Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim
Konsep Amanah Dalam Pengurusan Islam Dari Sudut Maqasid Syariah (Penjagaan Harta Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor.
[email protected]
ABSTRAK: Amanah merupakan elemen penting dalam sesuatu pengurusan. Ia juga merupakan elemen yang perlu dijaga dalam menghasilkan sebuah pengurusan yang mantap. Kajian ini membincangkan tentang bagaimana konsep amanah dalam pengurusan Islam itu dapat membawa kepada terdirinya maqasid syariah dari sudut penjagaan harta. Kajian ini memberi tumpuan kepada konsep amanah secara umum, konsep amanah dalam pengurusan, proses pengurusan, pengurusan harta dari sudut maqasid syariah serta penerapan konsep amanah dalam pengurusan harta. Bagi mendapatkan hasil kajian, metode pengumpulan data telah diambil dan memfokuskan beberapa buah buku pengurusan. Kajian mendapati, konsep amanah dalam pengurusan sangat penting dan membawa kepada penjagaan harta. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan gerak kerja pengurusan Islam dalam sesebuah organisasi.
Pengenalan Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Di samping menentukan masa hadapan masyarakat, ia juga menjadi penentu kepada keberlangsungan sesuatu pengurusan di dalam sesebuah organisasi. Urusan-urusan pentadbiran suatu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal agar tidak dicemari oleh unsur-unsur yang khianat terhadap amanah yang telah diletakkan di atas bahu setiap anggota sesebuah organisasi. Hal ini kerana kegiatan pengurusan institusi merupakan komponen yang berhubung secara langsung dengan elemen syariah dalam Islam (Fadzila Azni Ahmad 2013). Acap kali kita melihat kepada beberapa kes-kes pecah amanah yang menjadi kepada berita utama di dada akhbar. Dewasa ini dilihat bermacam-macam bentuk kes pecah amanah yang berlaku dalam kalangan penjawat awam baik dalam kalangan pegawai tadbir mahupun pembantu tadbir sesuatu pejabat kerajaan. Sebagai contoh laporan Berita Harian 3 September 2014 melaporkan tentang peguam hartanah yang dipenjara enam tahun kerana pecah amanah. Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan wang sebanyak RM418,500. Beliau dilaporkan melakukan pecah amanah terhadap baki wang
hasil jualan rumah milik untuk kegunaan firma guamannya. Sinar Harian bertarikh 23 Jun 2014 pula melaporkan seorang bekas pembantu tadbir sebuah syarikat bekalan air dituduh melakukan kesalahan pecah amanah melibatkan wang tunai RM165,863 milik majikannya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan. Pelbagai lagi kes yang melibatkan kontraktor, pengasas syarikat, pegawai kanan syarikat, peguam hartanah, kerani syarikat mahupun sekecil-kecil jawatan di dalam sesebuah organisasi atau pentadbiran. Kesemua kes-kes yang kerap berlaku dan hampir pasti berlaku tiap tahun berikutan ketidak endahan segelintir masyarakat memilih individu yang layak untuk diberikan sesuatu tanggungjawab. Ianya selari dengan firman Allah s.w.t.:
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (al-Nisa’: 58)
Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Menurut Mahdi (1997), amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :
Menurut al-Mubarakfuri (2000), ayat di atas merupakan khabaran Allah s.w.t. untuk memerintahkan menunaikan amanat kepada ahlinya (kepada yang berhak). Hak itu mencakupi seluruh amanah yang wajib bagi manusia, berupa hak-hak Allah s.w.t. terhadap para hambanya, seperti solat, zakat, puasa, kafarat, nazar dan yang semisalnya. Semuanya merupakan amanah yang diberikan tanpa pengawasan hamba yang lainnya. Demikian juga hak-hak sebahagian hamba atas sebahagian yang lainnya, seperti amanah yang dipercayakan dari sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain tanpa disertai bukti-bukti atas hal itu.
