BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
EDISI PERTAMA JANUARI 2016
P ENAUNG : P ROF . D R . R OSSITA S HAPAWI
PEMAKANAN IKAN: Vitamin C
IDEA PENYELIDIKAN
P ENASIHAT : 1. A SSOC . P ROF . D R J ULIAN R ANSANGAN 2. A SSOC . P ROF . D R . S ITTI R AEHANAH M UHD . S HALEH 3. D R . R AFIDAH O THMAN
Vitamin
Oleh: ISABELLA EBI
adalah bahan organik yang
diperlukan oleh badan manusia dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan yang normal. Terdapat 13 jenis vitamin utama iaitu vitamin A, B1, B2, B3, B6,
EDITOR: 1. NASIHIN SETH 2. LYN ZAMHARI 3. PRESSLY M.
B7, B11, B12, C, D, E, H, dan K. Setiap jenis
KANDUNGAN
vitamin
mempunyai
peranan
tertentu dalam tubuh badan manusia termasuklah menjaga kesihatan kulit dan
Idea Penyelidikan
1
mata,
Komuniti Akuakultur
2
membentuk sel-sel darah merah dan se-
Kultur Ikan Laut
3
Kultur Ikan Air Tawar
5
Kultur Invertebrata
6
Sistem Hatceri
7
Global
8
Aktiviti Pelajar
11
Dalam Kampus
12
Lain-lain
13
Kesedaran Awam
14
Pascasiswa Pilihan
15
Pakar Pilihan
16
melancarkan
sistem
penghadaman, menaikkan selera makan, bagainya. Seperti manusia,
ikan juga
secara
tidak
langsung,
menyebabkan
boleh
kerugian
kepada
penternak. Di
alam
semulajadi,
ikan
mendapatkan sumber vitamin C dengan memakan alga ataupun hidupan air yang memakan
alga.
Namun,
ikan
yang
diternak di dalam sangkar atau hatcheri bergantung sepenuhnya pada makanan yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, adalah
penting
bagi
kita
untuk
memasukkan vitamin C dalam makanan ikan mengikut keperluan. Kajian
menunjukkan
keperluan
vitamin C pada ikan adalah berbeza
memerlukan vitamin C untuk tumbesaran
mengikut
yang sihat. Kebanyakkan ikan tidak
penternakan. Sebagai contoh, ikan tilapia
dapat menghasilkan vitamin C sendiri di
yang
dalam badannya. Oleh yang demikian,
memerlukan vitamin C sebanyak 37-63
vitamin C haruslah diberikan kepada ikan
mg bagi setiap kilogram makanan ikan.
melalui makanan mereka (pellet ikan).
Manakala, ikan tilapia yang diternak di
Kekurangan
boleh
dalam air masin memerlukan kuantiti
ikan
vitamin C yang lebih tinggi iaitu 100-200
penyakit,
mg bagi setiap kilogram makanan ikan.
vitamin
menyebabkan terbantut, sembuh kecacatan
pertumbuhan
mudah
mengambil
masa
apabila pada
pembentukkan
C
dijangkiti yang
lama
dijangkiti
penyakit,
pertumbuhan tulang,
untuk
spesies,
diternak
saiz, dalam
dan
kondisi
air
tawar
Anak ikan memerlukan kuantiti vitamin C yang
lebih
banyak
berbanding
ikan
dan
dewasa. Ini adalah kerana metaboslisma
pendarahan
dan pertumbuhan anak ikan lebih tinggi
dalaman, dan yang lebih serius, boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini
berbanding ikan dewasa.
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
KUBENA Mengorak Langkah dalam Sektor Akuakultur
KOMUNITI AKUAKULTUR Produk perikanan akuakultur yang dihasilkan & aktiviti KUBENA
Ikan bilis
Ikan salai
Oleh: MERCYLLA SARA AK JOSHUA
Kumpulan Belia Nelayan
(KUBENA)
bahan dan pengangkutan adalah ditanggung oleh para
dari Kota Belud telah diasaskan
penduduk Kampung Ambong. Misalnya, Encik Juman Hj.
oleh Encik Juman Hj. Osoh pada
Osoh telah mendermakan sangkar ikan dan bagang beliau
tahun 2003, dan didaftarkan di
untuk tujuan penternakan ikan, manakala Encik Ajuh Deris
bawah Lembaga Kemajuan Ikan
meminjamkan bot beliau untuk aktiviti memancing di laut
Malaysia
Bermula
dalam. Bagang merupakan sebuah alat untuk menangkap
dengan hanya 30 orang ahli di
ikan yang menggunakan jaring dan alat pencahayaan
awal penubuhannya, KUBENA
yang dipasang bersama di persisiran laut untuk menarik
kini telah berkembang dengan
perhatian ikan. Dengan
ahli seramai lebih kurang 70
kemudahan bagang ini, ahli KUBENA sedikit sebanyak
orang
dapat mengembangkan aktiviti penternakan ikan mereka.
