LAPORAN KELAB LAWATAN SAMBIL BELAJAR a) Nama Program
: Program Lawatan Sambil Belajar ke Dusun Eco Resort
b) Tarikh Program
: 5 Feb – 6 Feb 2012 (Ahad & Isnin)
c) Tempat Program
: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
d) Penganjur
: Pusat Asasi UiTM Puncak Alam
e) Peserta
: Ahli Kelab Lawatan Sambil Belajar (116 orang )
f) Pensyarah bertugas : i. Pn. Hazlini Mohmad Ameran, ii. Pn. Qistina Omar iii. Cik Norlaily Ahmad.
Tentatif Program (tentatif mengikut perjalan sebenar program): TARIKH DAN MASA AHAD (5 FEBRUARI 2012) 7.00 Pagi 8.30 Pagi 11.00 Pagi 1.00 Petang 2.00 Petang 4.30 Petang 5.00 Petang 7.00 Petang 9.00 Malam 11.30 Malam ISNIN (6 FEBRUARI 2012) 6.00 Pagi 7.00 Pagi 8.00 Pagi 10.00 Pagi 12.00 Tengahari 2.30 Petang 5.30 Petang
PERKARA PELAJAR BERKUMPUL DAN SARAPAN BERTOLAK ‘CHECK IN’ DI DUSUN ECO RESORT MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR SLOT 1 SOLAT ASAR SLOT 2 SOLAT MAGHRIB & ISYAK BBQ, MAKAN MALAM DAN AKTIVITI ‘ICEBREAKING’ BERSURAI
SOLAT SUBUH SARAPAN PAGI JUNGLE TRACKING SLOT 3 PERSIAPAN DIRI & ‘CHECK OUT’ BERTOLAK PULANG KE UITM TIBA KE UITM PUNCAK ALAM BERSURAI
Ringkasan Perjalanan Program
Hari pertama Disebabkan jumlah peserta yang terlibat dalam lawatan ini agak ramai iaitu seramai 116 orang, kami berkumpul di Ruang Solat Utama, Kolej Angsana seawal jam 7.00 pagi bagi proses pendaftaran peserta. Semua peserta menerima agihan makanan dan minuman bagi mengalas perut sebelum perjalanan dimulakan. Sedikit peringatan juga telah diberikan oleh Puan Hazlini, Puan Qistina dan Cik Norlaily sebelum perjalanan agar kami sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di destinasi lawatan. Bas kami bertolak sekitar pukul 8.30 pagi dan kami telah selamat tiba di Dusun Eco Resort sekitar pukul 11 pagi. Setelah mendaftar bilik di asrama-asrama yang disediakan, kami terus berkumpul dan kedatangan kami disambut mesra oleh petugas Dusun Eco Resort. Kami juga diberi sedikit taklimat tentang aktiviti-aktiviti yang bakal kami lakukan sepanjang dua hari lawatan.
Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dibawah kelolaan tiga orang pensyarah dan setiap kumpulan akan menjalankan tiga slot aktiviti yang berbeza pada satu-satu masa mengikut jadual berikut. Kami juga diberitahu bahawa aktiviti ‘jungle tracking’ yang sepatutnya dijadualkan pada pagi itu telah di tunda dan dijangka dilakukan pada keesokkan harinya.
Pn.Hazlini Pn. Qistina Cik Norlaily
Slot 1 Rentas Halangan Sukan Air Flying Fox
Slot 2 Flying Fox Rentas halangan Sukan Air
Slot 3 Sukan air Flying Fox Rentas halangan
Setelah selesai menunaikan solat Zohor secara berjemaah dan makan, tanpa melengahkan masa, kami segera bersiap untuk slot pertama kami (bagi kumpulan Pn. Hazlini) iaitu aktiviti rentas halangan. Terdapat 8 jenis halangan yang kami lalui termasuklah memanjat tembok batu yang setinggi 4 meter (bagi lelaki) dan 2 meter (bagi perempuan), ‘spider web’, meniti tali, memijak tayar dan sebagainya. Kami diajar agar mempunyai keyakinan diri, menggunakan teknik yang betul serta mempunyai semangat kerjasama bagi melaksanakan misi tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami tangkap:
Sekitar jam 5.00 petang, kami memulakan slot kedua kami iaitu aktiviti flying fox. Kami perlu merentasi jambatan gantung untuk sampai ke lokasi flying fox.
