KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN ONLINE
TARIKH KEMASKINI : MEI 2017
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
1.
PENGENALAN................................................................................................................... 3
2.
OBJEKTIF SISTEM .................................................................................................................. 3
3.
PROSES KERJA ........................................................................................................................ 3
4.
AKSES SISTEM ............................................................................................................4
5.
PENDAFTARAN PENYERTAAN......................................................................................... 5 5.1
BUTANG TINDAKAN........................................................................................................ 5
5.2
BORANG PENYERTAAN ................................................................................................. 6
5.3
MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) .................. 8 ...................................................................................................... 8 ................................................... 9 ......................................................................................... 10 ................................................................................. 12
6.
CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT PENYERTAAN ............................................ 12
2 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
1. PENGENALAN Manual ini merupakan panduan pendaftaran penyertaan pertandingan secara online. Peserta hanya perlu melengkapkan maklumat penyertaan serta maklumat Idea Perniagaan (IP) dan Pengembangan Perniagaan (PP) dalam bentuk Business Modal Canvas BMC.
2.OBJEKTIF SISTEM Pendaftaran penyertaan secara online adalah bagi memudahkan peserta yang terdiri daripada belia-belia warga Negara Malaysia membuat permohonan tanpa mengemukakan Rancangan Perniagaan (RP) di peringkat awal.
3.PROSES KERJA
3 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
4.
AKSES SISTEM
1. 2. 3. 4.
Layari www.ceodesa.my. Klik pada PENDAFTARAN KLIK DI SINI. Muka hadapan sistem akan dipaparkan. Sebelum mendaftar projek, peserta hendaklah telah membaca dan memahami syarat-syarat penyertaan dan cara-cara mengisi Business Canvas Model (BMC). 5. Terdapat DUA (2) butang seperti berikut : Mendaftar projek buat pertama kali. Mengemaskini maklumat projek kepada yang telah mendaftar menggunakan No Penyertaan dan No Kad Pengenalan.
4 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
5. PENDAFTARAN PENYERTAAN 5.1
BUTANG TINDAKAN Butang Tindakan : Kalendar Simpan Batal
Simpan maklumat yang dimasukkan. Membatalkan penyertaan dan keluar.
Padam
Memadam semua maklumat (reset) pada borang untuk diisi semula.
Keluar
Log keluar daripada sistem. Borang penyertaan masih belum dihantar.
Hantar Penyertaan
Menghantar keseluruhan maklumat penyertaan
5 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
5.2
BORANG PENYERTAAN 1. Muka Hadapan Sistem > Klik Daftar Projek. 2. Borang penyertaan akan dipaparkan. 3. Pilih Kategori Penyertaan : a. Pengembangan Perniagaan; ATAU b. Idea Perniagaan. 4. Isi semua maklumat borang. Rujuk keterangan di bawah :
* MEDAN WAJIB DIISI. MAKLUMAT PEMOHON Nama Peserta *
Masukkan nama penuh seperti mana didaftarkan di dalam Kad Pengenalan.
No. Kad
Masukkan No Kad Pengenalan tanpa ‘-’.
Pengenalan *
Contoh : 980706054321
Jantina *
Pilih salah satu : Lelaki atau Perempuan
Kaum *
Pilih satu kaum daripada senarai.
Tarikh Lahir *
Klik pada
dan pilih Tahun, Bulan dan Hari
kelahiran. Umur
Dijana secara auto oleh sistem berdasarkan tarikh lahir yang dimasukkan.
Alamat Surat
1. Masukkan alamat
Menyurat *
2. Masukkan Poskod 3. Pilih Negeri daripada senarai Negeri. 4. Pilih Daerah daripada senarai Daerah. 5. Pilih Parlimen daripada senarai Parlimen.
No Telefon
1. Masukkan No Telefon (talian tetap) ATAU/DAN 2. Masukkan No Telefon Bimbit (WAJIB)
Alamat Emel *
Masukkan alamat emel untuk dihubungi. Contoh :
[email protected]
6 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
MAKLUMAT PROJEK Cadangan Projek * Cadangan Lokasi *
Masukkan tajuk projek yang dicadangkan. 1. Masukkan maklumat lokasi projek yang dicadangkan; dan 2. Pilih negeri lokasi cadangan projek daripada senarai Negeri.
Nama Syarikat *
1. Masukkan nama syarikat (jika berkenaan); dan 2. Masukkan No Pendaftaran Syarikat
Status Operasi Perniagaan
1. Jika perniagaan sudah beroperasi,
*
tandakan ( ) pada kotak yang disediakan; dan 2.
Masukkan maklumat Tempoh (Tahun dan Bulan).
3. Jika tidak berkaitan, biarkan kosong. Nilai Projek Cadangan *
Masukkan nilai projek tanpa memasukkan perkataan ‘RM’. Contoh 45000.80
Sektor *
Tandakan pada kategori sektor. Boleh pilih lebih daripada satu.
Dari manakah anda
Tandakan pada kategori yang berkenaan.
mengetahui mengenai
Boleh tanda lebih daripada satu. Jika Lain-lain,
Pertandingan RBC? *
sila nyatakan di ruang yang disediakan.
Adakah anda pernah
1. Sila pilih Ya atau Tidak daripada senarai.
menghantar Rancangan
2. Jika Ya, tandakan pada tahun
Perniagaan bagi
penyertaan.
pertandingan RBC pada tahun-tahun lepas? *
4. Klik butang Simpan. 5. Mesej Ralat akan dipaparkan sekiranya terdapat maklumat wajib yang tidak diisi. 6. Setelah berjaya, page Maklumat Perniagaan dan BMC akan dipaparkan.
