TEKNOLOGI GRAFIK
Kategori Grafik Digital
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
PENGENALAN
Grafik digital boleh dikategorikan kepada kumpulan yang utama: bitmap dan vektor.
Apa yang membezakan antara grafik bitmap dan vektor?
dua
2
TEKNOLOGI GRAFIK
Kategori Grafik Digital : Bitmap
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
GRAFIK BITMAP: PENGENALAN
Imej jenis bitmap juga ada kalanya dikenali sebagai imej raster.
Ianya merujuk kepada imej sebenar yang sering kita temui dalam kehidupan seharian seperti gambar foto yang diperoleh dari kamera digital, koleksi gambar yang diimbas menggunakan pengimbas imej dan sebagainya.
4
GRAFIK BITMAP: PENGENALAN
Imej jenis bitmap diwakili sebagai satu susunan titiktitik yang dikenali sebagai piksel (picture elements) atau bit. Dalam imej bitmap, maklumat berkaitan dengan imej tersebut disusun dalam bentuk matrik mudah yang menerangkan setiap dot atau piksel yang wujud dalam membentuk sesuatu imej.
5
GRAFIK BITMAP: PENGENALAN
Matrik satu dimensi (1 bit) diperlukan oleh komputer monokrom (hitam & putih)
Depth (kedalaman) yang lebih tinggi diperlukan bagi mewakili elemen yang mempunyai lebih dari 16 juta warna.
Ianya akan diwakili sebagai imej 4 bit, 8 bit, 24 bit dan sebagainya.
6
GRAFIK BITMAP: KAEDAH MENGHASILKAN
Terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap: dihasilkan
terus dengan menggunakan perisian grafik berasaskan bitmap. menggunakan kaedah menangkap imej terus dari skrin (screen capture). menggunakan pengimbas imej, kamera digital, kad pemerangkap video atau media pemerangkap imej yang lain.
7
GRAFIK BITMAP: KELEBIHAN Kelebihan Imej Bitmap:
Realistik.
Boleh diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam.
Mudah untuk dihasilkan.
Boleh diterima oleh kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia atau laman web
8
GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN Kelemahan Imej Bitmap:
Bergantung kepada resolusi dan kedalaman warna yang digunakan dan ini biasanya akan membentuk saiz fail yang agak besar.
Memerlukan ingatan komputer yang tinggi bagi tujuan paparan imej yang sempurna.
Kejatuhan kualiti apabila dimanipulasi dari segi bentuk dan saiz.
Perubahan saiz: membentuk bergerigi (mengapa?)
imej
yang
kabur, 9
GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN
Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan satu proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesar atau dikecilkan.
10
GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN
Apabila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar.
Sehingga pada satu peringkat dimana perbezaan warna wujud, piksel tersebut akan menjadi kurang cantik, “jagged” serta mempunyai hujung yang tidak rata.
Kesan ini dinamakan “aliasing” dan imej tersebut dikatakan mempunyai “jaggies”
11
GRAFIK BITMAP: KELEMAHAN
Kesan gerigi atau jaggies pada imej bitmap
Anti-alias mengurangkan kesan jaggies pada imej bitmap
12
GRAFIK BITMAP: ANTI-ALIASING
Anti-aliasing merupakan satu proses untuk menjadikan tepi bahagian sesebuah imej itu kabur. Ini bertujuan menyingkirkan gerigi (jagged) atau bahagian tepi imej yang kasar.
Ini seterusnya akan menghasilkan sebuah imej yang lebih baik.
13
TEKNOLOGI GRAFIK
Kategori Grafik Digital : Vektor
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
GRAFIK VEKTOR: PENGENALAN
Imej Vektor juga dikenali sebagai “draw-type images” merupakan sesuatu imej yang dilukis menggunakan komputer.
Ianya diwakili dalam bentuk geometrik (arahan matematik) yang dibina daripada garisan lurus, oval dan lengkungan.
15
GRAFIK VEKTOR: PENGENALAN
Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej tersebut.
Sekiranya terdapat lebih dari satu garisan yang dilukis maka ianya akan mengandungi maklumat perkaitannya dengan bahagian (lukisan) yang lain.
16
GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS
Kombinasi atau perhubungan di antara garis-garis akan membentuk imej vektor.
17
GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS
Rajah berikutnya menunjukkan satu imej; carta pie yang dibina daripada gabungan bulatan dan garisan.
