KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAHUN 4
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2013
Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
MODUL 1
1
MATA PELAJARAN
: BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAJUK
: KATA TANYA
-
Di manakah? Ke manakah? Senaraikan
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 minit
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang. 1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat. 2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum. 3.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan. Objektif pembelajaran : Murid dapat: 1. 2. 3. 4.
Membezakan kata tanya ‘di manakah?’ dan ‘ke manakah?’ Mengisyaratkan apa yang dilihat atau yang ditunjukkan. Membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu. Membina ayat kompleks.
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Murid-murid menyatakan secara isyarat/ lisan perbezaan situasi dari rangsangan gambar atau situasi. 2. Murid diperkenalkan dengan kod isyarat yang betul. 3. Membentuk isyarat yang ditunjukkan. 4. Latih-tubi mengisyarat dan mengeja perkataan. 5.Guru dan murid membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 6. Membina ayat dari frasa yang dibina. 7. Murid bercerita berkaitan pengangkutan awam. EMK : TMK, kreativiti dan inovatif (EK 1, EK2) Nilai murni : bekerjasama dan mematuhi peraturan. Bahan Bantu Belajar : Gambar, Bahan terpakai (kotak ubat gigi, penyedut minuman), lembaran kerja. Penilaian P&P : Murid akan membentuk frasa asas bahasa melayu menggunakan kata tanya dengan betul dan membina model pengangkutan awam. Refleksi : ______ bilangan murid dapat menamakan jenis-jenis pengangkutan _______ bilangan murid dapat membentuk frasa asas Bahasa Melayu. _______ bilangan murid dapat membuat kod atau isyarat. Murid yang lemah menguasai standard pembelajaran akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan.
2
CADANGAN AKTIVITI
FASA PERSEDIAAN - Pemerhatian - Analisis
1. Menumpukan perhatian kepada objek atau peralatan, frasa dan ayat. Contoh: a. Menamakan alat-alat di bilik sains sekolah.
2. Menganalisis maklumat dengan menyatakan bahagian yang lebih kecil. - Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. Contoh: a. Menyatakan persamaan dan perbezaan di antara tabung uji dengan bikar. b. Bercerita berkenaan dengan penunu Bunsen (untuk memasak, memanaskan dan lain-lain). c. Bertanya dengan murid di manakah radas tersebut boleh diperolehi berdasarkan ransangan. IMAGINASI - Penjanaan idea - Sintesis idea
1. Murid melengkapkan ayat yang diberi. Contoh : i. Di manakah letaknya ……………… ? ii. Ke manakah pembantu makmal …………..?
Bikar bikar
penunu bunsen 3
tabung uji
2. Menggunakan isyarat pada ransangan atau ayat yang diberi.
bikar tabung uji
3. Membina ayat tanya dari ransangan perkataan. ____________ tabung uji dan bikar disimpan? ____________ pembantu makmal pergi? PERKEMBANGAN - Penambahbaikan - Penilaian
1. Memberi ransangsan gambar tunggal dan meminta murid membina ayat tanya. a. Ke manakah murid-murid pergi? b. Di manakah komputer-komputer diletakkan?
a. Ke manakah murid-murid pergi? b. Di manakah buku-buku dan majalah diletakkan?
2. Senaraikan alat /radas yang terdapat di bilik sains. Senaraikan benda-benda yang terdapat dalam perpustakaan. Senaraikan alatan yang terdapat di bilik komputer.
papan kekunci
komputer
Monitor LCD
tetikus
3. Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara.
- menyatakan kegunaan alat-alat – radas yang mereka lukis. 4
TINDAKAN - Perlaksanaan - Amalan berterusan
1. Menyatakan peraturan menggunakan alat-alat di bilik sains/ bilik komputer. 2.Menyusun peraturan penggunaan alat-alat/radas di bilik sains / bilik komputer. 3. Berbincang tentang akibat tidak mematuhi peraturan. - mengapakah perlu mematuhi peraturan di bilik sains? -apakah akibat tidak mematuhi peraturan? -apakah peraturan-peraturan yang paling penting dalam bilik sains? 4. Murid menulis kata tanya dalam lembaran kerja.
5
Lembaran kerja Nama:____________________________ Tahun:_____________________________
A. Namakan alatan di bawah:
_________________
_________________
________________
________________
________________
________________
B. Tuliskan Kata Tanya yang sesuai.
1. _____________ pembantu makmal menyimpan bikar? 2. _____________ yang menyediakan alatan/radas ujikaji di makmal? 3. _____________ kita perlu mengikuti peraturan di makmal? 4._____________ letaknya penunu bunsen?
6
MODUL 2
7
MATA PELAJARAN
: BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAJUK
: UCAPAN BERTATASUSILA
-
Majlis Persaraan
-
Majlis Hari Lahir
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 minit
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat. 2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa. 3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul. 3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau isyarat. Objektif pembelajaran : Murid dapat: 1. 2. 3. 4.
Menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi. Menghasilkan kad ucapan. Membuat perancangan sesuatu majlis. Bercerita dengan menggunakan pola ayat yang mudah.
