Rakan Membangun Masyarakat (PACOS)
Januari – Mac 2015
-Mari dengar suara hati seorang guru komuniti “Bekerja dengan komuniti ini bukanlah sesuatu yang mudah, terlalu banyak cabaran dan rintangan yang perlu di hadapi, lebih-lebih lagi saya pernah dikatakan sebagai “guru pungut”
Muka surat 10
- Dari Meja Editor Kopivosian!
Makitaak SUDAH KEMBALI ! Salam satu perjuangan dari kami di sidang editorial Unit Media risalah Makitaak edisi pertama bagi tahun 2015! Kami sangat gembira kerana edisi pertama risalah ini akhirnya dapat dihasilkan setelah sekian lama menyepi. Risalah edisi pertama tahun ini merupakan satu titik permulaan kami untuk membuka cerita dari komuniti itu sendiri, serta memahami isu yang berlaku kepada Komuniti Orang Asal di Sabah. Selain itu juga, informasi, laporan serta aktiviti di peringkat komuniti dan organisasi turut dimuatkan dalam risalah ini, untuk dikongsikan bersama di setiap zon.
Isi Kandungan 2-3
CERITA KITA
4-5
Laporan dari komuniti
6-7
Mini Poster Orang Asal
8-9
Laporan dari program di PACOS
10
Mari gia dengar…
11 Aktiviti akan datang
Selamat membaca!
-Sidang Editorial 2015-
Makitaak adalah satu risalah penerbitan PACOS. Nama Makitaak diambil dari ayat dialek komuniti daerah Paitan, di kawasan Ulu Kinabatangan, Sabah. Ia merujuk kepada adat berkongsi di dalam komuniti sama ada dari segi makanan, tenaga kerja atau idea. Reka bentuk motif tradisi yang digunakan dalam logo ini berasal dari suku kaum Murut yang dipanggil “Nantuapan” atau “Pertemuan”. Ia menggambarkan empat orang, dua lelaki dan dua wanita, sedang minum tapai(minuman tradisi) dari satu tempayan yang sama melalui semangat “Makitaak”.
CERITA KITA….
Penulis : Sudin, Kg. Sungai Eloi, Pitas PR : Monongkud Tinungkusan (G5) Sumber gambar : Sintiah Samanding
Karya Penulisan dari aspek kehidupan Orang Asal Penduduk Kampung Sungai Eloi pada keseluruhannya mengamalkan corak pengamalan ekonomi tradisi seperti berladang, bercucuk tanam/berkebun dan juga memburu di hutan. Mereka juga mencari ikan dan siput di kawasan air tawar serta kawasan sungai air masin (kawasan paya bakau) untuk mencukupi keperluan sara hidup keluarga. Penduduk kampung bebas untuk mengamalkan kehidupan mereka dengan cara sedemikian kerana tidak ada gangguan atau larangan dari mana-mana pihak, namun, keadaan berubah apabila kemasukan agensi kerajaan iaitu SAFODA (Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah) pada 1980. SAFODA mulai memasuki daerah Pitas yang berpusat di Kampung Bongkol. Kemasukan mereka pada awalnya belum lagi menggugat kehidupan orang kampung/Orang Asal di kawasan, namun begitu, penggazetan tanah telah pun dilakukan oleh mereka.
Pengambilan kayu acacia oleh SAFODA berdekatan dengan sungai di kawasan kg. Sungai Eloi.
Pada tahun 1991, apabila pihak SAFODA memulakan penanaman pokok Acacia khususnya di Sungai Eloi, mereka telah memulakan/ mengubah corak kehidupan penduduk kampung. Pelbagai larangan yang diperkenalkan oleh SAFODA telah menyebabkan ketidakadilan kepada Orang Asal yang mahu ‘membuka’ kawasan untuk kegunaan berladang. Orang Asal tidak lagi dibenarkan memasuki kawasan penanaman pokok acacia. Ini masalah besar pada masa itu kerana berladang merupakan sumber kehidupan yang sangat penting bagi mereka.
