KENYATAAN TAWARAN TENDER KAWASAN PEMBALAKAN YAYASAN PAHANG BIL: 02/2012 PAHANG DARUL MAKMUR 1.
KENYATAAN TAWARAN Tawaran ini terbuka kepada syarikat yang mempunyai kilang papan atau kilang papan lapis di dalam negeri Pahang Darul Makmur atau syarikat‐ syarikat pembalakan yang berdaftar sebagai pembalak di Pejabat Perhutanan Negeri Pahang untuk mengusahahasilkan kawasan‐kawasan yang disenaraikan di bawah ini:‐
LUAS [+ HA]
CAGARAN TENDER
TEMPOH LESEN
TENDER KALI
HS TERSANG, MUKIM SEGA, RAUB
101.34
20%
1 TAHUN
PERTAMA
75B
HS TERSANG, MUKIM SEGA, RAUB
168.71
20%
1 TAHUN
PERTAMA
3
78B
HS TERSANG, MUKIM SEGA, RAUB
162.97
20%
1 TAHUN
PERTAMA
4
73
HS TERSANG, MUKIM SEGA, RAUB
216.07
20%
1 TAHUN
PERTAMA
5
74
HS TERSANG, MUKIM SEGA, RAUB
203.30
20%
1 TAHUN
PERTAMA
6
79
HS TERSANG, MUKIM SEGA, RAUB
219.40
20%
1 TAHUN
PERTAMA
7
59
250.46
20%
1 TAHUN
PERTAMA
8
58
173.52
20%
1 TAHUN
PERTAMA
171.25
20%
1 TAHUN
PERTAMA
HS TERSANG, MUKIM TELANG, RAUB
103.00
20%
1 TAHUN
PERTAMA
65 & 66B HS TERSANG, MUKIM TELANG, RAUB
204.22
20%
1 TAHUN
PERTAMA
BIL
KPT.
1
77A
2
9 10 11
KAWASAN HUTAN SIMPAN
HS TERSANG, MUKIM SEGA/BATU TALAM, RAUB HS TERSANG, MUKIM SEGA/BATU TALAM, RAUB
66C & 67B HS TERSANG, MUKIM TELANG, RAUB 64A
12
68
HS TERSANG, MUKIM TELANG, RAUB
231.30
20%
1 TAHUN
PERTAMA
13
69
HS TERSANG, MUKIM TELANG, RAUB
252.14
20%
1 TAHUN
PERTAMA
m/s 1
2. 2.1
CARA MEMASUKI TAWARAN Mengisi Borang Tawaran 2.1.1
2.1.2
Sebelum mengisi borang tawaran, pihak syarikat dianggap telah membaca, meneliti, memahami dan bersetuju dengan kenyataan tawaran tender Bil. 2/2012 dan juga isi kandungan deraf perjanjian pembalakan yang mana deraf perjanjian pembalakan tersebut boleh didapati di dalam laman web YAYASAN PAHANG, www.yp.org.my atau di Bahagian Pelaburan YAYASAN PAHANG dengan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Tawaran hendaklah dibuat dengan mengisi borang tawaran yang dikeluarkan dan ditetapkan oleh Pengurus Besar atau wakil yang dibenarkannya.
2.1.3
2.1.4 2.1.5
Tawaran ini adalah dibuka pada 23 OKTOBER 2012 (SELASA) dan borang tawaran yang sah boleh didapati di pejabat YAYASAN PAHANG pada waktu kerja dengan bayaran RM100.00 senaskah. (Tunai atau wang pos atas nama YAYASAN PAHANG). Tarikh tutup jualan borang adalah pada 11.00 pagi pada hari terakhir tawaran ditutup iaitu pada 5 NOVEMBER 2012 (ISNIN). Borang tawaran hendaklah dipenuhkan dengan lengkap dengan memasukkannya ke dalam sampul surat yang dimetrikan serta mencatitkan nombor Kompartmen dan kawasan pembalakan yang berkenaan di sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:‐
PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG KOMPLEKS YAYASAN PAHANG TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR 2.1.6
Semua borang tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang dinyatakan.
