DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA
2012
PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara
DASAR PENGOPERASIAN KOKURIKULUM PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI (PPU) SMK SERI TANJONG, MELAKA 1.0
2.0
Pengenalan :
1.1
Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi segala aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan yang merupakan aktiviti luar bilik darjah dan mempunyai peranan kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.
1.2
Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang pelajar bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi perlu memahami bahawa penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk kemasukan ke IPTA.
1.3
Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk pelajar PPU adalah suatu aktiviti yang boleh membentuk ciri-ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah bermatlamat untuk mendidik pelajar secara menyeluruh, berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif dan proaktif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan futuristik, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
1.4
Namun demikian, berdasarkan mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9 Tahun 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi, mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan ke IPTA.
Pengoperasian kokurikulum PPU 2.1
Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan 6 turut melibatkan perubahan pengoperasian ko kurikulumnya. Walaupun tiada modul khas tentang pelaksanaannya dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak PPU mencadangkan agar pelaksanaan aktiviti kokurikulum diadakan secara berasingan daripada aktiviti kokurikulum aliran perdana. Oleh yang demikian, pelajar PPU tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti kokurikulum bersama para pelajar aliran perdana.
2.2
Secara rasionalnya, pengasingan penglibatan kokurikulum PPU adalah seperti berikut : 2.2.1
Penglibatan aktiviti kokurikulum dalam kumpulan pelajar pra Universiti sahaja.
2.2.2
Peluang kepada pelajar aliran perdana memegang jawatan tertinggi dalam Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 2
3.0
2.2.3
Aktiviti kokurikulum PPU melibatkan kerjasama dengan pihak luar seperti Jabatan Kerajaan dan NGO.
2.2.4
Pelajar akan dilatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah dan komuniti setempat.
2.2.5
Penglibatan sepenuhnya pelajar PPU dalam mendapatkan markah maksimum 10% daripada kokurikulum sebagai prasyarat kemasukan ke IPTA
Penglibatan Kokurikulum PPU
3.1
3.2
Pengoperasian kokurikulum PPU mewajibkan setiap pelajar menyertai pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan. Namun demikian, pelajar PPU diwajibkan menyertai Sukan Tahunan Sekolah melalui penglibatan dalam Rumah Sukan serta membantu pihak sekolah menganjurkan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya. Setiap pelajar PPU wajib menyertai Kelab Setia ( persatuan wajib pelajar PPU ) dan menyertai tiga kegiatan kokurikulum : 3.2.1
Badan Beruniform : 3.2.1.1 Pertahanan Awam JPA 3 ( wajib )
3.2.2
Kelab / Persatuan : 3.2.2.1 3.2.2.2 3.2.2.3 3.2.2.4
3.2.3
Kelab Setia ( wajib ) Kelab Pengajian Am Kelab Pencinta Filem Majlis Perwakilan Pelajar PPU
Permainan : 3.2.3.1 Petanque 3.2.3.2 Badminton
3.3
Pemilihan Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan adalah berdasarkan kriteria berikut: 3.3.1
Merupakan kelab dan persatuan berkaitan mata pelajaran STPM.
3.3.2
Bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan dan NGO.
3.3.3
Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel dan kursus anjuran seperti anjuran pihak Jabatan Penerangan.
3.3.4
Pelajar yang terlibat layak untuk mendapat sijil peringkat Negeri dan Kebangsaan.
3.3.5
Kebanyakan Guru Penasihat adalah dalam kalangan tenaga pengajar PPU dan memudahkan penglibatan bidang tugas pada sebelah petang (2.00 - 3.20 petang) Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 3
4.0
Pelaksanaan Kokurikulum PPU : 4.1
Tempoh pelaksanaan penglibatan pelajar PPU dalam aktiviti kokurikulum ialah sepanjang 3 Semester sahaja iaitu Semester 1 dan 2 dan 3.
4.2
Melibatkan sekurang-kurangnya 6 kali perjumpaan Kelab / Persatuan dan Permainan serta 10 kali perjumpaan Unit Uniform sepanjang semester 1.
4.3
Melibatkan sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan Kelab / Persatuan dan Permainan serta 18 kali perjumpaan Unit Uniform sepanjang semester 2 dan 3.
