BADAN PENGURUSAN BERSAMA KONDOMINIUM SENTUL UTAMA (Property Manager : Stratified Property Management Sdn Bhd 592643-A) B-00-02 No. 92, Jalan Dato Senu 26, Taman Dato Senu, Sentul,51000 Kuala Lumpur. Tel : 03 4044-2223 Fax : 03-4044-3222 MINIT MESYUARAT BADAN PENGURUSAN BERSAMA KONDOMINIUM SENTUL UTAMA
Tarikh
:29 hb Oktober 2012
Masa
:9.00 malam
Tempat
:Pejabat Pengurusan,Blok B,Lot B-00-02,Kondominium Sentul Utama.
Kehadiran:Seperti yang dinyatakan didalam senarai kehadiran.
AGENDA 1.0 KEHADIRAN. 1.1 Tuan Pengerusi,En Mohamad Tahair mengalu alukan kedatangan kepada semua yang hadir.Ahli Ahli,BPBKSU dan En Roazaman,Pengurus dari Kawalan Keselamatan Sentral (M) Sdn Bhd.
2.0 KAWALAN KESELAMATAN DI KONDOMINIUM SENTUL UTAMA. 2.1 Tuan Pengerusi BPBKSU,En Mohamad Tahair memaklumkan kepada En Roazaman, di dapati Pengawal Keselamatan di Blok D tidak boleh bercakap di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris apa bila penduduk bertanyakan dimanakah terletaknya Surau. 2.2 En Mat Tapah,Pegawai Keselamatan,KKS memaklumkan yang beliau telah mengantikan termasuk Pengawal Keselamatan di Blok C.Pengawal Keselamatan dari warga asing tinggal lagi 3 orang sahaja. 2.3 En K.Pathmanathan.Bendahari,BPBKSU memaklumkan bahawa baru baru ini berlaku cermin kereta Page 1 of 5
Herrier berwarna putih diBlok A dipecahkan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.Apabila beliau membuat pertanyaan kepada Pengawal Keselamatan warga asing,tetapi beliau tidak mampu menjawab kerana tidak faham berbahasa Melayu dan Inggeris. 2.4 En Roazaman,Pengurus KKS memaklumkan akan di keluar Pengawal Keselamatan warga asing di dalam bulan ini juga. 2.5 En Sivapragas.Ahli BPBKSU memakluman yang beliau dapati jam lebih kurang 2.30 pagi tiada Pengawal Keselamatan bertugas di Pos (B) iatu Pos Utama.Apabila ditanya kepada Pengawal Keselamatan .Memaklumkan mereka pergi Blok B kerana ada kes pecah rumah.Selain daripada itu Pakaian seragam Pengawal Kesalamatan tidak kemas contoh nya,pakai tali pinggang warna putih,lenga baju dilipat dan sebagainyam,nampak tidak seperti Pengawal Keselamatan sedang bertugas. 2.6 En K.Pathmanathan.Bendahari,BPBKSU memaklumkan didapati tiada Pengawal Keselamatan bertugas di tempat letak motosikal di belakang rumah pum berdekatan Blok B. 2.7 En Rozi.Ahli,PPKSU mencadangkan supaya dikenakan denda melalui potongan Inbois KKS. 2.8 En Mat tapa.Pegawai Keselamatan,KKS memaklumkan bahawa beliau telahpun lakukan Penerangan kepada Pengawal Pengawal sebelum meninggalkan tugas. 2.9 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memaklumkan walaubagaimanapun didapati Pengawal Keselamatan tidak menjalankan tugas dengan sempurna selepas jam lebih kurang 8.00 malam. Contoh nya Pengawal Keselamatan tiada di setiap Pos yang telah diaturkan dan sebagainya. 3.0 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memaklumkan kepada En.Roazaman.Pengurus KKS.Mulai 01hb November 2012 akan dikenakan RM 5.00(Lima Ringgit) setiap punca (clocking point) melalui Inbois KKS sekirannya tidak dilakukan.Tidak berpakaian kemas akan di denda/potongan mengikut kadar gaji Pengawal Keselamatan.Tidak mengunakan system Kedatangan Cap Jari tidak akan di terima akan dikenakan denda/pemotongan berdasarkan setiap seorang Pengawal Keselamatan. Pengawal Keselamatan tidak hadir bertugas atau Cuti Sakit wajib diganti.Sekiranya tiada penganti Page 2 of 5
akan dikenakan denda/pemotongan pembayaran berdasarkan RM 5.00 sejam darap dengan 12 jam/seorang Pengawal Keselamatan. 3.1 En Raja Rostam.Pengerusi,PPKSU membuat pertanyaan berkaitan Pengawal Keselamatan yang diganti, baru mulai bertugas ketika kecemasan. 3.2 En Mohd Shafiee.SPMSB daripada Pejabat mencadangkan mengunakan Kad Perakam Waktu Kedatangan. 3.3 En Rozi.Ahli PPKSU memaklumkan yang beliau mencadangkan supaya melantik Pengawal Keselamatan Warga Nepal kerana mereka boleh dikatakan patuh dengan arahan untuk men jalankan tugas. 3.4 En Roazaman.Pengurus KKS memaklumkan bahawa untuk permulaan beliau akan dapatkan untuk permulaan beliau cadangkan 4 orang Sif Pagi dan 4 orang Sif Malam. 3.5 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memaklumkan kepada En Roazaman supaya memberi sebutharga secepat mungkin. 3.6 Semua Ahli Ahli BPBKSU yang hadir sebulat suara bersetuju di Perkara 2.4,3.0,3.2,3.3,3.4 & 3.5 diatas.
