KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 3 2016
i
ii
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL
PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2016 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya
iv
KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA
vi
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3. KATA PENGANTAR
viii
4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard
1 1 1 1
5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P
2 2
6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian
4 4 4 4 5 6-14
v
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. SARIAH BINTI ABDUL JALIL) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. viii
PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan.
1
Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.
PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 30 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 1050 waktu setahun. Guru berlatar belakang opsyen Kejuruteraan Awam/ Membuat Perabot paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/ peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/ bengkel/ makmal/ ladang/ lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.
2
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PEMBUATAN PERABOT
3
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Matlamat Modul Pembuatan Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dalam bidang penghasilan perabot. Murid juga berkemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Selain itu, murid akan berkebolehan melaksanakan proses penghasilan perabot dan melaksanakan kerja kemasan perabot, pembungkusan serta penyimpanan produk siap. Murid diharapkan dapat mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan etika kerja yang baik serta boleh meneruskan pembelajaran dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi pada masa akan datang. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat; 1. Membuat kemasiapan perabot 2. Menghasilkan perabot pasang siap 3. Melaminat panel perabot 4. Melakukan kerja dengan menggunakan mesin dengan kaedah yang betul dan selamat berpandukan Standard Operational Procedure (SOP). 5. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang betul. Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Kejuruteraan Awam/Pembuatan Perabot memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah 4
Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.
Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
5
STANDARD KANDUNGAN 1.0
MEMBUAT KEMASIAPAN PERABOT
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
1.1 Mengenal pasti keperluan kerja.
1.1.1 Mentafsir lukisan projek. 1.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen. 1.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk.
1.2 Memilih jenis kemasan.
1.2.1 Mengenal pasti produk untuk kerja kemasan berdasarkan spesifikasi produk. 1.2.2 Memilih jenis kemasan yang sesuai berdasarkan spesifikasi produk. 1.2.3 Mengamalkan kaedah penyimpanan dan pengambilan produk menggunakan sistem inventori. 1.2.4 Mengendalikan produk berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP).
1.3 Menyediakan proses kemasan.
1.3.1 Mengenal pasti jenis bahan dan kaedah kemasiapan berdasarkan spesifikasi produk. 1.3.2 Menentukan nisbah campuran bahan kemasan. 1.3.3 Memilih dan mengenal pasti jenis bahan dan alatan yang digunakan berdasarkan spesifikasi produk. 1.3.4 Mengenal pasti kaedah kemasiapan berdasarkan spesifikasi produk. 1.3.5 Menentukan dan mengaplikasi proses penyediaan permukaan. 1.3.6 Memilih bahan dan peralatan untuk penyediaan permukaan produk berdasarkan spesifikasi. 1.3.7 Memeriksa permukaan kemasan untuk kerja kemasan.
6
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 1.4 Melaksanakan kerja kemasan
KRITERIA PENCAPAIAN 1.4.1
1.4.2
1.4.3
1.4.4 1.5 Mengesahkan keadaan produk yang dikemasiap.
1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.5.4
1.6 Menyediakan laporan aktiviti kemasan
1.6.1
1.6.2
Memilih dan melakukan kerja kemasiapan menggunakan teknik menyapu, menggosok dan menyembur pada permukaan berdasarkan spesifikasi produk. Melaksanakan kerja kemasiapan dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP). Menentukan kaedah pengeringan dengan menyusun, menggantung dan pemanasan ketuhar (oven) dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP). Memindahkan produk yang dikemasiap ke ruang pengeringan yang direka bentuk. Memeriksa kecacatan produk kemasiapan mengikut garis panduan. Membandingkan produk kemasiapan dengan lukisan produk dan pencontoh. Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan standard operational procedure (SOP). Menyimpan produk kemasiapan dengan betul di ruang yang dikhaskan mengikut prosedur. Menyediakan laporan berdasarkan rekod arahan kerja, senarai semak dan kawalan mutu mengikut format. Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut format yang betul merangkumi semua kerja yang dilaksanakan dalam membuat kemasiapan. 7
STANDARD KANDUNGAN 2.0
MENGHASILKAN PERABOT PASANG SIAP
STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Mengenal pasti keperluan kerja.
