Cara Kita Bekerja Amalan Perniagaan BT
Setakat Oktober 2013
Halaman 1
Cara Kita Bekerja: Amalan Perniagaan Kita Nilai-nilai Kita:
Cara Kita Bekerja menggariskan amalan-amalan perniagaan serta nilai-nilai kita – tingkah laku yang kita harapkan daripada semua pekerja BT. Ikut Cara Kita Bekerja dan nilai-nilai kita serta lakukan perkara yang betul. Jika ragu-ragu, bertanya. Bertindak dengan cepat jika anda merasa bimbang.
Halaman 2
Pernyataan daripada Ketua Eksekutif
Kita percaya pada kuasa komunikasi bagi menjadikan dunia ini lebih baik. Kita mengumpulkan rangkaian dan teknologi terbaik dengan kepakaran pekerja kita. Menjalinkan hubungan, mencipta peluang-peluang baru. Dengan cara ini perniagaan boleh berkembang, masyarakat boleh bersemarak, dan individu boleh mendapat lebih daripada hidup ini. Itulah perbezaan yang kita lakukan, setiap hari. Kita lakukannya secara bertanggungjawab dan berterusan. Kita bertindak dengan penuh integriti, bekerja secara beretika dan berpegang teguh pada nilai-nilai kita. Piawaian perniagaan dan dasar pekerja kita tertanam dalam prinsip-prinsip ini. Bertindak dengan penuh integriti dan bekerja secara beretika merupakan kesedaran perniagaan yang baik. Ia juga membantu kita bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Etika bukanlah sekadar mencegah tingkah laku jenayah atau korup, walaupun ia amat penting. Bertingkah laku secara beretika harus menjadi sebahagian daripada apa jua yang kita lakukan.
Reputasi kita semakin kukuh setiap kali kita berpegang teguh kepada amalan perniagaan kita. Ini mungkin bermaksud bahawa kita perlu menolak prospek perniagaan baru jika ia kelihatan seperti akan memaksa kita untuk mengorbankan prinsip kita. Satu keputusan yang sukar tetapi harus dilakukan oleh pekerja BT sekiranya ia wajar dilakukan. Jika anda tidak pasti apa yang harus dilakukan dalam situasi tertentu – sila bertanya. Beranikan diri untuk speak up jika anda bimbang suatu aktiviti itu bercanggah dengan cara kita bekerja. Bertindak dengan cepat jika anda merasa bimbang. Dokumen ini menggariskan Cara Kita Bekerja di BT. Tindakan peribadi anda membawa perubahan. Bersama-sama, kita jadikan BT sebuah tempat kerja yang membanggakan. Ini kerana, BT adalah milik kita. Gavin Patterson
Halaman 3
Temui apa yang anda perlukan
Melindungi maklumat dan aset
Pengenalan dan Ringkasan
Maklumat dan data
Halaman 21
Cara Kita Bekerja: Apakah maksudnya
Halaman 5
Aset kita
Halaman 25
Prinsip perniagaan BT
Halaman 6
Menguruskan risiko
Halaman 27
Piawaian perniagaan BT
Halaman 7 Bekerja bersama
Ke mana harus dituju
Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul
Halaman 30
Melaporkan kebimbangan
Halaman 10
Menghormati hak asasi manusia
Halaman 32
Mendapatkan nasihat
Halaman 11
Komunikasi
Halaman 34
Komitmen
Halaman 35
Bersaing secara adil
Halaman 36
Integriti peribadi dan perniagaan Mematuhi undang-undang
Halaman 14
Tempat kita di dunia
Sogokan dan rasuah
Halaman 15
Kesihatan dan keselamatan
Halaman 38
Konflik kepentingan
Halaman 17
Alam sekitar
Halaman 40
Sumbangan politik
Halaman 42
Melakukan perkara yang betul Bertanggungjawab
Halaman 44
Menyelesaikan konflik: melakukan perkara yang betul
Halaman 45
Halaman 4
Cara Kita Bekerja: Apakah maksudnya
Cara Kita Bekerja menggariskan cara kita menjalankan perniagaan di BT. Ia boleh dikenakan kepada anda dan setiap orang yang bekerja untuk BT di seluruh dunia, dalam apa jua yang kita lakukan. Ikuti Cara Kita Bekerja dan berkelakuan yang selari dengannya serta nilai-nilai kita.
Cara Kita Bekerja menggariskan prinsip dan piawaian perniagaan kita. Ia tidak meliputi setiap dasar BT yang menjadikan prinsip dan piawaian perniagaan kita suatu amalan. Anda bertanggungjawab untuk:
memahami dan mengikuti undang-undang serta butiran dasar BT yang berkaitan dengan bidang kerja, jawatan serta orang bawahan yang anda uruskan
Kita juga mengharapkan pihak ketiga, seperti kontraktor, pembekal dan ejen, turut mengikutinya dalam semua urusan mereka dengan atau bagi pihak BT.
menjalani latihan wajib yang kami sediakan agar anda memahami dan mengikuti prinsip serta piawaian perniagaan kita
Kadangkala keadaanyang berlaku menjadi rumit. Sila jelas bahawa:
mengemukakan sebarang perlanggaran yang disyaki terhadap undang-undang, Cara Kita Bekerja, atau mana-mana dasar BT yang lain. Untuk pekerja BT kami telah menyertakan pautan ke intranet bagi membantu anda mengakses maklumat dan nasihat lanjut tentang di mana boleh mendapatkan bantuan. Undang-undang tempatan anda mungkin mempengaruhi cara anda melakukannya.
jika undang-undang tempatan bercanggah dengan dasar dalam Cara Kita Bekerja dan memerlukan piawaian yang lebih tinggi, anda mesti mematuhi undang-undang jika adat atau dasar tempatan bercanggah dengan Cara Kita Bekerja dan menetapkan piawaian yang lebih rendah, sila ikut Cara Kita Bekerja.
Tidak mengikut Cara Kita Bekerja boleh memberi kesan yang sangat serius – termasuk kerosakan kepada reputasi kita, denda dan penalti yang besar, malah liabiliti jenayah kepada anda, pengurus dan/atau BT. Jika anda bekerja untuk BT dan anda tidak mematuhi Cara Kita Bekerja, kami akan menyiasat sepenuhnya dan mungkin mengambil tindakan tatatertib yang sesuai, sehingga dan termasuk pemecatan. Kami tidak dapat meliputi segala-galanya dalam Cara Kita Bekerja ini dan dalam sesetengah situasi anda perlu menggunakan pertimbangan sendiri bagi memilih tindakan yang paling sesuai. Jika ragu-ragu, bertanya. Di halaman 17, anda akan temui panduan tentang menyelesaikan konflik dan ke mana harus dituju bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terdapat bahagian tentang cara melaporkan sebarang kebimbangan (halaman 10). Jika anda fikir bahawa anda atau seseorang mungkin melanggar Cara Kita Bekerja, undang-undang atau mana-mana dasar BT, sila speak up. (Nota: hiperpautan dalam dokumen ini bertujuan untuk menghalakan pekerja BT ke lokasi-lokasi dalam dokumen ini, atau intranet korporat kita – ia dilumpuhkan dalam versi luaran dokumen ini)
Halaman 5
Prinsip perniagaan BT
Setiap orang yang bekerja dengan BT harus bertindak dengan penuh integriti, bekerja secara beretika dan menghidupkan nilai-nilai BT. Piawaian perniagaan dan dasar pekerja kita menjadi dasar kepada prinsip-prinsip ini.
perlaksanaan kita lebih berkesan, membantutkan masalah dan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan semua pemegang saham kita.
Bertindak dengan penuh Integriti
Prinsip-prinsip dalam Cara Kita Bekerja digariskan bagi memastikan setiap orang yang bekerja untuk BT berpegang teguh pada piawaian tinggi yang sama. Pada masa yang sama, ia direka bagi menghormati adat dan tradisi tempatan. Sebagai sebuah syarikat kita sentiasa ingin melakukan perkara yang betul tetapi ia tidak semestinya jelas dan mudah. Kadangkala kita perlu membuat keputusan yang sukar, menyeimbangkan isu-isu dan kepentingan yang rumit serta bercanggahan. Kita percaya tentang bersikap telus, terbuka dan jujur dalam setiap cara kita melaporkan prestasi kita: dari segi kewangan, alam sekitar dan kemasyarakatan.
Ini bermaksud berpegang teguh pada prinsip dan piawaian perniagaan kita. Integriti penting kerana kita secara semula jadi ingin melakukan perkara yang betul. Integriti juga merupakan kesedaran perniagaan yang baik untuk BT. Ia memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap perniagaan kita, yang membantu memastikan kita terus berkembang dan memberi pulangan yang sihat kepada para pemegang saham dalam jangka panjang. Bertindak dengan penuh integriti membantu kita bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Ia juga membantu kita menjadikan perancangan serta
Bekerja secara beretika
Kita mesti bersedia untuk menjustifikasi tindakan kita dan menjelaskan keputusan kita kepada mereka yang .
Menghidupkan nilai-nilai kita Nilai-nilai kita adalah teras bagi cara kita melakukan sesuatu di BT. Ia merumuskan persamaan antara kita semua, dan menjelaskan tingkah laku yang kita jangkakan daripada satu sama lain. Semua pekerja BT mesti mempertimbangkan nilai-nilai ini di samping prinsip-prinsip perniagaan lain dalam Cara Kita Bekerja dan tanya: ‘Adakah apa yang saya lakukan selari dengan cara kita melakukan sesuatu di BT?’
Halaman 6
Piawaian perniagaan BT Bagaimana semua ini sesuai bersama?
Piawaian perniagaan kita
Piawaian perniagaan BT boleh diterapkan pada prinsip perniagaan kita. Kami telah menetapkannya di sini dan setiap orang yang bekerja untuk dan bagi pihak BT seluruh dunia mesti mengikutinya. Dasar pekerja kita menggariskan peraturan terperinci untuk pekerja BT yang mengguna pakai piawaian perniagaan kita.
Integriti peribadi dan perniagaan
Prinsip Perniagaan
Bertindak dengan penuh Integriti Bekerja secara beretika Menghidupkan nilai-nilai BT
mengikuti undang-undang (Halaman 14): Kita mematuhi undangundang, kewajipan perlesenan/kebenaran dan sebarang peraturan lain
sogokan dan rasuah (Halaman 15): Kita tidak bertolak ansur dengan apa jua jenis sogokan
konflik kepentingan (Halaman 17): Kita mengelakkan kepentingan atau situasi yang berkonflik, atau mungkin kelihatan berkonflik, dengan kewajipan kita terhadap BT.
Melindungi maklumat dan aset
Piawaian Perniagaan
Dasar Pekerja
Integriti peribadi dan perniagaan Melindungi maklumat dan aset Bekerja bersama-sama Tempat kita di dunia
maklumat dan data (Halaman 21 ): Kita berhasrat untuk melindungi butiran sulit dan tertutup bagi syarikat, pekerja dan pelanggan kita
aset kita (Halaman 25): Kita melindungi jenama dan aset fizikal, kewangan serta intelek kita
menguruskan risiko (Halaman 27): Kita menguruskan risiko kepada perniagaan kita dan mempertimbangkan risiko apabila membuat keputusan.
