kejohanan antara Politeknik pada tahun akan datang. Keberkesanan penganjuran ini diharap dapat membantu Negeri Pahang dalam mencari pelapis baru bagi sukan futsal di peringkat negeri.
SEMINAR
MANIFESTASI FARAID 2012
SIRKIT 1 - ZON TIMUR IPT 2012
Seminar Manifestasi Faraid 2012 telah dijalankan pada 19 April 2012 bertempat di Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama kakitangan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mudzam Shah dan kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah yang melibatkan seramai 350 orang peserta.
Pada 12 April 2012, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan program Road to Excellence dan AutoCAD design competition untuk subjek AutoCAD.
Antara objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan ilmu faraid, memperbetul minda masyarakat berkaitan pengurusan harta pusaka dan mengamalkan ilmu yang dipelajari di kelas. Selain itu, masyarakat didedahkan melalui kepentingan pengurusan harta dan tanggungjawab menguruskannya serta memupuk kesedaran dan rasa bertanggungjawab dalam pengurusan harta faraid.
Untuk program ini, JKM telah menjemput penceramah dari luar iaitu En Faizul Haizal bin Hamidon bagi memberi pendedahan mengenai subjek AutoCAD di industri dan juga En Faizul menilai hasil kerja pelajar yang menggunakan software AutoCAD melalui AutoCAD Design Competition.
Pembentang seminar ini adalah Dr. Mohd Zambro bin Muda, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis penutup seminar ini dirasmikan oleh Al-Fadhil Qadhi Muadzam Shah.
EXCELLENCE
KEJOHANAN FUTSAL
MS
Dengan menyertai kejohanan ini memberi kejayaan yang bermakna kepada Politeknik Muadzam Shah, kerana Pasukan Futsal PMS telah diangkat setaraf dengan pasukan Futsal Universiti ternama Malaysia, walaupun kalah peringkat kumpulan pasukan Futsal PMS telah menyaingi pasukan lain.
Buletin PMS
10
Buletin PMS
Kejohanan Futsal Sirkit 1- Zon Timur telah diadakan di Universiti Zainal Abidin( UniZa) pada 8-13 May 2012, kejohanan Futsal ini telah disetai oleh IPTA dan IPTS dan segelintir Politeknik yang terpilih.
11
MS
ROBOT SOCCER
poli te knik muadzam s h ah Pasukan Robot Soccer PMS yang terdiri daripada 6 org pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi telah bertanding di dalam Pertandingan Robot Soccer 6th FIRA Malaysia Cup 2012 pada 25 - 29 Jun 2012 yang diadakan di Politeknik Seberang Perai. Terdapat 20 penyertaan dari politeknik-politeknik Malaysia dan 1 penyertaan dari Unversiti Kebangsaan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada pasukan PMS yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan serta daya saing yang tinggi sepanjang pertandingan ini.
KURSUS ASAS KIMPALAN Kursus Asas Kimpalan telah diadakan pada 26-27
Jun 2012, tujuan kursus ini diadakan adalah sebagai perkongsian ilmu untuk semua pensyarah JKM. Dengan ilmu yang diperolehi dapat digunakan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran.
PMS TINGKATKAN
KEBOLEHPASARAN PELAJAR MENERUSI KARNIVAL KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA Politeknik Muadzam Shah (PMS) melangkah kehadapan untuk mempertingkat kebolehpasaran graduannya dengan menerapkan minat dalam bidang keusahawanan sebagai satu cabang kerjaya dengan menganjurkan Karnival Keusahawanan dan Kerjaya 2012 pada 17 – 18 Julai 2012. Majlis dirasmikan oleh Datuk Haji Omar Bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
S EM IN A R P E N G U BAT AN I SLAM:
SIHIR DAN SAKA, RAWATAN & PERMASALAHANNYA Seminar Perubatan Islam, Sihir dan Saka telah dijalankan pada 30 Jun 2012 bertempat di Dewan Kuliah Utama,Politeknik Muadzam Shah. Program ini adalah dibawah “Time Sector Privasation” dan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) menjadi tenaga pengajar bagi seminar ini. Antara objektif seminar ini adalah untuk memberi kefahaman tentang bentuk- bentuk gangguan makhluk halus dan menjelaskan kaedah perubatan menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu, seminar ini juga bertujuan menjelaskan kaedah merawat kes gangguan dan sihir. Pengisian seminar ini bermula dengan penerangan tentang gangguan makhluk halus dan sihir seterusnya penerangan kaedah-kae-
dah pengubatan dalam Islam. Disusuli degan sesi soal jawab berkenaan isu-isu gangguan makhluk halus dan sihir dan pengijazahan amalan-amalan pengubatan oleh Ustaz Wan Asrul bin Wan Hussien dari Terapi Islam Al-Fatah (TIAF). Seminar ini telah mendapat lebih kurang 75 penyertaan daripada masyarakat luar sekitar Chini, Keratong, Rompin dan Muadzam Shah.
