PENGHARGAAN
Dihoskan oleh:
Halal Industry Development Corporation (HDC)
Dianjurkan bersama oleh:
Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dianjurkan & Diuruskan oleh:
Shapers Malaysia Sdn. Bhd.
1
Sokongan dan Kerjasama oleh:
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Rakan Strategik:
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd.
Radio Televisyen Malaysia
Dibawakan oleh:
2
FAKTA
Ekspo
:
HALAL FIESTA MALAYSIA 2011 (HALFEST 2011)
Tarikh
:
12 – 16 Oktober 2011
Tempat
:
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Waktu Operasi
:
10 pg – 7 mlm
Kemasukan
:
Terbuka kepada semua, masuk adalah percuma
Diuruskan oleh
:
Sekretariat HALFEST Level 8, West Wing, Menara MATRADE Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur
Tel
:
03 6203 4433
Faks
:
03 6203 4422
Emel
:
[email protected]
Laman Web
:
www.halal.com.my
Kekerapan Acara
:
Tahunan
Profil Peserta
1
Makanan dan Minuman Halal Makanan dan minuman, daging-daging, ternakan, produk makanan laut, makanan beku, produk organik yang disahkan halal, bahan mentah, bahan kimia makanan, pengemulsi dan bahan – bahan tambahan, makanan dalam tin, diproses dan produk daging siap, jeruk buah-buahan dan produk sayur-sayuran, coklat dan produk tenusu, gula-gula, biskut, pastri, snek dan gula-gula, suplimen kesihatan, multi-vitamin, produk farmasi dan herba.
2
Produk dan Perkhidmatan Bukan Makanan Minyak wangi, barangan kelengkapan diri, alat kosmetik, penjagaan badan, lojistik, operator Umrah & Haji, operator rombongan dan pelancongan Muslim.
3
3 4 5 6 7 8
Pelaburan, Perbankan dan Takaful Islam Institusi dan perunding kewangan Islam, perbankan Islam, Unit Amanah Islam, Pasaran Modal Islam, Takaful (Insurans), Hibah & Wasiat. Penerbitan Al-Quran dan Islamiah Al-Quran, buku-buku Islamiah, Audio dan Video, Kaligrafi, Seni dan Kraf Islamiah. Aksesori Islamik dan Fesyen Muslim Pakaian, beg, kasut, pakaian beribadah, Hijab dan tudung, aksesori, barangan kulit. Agensi-agensi dan Persatuan-persatuan Kerajaan Agensi-agensi kerajaan, Badan-badan Pertubuhan Islam, Agensi-agensi Pensijilan Halal, Pusat-pusat
Kajian & Pembangunan Makanan, Agensi Pembangunan Perdangangan, Pusat Pengindustrian Halal (Halal Parks). Peralatan Pembungkusan, Mesin dan Pembekal Makanan Oven dan peralatan memasak, sudu garfu, perkakas memasak, peralatan dapur, peralatan gelas, alat menghidang, bekas menyimpan makanan, kemudahan penstoran makanan, mesin memproses dan membungkus makanan. Premis-premis Disahkan Halal Rumah penyembelihan, hotel & restoran, perkhidmatan katering, francais makanan segera, kedaikedai kek, 'delicatessens' dan bakeri.