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Bersoal jawab mengenai ransangan/ gambar. 2 Murid-murid menyatakan secara isyarat/ lisan perbezaan situasi dari ransangan gambar. 3. Murid diperkenalkan dengan kod isyarat dan membentuk isyarat/ kod. 4. Latih-tubi mengisyarat dan mengeja perkataan. 5. Melakar/ melukis kad ucapan. 6. Guru dan murid membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 7. Membina ayat dari frasa yang dibina. 8. Menyenarai/ menyusun perancangan majlis. 9. Murid bercerita mengenai sesuatu majlis. 10. Murid mencari video majlis persaraan atau majlis hari jadi di internet YOUTUBE EMK : TMK, kreativiti dan inovatif (EK 1, EK2) Nilai murni : Hormat-menghormati, Toleransi, Menyayangi Bahan Bantu Belajar : Kad gambar, Slaid, Kad Ucapan. Lembaran kerja Penilaian P&P
: Murid akan membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat. Menilai kad ucapan Menilai ketepatan atau kesilapan keputusan.
Refleksi : ______ bilangan murid dapat membuat kod atau isyarat. _______ bilangan murid dapat melukis/ melakar kad ucapan. _______ bilangan murid dapat membentuk frasa dipelajari. Murid yang lemah menguasai standard pembelajaran akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan. 8
FASA
PERSEDIAAN - Pemerhatian - Analisis
IMAGINASI - Penjanaan idea - Sintesis idea
PERKEMBANGAN - Penambahbaikan - Penilaian
CADANGAN AKTIVITI
1. Bersoal-jawab menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur. 2. Bercerita tentang guru atau guru besar yang akan bersara. 3. Bercerita tentang ahli keluarga yang telah/akan bersara. 4. Murid menganalisis maklumat dengan menghuraikannya. - Bercerita tentang gambar yang ditunjukkan.
1. Berbincang tentang majlis persaraan yang akan disambut. 2. Minta murid memberi idea-idea baru melalui perbincangan. 3. Murid mengaitkan idea atau memadankannya dengan maklumat yang ada. 4. Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu. 5. Minta murid menyenaraikan aturcara majlis melalui perbincangan. 1. Memberi ransangan gambar tunggal dan meminta murid membina ayat tanya. 2. Minta murid mereka atau mencipta kad ucapan (grafik dan ucapan) - selamat bersara, tahniah, jangan lupa kami. 3. Murid membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka. Contoh : - Murid-murid mempamerkan kad ucapan masing-masing. Mereka memberi komen dan memilh kad yang terbaik.
9
TINDAKAN - Perlaksanaan - Amalan berterusan
1. Minta murid memberikan idea-idea yang tidak sama dengan orang lain. Contoh: - Melakonkan Majlis Sambutan Hari Persaraan. 2. Memberi ucapan bertatasusila mengikut situasi.
Hari Lahir
Hari Guru
10
Hari Persaraaan
LEMBARAN KERJA 1 NAMA: _________________________ KELAS: ___________________
A. Tulis perkataan yang sesuai dengan kod tangan yang diberikan. Contoh:
__________________
__________________
________________
B. Padankan perkataan dengan kod tangan yang sesuai. Contoh:
lahir
selamat
hari
11
Lembaran kerja 2. Nama:_____________________________________ Tahun:_____________________________________ Baca dengan teliti Aturcara Majlis Persaraan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut:
PADA : 2 FEBRUARI 2012 HARI : SELASA MASA : 9.00 PAGI Tempat : Dewan Bestari Jaya
8.30 pagi
Murid-murid dan guru-guru berhimpun di dewan
8.40 pagi
Ketibaan tetamu jemputan
9.00 pagi
Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
9.05 pagi
Bacaan Doa
9.10 pagi
Ucapan Guru Besar Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Ucapan Puan Zahrah Ishak
10.15 pagi
Persembahan multimedia Persembahan murid Persembahan guru
11.30 pagi
Jamuan makan
12.00 pagi
Penyampaian hadiah dan cenderamata
1.05 tengahari
Acara ’Punch-Out”
1.10 tengahari
Acara ’Send-off’
12
A. Lisan - Mengekod perkataan dengan betul. ( Guru mengekodkan soalan, murid mengekodkan jawapan). Contoh: 1. Siapakah yang akan bersara? Puan Zahrah yang akan bersara.
B. Jawab soalan-soalan berikut: Contoh: 1. Siapakah yang akan bersara? _____________________________________________________________________ 2. Bilakah murid-murid berhimpun di dewan? ______________________________________________________________________ 3. Di manakah majlis persaraan itu diadakan? ______________________________________________________________________ 4. Apakah acara yang dijalankan pada pukul 10.15 pagi? ______________________________________________________________________ 5. Siapakah tetamu khas yang dijemput ke majlis itu?
13
C. Berdasarkan maklumat di atas, buat sekeping kad ucapan sempena persaraan Puan Zahrah. Contoh:
SELAMAT BERSARA
Kepada : ________________
14
MODUL 3
15
MATA PELAJARAN
: BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAJUK
: KELUARGA -
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 minit
Dua pupu Cicit, Moyang
STANDARD PEMBELAJARAN : 1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang 1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat. 2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 3.3 Mengisyarat /mengekod secara kreatif. 3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan. Objektif pembelajaran : Murid dapat : 1. Mengenalpasti pertalian hubungan keluarga. 2. Menyatakan hubungan keluarga asas dan kembangan. 3. Membina dan menulis ayat mudah. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Bersoal jawab mengenai ransangan/ gambar. 2 Murid-murid menyatakan secara isyarat/ lisan perbezaan situasi dari ransangan gambar. 3. Murid diperkenalkan dengan kod isyarat dan membentuk isyarat/ kod. 4. Latih-tubi mengisyarat dan mengeja perkataan. 5. Melakar salasilah keluarga murid. 6. Guru dan murid membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 7. Membina dan menulis ayat dari frasa yang dibentuk. EMK : TMK, kreativiti dan inovatif (EK 1, EK2) Nilai murni : Hormat- menghormati, kasih sayang Bahan Bantu Belajar : Kad gambar, carta salasilah keluarga, lembaran kerja Penilaian P&P
Refleksi 1. 2. 3. 4. 5.
