Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim
Konsep AIDA Dalam Pengurusan Masjid Zainudin Yusof (Pembentang) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.
[email protected]
ABSTRAK: Masjid merupakan institusi terpenting dalam sesebuah negara Islam. Peranan dan kepentingan institusi masjid perlu dilihat dari sudut yang luas untuk memacu kepada negara yang lebih maju. Pengurusan masjid haruslah diperkasakan untuk menjadi sebuah masjid yang cemerlang. Kajian ini akan meninjau bagaimana penerapan konsep AIDA dalam pengurusan masjid. Ia bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan menggunakan konsep AIDA yang diterapkan di dalam pengurusan masjid tersebut. Metode pengumpulan data memfokuskan kepada buku-buku pengurusan dan hasil daripada kajian ini mendapati bahawa konsep AIDA sangat sesuai digunakan di dalam pengurusan masjid bagi memupuk kesedaran orang ramai dalam mengimarahkan masjid.
Pengenalan Masjid merupakan simbol kepada perpaduan umat Islam yang perlu dikekalkan. Masjid juga merupakan institusi terpenting dalam Islam yang berperanan merealisasikan beberapa tuntutan utama maqasid syariah untuk umatnya (Zulkifli Muda, Nizaita Omar, 2008). Umat Islam haruslah memikirkan cara untuk mengimarahkan masjid supaya masjid yang ada di negara ini tidak kosong. Ini adalah cabaran yang dihadapi setiap masjid bagi memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat orang ramai datang ke masjid. Masjid merupakan simbol kepada perpaduan umat Islam yang perlu dikekalkan. Masjid juga merupakan institusi terpenting dalam Islam yang berperanan merealisasikan beberapa tuntutan utama maqasid syariah untuk umatnya (Zulkifli Muda, Nizaita Omar, 2008). Umat Islam haruslah memikirkan cara untuk mengimarahkan masjid supaya masjid yang ada di negara ini tidak sunyi. Ini adalah cabaran yang dihadapi setiap masjid bagi memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat orang ramai datang ke masjid. Perbezaan yang ketara di antara pusat membeli-belah dan juga masjid sangat ketara pada hari ini. Ini kerana pusat membelibelah lebih menarik berbanding masjid walaupun pada hakikatnya masjid itu lebih penting daripada pusat membeli belah. Anak-anak muda lebih suka melepak di tempat yang tidak berfaedah berbanding masjid. Masjid merupakan institusi
yang utama untuk pembangunan jiwa generasi muda (Mohd. Yusnaidi Md. Sabri, Zaree Zakaria, 2008). Kebanyakan masjid-masjid yang ada kurang dikunjugi oleh umat Islam itu sendiri. Apakah cara yang terbaik di dalam pengurusan masjid supaya dapat menarik minat orang ramai untuk datang ke masjid. Justeru penulisan ini akan cuba merungkai konsep AIDA di dalam pengurusan masjid untuk menarik orang ramai bersama-sama mengimarahkan masjid. Kepentingan Institusi Masjid Dalam Realiti Semasa Masjid merupakan institusi penting di dalam sebuah negara Islam, ini kerana wujudnya keterikatan yang erat dan mendalam antara insan yang berstatus hamba dengan rumah Allah s.w.t (Roslan Mohamed, 2008: 2). Masjid diasaskan atas dasar taqwa kepada Allah s.w.t akan melahirkan masyarakat bersih daripada melakukan kemungkaran (lihat surah At-Taubah: 108). Masjid mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam pembangunan masyarakat. Institusi masjid pada hari ini bukan sekadar menjadi tempat mendengar dan mengambil ilmu tetapi ianya juga medan pembangunan social dan peradaban masyarakat. Berdasarkan perkembangan tersebut, jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya institusi masjid dalam konteks pembangunan ummah. Secara tidak langsung, memberi gambaran betapa perlunya perancangan
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
dan pengurusan masjid yang bersifat sistematik dan profesional. Sebilangan masjid-masjid yang ada pada hari sangat mengecewakan. Ini disebabkan pengurusan yang lemah di dalam masjid itu sendiri. Kebanyakan masjid hilang daya kekuatannya, pesonannya bahkan identitinya dan masjid dilihat sebagai tempat yang bersifat khusus semata-mata untuk melakukan ibadah solat, tempat ceramah dan akad nikah (Roslan Mohamed, 2008: 4). Selain itu, masjid menjadi kurang tarikan untuk masyarakat mengimarahkannya. Seperti golongan belia dan remaja, untuk datang solat berjemaah pun susah, apatah lagi program-program keagamaan. Maka perlunya sebuah pengurusan yang bersifat sistematik dan profesional dalam mengatur strategi untuk menjadikan sebuah masjid yang memiliki kredibiliti dan mampu dibanggakan oleh kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.
