HAK ASASI MANUSIA MENURUT SYARAK Oleh: Dr. Mohd Fauzi bin Hamat Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Abstrak Secara amnya, perbincangan mengenai Hak Asasi Manusia (HAM) mula diperkatakan sejak Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dilakukan . Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia. Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian HAM. Komuniti Eropah (European Community) misalnya telah memaktubkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah. Sementara itu di negara kita sendiri , kerajaan telah menggubal akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). Akta tersebut menyebut bahawa pengertian HAM merujuk kepada kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Malaysia. Persoalannya sejauhmanakah kesesuaian HAM dengan prinsipprinsip syariah Islam? Kertas ini digarap dengan harapan tuba merungkai dan menjawab beberapa kemusykilan tentang HAM clan perspektif Islam. PENDAHULUAN Isu hak asasi manusia (HAM) adalah merupakan suatu isu penting yang banyak dibincangkan oleh ramai pihak, menjadi agenda perjuangan beberapa pertubuhan NGO dan beberapa pendokong aliran pemikiran liberal yang muncul mutakhir ini di dunia Islam. HAM adalah hakhak yang menjadi asas kepada kewujudan manusia dan adalah perlu untuk menjamin maruah dan kehormatan manusia. HAM bukanlah isu atau konsep asing kepada orang Islam sebab Islamlah yang memperkenalkan HAM. Malangnya, banyak negara Islam dan orang Kertas dikemukakan untuk Mesyuarat Panel Kajian Akidah (PKA) kali ke-34, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
45
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Islam dalam hal peribadi mereka tidak melaksanakan HAM dan ini telah menimbulkan kritikan bahawa Islam tidak mempunyai HAM, terutamanya untuk wanita (Mehrun, 2006: 1). Panduan al-Quran dan al-Sunnah dan amalan pentadbiran Islam di sepanjang sejarah kegemilangan Islam jelas menunjukkan bahawa HAM diberi perhatian utama oleh Islam dan dilindungi oleh pihak pemerintah Islam. Perlindungan yang diberikan terhadap HAM tersebut bukan sahaja menyerlahkan antara ciri dan karakteristik utama negara Islam, tetapi juga melambangkan tahap ketamadunan ummah yang unggul pernah dicapai oleh umat Islam di zaman silam. Lantaran itu, langkah pihak pemerintah umat Islam memberi perlindungan terhadap HAM bukan sahaja botch `melengkapkan' ciri keislaman sesebuah Negara, tetapi juga boleh dijadikan piawaian atau kayu ukur bagi menilai tahap kemajuan negara tersebut dan ketinggian tamadun rakyatnya. Sejauh mana sesebuah negara atau sesuatu bangsa menghormati hak-hak tersebut atau melanggarnya, maka itulah yang menjadi asas penilaian terhadap ketamadunan negara atau bangsa tersebut atau sebaliknya (al-Zuhayli, 2000: 13). Ini bererti semaju manapun sesebuah negara, andainya is tidak menghormati HAM, is dianggap sebagai negara yang terkebelakang, khususnya dari aspek maknawi. Dalam konteks negara kita yang turut dijuluki sebagai sebuah Negara Islam kerana memiliki sejumlah ciri-cirinya; Negara yang sedang berusaha untuk membangun ummah berdasarkan pendekatan Islam bersifat ketamadunan dikenali sebagai `pendekatan Islam Hadhari', isu penghormatan dan perlindungan terhadap HAM adalah antara isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak, agar kemampuan kita menangani isu HAM ini boleh memantapkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan Negara yang sedang berusaha mencapai ketamadunan menerusi pendekatan Islam Hadhari, lebihlebih lagi isu-isu HAM ini turut dimasukkan sebagai sebahagian dari 10 prinsip utamanya (Mohamad Kamil, 2006: 95). Persoalan yang timbul ialah apakah manusia mempunyai hak asasi? Apakah mereka benar-benar memiliki hak asasi tanpa Batas dan terikat dengan mana-mana ajaran agama atau peraturan? Bagaimana pandangan Islam mengenai hak asasi manusia? Bagaimana manusia menikmati hak-hak asasinya dalam ruang lingkup pengabdian dirinya kepada Allah SWT; Tuhan yang memperlengkapkan kepada manusia dari segi jasmani dan rohani; fisiologi dan psikologi bagi membolehkan 46
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
manusia menikmati hak asasinya? Apakah manusia yang berjaya membebaskan dirinya dari cengkaman gereja misalnya dikatakan seorang yang bebas menikmati hak asasinya, sedangkan ia terikat pula dengan cengkaman sekularisme dan liberalisme yang dicengkam oleh kongkongan `hawa nafsu' manusia? Memandangkan topik ini akan melibatkan perbincangan yang agak luas, tulisan ini hanya akan menjelaskan secara ringkas tentang persoalan-persoalan di atas dan menerangkan kedudukan hak asasi menurut pandangan global dan menurut perspektif syarak. Beberapa kekeliruan pemikiran tentang isu hak asasi ini juga akan diterangkan, khususnya pandangan serong tentang ajaran Islam yang dikatakan banyak menyekat HAM. Apakah Manusia Mempunyai Hak Asasi? Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian dan diperlengkapkan oleh Allah SWT dengan anggota badan dan entiti-entiti batin seperti jiwa dan perasaan agar mereka dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan penuh kenikmatan dan kebahagiaan. Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang merupakan sebahagian dari alam ini, manusia sebenarnya tidak memiliki hak-hak kebebasan yang mutlak kerana manusia sekurangkurangnya perlu dalam keadaan apa sekalipun patuh kepada peraturanperaturan alam yang telah ditetapkan oleh Penciptanya iaitu Allah SWT. Manusia terpaksa patuh dengan aturan alam seperti perubahan cuaca, kedatangan bencana alam, dan perubahan dirinya dari satu tahap kanak-kanak kepada tahap dewasa yang meletakkan dirinya sebagai seseorang yang memiliki kekuatan, kemudian beransur ke tahap seterusnya iaitu tahap menjadi orang tua yang akan mulai pelupa, nyanyuk dan kembali berwatak seperti kanak-kanak. Semua ini tidak boleh dikawal oleh manusia dari berlaku kerana yang mengawal semua ini hanya Allah SWT. Tuhan juga telah mengurniakan kepada manusia kekuatankekuatan dalaman berupa alat-alat seperti akal, anggota badan dan lain-lain nikmat sebagai amanah dan pinjaman untuk membolehkan manusia menjalani tugasnya sebagai khalifah di bumi. Ertinya manusia ialah pihak yang menerima sesuatu daripada Allah SWT yang mana setelah manusia menerimanya, ia diminta agar digunakan berdasarkan panduan yang datang dari pemberi pinjamnya iaitu Allah SWT (alButi, 2004: 15). 47