: Murid akan membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat. . Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja. Guru menyemak lembaran kerja murid.
: ______ bilangan murid dapat membuat kod atau isyarat. _______ bilangan murid dapat melakar salasilah keluarga. _______ bilangan murid dapat membentuk frasa dan menulis ayat. Murid yang lemah akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi latihan pengulangan. 16
FASA
PERSEDIAAN - Pemerhatian - Analisis
CADANGAN AKTIVITI
1. Bersoal-jawab menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur. 2. Menumpukan perhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh dan berbincang tentang keluarga asas dan kembangan berdasarkan gambar . - Bercerita tentang hubungan ahli dalam keluarga. 3. Mengumpul maklumat berdasarkan kriteria tertentu dengan cara membina salasilah keluarga. (rujuk gambarajah)
.
IMAGINASI - Penjanaan idea - Sintesis idea
1. Berbincang tentang salasilah keluarga. 2. Minta murid memberi idea-idea baru melalui perbincangan. 3. Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada dengan cara bercerita berdasarkan gambar.
dua pupu
cicit
dua pupu
4. Membuat kesimpulan, membuat peritlakan keluarga berdasarkan rajah salasilah keluarga mereka.
17
PERKEMBANGAN
1. Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. Contoh: - Menyatakan pertalian keluarga berdasarkan rajah salasilah keluarga kawan-kawan mereka.
- Penambahbaikan - Penilaian
2 Murid memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea. Contoh : - Mengiyakan atau memindahkan hubungan kekeluargaan yang diceritakan oleh kawan mereka.
TINDAKAN
1. Murid-murid menyampaikan dan mempersembahkan idea. Contoh: Meminta murid mengisyarat dan menulis ayat mudah dengan menggunakan perkataan sepupu, dua pupu, cicit, moyang, cucu, datuk dan nenek. 2. Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea bahan secara berterusan. Contoh: - Meminta murid menceritakan tentang ahli–ahli keluarga yang lain.
- Perlaksanaan - Amalan berterusan
18
Lembaran kerja. Nama:_____________________________________ Tahun:_____________________________________
Padankan kod dengan perkataan dan bina frasa
____________________________
____________________________
____________________________
19
B. Fahamkan rajah keluarga kembangan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut : Pak Ali + Puan Zainab
Azwan + Salmah
Amir + Liana
Azura + Aziz
Amira
Mazni + Wahab
Rafi + Siti
Yati + Zulkifli
Erra
Hafiz, Faizal
1. Siapakah nama datuk Amir? ________________________
2. Siapakah anak saudara Amir? ________________________
3. Apakah hubungan Azwan dengan Pak Ali? _________________________
4. Siapakah dua pupu Erra? __________________________
20
MODUL 4
21
MATA PELAJARAN : BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAJUK
: PEKERJAAN (pembantu tadbir, penyelia asrama, juruteknik) komputer, pembantu am pejabat, warden)
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 minit
Standard Pembelajaran : 1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat. 2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum. 2.3 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat dan kod. 3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan. 3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau isyarat. Objektif pembelajaran : Murid dapat: 1. Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 2. Membentuk isyarat dan kod yang tepat. 3. Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum. 4. Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dengan isyarat atau kod. 5. Bercerita tentang pekerjaan yang dipelajari. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Guru memperkenalkan jenis-jenis pekerjaan. 2. Murid membentuk kod isyarat pekerjaan. 3. Guru dan murid bersoal jawab tentang pekerjaan yang dipelajari. 4. Murid membina frasa daripada perkataan yang dipelajari. 5. Murid membina ayat daripada frasa. 6. Murid mengisyarat/mengekod ayat. 7. Murid bercerita tentang pekerjaan yang dipelajari. EMK TMK , Kreativiti Nilai murni: Tanggungjawab, bekerjasama, tekun. Bahan Bantu Belajar : kad gambar, slaid, lembaran kerja, video. Penilaian P&P : Murid akan membuat latihan di lembaran kerja yang disediakan Refleksi: _______ bilangan murid dapat mengenal jenis pekerjaan. _______ bilangan murid dapat membentuk kod isyarat pekerjaan. _______ bilangan murid boleh bercerita tentang tubuh pekerjaan. Murid yang lemah menguasai standard pembelajaran akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan.
22
FASA
CADANGAN AKTIVITI 1) Guru memperlihatkan kad gambar atau slaid.
PERSEDIAAN - Pemerhatian - Analisis
2) Bersoal jawab dengan murid tentang gambar atau slaid yang ditunjukkan. 3) Guru mengumpul maklumat berkaitan dengan jenis-jenis pekerjaan. 1)Guru meminta murid bercerita tentang pekerjaan.
