BAB I
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan Banyak jenis barangan dikehendaki di sesuatu kilang ataupun bengkel untuk
kerja-kerja memindah ataupun kerja-kerja penyimpanan.Bahan-bahan seperti paip, dan plat keluli sentiasa diangkat dan dipindahkan ke merata-rata tempat di dalam bengkel. Barangan ini juga amat berat dan besar, memaksa menggunakan cara mekanik untuk
2
mengangkat dan memindahkannya. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan trak atau troli bertenaga diesel, petrol ataupun elektrik. Terdapat pelbagai jenis troli di pasaran yang mempunyai dua, tiga ataupun empat roda direka bentuk untuk kerja yang tertentu. Sesetengahnya digunakan untuk mengangkat tong minyak ataupun tangki oksigen dan asetilena. Alatan ini sangat penting bagi mencegah kemalangan daripada berlaku jika beban dipikul oleh pelajar terjatuh atau melanggar sesuatu.` Pada zaman sekarang yang kian rancak dengan teknologi tinggi, manusia sering bertungkus lumus memikirkan kaedah atau peralatan yang cukup ekonomik penggunaannya dan memenuhi citarasa pengguna. Sebagai bukti, pelbagai teknologi canggih di reka dan di bina untuk memudahkan dan selamat kepada pengguna. Seperti di bengkel mekanikal Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, pastinya tidak mempunyai kren untuk mengangkat atau mengubah paip. Sebelum projek troli paip ini di bangunkan, paip-paip diangkat menggunakan tenaga manusia. Pelajar akan memasukkan tali sawat enjin yang lama di keliling paip untuk menjadikannya tempat pemegang untuk mengangkat paip. Keadaan ini amat berbahaya sekiranya tali aswat itu putus dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pelajar yang mengangkatnya.
3
1.2
Penyataan Masalah
Troli adalah pengangkutan utama bagi manusia untuk membawa beban. Terdapat banyak jenis troli dan kegunaan yang tertentu seperti troli rata, troli membeli-belah dan troli dulang. Setiap troli mempunyai perbezaan kegunaannya dan tugas-tugas yang boleh dilakukan oleh troli. Ia terhad untuk melakukan kerja yang di khaskan sahaja. Terdapat beberapa masalah yang biasanya berkaitan troli di pasaran hari ini seperti barangan yang dibawa mudah untuk jatuh, hanya sesuai untuk jalan permukaan rata sahaja, memerlukan roda yang banyak, tidak sesuai untuk kawasan kecil, tidak boleh memuatkan banyak jenis peralatan atau bahan dan tidak stabil untuk kerja-kerja tugas berat. Bagi masalah di bengkel mekanikal kami alatan mengangkat yang ada hanyalah kereta sorong. Bolehlah digunakan untuk mengangkut plat-plat yang sudah digunakan oleh pelajar ke stor logam terpakai. Untuk mengangkat paip 2 inci sehingga 6 inci hanya menggunakan tenaga manusia iaitu pelajar yang ingin menggunakan paip itu. Untuk mengangkat paip yang panjang dan berat, memerlukan tenaga manusia yang ramai. Lebih tebal paip dan besarnya paip itu semakin ramai diperlukan untuk mengangkat paip. Untuk mengatasi masalah ini, satu troli baru akan dibangunkan yang mempunyai fungsi untuk mengangkat dan memindahkan paip sehingga berdiameter 6 dengan mudah dan selamat serta menjimatkan masa dan tenaga pelajar kursus kejuruteraan mekanikal di politeknik ini.
4
Idea asal ini tercetus apabila kami melihat ramai pelajar yang terlibat sekiranya sebatang paip perlu di ubah untuk di potong atau memindahkan paip dari stor bahan ke bengkel .Pelajar akan menggunakan tali sawat enjin kereta sebagai pemegang untuk mengangkat paip menggunakan tenaga mereka sendiri. Pada kebiasaannya sebatang paip ini akan di angkat sekurang-kurangnya seramai 20 orang. Apabila mengangkat sebatang paip dengan terlalu ramai, boleh mendatangkan keadaan bahaya kepada semua pelajar yang terlibat. Paip itu mungkin akan dilepaskan oleh pelajar yang tidak mampu menahan beban dari sebatang paip yang panjangnya enam meter.