membangunkan masjid. Masjid pada ketika itu menjadi tempat beribadah yang aktif iaitu sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti ke agamaan. Kemudian, masjid juga menjadi pusat pentadbiran negara. Ketika Islam mula berkembang dibawah pimpinan Rasulullah s.a.w, masjid merupakan pusat pentadbiran negara selain daripada pusat beribadah. Tanpa wujudnya pentadbiran Islam, keadilan Islam tidak akan dapat dibuktikan (Dr. Mahmud Saedon A.Othman, 1994: 58). Dalam teori siasah Islam membuktikan bahawa agama dan negara tidak dapat dipisahkan, Islam tidak mungkin berkembang dengan cepat tanpa wujudnya pentadbiran yang mantap sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah yang mana masjid menjadi pusat pentadbiran kepimpinan baginda dalam membentuk masyarakat Islam. selain itu, masjid juga merupakan pusat pendidikan di zaman permulaan Islam. Masjid di dalam Islam merupakan tempat yang paling penting di dalam pembentukan individu muslim dan masyarakat Islam. sejarah pendidikan Islam adalah bermula daripada masjid, yang mana masjid menjadi pusat pendidikan secara penuh. Ini kerana masjid dijadikan salah satu tempat yang asasi untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam, keadaan ini berjalan terus sepanjang zaman tanpa putus-putus di seluruh negara Islam (Dr.Ahmad Shalaby, 1945: 85).
Fungsi Dan Peranan Masjid Rasulullah s.a.w merupakan contoh dan rujukan yang sangat berharga di dalam pengurusan masjid. Di antara langkah strategik yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam membangunkan masyarakat Madani di Madinah dengan mendirikan masjid (Aminuddin Ruskam al-Dawamy, 2008: 22). Setelah sempurnanya pembinaan masjid al-Nabawi di Madinah yang menjadi punca kepada kejayaan Islam, secara tidak langsung, masjid tersebut menjadi pusat segala urusan melibatkan kerajaan Islam ketika itu. Maka muncullah satu syiar Islam yang membawa kepada keunggulan sebuah kerajaan Islam pertama diasaskan oleh Rasulullah s.a.w Masjid merupakan sebuah institusi yang berperanan sebagai paksi masyarakat. Juteru, pengurusannya perlu sistemetik supaya ianya senang dikunjungi. Institusi masjid sebagaimana yang telah diberi contoh Rasulullah s.a.w mempunyai fungsi yang sangat meluas dengan peranannya sebagai paksi masyarakat (Asmak Haji Ali Hashim Mat Said, 2008: 29).
Selain itu, membangunkan masjid merupakan langkah pertama Rasulullah s.a.w menyatukan masyarakat Madani, konsep masjid bukan hanya sekadar tempat ibadah, atau tempat berkumpulnya kabilah, tetapi masjid juga sebagai markas utama dalam mengendali seluruh masyarakat. Dalam urusan kehakiman masjid juga merupakan tempat dijalankan pengadilan atau penghakiman seperti mahkamah yang ada sekarang (al-Nahlawi, 1979: 120). Menjana Pengurusan Profesional Masjid
Pada permulaan Islam iaitu di zaman Rasulullah s.a.w, fungsi dan peranan masjid itu cukup luas. Di antaranya adalah sebagai pusat atau tempat ibadah. Setelah masjid di Madinah siap, Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabat mendirikan solat secara berjemaah. Ini menunjukan bahawa mendirikan solat secara berjemaah merupakan aspek penting di dalam
Dalam kerangka mengimarahkan institusi masjid, pastinya isu pengurusan di antara perkara yang perlu dibincangkan. Tidak dinafikan bahawa masjid-masjid di Malaysia mempunyai organisasi dan sistem pengurusan tersendiri. Institusi masjid merupakan pusat utama penyebaran Islam sejak permulaan Islam itu bertapak sehinggalah ke hari ini. Kejayaan pengurusan masjid terbukti ketika 2
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
pemerintahan Rasulullah s.a.w. semasa mengurus masjid Nabawi di Madinah. Fungsi dan peranan masjid pada zaman baginda cukup luas. Pendek kata, masjid merupakan tunggak utama pentadbiran dalam pelbagai aspek. Namun begitu, perubahan masa dan situasi semasa menyebabkan institusi masjid perlu diberikan nafas baru sesuai dengan pekembangan dan tuntutan masa (Roslan Mohamed, 2008: 5).