Perahu ataupun bot masih menjadi pengangkutan utama bagi komuniti Orang Asal di Sungai Eloi serta sebilangan ekologi pokok kayu bakaunya yang masih lagi terjaga.
2
CERITA KITA…. Untuk memasuki kawasan kampung, pihak SAFODA telah mendekati pemimpin kampung dan mula menabur janji manis, segala helah dan cara yang membolehkan mereka menjalankan aktiviti/projek mereka berjaya. Seperti yang dijanjikan oleh pihak SAFODA, hanya kawasan lalang sahaja ataupun kawasan yang tidak subur dan tidak sesuai menjalankan kegiatan berladang yang akan ditanam pokok acacia. Namun keadaan tidak seperti yang dikatakan oleh pihak SAFODA kerana kawasan ladang – ladang orang kampung juga telah dibuka dan ditanam pokok acacia. Oleh kerana mentaliti orang kampung pada masa itu masih lemah serta kesedaran dan juga pemahaman masih kurang, maka ramai yang menerima keadaan tersebut. Namun terdapat juga segelintir masyarakat kampung yang menentang keadaan tersebut dan menolak penanaman pokok acacia di kawasan perusahaan mereka. Tuntutan segelintir orang kampung tidak diendahkan oleh pihak SAFODA, ini kerana mereka telah pun berjaya mendapat sokongan daripada pemimpin kampung yang dikenali sebagai ketua kampung pada masa ini. Oleh yang demikian, disebabkan oleh keadaan tersebut, hasil pertanian penduduk kampung mula merosot kerana kawasan untuk membuka ladang
“Berjuang itu bukannya mudah dan bukannya senang, sebab apabila kita berdepan dengan masalah seperti ini, banyak tekanan yang mengelirukan kita serta melemahkan semangat perjuangan ini.” – Mastupang Somoi
mula terhad dan semakin sedikit orang kampung yang membuka ladang. Selain itu, kawasan seperti tempat berburu pula mula terjejas dan hasil buruan makin kurang, tidak seperti keadaan dahulu yang masih kaya dengan hasil bumi, sungai-sungai juga mula tercemar disebabkan oleh penebangan pokok yang dibiarkan rebah ke dalam sungai. Keadaan ini telah menyebabkan sungai menjadi cetek dan dipenuhi dengan pokok kayu. Peningkatan kos sara hidup pula telah menyebabkan sesetengah penduduk kampung mula berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari kerja. Selain itu, penduduk kampung yang lain pula mencari kerja di kawasan yang terdekat bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat bagi menampung keperluan keluarga mereka. Kesimpulannya, tidak ada penyelesaian masalah yang dapat dijalankan pada masa itu kerana pemimpin kampung terpaksa akur dengan segala arahan pihak SAFODA yang mengatakan bahasa penanaman acacia itu merupakan projek kerajaan. Disebabkan hal ini, komuniti terpaksa menanggung segala beban dan masalah serta kesulitan hidup. BERSAMBUNG…
Kini, pembukaan projek mega kolam udang di kawasan Sungai Eloi menyebabkan kemusnahan ekologi pokok kayu bakau yang telah dijaga oleh komuniti serta sumber pencarian hidup turut terjejas. 3
Pada 4 Disember tahun lalu, komuniti dari Kg. Rumantai Ranau di bawah PR K’D’Vato telah membuat pemeriksaan kawasan tadahan air paip graviti mereka. Seramai 30 orang termasuk beberapa agensi kerajaan turun padang untuk melihat sendiri kawasan tadahan air mereka. Hasil daripada pemeriksaan ini, 100 ekar keluasan tadahan air telah digazet dan disokong penuh oleh PPHT, Jabatan Saliran, dan Jabatan Kesihatan serta dijadikan sebagai salah satu model kawasan tadahan air yang baik di kampung ini dan di daerah Ranau. (Sumber gambar-Wilson Kulong)
Wilson Kulong (Ketiga dari kanan) membuat pemantauan di kawasan tadahan air bersama beberapa penduduk kampung.