4.0 PERKEMBANGAN LAPURAN KAMERA LITAR TERTUTUP( C.C.T.V). 4.1 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU membuat pertanyaan kepada En Sundram,Pengurus, SPMSB berkaitan perkembangan serahan lapuran kerja CCTV oleh SJ Corporation daripada En Ahmad Zani kepada SPMSB. 4.2 En Sundram.Pengurus,SPMSB memaklumkan kepada Tuan Pengerusi,BPBKSU bahawa En Ahmad Zani gagal melakukan walaupun telah memohon kepada beliau beberapa kali diikuti susulan daripada En Mohd Shafiee daripada Pejabat Pengurusan,BPBKSU. 4.3 En Sundram memaklumkan setelah membuat pemeriksaan beliau dapati kotak terminal CCTV pecah,tiada signal(isyarat).Pemasangan wayar saluran CCTV didalam Lif tidak sempurna.Ia perlu Page 3 of 5
diganti dengan yang baru jenis wayar yang mempunyai kalis ganguan gambar (Shielded Cable). Monitor untuk Blok A perlu di tukar kerana sudah rosak. 4.4 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memohon kepada En Sundram Pengurus ,SPMSB supaya lakukan kerja memberi lapuran penuh (mengaudit) berkaitan pemasangan CCTV untuk tindakan BPBKSU selanjutnya dan BPBKSU akan membuat bayaran upah untuk kerja tersebut. 4.5 En Sundram.Pengurus SPMSB memaklumbalas kepada Tuan Pengerusi akan siapkan lapuran CCTV didalam tempoh 4(Empat) hari. 4.6 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU mencadangkan membuat Tawaran Kerja Terbuka (Open Tender)kepada Kontraktor CCTV untuk kerja kerja baik pulih.Tarikh tempoh pembukaan bermula pada tarikh 19 hb November 2012 sehingga 07 hb Disember 2012.Selepas diterima akan dilakukan temuduga daripada pemohon pemohon pada tarikh 15 hb Disember 2012. 4.7 Semua Ahli Ahli BPBKSU sebulat suara bersetuju di Perkara 4.4,4.5 & 4.6 diatas.
5.0 TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG DIANTARA BLOK C DAN D. 5.1 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memaklumkan kepada semua Ahli Ahli BPBKSU bahawa beliau menerima aduan daripada penduduk penduduk terdapatnya tempat letak berbumbung yang didirikan oleh Pemaju (Sentul Murni Sdn Bhd).Beliau juga menerima permohonan daripada penduduk supaya didirikan untuk blok blok yang lain. 5.2 En Wong Choon Kuan.Setiausaha,BPBKSU memaklumkan bumbung tempat letak kereta yang di dirikan adalah perjanjian asal oleh pemaju dengan pembeli tetapi tidaklah semua pembeli yang terlibat. 5.3 En K.Pathmanathan mencadangkan ianya perlu di rujuk kepada Persuruhanjaya Bangunan (C.O.B) samada ia tidak bercangah didalam pelan asal yang telah diluluskan. 5.4 En Mohamad Tahair.Pengerusi,BPBKSU memaklumkan secara amnya pihak BPBKSU tidak ber setuju kerana ia tidak dimaklumkan dan melibatkan harta bersama dan juga dari segi seleggaraan. Page 4 of 5
5.5 Perkara 5.4 di persetujui oleh semua Ahli Ahli BPBKSU. 6.0 PENUTUP. 10.1 Oleh kerana tiada lagi isu yang dibangkitkan didalam mesyuarat ini,mesyuarat ini berakhir pada Jam 12.00 tengah malam. _________________________________________________________________________ Tarikh
:27 hb Disember 2012
Diluluskan Oleh:En Mohamad Tahair Bin Abdul Rahman.Pengerusi BPBKSU
Tandatangan:………………………………………….
Disemak Oleh:En Wong Choon Kuan.Setiausaha,BPBKSU
Tandatangan:………………………………………..
Disahkan Oleh:En K.Pathmanathan A/L K.Kanan.Bendahari,BPBKSU
Tandatangan:………………………………………… Minit ini disediakan Oleh:Mohd Shafiee Bin Mohd Din.SPMSB Email :
[email protected]
Page 5 of 5
Page 6 of 5