Peraturan terperinci untuk pekerja BT yang mengguna pakai piawaian perniagaan kita
Halaman 7
Piawaian perniagaan BT (bersambung) Bekerja bersama-sama
Tempat kita di dunia
menjaga kesihatan dan keselamatan (Halaman 38): Kita prihatin dan melindungi pekerja kita serta orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti kita. Kita menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan mereka
alam sekitar (Halaman 40): Kita komited dalam mencegah pencemaran dan meminimumkan kesan operasi kita terhadap alam di seluruh dunia
sumbangan politik (Halaman 42): Kita tidak membuat sumbangan kepada mana-mana parti politik, kepada kempen mana-mana calon wakil rakyat, atau bagi menyokong mana-mana wakil rakyat.
menyelesaikan tugas dengan cara yang betul (Halaman 30): Kita menghormati satu sama lain. Kita inginkan persekitaran kerja yang membantu setiap daripada kita mencapai lebih banyak. Kita gembira bekerja di organisasi yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Kita melayan setiap orang dengan sama rata dan kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis gangguan atau prejudis. Kita menjadikan BT tempat kerja yang membanggakan
hak asasi manusia (Halaman 32): Kita menghormati maruah, kebebasan dan kesamaan setiap orang yang bekerja bersama kita. Dasar dan prosedur kita adalah berdasarkan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu
komunikasi (Halaman 34): Kita berhasrat untuk bersikap benar, membantu dan tepat dalam apa jua yang kita tulis atau katakan. Kita bercakap dengan jujur dan kita mendengar
menghargai komitmen (Halaman 35): Kita tidak membuat janji yang kita tahu tidak boleh kita tepati; kita sentiasa mendapatkan kebenaran yang sesuai sebelum membuat sebarang komitmen yang penting
bersaing secara adil (Halaman 36): Kita bersaing dengan bersungguhsungguh tetapi secara adil, bersikap jujur dan amanah dalam semua urusan kita.
Halaman 8
Ke mana harus dituju
Isi Kandungan Melaporkan Kebimbangan Mendapatkan Nasihat
Halaman 9
Melaporkan kebimbangan Walaupun BT mempunyai reputasi yang baik dari segi menjalankan perniagaan secara beretika, kita tidak boleh cepat berpuas hati. Sebagai sebahagian daripada dorongan untuk memastikan kita mengekalkan piawaian tertinggi, kita mempunyai ‘Speak Up’: talian penting yang percuma dan sulit yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang bekerja untuk BT, tanpa mengira negara mana mereka bekerja. Anda akan temui nombor untuk negara anda daripada pautan di bawah. Biasanya, cara terbaik untuk menangani masalah ialah bercakap dengan pengurus barisan anda, atau hubungi pasukan Etika (atau di
[email protected] jika anda di luar BT). Isu-isu HR harus diberitahu kepada pengurus barisan anda. Namun, terdapat beberapa keadaan di mana menghubungi talian penting ‘Speak Up’ merupakan cara yang terbaik dan/atau paling selamat bagi mengemukakan isu etika yang sensitif kepada seseorang yang tiada kaitan dengan pasukan anda.
Terdapat beberapa cara untuk melaporkan isu. Anda boleh bercakap mengenainya dengan orang sebenar, atau pun tinggalkan mel suara selamat. Atau anda juga boleh tinggalkan mesej secara dalam talian. Kami tahu anda memerlukan keberanian untuk bersuara. Kami akan lakukan apa jua yang termampu bagi menyokong serta melindungi anda. Kami tidak akan membenarkan sesiapa untuk bertindak balas terhadap anda kerana melaporkan kebimbangan dengan jujur. Jika seseorang cuba menghalang anda daripada bersuara, itu merupakan satu kesalahan tatatertib. Kami akan mengendalikannya dengan serius termasuk membuang kerja, jika sesuai - di mana-mana peringkat organisasi kita.
anda perlu cuba menyelesaikan isu itu di peringkat tempatan (sebagai contoh, dengan pengurus barisan anda) dahulu sebelum menghubungi talian penting ‘Speak Up’
anda hanya boleh melaporkan jenis isu yang tertentu kepada talian penting – seperti penipuan perakaunan, rasuah dan kesalahan alam sekitar.
Sebelum anda mendail: periksa laman web talian penting sulit untuk mendapatkan butiran nombor telefon yang perlu dihubungi di negara anda, dan untuk sebarang arahan khas.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web talian penting sulit.
Kes-kes istimewa Terdapat beberapa negara yang kita bekerja di mana:
meninggalkan mesej talian penting secara tanpa nama adalah tidak dibenarkan
Halaman 10
Mendapatkan nasihat
Jika terdapat apa-apa di dalam dokumen ini yang tidak anda fahami atau inginkan maklumat lanjut:
sila lawat laman web Cara Kita Bekerja
sila baca dasar dan prosedur pekerja tempatan anda di intranet
sila bercakap dengan pengurus barisan anda atau seseorang yang rapat dengan perniagaan anda
hubungi pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT anda boleh hubungi mereka di
[email protected]).
hubungi salah satu talian bantuan kita: –
Keselamatan: 0800 321 999 (UK): +44 1908 641 100 (di luar UK)
–
Pemerolehan dan rantaian bekalan: +44 (0)1977 592270
–
Hubungi ASK HR atau Peopleline: 0800 731 4747 (UK) atau +44 1908 358 888 (di luar UK) atau
atau hubungi ‘Speak Up’, talian penting sulit kita
jika anda ingin melaporkan sebarang kebimbangan.
Halaman 11
Tidak pasti apa harus dilakukan? Kadangkala ia tidak jelas. Tanya diri sendiri: ‘’Adakah ia selari dengan nilai-nilai dan Cara Kita Bekerja?’ ‘’Adakah saya akan berasa gembira membaca tentangnya di surat khabar?’ ‘’Adakah ia sah?’ ‘’Adakah saya selesa dengan keputusan ini?’ ‘’Bolehkah saya menjelaskan keputusan saya kepada rakan sekerja dan keluarga?’
Halaman 12
Integriti peribadi dan perniagaan
Isi Kandungan Mematuhi undang-undang Sogokan dan rasuah Konflik kepentingan
Halaman 13
Mematuhi undang-undang Kita mematuhi undang-undang, kewajipan perlesenan/kebenaran dan sebarang peraturan lain. Mematuhi undang-undang ialah asas di mana terbinanya piawaian etika kita. Kita jujur dan penuh hormat. Kita sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang, tatacara serta peraturan pada bandar, negeri dan negara di mana kita beroperasi. Anda mesti berpegang teguh pada undang-undang tempatan. Mungkin juga terdapat undang-undang yang boleh dikenakan di peringkat antarabangsa (misalnya Akta Sogokan UK 2010 atau Akta Amalan Rasuah Asing AS atau keperluan-keperluan lesen yang berkenaan. Sebagai syarikat global, BT perlu berhati-hati tentang di mana ia menjalankan perniagaan dan dengan siapa ia berniaga. Ini termasuk mematuhi embargo dan sekatan yang dikenakan terhadap negara atau sekumpulan negara, atau individu tertentu. Kita dikehendaki oleh undang-undang untuk mematuhi sekatan dan embargo di seluruh dunia. Kegagalan mematuhi sekatan dan embargo ini boleh mendedahkan BT dan diri anda kepada penalti jenayah dan pentadbiran yang berat, juga kerosakan reputasi terhadap jenama kita.
Siapa yang harus ditanya Walaupun anda tidak dijangkakan untuk
mengetahui setiap undang-undang, tatacara dan peraturan secara terperinci, anda diharap supaya mengetahui secukupnya agar anda boleh menimbangkan bila perlu mendapatkan nasihat. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang undang-undang yang mempengaruhi kerja anda, sila hubungi bahagian BT Legal.
Laporkan Jika anda bekerja untuk BT dan anda fikir anda, rakan sekerja, atau seseorang yang ada kaitan dengan BT mungkin telah melanggar undangundang, laporkannya kepada pengurus barisan anda,BT, Keselamatan BT atau ke talian penting sulit kita.
undang-undang jika saya melanggar undangundang semasa menjalankan tugas? J Boleh jadi anda, atau BT, atau kedua-duanya, dan ia boleh membawa kepada dakwaan sivil dan jenayah. Jika anda ragu-ragu, sila berbincang dengan Perundangan BT sebelum melakukan apa-apa yang anda fikir mungkin melanggar undang-undang. Sekiranya anda melanggar undang-undang semasa bekerja kami juga mungkin mengambil tindakan tatatertib. S Bagaimana jika pelanggan meminta saya melakukan sesuatu yang melanggar sedikit peraturan?
J Cari cara lain bagi membantu mereka. Misalnya, di UK, rejim pengizinan Ofcom S Undang-undang tempatan di negara saya memberi kita kebebasan untuk menjalankan bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam perniagaan dengan had-had tertentu. Cara Kita Bekerja. Mana satu yang betul? Berintegriti bermaksud menghormati had-had J Undang-undang mesti diutamakan. jika tersebut. Sekiranya anda tidak pasti undang-undang tempatan bercanggah dengan bagaimana untuk mengendalikan situasi dasar dalam Cara Kita Bekerja dan tertentu, sila berbincang dengan pengurus memerlukan piawaian yang lebih tinggi anda barisan anda atau dapatkan nasihat daripada mesti mematuhi undang-undang. Jika anda bahagian Hal Ehwal Kawal Selia atau Perundangan BT. fikir terdapat percanggahan, sila tanya Perundangan BT.
Soalan dan jawapan
S Siapakah yang bertanggungjawab di sisi Halaman 14
Sogokan dan rasuah Kita tidak bertolak ansur dengan apa jua jenis sogokan. Apa itu sogokan?
Rasuah boleh muncul dalam banyak bentuk Hadiah dan hospitaliti boleh jadi bahagian yang dan kami tidak dapat menyenaraikan normal dan sihat dalam menjalinkan hubungan kesemuanya. Tetapi perhatikan: perniagaan. Ia menjadi masalah hanya jika
BT mengamalkan toleransi sifar terhadap sogokan. Sekiranya anda membuat, membenarkan, meminta atau menerima apa jua jenis tawaran, hadiah, wang sogokan atau bayaran bagi mendapatkan atau mengekalkan kelebihan yang tidak adil, itu dinamakan sogokan. Ia tidak semestinya melibatkan wang.
bayaran tunai yang tidak normal
hadiah mewah diterima
keputusan penerimaan projek atau kontrak yang tidak diduga atau tidak logik
proses yang luar biasa lancarnya bagi kes-kes di mana seseorang yang tidak memiliki tahap pengetahuan atau kepakaran yang dijangkakan
memintas proses pembidaan atau pemberian kontrak yang biasa
UK, AS dan banyak negara lain mempunyai undang-undang sogokan bagi sektor awam dan swasta. Undang-undang seperti Akta Sogokan UK 2010 dan Akta Amalan Rasuah Asing AS mempunyai skop seluruh dunia dan boleh dikenakan kepada BT di mana juga kita menjalankan perniagaan. Kita juga mempunyai dasar antirasuah dan sogokan kita sendiri. Sebagai seseorang yang bekerja untuk BT, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membaca, mengetahui dan mematuhi dasar ini, yang boleh dikenakan di seluruh dunia. Berikut ialah pautan ke dasar ini dan panduan mengenai laman intranet Cara Kita Bekerja.
prosedur syarikat, kawalan atau garis panduan kewangan tidak diikuti. Sekiranya anda melanggar undang-undang antirasuah, anda boleh mengakibatkan penalti jenayah atau sivil ke atas diri sendiri, BT atau rakan kita. Jika terdapat sesuatu yang anda tidak pasti, hubungi Pasukan Etika atau Perundangan BT.