4
RINGKASAN EKSEKUTIF HALAL Fiesta Malaysia atau HALFEST 2011 merupakan salah satu inisiatif Shapers Malaysia Sdn Bhd (SHAPERS) dalam membantu Kerajaan memajukan dan memperhebatkan lagi industri Halal tempatan negara. Penganjuran HALFEST berperanan sebagai pemangkin yang dapat meningkatkan permintaan serta bekalan produk Halal di arena pasaran Halal tempatan. HALFEST dianjurkan untuk mewujudkan sebuah platfom promosi yang efektif bagi syarikat dan usahawan dari industri Halal Negara untuk memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna-pengguna tempatan. Objektif HALFEST adalah untuk membentuk usahawan-usahawan global yang berkredibiliti dan juga memupuk budaya Halal dikalangan pengguna Malaysia. Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sijil Halal dan gaya hidup Halal dikalangan pengguna Malaysia, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak penganjur sepanjang ekspo 5-hari HALFEST 2011. Di antaranya, Seminar Usahawan Bumiputera anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA), Seminar Perhubungan Perdagangan dan Sesi Suai Padanan Perniagaan yang dianjurkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Forum Pengguna oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Selebriti-selebriti terkenal tanahair juga telah dijemput hadir untuk mengunjungi HALFEST selain memasak bersama Chef Selebriti, Chef Zam pada sesi ‘Chef Zam Wok-Shop’ yang telah diadakan setiap hari. HALFEST 2011 telah menyediakan sebanyak 637 ruang pameran di mana lebih 545 syarikat dari seluruh Malaysia telah menyertai ekspo ini. Produkproduk dan perkhidmatan Halal yang dipamerkan di HALFEST terdiri daripada makanan dan minuman, kosmetik, produk herba, pelaburan Islamik, perbankan dan takaful, penerbitan Al-Quran dan seni Islam, fesyen dan aksesori Muslimah, premis yang disahkan Halal dan bermacammacam lagi. Sepanjang ekspo 5-hari ini, pihak penganjur telah mendapatkan maklum balas dari peserta-peserta HALFEST 2011. Berdasarkan maklum balas yang terkumpul, kami mendapati 81% peserta berpuas hati dengan penyertaan mereka di HALFEST 2011 dan 68% daripada peserta ini akan menyertai HALFEST 2012. Ekspo HALFEST 2011 yang dianjurkan selama lima hari bermula Rabu, 12 Oktober sehingga Ahad, 16 Oktober telah berjaya menarik lebih 50,685 pengunjung yang terdiri daripada pengguna dari pelbagai umur dan bangsa. Melalui maklum balas yang kami dapati daripada peserta HALFEST 2011, sebanyak 66% berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang hadir ke HALFEST. Sebanyak RM1.95 juta telah dibelanjakan bagi menjayakan kempen Pengiklanan dan Promosi HALFEST 2011. Sehingga kini, HALFEST telah berjaya mendapat publisiti yang dianggarkan bernilai sekitar RM 9 juta daripada media cetak, elektronik, televisyen dan radio tempatan. Secara keseluruhannya, HALFEST 2011 telah berjaya mencapai sasaran dan objektif penganjuran ekspo ini. Kejayaan ekspo Halal terbesar Malaysia ini adalah bukti bahawa Halal merupakan satu keperluan pengguna masa kini. Sambutan yang mengalakkan dari syarikat-syarikat dan pengguna merupakan petanda positif bahawa pasaran tempatan komited dalam memantapkan industri Halal negara.
5
ANALISIS PESERTA HALFEST 2011 Ekspo Halal Fiesta Malaysia yang berlangsung pada 12 – 16 Oktober 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Penganjuran HALFEST 2011 juga telah menerima penyertaan usahawan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia seperti Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Perlis Penganjuran HALFEST 2011 telah membuka peluang dan membawa satu transfomasi penting kepada pengusaha produk HALAL bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia untuk mempromosikan produk mereka di peringkat Nasional. Ekspo HALFEST 2011 telah berjaya mengumpul sebanyak 545 usahawan kecil dan sederhana, serta berjaya menarik minat pengunjung seramai 50,685 orang sepanjang ekspo ini berlangsung.
Statistik terkini PESERTA HALFEST 2011:Jumlah ruang pameran
:
637
Jumlah syarikat yang menyertai
:
545
Berikut adalah pecahan peratus dari industri Halal yang menjadi pempamer di dalam Halfest 2011. Produk Makanan & Minuman
– 62.83%
Produk Kosmetik & Penjagaan Diri
– 8.86%
Alat pembungkusan, katering dan mesin memproses
– 1.55%
