DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
1.
KONSEP, MATLAMAT DAN STRATEGI PELAKSANAAN
KONSEP Pada asasnya kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa ;
i.
Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
ii.
Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan;
iii.
Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri;
iv.
Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan negara;
v.
Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
MATLAMAT Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah matlamat utama aktiviti kokurikulum. Matlamat aktiviti kokurikulum yang hendak dicapai adalah ;
i.
Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
ii.
Pengukuhan interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar di sekolah;
iii.
Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam matlamat aktiviti kokurikulum yang diceburi;
iv.
Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta peluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu ;
v.
Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri ;
vi.
Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan hasrat Rukunegara ;
vii.
Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar ;
viii.
Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat;
ix.
Mewujudkan sekolah berwatak
STRATEGI Bagi mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannnya ; i.
Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan aktiviti kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah ;
ii.
Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
iii.
Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, di mana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
iv.
Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.
v.
Melibatkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-guru (PIBG) dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
vi.
Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.
vii.
Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
viii.
Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.
ix.
Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
x.
Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.
STATUS PELAKSANAAN Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokorikulum di sekolah adalah wajib. [ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ]
Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM5000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. [ Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ] Dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500.00) sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. [ Subseksyen 135(2) Akta 550 ] 2.
3.
4.
JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH Pengerusi
:
Guru Besar
Naib pengerusi
:
Penolong Kanan Pentadbiran & Penolong Kanan HEM
Setiausaha
:
Penolong Kanan Kokurikulum
AJK
:
Tiga orang penyelaras
JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH Pengerusi
:
Guru Besar
Naib pengerusi
:
Penolong Kanan Pentadbiran & Penolong Kanan HEM
Setiausaha
:
Penolong Kanan Kokurikulum
AJK
:
Tiga orang penyelaras Semua Guru Penasihat
JADUAL WAKTU KOKURIKULUM 4.1
Badan Beruniform
:
Hari Isnin, jam 3.00 – 5.00 petang Hari Khamis, jam 3.00 – 5.00 petang Hari Jumaat, jam 1.30 – 3.00 petang
4.2
Kelab / Persatuan
: :
Hari Selasa, jam 3.00 – 5.00 petang Hari Rabu, jam 3.00 – 5.00 petang
4.3
Sukan dan permainan
:
Hari Rabu, jam 3.00 – 5.00 petang Hari Khamis, jam 3.00 – 4.00 petang
5.
PENGLIBATAN PELAJAR / KEAHLIAN 5.1
Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29) bertarikh 2 Januari 1985 menyatakan ; „Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.
5.2
6.
7.
Selaras dengan surat pekeliling ini dasar kokurikulum sekolah adalah : setiap pelajar Tahun 3, 4 , 5 & 6 wajib menyertai kegiatan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
PENGURUSAN KELAB / PERSATUAN 6.1
Semua aktiviti kokurikulum mesti direkod dalam Kad Rekod Kokurikulum yang disediakan. Semua butir dalam kad rekod tersebut perlu diisi dengan lengkap mengikut format yang disediakan.
6.2
Pada setiap perjumpaan, kad rekod ini hendaklah diserahkan kepada Guru penasihat untuk ditandatangani.
6.3
Semua kelab / persatuan diwajibkan membuat Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi (PSPTPO 2015) dan dihantar “hard copy” dan “soft copy” sebelum cuti pertengahan Semester 1.
KEKERAPAN AKTIVITI KOKURIKULUM 7.1
Aktiviti-aktiviti kokurikulum hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan dengan jumlah masa yang tidak kurang daripada 1 jam dan tidak melebihi 2 jam bagi setiap perjumpaan.
7.2
Bilangan minimum aktiviti atau perjumpaan dalam satu tahun akademik adalah berdasarkan polisi 12, 12, dan 18 untuk kelab/persatuan, sukan/permainan dan badan beruniform masing-masing.
7.3
Peraturan ini DIKECUALIKAN bagi Badan Beruniform / Kelab Dan Persatuan / Sukan Dan Permainan yang mempunyai perancangan / program tahunan sendiri.
7.4
Setiap aktiviti atau perjumpaan WAJIB dihadiri oleh Guru Penasihat.
7.5
Aktiviti atau perjumpaan yang tidak dihadiri oleh Guru Penasihat dianggap tidak sah atau tidak diiktiraf. Sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya berlaku akan menjadi tanggungjawab guru penasihat berkenaan.
8.
7.6
Guru Penasihat perlu membuat catatan dalam Fail Kehadiran Kokurikulum selepas mengadakan setiap aktiviti kokurikulum.
7.7
Fail Rekod kokurikulum juga perlu dibawa dan dilengkapkan setiap kali mengadakan aktiviti.
PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 8.1
Aktiviti Sekolah
1. Aktivit-aktiviti di kawasan sekolah yang melibatkan kemudahan, harta dan peralatan sekolah seperti perkhemahan, Kem Tahunan dan pertandingan perlu mendapat kebenaran Guru. 2. Surat Permohonan mesti melalui Guru Penasihat dan Guru Penasihat perlu berjumpa dengan Guru Besar untuk menjelaskan aktiviti tersebut. 3. Semua acara / aktiviti, harta dan peralatan sekolah yang diperlukan dalam kegiatan tersebut perlu disenaraikan dan direkod dengan jelas. 4. Selepas digunakan, pastikan semua kemudahan atau peralatan tersebut dikembalikan dan berada dalam keadaan asalnya. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak sekolah dengan segera. 5. Kebenaran ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum seseorang pelajar dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah, perkhemahan, yang melibatkan pelajar bermalam atau aktiviti yang berisiko tinggi. 6. Surat kebenaran ibu/bapa/penjaga yang dikeluarkan oleh sekolah hendaklah diisi dan disimpan dalam fail khas di dalam Bilik Penolong Kanan Kokurikulum. 7. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar hendaklah diberi keutamaan dan pembelian insuran berkumpulan adalah digalakkan untuk aktiviti seperti lawatan atau perkhemahan. 8.2
Pertandingan Antara Kelas / Rumah Sukan
1. Kelab Sukan / Permainan digalakkan menganjurkan sukan antara kelas / Rumah sukan sebagai salah daripada aktiviti tahunan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat baru bagi mewakili sekolah pada masa depan. 2. Sekiranya memerlukan peruntukan sekolah untuk membeli hadiah atau pingat, Guru penasihat perlu mencatatkan perbelanjaan ini dalam Anggaran Perbelanjaan Tahunan masing-masing untuk diluluskan oleh Guru Besar. Perbelanjaan yang tidak dirancang tidak akan dilayan.
3. Pertandingan antara ahli kelab hendaklah dibiayai oleh tabung kelab. Guru Penasihat mesti menyelia perbelanjaan tersebut. 4. Kelab yang ingin menganjurkan pertandingan yang terbuka kepada semua pelajar dan mengutip yuran penyertaan perlu mendapat kelulusan Guru Besar.
8.3 Pertandingan Antara Sekolah 1. Kelulusan Guru Besar hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang pertandingan menggunakan nama sekolah. 2. Guru Penasihat yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk pasukan sekolah perlu membuat perancangan dalam pemilihan ahli pasukan dan mengadakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian. 3. Pasukan yang tidak bersedia dan tidak mendapat latihan mencukupi tidak akan dibenarkan mengambil bahagian. 4. Segala anggaran perbelanjaan hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk mendapat kelulusan Guru Besar sekurang-kurangnya DUA MINGGU sebelum tarikh pertandingan. 5. Sebarang pertandingan WAJIB diketuai oleh seorang Guru Penasihat / Jurulatih. 6. Kebenaran ibu / bapa / penjaga hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum seseorang pelajar dibenarkan mengikuti pertandingan di luar kawasan sekolah. 7. Pelajar yang mewakili sekolah dan pasukan MSS Bahagian atau Negeri/Negara hendaklah dimaklumkan kepada Guru Kelas oleh Guru Penasihat / Penolong Kanan Kokurikulum. Dengan adanya pengesahan daripada pihak sekolah, pelajar tersebut dianggap sebagai hadir ke sekolah pada hari tersebut. Guru Kelas perlu menandakan HADIR dalam Buku Kedatangan kelas. 8. Pelajar yang terpilih mewakili sekolah, MSS Bahagian Sarikei, Negeri / Negara boleh diberi kelonggaran daripada menyertai aktiviti kokurikulum yang lain sepanjang tempoh latihan dan pertandingan. Mereka dianggap hadir dengan kebenaran bagi aktiviti tersebut.
8.4 Aktiviti Anjuran Institusi Luar 1. Sebarang perkara / aktiviti yang melibatkan pihak / institusi luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Guru Penasihat mesti berjumpa Guru Besar untuk berbincang tentang butir-butir aktiviti tersebut.
2. Prasyarat untuk kelulusan Guru Besar ialah kebenaran ibu/bapa/penjaga. Surat kebenaran ibu/bapa/penjaga yang dikeluarkan sendiri oleh institusi yang terlibat hendaklah diisi dengan lengkap. 3. Satu salinan surat tersebut hendaklah disimpan dalam fail khas di dalam Bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
8.5
Lawatan
1. Kelab / Persatuan yang ingin mengadakan lawatan ke luar dari bandar Sarikei perlu mendapat kebenaran Guru Besar dan melengkapkan butir-butir lawatan dalam. 2. Borang PS 1 ini mesti dilengkapkan dan dihantar kepada PK KK SEBULAN sebelum lawatan. 3. Borang tersebut perlu dihantar dan diterima oleh Jabatan Pendidikan Sarawak, Kuching TIGA MINGGU sebelum lawatan.