(LKIM).
belia.
Tujuan
asal
adanya
sangkar
ikan dan
penubuhan KUBENA ialah untuk meningkatkan
taraf
ekonomi,
pendididkan dan latar belakang sosial
penduduk
Kampung
Ambong, Kota Belud, lebih-lebih
„„KUBENA sedikit sebanyak dapat mengembangkan aktiviti penternakan ikan mereka‟‟
lagi
dalam
Udang kering
Hinava
2
para
belianya. Pada awal penubuhan KUBENA, segala kelengkapan, ► Lawatan ahli KUBENA ke Hatceri Ikan UMS
KUBENA Tempura ikan
kalangan
kini diketuai oleh
Encik Mat Sah bin Ajuh dengan kerjasama LKIM dan juga Persatuan Nelayan Kota Belud. Sehingga kini, pendapatan utama KUBENA diperoleh daripada beberapa aktiviti akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar, pemprosesan hasil perikanan, penjualan ikan hidup, dan beberapa aktiviti sampingan seperti servis pengangkutan, memancing laut dalam dan sewaan bagi kanopi. Pendapatan tahunan KUBENA kini mencecah RM 292,800. Di samping itu, KUBENA telah menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui beberapa aktiviti seperti Rakan Akuakultur, Bengkel Kelestarian Akuakultur dan Rakan Niaga Pembelian
Ikan Kerapu dan Siakap. Melalui kerjasama ini, KUBENA boleh mendapatkan khidmat perundingan daripada UMS, terutamanya bagi penternakan ikan dalam sangkar. Selain itu, KUBENA juga boleh mendapatkan benih ikan daripada UMS. Jalinan kerjasama ini amatlah penting bagi KUBENA sebagai sebuah kumpulan yang masih lagi baru dan mempunyai potensi untuk terus berkembang dalam sektor akuakultur.
▲ Ahli KUBENA menjual produk perikanan di tamu tempatan
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
KULTUR IKAN LAUT
Pembenihan Kerapu Hibrid Oleh: SANDRA NATALIE GUDID
Pada tahun 2006, hatceri ikan marin Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menghasilkan kerapu hibrid. Terdapat beberapa jenis kerapu hibrid yang berjaya dihasilkan, antaranya ialah Kerapu Harimau X Kerapu Keratang (2006), Kerapu Pinang X Kerapu Keratang (2007), Kerapu Pinang X Kerapu Harimau (2007) dan Kerapu Tikus X Kerapu Harimau (2008). Kerapu hibrid ini dihasilkan melalui persenyawaan tiruan. Kerapu hibrid dikatakan lebih baik berbanding baka yang terdahulu kerana ia mempamerkan pertumbuhan yang luar biasa, tahan penyakit, dan mempunyai rasa yang enak berbanding induk asal.
▲ Kerapu Harimau X Kerapu Keratang
▲ Kerapu Pinang X Kerapu Keratang
‘‘Kerapu hibrid dikatakan lebih baik berbanding baka yang terdahulu kerana ia mempamerkan pertumbuhan yang luar biasa, tahan penyakit, dan mempunyai rasa ▲ Kerapu Tikus X Kerapu Harimau
yang enak’’
Pemilihan Induk Ikan Langkah pertama pembenihan secara tiruan ialah pemilihan induk ikan yang sesuai. Kerapu betina yang matang mempunyai abdomen yang menggelembung dan lembut. Selalunya pemerhatian pada telur tidak dilakukan ketika ini. Namun sekiranya perlu, proses kanulasi boleh dipraktikan dengan memasukkan tiub plastik berdiameter 1mm secara perlahan dan berhati-hati ke dalam sistem pembiakan ikan. Tiub plastik tersebut disedut perlahan untuk mendapatkan sampel telur. Telur betina akan kelihatan putih bersinar sekiranya matang. Proses kanulasi dihentikan dengan segera sekiranya tiub tidak dapat masuk ke sistem pembiakan ikan untuk mengelakkan kecederaan pada ikan. Pemilihan kerapu jantan dilakukan dengan melurut perlahan bahagian abdomen (perut) ikan untuk memastikan ikan cukup matang dan menghasilkan sperma.
3
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Pembenihan Kerapu Hibrid ◄ Suntikan Hormon Langkah seterusnya ialah suntikan hormon. Sebelum induk ikan disuntik, pelali akan diberikan kepada induk ikan pada dos 200 ppm. Hormon HCG (Human Chorionic Gonadotrophin) digunakan pada dos 500 IU/kg untuk induk kerapu betina. Manakala, induk kerapu jantan disuntik separuh dos. Lazimnya, kerapu jantan tidak perlu disuntik sekiranya cukup matang. Pengumpulan telur dan sperma Proses kanula dijalankan sekali lagi dalam 7-8 jam selepas disuntik. Perkembangan telur dapat dilihat di bawah mikroskop bagi menentukan masa untuk mengeluarkan telur daripada abdomen induk ikan. Selepas 42 jam 15 minit dari masa suntikan, telur boleh dilurutkan dari abdomen induk kerapu betina dan masuk ke dalam mangkuk bulat. Manakala, sperma induk kerapu jantan dikumpul menggunakan pemungut sperma yang dibuat khas.