Perbankan dan Kewangan Islam
– 2.64%
Perkhidmatan
– 2.48%
Busana Muslimah
– 4.35%
Kaligrafi dan Seni Islam
– 1.74%
Syarikat dibawah Agensi Kerajaan dan Persatuan berkaitan
– 15.55%
6
PROGRAM SEPANJANG HALFEST 2011 Penganjuran HALFEST 2011 tidak hanya tertumpu kepada ruang pameran, malah, pelbagai bentuk program dan aktiviti telah disusun agar dapat memberi manfaat kepada para peserta dan pengunjung. Ini merangkumi acara-acara seperti Majlis Perasmian HALFEST 2011, Majlis Makan Malam Gala & Anugerah AURA, penampilan artis semasa, ‘Chef Zam Wokshop’ , Seminar Keusahawanan MARA, Seminar Perhubungan Perdagangan dan Sesi Padanan Perniagaan Halal oleh Halal Development Corporation (HDC) serta Forum Pengguna yang diterajui oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Memandangkan HALFEST 2011 telah menghimpunkan sejumlah besar usahawan bersaiz kecil dan sederhana yang terlibat di dalam industri Halal, beberapa pendekatan dan aktiviti telah diadakan bagi membantu usahawan tersebut dari aspek pemasaran, pengurusan, jaringan dan peluang perniagaan. Laporan penuh mengenai keseluruhan aktiviti dan program HALFEST 2011 adalah seperti berikut:
Majlis Perasmian HALFEST 2011 Tarikh Tempat Masa
: : :
13 Oktober 2011 Dewan Tun Dr Ismail, PWTC 2:30 petang
Majlis Perasmian HALFEST 2011 telah berlangsung pada 13 Oktober 2011 di Dewan Tun Dr Ismail dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Dif-dif kehormat yang mengiringi YB Menteri ke atas pentas semasa upacara perasmian terdiri dari YBhg Dato’ Seri Jamil Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC), YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA, YBhg Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah MARA, YBhg Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir, Pengerusi CIMB Islamic, YBrs En Badlisyah Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, YBhg Datuk Khamsiyah Yeop, Pengerusi Sekretariat HALFEST dan tidak ketinggalan, YBrs En Mohd Shukri Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat HALFEST. Lebih kurang 700 orang tetamu telah memenuhi keseluruhan ruang dewan sewaktu majlis perasmian diadakan yang terdiri dari wakil-wakil dari pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Kerajaan-kerajaan Negeri, Dewan Perniagaan, Bank Tempatan, Kedutaan Asing, Badan Bukan Kerajaan, Rakan-Rakan Strategik, pihak Penganjur Bersama, Ahli Media serta para peserta yang terlibat dengan HALFEST 2011. Majlis perasmian tersebut telah berlangsung dengan sempurna mengikuti jadual dan perancangan serta mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari semua pihak yang terlibat. YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed turut meluangkan masa untuk melawat ruang pameran sambil beramah mesra dengan para peserta HALFEST 2011.
7
Penampilan Artis & ‘Chef Zam Wokshop’ Tarikh Tempat Masa
: : :
12 – 16 Oktober 2011 Dewan Tun Razak 1, PWTC Sepanjang hari
Kemeriahan HALFEST 2011 bertambah ceria dengan penampilan 10 orang selebriti terkenal tanahair yang terdiri daripada Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dato’ M. Nasir, Awie, Ziana Zain, Fara Fauzana, Aaron Aziz, Sallih Yaccob, Vanidah Imran dan juga Francissca Peters. Chef selebriti terkenal Chef Zam telah menggamatkan suasana di Dewan 1 PWTC semasa Chef Zam Wokshop dimana lebih daripada 200 penonton tidak kering gusi melihat telatah Chef Zam berceloteh bersama artis-artis sambil memasak serta menyediakan juadah yang menyelerakan. Selain itu, Chef Zam dan barisan selebriti turut meluangkan masa untuk melawat ruang pameran dan beramah mesra dengan para pengunjung, disamping mengambil peluang untuk mencuba produk-produk yang dipamerkan di HALFEST 2011. Di antara peserta HALFEST yang terlibat secara langsung dengan demo masakan dan produk adalah APS Manja Sdn Bhd, Simplysiti Sdn Bhd, Intan Emas Mutiara Enterprise, AG Exellent Nest Sdn Bhd, Dr Aishah Solution Sdn Bhd selain beberapa usahawan yang lain.
Kehadiran
duta-duta produk seperti Aishah, Sheila Hamzah dan Dr Irfan Khairy telah menambahkan lagi kemeriahan di dewan pameran. Secara keseluruhan, kehadiran artis-artis jemputan sedikit sebanyak telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke HALFEST 2011 dan seterusnya membantu meningkatkan jualan peserta.
