PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
BUKU PANDUAN GURU TINGKATAN 1
BAHASA MALAYSIA KOMUNIKASI
2014
i
ii
MODUL PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL JATI DIRI
BAHASA MALAYSIA KOMUNIKASI TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.
iv
KANDUNGAN
1.
RUKUN NEGARA
vi
2.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vii
3.
PENDAHULUAN
viii
4.
CADANGAN TEMA
ix
5.
KANDUNGAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unit 1: Alam Sekitar Pengenalan dan Objektif Unit 1 Mendengar dan Bertutur: Membaca: Menulis: Tatabahasa:
Hijau Pelihara Bumi Kita Isi Betul-betul Cantik dan Kreatif
1 2 9 17 25
Selamat berkenalan Kasut Kelopak Jantung Si Jantung Hati Budi Bahasa Budaya Kita
31 32 38 48 54
Sediakan Payung Sebelum Hujan Tabung dan Ibu Sehari Selembar Benang Bekalan Hari tua
63 34 69 76 81
Hasil Kerjaku Tukang Lama Kad Pengganti Diri Warisan Nenek Moyangku
87 88 95 102 108
Unit 2: Hidup Bermasyarakat Pengenalan dan Objektif Unit 2 Mendengar dan Bertutur: Membaca: Menulis: Tatabahasa: Unit 3: Pengurusan kewangan Pengenalan dan Objektif Unit 3 Mendengar dan Bertutur: Membaca: Menulis: Tatabahasa: Unit 4: Kerja Tangan Pengenalan dan Objektif Unit 3 Mendengar dan Bertutur: Membaca: Menulis: Tatabahasa:
v
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip beriku:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
vii
PENDAHULUAN
Buku Panduan Guru (BPG) ini dihasilkan bertujuan untuk membantu guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia Komunikasi (BMK) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bagi Komponen Jati Diri. Terdapat empat unit dengan empat tema dalam BPG ini dan setiap unit terdiri daripada modul contoh kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan tatabahasa. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dalam mengembangkan tematema yang dicadangkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bersifat mindson dan hands-on. Pelbagai strategi pembelajaran dicadangkan sperti pembelajaran di luar bilik darjah, penggunaan bengkel, Bilik Masakan atau Pusat Sumber Sekolah. Aktiviti seperti lawatan sangat digalakkan. Guru juga dibimbing tentang penggunaan sistem bahasa dan penerapan nilai semasa proses PdP dijalankan. BPG ini dihasilkan dengan pendekatan yang mudah agar difahami oleh guru waima, guru bukan opsyen. Untuk memudahkan guru, setiap kemahiran disertakan ikon-ikon seperti yang berikut:
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Tatabahasa
viii
CADANGAN TEMA Berikut merupakan cadangan tema Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk tempoh 35 minggu setahun bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dengan pecahan lima waktu seminggu untuk Tingkatan 1 hingga 3. 18 tema ini boleh dikembangkan untuk PdP Bahasa Malaysia Komunikasi (BMK) dengan anggaran setiap tema boleh digunakan selama dua minggu. Setiap tema boleh dikembangkan dalam setiap kemahiran seperti mana yang ditunjukkan dalam modul contoh yang dibekalkan. Tujuan diberikan pemetaan tema adalah supaya pertindanan tema dapat diealakkan di antara tingkatan. Walau bagaimanapun, guru sangat digalakkan mempelbagaikan pecahan tema yang sesuai dengan latar belakang lokasi dan budaya murid. Perkataan yang bertanda merah merupakan tema manakala pecahan di bawahnya merupakan tajuk modul/aktiviti. BPG ini hanya memberikan contoh bagi empat tema sahaja dan guru hendaklah menjadikannya sebagai panduan dengan pengubahsuaian mengikut kebolehan murid di dalam kelas. BIL. 1
TINGKATAN 1 Alam Sekitar
2
Hijau Pelihara Bumi Kita Isi Betul-betul Cantik dan Kreatif
Hidup Bermasyarakat
Selamat Berkenalan Kasut Kelopak Jantung Si Jantung Hati Budi Bahasa Budaya Kita
TINGKATAN 2 Kaki dan Kasut
Kasut dan Kesihatan Cantiknya Kasut Sayangi Kaki Cantik dan Sihat
Rekreasi
Bulat Air kerana Pembetung Kem Wirajaya Ciri-ciri Tapak Perkhemahan Khemah Kubah
TINGKATAN 3 Ibu Kota Negaraku
Kuala Lumpur Ibu Kota Negaraku Pasar Seni Kuala Lumpur Amboi, Cantiknya Inilah Negariku
Keluarga Bahagia
Keluarga Bahagia Oh,Ayah!, Oh,Ibu! Ini Keluarga Saya Aku Prihatin
ix
BIL. 3
TINGKATAN 1 Pengurusan Kewangan
4
KerjaTangan
5
Hasil Kerjaku Tukang Lama Kad Pengganti Diri Warisan Nenek Moyang
Keselamatan Jalan Raya
6
Sediakan Payung Sebelum Hujan Tabung dan Ibu Sehari Selembar Benang Bekalan Hari Tua
Berhati-hati di Jalan Raya Pandu Cermat Jiwa Selamat Jangan Ambil Risiko
Pengangkutan Awam
Pengangkutan di Malaysia Kelebuhan Pengangkutan Awam Berkongsi Kereta
TINGKATAN 2 Permainan Tradisional
Wau Gah di Angkasa Membuat Wau Membuat Wau Malaysia dan Wau
Khidmat Masyarakat
Kami Prihatin Ambil Berat Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing Sepakat Membawa Berkat
Hari Keusahawanan
Hari Kantin Sekolah Seronoknya Berniaga Usahawan Jaya
Sukan Malaysia (SUKMA)
1Murid 1Sukan Disiplin dalam Sukan Olimpik Sasaran Kami
TINGKATAN 3 Dunia Coklat
Daripadaku Untukmu Syair Coklat Mari,Mari,Mari!! Ikut Betul-Betul
Negaraku Merdeka
Saat Itu Kami Bangga Denganmu Keranamu Malaysia Saya Sayang Malaysia
Cabaran Remaja
Sahabat Baik Selamanya Kerjaya Pilihanku Maruahku Harga Diriku
Iklan dan Promosi
Iklan dalam Perniagaan Iklan dalam Kenangan Belajar Membuat Promosi
x
BIL. 7
TINGKATAN 1 Cuti-cuti Malaysia
8
Semangat Kejiranan
9
Jiran Sepakat Membawa Berkat Jiranku yang Baik Rukun Tetangga
Mengisi Masa Lapang
10
Bandar Bersejarah Nikmatnya Bercuti Destinasi Impianku
Masa Itu Emas Hobi Mengumpul Setem Minat yang Menjana Pendapatan
Haiwan Peliharaan
Dunia Haiwan Kucingku Sayang Vaterina Cita-citaku
TINGKATAN 2
TINGKATAN 3
Kenderaan Nasional
Hebatnya Malaysia Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (PROTON) Ayah dan kereta
Inovasi Nasional
Barangan Buatan Malaysia
Belilah Barangan Buatan Malaysia Produk Tempatan Murah dan Berkualiti
Lawatan Sambil Belajar
Lawatan ke Industri Kecil Sederhana (IKS) Keluarga Angkatku Pengalaman dalam Kenangan
Seni Mempertahankan Diri
Silat Gayung Silambam Manfaat Seni Mempertahankan Diri
Kreatif dan Inovatif Berani Mencuba Zulkifli Haron – Mc Gyver Malaysia
Pakaian Tradisional
Baju Kebangsaan Malaysia Songket Khazanah Negara Batik Warisan Bangsa
Kitar Semula
Batangan Kitar Semula Mengurus Sampah Sarap Bijak Berjimat
Usahawan Desa
Karnival Usahawan Desa Kerepek Ubi Merentasi Dunia Perusahaan Keropok
xi
BIL. 11
TINGKATAN 1 Sayangi Sungai
12
Malaysia Tanah Tumpah Darahku
13
Sekolahku Syurgaku Sekolah dalam Taman Pusat Sumber Cemerlang
Idolaku
15
Negeri Kelahiranku Lagu-lagu Rakyat Cerita-cerita Rakyat
Sekolah Impian
14
Kempen Sayangi Sungai Indahkan Sungai Sungai Khazanah Alam
Bapaku Idolaku Sahabat Baikku Tokoh Kebanggaanku
Nilai Murni
Kasih Sayang untuk Semua Adab Sopan Budaya Kita Diri Kita Tanggungjawab Kita
TINGKATAN 2 Makanan Berkhasiat
Piramid Makanan Pilih Makanan Kita Makanan Organik
Dunia Fesyen
Fesyen dan Remaja Pereka Fesyen Tanahair Bergaya Secara Berhemah
Bahasa Jiwa Bangsa
Martabatkan Bahasa Kebangsaan 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita
Sains dan Teknologi
Robot Ciptaan. Teknologi Maklumat di Malaysia Jenayah Siber
Bidang Kulinari
Pastri dan konfeksionari Perkhimatan pramusaji Peralatan kulinari
TINGKATAN 3 Celik Komputer
Laman Web Sekolah Makmal Komputer Sekolah Media Sosial
Flora dan Fauna
Hutan Bakau Malaysia PEHILITAN Hidupan Liar di Malaysia
Kerjaya
Tokoh Sukan (atau kerjaya lain) Dato’ Lee Chong Wei Ahli Sukan dan Cabarannya
Media Sosial
Facebook dan Kelebihannya Media Sosial Jaringan Perniagaan Laman Blog Penjana Ilmu
Hiasan Dalaman
Kediaman Selesa Dapur Idaman Saya Ruang Tamu Pilihan
xii
BIL. 16
TINGKATAN 1 Tumbuhan Herba
17
Keperluan Asas Manusia
18
Taman Herba Khasiat Herba Ulam-ulaman
Makanan Berkhasiat Rumah Kediaman Pakaian dan Perlindungan Diri
Keluarga Impian
Salahsilah Keluargaku Sehari Bersama Keluarga Hari Keluarga Sekolah Saya
TINGKATAN 2 Pembuatan Perabot
Jenis-jenis Perabot. Kursus Pembuatan Perabot Perabot Menjana Pendapatan
Seni Kecantikan
Kecantikan dan Keyakinan Diri Penjagaan Diri Pemilihan Pakaian
Akuakultur
Penternakan Rumpai Laut Ikan Hiasan Ikan Air Tawar
TINGKATAN 3 Kecemerlangan Sekolah
Sekolah Harapan Negara Sekolah Dalam Taman Sekolahku Syurgaku
Negara ASEAN
Negara-negara ASEAN dan keistimewaannya Kerjasama Serantau ASEAN Mari Melawat Negara ASEAN
Muzik/Tarian/Lagu Tradisional Melayu (pilih salah satu, misalnya jika muzik, maka semua aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan tatabahasa akan berkisar sekitar muzik tradisional Melayu)
Muzik Tradisional Melayu Kenali gendang Melayu Muzik dalam kebudayaan Melayu
xiii
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
UNIT 1
ALAM SEKITAR
PENGENALAN Dalam Unit 1, murid dapat mengukuhkan kemahiran mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam ujaran, membaca dan memahami makna perkataan dan rangkai kata, menulis maklumat untuk melengkapkan borang atau bahan grafik serta mengenal pasti, membina dan menggunakan kata nama dengan betul. Di samping itu, murid akan mendapat pengalaman pembelajaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Murid juga hendaklah dipupuk dengan nilai cinta akan bumi kita, sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar agar Malaysia menjadi negara yang selesa untuk didiami demi kelangsungan generasi akan datang.
OBJEKTIF UNIT 1 Unit ini membolehkan murid: 1.
Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan dan rangkai kata pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
2.
Membaca dan memahami makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
3.
Menulis maklumat untuk melengkapkan borang atau bahan grafik dengan betul.
4.
Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini. MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR (1.1.1)
HIJAU
MODUL MEMBACA (2.1.1)
PELIHARA BUMI KITA
MODUL MENULIS (3.1.1)
ISI BETUL-BETUL
MODUL MENULIS (3.1.1)
CANTIK DAN KREATIF 1
dalam
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
MENDENGAR DAN BERTUTUR
HIJAU
Standard Kandungan:
1.1
Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan, rangkai kata, istilah , ungkapan dan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
1.1.1 Mendengar, menyebut dan mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1.
Mengenal pasti perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
2.
Menyebut perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan nada, sebutan dan intonasi yang betul dan tepat mengikut konteks.
3.
Memberikan makna perkataan dan rangkai kata dengan betul dan tepat mengikut konteks.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – Kata kerja Kosa kata – dialek Kelantan
BBM:
1.
Youtube: Lagu Hijau oleh Zainal Abidin http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw Lampiran 1 Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2
2. 3. 4. Nilai:
Sepanjang aktiviti guru hendaklah memupuk nilai cinta akan alam sekitar. Menjaga kebersihan bukan sahaja pada diri dan di rumah tetapi juga di luar rumah. Tiada siapa yang akan menjaga kebersihan dunia yang kita diami kecuali diri kita sendiri.
2
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
AKTIVITI 1.
Aktiviti pramendengar a. b.
2.
Perdengarkan lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal Abidin. Minta murid menerangkan maksud lagu secara lisan.
Berbincang tentang maksud perkataan dan rangkai kata a. b. c.
Perdengarkan lagu ‘Hijau’ sekali lagi dan minta murid mengenal pasti perkataan berdialek Kelantan. Edarkan Lampiran 1 dan semak sama ada senarai perkataan dialek Kelantan dalam lagu ini sama dengan senarai yang diberi oleh murid (abaikan perkataan berwarna biru). Bersama-sama rakan, tukarkan perkataan/frasa dialek Kelantan tersebut ke dalam bahasa Melayu baku. Gunakan Lembaran Kerja 1.
Panduan guru: Guru membantu murid dengan menjelaskan bagi bunyi ‘a’ dalam bahasa Melayu baku akan bertukar menjadi bunyi ‘o’ dalam dialek Kelantan. - Anok-anok – anak-anak - Tok leh meraso mandi lauk – tidak boleh berasa mandi laut - Saing main rama-rama – bersaing main ramai-ramai - Ala ini tua umurnyo berjuto – alam ini tua umurnya berjuta - Tok leh tahe – tak boleh tahan - Sampai bilo-bilo – sampai bila-bila 3.
Menyebut perkataan dan rangkai kata dengan betul a.
4.
Setelah mendapat perkataan atau frasa dalam bahasa Melayu baku, nyanyikan lagu tersebut beramai-ramai dengan menggunakan bahasa Melayu baku.
Memberi makna perkataan dan rangkai kata a. b.
Minta murid merujuk Lampiran 1 dan berikan perhatian kepada perkataan dan rangkai kata berhuruf biru. Dalam kumpulan, minta murid memberikan makna bagi setiap perkataan tersebut. Galakkan murid menggunakan kamus.
Panduan guru: tiada hijau: tiada pokok-pokok dicemar: dikotor jahil: bodoh lambat laun: lama kelamaan c.