Perasmian: Karnival dirasmikan oleh Datuk Haji Omar Bin Abd.Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Peluang kerjaya: Bersalaman dengan majikan-majikan yang hadir untuk membuka peluang kerjaya pengunjung yang hadir
Objektif utama karnival ini adalah untuk menerapkan minat para pelajar dalam bidang keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran graduan keluaran politeknik dengan mendedahkan para pelajar dengan situasi sebenar menghadiri temuduga dan menulis resume. Karnival ini dimeriahkan lagi menerusi aktivitiaktiviti menarik seperti Taklimat Keusahawanan bersama TEKUN, aktiviti “Halatuju Menara Gading”, Gerai Jualan Keusahawanan, Forum Perdana dengan tajuk “Keusahawanan Dalam Islam”, Temuduga Terbuka, Klinik Kerjaya serta pelbagai aktiviti menarik lagi. Permata PMS: Alumni PMS berkongsi pengalaman sebagai usahawan kepada hadirin yang hadir
MS
Buletin PMS
12
Buletin PMS
Pengisian rohani: Forum Perdana “Keusahawanan dalam Islam” dikupas oleh panel Ustaz Badlishah
13 MS
SAMBUTAN MERDEKA RAYA POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Politeknik Muadzam Shah tidak ketinggalan untuk meraikan Bulan Kemerdekaan dengan menjayakan Konvoi Merdeka melalui misi menggantung jalur gemilang dan mengedarkan risalah kemerdekaan kepada masyarakat sekitar Muadzam Shah pada 29 Ogos 2012. Karya PMS: Pelajar dari JKM menerangkan hasil kerja “ Hand Made Car “ kepada tetamu VIP
Ilmu: Panduan menulis resume
Sesi Dialog: Kupasan isu bermaklumat oleh panel Dialog Industri
Selain itu, Dialog Bersama Industri bertujuan dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan guna tenaga masa kini disamping mewujudkan hubungan dua hala dengan pihak industri.
Kerjasama: Pertukaran NoU antara wakil PMS dan pihak MARDI
Nota Persefahaman (NoU) antara MARDI dan UNITEN juga ditandatangani pada Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan dan Kerjaya ini dimana NoU di antara PMS dan UNITEN diwujudkan bagi memantapkan kerjasama dua hala antara politeknik dengan pihak UNITEN dan sebagai platform ke arah perkongsian pintar dalam bidang pendidikan, pengurusan dan penyelidikan yang boleh diterokai. PMS dan MARDI pula mendapat kerjasama dalam bidang keusahawanan dimana PMS menyediakan tapak penanaman jagung dan MARDI menyediakan benih-benih jagung untuk disemai. Kerjasama
ini melibatkan inovasi di setiap jabatan di Politeknik Muadzam Shah bagi menghasilkan produk jagung yang berkualiti tinggi.
Konvoi ini dilepaskan oleh Pengarah PMS, Puan Hajah Norlida Binti Abd Razak dari perkarangan Politeknik Muadzam Shah ke sekitar Bandar Muadzam Shah. Sebanyak 2 bas dan 20 kenderaan yang melibatkan 200 pelajar dan kakitangan menyertai konvoi kemerdekaan ini. Selain itu, pihak pengurusan juga turut mengadakan beberapa program lain bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri warga PMS dan masyarakat sekitar amnya. Antara program yang dianjurkan adalah Konvoi Kemerdekaan, Sukan Rakyat, Kreativiti Membuat Kolam Kemerdekaan dan Persembahan Kemerdekaan.
KURSUS PENGADILAN SOFBOL
PERINGKAT NEGERII
MS
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Andy Chong, iaitu seorang pengadil berpengalaman yang mempunyai lesen pengadil sofbol antarabangsa. Undang-undang sofbol ISF (International Softball Fedaration) dan isyarat-isyarat kepengadilan merupakan topik-topik yang telah dibincangkan dalam kursus ini. Pelajar bukan sahaja memahami secara lebih mendalam tentang undang-undang permainan sofbol malah dapat menggunakan ilmu-ilmu yang dipelajari melalui kursus ini dalam pertandingan sofbol yang bakal disertai di peringkat kebangsaan. Buletin PMS
14
Buletin PMS
Pada 21 hingga 22 Julai 2012, Kursus Pensijilan Kepengadilan Sofbol Peringkat Negeri Pahang telah dianjurkan oleh Persatuan Besbol dan Sofbol Negeri Pahang. Kursus ini dijalankan di Pejabat Persatuan Besbol dan Sofbol Negeri Pahang, Kuantan yang disertai seramai 7 orang pelajar.