IMAGINASI - Penjanaan idea
Contohnya: 1. Apakah tugas warden? 2. Di manakah warden bertugas?
- Sintesis idea 2) Murid menggayakan pekerjaan yang ditunjukkan. 3) Murid menceritakan pekerjaan ibu bapa mereka dengan ayat yang teratur. Contoh: a) Nama bapa saya Azli. Dia seorang juruteknik komputer. Dia bekerja di Putrajaya.
PERKEMBANGAN
1)Guru menunjukkan bahan multimedia tentang pekerjaan. Contohnya: a) Video dalam makmal komputer.
- Penambahbaikan - Penilaian
2) Perbincangan mengenai gambar yang ditunjukkan untuk mendapat maklumat lanjut. Contoh : Siapakah dalam gambar ini? = juru teknik Di manakah dia bekerja? = makmal komputer 3) Murid membentuk kod berdasarkan gambar yang dilihat. 1)Guru mengedarkan lembaran kerja.
TINDAKAN - Perlaksanaan - Amalan berterusan
2) Murid membaca ayat mudah dan guru menilai isyarat/kod murid. 3) Guru menjalankan aktiviti soal jawab.
23
LEMBARAN KERJA
A. Bersoal jawab. 1. 2. 3.
Siapakah orang ini? Apakah tugasnya? Di manakah dia bertugas?
B. Murid menulis hasil soal jawab tadi.
24
C. Warnakan kumpulan pekerjaan dengan warna yang sama di dalam kotak yang disediakan.
25
MODUL 5
26
MATA PELAJARAN : BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAJUK
: BAHAGIAN TUBUH
KELAS
: TAHUN 4
Standard Pembelajaran : 1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat. 1.2 Membezakan apa yang dilihat atau diransang. 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang di isyarat. 2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa. 3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat mudah dan betul. 3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat kompleks secara lisan atau isyarat. Objektif Pembelajaran : Murid dapat: 1) 2) 3) 4)
Mengecam dan membezakan apa yang dilihat. Mengeja dan menulis perkataan dengan betul. Membina ayat lengkap Bercerita tentang anggota tubuh badan dan fungsinya.
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1) Murid melihat dan mengecam gambar tubuh badan. 2) Guru berisyarat dan murid menunjukkan tubuh badan yang diisyarat oleh guru. 3) Murid mengejan perkataan yang diisyaratkan atau dikod oleh guru. Guru membimbing murid mengeja. 4) Bercerita tentang anggota tubuh badan dan fungsinya. 5) Murid menulis perkataan dan membina ayat berdasarkan perkataan tadi. EMK 1) Teknologi maklumat. 2) Kreativiti Nilai murni : Bertanggungjawab, berdikari, tolong menolong, kebersihan. Bahan Bantu Belajar : Kad gambar,kad perkataan, slaid, lembaran kerja, Penilaian P&P : 1) Murid mengeja perkataan denganm betul. 2) Murid membuat latihan di lembaran kerja yang diedarkan. 3) Murid bercerita tentang anggota tubuh badan dan fungsinya. Refleksi: _______ bilangan murid yang dapat mengecam dan membeza apa yang dilihat. _______ bilangan murid yang dapat mengeja dan menulis perkataan dengan betul. _______ bilangan murid yang dapat membina ayat lengkap. _______ bilangan murid yang boleh bercerita tentang anggota tubuh badan dan fungsinya. Murid yang lemah akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan.
27
FASA
CADANGAN AKTIVITI
PERSEDIAAN.
1) Guru menunjukkan kad gambar atau slaid atau model anggota tubuh badan.
- Pemerhatian - Analisis
2) Bersoal jawab dengan murid tentang gambar atau slaid yang ditunjukkan. Contoh: 1. Apakah yang kamu nampak?
IMAGINASI
1) Guru meminta murid bercerita tentang anggota tubuh badan luaran da dalaman. Contohnya: a) Di manakah letaknya buah pinggang?
- Penjanaan idea - Sintesis idea
PERKEMBANGAN - Penambahbaikan - Penilaian
TINDAKAN - Perlaksanaan - Amalan berterusan
1) Guru menerangkan fungsi anggota tubuh badan dan murid menamakan anggota tersebut. 2) Murid dan guru mengisyarat atau mengekod gambar yang dilihat.
1) Murid mengeja perkataan berpandukan gambar dan isyarat atau kod yang ditunjukkkan oleh guru. 2) Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menjawab. 3) Guru memeriksa lembaran kerja dan membuat pembetulan bersama murid.
28
Lembaran kerja. Nama:_________________________________ Kelas:_______________ A. Tuliskan perkataan yang betul berpandukan gambar dan isyarat atau kod yang diberikan.
1.
2.
3.
4.
5.
29
B. Gunting gambar dan isyarat atau kod. Tampalkan pada perkataan yang betul.
.
Otak
Hati
Paru-paru
Buah pinggang
Jantung
30
31
C. Lengkapkan ayat berdasarkan isyarat atau kod yang diberi dan tulis semula ayat di bawah. 1.
_______________ untuk pernafasan. ________________________________________________________________________
2.
__________________ untuk mengalirkan darah. ________________________________________________________________________
3.
____________________ untuk berfikir. ________________________________________________________________________
4.