MENGIMARAHKAN MASJID Mengimarahkan masjid merupakan tanggungjawab setiap muslim yang telah disyariatkan dalam Islam. tanggungjawab mengimarahkan masjid ada disebut dalam alQuran antaranya ialah sebagaimana firman Allah s.w.t:
Pengurusan merujuk kepada satu set kegiatan yang yang direka bentuk untuk meninggikan dan mengarahkan kerja dan tugas yang ditentukan (Ahmad Atory Hussain, 2002: 6). Profesional pula bermaksud kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap dan memperlihatkan kemahiran tertentu (Hajah Noresah Baharom, 2005: 1233). Secara umumnya, pengurusan profesional dalam konteks institusi masjid adalah sistem pengurusan yang teratur, bijak , sistematik demi mencapai objektif. Untuk melahirkan pengurusan masjid yang profesional, banyak aspek perlu di ambl serius. Di antaranya adalah perancangan dan pengurusan masjid, ini adalah perkara asas dan ianya bersifat semasa. Perancangan dan pengurusan masjid melibatkan program dan aktiviti masjid, juga pemilihan ahli jawatan kuasa masjid yang cemerlang. Untuk menjana masjid yang cemerlang, peneraju organisasi pengurusan masjid haruslah mantap, berketerampilan dan profesional.
Maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”. (Surah al-Taubah 9: 18) Dalam ayat ini Allah s.w.t memberikan penyaksian bahawa orang yang memakmurkan masjid ialah mereka yang beriman (Ibn Kathir, 1996: 354/2). Pengimarahan masjid dilakukan untuk menunaikan sembahyang secara berjemaah yang pahalanya berlipat kali ganda daripada sembahyang seorang diri. Selain itu, pengimarahan masjid juga boleh dilakukan dengan melakukan pelbagai amalan lain yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti iktikaf, membaca al-Quran, berzikir, menuntut ilmu dan sebagainya (Mushaddad Hasbullah, 2008: 8).
Selain itu, pengurus juga haruslah profesional, ianya melibatkan semua pihak berkaitan dengan pengurusan masjid. Profesional dimaksudkan adalah cemerlang dalam semua skop kerja yang diberikan dan bijak dalam menguruskan sesuatu perkara. Kemudian fizikal masjid juga perlu dalam keadaan profesional, iaitu dari aspek kelengkapan dan insfratruktur perlu sewajarnya mengikut peredaran masa. Misalnya, perlunya disediakan kediaman yang selesa untuk kakitangan masjid, ada jalur lebar, tempat ibadah yang selesa dan sebagainya. Dan terakhir, jemaah masjid juga perlu profesional. Jemaah memainkan peranan penting dalam menyokong setiap perancangan aktiviti dan pengurusan yang dilaksanakan di sesebuah masjid (Roslan Mohamed, 2008: 7).
Kesedaran mengimarahkan masjid sangat penting pada setiap individu muslim. Ianya merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul setiap muslim. Kesedaran ini perlu ditanam supaya masjid sentiasa diimarahkan dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat. Untuk melaksanakan kerangka pengimarahan, pengurusan masjid sangat memainkan peranan penting dalam memastikan perancangan berjalan dengan lancar. Dalam perancangan ini, perlunya idea-idea baru yang mampu membawa pengurusan masjid mencapai matlamatnya. Pengurusan masjid haruslah diberikan nafas baru sesuai dengan peredaran masa dan keadaan masyarakat supaya dapat 3
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
mencapai matlamat Mohamed, 2008: 5).
dan
objektif
(Roslan
menjelaskan dengan sejelasnya kelebihan produk tersebut untuk meningkatkan interest pembeli. Assael menjelaskan mengenai interest yaitu munculnya minat beli pembeli tertarik terhadap objek yang dikenalkan oleh seseorang peniaga (Assael, 2002:60).