Rajah 1.1 Cara mengangkat dan mengubah paip menggunakan tenaga kerja yang ramai.
Bagi merealisasikan perkara tersebut, kami cuba mencari jalan penyelesaian untuk membina troli. Pembinaan troli ini juga di adaptasi dari sistem penahan motosikal berkuasa tinggi iaitu menyorong dan mengangkat dengan cara tuil.
5
Maka akhirnya projek ini dihasilkan dengan matlamat ianya sebuah projek yang selamat digunakan dan juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia, lebih selamat digunakan dan dapat menjimatkan ruang kerja dan masa. Harapan kami agar projek ini dapat digunakan bagi memudah dan melicinkan proses memindah paip dan proses memotong paip akan menjadi lebih cepat dan cekap penggunaannya.
1.3 Latar Belakang Projek.
Peralatan mengangkat ini di namakan The V Trolley. Troli ini boleh digunakan untuk membawa bahan seperti paip, bar dan plat keluli dari stor ke dalam bengkel. Troli ini juga dapat melaraskan ketinggian bahan pada mesin pemotong (metal cutting band saw). Ia juga dapat berfungsi sebagai troli untuk membawa bahan yang telah siap dipotong. Troli ini boleh mengangkat paip sehingga diameter 6 inci. Satu produk baru dibangunkan berdasarkan produk di pasaran dan ia boleh bersaing produk lagi lain di pasaran dunia yang luas dan juga berdasarkan kajian kami.
6
Pada masa kini, troli menjadi kemudahan biasa bagi manusia. Terdapat banyak jenis troli di pasaran dunia luas seperti troli lapangan terbang, troli barang, troli industri dan lain-lain. Tujuan utama ciptaan troli adalah untuk menggantikan tenaga manusia untuk melakukan kerja-kerja tugas berat, boleh mengurangkan kos untuk kerja-kerja, masa kerja dan kecekapan. Bagi projek troli ini kami menghasilkan satu rangka Troli Pengangkat Paip dan mengaplikasikan kemahiran dan kefahaman kami dalam bidang mekanikal selama kami belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ini seterusnya kami juga telah merujuk kepada standard yang telah ditetapkan oleh AWS (America Welding Society) pada bahagian-bahagian kimpalan yang tertentu yang mengandungi tempat-tempat kritikal
“critical zone” dan memastikan projek ini bergerak dengan
lancar tanpa sebarang risiko dan masalah. Mempunyai peralatan mengangkat paip di bengkel adalah sesuatu yang di idamkan oleh para pelajar di politeknik ini. Ini kerana semasa troli ini belum di bina, paip ini di angkat oleh pelajar menggunakan tangan sahaja. Dengan siapnya projek kami ini maka semua matlamat yang dijangka akan tercapai. Projek ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Ia selaras dengan tugas yang akan dilaksanakan apabila troli ini siap. Matlamat utama troli ini di bina adalah untuk memudahkan proses memindah atau menyimpan paip di dalam stor bahan. Disamping itu projek ini seharusnya
selamat
untuk
digunakan
dan
paling
ekonomik
penggunaannya.
Ekonomiknya troli ini termasuklah kerja yang boleh dilakukan, kos yang murah dan mempercepatkan proses pemindahan paip jika dibandingkan dengan tenga manusia.
7
1.4
Objektif Projek
Sesebuah projek yang dibangunkan mempunyai objektif yang ingin dicapai. Objektif ini perlu bagi menyatakan fungsi atau perlunya produk ini dihasilkan dan apa yang hendak dicapai oleh pembuatnya. Troli paip ini di hasilkan mempunyai tujuan dan objektif yang berguna untuk para pelajar di bengkel mekanikal. Objektif utama Projek ‘The V Trolley’ ialah :-
i.
Menentukan nilai beban teragih seragam yang ditampung oleh ‘The V Trolley’.
ii.
Mereka bentuk ‘The V Trolley’ untuk mengangkat , memindah , dan membawa barang yang telah siap dipotong. Menggantikan cara konvensional mengangkat paip daripada 8 orang menjadi 2 orang.
iii.
