Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 1
1.0
Aspek Kesalahan 1.1
Sebutan
1.2
Ejaan
1.3
Morfologi
1.4
Sintaksis
1.1 Sebutan Kesalahan sebutan kerana i. [ ] dibunyikan sebagai [ é ] [adgan] dibunyikan [adégan] [rat]
dibunyikan [érat]
[pgang] dibunyikan [pégang]
ii.
[é ] dibunyikan sebagai [ ] [débat] disebut
[dbat]
[péka] disebut
[pka]
iii. Membunyikan k pada suku kata akhir terbuka bawa disebut
bawak
minta disebut
mintak
iv. Menggandakan/tidak menggandakan bunyi huruf g bangunan disebut banggunan gagang
disebut ganggang
perenggan disebut perengan
v.
Tidak membunyikan huruf h hari
disebut ari
rumah
disebut ruma
harimau disebut arimau Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 2
vi. Tidak membunyikan huruf r besar
disebut
besa
kasar
disebut
kasa
ular
disebut
ula
vii. Huruf r dibunyikan sebagai huruf l baru
dibunyikan
balu
ramai dibunyikan
lamai
sering dibunyikan
seling
viii. Huruf r dibunyikan sebagai gh ramai dibunyikan
ghamai
rumah dibunyikan
ghumah
atau r dibunyikan menurut bunyi dialek: ghama (ramai); ulau (ular)
ix. Kesalahan membunyikan kata serapan aneka
disebut anika
gembleng
disebut gembeling
dialog
disebut dailog
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 3
1.2 Kesalahan Ejaan Antara kesalahan ejaan termasuhlah i. Kesalahan mengeja bentuk kata tunggal, kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk, & kata serapan *adik beradik, *anih,
*aturcara,
*celupar,
*hajjah,
*istirehat,
*menyintai,
*olih,
*pendita,
*sekelian
*sayugia
Ejaan yang betul: adik-beradik, aneh,
atur cara,
celopar ,
istirahat,
mencintai,
oleh,
pendeta,
sekalian
seyogia
hajah,
1.3 Kesalahan Morfologi Kesalahan morfologi ini mencakupi beberapa aspek seperti i. Kesalahan imbuhan (a) Tidak menggunakan imbuhan beritahu
memberitahu
memboleh
membolehkan
pimpinan
kepimpinan
*Saya beritahu dia tarikh tutup permohonan. (memberitahu) *Kepakarannya itu membolehnya mudah melamar pekerjaan. (membolehkannya) *Pimpinan Perdana Menteri menjadi ikutan pemimpin dunia ketiga. (kepimpinan)
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 4
(b) Tidak tepat menggunakan imbuhan merbahaya
berbahaya
merupai
merupakan
dijatuhkan
dijatuhi
menemukan
menemui
*Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta lima kali sebatan. (dijatuhi) *Polis telah menemui kereta yang digunakan oleh perompakperompak itu. (menemukan) *Semoga Allah mencucurkan rohnya dengan rahmat. (mencucuri)
(c) Menggunakan imbuhan yang tidak perlu memperbesarkan
memperbesar
memperolehi
memperoleh
memperbaiki
membaiki
*Zukhairi memperbesarkan rumahnya. (memperbesar) *Sekolah itu memperolehi sumbangan kewangan daripada wakil rakyat. (memperoleh)
(d) Tidak merangkaikan imbuhan di hantar
dihantar
ke dua
kedua
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 5
ii. Kesalahan kata/istilah (a) Kesalahan kata ganti nama diri (KGND) (ai)
Tidak tepat penggunaan KGND kita
seharusnya
kami
ianya
seharusnya
ia
*Kita berdua akan menyertai pertandingan itu.
(aii) Tidak menggunakan KGND *Saya sayang kepadanya kerana kekasih saya. (Saya sayang kepadanya kerana ia kekasih saya)
(aiii) Tidak perlu KGND sebagai penekan *Jika tiadanya pelanggan, pihak pengeluar akan dilanda kerugian. *Iklan seringnya mendapat perhatian kanak-kanak. Nota: KGND :-nya” tidak perlu dalam ayat-ayat di atas (aiv) KGND “-nya” merujuk bilangan jamak * Ramlah dan Ani sering menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah. Cikgu Maimunah telah merampas telefon mereka itu. Telefonnya itu disimpan di bilik guru besar. (…Telefon mereka itu …)
(av) Tidak tepat penggunaan KGND *Beruk peliharaan Pak Mat begitu jinak. Setiap hari beliau membantu Pak Mat memetik buah kelapa. ( …Setiap hari beruk itu membantu …) Nota: KGND “beliau” digunakan untuk manusia yang mempunyai latar diri yang baik, bukan untuk binatang.