▲ Telur kerapu betina diperolehi dari abdomen.
▲ Sperma dikumpul menggunakan pemungut sperma yang dibuat khas.
Persenyawaan Sperma yang dikumpulkan dicampur dengan telur dalam mangkuk bulat. Campuran tersebut kemudian digaul rata menggunakan berus lembut atau bulu dan dibiarkan selama 2-3 minit. Kemudian, air laut bertapis digunakan untuk membuang lendir menggunakan jaring yang mempunyai saiz mesh 100 mikron.
Inkubasi dan Penetasan Telur yang disenyawakan dimasukkan ke dalam tangki inkubasi 1 ton. Pemerhatian telur dilaksanakan selang 1 jam untuk menentukan peringkat perkembangan telur.
▲ Telur dan sperma digaul sekata
4
▲ Peringkat perkembangan telur dibawah mikroskop
KULTUR IKAN AIR TAWAR Fakta sejarah yang menarik: Ikan tilapia digelar ‘ikan Jepun’ atau
Japanese fish semasa zaman penjajahan Jepun (1941 – 1945) kerana banyak ikan tilapia dibawa dari Jawa sebagai sumber protein kepada askar-askar Jepun.
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Ikan Tilapia Merah Oleh: HEE YEEK TSIN @ ANTHONY
Di Malaysia, ikan tilapia merah merangkumi 90% daripada jumlah keseluruhan penternakan ikan tilapia. Di kolam yang kedalaman tidak melebihi 1 meter, induk jantan akan membuat sarang bagi induk betina bertelur. Setelah telur tersebut disenyawa oleh sperma dari induk jantan, induk betina akan menyimpan telur di dalam mulut. Telur menetas dalam lingkungan tiga ke lima hari, anak-anak ikan akan dijaga oleh induk betina selama lapan sehingga sepuluh hari. Nisbah induk jantan dan betina adalah seekor jantan bagi empat ke enam ekor induk betina (1:4-6).
Kenapa ikan tilapia merah popular di kalangan masyarakat? Ikan tilapia merah dapat diterima oleh semua masyarakat yang berlainan bangsa, agama dan status. Dalam dunia masakan, ikan tilapia merah dapat disediakan dengan pelbagai jenis cara masakan yang enak. Ikan tilapia mendapat nama „ayam akuatik‟ atau aquatic chicken untuk menggambarkan ikan ini umpama ayam yang hidup dalam air kerana rasanya tidak banyak berbeza dengan daging ayam tetapi lebih sihat kerana kurang kolesterol. Selain itu, ikan tilapia merah mendapat sambutan yang baik oleh kaum Cina kerana warna kemerahan yang dipercayai membawa tuah. Di sesetengah tempat, polikultur antara ikan tilapia merah dengan ikan kap atau udang berjaya membawa hasil yang lumayan kepada penternak.
TILAPIA MERAH
Pemilihan dan pengendalian induk Pemilihan saiz induk tilapia yang disyorkan kepada penternak adalah sekitar 300 – 500g kerana kesuburan induk yang optimal. Ciri-ciri fizikal induk yang bagus adalah mempunyai bentuk badan yang normal tanpa kecacatan atau kecederaan pada badan ikan. Selain itu, induk
Masalah yang serin g
juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat, nisbah penukaran makanan yang rendah dan ketahanan penyakit yang tinggi. Pengurusan induk yang terancang dapat mengurangkan risiko
dihadapi oleh pent ernak
kerugian. Induk betina dielakkan berdekatan dengan tempat yang bising kerana telur yang
Pembiakan dalam kelompok ika
yi bising. Kecurian akan mengakibatkan kehilangan induk jika kawalan keselamatan di tempat
yang sama keluarga atau inb
reeding
berlaku apabila benih ikan yan
induk terlepas kerana air melimpah keluar dari kolam atau pencampuran dengan induk liar yang tidak berkualiti mungkin berlaku sekiranya air sungai melimpah masuk ke dalam kolam dan
ara dan
membawa bersama induk liar. Tangki atau kolam yang mencukupi penting untuk mengasingkan
ini akan
induk yang berlainan ciri, umur dan jantina, bagi mengelakkan pembiakbakaan dikalangan ke-
mengurangkan hasil pengeluar an oleh induk atau benih ikan tila
penternakan tidak ketat. Apabila hujan lebat, sistem kolam yang tidak terancang menyebabkan
g berasal
dari induk yang sama dipelih dijadikan sebagai induk. Hal
n induk
disimpan dalam mulut akan dilepaskan sebelum penetasan berlaku akibat daripada kejutan bun-
benih
pia merah yang dihasilkan lambat memb esar. Selain itu, warna kemerahan ikan tilapia akan terjejas dengan campur an warna hitam. Hal ini akan menyebab kan ikan tilapia tersebut susah dipasa rkan kerana warnanya yang tidak menarik berbanding dengan warna kem erahan.