7 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
5.3
MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)
1. Terdapat dua belas (12) butang menu di sebelah kiri page. Rujuk keterangan pautan setiap butang menu seperti di bawah : Ke borang penyertaan untuk kemas kini maklumat (jika berkaitan). Ke Maklumat Perniagaan. Ke BMC > Rakan Utama Ke BMC > Aktiviti Utama Ke BMC > Sumber Utama Ke BMC > Tawaran Nilai Ke BMC > Perhubungan Pelanggan Ke BMC > Saluran Ke BMC > Segmen Pelanggan Ke BMC > Struktur Kos Ke BMC > Aliran Pendapatan Untuk lihat BMC dan cetak (jika perlu)
2. Maklumat Perniagaan dan semua sembilan (9) maklumat BMC adalah wajib diisi. Peserta bebas untuk mengisi Maklumat Perniagaan atau BMC yang mana dahulu atau yang kemudian. 3. Setiap maklumat BMC memerlukan sekurang-kurang satu point sehingga 10 point maksimum. 4. Setiap point hanya 50 aksara dibenarkan. Aksara terdiri daripada alfanumerik (0-9, A-Z), simbol dan juga ruang kosong (space).
8 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
5. Sekiranya Maklumat Perniagaan dan/atau BMC tidak dapat dilengkapkan pada satu-satu masa sebelum Tarikh Tutup, peserta boleh kemaskini maklumat penyertaan. Rujuk Cara Mengemaskini Maklumat Penyertaan. 6. Sekiranya peserta tidak menghantar penyertaan selepas Tarikh Tutup, penyertaan peserta tidak akan diambil kira.
1. Klik butang menu Maklumat Perniagaan. 2. Terdapat dua (2) maklumat yang diperlukan iaitu : a) Latar Belakang Perniagaan - Ruangan ini WAJIB diisi jika peserta adalah di bawah kategori Pengembangan Perniagaan. - Jika peserta di bawah kategori Idea Perniagaan, sila masukkan “Tidak Berkaitan” di ruang yang disediakan. - Maksimum 250 patah perkataan. b) Ringkasan Cadangan Projek - Ruangan ini WAJIB diisi berdasarkan Business Model Canvas (BMC) peserta. - Maksimum 250 patah perkataan. 3. Isikan maklumat 2(a) dan 2(b) di ruang yang disediakan. 4. Klik butang Simpan. 5. Klik butang Keluar jika ingin keluar daripada sistem tanpa menghantar borang penyertaan.
9 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
1. Gambaran keseluruhan BMC adalah seperti gambar rajah di bawah :
Gambar Rajah Keseluruhan Business Model Canvas (BMC)
2. 3. 4. 5.
Klik butang menu Rakan Utama. Isikan maklumat berkaitan di ruang yang disediakan. Klik butang Simpan. Baris kedua akan disediakan dan kotak untuk tindakan Hapus diwujudkan di barisan maklumat yang telah disimpan. 6. Untuk hapuskan maklumat, klik pada kotak tindakan ( ) dan klik butang Simpan. 7. Klik butang Batal untuk membatalkan kemasukan maklumat yang belum disimpan.
10 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
8. Klik pada butang menu BMC yang lain untuk melengkapkan BMC peserta. 9. Klik butang Keluar jika ingin keluar daripada sistem tanpa menghantar borang penyertaan. 10. Setelah selesai mengisi kesemua 9 BMC, klik butang Hantar Permohonan. 11. Sekiranya masih ada BMC yang belum diisi, mesej ralat akan dipaparkan. Anda perlu mengisi semua maklumat berkaitan Maklumat Perniagaan dan juga Maklumat BMC. Ok 12. Klik OK, sistem akan kembali ke page Maklumat Perniagaan dan BMC. 13. Sekiranya Borang Penyertaan, Maklumat Perniagaan dan BMC telah lengkap, page berikut akan dipaparkan :
Peringatan !! Sila semak semua maklumat Borang Penyertaan, Maklumat Perniagaan dan 9 maklumat Business Model Canvas (BMC) yang dimasukkan. Penilaian akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang telah dihantar. Penghantaran penyertaan tidak boleh dipinda dan MUKTAMAD. Sila cetak Maklumat Penyertaan dan BMC untuk rujukan/ semakan. Adakah anda ingin menghantar penyertaan ini? Kembali
Hantar Penyertaan
14. Klik Tidak, sistem akan kembali ke page Maklumat Perniagaan dan BMC. 15. Klik Hantar Penyertaan, page berikut akan dipaparkan : Permohonan anda telah diterima. Berikut adalah maklumat penyertaan anda.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi : SEKRETARIAT RBC KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH 03-8891 5607 / 5622 / 5636
11 | 12
MANUAL PENGGUNA CEODesa – Pendaftaran Online
1. Klik butang menu Papar dan Cetak BMC. 2. BMC dalam format PDF akan dipaparkan.
3. Gunakan butang tindakan
di sudut atas kanan untuk cetak.
6. CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT PENYERTAAN PERINGATAN!! Peserta boleh mengemaskini maklumat penyertaan sekiranya : a) Telah mendapatkan No Penyertaan; dan b) Belum menghantar penyertaan.
1. Muka Hadapan Sistem > Klik butang Kemaskini Maklumat. 2. Borang Maklumat Penyertaan akan dipaparkan. 3. Kemaskini borang dan klik butang Simpan ATAU terus Klik butang Simpan untuk ke page Maklumat Perniagaan dan BMC. 4. Page Maklumat Perniagaan dan BMC akan dipaparkan. 5. Kemaskini maklumat berkaitan dan klik butang Simpan. 6. Klik butang Keluar untuk keluar daripada sistem tanpa menghantar penyertaan. 7. Klik butang Hantar Penyertaan jika telah melengkapkan dan berpuas hati dengan maklumat penyertaan.
12 | 12