BAHASA MALAYSIA 2015 Arahan Am: Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. BAHAGIAN A : KARANGAN [25%] Anda boleh membuat pilihan sama ada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Soalan 1 Berdasarkan TIGA isi yang diberikan di bawah ini, tulis sebuah karangan tentang cara-cara mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Isi karangan:
mempunyai kumpulan belajar rajin mengulangkaji pelajaran menumpukan perhatian semasa di dalam kelas
ATAU Soalan 2 Kaji gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.
53
BAHAGIAN B:
SOALAN OBJEKTIF
[75%]
ARAHAN AM: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya hanya satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Soalan 1 hingga soalan 5 Baca rencana di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Banjir merupakan salah satu daripada bencana alam yang sering melanda negara Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Malaysia dan negara-negara lain. Banjir merugikan rakyat dan negara kerana banjir bukan sahaja merosakkan tanaman dan memusnahkan harta benda, malahan banjir meragut nyawa manusia. Faktor semula jadi yang menyebabkan banjir ialah hujan yang turun terlalu lebat. Hujan lebat yang turun berterusan selama beberapa hari menyebabkan sungai tidak dapat menampung jumlah isi padu air hujan yang banyak. Keadaan ini bertambah teruk apabila air laut pasang dan angin monsun bertiup. Fenomena alam ini dapat dilihat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang dilanda angin monsun Timur Laut pada hujung tahun. Namun demikian, kebanyakan faktor yang mengakibatkan banjir ialah perbuatan manusia. Manusia meneroka hutan rimba untuk pembinaan perumahan, perkilangan dan pertanian. Kegiatan pembalakan juga semakin meluas dan melampau. Akibatnya, kawasan tadahan hujan semakin berkurang dan hakisan tanah berlaku. Tanpa perlindungan tumbuh-tumbuhan, air hujan mengalir ke sungai membawa tanah-tanih yang seterusnya menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Sungai juga sering kali dijadikan “tong sampah” oleh manusia. Sampah sarap domestik, bangkai haiwan, sisa-sisa bahan kimia dan plastik termendap di dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek dan aliran air tidak lancar. Selain itu, sistem saliran yang kurang memuaskan seperti parit yang tersumbat, anak sungai yang dimendak tanah lanar dan longkang yang sempit dan cetek menyebabkan air hujan tidak dapat disalirkan ke sungai dalam masa yang singkat. Akibatnya air melimpah dari saliran dan membanjiri kawasan rendah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, banjir mendatangkan kerugian dan kerosakan. Oleh itu, langkah-langkah berkesan harus diambil untuk mengatasi masalah ini. Sungai-sungai harus diperdalam supaya dapat menampung isi padu air yang banyak. Pada masa yang sama, di sepanjang tebing sungai, penduduk dan pengusaha kilang harus dilarang membuang sampah ke dalam sungai. Tindakan ini dapat mencegah banjir daripada berlaku di samping mengurangkan pencemaran sungai.
54
Walaupun undang-undang telah dikuatkuasakan namun pendidikan dan kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat. Semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama mengatasi masalah banjir kerana banjir banyak mendatangkan kesan negatif kepada semua pihak.
1.
Antara berikut adalah kesan-kesan banjir, kecuali A. merosakkan tanaman. B. memusnahkan harta benda. C. mengorbankan nyawa manusia. D. mengimbangi masalah kemarau.
2,
Apakah kejadian semula jadi yang mengakibatkan banjir? A. Hujan lebat. B. Pembalakan haram. C. Penerokaan hutan tanpa kawalan. D. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.
3.
Apakah faktor yang menyebabkan sungai semakin menjadi cetek? A. Kerana kekurangan air hujan. B. Kerana sistem saliran yang lancar. C. Kerana mendapan bahan buangan. D. Kerana keadaan longkang yang luas.
4.
Apakah cara untuk mengatasi masalah banjir dengan berkesan? A. Memperdalam sungai. B. Kerap menebang pokok. C. Meneroka hutan untuk pembangunan. D. Membuang sisa bahan kimia ke dalam sungai.
