Diterbitkan bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM
Keluaran November 2006
Bekas Pengarah Urusan lawat BSP dan BLNG
Dato George Williams, legenda industri minyak dan gas Brunei dengan Grahaeme Henderson, Haji Zainal Abidin Haji Md Ali dan Marcel Luijten. HALAMAN TENGAH
Penggerudian bermula
Penggerudian bermula bagi telaga eksplorasi Peragam-4 dan S-857. Halaman 3
Liputanpenting Persidangan LNG
Brunei LNG menjadi tuan rumah untuk Persidangan LNG Borneo yang menggabungkan loji-loji LNG di Borneo. Halaman 4
Pusat Perkhidmatan Shell Helix
Pusat Perkhidmatan Shell Helix yang pertama di Brunei sudah mula beroperasi. Halaman 12
Penyunting - Azrina Taib (CEA/22) - 3375951 / Penolong Penyunting - Mohd Justin Satria bin Hj Mohd Jaapar (CEA/23) - 3374184 / Gambar - Mohd Zufri Mohd Bakhtiar (CEA/222) & James How (CEA/222X)
2 Salam, November 2006
BeritaKesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar
TSW raikan 2 tahun tanpa LTI/RWC bagi Operasi Pengangkatan
JABATAN Kejuruteraan dan Perkhidmatan Telaga (TSW) mencapai tahap kecemerlangan dalam prestasi keselamatan apabila mencatat tempoh masa dua tahun tanpa kehilangan masa akibat kecederaan (LTI) mahu pun kes yang direkodkan berkaitan kerja (RWC) di dalam operasi pengangkatan di tapak rig pada 1 November 2006.
KEPATUHAN CAMPURTANGAN SIKAP Kakitangan dari TSW dan tenaga kerja termasuk pihak pengurusan kontraktor, Joffren Omar Sdn Bhd, telah berkumpul di tapak telaga S-363 di kawasan E/12, Panaga bagi meraikan pencapaian ini. Di majlis itu, Ketua TSW, Harrie Krus telah menyampaikan plakplak keselamatan kepada kakitangan serta para kontraktor. Harrie menyatakan kebanggaan beliau tentang pencapaian tersebut dan berkata, “ini merupakan sesuatu yang sangat penting kerana awda semua telah melakukan suatu kelainan daripada rig-rig yang lain iaitu memastikan tahap keselamatan sentiasa tinggi dalam operasi awda.” Beliau menambah, “selama dua tahun awda telah berjaya memastikan tiada berlakunya kes (keselamatan) berkaitan kerja yang boleh direkodkan dan ini adalah sesuatu yang bagus sekali. Walaupun tahap operasi awda lebih kecil sedikit berbanding yang lain, awda tetap juga harus mengharungi cabaran-cabaran yang sedia ada.” “Awda perlu memindahkan rig berkali-kali dan setiap hari awda melakukan sesuatu yang berbeza dan yang bukan berbentuk operasi biasa, tetapi awda masih mampu melakukan semuanya dengan selamat dan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.”
Harrie juga menekankan bahawa, “Keselamatan adalah tersangat penting kerana semestinya kita tidak mahu melihat sesiapa pun cedera. Barisan tenaga kerja kita adalah penting dan semakin gembira mereka, semakin meningkat pula prestasi mereka. Awda kerap kali memindahkan operasi, awda menyiapkan telaga-telaga yang banyak dan ini merupakan sumbangan terus kepada BSP. Ini penting kerana tanpanya, kita tiada berkemampuan berdaya tahan dan usaha awda untuk mencapai prestasi cemerlang, untuk melakukan kerja dengan sebaik mungkin, banyak membantu ke arah ini.”
Belait Shipping Company capai 400,000 jam tanpa LTI Dalam ucapan alu-aluan beliau, Pg Haji Hassan berkata BSC sememangnya secara aktif dan berterusan mencari kaedah mempertingkatkan perkhidmatannya dengan bekerja rapat dengan organisasi serta pihak berkuasa di Brunei dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu Pg Haji Yasmin turut menekankan betapa perlunya semua pihak menjadi proaktif setiap masa dan terus bekerjasama. Beliau juga mengingatkan para kontraktor supaya terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh bukan sahaja BSM tetapi juga oleh Kumpulan Shell dan organisasi serantaunya. Pada April 2001, BSC telah menerima kontrak penghantaran produk kepada stesen-stesen minyak BSM di sepanjang pesisiran sungai-sungai Brunei termasuk Temburong dengan menggunakan kapal tangki minyak syarikat itu iaitu Belait Surita dan sehingga April tahun ini tiada kemalangan mahu pun kecederaan dilaporkan dalam operasinya. Ini adalah pencapaian cemerlang oleh BSC kerana telah berjaya mengelakkan apa-apa kejadian tidak diingini dengan kerjasama serta sokongan dari BSM dan dengan mematuhi garis panduan keselamatan. Pg Haji Yasmin Pg Haji Mohamad menyampaikan anugerah keselamatan kepada Pg Haji Hassan Pg Zahari
SYARIKAT Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) menyampaikan anugerah keselamatan kepada Belait Shipping Company (B) Sdn Bhd (BSC) di terminal Muara BSM pada 15 November 2006, bagi pencapaian 400,000 jam tanpa kehilangan masa akibat kecederaan (LTI) syarikat tersebut. Anugerah telah disampaikan oleh Pg Haji Yasmin Pg Hj Mohamad, Pengarah Urusan BSM yang hadir sebagai tetamu kehormat kepada Pengarah Urusan BSC, Pg Haji Hassan Pg Zahari . Acara turut dihadiri kakitangan BSM dan BSC serta anak kapal Belait Surita.