15 MS
KURSUS ASAS FOTOGRAFI PMS & MASYARAKAT SETEMPAT
Sebuah Kursus Asas Fotografi telah diadakan dengan kerjasama antara Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual dan Unit Latihan & Pendidikan Lanjut. Kursus ini dijalankan pada 2 tarikh berbeza iaitu pada 3-5 Oktober 2012 di Bilik Seminar ULPL, PMS bersama staff politeknik sendiri dan pada 20-21 Oktober 2012 bersama warga Keratong 9, Pahang di Wisma JKKR Keratong 9. Objektif kursus ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang asas fotografi.
Jamuan Hari Raya juga dimeriahkan dengan pelbagai juadah disediakan daripada setiap staf di jabatan dan unit. Semua kakitangan dapat berkumpul dan beramah mesra serta bermaafan antara satu sama lain dengan mengambil keberkatan di bulan Syawal.
LAWATAN INDUSTRI
MS
Pada 28 Ogos 2012, seramai 61 pelajar JRKV bersama 4 pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan pembelajaran ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Terengganu.
MAJLIS BUKA PUASA & RAMAH MESRA
Lawatan ini memberi pendedahan serta meningkat pemahaman pelajar dengan lebih mendalam berkaitan proses kerja yang dilakukan oleh pihak industri. Jesteru dapat meningkatkan pengetahuan pelajar grafik berkaitan proses percetakan serta mewujudkan kalobarasi antara Politeknik Muadzam Shah bersama PNMB Terengganu.
Pada tanggal 2 Ogos 2012 Warga PMS menerima kunjungan mesra dari Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia YBrs. Mejar (k) Haji Md. Nor Bin Yusof.
BERSAMA KETUA PENGARAH
Majlis bermula dengan perhimpunan semua harga PMS bagi mendengar perutusan dan amanat dari Ketua pengarah. YBrs. Mejar (k) Haji Md. Nor Bin Yusof juga berkesempatan mempengerusikan mesyuarat pengurusan PMS dan menghadiri Klinik Bersama KP sebelum bersama-sama berbuka puasa dengan warga PMS. Majlis berbuka juga diserikan dengan program penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim di PMS bagi menambah kemeriahan Aidilfitri kelak. Perhatian dan sokongan KP amat kami hargai!
Buletin PMS
16
Buletin PMS
PERCETAKAN NASIONAL (M) BHD
17 MS
KARNIVAL SUKAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN POLITEKNIK KPT 2012 Politeknik Muadzam Shah sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Kpt 2012 pada 30 September 2012. Karnival ini bermatlamat untuk menyediakan satu platform kepada pelajar politeknik bersaing di peringkat kebangsaan bagi acara olahraga dan bagi mengenalpasti atlet berbakat dalam acara sukan olahraga dan sepak takraw untuk dipertengahkan dalam SUKIPT 2012 dan mengeratkan lagi semangat kerjasama dan kekeluargaan dalam kalangan warga politeknik Malaysia. Antara 20 acara yang dipertandingkan adalah melibatkan acara 100m, 200m, 400m, 4x100m 800m, 1500m, 3000m, 5000m, 100m berpagar, 110m berpagar, 300m berhalangan, 300m jalan kaki, 500m jalan kaki, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lompat Kijang, Lontar Peluru, Lempar Cakera dan Rejam Lembing. Karnival sukan MSP ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Bin Md. Noor.
18
MS
Buletin PMS
SAMBUTAN KORBAN PERDANA PMS 2012
Seramai 200 kakitangan Politeknik Muadzam Shah serta pelajar Politeknik Muadzam Shah bergotongroyong melapah dan mengagihkan daging korban dalam majlis Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 2 Ogos 2012. Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan dalam Sambutan Korban Perdana PMS kali ini dimana lembu-lembu ini hasil sumbangan warga Politeknik Muadzam Shah. Hjh Norlida selaku Pengarah Politeknik Muadzam Shah berkata, sambutan Korban Perdana ini perlu dijadikan sebagai acara tahunan dan melibatkan penduduk sekitar dalam bersama-sama menjayakan ibadat korban agar hubungan persaudaraan akan terjalin dengan lebih erat antara kakitangan, pelajar Politeknik Muadzam Shah dengan penduduk sekitar.