5.
Apakah jenis bahan buangan yang tidak akan termendap ke dasar sungai? A. Plastik. B. Sampah sarap. C. Air kumbahan. D. Bangkai haiwan.
55
Soalan 6 hingga soalan 10 Baca pantun di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) 1
Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi.
6
Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung.
2
Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong.
7
Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas.
3
Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas.
8
Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang.
4
Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa.
9
Periuk belanga pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri.
5
Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham.
10
Saya kata itik, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam.
6.
Frasa sudah kena jentik baru nak diam dalam pantun bermaksud A. tidak melawan setelah dihukum. B. mendiamkan diri setelah dihukum. C. pandai membawa diri setelah dimarahi. D. memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
7.
Pada pendapat anda, mengapakah pengarang meminta rakannya membalas surat yang telah dikirimnya? A. Supaya mereka dapat mengekalkan persahabatan. B. Supaya mereka dapat berkongsi pengalaman hidup. C. Supaya pengarang mengetahui kedudukan rakannya. D. Supaya pengarang dapat menghubungi rakannya pada bila-bila masa.
8.
Mesej yang terdapat dalam rangkap kelima ialah A. orang yang tenang akan hidup gembira. B. orang yang bijak mudah diajak berunding. C. orang yang rajin berfikir akan cepat pandai. D. orang yang cerdas akan dapat belajar dengan cepat.
56
9.
Apakah nilai murni yang terdapat dalam rangkap keenam pantun? A. Berani berdikari. B. Berani kerana benar. C. Berani menghadapi segala akibat. D. Berani mempertahankan pendirian.
10.
Nyatakan satu ciri Pantun Dua Kerat (Nasihat). A. Rima akhirnya abab. B. Jumlah suku kata adalah bebas. C. Bunyi suku kata pada pangkal baris adalah sama. D. Terdiri daripada satu baris pembayang dan satu baris maksud.
Soalan 11 hingga soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat yang berikut. 11.
Beberapa __________ daun pokok itu gugur apabila ditiup angin. A. rawan C. ulas B. helai D. jalur
12.
Kehidupan akuatik di perairan Selat Melaka semakin __________ kerana kejadian tumpahan minyak dari kapal sering berlaku. A. tercemar C. terancam B. tergugat D. terkandas
13.
Tunku Abdul Rahman merupakan __________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan negara kita daripada British. A. bangsawan C. sejarawan B. cendekiawan D. negarawan
14.
Berita tentang kejadian gempa bumi itu akan diumumkan __________ semasa ke semasa. A. dari C. sejak B. daripada D. pada
15.
Kedengaran __________ suara orang menjerit meminta tolong ketika saya duduk bersendirian pada petang itu. A. jauh-jauh C. sayup-sayup B. jelas-jelas D. samar-samar
57
16.
Sulaiman menyatakan __________ sepupunya menjadi doktor pakar kulit. A. yang C. bahawa B. adalah D. ialah
17.
Ketua kelas itu menampalkan jadual peperiksaan __________ papan kenyataan kelas. A. di C. atas B. pada D. kepada
18.
Sejak keluarganya berpindah, tiada sesiapa yang berani __________ rumah tersebut . A. mewarisi C. menuntut B. melihat D. mendiami
19.
__________ ini, budak perempuan itu suka mengasingkan diri. A. Lewat-lewat C. Akhir-akhir B. Mula-mula D. Belakang-belakang
20.
Penulis itu menggunakan pengalamannya yang __________ untuk menghasilkan buku yang bermutu itu. A. banyak C. tinggi B. besar D. luas
21.
Malaysia bukan sahaja terkenal dalam bidang pertanian __________ terkenal juga dalam bidang perindustrian. A. serta C. malahan B. walaupun D. sementara
22.
Cikgu Salmah __________ Hamid supaya belajar dengan tekun agar mencapai kejayaan cemerlang. A. menasihati C. melawan B. membiarkan D. memaksa
23.