Minta murid mengisi tempat kosong dengan perkataan dan rangai kata di atas dalam ayat yang diberi untuk menunjukkan pemahaman. Gunakan Lembaran Kerja 2.
Panduan guru: 1. jahil 2. tiada hijau 3. lambat laun 4. dicemari 3
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1 5.
Berbincang tentang maksud rangkai kata/frasa a.
b. c.
Minta murid berbincang dalam kumpulan tentang maksud rangkai kata yang diberi. - Bumi yang tiada hijau - Bumi yang tiada udara - Bumi tanpa lautan Catatkan hasil perbincangan dalam Lembaran Kerja 3. Minta setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan mereka.
Panduan guru: Bumi yang tiada hijau Bumi yang tiada hijau bermaksud bumi tidak ditumbuhi oleh pokok sama ada di dalam hutan atau pokok yang ditanam sebagai hiasan. Bumi akan menjadi panas dan persekitaran kita tidak cantik. Hal ini terjadi kerana berlakunya pembalakan haram iaitu menebang hutan sesuka hati. Jika bumi kita tiada pokok, maka bumi akan kekurangan oksigen, bumi menjadi panas serta akan berlakunya hakisan. Tanah runtuh juga akan berlaku akibat hujan lebat kerana tiada pokok untuk menahan tanah. Bumi yang tiada udara Bumi tiada udara apabila terdapatnya asap dan jerebu kesan daripada pencemaran dan kebakaran hutan. Apabila tiada udara bersih, manusia tidak dapat bernafas dan akan mati. Allah memberikan kita udara secara percuma untuk kita bernafas, oleh itu kita hendaklah bersyukur. Bumi tanpa lautan Jika tiada lautan, kita tidak akan mendapat sumber protein daripada hasil laut seperti ikan, sotong dan udang. Kita juga tidak akan mendapat garam. Malah kita tidak akan dapat merasa mandi laut dalam air yang jernih berkilau. Terumbu karang juga tidak dapat membiak dan hidup untuk membentuk taman laut. Tentu bumi tidak cantik jika hanya ada daratan. Tanpa lautan tentu kita tidak kenal kapal, kapal selam.
4
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 1
HIJAU
Bumi yang tiada hijau Seumpama hambar Ia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Anok-anok Tok leh meraso mandi lauk Saing main rama-rama Ala ini tuo umurnyo berjuto Sampai bilo-bilo
5
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 1
Anak-anak
Anok-anok
Tok leh meraso mandi lauk
Saing main rama-rama
Ala ini tuo umurnyo berjuto
Tok leh tahe
Sampai bilo-bilo
6
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Isikan tempat kosong dengan perkataan atau frasa yang betul untuk melengkapkan ayat bagi menunjukkan anda memahami maksud perkataan dan frasa berkenaan.
tiada hijau
dicemari
Lambat-laun
jahil
1. “Kita janganlah bersikap _______________ dan mementingkan diri sendiri sahaja”, ibu mengingatkan saya.
2. Kawasan perumahan itu kelihatan kontang dan panas kerana _____________ di persekitarannya.
3. ______________________ masyarakat kita akan faham tentang pentingnya menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar.
4. Jika sungai kita tidak _________________, ikan akan hidup sihat dan kita akan mempunyai sungai yang cantik dan bersih serta dikagumi pelancong.
7
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 3 Berdasarkan lagu ‘Hijau’, Bincangkan kesan yang akan terjadi kepada bumi jika tiada perkara-perkara berikut:
Bumi yang tiada hijau
Bumi yang tiada udara
Bumi tanpa lautan
8
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
MEMBACA
PELIHARA BUMI KITA
Standard Kandungan:
2.1
Membaca dan memahami makna perkataan, rangkai kata dan istilah serta maksud ungkapan dan ayat dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
2.1.1
Membaca dan menerangkan makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1.
3.
Membaca petikan secara imbasan dan memberikan makna perkataan dan rangkai kata. Membaca petikan secara luncuran dan mengenal pasti peribahasa serta memberikan makna peribahasa. Membaca bahan grafik dan memberikan frasa yang bermakna.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – rangkai kata Peribahasa
BBM:
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2
Nilai:
1.
Terapkan nilai cinta akan alam kerana hubungan antara manusia dengan alam telah wujud sejak lama. Hal ini adalah kerana kita tinggal di alam ini (dunia) dan kita mendapat oksigen daripada tumbuh-tumbuhan untuk hidup manakala tumbuh-tumbuhan memerlukan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia untuk hidup. Selain daripada itu, sumber makanan kita datangnya dari alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
2.
Alam jangan kita rosakkan, sebaliknya kita pelihara supaya sentiasa segar dan bersih agar kita dapat hidup dengan selesa.
2.
9
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
AKTIVITI
1.
Aktiviti pra membaca a. b.
Tunjukkan gambar persekitaran seperti dalam Lampiran 1. Minta murid memberikan pendapat tentang gambar yang dilihat.
Panduan Guru: Gambar menunjukkan pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran asap dan pencemaran sungai. Terdapat juga gambar tentang penjagaan alam sekitar seperti aktiviti menanam pokok. Murid boleh memberikan pendapat tentang punca, kesan atau cara mengatasi. Galakkan murid memberikan contoh tempat mereka melihat situasi demikian. 2.
Membaca dan memahami perkataan dan rangkai kata a. b. c.
Edarkan Lampiran 2 kepada setiap murid. Minta murid mencari makna perkataan dan rangkai kata yang berwarna merah dengan merujuk kamus. Murid boleh bertanya kawan untuk mendapatkan jawapan. Catatkan jawapan pada Lembaran Kerja 1.
Panduan guru: Kontraktor: orang atau syarikat yang menguruskan sesuatu, misalnya kontraktor membina bangunan. Keceriaan: berkaitan dengan kebersihan, keindahan, kekemasan serta keriangan. e-aduan: aduan secara dalam talian (melalui internet). Mengambil kesempatan: mengambil peluang yang ada. Melayari laman web: meneroka laman sesawang di internet untuk mencari maklumat. 3.
Membaca dan memahami peribahasa a. b. c.
4.
Edarkan Lampiran 3 dan beri masa kepada murid selama 10 saat untuk membaca petikan secara luncuran dengan mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam petikan. Baca petikan sekali lagi dan fahami peribahasa mengikut konteks ayat. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid memadankan peribahasa dengan maksudnya.
Membaca bahan grafik a. Tampalkan bahan grafik seperti dalam Lampiran 4. b. Letakkan perkataan yang dapat menerangkan grafik. c. Minta murid membina rangkai kata yang sesuai daripada perkataan tersebut. Panduan guru: tersenyum – tersenyum gembira berat sama dipikul – berat sama dipikul ringan sama dijinjing udara – udara segar suasana – suasana ceria persekitaran – persekitaran bersih wajah – wajah ceria
10
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 1
11
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 2 ARAHAN Baca laporan di bawah dan berikan maksud perkataan dan rangkai kata yang berwarna. Kami sedia membantu anda.
Saya telah menerima aduan daripada sekumpulan peniaga di sekitar kawasan perniagaan RT3, iaitu peniaga-peniaga yang berniaga di sekitar Jalan RT3/29, RT3/31, RT3/33, RT3/35 dan RT3/37.
Aduan ini berkaitan kekurangan kecekapan pengutipan sampah dan pembersihan longkang di sekitar kawasan perniagaan oleh Alam Hijau dan kontraktorkontraktornya.
Antara aduan yang kami terima ialah pekerja-pekerja kontraktor Alam Hijau mengambil kesempatan daripada para peniaga dengan mengutip bayaran kutipan sampah, khususnya sampah sarap daripada restoran dan kedai kopi. Jadual kutipan sampah yang tidak menentu menyebabkan bau busuk yang menjejaskan keceriaan alam sekitar serta longkang yang tidak dibersihkan menyebabkan air bertakung selama beberapa tahun.
Saya telah menulis surat kepada Alam Hijau untuk mendapatkan satu senarai kontraktor Alam Hijau. Saya juga telah melayari laman web Alam Hijau berkaitan dengan perkara ini. Saya turut membuat aduan semalam melalui perkhidmatan eaduan yang disediakan di laman web tersebut.
Saya berharap pihak Alam Hijau dapat membantu rakyat menyelesaikan masalah ini. Jika masalah ini masih tidak dapat diselesaikan, maka saya akan memanjangkan hal ini untuk disiarkan dalam rancangan Aduan Rakyat di TV3. Ketua Kejiranan Jalan RT3
12
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 1
1.
Berikan makna perkataan di bawah. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna yang tepat.
kontraktor
keceriaan
e-aduan
2.
Berikan makna rangkai kata di bawah mengikut maksud petikan.
mengambil kesempatan
melayari laman web
3.
Dalam kumpulan kecil, bincangkan apakah perkara-perkara yang biasa kita mengambil kesmpatan. Minta murid bincangkan situasi dan bagaimana situasi mengambil kesempatan ini boleh memberikan manfaat. Misalnya mengambil kesempatan daripada aktiviti gotong-royong. Selain menjaga kebersihan, kita boleh mengambil kesempatan untuk mengiratkan siraturrhim dan boleh juga menjadi usahawan dengan menjual makanan dan minuman.
13
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 3
ALAM SEBAGAI TEMAN Alam sangat akrab dengan kita seperti aur dengan tebing kerana kita merupakan sebahagian daripada alam. Hubungan penting antara manusia dengan alam berterusan sejak manusia pertama hinggalah ke hari ini.
Menjaga keharmonian alam merupakan kewajipan bagi semua orang tanpa mengira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Adakah kita sanggup melihat negara kita tercemar? Setiap amalan yang menjamin keharmonian alam mempunyai kebaikan. Sekecil-kecil tindakan seperti tidak membuang sampah di merata-rata tempat, merupakan satu sikap yang bertanggungjawab. Kita mesti ringan tulang menjaga kebersihan alam sekitar. Mengamalkan kitar semula walaupun secara kecil-kecilan, merupakan tindakan yang bijak. Bersama-sama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar tempat tinggal atau sekolah ialah amalan yang mulia.
Kita janganlah jadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Semua manusia mesti berkerjasama dalam memelihara alam sekitar untuk menjadikan dunia tempat yang selesa untuk didiami. Amalkan tabiat yang baik seperti pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Marilah kita bersama-sama menjaga dan menyayangi alam sekitar kita.
14
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Padankan peribahasa dengan maksudnya.
Kata sepakat atau persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat.
Mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan orang lain.
Hubungan rapat antara satu sama lain dan saling membantu.
Rajin
Seperti aur dengan tebing
Ringan tulang
Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
15
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 4 1.
Diberikan perkataan/peribahasa yang menerangkan situasi gambar. Bersama-sama rakan, bina frasa dengan menggunakan perkataan tersebut agar menjadi lebih sempurna dan berkesan.
tersenyum
Tersenyum gembira
Berat sama dipikul
udara
suasana
wajah
persekitaran
2.
Hasilkan frasa lain yang berkaitan dengan gambar.
16
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
MENULIS
ISI BETUL-BETUL
Standard Kandungan:
3.1
Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan betul.
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Menulis maklumat untuk melengkapkan borang atau bahan grafik dengan betul.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1.
Mengenal pasti pelbagai jenis borang dan keperluannya.
2.
Melengkapkan borang dengan maklumat dengan betul.
3.
Melengkapkan grafik dengan maklumat yang betul.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – sinonim Ejaan
BBM:
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Lampiran 2 Lampiran 3 Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3 Lembaran Kerja 4
Nilai:
Terapkan nilai bertanggung jawab dalam diri murid terutama semasa mengisi maklumat dalam borang. Maklumat yang diberi mestilah jujur, telus dan lengkap. Murid juga perlu membaca arahan dan akur kepada arahan.
17
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
AKTIVITI
1.
Aktiviti pramenulis a.
b. c.
2.
Menulis maklumat untuk melengkapkan borang biodata a. b. c. d.
3.
Edarkan Lembaran Kerja 1 kepada setiap murid. Minta murid mengisi borang biodata ini dengan betul. Pastikan mereka mengikut arahan yang diberikan. Tukar borang antara rakan dan minta mereka menyemak maklumat yang ditulis. Guru mengingatkan murid bahawa borang yang diisi mesti mematuhi arahan yang berikut: - Menggunakan huruf besar - Potong yang tidak berkenaan - Tandakan [ ] pada ruang yang berkenaan
Mengisi borang keahlian kelab a. b.
c.
4.
Murid ditunjukkan pelbagai jenis borang seperti yang berikut: - Borang keluar/masuk wang di bank - Borang menjadi ahli persatuan/kelab - Borang peraduan/pertandingan - Borang biodata/diri - Borang hospital/rawatan Minta murid menamakan borang tersebut dan kegunaannya. Galakkan murid menerangkan borang-borang lain yang pernah mereka isi.
Guru mengedarkan pelbagai borang kelab dan persatuan yang ada di sekolah serta meminta murid mengisinya dengan betul. Guru menggalakkan murid mengisi borang permohonan dalam talian, misalnya menjadi ahli sebagai Rakan Alam Sekitar melalui laman sesawang http://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php Minta murid meneroka laman sesawang dan mendapatkan pelbagai jenis borang. Catatkan maklumat yang diperoleh dalam Lembaran Kerja 2.
Melengkapkan bahan grafik a. Baca semula surat aduan daripada Ketua Kejiranan Jalan RT3 pada Lampiran 2 dalam Aktiviti Membaca. b. Dalam kumpulan, pindahkan maklumat dalam surat aduan tersebut dengan melengkapkan grafik Peta Pelbagai Alir seperti dalam Lembaran Kerja 3. c. Tukarkan hasil kerja ini antara kumpulan dan semak jawapan bersama-sama dengan guru. Panduan guru: Sebab: Mengutip bayaran kutipan sampah Jadual kutipan sampah tidak menentu Longkang yang tidak dibersihkan Kesan: Bau busuk Menjejaskan keceriaan Air bertakung 18
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1 5.
Memberikan perkataan seerti (sinonim) a. b. c.
Edarkan Lampiran 1, ‘Alam Sebagai Teman’. Petikan ini telahpun dibaca dalam aktiviti yang lepas. Perhatikan perkataan yang digarisi dan berikan perkataan seerti dengan perkataan yang bergaris itu. Semak jawapan bersama-sama dengan murid.
Panduan guru: a. - akrab: karib, rapat - kebaikan: manfaat, faedah - menjaga: memelihara - bijak: cerdik, pintar - tabiat; amalan b.
Guru menerangkan bahawa perkataan ini diulang guna dalam petikan.
19
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 1 Biodata/PAV(2013) BORANG MAKLUMAT DIRI Arahan: i. A.
Gunakan huruf besar.
ii. Tandakan
pada petak yang berkenaan
MAKLUMAT PERIBADI 1.
Nama Penuh:
2.
Jantina:
3.
No. Kad Pengenalan:
4.
Tingkatan:
5.
Alamat emel:
6.