lompok ikan induk yang sama keluarga berlaku.
n Penjagaan benih ikasiha t dalam air hijau yang penuh
gan cepat dan Benih ikan tilapia membesar den uk tiga minggu yang kton sebagai sumber makanan. Unt dengan fitoplankton dan zooplan ri kepada benih ikan. n dalam bentuk serbuk boleh dibe pertama selepas penetasan, makana ga. Benih yang k keterlaluan supaya kualiti air terja tida ya rusn seha ikan uk serb an Pemberi ggantikan serbuk. Saiz ri makan pelet hancur untuk men berumur tiga minggu boleh dibe tian terhadap fizikal ikan saiz mulut ikan. Oleh itu, pemerha makanan pelet patut sesuai dengan saiz makanan pelet benih ikan sihat membesar dengan aya sup i telit gan den an kuk dila u perl yang betul.
5
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
KULTUR INVERTEBRATA
▼ Benih timun laut yang dihasilkan di hatceri UMS
Pembenihan Timun Laut (Holothuria scabra) di Hatceri;
Langkah Mengatasi Ekploitasi Berlebihan Oleh: NOOR ADZLINA ABDIN
Timun laut dikenali sebagai balat putih, putian atau bat dalam kalangan masyarakat tempatan. Di Sabah, timun laut boleh didapati di beberapa daerah seperti Kunak, Kudat, Semporna dan Pitas. Timun laut mempunyai nilai komersial yang tinggi terutamanya di pasaran luar negara seperti China dan Singapura. Timun laut kebiasaannya akan diproses menjadi timun laut kering yang juga dikenali sebagai trepang. Harga trepang di pasaran boleh mencecah RM800-1,000 sekilogram. Timun laut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana mengandungi banyak khasiat. Namun, spesis timun laut kini hampir diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi secara berlebihan. Eksploitasi timun laut ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi turut dialami oleh negara lain. Oleh itu, pembenihan timun laut di hatceri amat penting bagi melindungi spesis timun laut dari diancam kepupusan. Pembenihan timun laut di hatceri boleh dijalankan menggunakan teknik aruhan seperti pengeringan, renjatan suhu dan mandian Spirulina. Pembenihan timun laut di hatceri boleh meningkatkan penghasilan benih timun laut. Justeru itu, taraf ekonomi dan sektor akuakultur juga mampu ditingkatkan. ◄ Pengeringan Induk timun laut diletakkan di dalam bekas kosong sebelum dipindahkan semula ke tangki peneluran.
► Renjatan suhu Induk timun laut diletakkan di dalam tangki yang mengandungi air laut yang telah dinaikkan suhu (3-5°C).
◄ Mandian Spirulina Serbuk Spirulina dibancuh dan dituang ke dalam tangki yang mengandungi induk.
6
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Recirculating Aquaculture System (RAS)
SISTEM HATCERI
Oleh: MOHD. HAFIZZIE HAJINI
A
kuakultur adalah antara industri yang berkembang pesat di Malaysia. Ianya melibatkan
penternakan ikan dalam keadaan yang terkawal. Industri akuakultur bakal menjadi sektor yang penting di mana untuk menggantikan tangkapan ikan dari habitat semulajadi sebagai sumber makanan untuk manusia. Penurunan jumlah tangkapan daripada penangkapan ikan yang berlebihan dan pencemaran air juga telah menggalakkan penternakan ikan yang segar di dalam sistem air yang tertutup. Justeru itu, sistem penternakan yang baik perlu direka dan dicipta supaya kelangsungan hidup ikan lebih tinggi dan juga dapat menghasilkan lebih banyak ikan untuk memenuhi kehendak pasaran. Sistem resirkulasi akuakultur (Recirculation aquaculture system, RAS) adalah merupakan kaedah terkini dalam penternakan ikan. Sebelum ini, ikan diternak menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sistem kolam terbuka atau tangki litar. Walau bagaimanapun, RAS mempunyai kelebihan seperti, boleh menternak ikan dalam kepadatan yang tinggi, di dalam tangki tertutup bersama dengan persekitaran air yang terkawal, fleksibel dalam pemindahan tangki dan penjimatan dalam penggunaan air.