Semangat __________ akan negara mesti disuburkan dalam diri setiap warganegara Malaysia. A. berani C. ingin B. rindu D. cinta
24.
__________, jadi awaklah yang menghantar sejambak bunga mawar kepada saya semalam! A. Amboi C. Oh B. Nah D. Syukur
25.
Udang dan sotong yang dibeli oleh ibu itu masih segar kerana disimpan di __________ peti sejuk. A. bawah C. tepi B. atas D. dalam 58
26.
Para pelajar kembali ke tempat __________ setelah menerima buku latihan daripada Cikgu Helen. A. masing-masing C. berbagai-bagai B. sesetengah D. sekalian
27.
“Cikgu, __________ terlupa membawa buku Bahasa Malaysia pada hari ini,” kata Kelvin. A. anda C. beliau B. kalian D. saya
28.
Keluarga Encik Balan akan __________ ke Australia dengan penerbangan MAS untuk meraikan hari lahir anaknya di sana. A. berjalan C. berenang B. berlepas D. beratur
29.
Semua peserta ekspedisi itu dinasihati supaya membawa lampu suluh kerana keadaan di dalam gua itu __________. A. gelap-gelita C. terang-benderang B. riuh-rendah D. lintang-pukang
30.
Amir akan membeli tiga __________ akhbar harian yang berlainan pada setiap hari, A. rangkap C. laras B. patah D. naskhah
Soalan 31 hingga soalan 35 Pilih perkataan berimbuhan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut. 31.
Pengerusi majlis __________ para hakim pertandingan kepada para penonton sebelum pertandingan itu bermula. A. berkenalan C. memperkenalkan B. kenalan D. pengenalan
32.
Mazlina sering berkunjung ke rumah Diana yang terletak __________ dengan rumahnya. A. sebaris C. berbaris B. barisan D. membariskan
33.
Puan Laila tidak __________ perabot yang diimport dari Indonesia kerana harganya yang mahal. A. dibeli C. membelikan B. terbeli D. belian
59
34.
Agatha semakin matang sejak tinggal __________ dengan kedua-dua orang ibu bapanya. A. sejauh C. berjauhan B. terjauh D. menjauhi
35.
Pelakon wanita itu berjaya __________ wataknya sebagai seorang ibu tua yang menderita dengan berkesan. A. berjiwa C. menjiwai C. sejiwa D. kejiwaan
Soalan 36 hingga soalan 37 Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris. 36.
Azlena sentiasa berada di sisi ibunya selepas ibunya menjalani pembedahan itu. A. samping C. hadapan B. belakang D. pangkal
37.
Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berakhlak mulia. A. membentuk C. mewujudkan B. mencipta D. membina
Soalan 38 hingga soalan 39 Pilih kata berlawan bagi kata yang bergaris. 38.
39.
Pulau Jawa merupakan salah sebuah pulau yang mempunyai bilangan penduduk yang padat. A. penuh C. mampat B. kurang D. kukuh Sebelum balik ke kampung, ibu meminta wang daripada ayah untuk diberikan kepada nenek. A. memulangkan C. menawarkan B. meminjamkan D. memberi
60
Soalan 40 hingga soalan 42 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 40.
Ibu bapa perlu memupuk perasaan sayang dalam diri anak-anak untuk melahirkan masyarakat yang penyayang. A. Masyarakat yang penyayang akan menyemaikan perasaan sayang dalam diri anak-anak dan ibu bapa. B. Ibu bapa dan anak-anak perlu memupuk perasaan sayang dalam diri mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang. C. Perasaan sayang antara ibu bapa dan anak-anak perlu dipupuk untuk melahirkan masyarakat yang penyayang. D. Perasaan sayang perlu disemai oleh ibu bapa dalam diri anak-anak untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.
41.
