ISI KANDUNGAN Dari Meja Editor
2
Aluan Pengarah
3
Sekilas Info KKBP
3
Jabatan Kejuruteraan &kemahiran (JKK)
6
Keusahawanan (e-tech)
16
Jsbatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH)
18
Galeri JPSH
20
Rakaman Peristiwa
21
Penulisan Ilmiah
22
VISI Menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2015 MISI Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang Hayat OBJEKTIF Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan : • Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain; • Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat; • Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka; • Mewujudkan kerjasama yang erat di antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat; • Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat; • Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kolej komuniti; dan • Memberi khidmat nasihat / kaunseling kepada masyarakat setempat bagimem pertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka.
AKSES@KKBP diterbitkan dua kali setahun oleh bahagian penerbitan Sidang Ridaksi bagi berkongsi informasi semasa berkaitanKolej Komuniti Bandar Penawar, Kementerian Pendidikan Malaysia.
DARI MEJA EDITOR Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014! Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia Syukur Alhamdulillah dengan izinNYA, penerbitan AKSES@KKBP Bil. 2/2013 Edisi Julai – Disember 2013 berjaya diterbitkan sebagai penutup tirai keluaran pada tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli Sidang Redaksi di atas sumbangan idea, pendapat dan kerjasama yang jitu bagi memastikan penerbitan AKSES@KKBP kali ini diterbitkan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada semua warga KKBP yang telah menyumbang hasil karya penulisan yang hebat untuk dikongsi bersama. Syukran jazilan! 2013 telah melabuhkan tirainya, semoga detik-detik yang berlalu telah dijalani dengan penuh kebaikan dan kesyukuran serta membuahkan hasil seperti yang dihajatkan. Selamat melangkah ke tahun baru dengan menetapkan sasaran dan azam masing-masing. Semoga 2014 memberi semangat keazaman yang lebih teguh agar setiap impian dan harapan dapat diusahakan untuk memastikan ianya menjadi realiti. Diharapkan agar kandungan AKSES@KKBP kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Rosilawati
Rosilawati Binti Masdar Ketua Editor
JAWATANKUASA PENERBIT AN Penasihat Sahalani Bin Basar Ketua Editor Rosilawati Binti Masdar Penyelaras Penerbitan Siti Hasmah Binti Rahman Editor Norida Binti Nasim Suhana Binti Sujangi Syaiful Azrin Bin Mohd Sabirin Wartawan Ow Yeang Khang Ting Jurufoto Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim 2 AKSES@KKBP
ALUAN PENGARAH Saya mengucapkan tahniah kepada Sidang Redaksi Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP), staf dan para pensyarah yang menyumbang idea, hasil karya penulisan berkaitan KKBP serta penulisan ilmiah dalam penerbitan AKSES@KKBP Bil. 2/2013 Edisi Julai-Disember 2013 pada kali ini. Sepanjang bulan Julai hingga Disember, KKBP telah mengelola dan menyertai pelbagai program samada program dalaman atau luar kolej. Selain itu, kejayaan demi kejayaan telah dikecapi melalui beberapa program yang telah disertai di mana Program Cabaran Keusahawanan Sosial Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2013 melalui projek MyHOMESPA2u berjaya meraih tempat ke 4 daripada 68 pasukan yang bertanding. Selain itu, KKBP juga berjaya meraih bronze dan silver medal dalam pertandingan UTeMEX (Pameran dan Pertandingan Produk Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka) yang di anjurkan oleh UTEM. Di samping itu, KKBP juga aktif dalam melibatkan diri dalam acara sukan. Salah satunya adalah Pertandingan Sepak Takraw Piala Pengarah Anjuran Kolej Komuniti Bandar Tenggara di mana KKBP berjaya meraih pingat Perak. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada warga KKBP di atas usaha yang gigih selama ini dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dan membanggakan. Sehubungan itu saya, mewakili seluruh warga kolej mengalu-alukan semua pembaca untuk menyingkap perjalanan aktiviti kolej sepanjang bulan Julai hingga Disember 2013. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya. Terima Kasih.
Sahalani Bin Basar Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar PENUBUHAN 1 MAC 2003
SEKILAS INFO KKBP
JENIS INSTITUSI Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. LOKASI Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Johor. KAMPUS Kampus tetap dengan keluasan 25 ekar di mana ia menyediakan pelbagai infrastruktur dan prasarana yang lengkap bagi memastikan komuniti setempat mendapat pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik. PERANAN Sebagai institusi latihan kemahiran dan hab pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti setempat. Memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat dengan meyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan, latihan dan program pembelajaran sepanjang hayat.
Bilik Persidangan
Spa & Beauty
Padang Bola Sepak 3 AKSES@KKBP
DIARI KAMPUS JULAI – DISEMBER 2013 19/07/2013
MAKLUMBALAS DAN PERJUMPAAN CHANGE AGENT OLEH ISKANDAR MALAYSIA , KFC(H) INTERNATIONAL COLLEGE
19/08/2013 21/08/2013
PROGRAM WELDING INSPECTOR LANJUTAN DARIPADA PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (SMAW-SHIELD METAL ARC WELDING) OLEH MEGA COLONIAL SDN BHD, IKBN BANDAR PENAWAR
22/08/2013 05/09/2013
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE – 55, KKBP & STADIUM BANDAR PENAWAR
23/08/2013
GERAK GEMPUR 5S SPP, KKBP, ZON BATU LAYAR
28/08/2013 & 06/09/2013
BAKTI KOMUNITI (CSR) PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA DOMESTIK SPB 2013, SK BANDAR PENAWAR 1
02/09/2013
PERSIDANGAN CIE-TVET DI KUALA TERENGGANU, HOTEL PERMAI KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
06/09/2013 – 08/09/2013
BUDAYA NIAGA 1 JOHOR 2013, AKADEMI KEMAHIRAN & LATIHAN INSAN (AKLI), KOTA TINGGI
10/09/2013
TAKLIMAT PELUANG KERJAYA BERSAMA UEM SUNRISE BERHAD, UEM SUNRISE BERHAD BERHAD
13/09/2013 – 04/10/2013
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SOFTSKILL PROGRAM STRATEGIK 1 MALAYSIA EXPERT MARINE FOR SHIPBUILDING OLEH AFLAH SYNERGY SDN BHD KKBP
16/09/2013
FUTSAL SPB, GELANGGANG FUTSAL BANDAR PENAWAR
17/09/2013
PENDAWAIAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK, KKBP, ASRAMA PEREMPUAN
27/09/2013 – 30/09/2013 27/09/2013
THE BIGGEST ENTREPRENEURSHIP RACE 2013, KOMPLEKS DARUL PUTERI, CHERAS
MINI CAREER FAIR KKBP – UEM SUNRISE BERHAD, KKBP
28/09/2013
LAWATAN AKADEMIK PELAJAR KE KARNIVAL & EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK), TAMAN EKSPO PERTANIAN MALAYSIA (MAEPS), SERDANG
02/10/2013
PROGRAM JOM KE PERPUSTAKAAN & SAMBUTAN HARI INOVASI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 2013, KKBP
06/10/2013
MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR KE – 9 2013, DEWAN SERBAGUNA SEGAMAT, JOHOR
19/10/2013
PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI BERSAMA MALAYSIAN OFFSHORE CONTRACTORS ASSOCIATION (MOCA), TH HEAVY ENGINEERING, PULAU INDAH
21/10/2013
PERTANDINGAN KEMAHIRAN KOLEJ KOMUNITI (PKKK) IT SOFTWARE SOLUTION FOR BUSINESS, KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
22/10/2013 27/10/2013
PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN PERSIJILAN CIDB : PLUMBING (BUILDING & SANITARY FITTING) - PNS1, AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) WILAYAH SELATAN
27/10/2013
PROGRAM BICARA INDUSTRI FOMTEC / MARA / CIDB, MELAKA
28/10/2013 – 31/10/2013
KURSUS PERCAMBAHAN MINDA BERSAMA INDUSTRI FOMTEC, TAMAN PERINDUSTRIAN MELAKA
29/10/2013
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) SPP, SK BANDAR PENAWAR
29/10/2013 – 31/10/2013
PERTANDINGAN KEMAHIRAN KOLEJ KOMUNITI (PKKK) WEB DESIGN, KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM
29/10/2013 – 02/11/2013
PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN PERSIJILAN CIDB : PLUMBING (WATER RETICULATION) - PWR1, AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) WILAYAH SELATAN
4 AKSES@KKBP
DIARI KAMPUS 30/10/2013 – 03/11/2013
PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN PERSIJILAN CIDB : BUILDING DECORATIVE PAINTING - PTD2, AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) WILAYAH SELATAN
06/11/2013 – 07/11/2013
PERTANDINGAN KEMAHIRAN KOLEJ KOMUNITI (PKKK) GRAPHIC DESIGN TECHNOLOGY, UITM SHAH ALAM
07/11/2013
KARNIVAL KURSUS PENDEK ‘JOM SERONOKNYA BELAJAR’, KKBP
11/11/2013 – 15/11/2013
KOLABRASI ILMU BERSAMA CIDB WILAYAH JOHOR KURSUS TANGGAM (SEMUA PELAJAR STP 2), BENGKEL STP, KKBP
13/11/2013
PROGRAM RAMAH MERSA SAPK 2013, PELANGI BALAU BEACH RESORT, DESARU
15/11/2013
SUKAN IPT MALAYSIA KALI KE 5 2013, KOLEJ MATRIKULASI PAHANG, GAMBANG
18/11/2013 – 20/11/2013
PERTANDINGAN KEMAHIRAN KOLEJ KOMUNITI (MYCCSKILL), ABM/CIDB, KUALA LUMPUR
20/11/2013
GALA DINNER SPP 2013, BOLA – BOLA CHICKEN RICE, PASAK
22/11/2013 – 24/11/2013
CABARAN KEUSAHAWANAN SOSIAL KOLEJ KOMUNITI (CCEC) 2013, MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC), MELAKA
27/11/2013 – 08/12/2013
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN DIRI (SOFT SKILL) BAGI AKAUN AMANAH LATIHAN KHAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, BILIK SEMINAR, KKBP
28/11/2013
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PIALA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA, STADIUM BANDAR TENGGARA, JOHOR
01/12/2013 – 06/12/2013
PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN WAREHOUSING AFLAH SYNERGY SDN BHD, PUSAT LATIHAN MOCA RESOURCES SDN BHD
07/12/2013 – 08/12/2013
CSR MEMBINA STEPPING STONE DAN HIASAN KEMASAN UNTUK PEMBINAAN ASTAKA, SEK. MEN. SAINS KOTA TINGGI
10/12/2013
CSR ‘JOM MASUK KAMPONG SPB 2013’, MASJID JAMEK KG. SEDILI KECIL
11/12/2013 – 12/12/2013
MENEROKAI TEKNOLOGI FUTURISTIK DI EKSPO PAMERAN & PERTANDINGAN PRODUK PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM), UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
12/12/2013 – 24/12/2013
MISI BANTUAN BANJIR, JKM MERSING, JOHOR
16/12/2013 – 20/12/2013
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KURSUS IBS : PEMASANGAN BLOK RINGAN KONKRIT PRATUANG & BLOK BATA BERKUNCI, AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) WILAYAH SELATAN
22/12/2013 – 24/12/2013
PROGRAM PENINGKATAN ESQ DAN KEMBARA KOMUNITI 2013 MODUL KEMAHIRAN INSANIAH & MODUL PENYENGGARAAN BANGUNAN PROPEKK 2013, TELUK GOREK, MERSING
28/12/2013 – 31/12/2013