4.4
Perjumpaan dan penglibatan akan direkodkan dalam Buku Pengurusan KoKurikulum setiap Unit Beruniform / Kelab dan Persatuan / Permainan dan diselia oleh seorang guru penasihat.
4.5
Jadual Aktiviti Kokurikulum : ( Rujuk Lampiran 1 )
4.6
Hari
Waktu Rasmi
Rabu
1.15 – 3.00 petang
Khamis
2.30 – 4.30 petang
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum PPU Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha
: : : :
Pengetua Tn. Haji Borhan b. Md. Nor En. Jumali bin Rasikun En. Hishamudin b. Haron
( Tugas-tugas Guru Kokurikulum PPU, Sila Rujuk Lampiran 2 ) 4.7
Senarai Nama Guru Penasihat ( Sesi 2012 ) : Unit Beruniform / Persatuan Kelab / Permainan
Guru Penasihat
Pertahanan Awam (JPA3)
En. Chan Thian Chwee Pn. Norhayati bt. Md. Hassan
Kelab Setia
Tn. Hj Harun b. Hashim
Kelab Pencinta Filem
Pn. Raisah bt. Brahim
Persatuan Pengajian Am
Pn. Tian Chwee Siang
Badminton
Pn. Norshin Yeo Abdullah Pn. Shirley Chua Swee Eng
Petanque
Pn. Noor Asiah bt. Dolah
Majlis Perwakilan Pelajar PPU
En. Jumali b. Rasikun
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 4
4.8
Guru Penasihat yang terlibat hanya menguruskan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Permainan kokurikulum PPU sahaja dan tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum aliran perdana.
4.9
Tugas dan Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab & Persatuan, Unit Beruniform dan Permainan :
4.10
4.9.1
Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua dan GPK PPU.
4.9.2
Mengurus organisasi di bawah kawalan dan tanggungjawab guru penasihat.
4.9.3
Merangka dan merancang pengisian program yang bersesuaian dengan arahan JPM, PPD, Pengetua dan GPK PPU.
4.9.4
Bekerjasama dengan GPK Kokurikulum untuk menjayakan agenda kokurikulum Kementerian, JPM, PPD, dan sekolah.
4.9.5
Mengemas kini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU sekiranya diperlukan.
4.9.6
Membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirancangkan dan dilaksanakan.
4.9.7
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dan GPK PPU.
Kod Pakaian 4.10.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut : 4.10.1.1
Aktiviti Sukan dan Permainan 1. Baju Kokurikulum atau baju-T sukan dan seluar trek sekolah. 2. Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan.
4.10.1.2
Aktiviti Unit Beruniform 1. Pakaian seragam unit beruniform masing-masing.
4.10.1.3
Aktiviti Kelab dan Persatuan 1. Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum.
4.11
Ketidakhadiran Aktiviti kokurikulum 4.11.1 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum perlu mengemukakan surat perakuan tidak sihat daripada doktor awam/swasta. 4.11.2 Ketidakhadiran aktiviti kokurikulum selama 2 kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan surat tunjuk sebab, dan jika masih ingkar tindakan disiplin akan dikenakan oleh bahagian Hal Ehwal Murid.
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 5
5.0
Penilaian Aktiviti Kokurikulum PPU 5.1
5.2
Penilaian Aktiviti Kokrikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan : a.
Kehadiran
b.
Jawatan disandang
c.
Penglibatan
d.
Pencapaian
Gred Keseluruhan 5.2.1
Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang disertai pelajar berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan kokurikulum yang dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi yang tertinggi. Contoh :
5.2.2
Jumlah Markah Persatuan Badan Beruniform Jumlah Markah Persatuan / Kelab Jumlah Markah Sukan / Permainan
: : :
79 68 85
Markah purata ialah
: :
( 79+85 ) / 2 82
Markah bonus ( Ketua Pengawas / Pelajar )
:
8
Markah keseluruhan
: :
82 + 8 90
Gred Keseluruhan
:
A
Gred Penilaian Kegiatan KoKurikulum 4.2.2.1 Gred Penilaian seperti :
berikut: GRED A B C D E
MARKAH Antara 80 hingga 100 Antara 60 hingga 79 Antara 40 hingga 59 Antara 20 hingga 39 19 ke bawah
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 6
5.2.3
Markah Bonus
5.2.3.1 Markah Bonus diberikan berdasarkan : a.
Jawatan Kepimpinan i.