Air keluar
Tangki penternakan ikan Tangki penapis
Air masuk ▲ Contoh proses sistem resirkulasi akuakultur, RAS
RAS selalunya terdiri daripada tangki penternakan ikan dan tangki penapis. Dalam tangki penapis, terdapat 2 komponen penapis iaitu penapis mekanikal dan penapis biologikal. Dalam penapisan mekanikal, sisa-sisa pepejal seperti sisa makanan dan najis ikan akan ditapis manakala untuk penapisan biologikal, ammonia yang terhasil didalam tangki penternakan akan diserap dan digunakan oleh bakteria sebagai makanan. Contoh-contoh penapis yang selalu digunakan dan mudah didapati adalah batu kelikir dan batu karang. Sistem RAS ini boleh dibangunkan dalam pelbagai skala, dari skala kecil (20000 kg setahun) ke skala besar (500000 kg setahun). RAS boleh digunakan untuk tujuan pembesaran ikan ataupun untuk pembenihan ikan. Kesimpulannya, RAS mempunyai banyak potensi dalam bidang akuakultur. Penggunaan RAS ternyata boleh meningkatkan lagi produktiviti dan penghasilan ikan. 7
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
GLOBAL
Indonesia Miliki Potensi Produser Terbesar Akuakultur Dunia
Oleh : NUR SUHAILAH BINTI SYED MUBARAK
Indonesia dikenali sebagai negara maritim yang mempunyai garis pantai terpanjang kedua di dunia, selain kedudukannya yang terletak di perairan yang kaya dengan ikan. Di samping itu, negara Indonesia juga merupakan salah satu negara yang paling produktif dalam bidang akuakultur. Negara kepulauan yang terdiri daripada populasi keempat terbesar di dunia ini juga merupakan konsumer makanan laut yang besar. Dengan permintaan domestik dan eksport yang tinggi ini telah membuka lebih banyak peluang bisnes kepada para penternak ikan, kerang, dan rumpai laut. Ini secara tidak langsung membuatkan Indonesia memiliki potensi untuk mejadi pegeluar terbesar akuakultur di dunia (67.7 juta Metrik Tan per tahun) yang terdiri dari sektor ikan laut (47 juta MT), sektor ikan air payau (15 juta MT), dan sektor ikan air tawar (5.7 juta MT) pada tahun 2014. Walaubagaimanapun, Indonesia masih jauh dari mewujudkan pontensi yang maksimum dalam produksi perikanan, terutamanya dalam hal eksport. Ini kerana kebanyakan makanan laut datang dari nelayan tradisonal yang menggunakan cara tradisional.
Cara ternak ikan keli menggunakan sistem bioflok Pelbagai cara, peralatan dan teknologi yang moden telah dipertingkat untuk memajukan industri akuakultur secara luas. Saban hari teknologi perikanan air tawar terutamanya ikan keli terus berkembang dengan pelbagai inovasi, disebabkan peningkatan permintaan ikan keli di pasaran. Jumlah produksi ikan keli merupakan tertinggi berbanding ikan air tawar yang lain. Pada tahun 2004, tidak ada orang berminat untuk menternak ikan keli, kerana khuatir ikan tersebut akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan sehingga menggangu masyarakat lain, tetapi kini jumlah penternak ikan keli telah bertambah. Salah satu teknologi atau cara yang sedang dipraktiskan di Indonesia ialah menternak ikan keli menggunakan sistem bioflok. Sistem bioflok merupakan teknologi yang memiliki proses nutrifikasi-sendiri dalam akuakultur tanpa penukaran air. Sistem bioflok sebenarnya dikembangkan untuk para penternak yang mempunyai masalah seperti keterbatasan tanah, dan masalah untuk mendapatkan air tawar atau air masin. Ini secara tidak langsung menyebabkan penerapan sistem ini lebih efektif. Di samping itu, sistem ini diterapkan bagi mencengah pelbagai penyakit yang masuk melalui air atau dari benih ikan. Penternakan ikan keli di sistem bioflok ini adalah satu sistem pemeliharaan ikan dengan cara menumbuhkan microorganisma yang berfungsi menukar sisa kotoran menjadi gumpalan-gumpalan kecil (flok) yang bermanfaat sebagai makanan kepada ikan ternakan tersebut. Pertumbuhan microorganisma didorong dengan memberikan kultur bakteria (probiotik) serta pemasangan aerator yang akan menyerupai oksigen di dalam kolam tersebut. 8
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
‘‘Kolam Sistem Bioflok ‟‟
Peringkat pengkulturan ikan keli di sistem bioflok
(1) Pembuatan kolam ikan keli bioflok
luas - 1 m3 - 1000 ekor ikan keli . kolam beratap – menghindari matahari dan hujan kekalkan suhu 28 0 C
(2) (3)
Persiapan air pembesaran
Pelepasan dan perawatan benih ikan keli
Hari pertama isi kolam dengan air setinggi 80-100 cm.
Hari ke-2 masukkan probiotik (bakteri
Perawatan benih ikan keli ialah setiap 10
pathogen) 5 ml/m3 .
hari sekali :
Hari ke-3 massukan probiotik (Molase) 250 3
ml/ m .
Malam – letak dolomite 150-200 gram/m (air sahaja),
9
Biarkan air selama 7-10 hari.