PROGRAM KEUSAHAWANAN SOSIAL MYHOMESPA2U PROJECT, CROWN GARDEN HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN
DISEMBER 2013
PENCAPAIAN PENSYARAH BAGI PELAKSANAAN KURSUS PENDEK 2013, KKBP
DISEMBER 2013
PENCAPAIAN KURSUS PENDEK 2013 KEDUDUKAN KE 4 DARIPADA 83 KOLEJ KOMUNITI, KKBP
DISEMBER 2013
PEMBINAAN ASTAKA SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI, PEMBINAAN ASTAKA SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI SEK. MEN. SAINS KOTA TINGGI
5 AKSES@KKBP
JKK LANJUTAN PROGRAM WELDING INSPECTOR
Sesi bergambar pelajar bersama pelatih
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE - 55
Unit : Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Tarikh : 19 Ogos 2013 – 21 Ogos 2013 Tempat : Bilik Seminar, KKBP Oleh : Zoolhilmi Bin Mohkhtar Pada 19 Ogos hingga 21 Ogos 2013 yang lalu, seramai 20 orang pelajar semester akhir daripada Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) telah menghadiri program Welding Inspector yang dikendalikan oleh Mega Colonial Sdn Bhd. Program ini adalah merupakan program lanjutan daripada modul Program Latihan Pembangunan Kemahiran SMAWSHIELD METAL ARC WELDING yang mana pelajar perlu menghadiri kelas teori sebelum menduduki peperiksaan berkaitan subjek modul ini. Program ini melibatkan tiga modul latihan iaitu mempelajari tentang simbol kimpalan, memahami kod-kod kimpalan serta mengenalpasti kecacatan dalam sambungan kimpalan. Pelajar yang berjaya dianugerahkan Sijil Welding Inspector oleh SIRIM. Moga para pelajar mendapat manfaat daripada program ini.
Unit : Hal Ehwal Pelajar Tarikh : 22 Ogos 2013 – 5 September 2013 Tempat : KKBP dan Stadium Bandar Penawar Oleh : Fairulnizar Bin Rahmat
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat Kolej Komuniti Bandar Penawar ini disambut dengan penuh semangat patriotik dan meriah di kalangan pelajar dan kakitangan. Program yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dan patrioik ini berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan di sekitar kolej. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti ceramah kemerdekaan, pertandingan fotografi patriotik,pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan sajak patriotik, tayangan filem Tanda Putera Pelajar menyanyikan lagu patriotik dalam dan pertandingan melukis poster cintai Malaysia. Kibaran Pertandingan nyanyian lagu patriotik Jalur Gemilang juga dipasang di sekitar kawasan kolej bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan. Selain itu juga, pihak KKBP turut menyertai Perarakan Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor yang berlangsung pada 31 Ogos 2013 di Stadium Bandar Penawar yang disertai seramai 40 orang pelajar dan kakitangan serta dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Johor.
Pelajar sedang menjalani sesi latihan perarakan perbarisan
6 AKSES@KKBP
JKK Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) : 23 Ogos 2013 : Zon Batu Layar, KKBP : Azean Irdawaty Binti Mohamed Yusof
GERAK GEMPUR 5S SPP
Gerak Gempur 5S merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) yang terdiri daripada SMK Pengendalian Sumber Manusia dan SMK Pembangunan Perniagaan yang melibatkan kerja-kerja membersihkan dan menceriakan bilik kuliah/makmal/bilik simulasi. Tujuan utama Gerak Gempur 5S ini dilaksanakan bagi memastikan suasana kerja yang selesa, selamat dan kemas diwujudkan serta sebagai langkah pertama SPP dalam menyokong Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) bagi mendapatkan pengiktirafan 5S.Sebagai permulaan, gerak gempur 5S SPP ini telah memfokuskan Hasil 5S di bilik dandanan & SPA kepada tiga tugas utama iaitu pemindahan dan penyusunan barang perkakasan ICT di makmal-makmal, penyusunan rak, kabinet dan perkakasan operasi mengikut kedudukan dan perlabelan (tagging) pada ruang kerja, kabinet fail, papan putih dan sebagainya. Aktiviti ini melibatkan pensyarah serta pelajar SPP. Gerak gempur 5S SPP ini dimulakan dengan aktiviti 3S yang merangkumi aktiviti sisih, susun dan sapu. Ianya akan diseragamkan dan diamalkan dari semasa ke semasa. Amalan 5S ini telah terbukti berjaya membantu pembentukan budaya kualiti di kalangan pensyarah serta pelajar SPP sekaligus menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif serta menyumbang kepada kecemerlangan KKBP. Secara keseluruhannya, objektif program ini dapat dicapai dan Pelajar sedang menyediakan bahan untuk penglabelan semoga perlaksanaan amalan 5S ini mampu memberikan impak yang positif kepada KKBP.
Program : Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) Tarikh : 28 Ogos 2013 dan 6 September 2013 Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 1 Oleh : Mohamad Nazir Bin Baharudin Seramai 16 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dalam Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB), Kolej Komuniti Bandar Penawar telah mengadakan satu program berbentuk Community Social Responsibility bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 1 pada bulan Ogos dan September. Program ini bertujuan membantu komuniti setempat dalam keja-kerja penyelenggaraan bangunan. Kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan ialah servis dan baikpulih unit penyaman udara domestik. Aktiviti ini sangat bermakna kepada pelajar tersebut kerana ia memberi pengalaman yang sebenar dalam kerja-kerja penyelenggaraan penyaman udara. Di samping itu, ia juga bertujuan mempromosi dan memperkenalkan ProgramSPB kepada komuniti setempat. SPB merupakan salah satu sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Penawar selama 2 tahun yang mengandungi modul asas penyelenggaraan bangunan, pendawaian elektrik dan penyamanan udara, kimpalan logam dan perpaipan serta kemasan bangunan.
CSR PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA DOMESTIK SPB 2013
Pelajar pelajar sedang menghasilkan kerjakerja penyelenggaraan
Pensyarah sedang memberi tunjuk ajar berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan kepada pelajar 7 AKSES@KKBP
JKK PERSIDANGAN CIE-TVET DI KUALA TERENGGANU
Pensyarah-pensyarah yang menyertai Persidangan CIE-TVET
Peserta sedang membentangkan hasil penyelidikan MINI CAREER FAIR KKBP-UEM SUNRISE BERHAD 2013
Peserta sedang menjalani sesi ujian fizikal
Sesi bergambar pensyarah bersama warga UEM Sunrise
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Penyelidikan dan Inovasi (R&D) : 2 – 3 September 2013 : Hotel Permai Kuala Terengganu, Terengganu : Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor
Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (CIE-TVET) bertujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar disamping memperkasakan profesionalisme warga pendidik ke arah meningkatkan kualiti graduan. Selain itu, persidangan ini dapat memperteguhkan ilmu pengetahuan peserta berkaitan penyelidikan secara berterusan supaya dapat menghasilkan produk yang boleh dikormersilkan ke peringkat global. Persidangan ini telah menarik seramai 183 orang peserta dan pembentang dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta delegasi antarabangsa dari Regional Cooperation Platform (RCP), Tongji Unuversity China. Sebanyak 130 kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan tersebut. Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Akedemi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan (CEC), Pusat Pendidikan Teknik dan Vokasional Termaju (ACTIVE) UTHM, Politeknik Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Seramai empat orang Pensyarah Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) turut menyertai persidangan pendidikan ini dengan jayanya. Pensyarah yang terlibat adalah Encik Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor, Cik Zarina Binti Samin, Puan Norashikin Binti Samuri dan Cik Nazra Binti Ismail. Unit Tarikh Tempat Oleh
: Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) : 27 September 2013 : Kolej Komuniti Bandar Penawar : Azhar Bin Abd Hamid
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) dengan kerjasama UEM Sunrise Berhad telah berjaya mengadakan Mini Career Fair KKBP-UEM Sunrise Berhad 2013 di KKBP bagi memberi peluang kepada para pelatihnya mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka. Program sehari itu menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, hospitaliti, kewangan dan keselamatan. Program ini turut menyediakan sesi temuduga di mana ia berjaya menarik penyertaan seramai 89 orang pelatih, alumni dan pelatih tahun akhir dari KKBP dan Kolej Komunti Pasir Gudang (KKPG). Objektif utama program ini diadakan untuk memberi pengalaman dan peluang kepada para pelatih Kolej Komuniti merasai suasana proses temuduga dijalankan. Para pelatih perlu melalui sesi pendaftaran, ujian fizikal, temuduga dan yang terakhir adalah ujian kepintaran untuk memastikan mereka memenuhi kriteria yang diperlukan oleh bakal majikan. Sesi pendaftaran, taklimat serta semakan dokumen memberi panduan kepada peserta tentang bagaimana cara mengisi borang pendaftaran, memilih jawatan yang sesuai dan menyusun dokumen yang diperlukan mengikut aturan. Sementara itu, sesi ujian fizikal bertujuan mengukur tahap kesihatan dan keupayaan peserta dalam menggalas tugas yang dipohon, manakala sesi temuduga memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan kebolehan, potensi dan mempromosikan diri. 8 AKSES@KKBP
JKK Unit Tarikh Tempat Oleh
: Multimedia dan Sumber (UMS) : 2 Oktober 2013 : Perpustakaan, KKBP : Rosilawati Binti Masdar
Program Jom Ke Perpustakaan merupakan inisiatif Unit Multimedia dan Sumber (UMS) bagi menarik minat para pelajar untuk mengunjungi perpustakaan dengan mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk dipertandingkan. Di antara pertandingan yang dijalankan adalah Pertandingan Congkak, Pertandingan, DamHaji,Pertandingan Puzzle dan Pertandingan Jutaria. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 118 orang pelajar telah melibatkan diri di dalam setiap pertandingan yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, ia dapat menterjemahkan aspek kecekapan, kreativiti dan inovatif para pelajar. Selain itu, bagi aktiviti yang dilaksanakan secara berkumpulan dapat meningkatkan semangat setia kawan dan semangat kerja berpasukan di kalangan para pelajar. Ternyata program ini telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan iaitu berlaku peningkatan kunjungan para pelajar ke perpustakaan dari semasa ke semasa dan kemudahan- kemudahan yang tersedia digunakan sewajarnya oleh para pelajar.