Belait Surita merupakan kapal yang pertama dalam kelasnya di rantau ini menerima status lulus audit HSE-MS secara rasmi daripada Shell Marine
Salam, November 2006 3
Dari Meja
Pengarah Urusan BSP
Rakan Sejawat Sekalian, Saya telah menerima maklumbalas yang positif daripada ramai di antara awda berkaitan dengan usaha syarikat untuk memperelokkan lagi tahap pemanduan dan menerapkan tabiat memandu yang selamat di kalangan kakitangan kita, rakanrakan niaga serta ahli-ahli keluarga. Saya sungguh berterima kasih. Saya berharap awda akan terus bersungguh-sungguh melakukan lima perkara bagi pemanduan yang selamat sepanjang masa dan selama mana awda akan terus memandu, iaitu: • sentiasa memakai talipinggang keselamatan dan pastikan semua orang, termasuk kanak-kanak, memakainya juga • jangan sesekali melebihi had laju • jangan guna telefon bimbit, walaupun “hands-free”, apabila memandu • jangan memandu terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan • jangan memotong kecuali awda betul-betul perlu dan berhati-hatilah apabila memotong kerana inilah bahagian pemanduan yang paling berbahaya Seperti yang awda maklum, adalah tidak memadai sekiranya hanya kita saja yang memandu dengan selamat sementara pengguna jalanraya yang lain tidak. Sebarkanlah juga lima perkara tersebut kepada mereka yang di bawah penjagaan awda dan kepada mereka yang boleh awda nasihati. Pastikanlah bahawa tabiat memandu yang selamat diterapkan dalam diri kita bagi seumur hidup dan anggaplah juga ianya sebagai satu tanggungjawab sosial untuk kita membawa perubahan yang serupa di dalam diri orang-orang yang menjadi tanggungjawab kita. Berbekalkan kesedaran ini, saya dengan sukacita mengumumkan yang kita akan meluaskan usaha kita bagi merangkumi masyarakat keseluruhannya dengan menyokong usaha Kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalanraya
pada peringkat kebangsaan. Kita akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Jalanraya Kebangsaan bagi melancarkan satu Kempen Keselamatan Jalanraya Kebangsaan tidak lama lagi. Berdasarkan sambutan memberangsangkan daripada kakitangan kita setakat ini, saya tahu bahawa saya mampu bergantung kepada komitmen awda bagi menjayakan kempen ini. Fokus kita terhadap keselamatan jalanraya adalah sebahagian daripada usaha berterusan kita untuk menghapuskan perlakuan tidak selamat di tempat kerja, yang merupakan teras kepada keutamaan nombor satu kita iaitu keselamatan. Sehingga akhir bulan Oktober kita telah mencatatkan 17 kes-kes yang boleh direkodkan (TRC), yang bersamaan dengan 0.91 TRCF (atau jumlah keseluruhan keskes yang boleh direkodkan). Ini adalah di bawah sedikit dari sasaran kita yang bersamaan dengan 0.8 TRCF. Walaubagaimanapun, kita masih boleh mencapai tahap keselamatan sasaran kita bagi tahun ini sekiranya kita boleh bersama-sama berjanji untuk memastikan tidak akan ada lagi kes-kes yang boleh direkodkan untuk dua bulan terakhir tahun ini. Saya menggesa awda supaya menjadikan ini satu kenyataan dan saya yakin awda boleh. Kita mampu mencapai 5 juta jam kerja tanpa TRC sebelum hujung tahun ini. Kita telah pernah mencapai sasaran ini tahun lepas. Kita sudah pasti boleh mencapai sasaran ini pada minggu-minggu terakhir yang masih tinggal dengan syarat kita sentiasa berwaspada dan terus mengamati sikap ‘keselamatan adalah keutamaan nombor satu kita’ tanpa pengecualian di tempat kerja pada sepanjang masa. Bukanlah sesuatu yang sukar untuk mencapai sasaran keselamatan kita. Kita hanya perlu bersungguh-sungguh mematuhi tiga asas keselamatan yang telah pun kita akui, iaitu Pematuhan, Teguran dan Sikap, tidak kira apa sahaja keadaannya. Kita juga harus tidak teragak-agak untuk menunjukkan sifat kepimpinan dengan bertanggungjawab
sepenuhnya bagi menjaga hal-hal berkaitan keselamatan. Saya ingin melihat komitmen awda yang terbaik dan berterusan terhadap keselamatan. Jangan lupa untuk menyampaikan lima perkara bagi pemanduan yang selamat kepada ahliahli keluarga serta rakan-rakan awda. Akhir sekali, silalah teruskan memberi maklumbalas awda kepada saya dan saya akan memberi jawapan seacar peribadi kepada awda. Salam mesra
Penggerudian Bermula Bagi Peragam-4 dan SMRNF-C1 pertama BSP di bawah keutamaan EP Roadmap iaitu ‘Cari Gas’. Strategi ‘Cari Gas’ ini telah dimulakan pada 2004 dan berhubung kait dengan keperluan bagi Brunei untuk mempunyai rizab gas yang mencukupi dalam usaha menentukan kesinambungan perjanjian penjualan gas sedia ada. Jadual strategi tersebut kini terjamin dengan wujudnya Peragam-4. Bercakap tentang ini, Gijs menambah, “Peragam-4 merupakan telaga komitmen ketiga di dalam perancangan Luar Pantai Pertama/Kedua BSP bagi tempoh 2004 -2006. Beserta dengan Seria-857, usaha ini juga merupakan telaga eksplorasi ke-sembilan di dalam konsesi darat bagi tempoh 2004 -2006, yang juga menggambarkan peningkatan semula eksplorasi di BSP dan Brunei. Semuanya ini dipacu oleh objektif BSP untuk mencari kadar minyak dan gas yang mencukupi bagi memastikan masa depan Brunei sebagai negara pengeluar hidrokarbon yang penting”. Majlis kemudiannya telah berlangsung dengan bacaan doa selamat. Tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Unit Petroleum dan pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada beberapa kementerian telah dibawa menyaksikan pameran poster yang memaparkan operasi pengerudian yang dijalankan ke atas kedua-dua telaga tersebut. Gijs Maier berucap ketika majlis doa selamat telaga explorasi tersebut
PENGGERUDIAN bermula bagi telaga eksplorasi Peragam-4 dan SMRNF-C1 dengan berlangsungnya satu majlis doa selamat yang diadakan di Kelab Rekreasi Liang Lumut pada 22 November 2006. Di dalam ucapan alu-aluan beliau di majlis tersebut, Ketua Eksplorasi, Gijs Maier telah menekankan betapa pentingnya kedua-dua telaga itu. “Ini merupakan ujian kesembilan ke atas blok-blok yang telah dikenalpasti baru-baru ini di kawasan Seria North Flank,” katanya. Katanya lagi usaha itu akan menguji blok C1 yang merupakan blok terbesar di dalam Gugusan A yang belum digerudi dan akan memberikan kesimpulan tentang potensi penghasilan daripada bahagian utara Gususan A. “Kami berharap akan menemui jumlah rizab yang bagus dan kejayaan akan membolehkan pembangunan Gugusan A dioptimakan,” tambahnya. Peragam Extension-1 akan digerudi sebagai inisiatif
Tenaga kerja yang terlibat dalam eksplorasi telaga-telaga ini
4 Salam, November 2006
BLNG tuan rumah Persidangan LNG Borneo
Pengarah Urusan BLNG, Fred Smeenk berucap di majlis makan malam
Hj Matsatejo, Pengurus Kanan Loji BLNG ketika berucap di pembukaan persidangan
BRUNEI LNG Sdn Bhd (BLNG) telah menjadi tuan rumah persidangan dan makan malam yang diadakan di Rizqun International Hotel di Gadong bagi meraikan delegasi Persidangan LNG Borneo dan Kejohanan Golf Borneo yang pertama pada 17 September 2006. Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber Utama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Hamdillah bin Haji Abd Wahab telah dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis makan malam yang turut dihadiri delegasi daripada tiga syarikat iaitu Malaysia LNG (MLNG), PT Badak LNG East Kalimantan Indonesia dan Brunei LNG Sdn Bhd. Di dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah Urusan BLNG Fred Smeenk berkata, “ketiga-tiga syarikat yang menyertai persidangan ini kesemuanya mempunyai sejarah yang panjang sebagai pengeluar LNG dan telah
memainkan peranan penting dalam menjayakan pembangunan perniagaan LNG dalam dekad yang lalu.” “Kini industri ini mempunyai reputasi yang tiada cacat-celanya dari segi keselamatan dan keutuhan bekalan. Berdasarkan kejayaan ini, perniagaan LNG telah berkembang kepada urusniaga global dengan lebih ramai yang mengambil bahagian serta mempunyai masa depan yang cerah,” tambah beliau lagi Persidangan sehari itu telah dirasmikan keesokan harinya, 18 September 2006, dan dipengerusikan oleh Pengurus Kanan Loji BLNG, Haji Matsatejo Sokiaw. Dalam ucapan beliau Haji Matsatejo berkata, “melalui forum ini, ketiga-tiga syarikat telah bersetuju untuk bekerjasama di dalam banyak perkara untuk faedah bersama dan juga menangani cabaran-cabaran teknikal di dalam industri.” Lebih kurang 80 pakar teknologi, jurutera, kakitangan operasi serta pakar HR dari BLNG, MLNG dan PT Badak menyertai persidangan tersebut yang telah membincangkan isu-isu teknikal, operasi, penyelenggaraan dan sumber tenaga manusia. Persidangan tersebut yang telah diadakan selama beberapa tahun sebelum ini pernah dikenali sebagai Forum Pertukaran Teknikal di antara BLNG dan MLNG. Penyertaan syarikat PT Badak LNG buat pertama kali pada tahun ini telah benar-benar menjadikannya sebuah persidangan teknikal pada peringkat Borneo. Ketiga-tiga pengeluar LNG di pulau Borneo ini mempunyai rekod yang cemerlang di mana mereka mempunyai keupayaan pengeluaran bersama sebanyak 50 juta tan LNG setahun yang merupakan separuh dari pengeluaran dunia, disamping mempunyai pengalaman tergabung lebih 85 tahun dengan jumlah penghantaran LNG 850 juta tan setakat ini. Persidangan diikuti dengan kejohanan golf di padang golf Royal Brunei Airlines. Lebih 40 peserta mewakili syarikat masing-masing dan piala kejohanan telah dimenangi oleh BLNG.