Nama Penuh Bapa:
7.
No. Telefon Bimbit Bapa/Ibu*: (* potong mana yang tidak berkenaan)
8.
No. Telefon Pejabat Bapa/Ibu*: (* potong mana yang tidak berkenaan)
9.
Alamat Tempat Tinggal:
Lelaki:
Perempuan:
10. No. Telefon Rumah
11. Bilangan adik beradik: 12. Tinggal bersama:
11. Kedudukan dalam keluarga: a. b. c. d.
Ibu bapa: Ibu/bapa* Datuk nenek Lain-lain (nyatakan)
20
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
B.
PENGAKUAN PEMOHON
Saya ____________________________________ (nama dengan huruf besar), bernombor
kad
pengenalan
________________________________
bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar.
Tandatangan Pemohon:
....................................................................................
Nama Penuh:
....................................................................................
Tarikh:
………………………………..
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Permohonan:
Lengkap
Tidak lengkap
Nombor Pendaftaran Sekolah: ____________________________
Tandatangan Setiausaha: .................................................................................... Cap Sekolah:
....................................................................................
Tarikh:
...................................
21
mengaku
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Catatkan maklumat yang diperoleh melalui laman sesawang tentang pelbagai jenis borang yang ditemui.
BIL.
NAMA BORANG
TUJUAN
22
SUMBER (alamat laman sesawang)
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 3 ARAHAN Dalam grafik di bawah catatkan sebab dan kesan apabila pekerja kontraktor Alam Hijau tidak menjalankan tugas yang diamanahkan.
Ketidakcekapan pengutip sampah dan pembersihan longkang
Sikap kontraktor Alam Hijau
Kesan daripada sikap kontraktor Alam Hijau 23
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA 4 ARAHAN Lengkapkan petak di bawah dengan perkataan yang sama erti dengan perkataan yang digaris dalam petikan.
ALAM SEBAGAI TEMAN
akrab:
Alam sangat akrab dengan kita seperti aur dengan tebing kerana kita merupakan sebahagian daripada alam. Hubungan penting antara manusia dengan
alam
berterusan
sejak
manusia
pertama
hinggalah hari ini.
kebaikan:
Menjaga keharmonian alam merupakan kewajipan bagi semua orang tanpa mengira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Adakah kita sanggup melihat negara kita tercemar? Setiap amalan yang menjamin keharmonian alam mempunyai kebaikan. Sekecil-kecil tindakan seperti tidak
membuang
sampah
di
merata-rata
tempat,
menjaga:
merupakan satu sikap yang bertanggungjawab. Kita mesti ringan tulang menjaga kebersihan alam sekitar. Mengamalkan kitar semula walaupun secara kecil-kecilan merupakan tindakan yang bijak. Bersama-sama untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar tempat
bijak:
tinggal atau sekolah ialah amalan yang mulia. Kita janganlah jadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Semua manusia mesti berkerjasama dalam memelihara alam sekitar untuk menjadikan dunia tempat yang selesa untuk didiami. Amalkan tabiat yang baik seperti pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Marilah
kita
bersama-sama
untuk
menjaga
menyayangi alam sekitar kita.
24
dan
tabiat:
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
TATABAHASA
CANTIK DAN KREATIF
Standard Kandungan:
4.1
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Mengenal pasti, membina dan menggunakan perkataan daripada empat golongan kata dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
1. 2. 3.
Mengenal pasti kata nama dengan betul mengikut konteks. Menyenaraikan kata nama yang betul mengikut konteks. Menggunakan kata nama yang betul mengikut konteks.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – kata nama Ejaan
BBM:
1.
Lampiran 1 Lampiran 2 Lembaran kerja
2. Nilai:
Terapkan nilai berjimat cermat. Banyak bahan terbuang yang boleh dikitar semula. Elakkan membazir misalnya botol-botol minuman boleh dijadikan bekas pelbagai guna. Plastik untuk mengisi barang daripada pasar raya boleh digunakan untuk bekas membuang sampah. Fikirkan cara menyimpan agar mudah diambil dan bersih. Guru cuba dapatkan pelbagai teknik di youtube dan tunjukkan kepada murid.
25
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
AKTIVITI
1.
2.
Aktiviti pramenulis a.
Murid ditujukkan gambar seperti dalam Lampiran 1 - Tanyakan apakah gambar A, B dan C? - Apakah yang boleh dihasilkan daripada gambar A? - Berikan nama pada produk (reka satu nama khas yang baharu) bagi produk kitar semula yang boleh dihasilkan seperti dalam gambar B dab C.
b.
Minta murid ceritakan apakah produk kitar semula yang pernah mereka hasilkan (kata nama am) dan bagaimana membuatnya. Pastikan murid menamakan produk itu (kata nama khas)
Menggunakan kata nama yang betul a. b.
c.
3.
Edarkan Lampiran 2 mengikut kumpulan. Setiap kumpulan mendapat satu gambar. Dalam kumpulan minta murid: - Menamakan produk. - Menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk (murid menyenaikan kata nama am) - Menerangkan cara menghasilkan produk. * Untuk menjalankan aktiviti ini murid perlu berbincang dan mengimaginasi cara produk dihasilkan. Minta murid menggunakan peta alir i-think seperti dalam lembaran Panduan Guru. Terangkan kepada murid cara menggunakan peta alir ini. Jika tidak jelas, guru boleh merujuk laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk maklumat lanjut. Gunakan kertas sebak untuk menghasilkan peta alir ini.
Menyenaraikan kata nama a. b. c.
Edarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyenaraikan semua kata nama yang terdapat dalam aktiviti (2) di atas. Pastikan murid menggunakan huruf besar pada abjad pertama bagi kata nama khas dan huruf kecil bagi kata nama am. Pastikan murid menggunakan kosa kata yang tepat pada nama benda yang ditulis.
26
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 1
GAMBAR A
GAMBAR B
GAMBAR C
27
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LAMPIRAN 2
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
28
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
PANDUAN GURU PETA ALIR i-THINK
Perkara
Subperkara
1. 2. 3.
4.
Peta alir i-Think ini berfungsi untuk menunjukkan turutan kejadian atau proses. Proses alir bermula dari kiri ke kanan – turun – ke kiri – turun – ke kanan. Ini bermakna semua proses bermula dari kiri ke kanan. Setiap kotak besar mewakili sesuatu perkara manakala penerangan (subperkara) dalam kotak kecil di bawahnya (seperti petak yang diwarnakan). Subperkara tidak semestinya ada. Setiap kotak dihubungkan dengan kotak bersebelahan menggunakan anak panah.
29
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 1
LEMBARAN KERJA ARAHAN Senaraikan semua kata nama (kata nama am dan kata nama khas) yang anda gunakan seperti dalam aktiviti pada Lampiran 2.
Nama Poduk:
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM
30
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
UNIT 2
HIDUP BERMASYARAKAT
PENGENALAN Dalam Unit 2, murid dapat mengukuhkan kemahiran berbicara dalam situasi tidak formal, membuat urutan cerita dalam cerpen serta menilai watak dan perwatakan, memilih dan menulis isi penting dan mengenal pasti, membina serta menggunakan kata tugas. Di samping itu, murid perlu peka bahawa dalam dunia ini kita hidup saling memerlukan antara satu sama lain. Semua tindak tanduk kita lakukan hendaklah mengambil kira perasaan orang lain terutama sensitiviti berkaitan bangsa dan agama. Murid akan belajar cara berinteraksi dalam hidup bermasyarakat menggunakan bahasa yang sopan serta menghormati orang lain semasa berbual.
OBJEKTIF UNIT 1 Unit ini membolehkan murid: 1.
Berbual dan bercerita tentang kegiatan harian dalam pelbagai situasi tidak formal dan formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
2.
Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
3.
Memilih dan menulis isi penting dalam pelbagai bahan prosa yang diberi dengan betul dan tepat.
4.
Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini. MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR (1.3.1)
SELAMAT BERKENALAN
MODUL MEMBACA (2.3.1)
KASUT KELOPAK JANTUNG
MODUL MENULIS (3.3.1)
SI JANTUNG HATI
MODUL TATABAHASA (4.1.4)
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
31
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
MENDENGAR DAN BERTUTUR
SELAMAT BERKENALAN
Standard Kandungan:
1.3
Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.3.1 Berbual dan bercerita tentang kegiatan harian dalam pelbagai situasi tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1.
Berbicara untuk memulakan perbualan dalam situasi tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
2.
Berbicara untuk mengakhiri perbualan dalam situasi tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara santun dan bertatasusila.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – Kata ganti nama diri Sebutan dan intonasi
BBM:
1. 2. 3. 4.
Lampiran Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Bahan maujud seperti cermin mata, topi, kerusi, meja
Nilai:
Nilai hormat menghormati hendaklah dipupuk dalam diri murid terutama semasa berbual dengan orang lain dan berinteraksi dalam masyarakat. Apabila berbual dengan orang yang lebih tua, gunakan panggilan hormat yang sesuai, misalnya encik atau puan. Kata ganti nama diri ‘kamu’ jangan digunakan untuk orang yang lebih tua kerana dianggap biadap dalam masyarakat Melayu. Berbual dengan nada lembut dan menghormati pandangan orang lain. Jangan menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.
32
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
AKTIVITI
1.
Aktiviti berbual a. b. c.
2.
Dudukkan murid secara berpasangan dan minta mereka berbual tentang keluarga masing-masing. Minta seorang atau dua murid menceritakan hasil perbualan mereka dengan rakan di hadapan kelas. Minta seorang atau dua orang murid lain memberikan pendapat tentang suasana perbualan mereka, sama ada selesa, membosankan, tegang, gembira atau tidak ada apa yang hendak dibualkan.
Memulakan perbualan a. b. c.
Tanyakan murid apakah ayat yang biasa digunakan untuk memulakan perbualan terutama dengan orang yang tidak dikenali. Lakonkan situasi: Sepasang murid memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali yang duduk di sebelah semasa menonton satu pertandingan sukan. Guru menilai cara murid memulakan perbualan.
Panduan guru: Guru menerangkan cara memulakan perbualan dengan beberapa tips berikut: - Memperkenalkan diri dan beri salam atau kata sapaan. - Senyum. - Tanyakan soalan pencetus misalnya, “Ada orang tak?” - Sudah terang lagi bersuluh (soalan yang kita sudah tahu jawapannya tetapi masih bertanya misalnya, “seorang sahaja?”) - Wujudkan situasi. Misalnya jatuhkan buku, meminjam pen, minta laluan atau apa sahaja situasi mesra yang boleh mencetuskan perbualan. - Kerap menggunakan/menyebut nama misalnya “Cik Salina dah lama sampai?” - Lebih banyak memberi orang lain bercakap daripada kita menunjukkan kehebatan diri. 3.
Main peranan a. b. c.
d.
4.
Edarkan sekeping kad aktiviti bagi setiap kumpulan. Dua atau tiga kumpulan boleh mendapat kad aktiviti yang sama. Rujuk Lampiran. Bersama-sama pasangan, minta murid mainkan peranan masing-masing seperti arahan yang terdapat dalam kad. Minta dua atau tiga pasang murid melakonkan peranan mereka di hadapan kelas. Pastikan murid menyediakan peralatan yang bersesuaian seperti pakaian (cermin mata hitam, topi), peralatan (kerusi, meja, telefon). Guru mengingatkan murid agar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang mesra semasa memulakan perbualan.
Kata ganti nama diri a. b.
Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai sangat penting dalam hidup bermasyrakat. Murid perlu dididik menggunakan kata ganti nama diri yang betul semasa berinteraksi dengan orang lain. 33
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2 c.
Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid memadankan kata ganti nama diri yang betul.
Panduan guru: 1. saya 2. puan 3. saudara 4. kami 5. cikgu 5.
Mengakhiri perbualan a. b. c.
Kekalkan murid dengan pasangan yang sama. Kali ini minta mereka mengakhiri perbualan. Guru memberikan panduan berikut untuk membantu murid mengakhiri perbualan tersebut.
Panduan guru: 1. Ulang kembali perkara menarik yang dibualkan. Misalnya, “betul cakap awak tadi, saya perlu datang lebih awal.” 2. Beritahu yang kamu seronok berbual dengannya. Misalnya, “saya gembira dapat bertemu saudari.” 3. Beritahu harapan, misalnya, “Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi.” 4. Sebut namanya. Misalnya, “baiklah Hanif, jumpa lagi. Assalamualaikum.” d. 6.
Minta beberapa pasangan murid melakonkan babak mengakhiri perbualan ini.
Membina skrip perbualan a. b. c. d.
Masukkan murid dalam kumpulan kecil. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid menghasilkan skrip memulakan dan mengakhiri perbualan berdasarkan gambar yang diberi. Bentangkan hasil kerja di hadapan kelas. Guru hendaklah memastikan murid menggunakan semua panduan yang dipelajari sebelum ini dalam menghasilkan skrip.
34
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN 1
Edarkan kad aktiviti di bawah kepada setiap pasang murid. Tiga atau empat pasang murid boleh mendapat kad yang sama situasinya.
KAD 1
Anda sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor di klinik. Mulakan perbualan dengan seorang wanita yang dalam lingkungan usia 30 an yang duduk di sebelah anda.
KAD 2
Anda sedang beratur untuk membeli setem di pejabat pos. Namun, kerana hanya satu kaunter yang dibuka, keadaan menjadi lambat menyebabkan anda dan orang lain terpaksa beratur panjang. Mulakan perbualan dengan seorang remaja di hadapan anda untuk menghilangkan kebosanan.
KAD 3
Semasa sedang menunggu bas, anda melihat seorang lelaki tua sedang mencari sesuatu. Mulakan perbualan dengan lelaki tua ini.
KAD 4
Di sebuah kafeteria, keadaan penuh sesak sehingga tiada meja kosong untuk anda menikmati sarapan pagi. Anda tiada pilihan lain melainkan berkongsi meja. Mulakan perbualan dengan penghuni meja tersebut.
KAD 4
Anda menghadiri suatu majlis perkahwinan yang meriah. Mulakan perbualan dengan keluarga yang duduk semeja dengan anda semasa makan.
35
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 1
Padankan pernyataan di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
kami
saudara
saya
cikgu
puan
1
“Maafkan saya, boleh __________ duduk di sini?
2
“Sila _________ tunggu sebentar, doktor sedang memeriksa pesakit”, kata jururawat itu kerpada seorang wanita.
3
“Semua tempat sudah penuh, ___________ boleh berkongsi meja dengan kami”, kata lelaki itu kepada seorang pemuda.
4
“Jemputlah datang ke rumah __________ malam esok, ada sedikit majlis kesyukuran”, wanita itu menjemput jirannya.
5
“Maafkan saya __________, saya terlupa membawa buku yang dipesan kelmarin”, murid itu memberi penjelasan.
36
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 2
Perhatikan gambar di bawah. Dalam kumpulan, tulis satu skrip perbualan berdasarkan gambar. Gunakan tips yang diberi untuk menulis skrip ini.
PANDUAN
1.