PROGRAM JOM KE PERPUSTAKAAN
Pertandingan mencantum Puzzle
Pertandingan Dam Haji
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Peperiksaan : 6 Oktober 2013 : Dewan Serbaguna Segamat, Johor : Mohd Nazari Bin Khalid @ Abu Samah
Majlis Konvokesyen merupakan program tahunan Kolej Komuniti Negeri Johor. Konvokesyen merupakan kemuncak bagi seorang pelajar yang telah mengharungi pelbagai cabaran untuk mencapai tahap ini. Majlis bertujuan untuk menghargai dan meraikan kejayaan sebagai seorang pelajar. Bagi Majlis Konvokesyen Ke - 9 2013 ini melibatkan tujuh buah Kolej iaitu Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Segamat 2, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Batu Pahat, Kolej Komuniti Kluang, Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai, Kolej Komuniti Muar, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Komuniti Bandar Tenggara dan Kolej Komuniti Kota Tinggi. Majlis Konvokesyen ke - 9 ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Segamat, Johor dengan Kolej Komuniti Ledang sebagai tuan rumah. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Nasir Bin Mat Dam. Majlis Konvokesyen ini melibatkan 527 graduan dari Kolej Komuniti seluruh negeri Johor dan melibatkan 245 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti negeri Johor. Bagi Kolej Komuniti Bandar Penawar, graduan yang telah hadir adalah seramai 55 orang dan AJK yang terlibat seramai 28 orang. Komitmen yang diberi oleh AJK dapat memastikan Majlis Konvokesyen Ke - 9 ini berjalan lancar. Terima Kasih dan berjumpa lagi di Majlis Konvokesyen ke - 10 dengan Kolej Komuniti Bandar Penawar dipilih sebagai tuan rumah.
MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR KE – 9 2013
Graduan Cemerlang Majlis Konvokesyen ke-9
Penyampaian sijil kepada graduan KKBP
9 AKSES@KKBP
JKK
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) SPP ERATKAN HUBUNGAN MESRA WARGA SK BANDAR PENAWAR DENGAN KKBP
Program : Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) Tarikh : 29 – 30 Oktober 2013 Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar Oleh : Suriati Binti Ahmad Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang dianjurkan oleh Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan pensyarah-penyarah dan pelajarpelajar SPP. Tujuan utama program CSR ini dilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) terhadap komuniti sebagai institusi yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat. Penglibatan terdiri daripada 23 orang pelajar SMK Pengurusan Sumber Manusia dan SMK Pembangunan Perniagaan beserta 6 orang pensyarah. Para pelajar telah membantu mengindahkan dinding-dinding kelas darjah satu dan dua dengan melukis hidupan dasar laut Pelajar sedang menyiapkan lukisan mural yang sangat kreatif dan menarik. keindahan Aktiviti lukisan mural ini dikendalikan di bawah bimbingan Puan Aslinda Binti Mohd Noor yang sememangnya pakar dan berbakat di dalam seni lukisan mural. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dengan pelaksanaan program CSR ini dan berharap agar aktiviti sebegini dapat kerap dijalankan untuk membina hubungan baik antara pihak sekolah dan KKBP. Pengalaman yang sangat berguna ini juga dapat membina imej para pelajar KKBP yang dinamik dan prihatin serta dapat mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial di kalangan pelajar-pelajar KKBP untuk membantu Peserta bergambar bersama warga SK komuniti setempat secara sukarela. Bandar Penawar. KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN PEMBUATAN TANGGAM DAN KERJA KAYU
Penggunaan gergaji puting dalam pembuatan
Peserta kursus tanggam sedang melaksanakan tugasan
Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Teknologi Pembinaan (STP) : 11- 15 November 2013 : Bengkel Kayu STP, KKBP : Nurul As’shikin Binti Ramli dan Nurhasyikin Binti Abdullah
Kursus peningkatan kemahiran pembuatan tanggam dan kerja kayu ini telah dilaksanakan di bengkel kayu Sijil Teknologi Pembinaan. Peserta kursus terdiri daripada 12 orang pelajar Sijil Teknologi Pembinaan semester dua dan lapan orang pensyarah. Kursus ini merupakan kursus yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Akademi Binaan Malaysia di mana para peserta memperolehi Sijil Kecekapan Kemahiran. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran kerja kayu dan penggunaan tanggam sebagai sambungan dalam struktur pembinaan kayu. Selain itu, ia juga dapat memberikan pengetahuan kepada peserta tentang rekabentuk tanggam yang sesuai digunakan dalam struktur pembinaan. Antara tanggam yang dipelajari termasuklah tanggam lekap, tanggam rencong, tanggam siku serong dan sebagainya. Kaedah-kaedah tanggam yang berbeza ini dapat melatih kemahiran peserta dalam menghasilkan pelbagai jenis tanggam yang rumit bentuknya. Di samping itu, kekemasan dan ketepatan ukuran amat dititikberatkan dalam penghasilan tanggam kerana ianya merupakan hasil seni kayu yang tinggi nilai estetikanya. Kemahiran pembuatan tanggam dan kerja kayu ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai bagi peserta yang telah mengikuti kursus ini. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya memberikan impak yang positif dan mencapai objektifnya dalam memberikan pendedahan kepada peserta tentang pembuatan tanggam dan kerja kayu secara komprehensif. 10 AKSES@KKBP
JKK Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Aplikasi Perisian Komputer (SAPK) : 13 November 2013 : Pelangi Balau Beach Resort, Desaru : Rosilawati Binti Masdar
Program Ramah Mesra SAPK 2013 merupakan program yang julung kali dilaksanakan bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara pensyarah dan para pelajar SAPK yang terdiri daripada gabungan pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti Modular (SKK (M)). Di samping itu, pelaksanaan program ini juga adalah untuk menghargai dan meraikan pelajar-pelajar bagi kohort pertama yang telah berjaya menamatkan SMK sepenuhnya dengan jayanya. Seramai sembilan orang pensyarah dan 56 orang pelajar telah memeriahkan suasana dengan berganding bahu bergotong-royong membuat persediaan bersama-sama bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah aktiviti Uji Minda, penyampaian sijil penghargaan, cabutan bertuah dan jamuan makan tengahari. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar bukan sahaja berpeluang untuk mengenali di antara satu sama lain dengan lebih rapat, malahan personaliti dan kreativiti pelajar lebih terserlah melalui aktiviti Uji Minda yang dijalankan.
PROGRAM RAMAH MESRA SAPK 2013
Para pelajar yang hadir memeriahkan suasana
Ucapan perasmian program oleh Ketua Program SAPK
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Sukan : 15 – 22 November 2013 : Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang : Raja Faraazlina Binti Raja Mohamed Junior
Sukan Institusi Pelajaran Malaysia (SIPMA) Kali ke-5 merupakan sukan dwi tahunan di mana ia merupakan temasya sukan antara Majlis Sukan Institusi Pelajaran di Malaysia yang dianjurkan secara bergilir-gilir bermula dari tahun 2005. SIPMA telah disertai oleh 980 atlet dari Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Politeknik (MSP), Majlis Sukan Institut Perguruan Malaysia (MSIPGM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM), Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institusi Swasta (MASISWA) dan Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM). Pada kejohanan ini, seramai 6 orang pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar terlibat mewakili MASKOM bagi 3 acara iaitu olahraga, hoki dan badminton. Kejohanan ini merupakan satu platform bagi atlet untuk mempamerkan bakat di samping ianya menjadi merit yang tinggi buat atlet di mana ada keseimbangan antara sukan dan akademik. Ianya juga satu pengalaman yang berharga buat atlet.