m/s 2
2.2
Wang Harga Tender 20% Wang harga tender 20% hendaklah dibuat dengan menggunakan bank deraf atau cashier order atas nama YAYASAN PAHANG dengan mempunyai tempoh laku sekurang‐kurangnya empat (4) bulan. Bayaran tunai atau cek persendirian/syarikat TIDAK diterima. 2.2.1 Baki bayaran tender 80%, bayaran deposit lesen, penyediaan dan pengesahan sempadan serta proses dan yuran guaman (Bayaran Fasa 1) akan dituntut dari pentender yang berjaya dalam tempoh 30 hari dari tarikh perjanjian pembalakan di antara YP dan pentender yang berjaya ditandatangani/dimeterai. 2.2.2 Wang harga tender yang dikemukakan oleh pentender dalam bentuk bank deraf atau cashier order seperti di para (2.2) akan dikembalikan oleh YAYASAN PAHANG kepada pentender yang tidak berjaya TANPA SEBARANG FAEDAH melalui pos berdaftar atau serahan tangan kepada pentender/wakil yang ditauliahkan dalam tempoh 1 minggu selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tender Pembalakan/Mesyuarat Lembaga YAYASAN PAHANG.
2.3
Pelan Kawasan 2.3.1 Pelan kawasan boleh didapati di pejabat YAYASAN PAHANG dengan bayaran RM50.00 sekeping. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos atas nama YAYASAN PAHANG. Perlu diingatkan bahawa pelan kawasan yang ditender ini tidak dijamin ketepatan luas dan lokasinya dan adalah berdasarkan kepada sukatan sementara. Hanya kedudukan sempadan kawasan yang disediakan oleh jurukur berlesen dan disahkan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah/Negeri adalah disifatkan sebagai muktamad. 2.3.2 Sekiranya terdapat perbezaan ke atas keluasan kawasan tersebut apabila pengesahan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah/Negeri dikeluarkan, penyelarasan harga kawasan yang ditenderkan ini akan dikira semula di atas kadar yang telah ditender dan dipersetujui sebelum daripada ini di atas dasar ‘pro‐rata’.
m/s 3
2.3.3 Jika ukuran yang disahkan ini melebihi daripada keluasan yang asal, syarikat hendaklah membayar baki tambahan kepada pihak YAYASAN PAHANG tidak lebih dari TIGA PULUH (30) HARI dari tarikh penyampaian pemakluman bertulis perkara tersebut kepada syarikat dan syarikat adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa‐apa bayaran lain kepada pihak‐pihak Berkuasa yang Berkenaan sekiranya perlu berkenaan dengan penyelarasan keluasan kawasan tersebut. 2.3.4 Sekiranya ukuran yang disahkan ini kurang daripada keluasan yang asal yang mana perbezaannya melebihi 30 ekar, dengan sentiasa tertakluk kepada kadar yang dinyatakan di para (2.3.1) di atas, pihak YAYASAN PAHANG akan membayar beza baki bayaran tersebut kepada pihak syarikat. 2.3.5 Perjanjian Pembalakan yang akan ditandatangani berkenaan dengan kawasan ini tidak terbatal sekiranya terdapat perbezaan ukuran keluasan kawasan tersebut seperti yang dinyatakan di atas. 2.4
Premium Akan dijelaskan oleh YAYASAN PAHANG kepada Pejabat Perhutanan Negeri Pahang.
2.5
Kerja‐kerja Penyediaan Sempadan Lesen Kerja‐kerja Penyediaan Sempadan Lesen akan dijalankan oleh Juruukur Berlesen yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG dan kos ini akan ditanggung oleh pihak syarikat (pemborong) yang berjaya dan akan dituntut oleh Yayasan Pahang.
2.6
Pemantauan dan Kawal Selia oleh Konsultan YAYASAN PAHANG akan melantik konsultan untuk memantau dan mengawal selia kerja‐kerja penyediaan dan pembinaan jalan balak serta penebangan pokok dan pengeluaran kayu dari kawasan konsesi balak. Segala kos dan perbelanjaan bagi pelantikan dan pelaksanaan tugas oleh konsultan akan ditanggung oleh pihak syarikat (pemborong).
m/s 4
2.7
Kerja‐kerja Tanam Semula Kerja‐kerja Tanam Semula di dalam kawasan pembalakan YAYASAN PAHANG akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG dan kos ini akan ditanggung oleh pihak syarikat (pemborong) dan akan ditolak dari wang deposit kerja kawasan berkenaan. Pihak syarikat TIDAK DIBENARKAN untuk melaksanakan kerja‐kerja tanam semula di dalam kawasan yang ditawarkan kepada pihak syarikat.
