BADAN PENGURUSAN BERSAMA KONDOMINIUM SENTUL UTAMA (Property Manager : Stratified Property Management Sdn Bhd 592643-A) B-00-02 No. 92, Jalan Dato Senu 26, Taman Dato Senu, Sentul,51000 Kuala Lumpur. Tel : 03 4044-2223 Fax : 03-4044-3222 MINIT MESYUARAT BADAN PENGURUSAN BERSAMA KONDOMINIUM SENTUL UTAMA
Tarikh
: 11hb Januari 2013
Masa
: 9.30 malam
Tempat
: Pejabat Pengurusan,Blok B,Lot B-00-02,Kondominium Sentul Utama.
Kehadiran: Seperti yang dinyatakan didalam senarai kehadiran.
AGENDA 1.0 KEHADIRAN. 1.1 Tuan Pengerusi,En Mohamad Tahair mengalu alukan kedatangan kepada semua yang hadir.Ahli Ahli,BPBKSU dan En Mohd Zachry,Penyelia Projek dan En Haizal,Ketua Teknikal daripada Syarikat CCTV ia itu REBANA EMAS SDN BHD.
2.0 KEPUTUSAN PEMASANGAN CCTV KEPADA REBANA EMAS SDN BHD.
2.1 Tuan Pengerusi BPBKSU,En Mohamad Tahair memaklumkan kepada En Mohd Zachry dan En Haizal bahawa semua Ahli Ahli BPBKSU telah membuat keputusan melantik Syarikat Rebana Emas Sdn Bhd untuk menjalankan kerja kerja baikpulih dan pemasangan CCTV di Kondominium Sentul Utama.Olih demikian pihak BPBKSU ingin menyampaikan surat ia itu SURAT SETUJU TERIMA dengan harga terakhir sebanyak RM 100,959.60.Kandungan isi surat syarat syarat ada seperti Page 1 of 5
dilampiran 1 dibacakan oleh Tuan Pengerusi,BPBKSU adalah seperti berikut: 1.0 BIDANG KERJA PENYEBUTHARGA. 1.1 Membaikpulih ,menaiktaraf,memasang,menguji,mentauliah dan menyelenggara (dalam tempoh jaminan) Sistem Keselamatan Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi Badan Pengurusan Bersama Kondominium Sentul Utama. 2.0 PERJANJIAN KONTRAK. 2.1 Penyebutharga adalah dikehendaki mengikat kontrak dengan BPBKSU bagi membaik pulih,menaiktaraf,memasang,menguji,mentauliah dan menyelenggara (dalam tempoh jaminan)Sistem Keselamatan Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi Badan Pengerusan Bersama Kondominium Sentul Utama. 2.2 Denda akan dikenakan dalam kontrak jika tidak memenuhi syarat syarat kontrak supaya penghantaran bekalan dilaksanakan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perjanjian kontrak,penerimaan BPBKSU disertai dengan pengesahan Pembekal yang Berjaya akan terikat dengan kontrak diantara BPBKSU dengan Penyebutharga tanpa mengambilkira perjanjian kontrak disediakan dilaksanakan atau tidak dilaksanakan. 2.3 Penyebutharga mesti menanggung sendiri risiko berkenaan kontrak mengikut syarat syarat,spesifikasi dan jadual sebahagiannya mestilah menurut status,peraturan atau mana mana kebenaran. 3.0 TEMPOH MASA PERLAKSANAAN KERJA KERJA. 3.1 Penyebutharga adalah dikehendaki menyempurnakan kerja kerja pembaikpulihan, Pembekalan,pemasangan dan penyelenggaraan semula yang berkaitan dalam Tempoh lima (5) minggu (maksimum) daripada tarikh Surat Setuju Terima (Letter Of Acceptance) ditandatangani atau dalam tempoh masa yang telah dipersetujui bersama. 3.2 Penyebutharga dikehendaki menyediakan satu jadual pelaksanaaan kerja kerja CCTV dengan terperinci dan lengkap. 3.3 Sekiranya penyebutharga tidak dapat menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang di persetujui,penyebutharga hendaklah memaklumkan kepada BPBKSU secara bertulis untuk menambah tempoh masa kerja sekurang kurangnya satu (1) minggu sebelum tamat tempoh perlaksanaaan kerja kerja CCTV menurut perancangan asal. 3.4 Penyebutharga perlu mengadakan demostrasi serta latihan pengunaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) kepada BPBKSU selepas siap menyempurnakan kerja kerja yang dikehendaki. 4.0 TEMPOH JAMINAN SISTEM CCTV. 4.1 Penyebutharga hendaklah memberi ‘Warranty’ atau Tempoh Jaminan untuk kesemua kerja kerja yang terlibat untuk tempoh masa selama dua belas (12) bulan daripada tarikh penerimaan oleh BPBKSU. 4.2 Penyebutharga hendaklah bertanggungjawab keatas segala penyenlenggaraan rutin dan kerosakan peralatan semasa dalam tempoh jaminan tersebut. Page 2 of 5
5.0 LATIHAN PENERANGAN CCTV. 5.1 Penyebutharga hendaklah mengadakan latihan selama satu (1) minggu mengenai fungsi sistem CCTV yang dibekalkan dan perisian atau ‘software’ yang berkaitan. 6.0 PEMBAYARAN. 6.1 Jadual bayaran yang akan dibuat oleh BPBKSU adalah seperti berikut: i. Deposit selepas menerima barang barang keperluan asas sistem CCTV : 20% ii. Selepas kerja kerja pembaikpulihan,pembekalan, daripada pemasangan siap sepenuhnya : 60% iii. Selepas penerimaan akhir,selepas ditauliahkan dan operasi selepas (2)dua bulan : 20% 7.0 DENDA DIATAS KEGAGALAN MENYIAPKAN PROJEK. 7.1 Penyebutharga akan dikenakan denda sekiranya penyebutharga i.