SUKAN IPT MALAYSIA KALI KE - 5 2013
Atlit KKBP bagi acara hoki
Atlit KKBP bagi acara olahraga
11 AKSES@KKBP
JKK GALA DINNER SPP 2013
Gala Dinner SPP
Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) : 20 November 2013 : Bola – bola Chicken Rice, Pasak : Saratull Nor Natasha Binti Safri
Gala Dinner SPP 2013 merupakan salah satu aktiviti anjuran Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP). Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar SPP yang berada di semester akhir. Selain itu juga, dengan adanya program Gala Dinner ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah di antara para pelajar dengan pensyarah. Gala Dinner SPP 2013 ini melibatkan semua pelajar SPP sesi Julai 2013 yang terdiri daripada SMK Pengendalian Sumber Manusia dan SMK Pembangunan Perniagaan. Program ini juga dilaksanakan bagi menghargai usaha pensyarah SPP dalam mendidik pelajar–pelajar SPP. Program ini sudah menjadi tradisi bagi SPP untuk setiap semester dalam meraikan para pelajar dan pensyarah-pensyarah SPP. Di samping itu juga, dengan melaksanakan program ini, ia dapat memberi sedikit kenangan manis di hati setiap pelajar semester akhir bagi menghabiskan masa di Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Para pelajar bergambar bersama pensyarah-pensyarah PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PIALA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA
Pasukan Takraw KKBP memenangi pingat Perak
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Sukan : 28 November 2013 : Stadium Bandar Tenggara, Johor : Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor
Pertandingan Sepak Takraw Piala Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara telah diadakan di Stadium Bandar Tenggara Johor. Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) telah menghantar 2 regu dan ironinya kedua-dua regu tersebut telah memasuki sehingga ke peringkat separuh akhir. KKBP telah memenangi satu pingat perak manakala satu regu lagi telah mendapat tempat keempat setelah keputusan akhir pertandingan ini diumumkan. Regu Sepak Takraw ini diketuai oleh Encik Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor dan Ketua jurulatihnya adalah Encik Azhar Bin Abd Hamid. Melalui pertandingan seperti ini, ia akan dapat meningkatkan semangat berpasukan dan kesukanan di kalangan pelajar KKBP. Selain itu, para pelajar juga dapat mengembangkan dan meningkatkan kemahiran dan bakat dalam bidang sukan yang diceburi.
Regu A dan Regu B
12 AKSES@KKBP
JKK Unit : Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Tarikh : 1 - 6 Disember 2013 Tempat : Pusat Latihan Aflah Synergy Oleh : Azhar Bin Abd Hamid Program Warehouse Management merupakan program kerjasama di antara Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) dengan Bahagian Hubungan Industri dan Pengesanan Graduan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Program kolaborasi strategik bersama Aflah Synergy direkabentuk bagi memberi peluang kepada para pelajar kolej komuniti untuk menceburkan diri di dalam sektor industri terutama dalam industri elektrik dan elektronik yang sedang berkembang pesat terutama di negeri Johor. Seramai 13 graduan perempuan, dan 2 graduan lelaki dari Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Kolej Komuniti Pasir Gudang telah menghadiri program tersebut. Para peserta diberikan penginapan di Hotel De’ Tees, Masai dan program latihan dijalankan di Pusat Latihan Aflah Synergy dan juga di Pusat Latihan UTM. Para peserta telah mengikuti semua program dan aktiviti sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur samada aktiviti dalaman atau luaran. Dengan berakhirnya program selama enam hari yang mengkhusus dalam industri Warehouse Management, ianya dilihat sebagai program yang dapat membantu negara mengurangkan kadar pengangguran sekaligus dapat membekalkan tenaga kerja mahir kepada industri. Usaha murni kerajaan terutamanya di bawah JPKK, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu graduan yang menganggur harus dipuji dan dikekalkan kerana ianya memberi faedah dan manfaat yang banyak kepada para graduan akan datang.
Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) : 10 Disember 2013 : Masjid Jamek Kampung Sedili Kecil : Raja Faraazlina Binti Raja Mohamed Junior
Seramai 30 orang peserta, termasuk pensyarah dan pelajar dalam Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB), Kolej Komuniti Bandar Penawar telah mengadakan satu program berbentuk Community Social Responsibility bertempat di Masjid Sedili Kecil, Kota Tinggi. Program ini bertujuan membantu komuniti setempat dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan seperti baikpulih pendawaian elektrik, baikpulih kerja kemasan kayu dan gotong-royong membersihkan kawasan masjid. Selain itu, ia juga bertujuan mempromosi dan memperkenalkan SPB kepada komuniti. Bersama komuniti setempat juga, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan. Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan merupakan salah satu sijil yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Penawar selama dua tahun yang mengandungi modul asas penyelenggaraan bangunan, pendawaian elektrik dan penyamanan udara, kimpalan logam dan perpaipan serta kemasan bangunan.
PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN WAREHOUSE MANAGEMENT
Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta
Proses pembelajaran di Pusat Latihan Aflah Synergy
PROGRAM JOM MASUK KAMPUNG SPB 2013
Peserta Jom Masuk Kampung SPB 2013
Peserta sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan 13 AKSES@KKBP
JKK MENEROKAI TEKNOLOGI FUTURISTIK DI EKSPO PAMERAN DAN PERTANDINGAN PRODUK PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
Peserta bagi produk inovasi Batu Kemasan dan Light Craft Stone
Peserta bagi produk inovasi Light Stepping Stone
MISI BANTUAN MANGSA BANJIR
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Penyelidikan dan Inovasi (R&D) : 11 – 12 Disember 2013 : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) : Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor
UTeMEX 2013 telah dibuka kepada semua IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan sekolah untuk menyemarakkan dan melestarikan budaya penyelidikan dan inovasi di berbagai lapisan masyarakat. UTeMEX akan menjadi wadah untuk meningkatkan kualiti dan daya saing para penyelidik dan pelajar dalam menghasilkan produk berasaskan penyelidikan agar lebih berinovatif, berimpak serta bernilai komersil.Melalui usahasama Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) seramai lima orang pensyarah SPB yang telah diketuai oleh Encik Fairulnizar Bin Rahmat, Encik Shuib Bin Saad, Puan Nor Hazalin Binti Abd Wahid, Puan Suriati Binti Mustaffa dan Encik Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor telah menyertai UTeMEX 2013 dalam kategori Green Technology. Sebanyak dua produk inovasi telah dibawa oleh warga SPB di dalam UTeMEX 2013 kali ini iaitu Batu Kemasan dan Light Craft Stone. Keputusan akhir juri tersebut menobatkan produk inovasi Batu Kemasan memenangi Silver Medal manakala produk Light Stepping Stone pula memperolehi Bronze Medal. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang pada tahun ini. Semoga para pensyarah KKBP dapat menghasilkan pelbagai produk yang bermutu tinggi dalam memperkasakan amalan inovasi.
Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Teknologi Pembinaan (STP) & Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) : 12 - 24 Disember 2013 : Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing, Johor : Nur Faziha Binti Mohamad Pauzi & Raja Raja Faraazlina Binti Raja Mohamed Junior
Misi bantuan mangsa banjir adalah program adhoc oleh Program Sijil Teknologi Pembinaan (STP) dengan kolaborasi Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB). Ia dijalankan atas dasar keprihatinan dengan masyarakat yang ditimpa musibah bencana alam di kawasan pantai timur terutama sekali di Pekan, Pahang. Pengumpulan barang-barang derma bermula dari 12 Disember 2013 iaitu dua minggu sebelum barang-barang tersebut diedarkan. Antara barang-barang yang telah dapat dikumpulkan Pelajar sedang mengagihkan barang- ialah pakaian dewasa dan kanak-kanak, lampin pakai buang bayi, barang sumbangan ke dalam van JKM makanan, selimut dan cadar serta barang-barang keperluan bayi seperti bedak dan baby wipes. Barang-barang tersebut telah dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing bagi tujuan pengumpulan sebelum diedarkan ke pusat-pusat banjir di Pekan, Pahang. Aktiviti ini melibatkan 63 orang peserta termasuk pensyarah dan pelajar dari program SPB. Aktiviti ini diwujudkan bagi menanam sikap bertimbangrasa dan setiakawan serta budaya bantu-membantu di kalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP). Secara keseluruhannya, objektif program ini tercapai. Diharapkan sumbangan yang dihulurkan dapat dimanfaatkan dan semoga penerapan nilai-nilai murni dapat Pengumpulan barang-barang sumbangan diamalkan oleh warga KKBP dalam menaikkan nama institusi. daripada warga KKBP 14 AKSES@KKBP
JKK Program Tarikh Tempat Oleh
: Sijil Teknologi Pembinaan (STP) : 16 – 20 Disember 2013 : Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan : Nurul Huda Binti Ishak dan Nurhasyikin Binti Abdullah
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRANKURSUS IBS – PEMASANGAN BLOK RINGAN KONKRIT PRATUANG DAN BLOK BATA BERKUNCI
Kursus IBS dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dari segi teori dan praktikal tentang pemasangan komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) iaitu Blok Ringan Konkrit Pratuang dan Blok Bata Berkunci. Tanaga pengajar bagi pemasangan Blok Ringan Konkrit Pratuang ialah Tuan Haji usahasama Unit Penyelidikan dan Inovasi Othman Bin Tambi manakala pengajar bagi Blok Bata Kekunci ialah Encik Ahmad Sani bin Basir. Bagi memastikan peserta kursus layak memiliki sijil kemahiran ini, peserta harus lulus ujian amali praktikal dan ujian teori yang diadakan pada hari terakhir kursus. Sijil Peserta kursus sedang melakukan ujian praktikal kemahiran yang diperolehi secara tidak langsung telah menambah nilai pengetahuan serta kemahiran pensyarah dan pelajar. Kursus IBS disertai oleh tiga orang pensyarah dan lima orang pelajar daripada Program Sijil Teknologi Pembinaan semester 1 sesi November 2013. Kursus ini turut disertai oleh 16 orang pelajar daripada Kolej Komuniti Jelebu Program Sijil Teknologi Pembinaan semester 2 sesi November 2013. Kelebihan bagi para pelajar adalah dengan adanya sijil kemahiran ini, ia akan menjadi nilai tambah apabila digunakan untuk memohon kerja kelak. Semoga kerjasama yang lebih erat di antara pihak Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) dan ABM dapat diteruskan lagi bagi melahirkan pekerja pembinaan yang berkemahiran sekaligus dapat mengurangkan Peserta kursus sedang melakukan ujian praktikal penggunaan pekerja warga asing di dalam industri pembinaan negara. Program : Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB) Tarikh : 22 – 24 Disember 2013 Tempat : Teluk Gorek, Mersing Oleh : Raja Faraazlina Binti Raja Mohamed Junior Propekk 2013 merupakan satu program bagi meningkatkan motivasi pelajar, memupuk ciri-ciri berpasukan yang baik, meningkatkan jati diri pelajar dan mengeratkan hubungan antara pensyarah serta para pelajar Sijil Kolej Komuniti Penyenggaraan Bangunan tahun 2013. Seramai 53 orang pelajar dan 11 orang pensyarah terlibat menjayakan program ini. Program ini adalah sebagai salah satu langkah mewujudkan semangat berpasukan dan kesefahaman di kalangan para pelajar. Para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti berbentuk kembara komuniti, aktiviti kecergasan, aktiviti berkumpulan (latihan dalam kumpulan), penyelesaian masalah, program kerohanian dan sahsiah. Selain itu, para pelajar juga telah melibatkan diri dengan bakti komuniti, sukaneka, latihan membaikpulih, menyelenggara dan memperbaiki bangunan, Treasure Hunt & Orienteering serta aktiviti riadah air. Kesimpulannya, program ini amat bermanfaat kepada para pelajar dalam memenuhi visi dan misi kolej komuniti iatu melahirkan para pelajar yang berkemahiran dan berketerampilan.