KRITERIA PENCAPAIAN 2.1.1 2.1.2 2.1.3
2.2 Mengenalpasti pra pemasangan komponen perabot.
2.2.1 2.2.2
2.3 Menghasilkan jig pemasangan dan fixture.
2.3.1 2.3.2
2.4 Menghasilkan perabot pasang siap.
2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4 2.4.5 2.4.6
Mentafsir arahan kerja. Mentafsir manual pemasangan berdasarkan lukisan kerja. Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh berdasarkan spesifikasi produk. Memilih komponen pra pemasangan dan perabot pasang siap mengikut senarai komponen. Mendapatkan komponen pra pemasangan dan perabot pasang siap berdasarkan prosedur penstoran atau sistem inventori. Menentukan jig pemasangan dan fixture berdasarkan spesifikasi produk. Menyediakan jig pemasangan dan fixture berdasarkan spesifikasi produk. Mengenal pasti jenis bahan pemasangan perabot pasang siap. Mengenal pasti keperluan jenis bahan pemasangan mengikut spesifikasi produk. Menentukan jenis-jenis mesin dan peralatan pemasangan berdasarkan spesifikasi produk. Melaraskan mesin pemasangan mengikut ukuran berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP). Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP). Memasang perabot pasang siap mengikut spesifikasi dan contoh berdasarkan lukisan produk berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP). 8
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.5 Mengesahkan keadaan produk siap.
KRITERIA PENCAPAIAN 2.4.7
Menguruskan tempat kerja dengan baik dan kondusif berdasarkan amalan 5s.
2.5.1
Memeriksa kualiti, kecacatan dan keseragaman perabot pasang siap mengikut garis panduan. Membandingkan perabot pasang siap dengan lukisan produk dan pencontoh. Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP) Menyimpan produk perabot pasang siap dengan betul di ruang yang dikhaskan mengikut prosedur.
2.5.2 2.5.3 2.5.4 2.6 Melakukan kerja pembungkusan dan penyimpanan produk siap.
2.6.1 2.6.2
2.6.3 2.6.4 2.7 Menyedia laporan aktiviti penghasilan perabot pasang siap.
2.7.1
2.7.1
Memilih bahan yang sesuai untuk pembungkusan berdasarkan spesifikasi produk. Mengenal pasti kaedah pembungkusan produk siap dan membungkus menggunakan bahan pembungkusan yang sesuai berdasarkan spesifikasi produk. Melabelkan pembungkus dengan maklumat yang berkaitan dengan perabot. Mengkelas dan menyimpan mengikut jenis dan kaedah sesuai dan sistematik. Mengesahkan aktiviti penghasilan perabot pasang siap berdasarkan arahan kerja atau spesifikasi produk dan arahan pemasangan. Melengkapkan format merekod (arahan kerja, senarai semak, borang QC, label palet) berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP).
9
STANDARD KANDUNGAN 3.0
MELAMINAT PANEL PERABOT
STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Mengenal pasti keperluan kerja.
KRITERIA PENCAPAIAN 3.1.1 3.1.2
3.2 Mengenal pasti jenis bahan panel.
3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6
3.3 Melakukan kerja melaminat menggunakan mesin penekan (hot and cold).
3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7
Menentukan arahan kerja berdasarkan spesifikasi produk. Mengesahkan lukisan produk dan pencontoh berdasarkan spesifikasi produk. Mentafsir senarai bahan berdasarkan arahan kerja. Merujuk contoh bahan berdasarkan senarai bahan (bill of material). Mendapatkan bahan berdasarkan senarai bahan. Menentukan jenis bahan berdasarkan spesifikasi produk. Mengendali bahan berdasar arahan kerja. Memeriksa spesifikasi dan keadaan bahan berdasarkan arahan kerja. Menentukan kerja melaminat berdasarkan kepada spesifikasi panel. Memilih perekat (glu) yang sesuai mengikut spesifikasi bahan. Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin penekan berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). Melaraskan mesin mengikut keperluan kerja yang hendak dilakukan. Mengesahkan kesediaan bahan mengikut spesifikasi produk. Melaraskan kedudukan bahan pada mesin dengan betul mengikut arahan kerja. Menggunakan mesin penekan dengan betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure.
