MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa.
Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. (1)
buka pintu
(2)
ayam tambatan
(3)
orang tengah bagai cembul dengan tutup
(4)
seperti ikan pulang ke lubuk
(6)
bagai lebah menghimpun madu
seperti menatang minyak yang penuh
(8)
umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
(5) (7)
1
Puan Rozita menguruskan perniagaannya di luar negara. Namun, beliau terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah keluarga. Setelah berbulan lamanya menghabiskan masa bersama keluarganya, Puan Rozita tidak mahu meneruskan perniagaannya di luar negara.
2
Encik Sulaiman amat dipercayai dan disegani oleh rakan sekerjanya. Beliau merupakan seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab. Setelah sepuluh tahun bekerja di bank itu, beliau telah ditukarkan ke cawangan baharu. Namun, beliau dihormati dan dipandang mulia oleh rakan sekerjanya yang baharu.
3
Razif dan Hairul telah berselisih faham semasa mengendalikan pertandingan bola lantai antara kelas yang telah ditugaskan oleh guru mereka. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Guru mereka berasa kurang senang melihat sikap mereka. Guru mereka akan menjadi pendamai antara Razif dan Hairul dalam pertemuan itu nanti.
4
Isu kenaikan pangkat telah dibincangkan dalam satu mesyuarat antara pekerja dengan majikan. Pihak pekerja amat berpuas hati kerana telah diberi kesempatan untuk melahirkan pandangan mereka dalam rundingan tersebut.
5
Rohani baru menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang. Ayahnya mahu Rohani bekerja dengannya. Rohani seorang sahaja anaknya yang minat dalam kerjaya ini. Ayahnya yakin bahawa Rohani boleh menguruskan syarikat guamannya yang dimulainya semenjak 20 tahun yang lalu.
SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah)
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi
kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Semasa berada di bulan Ramadhan, timbul keprihatinan di kalangan kita tentang amalan bersenam. Ini memandangkan kita tidak boleh minum atau makan sewaktu berpuasa untuk (6) berganti tenaga yang digunakan semasa bersenam.
Ada
juga sesetengah orang (7) bahawa berat badan mereka bertambah di bulan Ramadhan. Ini berlaku kerana sejurus waktu berbuka, mereka terus menikmati makanan yang (8) bersedia. Kadangkala, sesi makan disambung sehinggalah ke (9) lambat malam. Sistem penghadaman akan menjadi perlahan ketika kita keletihan. Proses ini akan menyebabkan makanan terkumpul menjadi (10) daging ketika waktu itu. Namun, jika ada usaha untuk bersenam pada waktu siang hari, makanan itu akan disalurkan pada pembaikan otot. Hidup kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. (Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 22 Julai 2013)
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah)
2
KEFAHAMAN 1 : (16 MARKAH) Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti.
Kegiatan samseng merupakan satu masalah sosial yang berleluasa dalam kalangan remaja masa kini. Kegiatan samseng dilihat bukan sahaja dapat menjejas prestasi pelajar remaja dalam pelajaran, malah dapat mengganggu perkembangan emosi remaja sendiri. Oleh itu, kita harus melihat faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan samseng. Semua pihak memainkan peranan dalam mengawalnya daripada bertambah buruk. Peningkatan taraf hidup semakin meningkat. Kedua ibu bapa tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Ini menyebabkan anak-anak remaja mereka kurang diawasi atau terabai kerana tidak diberikan tumpuan sepenuhnya. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat kuat ke atas kehidupan seorang remaja. Jika mereka tersilap memilih rakan, mereka boleh tersasar. Malah, pengaruh kuat rakan ini akan menyebabkan sebilangan daripada mereka diambil menjadi anggota kumpulan samseng tersebut. Sikap remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit dalam kegiatan samseng ini. Mereka yang terlibat dalam kegiatan ini ialah remaja yang masih tidak mempunyai haluan dan cuba mencari jalan kehidupan. Desakan keluarga dan kesempitan hidup mendorong mereka untuk tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. Mereka menganggap keciciran dan ponteng sekolah merupakan amalan biasa. Media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di televisyen dan internet menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi teladan bagi golongan remaja. Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan kegiatan samseng. Jika didikan agama kukuh dalam diri individu, maka para remaja dapat mengelak daripada terperangkap dalam kegiatan tidak sihat ini. Keluarga yang kurang pendidikan juga menyebabkan remaja tersebut tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik. Semua pihak perlu membantu untuk mengurangkan penularan kegiatan samseng ini. Jika kegiatan samseng ini berterusan, ramai remaja akan mempunyai masa hadapan yang tidak cerah. (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa 2014)
(lihat halaman sebelah)
3
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan berikut
dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. 11
‘Semua pihak memainkan peranan dalam mengawalnya daripada bertambah buruk.’ (Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada ______________________
(2 markah)
Markah yang diperoleh
12
Perenggan kedua menyatakan bahawa ramai remaja terlibat dalam kegiatan samseng disebabkan ___________________________________________________________
(2 markah)
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah)
4
13 Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 5. Kemudian, bubuh tanda (√) dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai. Pengaruh rakan sebaya dalam kegiatan samseng
Punca menyebabkan berlakunya kegiatan samseng
(4 markah)
Markah yang diperoleh
14 Berdasarkan petikan di halaman 5, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya. Penerangan
Betul / Salah
Bukti
Remaja terjebak dalam kegiatan samseng ini disebabkan pengaruh kuat rakan sebaya.