8.6 Lain-Lain 1. Kelab / Persatuan yang menggunakan Blok / kelas-kelas tertentu seperti tercatat dalam Jadual Kekerapan Kegiatan Kokurikulum bertanggungjawab memastikan kebersihan, kerusi dan meja dikembalikan mengikut bilangan asalnya selepas digunakan.
8.7
Peralatan Sukan Dan Permainan
1. Semua peralatan sukan & permainan yang dibeli oleh pihak sekolah adalah menjadi milik sekolah. Oleh itu, semua pelajar berhak untuk menggunakan kemudahan ini. 2. Peralatan yang dipinjam mesti digunakan dengan baik, mengikut peraturan permainan dan di bawah penyeliaan Guru Penasihat Kelab / Persatuan masing-masing.. Selepas digunakan, pastikan peralatan tersebut dikembalikan dan berada dalam keadaan asalnya. 3. Segala kerosakan perlu dilaporkan oleh Guru Penasihat kepada Penolong Kanan KK atau Guru Besar. 4. Guru Penasihat yang menyimpan peralatan di atas perlu mencatatkannya dalam inventori. 5. Peralatan yang rosak atau tidak dapat digunakan lagi mesti diserah balik kepada Penolong Kanan KK sebelum peralatan baru dapat diperolehi.
8.8
Laporan Aktiviti Kokurikulum
a.
Laporan Pertandingan
b.
Perlu dibuat oleh guru yang bertanggungjawab terhadap pasukan sekolah. Pelajar yang mewakili peringkat Daerah / Bahagian / Negeri / Negara juga perlu dibuat laporan. Perlu dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum SEMINGGU selepas pertandingan tamat.
Laporan Tahunan Dibuat sekali setahun dalam 1 salinan untuk dimuatkan dalam Laporan Tahunan Sekolah.
c.
Perkara-perkara yang perlu dimuatkan dalam laporan ini ialah : 1. Nama Kelab / Persatuan 2. Guru Penasihat 3. Ahli Jawatankuasa 4. Bilangan Ahli 5. Bilangan Mesyuarat 6. Bilangan Aktiviti 7. Laporan Aktiviti 8. Pencapaian atau Kejayaan Kelab / Persatuan 9. Penambahbaikan 10. Gambar-gambar Aktiviti
Laporan Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Semua peruntukan kokurikulum termasuk Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKKS), Bantuan Sukan Sekolah (BSS) dan Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan (BBTP) daripada KPM disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang (KWK) sekolah untuk kegunaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang tahun. 1. 1.1 1.1.1
1.1.2
1.1.3
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) Latar belakang Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum murid. Sehingga tahun 2010, kadar BKK bagi sekolah rendah secara puratanya ialah RM10.00 seorang murid setahun dan bagi sekolah menengah RM12.00 seorang murid setahun. Mulai tahun 2011, KPM telah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Selaras dengan itu, peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan daripada BKK dan Bantuan Sukan Sekolah (BSS) diwujudkan. Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid daripada peruntukan BKK bagi aktiviti Sukan dan Permainan diambil dan dimasukkan di bawah BSS.