Berikan nama pada watak.
2.
Gunakan kata ganti nama diri yang sesuai.
3.
Sesuaikan isi perbualan dengan gambar (suasana santai dan tidak formal).
4.
Gunakan tips yang telah dipelajari dalam aktiviti awal.
5.
Setiap kumpulan lakonkan di hadapan kelas.
6.
Gunakan format skrip seperti di bawah.
Salman:
Assalamualaikum, saudara. Saya Salman, saudara orang baharu di sini?
Fitri:
Waalaikummusallam, Salman. Saya Fitri. Ya, kami baru saja berpindah ke sini.
Salman: Fitri:
37
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
MEMBACA
KASUT KELOPAK JANTUNG
Standard Kandungan:
2.3
Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2. 3.
Membaca , memahami dan menganalisis karya sastera serta memberikan respons dengan betul dan tepat.
Membaca cerpen dengan nada, gaya dan intonasi yang betul. Membaca petikan cerpen secara imbasan untuk mengenal pasti watak dan perwatakan. Menjawab soalan untuk menunjukkan pemahaman terhadap isi cerita cerita.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (sintaksis) – ayat seruan Kosa kata (istilah)
BBM:
1. 2.
Lampiran 1: Kulit buku Antologi Kasut Kelopak Jantung. Lampiran 2: petikan cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh. Lampiran 3a: peta alir i-Think. Lampiran 3b: peta buih i-Think Lembaran Kerja 1, 2, dan 3
3. 4. 5. Nilai:
1.
2.
Catatan:
Dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah sentiasa prihatin dan saling bantu membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jangan cepat membuat tomahan dan andaian tanpa usul periksa. Selalu menegur dalam bahasa yang sopan dan jangan menghina orang miskin kerana mereka juga manusia seperti kita. Berikan sokongan agar mereka boleh mengubah nasib menjadi orang yang berjaya.
Aktiviti ini memerlukan masa yang lebih panjang untuk membolehkan murid membaca cerpen penuh dan menjalankan keseluruhan aktiviti yang dicadangkan.
38
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
AKTIVITI
1.
Aktiviti pramembaca a. b.
2.
Tunjukkan grafik pada buku kulit buku KOMSAS Tingkatan 1 ‘Kasut Kelopak Jantung’ seperti dalam Lampiran 1. Guru digalakkan menunjukkan teks sebenar. Minta murid memberikan pendapat tentang grafik yang dilihat dan minta mereka mengjangka isi cerita. Jangkaan tidak semestinya betul dan bebaskan murid membuat interpretasi sendiri.
Membaca dan mengenali watak a.
b.
c.
Minta seorang murid membaca petikan cerpen seperti dalam Lampiran 2. Bimbing murid menjalankan aktiviti teater pembaca (murid yang membaca duduk di sebuah kerusi di hadapan kelas, manakala yang lain mendengar). Selepas setiap petikan, minta murid: - Menamakan watak - Membuat jangkaan Jawab soalan yang dikemukakan secara lisan sahaja.
Panduan guru: Petikan 1: Nama watak: Cikgu Harun Apakah agaknya hadiah yang diterima oleh Cikgu Harun?: (bebaskan murid membuat jangkaan) Petikan 2: Nama watak: Ahmad Mengapakah hati Ahmad terguris? (bebaskan murid membuat jangkaan) 3.
Membaca cerpen dan memahami isi cerita a. b. c.
d. e.
f.
Pinjam teks Antologi Kasut Kelopak Jantung daripada kelas arus perdana sebanyak bilangan murid di dalam kelas. Pilih 8 orang murid untuk membaca keseluruhan cerpen secara bergilir-gilir di hadapan kelas, sehingga selesai. Guru hendaklah menentukan setiap murid membaca perenggan tertentu sahaja dan murid yang dipilih mestilah bersuara lantang dan lancar membaca. (Sebagai persediaan awal, 8 orang murid ini boleh dipinjamkan teks Kasut Kelopak Jantung dan membacanya di rumah). Pastikan murid yang lain mendengar dengan teliti. Edarkan teks Antologi Kasut Kelopak Jantung kepada semua murid di dalam kelas dan minta mereka membaca secara senyap cerpen ini dari muka surat 77 hingga 86. Sambil membaca, minta murid mencatat watak yang terdapat dalam cerita. Dalam kumpulan minta murid mencatat: i. Perjalanan isi cerita menggunakan peta alir i-Think. ii. Watak utama dan perwatakan menggunakan peta buih berganda. Pastikan peta buih berfokus kepada penerangan yang bersifat adjektif.
* Gunakan kertas sebak dan pen penanda berwarna untuk menghasilkan peta i-think ini. 39
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2 Panduan guru: Rujuk Lampiran 3a dan 3b. 4.
Memahami perkataan istilah a.
Terdapat beberapa istilah dalam petikan. Minta murid memadankan perkataan dengan makna yang diberi mengikut kesesuaian petikan. Gunakan Lembaran Kerja 1.
Panduan guru i. terkesima: tercengang, termangu. ii. sinonim: sama atau hampir sama. iii. marhaen: rakyat jelata (petani, nelayan dan golongan masyarakat bawahan). iv. Imej: gambaran atau rupa. 5.
Memahami ayat seruan a. b. c.
Dalam cerpen ini terdapat banyak ayat seruan. Minta murid membaca secara luncuran dan catatkan semua ayat seruan yang ditemui. Dalam Lembaran Kerja 2, nyatakan apakah emosi (perasaan) atau nada ayat tersebut.
Panduan guru 1. arahan 2. arahan 3. marah 4. arahan 5. arahan 6. marah 7. perintah 6.
Memahami petikan a.
b.
b.
Edarkan Lembaran Kerja 3 yang merupakan soalan pemahaman. Soalan yang dikemukakan merupakan soalan yang menjurus kepada kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). Rangsang murid untuk berfikir semasa menjawab soalan-soalan ini. Semasa menjawab soalan KBAT, betul atau salah tidak penting tetapi tumpukan kepada bagaimana murid memberikan justifikasi semasa menjawab soalansoalan ini. Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan.
40
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN 1
Tunjukkan grafik Antologi Kasut Kelopak Jantung (Teks KOMSAS TIngkatan 1)
41
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN 2 1.
Minta seorang murid membaca kuat Petikan 1 cerpen dan kemudian tanyakan soalan yang berikut: a. Apakah nama watak dalam petikan? b. Apakah agaknya hadiah yang diterima oleh watak?
2.
Minta seorang murid membaca kuat Petikan 2 cerpen dan kemudian tanyakan soalan yang berikut: c. Apakah nama watak dalam petikan? d. Mengapakah hati watak terguris?
PETIKAN 1 Hari itu Cikgu Harun menerima lagi sebuah bungkusan. Ketika balik dari surau malam itu, bungkusan itu sudah ada. Nama pada bungkusan itu sememangnya nama Cikgu Harun walaupun tidak bersetem atau tanda dihantar dengan pos. Cikgu Harun tahu benar pengirim bungkusan itu. Bukan pertama kali dia menerimanya, malah setahun dua kali sudah pasti, semenjak beberapa tahun yang lalu. Terutamanya ketika tibanya tarikh 16 Mei, bungkusan hadiah itu akan sampai seperti selalunya. Dia telahpun menduga. Cerpen Kasut Kelopak Jantung Teks KOMSAS Tingkatan 1: m.s 77
PETIKAN 2 Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sekejap pun dia tidak berhenti kerana malu kakinya dilihat orang. Jika berselisih dia akan ke kaki lima jalan atau masuk ke dalam semak rumpun semalu di tepi jalan. Dia sudah biasa meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada sakit tertusuk duri semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang terhiris. Cerpen Kasut Kelopak Jantung Teks KOMSAS Tingkatan 1: m.s 83
42
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
Peta Alir
LAMPIRAN 3a CERPEN ‘KASUT KELOPAK JANTUNG’ OLEH GHAZALI LATEH
Cikgu Harun menerima bungkusan hadiah
Sepasang kasut
Teringat semasa mengajar di sebuah sekolah di kawasan pedalaman
Selama 3 minggu Ahmad berkaki ayam
Setiap tahun pada 16 Mei
Cikgu Harun marah.
Melihat seorang murid, Ahmad tidak memakai kasut ke sekolah.
Ahmad didenda dengan memakai kasut yang dibuat daripada kelopak jantung yang diikat dengan tali rafia.
Ahmad malu, hatinya terguris.
Menangis.
Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
Cikgu Harun rasa bersalah dan pergi ke rumah Ahmad.
Cikgu Harun berasa sangat sedih dan membelikan Ahmad sepasang baju dan kasut sekolah.
Melihat kehidupan Ahmad.
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur, jalan terhingguthinggut dan uzur.
Cikgu Harun kembali semula ke rumah Ahmad dan menyerahkan baju serta kasut kepada Ahmad.
43
Ahmad mengambil upah memetik cili.
Ahmad masih memakai kasut kelopak jantung yang sudah berjuraijurai.
Kejadian ini membuat Ahmad sentiasa mengenang jasa gurunya dan kini menjadi Pengurus Besar sebuah syarikat pengeluar kasut terkenal.
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN 3b Peta Buih
tegas
ambil berat
Cikgu Harun
bengis
kejam
pendiam
mengenang jasa
Ahmad
sensitif
44
menghormati orang
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN: Padankan perkataan berikut dengan makna yang diberi.
gambaran atau rupa
sama atau hampir sama
rakyat jelata (petani, nelayan dan golongan masyarakat bawahan)
terkesima
sinonim
marhaen
imej
45
tercengang, termangu
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN: Nyatakan perasaan atau nada dalam ayat seruan berikut:
1.
“Bangun! Selamat pagi cikgu!”
2.
“Ahmad, mari sini!”
3.
“Hari ini saya nak denda kamu!”
4.
“Pergi cari tali!”
5.
“Ikat elok-elok!”
6.
“Cepat!”
7.
“Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!”
46
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 3 ARAHAN: Jawab soalan yang berikut berdasarkan pemahaman kamu terhadap cerpen Kasut Kelopak Jantung.
1
Mengapakah Cikgu Harun terkesima setiap kali menerima bungkusan pada 16 Jun?
2 Mengapakah Cikgu Harun sangat tegas terhadap anak didiknya di sekolah?
3 Mengapakah Ahmad tidak datang sekolah selama seminggu dan berhasrat ingin berhenti sekolah?
4 Mengapakah Ahmad berkata Cikgu Harun telah menjadikan dirinya insan yang berjaya?
47
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
MENULIS
SI JANTUNG HATI
Standard Kandungan:
3.3
Meringkaskan pelbagai bahan prosa dengan menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat.
Standard Pembelajaran:
3.3.1 Memilih dan menulis isi penting daripada pelbagai bahan prosa yang diberi dengan betul dan tepat.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1.
Mengenal pasti dan mencatat isi-isi penting daripada bahan prosa dengan betul.
2.
Menulis satu ringkasan berdasarkan bahan yang dibaca dengan menggunakan penanda wacana yang betul.
3.
Memadankan peribahasa dengan maksudnya dengan tepat.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – penanda wacana Peribahasa – peribahasa Melayu yang ada perkataan jantung.
BBM:
1. 2. 3.
Lampiran 1; Jantung Pisang Lampiran 2; Tips Menjaga Kesihatan Jantung Lembaran Kerja 1: Peribahasa
Nilai:
Jantung merupakan organ paling penting dalam tubuh kita. Jagalah kesihatan jantung kerana jantung yang tidak sihat akan menjejaskan keseluruhan sistem tubuh kita. Merokok merosakkan jantung dan perbuatan merokok di tempat awam boleh mendatangkan mudarat kepada orang di sekelilingnya. Janganlah mementingkan diri sendiri tetapi fikirkan orang lain yang hidup bersama-sama kita.
48
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
AKTIVITI
1.
Aktiviti pramenulis a. b. c. d.
2.
Murid dibawa kembali kepada cerpen Kasut Kelopak Jantung karya Ghazali Lateh. Dalam latihan aktiviti membaca yang lepas, murid telah menghasilkan satu peta alir tentang cerpen Kasut Kelopak Jantung. Dengan menggunakan peta alir yang disediakan oleh murid, minta murid menceritakan secara ringkas isi cerita Kasut Kelopak Jantung. Sekarang bawa fikiran murid dengan berfokus kepada jantung pisang itu sendiri. Pernahkah mereka melihat jantung pisang dan mengapakah Cikgu Harun memilih kelopak jantung untuk dijadikan kasut?
Mencatat isi penting a. b.
c.
Edarkan Lampiran 1 kepada setiap murid. Minta setiap murid membaca petikan dan kemudian mencatat dalam peta bulatan maklumat atau isi penting tentang jantung pisang. Gunakan kertas sebak dan lakukan dalam kumpulan . Minta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.
Panduan guru: peta bulatan i-Think Bingkai rujukan (daripada mana maklumat diperoleh?)
Jantung pisang
Isi penting tentang jantung pisang (satu perkataan bagi setiap isi.
49
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
3.
Menulis ringkasan a.
b. c.
4.
Petikan Jantung Pisang dalam Lampiran 1 mengandungi 4 perenggan. Berdasarkan isi penting yang dicatat dalam peta bulatan dalam aktiviti (2), ringkaskan menjadi satu perenggan. Gunakan penanda wacana yang sesuai semasa menghasilkan ringkasan, misalnya: - Jelas sekali - Walau bagaimanapun - Sesungguhnya Edarkan petikan Lampiran 2. Baca dengan teliti. Catatkan isi penting dalam peta buih. Berdasarkan isi penting tadi, bina satu perenggan tentang tips menjaga kesihatan jantung dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Peribahasa a. Dalam peribahasa Melayu terdapat beberapa peribahasa yang menggunakan perkataan jantung. Ada yang biasa kita dengar, ada juga yang tidak biasa didengar. Dengan hanya membaca peribahasa, cuba fahamkan maksudnya. Kemudian, minta murid padankan dengan maksudnya menggunakan Lembaran Kerja 1. Panduan guru: Jantung hati – orang yang dikasihi Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang – orang yang tidak ada perasaan Dikasi hati, minta jantung - orang yang sudah diberi kebaikan tapi masih minta lebih, atau dengan kata lain orang yang tidak tahu berterima kasih. Makan hati berulam jantung - Bersusah hati karena perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
50
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN 1 ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan catatkan isi penting tentang jantung pisang.
JANTUNG PISANG
Jantung pisang merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Bunga pisang ini mempunyai banyak lapisan kelopak yang melindungi barisan bunga di dalamnya. Bunga pisang yang berbentuk jantung ini akan berterusan mengeluarkan bunga sekiranya tidak dipotong daripada tandan buah. Bunga pisang atau lebih dikenali dengan nama jantung pisang ini mempunyai khasiat dan kegunaannya.
Jantung pisang biasanya setelah dicelur, dijadikan ulam, kerabu, teresek (masakan tradisional Kelantan), gulai dan pelbagai jenis masakan. Namun begitu bukan semua jenis jantung pisang yang boleh dimakan kerana terdapat beberapa jenis pokok pisang mengeluarkan jantung yang rasanya pahit atau sangat kelat.