Remaja terlibat dalam kegiatan samseng hanya setelah menyaksikan pelakon-pelakon di televisyen.
(4 markah)
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah)
5
Bagi Soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 5 yang membawa maksud yang berikut. 15
permintaan yang keras
(2 markah)
Markah yang diperoleh
16
perihal merebaknya sesuatu yang kurang baik
(2 markah)
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah)
6
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH) ARAHAN : Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Aku terfikir, adakah hidupku ini akan menyusahkan orang sahaja? Memang aku beruntung kerana masih dapat melihat dan kedua belah tangan ini masih berfungsi. Namun apa gunanya jika kedua kakiku kudung? Aku susah hati dengan keadaanku ini yang selalu mengharapkan bantuan orang lain. “Jangan pandang rendah kepada dirimu, Azli. Kejayaan itu bukan hanya bergantung pada kesempurnaan fizikal,” nasihat ayahku. Kata-kata ayah selalu memberi semangat untukku terus berjuang. Dialah ayahku dan dia juga ibuku. Ibu malu mempunyai anak sepertiku. Dia telah meninggalkan kami berdua sejak aku kecil lagi. Namun ayah tidak mahu aku menyalahkan ibu kerana dia tahu bukan mudah untuk seseorang menerima kenyataan bahawa anaknya kurang upaya. Aku sangat menghormati ayahku. Selama tiga tahun aku mengikuti kelas kemahiran di Sekolah Orang-orang Kurang Upaya tanpa rasa jemu. Sesudah tamat pendidikan di sana, aku mencari kerja kerana tidak mahu menyusahkan ayah. Aku bertekad untuk melakukan sesuatu untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk diriku dan ayah. Aku pergi ke beberapa kawasan di Orchard Road untuk memulakan perniagaan. Barang-barang pertukangan tangan mempunyai pasaran yang amat menggalakkan. Bukan itu sahaja, keunikan ciptaanku berjaya memikat hati para pelancong. Aku mula menghasilkan beberapa barang hasil pertukangan tanganku sendiri. Hari demi hari, aku semakin mahir membuat pelbagai jenis barang pertukangan tangan. Walaupun pada mulanya tidak ada sesiapa yang ingin membeli hasil kerjaku, aku tetap tekun membuatnya dan tidak berputus asa. Dengan kerusi rodaku yang berkarat, aku pergi dari kedai ke kedai untuk meminta kebenaran meletakkan hasil kerjaku di kedai mereka. Siang malam aku bertungkus lumus menjual hasil kerjaku. Dalam masa setahun, terdapat lapan buah kedai meminta aku menjual barang hasil kerjaku di kedai mereka. Walaupun aku sudah berjaya, aku masih sering pulang semula ke Sekolah Orang-orang Kurang Upaya untuk mengajar mereka tentang hasil seni kraf tangan. Aku ingin berbakti kepada sekolah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepadaku sehingga aku berjaya dan boleh berdikari.
(lihat halaman sebelah)
7
ARAHAN :
17
Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, jawab semua soalan berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
Apakah yang membuat Azli berasa susah hati?
(2 markah)
Markah yang diperoleh
18
Ayah Azli berpendapat bahawa Azli tidak sepatutnya memandang rendah kepada dirinya. Berikan sebab Ayah Azli berkata demikian. (2 markah)
Markah yang diperoleh
19
Nyatakan dua perkara yang membuat Azli amat menghormati ayahnya. (4 markah)
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah)
8
20
Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa Azli mahu membalas jasa ayahnya. (4 markah)
Markah yang diperoleh
21
Keputusan Azli untuk menjual barang-barang pertukangan tangan membuahkan hasil. Berikan bukti-buktinya. (4 markah)
Markah yang diperoleh
22
‘Aku ingin berbakti kepada sekolah...’ Berikan dua sebab dia berpendapat
sedemikian.