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 6
(avi) Menggandakan KGND ke-3 jamak *Kamu contohilah mereka-mereka yang berjaya. (Kamu contohilah mereka yang berjaya.)
(b) Kesalahan KGN Tunjuk (bi) Tidak tepat penggunaan KGN Tunjuk *Mesin rumput ada di dalam stor di hujung bangunan sekolah. Mesin ini baru saja dibaiki. ( …Mesin itu baru saja dibaiki.)
(bii) Tanpa KGN Tunjuk di tempat yang wajar *Dia menyuruh saya memulangkan buku kepadamu. (Dia menyuruh saya memulangkan buku ini kepadamu.)
(biii) Tidak perlu KGN Tunjuk *Kanak-kanak itu membuka majalah itu yang baru dibelinya. (Kanak-kanak itu membuka majalah yang baru dibelinya.)
(c) Kesalahan Kata Sendi Nama (KSN) (ci)
Tidak tepat penggunaan KSN *Ketua pejabat itu sentiasa curiga kepada kejujuran anak buahnya. (tentang) *Berita itu diterima dari Nadzrah. (daripada)
(cii) Tidak perlu KSN *Tiada perbezaan di antara pendapatannya dengan pendapatan saya. (antara) *Salah satu daripada kereta … (Salah satu kereta/Satu drp. kereta…) *Selain daripada itu… (Selain itu …) Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 7
(d) Kesalahan Kata Ganda (KG) (di) Menggunakan bentuk KG yang salah *Sekali-sekali pun tidak pernah saya berbuat demikian. (Sekali) *Setengah murid suka merokok … (Sesetengah / Setengahsetengah) *Berbagai acara menarik … (Berbagai-bagai acara menarik …)
(dii) Penggandaan yang tidak perlu *Semua guru-guru sedang bermesyuarat. (Semua guru …) *Kebanyakan murid-murid gemar merokok. (Kebanyakan murid…)
(e) Kesalahan penggunaan ke & di (ei) Kekeliruan menggunakan ke & di sebagai imbuhan atau kata depan *Buku Geografi diatas meja. (di atas) *Antena Astro di pasang di bumbung rumah. (dipasang) *Kereta itu menuju kearah selatan. (ke arah)
(eii) Menggantikan KD di & di dengan bentuk kata dekat *Cikgu Param dekat kantin sekolah. (di kantin sekolah) *Buku graf awak ada dekat saya. (pada saya)
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 8
1.4 Kesalahan Sintaksis Aspek-aspek kesalahan sintaksis adalah seperti yang berikut ini: i. Kesalahan Frasa (a) Kesalahan struktur frasa *mini sukan
(sukan mini) - “Hukum D-M”
*oleh kerana (oleh sebab) *di hari ini
(pada hari ini)
*dari masa ke semasa (dari masa ke masa)
(b) Kesalahan FSN* di antara & di dalam dengan kata antara & dalam *Noraini adalah di antara pelajar yang pandai dalam kelas ini. (Noraini adalah antara pelajar yang pandai di dalam kelas ini.) *Di dalam masyarakat majmuk, sifat tolerensi sangat penting. (Dalam masyarakat majmuk …) *Meja saya di tengah-tengah kelas antara meja Ahmad dengan meja Ila. (Meja saya di tengah-tengah kelas di antara meja Ahmad …) *FSN = frasa sendi nama
ii. Kesalahan Ayat Tunggal (a) Ayat tanpa subjek *Setiap hari pada waktu begini begitu sesak. (Setiap hari, pada waktu begini lalu lintas begitu sesak.)
(b) Ayat tanpa predikat *Barang-barang kemas yang baru dibelinya kelmarin. (Barang-barang kemas yang baru dibelinya kelmarin telah hilang.)
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 9
(c) Ayat tanpa objek *Saya mendekati perlahan-lahan. . (Saya mendekatinya perlahan-lahan.)
iii.