Perjawatan Peringkat Sekolah Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Presiden MPP dan sebagainya.
ii
Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah Sukan dan sebagainya.
iii. Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya 5.2.3.2 Pengiraan 10% Markah Kemasukan Ke IPTA =
Markah Keseluruhan x 10 100
Contoh Kiraan Markah 10% :
5.3
= =
Markah 10%
=
80 80 x 10 100 8.0
Peserta Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) : 5.3.1
5.4
Markah Keseluruhan
Pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti PLKN, boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, pelajar mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi pelajar didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah atau 60/100 x 10 = 6 ( pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia)
Pelaksanaan Penilaian : 5.4.1
Penilaian kokurikulum boleh dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian Kokurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Langkah ini memudahkan peyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya pelajar berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke IPTA.
5.4.2
Pihak PPU hendaklah membentuk Jawatankuasa Penilai yang terdiri daripada tenaga pengajar PPU dan dipengerusikan oleh GPK PPU.
5.4.3
Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru penasihat sebelum disahkan oleh GPK PPU
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 7
6.0
7.0
Khidmat Masyarakat 6.1
Merupakan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat atau melibatkan agensi luar
6.2
Penglibatan dalam bentuk projek atau kajian kumpulan yang dirancang dan dikendalikan oleh pelajar dan dikawal selia oleh penyelia projek.
6.3
Program ini memerlukan satu kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas kerja/kertas konsep yang mendapat kelulusan dari pihak sekolah.
6.4
Program ini membantu meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.
6.5
Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti atau projek yang mengandungi komponen perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan.
6.6
Komponen tersebut diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
6.7
Setiap pelajar perlu melaksanakan khidmat masyarakat ini sekurang-kurangnya 3 jam sepanjang sesi pengajian ( Semester 1 dan 2 sahaja )
6.8
Setiap pelajar diwajibkan melaksanakan tempoh khidmat masyarakat ini sebagai prasyarat tamat pengajian atau digraduasikan ( syarat graduasi ) pada majlis mini konvokesyen ( Majlis Graduasi )
Penutup : Pengoperasian Kokurikulum PPU yang dirancang ini adalah selaras dengan penstrukturan dan penjenamman semula Tingkatan 6, yang mempunyai standardnya tersendiri sesuai dengan tranformasi pendidikan negara khususnya pendidikan pra Universiti. Dasar ini dirangka
sebagai panduan serta penyelarasan untuk guru-guru PPU menggerakkan kegiatan kokurikulum agar lebih terancang dan berfokus.
Disediakan Oleh :
Disemak dan Disahkan Oleh :
EN. JUMALI BIN RASIKUN Kokurikulum PPU
PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 8
Lampiran 1
PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUNAN
2012 MINGGU
TARIKH
AKTIVITI KOKURIKULUM
CATATAN
SEMESTER 2 1
02-06/01/2012
Perancangan Aktiviti Kokurikulum
2
09-13/01/2012
10/01/2012 : Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah 11/01/2012 : Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah
3
16-20/01/2012
16/01/2012 : Mesyuarat Agung Rumah Sukan 18/01/2012 : Mesyuarat Agung Unit Uniform 19/01/2012 : Mesyarat Agung Kelab / Persatuan
4
23-27/01/2012
CUTI TAHUN BARU CINA
5
30/01-02/02/12
30/01/2012 : Kursus Dalaman JK Tertinggi UU/KP/RS 02/02/2012 : Larian Sekolah
6
06-10/02/2012
08/02/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 09/02/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 2
7
13-17/02/2012
15/02/2012 : Aktiviti Kelab Setia 16/02/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 2
8
20-24/02/2012
22/02/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 23/02/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 3
9
27/02-02/03/12
29/02/2012 : Aktiviti Kelab Setia 01/03/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 3
10
05-09/03/2012
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1
Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum SMKST
Perjumpaan 1
10-18/03/2012 : CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
11
19-23/03/2012
21/03/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 22/03/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 4
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 9
26-30/03/2012
28/03/2012 : Aktiviti Kelab Setia 29/03/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 4
02-06/04/2012
04/04/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 05/04/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 5
09-13/04/2012