1.2 1.2.1
1.2.2
1.3 1.3.1 1.3.2
Maksud Belanja Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BKK adalah meliputi aktiviti: - Pasukan Badan Beruniform (PBB); - Kelab dan Persatuan (tidak termasuk kelab Sukan dan Permainan); dan - Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling [20% ]serta kecemerlangan akademik [80%]). Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para 2.1 adalah seperti berikut: - pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan; - urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; - perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; - pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah; - pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); - pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan - pembelian hadiah aktiviti. Kelayakan Murid & Kadar Tuntutan BKK layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. Kadar BKK yang layak dituntut oleh sekolah untuk tempoh satu adalah seperti berikut :
Kadar Setahun Enrolmen (murid)
Kategori Sekolah
Rendah
2. 2.1 2.1.1
1 - 50
51 - 100
101 - 150
151 dan ke atas
RM400 sebuah sekolah
RM800 sebuah sekolah
RM1,200 sebuah sekolah
RM8 seorang murid
Bantuan Sukan Sekolah (BSS) Latar Belakang Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Melalui dasar ini, Bantuan Sukan Sekolah (BSS)
2.1.2
2.1.3
2.2 2.2.1
2.2.2
2.3 2.3.1 2.3.2
telah diwujudkan mulai tahun 2011 bagi membiayai aktiviti sukan dan permainan murid. Selaras dengan itu, peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) dan BSS diwujudkan. Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM2.00 seorang murid daripada peruntukan BKK bagi aktiviti sukan dan permainan diambil dan dimasukkan di bawah BSS. Selain itu, Kerajaan turut menambah peruntukan sebanyak RM2.00 (Rendah) seorang murid bagi memperkukuhkan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Maksud Belanja Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan BSS adalah meliputi aktiviti: - Kejohanan sukan tahunan sekolah; - Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa; - Karnival permainan antara rumah, kelas, tingkatan dan sebagainya; dan - Program-program sukan lain sepanjang tahun. Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para 2.1 adalah seperti berikut: - pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan; - kursus pendedahan sukan dan permainan kepada murid; - urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; - penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; - pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah; - pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); - pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan - pembelian hadiah aktiviti. Kelayakan Murid & Kadar Tuntutan BSS layak dituntut bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. Kadar BSS yang layak dituntut oleh sekolah untuk murid adalah seperti berikut: Kadar Setahun Enrolmen Murid (orang)
Kategori Sekolah
Rendah
1 - 50
51 - 100
101 - 150
151 dan ke atas
RM200 sebuah sekolah
RM400 sebuah sekolah
RM600 sebuah sekolah
RM4 seorang murid
3. 3.1 3.1.1
3.1.2
3.2 3.2.1
3.2.2
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) Latar Belakang Mulai tahun 2012, Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan Bayaran Tambahan Persekolahan yang sebelum ini dikenakan kepada setiap ibu bapa/penjaga murid dan perlu dijelaskan pada awal tahun persekolahan. Ia merangkumi perbelanjaan bagi beberapa perkara yang dianggap sebagai perkhidmatan dan kemudahan tambahan di sekolah. Langkah Kerajaan tersebut adalah sebagai salah satu usaha ke arah merealisasikan hasrat menjadikan sistem pendidikan di Malaysia diberikan secara percuma. Dengan pemansuhan tersebut, Kerajaan bersedia menanggung keseluruhan kos bayaran tambahan yang terlibat untuk setiap murid prasekolah, sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melalui pemberian Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP). Kategori dan Maksud Belanja Terdapt 6 kategori perbelanjaan yang dibenarkan di bawah BBTP iaitu Kokurikulum, Kertas Ujian Dalaman, Sukan Tahunan Sekolah, Kegiatan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Yuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan Insrans Takaful. Untuk setiap kategori perbelanjaan tersebut, maksud perbelanjaan secara terperinci dalam jadual di bawah: Jadual 8: Maksud Belanja Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan BIL A.
KATEGORI BELANJA Kokurikulum
MAKSUD BELANJA Perbelanjaan yang meliputi aktiviti: - Pasukan badan beruniform (PBB); - Kelab dan persatuan (tidak termasuk kelab sukan dan permainan); dan - Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik). Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan pelaksanaan aktiviti di atas adalah seperti berikut: - urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; - perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; - pembelian dan penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah;
-
-
pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan pembelian hadiah aktiviti.
B.
Kertas Ujian Dalaman
Perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna untuk penyediaan kertas ujian dalaman dan lembaran kerja.
C.
Sukan Tahunan Sekolah
Perbelanjaan bagi menampung pengelolaan sukan tahunan sekolah seperti: - urusan makan minum, sewaan dan pengangkutan; - perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; - pembelian cenderahati, pingat dan piala; dan - bayaran kepada pengadil luar. Sekiranya peruntukan masih berbaki setelah sukan tahunan sekolah dilaksanakan, baki tersebut dibenarkan dibelanjakan untuk aktiviti sukan yang lain.
D.
Kegiatan Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
Aktiviti berkaitan pendidikan Islam (bagi murid beragama Islam) dan aktiviti berkaitan pendidikan moral (bagi murid bukan beragama Islam). Perbelanjaan yang meliputi: - urusan makan minum, sewaan dan pengangkutan; - perolehan/penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; dan - bayaran kepada penceramah luar.
E.
F.
Yuran Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia (MSSM) Insurans Takaful
Perbelanjaan bagi pengelolaan kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Setiap murid warganegara Malaysia yang berdaftar di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan mulai 1 Januari tahun semasa sehingga 31 Disember tahun yang sama akan dilindungi secara automatik sepanjang tempoh tersebut. Perlindungan adalah 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.