Perasaan berdebar-debar, takut dan gayat ketika berada di atas jambatan gantung yang panjang itu tidak dapat kami gambarkan dengan kata-kata. Kami juga dapat melihat permandangan flora dan fauna yang cantik dari atas dan meninggalkan memori yang sangat indah dalam ingatan.
Setelah puas merentasi jambatan gantung sambil melihat permandangan hutan yang indah, kami beratur menunggu giliran berdua-dua untuk menaiki flying fox. Kebanyakan para peserta berasa sangat teruja ketika menaiki flying fox kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka.
Setelah selesai menjalani pelbagai aktiviti pada hari pertama, kami pulang ke bilik masing-masing untuk berehat sebelum memulakan aktiviti malam. Aktiviti malam dimulakan sekitar jam 9.00 malam setelah selesai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di surau berhampiran asrama. Kami makan malam dengan hidangan ‘barbeque’, nasi goreng, mee dan pelbagai juadah enak yang lain.Setelah selesai makan malam, kami menjalankan aktiviti ‘ice-breaking’ dengan mengadakan permainan antara kumpulan di dalam dewan yang disediakan. Kami bersurai pada pukul 11.30 malam. Hari kedua Seawal jam 6.00 pagi kami telah bangun dan bersiap sedia untuk solat subuh. Selepas bersarapan, kami berkumpul tepat jam 8.00 pagi dengan membuat senaman ringan dan ‘warming up’ sebelum memulakan aktiviti ‘jungle tracking’. Kami merentasi hutan beramai-ramai sambil menghirup udara pagi yang segar dan nyaman. Banyak kehidupan hutan dan pokok-pokok yang kami lihat di sepanjang perjalanan kami di dalam hutan.
Sepanjang lawatan kami ke Dusun Eco Resort, pelbagai pengetahuan baru yang kami perolehi. Contohnya, semasa aktiviti slot yang ketiga iaitu aktiviti sukan air, kami diajar bagaimana membina rakit dan teknik mengayuh rakit yang betul.
Dengan hanya menggunakan 7 batang buluh panjang, 30 utas tali dan 8 buah tong air kosong, kami dapat membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil kiranya kita bekerjasama dalam satu pasukan. Kami berjaya mendirikan sebuah rakit bagi setiap kumpulan dalam masa lebih kurang 20 minit sahaja. Antara pengalaman lain yang mencabar dan menyeronokkan adalah ketika kami dikehendaki menaiki rakit buatan sendiri dan berlumba rakit antara kumpulan. Pelbagai gelagat dapat dilihat semasa perlumbaan tersebut kerana masing-masing ingin meraih tempat pertama. Setelah selesai berakit, kami berganding bahu memikul rakit kami seperti kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Setelah selesai kesemua slot aktiviti, kami pulang ke asrama, bersiap-siap dan berkemas untuk pulang ke UiTM.
Sebelum bertolak pulang,kami sempat menangkap gambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Kami bertolak ke UiTM Puncak Alam pada pukul 2.30 petang dan tiba di sana sekitar pukul 5.30 petang.
g) Kos Perbelanjaan (RM) : Untuk seorang = RM 88.37 h) Masalah/ kekangan yang dihadapi : Semasa ingin bertolak pulang ke UiTM, dua bas yang dijadualkan tiba ke Dusun Eco Resort pada pukul 12.30 tengahari sampai lewat dua jam dari yang sepatutnya (tiba pukul 2.30 petang) Bas ketiga kami sampai lebih lambat iaitu pada pukul 5.00 petang dan tiba ke UiTM pada pukul 7.00 malam. i) Kelebihan / Manfaat program : 1. Melahirkan generasi yang cintakan alam semulajadi. 2. Meningkatkan semangat setiakawan, kerjasama dan membina keyakinan diri. 4. Menambahkan pengalaman dan pengetahuan baru dikalangan para peserta. 5. Mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar-pelajar asasi. j) Cadangan penambahbaikan. Masalah bas yang lewat tiba ke lokasi seharusnya tidak lagi berulang dimasa hadapan agar segala program dapat berjalan dengan lancar. Disediakan Oleh, Setiausaha Kelab Lawatan Sambil Belajar 2012 UiTM Kampus Puncak Alam