Pada 4 Februari yang lalu, beberapa komuniti dari Kg. Sayap, Kota Belud telah menghadiri satu sesi dialog bersama jemputan Taman-Taman Sabah di Hotel PALACE, Kota Kinabalu. Perjumpaan ini merupakan yang perjumpaan yang pertama dan satu titik permulaan bagi komuniti untuk membincangkan serta mencari penyelesaian isu mereka mengenai mana kawasan tanah adat (NCR) mereka yang termasuk di dalam sempadan Taman-Taman Sabah.
Kawasan pertanian penanaman sayur organik kebanyakannya diusahakan oleh wanita Orang Asal Komuniti di Kg. Sayap, Kota Belud. Kawasan ini termasuk dalam gazet sempadan Taman-Taman Sabah, menyebabkan kawasan tanah terhad untuk meneruskan usaha membangunkan sistem sosio ekonomi komuniti di sana. (Sumber gambar-Tingkun Penimbol) 4
En. Randi menunjukkan keadaan sungai Moyog yang tercemar akibat pemotongan bukit di hulu sungai.
Perkembangan isu Pemotongan bukit di hulu Sungai Moyog, Penampang Setelah mendapat beberapa bantahan serta aduan dari komuniti di sekitar Ulu Moyog, mereka mendapati bahawa pengusaha tidak mempunyai lesen kelulusan EIA untuk menjalankan aktiviti pemotongan bukit di kawasan tersebut. Aktiviti Eko-pelancongan dan sistem tagal yang dijalankan di sepanjang sungai turut terjejas kerana keadaan sungai tercemar dengan sisa lumpur. Hal ini juga telah menyebabkan pengunjung semakin berkurangan. Sesi dialog telah diadakan bersama pegawai/jabatan kerajaan mengenai isu ini. Kesan dari tindakan, timbul kesedaran komuniti tentang penjagaan hutan dan sungai di hulu sungai Moyog. Selain itu, komuniti di sepanjang sungai dapat mencari peluang untuk mendapatkan sokongan dari pihak luar supaya operasi pemotongan bukit dapat diberhentikan sementara. (Sumber gambar - Unit Media PACOS)
Pembangunan yang tidak menepati aspirasi Orang Asal Perlaksanaan 5 Geran Komunal di kawasan tanah adat Orang Asal di kawasan pedalaman telah dikeluarkan. Geran komunal tersebut ialah Geran Komunal Pongolobon, Sook Plan, Hutan Simpan Mandalom, Sapulut 4 & Saliku Sumatalun dan Trus Madi. Komuniti membantah pengeluaran Geran Komunal ini kerana bercanggah dengan Konsep dan Aspirasi Orang Asal. Antara komuniti yang terlibat ialah Kg. Angkawangan, dan Kipaliu Baru, Sook. Komuniti telah bertindak bersama untuk membuat protokol dan pemetaan zon guna tanah untuk bukti usaha komuniti dalam pengurusan kawasan tanah kampung mengikut cara hidup Orang Asal serta membuat pembentangan peta dan protokol yang sudah dibuat kepada ADO, Ketua Daerah, Jabatan Tanah dan Ukur melalui kerjasama agensi PANTAS bahagian Keningau dan memberi salinan kepada jabatan yang berkenaan. Selain itu komuniti mengambil inisiatif mendokumentasi kepentingan Sumber (Tanah, Hutan dan Sungai) untuk memberi kefahaman kepada kerajaan dan masyarakat luar. (Sumber gambar-Nasiri Sabiah) 5
Program Pengurusan Sumber : Lawatan Sambil belajar Ke Padang, Kg. Simancuang, Sumatera Barat, Indonesia. Pada 25-30 Januari 2015 yang lepas, Program Pengurusan Sumber telah mengadakan satu lawatan ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia bersama dengan 7 orang peserta yang mewakili zon masing-masing. Lawatan yang diadakan ini salah satunya bertujuan membina keupayaan komuniti dalam menangani adaptasi perubahan iklim yang sedikit sebanyak telah mengubah corak kehidupan Orang Asal di Sabah. Hasil daripada lawatan ini, mereka dapat berkongsi pembelajaran dan pengetahuan di antara komuniti di Simancuang, Indonesia dari segi pengetahuan tradisi dalam mengurus sumber secara mapan serta pembangunan sosio ekonomi berdasarkan produk bukan kayu (Non-Timber Product) di Indonesia.