a. Amanah Terhadap Allah s.w.t. Dan Rasul Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah s.w.t. ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah s.w.t. ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah s.w.t. sepertimana firmanNya :
Konsep Amanah Amanah berasal daripada perkataan arab - – أمن yang bermaksud penjagaan terhadap janji dan pelihara terhadap apa yang diamanahkan. Ia juga boleh diertikan sebagai tenteram, aman, selamat dan harmoni. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) pengertian amanah bermaksud sesuatu yang dipercayakan kepada orang. Juga boleh diertikan sebagai kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang (al-Mu’jam al‘Arabi al-Asasi t.t), Amanah juga boleh dikategorikan antara sifat terpuji dan akhlak seseorang. Buktinya amanah digunakan dalam salah satu dari dua hal berikut (Mahdi 1997):
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya). (al-Anfal: 27)
a. Akhlak mulia yang mendorong pemiliknya menjaga hak-hak orang lain. b. Hak-hak yang dipeliharanya diserahkan kepada seseorang.
Ibn Kathir (2007) menukilkan kata-kata Ibn Abbas yang mengertikan “wa takhunuu amanatikum”, dengan amanat iaitu amal perbuatan yang diamanatkan (diwajibkan) Allah s.w.t. ke atas hambaNya. Manakala “laa takhuunuu” membawa maksud jangan kamu
Di sini perlu diperhatikan bahawa dalam erti yang kedua amanah harus mengandung dua syarat, iaitu kebersediaan orang yang dipercayai untuk memelihara hak-hak, kedua adanya pengakuan orang yang percaya kepada orang yang dipercayai sekalipun melalui satu tujuan. 2
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
kurangi, jangan mengabaikannya.
kamu
malas
dan
jangan
s.w.t. menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah.
Segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t. hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah s.w.t. ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai amanah Allah s.w.t. akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.
Mata yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah s.w.t. dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan. Lidah menjadi amanah Allah s.w.t. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri.
Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah s.w.t. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah s.w.t. dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah s.a.w. telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah s.a.w. kepada umatnya yang perlu dipelihara, dihargai serta dipatuhi. Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah s.a.w. merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah s.w.t. dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah s.w.t., tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan.
Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah s.w.t. kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai Allah s.w.t. c. Amanah Terhadap Perkhidmatan
Masyarakat
Dan
Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para penternak untuk mendapatkan daging. Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin.
b. Amanah Terhadap Diri Sendiri Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah s.w.t. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah s.w.t. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan, kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam. Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah
Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan 3
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
antara satu dengan yang lain. Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat.
beramanah akan menjadikan kerja sebagai satu kepuasan bagi dirinya. b. Menguruskan masa dengan sebaikbaiknya. Seorang pengurus seharusnya menjadi model yang elok kepada para pekerjanya. Mereka perlu hadir awal ke pejabat dan balik lewat ke rumah. Mereka juga mesti bijak menguruskan masa dan kerja yang diberikan dengan memberikan tarikh sesuatu kerja itu perlu disiapkan.
Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Msyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.
c. Tidak menggunakan jawatan bagi kepentingan peribadi. Dalam hal ini pengurus itu tidak boleh menjadikan jawatannya itu sebagai tempat untuk mencari keuntungan peribadi. Contohnya, mendapat komisen daripada pembekal dengan menyuruh pembekal membekalkan barangan pada harga yang tinggi, menawarkan bekalan barangan kepada saudara mara sendiri, dan yang paling berat, menerima rasuah daripada seseorang atau syarikat semasa meluluskan atau dalam usaha mendapatkan sesuatu projek.
Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah s.w.t. dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.
Selain sifat amanah, nilai-nilai Islam yang membentuk prinsip asas pengurusan juga melibatkan sifat tidak mementingkan pandangan dan pendapat sendiri dalam syura dan sifat berlaku adil dan saksama kepada pekerja. Selain itu pengurus Islam wajib mempunyai sifat-sifat yang berikut (Azman 2001):
Konsep Amanah Dalam Pengurusan Ilmu pengurusan Islam yang lebih bertunjangkan paradigma tauhid, iaitu mempunyai beberapa prinsip asas yang utama – amanah, syura dan adil. Amanah merupakan nilai utama dalam pengurusan Islam. Amanah juga diertikan sebagai segala sesuatu yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada ahlinya. Natijah daripada sifat amanah ini akan lahirlah pula sifat-sifat terpuji lain yang membawa kepada terlaksananya sifat ikhlas, jujur dan bekerja mencari keredaan Allah (Azman 2003).
