Bengkel Ibu Bapa
31.01.2015 Hari Sabtu Sesi Perkongsian Strategi Pembelajaran Lisan oleh : Cikgu Ardriza & Cikgu Ernie
Peperiksaan Lisan Pembacaan Lantang
10 markah
Penerangan Berdasarkan Gambar 10 markah
Perbualan Berkaitan Gambar
10 markah
Bahagian 1: (10 markah)
Pembacaan Lantang Pemarkahan diberikan berdasarkan : 1. Bacaan yang lancar dan tidak tersekat-sekat. 2. Sebutan yang jelas, baik dan konsisten. 3. Penjedaannya yang bersesuaian dengan tempatnya. 4. Penggunaan sebutan baku. 5. Kadar kecepatan yang sesuai.
Teks Bacaan Petang itu, Azri tiba-tiba teringat akan rakan baiknya, Halim. Halim seorang murid yang baik perangai dan rajin. Sudah sepuluh hari Halim bercuti di Melaka. Menurut Halim, dia akan pulang pada hari itu. Azri berasa amat rindu akan rakannya lalu menelefonnya untuk bertanyakan khabar “Helo. Boleh saya bercakap dengan Halim?” kata Azri. “Oh, Azri! Sebentar ya, pak cik panggilkan Halim,” jawab ayah Halim.
Bahagian 2: (10 markah)
Penerangan Berdasarkan Gambar 1. Mulakan perbualan dengan keseluruhan gambar : - Gambar ini menunjukkan keadaan / situasi di……. 2. Setelah itu, bolehlah menerangkan tentang: latar masa - bila berlaku? latar suasana - bagaimana keadaan tempat itu? Jika gambar menunjukkan tempat di luar bangunan, boleh ceritakan tentang keadaan cuaca.
Penerangan Berdasarkan Gambar 3. Kemudian, menerangkan satu persatu situasi atau aktiviti yang terdapat dalam gambar dan memberikan pendapat sekali secara terperinci.
Strategi 4P
Pendapat
Perbuatan
4P Perasaan
Pakaian
Penerangan Berdasarkan Gambar
Penerangan Berdasarkan Gambar •
• • •
Gambar ini menunjukkan keadaan di dalam sebuah gerabak kereta api MRT. Terdapat ramai orang di situ. Cuaca pada hari itu cerah. Saya berpendapat waktu itu waktu pagi kerana terdapat ramai murid beruniform sekolah dan para pekerja yang ingin ke tempat pejabat mereka.
Penerangan Berdasarkan Gambar
4P-
Pakaian, Perbuatan, Perasaan, Pendapat
Di bahagian kiri gambar ini, terdapat tiga orang murid perempuan yang memakai uniform sekolah. Mereka sedang duduk di lantai sambil bermain batu seremban. Beg-beg sekolah mereka pula telah diletakkan bersebelahan mereka. Perbuatan mereka duduk di hadapan pintu kiri kereta api itu tentu akan menghalang perjalanan orang lain untuk keluar masuk kereta api itu. Orang ramai tentu berasa marah terhadap perbuatan murid-murid perempuan tersebut. Pada pendapat saya, perbuatan mereka tidak boleh dicontohi kerana mereka menghalang perjalanan orang ramai dan bersikap tidak bertimbang rasa. Mereka sepatutnya berhenti bermain, tidak duduk di hadapan pintu kereta api dan berdiri di bahagian tengah gerabak itu.
Penerangan Berdasarkan Gambar
4P-
Pakaian, Perbuatan, Perasaan, Pendapat
Berdekatan murid-murid perempuan tadi, kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi Dia sedang berdiri sambil mendukung anaknya. Seorang murid lelaki yang beruniform berasa kasihan melihat wanita tersebut yang terpaksa berdiri di dalam kereta api yang penuh sesak dengan orang ramai. Dia segera memberikan tempat duduknya kepada wanita itu. Pada pendapat saya, perbuatannya harus dicontohi. Kita harus bertimbang rasa terhadap orang yang lebih memerlukan. Perbuatannya harus dipuji dan saya juga akan mencontohi perbuatan budak lelaki itu jika menghadapi situasi yang sama. Saya berharap orang lain akan mengikut perbuatannya juga. Wanita dan anaknya itu tentu berasa gembira dan bangga kerana ada orang yang sudi memberikannya tempat duduk.
Contoh ayat: - Berdekatan murid-murid perempuan itu, ……………… - Tidak jauh dari situ, ……….…….
- Berhampiran warga emas tersebut, ………………. - Beberapa langkah daripada mereka, ……………….
- Di sudut gambar ini, ……………… - Di bahagian tengah gambar ini, ……………….
Bahagian 3: (10 markah) Perbualan Berdasarkan Gambar - Murid dikehendaki bercerita / memberikan pendapat tentang sesuatu topik / soalan yang diberikan oleh guru pemeriksa dan berdasarkan gambar. - Murid perlu bercakap atau ceritakan dengan lancar, tenang dan yakin. - Jangan asyik berdiam diri, sehingga guru pemeriksa perlu banyak bertanya. - Penggunaan sebutan baku dan juga bahasa yang tepat.
Bahagian 3: (10 markah) Perbualan Berkaitan Gambar
pakah
Saya pernah/selalu menaiki pengangkutan awam iaitu ………..
i mana
Saya menaiki …….. dari / di Stesen ……
ila / berapa / bagaimana
Saya akan menaiki kereta api MRT pada ……… untuk ……….
engapa
Saya suka menaikinya kerana ..….
iapa
Kadang-kadang, saya menaiki …... dengan ………
Dengan akhir kata, ……..
Dengan menggunakan Strateg 4P, terangkan gambar yang diberikan. Bincang dan tuliskan di atas kertas yang diberikan.