PROGRAM PENINGKATAN ESQ DAN KEMBARA KOMUNITI 2013 MODUL KEMAHIRAN INSANIAH & MODUL PENYENGGARAAN BANGUNAN - PROPEKK 2013
Peserta sedang melakukan senaman regangan badan
Taklimat sebelum memulakan aktiviti Treasure Hunt & Orienteering 15 AKSES@KKBP
KEUSAHAWANAN BUDAYA NIAGA 1 JOHOR 2013
Johan bagi Cabaran Catur Bistari
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Keusahawanan (e-Tech Center) : 6 - 8 September 2013 : Akademi Kemhairan dan Latihan Insan (AKLI), Kota Tinggi, Johor : Nor Fadzilah Binti Yaacob
Budaya Niaga 1 Johor 2013 merupakan aktiviti tahunan program pembudayaan keusahawanan anjuran Unit Keusahawanan e-Tech Centre Wilayah Johor. Seramai 240 peserta yang terlibat, terdiri daripada 12 Kolej Komuniti Wilayah Johor telah berkampung selama tiga hari di AKLI. Slot program telah dirancang dengan tersusun rapi bagi memberikan input terbaik kepada peserta. Antara program yang telah dijalankan adalah Pertandingan Catur Bistari, Cabaran Usahawan Muda dan Usahawan Coklat. Kolej Komuniti Bandar Penawar telah berjaya menjadi Johan bagi Cabaran Catur Bistari dan Johan bagi Cabaran Usahawan Muda dalam program ini. Hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Amir Bin Md. Noor, Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Program ini akan diteruskan untuk tahun akan datang.
Johan bagi Cabaran Usahawan Muda
THE BIGGEST ENTREPRENEURSHIP RACE 2013
Peserta KKBP sedang membuat jualan langsung
Unit Tarikh Tempat Oleh
: Keusahawanan (e-Tech Center) : 27 – 30 september 2013 : Kompleks Darul Puteri, Cheras : Nor Fadzilah Binti Yaacob
The Biggest Entrepreneurship Race 2013 merupakan program keusahawanan peringkat kebangsaan yang telah disertai oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendedahkan para peserta dengan aktiviti keusahawanan berorientasikan jualan langsung. Produk dipasarkan kepada orang ramai secara langsung dan secara berpasukan. Matlamatnya, peserta dapat menjana idea kreativiti dan inovatif untuk memasarkan produk serta membina kekuatan mental dan fizikal semasa berniaga. Lokasi perniagaan bagi para peserta ialah di laluan Zon A yang meliputi Masjid Jamek, Sogo, Chow Kit serta Kampung Baru manakala di laluan Zon B pula merangkumi kawasan Kota Raya, Puduraya, Berjaya Times Square, Bukit Bintang dan KLCC. KKBP telah berjaya mewakili pasukan Wilayah Johor ke pertandingan ini. Banyak ilmu dan pengalaman baru telah diperoleh dalam proses menguatkan jati diri seorang usahawan muda.
Peserta The Biggest Entrepreneurship Race 2013
16 AKSES@KKBP
KEUSAHAWANAN Unit Tarikh Tempat Oleh
: Keusahawanan (e-Tech Center) : 22 - 24 November 2013 :Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka : Nor Fadzilah Binti Yaacob
CCEC 2013 merupakan program tahunan yang telah dirancang oleh Pusat Usahawan Kolej Komuniti (PUSKOM) kepada e-Tech Center seluruh Malaysia. KKBP telah mengetengahkan perniagaan kraf kayu seperti pergola, gazebo, key holder, key-chain yang menarik dan unik serta mampu milik oleh semua golongan. Perniagaan ini telah didaftarkan atas nama Inspirasi Alam, sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki oleh Nur ’Ain Binti Azman (pelajar Sijil Teknologi Pembinaan (STP)). Inspirasi Alam merupakan projek perniagaan program STP dan menyediakan konsep Do It Your Self (DIY) yang merupakan tarikan utama perniagaan ini. Inpirasi Alam telah mendapat tempat di hati juri dengan memenangi Tempat Pertama Anugerah Khas Juri Kategori Landskap dan Senibina. Semoga Inspirasi Alam terus mendapat tempat di hati pelanggan.
CABARAN KEUSAHAWANAN SOSIAL KOLEJ KOMUNITI (CCEC) 2013
Booth Inspirasi Alam
Peserta memenangi tempat Pertama Anugerah Khas Juri
Unit : Keusahawanan (e-Tech Center) Tarikh : 28 – 31 Disember 2013 Tempat : Crown Garden Hotel, Kota Bharu, Kelantan Oleh : Nor Fadzilah Binti Yaacob
PROGRAM KEUSAHAWANAN SOSIAL MYHOMESPA2U PROJECT
Program Keusahawanan Sosial MyHOMESPA2u Project bertujuan membudayakan keusahawanan sosial di kalangan pelajar dengan mendekati komuniti setempat untuk membantu meningkatkan pendapatan dan perniagaan Homespa khasnya. Projek ini dijalankan ke atas sembilan orang peserta yang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah dan pesara. Dua kriteria peserta yang dicari adalah wanita yang mempunyai impian dan cita-cita untuk membuka perniagaan Homespa dan penguasaha Homespa sedia Peserta MyHOMESPA2u memenangi tempat ada tetapi kurang mahir dalam selok belok perniagaan. ke-4 Projek ini akan dijalankan selama setahun melalui bengkel latihan berterusan dan berkala yang telah dirancang. Kejayaan manis bagi MyHOMESPA2u Project ialah memenangi tempat ke empat daripada 68 pasukan yang bertanding dalam pertandingan Cabaran Keusahawanan Sosial Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2013 di Kota Bharu, Kelantan.