Probiotik 5 ml/m3, Ragi 1 susu makan/m 3
3
Waktu malam tambahkan dolomite 200-300 gr/m3 (diambil airnya saja)
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
AKTIVITI PELAJAR
Amali Penanaman Rumpai Laut oleh: NOR ANGGERIANI BINTI ARSAD
Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan laut yang boleh didapati di dasar lautan. Ia juga boleh dijumpai di pesisiran pantai yang dibawa oleh arus ombak yang kuat. Terdapat tiga warna rumpai laut yang boleh didapati iaitu rumpai laut merah, hijau dan perang. Kultur rumpai laut adalah lebih mudah berbanding kultur hidupan yang lain. Ia juga lebih produktif dan tidak memerlukan kos yang tinggi serta teknologi yang canggih. Penanaman rumpai laut secara komersial dapat menyumbang kepada ekonomi negara dan memberikan peluang pekerjaan kepadaa komuniti pantai yang hanya bergantung kepada aktiviti tangkapan ikan. Rumpai laut kering mempunyai nilai pasaran yang besar di peringkat antarabangsa kerana kegunaannya yang meluas dalam industri makanan, kosmetik, farrmaseutikal dan lain-lain. Dua minggu yang lalu bersamaan 30 November 2015, semua pelajar Tahun 3 Program Akuakultur telah terlibat dalam amali subjek rumpai laut di kawasan ODEC UMS. Dalam amali tersebut, mereka telah diajar cara untuk
mengkultur
rumpai
laut
dengan
menggunakan teknik “Long Line”.
▲ Pemilihan benih rumpai laut yang akan diikat ke tali Teknik “Long Line” ialah satu teknik penanaman rumpai laut yang banyak digunakan di Semporna, Sabah. Teknik ini telah melalui proses inovasi oleh penyelidik UMS dan dikenali sebagai Eco-Friendly Tie-Tie (EFT). yang menanam
Pengusaha
rumpai laut amat digalakkan untuk
menggunakan EFT kerana ia dapat menjimatkan masa dan lebih efisyen dalam penyediaan benih dan juga semasa menuai rumpai laut. Oleh kerana EFT lebih tahan lasak dan boleh digunakan berulang-ulang kali, ia lebih ekonomik dan ▲ Penyediaan tali EFT berdiameter 25 mm dengan panjang 25 m
dapat mengurangkan kesan pencemaran sisa tali rafia yang digunakan secara tradisional.
10
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengkultur rumpai laut menggunakan teknik “Long Line”. Antaranya ialah;
▼ Pelajar sedang mengikat benih rumpai laut menggunakan EFT
Penyediaan tali EFT
Tali berdiameter 25 mm disediakan sepanjang 25 m untuk setiap tali.
Pelampung diikat di setiap 5 m tali supaya tali dapat terapung.
Benih rumpai diikat pada tali50-100 g rumpai laut matang akan diikat pada tali yang telah disediakan dengan menggunakan Teknik
“Tie-Tie”.
Benih rumpai laut diikat pada tali yang berdiameter 25 mm dengan menggunakan tali yang lebih kecil iaitu tali berdiameter 2 mm.
Benih diikat dengan kemas agar tidak terlepas dan tidak diikat terlalu ketat bagi menggelakkan benih terbantut untuk tumbuh.
Tali yang telah lengkap diikat dengan rumpai laut dibawa ke ladang dan diikatkan pada tali utama yang disambung kepada sauh dan pelampung besar.
► Benih rumpai laut yang diikat dengan kaedah tradisi Tie-Tie menggunakan tali rafia
▲ Tali yang telah lengkap diikat dengan benih rumpai laut berserta pelampung
11
▲ Tali sedia untuk diturunkan ke tempat penanaman rumpai laut yang sesuai
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
DALAM KAMPUS
PEREKA Oleh: IAN LEVI JACKERY
Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak tahun 2008. Acara dua hari ini merupakan acara tahunan dalam kalendar PPI UMS. Fokus acara ini mengetengahkan hal penyelidikan dan inovasi bagi menggalakkan penyelidik dan innovator untuk mempertandingkan bakat mereka.
Institut Penyelidikan Marin Borneo telah menghantar sebanyak 27 penyertaan, 19 penyertaan dalam kategori Penyelidikan dan selebihnya 7 kategori bagi kategori Inovasi .
Institut Penyelidikan Marin Borneo berjaya menggondol 2 emas bagi kategori penyelidikan dan 2 emas bagi kategori inovasi. Selain daripada itu, kategori penyelidikan turut menyumbangkan 11 pingat perak dan 3 pingat gangsa serta 3sijil penyertaaan. Manakala kategori inovasi mendapat 1 perak, 2 gangsa dan 3 sijil 12
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
LAIN-LAIN RUMPUT LAUT Oleh: WAN ARINA AZRINOR
Seagrass atau dalam Bahasa Melayu, rumput laut, adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri seperti rumput di darat. Bertuahnya Malaysia kerana populasi rumput laut adalah tertinggi di sekeliling pantai Negara kita dan Negara jiran yang mana dikelilingi perairan Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Selat Melaka. Antara spesies yang terdapat di Malaysia ialah Halodule uninervis, Thalassia hemprichii, Enhalus halophila, Cymodocea rotundata dan sebagainya. Kehadiran rumput laut ini di perairan kita adalah sangat penting kepada hidupan laut yang lain seperti penyu, dugong, kuda laut dan ikan.