Kesalahan Ayat Majmuk (a) Kesalahan kata hubung *Penari itu bangun dan menari. [(1) Penari itu bangun kemudian menari.) (2) Penari itu bangun lalu menari.)] (b) Tanpa penanda relatif “yang” *Sesungguhnya berita baru saya terima itu memeranjatkan saya. (Sesungguhnya, berita yang baru saya terima itu memeranjatkan saya.)
(c) Tanpa penanda komplemen *Mereka berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan kejayaan. (Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan.)
(d) Tanpa kata hubung keterangan *Apabila mereka menghisap dadah terlalu banyak fikiran mereka akan terganggu. (Apabila mereka menghisap dadah dengan terlalu banyak, fikiran mereka akan terganggu.)
(e) Salah kata hubung keterangan *Bila hari hujan pekan kecil dan kawasan persekitarannya itu selalu banjir. (Apabila hari hujan, pekan kecil dan kawasan persekitarannya itu selalu banjir.) Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 10
(f) Kata kerja transitif (KKT) tanpa objek *Dia mencubit dengan perasaan geram kemudian memukulnya. (Dia mencubit pipinya dengan perasaan geram, kemudian memukulnya.)
(g) Objek KKT bukan frasa nama (FN) *Ibu menjahit untuk anaknya sehelai baju. (Ibu menjahit sehelai baju untuk anaknya.)
(h) Salah struktur KKTT + KSN + FN *Setiap Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji keluarganya balik kampung.) (Setiap Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji, keluarganya balik ke
kampung)
KKTT* KSN*
FN
*KKTT = kata kerja tak transitif *KSN
= kata sendi nama
iv. Kesalahan struktur ayat pasif (AP) (a) Kesalahan struktur AP pelaku I dan II *Kerja itu telah dibuat oleh saya/anda. (Kerja itu telah saya/anda buat.)
pelaku I/II KKP* *KKP = kata kerja pasif
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 11
(b) Kesalahan struktur AP pelaku ke-3 *Projek itu mereka laksanakan. (Projek itu dilaksanakan oleh mereka.)
KKP
KSN
FN
(c) AP tanpa KSN *Tiang itu terlanggar lori di bahagian hadapannya. (Tiang itu terlanggar oleh lori di bahagian hadapannya.)
(d) Kesalahan hukum aneksi persona *Entah apa yang aku takuti, aku tidak ketahui. (Entah apa yang aku takuti, tidak aku ketahui.)
v. Pola struktur ayat bahasa asing (a) Ayat saduran daripada bahasa asing *Tarikh itu adalah tarikh yang mana paling mendebarkan di mana pada tarikh itu nasib saya akan diketahui. (Tarikh itu ialah tarikh yang paling mendebarkan saya kerana pada tarikh tersebut nasib saya akan diketahui.)
(b) Kesalahan kata pemeri *Mereka ini adalah warganegara Indonesia, Bangladesh dan Vietnam. (Mereka ini ialah warganegara Indonesia, Bangladesh dan Vietnam.) *Hadiah ini ialah untuk kekasihku. (Hadiah ini adalah untuk kekasihku.)
Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 12
(c) Menggunakan kata pemeri yang tidak perlu *Kami semua ialah/adalah anak pengetua. (Kami semua anak pengetua.)
vi. Kesalahan struktur ayat campuran
*Fakta sejarah ribuan tahun yang lalu dengan tegas setegas-tegasnya merakamkan kedaulatan bangsa dan budaya Melayu di daerah rantau sebelah sini sehingga bangsa-bangsa Melayu dengan erti yang luas telah menakrifkan identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu.
(Fakta sejarah ribuan tahun yang lalu, dengan tegas, telah merakamkan kedaulatan bangsa dan kebudayaan Melayu di rantau ini sehingga bangsa Melayu, dengan erti yang luas, telah menakrifkan identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu.)
Rujukan Awang Sariyan. 2004. Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Lee Lai Foon (dll.). 2005. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammed Salehudin Aman. 2005. Membetulkan Bahasa yang Biasa Membiasakan Bahasa yang Betul. Melaka: Maktab Perguruan Perempuan Melayu. ______________. 2005. “Kerancuan Bahasa” Kertas Kerja Sembang-sembang Bahasa anjuran Persatuan Bahasa Melayu Singapura., 15 Disember 2005 di Pencaus Century Melaka. ______________. 2006. Mari Kita Berbahasa Jilid I. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise. Nik Safiah Karim (dll.). 1996. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cikgu Jamal Iskandar bin Ismail[Type text]
Page 13