Seorang petani komuniti Simancuang melihat hasil tuaiannya.
Para peserta dapat menikmati permandangan persekitaran hutan dan sawah padi Kg. Simancuang yang menarik, berpeluang melawat beberapa infrastuktur yang dibina oleh komuniti seperti mikrohidro , bio gas dan melihat produk sosio ekonomi komuniti seperti bakul rotan. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari bagaimana komuniti Simancuang mempraktikkan REDD (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation) mengurangkan pelepasan daripada penebangan hutan dan hutan degradasi - seperti mengukur stok karbon dan pengumpulan bio gas.
Hutan masyarakat Simancuang wujud hasil kerjasama antara komuniti, kerajaan dan NGO (Komunitas Konservasi Indonesia WARSI)
Peserta berharap segala pembelajaran semasa lawatan ini dapat diimplementasikan/diguna-pakai di kawasan masing-masing untuk menjana hasil sosio-ekonomi komuniti dan disamping itu juga dapat menguatkan penjagaan kawasan wilayah tanah adat mereka.
Sumber gambar : Mastupang Somoi
8
Program Tanah – Kes Tanah Orang Asal Kes Darinsuk : 10 Februari merupakan hari ke-87 (Tahun ke-13) untuk sambungan perbicaraan kes tuntutan Tanah Adat (NCR) untuk 7 kampung di daerah Tongod. Saksi plaintif ke-12 masih memberikan keterangan kepada mahkamah. Perbicaraan di mahkamah ini bermula dari 1013 Februari yang lalu. Perbicaraan ini akan disambung semula pada 23 Mac – 2 April.
(Sumber gambar : Unit Media PACOS) (Sumber gambar : Unit Media PACOS)
Kes Tanjung Labian : Pada 13 Februari yang lalu, satu keputusan penting kes tuntutan tanah adat telah menang di mahkamah tinggi Kota Kinabalu. Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan bahawa pengasingan 650 ekar tanah di Tanjung Labian di Tungku, Lahad Datu kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah tidak mengikut perlembagaan dan dianggap batal dan tidak sah. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Douglas Primus, dalam keputusannya memerintahkan FELDA membayar ganti rugi kepada penduduk yang juga pemohon kepada 650 ekar tanah itu.
Program Pendidikan – Community Learning Centre
(Sumber gambar : Regia Ansieng)
30 Januari – Bangunan baru Pusat Pembelajaran Komuniti Tinungkusan telah siap dibina hasil kerjasama komuniti, PACOS Trust dan Camp Borneo. Acara perasmian ini telah dihadiri oleh komuniti di kawasan Kg. Tinangol Kudat, Pengarah PACOS Trust Pn. Anne Lasimbang, rombongan dari Camp Borneo. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Camp Borneo, En. Rory Hall.
Outreach – CLC (Community Learning Centre) Tiku 14 Februari – Bangunan CLC sedang dalam proses pembinaan di Kg. Tiku, Penampang. 15 - 16 orang sukarelawan dari Raleigh International membantu dalam pembinaan bersama dengan komuniti. Bangunan ini dijangka siap pada awal bulan April ini.