Rumput laut adalah antara makanan utama kepada penyu dan dugong dan juga tempat tinggal bagi kuda laut, anak-anak ikan dan pelbagai jenis hidupan laut lain yang bergantung hidup di permukaan daunnya. Manakala rumput laut yang sudah reput pula akan menjadi makanan hidupan laut yang hidup di dasar laut seperti balat, ketam dan udang. Selain itu, rumput laut juga mampu mengekalkan kebersihan dan kejernihan air laut di sekitar kawasannya dengan memerangkap pasir yang terapung dalam air. Ia juga menapis aliran permukaan dari darat agar tidak mencemarkan laut dan membahayakan hidupan laut yang sensitif kepada perubahan persekitaran seperti
terumbu karang yang menjadi rumah kepada beratus-ratus species flora dan fauna unik yang mengindahkan pemandangan permukaan laut. Seperti tumbuhan di darat, akar tumbuhan ini juga mencengkam substrat bagi menolong menstabilkan permukaan dasar laut. Ini membantu menghalang hakisan dengan memperlahakan pergerakan arus air di bahagian bawah atau dasar laut. 13
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
KESEDARAN AWAM
Paya Bakau, Akuakultur, dan Kita Oleh: MUHAMMAD RASHID BIN ABDUL RAHIM
Kawasan paya bakau merupakan kawasan aset semula jadi yang penting kerana kawasan ini dapat membantu melestarikan kawasan persisiran pantai di negara kita. Bakau juga mampu menjana ekonomi negara dengan hasil arang, kayu kayan dan sumber protin kepada manusia. Selain daripada itu, bakau juga mampu melindungi kawasan persisiran pantai daripada cuaca buruk seperti ribut, tsunami dan hakisan di persisiran pantai. Hal ini kerana, bakau berupaya mengurangkan tenaga sebagai contohnya, ombak tsunami dan angin ribut. Kawasan bakau juga merupakan kawasan air tawar dan air masin bertemu dan mempunyai permukaan yang berlumpur. Kawasan ini sangat penting sebagai tempat tinggal bagi kebanyakkan spesis haiwan seperti udang, anak-anak ikan, kerang, ketam bakau dan lain-lain. Ramai
yang
masih
kurang
pasti
akan
kepentingan bakau terhadap kita. Mari kita imbas kembali inisiatif kerajaan negeri dikawasan Bagai Serai dengan menubuhkan Sahabat Hutan Bakau pada Jun 2005. Hasil inisiatif ini, penduduk di Teluk Rubiah, Kuala Gula Bagai Serai telah berjaya menanam sejumlah 80,000 anak pokok bakau. Hasil dari penanaman anak pokok bakau ini, nelayan di kawasan Teluk Rubiah meraih hasil lumayan dengan
▲ Kayu bakau turut dijadikan sebagai kayu arang bakau
jumlah hasil tangkapan meningkat sebanyak 70% dari tahun sebelum pelaksanaan program tersebut. Kawasan bakau yang seimbang dan sihat dapat meningkatkan jumlah kawasan pembiakan hidupan marin. Dengan peningkatan kawasan pembiakan ini, bilangan ikan dan hidupan marin yang lain turun meningkat dan dapat memastikan sumber protin yang berterusan kepada penduduk sekitar. Bidang akuakultur juga mempunyai jalan yang tersendiri dalam melestarikan bidang tersebut tanpa mengancam ▲ Paya bakau penting sebagai pusat untuk sumber rezeki penduduk tempatan
penyelesaiannya
kawasan adalah
bakau.
Antara
jalan
dengan
mempromosikan
pendekatan poli-akuakultur dan perikanan-silvo dimana
penanaman semula bakau dijalankan berhampiran dan di dalam kolam udang dan ikan. Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengekalkan hasil udang dan ikan tetapi dapat mengurangkan kesan pada persisiran pantai seperti angin kencang, banjir akibat pasang surut and limpahan kawasan air masin. Malah ianya dapat meningkatkan kepelbagaian biodiversiti hidupan marin di kawasan bakau.