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Mereka diberi kebebasan sepenuhnya menikmati nikmatnikmat Allah SWT yang dikurniakan kepadaNya di alam ini, tetapi manusia sama sekali tidak boleh menguasainya. Nyata sekali bahawa manusia memang memiliki sejumlah hak asasi, namun manusia perlu menikmati hak-hak tersebut dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat Pencipta dan Pembekal segala kemudahan itu kepadanya. Lantaran itu, manusia perlu menikmati hak-hak tersebut dalam skop pengabdian dirinya kepada Allah SWT. Ini kerana di hari akhirat kelak, setiap manusia akan datang mengadap Allah SWT seorang diri untuk dihisab atas segala nikmat kebebasan dan hak-hak yang telah diberikan kepadanya. Firman Allah SWT:
gt.LL ry
Lcal
Maksudnya: "Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan is akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman , sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri." Surah Maryam (19) : 93-95 Hak Asasi Manusia Secara Umum Para ilmuwan dan pemikir mendefinisikan HAM sebagai segugusan hak tabii yang dimiliki oleh manusia yang terikat dengan kewujudannya secara semulajadi dan diakui oleh masyarakat antarabangsa, walaupun ada yang tidak mengiktirafnya atau melanggarnya. HAM secara umum mengiktiraf hak-hak individu dan masyarakat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hak-hak persamaan dalam ekonomi, sosial, politik, kebebasan bersuara dan beragama dan sebagainya. Antara hak-hak tersebut, hak untuk hidup adalah hak terpenting yang perlu dijaga. Kemudian menyusul selepas itu ialah hak untuk mendapat kebebasan dalam menjalani kehidupan dengan pelbagai jenisnya (al-Zuhayli, 2000: 14). Islam sebagai agama yang datang dari Allah SWT turut mengakui bahawa manusia mempunyai sejumlah hak asasi yang perlu dihormati. 48
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Walau bagaimanapun, pandangan Islam tentang HAM tentunya berbeza dengan perspektif Barat yang menggagaskan hak asasi menurut acuan pemikiran sekular Barat yang terlepas dari sentuhan agama yang ditinggalkan mereka. Lantaran itu, terdapat sebilangan hak asasi yang dirumuskan mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia. Isu hak asasi adalah isu yang diperjuangkan oleh manusia di seluruh dunia, khususnya apabila berlaku pencabulan terhadap hak-hak asas yang dimiliki manusia, misalnya dari segi sosial, ekonomi dan politik. Langkah awal dalam bentuk yang tersusun untuk memperjuangkan HAM ini dimulai dengan deklarasi HAM Perancis yang dibuat pada tahun 1789 (Ahmad Rasyad, 1998: 26). Kemuncak dari itu, maka pada 10 Disember 1948, dunia telah mencapai kata sepakat untuk merumuskan deklarasi Hak Asasi Dunia yang sewajarnya dijadikan pedoman oleh manusia sejagat dalam menguruskan persoalan HAM. Deklarasi tersebut berjaya diwujudkan setelah tiga tahun penubuhan PBB, iaitu pada tahun 1945. Pada tahun 1950, diisytiharkan 10 Disember setiap tahun sebagai Hari Hak Asasi di peringkat global. Deklarasi ini mengandungi 30 fasal yang menyentuh hak-hak kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Secara ringkasnya deklarasi tersebut menekankan hak rakyat sesebuah negara menentukan hala tuju pemerintahannya secara kendiri dan menguruskan harta perbendaharaan/khazanah negaranya, hak untuk hidup, hak persamaan antara manusia walaupun berbeza ras, bangsa dan warna kulit, hak kebebasan dan keselamatan individu dan ketidak harusan mereka ditahan atau dipenjarakan secara zalim, hak mendapat keadilan, hak bebas berfikir dan beragama, hak berpindah dari sesebuah negara kepada negara yang lain, hak untuk berkerja, hak untuk mendapat pendidikan, hak golongan/kumpulan, hak mendapat jaminan kesihatan dan lain-lain lagi (al-Haqil, 1994: 80-81). Kemampuan menghasilkan deklarasi PBB pada tahun 1948 dianggap sebagai kemuncak pencapaian aqliah manusia dari sudut HAM bertujuan untuk mempastikan manusia sejagat dapat memelihara sejumlah hak asasi yang dipersetujui di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, deklarasi tersebut hanya sekadar suatu "pesanan' semata-mata, dan tiada jaminan langsung agar negara yang menyetujuinya wajib melaksanakannya (Ibid: 7-8). Buktinya kita lihat berapa banyak pencabulan hak asasi di seluruh dunia, khususnya yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia sejak deklarasi tersebut hinggalah kini. 49
JURNAL PENYELII)IKAN ISLAM
Hak Asasi Manusia Menurut Syarak Sebelum dijelaskan tentang kedudukan HAM menurut syarak, patut dinyatakan di sini bahawa tanpa melihat dari aspek sama ada HAM yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak di seluruh dunia bertentangan dengan Islam di sesetengah aspek atau mempunyai beberapa noktah persamaan dengan HAM yang diiktiraf oleh Islam, perjuangan menuntut HAM dan menuntut kebebasan mutlak adalah cetusan dari fikrah dan kebudayaan barat dan is adalah bersumberkan epistemologi pemikiran barat (Ahmad al-Raysuni, 2002: 18), iaitu yang sarat terkandung di dalamnya fikrah sekularisme, pragmatismo dan liberalisme. Sukar dibayangkan dunia Eropah yang telah mengisytiharkan agama sebagai entiti yang terpisah daripada negara akan meletakkan beberapa ikatan atau batasan agama atau akhlak dalam menggariskan batasan kebebasan atau HAM (Ahmad Rasyad, 1998: 35). Sesungguhnya sebelum munculnya deklarasi HAM PBB pada tahun 1948, Islam telah mengiktiraf HAM dalam batasan tertentu yang dibenarkan oleh syariat. Menurut tasawwur Islam, kebebasan ialah suatu manifestasi tentang pembebasan manusia dari aneka bentuk ikatan dan pengabdian selain daripada Allah SWT Allah telah mencipta manusia serta meletakkan mereka pada kedudukan yang tinggi berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain berlandaskan prinsip kemuliaan kemanusiaan (al-karamah al-insaniyyah). Finnan Allah SWT: ■•"