Antara delegasi persidangan yang hadir
Persidangan LNG Borneo yang membincangkan isu-isu teknikal, operasi, penyelenggaraan dan HR
BSP terima lawatan Dominique Gardy dan Greg Hill SYARIKAT Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) menjadi tuan rumah kepada program lawatan Naib President Eksekutif Shell EP Asia Pasifik Dominique Gardy pada 23 November 2006 di ibu pejabat syarikat. Dominique diringi oleh Greg Hill yang akan mengambilalih jawatan beliau. Dominique dijangka akan menyerahkan tugas beliau kepada Greg pada awal Disember 2006. Greg sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Pengeluaran di Eropah selama empat setengah tahun. Beliau yang pertama kali menyandang jawatan di rantau Asia Pasifik mempunyai latarbelakang Pengurusan Operasi dan Aset. Lawatan dimulakan dengan perjumpaan diantara tetamu dengan pihak pengurusan kanan BSP yang diikuti dengan lawatan ke sebuah pameran poster. Timbalan Pengarah Urusan BSP yang juga Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar, Haji Zainal Abidin Haji Md Ali, telah memberi satu taklimat tentang syarikat-syarikat usahasama Shell di Brunei Darussalam. Taklimat disusuli dengan penyampaian oleh setiap ketua projek lapan Keutamaan Peningkatan Perniagaan (BIP). Greg sangat tertarik dengan prestasi HSE keseluruhan BSP dan memuji kecemerlangan pencapaian BSP sebagai yang terbaik di kalangan organisasi seumpamanya. Bercakap tentang inisiatif BIP, beliau berkata, “tahap peningkatan dan apa yang awda telah lakukan di sini amat menakjubkan. Memang ianya sesuatu yang harus dibanggakan.”. Para tetamu juga telah diberikan penerangan menyeluruh tentang aset-aset serta projek-projek pelaburan utama BSP, termasuk Mampak 4 Block, oleh Pengarah Aset, Haji Salleh Bostaman Haji Zainal Abidin, Pengarah Teknikal, David Purvis dan Pengarah Kewangan, Marcel Luitjen. Lawatan ke ibu pejabat BSP itu juga telah membawa para tetamu meninjau Pusat Kawalan Operasi Pengeluaran (POCC) di mana telah diadakan satu demonstrasi komunikasi video dua hala dengan kakitangan luar pantai di pelantar Champion West. Satu taklimat tentang konsep “Smart Field” juga telah diadakan bagi menerangkan Greg Hill, Naib Presiden teknologi terkini yang Dominique Gardy, Naib Presiden Eksekutif EPA yang baru digunakan oleh BSP. Manfaat Eksekutif EPA sekarang
Peter Slaiby (EM) memberikan penerangan teknologi ‘smart well’
Sufri Sulaiman (HSE) memberikan penerangan prestasi HSE di BSP
penggunaan teknologi ‘Smart Well’ di Champion West telah diberikan perhatian dengan ramalan kenaikan pengeluaran minyak dan gas. Greg sekali lagi telah tertarik dengan tahap inovasi dan kesungguhan BSP untuk terus menggunakan teknologi dalam operasinya. Lawatan berkesudahan dengan perjumpaan umum dengan kakitangan BSP di foyer pengurusan di mana Dominique bercakap tentang pencapaian Kumpulan Shell dan EP Asia Pasifik bagi suku tahun ketiga.
Salam, November 2006 5
Pameran kesedaran penggunaan tenaga PENJIMATAN penggunaan tenaga merupakan topik utama perbincangan pada pameran Persatuan Tenaga Brunei (BEnA) tahun ini. Pameran tiga hari itu telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada 24 November 2006 dengan tema “Menyediakan Landasan Bagi Pembangunan Berdayatahan”. Dalam ucapan beliau semasa pelancaran pameran Menteri Tenaga, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Yang Berhormat Menteri Tenaga di ruang pameran BSM Seri Utama Dato Seri Setia Awg Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, menekankan betapa perlunya rakyat Brunei berhenti dari menyalahguna serta menggunakan dengan berlebihan sumber hidrokarbon negara yang sangat bernilai. Yang Berhormat Pehin OKSUDSS Awg Haji Yahya menambah, “Brunei mengenakan bayaran termurah bagi penggunaan tenaga elektriknya dan ini telah menghasilkan penggunaan elektrik perseorangan tertinggi di kalangan penduduknya, mengalahkan sesetengah negara maju dan perindustrian di rantau ini.” “Lebih dari itu lagi, rakyat Brunei menikmati harga terendah bagi petrol yang juga telah menyebabkan tahap penggunaan yang tinggi kerana secara purata Brunei juga mempunyai jumlah kereta terbanyak bagi setiap individu dalam penduduknya atau bagi setiap ukuran sebatu jalanraya.” Yang Berhormat Pehin OKSUDSS Awg Haji Yahya, yang juga penasihat kehormat BEnA, berkata cara yang paling berkesan bagi menangani masalah ini adalah dengan meletakkan nilai atau harga yang bersesuaian ke atas sumber-sumber hidrokarbon ini. “Skim-skim insentif dan penerokaan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui perlu dijalankan. Adalah sangat penting bagi negara mengambil pendekatan sistem serta kemudahan berintegrasi dengan sokongan penuh keseluruhan masyarakat”.
Yang Berhormat Menteri Tenaga mendengar penerangan kemajuan BST
Objektif pameran tersebut termasuklah penyediaan satu landasan yang membolehkan BEnA mempromosi kesedaran tentang penjimatan penggunaan tenaga, tenaga yang boleh diperbaharui serta sumber-sumber tenaga yang lebih bersih bagi orangramai. Kedua, bagi memperkukuhkan rangkaian serta hubungan di kalangan tenaga profesional dan penggubal polisi dan juga bagi pemantauan isu-isu semasa berkaitan penggunaan tenaga. Haji Zainal Abidin Haji Md Ali selaku Presiden BEnA berkata, “kita berharap usaha ini dapat merubah minda orangramai dan menawarkan kepada mereka kefahaman yang lebih mendalam tentang betapa pentingnya kita menggunakan tenaga dengan lebih cekap.” Haji Zainal juga telah memberi penerangan tentang aktivitiaktiviti yang telah dijalankan oleh BEnA semenjak penubuhannya pada 4 Februari 2003. Pameran yang dibuka kepada orang ramai itu disertai oleh syarikat-syarikat besar di Brunei iaitu Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei Shell Tankers Sdn Bhd, Total, PetroleumBRUNEI, Brunei Gas Carriers, Bank Baiduri, Kumpulan Syarikat Adinin, Kumpulan Syarikat Mashhor, Bureau Veritas dan Mitsubishi Corporation.