2.8
Bayaran‐Bayaran Lain Bayaran‐bayaran lain seperti deposit kerja atas kadar 5% daripada harga tawaran (Bayaran Fasa 2) perlu dijelaskan oleh pihak syarikat SEBELUM lesen ditandatangani oleh pihak YAYASAN PAHANG (bayaran‐bayaran seperti penggunaan helikopter, tanam semula dan lain‐lain bayaran yang berkaitan akan ditolak dari wang deposit kerja ini. Walau bagaimanapun, YAYASAN PAHANG akan menuntut bayaran tambahan dari syarikat sekiranya kos‐kos di atas melebihi dari wang deposit kerja yang dikenakan).
3. 3.1
3.2
KANDUNGAN ISI HUTAN YAYASAN PAHANG tidak menyediakan maklumat isi hutan, dengan itu pihak syarikat (pemborong) dinasihatkan supaya memeriksa sendiri dengan teliti ke kawasan hutan yang ditender sama ada terdapat pencerobohan/kecurian balak di dalam kawasan tersebut dan untuk mendapatkan kandungan isi hutan. YAYASAN PAHANG tidak menjanjikan serta bertanggungjawab ke atas kawasan yang telah diceroboh/dicuri dan keadaan isi hutan kawasan tersebut. Sewaktu pemilihan, pemerhatian dan pemeriksaan dijalankan di hutan, pentender hendaklah memerhatikan dan mengkaji semua faktor muka bumi yang mungkin melibatkan kos‐kos pembalakan yang akan ditanggung oleh pentender sebelum membuat penentuan harga tawaran.
Perlu diambil perhatian dari segi pengiraan isi hutan kelak, kawasan di sepanjang sungai dan anak sungai (jika ada) yang terdapat di dalam kawasan yang dilesenkan adalah dikira sebagai kawasan tampan (buffer zone) dan keluasan kawasan ini adalah dikira telah termasuk di dalam kawasan lesen. Sehubungan dengan itu, kayu‐kayu balak yang terdapat di kawasan ini tidak boleh dibalak dan pihak tuan dinasihat tidak mengambil kira kayu‐kayu yang boleh dibalak dalam kawasan tampan ini.
m/s 5
Kawasan‐kawasan tampan adalah ditentukan oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri Pahang kelak dan jika ada kawasan tampan terlibat, tidak ada penggantian yang diberikan oleh YAYASAN PAHANG. Kawasan yang ditender sama ada mempunyai isi hutan yang baik atau sebaliknya tidak boleh ditukar dan diganti. YAYASAN PAHANG tidak bertanggungjawab ke atas kawasan yang tidak dibenarkan untuk dibalak (jika ada) dalam kawasan lesen oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri Pahang/Pejabat Hutan Daerah untuk menjaga alam sekitar dan faktor‐ faktor lain.
3.3
3.4
Selain daripada itu, kawasan kosong, berbatu curam, jalan lama, bekas lombong atau bekas matau yang terdapat di dalam kawasan, tidak boleh dikeluarkan daripada kawasan lesen dan sekiranya dikeluarkan, ianya tidak akan dikira oleh YAYASAN PAHANG. Pengeluaran isi kandung hutan adalah tertakluk kepada peraturan‐ peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke semasa dan juga tertakluk kepada syarat‐syarat di dalam lesen yang akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri/Daerah. Bagi maksud ini, had pengeluaran balak tidak melebihi 15 tan seekar (67 m3) adalah terpakai untuk menepati spesifikasi “Malaysian Criteria & Indicator” (MC & I). Had pengeluaran ini adalah tertakluk kepada bancian pre‐f dan tanda pokok yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang. Bagi pengeluaran yang tidak mencapai 67m3 sehektar, YAYASAN PAHANG tidak akan bertanggungjawab dan kawasan ganti tidak akan dilayan. Harga kawasan yang akan ditawarkan kelak, hendaklah dikira bersesuaian dengan had pengeluaran yang dibenarkan. Majlis Perhutanan Negeri (MPN) telah memutuskan bahawa sebanyak 32 spesis pokok‐pokok sumber makanan fauna (NOTA 1) tidak boleh ditebang semasa pembalakan. Oleh itu, pihak tuan dinasihat tidak mengambil kira kayu‐kayu yang tidak boleh ditebang/dibalak tersebut.