Lal. ;.- •
g ezti , —
•
Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah Berl mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di taut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari Benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lehihnya atas banyak makluk-makhluk yang telah Kami ciptakan" Surah al-Isra (17): 70 50
JURNAL PENYELID1KAN ISLAM
Keterangan ayat di atas menunjukkan bahawa kebebasan bukan sahaja menjadi HAM, tetapi menjadi suatu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia agar is dilaksanakan dengan baik di kalangan masyarakat manusia yang merupakan hambaNya. Ibn Taymiyyah menyebut bahawa kebebasan bermaksud "pengabdian yang setulusnya kepada Allah SWT yang terhimpun di dalamnya kesempurnaan perasaan cinta terhadap Allah (kamal alhubb) dan kesempurnaan perasaan rendah diri (kamal al-dhull) bila berdepan dengan Allah SWT (al-Zuhayli, 2000: 15). Apabila manusia diberi penghormatan dengan dimuliakan kejadiannya, maka kemuliaan itu juga harus dilihat dari sudut kepercayaan Allah SWT yang tinggi kepada manusia untuk memikulkan tanggungjawab khalifah di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT: •
,,,,er -l.A.Az)6,A:gt.)1,3 Litz—j tr.44.,72144.,13 Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) ; dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabi' at kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" Surah al-Ahzab (33): 72 Seseorang yang tidak mulia tidak mungkin menjadi orang yang boleh diharapkan untuk memegang sesuatu amanah yang besar. Pelaksanaan tugas khalifah bukan dilakukan oleh sebarangan orang, tetapi hanya kalangan yang orang-orang mukmin yang soleh. Orangorang inilah yang akan mendapat kemuliaan dan ketinggian darjat bilamana mereka berjaya melaksanakan amanah khalifah dengan baik dan sempurna. Bagi membantu manusia menjalankan tugasnya sebagai khalifah dengan baik dan lancar, manusia ditiupkan roh dan diberikan ilmu 51
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
pengetahuan yang mana dengan ilmu tersebut, manusia mampu mengurus dunia dengan bimbingan ilmu ketuhanan yang serasi dengan unsur ketuhanan yang ada di dalamnya iaitu `roh'. Bila mana manusia menggunakan panduan ilmu tersebut, mereka bukan sahaja dapat memelihara hak asasi sesama mereka, tetapi juga memelihara hak asasi makluk-makhluk Allah yang lain di maya pada ini. Hari ini manusia, demi untuk mencapai kepuasan material, dunia menjadi semakin tidak selamat untuk didiami oleh manusia secara aman dan bahagia, sehingga dunia antarabangsa dan PBB terpaksa memperjuangkan pula apa yang dinamakan sebagai `pembangunan mapan' (sustainable development) bagi membolehkan manusia mendapat keperluan asasinya yang mencukupi untuk hidup di abad-abad akan datang. Firman Allah SWT: •••
• CO
■•••
„
03
Lk.
Maksudnya: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
Surah al-An'am (6) : 165
FirmanNya juga; "L, _.„, 4 -. 4.:..._:_. .41 c....,z;,.. 17;
---.;;Iti-A., ,--::-- .-t-I"---: f
.- "..,. ....-- .,.t-' • •-- ....- e r411+0..'51 74
": '''1•'.
..,,::•,0
... . 4-''.. , .A.‹, , --..,.. f.)5!
4:1--._,_.i.—?.-d 00 _;;
...,ii
52
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksudnya: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang teleh diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka" . Surah Nur (24): 55 Ini bermakna apabila manusia menuntut untuk mendapat sesuatu yang dikatakan haknya bagi maksud melanggar perintah Allah SWT seperti hak untuk berhibur yang melanggar syariat, hak untuk murtad, hak untuk berkarya secara bebas tanpa terikat dengan nilai agama, hak untuk melepaskan diri dari peraturan-peraturan syariat atau yang kini turut diistilahkan sebagai "undang-undang moral", dan lain-lain lagi, maka mereka sebenarnya menuntut sesuatu yang sekiranya diberikan ia akan menyebabkan kehormatan dirinya akan jatuh merudum. Ini sama sekali tidak akan dibenarkan oleh syariat Islam dan kerana itu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undangundang syariah tidak perlu memberi ruang kepada umat Islam yang menuntut hak tersebut kerana ia boleh menjatuhkan kemuliaan manusia dan agama Islam itu sendiri. Pengiktirafan Islam terhadap HAM adalah berdasarkan keterangan-keterangan al-Quran dan al-sunnah dan fakta-fakta penghayatannya di kalangan sahabat dan al-salaf al-salih. Sebahagian dari keterangan al-Quran yang dimaksudkan telah dibentangkan oleh penulis sebelum ini. Rasulullah SAW dalam khutbahnya semasa musim haji terakhirnya pernah mengisytiharkan prinsip-prinsip HAM menurut syarak, sebagaimana berikut: e1 L!*1) GIs JAJ 0.4
53
)
j_Ci 01,
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksudnya, "Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah saw, bapa kamu juga satu, semua kamu berasal dctri Adam dan Adam berasal dari tanah. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertakwa kepada Allah SWT, tiada kelebihan orang Arab berbanding dengan orang asing (bukan Arab) melainkan dengan takwa" . Keterangan hadith di atas menjelaskan pandangan Islam tentang HAM iaitu manusia adalah sama dari sudut nilai kemanusiaan laksana bilah bilah sikat rambut. Hanya ketagwaan dan amal soleh yang membezakan kedudukan manusia di sisi Allah. Islam telah menghapuskan kekahilahan atau kasta di dalam masyarakat. Ia juga menghapuskan asas-asas yang digunakan oleh manusia untuk menonjolkan kelebihan sesuatu kaum atau bangsa berdasarkan bangsa, ras dan keturunan (al-Hagil, 1994: 19). Islam juga menyeru manusia agar melakukan anjakan paradigma daripada sifat taksub kepada puak/kabilah, keluarga, keturunan, warna kulit dan ras kepada sifat menyayangi dan menghormati `kesatuan kemanusiaan' yang semuanya berasal dari satu keturunan iaitu Adam a.s.. Perbezaan-perhezaan dan kelainan-kelainan yang wujud antara manusia tidak sepatutnya boleh memecahkan manusia dan menjadi faktor perbalahan antara mereka kerana mereka dijadikan untuk saling berkenal-kenalan antara mereka. Firman Allah SWT: ir
. , . 0 0 -, fi ..• 4" "' --.:4 ‹,,..- ..t.,: . 1.,,<, 1 ItyLL
c..