3.3 3.3.1 3.3.2
3.3.3
Kelayakan Murid dan Kadar Tahun BBTP layak dituntut oleh sekolah bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan sahaja. Murid bukan warganegara Malaysia tidak layak menuntut bantuan ini. Pengurus sekolah hendaklah mengutip bayaran ini daripada ibu bapa/penjaga murid bukan warganegara mengikut arahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan yang berkuatkuasa. Bayaran bagi Yuran MSSM dan Insurans Takaful yang diterima daripada murid bukan warganegara hendaklah diuruskan sendiri oleh pihak sekolah kepada JPN dan cawangan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang berdekatan. Kadar BBTP yang layak dituntut oleh sekolah untuk setiap murid bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah RM24.50.
Jadual 9: Kadar Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan
Bil.
Kategori Belanja
Kadar Seorang Murid Sekolah Rendah Setahun (RM)
i.
Kokurikulum
3.00
ii.
Kertas Ujian Dalaman
6.00
iii.
Sukan Tahunan Sekolah
6.00
iv.
Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
6.00
v.
Yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
2.00
vi.
Insurans Takaful
1.50
Jumlah
24.50
d.
Badan Beruniform / Kelab dan Persatuan / Sukan dan Permainan yang mengenakan yuran kepada ahlinya, mempunyai sumber kewangan / pendapatan sendiri atau mendapat peruntukan / sumbangan daripada pihak sekolah atau pihak lain perlu mencatatkan perbelanjaan tersebut dalam Penyata Kewangan Semasa dan dirumuskan dalam Penyata Kewangan Tahunan yang terdapat dalam Rekod Kokurikulum.
Laporan Aktiviti Utama
Kelab / Persatuan yang mengadakan aktiviti utama seperti Perkhemahan Tahunan, Bulan Bahasa, Pameran, Pertandingan Antara Kelas, kuiz atau aktiviti melibatkan semua pelajar diminta membuat laporan dalam bentuk Kertas Kerja. 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Inventori Kewangan Pelan Tindakan / PS-PT-PO Pelaksanaan Penilaian dan penambahbaikan Rumusan
DIMENSI III ; PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN (2006) SUBELEMEN 8.2 : PENGURUSAN PROGRAM KOKURIKULUM 8.2.1 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah No.
ITEM 0
(a)
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah berfungsi dengan ; i. menetapkan dasar pelaksanaan kokurikulum ii mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa iii menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan iv melibatkan Pengetua, semua guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Penyelaras Sukan & Permainan, Penyelaras Unit Beruniform dan Penyelaras Kelab & Persatuan v menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi bidang kokurikulum vi membuat ketetapan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah-masalah pelaksanaan kokurikulum vii merancang program, projek dan aktiviti kokurikulum viii menyelaras pelaksanaan program, projek dan aktiviti kokurikulum ix memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti kokurikulum sekolah x melaksanakan penambahbaikan ke atas program, projek dan aktiviti kokurikulum sekolah Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 8.2.1
SKOR SEKOLAH 1 2 3 4
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
–mata pelajaran yang diajar di sekolah, -hobi dan rekreasi No. ITEM SKOR SEKOLAH 0 1 2 3 4 (a) Pihak Pengurusan Sekolah merancang program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan mengambil kira ; i. perancangan strategik
8.2.2 Persatuan*
ii sukatan pelajaran dan perlembagaan kelab dan persatuan akademik iii pengukuhan kurikulum (apa-apa yang dipelajari di bilik darjah) iv potensi dan minat murid v pembangunan sahsiah murid (b)
Pihak Pengurusan Sekolah melaksanakan program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan ; i memastikan setiap murid menganggotai kelab dan persatuan ii mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan iii memanfaatkan kemudahan yang ada secara optimum iv mengambil kira pembangunan sahsiah murid
(c)
Pihak Pengurusan Sekolah memantau program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan ; i merancang jadual penyeliaan ii melibatkan Pengetua / semua Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang iii menyelia dan menilai semua guru dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian iv merekod hasil penyeliaan atau penilaian
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
v membincangkan hasil penyeliaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah vi menggunakan maklum balas sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan dan penambahbaikan aktiviti kelab dan persatuan akademik (d) Guru penasihat kelab dan persatuan akademik menilai program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan akademik dengan ; i merujuk perancangan program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan ii merujuk pelaksanaan program, projek, dan aktiviti kelab dan persatuan iii membuat penilaian impak iv mengambil tindakan penambahbaikan Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 8.2.2
8.2.3
Badan Beruniform Atau Persatuan Lain Yang Diluluskan Oleh Pendaftar*
No.