Konsep AIDA Konsep AIDA merupakan model pemasaran yang digunakan untuk memasarkan barangan. AIDA adalah singkatan bagi empat tahap proses iaitu Attention, Interest, Desire dan Action. Model AIDA adalah salah satu model hirarki yang cukup terkenal digunakan dalam pemasaran. AIDA merupakan sebuah konsep yang memainkan peranan penting di dalam pemasaran.
3. Desire Selanjutnya langkah yang harus dilakukan oleh seorang peniaga ialah dengan menyakinkan pembeli supaya mereka mempunyai keinginan untuk membeli produk tersebut. Pada tahap ini, peniaga harus bijak dalam menyakinkan pembeli dengan membuat iklan atau promosi yang mampu menarik minat pembeli. Langkah ini untuk membuktikan bahwa seorang peniaga mampu memberikan penyelesaian masalah pembeli. Dalam tahap ini pembeli telah pun mempunyai motivasi untuk memiliki produk tersebut. Sampai pada tahap ini, seorang peniaga telah berjaya menyelesaikan masalah pembeli. Mungkin pada ketika ini pembeli sudah pun mula berminat (desire) dengan produk yang telah dipromosikan. Namun demikian, akan timbul di dalam diri pembeli berupa keraguan, adakah kelebihan produk yang dijual ini sama seperti yang dijanjikan atau sebaliknya. Maka perlunya peniaga tersebut menyakinkan pembeli dengan memberikan demontrasi produk supaya fungsi dan keberkesanan produk tersebut dapat dirasai pembeli. Dengan ini, pembeli akan hilang keraguan dan mula berminat untuk memilikinya.
1. Attention Dalam attention peniaga itu haruslah membuat satu pernyataan yang mengungkap perhatian orang dan membuat sesuatu yang boleh mencuri perhatian orang ramai tentang produk yang ingin dipasarkan. Misalnya, gambar, ungkap atau video powerful yang boleh mencuri perhatian orang ramai sehingga mereka tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang barangan yang hendak di jual. Kotler dan Amstrong mengemukakan bahawasanya daya tarikan (attention) haruslah mempunyai tiga sifat, iaitu. Yang Pertama; haruslah bermakna (meaningful), menunujukkan manfaat yang produk lebih diinginkan atau lebih menarik. Yang Kedua; pesanan haruslah dipercayai (believable), pembeli percaya bahawa produk tersebut akan memberi manfaat kepadanya. Yang Ketiga; (distinctive) iaitu pesanan iklan itu lebih baik dari pesanan iklan peniaga-peniaga lain (Kotler dan Amstrong, 2001: 116)
4. Action Action ini adalah tahap terakhir di mana seorang peniaga haruslah mengarah pembeli pada tindakan untuk membeli. Dalam tahap ini, action menjelaskan langkah apa yang dilakukan oleh seorang peniaga dalam menginginkan pembaca atau target melakukan keputusan untuk membeli (Abdul Rofiq, Zainul Arifin, Wilopo, 2012: 3). Peniaga haruslah bijak dalam menghalakan keputusan pembeli untuk membeli produk tersebut. Keputusan pembelian merupakan suatu keputusan sebagai pemilihan suatu tindakan dari dua atau lebih pilihan alternatif. Action adalah Tindakan akhir seorang peniaga untuk menyakinkan pembeli agar tertarik dengan produk tersebut. Peniaga harus bijak memilih kata-kata yang tepat agar calon pembeli atau target melakukan respon positif terhadap produk. Keputusan membeli suatu produk memiliki tujuh komponen (Swastha dan Irawan, 2002:118). (1)
2. Interest Interest adalah langkah setelah seorang peniaga mampu untuk memberikan perhatian (attention) seperti iklan, video,gambar dan sebagainya. Attention sangat penting untuk melahirkan interest. Peniaga haruslah menjadikan media sebagai medium untuk membuat iklan (attention) supaya dapat memberi informasi kepada pembeli. Informasi ini sangat penting untuk pembeli sampai kepada interest. Iklan (attention) tersebut haruslah menarik minat pembeli untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut. Peniaga hendaklah memberikan keyakinan kepada pembeli dengan janji dan solusi setiap masalah mereka hadapi. Cara yang baik adalah dengan menjelaskan kelebihan produk yang dipromosikan. Selain itu, peniaga haruslah 4
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
keputusan tentang jenis produk, (2) keputusan tentang bentuk produk, (3) keputusan tentang mereka, (4) keputusan tentang penjualnya, (5) keputusan tentang jumlah produk, (6) keputusan tentang waktu pembelian, (7) keputusan tentang cara pembayaran. Ketujuh-tujuh ini penting bagi pembeli dalam menentukan keputusan pembelian sesebuah produk itu.