Kesedaran akan kepentingan hutan bakau harus dipupuk sejak dari bangku sekolah. Kempen kesedaran yang berterusan dapat melahirkan generasi muda yang celik akan kepentingan ekosistem bakau. 14
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
Myron Pang Jyan Yu
PASCASISWAZAH
Oleh: CHRISTINE ANTHONIUS
PILIHAN
Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) di Universiti Malaysia
Sabah
menyediakan
pelbagai
peluang
kepada
masyarakat awam terutamanya dari segi pembelajaran dan penyelidikan kepada warga pelajar. Salah seorang pelajar pascasiswazah yang menjadi pilihan untuk isu Rakan Akuakultur bagi Januari 2016 adalah Encik Myron Pang Jyan Yu. Beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shan Tao dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Sains Marin pada tahun 2009. Selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda pada tahun 2012, Myron meneruskan pengajiannya ke peringkat Sarjana dengan topik utama mengenai kajian kimia produk semulajadi timun laut iaitu glikomik marin. Glikomik secara amnya merupakan kajian tentang seluruh pelengkap gula yang wujud secara bebas atau kompleks dalam sesuatu organisma yakni hidupan seperti timun laut. Menurut beliau, kajian tersebut merangkumi bidang kimia analitikal dan ekologi marin. Beliau mendapat idea untuk melakukan kajian tersebut setelah membaca jurnal sains dari Brazil yang menyatakan bahawa suatu sebatian baharu telah berjaya ditemui daripada sejenis timun laut komersil (Ludwigothuria grisea). Penemuan sebatian itu dikatakan mampu melambatkan pembekuan darah manusia. Maklumat ini sekaligus menarik minat beliau untuk menjawab persoalannya jika sebatian yang sama wujud dalam spesies timun laut tempatan yang boleh dijumpai di kawasan tropika. Dilahirkan pada tanggal 28 Mac 1989, Myron juga menyatakan bahawa beliau telah mendapatkan kesemua maklumat tentang biokimia produk semulajadi timun laut dan peralatan yang digunakan untuk mengenalpasti struktur kimianya merangkumi lebih daripada 3 dekad. “Saya telah mencuba untuk membuat ulasan sebanyak yang boleh mengenai kepelbagaian struktur yang berbeza oleh timun laut dari seluruh dunia untuk menghasilkan sesuatu yang boleh menjadi panduan untuk saya dalam mengenalpasti jurang pengetahuan untuk topik ini.”
Cita-cita;
Harapan kepada Negara dan
„„Saya ingin melanjutkan pelajaran ketahap doktor falsafah dalam bidang kimia untuk lebih menghayati ciptaan tuhan dan jika berpeluang, saya berharap boleh berkhidmat sebagai pensyarah di mana-mana universiti
‘‘Bidang kimia bukan sesuatu bidang yang glamor seperti bidang kejuruteraan, perubatan, dan sebagainya, namun ia adalah asas bagi setiap cabangan sains. Justeru, penguasaan pengetahuan kimia perlu dititik berat oleh kerajaan Malaysia.’’
bidang yang diceburi ;
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan menerusi emel beliau iaitu
[email protected] 15
BULETIN RAKAN AKUAKULTUR UMS
PAKAR PILIHAN
Prof. Dr. Rossita Shapawi Oleh: RIAN FREDDIE BIN FIRDAUS
Beliau yang dilahirkan pada 24 Mei 1971 di Kg. Pantai, Sipitang, Sabah telah mendapat pendidikan awal di S.R.K. Pantai, Sipitang dan menjejakkan kaki ke persekolahan menengah di S.M. Pengiran Omar, Sipitang. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Perikanan (Hons) pada tahun 1997 sebelum ditawarkan berkhidmat sebagai tutor di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Februari 1999. berjaya
Semasa berkhidmat di UMS, beliau telah
melengkapkan
pendidikan lanjutan dengan
Ijazah
Sarjana Sains Gunaan (Akuakultur) di University of Tasmania, Australia pada tahun 2001 dan Doktor Falsafah (Akuakultur) di UMS pada tahun 2008.
Sebagai penyelidik dan juga pensyarah beliau juga telah mengetuai pelbagai projek penyelidikan berkaitan pemakanan organisma akuatik, pembangunan makanan ikan, penternakan rumpai laut dan juga pemuliharaan dan pengkulturan kuda laut. Beliau telah meraih beberapa pengiktirafan penyelidikan hasil penyelidikan beliau baik di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Terkini, beliau telah berjaya memenangi 2 pingat emas, 2 gangsa dan 5 perak dalam Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) 2015 anjuran Universiti Malaysia Sabah. Dari segi pentadbiran, beliau juga telah banyak menyumbang kepada institut ini di mana pada awal kerjayanya, beliau telah dilantik sebagai penolong pengurus hatcheri IPMB pada tahun 2008 sehingga 2011. Pada masa yang sama juga beliau dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Program Akuakultur dari tahun 2009 sehingga 2011 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPMB pada tahun 2011 sehingga 2014. Hasil daripada pengalaman bersama IPMB selama lebih 15 tahun, beliau dilantik sebagai Pengarah IPMB pada Disember 2014. Pada Disember 2015, beliau telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Kinki University, Jepun. Sebagai Pengarah IPMB, beliau menggalas tanggungjawab yang berat untuk merealisasikan objektif IPMB sebagai pusat pemuliharaan dan pembangunan mampan sumber marin di Sabah. Pada masa ini, fokus beliau ialah menjalinkan kerjasama pintar dengan industri dan komuniti dalam memastikan ilmu dan pengetahuan yang dijana di universiti dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. 16