Hadiah bagi usahawan muda SATU majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 7 November 2006 sebagai menandakan kemuncak Pertandingan Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei. Pertandingan ini, yang ditaja bersama oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan HSBC, bertujuan memberi pengiktirafan serta insentif kepada golongan belia Brunei yang berjaya dalam mengungkayahkan buah fikiran perniagaan mereka serta aktiviti yang berkaitan. Ini adalah kali ke-lima Anugerah Perniagaan LiveWIRE Brunei dianjurkan dan yang ke-empat yang ditaja bersama oleh BSP dan HSBC sebagai komitmen bagi menyokong pembangunan ekonomi dan keusahawanan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Menteri Industri dan Sumber-sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr
Leong Yee May, pemenang pertama bagi kategori sekolah menengah atas
Haji Awg Ahmad bin Haji Jumat. Beliau mengucapkan tahniah kepada BSP dan HSBC bukan saja di atas pengiktirafan yang ditunjukkan kepada golongan belia yang telah menceburi bidang perniagaan tetapi juga kerana meneruskan program LiveWIRE bagi kepentingan pembangunan jangkamasa panjang perusahaan kecil dan sederhana negara ini. Yang Berhormat Pehin OKSPDSS Dr Haji Awg Ahmad juga mengambil kesempatan menekankan bahawa, “kita perlukan mereka yang kreatif, berdaya cipta, inovatif, mempunyai daya keusahawanan dan sebagainya. Saya rasa rakyat Brunei dikurniakan daya kreativiti seperti mana orang lain. Bagi menghasilkan yang terbaik di kalangan generasi muda, kita memerlukan budaya yang memberi insipirasi dan bukan yang mengongkong. Selari dengan hasrat serta objektif jangkamasa panjang pembangunan sumber tenaga manusia, kita perlu membina dan menilai semula.”
Haji Zainal Abidin menyampaikan plak penghargaan kepada salah seorang hakim pertandingan
Lebih kurang 90 pelan perniagaan telah dihantar bagi anugerah tahun ini yang terbahagi kepada dua kategori utama - Pelan Perniagaan dan Perniagaan Baru. Kategori Pelan Perniagaan terbuka kepada sekolah-sekolah menengah atas, kolej-kolej teknikal dan vokasional serta peserta kursus LiveWIRE, sementara kategori kedua dibuka kepada peserta yang mempunyai perniagaan yang sah beroperasi di Brunei untuk tempoh selama enam bulan atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun. Selain dari hadiah-hadiah untuk kategorikategori ini, hadiah-hadiah berbentuk insentif juga disediakan untuk peserta peringkat akhir dan pesertapeserta yang lain. Hadiah-hadiah berupa trofi serta wang tunai bernilai antara B$100.00 sehingga B$4,000.00. Haji Zainal Abidin Haji Md Ali, selaku Pengerusi LiveWIRE Brunei berkata bahawa telah ada keputusan yang memberangsangkan berkaitan dengan penyertaan dan pembangunan belia-belia Brunei yang dinamik menjadi usahawan muda. Beliau menambah, “program LiveWIRE Brunei merupakan salah satu aktiviti utama pelaburan sosial yang strategik yang dijalankan oleh BSP sama seperti Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC). Kami akan terus menunjukkan komitmen bagi projek-projek sebegini dan memastikan ianya berdayatahan bagi jangkamasa panjang.” Turut hadir di majlis itu adalah Yang Mulia Dato Paduka Haji Hamdillah bin Haji Abd Wahab, Timbalan Menteri Industri dan Sumber-sumber Utama dan Guy Priestley, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC.
6 Salam, November 2006
Bekas Penga lawat BSP
SYARIKAT Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) berpeluang menerima lawatan kunjun istimewa salah seorang bekas Pengarah Urusannya setelah 40 tahun beliau meningga jawatannya. Dato George Williams Pengarah Urusan BSP dari tahun 1958 sehingga1 yang kini berusia 90 tahun, telah ditemani isteri beliau dalam lawatan beliau ke BSP BLNG pada 15 November 2006.
Tetamu istimewa ini telah dibawa melawat pejabat BSP oleh Pengarah Urusan BSP, Grah Henderson beserta dengan Haji Zainal Abidin Haji Md Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP juga Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Hal Ehwal Luar. Lawatan dimulakan dengan law ke Galeri Terowong Masa di mana Dato George berkongsi kenangan berkaitan operasi BSP Dato George Williams menandatangani perjanjian melombong minyak tahun-tahun 1960an. dengan Menteri Besar Brunei Dato Seri Paduka Marsal Maun dalan tahun Grahaeme mengambil kesempatan menceritakan tentang perkembangan di Brunei seme 1963 pemergian Dato George dan mereka mengimbas kembali tentang beberapa bekas kakitangan Pengarah Urusan yang pernah berkhidmat pada tahun-tahun awal penubuhan syarikat. Puan Williams pula sangat tertarik dengan aktiviti-aktiviti Pelaburan Sosial yang dijalankan oleh BSP dari segi soko syarikat terhadap system pendidikan kebangsaan. Grahaeme juga telah menarik perhatian mereka kepada hubungan baik terjalin di antara BSP dan Kerajaan Brunei serta berbagai-bagai kejayaan yang dicapai oleh pihak syarikat seperti yang dipapa di Galeri Terowong Masa. Para tetamu kemudian dibawa melawat Pusat Kawalan Operasi Pengeluaran (POCC) yang baru dan diberi penera ringkas tentang konsep Smart Field yang dilaksanakan di pelantar Champion West. Penerangan tersebut telah mengutarakan inisiatif teknologi yang diambil oleh pihak syarikat berkaitan dengan te penggerudian baru seperti ‘telaga ular’ atau ‘snake well’. Dato George mendapati bahawa teknologi yang digunakan kini d operasi menggerudi amat menakjubkan dan adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan pada masa dahulu. Grahaeme seterusnya membawa para tetamu melawat kawasan perumahan BSP di Panaga dan Kelab Panaga seb meneruskan perjalanan ke loji BLNG di Lumut. Dato George Williams (tengah) ketika sampai Salam telah menemubual Dato George bagi mengambil kesempatan berkongsi sejarah BSP dan hidup beliau: di Landasan Terbang Lutong Apa peranan Dato semasa di BSP? Saya datang ke sini hampir 50 tahun dahulu untuk bekerja dengan BSP selama enam setengah tahun, pertama se Pengurus Eksplorasi seterusnya sebagai Pengurus Teknikal dan akhirnya sebagai Pengarah Urusan. Apakah saat-saat yang kekal dalam ingatan Dato semasa bekerja di Brunei? Membuat penemuan (rizab) luar pantai Brunei yang pertama. Kami telah menggerudi beberapa telaga tanpa membua hasil dan kemudiannya berjaya menemukan telaga luar pantai pertama di South West Ampa dalam tahun 1963, tiga kilometer daripada Kuala Belait. Ianya penemuan yang sangat bermakna bagi Shell dan Brunei. Adakah hubungan dengan Kerajaan Brunei sama seperti apa yang ada sekarang? Saya ada hubungan peribadi yang rapat dengan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan sentiasa memaklum kepada Baginda tentang semua yang berlaku. Saya sangat gembira dapat bekerja dengan Baginda dan semuanya ber dengan baik kerana selepas saya berundur lebih banyak penemuan luar pantai dibuat dan negara ini telah bertambah seja dan bertukar wajah dengan hebat sekali! Hampir tidak percaya saya menyaksikannya! Bagaimana berbezanya keadaan semasa itu? Hanya ada satu hotel di Brunei yang ada empat bilik dan sekarang ini semuanya sangat berbeza. Masih tiada lampu is jalan semasa itu kerana masih belum ada jalanraya di antara Seria dan ibu negara. Hanya helikopter dan jalan laut jadi penghubung dan akhirnya jalanraya dibuka. Saya rasa ianya dibuka antara t 1958 atau 1959, semasa saya baru lagi sampai ke sini. Ianya merupakan satu kemajuan yang besar. Sepanjang yang saya Mendiang isteri Dato George Williams ketika hanya ada sedikit kenderaan dan tiada lampu isyarat jalan tetapi sekarang lebuhraya empat laluan ada di mana-mana saha menyampaikan hadiah kepada Johan Pemandu Laju BSMC
Dato George Williams (kanan) di majlis perpisahan beliau dalam tahun 1964
Dato George Williams banyak kenangan indah di Brunei
Salam, November 2006 7
arah Urusan dan BLNG
ngan alkan 963, P dan Dari kiri ke kanan: Annmarie Henderson, Annick Williams, Grahaeme Henderson dan Dato George Williams
haeme yang watan pada
enjak serta
ongan yang arkan
angan
eknik dalam
Dato George Williams diberikan penerangan konsep ‘smart field’ di POCC
Dato George Williams melihat dengan lebih dekat operasi ‘telaga ular’ di BSP
belum
bagai
ahkan abelas
mkan akhir ahtera
syarat
tahun ingat aja!