(4 markah)
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah)
9
23
‘Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, berikan maksud perkataan dan frasa
berikut.
(i)
bertekad
(2 markah)
(ii)
menerima kenyataan
(2 markah)
Markah yang diperoleh
Selesai
10
BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 5 KEKUNCI JAWAPAN SOALAN 1-5 1. 4 2. 8 3. 3 4. 1 5. 2
MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)
SOALAN 6 -10 MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) 6. menggantikan 7. yang 8. tersedia 9. lewat 10. lemak SOALAN 11-15 MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) 11. …kegiatan samseng / kegiatan menyertai kumpulan samseng. 12.
…ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk menampung kos kehidupan yang tinggi.
13.
Pengaruh rakan sebaya dalam kegiatan samseng: Pengaruh kuat daripada rakan akan menyebabkan remaja tidak mempunyai haluan lalu mengikuti kegiatan samseng cuba mencari jalan kehidupan tetapi tersasar dan mengikuti kegiatan samseng Punca menyebabkan berlakunya kegiatan samseng : Remaja yang kurang diawasi oleh ibu bapa mereka kurang diberi didikan agama mudah dipengaruh rakan akan menganggotai kumpulan samseng
14.
Remaja terjebak dalam kegiatan samseng ini disebabkan pengaruh kuat rakan sebaya. Betul Buktinya : Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang amat kuat ke atas kehidupan seorang remaja. Jika mereka tersilap memilih rakan, mereka boleh tersasar. Malah, pengaruh kuat rakan ini akan menyebabkan sebilangan daripada mereka diambil menjadi anggota kumpulan samseng tersebut. Remaja terlibat dalam kegiatan samseng hanya setelah menyaksikan pelakon-pelakon di televisyen. Salah Buktinya : Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan kegiatan samseng. Jika didikan agama kukuh dalam diri individu, maka para remaja dapat mengelak daripada terperangkap dalam kegiatan tidak sihat ini. Keluarga yang kurang pendidikan juga menyebabkan remaja tersebut tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik.
11
15.
desakan
16
penularan
SOALAN 18-24 KEFAHAMAN (26 MARKAH) 17. Apakah yang membuat Azli berasa susah hati?
18.
19.
20.
Azli berasa susah hati disebabkan keadaannya yang mengharapkan bantuan orang lain.(2m) Ayah Azli berpendapat bahawa Azli tidak sepatutnya memandang rendah kepada dirinya. Berikan sebab Ayah Azli berkata demikian. Ayah Azli berkata demikian kerana Ayah Azli menganggap kejayaan itu tidak tertakhluk/bukan bergantung kepada kesempurnaan fizikal seseorang. Nyatakan dua perkara yang membuat Azli amat menghormati ayahnya Kata-kata semangat daripada ayahnya untuk Azli terus berjuang. Ayahnya tidak mahu aku menyalahkan ibu kerana dia tahu bukan mudah untuk seseorang menerima kenyataan bahawa anaknya kurang upaya. Aku sangat menghormati ayahku. Berikan dua bukti yang menunjukkan Azli mahu membalas jasa ayahnya. Azli mengikuti kelas kemahiran tanpa rasa jemu supaya tidak menyusahkan ayahnya. Azli bertekad mahu memberikan kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan ayahnya.
21.
Keputusan Azli untuk menjual barang pertukangan tangan membuahkan hasil. Berikan bukti-buktinya. Azli ke beberapa kawasan di Orchard Road untuk memulakan perniagaan dan barang-barang pertukangan tangannya mendapat sambutan kerana keunikan ciptaannya telah berjaya memikat hati para pelancong. Azli semakin mahir membuat pelbagai jenis barang-barang pertukangan tangan dan dalam masa setahun, lapan kedai menjual hasil kerjanya.
12
22.
‘Azli ingin berbakti kepada sekolah........’
Berikan dua sebab dia berpendapat sedemikian.
23.
Walaupun aku sudah berjaya, aku masih sering pulang semula ke Sekolah Orang-orang Kurang Upaya untuk mengajar mereka tentang hasil seni kraf tangan. Aku ingin berbakti kepada sekolah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepadaku sehingga aku berjaya dan boleh berdikari. (i) bertekad - berazam (ii) menerima kenyataan - menyetujui / mengesahkan sesuatu hal yang nysts/ kebenaran /reality
SELESAI
13