8
Francissca Peter
Artis yang mencapai kemuncak kegemilangan pada era 80-an
Aaron Aziz
Vanida Imran & Rashidi Ishak
Pelakon, model yang menjadi kegilaan ramai
Pasangan artis yang berjaya mengekalkan imej bersih tanpa kontroversi
M.Nasir
Sheila Majid Artis kecil molek era 80-an, yang mengekalkan kegiatan seni nya sehingga sekarang
Memulakan karier sebagai penyanyi dan pelakon pada tahun 80-an
Upin & Ipin
Karektor kartun yang paling diminati
9
Majlis Makan Malam Gala HALFEST 2011 & Anugerah Usahawan MARA (AURA) Tarikh
:
15 Oktober 2011
Tempat
:
Dewan Merdeka, PWTC
Masa
:
8:00 malam
Majlis Makan Malam Gala HALFEST 2011 & Anugerah Usahawan MARA (AURA) telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di dalam suasana yang sederhana. Majlis tersebut telah menerima kehadiran lebih kurang satu ribu (1,000) tetamu jemputan yang terdiri dari pihak penganjur, rakan-rakan strategik, peserta pameran, media tempatan, para jemputan khas dari sektor awam dan juga swasta. Majlis Makan Malam Gala tersebut telah diwarnai dengan penampilan artis jemputan yang tidak asing lagi iaitu Ratu Jazz Malaysia, Dato’ Sheila Majid, selain dari persembahan bertenaga dari pelajar-pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang telah menghiburkan para jemputan. Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan Majlis Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2011 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Majlis Penyampaian Anugerah Pempamer HALFEST 2011 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh. Butiran para pemenang adalah seperti berikut: Anugerah Usahawan MARA (AURA) Bil
Jenis Kategori
Wang Tunai Senarai Pemenang
1 2 3 4 5
Kategori Usahawan Korporat Kategori Tekno Usahawan Kategori Usahawan Peruncitan Kategori Usahawan Pembuatan Kategori Kontraktor Berwibawa
RM30,000.00 Noor Arfa Holdings Sdn Bhd RM20,000.00 MySysnet Sdn Bhd RM20,000.00 Oli Collection Sdn Bhd RM20,000.00 Pearl Haya Sdn Bhd RM20,000.00 Adhwa Enterprise Sdn Bhd
Anugerah Pempamer HALFEST 2011 Bil
Jenis Kategori
Hadiah
Senarai Pemenang
1 2 3
Kategori Rekaan Booth Terbaik Kategori Pembungkusan Kreatif Kategori Booth Terbaik
Trofi Trofi Trofi
Kampung Kravers Sdn Bhd AF Creative Resources Dr. Café
4
Kategori Rekaan Booth Terbaik Sektor Kerajaan
Trofi
Invest Melaka
10
Seminar Keusahawanan MARA Tarikh
:
11-12 Oktober 2011
Tempat
:
Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
Masa
:
9.00 pagi - 5.00 petang
Seminar Keusahawanan MARA telah berlangsung selama dua (2) hari telah merekodkan jumlah kehadiran peserta seramai tiga ratus enam puluh dua (362) orang. Ahli panel yang terlibat adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) n)
Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA Kementerian Kesihatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hab Halal JAKIM Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan MARDI Seksyen Makanan & Biotek MATRADE TEKUN SME Bank BIMB Persatuan Industri Perbankan Islam Se Malaysia (AIBIM) Bank Rakyat MYDIN Glocal Link Sdn Bhd Bahagian Syariah & Pematuhan Halal, QSR Brands Bhd
Diantara topik perbincangan seminar ini adalah seperti di bawah: a) b) c) d)
Keperluan dan kepentingan pengurusan halal di dalam perniagaan Cara-cara untuk mengembangkan rangkaian perniagaan Bantuan dan kemudahan yang telah disediakan pihak Kerajaan seperti geran atau pinjaman perbankan untuk usahawan Peluang perniagaan yang disediakan untuk usahawan Bumiputera
Seminar ini turut memberi maklumat dan tips berkenaan trend pasaran terkini, cara-cara meningkatkan kualiti produk dan pembungkusan, serta menajamkan kemahiran pemasaran para usahawan dalam mempromosi produk dan perkhidmatan Halal mereka dengan lebih efektif lagi.