.„,„ ,,,,„„
-41114.
Maksudnya: "Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) . Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akar keadaan dan amalan kamu)". Surat al-Hujurat (49): 13 54
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Penghayatan terhadap gesaan al-Quran dan al-Hadith di atas dapat disaksikan di sepanjang sejarah gemilang umat Islam, khususnya di zaman para khulafa' al-Rasyidin dan kepimpinan Islam selepasnya. Para pemimpin kerajaan Islam amat menghormati HAM, termasuk hak-hak yang dinikmati oleh ahli zimmah, iaitu larangan memerangi mereka sekiranya mereka condong untuk berdamai dan sanggup membayar jizyah, perlindungan ke atas harta benda, nyawa dan kehormatan mereka, kebebasan untuk beribadat di pusat-pusat ibadat mereka dan menguruskan hal ehwal berkait dengan urusan peribadi mereka, kebebasan bekerj a, hak memegang jawatan dalam pentadbiran, pemberian hak yang sama sebagaimana yang diberikan kepada orangorang Islam, perlindungan mereka dari dicerobohi nyawa dan harta mereka serta dizalimi ('Ulwan, 1988: 51-53; al-Qaradawi, 1977: 1830). Islam jelas sekali menghormati HAM sama ada ketika berada dalam keadaan damai atau ketika dalam peperangan. Terdapat beberapa etika yang diamalkan oleh tentera Islam ketika mereka berada di kancah peperangan; mereka tidak boleh membunuh kanak-kanak, orang tua, memusnahkan tempat-tempat ibadah, menebang pokok-pokok yang sedang berbuah dan sebagainya. Keadaan ini tidak berlaku dalam peradaban lain selain daripada Islam, sama ada dahulu dan kini. Sejarahwan mencatatkan bahawa semasa berlaku Perang Salib Pertama, tentera Kristian telah menyembelih 70,000 orang Islam tanpa belas kasihan sehingga darah yang mengalir bagaikan aliran air sungai dalam Masjid al-Aqsa dan jalanjalan di Baitul Maqdis, semua dibunuh, orang tua, kanak-kanak, wanita, orang alim dan sebagainya. Hal seperti ini jauh sekali dengan apa yang dilakukan oleh Solahuddin al-Ayyubi ketika tokoh tersebut membebaskan Palestin yang tidak melakukan perilaku kejam seperti menumpahkan darah, menjatuhkan kehormatan dan perbuatan menghina institusi-institusi ibadat. (Ibid, h. 59). Pihak Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat kini juga tidak mampu menghormati HAM, khususnya umat Islam. Peradaban Barat kini jelas terbina di atas prinsip-prinsip perkauman, warna kulit, bangsa dan ras mereka walaupun mereka berbangga dapat memperkenalkan deklarasi HAM sejak sekian lama. Perkembangan mutakhir yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan sebagainya jelas menampakkan bagaimana pihak barat tidak berlaku adil terhadap umat Islam dengan mencabul banyak hak asasi mereka dari segi politik dan hak untuk 55
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
menjalani kehidupan dengan bebas, sedangkan deklarasi HAM turut menjadi kebanggaan mereka. Bagaimana manusia menikmati hak asasinya dalam ruang lingkup pengabdian dirinya kepada Allah? Sebenarnya manusia boleh menikmati hak asasinya dalam ruang lingkup pengabdian dirinya kepada Allah SWT. Ini kerana syariat yang diturunkan kepada manusia adalah untuk memelihara 5 prinsip utama iaitu memelihara agama, tubuh badan, keturunan, harta dan akal. Kenyataan ini bermaksud bahawa sekiranya manusia menuruti aturan syariat, manusia akan dapat menikmati hak asasinya dengan aman dan sejahtera kerana syariat bukan melarang manusia menikmati hak asasinya untuk menganut agama yang sesuai dengan fitrah kejadiannya, menikmati hak asasi untuk makan dan minum atau menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera, hak untuk melahirkan zuriat yang juga memberi ruang kepadanya memuaskan nafsu seksnya, hak untuk memiliki harta dengan cara yang halal dan hak untuk menggunakan fikirannya dengan sempurna apabila akalnya tidak rosak kerana meminum minuman yang memabukkan. Islam menganggap HAM adalah suatu anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia dan susulan dari anugerah ini, beberapa manfaat berikut diperolehi oleh manusia (Ibid, 102-103): 1. Manusia dapat menikmati secara sempurna kehebatan, penghormatan dan kemuliaan yang terserlah dari segi terjamin haknya dari dicerobohi oleh pihak pemerintah. Ini kerana pencerobohan hak ini dari pihak penguasa atau mana-mana individu dikira pelanggaran terhadap aturan syarak dan pelanggaran ini akan menghilangkan hak penguasa untuk terus kekal menjadi pemerintah di sesebuah negara. 2. Menerima kenyataan bahawa HAM adalah anugerah Allah SWT kepada manusia menyebabkan hak-HAM akan dihormati oleh manusia secara pilihannya sendiri yang terbit atau bertitiktolak dari prinsip keimanannya kepada Allah SWT yang tersemat dalam hati sanubarinya; keimanan kepada Tuhan yang mensyariatkan hak-hak ini. Ini menjamin iltizam manusia untuk terus komited memeliharanya dan tidak akan sama sekali mencabulinya walaupun dia mampu berbuat demikian. 3. Hakikat bahawa HAM adalah anugerah Allah SWT meletakkan 56
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