a. Ubudiyah (segala yang berhubung dengan ibadah dan akirat). Sifat ini merupakan sifat yang paling utama yang seharusnya ada pada pengurus Islam, kerana tanpa sifat-sifat ubudiyah ini segala amal kelakuan pengurus tidak akan bermakna di akhirat kelak. Untuk merealisasikan sifat ubudiyah ini, pengurus Islam itu wajib menyerahkan segala perlakuannya ke arah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah s.w.t. Inilah yang seharusnya diamalkan dalam melaksanakan sebarang fungsi atau aktiviti pengurusan, dan pengisian amalannya mestilah tidak bertentangan dengan Islam.
Dalam menghuraikan berkenaan konsep amanah dalam pengurusan ini, Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) mengutarakan tiga ciri-ciri amanah yang diamalkan dalam pengurusan: a. Membuat kerja dengan jujur dan ikhlas. Seorang pengurus yang amanah ialah pengurus yang tidak menipu dalam menjalankan kerjanya. Menyiap atau menyempurnakan kerja semasa bekerja adalah lebih penting daripada ganjaran yang diterima. Oleh itu, pengurus yang
b. Mas`uliah (tanggungjawab). Seseorang pengurus itu bertanggungjawab terhadap sebarang perlakuannya dan prestasi pekerjanya. Mereka tidak boleh mengabaikan 4
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
tanggungjawab terhadap prestasi pekerjanya. Dalam erti kata lain pengurus Islam mestilah dari semasa ke semasa memerhatikan kelakuan dan mengawasi prestasi pekerjanya. Pengawasan yang disyorkan bukanlah bertujuan untuk mengawal atau mencari kelemahan pekerja tetapi lebih kepada menasihati pekerja untuk mengatasi kelemahan prestasi atau membuang perangai mazmumah dan memotivasi pekerja ke arah menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.
file:///C:/Users/hj%20muhammad/Desktop/pdf% 20from%20jai/02BERSIH_CEKAP_AMANAH. pdf). Menurut Fadzila Azni Ahmad (2013), konsep amanah dalam pengurusan juga boleh kita simpulkan sebagai ketelibatan manusia selaku pelaksan, ahli dan pengurusan institusi adalah sebagai hamba dan khalifah yang memgang amanah daripada Allah s.w.t. Lantaran itu, untuk mempertahankan status sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t., hati ahli institusi atau anggota sesebuah organisasi yang ingin diurus itu perlu dididik dengan keimanan dan ketaqwaan.
c. Itqaan (kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh). Sifat ini merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Pengurus itu mesti yakin bahawa kerja yang dilakukannya itu akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Namun, semasa menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan, mereka tidak harus melupakan atau mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga atau masyarakat dengan bekerja sehingga larut malam atau tanpa mengira masa.
Proses Pengurusan Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenal pasti fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan. Antara unsur-unsur secara umum yang menjadi intipati kepada pengurusan ialah (Azman 2010):
d. Qanaah (sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allahs.w.t.). Sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya. Pengurus Islam yang qanaah bukanlah seorang pengurus yang mengejar pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Mereka yakin jika usaha atau kerjanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal atau sepatutnya daripada majikannya, maka ganjaran itu akan diperoleh di akhirat kelak. Natijah daripada sifat ini ialah pengurus akan sentiasa memberikan peluang kepada pekerjanya untuk mendapat ganjaran dan tidak berebut dengan pekerjanya untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu, pengurus tidak akan mengeksploitasikan hasil kerja pekerjanya sebagai batu loncatan mereka untuk naik pangkat.
a. Perancangan. Dalam ramalan dan perancangan, pengurus melihat masa depan dan membuat keputusan berhubung atau berdasarkan tindakan yang akan diambil. Hal ini melibatkan proses merangka rancangan, membuat rancangan dan keputusan-keputusan yang berkait dengannya. b. Pengelolaan. Di sini pengurs mengumpulkan kerja-kerja yang berkaitan dalam kelompok tersendiri, kemudian menyusun ahli-ahli organisasi dan seterusnya menetapkan tugas dan tanggungjawab ahli-ahli tersebut. c. Arahan. Pengurus memberi arahan dan panduan untuk memastikan kerja dapat dibuat dengan cekap dan sempurna. Fungsi arahan melibatkan kelulusan dan penyerahan autoriti kepada pekerja sebelum arahan dapat diberikan oleh seorang pengurus.