Memberi dan menerima hadiah dan hospitaliti Kita tidak akan sesekali menawarkan atau menerima hadiah, bayaran atau hospitaliti bagi menggalakkan atau memberi ganjaran kepada sesuatu keputusan.
bertujuan untuk mempengaruhi keputusan kita, memberi kita kelebihan yang tidak adil berbanding pesaing, atau mengehadkan hak pelanggan untuk memilih dengan bebas. Budaya yang berbeza memberi pendirian yang berlainan tentang apa yang boleh atau tidak boleh diterima. Sebagai sebuah perniagaan antarabangsa, kita perlu menghormati perbezaan ini, dan dalam masa yang sama terus berpegang teguh kepada prinsip kita. Kita mempunyai dasar hadiah dan hospitaliti bagi membantu anda menentukan sama ada ianya sesuai atau tidak. Setiap kali anda memberi atau menerima apa jua jenis hadiah atau hospitaliti, anda mesti mengikuti dasar. Anda tidak seharusnya memberi atau menerima hadiah atau hospitaliti jika ia bertujuan untuk mempengaruhi anda atau individu yang menerimanya. Anda tidak seharusnya memberi atau menerima hadiah dan hospitaliti yang mewah yang, atau yang mungkin kelihatan, tidak sesuai dalam keadaan tersebut. Hadiah dan hospitaliti di atas had tertentu mestilah didaftarkan untuk kelulusan. Halaman 15
Sogokan dan rasuah (bersambung)
Siapa yang harus ditanya
Soalan dan jawapan
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang sogokan dan rasuah, sila tanya pengurus barisan anda atau hubungi Pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT, sila hubungi mereka di
[email protected]).
S Saya sudah menyediakan semua dokumen yang betul, tetapi pihak kastam enggan meluluskan. Saya rasa sedikit tip akan membantu mempercepatkan kelulusan. Adakah ia dibenarkan?
Laporkan Jika anda bekerja untuk BT, bila-bila masa anda menghadapi isu etika:
laporkannya kepada pengurus barisan anda, Pasukan Etika atau talian penting sulit kita secepat yang mungkin rekodkan semua butiran sila tanya Pasukan Etika dahulu sebelum membuat keputusan ke atas apa yang harus dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang yang bekerja untuk atau bagi pihak BT mungkin terlibat dalam sogokan atau rasuah, tidak kira berapa kecil, anda mestilah bersuara. Bertindak dengan cepat jika anda bimbang.
J
lain itu penting, walaupun anda pasti bahawa tiada agenda yang tersembunyi. Hadiah dan hospitaliti harus telus dan sepadan. Jika raguragu, sila tolak dengan baik. Jangan lupa untuk mendaftarkannya dan dapatkan kelulusan terlebih dahulu bagi hadiah dan hospitaliti jika ia melebihi nilai ambang yang ditetapkan.
Tidak, itu ialah rasuah. Walaupun sesetengah bidang kuasa membolehkan apa yang dipanggil S Dalam usaha niaga permulaan baharu kami, syer pasaran sangat penting. Dengan sejumlah ‘bayaran pemudahan’, namun kami tidak. Ia bayaran, saya boleh memenangi kontrak. Tanpa juga tidak sah di bawah Akta Sogokan UK 2010 bayaran tersebut, kita akan kehilangan kerja ini. yang boleh dikenakan kepada BT di seluruh Jika saya melepaskan peluang ini, tidakkah dunia. saya membahayakan perniagaan kita dan S Kami mempunyai rakan perniagaan yang selalu kerjaya saya? menjemput eksekutif BT ke jamuan makan J Membuat bayaran akan melanggar undangmalam dan acara yang mungkin dianggap undang, juga dasar antirasuah dan sogokan mewah di sesetengah negara - tetapi ia biasa kita. Ia juga akan menjejaskan integriti anda sahaja di sini. Kelihatan seperti tiada motif atau serta reputasi BT. Tiada kontrak, tidak kira jangkaan tersembunyi di sebaliknya, sekadar berapa besar, dapat menjustifikasi perlanggaran untuk menjalinkan hubungan baik. Apa yang undang-undang atau Cara Kita Bekerja. perlu saya lakukan? Perniagaan beretika ialah satu-satunya J Perkara terbaik untuk anda lakukan ialah perniagaan yang menarik minat kita. Kami akan bertanya kepada Pasukan Etika. Kami tidak menyokong sesiapa yang menolak untuk mahu menyinggung perasaan anda, tetapi kami menawarkan atau menerima bayaran, hadiah juga tidak mahu memberi tanggapan yang salah atau bantuan – walaupun jika ia bermakna kepada sesiapa. Apa yang kelihatan pada orang kehilangan urus niaga. Halaman 16
Konflik kepentingan Kita mengelakkan kepentingan atau situasi mereka akan mempersoalkan kebolehan anda yang bercanggah, atau mungkin kelihatan melakukan kerja dengan setia, jujur, berintegriti bercanggah, dengan kewajipan kita terhadap dan adil seperti yang dituntut? BT. Jika ia tidak dapat dielakkan, kita akan Adakah ia akan menyebabkan rasa malu jika mengisytihar dan menyelesaikannya. ada orang yang tahu tentang kepentingan anda yang lain itu? Apa itu konflik kepentingan? Konflik kepentingan ialah sebarang situasi di mana kesetiaan anda mungkin kelihatan bercanggahan dengan kewajipan anda terhadap BT. Ia mungkin konflik antara kepentingan BT dan kepentingan peribadi anda. Jika kepentingan peribadi mengganggu, atau sekadar kelihatan mengganggu, dengan kewajipan anda terhadap BT, maka konflik kepentingan mungkin timbul. Konflik kepentingan juga mungkin timbul dalam bentuk kewangan, seperti pegangan saham yang besar dalam syarikat pesaing BT atau bekerja untuk pesaing atau pembekal BT atau memiliki pekerjaan lain yang menjejaskan kerja anda di BT; atau bukan kewangan, seperti konflik yang timbul daripada hubungan keluarga rapat dan/atau peribadi lain.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda mempunyai konflik, tanya diri anda: Adakah ia menjejaskan cara anda melakukan kerja untuk BT? Jika orang lain tahu tentang kepentingan atau hubungan itu, adakah
Bagaimana perasaan anda/ pengurus anda jika hal itu dipaparkan di dada akhbar?
Apakah implikasi yang lebih besar bagi BT secara keseluruhannya?
Adakah jawatan/ kepentingan luaran anda mempengaruhi anda dalam apa jua cara?
Mungkinkah orang lain akan terfikir bahawa jawatan/ kepentingan anda mungkin mempengaruhi anda - walaupun jika sebaliknya?
Mengisytiharkan kepentingan anda Kita mengharapkan setiap orang yang bekerja untuk BT tidak berat sebelah dan telus, tidak kira di bahagian atau peringkat organisasi mana anda bekerja. Anda seharusnya tidak menggunakan kedudukan anda di BT (atau sebarang maklumat dalaman) untuk keuntungan peribadi, atau dengan cara yang boleh merosakkan perniagaan kita – atau memberi orang lain sebab untuk percaya bahawa anda akan berbuat demikian.
Siapa yang harus ditanya Anda tidak akan dapat mengelak daripada konflik setiap masa, tetapi walaupun ia sekadar masalah yang mungkin akan berlaku, anda harus memberitahu pengurus barisan dengan segera, agar anda boleh sepakat tentang cara mengendalikannya secara terbuka dan jujur. Jika anda tidak pasti sama ada anda mempunyai konflik kepentingan atau anda tidak mahu memberitahu pengurus barisan anda, sila hubungi Pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT, sila hubungi mereka di
[email protected]).
Laporkan Jika anda bekerja untuk BT dan merasakan bahawa seseorang di syarikat mungkin mempunyai konflik kepentingan, sila beritahu mereka atau pengurus barisan mereka. Jika anda merasakan bahawa seseorang yang bekerja untuk pembekal BT atau ejen BT mungkin mempunyai konflik kepentingan dengan BT, sila beritahu pengurus barisan anda. Sekiranya anda tidak merasa bahawa anda boleh mengemukakan perkara itu kepada mereka secara langsung, laporkannya kepada Pasukan Etika atau Speak Up, talian penting sulit BT (lihat ‘melaporkan kebimbangan’ untuk butiran lanjut). Halaman 17
Konflik kepentingan (bersambung)
Soalan dan jawapan S Saya bekerja dengan BT secara sambilan jawatandi bahagian jualan. Saya juga bekerja secara sambilan dengan syarikat lain. Apa yang perlu saya lakukan? J
Anda harus menghubungi pengurus barisan anda dan daftarkannya sebagai kemungkinan konflik kepentingan untuk semakan, sebagai contoh, memegang jawatan di syarikat pembekal atau pesaing adalah tidak dibenarkan.
S Pasangan saya mengendalikan firma percetakan kecil, dan saya yakin mereka boleh membuat risalah kita pada harga yang jauh lebih rendah. Bolehkah saya memberi kontrak kepada mereka? J
Tidak. Bayangkan apa pandangan orang jika mereka tahu bahawa anda memberi kontrak kepada pasangan anda. Jika pasangan anda merancang untuk membida kerja BT, anda mesti mengisytiharkan hubungan anda dengan segera dan seseorang yang lain mesti menyelia proses pemerolehan itu.
S Saya pekerja BT, tetapi saya dipinjamkan ke syarikat usaha niaga. Kepentingan siapa yang harus saya utamakan? J
Harapnya, tidak akan ada konflik kepentingan antara BT dan usaha niaga itu. Integriti profesional peribadi anda harus merupakan perkara yang paling penting pada setiap masa dan anda mesti sentiasa mematuhi Kod ini serta dasar antirasuah dan sogokan BT. Namun, anda bertanggungjawab kepada usaha niaga selama tempoh anda bekerja dengan mereka. Sekiranya anda rasa kepentingan peribadi anda mengganggu atau mungkin mengganggu kepentingan usaha niaga, maka anda harus mengisytiharkan perkara ini kepada pengurus barisan anda.
S Perkara ini belum diketahui umum, tetapi saya mendapat tahu daripada kerja saya bahawa sekarang mungkin masa yang baik untuk membeli saham BT. Bolehkah saya membelinya? Bolehkah saya memberitahu keluarga dan rakan saya?
J
Sudah tentu tidak. Itu dipanggil ‘perdagangan orang dalam’, dan ia adalah jenayah yang sangat serius. Jika ragu-ragu sila tanya Pasukan Etika.
S Ahli keluarga saya ingin bekerja untuk BT, mungkin di jabatan yang sama dengan saya. Adakah ini akan menjadi masalah? J
Ia tidak menjadi masalah jika dasar tempatan di negara di mana anda bekerja membenarkannya dan terdapat pengasingan yang sesuai antara jawatan anda dan jawatan yang dipohon oleh ahli keluarga anda itu. Anda tidak boleh terlibat dalam apa jua cara dalam menentukan siapa yang akan diambil bekerja - termasuk proses permohonan dan temu duga. Jika ahli keluarga anda itu sudah menyertai kita, anda harus memastikan bahawa anda tidak bertanggungjawab dalam sebarang keputusan terhadap tugas atau gaji mereka, bagi mengelakkan sebarang tuduhan pilih kasih.