Peserta Program Keusahawanan Sosial MyHOMESPA2u 17 AKSES@KKBP
JPSH KARNIVAL KURSUS PENDEK ‘JOM SERONOKNYA BELAJAR’
Barisan Jawatankuasa pelaksana
Peserta bagi Kursus Jahitan Tudung
THE BIGGEST ENTREPRENEURSHIP RACE 2013
Jabatan Tarikh Tempat Oleh
: Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) : 7 November 2013 : KKBP : Suriati Binti Ahmad
Karnival Kursus Pendek ‘Jom Seronoknya Belajar’ adalah satu program yang dianjurkan bagi mendekati komuniti dengan penyertaan kursus pendek dalam masa yang sama ianya memberi kemahiran yang berpusat di kolej komuniti. Seramai 722 peserta kursus pendek telah menyertai 35 kursus pendek dari pelbagai jenis kluster yang dilaksanakan secara serentak di setiap lokasi premis Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP). Tujuan utama program ini ialah bagi memberi latihan dan kemahiran kepada komuniti. Program kerjasama KKBP dengan pelbagai agensi seperti KEMAS, KD Sultan Ismail, PDK Tunggal, IKBN dan Pejabat Pendidikan Daerah menepati keperluan penduduk setempat, sekaligus dapat memperbaiki mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKBP kepada komuniti setempat. Pelbagai aktiviti kursus pendek, cabutan nombor bertuah dan pertandingan memberikan ruang dan peluang untuk mendekati komuniti. Ternyata program ini bersifat mesra rakyat kerana dengan jalinan hubungan yang baik antara KKBP dan masyarakat menjadikan KKBP sebagai pusat rujukan setempat. Menjadi harapan agar program pembelajaran sepanjang hayat ini membawa impak yang baik dan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Jabatan Tarikh Tempat Oleh
: Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) Wang Amanah : 27 November – 8 Disember 2013 : Bilik Seminar, KKBP : Hasniza Binti Tawyer
Program Peningkatan Kemahiran Diri Soft Skill merupakan satu program yang direkabentuk khusus sebagai persediaan untuk membantu peserta memasuki alam pekerjaan. Secara umumnya, program ini membantu peserta mendapat gambaran sebenar senario pekerjaan di negara ini dan diharap akan menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran negara. Program ini juga akan melatih peserta untuk mempelajari bagaimana untuk menghadapi suasana Peserta sedang melakukan salah satu alam pekerjaan yang sebenar dengan cara perkongsian ilmu aktiviti luar iaitu mengangkat baldi dengan untuk melakukan kerja yang cemerlang serta mengawal menggunakan tali keadaan walau dalam apa jua situasi. Seramai 20 orang pelajar dari Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) telah dipilih untuk menjadi kumpulan perintis program ini. Selepas tamat program, para peserta ini akan menerima tawaran pekerjaan dalam bidang minyak dan gas. Di akhir program ini diharapkan peserta dapat membina tahap kecekapan kebolehan kendiri, kemahiran inter dan intra personal (keupayaan menghadapi situasi yang negatif dan latihan-latihan kemahiran lain yang dilakukan secara interaktif) bagi membolehkan peserta mempraktikan apa yang telah dipelajari dalam suasana ceria dan aktif. Sesi pembentangan kumpulan 18 AKSES@KKBP
JPSH Jabatan Tarikh Tempat Oleh
PENCAPAIAN KURSUS PENDEK 2013KEDUDUKAN KE 4 DARIPADA 83 KOLEJ KOMUNITI
: Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) : Disember 2013 : KKBP : Suriati Binti Ahmad
Bilangan Peserta
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH), Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) melabuhkan tirai akhir tahun dengan pencapaian yang memberansangkan. Pada tahun 2013, KKBP telah menjalankan 351 kursus pendek melibatkan seramai 7119 peserta berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu Statistik Kursus Pendek Berdasarkan Peserta seramai 3000 peserta di kedudukan ke-4 di antara 83 Kolej 2000 Komuniti seluruh Malaysia. Prestasi kursus pendek sepanjang 1800 1764 tahun 2013 didorong oleh perancangan unit kursus pendek dan 1600 1400 komitmen yang tinggi daripada penyelaras-penyelaras kursus BIL PESERTA pendek yang mana terdiri dari pensyarah-pensyarah KKBP. 1200 1000 Pelbagai jenis kursus pendek yang telah dilaksanakan dan 800 PENCAPAIAN PENSYARAH BAGI PELAKSANAAN KURSUS PENDEK 2013 753 714 berjaya melatih ramai peserta yang terdiri dari komuniti 600 531 400 setempat, kakitangan kerajaan, pihak swasta serta pelajar-pelajar Jabatan : Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) Tarikh : 200 Disember 2013 248 sekolah menengah/rendah. Diharapkan program kursus 61 Tempat : 0 KKBP Julai Ogos September Oktober November Disember pendek yang dijalankan di bawah JPSH dapat meningkatkanOleh lagi : Zurainah Binti Mohamed Said Bulan kemahiran modal insan Negara. Sebagai Jabatan pelaksana Kursus Pendek yang dilaksanakan oleh Kolej Komuniti di seluruh Malaysia merupakan program ini JPSH berusaha melaksanakan program Statistik Kursus Pendek Berdasarkan Peserta kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan komuniti dan berkonsepkan pembelajaran Statistik Kursus Pendek Berdasarkan sepanjang hayat. Sasaran peserta kursus pendek bagi Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) pada yang terbaik untuk memastikan objektif program Peserta tahun ini adalah seramai 3000 orang. Penetapan Key Performance Indicator (KPI) pelaksanaan tercapai. Sebagai kesimpulan pelaksanaan kursus kursus pendek sebanyak 60 orang peserta dan 60 jam mengajar/menyelaras oleh pihak pendek boleh dijadikan budaya bagi setiap pensyarah pengurusan terhadap pensyarah merupakan salah satu inisiatif bagi membantu mencapai sasaran. Sehubungan dengan itu, seramai 56 orang pensyarah telah diberi tanggungjawab untuk KKBP kearah menyumbang pembangunan modal insan melaksanakan serta menguruskan kursus pendek pada tahun ini. yang berkualiti dan seterusnya kepada kemajuan Negara.
Sebanyak 95% pensyarah telah mencapai KPI 60 orang peserta kursus pendek manakala 73% pensyarah telah mencapai KPI 60 jam mengajar/menyelaras kursus pendek. Walaubagaimanapun, hanya 73% pensyarah telah mencapai KPI keseluruhan yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat peratus pensyarah yang tidak mencapai KPI ditetapkan, sasaran 3000 orang peserta dapat dicapai hasil usaha para pensyarah yang bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan matlamat institusi. Secara keseluruhannya, prestasi dan budaya kerja cemerlang yang dipamerkan oleh kumpulan pelaksana secara langsung dapat menaikkan nama institusi di mata masyarakat.
Jabatan : Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) Tarikh : Disember 2013 Tempat : KKBP Oleh : Zurainah Binti Mohamed Said Kursus Pendek yang dilaksanakan oleh Kolej Komuniti di seluruh Malaysia merupakan kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan komuniti dan berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat. Sasaran peserta kursus pendek bagi Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) pada tahun ini adalah seramai 3000 orang. Penetapan Key Performance Indicator (KPI) pelaksanaan kursus pendek sebanyak 60 orang peserta dan 60 jam mengajar/ menyelaras oleh pihak pengurusan terhadap pensyarah merupakan salah satu inisiatif bagi membantu mencapai sasaran. Sehubungan dengan itu, seramai 56 orang pensyarah telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan serta menguruskan kursus pendek pada tahun ini. Sebanyak 95% pensyarah telah mencapai KPI 60 orang peserta kursus pendek manakala 73% pensyarah telah mencapai KPI 60 jam mengajar/menyelaras kursus pendek. Walaubagaimanapun, hanya 73% pensyarah telah mencapai KPI keseluruhan yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat peratus pensyarah yang tidak mencapai KPI ditetapkan, sasaran 3000 orang peserta dapat dicapai hasil usaha para pensyarah yang bertungkus lumus dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan matlamat institusi. Secara keseluruhannya, prestasi dan budaya kerja cemerlang yang dipamerkan oleh kumpulan pelaksana secara langsung dapat menaikkan nama institusi di mata masyarakat.
PENCAPAIAN PENSYARAH BAGI PELAKSANAAN KURSUS PENDEK 2013
19 AKSES@KKBP
GALERI
JPSH
Kursus Asas Mewarna Air
Kursus Asas Pemasangan Paip
Kursus Asas Pendawaian Elektrik
Kursus Asas Penyelenggaraan Air Cond
Kursus Jahitan Felt (Bantal)
Kursus Jahitan Manik
Kursus Manicure & Padicure
Kursus Penghasilan Seni Tembaga
Kursus Penyediaan Dip Apple
Kursus Stepping Stone 20 AKSES@KKBP
RAKAMAN PERISTIWA KARNIVAL KURSUS PENDEK JOM SERONOKNYA BELAJAR 2013
PROGRAM MINI CAREER FAIR UEM SUNRISE BERHAD - KKBP 2013
SAMBUTAN HARI INOVASI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 2013
CABARAN KEUSAHAWANAN SOSIAL KOLEJ KOMUNITI (CCEC) 2013
21 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH APLIKASI KAEDAH MAGIK HURUF DALAM MODUL ASAS PERAKAUNAN UNTUK PELAJAR PERAKAUNAN KOLEJ KOMUNITI Oleh : Salmianti Binti Mutalib Dalam dunia pekerjaan sebenar, perekodan urusniaga perniagaan berdasarkan kepada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama dan penyediaan penyata kewangan adalah merupakan kerja rutin yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pekerja dalam bidang perakaunan. Lantaran itu, kemahiran ini amatlah penting dan perlu dikuasai oleh seseorang individu yang berkecimpung dalam kerjaya di dalam bidang tersebut. Dalam usaha melengkapkan seseorang pelajar Kolej Komuniti dalam jurusan perakaunan dengan ilmu pengetahuan yang lengkap berkaitan sistem merekod urus niaga bermula daripada dokumen perniagaan, Kaedah Magik Huruf diperkenalkan. Kaedah ini menggunakanhuruf-huruf yang tertentu untuk mengindentifikasikan setiap Buku Catatan Pertama yang terlibat, antaranya :-
J
JP
BT
Invois
Nota Kredit
X
Bil Tunai Slip Daftar Tunai Resit Rasmi Cek
RUJUKAN : J JP BT X
Memo
-
Jurnal Jurnal Pulangan Buku Tunai Jurnal Am
Berikut adalah merupakan langkah-langkah dalam menggunakan Kaedah Magik Huruf : Tandakan nama Peniaga di bawah dengan huruf B
Tandakan nama Peniaga di atas dengan huruf J Tandakan nama Peniaga Tandakan nama peniaga di bawah dengan huruf B
dibawah dengan huruf B
Potng nama syarikat ‘kita’ dan bulatkan huruf
3
2
Tandakan nama Peniaga Tandakan nama peniaga di atas dengan huruf J
diatas dengan huruf J 4
1
Tandakan dokumen dengan huruf J
Potong nama syarikat ‘kita’ dan bulatkan huruf
1
Tandakan dokumen dengan huruf BT
Jikahuruf huruf JJdibulat, letak Jika dibulatkan, letak sebelah kiri (debit) sebelah kiri (debiit)
Dengan pendekatan ini, ia dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menempatkan dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama yang tepat. Malah, ia juga dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan pelajar dalam menyediakan penyata kewangan perniagaan. Di samping itu, ianya dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar dan menjimatkan masa pengajaran pendidik. RUJUKAN Abdul Rahman Bin Zainal. (2007). Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkenaan Topik Dokumen Perniagaan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Melalui Kaedah Magik Huruf. Mohd Khairi Bin Abdul Rahman, Suzana Binti Mad Hezir, Nurul Ainie Binti Roosle dan Sharifah Huda Binti Syed Ismail. Amalan Gaya Pembelajaran Dalam Peningkatan Prestasi Akademik Di kalangan Pelajar Jurusan Perakaunan Kolej Matrikulasi Melaka. Nik Zam Nik Wan, Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Syed IskandarZulkarnain Syed Idris. (2006). Pandangan Pelajar Terhadap Matapelajaran Prinsip Perakaunan di Daerah Maran, Pahang. Zuani Ishak, Nor Aziah Abdul Manaf dan Rosliza Mat Zin. (2008). Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan.