Jantung pisang mengandunggi 1.2% protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta mengandunggi fosfurus dan zat besi. Dari segi khasiat perubatan, jantung pisang memberi tenaga dan membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan membersihkan buah pinggang. Selain itu, ada sesetengah berpendapat, makan jantung pisang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu.
51
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN 2 ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti, catatkan isi penting tentang tips menjaga kesihatan jantung dalam peta buih. Kemudian, ringkaskan menjadi satu perenggan menggunakan penanda wacana yang sesuai.
TIPS MENJAGA KESIHATAN JANTUNG Hai sahabat, tips kesihatan pada kali ini adalah tentang cara menjaga jantung. Jantung merupakan organ yang sangat penting yang dimiliki oleh manusia. Ketika jantung sudah berhenti berdenyut, pasti nyawa kita sudah terpisah dari badan. Kita tentu mahukan jantung yang sihat. Menjaga jantung agar tetap sihat merupakan kewajiban setiap individu. Bagaimana menjaga jantung agar tetap sihat? Oleh sebab itulah, tips kesihatan kali ini akan mengetengahkan artikel berkaitan penjagaan jantung agar tetap sihat: 1.
Bagi anda yang memiliki kebiasaan merokok, mulai dari sekarang berhentilah daripada kebiasaan yang tidak menyihatkan tersebut. Perlu anda ketahui, perokok memiliki peluang sangat besar mengalami serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok sama sekali.
2.
Usahakan mengurangi pengambilan garam yang berlebihan kerana garam akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi mampu meningkatkan serangan jantung.
3.
Tingkatkan aktiviti riadah yang teratur setiap pagi. Dalam hal ini, aktiviti seperti berjalan, berlari anak atau senaman ringan selama setengah jam setiap hari sangat membantu.
4.
Berbagai-bagai masalah yang merungsingkan fikiran anda boleh mempengaruhi kesihatan jantung anda. Luangkan waktu menonton siaran televisyen yang santai serta berunsur komidi. Rasa santai dan gembira boleh menenangkan fikiran anda.
5.
Anda juga boleh ke suatu tempat yang menyenangkan dan menyegarkan fikiran sambil menghirup udara segar di kawasan perbukitan atau berehat di pantai dengan bayu laut berpupuk lembut. Situasi seperti ini akan memberikan ketenangan dan baik untuk jantung.
6.
Jauhi minuman keras atau alkohol. Minuman keras bukan sahaja haram di sisi agama Islam, tetapi juga merosakkan jantung.
7.
Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung berbagai vitamin yang diperlukan jantung anda seperti bayam, buah aprikot serta jenis kekacang. Kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi.
Semoga tips kesihatan ini berguna dan bermanfaat bagi anda. Akhir kata, sayangilah jantung kita. Diubahsuai daripada: http://intips-kesihatan.blogspot.com/2012/04/jaga-jantung-sihat.html
52
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Baca peribahasa di bawah, fahamkan dan padankan dengan maksud yang tepat. Gunakan anak panah (
) untuk menunjukkan maksud.
PERIBAHASA
Jantung hati
MAKSUD
orang yang sudah diberi kebaikan tapi masih minta lebih, atau dengan kata lain orang yang tidak tahu berterima kasih.
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang Orang yang dikasihi
Diberi hati, minta jantung
Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
Makan hati berulam jantung
Orang yang tidak ada perasaan.
53
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
TATABAHASA
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Standard Kandungan:
4.1
Mengenal pasti, membina dan menggunakan perkataan daripada empat golongan kata dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard 4.1.4 Mengenal pasti, membina dan menggunakan kata tugas Pembelajaran: dengan betul mengikut konteks. Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2. 3.
Mengenal pasti kata tugas yang terdapat dalam petikan. Mengenal pasti penggunaan kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri dengan betul. Membina ayat menggunakan kata kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri dengan betul dengan betul.
2.
Tatabahasa (morfologi) – kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri Sebutan dan Intonasi
BBM:
1. 2. 3.
Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lampiran
Nilai:
Terapkan nilai berbudi bahasa dalam hubungan bermasyarakat. Hormat kepada orang yang lebih tua dan gunakan bahasa yang sopan serta mesra dalam perbualan.
Sistem bahasa:
1.
54
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
AKTIVITI
1.
Mengenal pasti kata tugas a. b.
Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid mengenal pasti kata tugas yang terdapat dalam ayat yang diberi. Minta murid menyebut kata tugas yang telah dikenal pasti.
Panduan guru: i. ii. iii.
Kata tugas yang akan murid pelajari di Tingkatan 1 ini ialah kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri. Dalam kata tugas yang dipelajari ini, banyak pecahannya namun tumpukan kepada yang mudah dan sering digunakan. Terangkan kepada murid bahawa kata tugas itu ialah kata yang bertugas untuk tujuan tertentu - Kata hubung bertugas untuk menghubungkan perkataan, frasa atau ayat (dan, atau, serta, sambil, lalu). - Kata sendi nama hadir di hadapan frasa nama dan bertugas untuk merangkaikan frasa nama dengan frasa lain (di, ke, dari, daripada, pada, dengan). - Kata pemeri bertugas untuk memerihalkan sesuatu (ialah, adalah).
Jawapan: 1. Kata hubung i. atau, dan ii. dan, atau, sambil iii. atau
2.
2.
Kata Sendi Nama i. dari ii. daripada iii. ke, di, dengan iv. pada
3.
Kata Pemeri i. ialah ii. adalah
Menggunakan kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri dengan betul. a. b.
c.
Edarkan Lembaran Kerja 2. Dalam lembaran kerja ini terdapat kesalahan biasa yang digunakan dan ada juga yang betul. Kenal pasti kesalahan tersebut dan jika salah, tuliskan kata tugas yang betul. Semak jawapan dengan rakan.
55
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2 Jawapan: 1. sambil …….X…….dan 2. dari ………../…….. – 3. kepada …..X……. ke 4. dalam …….X ……di dalam 5. di ………….X…….pada 6. ialah …….../ …….. – 7. sambil ……./ …….. – (boleh juga ‘dan’) 3.
Membina ayat menggunakan kata tugas dengan betul a. b. c.
d.
Edarkan gambar seperti dalam Lampiran kepada setiap kumpulan. Dua kumpulan boleh mendapat gambar yang sama. Minta murid menulis dialog menggunakan kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri dengan betul berdasarkan gambar yang diberi. Semasa membina dialog, minta murid menggunakan tema kehidupan bermasyarakat. Seperti dalam gambar. Gunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila. Minta murid melakonkan dialog yang dihasilkan dan murid lain memastikan mereka menggunakan kata tugas yang betul. Ingatkan murid supaya menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai mengikut situasi.
56
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN 1.
Bulatkan kata hubung yang terdapat dalam ayat di bawah.
i.
Bunga pisang atau lebih dikenali dengan nama jantung pisang ini mempunyai khasiat dan kegunaannya.
Anda juga boleh ke suatu tempat yang menyenangkan dan menyegarkan
ii.
fikiran sambil menghirup udara segar di kawasan perbukitan atau berehat di pantai dengan bayu laut berpupuk lembut.
Namun begitu bukan semua jenis jantung pisang yang boleh dimakan
iii.
kerana terdapat beberapa jenis pokok pisang mengeluarkan jantung yang rasanya pahit atau sangat kelat.
2.
Bulatkan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di bawah.
Dari segi khasiat perubatan, jantung pisang memberi tenaga dan
i.
membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan membersihkan buah pinggang.
Bagi anda yang memiliki kebiasaan merokok, mulai dari sekarang,
ii.
berhentilah daripada kebiasaan yang tidak menyihatkan itu.
57
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 1 sambungan
Anda juga boleh ke suatu tempat yang menyenangkan dan menyegarkan fikiran
iii.
sambil menghirup udara segar di kawasan perbukitan atau berehat di pantai dengan bayu laut berpupuk lembut.
i.
3.
Poster yang banyak tertampal pada dinding seharusnya menjadi peringatan kepada kita agar menjauhi rokok.
Bulatkan kata pemeri yang terdapat dalam ayat di bawah.
i.
ii.
Jantung pisang ialah bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang.
Tips kesihatan pada kali ini adalah tentang cara menjaga jantung.
58
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN 1. 2. 3.
Kenal pasti kata tugas (kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri) dalam dialog berikut. Tandakan sama ada kata tugas tersebut betul atau salah. Jika penggunaan kata tugasnya salah, tuliskan yang betul dalam petak yang disediakan.
BETUL ATAU SALAH
1 Selamat pagi, cikgu sambil Selamat Hari Raya!
2 Eh, Kelvin, terima kasih. Kamu dari mana dan nak ke mana?
3 Saya dari kelas, cikgu dan nak kepada perpustakaan.
4 Dalam kelas kamu tak ada gurukah?
59
JIKA SALAH, TULISKAN YANG BETUL
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LEMBARAN KERJA 2 sambungan
BETUL ATAU SALAH
5 Ada cikgu. Cuma di waktu ini Cikgu Mimi minta kami buat rujukan di perpustakaan.
6
7
Betul tu, Kevin. Perpustakaan ialah tempat untuk kita meneroka pelbagai ilmu. Gunakan perpustakaan sebaik mungkin.
Terima kasih atas nasihat cikgu. Saya juga dapat meminjam buku –buku cerita sambil membuat rujukan.
60
JIKA SALAH, TULISKAN YANG BETUL
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
LAMPIRAN ARAHAN 1.
2. 3.
Bina dialog menggunakan kata tugas (kata hubung, kata sendi nama dan kata pemeri) yang betul berdasarkan gambar yang menunjukkan semangat bermasyarakat. Kemudian lakonkan di hadapan kelas. Murid lain sila pastikan kumpulan yang berlakon menggunakan kata tugas yang betul.
GAMBAR 1
GAMBAR 2
61
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 2
GAMBAR 3
GAMBAR 4
62
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
UNIT 3
PENGURUSAN KEWANGAN
PENGENALAN Dalam Unit 3, murid dapat mengukuhkan kemahiran bersoal jawab dalam perbualan harian menggunakan soalan aras rendah (apa, siapa, berapa) dan memberikan jawapan yang sesuai, betul dan bertatasusila ,membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul dan membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan perkataan dengan betul. Selain itu, murid juga dapat memahami dan menggunakan frasa nama (Hukum D-M) dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks. Murid mendapat pengalaman pembelajaran tentang pengurusan kewangan, berbelanja secara berhemah serta menjadi pengguna yang bijak dalam berbelanja demi masa depan.
OBJEKTIF UNIT 3 Unit ini membolehkan murid: 1.
Bersoal jawab dalam perbualan harian menggunakan soalan aras rendah (apa, siapa, berapa) dan memberikan jawapan yang sesuai, betul dan bertatasusila.
2.
Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
3.
Membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan perkataan dengan betul.
4.
Memahami dan menggunakan frasa nama (Hukum D-M) dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini. MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR (1.4.3)
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
MODUL MEMBACA (2.3.1)
TABUNG DAN IBU
MODUL MENULIS (3.2.1)
SEHARI SELEMBAR BENANG
MODUL TATABAHASA (4.5.1)
BEKALAN HARI TUA
63
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
MENDENGAR DAN BERTUTUR
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
Standard Kandungan:
1.4
Bersoal jawab tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai soalan dan mengemukakan jawapan yang sesuai dengan betul, tepat dan bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.4.3
Bersoaljawab dalam perbualan harian menggunakan soalan aras rendah (apa, siapa, berapa) dan memberikan jawapan yang sesuai, betul dan bertatasusila.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2. 3. 4.
Bersoal jawab tentang perkara yang dilihat. Membina soalan aras rendah berdasarkan bahan grafik yang dilihat. Membina soalan yang betul berdasarkan jawapan yang diberi. Melakonkan dialog menggunakan soalan aras rendah dan memberikan jawapan yang sesuai dengan betul dan bertatasusila.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (sintaksis) – Kata tanya aras rendah. Sebutan dan intonasi – Membimbing murid menggunakan intonasi yang sesuai semasa berbual dengan rakan. Gunakan bahasa yang bertatasusila serta penuh hormat.
BBM:
1. 3. 4.
Lampiran 1: Situasi menabung Lampiran 2: Tabung LembaranKerja: Dialog
Nilai:
Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai berjimat cermat dengan menabung sedikit demi sedikit. Wang susah dicari dan kita hendaklah bersedia sebelum kesusahan tiba. Wang perlu digunakan dengan berbelanja secara berhemah mengikut keperluan, bukan kehendak.
64
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
AKTIVITI
1. Aktiviti pramendengar a. b. c.
Tunjukkan gambar pada Lampiran 1, satu persatu. Bagi setiap gambar, tanyakan apakah yang mereka lihat, siapakah di dalam gambar dan berapakah agaknya jumlah wang atau simpanan yang hendak dibuat. Tanyakan pengalaman murid menabung dan apakah jenis tabungan yang mereka ada. Guru hendaklah berhati-hati dalam menjalankan aktiviti ini dikhuatiri ada murid yang sensitif kerana tiada tabungan langsung. Jelaskan peribahasa ’sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit’ bahawa tabungan tidak semestinya banyak. Biar satu sen, lama-kelamaan akan terkumpul dan boleh menjadi jutawan.
2. Menyatakan soalan aras rendah a.. Edarkan satu keping gambar bagi setiap kumpulan seperti dalam Lampiran 2. b. Minta murid berbincang tentang apakah soalan yang boleh dikemukakan bagi gambar yang dilihat. Bebaskan murid mengemukakan apa sahaja bentuk soalan. c. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan (soalan-soalan yang dikemukakan). d Guru memberi fokus kepada soalan aras rendah (apa, siapa, berapa). Terangkan kepada murid untuk mengetahui perkara tanyakan ‘apa’, untuk mengetahui orang, tanyakan ‘siapa’, untuk tanyakan jumlah atau bilangan, tanyakan ‘berapa’. 3. Membina soalan aras rendah melalui dialog a. b. c. d.
Edarkan Lembaran Kerja kepada setiap kumpulan (dua orang satu kumpulan). Minta murid mengemukakan soalan berdasarkan jawapan yang ada dalam dialog. Cuba lakonkan dialog ini di hadapan kelas. Guru menilai. Kumpulan terbaik mestilah: - Berjaya menghasilkan soalan yang menepati jawapan (‘apa, siapa dan berapa). - menghayati lakonan dan melakonkan dengan bersahaja.
4. Berlakon dengan mengemukakan soalan aras rendah dan memberikan jawapan a. Dudukkan murid berdua. b. Minta murid menyediakan satu skrip untuk melakonkan satu situasi berbual dengan bapa tentang rancangan untuk menyimpan wang di dalam bank. c. Dalam dialog ini murid mesti menggunakan soalan ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘berapa’ dan memberikan jawapan yang sesuai serta menepati soalan.