Halaman 18
Konflik kepentingan (bersambung) S Seorang pelanggan mempunyai saudara yang ingin bekerja untuk BT. Mereka meminta saya membantu saudaranya itu mendapatkan pekerjaan. Adakah ini akan menimbulkan masalah? J
Anda boleh memaklumkan kepada mereka jika terdapat kekosongan yang diiklankan di luar, tetapi anda tidak seharusnya terlibat dalam proses pengambilan pekerja tersebut. Proses pengambilan pekerja standard mesti diikuti dan calon yang terbaik untuk jawatan itu dipilih. Saudara pelanggan tidak seharusnya diberikan sebarang layanan istimewa. Jika ragu-ragu sila hubungi Pasukan Etika di
[email protected]. Jika, setelah mengikuti proses pemilihan yang terbuka dan adil saudara pelanggan itu diambil bekerja oleh BT, mereka tidak seharusnya diberikan sebarang layanan istimewa. Selain itu mereka tidak seharusnya bekerja dalam jawatan di mana mereka boleh mempengaruhi keputusan yang berkaitan dengan pelanggan tersebut.
S Adakah OK untuk memiliki hubungan peribadi dengan seseorang di tempat kerja? J
Ya jika situasi itu ditangani dengan wajar, walaupun dasar berbeza-beza mengikut tempat. Hubungan peribadi tidak seharusnya mempunyai kesan yang negatif terhadap perniagaan, persekitaran kerja dan orang lain yang bekerja di BT. Jika anda merasakan bahawa anda mungkin mempunyai konflik kepentingan maka anda harus mengisytiharkan perkara itu kepada pengurus barisan anda (atau sokongan HR tempatan anda jika hubungan anda itu adalah dengan seseorang dalam barisan anda) dan patuhi sebarang dasar tempatan berhubung perkara ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Pasukan Etika.
Halaman 19
Melindungi maklumat dan aset
Isi Kandungan Maklumat dan data Aset kita Menguruskan risiko
Halaman 20
Maklumat dan data Kita berhasrat untuk melindungi butiran sulit dan tertutup bagi syarikat, pekerja dan pelanggan kita. Kita seringkali perlu menggunakan maklumat tentang orang bagi melakukan tugas kita - sama ada ianya mengenai rakan sekerja, pelanggan kediaman atau data orang yang dimiliki oleh pelanggan perniagaan kita.
undang-undang privasi yang menggariskan cara bagaimana ia harus dikendalikan dan dilindungi dan kita mestilah mematuhinya. Oleh itu, pastikan anda boleh mengenal yang mana data peribadi, dan yang mana bukan; fahami bagaimana anda diharapkan untuk menggunakan maklumat ini dalam tugasan harian anda dan berhati-hati bagi mengelak sebarang masalah.
Anda harus sentiasa mengendalikan data sedemikian seolah-olah ia milik anda sendiri pastikan ia selamat dan terjamin dan fikirkan bagaimana ia harus dikendalikan seandainya ia melibatkan maklumat anda sendiri.
Anda hanya boleh mengumpulkan dan menyimpan data peribadi untuk tujuan perniagaan yang sah atau jika undangundang mengkehendaki kita berbuat demikian. –
BT juga mengendalikan banyak maklumat yang diberikan kepada kita oleh perniagaan dan – organisasi sektor awam yang merupakan pelanggan kita. Sesetengah maklumat ini merupakan “data peribadi” yang diterangkan di Privasi dan pematuhan data atas. Sesetengah daripadanya mungkin bukan data orang tetapi tetap sangat penting kepada Maklumat tentang orang juga dikenali sebagai data perniagaan dan pelanggan sektor awam kita. Oleh peribadi – umpamanya, sebagai contoh, nama, itu, pelanggan besar ini akan kerap memberitahu alamat, nombor telefon, alamat e-mel peribadi, kita secara khusus bagaimana mereka mahu anda nombor akaun, tarikh lahir, akaun bank atau menggunakan dan melindungi data mereka, maklumat bil seseorang. Ia termasuk data yang sebagai contoh, dalam kontrak menggunakan disimpan di sistem BT, dalam dokumen kertas, e– terma dan syarat mereka. Anda perlu memikirkan mel, rakaman panggilan, memori USB, peranti tentang apa yang telah kita persetujui di dalam mudah alih atau media storan yang lain. kontrak, di samping peraturan umum bagi operasi Mengendalikan data peribadi dengan betul adalah yang melibatkan data peribadi. Bahagian di bawah kunci dalam membina kepercayaan antara kita – pada halaman 23, menandatangani kontrak dengan dengan pelanggan serta rakan sekerja. pelanggan perniagaan, menerangkan apa yang perlu anda lakukan. Data peribadi dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting sehinggakan banyak negara mempunyai Perkara penting yang perlu diingat oleh setiap
Hanya kumpul dan gunakan data peribadi setakat yang anda perlukan untuk tugasan dalam tangan dan jawatan anda, tidak lebih daripada itu Bersiap sedia untuk menyoal rakan sekerja apabila mereka meminta akses kepada data peribadi - adakah mereka mempunyai kebenaran dan keperluan perniagaan yang benar? Sekiranya anda mempunyai akses kepada data peribadi ia hanya boleh digunakan untuk tujuan yang sama dengan sebab asal ia dikumpulkan Jangan gunakan data peribadi untuk tujuan yang baru atau berbeza, misalnya, pengujian sistem, kecuali jika anda mendapat kelulusan daripada Perundangan BT Jangan sesekali berbincang atau mendedahkan data kepada rakan sekerja melainkan terdapat keperluan perniagaan untuk berbuat demikian.
orang apabila mengendalikan data peribadi: Halaman 21
Maklumat dan data
Pastikan semua data peribadi yang kita pegang adalah tepat dan terkini
hanya kongsikan sekadar yang diperlukan – Lakukan pengemasan (housekeeping) sahaja bagi mencapai matlamat anda dengan kerap dan padam/ hapuskan/ – Luangkan sedikit masa bagi memastikan cincang data yang tidak lagi diperlukan. – Jangan lupa untuk berfikir dengan teliti anda merekodkan butiran peribadi orang tentang di mana anda berada, dan siapa dengan betul, misalnya semasa mengambil Individu boleh meminta untuk melihat data yang mungkin terdengar atau terlihat apa pesanan peribadi apa yang dipegang oleh BT mengenai yang sedang anda kerjakan. Jangan mereka dengan membuat permintaan yang – Kesilapan boleh membawa kerugian dan bincangkan perniagaan BT yang sulit di dikenali di UK sebagai Permintaan Akses boleh membuat kita kelihatan tidak tempat-tempat awam Subjek profesional – Sebelum menghantar maklumat ke luar – Adalah penting agar anda mengetahui apa – Sentiasa ambil peluang untuk memeriksa syarikat, tanya kepada diri anda: “Adakah ia yang harus dilakukan apabila menerima butiran hubungan dan pengebilan pelanggan sesuai untuk dihantar?” dan “Adakah saya permintaan sedemikian. Maklumat lanjut – Jika seseorang mengatakan bahawa mereka telah melindunginya selari dengan dasar tentang proses UK boleh ditemui di sini. Jika tidak mahu menerima pemasaran langsung keselamatan kita?” anda menerima permintaan untuk di luar UK, daripada BT, pastikan anda mengemas kini – Dokumen kertas harus disimpan di tempat maka dapatkan nasihat daripada Pasukan butiran mereka dengan segera pada sistem yang berkunci dan gunakan mesin Privasi Data. BT. pencincang kertas atau tong sampah sulit Terdapat juga peraturan tambahan tentang apa apabila hendak melupuskannya. Simpan data peribadi dengan selamat dan yang dikenali sebagai “data peribadi sensitif”. terjamin bagi memastikan tiada siapa boleh Hanya simpan data peribadi selama ia Contohnya termasuk maklumat tentang mengakses, mengubah, menghapuskan atau diperlukan untuk tujuan asal mengapa data itu kesihatan, bangsa, kepercayaan keuagamaan, menghilangkannya tanpa kebenaran. kita perolehi, kecuali jika dikehendaki oleh pandangan politik, keahlian kesatuan undang-undang. BT telah menetapkan had – Sila ikuti panduan dan dasar Keselamatan perdagangan, rekod jenayah atau keseksualan masa ke atas berapa lama kita harus BT – ia diwujudkan bagi membantu anda seseorang menyimpan data – ini boleh ditemui di sini melakukan perkara yang betul – Sekiranya jawatan anda memerlukan anda – Sentiasa periksa dan pastikan bahawa – Sentiasa tanyakan diri anda, “Adakah saya untuk mengendalikan data peribadi sensitif, seseorang yang mendakwa diri mereka p benar-benar perlu menyimpan data ini?” anda mesti mendapatkan panduan daripada elanggan atau rakan sekerja dari lokasi lain – Jangan sesekali menyimpan data peribadi di Pasukan Privasi Data sebelum berbuat BT adalah diri mereka yang sebenar komputer riba, batang memori atau peranti demikian. Sentiasa pertimbangkan apa yang ada dalam storan lain lebih daripada tempoh yang data dan dokumen yang anda sedang gunakan diperlukan Halaman 22 dan kelaskannya dengan betul;
Maklumat dan data
Bergantung pada tugas yang anda lakukan, anda juga mungkin perlu mempertimbangkan perkara berikut
–
Pastikan anda memahami bagaimana pelanggan mahu kita mengendalikan data mereka
–
Sentiasa dokumenkan sebarang keperluan data yang dipersetujui bersama pelanggan di dalam kontrak; dapatkan nasihat perundangan dan pematuhan yang sesuai dalam situasisituasi sebegini Sahkan, sebelum kontrak dipersetujui, bahawa kita mampu memberikan perkhidmatan yang selari dengan keperluan data pelanggan Produk, sistem dan proses kita mesti menguruskan data selari dengan keperluan pelanggan sepanjang hayat kontrak berkenaan Apabila memberi kontrak kepada pembekal/subkontraktor, maklumkan mereka tentang keperluan data pelanggan, nyatakannya dalam kontrak kita dan periksa dari semasa ke semasa bahawa ia disampaikan.
Terdapat peraturan yang ketat tentang memindahkan data peribadi dari satu negara ke negara lain, sebagai contoh, menghantarnya ke luar Kawasan Ekonomi Eropah. Peraturan ini boleh dikenakan walaupun jika seseorang itu hanya boleh mengakses data di sistem yang – terletak di negara lain - itu juga tetap dinamakan perpindahan data – Sentiasa dapatkan nasihat daripada pasukan – perundangan atau pematuhan anda jika anda percaya bahawa anda akan memindahkan data peribadi atau membenarkan akses dari – satu negara ke negara lain – Pastikan anda telah memahami peraturan yang berkenaan dengan apa yang anda lakukan dan pastikan juga perlindungan kontraktual dan sekuriti yang sesuai telah tersedia. Apabila kita menandatangani kontrak dengan pelanggan perniagaan, mereka mungkin mempunyai keperluan khusus tentang bagaimana data mereka, termasuk data peribadi, dikendalikan.
Siapa yang harus ditanya Periksa bahawa anda tahu ke mana harus dituju untuk mendapatkan nasihat pakar. Ingat, BT mempunyai Pasukan Privasi Data yang boleh membantu anda melakukan perkara yang betul semasa mengendalikan data peribadi. Penyelaras perlindungan data untuk bahagian BT anda
ditunjukkan di laman intranet Perundangan, Tadbir Urus dan Pematuhan. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang pendekatan kita terhadap privasi data di laman intranet, bersama-sama dasar perlindungan data BT dan data privasi kakitangan BT di sini.