22 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH KAEDAH MENGATASI KESESAKAN LALULINTAS Oleh : Mior Amran Noor Bin Mior Ahmad Noor
Dasawarsa ini, isu kesesakan lalu lintas sering menjadi fokus perbincangan utama di mauduk akhbar-akhbar tempatan di Malaysia. Punca utama kesesakan lalu lintas akan berlaku apabila isipadu lalu lintas melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh sesuatu jalan raya. Selain itu, kesesakan lalu lintas sering terjadi disebabkan oleh wujudnya simpang-simpang di sesuatu sistem jalan raya, kenderaan yang parkir di tempat atau kawasan yang tidak sepatutnya dan sistem kemudahan pengangkutan awam yang lemah. Pelbagai cara mengatasi kesesakan boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, media dan individu dalam usaha meminimumkan permasalahan ini.Kerjasama dan peranan semua pihak amatlah dituntut untuk memastikan segala usaha ini tidak menjadi sia-sia. Secara tuntasnya, amalan sikap toleransi dan saling menghormati di jalan raya merupakan penawar kepada permasalahan ini. Berikut merupakan kaedah mengatasi kesesakan lalu lintas : • • • •
Keadaan lalu lintas Pengurusan lalu lintas Persimpangan bertingkat Peningkatan kualiti perkhidmatan pedestrian dan menggalakkan program berjalan kaki dan menunggang basikal • Penguatkuasaan Automated Enforcement System (AES) • Kawalan kemasukan pusat bandar pada masa tertentu Kaedah ini dibuat adalah bertujuan untuk menjimatkan masa rakyat Malaysia yang sering dihabiskan di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Peranan daripada semua pihak diperlukan supayamasalah kesesakan lalu lintas yang berlaku dapat dikurangkan walaupun tidak secara keseluruhannya. Semoga permasalahan kesesakan dan kemalangan jalan raya di Malaysia dapat diminimumkan dengan jayanya.
23 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH MARI AUDIT DIRI Oleh : Azhar Bin Abd Hamid
Berapa kali dalam kehidupan seharian anda di muka bumi Allah S.W.T ini, anda mengaudit diri sendiri? Adakah anda melihat bahawa setiap perbuatan yang anda lakukan itu benar-benar mengikut landasan yang disyariatkan oleh Islam ataupun sekadar memenuhi fitrah kehidupan seharian sebagai seorang manusia? Kadang kala kita alpa dengan keseronokan dunia sehingga tidak punya masa dan ruang untuk audit diri sendiri. Sedar atau tidak setiap hari kita terdedah dengan pelbagai peristiwa atau bencana yang berlaku di sekeliling kita adalah kekuasaan Allah yang mana memungkinkan kita terfikir untuk mendekati diri kita kepadaNya. Audit diri boleh ditafsirkan sebagai muhasabah diri ataupun refleksi diri di mana kita mengingati kembali apa yang telah kita lakukan setiap hari yang mana adakah perbuatan kita itu membawa kepada kebaikan ataupun keburukan. Pernahkah kita terfikir apabila kita menghadapi masalah, adakah kita melihat kesalahan diri sendiri dan membaiki diri terlebih dahulu? Realitinya, kita sibuk menuding jari ke arah orang, yakin bahawa di mata kita hanya melihat kesalahan orang lain sahaja. Ada orang memerihalkan soal tuding-menuding jari ini. Kalau satu jari kita tunjuk kepada orang, tiga jari lagi akan menuding kepada kita. Daripada kita melihat dan mengaudit orang lain, mari kita resetkan minda dan refleksikan diri kita dahulu. Apa kata bermula hari ini, kita belajar untuk sentiasa mengaudit diri dan bermuhasabah diri setiap masa. Anda mungkin tertanyatanya bagaimana kaedah atau langkah terbaik untuk mengaudit diri? Banyak cara yang boleh kita praktikkan untuk mengaudit diri kita iaitu setiap malam sebelum tidur, ingat kembali apa yang kita lakukan sepanjang hari tersebut. Adakah banyak ke arah kebaikan ataupun lebih banyak membuat dosa? Selain itu juga, Sebelum kita melakukan kerja seharian kita, pastikan kita semak dulu kerja yang dilakukan itu memberi faedah. Adakah ia dilakukan kerana Allah SWT atau kerana tuntutan dunia semata-mata dan jaga lupa audit sejauh mana amalan wajib dan sunat kepada Allah SWT. Yang mana kurang, boleh ditambah dan diperbaiki. Mari kita sama-sama refleksi diri kita. Orang yang tenang selalu akan menang, orang yang tenang selalu refleksi diri sendiri. Pastikan ke mana fokus kehidupan kita di muka bumi Allah. Perbetulkan niat dan urusan kerana Allah. Selagi mana kita tidak membuat kebaikan, kita tidak akan tenang sampai bila-bila. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat dan belajar untuk membahagikan orang lain juga.
Rujukan: Prof Dr Muhaya Mohamad http://perindukalamullah.blogspot.com/2013/03/jom-audit-diri.html 24 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH PENINGKATAN KESEDIAAN PELAJAR DALAM MEMASUKI ALAM PEKERJAAN KAJIAN TERHADAP PELAJAR SMK PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR Oleh : Raja Faraazlina Binti Raja Mohamed Junior Di Malaysia, masalah persediaan ke arah alam pekerjaan telah lama wujud di kalangan belia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persediaan pelajar Pendawaian Elektrik Domestik (PB3) Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) terhadap kriteria pekerja yang dikehendaki oleh majikan dari aspek kemahiran, pengatahuan dan personaliti. Program yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk memenuhi 3 kriteria tersebut. Seramai 33 orang respondan telah dipilih yang terdiri daripada pelajar PB3 untuk menjawab sal selidik di mana para pelajar ini juga terlibat dengan program yang dilaksanakan. Metodologi yang digunakan adalah soal selidik dengan skala likert sebagai instrumen. Perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 20 telah digunakan untuk menganalisa data-data tersebut. Dapatan kajian menunjukkan kesemua program yang dilaksanakan iaitu Corporate Sosial Responsibility (CSR), akreditasi Building Wiring Installatin(BWI) dari CIDB Malaysia, mini prjek dan pembentangan, peningkatan personaliti melalui penghasilan resume kerja, tips temuduga serta pendedahan kerja dalam bidang yang dipelajari berjaya mencapai objektif kajian. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk menambah baik program yang dilaksanakan untuk kajian lanjutan. Daripada dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa pelajar memerlukan minat, pengatahuan, pengalaman dan personaliti diri dalam mempengaruhi mereka dalam pembentukan kerjaya. Kesemua program yang dilaksanakan dapat membentuk pelajar sama ada dalam peningkatan kemahiran dan interpersonal di kalangan pelajar.
Rujukan : Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.10 Jun 2010. Bab 5 : Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, Rancangan Malaysia Kesepuluh Abd Rahim Abd Rashid.1999. Kemahiran Berfikir Kritis Merentasi Kurikulum : Pendekatan Pedagogi Dan Wawasan Pendidikan Bestari. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
25 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH PERUBAHAN GAYA HIDUP PENGGUNA DAN KESANNYA TERHADAP PERANCANGAN PRODUK Oleh : Azean Irdawaty Binti Mohamed Yusof Kini, gaya hidup pengguna telah mengalami perubahan yang begitu drastik sekali jika dibandingkan pada masa dahulu. Perubahan ini telah memberi kesan secara langsung kepada pihak pemasar, terutamanya dalam pembangunan produk baru. Dalam era 90-an, negara telah bertembung dengan beberapa perkembangan baru yang memberi kesan besar ke atas perkembangan ekonomi dan pasaran. Dua perkembangan utama yang ketara dan dapat kita lihat pada hari ini ialah pengenalan konsep globalisasi dan liberalisasi yang merupakan instrumen baru dalam pengendalian ekonomi dan juga pemasaran khususnya dalam pandangan antarabangsa. Perkembangan ini turut mempengaruhi pihak pengeluar dan pemasar untuk membuat perancangan produk baru dan terpaksa bersaing dengan produk yang telah diiktiraf di pasaran global. Secara umumnya produk baru berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi sebagai satu alat persaingan di dalam kebanyakkan syarikat. Bilangan produk yang diperkenalkan setiap tahun semakin meningkat,contohnya di United State, syarikat memperkenalkan lebih daripada 15, 000 barangan baru setiap tahun ke dalam pasaran. Untuk mengeluarkan produk baru pengurus selalunya menghubungkan ciri-ciri produk kepada faedah yang disukai oleh pengguna. Jika diimbas kembalipengeluar pada masa dahulu lebih mengutamakan kepada orentasi produk berbanding sekarang di mana pengeluar lebih mengutamakan kepada kepuasan dan keinginan pengguna. Oleh kerana manusia berasal daripada pelbagai sub budaya, kelas sosial, perkerjaan, gaya hidup yang diamalkan juga berbeza-beza. Gaya hidup merujuk kepada corak kehidupan yang diamalkan oleh seseorang. Ia berbeza mengikut dimensi aktiviti (kerja, hobi, membeli-belah, aktiviti sosial), minat (makanan, fesyen, keluarga, rekreasi) dan pendapat (pendapat diri sendiri, isu sosial, barangan). Apa pula yang dikatakan keluaran baru? Dari pandangan pengeluar, semua produk yang baru dikeluarkan adalah keluaran baru. Daripada pandangan pengguna pula sesuatu keluaran itu dianggap baru sekiranya keluaran itu memberikan nilai dan kepuasan yang baru.
Rujukan : Ben M. E, Keith K. C., & Michael P. M. (1991). Marketing Classics: A Selection of influential Articles (8th. Ed). Prentice Hall.
