KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) JAWATAN KOSONG PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 PENSYARAH (BIDANG SEJARAH) GRED DS51 JURURAWAT KLINIKAL GRED U32 PEMBANTU TADBIR GRED N17 PEREKA GRAFIK GRED B17 SYARAT-SYARAT LANTIKAN : Calon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan; dan Memperoleh Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 1. PEGAWAI PSIKOLOGI (S41) GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
S41
RM 1,909.00
RM 8,644.00
I.
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
II.
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi Pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
III.
Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
IV.
Memperoleh Kepujian dan Lulus Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. DESKRIPSI TUGAS: Bertanggungjawab di dalam memberi khidmat nasihat, merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal dan khidmat kaunseling.
2. PENSYARAH SEJARAH (DS51) GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
DS51
RM5,637.00
RM11,285.00
KELAYAKAN LANTIKAN PENSYARAH GRED DS51 I. Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau Sarjana Kepakaran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. II.
Mempunyai tahap kecermelangan akademik yang tinggi mutunya serta mempunyai pengalaman di dalam bidang; a) Penerbitan Buku atau Jurnal b) Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali didalam bidang pengajian c) Mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang berkaitan
III.
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan melaysia;
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial atau seminar, menyelia pelajar praktikal, mentadbir dan mengurus peperikaaan pelajar kolej, menyelidik dan membangunkan konsep teori serta menghadiri persidangan atau seminar.
3. JURURAWAT KLINIKAL (U32) GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
U32
RM 2,214.00
RM 5,774.00
I. Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi latihan kementerian kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; atau II. Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; atau III. Diploma kejururawatan daripada institusi-institusi pengajian tinggi swasta serta diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia IV. Memperoleh Kepujian dan Lulus Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. DESKRIPSI TUGAS: Bertanggungjawab di dalam memberi perkhidmatan seperti membantu dan mengajar pelbagai kategori pelatih kejururawatan di KUIM semasa latihan dan menyelia pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal di Hospital.
4. PEMBANTU TADBIR (N17) GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
N17
RM 928.00
RM 3,375.00
I. Memperoleh sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau II. Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; serta III. Berkebolehan mengendalikan komputer
IV. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. DESKRIPSI TUGAS: Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas pengkeranian dan operasi merangkumi tugas-tugas seperti pentadbiran am, pengurusan personnel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat dan pengendalian rekod, dokumen dan fail. 5. PEREKA GRAFIK (B17) GRED GAJI
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
B17
RM 936.00
RM 3,404.00
I. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman di dalam seni reka atau seni lukis II. Memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat kepujian didalam subjek Pendidikan Seni Visual; atau III. Memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Seni Grafik (Pereka Grafik) atau Perekabentuk multimedia (Multimedia Visual) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya IV. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. DESKRIPSI TUGAS: Bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk bahan serta peralatan yang berkaitan.
CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dibuat bersurat dan disertakan bersama : i. ii. iii. iv.
Borang Permohonan yang disediakan Salinan Ijazah / Diploma / Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan telah disahkan. Butir-butir peribadi dan salinan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkaitan hendaklah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran pasport. Permohonan hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil berkaitan kepada :
NAIB CANSELOR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA KM 45, KUALA SUNGAI BARU (UP: Unit Perjawatan)
PERKARA AM i.
Tarikh Tutup Permohonan
:
14 April 2016
ii.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.