Laporkan Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini yang melibatkan data peribadi, akibatnya boleh jadi sangat serius. Reputasi BT boleh rosak teruk dan BT mungkin menghadapi tindakan undang-undang atau denda daripada pihak berkuasa. Kita berisiko untuk kehilangan kepercayaan pelanggan kita; dan akhirnya kehilangan perniagaan daripada mereka. Untuk kakitangan, sebarang tindakan sengaja atau kecuaian boleh mengakibatkan tindakan tatatertib dan, dalam kes terburuk, didakwa di mahkamah. Jika anda mendapat tahu tentang sebarang pencabulan data peribadi, tanpa mengira sekecil mana ia mungkin kelihatan, anda mesti melaporkannya dalam tempoh 24 jam kepada Pusat Kawalan Keselamatan BT di 0800 321 999 atau +44(0)1908 641 100 atau melalui e-mel di
[email protected]. Dasar pelaporan pencabulan data BT tersedia di laman intranet.
Halaman 23
Maklumat dan data (bersambung)
dan pastikan juga anda menerapkan piawaian keselamatan maklumat BT.
Soalan dan jawapan S Saya memegang data tentang orang yang merupakan pelanggan BT tetapi sebenarnya saya tidak melakukan apa-apa dengannya. Adakah ia terkandung dalam peraturan Perlindungan Data? J
Apabila anda merekodkan, mendapatkan, menyimpan, memegang, mengakses, mendedahkan atau menghapuskan data tentang orang (pelanggan atau kakitangan) anda mesti mematuhi dasar Perlindungan Data Kumpulan BT. Oleh sebab undangundang perlindungan data wujud di Eropah, Asia Pasifik dan Amerika, anda mesti memastikan bahawa anda mematuhi undang-undang tempatan dan mendapatkan panduan daripada pakar BT. Selain itu, anda harus tanyakan diri anda sama ada anda benar-benar perlu untuk terus memegang data ini jika anda tidak memerlukannya. Anda harus menyimpan data selari dengan had masa di dalam dasar dan jadual Pengekalan Data Kumpulan BT
S
J
Pelanggan perniagaan mahu BT menyatakan kesanggupan terhadap keperluan dan sekatan pengendalian data tertentu berhubung data mereka, bolehkah ini dilakukan? Pelanggan sering mahukan sekatan mengawal apa yang boleh kita lakukan, di mana kita boleh melakukan, bagaimana kita boleh melakukan dan siapa yang boleh terlibat dalam pengendalian data mereka. Mereka juga mungkin mahu memberi maksud yang sangat meluas kepada istilah ‘data pelanggan’. BT boleh memenuhi permintaan sedemikian jika kita benar-benar mampu menyampaikan sekatan yang diminta oleh pelanggan perniagaan; dan di mana pemasukan permintaan sedemikian dalam kontrak mereka bersama BT telah menerima hebahan penutupan yang sewajarnya. Anda harus mendapatkan nasihat daripada orang hubungan BT yang berkaitan bila perlu. Untuk maklumat lanjut sila baca prinsip dan garis panduan.
S Saya ada terdengar bahawa penasihat jualan kerap diminta maklumat pelanggan seperti nombor telefon dan alamat oleh rakan mereka. Bolehkah mereka memberikan maklumat ini? J
Tidak. Ini adalah jenayah yang serius juga perlanggaran yang berat terhadap Dasar Perlindungan Data Kumpulan BT. Sebarang pendedahan data pelanggan atau kakitangan tanpa kebenaran sedemikian akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk dipecat.
Halaman 24
Aset Kita
Kita melindungi jenama dan aset fizikal, kewangan serta intelek kita. Setiap daripada kita bertanggungjawab secara peribadi untuk melindungi aset BT - sama ada peralatan, harta benda dan maklumat atau pengetahuan serta idea. Itu termasuk menyimpan rekod yang betul tentang sebarang sumber yang kita gunakan dan mengikut dasardasar keselamatan kita. Kecurian, kecuaian, pembaziran, kerosakan atau penyalahgunaan harta dan pengubahan rekod yang disengajakan mempunyai kesan langsung terhadap keuntungan BT. Kita tidak seharusnya menyalah guna intranet atau internet. Semua aset BT mesti digunakan untuk tujuan yang sah sahaja. BT boleh mengakses dan memantau fail komputer dan komunikasi elektronik yang disimpan di pelayan komputer, komputer dan peranti elektronik kita yang lain. Kita lakukan ini untuk penyelenggaraan, tujuan perniagaan atau bagi memenuhi kewajipan perundangan. Dan kita lakukannya selari dengan dasar privasi dan perlindungan kita data serta undang-undang.
Kita tidak bertindak secara menipu, memperdayakan orang atau membuat dakwaan palsu.
Siapa yang harus ditanya Sekiranya anda berpangkalan di UK dan telah mengalami insiden keselamatan atau memerlukan nasihat sama ada suatu insiden itu harus dilaporkan atau tidak, sila hubungi Pusat Kawalan Keselamatan BT (SCC) di 0800 321999. Jika anda memilih untuk tidak menghubungi SCC melalui telefon, anda boleh menghubungi mereka melalui laman web atau melalui e-mel
[email protected]. Jika anda tidak berpangkalan di UK, sila hubungi +44 (0)1908 641100.
Laporkan Sebarang insiden penipuan atau kecurian yang disyaki harus dilaporkan segera ke nombor telefon di atas atau ke talian penting sulit.
kita yang paling berharga. Jenama yang kukuh sangat penting bagi kejayaan jangka panjang dalam pasaran yang berubah pantas dan sangat kompetitif ini. Ia melemahkan keupayaan kita untuk bersaing seandainya produk, perkhidmatan atau komunikasi kita tidak selari dengan jenama kita atau kita menggunakan logo kita dengan cara yang salah. Laporan akhbar atau publisiti yang buruk juga memberi kesan yang serupa. Ini termasuk penggunaan laman media sosial seperti Facebook atau Twitter. Komen di laman media sosial yang dipercayai tertutup seringkali dapat dilihat oleh orang lain. Anda harus berfikir dengan teliti sebelum menyiarkan komen yang mungkin secara tidak sengaja merosakkan jenama BT. Sebagai perniagaan yang bertanggungjawab, kita menghormati harta intelek perniagaan lain dengan cara yang serupa.
Menghormati jenama kita Jenama BT, termasuk simbol Dunia yang Terhubung, adalah salah satu daripada aset Halaman 25
Aset Kita (bersambung) Aset Kita (bersambung) Soalan dan jawapan S Aset fizikal ialah benda-benda seperti bangunan, komputer dan kereta. Apakah itu aset intelek? J
Aset intelek meliputi lebih daripada yang mungkin anda fikirkan. Ia termasuk pengetahuan kita, penemuan dan nama produk serta perkhidmatan kita; reka bentuk fizikal produk dan perisian; lukisan kejuruteraan, karya seni dan bahan bertulis kita; maklumat sulit tentang segala-galanya daripada proses dan pelan perniagaan hinggalah kepada butiran pelanggan dan tarikh pelancaran. Sesetengah daripadanya dilindungi di sisi undang-undang oleh paten, pendaftaran tanda dagang, pendaftaran reka bentuk atau hak cipta - sama ada di atas kertas, di komputer atau internet. Aset intelek biasanya lebih bernilai kepada perniagaan berbanding aset fizikalnya. Anda boleh membantu melindunginya dengan berhati-hati tentang bagaimana anda menggunakannya dan dengan siapa anda mengongsikannya.
S Mengapa jenama kita begitu penting? Adakah ia benar-benar satu ‘aset’? J
Ya. Jenama BT adalah salah satu daripada aset kita yang paling bernilai, tetapi nilainya boleh naik atau turun bergantung pada bagaimana dunia melihat kita. Itulah sebabnya mengapa amat penting bagi kita untuk melindunginya.
Halaman 26
Menguruskan risiko
Kita menguruskan risiko terhadap perniagaan kita, dan mempertimbangkan risiko apabila membuat keputusan. Cara sesebuah perniagaan menguruskan risikonya adalah amat penting kepada kejayaannya. Pengurusan risiko yang berkesan mewujudkan kestabilan, menyumbang kepada keuntungan, melindungi reputasi kita dan juga membolehkan BT memanfaatkan pelbagai peluang. Kita mempunyai dasar Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) dan rangka kerja yang direka bagi membantu Kumpulan kita secara keseluruhan, juga setiap Barisan Perniagaan, bagi menguruskan semua kategori risiko secara konsisten (komersial, kewangan, operasi, perundangan dan lain-lain) Kita menguruskan risiko kita selari dengan hasrat ini berhubung risiko, dan apa yang kita percaya sebagai kepentingan komersial terbaik buat BT. Pekerja kita mesti berfikir tentang risiko dalam tugasan harian mereka. Fikirkan tentang risiko dan implikasi tindakan serta nasihat anda. Bertanggungjawab ke atasnya
dan ke atas kesannya terhadap rakan sekerja, masyarakat dan perniagaan ini.
S Mengapa kita memerlukan pengurusan risiko?
Siapa yang harus ditanya
J
Sila lawati halaman intranet Pengurusan Risiko Perusahaan BT jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau bercakaplah dengan ahli pasukan Pengurusan Risiko Kumpulan.
Para pemegang saham mengharapkan kita menguruskan risiko dengan berkesan dan bertanggungjawab. Pengurusan risiko yang baik:
membantu kita mencapai objektif
Laporkan
Jika anda bimbang tentang risiko, sila berbincang dengan pengurus barisan anda.
memastikan organisasi (dan pemegang saham) selamat
memberi kita keyakinan untuk bercita-cita lebih tinggi
membolehkan kita memenuhi keperluan tadbir urus korporat.
Soalan dan jawapan S Apa yang dikira sebagai risiko? J
Sebarang ketakpastian yang mungkin mengancam keupayaan kita untuk mencapai objektif. Ini boleh jadi sesuatu yang berlaku dalam perniagaan kita, atau faktor luaran yang boleh memberi kesan kepada objektif kita.
S Berapa banyak risiko yang harus dimiliki oleh perniagaan? J
Setiap perniagaan perlu mengambil beberapa risiko untuk untung Perkara yang penting ialah mengambil risiko yang munasabah dan menguruskan risiko tersebut dengan cara yang betul. Kita perlu menguruskan semua risiko dengan berhatiHalaman 27
Menguruskan risiko (bersambung) Menguruskan Risiko (bersambung) hati kerana hasrat kita terhadap risiko, undang-undang serta kedudukan komersial kita berubah mengikut masa. Kita perlu bebas untuk mengambil risiko yang terhitung. Ideanya ialah, ambil risiko yang menguntungkan, bukan mengelakkan semua risiko.
Mereka bertanggungjawab mengatur sebarang insurans dalam BT.
S Saya telah mengenal pasti risiko dan saya tidak pasti bagaimana kita menguruskannya. Dengan siapa saya harus berbincang? J
Pengurus barisan anda seharusnya tahu proses pengurusan risiko, tetapi jika tidak, anda boleh menghubungi juara risiko perniagaan barisan anda, atau pasukan Pengurusan Risiko Kumpulan.
S Saya telah memikirkan tentang satu risiko, dan saya rasa kita mungkin memerlukan insurans. Dengan siapa saya harus berbincang? J
Sila berbincang dengan bahagian Pembiayaan Insurans dan Risiko Kumpulan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.
Halaman 28
Bekerja Bersama
Isi Kandungan Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul Menghormati hak asasi manusia Komunikasi Komitmen Bersaing secara adil
Halaman 29
Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul
Kita menghormati satu sama lain. Kita inginkan persekitaran kerja yang membantu setiap daripada kita mencapai lebih banyak. Kita gembira bekerja di organisasi yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Kita melayan setiap orang dengan sama rata dan kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis gangguan atau prejudis. Kita menjadikan BT tempat kerja yang membanggakan. Tingkah laku umum Kita hanya akan benar-benar berjaya jika semua orang menghormati rakan sekerja masing-masing. Tingkah laku yang suka menghalang, pergaduhan, gangguan (bangsa, seksual atau apa jua jenisnya) dan bahasa yang kesat adalah tidak boleh diterima, sama seperti sengaja melaksanakan tugas di bawah piawaian yang dikehendaki.