_______________________ untuk membersihkan darah. ________________________________________________________________________ 5.
___________________________ untuk menapis darah. ____________________________________________________________________________________
32
MODUL 6
33
MATA PELAJARAN : BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI TAJUK
: MAKANAN
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 minit
Standard Pembelajaran : 1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat. 1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat. 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat. 2.5 Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu. 3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks. Objektif pembelajaran : Murid dapat: 1. Melihat dan mengecam apa yang dilihat. 2. Membentuk isyarat dan kod dengan tepat. 3. Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Guru memperkenalkan jenis- jenis ulam dan makanan. Contoh : ulam-ulaman , kentang goreng dan cucur. 2. Murid menamakan ulam dan makanan berdasarkan pengetahuan murid. 3. Murid membentuk kod beserta ejaan yang betul. 4. Guru dan murid bersoal jawab tentang ulam dan makanan. 5. Murid membentuk pola ayat menggunakan perkataan yang diberi. EMK : Kreativiti Nilai murni : Amanah, kebersihan, adil. Bahan Bantu Belajar : Objek (sayur/ makanan) , carta (gambar dan ejaan), lembaran kerja. Penilaian P&P : Murid akan membentuk kod yang betul dan membentuk pola ayat di lembaran kerja yang diedar. Refleksi : ______ blangan murid menamakan ulam dan makanan dengan kod yang betul. ______ murid dapat membentuk kod dengan ejaan yang betul. ______ murid dapat membentuk pola ayat menggunakan perkataan yang diberi. Murid yang lemah menguasai standard pembelajaran akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan.
34
FASA
PERSEDIAAN.
CADANAGN AKTIVITI 1) Guru menunjukkan gambar suasana di pasar malam/ pasar tani. 2) Guru menguji murid-murid jenis ulam-ulam dan makanan yang dijual di pasar malam.
- Pemerhatian - Analisis
IMAGINASI
1)Guru memperkenalkan ulam-ulam dan makanan.
- Penjanaan idea - Sintesis idea
Contoh ayat / soalan: 1.Apakah makanan kegemaran kamu? 2.Dimanakah boleh diperolehi? 3. ini ulam. 4.ulam adalah daripada dalam kumpulan sayur. 5. ulam boleh dimakan tanpa dimasak. 2) Murid akan memberi jawapan mengikut pengalaman sendiri.
35
PERKEMBANGAN - Penambahbaikan - Penilaian
1)Guru menunjukkan carta gambar ulam / makanan dengan perkataan. 2) Murid membuat kod/ isyarat ulam dan makanan dengan betul.
TINDAKAN - Perlaksanaa - Amalan berterusan
3) Secara individu murid mengekod / mengisyarat perkataan yang betul. Contoh: timun, kacang panjang, bahulu. 4)Guru akan memperkenalkan pola ayat dan bacakan kepada murid. Contoh: mee goreng , sayur, kuih. Ibu pergi ke pasar membeli mee goreng dan kuih bahulu. Encik Omar menjual sayur timun dan kacang panjang di pasar tani. 5) Murid membaca sambil berisyarat secara kumpulan dan individu. 6) Murid melakonkan situasi penjual dan pembeli pasar malam. 1) Murid akan diberi lembaran kerja iaitu membentuk pola ayat menggunakan rajah tukar gantidengan melakukan kod kepada perkataan. 2) Murid yang masih tidak dapat membentuk pola ayat atau menukar kod kod kepada perkataan akan diberikan latihan pemulihan atau latih tubi. 3) Murid akan mengekod perkataan yang diberi oleh guru.
36
LEMBARAN KERJA Bina ayat. Ibu
membeli sayur.
Bapa
menjual sayur.
Pn. Siti
pergi ke pasar malam
membeli kuih bahulu. membeli sayur kacang panjang.
Encik Kamal Abang
1. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________ 2. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________ 3. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________ 4. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________ 5. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________
37
MODUL 7
38
MATA PELAJARAN
: BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAJUK
: TUMBUH- TUMBUHAN
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 MINIT
STANDARD PEMBELAJARAN :
1 .2 Membezakan apa yang dilihat atau diransang. 1.3 Meniru Pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru dan rakan. 2.3. Membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa. 3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pla ayat yang mudah dan betul. Objektif pembelajaran :
Murid dapat : 5. Mengecam dan membezakan apa yang dilihat. 6. Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru. 7. Membina ayat mudah. 8. Bercerita tentang tumbuh-tumbuhan. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Guru menunjukkan dan memperkenalkan gambar jenis tumbuh-tumbuhan. 2. Murid mengisyarat atau mengekod nama tumbuh-tumbuhan. 3. Murid membentuk frasa berdasarkan gambar. 4. Murid bercerita tentang tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan ayat mudah dan betul. EMK : Teknologi maklumat, keusahawanan dan kreativiti Nilai murni : Usaha, tekun, kerjasama, menyayangi dan yakin. Bahan Bantu Belajar : Video, gambar, benda maujud ( jagung, pisang, ubi, keledek), lembaran kerja Penilaian P&P
: 1. Penilaian melalui lembaran kerja. 2. Murid membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat yang betul. 3. Murid bercerita mengenai tumbuhan yang mereka suka.
