TEKNOLOGI ANIMASI
KATEGORI ANIMASI DIGITAL
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
PENGENALAN
Secara amnya, animasi digital boleh dibahagikan kepada beberapa kategori dan antara kategori yang utama ialah: Animasi
2 dimensi (2D) Animasi 3 dimensi (3D) Animasi Realiti Maya (Virtual Reality) Animasi Kesan Khas (Special Effects)
2
TEKNOLOGI ANIMASI
ANIMASI 2 DIMENSI (2D)
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
ANIMASI 2D: PENGENALAN
Terdapat beberapa jenis animasi 2D dan antara yang utama ialah: Animasi
Laluan Animasi Sel Animasi Ikon Animasi Skrin Animasi Objek
4
ANIMASI 2D: ANIMASI LALUAN
Animasi laluan (path animation) juga ada kalanya dikenali sebagai animasi pergerakan objek.
Satu objek akan diletakkan pada satu lokasi di skrin dan arahan akan diberikan kepada program bagi membolehkan ianya digerakkan pada satu lokasi baru mengikut keperluan.
5
ANIMASI 2D: ANIMASI LALUAN
Animasi yang mudah untuk dihasilkan dan juga untuk dipelajari. Ia menggerakkan objek disepanjang laluan yang telah ditetapkan pada skrin.
Laluan tersebut mungkin boleh merupakan garisan lurus mahupun lengkungan.
6
ANIMASI 2D: ANIMASI LALUAN
Membentuk animasi laluan menggunakan perisian Macromedia Flash
7
ANIMASI 2D: ANIMASI SEL
Animasi berasaskan sel atau kerangka secara digital sebenarnya berasaskan kepada animasi sel tradisional yang biasa.
Animasi sebegini memerlukan setiap imej disediakan sama ada dilukis secara manual dan kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk digital atau pun terus dihasilkan menggunakan komputer.
8
ANIMASI 2D: ANIMASI SEL
Ia kemudiannya disusun bagi membolehkan setiap imej tadi dipaparkan satu persatu dalam kadar masa yang ditetapkan. Ini seterusnya akan menghasilkan satu ilusi pergerakan atau animasi telah berlaku.
Contoh paparan imej berturutan yang sedia untuk dianimasikan
9
ANIMASI 2D: ANIMASI IKON
Juga dikenali sebagai animasi “Sprite”
Melibatkan pertukaran ikon yang sedia ada kepada ikon yang lain apabila ditekan oleh seseorang pengguna.
Animasi Ikon berfungsi untuk menarik perhatian pengguna dengan memaparkan sifat gerakan seperti berkelip-kelip, bergoyang-goyang dan sebagainya.
10
ANIMASI 2D: ANIMASI SKRIN
Animasi Skrin juga dikenali sebagai Animasi Transisi Objek
Transisi atau “transition” merujuk kepada kaedah paparan sesebuah skrin atau objek dipersembahkan.
Contohnya, skrin berterbangan dari suatu arah ataupun skrin semakin kabur sebelum digantikan dengan skrin persembahan yang baru.
Transisi boleh diletakkan pada keseluruhan skrin dan juga pada objek-objek yang terpilih sahaja bergantung kepada kesesuaian.
11
ANIMASI 2D: ANIMASI OBJEK
Melibatkan proses meminda spesifikasi objek bagi membentuk kesan animasi yang dikehendaki.
Contoh perubahan spesifikasi yang boleh membentuk kesan animasi: Saiz Warna Kecerahan Pencahayaan
12
ANIMASI 2D: ANIMASI OBJEK
Contoh
Perubahan dari segi tahap kecerahan imej
Perubahan dari segi pencahayaan imej 13
TEKNOLOGI ANIMASI
ANIMASI 3 DIMENSI (3D)
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
ANIMASI 3D
Animasi 3 dimensi atau 3D merujuk kepada animasi yang mempunyai kedalaman. Ini menyebabkan ianya mampu dipaparkan secara lebih realistik berbanding animasi 2D yang kelihatan lebih rata.
Bagaimana ianya boleh mempunyai kedalaman ?
15
ANIMASI 3D
Kedalaman ini terhasil disebabkan wujudnya paparan pada paksi z selain daripada paparan pada paksi x dan paksi y yang sedia ada.
Objek 3 dimensi dihasilkan menggunakan model matematik yang mana setiap objek boleh dipaparkan dalam perbagai sudut pandangan (view) bagi menghasilkan satu rasa 3 dimensi yang sebenar.
16
TEKNOLOGI ANIMASI
REALITI MAYA & KESAN KHAS
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
REALITI MAYA
Realiti maya atau virtual reality merupakan sejenis kesan khas yang membolehkan satu alam maya dibentuk yang seterusnya membolehkan seseorang pengguna merasai seperti benar-benar berada di dalam alam tersebut.
18
PEMORFAN ATAU MORPHING
Pemorfan atau morphing sebenarnya singkatan dari perkataan metamorphosing.
adalah
Ianya merujuk kepada kesan khas yang memanfaatkan dua atau lebih imej yang kemudiannya akan melalui proses transformasi daripada objek pertama kepada objek kedua dan seterusnya secara automatik dan realistik.
19
PEMORFAN ATAU MORPHING
Ia melakukan proses “Interpolations” atau meramal data tambahan pada lokasi-lokasi yang terpilih di antara dua atau lebih imej bagi membentuk kesan khas animasi yang dikehendaki.
Ini seterusnya akan memberikan ilusi seolah-olah imej yang pertama bertukar menjadi imej yang terakhir melalui siri frame-frame yang disediakan.
20
PEMORFAN ATAU MORPHING
Contoh kesan morphing
21
WARPING
Warping merupakan kesan khas yang hampir sama seperti morphing.
Bezanya, tidak seperti pemorfan yang memerlukan sekurang-kurangnya dua imej sebelum kesan khas tersebut boleh dihasilkan, warping sebaliknya boleh dilakukan walaupun hanya menggunakan sekeping imej sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh meregangkan bentuk muka seseorang agar muka yang masam berubah menjadi sebuah senyuman yang memikat dan sebagainya. 22
WARPING
23
RUJUKAN
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep dan Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Animasi: Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
24