Arahan yang membina bulatan dan garisan tersebut akan menyediakan hubungan perkaitan antara bulatan dan garisan tersebut.
18
GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS
Rajah seterusnya menunjukkan imej yang sama dibesarkan saiznya serta diputarkan kedudukannya.
Imej yang dibesar dan diputarkan ini juga masih mengekalkan hubungkait atau perhubungan yang sama seperti imej asalnya
19
GRAFIK VEKTOR: KONSEP ASAS
Setiap objek vektor boleh juga di gabung mahupun dipisah-pisahkan mengikut kesesuaian dan ini memberikan satu kelebihan kepada jurureka grafik di dalam mempersembahkan kreativiti serta idea mereka.
20
GRAFIK VEKTOR: BAGAIMANA TERBENTUK?
Imej jenis vektor dibina berdasarkan garisan pada dua penjuru yang bertentangan.
Apabila suatu garisan dibina, satu set arahan atau formula akan dibentuk bagi menerangkan ciri-ciri, saiz, kedudukan dan bentuk garisan tersebut.
Sebagai contoh, sebuah objek berbentuk segiempat mungkin boleh diwakili seperti berikut: RECT: 0, 0, 200, 200 RECT: 0, 0, 200, 200, RED, BLUE 21
GRAFIK VEKTOR: BAGAIMANA TERBENTUK?
Apabila suatu garis dibina, satu set arahan akan dibentuk bagi menerangkan saiz, kedudukan dan bentuk imej yang diwakili oleh garis tersebut.
Sekiranya terdapat lebih dari satu garis yang dilukis maka ianya akan mengandungi maklumat perkaitannya dengan bahagian atau lukisan yang lain.
22
GRAFIK VEKTOR: KELEBIHAN
Amat sesuai dan mudah untuk diubahsuai atau dimanipulasi (Mengapa?).
Setiap perubahan yang dilakukan terhadap bentuk, saiz atau kedudukan imej vektor tidak akan menyebabkan kejatuhan kualiti (Mengapa?)
Imej vektor juga tidak memerlukan ruang ingatan yang tinggi bagi tujuan paparan (Mengapa?)
23
GRAFIK VEKTOR: KELEMAHAN
kurang realistik (Mengapa?).
semakin kompleks imej yang dilukis semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya dipaparkan pada skrin (Mengapa?)
kepakaran di dalam grafik berkomputer juga amat diperlukan bagi menghasilkan sebuah imej vektor yang berkualiti tinggi.
masa yang panjang juga diperlukan dalam menghasilkan imej-imej vektor yang menarik atau kompleks. 24
GRAFIK VEKTOR: KEGUNAAN
menyimpan fail-fail grafik berkomputer dalam bentuk Clip Art yang kemudiannya diguna serta dipasarkan secara komersial dengan meluasnya.
digunakan dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau reka bentuk seperti CAD atau CAM (Computer Aided Design/Manufacture), pemodelan saintifik, senibina, senireka dan sebagainya
25
TEKNOLOGI GRAFIK
Kategori Grafik Digital : Pertukaran Kategori
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
PERTUKARAN VEKTOR KEPADA BITMAP Pertukaran Vektor kepada Bitmap
Imej Vektor boleh ditukar menjadi bitmap dengan bantuan perisian-perisian grafik (contohnya : Adobe Illustrator & Macromedia Freehand) yang sedia ada (atau pun menggunakan kaedah screen capture)
27
PERTUKARAN BITMAP KEPADA VEKTOR Pertukaran Bitmap kepada Vektor
Autotracing merupakan teknik dimana imej bitmap ditukar menjadi vektor.
Contoh perisian yang popular dalam menangani proses ini ialah Adobe Streamline, ImpressionX dan CorelTRACE.
28
PERTUKARAN BITMAP KEPADA VEKTOR Pertukaran Bitmap kepada Vektor
29
PERTUKARAN BITMAP KEPADA VEKTOR Pertukaran Bitmap kepada Vektor
Selain dari menggunakan perisian khusus seperti Adobe Streamline, ImpressionX dan CorelTRACE kombinasi perisian grafik jenis bitmap seperti Adobe Photoshop yang digunakan bersama-sama dengan perisian grafik jenis vektor seperti Adobe Ilustrator juga boleh digunakan bagi tujuan yang sama.
Terdapat arahan atau kemudahan yang disediakan bagi tujuan tersebut.
30
RUJUKAN
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep & Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
31