Menetukan masa yang diambil bagi melaraskan ketinggian ‘The V Trolley’.
8
1.5
Skop Projek
Tumpuan kajian adalah mengkaji tahap keberkesanan penggunaan troli yang di bina bertujuan untuk mengangkat dan memindahkan paip berdiameter minimum 2 inci sehingga 6 inci di bengkel kimpalan. Kajian ini juga melibatkan sesi temu bual dari beberapa orang pelajar di bengkel kimpalan yang terlibat secara langsung dalam proses mengangkat dan memindahkan paip untuk di potong pada mesin( metal cutting band saw). Di samping temu bual yang di jalankan, kami juga mendapatkan sumber rujukan daripada internet dan bahan bacaan untuk dijadikan rujukan semasa menjalankan kajian ini. Troli ini juga akan diguna pakai sepenuhnya oleh para pelajar di bengkel sebagai satu peralatan yang akan memudahkan proses mengangkat dan memindahkan paip yang berdiameter minimum 2 inci sehingga 6 inci.ia juga dapat mengangkat barangan lain selain paip. Responden temu bual kajian ini adalah dibataskan kepada pelajar-pelajar tahun 3 Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah manakala alat kajian yang digunakan adalah berbentuk temu bual. Idea asal ini tercetus apabila kami melihat berlakunya kesukaran semasa pelajar memindahkan paip dari stor bahan ke bengkel dan kerap kali memerlukan tenaga pelajar yang ramai. Mengangkat secara beramai-ramai juga boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya ada di kalangan pelajar tidak mengangkat dengan bersungguh-sungguh. Maka akhirnya projek ini dihasilkan dengan matlamat ianya sebuah projek yang selamat
9
digunakan dan juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia disamping dapat menjimatkan ruang kerja dan masa. Harapan kami agar projek ini akan dapat memberi manfaat kepada para pelajar bagi memudah dan mempercepatkan pelajar menjalankan kerja amali di bengkel kimpalan.
1.6
Kepentingan Projek
Hasil inovasi troli ini akan dapat memberikan gambaran dan panduan kepada pihak pengurusan di politeknik supaya dapat menyediakan bahan untuk di perbanyakan peralatan ini bagi tujuan memudahkan pelajar mengangkat dan memindahkan paip untuk tujuan tertentu dalam usaha mempertingkat prestasi kerja para pelajar. Tambahan pula, hasil projek ini diharapkan agar dapat membuka ruang yang luas terhadap pereka-pereka peralatan bengkel yang berkaitan dengan mengangkat dan memindahkan di seluruh politeknik seluruh Malaysia. Antara kepentingan projek ini adalah: i.
Memudahkan pemindahan paip dari dalam stor bahan ke tempat pemotongan paip semasa pelajar membuat projek amali berkaitan paip.
10
ii.
Tidak memerlukan bilangan pelajar yang ramai untuk mengangkat sebatang paip berdiameter 6 inci. Hanya 4 orang pelajar diperlukan untuk tujuan tersebut.
iii.
Troli ini juga boleh digunakan di ruang yang sempit.
iv.
Mengurangkan tahap bahaya jika dibandingkan dengan mengangkat secara konvensional iaitu secara beramai-ramai menggunakan tali sawat enjin kereta sebagai tempat memegang.
1.7
Rumusan
Memudahkan sesuatu pekerjaan dengan bantuan peralatan atau mesin adalah satu tindakan yang baik dan menguntungkan kepada, politeknik mahupun pada pelajar yang menggunakan untuk tujuan latihan. Mesin mengangkat seperti truk angkat susun juga sangat banyak digunakan di industri masa kini. Namun di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, akan menjadi tidak ekonomik sekiranya pihak politeknik membeli truk angkat susun itu kerana penggunaannya hanya untuk mengangkat paip sahaja.
11
Projek ini hanya diguna pakai didalam bengkel
sahaja. Namun jika ada
permintaan dari politeknik atau kolej lain kami boleh membuatnya semula untuk tujuan pemasaran. Secara khususnya, bab ini telah membincangkan dan menerangkan tentang pengenalan, pernyataan masalah, matlamat projek, latar belakang projek, objektif kajian, skop projek serta latar belakang masalah dan kepentingan kajian yang perlu dikenal pasti di dalam penyelidikan ini.