Dato George Williams di bilik kawalan BLNG
Bagaimana Dato menerima Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam? Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien telah bermurah hati memberi saya gelaran ‘Dato’ tidak lama selepas saya berundur dan telah mengaturkan supaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah bercemar duli menganugerahkannya kepada saya di Grosvenor House, London. Pada masa itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang menuntut di kolej tentera Sandhurst. Agak lucu juga semasa saya tiba untuk menghadiri upacara penganugerahan itu kerana saya gagal mengenali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah lama saya tidak temui dan telah bertukar penampilan Baginda. Saya menyusun jari memohon maaf tetapi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menganggap kealpaan saya itu sebagai satu pujian kerana pada masa itu Baginda telah mula bermain ragbi dan telah susut berat lebih kurang 30 kilogram (5 stone) dan Baginda pula berasa sukacita yang saya sampaikan tidak kenal penampilan Baginda lagi. Apa yang Dato ingin saksikan di sini? Proses pencairan gas. Bila saya berundur dari Brunei, kami masih lagi mendebatkan tentang bagaimana hendak mencairkan gas dan mengekspotnya ke Jepun lebih-lebih lagi pada masa itu masih mustahil dari segi teknikal bagi mengisi kapal tangki yang berlabuh jauh di luar pantai dengan gas cecair. Jadi semasa itu kami memikirkan supaya gas disalurkan melalui paip ke Teluk Brunei, cairkannya dan hantarkan ke Jepun menggunakan kapal-kapal tangki kecil. Tetapi setelah teknik bertambah bagus, didapati bahawa kapal-kapal tangki yang lebih besar yang berlabuh jauh di luar pantai boleh diisi dengan gas cecair itu. Kaedah-kaedah ke arah itu masih dalam pembangunan semasa saya meninggalkan Brunei.
Terowong Masa BSP telah mengungkit pelbagai kenangan kepada Dato George Williams
Ke mana Dato pergi setelah meninggalkan Brunei? Saya pergi pada musim bunga 1964 dan telah kembali bekerja di perairan North Sea. Saya menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat yang beroperasi bagi Shell dan Esso di perairan North Sea selama lebih kurang sembilan tahun. Setelah bersara dari Shell, saya menjadi ketua pengarah sebuah persatuan semua syarikat minyak yang beroperasi di North Sea dan telah mewakili mereka di Westminster dan Whitehall, jadi saya masih sibuk selama bertahun-tahun setelah bersara. Adakah apa-apa lagi yang Dato ingin sampaikan kepada para kakitangan? Saya mengenang kembali dengan ingatan manis tempoh enam setengah tahun yang saya habiskan di Brunei yang merupakan masa-masa yang sangat menggembirakan terutamanya dengan penemuan minyak dan gas luar pantai di Brunei dan juga di North Sea. Saya rasa hidup saya sangat bertuah dan saya seronok dengan kerja saya. Saya tidak ingat satu hari pun dimana saya tidak tertunggutunggu hari yang seterusnya dan kerja yang akan perlu dilakukan. Dato George Williams menyertai Shell setelah mendapat Ijazah dalam bidang Geologi dari Oxford University. Dia kemudiannya telah menyertai Tentera Udara Di-Raja (RAF) Great Britain selama enam tahun semasa Perang Dunia Kedua dan menyertai Shell semula setelah tamat perang. Dato George menerima gelaran Dato kerana telah menemukan minyak dan gas luar pantai di Brunei dan beliau sekali lagi telah menerima anugerah Commander of the British Empire (CBE) daripada Ratu Elizabeth kerana menemukan minyak dan gas di North Sea. Dia bermastautin di London bersama isterinya sekarang, Annick dan mempunyai seorang anak perempuan serta dua orang cucu.
8 Salam, November 2006
Jurulatih tamat kursus anjuran LDC dan JBCE ENAM belas jurulatih baru dari Kolej Kejuruteraan Jefri Bolkiah (JBCE) menerima sijil dari kolej tersebut selepas mereka tamat latihan di bawah program pembangunan kakitangan yang telah dijalankan di Pusat Pembelajaran dan Pembangunan (LDC) Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dari Mac sehingga September 2006. Satu majlis bagi menandakan kejayaan program pembangunan kakitangan ini yang dikendalikan oleh JBCE dengan kerjasama LDC telah diadakan pada 20 November 2006 di foyer bangunan kolej tersebut. Jurulatih-jurulatih baru dari JBCE ini menerima sijil mengiktiraf tamatnya latiha mereka di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Instrumentasi dan Kawalan serta Kejuruteraan Elektrikal sementara 11 penasihat pengajian dari LDC menerima tanda penghargaan bagi penglibatan mereka di dalam program itu. Program yang dimaksudkan juga merangkumi latihan asas berkaitan piawaian kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSSE) seperti yang dirangka oleh BSP. Cikgu Noorhaizamdin Haji Mosbi, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal di bawah Kementerian Pendidikan telah dijemput hadir bagi menyampaikan sijil-sijil. Yakib Labang, Penasihat Pembelajaran menerangkan operasi Di dalam ucapan aluinjab dan penyelenggaran kepada jurulatih JBCE aluan beliau, Pemangku Ketua JBCE, Cikgu Ibrahim Haji Abd Rahman berkata, “dalam menempuh jalan kejayaan dalam proses pembangunan, negara memerlukan pendidik-pendidik yang cukup terlatih di dalam bidang masingmasing. Program kerjasama di antara JBCE dan LDC ini telah disertai 13 pendidik semenjak ianya bermula semasa cuti semester bulan Mac awal tahun ini.” Haji Latip Haji Kassim yang mewakili LDC pula berkata bahawa, “LDC dan JBCE telah lama bekerjasama dalam membangunkan para graduan dari JBCE dan dalam tempoh lima hingga ke sepuluh
Clement Ang, penasihat pembalajaran LDC menerima sijil dari tetamu kehormat
tahun lagi dengan jangkaan pertukaran tenaga kerja di dalam BSP dan persaraan kakitangannya, permintaan dari (kalangan graduan) JBCE untuk program seperti Skim Latihan Juruteknik Operasi JBCE akan semakin bertambah dan dijangkakan antara 25 sehingga 40 peserta setahun akan mengikuti program ini bagi lima tahun akan datang.” Beliau juga menekankan, “BSP akan memerlukan graduan dengan latarbelakang bidang Kejuruteraan Mekanikal serta Elektrikal dan Instrumentasi berdasarkan operasi syarikat ini yang banyak melibatkan peralatan teknikal. Semuanya sekarang dilakukan secara elektronik dan tidak lagi numatik dan kita memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal yang relevan bagi mengisi jawatan-jawatan di masa hadapan”. Haji Latip juga mengumumkan penganjuran Hari Terbuka Juruteknik Operasi pada 2007 yang akan mendedahkan para pelajar sekolah menengah kepada Skim Latihan Juruteknik Operasi. Pada majlis yang sama telah diadakan satu penyampaian tentang aktiviti-aktiviti peserta semasa program berjalan. Laporan program juga telah diserahkan kepada Cikgu Noorhaizamdin Haji Mosbi dan Haji Latip Haji Kassim oleh para peserta.