ITEM 0
(a)
Pihak Pengurusan Sekolah merancang program, projek dan aktiviti kelab dan persatuan dengan mengambil kira ; i. perancangan strategik ii sukatan pelajaran dan perlembagaan badan beruniform iii pengukuhan kurikulum (apa-apa yang dipelajari di bilik darjah) iv potensi dan minat murid v pembangunan sahsiah murid
(b)
Pihak Pengurusan Sekolah melaksanakan program, projek dan aktiviti badan beruniform dengan ; i memastikan setiap murid menganggotai badan beruniform ii mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan iii memanfaatkan kemudahan yang ada secara optimum iv mengambil kira pembangunan sahsiah murid
(c)
Pihak Pengurusan Sekolah memantau program, projek dan aktiviti badan beruniform dengan ; i merancang jadual penyeliaan ii melibatkan Pengetua / semua Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang iii menyelia dan menilai semua guru dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian iv merekod hasil penyeliaan atau penilaian
SKOR SEKOLAH 1 2 3 4
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
v membincangkan hasil penyeliaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah vi menggunakan maklum balas sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan dan penambahbaikan aktiviti badan beruniform (d) Guru penasihat kelab dan persatuan akademik menilai program, projek dan aktiviti badan beruniform dengan ; i merujuk perancangan program, projek dan aktiviti badan beruniform ii merujuk pelaksanaan program, projek, dan aktiviti badan beruniform iii membuat penilaian impak iv mengambil tindakan penambahbaikan Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 8.2.3
8.2.4 Sukan dan Permainan* No.
ITEM 0
(a)
Pihak Pengurusan Sekolah merancang program, projek dan aktiviti sukan dan permainan dengan mengambil kira ; i. perancangan strategik ii sukatan pelajaran dan undang-undang sukan dan permainan iii pengukuhan kurikulum (apa-apa yang dipelajari di bilik darjah) iv potensi dan minat murid v pembangunan sahsiah murid
(b)
Pihak Pengurusan Sekolah melaksanakan program, projek dan aktiviti sukan dan permainan dengan ; i memastikan setiap murid menganggotai sukan dan permainan ii mengikut jadual pelaksanaan yang ditetapkan iii memanfaatkan kemudahan yang ada secara optimum iv mengambil kira pembangunan sahsiah murid
(c)
Pihak Pengurusan Sekolah memantau program, projek dan aktiviti sukan dan permainan dengan ; i merancang jadual penyeliaan ii melibatkan Pengetua / semua Guru Penolong Kanan / Penyelia Petang iii menyelia dan menilai semua guru dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian iv merekod hasil penyeliaan atau penilaian
SKOR SEKOLAH 1 2 3 4
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
v membincangkan hasil penyeliaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah vi menggunakan maklum balas sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan dan penambaikan aktiviti sukan dan permainan (d) Guru penasihat kelab dan persatuan akademik menilai program, projek dan aktiviti sukan dan permainan dengan ; i merujuk perancangan program, projek dan aktiviti sukan dan permainan ii merujuk pelaksanaan program, projek, dan aktiviti sukan dan permainan iii membuat penilaian impak iv mengambil tindakan penambahbaikan Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 8.2.4 * Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
0 Jumlah Frekuensi Subelemen 8.2 Skor Jumlah Skor Aspek 8.2
1
2
3
4
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID (2006) SUBELEMEN 12.6 PENCAPAIAN MURID DALAM KOKURIKULUM (TAHUN LEPAS) 12.6.1 Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum SKOR SEKOLAH No ITEM PENAMBAHABAIKAN 0 1 2 3 4 (a) Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat antarabangsa Skor 4 : 0.75 % dan lebih Skor 3 : 0.50 % hingga 0.74 % Skor 2 : 0.25 % hingga 0.49 % Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 0.24 % Skor 0 : 0.00 % (b)
Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat kebangsaan Skor 4 : 1.50 % dan lebih Skor 3 : 0.10 % hingga 1.49 % Skor 2 : 0.50 % hingga 0.99 % Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 0.49 % Skor 0 : 0.00 %
(c)
Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat negeri Skor 4 : 3.00 % dan lebih Skor 3 : 2.00 % hingga 2.99 % Skor 2 : 1.00 % hingga 1.99 % Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 0.99 % Skor 0 : 0.00 % Peratus murid yang menyertai aktiviti di peringkat bahagian (yang berkenaan di Sabah dan Sarawak) Skor 4 : 6.00 % dan lebih Skor 3 : 4.00 % hingga 5.99 % Skor 2 : 2.00 % hingga 3.99 % Skor 1 : lebih daripada 0.00 % hingga 1.99 % Skor 0 : 0.00 % Jumlah Frekuensi Aspek
(d)
Skor
CATATAN
Jumlah Skor Aspek 8.2.4 12.6.2 Pencapaian Murid dalam Aktiviti Kelab dan Persatuan Akademik No
SKOR SEKOLAH
ITEM
0 (a)
Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam aktiviti kelab dan persatuan akademik Skor 4 : 75.00 % dan lebih Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 % Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 % Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %
(b)
Peratus murid mendapat gred A dalam aktiviti kelab dan persatuan akademik Skor 4 : 25.00 % dan lebih Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 % Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 % Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %
(c)
Gred purata sekolah dalam aktiviti kelab dan persatuan akademik (A=1, B=2, C=3, D=4, E=5) Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00 Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00 Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00 Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00 Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 12.6.2
1
2
3
4
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
12.6.3 Pencapaian Murid dalam Aktiviti Badan Beruniform No
SKOR SEKOLAH
ITEM
0 (a)
Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam aktiviti badan beruniform Skor 4 : 75.00 % dan lebih Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 % Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 % Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %
(b)
Peratus murid mendapat gred A dalam aktiviti badan beruniform Skor 4 : 25.00 % dan lebih Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 % Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 % Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %
(c)
Gred purata sekolah dalam aktiviti badan beruniform (A=1, B=2, C=3, D=4, E=5) Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00 Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00 Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00 Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00 Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 12.6.3
..