(Sumber gambar : Philip Chin)
9
Penulis : Norizah Stephen, Kg. Imusan Tongod Nama saya Norizah Stephen dan saya berasal dari kampung Imusan, daerah Tongod. Saya bekerja sebagai seorang guru di Pusat Pembelajaran Komuniti di kampung saya. Saya mengenali PACOS sejak tahun 2010 dan telah mengikuti pendedahan latihan mengajar di Tadika Komuniti Mengkawagu, Tongod dan juga di tadika Suausindak pada tahun 2011. Saya mula bekerja sepenuh masa di tadika pada tahun 2012. Saya memilih kerjaya ini kerana timbulnya kesedaran di dalam diri saya setelah melihat pelbagai isu yang dihadapi di kampung saya, juga di daerah Tongod. Isu seperti rampasan tanah adat di kampung saya begitu serius. Ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas kekurangan penduduk kampung dari segi pengetahuan hak dan juga pendidikan. Bagi saya, bekerja dengan komuniti ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana terlalu banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Saya pernah dikatakan “guru pungut” dan ini adalah sesuatu yang amat menyakitkan hati saya. Namun demikian, saya cuba untuk sentiasa berfikiran positif kerana saya ingin membantu kanak-kanak di kampung saya supaya boleh membaca serta berkongsi pengetahuan saya dengan komuniti yang belum pandai membaca. Saya mendidik dan membimbing mereka sehingga mereka boleh mengenal huruf serta nombor dan sekaligus membolehkan mereka membaca. Selain mengajar kanak-kanak mengikuti kurikulum standard kerajaan, saya juga memasukkan pengetahuan tradisi di dalam subjek pembelajaran yang akan diajar. Untuk pengetahuan tradisi ini, saya selalu melibatkan ibubapa serta orang tua yang pakar dalam bidang ini. Bagi saya, pengetahuan tradisi ini sangat penting dan harus diterapkan dari kanak-kanak supaya mereka akan membesar dan merasa sangat bangga dengan identiti mereka sebagai Orang Asal serta mengaplikasikan pengetahuan tradisi itu di dalam kehidupan seharian selaras dengan kemajuan teknologi moden masa kini. Bekerja dengan komuniti memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan kekuatan diri. Ramai yang memperlekehkan dan memandang rendah usaha dan perjuangan saya tetapi saya hanya menutup mata dan memekakkan telinga. Satu kejayaan dan kepuasan bagi diri saya adalah apabila melihat komuniti di kampung saya sudah mula pandai membaca hasil dari usaha saya. Ini membuktikanbahawa tidak semuanya yang kita lakukan itu boleh dinilai dengan wang ringgit. Semuanya bermula dari hati. Saya sangat merasa bertuah kerana berpeluang untuk belajar di bawah bimbingan PACOS Trust. Saya juga berbangga kerana saya memilih untuk bekerja dengan komuniti sendiri dan bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam memperjuangkan hak terutamanya dalam hak pendidikan Orang Asal. Harapan saya adalah saya dapat meneruskan perjuangan saya dan membawa komuniti di kampung keluar dari kepompong. Mereka harus yakin dan bersyukur dengan apa yang mereka dimiliki. Impian saya ialah pusat pembelajaran di seluruh Sabah ini akan maju dan berkembang, dapat melahirkan generasi baru yang beridentiti, berwawasan dan akhirnya, kerajaan akan mengiktiraf pusat pembelajaran komuniti (CLC) selaras dengan prasekolah kerajaan, di negara ini. - TAMAT -
10
6 – 8 April 2015
Commonwealth Foundation : Latihan Dokumentasi dan Media, Lomunu
13 – 18 April 2015
Latihan ECCD di Seka, Penan, Sarawak
20 – 24 April 2015