Refleksi : _______ bilangan murid dapat mengisyarat atau mengekod nama tumbuhan dengan betul. _______ bilangan murid dapat membina ayat mudah dan mengisyarat atau mengekodkannya. _______ bilangan murid dapat bercerita menggunakan ayat mudah. _______ bilangan murid yang lemah akan diberi pemulihan dan pengukuhan. _______ bilangan murid yang belum menguasai sukatan pelajaran diberi pengulangan.
39
FASA
CADANGAN AKTIVITI
PERSEDIAAN.
Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpulkan maklumat
- Pemerhatian - Analisis
1.Guru menayangkan video ”berkebun” atau yang berkaitan tumbuhtumbuhan.
http://www.youtube.com/watch?v=JkDZHTX77cI Menganalisis maklumat dengan menyatakan bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu. 1. Guru berbincang dengan murid tentang tayangan video ditunjukkan. Contoh: 1. Bersoaljawab tentang video. 2. Bercerita berkenaan video di tunjukkan
IMAGINASI - Penjanaan idea - Sintesis idea
A. Menghasilkan idea baharu yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik. Aktiviti : 2. Murid bercerita tentang tumbuh-tumbuhan berdasarkan gambar ditunjukkan. Contoh :
Contoh ; 1. Siapakah pernah tengok pokok ini? 2. Apakah nama pokok ini? 3. Adakah pokok ini berbuah?
40
2. Siapakah boleh bercerita tentang gambar ini kepada kelas? i. ii. iii.
41
Nama pokok Warna daun dan buah atau ubi Sifat fizikal pokok ( tinggi / rendah, keras / lembut)
PERKEMBANGAN
1.Guru memperkenalkan kod perkataan tumbuh-tumbuhan .
- Penambahbaikan - Penilaian
Pokok
Nanas
Pisang
Keladi
Ubi
U
D Keledek
Jagung
42
2.Murid akan membentuk frasa dan ayat bahasa melayu dengan mengekod atau isyarat.
Contoh: Ini pokok. Ini pokok pisang. Daun pokok pisang berwarna hijau. Buah pisang berwarna kuning. TINDAKAN
A. Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.
- Perlaksanaa - Amalan berterusan
Aktiviti : 1. Murid memerhati gambar dan menulis semula ayat dengan susunan yang betul.
B. Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif. 1. Membuat pemerhatian untuk mengenalpasti masalah , kesilapan dan kelemahan. C. Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea bahan secara berterusan. Aktiviti: 1. Murid mengumpul gambar tumbuh-tumbuhan dan menulis keterangan tentang gambar secara ringkas.
43
LEMBARAN KERJA 1 Nama:____________________________ Tahun:_____________________________
A. Namakan tumbuhan berdasarkan isyarat atau kod di bawah berpandukan perkataan ditunjukkan:
_________________
________________
U
_______________
________________
44
________________
D
_______________
B. Cari dan warnakan perkataan yang tersembunyi berdasarkan gambar. Tuliskan perkataan pada gambar yang sesuai.
__________________
__________________
z u p b k e d e l e k k
__________________
__________________
__________________
__________________
u b i t a s d g h m e k
g b s h t r h g c u l p
r j a g u n g p w c a w 45
f b n a n a s v k z d q
a l g u j r q w o r i a
LEMBARAN KERJA 2 NAMA: ____________________________ TAHUN:_____________ Susun semula perkataan yang diberi supaya menjadi ayat yang betul berdasarkan gambar..
1.
kebun
Ini
pisang
_____________________________________________________________ 2.
pisang
luas
Kebun
ini
_____________________________________________________________
3.
boleh
dimakan
Buah
pisang
____________________________________________________________ suka
buah
makan
saya
pisang
4.
______________________________________________________________
46
MODUL 8
47
MATA PELAJARAN
: BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAJUK
: KENDERAAN
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 MINIT
STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat. 1.3 Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat. 2.5 Kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu. 3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks. Objektif pembelajaran : Murid dapat: 1. Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru. 2. Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dengan isyarat dan kod. 3. Membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu. 4. Membina ayat kompleks. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran : 1. Murid-murid mengekod nama-nama jenis pengangkutan dan yang berkaitan dengannya. 1. Guru memperkenalkan gambar pengangkutan. Contohnya : motosikal, basikal , teksi, LRT , komuter, ERL, Monorel, Terminal & landasan keretapi. 2. Murid mengecam jenis-jenis pengangkutan betul. 3. Murid diperkenalkan dengan kod isyarat yang betul. 4. Guru dan murid membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod. 5. Murid bercerita berkaitan pengangkutan awam. EMK : TMK, kretiviti dan inovatif (EK 1, EK2) Nilai murni : Timbang rasa , hormat, disiplin. Bahan Bantu Belajar : Gambar , Bahan terpakai( kotak ubat gigi, surat khabar, penyedut minum) ,video dan lembaran kerja. Penilaian P&P
: 1. Murid membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat. 2. Membina model pengangkutan awam.
Refleksi : ______bilangan murid dapat menamakan dan mengekod jenis–jenis pengangkutan dan yang berkaitan dengannya. ______bilangan murid dapat membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod
Murid yang lemah menguasai standard pembelajaran akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan.
48
FASA
PERSEDIAAN. - Pemerhatian
CADANGAN AKTIVITI
1) Murid menonton video tentang kenderaan.
