Ruj. Kami
: UPM/PEND/500-3/2/1
Tarikh
: 23 Mac 2015
JAWATAN KOSONG (HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti yang sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN 1 : PEGAWAI SAINS GRED C41
Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pengurusan dan Profesional RM1,940.00 – RM8,720.00
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;[ Gaji Permulaan : RM2,147.45 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah dalam bidang Sains Bioperubatan dan Labotari Klinikal Sains disamping mempunyai Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan. Kriteria Tambahan: Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas.
1
Ringkasan Tugas Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan beroperasi dengan efisien. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi, mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia. JAWATAN 2 : JURURAWAT GRED U41 Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pengurusan dan Profesional RM2,260.00 – RM8,756.00
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan. Kriteria Tambahan: i)
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. ii) Memiliki Sijil Pos Basik. Peroperatif Perianeasthes Pediatrik Kebidanan Orthopedik Ringkasan Tugas Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
2
JAWATAN 3 : PEGAWAI DIETETIK GRED U41
Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pengurusan dan Profesional RM2,260.00 – RM8,756.00
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Ilmu Kaji Diet yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman di dalam bidang dietetik klinikal. Kriteria Tambahan: i) Mempunyai pengalaman dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dietetik klinikal. ii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Ringkasan Tugas Bertanggungjawab melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan pemantauan perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dan penyediaan makanan berzat dan sesuai berdasarkan Hospital Diet Manual, khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan diet teraputik, merancang dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan berkaitan. Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
JAWATAN 4 : JURU X-RAY GRED U41
Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pengurusan dan Profesional RM2,260.00 – RM8,756.00
3
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon berikut : i) Memiliki Ijazah dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi. ii) mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang Pengimejan Diagnostik.
Ringkasan Tugas Bertanggungjawab menghasilkan imej perubatan untuk membantu pakar dan Pegawai Perubatan dalam mendiagnos penyakit, menilai imej dan radiografi yang dihasilkan, menguruskan hal-hal berkaitan permohonan pemeriksaan radiografi, bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kawalan mutu peralatan yang digunakan serta tugas-tugas perancangan, pengurusan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan Juru X-Ray.
JAWATAN 5 : JURURAWAT GRED U29 Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pelaksana RM1,312.00 – RM5,173.00
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan.
4
Kriteria Tambahan: i)
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. ii) Memiliki Sijil Pos-Basik. Urologi Perioperatif Endoscopy Onkologi Otorinolaringologi Pediatrik Opthalmology Neonat Nefrologi Perawatan Rapi Kebidanan Psikiatri Orthopedik
Ringkasan Tugas: Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.
JAWATAN 6 : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pelaksana RM 1,312.00 – RM 5,173.00
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan. Kriteria Tambahan:i) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. ii) Memiliki Sijil Pos-Basik. • Pediatrik • Psikiatri
5
Ringkasan Tugas: Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Hospital. Memberi rawatan kuratif, preventif pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan, memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai Jabatan Kepakaran, institusi-institusi wad dan programprogram lain. JAWATAN 7 : JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pelaksana RM1,312.00 – RM5,173.00
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Kriteria Tambahan: Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ringkasan Tugas: Bertanggungjawab menjalankan pendiagnosan sampel-sampel darah, urin, bendalir badan secara profesional, mengesahkan keputusan ujian, mengeluarkan serta menyediakan laporan ujian yang berkualiti, tepat, cepat boleh dipercayai serta memberi khidmat nasihat memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
JAWATAN 8 : JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
Kumpulan
:
Jadual Gaji :
Pelaksana RM936.00 – RM3,629.00
6
SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:a) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; [ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan b) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas: Bertanggungjawab membantu Pegawai Sains (Fizik) dalam menyediakan aksesori rawatan seperti blok sinaran, topeng cegah gerak, leg rest, dental mould, aksesori tray untuk linac, aksesori peralatan QC serta pengumpulan data bagi tujuan rawatan pesakit.
TARAF JAWATAN: Jawatan di atas bertaraf TETAP.
SYARAT LAIN: a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia; b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun; d) Syarat umur bagi pertimbangan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. e) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa; dan f) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurangkurangnya keputusan berikut: i. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau ii. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan iii. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
7
CARA MEMOHON : Semua permohonan jawatan adalah menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara Online (SPJOnline) sepenuhnya dengan memasuki laman web http://spj.upm.edu.my PERHATIAN : Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TEMPOH IKLAN: Sistem Permohonan Jawatan secara online (SPJOnline) akan mula dibuka pada 23 Mac 2015 (Isnin) dan akan ditutup pada 9 April 2015 (Khamis).
8