11
Seminar Perhubungan Perdagangan dan Sesi Pemadanan Perniagaan Halal oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) Tarikh
:
14 Oktober 2011
Tempat
:
Dewan Tun Dr Ismail, PWTC
Masa
:
9 pagi hingga 5 petang
Selaku hos penganjuran julung HALFEST 2011, HDC telah mengambil inisiatif yang dinamik dengan menjemput para usahawan dan syarikat-syarikat yang mempunyai sijil HALAL yang disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menghadiri Seminar Perhubungan Perdagangan dan Sesi Padanan Perniagaan Halal. Objektif utama seminar ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat memperkukuhkan penjenamaan produk HALAL mereka melalui program-program yang telah disediakan pihak HDC. Sebuah sesi padanan perniagaan telah diadakan bersama wakil-wakil dari pasaraya besar, peruncit, pengurus hotel dan agensi kerajaan yang dijemput khas oleh HDC, dimana seramai satu ratus lima puluh lima (155) peserta telah mengambil bahagian, dan 80 peserta ini terdiri dari syarikat kecil dan sederhana. Laporan pencapaian sesi padanan perniagaan yang diperolehi dari pihak HDC adalah seperti berikut:% SYARIKAT BERPOTENSI SE SESI
SYARIKAT
JUMLAH SESI
SYARIKAT BERPOTENSI
GIANT
29
12
41%
MYDIN JUSCO
24 33
6 8
25% 24%
BRAHIM'S LSCG SKY CHEFS
30
9
30%
AIR ASIA
32
6
19%
PENANG PORT ( TARTARSTAN )
17
5
29%
GLOCAL LINK
23
18
78%
CONCORDE SHAH ALAM
25
13
52%
NOUVELLE HOTEL
30
17
57%
DE PALMA AMPANG
20
19
95%
ANCASA HOTEL & SPA
24
9
38%
JUMLAH SESI MENGIKUT SEKTOR
SYARIKAT BERPOTENSI MENGIKUT SEKTOR
% SYARIKAT BERPOTENSI MENGIKUT SEKTOR
86
26
30%
62
15
24%
40
23
58%
99
58
59%
Menurut laporan yang diterima dari HDC, sebanyak 287 sesi pemadanan perniagaan telah diatur. Dari jumlah tersebut, sebanyak 122 atau 43% berpotensi untuk diketengahkan. Oleh yang demikian, HDC bercadang untuk meneruskan program ini dengan menambahkan lagi bilangan peserta menyertai seminar dan sesi pemadanan perniagaan.
12
Forum Pengguna Islam oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tarikh
:
14 – 16 Oktober 2011
Tempat
:
Dewan Tun Dr Ismail, PWTC
Masa
:
Dua sesi setiap hari
Selaras dengan usaha untuk membudayakan Halal dikalangan rakyat Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan sebuah forum selama tiga (3) hari. Forum ini dikendalikan oleh barisan moderator seperti Dato’ Azman Ujang, Pengerusi Malaysian Press Institute dan bekas Pengurus Besar Bernama, Dato’ Ahmad Talib, Pengarah Eksekutif (Berita) Media Prima Bhd, Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta wakil dari JAKIM dan industri perbankan tempatan untuk membincangkan isu-isu semasa secara terbuka. Matlamat PPIM menganjurkan forum tersebut adalah untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa khas di antara para pengguna dan syarikat perkhidmatan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua permasalahan kepenggunaan yang timbul secara efektif dan telus. PPIM juga telah mempelawa pemerhati dari Bank Negara, Kementerian Penerangan, Komunkasi dan Kebudayaan (PKPP), Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk turut sama merungkai permasalahan semasa yang dihadapi oleh pengguna selama ini. Forum ini telah mengundang kehadiran lebih daripada dua ratus lima puluh (250) orang peserta sepanjang tiga (3) hari ia berlangsung. Butiran isu-isu yang diperbincangkan adalah seperti berikut:
Tarikh
Masa
Tajuk
14/10/11 - Jumaat 3.00 ptg
Rumah Terbengkalai : Igauan dan Mimpi Ngeri Pembeli Rumah
15/10/11 - Sabtu
9.00 ptg
Sistem Perbankan Berat Sebelah, Menindas Pengguna
15/10/11 - Sabtu
2.00 ptg
Baitulmal Tidak Membantu atau Tidak Memperkasakan masyarakat islam
16/10/11 - Ahad
2.00 ptg
Pengusaha Islam dan Sijil Halal: Sekadar di Pinggiran
16/10/11 - Ahad
2.30 ptg
Syarikat Telco Untung Berganda, Pengguna Pula Yang Merana
13
ANALISIS MAKLUM BALAS PESERTA HALFEST Berikut adalah maklum balas peserta HALFEST 2011 berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan. Jumlah peratusan peserta yang berpuas hati dengan penyertaan di HALFEST Nota: Angka menandakan peratusan.