1
2
3
4
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
12.6.4 Pencapaian Murid dalam Aktiviti Sukan dan Permainan No
SKOR SEKOLAH
ITEM
0 (a)
Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam aktiviti Sukan dan Permainan Skor 4 : 75.00 % dan lebih Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 % Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 % Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %
(b)
Peratus murid mendapat gred A dalam aktiviti Sukan dan Permainan Skor 4 : 25.00 % dan lebih Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 % Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 % Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %
(c)
Gred purata sekolah dalam aktiviti Sukan dan Permainan (A=1, B=2, C=3, D=4, E=5) Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00 Skor 3 : GPS 2.01 hingga 3.00 Skor 2 : GPS 3.01 hingga 4.00 Skor 1 : GPS 4.01 hingga 5.00 Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 12.6.4
..
1
2
3
4
PENAMBAHABAIKAN
CATATAN
12.6.4 Pencapaian Murid Keseluruhan Aktiviti Kokurikulum No ITEM
SKOR SEKOLAH
0 (a)
Peratus murid yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam keseluruhan aktiviti kokurikulum Skor 4 : 75.00 % dan lebih Skor 3 : 50.00 % hingga 74.99 % Skor 2 : 25.00 % hingga 49.99 % Skor 1 : 0.00 % hingga 24.99 %
(b)
Peratus murid mendapat gred A dalam semua aktiviti kokurikulum Skor 4 : 25.00 % dan lebih Skor 3 : 16.68 % hingga 24.99 % Skor 2 : 8.34 % hingga 16.67 % Skor 1 : 0.00 % hingga 8.33 %
(c)
Gred purata sekolah dalam keseluruhan aktiviti kokurikulum (A=1, B=2, C=3, D=4, E=5) Skor 4 : GPS 1.00 hingga 2.00 Skor 4 : GPS 2.01 hingga 3.00 Skor 4 : GPS 3.01 hingga 4.00 Skor 4 : GPS 4.01 hingga 5.00
1
2
3
PENAMBAHABAIKAN
4
Jumlah Frekuensi Aspek Skor Jumlah Skor Aspek 12.6.4 .. Jumlah Frekuensi Subelemen 12.6 Skor Jumlah Skor Aspek 12.6
0
1
2
3
4
CATATAN
SENARAI SEMAK FAIL REKOD KOKURIKULUM BIL
ASPEK
1
Pelan Strategik, Taktikal & Operasi (PSPTPO)
2
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) – Dimensi III & IV
3
Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998
4
Senarai Ahli Persatuan
5
Carta Organisasi Kelab / Persatuan
6
Pelan Tindakan
7
Senarai Ahli & Kehadiran
8
Data Keahlian
9
Penilaian Kokurikulum (Markah)
10
Rekod Aktiviti / Perjumpaan / Mesyuarat
11
Minit Mesyuarat Agung
12
Minit Mesyuarat AJK
13
Penyata Kewangan Semasa
14
Penyertaan & Pencapaian Pelajar Dalam Pertandingan
15
Rekod Aktiviti Penting (Gambar / Keratan Akhbar)
16 17
Laporan Tahunan Laporan Kewangan Tahunan
18
Perlembagaan Kelab / Persatuan
19
Minit Mesyuarat JK Kokurikulum Sekolah
20.
Sukatan / Kurikulum Kelab / Persatuan
21.
Surat Permohonan Menubuhkan Kelab / Persatuan
22.
Surat Kebenaran Penubuhan Kelab / Persatuan
23.
Surat Kebenaran Mengutip Yuran
ADA
TIDAK
CATATAN
9.
PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM Mengikut SPI KPM, semua pelajar Tahun 3, 4, 5 & 6 adalah diwajibkan melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya tiga jenis kegiatan kokurikulum. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar pada masa kini masih perlu digalakkan melalui pengurusan yang lebih cekap. 9.1 Bil 1 2 3
Data Keahlian Kegitan Kokurikulum Sekolah 2015 Kegiatan
Bilangan Persatuan
Keahlian
Badan Beruniform Persatuan Akademik Sukan dan Permainan
5 14 6
9.2
Penetapan Sasaran
9.2.1
Bagi tahun 2015, penetapan sasaran untuk penyertaan dalam kokurikulum pada setiap peringkat adalah seperti berikut :
Peringkat Mewakili Negara (Antarabangsa) Mewakili Negeri (Kebangsaan) Mewakili Bahagian (Negeri) Mewakili Sekolah (Bahagian) Bilangan Pelajar
Sasaran 2015 2 8 20 200 230
Untuk mencapai prestasi yang cemerlang, penglibatan guru-guru dan pelajar-pelajar secara proaktif, aktif dan ‘smart’ serta penyeliaan / pemantauan yang lebih berkesan perlu dilaksanakan. Pihak sekolah juga mendapat bantuan kewangan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG sebagai wang insentif bagi pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam penglibatan kegiatan kokurikulum pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 9.2.2
Pengiktirafan dalam bentuk wang insentif untuk pelajar kecemerlangan dalam kokurikulum adalah seperti berikut : Wakil bahagian – RM30.00 Wakil negeri – RM50.00 Wakil kebangsaan – RM200.00
10.
PANDUAN PENILAIAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
10.1 Pendahuluan 10.1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
10.2
1.
Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai kegiatan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.
2.
Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.
Rasional 10.2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsurunsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.
10.2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. 10.3
Objektif
1.
Meyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
2.
Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum.
10.4
Garis Panduan Semasa Melaksanakan Penilaian Kokurikulum Sekolah
10.4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut : 10.4.1.1 Perancangan yang jelas
10.4.1.2 10.4.1.3 10.4.1.4 10.4.1.5
Tempat Penyimpanan Fail Rekod Kehadiran dan Penilaian Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.
1.
Semua murid mesti mempunyai Kad Rekod Kehadiran Kokurikulum.
2.
Penolong Kanan Kokurikulum bekerjasama dengan guru penasihat untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid.
3.
Mewujud Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.
4.
Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
5.
Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat / pemimpin.
6.
Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.
7.
Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.
10.4.2 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala. 10.5
Carta Pengurusan Penilaian Kokurikulum Sekolah
10.6
Penilaian Aktiviti Kokurikulum
10.6.1 Penilaian Kokurikulum untuk pelajar Tahun 3, 4, 5 & 6 dibuat berdasarkan Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia Edisi 2007. 10.7
Kegiatan Kokurikulum Yang Dinilai
10.8
Markah Bonus
10.9
Gred Keseluruhan
10.10 Pelaksanaan (Bagi perkara 10.5 – 10.10, sila rujuk lampiran Buku Rekod Kokurikulum Sekolah)
10.11 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Tahun 4 – Tahun 6 perlu dinilai
BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH : SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM TAHUN …2015……………… 1.
Nama Murid : ……………………………….
3. Jenis Kegiatan : …………………….
2.
Kelas : ………………………………….......
4. Jenis Aktiviti : ……………………….
ASPEK PENILAIAN
PRESTASI
AGIHAN MARKAH
KEHADIRAN
50
JAWATAN YANG DISANDANG
10
PENGLIBATAN
20
PENCAPAIAN
20 JUMLAH MARKAH GRED
Tandatangan :
……………………………………………
Guru Pemimpin :
………………………………………….
Cop Sekolah :
…………………………………….......
100
MARKAH
BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM : SEKOLAH : SJK(C) KWANG CHIEN, SARIKEI BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM 10% TAHUN …2015…………… Nama Murid : …………………………………No. Sijil lahir/K.P : ………………………………… Kelas : ……………………………………… Jantina : ………………………………… Agihan Markah
Aspek Yang Dinilai KEHADIRAN
50
JAWATAN YANG DISANDANG
10
PENGLIBATAN
20
PENCAPAIAN
20
JUMLAH MARKAH
100
I Badan Beruniform
II Kelab/ Persatuan
III Sukan/ Permainan
GRED
Jawatan bidang-bidang lain : ………………………………………………………………………………. Markah Bonus
:
GPA
:
Gred Keseluruhan
:
CGPA
:
Ulasan : ……………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………………….
Disahkan Oleh
_______________________ Tandatangan PK Kokurikulum
___________________________ Tandatangan dan Cop Guru Besar
Tanda Tandangan Ibu bapa / Penjaga : _______________ Tarikh : ___________________