2) Murid menamakan kenderaan-kenderaan berikut. Contoh: 1. Menamakan kenderaan ini;
2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang fungsi kenderaan tersebut.
Analisis
Menganalisis maklumat dengan menyatakan bahagian yang lebih kecil. 1. Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. Contoh: 1. Menyatakan persamaan dan perbezaan diantara kereta dan motosikal. 2. Bercerita berkenaan dengan pengalaman menggunakan kenderaaan itu. 3. Bertanya dengan murid di manakah kenderaan tersebut digunakan.
49
IMAGINASI - Penjanaan idea - Sintesis idea
Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. A. Melihat dan mengecam apa yang dilihat Gambar : 3. Murid diminta menjawab soalan berdasarkan gambar ini:
i. Apakah ini ? ii. Di manakah ia boleh didapati? iii. Apakah kenderaan yang menggunakannya? 2. Murid bercerita mengenai gambar berdasarkan pengalaman sendiri. 3. Murid menerangkan tentang landasan kereta api & fungsinya Contoh : a. Landasan kereta api digunakan sebagai jalan untuk kereta api bergerak. b. Guru memaparkan video klip Keretapi Tanah Melayu untuk membangkitkan minat dan fokus murid pada tajuk ini. http://www.youtube.com/watch?v=Nr7zyfTNpqk Murid diminta memerhati video dan bersoaljawab dengan guru mengenai video tersebut.
50
c. Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu . Sintesis
1. Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. Aktiviti: 1. Menggunakan isyarat pada ransangan yang diberi. Sila tukar kedua dua belah tangan menjadi isyarat L
Sila tukar kedua dua belah tangan menjadi isyarat T
-
-
Murid diminta mengisyaratkan gambar tersebut satu persatu iaitu landasan kereta api, Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Terminal keretapi. Guru memberikan jawapan atau isyarat yang betul.
51
PERKEMBANGAN - Penambahbaikan - Penilaian
Untuk mengembangkan /mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkat mutu/keindahan hasil kerja /ciptaan.
1. Murid diminta mengeja dan mengisyaratkan perkataan dan ayat. Contoh : i Ini kereta api.
ii. Ini landasan kereta api.
iii. Ini terminal kereta api.
T
52
2. Guru menerangkan tentang fungsi atau peranan dan kegunaan semua kenderaan tersebut. i. Guru menunjukkan gambar kereta api Express Rail Link ( ERL )
Guru menerangkan tentang ERL dan fungsinya Isyarat L ditukar menjadi E menakala T menjadi L.
ii. Guru menunjukkan gambar Light Rail Transit ( LRT )
53
iii. Guru menunjukkan gambar Monorel
Isyarat L ditukar menjadi M menakala T menjadi L.
iv. Guru menunjukkan gambar Komuter
Isyarat L ditukar menjadi K menakala T menjadi R.
54
TINDAKAN
Menyampaikan dan mempersembahkan idea / menghasilkan prototaip.
- Perlaksanaa - Amalan berterusan
1. Murid diminta membuat ayat mudah berdasarkan gambar kenderaan yang telah dipelajari. Contoh : Kereta api ERL bergerak laju. Kereta api LRT bergerak pada jam 10:00 pagi. Kereta api monorel berwarna-warni. Kereta api komuter berwarna biru kuning.
2. Murid membina ayat kompleks dengan bimbingan guru. 3. Murid-murid diminta membina satu jenis model kenderaan . 4. Guru menilai latihan yang dibuat oleh murid–murid . 5. Murid yang belum menguasai akan diberikan pemulihan: Contoh : menamakan kod/gambar 6. Murid yang telah menguasai akan diberikan pengayaan. Contoh : mengumpul gambar jenis kereta api dan menamakannya
55
LEMBARAN KERJA Nama:____________________________ Tahun:_____________________________
A. Namakan jenis kereta api di bawah:
_________________
________________
_________________
________________
________________
56
Lembaran Kerja 2 Lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan perkataan yang diberi.
kereta api
pelbagai jenis
ada gerabak
kereta api KTM
kereta api komuter
kereta api Monorel
kereta api ERL
atas landasan
1. Ini ____________. 2. Kereta api _________________. 3. Keretapi bergerak ___________________. 4. Kereta api ada __________________. 5. Jenisnya ialah ________________ , ______________, _________________ dan _________________.
57
Lembaran Kerja 3
Bina empat ayat berdasarkan gambar.
1. _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
3. _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
4. _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________
58
MODUL 9
59
MATAPELAJARAN
: BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI
TAJUK
: PERASAAN - Sakit hati, Pedih hati - Kecewa, Rendah diri, Gelisah
KELAS
: TAHUN 4
MASA
: 150 Minit
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan 1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat 2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat 2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dengan isyarat atau kod 3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks Objektif Pembelajaran Murid dapat 1. 2. 3. 4. 5.