tempat ibadah. Wal hal masjid pada zaman Rasulullah s.a.w menjadi pusat pelbagai kegiatan pentadbiran. Skop peranan masjid itu hendaklah diperluaskan. 2. Interest Setiap aktiviti yang dianjurkan itu haruslah menarik minat masyarakat. Jauhi aktiviti yang syok sendiri tanpa menghiraukan keinginan macamana yang masyarakat inginkan. Aktiviti yang hendak dilakukan haruslah berdasarkan keutamaan, kemampuan, dan perkembangan semasa (Ajmain @ Jimaain Safar, 2008: 27). Sehubungan itu, setiap perkara yang hendak dilakukan haruslah mempunyai gaya tarikan sendiri. Misalnya, apa kelebihan masyarakat akan dapat sekiranya menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan tersebut. Selain itu, aktiviti itu juga mampu menyelesaikan masalah yang masyarakat hadapi sekarang ini. Cari masalah yang paling banyak di hadapi di kalangan masyarakat. Kemudian pengurusan masjid anjurkan satu program atau aktiviti yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya aktiviti atau program itu berkaitan dengan dengan hidup sesorang itu, maka sudah tentu ia akan tertarik untuk menyertai program tersebut.
Penerapan Konsep Aida Dalam Pengurusan Masjid Konsep AIDA adalah sebuah model pemasaran yang digunakan di dalam penjualan barangan. Namun begitu, bagaimana pula ianya diterapkan di dalam pengurusan masjid. Konsep yang sama tetapi produk yang berbeza, tujuannya bukan untuk menjual, tetapi untuk mempromosikan masjid. Model AIDA terdiri daripada empat kegiatan promosi. (1) untuk mendapatkan Perhatian (Attention), (2) untuk meraih Ketertarikan (Interest), (3) untuk membangkitkan Keinginan (Desire), dan (4) untuk menghasilkan Tindakan (Action). Keempat-empat kegiatan promosi ini penting digunakan untuk mengimarahkan masjid. 1. Attention
3. Desire
Attention sangat penting di dalam mempromosikan masjid kepada masyarakat. Aktiviti yang ingin dipromosikan tersebut haruslah mampu menarik minat perhatian masyarakat. Kreativiti adalah aspek penting di dalam mempromosikan masjid, supaya masyarakat dapat memberikan perhatian sepenuhnya. Iklan-iklan mempromosikan masjid boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti video, gambar, banner, pamplet, dan sebagainya. AJK berperanan penting untuk menjayakan setiap aktiviti masjid. Mereka perlu pro-aktif dalam mengemukakan idea untuk menjana aktiviti masjid dengan berkesan dan mencapai sasaran (Ahmad Nawawi Yaakob, Ramlee Ramlan, Rashidah Ahmad Dahari, 2008: 58). Namun apa yang paling penting adalah kreativiti dalam mempromosikannya. Idea-idea bernas diperlukan supaya iklan tersebut mampu menarik perhatian masyarakat. Perancangan dan pengurusan masjid haruslah bijak dalam membuat program-program yang boleh menarik perhatian masyarakat. Fungsi dan peranan masjid haruslah diperluaskan lagi. Ini kerana persepsi masyarakat terhadap peranan masjid terlalu khusus seperti masjid sebagai
Attention yang dibuat mestilah mampu melahirkan rasa interest di kalangan masyarakat supaya desire itu wujud untuk datang ke masjid. Maksudnya, iklan yang menarik mampu melahirkan rasa keinginan seseorang itu untuk sama-sama mengimarahkan masjid. Membina keyakinan masyarakat untuk mengimarahkan masjid perlu didorong dengan maklumat yang lengkap. Masyarakat perlu tahu maklumat tentang mengimarahkan masjid itu macam mana, apa kelebihan mereka akan dapat dan adakah ianya menyelesaikan masalah mereka. Maklumat yang lengkap membantu untuk membina keinganan di kalangan masyarakat. Hal ini penting untuk melahirkan “emotional kelebihan” di kalangan masyarakat. Apabila keinginan itu ada, masyarakat akan membuat satu keputusan yang positif di dalam tindakan yang seterusnya iaitu action. Untuk menjadikan masjid sebagai institusi yang dinamik ke arah membangunkan modal insan, ia perlu diurus dengan sebaik mungkin sama ada dari segi organisasi, aktiviti, prasarana, perkhidmatan dan sebagainya (Abdul Malik, 2005). 5
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
4. Action
untuk berlumba-lumba mengimarahkan masjid. Dengan memberikan kelebihan kepada masyarakat ia dapat membantu dalam mempengaruhi tindakan yang hendak dibuat. Keberkesanan daripada attention, interest dan desire akan membawa kepada matlamat (action) yang ingin dicapai. Maka sudah tentu pentingnya perancangan yang profesional untuk mendapat hasil yang cemerlang. Kepimpinan masjid perlu memiliki pemikiran yang ‘terbangun’ untuk mengurus masjid melalui pembangunan minda. Ia boleh dilakukan menerusi penambahan ilmu pengetahuan, pengalaman, kesedaran, motivasi dan wawasan (Ab. Aziz Mohd Zain, 2003). Kesimpulannya, action akan menentukan hala tuju masyarakat sama ada ingin ke masjid beramal kebajikan atau sebaliknya.