Di dalam dasar-dasar Malaysia, terdapat tiga aspek penting yang sepatutnya diterapkan di dalam jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat ialah Betul, Cekap dan Amanah. Sifat amanah yang dimaksudkan ialah rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang diterapkan selain mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi
d. Kawalan. Pengurus membuat pemeriksaan dan penyeliaan yang berterusan tentang pelaksanaan rancangan dan memastikan tindakan yang diambil adalah tepat dan betul. 5
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Jika kita perhatikan pengurusan dilihat sebagai satu proses yang melibatkan fungsi keempatempat elemen tersebut. Fungsi-fungsi elemen inilah yang menentukan berjaya atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat organisasi.
Bagi memenuhi tujuan dan matlamat syariah yang besar itu, maka Allah s.w.t. telah mensyariatkan berbagai peraturan yang dikira sebagai wasilah atau cara ke arah mencapai matlamat tersebut. Sebab itu maqasid syariah tidak boleh dicapai tanpa menggunakan wasilah tertentu. Oleh yang demikian perbahasan tentang wasilah atau cara adalah satu aspek penting dalam pengajian maqasid al-syariah.
Penjagaan Harta Dari Sudut Maqasid Syariah Syariat Islam diturunkan untuk memberikan kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Objektif atau maqasid Islam ialah untuk menjaga kepentingan dan keperluan manusia di dunia dan di akhirat. Maqasid Syariah ialah tujuan atau rahsia-rahsia yang telah ditetapkan Allah s.w.t. pada setiap hukum yang telah disyaratkan iaitu untuk mencapai kebahagiaan individu dan masyarakat, memelihara undang-undang dan seterusnya untuk memakmurkan dunia sehingga mencapai tahap kesempurnaan, kebaikan, kemajuan dan ketamadunan yang tinggi (alZuhaily 1997). Menurut al-Shatibi (1997) dalam kitabnya al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah, selain untuk memelihara kemaslahatan atau kepentingan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia, ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia selepas kematian mereka.
Konsep pengurusan harta yang menjurus kepada penjagaan harta dari sudut maqasid syariah bermaksud mencari rezeki dan pemilikan harta seperti pensyariatan muamalat seperti berjual-beli, sewa-menyewa, syarikat, memberi pinjam dan sebagainya. Untuk memeliharanya, Islam mengharamkan mencuri, mewajibkan hukuman potong tangan, mengharamkan penipuan, khianat, riba dan memakan harta orang lain secara tidak sah dan mewajibkan ganti-rugi ke atas harta yang dimusnahkan. Ini merupakan konsep pelindungan keselamatan harta dalam Islam. Maka dapat kita nyatakan di sini, penjagaan harta dalam Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya. Jadi, dari konsep pengurusan kita dapat simpulkan bahawa pengurusan harta sesebuah institusi atau syarikat perlu diselia dengan baik. Jika ianya tidak diselia dengan baik, maka akan bertentangan dengan ajaran Islam dan membawa kepada keruntuhan kepada pengurusan harta.
Jadi, boleh kita simpulkan bahawa maqasid syariah membawa erti seluruh peraturan yang terdapat dalam Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang besar dan penting iaitu untuk menjaga kepentingan manusia dunia dan di akhirat. Oleh itu tidak ada satu pun ajaran Islam yang membawa keburukan dan kesusahan kepada manusia. Syariah Islamiyyah menjamin keperluan asasi dalam hidup manusia yang disebut sebagai darurat al-khams. Syariah Islamiyyah juga mengambil berat perkara yang bersifat keperluan penting yang di sebut sebagai hajiyat, sebagaimana Islam memperakukan pentingnya aspek keselesaan dan kesempurnaan kepada manusia dalam menjalani kehidupan, yang disebut sebagai tahsiniyyat.