Mengisyaratkan apa yang dilihat atau yang ditunjukkan Memahami dan menyatakan perasaan yang ditunjuk atau diluahkan Membentuk frasa asas dengan isyarat atau kod Membina dan menulis ayat kompleks Membaca/mengisyarat dan memahamkan teks
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran 1. Guru menunjukkan gambar yang menggambarkan situasi perasaan. 2. Murid mengisyarat atau mengekod situasi-situasi perasaan . 3. Guru dan murid berbincang mengenai gambar tadi. 4. Membaca dan memahamkan teks. 5. Latihtubi bahasa isyarat. 6. Lakonan simulasi. 7. Merekod dan melengkapkan carta. EMK : Kreativiti,TMK Nilai Murni : Sabar, hormat, rajin, berusaha Bahan Bantu Belajar : Benda maujud, Kad perkataan, Kad ayat, Kad gambar, Kad isyarat, Lembaran kerja, CD cerita( berunsur perasaan) Penilaian P&P
: 1. Memadankan gambar dengan i. kad ayat ii. kad isyarat 2.Bersoaljawab dengan menggunakan CD cerita berunsur 3. Lembaran kerja: i. Menulis ayat berdasarkan gambar. ii. Melengkapkan ayat. iii. Menulis jawapan kefahaman.
perasaan.
Refleksi ______ bilangan murid boleh menyatakan perasaan menggunakan isyarat. ______ bilangan murid menuliskan jawapan kefahaman dengan betul berdasarkan teks ______ bilangan murid yang lemah akan diberi pengukuhan ______ bilangan murid yang belum menguasai sukatan pelajaran diberi pengulangan Murid yang lemah akan diberi pemulihan dan pengukuhan. Murid yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi pengulangan. 60
FASA
PERSEDIAAN Pemerhatian
CADANGAN AKTIVITI 1 Murid meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan. 2 Murid membentuk isyarat dan kod yang tepat. Contoh: 1. Menunjukkan gambar menggambarkan perasaan-perasaan yang berkaitan. 2. Bercerita tentang gambar situasi menggunakan ayat-ayat mudah. Contoh:
kecewa
rendah diri
Sakit hati
61
Pedih hati
Gelisah
Analisis 3. Membuat isyarat yang tepat bagi perkataan : kecewa, rendah diri, sakit hati pedih hati dan gelisah.
Rendah diri
Gelisah
Kecewa
Sakit hati
Pedih hati
4 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan menerangkan persamaan dan perbezaan perkataan kecewa dengan perkataan putus asa menggunakan bahan sokongan gambar situasi dan lain-lain bahan. Pedih hati sangat sedih, menyayat hati 62
5. Guru menyediakan/mewujudkan beberapa situasi yang berlainan menggunakan gambar dan ayat 6. Minta murid mengenalpasti dan mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu. Kecewa Gambar dan ayat yang menggambarkan perasaan kecewa 7.Bersoal jawab berdasarkan gambar secara terbimbing. 8.Minta murid mengkaji kesan baik dan kesan buruk Bincang dan senaraikan kesan baik dan kesan buruk akibat mengalami perasaan berkaitan. - Kesan buruk kecewa - kemurungan - Kesan baik kecewa - berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kegagalan
IMAGINASI Penjanaan Idea
1. Bersoal jawab berdasarkan gambar yang menunjukkan situasi yang berkaitan dengan perasaan. Contoh – perasaan kecewa
Keterangan gambar : Barang kesayangan milik Ahmad dirosakkan oleh Abu.
Sintesis idea
2. Murid melengkapkan ayat yang diberi berdasarkan gambar. Contoh : i . Apakah yang berlaku pada barang Ahmad? Barang Ahmad dipecahkan pleh Abu. ii. Apakah perasaan Ahmad ketika itu? Ahmad rasa sakit hati.
63
3. Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu ikon.
4. Berbincang atau bersoaljawab tentang akibat dan cara mengatasi perasaan yang negatif. 5. Menulis dan membaca/mengsiyarat kata-kata hikmat yang berkaitan dengan amalan-amalan positif. Contoh : x RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN x DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA KEJAYAAN x HORMATI ORANG YANG LEBIH TUA
64
PERKEMBANGAN Penambahbaikan
1. Membentuk isyarat perkataan dan frasa. i. kecewa ii. gelisah iii. rendah diri iv. sakit hati v. pedih hati 2. Membina ayat kompleks berdasarkan perkataan dan frasa di atas. 3. Murid membina ayat kompleks dari gambar rangsangan tunggal: - Dengan rasa rendah diri, Ali menjemput kawan-kawannya ke rumah.
Penilaian
4. Membuat wajaran dengan betul Guru menggunakan bahan multimedia dan teks bacaan 1. Bersoal jawab berdasarkan bahan multimedia/teks bacaan. 2. Membaca/mengisyaratkan petikan yang disediakan. 3. Menulis jawapan kefahaman. 4. Memadan dan suaikan gambar dengan pernyataan. 5. Melakunkan situasi berdasarkan gambar.
1. Murid membezakan nilai positif dan negatif. Positif - rajin, baik hati, sopan santun, rendah diri Negatif- malas, sombong, kecewa, biadap 2. Membuat dan melengkapkan peta minda berdasarkan tajuk.
TINDAKAN Perlaksanaan .
Amalan berterusan
3. Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan. - Memantapkan penguasaan kemahiran bahasa isyarat - Nyanyian bertemakan perasaan. Contoh : Saya sayang ibu., dll, diubahsuai dari lagu asal tetapi menepati tema - Bina carta rekod disiplin murid yang dipamerkan dalam bilik darjah. Guru catat prestasi murid setiap hari menggunakan ‘bintang’.
65
Lembaran Kerja Tuliskan perkataan yang betul berdasarkan gambar dan isyarat yang diberi:
66