65
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LAMPIRAN 1
GAMBAR 1
GAMBAR 2
66
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LAMPIRAN 2 ARAHAN BAGI SETIAP KUMPULAN 1. 2.
Teliti gambar. Kemukakan soalan yang boleh ditanya tentang gambar.
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 6
KUMPULAN 5
67
KUMPULAN 4
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA ARAHAN: Bina soalan yang sesuai bagi Amirul, berdasarkan jawapan yang diberi oleh remaja Muiz. Nama saya Amirul.
Nama saya Muiz.
Ini ialah tabungan saya selama 6 bulan.
Ibu dan ayah mendorong saya menabung sejak kecil lagi. Cikgu Rozie juga selalu ingatkan kami untuk menabung.
Tak banyak, Amirul. Sebulan sepuluh ringgit sahaja, lebihan belanja sekolah.Namun, pada musim Hari Raya, banyaklah sikit simpanan saya.
68
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
MEMBACA
TABUNG DAN IBU
Standard Kandungan:
2.3
Standard Pembelajaran:
2.3.1 Membaca cerpen, membuat urutan isi cerita serta menilai watak dan perwatakan dengan betul.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2. 3.
Membaca, memahami dan menganalisis karya sastera serta memberikan respons dengan betul dan tepat.
Membaca dan menyusun jalan cerita yang terdapat dalam cerpen. Membaca dan mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerpen. Menilai watak dalam cerpen dengan betul.
Sistem bahasa:
1. 2.
Tatabahasa (morfologi): Kata Adjektif Kosa kata: unik, dompet, sedekah, rukun Islam, diulit, bersengkang mata
BBM:
1. 2. 3.
Lampiran 1: Petikan cerpen Lampiran 2: Petikan cerpen Lembaran Kerja 1, 2 dan 3: Peta i-think
Nilai:
Nilai jimat cermat hendaklah ditekankan dalam aktiviti ini. Apabila ada lebihan, simpanlah dalam tabung dan kemudian simpan di dalam bank. Namun, apabila ada kecemasan, kasih sayang antara ahli keluarga mengatasi segala-galanya. Dalam aktiviti ini, tekankan juga nilai kasih sayang seorang anak kepada ibu dan ahli keluarga seperti adik beradik.
Catatan: Aktiviti ini boleh mengambil lebih daripada dua masa kerana murid perlu membaca dan menghayati cerpen.
69
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
AKTIVITI 1.
Aktiviti pramembaca a. b.
c. 2.
Edarkan petikan cerita dalam Lampiran 1. Murid membaca senyap sambil memahami isi cerita. Minta murid secara lisan: - Menamakan watak utama. (Pak Hamdan) - Menamakan watak sampingan. (Mak Zaleha) - Menyatakan sikap unik Pak Hamdan. (Membahagikan keuntungan jualan nasi lemaknya kepada tidak jenis tabungan / seorang yang bijak berbelanja). - Menyatakan tiga jenis tabungan Pak Hamdan. (di dalam dompet, di dalam laci dan di dalam tabung buluh) Bincangkan maksud perkataan yang diwarnakan.
Membaca dan memahami jalan cerita dalam cerpen a.
Pilih seorang murid membaca cerpen seperti di Lampiran 2. Baca cerita lagak teater pembaca (sebelum ini guru telah melatih murid ini untuk membaca gaya teater pembaca). b. Minta murid lain mendengar dengan teliti. c. Selepas mendengar teater pembaca, guru dan murid berbincang tentang perkataan yang diwarnakan agar murid faham dan jelas maksudnya. d. Edarkan Lampiran 2 kepada semua murid dan minta mereka membaca dengan senyap dan memahami jalan ceritanya. e. Minta murid masuk dalam kumpulan. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan bincangkan jalan cerita berdasarkan cerpen yang dibaca. Panduan guru: Teater pembaca ialah seorang pembaca duduk di hadapan kelas dan membacakan petikan cerpen/novel/ dengan gaya dan intonasi serta penghayatan watak. 3.
Membaca dan mengenali watak dan perwatakan a. Murid duduk dalam kumpulan. b. Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid mengenal pasti dua watak iaitu Muiz dan Abang long dalam cerpen di Lampiran 2. Catatkan persamaan dan perbezaan di antara dua watak berkenaan. Bimbing murid menggunakan kata adjektif untuk menerangkan watak. c. Gunakan kertas sebak dan pen penanda berwarna untuk aktiviti mini. Panduan guru: Persamaan: - Lelaki. - Anak daripada ibu dan bapa yang sama (adik beradik). - Kedua-duanya sayang akan ibu. Perbazaan: - Adik/abang - Muiz bersekolah/abang mungkin sudah bekerja d. Bentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
4.
Menilai watak dalam cerpen a. Secara tidak langsung murid telah menilai watak dalam aktiviti (3) di atas. b. Edarkan Lembaran Kerja 3 dan minta murid menilai dan mencatatkan watak Muiz dan Abang Long. c. Bimbing murid menggunakan kata adjektif untuk menerangkan watak. 70
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LAMPIRAN 1 ARAHAN: Baca cerita di bawah dengan teliti dan fahami isi kandungannya.
Ini cerita seorang penjual nasi lemak. Pak Hamdan ini sudah 17 tahun melakukan perancangan kewangan dengan caranya yang tersendiri. Pak Hamdan mempunyai seorang isteri, Mak Zaleha yang menjadi penolong setianya menjual nasi lemak di tepi sebuah pam minyak. Pak Hamdan memang unik kerana telah membahagikan hasil jualan nasi lemaknya kepada tiga bahagian iaitu di dalam dompet, di dalam laci dan di dalam sebuah tabung yang dibuat daripada buluh. Yang pertama ialah dompet untuk memenuhi keperluan sehari-hari seperti makan, membeli pakaian, dan keperluan keluarga. Yang kedua dimasukkan ke dalam laci kecil tempat dia menjual nasi lemak untuk sedekah dan untuk berkorban kambing pada setiap tibanya Aidil Adha. Memang Pak Hamdan luar biasa orangnya! Seorang penjual nasi lemak yang tidak pernah cuai untuk berkorban pada setiap tahun. Bahagian terakhir yang dimasukkan di dalam tabung buluh, apabila penuh, akan disimpan di dalam akaun Tabung Haji di pekan. Tabungan inilah yang digunakan oleh Pak Hamdan untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Dia berkata “In Sya Allah selama 17 tahun menabung, sekitar dua tahun lagi saya dan isteri akan dapat melaksanakan ibadah haji.” Kita doakan supaya niat murni Pak Hamdan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin
71
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LAMPIRAN 2 ARAHAN: Baca cerita di bawah dengan teliti dan fahami isi kandungannya.
Muiz tersenyum sendiri. Tabung buluhnya sudah berat. Seminggu lagi dia berazam untuk membelah tabung buluhnya. Dia membayangkan betapa senangnya memiliki wang yang berjuta-juta ringgit. Angan-angannya memanjang sehingga dia tidak sedar dia sudah terlena diulit mimpi. “Bila nak belah tabung buluh tu, Muiz? Dah penuh nampaknya tabung tu.” Tanya ibunya. “Minggu depan mak.” Jawab Muiz dengan penuh bersemangat. “Mengapa sampai nak tunggu minggu depan?” Tanya ibunya. “Abang Long dah janji untuk masukkan duit Muiz dalam Tabung Haji minggu depan, mak,” jawabnya pantas. Dia tidak sabar untuk mengira jumlah wangnya. Dalam masa minggu ni dia masih ada masa untuk menabung lagi. Biar padat dengan duit dalam tabung buluhnya. Muiz juga sudah berangan-angan untuk membeli kasut bola kegemarannya. Kasut bola tu memang mahal. Ibu memang tak mampu membelinya. Sejak ayah meninggal, siang malam ibu bersengkang mata untuk mencari rezeki. Jualan nasi lemak dan kuih-muih emakku hanya mampu menyuapkan makan kami tiga beranak. Wang belanja sekolahpun kadang-kadang dapat kadangkadang tidak. Apabila dapat, Muiz terus masukkan dalam tabung buluh kesayangannya. Muiz simpan kemas-kemas di tempat yang hanya Muiz dan ibunya sahaja yang tahu. Pagi-pagi Muiz sudah ke sekolah. Seperti biasa, ibu bekalkan Muiz dengan nasi dan air teh ‘o’. Hari yang ditunggu dah tiba. Balik sahaja dari sekolah, abang sudah menunggu kepulangan Muiz tetapi kali ini wajah Abang Long nampak cemas. “Muiz, emak pengsan, kita kena hantar mak ke klinik,” kata Abang Long.Tanpa disedari air mata Muiz mengalir deras. Dengan pantas, Muiz masuk ke dalam bilik dan mengambil tabung buluhnya. “Jom bang, kita ke klinik,” kata Muiz pantas. “Muiz rela gunakan wang tabungan Muiz demi emak, Muiz tak mahu kasut bola, Muiz mahu mak sihat,” bisik hati kecilnya.
72
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN: Sediakan carta alir yang menunjukkan jalan cerita dalam cerpen yang dibaca.
Tabung Muiz sudah penuh. Dia amat gembira
73
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1 Unit 3
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN: Berdasarkan cerpen dalam Lampiran 2, bersama rakan, catatkan nama dua watak dan kenal pasti persamaan dan perbezaan di antara mereka mereka. PERBEZAAN
PERBEZAAN
PERSAMAAN
ABANG LONG
MUIZ
63 74
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1 Unit 3
LEMBARAN KERJA 3 ARAHAN: Nilai dan catatkan watak Muiz dan abangnya dalam ruang di bawah.
MUIZ
ABANG
75 64
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
MENULIS
SEHARI SELEMBAR BENANG
Standard Kandungan:
3.2
Menulis prosa dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai dan ayat yang gramatis
Standard Pembelajaran:
3.2.1
Membina ayat yang bermakna dan gramatis dengan menggunakan perkataan dengan betul.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2.
Mencatat perkataan dan frasa dengan betul. Membina ayat dengan menggunakan perkataan dan frasa secara gramatis dengan betul.
Sistem bahasa:
1. 2.
BBM:
1. 2. 3.
Tatabahasa (sintaksis): Ayat tunggal dan ayat majmuk Peribahasa: - Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit - Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Sediakan payung sebelum hujan - Alah bisa tegal biasa Lampiran Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 1
Nilai:
Sepanjang aktiviti, guru hendaklah memupuk nilai menabung dari sejak kecil serta faedahnya dalam jangka masa panjang. Selitkan peribahasa (seperti yang tercatat dalam sistem bahasa di atas) semasa menjalankan aktiviti ini bersama-sama murid.
76 65
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
AKTIVITI
1.
Aktiviti pra menulis a. b. c. d.
Tunjukkan gambar seperti dalam Lampiran kepada murid. Minta murid secara lisan mencatat perkataan yang boleh dikaitkan dengan gambar pada papan hijau. Daripada perkataan tersebut, bantu murid menghasilkan frasa bermakna. Catatkan di sebelah perkataan yang telah ditulis pada papan hijau tadi. Secara lisan cuba minta murid menghasilkan satu ayat yang bermakna berkaitan gambar tersebut.
Panduan guru Berikut perkataan dan frasa yang boleh dihasilkan. Cuba dapatkan sebanyak mungkin.
2.
kanak-kanak – kanak-kanak lelaki duit – duit syiling tabung – tabung silinder menabung – belajar menabung dua tahun – berusia dua tahun
menabung – budaya menabung jimat – belajar berjimat kecil – menabung sejak kecil didik – didikan ibu bapa
Mencatatperkataandanfrasa a. b.
Edarkan Lembaran Kerja 1. Minta murid mencatat perkataan yang berkaitan dengan gambar. Kemudian catatkan frasa daripada perkataan tersebut. Panduan guru a. Berikut diberikan cadangan perkataan: - tabung - siling - balang - perempuan - bank b. Setelah mendapat senarai perkataan, bina frasa berkaitan. Berikut merupakan frasa yang dibina daripada perkataan di atas: - suka menabung - duit siling - balang kaca - murid perempuan - simpan di bank 3.
Membina ayat menggunakan perkataan dan frasa a. b. c.
Edarkan Lembaran Kerja 2. Minta murid mencatat semula perkataan dan frasa seperti dalam Lembaran Kerja 1 dan kemudian bina ayat yang gramatis berdasarkan frasa tersebut. Galakkan murid membina ayat majmuk dengan memasukkan peribahasa yang sesuai. Contoh: Saya selalu berjimat cermat dan suka menabung kerana sedikit-sedikit, lamalama menjadi bukit. 66 77
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LAMPIRAN
67 78
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Berdasarkan gambar yang dilihat, catatkan perkataan yang bersesuaian dengan gambar. Kemudian catatkan frasa yang boleh dihasilkan daripada gambar berkenaan.
PERKATAAN
79 68
FRASA
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Berdasarkan aktiviti dalam Lembaran Kerja 1, catatkan perkataan dan frasa semula dan bina ayat lengkap daripada frasa berkenaan.
Perktaan: Frasa Ayat:
Perktaan: Frasa Ayat:
Perktaan: Frasa Ayat:
Perktaan: Frasa Perktaan:
Ayat:
Frasa Ayat:
63 80
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
TATABAHASA
BEKALAN HARI TUA
Standard Kandungan:
4.5
Mengenal pasti dan menggunakan frasa dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.5.1
Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama (Hukum D-M) dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2. 3.
Menyatakan frasa nama yang mengandungi Hukum D-M dalam bahan yang diberi. Mengenal pasti frasa nama (Hukum D-M) berdasarkan petikan yang diberi. Membina ayat menggunakan frasa nama (Hukum D-M)
Sistembahasa: 1. 2.
Tatabahasa (morfologi): FrasaNama Ejaan: Kata nama Am danKhas
BBM:
1. 2. 3. 4.
Gambar Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3
Nilai:
Sepanjang aktiviti, guru masih menekankan sikap menabung dalam diri murid. Kaitkan dengan menabung di bank dengan menggunakan buku simpanan dan kemudahan menabung masa ini. Terangkan faedah menabung di bank berbanding menyimpan wang di rumah dari segi keselamatan. Bagi murid Islam, berikan pendedahan tentang peranan Tabung Haji dan manfaatnya kepada umat Islam. Menabung dan menyimpan untuk hari tua merupakan amalan yang sangat dituntut. Selain mendidik diri berjimat cermat, menyimpan wang juga akan menyelamatkan kita jika berlaku kesusahan dan mala petaka yang tidak diduga.
81 63
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
AKTIVITI
1.
Mengenal pasti frasa nama mengandungi Hukum D-M a. b.
c.
2.
Bagi menjelaskan Hukum D-M, tunjukkan gambar seperti di Lampiran. Guru boleh menampalkan gambar pada papan hijau, menjadikan lembaran kerja atau tunjukkan gambar dan jalankan aktiviti secara lisan. Guru digalakkan menunjukkan gambar lain yang menunjukkan Hukum D-M tetapi pastikan berkaitan dengan pengurusan kewangan. Minta murid menamakan gambar yang dilihat. Gambar ini telah dilihat dalam aktiviti membaca yang lepas. - Nasi lemak - Tabung buluh - kasut bola - klinik 1Malaysia
Aktiviti menyatakan frasa nama yang mengandungi Hukum D-M a. b.