Sangat tidak puas hati 3.80%
Tidak pasti 6.84%
Tidak puas hati 8.37%
Sangat puas hati 18.25%
Puas hati 62.74%
Jumlah peratusan peserta yang berpuas hati dengan perkhidmatan pendaftaran pengunjung yang digunakan
Tidak Puas hati 8.81%
Sangat tidak Puas hati 0.77%
Tidak Pasti 10.34%
Sangat Puas hati 13.8%
Puas hati 66.28%
Jumlah peratusan peserta yang berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang hadir di HALFEST Sangat tidak puas hati 5.32%
Tidak puas hati 15.97%
Tidak pasti 12.93%
Sangat puas hati 19.39%
Puas hati 46.39%
14
Jumlah peratusan peserta yang berpuas hati dengan kempen promosi dan publisiti HALFEST Nota: Angka menandakan peratusan.
Tidak Pasti 11.49%
Tidak Puas hati 2.68%
Sangat tidak Puas hati 2.30%
Sangat Puas hati 21.46%
Puas hati 62.07%
Jumlah peratusan peserta yang berpuas hati dengan keseluruhan perkhidmatan yang disediakan penganjur HALFEST
Tidak Puas hati 7.34%
Tidak pasti 8.11%
Sangat Tidak Puas hati 1.93%
Puas hati 69.50%
Sangat Puas hati 13.12%
Jumlah peserta yang ingin menyertai HALFEST 2012 Tidak 1.52% Memerlukan maklumat Lanjut 30.68% Ya 67.80%
15
ANALISIS PUBLISITI
Tempoh : 1
September – 25 Oktober 2011
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan : 291 Jumlah Nilai Publisiti yang terkumpul:
RM 9,424,282.08
Penting: Jumlah kekerapan artikel yang diterbitkan tidak menjamin jumlah nilai publisiti yang terkumpul oleh sesebuah media.
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan oleh MEDIA UTAMA berkaitan HALFEST 2011 .
150
147
120 90
68
60
63
30 0
13
Surat Khabar
Radio
TV
Majalah
Nilai publisiti yang terkumpul melalui MEDIA UTAMA 10,000,000.00 8,000,000.00
6468,719,82
6,000,000.00 4,000,000.00
2552,394,42
2,000,000.00 0
272,385,24
Surat Khabar
Radio
TV
130,782,60
Majalah
16
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan oleh SURAT KHABAR berkaitan HALFEST 2011 . 20
18 17
16
15
12 9
10
7 7
6
6
6
5
5
5
4
4
3
3
3
2
2
2
1
1
1 1
1
1
1
0
Nilai publisiti yang terkumpul melalui SURAT KHABAR 400 350 300 250 200 150 100 50 0
388,008.06
362,383.86 362,365.20 285,606.00 197,573.28
178,769.34 101,449.53
97,978.47
94,353.36
77,859.00
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan oleh STESEN RADIO berkaitan HALFEST 2011 . 35 30
31
25
20
20
17
15 10 5 0
Radio 24
Radio 4
Radio 1
17
KEMPEN PROMOSI & PENGIKLANAN
Nilai publisiti yang terkumpul melalui STESEN RADIO 100000
81,125,10
80000 60000 40000
25,105.50
24,552.00
20000 0
Radio 24
Radio 4
Radio 1
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan oleh STESEN TELEVISYEN berkaitan HALFEST 2011 . 25
25 19
20 15 10
7
5 0
Channel 502
TV1
TV2
4
Channel 501
4
TV3
2
2
Al Hijrah
NTV7
248,499.99 124,000,00
27,799,98
Nilai publisiti yang terkumpul melalui STESEN TELEVISYEN
5000
4,405,779,90
4000 3000 2000
800,059,98
1000 0
TV1
TV2
548,580,00 313,999,99
TV3
Channel 502
Channel 501
NTV7
Al Hijrah
18
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan oleh MAJALAH berkaitan HALFEST 2011 5
5
4
3
3
2
2
2 1
1 0
Rasa
Vision KL
Seri Dewi & Keluarga
Mingguan Wanita
KL Lifestyle
Nilai Publisiti yang terkumpul melalui MAJALAH
200000
163,794.24
150000 100000
54,087.00
50000
21,870.00
20,262.00
12,372.00
Mingguan Wanita
Seri Dewi & Keluarga
KL Lifestyle
0
Vision KL
Rasa
19
PENGIKLANAN MAJALAH
Majalah
LAMAN WEB
* Rasa * Mingguan Wanita * Seri Dewi & Keluarga * Nona
SURAT KHABAR
IKLAN TV
Surat khabar * Utusan Malaysia * Mingguan * Metro Ahad Malaysia * Berita Harian * Berita * Harian Metro Minggu
20
BILLBOARD
BUNTING
BANNER
21
Jumlah laporan, berita dan artikel yang diterbitkan oleh MAJALAH berkaitan HALFEST 2011 NEW STRAITS TIMES
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
22
KOSMO METRO AHAD
HARIAN METRO
23
NEW SARAWAK TRIBUNE
THE STAR
24 23
METRO AHAD
25 23
NANTIKAN KEMERIAHAN HALFEST 2012