Action adalah peringkat terakhir di mana masyarakat akan membuat tindakan atau keputusan sama ada pergi ke masjid atau tidak. Iklan dan promosi sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat untuk membuat tindakan. Maka pengurusan masjid perlu memberikan kepentingan kepada masyarakat sekiranya mereka hadir. Action field biasanya berkaitan dengan masa, hadiah, bonus dan kelebihan. Misalnya, siapa yang menyertai aktiviti masjid ini akan mendapat hadiah seperti tiket menunaikan umrah bersama dengan syarikat travel. Mungkin akan dibuat secara selective iaitu tertumpu kepada jemaah yang cemerlang. Secara tidak langsung, hal ini mendorong masyarakat
Rajah 1.0 penerapan konsep AIDA dalam pengurusan masjid Konsep AIDA
Huraian
A
Perhatian
Promosi dan iklan aktiviti masjid haruslah ‘powerful’ supaya dapat mencuri perhatian masyarakat untuk datang ke masjid.
I
Menarik
Program dan aktiviti yang memberi ‘benefit’ kepada masyarakat seperti aktiviti yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat.
D
Minat
Maklumat aktiviti lengkap, membina keyakinan, merangsang ‘emotional’ masyarakat untuk mengimarahkan masjid.
A
Tindakan
‘Action field’ tindakan yang positif akan mendapat hadiah, bonus, dan benefit. Ia akan Mendorong masyarakat berlumba-lumba mengimarahkan masjid.
Kerangka Teori
6
Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim
Berdasarkan kerangka teori ini, dapat disimpulkan bahawa dasar kepada teori ini adalah al-Quran, surah at-Taubah ayat 18, iaitu orang yang mengimarahkan masjid adalah orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Pengurusan masjid berperanan penting di dalam menjana kepada pengimarahan masjid. Pengurusan masjid menjadi saluran untuk mencapai kepada matlamat yang ditetapkan. selain itu, pengurusan masjid amat penting dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana ia merupakan nadi penggerak pembangunan modal insan yang cemerlang (Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi Salleh, Norhayati Salleh, 2008). maka sudah tentu perlunya pengurusan yang profesional untuk mencapai kepada target. Selain itu, konsep AIDA diterapkan di dalam pengurusan masjid supaya dapat menarik orang ramai untuk datang ke masjid. Konsep ini sesuai diguna pakai di dalam pengurusan masjid kerana ianya memberi kesan yang positif terhadap perkembangan institusi masjid tersebut. Konsep AIDA merupakan model pemasaran pertama yang diterapkan di dalam pengurusan masjid. Konsep pemasaran produk ini diguna pakai untuk memasarkan masjid kepada orang ramai supaya sampai kepada matlamat yang ditetapkan. keempat-empat elemen penting attention, interest, desire dan action akan membawa pengurusan masjid kepada matlamatnya iaitu mengimarahkan masjid. Fungsi dan peranan masjid perlu digerakkan agar ia bukan menjadi tempat yang sepi, kosong dan sunyi kecuali pada waktu-waktu tertentu sahaja (Mohd Ismail, 2004: 211). Perkara ini akan mendorong lagi ke arah perkembangan institusi masjid di Malaysia. Penutup Masjid merupakan institusi terpenting di dalam sesebuah negara Islam. Umat Islam perlu menyedari kedudukan dan peranan yang perlu dimainkan oleh masjid supaya dapat mencapai kepada matlamat yang diimpikan. Kesedaran untuk mengimarahkan masjid sangat penting pada setiap individu Islam. melalui penerapan konsep AIDA di dalam pengurusan masjid dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan masjid tersebut. Konsep AIDA yang diterapkan ini dapat membantu pengurusan di dalam proses mengimarahkan masjid-masjid yang