tidak memaklumkan kepada BPBKSU secara bertulis mengenai kelewatan menyiapkan kerja kerja CCTV,atau
ii.
tidak dapat menyiapkan kerja kerja CCTV selepas diberikan tempoh lanjutan,
7.2 Sekiranya berlaku seperti perkara 7.1 diatas,BPBKSU berhak untuk menolak sebanyak 5% dari kos sebutharga bagi setiap hari kelewatan sehingga siap kerja kerja CCTV dapat disiapkan. 8.0 PEMASANGAN SISTEM CCTV KE MATV. 8.1 Penyebutharga hendaklah membuat pemasangan sistem CCTV ke MATV disetiap Blok untuk kamera lobi disetiap blok dan Post B.Pemasangan ini bermula selepaas tamat pemasangan sistem CCTV yang utama. 2.2 En Haizal.RESB memohon kepada Ahli Ahli BPBKSU untuk menyewa lot kedai BPBKSU selama 2 bulan untuk menempatkan pekerja mereka seramai 10 orang kerana memudahkan lagi kerja kerja CCTV diKondominium Sentul Utama. 2.3 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memaklumkan pihak BPBKSU tiada peruntukan Lot untuk kediaman.Lot lot Kedai hanya untuk perniagaan.Walaubagaimanapun pihak BPBKSU bolih mempertimbangkan untuk menyimpan peralatan. 3.0 PERMOHONAN PEMILIK UNTUK BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN.
Page 3 of 5
3.1 En Mohd Shafiee.SPMSB dari Pejabat Pengurusan memaklumkan bahawa beliau menerima per mohonan daripada Anggota Polis yang juga adalah Pemilik diKondominium Sentul Utama memohon bekerja sambilan sebagai Pengawal Keselamatan dengan BPBKSU.Tujuan mereka adalah bagi gurangkan kejadian kejadian seperti kecurian dan sebagainya selain daripada itu Pengawal Keselamatan yang ada sekarang bermasa’alah kerana kebanyakan warga asing yang tidak faham berbahasa Melayu dan Inggeris. 3.2 En Rozi.Ahli PPKSU memaklumkan bahawa beliau tidak setuju kerana mereka masih menjawat jawatan dengan Kerajaan.Tetapi beliau mencadangkan supaya diambil Pengawal Keselamatan warga Nepal. 3.3 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU mencadangkan supaya pemohon memohon kepada Syarikat Kawalan Keselamatan Sentral (M) Sdn Bhd kerana ia lebih baik dan untuk mengelakan berlaku sebarang masa’alah pembayaran upah kerja. 3.4 Semua Ahli Ahli,BPBKSU bersetuju dengan pendapat Tuan Pengerusi,BPBKSU seperti diPerkara 3.3 tersebut diatas. 4.0 PERSIAPAN UNTUK M.A.T (AGM). 4.1 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU mencadangkan diadakan minum pagi dan tengahari anggaran 60 orang untuk AGM yang diadakan pada 10 hb March 2013 nanti dan ditempah kain rentang (Banner) pengumuman sebanyak 3.Agenda didalam AGM akan ditambah sekiranya perlu. 4.3 Perkara 4.1 diatas di persetujui oleh semua Ahli Ahli BPBKSU.
5.0 PENUTUP. 5.1 Oleh kerana tiada lagi isu yang dibangkitkan didalam mesyuarat ini,mesyuarat ini berakhir pada Jam 12.00 tengah malam. _________________________________________________________________________
Tarikh
:31 hb Januari 2013 Page 4 of 5
Diluluskan Oleh:En Mohamad Tahair Bin Abdul Rahman.Pengerusi BPBKSU
Tandatangan:………………………………………….
Disemak Oleh:En Nik Mohammad Rizal Bin Nik Abdul Malek.Ahli,BPBKSU
Tandatangan:………………………………………..
Disahkan Oleh:En K.Pathmanathan A/L K.Kanan.Bendahari,BPBKSU
Tandatangan:………………………………………… Minit ini disediakan Oleh:Mohd Shafiee Bin Mohd Din.SPMSB Email :
[email protected]
Page 5 of 5
Page 6 of 5