hak-hak tersebut sebagai sesuatu yang kekal dan tidak akan dimansuhkan kerana sebarang pemansuhan hak tersebut hanya boleh dilakukan oleh wahyu Allah SWT, sedangkan tiada lagi wahyu yang akan diturunkan selepas kematian nabi Muhammad SAW. 4. HAM akan dipelihara secara berimbang tanpa adanya ifrat iaitu keterlampauan dalam mencabul hak individu demi untuk menjaga kemaslahatan sesuatu jamaah (kumpulan secara kolektif) atau tafrit iaitu pengabaian secara melampau terhadap hak kumpulan kolektif demi untuk menjaga hak penguasa secara individu. Ini kerana hanya Allah SWT yang mengurniakan hak-hak ini menerusi syariatNya, bukannya mana-mana individu sehingga memberi ruang kepadanya untuk bertindak melampau mencabuli hak jamaah atau kerajaan sehingga memberi ruang kepadanya untuk menambah kuasanya bagi menceroboh ke atas hak individu. Pada dasarnya pendekatan yang diperkenalkan Islam bagi memelihara HAM adalah menerusi 2 kaedah utama iaitu pertama, menerusi pelaksanaan hukuman hudud dan kedua, penegakan keadilan dalam masyarakat menerusi institusi-institusi kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang yang penting, sebagaimana yang akan dihuraikan seterusnya. Pelaksanaan hukuman hudud yang bertujuan untuk memelihara hak-hak asasi individu. Pelaksanaan hukuman ini adalah untuk memberi keadilan dan kesejahteraan kepada seluruh umat manusia iaitu apabila 5 perkara seperti nyawa, agama, tubuh badan, keturunan, harta dan akal manusia terpelihara. Pendekatan kedua iaitu menerusi penegakan keadilan dalam masyarakat sama ada yang melibatkan sesama Islam atau dengan pihak musuh Islam; keadilan yang tidak mengambil kira unsur kasih sayang terhadap seseorang atau kebencian terhadapnya; keadilan yang membolehkan hak diberikan kepada yang berhak; keadilan yang menjadikan orang yang lemah yang mempunyai hak kuat setelah dipulangkan hak kepadanya dan keadilan yang menjadikan orang yang kuat yang merampas hak daripada orang lemah setelah hak yang dirampas itu dipulangkan semula kepada pemiliknya2. Sistem-sistem kehakiman (al-qada') Islam yang terdiri daripada tiga institusi iaitu Lihat firman-firman Allah SWT dalam gugusan ayat berikut: Surah al-Nahl: 90; Surah al-Nisa': 58, Surah al-An'am: 152; Surah al-Ma'idah; 8 dan Surah al-Nisa': 135
57
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Sistem Kehakiman Biasa (Nizam al-Qada' al-`Adi), Sistem Mahkamah Rayuan Bagi Pelakuan Zalim (Nizam Wilayah al-Mazalim) dan Institusi Hisbah (Nizam al-Hisbah) merupakan benteng yang kukuh bagi memelihara HAM. Institusi-institusi ini memainkan peranan penting dalam mempastikan HAM terpelihara. Sebagai contoh, institusi mahkamah misalnya berperanan mempastikan hak diberikan kepada yang berhak dan melaksanakan hukuman syarak kepada pelaku jenayah tanpa mengira pangkat dan status sosial mereka dalam masyarakat. Lantaran itu, pemilihan para hakim dilakukan dengan cara yang teliti agar hakimhakim yang dipilih terdiri dari individu-individu yang mempunyai kredibiliti dan integriti dan kekredibilitian dan keintegritian mereka diterima oleh orang ramai. Beberapa syarat seperti kesihatan tubuh badan, pengetahuan mendalam tentang hukum-hukum syarak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta menjauhi akhlak yang keji ditetapkan bagi pemilihan hakim. Syarat tersebut ditambah lagi dengan lain-lain syarat umum seperti kesempurnaan akal, memiliki hikmah kebijaksanaan dan perjalanan hidup yang baik sehingga boleh menjadi teladan khalayak ramai. Para khalifah tidak teragak-agak untuk memecat para hakim yang gagal memenuhi syarat-syarat tersebut atau berpaling dari landasan keadilan dalam melaksanakan tugasnya sebagai hakim. Petikan surat Khalifah `Umar al-Khattab kepada Abu Musa al-Asy`ari berikut boleh menjelaskan betapa prihatinnya pemerintah Islam terhadap pelaksanaan keadilan dalam masyarakat: c.)1.e
c ..A.P.4 Lai
4.1—Lp.a.4 aaLJI s vaI c 4J 61( J.,tq ‘1,1.1-ts. 6L4,0.1! ‘.f.a Lj
LsiP ,r° Lsia
1.:23
it
j..4-1 al! „AA, ;.0-1 Maksudnya: "Sulam ke se jahteraan ke atas kamu , kata-kata seterusnya , Se sungguhnya penghakiman adalah sesuatu kef ardhuan yang telah ditetapkan dan sunnah yang dipatuhi , fahamilah [hal apabila diangkatkan [Ices untuk 58
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
dihakimi] kepada kamu, sesungguhnya tiada guna bercakap tentang kebenaran tanpa melaksanakannya, layanilah [secara samarata] antara manusia dalam majlis kamu dan menurut pandanganmu , hingga orang yang mulia tidak tamak untuk mendampingimu dan orang lemah tidak putus asa terhadap keadilanmu. Keterangan perlu dikemukakan oleh pendakwa, manakala sumpah perlu dilakukan oleh orang mengingkari dakwaan. Penyelesaian [kes] secara berdamai harus dilakukan antara manusia melainkan perdamaian untuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Tiada halangan kalau kamu ingin menarik balik penghakiman yang telah kamu buat kelmarin [yang tidak menepati Tunas keadilan] setelah kamu mendapat petunjuk agar kamu kembali menetapkan semula hukuman berdasarkan kebenaran. Sesungguhnya kebenaran tidak boleh dibatalkan oleh sebarang perkara . Dan ketahuilah bahawa kembali berhukum dengan kebenaran adalah lebih baik dari terus kekal berada dalam kebatilan" . Berdasarkan panduan al-Quran, al-Sunnah dan contoh-contoh amalan para penguasa Islam di zaman silam, cendekiawan Islam telah mengumpul HAM yang diperuntukkan oleh Islam dan memuatkannya dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia oleh Majlis Islam Sedunia atau Universal Islamic Declaration of Human Rights yang dirujuk sebagai "Cairo Declaration" (Mehrun, 2006: 1). Perisytiharan ini yang mengandungi 25 fasal telah diisytiharkan pada 14 Muharram 1411, bersamaan 5hb. Ogos 1990. Penulis difahamkan bahawa negara kita turut menandatangani perisytiharan ini. Antara kandungan perisytiharan ini ialah hak untuk hidup, kesamarataan sesama manusia dari segi kemuliaan kemanusiaan, bebanan dan tanggungjawab, tanpa dibezakan oleh wama kulit, darah keturunan, Bahasa, pegangan agama, pegangan politik, hak kesamaan dari segi perundangan, larangan terhadap diskriminasi, hak untuk mempelajari ilmu, hak memilih pekerjaan, hak untuk hidup secara aman dan bahagia, perlindungan daripada diseksa, perlindungan daripada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. (al-Haqil, 1994: 4942; Mehrun, 2006: 1) Hak Asasi Manusia Dan Isu-isu Semasa Rasanya bila kita berbicara tentang isu HAM, is tidak lengkap jika tidak disentuh beberapa isu semasa sama ada di peringkat global atau lokal yang berkaitan dengannya. Kalau Islam mengiktiraf HAM dalam batasan syariat, terdapat beberapa kumpulan di peringkat global yang memperjuangkan apa yang dikatakan hak asasi mereka seperti 59
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
hak untuk menjalani kehidupan homoseksual, hak untuk berkahwin dengan pasangan sesama jenis, dan hak keluarga yang terbentuk dari perkahwinan tersebut, hak menggugurkan kandungan walaupun ketika janin berumur sembilan bulan, hak menukar jantina dan sebagainya (Ahmad al-Raysuni, 2002: 49). Terdapat juga kalangan yang mengkritik syariat Islam kerana ia dikatakan jumud, tidak sesuai dengan perkembangan zaman dan pelaksanaannya akan bertentangan dengan HAM. Kritikan dilontarkan terhadap hukum Islam yang menetapkan hukuman hudud ke atas kesalahan murtad, kesalahan mencuri, kesalahan zina, kesalahan minum arak dan sebagainya dan hukum yang mengharamkan wanita Islam dari berkahwin dengan lelaki bukan Islam kerana kesemua itu dikatakan bercanggah dengan HAM yang ditetapkan oleh deklarasi PBB. Fasal ke 16 deklarasi PBB 1948 tersebut menetapkan bahawa setiap lelaki dan wanita, apabila mencapai umur yang sesuai untuk berkahwin, mereka sepatutnya diberi hak untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja tanpa terikat atau boleh dihalang oleh faktor agama (Ahmad al-Raysuni, 2002: 49). Ringkasnya kalangan yang memperjuangkan aliran pemikiran seperti ini mendesak agar manusia diberikan kebebasan sepenuhnya melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan menurut runtunan hawa nafsunya tanpa terikat dengan ajaran agama langit. Selain daripada isu-isu tersebut, atas nama HAM juga, segolongan memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai `hak kebebasan memilih pegangan hidup' walaupun untuk bebas terlibat dengan amalan menyembah syaitan `Ubbad al-Syayatin' , bebas mengamalkan amalan sihir dan khurafat. Atas nama HAM juga, umat Islam ditekan supaya memperkenalkan pendidikan seks kepada kanak-kanak ( talim al-tiff al-thaqafah al-jinsiyyah) dan memberikan kebebasan kepada remaja terlibat dengan amalan seks bebas. Ada kecenderungan di kalangan penganjur idea ini yang mahukan supaya pendidikan seks dijadikan sebagai subjek wajib dalam kurikulum pendidikan dan pelajar bukan sahaja didedahkan tentang aspek teori hubungan seksual, tetapi juga terkandung dalam subjek tersebut aspek praktikal tentang bagaimana hubungan seksual agar subjek tersebut bukan sekadar subjek yang berbentuk teori semata-mata yang sukar difahami oleh pelajar (Ahmad al-Raysuni, 2002: 50). Di negara kita isu-isu ini juga muncul kalaupun di sesetengah isu, ia masih belum mempengaruhi sebahagian besar masyarakat 60
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
kita. Terdapat percubaan sesetengah NGO yang memperjuangkan hak orang Islam untuk murtad atas nama HAM, kebebasan berhibur tanpa batas walaupun ia melanggar akhlak Islam dan tatasusila timur, kebebasan untuk terlibat dengan ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin sehingga ada peguam Muslim yang sanggup menjadi peguamnya di Mahkamah atas dasar HAM, kebebasan melibatkan diri dengan 'Black Metal' dan sebagainya. Pendedahan media massa tentang sepasangan `lelaki' yang berkahwin setelah salah seorang dari mereka menjalani satu pembedahan penukaran jantina di sebuah Hospital di negara kita. Salah seorang dari mereka juga dilaporkan merasai sensitif bila bersentuhan antara saw sama lain ketika menikmati hidup sebagai pasangan `suami-isteri'. Baru-baru ini, sebuah rancangan televisyen, terbitan Astro bertajuk "Fear Factor"' yang menonjolkan satu pasangan homoseksual yang berbangga menjadi pasangan homoseksual pertama menyertai acara berbentuk lasak dan meloyakan itu bagi mendapat hadiah wang ribuan dollar Amerika. Mengenai hak untuk murtad pula, terdapat desakan dari sesetengah pihak agar umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar daripada Islam kerana ia kononnya diberi kebebasan oleh Perlembagaan Malaysia kita, sedangkan mereka tidak memahami bahawa `murtad' adalah satu kesalahan jenayah menurut syariat Islam yang termasuk dalam kesalahan-kesalahan hudud. Memang menurut fasal 18, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1984 PBB menetapkan bahawa manusia bebas memilih agama yang disukainya dan menukar