Kesihatan manusia semakin terjamin hasil kemajuan yang dicapai dalam bidang perubatan. A. Tahap kesihatan manusia akan menjamin kemajuan dalam bidang perubatan. B. Kemajuan dalam bidang perubatan bergantung pada tahap kesihatan manusia. C. Kemajuan dalam bidang perubatan telah meningkatkan tahap kesihatan manusia. D. Manusia perlu mencapai kemajuan dalam bidang perubatan untuk menjamin kesihatan mereka.
42.
"Generasi muda perlu menghargai segala jasa dan pengorbanan warga tua dalam membangunkan negara,” ujar tokoh pemimpin itu. A. Tokoh pemimpin itu menyeru generasi muda agar meneruskan pengorbanan warga tua dalam membangunkan negara. B. Jasa dan pengorbanan warga tua dalam membangunkan negara amat dihargai oleh generasi muda dan tokoh pemimpin itu. C. Warga tua itu telah menyatakan kepada tokoh pemimpin bahawa generasi muda perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. D. Tokoh pemimpin itu menyatakan bahawa segala jasa dan pengorbanan warga tua dalam membangunkan negara perlu dihargai oleh generasi muda.
61
Soalan 43 hingga soalan 45 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 43.
I II III IV A. B.
Kipas di biliknya berpusing siang dan malam. Gasingnya berpusing ligat ketika dipangkah oleh kawannya. Pelari-pelari negara akan menamatkan berpusing yang kelima. Adli berpusing mencari jalan pulang setelah tersesat di tengah-tengah bandar. I dan II sahaja C. I, III dan IV sahaja I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
44.
I II III IV A. B.
Bekas luka di dahinya masih jelas kelihatan. Gina menyimpan biskut di dalam bekas plastik. Pak Mamat membeli tiga bekas kayu di pekan pagi tadi. Encik Karim bekas anggota polis yang telah berkhidmat selama 12 tahun. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
45.
I II III IV A. B.
Mata saya sudah kabur kerana sudah tua. Ingatan saya terhadap peristiwa itu sudah kabur. Lukisan pada dinding itu sudah kabur kerana terkena air hujan. Masa depan budak itu menjadi kabur setelah datuknya meninggal dunia. I, II dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja I, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
Soalan 46 hingga soalan 47 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut. Orang yang tidak mahu mendengar nasihat.
46.
Pernyataan di atas berkaitan dengan peribahasa A. seperti abu di atas tunggul. B. seperti hujan jatuh ke pasir. C. seperti telur di hujung tanduk. D. seperti pokok kayu tidak berbuah.
62
Abang Zahid lebih berpuas hati apabila membeli sesuatu barangan yang bermutu dan tahan lama walaupun harga barangan tersebut lebih mahal.
47.
Pernyataan di atas berkaitan dengan maksud peribahasa A. didengar ada dipakai tiada. B. alang-alang mandi biar basah. C. makin murah makin menawar. D. alah membeli menang memakai.
Soalan 48 hingga soalan 50 Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul. 48.
I II III IV A B
Ibu sedang memasakkan saya mi goreng. Encik Leong menghadiahkan anaknya sebuah basikal. Kami akan menuntut bayaran ganti rugi daripada mereka. Awang memberikan adiknya wang sebanyak RM100 sebulan. I dan III sahaja C I, III dan IV sahaja II dan IV sahaja D I, II, III, dan IV sahaja
49.
I II III IV A B
Pelajar itu kena dikejar oleh anjing liar. Bapa saya membeli sepasang kasut untuk saya. Bas yang ditumpangi mereka terbabas ke dalam gaung. Tanah yang awak sedang duduki itu tanah Encik Rahman. I dan II sahaja C I dan IV sahaja D
II dan III sahaja II, III, dan IV sahaja
I II III IV A B
Panggilan itu aku tidak jawab. Potret itu telah dilukis oleh saya. “Lagu itu awak cipta?” tanya Ajai kepada Nasir. Samat telah dirotan sebanyak tiga kali oleh guru disiplin. I dan II sahaja C I dan III sahaja D
III dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja
50.
KERTAS SOALAN TAMAT 63