Edarkan Lembaran Kerja 1. Murid pernah membaca teks ini dalam aktiviti membaca yang lepas. Minta murid mengenal pasti frasa yang menunjukkan hukum D-M dalam petikan.
Panduan guru; - nasi lemak - pam minyak - laci kecil - rukun Islam 2.
Membina ayat menggunakan frasa nama yang mengandungi Hukum D-M a. b. c.
Edarkan Lembaran Kerja 2. Berdasarkan frasa daripada aktiviti dalam Lembaran Kerja 1, bina ayat yang betul dan gramatis. Minta murid memberikan frasa nama lain yang mengandungi Hukum D-M tetapi menggunakan perkataan yang sama. Misalnya nasi lemak – nasi ayam.
Panduan guru; - nasi lemak – nasi ayam - pam minyak – pam air - laci kecil – laci almari - rukun Islam –Rukun Negara 3.
Menyenaraikan frasa nama yang mengandungi Hukum D-M a. b. c.
Edarkan Lembaran Kerja 3. Bimbing murid menyenaraikan frasa nama menggunakan Hukum D-M dengan betul iaitu penggunaan kata nama am dan kata nama khas. Beri latihan lain yang berkaitan dengan cara menyenaraikan secara lisan sebanyak mungkin frasa nama dengan hukum D-M.
82 64
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LAMPIRAN ARAHAN Gambar-gambar di bawah ada yang telah ditemui dalam aktiviti yang lepas. Namakan benda yang dilihat dalam gambar. Pastikan anda menggunakan frasa nama (kata majmuk).
83 65
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN Baca petikan di bawah dan kenal pasti frasa yang mengandungi hukum diterangkanmenerangkan (Hukum D-M)
Ini cerita seorang penjual nasi lemak.Pak Hamdan sudah 17 tahun melakukan perancangan kewangan dengan caranya yang tersendiri. Pak Hamdan mempunyai seorang isteri, Mak Zaleha yang menjadi penolong setianya menjual nasi lemak di tepi sebuah pam minyak. Pakcik Hamdan memang unik kerana telah membagikan hasil jualan nasi lemaknya kepada tiga bahagian iaitu di dalam dompet, di dalam laci dan di dalam sebuah tabung yang dibuat daripada buluh. Yang pertama ialah dompet untuk memenuhi keperluan sehari-hari seperti makan, membeli pakaian, dan keperluan keluarga. Yang kedua dimasukkan ke dalam laci kecil tempat dia menjual nasi lemak untuk sedekah dan untuk berkorban kambing pada setiap tibanya Aidil Adha. Memang Pak Hamdan luar biasa orangnya! Seorang penjual nasi lemak yang tidak pernah cuai untuk berkorban pada setiap tahun. Bahagian terakhir yang dimasukkan di dalam tabung buluh, apabila penuh, akan disimpan di dalam akaun Tabung Haji di pekan. Tabungan inilah yang digunakan oleh Pak Hamdan untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Dia berkata “In Sya Allah selama 17 tahun menabung, sekitar dua tahun lagi saya dan isteri akan dapat melaksanakan ibadah haji. ”Kita doakan supaya niat murni Pak Hamdan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin
84 66
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN 1.
Berdasarkan frasa di bawah, bina ayat yang menunjukkan kamu faham akan maksudnya.
2.
Frasa di bawah boleh juga menjadi frasa lain dengan perkataan ‘diterangkan’ yang sama tetapi dengan berbeza perkataan menerangkan. Sila lihat contoh, kemudian catatkan frasa lain tersebut pada ruang yang disediakan.
FRASA
AYAT
FRASA LAIN
Nasi ayam 1
nasi lemak
2 pam minyak
3 laci kecil
4
rukun Islam
85 67
BukuPanduan Guru Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 3
LEMBARAN KERJA 3 ARAHAN Berikut diberikan perkataan nama. Hasilkan frasa nama dengan Hukum D-M yang betul.
Tabung Haji Tabung
Bank
Buku
86 68
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
UNIT 4
KERJA TANGAN
PENGENALAN Dalam Unit 4, murid dapat mengukuhkan kemahiran menyatakan sesuatu perkara secara kreatif, membaca dan menerangkan makna perkataan dan rangkai kata, menulis dan mencipta kad ucapan serta memahami dan menggunakan kata majmuk bebas. Di samping itu, murid didedahkan dengan kemahiran tangan yang melibatkan kreativiti. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti dalam PdP agar potensi murid dapat dikembangkan. Bimbing murid agar menghargai warisan bangsa dan jika kita bijak mengambil peluang yang ada, kita boleh menjadikan hasil kerja tangan sebagai sumber pendapatan. OBJEKTIF UNIT 4 Unit ini membolehkan murid: 1.
Menyatakan sesuatu perkara secara kreatif dengan menggunakan bahan maujud atau lakaran grafik dengan ayat yang gramatis dan bertatasusila.
2.
Membaca dan menerangkan makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
3.
Menulis dan mencipta kad ucapan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul dan bermakna secara kreatif
4.
Mengenal pasti dan menggunakan kata majmuk bebas dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Terdapat empat modul pembelajaran dalam unit ini.
MODUL MENDENGAR DAN BERTUTUR (1.8.1)
HASIL KERJAKU
MODUL MEMBACA (2.1.1)
TUKANG LAMA
MODUL MENULIS (3.4.1)
KAD PENGGANTI DIRI
MODUL MENULIS (4.4.1)
WARISAN NENEK MOYANGKU
87
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
MENDENGAR DAN BERTUTUR
HASIL KERJAKU
Standard Kandungan:
1.8
Menyatakan, menerangkan dan menjelaskan sesuatu perkara secara kreatif dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran:
1.8.1
Menyatakan sesuatu perkara secara kreatif dengan menggunakan bahan maujud atau lakaran grafik dengan ayat yang gramatis dan bertatasusila.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1.
Berbincang tentang sesuatu perkara yang hendak diterangkan dengan menentukan cara dan bentuk pembentangan yang sesuai.
2.
Membuat pembentangan menggunakan grafik mudah dan bahan maujud yang sesuai dengan ayat yang gramatis dan bertatasusila.
Sistembahasa: 1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – penjodoh bilangan Sebutan dan intonasi
BBM:
1. 2. 3.
Lampiran 1 Lampiran 2 Bahan maujud
Nilai:
Nilai yang diterapkan ialah rajin dan usaha tangga kejayaan. Dalam hidup kita, jika kita kreatif, rajin dan tidak kenal erti jemu maka kita boleh berjaya. Apa yang penting ialah kreativiti serta mengambil peluang yang ada.
Catatan: Aktiviti ini mungkin memerlukan lebih daripada sehari untuk membolehkan murid menghasilkan bahan maujud dan menyediakan persembahan.
88
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
AKTIVITI 1.
Aktiviti praberbual a.
b.
2.
Membincang akan bahan grafik a. b. c.
d. 3.
Guru bertanya murid sama ada mereka pernah melakukan pertukangan di rumah. Misalnya memasang rak buku pasang siap atau pernah membantu ayah bertukang. Misalnya pernahkah mereka membuat kotak kayu serba guna atau membantu membuat reban ayam. Bagi murid yang pernah, minta mereka berkongsi pengalaman dengan rakan yang lain.
Masukkan murid dalam kumpulan kecil. Setiap kumpulan diedarkan sekeping gambar rak buku yang kreatif seperti dalam Lampiran 1. Minta setiap kumpulan berbincang tentang: i. Apakah gambar yang dilihat. ii. Apakah bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rak buku tersebut. iii. Bagaimana menghasilkannya. iv. Berikan justifikasi kelebihan ciptaan tersebut. v. Berikan nama yang sesuai untuk produk berkenaan. Persembahkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Membincangkan sesuatu produk a. Edarkan sekeping kad aktiviti bagi setiap kumpulan. Dua atau tiga kumpulan boleh mendapat kad aktiviti yang sama. Rujuk Lampiran2. b. Bersama-sama ahli kumpulan, bincangkan seperti yang diarahkan dalam kad aktiviti. c. Murid perlu diberikan lebih masa untuk berbincang, menyediakan lakaran, menghasilkan bahan maujud dan persiapan untuk mengadakan pembentangan bagi memaklumkan produk kumpulan mereka. d. Dalam perbincangan minta murid menggunakan penjodoh bilangan apabila menyebut tentang bahan yang diperlukan dan proses menghasilkan produk. Misalnya: - Sekeping papan - Seikat tali - Sebotol gam - Sebatang pembaris - Segulung dawai - 6 batang paku besar
4.
Membentangkan hasil produk kumpulan a. b.
Minta kumpulan bentangkan hasil produk mereka. Gunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila semasa membuat pembentangan. Murid juga diingatkan menggunakan penanda wacana yang sesuai semasa pembentangan misalnya: - Kemudian - Selepas itu - Seterusnya 89
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
c. d.
- Sehubungan dengan itu - Namun demikian - Walau bagaimanapun Pembentangan hendaklah menggunakan cara yang kreatif. Gunakan pelbagai peralatan multimedia seperti powerpoint, DVD, video, gambar dan seumpamanya. Minta kumpulan lain membuat penilaian. Gunakan Lembaran Kerja untuk menilai kumpulan lain.
90
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN 1 ARAHAN Lihat gambar dan bincangkan seperti panduan yang diberikan oleh guru.
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
91
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN 1 (sambungan)
KUMPULAN 4
KUMPULAN 5
KUMPULAN 6
92
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN 2 KAD AKTIVITI
KAD 1
BARANG PERHIASAN Dalam kumpulan, hasilkan produk di atas yang melibatkan kerja tangan atau pertukangan kecil.Bincangkan: 1. 2. 3. 4.
KAD 1
Bahan yang diperlukan Cara membuatnya (kos yang minimum) Lakaran grafik proses menghasilkannya Mempersembahkan produk dan membentangkannya di hadapan kelas.
PERKAKAS RUMAH Dalam kumpulan, hasilkan produk di atas yang melibatkan kerja tangan atau pertukangan kecil.Bincangkan: 1. 2. 3. 4.
KAD 1
Bahan yang diperlukan Cara membuatnya (kos yang minimum) Lakaran grafik proses menghasilkannya Mempersembahkan produk dan membentangkannya di hadapan kelas.
MODEL Dalam kumpulan, hasilkan produk di atas yang melibatkan kerja tangan atau pertukangan kecil.Bincangkan: 1. 2. 3. 4.
Bahan yang diperlukan Cara membuatnya (kos yang minimum) Lakaran grafik proses menghasilkannya Mempersembahkan produk dan membentangkannya di hadapan kelas.
93
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN NAMA KUMPULAN:
TINGKATAN:
1.
Nama produk (5 markah)
2.
Kegunaan produk (20 markah)
3.
Ketulenan (10 markah)
4.
Kreativiti ciptaan (5 markah)
5.
Penjimatan kos (5 markah)
6.
Sebutan dan Intonasi (5 markah)
7.
Penggunaan penanda wacana yang betul (5 markah)
8.
Pembentangan (5 markah)
JUMLAH MARKAH:
50 94
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
MEMBACA
TUKANG LAMA
Standard Kandungan:
2.1
Membaca dan memahami makna perkataan, rangkai kata dan istilah serta maksud ungkapan dan ayat dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
2.1.1
Membaca dan menerangkan makna perkataan dan rangkai kata dengan merujuk pelbagai sumber dengan betul mengikut konteks.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2. 3.
Membaca dan memahami petikan yang mengandungi perkataan yang sukar dengan jelas . Memberikan makna rangkai kata mengikut konteks. Menjawab soalan untuk menunjukkan pemahaman dengan betul mengikut konteks.
Sistembahasa: 1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – kata ganda Kosa kata (rangkai kata)
BBM:
Lampiran 1: Gambar tukang kasut. Lampiran 2: Petikan cerpen ‘Tukang Lama’ karya Hassan Ali daripada Antologi KOMSAS Tingkatan 1 ‘Kasut Kelopak Jantung’ Lembaran Kerja 1: Rangkai kata Lembaran Kerja 2: Pemahaman
1. 2.
3. 4. Nilai:
Gabungan antara kemahiran dan teknologi moden dengan yang tradisional boleh menghasilkan kreativiti yang menarik. Barang yang lama jangan dibuang manakala yang baharu boleh membawa kepada kemajuan dan keusahawanan yang berjaya.
95
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
AKTIVITI
1.
Aktiviti pramembaca a.
b.
c.
Guru memulakan perbualan dengan bertanya pernahkan murid mendengar lagu ‘SabarudinTukang Kasut’ oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Murid boleh menyanyikan lagu ini dengan bimbingan guru. Tunjukkan gambar seperti dalam Lampiran 1 dan minta murid memberikan respons. Guru boleh merangsang murid dengan mengemukakan soalan-soalan yang berikut: - Apakah kerjaya orang dalam gambar ini? - Bagaimana dia menjalankan kerjanya? - Siapakah pelanggannya? - Di manakah lokasinya? - Apakah perbezaan antara tukang kasut tradisional dengan tukang kasut moden? Tanyakan murid apakah kerjaya lain yang bermula dengan ‘tukang’.
Panduan guru; - Tukang gunting - Tukang kayu - Tukang jahit - Tukang rumah 2.
Membaca dan memahami rangkai kata a. b. c.
Edarkan Lampiran 2 dan minta murid membaca dengan teliti. Baca dua kali dan tumpukan kepada frasa yang diwarnakan. Tanyakan murid cerita yang dibaca berkisar tentang siapa dan apa? Bebaskan murid memberikan jawapan secara lisan mengikut pemahaman mereka. Minta murid berbincang secara lisan tentang maksud frasa berkenaan. Catatkan jawapan dalam Lembaran Kerja 1.
Panduan guru (A) 1. Tunjuk langit: Kayu keras yang dipasang di hujung bumbung 2. Menurut ekor mata: Meneliti yang membuat kiraan berdasarkan penglihatan mata. 3. Banyak memakai pensel daripada mata: Membuat kiraan dan ukuran menggunakan alat, bukan hanya dengan melihat sahaja . 4. Mengisi muzium: Tidak digunakan lagi dan hanya layak disimpan sebagai bahan sejarah. Panduan guru (B) 1. lebih-lebih lagi: terutama sekali. 2. mencuri-curi pandang: memandang banyak kali tanpa disedari oleh orang yang dipandang. 3. perkakasnya berpeti-peti: Mempunyai peralatan yang banyak 4. benar-benar dikagumi: sangat takjub. 3.
Menjawab soalan menunjukkan pemahaman a.
Baca petikan sekali lagi. 96
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4 b. c.
Edarkan Lembaran Kerja 2 dan minta murid menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan. Benarkan murid berbincang dengan rakan.
Panduan guru: 1. 2.