HALAL Fiesta Malaysia 2012 dijangkakan akan lebih hangat dan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan menggamitkan lagi ekspo Halal pengguna terbesar di Malaysia ini. HALFEST 2012 akan digegarkan oleh penganjuran Konsert HALFEST 2012 buat julung kalinya selain sesi memasak bersama artis-artis popular tanahair, aktiviti kanak-kanak bersama Upin & Ipin, demo masakan produk-produk yang dipamerkan seperti yang telah dinjurkan pada tahun 2011. Konsert HALFEST yang akan diadakan secara besar-besaran ini akan menampilkan penyanyi terkemuka seperti Maher Zain, Sami Yusof, Abdullah Rolle, Outlandish, Yusuf Islam (Cat Steven), Zain Bhikha dan ramai lagi yang dibawa khusus buat pengunjung-pengunjung HALFEST 2012. Sambutan hangat yang diterima telah mendorong pihak sekretariat untuk memperhebatkan lagi seminar serta konferens pada HALFEST 2012. Dalam usaha memantapkan lagi pasaran Halal di Malaysia, pelbagai topik-topik hangat bakal dibentangkan bagi merungkai permasalahan dan cabaran yang dihadapi pengguna serta usahawan-usahawan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada gerakan terbesar industri Halal negara ini. Sokonglah industri Halal tempatan dengan menyertai dan melawati HALFEST 2012 bagi meraih keuntungan dan peluang daripada industri yang bernilai lebih USD 2.3 trilion ini! HALFEST kembali dengan lebih besar dan lebih baik lebih dengan menghoskan lebih 700 ruang pameran dan dijangkakan akan menarik lebih 70,000 pengunjung dari seluruh negara. Jangan lupa temujanji anda bersama HALFEST 2012 yang akan berlangsung dari 3 - 7 Oktober 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur.
23 26
KESIMPULAN HALFEST 2011 telah melabuhkan tirainya pada 16 Oktober 2011. Ia merupakan satu anjakan serta transformasi penting kepada pengusaha produk Halal yang bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia dalam mempromosikan produk mereka di peringkat nasional. HALFEST 2011 merupakan sebuah inisiatif yang gemilang hasil dari sokongan padu dan kerjasama secara kolektif di antara pihak Kerajaan, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO). Usahasama daripada Halal Industry Development Corporation (HDC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), CIMB Islamic Bank Berhad, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Shapers Malaysia Sdn Bhd (SHAPERS) dan sokongan daripada jaringan agensi-agensi kerjaan negeri telah memainkan peranan penting dalam memastikan objektif industri Halal ini terus kekal dan industri Halal tempatan diperhebatkan lagi. HALFEST 2011 juga telah membuka pintu dan memperkenalkan pengguna kepada pelbagai variasi produkproduk halal tempatan dan ini secara tidak langsung dapat menyumbang dan memberikan impak positif terhadap ekonomi negara. Di samping itu, penganjuran ekspo HALFEST 2011 ini juga dapat memperbetulkan persepsi, memupuk budaya Halal serta meningkatkan kesedaran bahawa bukan sahaja produk makanan dan minuman, perubatan dan pakaian sahaja harus dijaga malah konsep ‘Halal’ juga perlu merangkumi aspek perbankan dan kewangan yang belandaskan Shariah. HALFEST 2011 memperlihatkan dedikasi terhadap pembangunan usahawan tempatan dengan penganjuran pelbagai sesi seminar, pemadanan perniagaan, perbincangan, kerjasama dan perkongsian pintar didalam industri HALAL dalam membantu memartabatkan produk Halal usahawan dan membentuk usahawan yang berkredibiliti. Kejayaan penganjuran sulung HALFEST 2011 adalah bukti Malaysia selangkah lagi ke hadapan untuk tampil unggul sebagai hab Halal global yang efektif hasil daripada kerjasama serta sokongan yang padu daripada semua sektor serta kesungguhan untuk terus membangunkan industri Halal negara. Diharapkan komitmen yang ditunjukkan pada HALFEST 2011 ini dapat diteruskan untuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.
23 27
GALERI GAMBAR
Majlis Perasmian HALFEST 2011 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 15 Oktober 2011.