ada di negara ini. Pengurusan sesebuah institusi itu perlu cemerlang dan profesional di dalam menghalakan perjalanan pengurusan itu untuk mencapai matlamat yang dirancang. Namun demikian harus diingat bahawa aktiviti dan program yang hendak dijalankan itu haruslah tidak bercanggah ajaran agama. Maka anjurkanlah aktiviti dan program yang boleh membawa masyarakat mendekati diri mereka kepada Allah s.w.t. Rujukan Dr. Mahmud Saedon A.Othman. 1994. Asas Dan Nilai Pentadbiran Dalam Islam. Brunei Darussalam: Jabatan Percetakan Kementerian Undang-Undang. Aminuddin Ruskam al-Dawamy. 2008. Falsafah Dan Fungsi Masjid Dalam Islam. Dalam. Fungsi dan Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Asmak Haji Ali Hashim Mat Said. 2008. Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari. Dalam. Fungsi dan Peranan Masjid Dalam Masyarakat Hadhari. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Dr.Ahmad Shalaby. 1945. Tarikh Al-Tarbiyah AlIslamiah. Beirut: Dar Al-Kashshaf. Roslan Mohamed. 2008. Pemerkasaan Masjid Melalui Pengurusan Profesional. Dalam. Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mushaddad Hasbullah. 2008. Pengimarahan Masjid: Tanggungjawab Setiap Muslim. Dalam. Pengimarahan Masjid Agenda Ummah. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Zulkifli Muda dan Nizaita Omar. 2008. Limitasi Dan Absolutasi Aktiviti Masjid Menurut Islam. Dalam. Pengimarahan Masjid Agenda Ummah. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Ajmain @ Jimaain Safar. 2008. Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Pembangunan Modal Insan. Dalam. Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
2002 Anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademik Pengajian Islam UM. Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi Salleh, Norhayati Salleh. 2008. Pengurusan Masjid: Satu Tinjauan Ke Atas Masjid Cemerlang. Dalam. Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Nawawi Yaakob, Ramlee Ramlan, Rashidah Ahmad Dahari. 2008. Manual Prosedur Kerja (MPK): Ke Arah Memantapkan Pengurusan Masjid. Dalam. Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. (pnyt). Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Ismail bin Mustari dan Idris bin Ismail (2004). Peranan Masjid Dalam Membangunkan Ummah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004. 25-27 September. Kedah: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia
Ahmad Atory Hussain. 2002. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hajah Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Nahlawi. 1979. Usul al-Tarbiyah alIslamiyyah wa Asalibuha. Damsyik: Dar al-fikr. Ibn Kathir, Ismail Ibn Kathir al-Qurasyi alDimasyqiy. 1996. Tafsir al-Quran al-‘Azim. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Amstrong, Gery, Philip Kotler. 2001. PrinsipPrinsip Pemasaran. Jilid 1. Jakarta: Erlangga. Assael. 2002. Consumer Behavio. Edisi Bahasa Indonesia. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Abdul Rofiq, Zainul Arifin, Wilopo. 2012. Penerapan AIDA Terhadap Keputusan Pembelian. Jawa Timur: Universitas Brawijaya Angkatan. Swastha, Basu dan Irawan. 2002. Manajemen Pemasaran Modern. Yogyakarta: Liberty. Abdul Malik Hussin. 2005. Pengurusan Yang Sistematik, Dinamik dan Inovatif. kerja Muzakarah Pegawai Pengurusan Peringkat Negeri Johor di Dewan Kompleks Islam Jabatan Agama Johor.
Masjid Kertas Masjid Besar
Ab. Aziz Mohd Zain. 2002. Pembangunan Minda Pegawai Masjid. Di Seminar Pembangunan Masjid. Dewan Kuliah Utama Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya 28 Disember
8