11/04/2012 : Aktiviti Kelab Setia 12/04/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 5
16-20/04/2012
18/04/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 19/04/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 6
23-27/04/2012
25/04/2012 : Aktiviti Kelab Setia 26/04/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 6
17
30/04-04/05/12
02/05/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 03/05/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 7
18
07-11/05/2012
09/05/2012 : Aktiviti Kelab Setia 10/05/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 7
12
13
14
15
16
19
14-18/05/2012
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2
20
21-25/05/2012
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 22/05-10/06//2012 : CUTI SEMESTER 2 SEMESTER 3
21
11-15/06/3012
21/03/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 22/03/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
22
18-22/06/2012
20/06/2012 : Aktiviti Kelab Setia 21/06/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 8
23
25-29/06/2012
27/06/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 28/06/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 9
24
02-06/07/2012
04/06/2012 : Aktiviti Kelab Setia 05/06/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 9
25
09-13/07/2012
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 3
26
16-20/07/2012
27
23-27/07/2012
18/07/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 19/07/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton 25/07/2012 : Aktiviti Kelab Setia 26/07/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 8
Perjumpaan 10
Perjumpaan 10
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 10
28
30/07-03/08/12
01/08/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 02/08/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
29
06-10/08/2012
08/08/2012 : Aktiviti Kelab Setia 09/08/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 11
13-17/08/2012
15/08/2012 : Aktiviti Persatuan Pengajian Am dan Kelab Pencinta Filem 16/08/2012 : Aktiviti Kelab Petanq dan Kelab Badminton
Perjumpaan 12
30
Perjumpaan 11
18-26/08/2012 : CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 3 29/08/2012 : Aktiviti Kelab Setia 30/08/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
31
27-31/08/2012
Perjumpaan 12
32
03-07/09/2012
33
10-14/09/2012
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 )
34
17-21/09/2012
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 )
35
24-28/09/2012
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 3 ( PERCUBAAN STPM 2012 )
36
01-05/10/2012
37
08-12/10/2012
10/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 11/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 13-14
38
15-19/10/2012
17/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 18/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 15-16
39
22-26/10/2012
24/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM 25/10/2012 : Aktiviti Persatuan JPAM
Perjumpaan 17-18
40
29/10-02/11/12
41
05-09/11/2012 CUTI AKHIR TAHUN ( 10 NOVEMBER 2012 - 01 JANUARI 2013 ) - 53 HARI
Waktu Rasmi Aktiviti Kokurikulum PPU : 1. Hari Rabu : 2. Hari Khamis :
1.15 tengahari - 3.00 petang 2.30 petang - 4.30 petang
PPU Mercu Gerbang IPT SMKST Merealisasikan Tranformasi Pendidikan Negara
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 11
Lampiran 2
Tugas-tugas Guru Kokurikulum PPU
1.
Guru kokurikulum berperanan sebagai penyelaras kokurikulum PPU dan bersama guru-guru PPU menggerakkan aktiviti kokurikulum.
2.
Sebagai penyelaras kokurikulum PPU, maka guru kokurikulum PPU bertanggungjawab sebagaimana berikut : i.
Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan enam.
ii.
Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum pelajar tingkatan enam.
iii.
Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.
iv.
Mendokumentasikan segala perjalanan, aktiviti, surat menyurat dalam fail induk pengurusan kokurikulum tingkatan enam.
v.
Membuat perancangan tahunan aktiviti kokurikulum untuk dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan tingkatan enam.
vi.
Membuat laporan tahunan / setengah tahun aktiviti kokurikulum tingkatan enam.
vii.
Bersama-sama guru penasihat sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform menggerakkan aktiviti kokurikulum pelajar PPU.
viii.
Berbincang dengan GPK PPU untuk membuat anggaran perbelanjaan dalam setiap program yang dirangka dan dijalankan.
ix.
Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pengetua dan GPK PPU dari masa ke semasa.
x.
Memastikan perjalanan program mengikut masa yang telah ditetapkan.
xi.
Mengemaskini maklumat dan melaporkan kepada Pengetua dan GPK PPU.
xii.
Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam program yang dianjurkan oleh MSSMM, JPM danPPD.
xiii.
Menyelaras dan menguruskan pertandingan-pertandingan yang disertai .
Dasar Pengoperasian Kokurikulum PPU | 12