Penipuan dan ketakjujuran Kita sentiasa bertindak dengan jujur, adil dan terbuka.
Penjagaan masa dan kehadiran Jika anda bekerja untuk BT, anda mesti hadir ke tempat kerja dan merekodkan kehadiran anda seperti yang dikehendaki oleh pekerjaan anda dan ikuti prosedur kita jika anda tidak dapat hadir atau terpaksa masuk lewat.
Keadilan dan kesamarataan dalam layanan terhadap orang lain BT menghargai dan mengalu-alukan kepelbagaian. Kita tidak akan melayan sesiapa di BT secara berbeza berbanding yang lain disebabkan oleh bangsa; seks; agama/ kepercayaan; ketidakupayaan; status perkahwinan atau perkahwinan sivil; umur; status sebagai ibu atau bapa; orientasi seks; identiti jantina; ekspresi jantina; mempunyai tanggungjawab sebagai penjaga, atau sebarang kelas individu lain yang dilindungi oleh undangundang di negara anda. Selain itu, kita tidak akan menyebabkan seseorang mempunyai kekurangan dengan mengadakan syarat atau keperluan yang tidak boleh dijustifikasi. Dalam bekerja bersamasama, sebagai sebuah pasukan, kita semua
mesti menunjukkan kepekaan dan rasa hormat terhadap perasaan, budaya serta kepelbagaian individu. Kita ingin BT menjadi tempat di mana semua orang berasa bebas memberi sumbangan unik masing-masing. Kita telah bekerja keras mewujudkan budaya yang adil dan inklusif, dan kita akan terus berbuat demikian. Ia bukan sekadar saling menghormati sesama kita, tetapi juga termasuk pelanggan, pembekal dan rakan kongsi kita. Kita mengharapkan pengurus kita memimpin melalui teladan dan membanteras prejudis apabila menemuinya.
Pembulian dan gangguan Kita tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pembulian atau gangguan terhadap pekerja kita - bukan hanya semasa waktu bekerja tetapi pada bila-bila masa mereka melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan BT.
Halaman 30
Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul (bersambung) Setiap orang di BT mesti
menggalakkan orang bawahan mereka agar melayan rakan sekerja dengan rasa hormat
ambil tanggungjawab peribadi bagi memastikan semua orang dihormati pada setiap masa
bantu membanteras pembulian atau gangguan di tempat kerja dan sila masuk campur jika terlihat atau terdengar kes pembulian atau gangguan. Kita mahukan persekitaran kerja di mana setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya. Kita mempunyai dasar pekerja yang menggariskan peraturan bagi membolehkan kita menyelesaikan tugas dan membantu kita bekerja bersama merentasi dunia.
Siapa yang harus ditanya Pekerja BT boleh menemui dasar dan prosedur pekerja tempatan di intranet. Atau anda boleh bercakap dengan pengurus barisan anda. Peopleline di 0800 731 4747 (UK) atau +44 1908 358 888 (antarabangsa) atau ASK HR juga boleh membantu menjawab pertanyaan pekerja.
Laporkan Kebiasaannya, cara yang terbaik untuk menangani masalah ialah berbincang dengan pengurus
berbuat demikian, beritahu rakan perniagaan HR anda. Jangan bimbang, mereka akan merahsiakannya. Anda tidak akan ditimpa masalah kerana melakukan apa yang anda benar-benar percaya sebagai yang terbaik. Soalan dan jawapan S Saya tahu bahawa kita mesti menghormati kepelbagaian dan bahawa kita tidak bertolak S Apakah kaitan antara kepelbagaian dengan ansur terhadap sebarang bentuk pembulian membuat keuntungan dan gangguan tetapi apakah tingkah laku lain J Kepelbagaian merupakan kesedaran yang tidak menaruh rasa hormat? perniagaan yang baik. Untuk menjadi peneraju J Jika kita merujuk setiap jenis tingkah laku dunia, kita perlu menjadi inovatif, kreatif, dan yang tidak boleh diterima, senarainya akan dapat melihat sesuatu dari perspektif yang jadi sangat panjang. Namun, berikut ini berbeza. Kita juga menyertakan kumpulan adalah beberapa contoh yang jelas: terhebat individu berbakat jika kita pergaduhan, gangguan dan bahasa kesat, menghormati sumbangan setiap orang - tanpa sengaja melaksanakan tugas di bawah mengira jantina, bangsa, umur, keupayaan piawaian yang dikehendaki; tidak mengikut prosedur apabila tidak boleh hadir kerja atau fizikal, agama, keseksualan atau budaya. Kita terpaksa masuk lewat; memakai pakaian juga perlu menunjukkan budi bahasa dan rasa yang tidak sesuai. Pekerja BT mesti mengikut hormat yang sama kepada pelanggan, tidak semua dasar dan prosedur pekerja yang kira apa latar belakang budaya atau berkaitan. kepercayaan peribadi mereka. S Apa yang berlaku jika saya tidak berkelakuan S Rakan kerja saya diganggu oleh orang seperti yang dijangkakan? atasan. Saya rasa saya perlu melaporkannya, J Jika tingkah laku anda tidak memenuhi tetapi saya tidak mahu ditimpa masalah. Apa piawaian yang dikehendaki, maka, sekiranya yang harus saya lakukan? anda pekerja BT, kami boleh mengambil Jangan abaikannya. Kita perlu membanteras tindakan tatatertib. tingkah laku sebegini. Beritahu pengurus barisan anda. Atau jika anda tidak selesa barisan anda. Jika anda tidak mahu berbincang dengan pengurus barisan anda, sila berbincang dengan rakan perniagaan HR anda.
Halaman 31
Menghormati hak asasi manusia
Kita menghormati maruah, kebebasan dan kesamaan setiap orang yang bekerja dengan kita. Dasar dan prosedur kita adalah berdasarkan deklarasi hak asasi manusia sejagat Bangsa-bangsa Bersatu, yang menggariskan "piawaian pencapaian bersama untuk semua orang dan semua bangsa.”
bidang-bidang yang berisiko lebih tinggi yang kita berikan perhatian khusus.
maruah manusia’ kita. Anda boleh membaca piawaian ini di Intranet Pemerolehan.
Keadaan kerja
Melindungi maklumat
Kita tidak menggunakan atau menerima buruh paksa, terikat atau buruh penjara yang bukan sukarela. Kita tidak menuntut atau memegang deposit atau dokumen pengenalan pekerja kita, atau berurusan dengan perniagaan yang Komitmen kita mengamalkannya. Kita hanya bekerja dengan Komitmen kita, sebagai penandatangan asal mereka yang memilih untuk bekerja dengan bebas. prinsip-prinsip Perjanjian Global Bangsa-bangsa Kita menghormati hak mereka terhadap peluang Bersatu, ialah untuk merangkumi, menyokong dan yang sama rata, kebebasan berpersatuan dan menghormati hak asasi manusia dan memastikan tawar-menawar kolektif. Kita tidak menggunakan bahawa kita tidak bersubahat dengan pencabulan buruh kanak-kanak dan kita menuntut perkara yang hak asasi manusia. Kita komited untuk sama daripada pembekal kita dan pembekal melaksanakan Prinsip Panduan ke atas mereka. Sekiranya kita mendapati ada buruh Perniagaan dan Hak Asasi Manusia PBB. kanak-kanak dalam rantaian bekalan kita semasa Walaupun semua hak asasi manusia adalah sama audit, kita akan mengambil tindakan segera bagi penting dan dihormati, sesetengah daripadanya menghentikannya, sambil mempertimbangkan berisiko lebih tinggi untuk dicabuli disebabkan oleh kepentingan terbaik bagi kanak-kanak tersebut. aktiviti perniagaan kita. Terutamanya, keadaan Kita bekerja dengan semua pembekal kita dan kerja di seluruh rantaian bekalan kita, bagaimana pembekal mereka bagi memastikan mereka kita melindungi maklumat dan isu-isu rumit yang melingkari kebebasan bersuara dan privasi adalah memenuhi piawaian ‘mencari sumber dengan
Dasar keselamatan BT telah direka agar selari dengan kawalan keselamatan dalam ISO27001 dan ISO27002, iaitu kod amalan antarabangsa untuk pengurusan keselamatan maklumat. Kita secara tetap melatih pekerja kita tentang cara untuk mencapai tahap keselamatan maklumat tertinggi bagi semua data yang kita akses, proses dan kongsikan melalui sepanjang aktiviti perniagaan kita. Kita mengakui bahawa kesilapan manusia mendatangkan risiko keselamatan data yang paling tinggi. Oleh itu kita amat menitik beratkan latihan, peningkatan kesedaran dan memastikan pematuhan yang ketat. Kita juga menawarkan kepada pelanggan produk dan perkhidmatan yang membantu mencegah akses tidak disengajakan kepada kandungan yang haram atau tidak sesuai, seperti memberikan kepada keluarga alat untuk mengawal apa yang boleh ditonton oleh anak mereka di internet dan televisyen.
Halaman 32
Menghormati hak asasi manusia (bersambung)
Siapa yang harus ditanya
Soalan dan jawapan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan e-mel ke:
[email protected]
S Bagaimana jika adat tempatan di negara saya bertentangan dengan dasar kita?
Laporkan Sekiranya anda bimbang bahawa BT atau mana-mana pembekal atau ejen kita mungkin mencabul komitmen kita terhadap hak asasi manusia, sila berbincang dengan pengurus barisan anda atau hubungi Pasukan Etika (jika anda tidak bekerja di BT hubungi pasukan di
[email protected]).
J
Deklarasi hak asasi manusia sejagat direka agar boleh diterapkan di mana jua dan dasar pekerja kita berhasrat untuk menghormati hak asasi setiap orang. Namun, dari segi praktikalnya, mengikutinya tidak semestinya jelas dan mudah, terutamanya jika terdapat tradisi kebudayaan, masyarakat atau keagamaan tempatan yang kuat yang bercanggahan dengannya. Jika anda rasakan bahawa terdapat percanggahan, anda harus mendapatkan nasihat daripada pengurus barisan anda.
Halaman 33
Komunikasi
Kita berhasrat untuk bersikap benar, membantu dan tepat dalam apa jua yang kita tulis atau katakan. Kita bercakap dengan jujur dan kita mendengar. Apa itu komunikasi? Kita berkomunikasi antara satu sama lain di tempat kerja dan dengan pembekal serta pelanggan kita. Komunikasi adalah apa yang kita tulis atau katakan dan cara kita mendengar. Menggunakan media sosial juga merupakan satu bentuk komunikasi.
menjalankan perniagaan. Agar mereka bersikap terbuka dengan kita, kita perlu bersikap jujur, menghormati dan berterus-terang dengan mereka. Kita perlu meraih dan menjadikan kita layak menerima kepercayaan serta rasa hormat mereka.