Watak utama cerita ini ialah Pak Talib dan pekerjaannya ialah seorang tukang rumah. Pak Talib mencuri-curi pandang kepada tukang baharu kerana cara tukang baharu membina rumah sangat berbeza dengan cara Pak Talib membina rumah (terima jawapan murid dengan justifikasi yang betul).
3.
Manas ialah tukang rumah yang baharu datang ke kampung itu.
4.
Pak Talib kagum dengan Manas kerana Manas menyediakan semua peralatan untuk membina rumah dengan secukupnya terlebih dahulu. Apabila sampai masa didirikan, semuanya sudah sedia untuk dipasang pada tempatnya. Beberapa hari kemudian, rumah itu sudah siap. Ini berbeza dengan Pak Talib yang mengambil masa tidak kurang daripada setengah tahun.
5.
Kelebihan Manas berbanding Pak Talib ialah Manas lulusan sekolah Seni Bangunan dan membina rumah menggunakan ilmu seni bina yang dipelajarinya.
6.
Ungkapan Pak Talib itu bermaksud beliau kecewa kerana sumbangnya dalam membina rumah tidak diperlukan lagi kerana telah ada seorang tukang rumah yang baharu seperti barang-barang lama yang hanya ditempatkan di muzium.
97
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN 1
98
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN 2 ARAHAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan fahami maksudnya.
Orang-orang sekarang tidak lagi menjemput Pak Talib, sebab bentuk rumah yang memakai ‘tunjuk langit’ tidak disukai lagi. Lebih-lebih lagi cara bertukang masih cara lama. Dan ukurannya kebanyakan menurut ekor mata. Hasilnya rumah-rumah itu kelihatan lebih tua daripada usianya. Akan tetapi, sejak Manas pulang Pak Talib sangat terasa kehilangan tempat pergantungannya. Manas tukang muda yang baru keluar dari sekolah Seni Bangunan itu menjadi tumpuan pula. Pak Talib hanya dijemput untuk membetul-betulkan dinding reban ayam, tempat mandi dan membuat pintu pagar. Tetapi Pak Talib tidak pula memusuhi Manas. Dia pernah mencuri-curi pandang kepada tukang muda itu, perkakasannya berpeti-peti, cara bekerjanya banyak memakai pensel daripada mata. Suatu perkara yang benar-benar dikagumi Pak Talib ialah menyediakan alatan rumah itu secukupnya terlebih dahulu. Apabila sampai masa didirikan, semuanya sudah sedia untuk dipasang pada tempatnya. Beberapa hari kemudian, rumah itu sudah siap. Sedangkan jikalau Pak Talib sendiri, tentunya memakan masa yang tidak kurang daripada setengah tahun. Dalam hal ini pun, sudah jadi bahan leteran Mak Lamah. “Apalah kelebihannya budak Manas itu sehinggakan awak diketepikan … bukankah awak tukang lama?” “Aku tukang lama yang patutnya mengisi muzium saja.” Diubahsuai daripada: Cerpen ‘Tukang Lama’ oleh Hassan Ali Antologi Kasut Kelopak Jantung: Teks KOMSAS Tingkatan 1
99
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN A.
Padankan frasa berikut dengan maknanya berdasarkan petikan yang di baca dengan menggunakan anak panah( ).
1.
Tunjuk langit
Meneliti yang membuat kiraan berdasarkan penglihatan mata.
2.
Menurut ekor mata
Kayu keras yang dipasang di hujung bumbung.
3.
Banyak memakai pensel daripada mata
Tidak digunakan dan hanya layak disimpan sebagai bahan sejarah.
Mengisi muzium
Membuat kiraan dan ukuran menggunakan alat, bukan hanya dengan melihat sahaja.
4.
B.
Terdapat kata ganda dalam petikan. Padankan frasa kata ganda berikut dengan yang seerti dengannya menggunakan anak panah ( ).
1.
lebih-lebih lagi
memandang banyak kali tanpa disedari oleh orang yang dipandang
2.
mencuri-curi pandang
mempunyai peralatan yang banyak
3.
Perkakasannya berpetipeti
sangat takjub
4.
benar-benar dikagumi
terutama sekali
100
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Jawab soalan berikut untuk menunjukkan pemahaman kamu berdasarkan petikan yang dibaca. 1.
Siapakah watak utama cerita ini dan apakah pekerjaannya?
2.
Mengapakah Pak Talib mencuri-curi pandang kepada tukang baharu?
3.
Siapakah Manas?
4.
Apakah yang dikagumi oleh Pak Talib tentang Manas?
5.
Apakah kelebihan Manas berbanding Pak Talib?
6.
Apakah yang dimaksudkan oleh Pak Talib dengan ungkapan“Aku tukang lama yang patutnya mengisi muzium saja.”?
101
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
MENULIS
KAD PENGGANTI DIRI
Standard Kandungan:
3.4
Standard Pembelajaran:
3.4.1 Menulis dan mencipta kad ucapan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul dan bermakna secara kreatif.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Sistem bahasa:
Menulis dan menghasilkan bahan grafik menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul dan bermakna secara kreatif.
1.
Mengenal pasti perkataan yang menunjukkan ucapan dalam kadkad ucapan.
2.
Menulis perkataan dan frasa yang berkaitan dengan ucapan tahniah yang betul dan bermakna.
3.
Menghasilkan kad ucapan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul dan bermakna secara kreatif.
1.
Tatabahasa (morfologi): kata arahan – mohon, harap, marilah dan yang berkaitan dengan ucapan dan harapan. Pantun dan syair
2. BBM:
1. 2. 2.
Lembaran Kerja: Kad Hari Raya Lampiran: Kad aktiviti Peralatan untuk menyediakan kad ucapan: - Kad - Gunting - Gam - Gambar berkaitan ucapan - Alat hiasan seperti reben, manik
Nilai:
Kita menyambut pelbagai perayaan dan sambutan dalam kehidupan kita. Berikan ucapan kepada orang tersayang seperti keluarga, rakan, guru atau jiran untuk menunjukkan kita prihatin dan peka dengan apa yang berlaku. Kad pengganti diri juga menunjukkan kita sayang kepada seseorang. Hantarkan kad dengan seikhlas hati.
AKTIVITI 102
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
1. Aktiviti pramenulis a. Guru membawa beberapa kad ucapan kekelas seperti yang berikut: - Kad ucapan Hari Raya - Kad ucapan Hari Lahir - Kad ucapan Hari Guru b. Kad di atas banyak terdapat di pasaran atau dalam media elektronik, walau bagaimanapun banyak lagi kad ucapan lain. Minta murid memberikan contoh kad ucapan lain yang jarang-jarang diberikan dalam masyarakat Melayu tetapi kerap dalam masyarakat barat. Panduan guru: - Ucapan kenaikan pangkat - Kelahiran bayi - Berpindah ke rumah baharu - Mendapat kerja - Bersara 2. Perkataan dan frasa berbentuk ucapan a. Edarkan kad ucapan Hari Raya kepada setiap kumpulan. Gunakan Lembaran Kerja atau kad Hari Raya sebenar. Guru menarik perhatian murid bahawa dalam kad ucapan ada penggunaan kata perintah/arahan misalnya, sila, harap, mohon. b. Puisi yang digunakan dalam kad ialah syair dan pantun. Berikan sedikit panduan tentang ciri-ciri syair dan pantun. Panduan guru: Syair – semua rima akhir yang sama (semua maksud) Pantun – rima a b a b (dua pembayang, dua maksud) c.
Minta murid mengenal pasti perkataan dan frasa berbentuk ucapan dan harapan dalam kad dengan mencatat pada ruang yang disediakan.
Panduan guru: Ucapan: Selamat Hari Raya AidilFitri, salam lebaran. Harapan: semua harapan misalnya memohon maaf. d. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka dengan mencatat perkataan atau frasa yang berbentuk ucapan dan harapan. e. Dalam cerpen ‘Tukang Lama’, di akhir cerita, Manas tukang muda di kampung Pak Talib telah merisik anak Pak Talib, Timah untuk dijadikan isteri. Andaikan kamu sebagai rakan kepada Timah. Sediakan satu kad ucapan tahniah kepada kerana akan dipinang dan bakal mendirikan rumah tangga. f. Persembahkan kad ucapan ini di hadapan kelas. 3. Menulis perkataan atau frasa berbentuk ucapan dan harapan a. Masukkan murid dalam kumpulan. b. Edarkan kad aktiviti seperti dalam Lampiran bagi setiap kumpulan. c. Jalankan aktiviti seperti arahan dalam kad.
103
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4 4. Menghasilkan kad ucapan a. Berdasarkan aktiviti (3) di atas, setiap kumpulan diminta menyediakan kad ucapan yang menarik dan kreatif dengan memasukkan frasa ucapan dan harapan. b. Bebaskan murid dengan kreativiti masing-masing misalnya dari segi saiz kad, font perkataan dan juga hiasan kad. c. Persembahkan kad kumpulan di hadapan kelas. d. Sebagai aktiviti tambahan, sediakan satu kad yang mewakili kelas anda untuk dihantar kepada Pengetua. Pastikan kad yang dihantar bersesuaian dengan tema misalnya sambutan tahun baharu, ucapan hari lahir atau sambutan hari merdeka..
104
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA KUMPULAN 1 Nyatakan ucapan
Ramadan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di Aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, Memohon dimaaf kekhilafan diri. Nyatakan harapan
KUMPULAN 2 Nyatakan ucapan
Tiba kita di musim perayaan, Kad dihantart anda ingatan, Salam lebaran daku ucapkan, Di Hari Raya saling bermaafan.
Nyatakan harapan
KUMPULAN 3 Nyatakan ucapan
Singgah sebentar di pelabuhan, Sempat jua menyeberang titi; Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal tak sabar dinanti,
105
Nyatakan harapan
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
KUMPULAN 4 Nyatakan ucapan
Tumbuh subur sipohon ara, Tempat hinggap anak kenari; Kunjung mengunjung sanak saudara, Tanda ingatan di AidilFitri.
Nyatakan harapan
KUMPULAN 5 Nyatakan ucapan
Pelita indah lagiberseri, Menjadi hiasan di AidilFitri, SMS dikirim pengganti diri, Tanda ingatan tak layu di hati.
Nyatakan harapan
KUMPULAN 6 Nyatakan ucapan
Pulang petang si anak angsa, Bersama-sama si anak nila; Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta di hari mulia.
106
Nyatakan harapan
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN
KUMPULAN 1 Bincangkan dan catatkan ucapan dan harapan kepada guru anda sempena: SAMBUTAN HARI GURU
KUMPULAN 3 Bincangkan dan catatkan ucapan dan harapan kepada ibu anda sempena: SAMBUTAN HARI IBU
KUMPULAN 2 Bincangkan dan catatkan ucapan dan harapan kepada rakan anda sempena: SAMBUTAN HARI LAHIR
KUMPULAN 4 Bincangkan dan catatkan ucapan dan harapan kepada Pengetua anda sempena: SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
KUMPULAN 5 Bincangkan dan catatkan ucapan dan harapan kepada ibu anda sempena: SAMBUTAN HARI BAPA
KUMPULAN 6 Bincangkan dan catatkan ucapan dan harapan kepada rakan anda sempena: BERPINDAH KE RUMAH BAHARU
107
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
TATABAHASA
WARISAN NENEK MOYANGKU
Standard Kandungan:
4.4
Mengenal pasti dan menggunakan kata majmuk dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran:
4.4.1
Mengenal pasti dan menggunakan kata majmuk bebas dalam pelbagai ayat dengan betul mengikut konteks.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. 2.
Mengenal pasti kata majmuk bebas dalam pelbagai ayat dengan betul. Membina ayat secara lisan menggunakan kata majmuk bebas dengan betul mengikut konteks.
Sistembahasa: 1. 2.
Tatabahasa (morfologi) – kata majmuk bebas Kosa kata
BBM:
1. 2. 3.
Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lampiran
Nilai:
Malaysia kaya dengan hasil kraftangan yang boleh dikomersilkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Tambahan pula Negara kita terdiri daripada pelbagai suku kaum dengan pelbagai hasil tangan kaum masing-masing. Kita sebagai bangsa yang ada budaya masing-masing hendaklah memelihara budaya bangsa agar tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas.
108
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
AKTIVITI
1.
Mengenal pasti kata majmuk bebas a.
Edarkan Lembaran Kerja 1 dan minta murid mengenal pasti kata majmuk bebas yang terdapat dalam ayat yang diberi.
Panduan guru: - Kata majmuk merupakan frasa yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar dan bentuk yang terhasil ,membawa makna tertentu, dieja terpisah. Setiap kata dasar yang dirangkaikan itu boleh berdiri sendiri contohnya terima kasih, kapal terbang, gambar rajah. Jawapan: 1. semula jadi 2. surat khabar 3. pasu bunga 4. bekas pensel 5. kraf tangan 6. buah tangan 2.
Membina ayat secara lisan dengan kata majmuk a.
Guru menunjukkan gambar-gambar seperti dalam Lampiran, satu persatu. Bagi setiap keping gambar, minta murid menyatakan kata majmuk yang terdapat dalam gambar.
Jawapan: 1. Pasar Seni 2. sarung tangan 3. mesin jahit 4. kerusi rotan 5. alas meja 6. tudung saji 3.
Membina ayat menggunakan kata majumuk dengan betul a. b. c.
Edarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid. Bina ayat menggunakan kata majmuk yang diberi dengan betul. Galakkan murid membina ayat majmuk gabungan misalnya: ‘Saya dan keluarga suka membeli barang cenderamata di Pasar Seni’.
109
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA 1 ARAHAN 1.
Kenal pasti kata majmuk bebas dalam ayat di bawah.
AYAT
KATA MAJMUK
Rotan merupakan hasil semula jadi yang 1
boleh dijadikan bakul hamper .
Anyaman bakul kertas surat khabar cantik 2
dijadikan hadiah kepada tetamu dalam majlis perkahwinan.
Tempayan juga cantik dijadikan pasu 3
bunga terutama untuk pokok bunga kertas.
110
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
AYAT
KATA MAJMUK
Jika rajin dan kreatif, bekas pensel boleh 4
dibuat sendiri daripada bahan terbuang.
Malaysia banyak menghasilkan barangan 5
kraf tangan yang dieksport.
Hasil kraf tangan Malaysia selalu dijadikan 6
buah tangan oleh pelancong untuk dibawa pulang.
111
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LAMPIRAN
GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 5
GAMBAR 3
GAMBAR 6
112
GAMBAR 4
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA 2 ARAHAN Bina ayat menggunakan kata majmuk yang diberi dengan betul.
KATA MAJMUK
AYAT
1.
Pasar Seni 2..
Sarung tangan
Mesin jahit 113
Buku Panduan Guru/September 2014 Bahasa Malaysia Komunikasi PAV Ting.1/Unit 4
LEMBARAN KERJA 2 (sambungan) KATA MAJMUK
AYAT
4.
kerusi rotan 5.
alas meja 6.
tudung saji
114