agamanya bila-bila masa yang diingininya. Namun demikian, sebagaimana yang ditegaskan sebelum ini, soal penjagaan agama adalah matlamat utama penurunan syariat Islam dan matlamat-matlamat penjagaan kepentingan yang lain seperti tubuh badan, keturunan, harta dan akal adalah terhenti sejauh mana agama terpelihara dalam sesebuah masyarakat. Ini kerana asas negara Islam ialah agama. Ini bererti sesiapa yang keluar dari agama Islam, ertinya dia telah "keluar" dari negara tersebut dan telah meruntuhkan masyarakat secara kolektifnya. Sebenarnya tidak timbul isu pelanggaran HAM sekiranya hukuman Islam dikenakan ke atas orang yang murtad di kalangan Islam. Ini kerana perilaku murtad yang dikenakan hukuman hanyalah murtad yang diisytiharkan kepada khalayak dan kemurtadannya diketahui oleh khalayak. Andaikata dia murtad dan mendiamkan keraguannya terhadap Rancangan tersebut disiarkan pada Chanel 17, 7 Dis. 2006
61
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Islam yang mendorongnya murtad dalam hati sanubarinya sahaja atau didedahkan kepada orang lain, maka hukuman ke atasnya di dunia tidak boleh dikenakan kerana kaedah umum yang patut diamalkan oleh pemerintah Islam ialah berdasarkan pandangan zahir sahaja, manakala urusan batinnya hanya diserahkan kepada Allah SWT yang akan membalasnya di akhirat (al-Buti, 2004: 85). Hal seperti ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana fenomena-fenomena murtad boleh berlaku bukan sahaja dalam bentuk lazim difahami orang iaitu seseorang berasaskan agama Islam yang dianutinya sudah tidak diyakininya lagi, tetapi juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti yang disebut oleh tokoh-tokoh pemikir Islam, antaranya muslim yang memberikan hak penentuan hukum (al-hakimiyyah) dan perundangan kepada selain daripada Allah, membenci sesuatu sistem yang ada dalam Islam, melihat hukum-hukum ciptaan manusia sebagai yang terbaik dan hukumhukum syariat sebagai ketinggalan zaman, melebihkan sistem yang lain ke atasnya atau menyamakannya, mempersendakan sesuatu yang datang daripada al-Quran dan al-Sunnah, atau syiar Islam, mencela keperibadian Rasulullah SAW, menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT atau sebaliknya dan lain-lain lagi (`Ulwan, 1988: 78-95; Ahmad Rasyad, 1998: 334-339) Bila many kemurtadannya diwar-warkan kepada orang ramai dan diiklankan kepercayaan barunya kepada khalayak, ia sekaligus telah mengisytiharkan serangan berbentuk pemikiran (al-harb alfikriyyah) ke atas Islam dan akidahnya dan tindakan tersebut boleh menimbulkan atau menanam bibit keraguan dalam hati orang ramai yang masih menganut Islam. Di kala ini, tindakan orang murtad tersebut perlu dilihat bukan dari segi hak peribadinya untuk menukar haluan agamanya, tetapi dari aspek adanya unsur "hirabah", iaitu serangan terhadap dasar-dasar agama yang menjadi tonggak utama kerajaan Islam. Lantaran itu, langkah-langkah perlu diambil bermula dari proses memberi penjelasan bagi merungkai keraguannya, meminta supaya bertaubat dan berakhir dengan pelaksanaan hukuman bunuh atas dasar "hirabah" (al-qadu hirabatan) sekiranya ia tetap berdegil mempertahankan pendiriannya untuk murtad. Ertinya murtad dibunuh bukan atas kekufurannya, tetapi atas dasar hirabah. (al-Buti, 2004: 85-87). Ringkasnya, hukuman ke atas jenayah murtad yang ditetapkan oleh 62
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
syariat Islam ialah untuk menjaga agama dan menjamin survivalnya dalam masyarakat dan menghindarkan adanya golongan yang memasuki Islam bertujuan untuk mencapai matlamat keperibadian yang tertentu, kemudiannya setelah ia mencapai apa yang diingininya, ia akan kembali semula kepada kekufuran. Dan golongan seperti ini perlu dibersihkan dari masyarakat Islam kerana langkah pembersihan tersebut boleh menyumbang ke arah wujudnya keamanan dan kesentosaan dalam masyarakat dan dalam masa yang sama menjamin keutuhan dan kelangsungan agama dalam masyarakat tersebut. Tentang pendidikan seks pula, ada rancangan dibuat agar pendidikan ini diajar di peringkat sekolah bagi mengelakkan remaja terlibat dengan amalan seks yang boleh mengundang padah kepada mereka, misalnya HIV dan pelbagai masalah sosial yang lain. Kalaupun tidak dinafikan, ada unsur positif di sebalik pelaksanaan program ini, pelaksanaannya harus dijalankan secara berhemat dan berhati-hati agar ia tidak membuka pintu ke arah berleluasanya seks bebas di kalangan remaja kini. Islam memperkenalkan istilah `zinc' bagi hubungan seks terlarang dan memperkenal istilah `persetubuhan' bagi hubungan seks tidak terlarang. Istilah-istilah yang bersumberkan epistemologi yang bersumberkan wahyu ini dan mengiktiraf Allah sebagai penentu baik atau buruk sesuatu amalan, bukan manusia adalah berbeza dengan istilah 'hubungan seks' yang ditafsirkan halal oleh barat jikalau ia dilakukan secara suka sama suka walaupun dengan isteri/suami orang dan ditafsirkan haram jikalau dilakukan tanpa kerelaan pasangannya walaupun dengan isteri sendiri atau ditafsirkan haram jikalau dilakukan dengan pasangan dikategorikan sebagai `bawah umur' walaupun ia dilakukan dengan kerelaannya sendiri dan ia sudahpun mencapai umur baligh menurut hukum Fiqh. Epistemologi inilah yang menjadi `roh' undang-undang sivil yang digubal di kebanyakan negara termasuk negara kita. Selain daripada isu-isu di atas, atas nama hak asasi juga, ada kalangan yang memperjuangkan agar dihapuskan perbezaan-perbezaan tabi'i yang wujud antara lelaki dan wanita agar mereka menikmati hak yang sama dengan lelaki dalam segala hal. Wanita disarankan agar diberi kebebasan memilih apa sahaja profesion pilihannya bagi mencari rezeki kerana dia juga berhak untuk keluar rumah. Susulan dari itu, kita dapati ramai wanita yang dijadikan sebagai iklan pelaris barangan atau perkhidmatan, wanita dijadikan model pertunjukan 63