Siapa yang harus ditanya Pekerja BT boleh menghubungi bahagian Komunikasi Kumpulan untuk nasihat lanjut atau melawat laman web mereka.
satu aset paling besar dalam pengiklanan dan penjualan ialah jenama dan reputasi. Tumpukan pada perkara yang positif dan jual produk serta perkhidmatan kita atas meritnya. S Kita tidak boleh bersikap terbuka sepenuhnya dengan maklumat sulit atau yang sensitif dari segi komersial, bukan? J
Laporkan
Kita merupakan syarikat komunikasi, oleh itu orang Jika anda bimbang tentang sebarang komunikasi, sila berbincang dengan pengurus barisan anda atau ramai mengharapkan piawaian komunikasi yang Komunikasi Kumpulan. tertinggi daripada kita. Melalui komunikasi yang Soalan dan jawapan berkesan, kita akan membina kepercayaan terhadap BT, oleh itu orang ramai akan menyokong S Jika di atas kertas, OK tetapi agak naif dalam kita, membeli daripada kita dan ingin bekerja untuk dunia nyata. Bagaimana dengan pengiklanan kita. atau penjualan, di mana anda perlu memujuk S Komunikasi yang baik bukan hanya bermaksud orang? bercakap, tetapi juga mendengar. Adalah amat J Terdapat agak banyak sebab untuk orang J penting bagi kita untuk mendengar semua memilih BT: kualiti, nilai untuk wang, pemegang saham kita, dan bersikap terbuka perkhidmatan, reputasi. Anda tidak perlu dengan pelanggan, pemegang saham, rakan mengelirukan sesiapa untuk menjual sesuatu. sekerja dan rakan perniagaan. Jika anda lakukannya, kita berisiko untuk Akhirnya, kita adalah apa yang orang lain fikir tentang kita. Pendapat mereka membentuk cara kita
kehilangan kepercayaan dan rasa hormat mereka buat selama-lamanya. Ingat, salah
Ya, betul. Jelas sekali, terdapat beberapa perkara yang jika didedahkan, menjadikan kita tidak bertanggungjawab - sebagai contoh butiran peribadi seseorang atau pelan perniagaan kita. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan dan rakan sekerja untuk tidak mengongsikan maklumat peribadi mereka. Kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap pemegang saham untuk melindungi aset intelek kita. Jenis komunikasi bagaimanakah yang tidak sesuai? Antara contohnya ialah komen menghina tentang BT; pekerja, pesaing, pihak ketiga, rakan atau pembekal BT. Dalam konteks perniagaan BT; gangguan/pembulian; membuat spekulasi atau komen mengenai maklumat syarikat yang sulit atau sensitif. Halaman 34
Komitment Mendapatkan kelulusan dalaman yang betul adalah penting. Ini memastikan bahawa kita melibatkan orang yang betul dengan kepakaran dan pengalaman yang betul pada masa yang betul. Setiap daripada kita mempunyai ‘kuasa yang ditetapkan’ yang meliputi jenis keputusan yang boleh kita buat bagi pihak BT. Dengan kuasa Jika anda bekerja untuk BT, apabila membuat itu maka hadirlah tugas untuk melibatkan mereka keputusan, komitmen atau perjanjian perniagaan sebagai individu, anda berbuat demikian bagi pihak yang lain yang mungkin berkongsi tanggungjawab atas keputusan kita, dan merekodkan kesemua BT secara keseluruhannya. Orang ramai butiran dengan betul. Anda tidak seharusnya mempercayai kita kerana kita mempunyai rekod yang baik dalam menunaikan janji sejak bertahun- membuat keputusan yang mengikat BT jika tiada tahun lamanya. Jika kita musnahkan kepercayaan kuasa untuk berbuat demikian. itu, ia akan memberi kesan yang buruk kepada Siapa yang harus ditanya seluruh perniagaan kita. Sila berbincang dengan pengurus barisan anda Siapa memutuskan apa di BT? jika tidak pasti sama ada anda dibenarkan Di BT kita mengamalkan sikap memudahkan bagi membuat keputusan atau tidak.
Kita tidak menjanjikan sesuatu yang kita tahu tidak boleh kita tepati; kita sentiasa mendapatkan kebenaran yang sesuai sebelum membuat sebarang komitmen yang penting.
menyelesaikan sesuatu dan memberi kuasa kepada pekerja untuk bertindak. Pekerja BT harus jelas tentang hak membuat keputusan mengikut jawatan mereka dan harus berasa diberikan kuasa dan kepercayaan bagi menggunakan hak tersebut. Namun, dalam syarikat sebesar BT, terdapat beberapa keputusan yang tidak boleh dibuat sebagai individu - kerana kita tidak mempunyai kuasa dalam jawatan kita, atau perlu mendapatkan kelulusan daripada orang lain.
Laporkan Jika anda fikir anda atau seseorang yang lain telah membuat keputusan tanpa memiliki kuasa untuk berbuat demikian, sila speak up. Pengurus barisan anda adalah individu yang terbaik untuk dihubungi.
Soalan dan jawapan Saya hendak membuat beberapa keputusan di jabatan saya yang saya rasakan agak
penting. Bagaimana untuk saya mengetahui jika saya telah diberikan kuasa untuk membuat keputusan tersebut? J
Dalam kebanyakan kes ini akan terkandung dalam Perwakilan Kuasa BT. Huraian kerja anda juga mungkin mempunyai jawapannya. Jika tidak, pengurus barisan atau pengurus kewangan anda akan mengetahuinya. Jika anda hendak membeli sesuatu, jabatan Pemerolehan boleh membantu. Jangan lupa untuk memeriksa apa tanggungjawab khusus anda - mungkin keputusan tersebut akan melibatkan sebahagian daripada tugas orang lain.
S Kelihatan seperti banyak karenah birokrasi dan pita merah yang perlu saya lalui bagi mendapatkan kelulusan. Untuk kali kedua dan seterusnya, bolehkah kita melangkau sebah agian daripadanya? J
Kita menggariskan prosedur bagi melindungi perniagaan kita. Tetapi kita tidak mahukan birokrasi di BT. Sila berbincang dengan pengurus anda tentang cara untuk menambah baik sistem itu. Sementara itu, sila ikuti cara kita melakukan sesuatu perkara seperti biasa.
Halaman 35
Bersaing secara adil Kita bersaing dengan bersungguh-sungguh tetapi secara adil, bersikap jujur, menghormati dan amanah dalam semua urusan kita.
pembekal dan rakan kongsi kita. Itu tidaklah menjadi masalah, tetapi ia perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Sebagai contoh, satu bahagian hubungan itu tidak boleh bergantung pada yang lain. Anda juga perlu lebih berhatihati terhadap maklumat yang anda kongsikan terutamanya tentang harga dan kos.
perdagangan adil yang mungkin akan berlaku. Hubungi pengurus barisan anda atau Pasukan Etika. Anda juga boleh menghubungi talian penting sulit. Lawat laman web ini untuk mendapatkan butiran nombor telefon yang perlu dihubungi di negara anda dan untuk sebarang arahan khas.
Tiada masalah untuk menggunakan setiap sumber yang kita miliki bagi memperoleh kelebihan persaingan: pekerja kita, pengetahuan kita, pengalaman kita. Tetapi kita mesti bertindak secara Soalan dan jawapan beretika dan selari dengan nilai-nilai kita serta S Salah satu pesaing kita mencadangkan agar undang-undang. Kita percaya dengan pasaran kita bersetuju untuk mengelakkan pelanggan bebas. Itu bermaksud kita menghormati hak dan wilayah masing-masing. Adakah ia pesaing kita untuk menjalankan perniagaan mereka. dibenarkan? Kita tidak menekan atau memaksa pelanggan untuk J Tidak. Ia salah di sisi undang-undang di memilih kita berbanding pesaing lain. Walaupun kebanyakan negara, malah undang-undang persaingan dan perdagangan adil membincangkannya sahaja dikira tidak berbeza-beza mengikut negara, semakin hari beretika. Anda harus melaporkan perbualan itu semakin banyak negara yang menggubal undangkepada pengurus barisan anda dengan segera. undang yang menghentikan pesaing melemahkan Jika tidak, anda dan BT mungkin akan atau mensabotaj pesaing lain. Kita harus berpegang menghadapi denda, malah mungkin juga teguh pada prinsip itu dan mematuhi mana-mana dakwaan jenayah. undang-undang yang menuntut kewajipan yang lebih ketat di negara tertentu. S Salah satu pembekal kita juga merupakan pelanggan dan pesaing. Adakah terdapat Siapa yang harus ditanya sebarang batasan tentang bagaimana kita Hubungi pengurus barisan anda jika memerlukan boleh bekerja bersama? bantuan. Atau anda boleh hubungi Pasukan Etika. J Dari segi teori, tiada. Kolaborasi adalah Laporkan sebahagian daripada perniagaan komunikasi. Sila speak up jika anda bimbang tentang Sesetengah syarikat adalah pelanggan, perlanggaran undang-undang persaingan atau
S Saya terdengar beberapa maklumat menarik tentang pesaing semasa menaiki kereta api. Bolehkah saya menggunakannya? J
Tidak menjadi masalah untuk mengumpulkan maklumat tentang pesaing kita - asalkan ia disampaikan secara bebas dan terbuka. Jangan lakukan apa-apa secara tipu helah, seperti memasang telinga atau berbohong mengenai siapa diri anda dan pekerjaan anda. Itu tidak jujur dan bertentangan dengan prinsip kita. Sila hubungi Pasukan Etika jika anda bimbang.
S Adakah OK untuk menyiarkan maklumat yang mengelirukan tentang pesaing di internet? J
Tidak. Jangan sesekali. Anda boleh menyiarkan fakta tentang pesaing di laman web kita, asalkan ia tepat dan berkaitan. Namun, kita lebih suka bercakap tentang kekuatan sendiri daripada bercakap tentang pesaing. Halaman 36
Tempat kita di dunia
Isi Kandungan Kesihatan dan keselamatan Alam sekitar Sumbangan politik
Halaman 37
Kesihatan dan keselamatan
Kita prihatin terhadap pekerja kita dan melindungi mereka; dan kita menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan mereka. Di mana jua kita menjalankan perniagaan, kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan:
Cara kita menjalankan perniagaan tidak mencederakan atau menyebabkan kerosakan kepada sesiapa
Siapa yang harus ditanya Buku Panduan Kesihatan dan Keselamatan dan bahagian Kesihatan dan Kesejahteraan Intranet BT memberi panduan kepada pekerja BT. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan khusus terhadap kesihatan dan keselamatan berhubung kerja anda, anda harus membincangkannya dengan pengurus barisan anda terlebih dahulu.
Laporkan
Pekerja kita dilindungi di tempat kerja dan diberikan maklumat, arahan, latihan dan peralatan yang diperlukan bagi menjalankan kerja mereka dengan selamat
Kita semua mesti mengikut prosedur yang diperlukan dan melaporkan kejadian, kecederaan, situasi atau amalan kerja yang tidak selamat secepat mungkin.
Cara kita bekerja menggalakkan faedah yang nyata bagi fungsi kesihatan dan kita memberikan maklumat dan sokongan yang membolehkan pekerja membuat pilihan termaklum tentang pengamalan tingkah laku yang menggalakkan kesihatan. Kita mempunyai kewajipan perundangan untuk melindungi sesiapa yang mungkin terjejas oleh perniagaan kita. Kita juga mengakui bahawa semakin baik kita menjaga pekerja kita, mereka akan lebih melibatkan diri dan terdorong untuk melakukan kerja sebaik yang boleh mengikut kemampuan mereka.
Peraturan dan panduan untuk pekerja BT digariskan dalam buku panduan Kesihatan dan Keselamatan kita.
Soalan dan jawapan S Mengapa Kesihatan, Keselamatan dan Kesejahteraan adalah penting di BT?