26 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH PROJEK MYHOMESPA2U Oleh : Norfadzilah Binti Yaacob, Azean Irdawaty Binti Mohamed Yusof dan Faridah Shariyah Binti Sharudin Projek MyHOMESPA2u merupakan program keusahawanan sosial dengan memberi latihan kemahiran dan bimbingan secara berterusan dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Projek ini dijalankan ke atas sembilan (9) orang peserta dari tiga (3) kelompok golongan sasaran iaitu suri rumah, ibu tunggal dan pesara yang bercita-cita mengusahakan perniagaan Homespa. Matlamat projek ini adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan Homespa peserta, membimbing kaedah pemasaran secara agresif (online / offline), memberi ilmu pengurusan kewangan dan simpan kira yang betul serta mendedahkan tentang ilmu pengurusan SPA yang mantap. METODOLOGI Pencarian peserta melalui SMS Blast, edaran flyers di daerah Kota Tinggi dan kolaborasi dengan Jabatan Kemajuan Pembangunan Keluarga Kota Tinggi
Sesi temuduga dijalankan pada 5 Disember 2013 bagi proses pemilihan peserta
Bengkel dijalankan selama dua (2) hari pada 11 hingga 12 Disember 2013 kepada 9 peserta yang terpilih
Lawatan susulan kepada perniagaan Homespa untuk peserta memastikan keberkesanan bengkel tersebut bagi fasa 1
Memberi bimbingan berterusan telah dirancang
FASA PROJEK
FASA 1 •PEMILIHAN
•Pemilihan peserta berdasarkan kriteria
FASA 2 •PEMBANGUNAN
FASA 3 •PENGUKUHAN
•Kursus Kemahiran •Bimbingan dan dan Pengurusan pemantauan secara berterusan
IMPAK SOSIAL • Masa bersama keluarga dapat ditingkatkan • Meningkatkan ekonomi wanita di rumah
EKONOMI • Membantu meningkatkan prestasi perniagaan dan pendapatan
MENSEJAHTERAKAN KEHIDUPAN MEMENUHI KEPERLUAN KOMUNITI • Memberi peluang wanita yang berada KOMUNITI SASARAN • Menjadi tenaga pengajar kursus kecantikan dirumah untuk menjana pendapatan • Homespa merupakan satu industri yang kepada masyarakat mendapat permintaan yang tinggi di • Mengembangkan perniagaan HomeSpa komuniti ini kepada mempunyai premis perniagaan
PERSEKITARAN • Memperkenalkan produk kecantikan yang berasaskan herba dan organik
PEMBELAJARAN BERTERUSAN • Memberi bimbingan berterusan dalam kemahiran pengurusan Spa, Kewangan, pemasaran dan ilmu keusahawanan melalui bengkel berkala
PENDEKATAN KEUSAHAWANAN • Latihan berkala dalam ilmu keusahawanan HomeSpa 27 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH STRATEGI PENGIKLANAN YANG BEKESAN Oleh : Noor Halim Bin Ramlan
Pengiklanan merupakan satu cara untuk mempromosi produk kita kepada masyarakat. Pengiklanan boleh dalam pelabagai bentuk, contohnya dari mulut ke mulut, banner, banting, melalui media cetak dan elektornik serta yang terbaru melalui internet. Pengiklanan ini banyak caranya, tetapi ia memerlukan teknik yang berkesan untuk memikat hati pengguna. Terdapat 5 strategi yang berkesan untuk memikat hati pengguna :
STRATEGI 1 : FOKUS Perkataan pertama tentang membuat iklan adalah fokus. Fokus iklan semata mata untuk menarik hati pelanggan anda. ‘Apa, bila dan bagaimana‘ tiga soalan ini merupakan soalan penting yang perlu dijawab oleh pengiklan dan penjual. Jika iklan anda kurang menarik dan tidak mampu untuk menjawab soalan mereka, brochure contohnya akan berakhir di tong sampah. STRATEGI 2 : LEBIH FAEDAH BUKAN DESKRIPSI Faedah dan deskripsi adalah dua perkara yang berbeza. Deskripsi mengikut Kamus Dewan Edisi Ke empat ialah keterangan yang bertujuan untuk menyampaikan gambaran mental tentang sesuatu yang dialami. Contohnya ialah kereta dibuat menggunakan aluminium yang paling ringan di dunia. Faedah pula adalah apa kelebihan yang pelanggan akan dapat jika memiliki produk yang ditawarkan. Contohnya ialah anda akan mengalami kerosakan yang minimum kerana aluminium ini terbukti mempunyai kesan minimum sekiranya berlaku kemalangan. STRATEGI 3 : EMOSI (SENTUH DAN BELAI) Emosi adalah perasaan. Perasaan boleh berubah – ubah. Sekiranya anda ingin berjaya, sentuhlah emosi pelanggan anda dengan sebaiknya. Fahami emosi mereka dengan bertanyakan tentang keperluan sesuatu barangan. STRATEGI 4 : BERIKAN LEBIH BANYAK BUKTI DAN KEPERCAYAAN Bila surat jualan anda dibaca oleh prospek anda, sudah pastilah anda mahu prospek anda mempercayai isi kandungan surat jualan itu dengan luhur hati. Terdapat walau sedikit keraguan di hati setiap prospek tentang produk anda. Bagaimana anda mampu menghilangkan keraguan untuk membuatkan prospek itu membeli produk anda dan membuat orang percaya tentang produk anda. • Produk mempunyai testimoni dari pelanggan yang sudah mencubanya. • Terdapat hasil kajian serta fakta-fakta saintifik hasil dari kajian tersebut. • Jika ada, nyatakan komen atau anugerah dari pihak ketiga untuk produk anda. STRATEGI 5 : UNIQUE SELLING PROPOSITION (USP) CADANGAN JUALAN SECARA UNIK USP adalah teknik yang paling banyak digunakan. Salah satu teknik yang membezakan antara syarikat anda dan syarikat pesaing. Contoh pemasaran USP adalah : • Kami akan memulangkan wang anda sekiranya pesanan kami tiba lewat sejam dari masa yang ditetapkan. • Sebarang kelewatan akan ditanggung oleh syarikat penerbangan kami. Rujukan : Iklan Outdoor Kelas Dunia – M. Suyanto. Kuasai Cara Menghasilkan Iklan Hebat – Dominic Gettens Strategi Perancangan Iklan Televisi Dunia – M. Suyanto
28 AKSES@KKBP
PENULISAN ILMIAH TIPS PEMILIHAN PERKAKASAN KOMPUTER Oleh : Mohd Nazari Bin Khalid @ Abu Samah Tahun 2014 akan menemui kita dalam beberapa hari lagi, pelbagai rancangan yang telah dirancang sebagai persediaan untuk menghadapi tahun 2014 yang semakin mencabar dengan kos sara hidup yang meningkat. Sebagai pengguna yang bijak, kita boleh memilih untuk memiliki komputer peribadi yang murah tetapi mampu melaksanakan tugasan harian kita. Terdapat dua komponen utama dalam membuat komputer peribadi sendiri iaitu perkakasan dan perisian (hardware and software). Secara ringkasnya, berikut akan diberikan komponen-komponen yang diperlukan untuk sesebuah komputer beserta dengan harga terkini semasa artikel ini dikeluarkan. KATEGORI
Sistem Unit
Perkakasan Input
Perkakasan Output
Perisian Komputer
KOMPONEN
CIRI-CIRI
Motherboard
A75
149.00
RAM
D3 PC1333/ 2GB
75.00
CPU
3.40 Ghz
199.00
Hard Disk
7200 RPM /500GB
155.00
DVD ROM
DVDRW
60.00
Casing
USB 3.0
149.00
Keyboard
Gaming
39.00
Mouse
Gaming
49.00
Monitor
LCD 18.5”
279.00
Printer
Laserjet
209.00
Speaker
2 Channel
19.00
Windows 8
HARGA (RM)
200.00
Microsoft Office Jumlah
1582.00
Untuk mendapatkan maklumat lengkap seperti nota dan video bagi pemasangan sendiri sistem unit boleh rujuk di e-learning:http://nkelearningtime. weebly.com/. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.
29 AKSES@KKBP
SINOPSIS BUKU Memaparkan rakaman peristiwa satu kerjasama pintar oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) sebagai hub maklumat dan rujukan bagi komuniti setempat bersama Felda Wilayah Johor dalam program Community College Community Center (4C) di Felda Lok Heng Barat, Mukim Sedili Kota Tinggi, Johor. Melalui kisah ini, para pembaca didedahkan secara ringkas tentang perjalanan peristiwa aktiviti sepanjang program 4C seawal perancangannya sehinggalah hari kemuncaknya iaitu dari 12 Mac 2013 hingga 29 Mac 2013. Barisan penulis telah merakam semula aktiviti 4C ini dalam bentuk penulisan kreatif agar dapat dikongsi bersama para pembaca. Antara kandungan menarik di dalam buku ini : Menerangkan beberapa jenis kursus yang mampu memberi manfaat kepada para pembaca seperti : 1. Asas Solekan Wajah 2. Asas Pembinaan Landskap 3. Mari Melukis Dan Mewarna 4. Roti Canai 5. Slot Memasak Bersama Selebriti Master Chef Malaysia 6. Impak Pelaksanaan Program 4C 7. Sisipan Akhbar Pelaksanaan Program 4C Penulis buku ini merupakan Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (KJPSH) bersama pensyarah-pensyarah yang menjalankan tugas di JPSH untuk tahun 2013 serta Pegawai Penerangan. SINOPSIS BUKU Buku Sistem Komputer & Perisian Aplikasi ini ditulis bagi memenuhi keperluan pensyarah dan pelajar bagi Program Sijil Aplikasi Perisian Komputer (SAPK). Tujuan penerbitan buku ini adalah untuk membolehkan pelajar mendapat pengetahuan secara teori dalam bidang Aplikasi Perisian Komputer. Dengan pengetahuan yang diperolehi, ia dapat membantu pelajar untuk mendapat maklumat awal berkaitan Sistem Komputer & Perisian Aplikasi. Di dalam buku ini, pelajar akan diterangkan berkaitan dengan : 1. Asas Perisian Komputer 2. Pemasangan Komputer 3. Perisian Pemprosesan Perkataan 4. Perisian Hamparan Elektronik 5. Perisian Aplikasi Persembahan Buku ini ditulis oleh tiga orang pensyarah Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP), Kementerian Pendidikan Malaysia yang berpengalaman mengajar Sistem Komputer & Perisian Aplikasi lebih dari lima tahun. Mereka adalah Mohd Nazari Bin Khalid @ Abu Samah, Rosilawati Binti Masdar dan Mohamad Haidhir Bin Asri.
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA www.kkbpenawar.edu.my Jalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim Tel :07-822 5800 Faks : 07-822 4880