Latihan SRI di Kg. Tambatuon untuk Zon Kinabalu Zon perancangan strategik untuk Kes Mahkamah NCR
23 – 28 April 2015
Kerja sokongan Latihan Membangun Masyarakat di Zon Pedalaman
8 – 12 Mei 2015
Bengkel SUARA COMMUNITY FILM MAKING 2, Semporna
9 Mei 2015
Kaamatan & Mini Bazaar Zon PBS, PR TATABA TUMOKU
11 – 16 Mei 2015
Pemantauan CLC dan Bengkel Pengetahuan Tradisi di Zon Timur
18 – 29 Mei 2015
Kes Darinsuk, perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
29 Mei 2015
Kaamatan PACOS/Suausindak
30 – 31 Mei 2015
Perayaan Hari Kaamatan Sabah
3 – 5 Jun 2015
Joint Tactic Session (JTS)
8 – 16 Jun 2015
Lawatan Pendedahan CO9 di Chiang Mai Thailand dan KL
12,19,22,29 Jun 2015
Pemantauan CLC dan Bengkel Pengetahuan Tradisi di Zon PBS (Kipouvo, Kibunut, Togudon, Terian)
OBITUARI Kita mengucapkan takziah kepada keluarga di atas pemergian sahabat, kawan karib serta rakan seperjuangan, pengerusi Pertubuhan Rakyat Alab Lanas, En. Rumanib Vitalis Amil telah meninggalkan kita pada 16 Mac 2015. Beliau merupakan seorang pejuang mempertahankan wilayah tanah adat yang digeruni oleh masyarakat di kawasan Sook. Semoga semangat perjuangan beliau sentiasa kekal bersama dengan kita. Semoga Tuhan memberkati beliau.
En. Rumanib@Vitalis Amil (1960 – 2015)
11
Rakan Membangun Masyarakat (PACOS)
Januari – Mac 2015
PACOS Trust atau Lembaga Amanah PACOS merupakan sebuah organisasi sukarela berasaskan komuniti (Community-based Organisation) yang ditubuhkan untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti Orang Asal (indigenous communities). Walaupun didaftarkan di bawah Bab 148 Ordinan Pemegang Amanah (Sabah, Malaysia) pada tahun 1997, PACOS Trust telah terlibat secara aktif dengan pembangunan komuniti Orang Asal sejak tahun 1987 sebagai sebuah entiti yang lain. Perkataan PACOS adalah singkatan kepada “Partners of Community Organisations in Sabah” atau Rakan Membangun Masyarakat di Sabah. PACOS Trust kini memberi sokongan berterusan kepada Pertubuhan Rakyat (PR) di 17 lokasi luar bandar dari 23 daerah di Sabah. Setiap PR mempunyai jawatankuasa dan melaksanakan pelan kawasan dan program kerja sendiri. PACOS TRUST memberi serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin PR melalui nasihat, latihan dan pendedahan yang sesuai.
PACOS Trust mempunyai 3 matlamat utama iaitu : •
Memastikan komuniti Orang Asal memiliki tanah adat (NCR) mereka serta mendapat hak untuk menggunakan sumber
•
Mengukuhkan sistem pengetahuan Orang Asal dalam pengurusan sumber asli
•
Mengukuhkan nilai-nilai positif, budaya, bahasa dan sistem kepercayaan Orang Asal
PACOS Trust ingin melihat sebuah komuniti Orang Asal yang aman dan bersatu padu yang serba lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran untuk mengurus sumber-sumber dan peluang-peluang untuk menyokong kehidupan yang selesa.
Anda boleh layari website kami dan melihat risalah Makitaak dalam warna penuh di www.pacostrust.com
PACOS Trust
Dan jangan lupa tekan “like” di PACOS Trust
Email :
[email protected] Tel : +6088-712518 Fax : +6088-718669
Taman Flash Gordon, P.O.Box 511, Kg. Kivatu, KM18 Jalan Tambunan, 89507 Penampang, Sabah, Malaysia
Berminat menulis cerita Orang Asal? Sila hantarkan cerita-cerita menarik anda di email :
[email protected] atau
[email protected] atau terus hantarkan ke nombor Whatsapp
+6016-9974589
jika ingin tahu lebih lanjut mengenai penulisan cerita/artikel khas untuk risalah Makitaak ini!