Latihan Pemanjatan Selamat bagi kakitangan DUA belas pekerja elektrikal yang pertama daripada Operasi Aset Timur (EOP), Operasi Aset Barat (WOP) dan Bekalan Tenaga dan Kemudahan (PPA) telah menyempurnakan kursus latihan pemanjatan menara pada 27 November 2006. Bahagian Elektrikal di Pusat Pembelajaran dan Pembangunan (HLD) telah menganjurkan program tiga hari itu yang bertajuk, ‘Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pensijilan Pemanjatan Menara dan Pemasangan Perkakasan’ yang telah dijalankan oleh Teleconsult Sdn Bhd di HLD. Matlamat kursus itu adalah bagi membekalkan para pelatih dengan kefahaman asas tentang kaedah yang selamat dan betul memanjat menara pemancar radio serta keselamatan pemasangan perkakasan yang ditujukan khas untuk petugas-petugas bahagian elektrikal. Kursus itu dijalankan selama sehari di dalam kelas kuliah bagi mempelajari teori dan dua hari aktiviti memanjat di kawasan menara telekom Pengurusan Perkhidmatan IT (ISM) di Kawasan Perindustrian Baru (NIA) . Secara keseluruhannya, maklumbalas yang diterima mengenai kursus tersebut adalah positif dengan para pelatih memuji kejayaan kursus itu yang juga bertepatan dengan masanya kerana risiko yang mereka tanggung dalam tugas seharian mereka. Mohd Zahrin Abdullah, seorang juruteknik elektrikal di PPA merasa lebih selesa menjalankan tugas beliau setelah menjalani kursus tersebut, sementara Lim Kok Chiang dari EOP berkata, “saya belajar banyak perkara berkenaan keselamatan termasuk kaedah yang betul bagi menyimpul tali dan banyak lagi”. Seorang lagi peserta, Amzah Haji Salleh, juga dari EOP berkata, “kursus ini sangat relevan terutamanya dalam menggunakan abah-abah penuh bagi badan yang lebih selamat daripada talipinggang keselamatan yang kami gunakan sebelum ini bila memanjat”. Sesi latihan berikutnya akan diadakan pada Mei 2007. Bagi menjamin keselamatan para pelatih, hanya enam orang sahaja yang Kumpulan B ketika taklimat keselamatan mengenai dibenarkan mengikuti latihan memanjat dan teknik-teknik memanjat dan peralatan memanjat yang mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. disampaikan oleh pemudahcara kursus
Memanjat ke puncak menara dengan yakin dengan peralatan keselamatan yang betul
Kursus ini merangkumi topik-topik berikut:
• Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) • Perlindungan di Kawasan Kerja (WAP) dan mempastikan kawasan kerja selamat
• Memeriksa, menjaga, menyimpan dan • • • • • • • • • • • • • •
menggunakan PPE Tali, takal dan peralatan Simpulan, ikatan dan lurutan Menyambungkan tali Persediaan memanjat Teknik memanjat yang betul Keselamatan semasa memanjat Cara bergerak di atas pelantar kerja Penggunaan pelantar rehat yang betul Isyarat tangan dan penggunaan ‘Walkie Talkies’ dan telefon mudah alih Mengangkat dan menurunkan peralatan Teknik turun yang betul Keselamatan Pancaran Elektro Magnetik (EME) dan penggunaan pemantau radiasi Teknik menyelamat asas Membersihkan tapak kerja selepas selsesai pekerjaan
Salam, November 2006 9
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari SPE SEBAGAI mengikitiraf sumbangan serta kepimpinan dalam masyarakat, Persatuan Jurutera Petroliam (SPE) telah menyampaikan satu anugerah kepada kakitangan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Nasser Al Araimi, seorang jurutera di Jabatan Perancangan Perniagaan dan Ekonomi syarikat. Nasser menerima Anugerah Persatuan Jurutera Petroliam Bagi Perkhidmatan Cemerlang Ahli Muda Serantau 2005 bagi perkhidmatannya kepada SPE di peringkat kebangsaan dan serantau. Beliau telah banyak menyumbang kepada bidang kejuruteraan petroliam serantau dan telah menghasilkan sejumlah terbitan serta artikel di dalam jurnal komuniti kejuruteraan petroliam. Beliau juga telah mempengerusikan beberapa forum SPE, bengkel-bengkel Teknologi Aplikasi serta mewakili SPE bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa SPE. Anugerah yang dimaksudkan telah disampaikan pada Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas SPE Asia Pasifik (APOGCE) yang diadakan di Adelaide, Australia pada 11 September 2006. Nasser menghadiri persidangan tersebut sebagai wakil SPE Brunei. Anugerah ini mengiktiraf sumbangan serta kepimpinan dalam masyarakat, serta mendemonstrasikan keakuran terhadap nilai-nilai tempatan berlandaskan etika SPE , profesion kejuruteraan petroliam serta industri petroliam serantau. Ianya bertujuan untuk memperluaskan lagi skop profesion tersebut di kalangan ahli-ahli muda persatuan ini. Nasser bersaing dengan lebih kurang 30 peserta dari cawangan SPE lain di rantau Asia Pasifik yang menyertai program anugerah ini. “Bukan sahaja ini adalah sesuatu yang menggembirakan bagi saya dan keluarga saya tetapi juga sesuatu yang membanggakan bagi BSP. Ianya mempamerkan kepada dunia betapa maju langkah kakitangan BSP dalam membangunkan keupayaan teknikal jurutera dan saintisnya. Saya rasa amat berbangga menjadi kakitangan BSP dan ahli SPE,” kata Nasser. Pada tahun 2005, lembaga pengarah SPE telah bersetuju mengembangkan lagi program anugerah serantau SPE. Dengan keahlian yang besar dan berbagai latarbelakang, SPE mengakui kepentingan sumbangan sejagat kepada teknologi serta imej industri.
Nasser Al Araimi dengan anugerah yang dimenanginya di Adelaide
Latihan Pemulihan Bencana SAP berjaya disempurnakan Oleh Kamaruddin Rahmat (IWM/32)
• Senario olok-olok bencana yang jelas dan longgokan kerja yang berlaku beserta keperluan
KUMPULAN sokongan SAP EP Blueprint Brunei dari Jabatan Sokongan Sistem Pengurusan Kerja (IWM) telah berjaya menyempurnakan Latihan Pemulihan Bencana SAP tahunan yang ketiga di Kementerian Kewangan, Bandar Seri Begawan pada suku tahun ketiga, 2006.
• Menilai semula prosedur di peringkat jabatan yang sedia ada beserta model pemulihan
Sebagai menjamin kesinambungan urusniaga SAP, sebuah pelayan (server) SAP tambahan telah dipasang di Kementerian Kewangan sebagai persediaan untuk memulihkan perkhidmatan SAP sekiranya pelayan SAP yang ada di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) mengalami kerosakan untuk jangkamasa yang lama. Pelayan tambahan SAP itu diuji setiap tahun bagi mematuhi Spesifikasi Pematuhan Asas IT Kumpulan Shell. Latihan yang dijalankan di Kementerian Kewangan pada tahun ini bertujuan menguji tahap kepantasan dalam menghidupkan pelayan SAP tersebut dan kebersediaan prosedur sokongan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Persediaan telah bermula pada 18 Julai 2005 sementara latihan pula telah dijalankan pada 23 Ogos 2006. Latihan dua hari itu telah dikoordinasi oleh Kamaruddin Rahmat dari Kumpulan Sokongan Teknikal SAP dan telah melibatkan 25 kakitangan daripada Kumpulan Sokongan IWM, Kumpulan Asas dan Infrastruktur (ISM), pengguna-pengguna utama dari BSP dan Brunei LNG Sdn Bhd (BLNG), beserta dengan petugas-petugas IT Kementerian Kewangan.