10
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN 3.3.8
3.4 Melakukan kerja melaminat menggunakan mesin pengapit.
3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4 3.4.5 3.4.6 3.4.7 3.4.8
3.5 Melakukan kerja melaminat menggunakan mesin vakum.
3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5 3.5.6 3.5.7
Menguruskan tempat kerja dengan baik berdasarkan amalan 5S. Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai untuk kerja melaminat. Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada spesifikasi panel. Memilih jenis perekat (glu) yang sesuai mengikut jenis bahan. Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin pengapit berpandukan manual mesin. Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak dilakukan. Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk. Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan betul. Menggunakan mesin pengapit dengan betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai untuk kerja melaminat. Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada spesifikasi panel. Memilih jenis perekat (glu) yang sesuai mengikut jenis bahan. Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin vakum berpandukan manual mesin. Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak dilakukan. Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk. Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan betul. 11
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN 3.5.8
3.6 Melakukan kerja melaminat menggunakan mesin membrane
3.6.1 3.6.2 3.6.3 3.6.4 3.6.5 3.6.6 3.6.7 3.6.8
3.7 Melakukan kerja menggunakan mesin forming (post and soft)
3.7.1 3.7.2 3.7.3 3.7.4
Menggunakan mesin vakum dengan betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai untuk kerja melaminat. Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada spesifikasi panel. Memilih jenis perekat (glue) yang sesuai mengikut jenis bahan. Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin membrane berpandukan manual mesin. Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak dilakukan. Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk. Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan betul. Menggunakan mesin membrane dengan betul dan selamat berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). Memilih dan menentukan jenis bahan yang sesuai untuk kerja melaminat. Melakukan kerja melaminat berasaskan kepada spesifikasi panel. Memilih jenis perekat (glue) yang sesuai mengikut jenis bahan. Mengenal pasti jenis dan keadaan mesin forming (post and soft) berpandukan manual mesin.
12
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN 3.7.5 3.7.6 3.7.7 3.7.8
3.8 Mengesahkan keadaan panel berlaminat.
3.8.1 3.8.2 3.8.3
3.9 Menyediakan laporan melaminat 3.9.1 panel perabot 3.9.2
4.0
MENGAPLIKASI KEMAHIRAN TERAS
4.1 Menguruskan pelbagai aktiviti kerja
4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4
Melaraskan mengikut keperluan kerja yang hendak dilakukan. Menganalisa jenis bahan mengikut spesifikasi produk. Menyediakan bahan untuk kerja melaminat dengan betul. Menggunakan mesin forming (post and soft) dengan betul dan selamat berpandukan Standard Operational Procedure (SOP). Memeriksa lecacatan dan kuantiti panel laminat berdasarkan spesifikasi produk. Mendapatkan pengesahan QC berdasarkan Standard Operational Procedure (SOP). Menyimpan panel laminat diruang yang dikhaskan berdasarkan prosedur penyimpanan. Menyediakan rekod arahan kerja, senarai semak, kawalan mutu laporan mengikut format. Menghasilkan laporan yang lengkap mengikut format yang betul merangkumi semua kerja yang dilaksanakan dalam melaminat panel perabot. Membuat perancangan aktiviti kerja individu. Menetapkan dan menyemak semula objektif dan matlamat individu berdasarkan keperluan kerja. Menyusun dan memastikan ruang kerja individu luaran sentiasa baik. Menggunakan strategi penyelesaian masalah berdasarkan keperluan kerja
13
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN 4.2 Mengurus Maklumat.
KRITERIA PENCAPAIAN 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4
4.3 Bekerjasama dengan rakan sekerja (kerja kumpulan).
4.3.1 4.3.2
Menyediakan maklumat secara bergambar serta grafik berdasarkan keperluan kerja. Menggunakan ‘word processor’ untuk memproses maklumat. Membuat analisa maklumat berdasarkan keperluan kerja. Menulis memo dan surat berdasarkan keperluan kerja. Membentuk kerjasama yang berterusan dalam kerja berkumpulan. Menunjukkan sikap inisiatif dan fleksibiliti dalam kalangan rakan sekerja.
14
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
15