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
fesyen pakaian menjolok mata, wanita yang sanggup melakonkan adegan-adegan lucah dalam filem dijadikan tarikan orang ramai untuk menonton filem-filem atau drama yang ditayangkan di pawagam dan saluran-saluran televisyen. Banyak lagi sebenarnya isu pelanggaran aturan syarak yang cuba dihalalkan atas nama HAM. Percubaan sesetengah kalangan untuk menghalang pihak penguatkuasa agama menguatkuasakan apa yang dikenali sebagai `undang-undang moral' juga sebenarnya ada kaitan dengan isu yang dibincangkan. Ini kerana soal kehidupan peribadi dikatakan perlu diberi kebebasan sepenuhnya kepada individu untuk menghayatinya, termasuk untuk berhibur dan memilih cara berpakaian yang disukainya. Ini adalah bertentangan sama sekali dengan roh ajaran Islam yang mulia yang bukan sahaja cuba mengawal perilaku manusia menerusi kaedah pendidikan, tetapi juga menerusi penguatkuasaan undang-undang. Kalau undang-undang yang ditetapkan oleh syariat tidak penting kenapa terdapat banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang menekankan aspek penguatkuasaan undang-undang ini. Islam menekankan dalam ajarannya tentang konsep Iman, Islam dan Ihsan, tetapi sekiranya manusia melanggar syariat Islam, tuntutan iman dan tidak berlaku ihsan, terdapat beberapa institusi yang diwujudkan agar umat manusia akur tentang ajaran teras tersebut menerusi saluran kuatkuasa undang-undang. KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa pandangan syarak tentang HAM adalah jauh berbeza dengan pandangan barat sama ada dari segi konsep mahupun dari sudut pendekatan untuk mempastikan hak-hak tersebut terpelihara dalam sesebuah masyarakat. Memandangkan Allah SWT adalah Tuhan yang mencipta manusia dan mengurniakan kepadanya beberapa kemudahan untuk manusia merasai nikmat hidup ini, maka batasan penggunaan nikmat tersebut juga perlu terikat dengan syariat Tuhan, begitu juga dengan cara manusia menggunakan kemudahan tersebut. Alangkah anehnya manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT alat kelamin misalnya, untuk menibolehkannya melakukan hubungan seks, tetapi manusia enggan untuk mematuhi tatacara penggunaan alat tersebut sesuai dengan aturan yang dibenarkan oleh penciptaNya, begitu juga dengan 64
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
nikmat-nikmat yang lain. Pejuang HAM di mana sahaja mereka sebenarnya gagal memahami logik seperti ini tetapi lebih gemar memilih pandangan barat tentang hak asasi yang diinspirasikan mereka setelah mereka menolak peranan agama dalam masyarakat. HAM bukannya mutlak, tetapi merupakan satu pemberian daripada Allah SWT berupa amanah yang akan dipertanggungjawabkan kepada manusia selepas kematiannya. Hakikat ini perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak agar kekeliruan-kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak menyenangi Islam atau yang jahil tentang ajaran Islam dapat dihapuskan dari membelenggu pemikiran orang awam. Adalah dicadangkan agar pihak JAKIM menerbitkan buku khas mengenai HAM Menurut Islam dan Barat bagi memberi penjelasan secara mantap kepada seluruh umat Islam di Malaysia tentang pandangan Islam tentang HAM dan perbezaannya dengan world view barat.
Rujukan Ahmad al-Raysuni, Dr., et.al. (2002), Huquq al-Insan Mihwar Maqasid al-Syari` ah. Qatar: Wizarah al-Awqaf al-Syu'un al-Islamiyyah. Ahmad Rasyad Tahun, Dr. (1998), Hurriyah al-` Aqidah fi al-Syari` ah al-Islamiyyah. Kaherah: Itrak li al-Nasyr al-Tawzi`. al-Buti, Sa`id Ramadhan, Dr. (2004), Hurriyah al-Insan fi Zill Ubudiyyah Li-Allah. Beirut & Damsyik: Dar al-Fikr al-Mu'asir & Dar al-Fikr. al-Haqil, Sulayman ibn (Abd al-Rahman, Dr. (1994), Huquq al-Insan fi al-Islam wa al-Radcl ala al-Syubuhat al-Mutharah Hawlaha. cet. Saudi Arabia: Matabi' al-Taqniyyah li al-Ufset. Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid (2006), "Memamahi Pendekatan Islam (Din) Hadhari Dari Perspektif Pemikir Islam" dlm Abdul Halim Haji Mat Diah &. Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, eds. Islam Hadhari Dari Perspektif Intelektual Muslim. Kuala Lumpur, APIUM. Mehrun Siraj (2006), Islam, Hak Asasi Manusia dan Isu-Isu Perundangan Semasa, kertas kerja Seminar Islam Dan Cabaran Semasa sempena Muktamar Sanawi ABIM ke- 35. al-Qaradawi, Yusuf, Dr. (1977), Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama` alIslami. Kaherah: Maktabah Wahbah. 65
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
`Ulwan, `Abdullah Nasih, Dr. (1988), Hurriyah fi al-Syariah al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Salam. al-Zuhayli, Wahbah, Dr. (2000) Haqq al-Hurriyah fi al-rAlam. Beirut & Damsyik: Dar al-Fikr al-Mu'asir & Dar al-Fikr.
66