4. 4.1
TARIKH TUTUP TENDER Tarikh tutup tawaran ini ditetapkan seperti berikut:‐ TARIKH TUTUP MASA
: 5 NOVEMBER 2012 (ISNIN) : 12:00 TENGAHARI
m/s 6
5. 5.1
LAIN‐LAIN YAYASAN PAHANG tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi dan berhak membuat tawaran semula jika terdapat sebab‐sebab yang tertentu.
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7
Sekiranya pihak syarikat (pemborong) berhasrat untuk membina sebarang parit atau jalan bagi laluan pengeluaran balak, pihak syarikat (pemborong) mestilah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada YAYASAN PAHANG dan mestilah mengikut syarat‐syarat yang ditetapkan oleh YAYASAN PAHANG. Keputusan tender samada berjaya atau sebaliknya akan diberitahu melalui surat berdaftar, serahan tangan atau telefon dalam tempoh 1 minggu selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tender Pembalakan/Mesyuarat Lembaga YAYASAN PAHANG. Tempoh kerja pembalakan adalah mengikut lesen yang dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri. Walau bagaimanapun perlanjutan tempoh lesen boleh didapatkan dengan kebenaran Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Mana‐mana pentender yang telah berjaya ditawarkan oleh YAYASAN PAHANG dan kemudiannya menarik diri dan atau gagal atau engkar untuk mematuhi syarat‐syarat yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian YAYASAN PAHANG termasuklah syarat‐syarat berhubung dengan kaedah pembayaran atau berhubung dengan tempoh waktu pembayaran dan sebagainya, tawaran akan terbatal secara otomatik dan 10% daripada nilai tawaran tender akan dilucuthakkan (forfeited) oleh YAYASAN PAHANG. Kenyataan tender ini adalah tertakluk kepada apa‐apa peraturan atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke semasa. Sila ambil perhatian bahawa YAYASAN PAHANG berhak untuk menjadikan mana‐mana syarat‐syarat am tawaran ini sebagai sebahagian daripada perjanjian pembalakan yang akan ditandatangani mengikut budi bicara mutlak YAYASAN PAHANG.
D\Anis\Tender\ 2012 \kenyataan tawaran bil 2.2012
m/s 7
NOTA 1 SENARAI POKOK-POKOK BUAH-BUAHAN DAN POKOK-POKOK SUMBER MAKANAN FAUNA KHUSUSNYA BURUNG YANG TIDAK BOLEH DIBALAK/TEBANG Bil
Nama Saintifik
Nama Tempatan
1
Ficus spp
Ara
2
Garcinia artoviridis
Asam Gelugor
3
Knema sp.
Penarahan (Basong)
4
Myristica sp.
Penarahan (Basong)
5
Arglaia sp.
Bekak
6
Castanopsis spp.
Berangan
7
Artocarpus integer
Cempedak
8
Durio zibethinus
Durian Kampung
9
Archidendron jiringa
Jering
10
Santiria laevigata
Kedondong Gergaji Daun Licin
11
Eugenia sp.
Kelat Jambut Laut
12
Sterculia parviflora
Kelumpang
13
Sterculia foetida
Kelumpang Jari
14
Dialium sp.
Keranji
15
Archidendron bubalium
Kerdas
16
Bouea macrOphhylla
Kundang Hutan
17
Mangifera longipetiolata
Machang
18
Mangifera indica
Magga
19
Ardisia sp.
Mata Pelanduk
20
Lithocarpus cyclophorus
Mempening Gajah
21
Dysoxylum sp.
Kulim (Mersindok)
22
Artocarpus heterophyllus
Nangka
23
Irvingia malayana
Pauh Kijang
24
Parkia sp.
Petai
25
Podocarpus sp.
Podo
26
Barringtonia sp.
Putat
27
Nephelium lappaceum
Rambutan Hutan
28
Sandoricum koetjape
Sentul
29
Baccaurea maingayi
Tampoi
30
Baccaurea sumatrana
Tampoi (Jentik-jentik)
31
Artocarpus rigidus
Keledang Temponek
32
Koompassia excelsa
Tualang
m/s 8