Penerapan Konsep Amanah Dalam Pengurusan Harta Pengurusan harta sesebuah organisasi menjadi titik penting kepada sesebuah organisasi. Kerana ianya merupakan aspek penting dalam keberlangsungan sesebuah syarikat. Justeru dalam memastikan keberlangsungan sesebuah organisasi itu, seseorang yang amanah perlu dipilih dalam mengendalikan tugas mengurus harta sesebuah organisasi. Oleh sebab itu, perbahasan kajian ini hanya menjurus kepada penjagaan harta yang merupakan salah satu dari maqasid syariah dalam konteks pengurusan.
Berhubung dengan keperluan asasi yang menjadi agenda utama syariah Islamiyyah, ia terdiri daripada lima perkara berikut. a. Penjagaan agama b. Penjagaan nyawa c. Penjagaan akal d. Penjagaan keturunan e. Penjagaan harta 6
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Justeru, perbincangan kertas kerja ini berkisar tentang bagaimana konsep penjagaan harta yang terkandung dalam maqasid syariah itu kita aplikasi dalam sistem pengurusan sehingga melahirkan anggota yang memahami konsep amanah di dalam menjalankan tugasnya. Ianya juga membawa maksud bagaimana seseorang anggota di dalam sebuah pengurusan menjaga harta organisasi daripada diselewengkan dari mana-mana pihak.
Maksudnya: Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya". (al-Qasas: 26)
Perbincangan tentang konsep amanah boleh kita kategorikan dalam konsep pemeliharaan harta yang dikira salah satu dari perkara daruriyyah. Berdasarkan kepada perspektif berkenaan, boleh dirumuskan bahawa betapa perlunya seseorang anggota menguruskan organisasi dengan beramanah. Ini termasuk, mengurus pembendaharaan harta sesuatu syarikat, keluar masuk wang syarikat dan pengurusan kewangan syarikat (Mustafa 1994).
Dalam ayat al-Quran di atas, diperhatikan bahawa pengurusan kakitangan sesebuah institusi haruslah berasaskan sifat-sifat terpuji seperti amanah, berpegang teguh dengan syariat dan bersatu padu. Pengurusan kakitangan sesebuah institusi di sini termasuklah aspek pengurusan harta seebuah institusi. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan kewangan yang memerlukan kepada ketelitian baik dari sudut mendokumenkan butiran kewangan dan juga dari sudut memastikan tiada unsur-unsur pembaziran. (Fadzila Azni Ahmad 2013).
Pelaksanaan kegiatan pengurusan seperti amanah dalam setiap gerak kerja juga berkait rapat dengan elemen-elemen akidah dan akhlak. Hal ini disebabkan dalam pelaksanaan setiap aspek kehidupan Islam, kesepaduan ketiga-tiga elemen akidah, syariah dan akhlak adalah perlu (Muhammad Syukri 2002). Dengan beramanah juga merupakan intipati bagi setiap seseorang itu berjaya. Dan ia merupakan ukuran kejayaan menurut pandangan Islam. Firman Allah s.w.t:
Hal ini disebabkan hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah s.w.t., seseorang itu dapat membina sifat-sifat amanah, jujur, adil, mengikut peraturan, rendah diri, sabar dan bertolak ansur secara konsisten. Akhirnya sifat amanah ini yang akan membawa kepada akauntabiliti di dalam pengurusan harta sesebuah organisasi. Seseorang yang mempunyai sifat amanah bermakna mempunyai rasa akauntabiliti terhadap Tuhannya dalam apa-apa keadaan sekalipun tanpa mengambil kira faktor waktu dan tempat. Akauntabiliti yang dimaksudkan di sini bukan sahaja terhadap pegawai atasannya, tetapi lebih dari itu. Selaku hamba dan khalifah Allah s.w.t. seseorang ahli institusi bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. (Khaliq 1996).