J Memastikan pekerja kita selamat dan sihat adalah keutamaan bagi perniagaan ini. Kita bukan sahaja mahukan mereka kekal bebas daripada kecederaan dan penyakit yang boleh
mempengaruhi kualiti hidup mereka secara dramatik, bahkan kita juga mengakui bahawa kesihatan dan keberkesanan perniagaan adalah berkait rapat. Memastikan pekerja kita selamat dan sihat merupakan situasi menang-menang untuk perniagaan dan untuk individu sama ada di tempat kerja atau di tempat lain. S Apa yang cuba kita capai?
J Kita mempunyai strategi jangka panjang untuk menambah baik kesejahteraan syarikat secara menyeluruh dengan menyediakan maklumat, panduan dan jika perlu arahan bagi memastikan pekerja kita dilindungi dan bekerja bersama-sama bagi melindungi satu sama lain. Syarikat menyediakan sistem kerja yang selamat, peralatan, perkhidmatan sokongan dan akses kepada nasihat pakar yang membolehkan pekerja memahami cara bagaimana mereka perlu bekerja serta risiko yang berkait dengan pekerjaan mereka. Tetapi kita juga menyediakan maklumat tentang risiko gaya hidup dan menggalakkan pekerja kita membuat perubahan yang kecil tetapi signifikan yang boleh membawa kesan yang dramatik terhadap hasil kesihatan peribadi kemudian hari.
Halaman 38
Kesihatan dan Keselamatan (bersambung)
S Mengapa BT perlu begitu terlibat dalam keselamatan dan kesejahteraan saya?
J Apabila kita perlu menjadi preskriptif kerana kerja harus dilakukan dalam cara tertentu atau kerana terdapat risiko yang perlu diuruskan menggunakan peralatan tertentu, kita akan bersikap terang dan jelas tentang keperluannya dan pekerja kita mesti mengikut cara kerja yang ditakrifkan ini. Namun, terdapat banyak situasi di mana individu mempunyai pilihan tentang bagaimana mereka bertingkah laku dan risiko apa yang mereka sanggup ambil. Sebagai sebuah syarikat kita percaya bahawa membantu pekerja memahami risiko dan memberi mereka kuasa untuk membuat pilihan termaklum adalah cara yang penting bagi memberikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkesan bagi pekerja kita. Kita akan terus memberikan maklumat, panduan dan sokongan bagi membantu mereka mengamalkan gaya hidup dan tingkah laku yang akan membolehkan mereka, keluarga mereka dan syarikat menikmati masa depan yang makmur dan berjaya.
Halaman 39
Alam Sekitar Kita berusaha untuk memaksimumkan peluang terhadap penguntukan perkhidmatan dan penyelesaian yang boleh membantu mengurangkan kesan alam sekitar yang negatif, dan yang boleh memberi faedah alam sekitar yang ketara.
mereka produk, perkhidmatan, bangunan dan peralatan baharu agar mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber semula jadi
menguruskan tenaga dan sumber semula jadi dengan bijak dalam setiap bahagian perniagaan kita.
Kita mengakui bahawa dalam operasi hari ke hari kita, kita memberi kesan kepada alam sekitar dalam beberapa cara. Dan kita komited untuk meminimumkan kesan yang mungkin berbahaya ini di mana-mana dan bila-bila keadaan mengizinkan. BT kekal komited untuk memberi sumbangan yang positif kepada alam sekitar.
J Sistem pengurusan alam sekitar kita Sistem pengurusan alam sekitar kita, yang memantau dan menetapkan sasaran mendapat sijil piawaian ISO 14001, direka bagi penambahbaikan untuk: pelepasan karbon, memastikan bahawa kita berpegang pada bahan buangan, pengangkutan, pemerolehan komitmen ini setiap hari dalam operasi kita sendiri. dan rantaian bekalan, penggunaan dan Kit alat 'Designing Our Tomorrow' kita akan penyimpanan bahan api, penggunaan membantu kita mencipta produk dan perkhidmatan tenaga, penggunaan air, emisi. yang merangkumi kriteria kemapanan dalam rekaannya. Ia bukan sekadar menjaga kesihatan Ia merupakan proses yang berterusan – apabila dan keselamatan pekerja dan pelanggan kita, ia kita berjaya mencapai satu sasaran, kita membabitkn tentang mengekalkan alam sekitar naikkan grafnya menjadi lebih tinggi. yang merupakan tempat bergantung bagi BT, ekonomi dan masyarakat. S Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
Kita mengharapkan agar setiap orang mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkenaan dengan mereka, juga piawaian serta komitmen alam sekitar kita. Banyak komitmen dalam dasar alam sekitar BT mempengaruhi kehidupan kerja harian kita. Kami ingin:
mengurangkan penggunaan
mengguna semula, bila keadaan mengizinkan
mengitar semula jika tidak boleh mengguna semula dan menggunakan lebih banyak bahan kitar semula dalam produk kita
Siapa yang harus ditanya Lebih banyak maklumat boleh didapati untuk pekerja BT di halaman intranet Better Future.
bekerja di BT anda boleh menghubungi mereka di
[email protected]).
Soalan dan jawapan S Bagaimana BT mengukur kesannya terhadap alam sekitar?
J
BT telah menerbitkan ke luar data prestasi alam sekitar terjamin sejak tahun 1992. Anda boleh temui laporan terkini di laman web Better Future kita.
Laporkan Jika anda ingin melaporkan kebimbangan alam sekitar, sila hubungi Pasukan Etika (jika anda tidak Halaman 40
Alam sekitar (bersambung)
S Banyak produk kita - misalnya persidangan audio - memberi kesan yang positif kepada alam sekitar dengan mengurangkan perjalanan. Oleh itu mengapa kita perlu bimbang tentang isu-isu alam sekitar? J
Kita boleh berbangga bahawa produk dan perkhidmatan kita membantu melindungi alam sekitar. Namun, kita tetap perlu berhati-hati dengan kesan negatifnya dan mengurangkannya - terutama sekali apabila ia melibatkan perjalanan dan pengangkutan, emisi penggunaan bahan api dan bahan buangan kita sendiri. Kita juga harus berusaha meminimumkan kesan produk dan perkhidmatan kita. Ini boleh dilakukan dengan mempertimbangkan, sebagai contoh, kecekapan tenaga produk kita dan kelestarian pembungkusan kita. Banyak lagi yang perlu dilakukan, dan ia sesuatu yang kita ambil serius. Kita juga melaporkan secara tetap kepada semua pemegang saham tentang prestasi kita dalam laporan tahunan Better Future. Kita tidak boleh berhenti sehingga kita boleh menunjukkan bahawa kita membawa faedah bersih kepada alam sekitar.
Halaman 41
Sumbangan Politik
Tiada syarikat dalam Kumpulan BT akan membuat sumbangan (termasuk pinjaman) kepada mana-mana parti politik, kepada kempen mana-mana calon wakil rakyat, atau bagi menyokong mana-mana wakil rakyat. S Bekas rakan sekerja bertanding sebagai calon wakil rakyat kerajaan tempatan dan saya ingin memberi sumbangan kepada kempen beliau. Adakah ia OK? Bolehkah saya menawarkan kepadanya untuk menggunakan bilik mesyuarat di bangunan BT agar pasukan kempennya boleh bertemu? J
BT menghormati hak pekerjanya untuk menyokong aktiviti politik secara peribadi asalkan ia tidak dikaitkan dengan BT. Namun, anda tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh disalahtafsirkan bahawa BT menyokong calon itu. Oleh itu anda tidak boleh menawarkan penggunaan bilik mesyuarat BT.
Siapa yang harus ditanya Untuk butiran lanjut hubungi pasukan Etika (atau di
[email protected] jika anda di luar BT).
Halaman 42
Melakukan Perkara yang Betul
Isi Kandungan Bertanggungjawab Menyelesaikan konflik: melakukan perkara yang betul
Halaman 43
Bertanggungjawab
Kita mengukur dan melaporkan prestasi berbanding prinsip kita dan menyampaikannya dengan jelas di dalam dan di luar BT.
Di dalam BT
Jika sesiapa yang bekerja untuk BT gagal berpegang pada prinsip dan piawaian ini, kita boleh mengambil tindakan tatatertib, sehingga dan termasuk pemecatan. Kita akan mempertimbangkan setiap kes secara berasingan, berdasarkan keadaan khususnya. Kita mengharapkan agar pekerja BT bekerjasama di dalam siasatan dalaman bagi kes salah laku.
Kita mempunyai dasar terperinci yang menyokong prinsip ini, mengukur sebaik mana kita mematuhinya dan bekerja dengan pengurus operasi bagi mempromosikannya.
Setiap tahun kita mengkaji semula sejauh mana berkesannya sistem kawalan dalaman kita. Hasilnya pula dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah BT.
Jawatankuasa Tadbir Urus Serantau kita juga menyelia dan memantau tadbir urus dan pematuhan di rantau mereka. Hasilnya
Kita mengharapkan pengurus kita bercakap tentang prinsip dan piawaian dalam Cara Kita Bekerja kepada pasukan beliau dan memastikan setiap orang tahu, faham dan berpegang padanya dan pada nilai-nilai kita.
Kita mengharapkan agar anda bertanggungjawab, speak up dan memikul tanggungjawab
Jika anda terlihat tingkah laku yang mungkin salah atau tidak selari dengan Cara Kita Bekerja, atau anda tidak pasti apakah tindakan yang terbaik dalam situasi tertentu, anda harus melaporkannya atau membincangkannya dengan pengurus anda atau jabatan yang sesuai. Tidak akan ada sebarang tindakan balas atas aduan yang dibuat secara jujur. Anda juga boleh menghubungi talian penting sulit
Periksa laman sesawang untuk mendapatkan butiran nombor telefon yang perlu dihubungi di negara anda dan untuk sebarang arahan khas bagi negara anda.
dilaporkan kepada Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus Lembaga Pengarah BT.
Di Luar BT
Setiap tahun, kita menerbitkan laporan dan akaun tahunan kita, juga laporan ke atas prestasi alam sekitar, teknologi dan sosial. Untuk laporan terkini, sila hubungi pasukan Better Future, atau lihat laman perniagaan yang berkenaan.
Halaman 44
Cara Kita Bekerja Berurusan dengan tuntutan yang bercanggah jarang sekali mudah. Soalan-soalan berikut mungkin membantu anda mendapatkan keputusan yang betul.
Adakah ia sah dan anda dibenarkan untuk melakukannya?
Adakah ia selari dengan Cara Kita Bekerja, dasar BT kita dan sebarang dasar atau prosedur operasi kita?
Bagaimana anda akan menerangkan keputusan anda kepada rakan sekerja BT di Negara sendiri atau negara lain?
Bagaimana anda akan menerangkan keputusan anda kepada keluarga, atau umum?
Adakah anda selesa dengan keputusan itu? Adakah ia bercanggah dengan kesedaran integriti anda sendiri?
Adakah anda akan berasa gembira membaca tentangnya di surat khaba Sekiranya anda memerlukan panduan sila lihat bahagian di atas tentang Mendapatkan nasihat. Ingat, anda boleh berbincang dengan pengurus barisan anda, pasukan Etika atau talian penting sulit kita jika anda bimbang.
Halaman 45
Diterbitkan oleh Tadbir Urus & Pematuhan Kumpulan BT Group plc 81 Newgate Street London EC1A 7AJ Salinan Elektronik, Oktober 2013 © British Telecommunications plc Pejabat Berdaftar: 81 Newgae Street, London EC1A 7AJ Didaftarkan di England no.1800000
Untuk maklumat lanjut sila lawat laman intranet cara Kita Bekerja, atau http://www.btplc.com/TheWayWeWork/ Halaman 46