KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR DI DESA MAKMUR SUNGAI MERAB LUAR MUKIM DENGKIL DAERAH SEPANG SELANGOR DARUL EHSAN
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur d/a No 49, Persiaran Makmur, Desa Makmur, Sungai Merab Luar, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
KANDUNGAN Mukadimah Objektif Rasional Ahli jawatankuasa pembinaan surau Al-Makmur Fasa-fasa pembinaan Cadangan pembinaan surau Al-Makmur Kos pembinaan Pelan tapak surau Al-Makmur Pelan bangunan surau Al-Makmur Kelulusan dari pihak berkuasa Penutup
HALAMAN 3 4 4 5 6-7 8-9 10 lampiran lampiran lampiran 11
2
MUKADIMAH Desa Makmur merupakan sebuah taman perumahan baru yang terletak di Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor. Jumlah keseluruhan unit premis bangunan ialah sebanyak 70 buah rumah kediaman. Jumlah penduduk yang telah menetap di taman ini dianggarkan seramai 350 orang yang keseluruhannya beragama Islam. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan para penduduk. Buat masa sekarang, penduduk menggunakan sebuah rumah yang disewa di alamat No 7, Persiaran Makmur, Desa Makmur, Sg Merab Luar, 43000 – Kajang, Selangor untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang lain.
Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua penduduk, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau di dalam taman perumahan ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di taman ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk /membina akhlak yang baik. Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau AlMakmur untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan. Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Makmur berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh penduduk di perumahan Desa Makmur ini.
3
OBJEKTIF
“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah penduduk Desa Makmur serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan Islam” RASIONAL
1. Ketiadaan surau di dalam kawasan perumahan Desa Makmur termasuk desa berdekatan contohnya Desa Firdaus. 2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau dan telah mendapat kelulusan pelan dari Majlis Perbandaran Sepang (salinan pelan dikepilkan). 3. Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa. 4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur 5. Kedudukan masjid berdekatan iaitu Masjid Sungai Merab ialah 3 kilometer daripada Desa Makmur dan dipisahkan dengan dua (2) jalan besar di mana atas faktor-faktor keselamatan boleh menimbulkan kesukaran dan kebimbangan terhadap jemaah kanak-kanak dan golongan wanita untuk menyertai sebarang aktiviti keagamaan. 6. Desa Makmur ialah sebuah taman perumahan baru dalam suasana desa. 7. Premis surau sementara adalah sebuah rumah teres yang disewa dengan bayaran RM750.00 sebulan dan bersaiz kecil. 8. Mempunyai modal awal sebanyak RM 45,000.00 khusus untuk pembinaan surau sebagai janji dari pemegang amanah tuan tanah.
4
AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR DESA MAKMUR
PENASIHAT EN KAMARUDDIN B DAUD PENGERUSI EN AHMAD B HAJI MAHMUD TIMBALAN PENGERUSI EN MOHD FAUZI B MAT ZIN SETIAUSAHA DR HASHIM B HIZAM PENOLONG SETIAUSAHA EN MUHAMMAD ARIF B SANIRAN BENDAHARI EN AHMAD SAIFUDIN B CHE OTHMAN AHLI JAWATANKUASA PENTADBIRAN EN MOHAMAD B ISMAIL EN AHMAD SAIFUDIN B CHE OTHMAN EN MOHAMED RAZMAN B YAHYA
AHLI JAWATANKUASA DERMA/SUMBANGAN EN YAAKOB B MOHAMAD USTAZ AMIR FAZLIM B YUSUFF EN ZAMRI B YAAKOB
PEMERIKSA KIRA-KIRA EN MOHAMAD B ISMAIL EN ROSLAN B MOHAMMAD
AHLI JAWATANKUASA KONTRAKTOR/PEMBINAAN/ ARAH QIBLAT EN MOHD FAUZI B MAT ZIN EN MOHD SUKOR B HUSIN DR NIK MOHD ASRI B NIK LONG EN MUHAMMAD ANUAR B GHAZALI AHLI JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMENTASI EN MUHAMMAD ARIF B SANIRAN USTAZ HASNAN B KASAN USTAZ AHMAD KAMEL B MOHAMED EN OTHMAN B TALIB
5
FASA PEMBINAAN
Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau AlMakmur iaitu: FASA 1
Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti: 1. Pengurusan gazet tanah dan tapak surau dari Majlis Perbandaraan Sepang dan kelulusan 2. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor dan kelulusan 3. Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon derma dari Jabatan Agama Islam Selangor dan kelulusan 4. Pengurusan memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kelulusan 5. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Al-Makmur 6. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan FASA 2
1. Pengurusan memohon derma dari penduduk Desa Makmur 2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Selangor, Kumpulan Dana Wakaf dan Baitumal Selangor 3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat 4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan 5. Pengurusan Resit dan senarai derma 6. Pengurusan rekod dan pengauditan
6
FASA 3
1. Pembinaan Surau Al-Makmur 2. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat FASA 4
1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Al-Makmur 2. Pengurusan perasmian Surau Al-Makmur
7
CADANGAN PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR
SPESIFIKASI SURAU AL-MAKMUR
BIL PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN
1
Kapasiti jemaah
350 orang jemaah
2
Jenis bangunan
Bangunan satu tingkat
3
Keluasan
2500 kaki persegi ( 50 X 50 ) kaki
bangunan 4
Keluasan dewan
1200 kaki persegi ( 30 X 40 ) kaki
solat 5
Struktur
Konkrit tetulang
6
Binaan bangunan
Batu bata berplaster ( reinforce )
7
Kemasan dinding
Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )
8
Bumbung
Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis kayu/besi )
9
Siling
2 X 4 asbestos
10
Kemasan cat
Emulsion - kelas sederhana putih
11
Pintu
Pintu gelungsur aluminium
12
Tingkap
Tingkap aluminium berkaca jernih
13
a.dewan solat – karpet b. teres koridor – jubin seramik c. bilik imam – karpet Kemasan lantai
d. bilik bilal – karpet e. bilik siak – karpet f. stor barangan – karpet g. teres keliling – lepaan simen
14
a. tangki simpanan air b. tandas lelaki – 2 unit Bilik air/Wudhu’
c. tandas perempuan – 2 unit d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit e. tempat wudhu’ perempuan – 5 unit
8
BIL PERIHAL
KEPERLUAN DAN CATATAN
15
Single phase – 60 Amphere ( punca utama ) a. punca lampu – double fluorescent with reflector Pendawaian letrik
b. punca kipas – kipas siling dan dinding c. punca kuasa 13A – domestik d. punca kuasa 15A – penyaman udara
16
a. longkang – i. 6 inci dalam ii.8 inci lebar iii.bentuk U b. salur air i. UPVC gutter c. pagar Lain-lain
i. keliling kawasan pelan tapak
kelengkapan
d. pintu pagar i. pintu utama ii.2 pintu kecil e. halaman surau i. memindah dan membina semula gelanggang sepak takraw ii. memindah dan memasang semula peralatan permainan taman kanak-kanak iii. menurap semua kawasan halaman surau dengan batu tar
9
KOS PEMBINAAN
Kos keseluruhan pembinaan Surau Al-Makmur ialah: RM250,000.00
( Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )
SUMBANGAN
Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama: SURAU AL-MAKMUR DESA MAKMUR
PELAN TAPAK SURAU AL-MAKMUR
Seperti lampiran yang disertakan PELAN BANGUNAN SURAU AL-MAKMUR
Seperti lampiran yang disertakan
KELULUSAN-KELULUSAN DARI PIHAK BERKUASA
Seperti lampiran yang disertakan
10
PENUTUP
Pembinaan Surau Al-Makmur ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua penduduk di desa ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan Surau Al-Makmur ini dapat disegerakan demi kesejahteraan penduduk. Pihak jawatankuasa pembinaan Surau Al-Makmur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Sekian. Disediakan oleh: JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU AL-MAKMUR No 49, Persiaran Makmur, Desa Makmur, Sungai Merab Luar, 43000 – KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN
BIL
NAMA
JAWATAN
TELEFON
1
EN AHMAD B HAJI MAHMUD
PENGERUSI
019-2772561
2
EN MOHD FAUZI B MAT ZIN
TIMB. PENGERUSI
013-3722738
3
DR HASHIM B HIZAM
SETIAUSAHA
012-3002167
TANDA TANGAN
11