Pengguna-pengguna SAP yang terlibat di dalam latihan menghargai pengalaman pertama mereka itu yang telah memberi mereka keupayaan untuk memikirkan apa-apa maklumbalas yang boleh mereka sumbang bagi memperelokkan prosedur yang sedia ada.
untuk pemerosesan kerja tanpa putus adalah perlu bagi memastikan keberkesanan latihan
•
bencana SAP dan pengenalpastian pengguna utama bagi memastikan segalanya konsisten dan berjalan lancar semasa pemulihan bencana Pentingnya dokumen-dokumen utama disediakan di lokasi pemulihan bencana
Kumpulan sokongan SAP EP Blueprint mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berikut di atas penyertaan masing-masing:
• Pengguna-pengguna peringkat jabatan dari DOP/13, EBS/2, EOP/20, FAC/12/21/ 23, PPA/20, SCM/13, WOP/20, EEE/4, EPO/42, ESB/1, FFC/2, FPR/1, OMS/11
• Kumpulan sokongan IWM SAP dan ramai lagi yang bekerja ‘di sebalik tabir’ • ISM/21, ISM/15 dan ISM/14 yang telah bekerja keras dan memastikan seluruh
infrastruktur IT di Kementerian Kewangan telah siap sedia bagi latihan dijalankan
• Kementerian Kewangan sebagai tuan rumah yang telah menyokong latihan ini.
Ucapan terima kasih istimewa bagi Azhar Haji Ahmad, Pg Ali Pg Abd Rahman, Ak Amirul Hayat Pg Hj Yussop serta kumpulan Rangkaian dan Telekomunikasi Kementerian Kewangan di atas pertolongan mereka menjayakan latihan.
Antara objektif latihan adalah:
• Menguji prosedur sokongan serta tahap kebersediaan pelayan tambahan SAP
• Mengesahkan sokongan dan pemulihan pelayan tambahan SAP sebelum dan selepas latihan
• Mengenalpasti pengguna-pengguna utama dan membiasakan mereka dengan prosedur pemulihan bencana
• Menilai dan mengemaskini apa-apa keperluan berkaitan termasuklah pengajaran yang diperolehi
• Mematuhi Spesifikasi Pematuhan Asas IT Kumpulan Shell Pengajaran-pengajaran utama yang diperolehi dari latihan dan tindakan susulan termasuklah: • Capaian atau akses pengguna utama SAP terlalu luas dan perlu diperkemaskan tanpa menghalang pemerosesan kerja dan menjejaskan keselamatan • Penglibatan awal pengguna-pengguna utama di jabatan-jabatan semasa perancangan adalah penting bagi kefahaman tentang pemulihan bencana SAP serta prosedurnya
Kakitangan IWM yang terlibat dalam Latihan Tahunan Pemulihan Bencana SAP
10 Salam, November 2006
Tumbuhan Karnivor Brunei Oleh Zuraidah Haji Abd Kamis (HSE/56) Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd sedang menghasilkan satu Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi (Biodiversity Action Plan ) untuk Hutan Simpan Anduki. Pelan tindakan ini akan membantu melindungi spesis-spesis yang terdapat di kawasan hutan simpan itu seperti Nepenthes. Brunei, sebagai salah sebuah negara di Borneo, dikurniakan dengan alam hidupan semulajadi yang kaya. Spesis hidupan liar yang ada di Borneo boleh didapati di hutan-hutan kita di Brunei dan banyak di antara flora dan fauna ini adalah dilindungi. Kita harus mengambil kesempatan ini untuk mengenali spesis-spesis berkenaan yang mungkin ada tidak akan berkesempatan melihatnya sendiri. Antaranya adalah Nepenthes Brunei, yang lebih dikenali sebagai ‘cawan ambok’ (cawan monyet atau periuk kera) atau pun ‘sumboi-sumboi’. Tumbuhan ini terkenal kerana daunnya yang berbentuk jag air dan juga kerana ianya adalah tumbuhan karnivor atau pun pemangsa. Nepenthes tumbuh di habitat mencabar yang kurang nutrien seperti paya gambut dan hutan pergunungan atau pun kawasan yang rosak dan terhakis. Dengan menjadi pemangsa, tumbuhan ini mendapatkan nutrien seperti nitrogen dan fosfor yang tidak terdapat di dalam tanah. Bahagianya yang menyerupai jag tersebut memerangkap hidupan kecil yang tertarik kepada warna, bau atau madunya. Serangga selalu menjadi mangsanya tetapi ada juga spesis Nepenthes yang tidak memerangkap hidup-hidupan tetapi menyerap nutrien daripada najis burung atau tumbuhan reput yang jatuh ke dalam perangkapnya. ‘Makanan’ yang jatuh ke dalam perangkap dihadamkan oleh cecair enzim yang terkumpul di dalam perangkap itu sebelum nutriennya diserap walaupun ada sesetengah spesis yang cecair perangkapnya menjadi habitat berbagai jenis hidupan. Larva nyamuk, lalat dan telur katak pernah ditemui di dalam perangkap Nepenthes. Sesetengah dari tumbuhan ini mempunyai hubungan rapat dengan semut dan kedua-duanya saling bergantung hidup di antara satu sama lain. Amnya tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri unik serta menarik.
Cecair dalam Sumboi-Sumboi menolong menghadam ‘makanan’ yang jatuh ke dalamnya
Semut sering dijumpai di tumbuhan ini
Hutan Simpan Anduki merupakan rumah kepada beberapa spesis Nepenthes
Kita boleh menyumbang secara individu ke arah memulihara tumbuhan istimewa ini dengan tidak memetik atau memungutnya dan juga mendidik orang lain tentang pemuliharaannya.
Terdapat lebih kurang 100 spesis Nepenthes di dunia dengan 30 darinya tumbuh secara semulajadi di Borneo. Walaupun ianya tumbuh agak banyak di kawasan habitat masing-masing, kebanyakan Nepenthes sedang terancam dan adalah dilindungi di bawah Konvensyen bagi Perdagangan Antarabangsa Spesis Liar Fauna dan Flora Terancam (CITES). Sesetengah spesisi yang jarang ditemui terdapat di hutan-hutan Brunei. Nepenthes telah ditemui di Hutan Simpan Anduki dan lima sepsis iaitu Nepenthes ampullaria, Nepenthes bicalcarata, Nepenthes gracilis, Nepenthes mirabilis dan Nepenthes rafflesiana telah dikenalpasti serta disenaraikan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar. Sehubungan itu penglibatan BSP di dalam isu alam sekitar dan inisiatifnya untuk menghasilkan Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi bagi Hutan Simpan Anduki menjadi sangat penting. Usaha ini bukan sahaja menepati keperluan Piawaian Kepelbagaian Biologi Kumpulan Shell tetapi juga bagi mengisi komitmennya di bawah Polisi HSE BSP untuk melindungi alam sekitar. Maklumat lanjut tentang pelan tindakan tersebut boleh didapati dari Bahagian Hal Ehwal Alam Sekitar (HSE/5).
Salam, November 2006 11
SCO raikan 5 juta jam kerja tanpa TRC JABATAN Perkhidmatan Kempen (SCO) dan para kontraktornya telah meraikan kejayaan bersama mereka dalam mencapai 5 juta jam kerja tanpa apaapa kes yang boleh direkodkan TRC) pada satu majlis khas yag diadakan di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) pada 16 November. Di majlis itu Pengarah Teknikal BSP, David Purvis telah menyampaikan piagam pengiktirafan kecemerlangan keselamatan kepada Ketua SCO, Haji Aji Haji Hitam dan juga kepada wakil-wakil syarikatsyarikat kontraktor. Syarikat-syarikat tersebut adalah Sahid Sdn Bhd, Adinin Works & Engineering Sdn Bhd, Mashhor Covus Contractor Sdn Bhd, Syarikat Kejuruteraan Sistematik Sdn Bhd, SKS Wood Sdn Bhd, IIW-SKS JV Sdn Bhd, Wehaya Engineering Services Sdn Bhd dan Mashor General Contractors Sdn Bhd.