Maksudnya: Dan orang-orang yang memelihara amanatamanat (yang dipikulnya) dan janjinya. (al-Mukminun: 8) Selain itu, Allah s.w.t telah mengemukakan panduan pelaksanaan elemen-elemen dalam pengurusan dari sudut Islam. Firman Allah s.w.t.:
Maka boleh kita simpulkan bahawa di sini, pengamalan sifat akauntabiliti dalam 7
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
pengurusan harta sesebuah organisasi merupakan manifestasi kepada penumpuan pengurusan dan penumpuan elemen-elemen dalaman ahli-ahli institusi yang mempunyai sifat-sifat terpuji seperti amanah, adil dan sebagainya (Fadzila Azni Ahmad 2013).
melakukan jenayah ini ekoran seriusan sesebuah organisasi membanteras hal ini.
ketidak dalam
Rujukan Al-Qur’an
Kesimpulan Abdullah Muhammad Basmeh. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian AlQur'an. Terj. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Pengurusan harta itu sangat berkait rapat dengan konsep amanah dalam pengurusan Islam. Konsep amanah dalam pengurusan sangat penting dan membawa kepada penjagaan harta. Seorang anggota yang memahami konsep amanah akan menjaga harta syarikat daripada sebarang penyelewengan. Kewangan sesebuah organisasi sangat penting di dalam meneruskan kelestarian sesebuah organisasi. Justeru, jika mahu kepada penerusan aktiviti sesebuah organisasi, urusan ini perlulah diserahkan kepada pihak yang dipercayai mampu untuk melaksanakannya serta mengurus disamping menjaganya daripada diselewengkan oleh mana-mana pihak.
al-Mubarakfuri, Syeikh Syafiyyurrahman. 2000. Tafsir Ringkas Ibnu Kathir. Terj. Abu Ihsan al-Atsari. Bogor: Pustaka Ibnu Katsir. al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi. t.th. Arab Saudi: al-Munazzamah al-‘Arabiah Li atTarbiah Wa ath-Thaqafah Wa al-‘Ulum. al-Syatibi, Abu Ishak. 1997. al-Muwafaqat Fi Usul al-Syariah. Beirut: Dar-al-Ma’rifah. al-Zuhayli, Wahbah. 1997. Nazariyah alDhorurah al-Syari’yyah Muqaranah maa’ alQanun al-Wadhi’. Damsyik: Dar al-Fikr.
Semasa proses pemilihan ini telah diperhalusi dengan teliti, maka dalam masa yang sama antara perkara yang perlu diambil kira ialah berkenaan sifat amanah seseorang anggota itu. Sifat amanah yang menebal dalam diri seseorang anggota perlu diberi penekanan agar harta dan perbendaharaan sesebuah syarikat dapat dipelihara dan dijaga. Seorang pekerja yang beramanah akan merancang, mengelola, mengarah dan mengawal sesuatu aktiviti dalam syarikat walaupun syarikat itu bukan milik nya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991 Pengurusan Dalam Islam. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Che Omar. 2003. Pengurusan Di Malaysai Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Berita Harian. 2014. 3 September. Fadzila Azni Ahmad. 2013. Konsep Pengurusan Institusi Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Justeru sebagai cadangan dalam menyelesaikan masalah pecah amanah dan rasuah yang sering kita dengar ialah pemilihan anggota syarikat dengan melakukan beberapa saringan di samping menghukum jenayah ini ke muka pengadilan agar ianya tidak dilakukan lagi. Lebih parah jika orang-orang yang tidak pernah melakukan pecah amanah ini pula berani
Ibn Kathir. 2007. Terjemahan Ringkas Tafsir Ibn Kathir. Terj. H. Salim Bahreisy. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa. Kamus Dewan. 1994. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
8
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Mahdi bin Ibrahim. 1997. Amanah Dalam Manajemen. Terj. Rahmad Abbas. Jakarta: Pustaka al-Kauthar. Muhammad Syukri Salleh. 2003. Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publiations & Distributors Sdn. Bhd. Mustafa Haji Daud. 1994. Perniagaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Khaliq Ahmad. 1996. Quality Management: Islamic Perspectives. Kuala Lumpur: Leeds Publications. Sinar Harian. 2014. 23 Jun.
9