Ruang-ruang pameran HALFEST 2011 yang dibanjiri pengguna pelbagai umur dan bangsa.
Gembira - Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, juara Anugerah AURA Kategori Usahawan Korporat menerima trofi serta cek bernilai RM30,000.00
Artis jemputan khas, Awie berkongsi pendapat mengenai penglibatan artis di industri Halal apabil semasa kunjungan beliau ke HALFEST 2011
YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri beramah mesra bersama salah satu peserta HALFEST 2011
Strategi pemasaran efektif - Sampelsampel produk turut disediakan oleh peserta untuk menarik minat penggunjung di HALFEST 2011
En. Badlisyah b. Abd. Ghani memberi ucapan di Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah AURA yang gilanggemilang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC.
Peserta HALFEST 2011 juga berpuas hati kerana dapat memperluaskan perniagaan melalui penambahan agenagen yang berminat untuk memasarkan produk mereka.
En Mohd Shukri Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat HALFEST menjelaskan kepentingan mendapatkan sijil halal bagi usahawan ketika satu sidang akhbar.
28 23
Sesak - begitulah keadaan kaunter pendaftaran HALFEST 2011 setiap hari yang menerima lebih 50,000 kunjungan.
Si kecil juga telah berpeluang untuk bergambar bersama watak kartun kesayangan mereka, Upin & Ipin pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di HALFEST 2011
Busana muslimah- Juga menjadi daya tarikan dari pengunjung wanita yang hadir ke Halfest 2011
Seminar Usahawan MARA yang dihadiri oleh usahawan-usahawan tempatan yang ingin mempelajari strategi dan cara-cara untuk membangunkan perniagaan mereka.
Lawatan oleh selebriti terkemuka tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza telah menggegarkan lantai pameran HALFEST 2011 dengan kehadiran peminat beliau
Pertunjukan Fesyen Muslimah yang diadakan pada hari terakhir HALFEST 2011 telah diserikan dengan kehadiran YM Tuanku
Fara Fauzana-selebriti pilihan, sedang menunjukan bakat memasak di Wok Shop bersama Chef Zam, beliau yang sangat bersahaja keletahnya telah memikat ramai penonton untuk menyaksikanya.
Pertemuan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Dato’ Khamsiyah Yeop di bilik VIP.
Peminat-peminat pelakon sensasi Aaron Aziz berebut-rebut untuk mendapatkan sampel produk daripada beliau.
23 29
Demo Kecantikan - Salah seorang pengunjung Halfest yang bertuah telah dipilih untuk menjadi model bagi produk kecantikan ‘ Simply Siti ’
Produk tempatan dari Negeri Terengganu Darul Iman telah memberikan makanan percuma kepada pengunjung untuk mencuba sebelum di jual
Buah-buahan tempatan dari Fama juga tak kurang hebat mendapat sambutan hangat dari para pengunjung kerana mereka menawarkan harga yang amat berpatutan
Kelihatan para pengunjung sedang berasak-asak mencari-cari barang keperluan yang menarik minat mereka untuk di beli di Halfest 2011.
Produk kesihatan - Madu Tualang yang turut mendapat sambutan hangat bagi mereka yang mempercayai perubatan tradisional
Produk penjagaan muka untuk kaum wanita ini turut menjadi peserta Halfest 2011 sekaligus memperkenalkan produk mereka sebagai salah satu produk kosmetik yang halal.
Karipap mini - Produk yang terkenal di musim perayaan turut serta dalam Halfest 2011 yang menjadi bualan bagi penggemar kuih-kuih tradisional
Chef selebriti yang mengambil bahagian dalam pengacaraan di pentas utama Halfest yang sentiasa membuat pengunjung tak kering gusi menunjukan makanan yang telah mereka hasilkan dalam ’food demo’
Produk kesihatan untuk pengunjung cilik juga terdapat di Halfest 2011.
23 30
Dihoskan oleh:
Dianjurkan bersama oleh:
Halal Industry Development Corporation (HDC)
Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Sokongan dan Kerjasama oleh:
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Rakan Strategik:
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd.
Radio Televisyen Malaysia
Dianjurkan & Diuruskan oleh:
Dibawakan oleh:
Shapers Malaysia Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SEKRETARIAT HALFEST : Level 8, West Wing, Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +03-6203 4433 Faks: +03-6203 4422 Emel: enquiry @ halal.org.my Find us on Facebook
Halfest
Follow us on Twitter
@halfest
23