LAPORAN HC KEMAHIRAN KOMUNIKASI
NAMA : SHARIFAH NADZIRAH BINTI SYED MUTHADZA ALAM SHAH ( A144662) NAMA PROJEK : PROGRAM INTAI DESA ANJURAN : PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI (KPKI) TARIKH PELAKSANAAN : 1-4 NOVEMBER 2013 NO. JPPEL : (PF/010/003-1213-007) JAWATAN : AHLI JAWATAN KUASA (AJK) SEKRETARIAT PAMERAN
Saya telah diberi amanah oleh organisasi tertinggi Program OPKIM Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri
untuk mengalas tanggungjawab sebagai ahli
jawatankuasa sekretariat pameran. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk memegang jawatan ini kerana sebelum ini saya belum pernah memegang jawatan ini. Ini merupakan pengalaman baru untuk diri saya. Tambahan lagi ini adalah kali pertamanya saya melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat. Sememangnya ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna dan berharga dalam hidup saya. Program OPKIM ini telah dijalankan di Kampung Menteri dan Hutan Paya Bakau Matang, Taiping, Perak selama 4 hari 3 malam.
Tugas sebagai ahli jawatankuasa sekretariat pameran adalah merancang satu pameran yang informatif dan membantu exco-exco dan ahli jawatankuasa yang lain untuk menyediakan bahan pameran seperti yang telah di bincang oleh sekretariat program. Terdapat pelbagai informasi dan alatan yang digunakan oleh pelajar KPKI di antaranya adalah risalah KPKI, risalah denggi dan risalah lain yang berkaitan dengan kesihatan. Selain itu PH Meter, Dissolved Oxygen Meter, Mutilock 2000, Heat Stress dan Hygiene Monitoring System turut dipamerkan. Selain itu, kami juga untuk memberi pendedahan kepada penduduk Kampung Menteri tentang penyakit demam denggi, cara pembiakan nyamuk aedes dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Negeri Perak. Tambahan lagi kami perlu mempersiapkan diri kami dengan maklumat dan kemahiran komunikasi yang mudah dan berkesan agar kami dapat menerangkan dan menjawab pertanyaan daripada
masyarakat
Kampung Menteri dengan sebaik mungkin.
Exco-exco telah mengajar kami cara-cara berurusan dengan pihak atasan untuk proses peminjaman alatan yang diperlukan untuk aktiviti pameran nanti dan cara berhubung dengan pihak Pusat Kesihatan Daerah Taiping, Unit Promosi dan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor melalui telefon . Ini kali pertama saya belajar cara untuk berurusan dengan pihak atasan. Segala kerja- kerja dilakukan secara bersama-sama agar tugas dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Setelah segala proses selesai, kami membuat persiapan akhir contohnya membuat tagging dengan menggunakan bahan kitar semula dan membuat senarai semak untuk barangan dan peralatan sebelum program dijalankan.
Pada 1 November 2013, kami bertolak dari Kolej Tun Syed Nasir ke Taiping, Perak dan terus ke tempat penginapan kami iaitu di Kolej Telekom, Taiping. Kami berkumpul di hadapan JAKSA untuk semakan terakhir dan bergerak ke bas dengan membawa barang-barang pameran dan memastikan tiada yang tertinggal. Oleh kerana tugas sekretariat pameran telah banyak diselesaikan sebelum program dilaksanakan, pada hari program dilaksanakan iaitu pada 3 November 2013 di Kampung Menteri, Taiping, Perak, tugas sekretariat pameran hanyalah menyusun risalah dan alatan yang akan dipamerkan dan bersedia untuk memberikan informasi kepada penduduk kampung. Saya selaku ajk pameran membantu exco-exco menyusun risalah dan alatan tersebut di suatu sudut yang telah disediakan. Saya juga menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk menerangkan segala informasi kepada penduduk kampong.
Walaupun saya hanya ajk pameran, saya juga membantu sekretariat lain menjalankan tugas. Saya membantu ajk jamuan untuk mengedarkan makanan semasa di Pusat eko pelajaran Hutan Paya Bakau Matang, Taiping, Perak. Selain itu, membantu rakan-rakan yang bertugas ketika outreach di Kampung Menteri. Saya membantu untuk menerangkan penggunaan Abate yang secara saintifiknya digunakan untuk membanteras nyamuk aedes.
Di Kampung Menteri, terdapat sebuah tadika yang menempatkan kanak-kanak yang berusia empat hingga lima tahun. Suasana di tadika tersebut tidak menarik kerana keadaan persekitaran yang tidak bersih dan kotor. Oleh itu, saya dan rakan-rakan yang lain berusaha untuk mencantikkan persekitaran tadika dengan mengecat dinding dan membuat gotong-royong bersama penduduk Kampung Menteri. Alhamdulillah, walaupun kami kekurangan peralatan mengecat dan kerja pembersihan, ia dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Program khidmat masyarakat sebegini sangat bermanfaat kerana ia dapat memberi pendedahan kepada kami pelajar yang baru melangkah ke alam universiti untuk mengaplikasikan kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik. Sepanjang program dilaksanakan kami sekretariat pameran telah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Melalui program ini, saya boleh mengurus aktiviti pameran dan melaksanakan dengan sebaiknya projek Program Intai Desa. Saya juga mampu membantu di samping menguruskan segala aktiviti sama ada pameran mahupun aktiviti lain. Saya juga dapat menyelesaikan masalah untuk mengurangkan perbelanjaan program dan membuat keputusan dengan menyediakan tagging untuk bahan pameran dengan menggunakan bahan kitar semula yang sejajar dengan tema program ini “ live green today, love life tomorrow”. Selain itu, saya dapat membantu penduduk Kampung Menteri untuk membanteras nyamuk aedes dengan pendekatan saintifik iaitu dengan menggunakan Abate.
JUMLAH JAM KREDIT •
Berinteraksi sesama organisasi melalui Facebook dan e-mel ( 3 jam x 5 minggu) = 15 jam
•
Laporan akhir postmortem = 4 jam
•
Perlaksanaan projek (pre visit 10 jam) (program 4 hari x 12 jam) = 58 jam
•
Persediaan akhir sekretariat pameran (pengumpulan barang pameran) = 4 jam
•
Persiapan umum (penyediaan risalah, perancangan pameran dan lain-lain) = 30 jam
•
Pertemuan dan perbincangan (mesyuarat MT, exco dan ajk) (2 jam x 5 kali) = 10 jam
TOTAL JAM = 121 jam
PEMBUKTIAN Berkomunikasi sesama rakan setugas untuk menyiapkan tugasan (menyiapkan tagging bahan pameran)
Kami ajk pameran saling berhubung dengan seketeriat untuk mengangkat bahan-bahan pameran seperti risalah
Komunikasi yang berlaku semasa persediaan sebelum pameran, semasa pameran berlangsung dan sehingga pameran berakhir pers e
Komunikasi yang berlaku ketika membantu mengedarkan makanan pagi dan tengah hari di Pusat Eko pelajaran Hutan Paya Bakau Matang, Taiping, Perak.
Penerangan tentang penggunaan Abate kepada penduduk kampung
Komunikasi ketika pembahagian kerja untuk mengecat bangunan tadika