Ulangtahun
perkhidmatan 30 TAHUN Keasberry D L PPA Jasni Bin Hj Abd Salam WOP133 Hj Mahmud Bin Hj Idris STL
25 TAHUN Lim Lan Ting FFC3 Lai Shiak Kui C J PBS Chua Peng Sim UCP3
David Purvis (kesembilan dari kiri) dan Mike Fuge (kiri) sama-sama meraikan prestasi keselamatan dengan kontraktor
David berkata kejayaan cemerlang ini adalah hasil dedikasi, kesungguhan dan semangat bekerjasama di antara SCO dan para kontraktornya. Beliau juga mengaitkan kejayaan itu dengan tumpuan yang diberikan oleh BSP dan rakan-rakan niaganya terhadap peningkatan tahap keselamatan di tempat kerja. Pengurus Perkhidmatan Operasi Mike Fuge, turut hadir menyampaikan hadiah-hadiah untuk PAKAT terbaik dan PAKAT terbanyak yang dilaporkan. Hadiah untuk PAKAT terbaik dimenangi oleh Rakawih Daud (SCO/52), Pg Haji Taib Pg Haji Karim (SCO/32), J. Cortex dari SKSWood dan Mohd Zaidi Tarmidi dari Mashhor General Contractors. Hadiah bagi PAKAT terbanyak dilaporkan dimenangi oleh Khalid Hamid (SCO/423), Seliza Hashim Muzbidi (SCO/212), Aminuddin Haji Baba (SCO/3221), Sulaiman Haji Madon (SCO/23), Mohd Rasad dari Sahid Sdn Bhd dan Tong Tiong Lim juga dari Sahid Sdn Bhd. Lebih daripada 600 kakitangan SCO dan para kontraktornya hadir di majlis tersebut yang juga merupakan perjumpaan Hari Raya jabatan itu.
Majlis Hari Raya yang diadakan selepas penyampaian prestasi keselamatan tersebut
20 TAHUN Abdul Latiff Bin Hj Bakar DOP122 Bakar Bin Daun WOP113 Hj Mohd Yassin B Hj Rashid EME12 Hj Mustafa Bin Hj Sulaiman RES35 Kong Ngian Yun P RES34 Mohd Hatta Bin Hj Tuah EME222 Othman Bin Hj Baha SCO3 Pg Asrulmuhiddi B Pg Hj Jaafar WOP113 Roslan Bin Haji Abdullah EOP111 Yapp Kim Choi Kevin PPA425 Zulkapli Bin Abdullah TSW451 Abang Kamaludin B Abg Md Noor PPA322
Majlis Hari Raya OPM
15 TAHUN Anuar Bin Idaris EOP124 H Muhd Izhar Rahmadi H Mashud SAV1113 Hj Amit Bin Hj Abdul Razak HRS Hj Ismail Bin Hj Mohd Javi ISM3411 Mcilroy R TST Md Aziz Bin Awang Ahmad HSQ235 Mohd Yussof Bin Hj Ahmad HSQ236 Ak Sufrina Bin Pg Hj Sulaiman WOP113
10 TAHUN Atanda A EOP1 Hjh Rosidah Hj Abdul Rahman DBS4 Rafeny Bin Hj Ismail WOP241
PARA kakitangan dan kontraktor OPM telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari terakhir bulan Syawal. Majlis itu menyajikan pelbagai juadah seperti sate. Ianya juga diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan
12 Salam, November 2006
Dapatkan khidmat Pusat Perkhidmatan Shell Helix PUSAT Perkhidmatan Shell Helix yang pertama telah dibuka baru-baru ini di stesen minyak Bunut. Inisiatif terbaru Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) ini adalah sebahagian usaha berterusan syarikat itu untuk mempertingkatkan perkhidmatan bagi pelanggannya. Perkhidmatan ini menyediakan perkhidmatan tambahan seperti menukar minyak enjin dan kerja-kerja berkaitan pelinciran kepada pemandu-pemandu yang melanggani stesen itu selain daripada mengisi minyak. Ianya telah direalisasikan bagi manfaat pemandu dan direkabentuk bagi menawarkan kemudahan dari segi lokasi yang sesuai, kepantasan perkhidmatan dan nilai bagi wang yang dibelanjakan dengan menyediakan khidmat oleh mekanik-mekanik berpengalaman.
Pusat Perkhidmatan Shell Helix yang pertama dibuka di stesen minyak Bunut
Pusat perkhidmatan ini menawarkan berbagai perkhidmatan termasuk penukaran minyak enjin dan penapis serta pemeriksaan keselamatan dan bateri
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah penggantian minyak enjin menggunakan produk pelinciran bermutu Shell Helix, pemeriksaan keselamatan ke atas 17 bahagian kenderaan, penukaran penapis dan pemeriksaan bateri. Para pelanggan boleh meninggalkan kenderaan masingmasing atau pun menunggu di dalam bilik berhawa dingin sehingga selesai servis dijalankan. Mereka boleh menyaksikan sendiri segala proses servis dijalankan daripada bilik menunggu itu dan boleh berpuas hati kenderaan mereka diberikan perhatian yang sepatutnya. Sebagai nilai tambah di dalam perkhidmatannya kepada pelanggan, BSM telah memastikan bahawa pusat servis baru ini mematuhi sepenuhnya segala piawaian serta polisi HSSE yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.
BSM promosikan Kad Markah Seimbang
Haji Junaidi Haji Omar, Pengarah Institut Perkhidmatan Awam (kanan) bersama dengan para peserta program
SYARIKAT Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) sekali lagi menaja program mempromosikan kad markah seimbang bagi sektor awam dan swasta pada 20 November 2006. Program tersebut yang dikenali sebagai ‘Pengurusan Strategi dengan Kad Markah Seimbang’ disusun bagi memperkenalkan Kad Markah seimbang sebagai sebahagian dari pengurusan strategi dari peringkat formulasi sehingga pelaksanaan. Objektif acara tahunan ini adalah untuk berkongsi amalan terbaik disamping mengeratkan lagi hubungan di antara BSM dengan sektor awam dan swasta disamping menguatkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial di dalam mempromosikan inisiatif pembangunan berdayatahan di Brunei. Hajah Aisah Haji Othman, Ketua Perniagaan dan Sokongan Pembangunan mewakili BSM bagi program tersebut. Pengarah Institut Perkhidmatan Awam, Haji Junaidi Haji Omar juga dijemput hadir ke acara yang disertai oleh antara lain pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Institut Perkhidmatan Awam, Kementerian Komunikasi, Bank Islam Brunei Darusalam (BIBD) dan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). BSM juga pernah menaja program serupa pada tahun lepas yang diberi nama ‘Menjayakan Peta Strategi Organisasi Melalui Penggunaan Kad Markah Seimbang’ yang diadakan di ASEAN-EC. Kad Markah digunakan di semua peringkat korporat serta individu di BSM dan penggunaannya memastikan yang strategi pihak syarikat disampaikan ke seluruh organisasi di samping membolehkan kakitangan mengenalpasti sumbangan mereka kepada perniagaan syarikat. Kaedah Kad Markah juga menggalakkan peningkatan prestasi selain membangunkan organisasi.
Salam diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar bagi pekerja-pekerja BSP / BLNG / BST / BSM. Penyuntingan tel: 3375951. Dicetak oleh Star Trading and Printing Sendirian Berhad