12
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan Bab ini menerangkan komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan projek ini. Selain itu juga, bab ini menerangkan kelebihan komponen utama yang digunakan.
13
2.1 Jenis-Jenis Paip
2.1.1 Cast iron pipe Cast Iron juga merupakan paip besi dan sambungan melalui cara welding akan tetapi menggunakan welding rode untuk cast iron. Paip ini biasanya tebal lebih kurang 1inci. Sambungan antara paip spigot-end. Sekiranya dipotong, hendaklah menggunakan Long Collar atau Coupling Joint. Paip jenis ini jarang digunakan pada masa sekarang kerana tidak tahan hentakan, sekiranya terhentak,mudah pecah.
Rajah 2.1 Cast iron pipe
2.1.2 Ductile iron pipe Ductile Iron juga paip besi tetapi tidak boleh welding. Paip jenis ini juga paip luar rumah dan juga kegunaan industri. Sambungan paip ini sama seperti paip Mild Steel
14
kerana hujungnya jenis spigot-end. Panjang paip jenis ini biasanya 6 meter sebatang. Sekiranya paip ini telah dipotong, maka penyambungan hendaklah menggunakan alat yang dipanggil Long Collar atau juga dikenali sebagai Coupling Joint.
Rajah 2.2 Ductile iron pipe
2.1.3 Mild steel pipe Paip jenis besar kegunaan industri dan luar rumah yang dipanggil sebagai Mild Steel. Paip ini adalah besi dan untuk menyambungkan antara paip sejenisnya adalah dengan welding menggunakan welding rode untuk besi. Kebiasaan paip ini panjangnya 6m. Sebelah hujung paip diameter besar manakala sebelah lagi kecil, ini dinamakan spigot-end.Paip ini ada simen lining di dalam sebagai protection mengelakkan besi paip ini berkarat.
15
Rajah 2.3 Mild steel pipe
2.1.4 High Density Polyethyle pipe Paip HDPE atau nama panjangnya High Density Polyethylene pipe ini flexible, boleh dilengkungkan tidak seperti paip lain. Sambungan antara paip ini menggunakan sambungan khas dipanggil Poly Socket.
Rajah 2.4 High Density Polyethylene Pipe
16
2.1.5 PVC PAIP PVC
ini biasanya digunakan dalam rumah sahaja. Biasanya paip PVC ni
berwarna kelabu. PVC itu bermaksud Polyvinnyl Chloride. Sambungan antara paip ke paip PVC menggunakan gam paip biasanya berwarna biru.
Rajah 2.5 PVC PAIP
17
2.2 Jenis-Jenis Pemotong Paip
2.2.1 Adjustable pipe cutter
Pemotong paip laras mempunyai pemegang skru untuk memenuhi apa sahaja paip bersaiz digunakan. Apabila dihidupkan , ia bergerak roda memotong ke belakang atau ke hadapan untuk menampung saiz paip yang digunakan. Pemotong paip laras adalah berguna jika anda memotong paip kerap kerana ia boleh menampung pelbagai saiz .
18
2.2.2 Metal Cutting Bandsaw
Rajah 2.6 Metal Cutting Bandsaw Ini mendatar / band saw menegak mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan untuk keputusan profesional ketika datang untuk memotong logam. Band saw mempunyai sistem terbina dalam penyejuk, karbon tinggi keluli bilah terawat haba , kelengkapan tembaga dan injap bola, tangki polipropilena tahan lama, panduan galas dilindungi sepenuhnya dan pelengkap penuh dengan tali pinggang dan pisau pengawal keselamatan . Logam memotong band saw termasuk kabinet roller mudah untuk penyimpanan mudah dan automatik tertutup apabila memotong anda selesai untuk memotong lebih selamat. • Secara automatik dimatikan apabila selesai untuk memotong lebih selamat • Ball bearing panduan bilah untuk perubahan yang cepat dari menegak ke mendatar • Kapasiti: . 7 dalam bulat, 7 x 12 dalam segi empat tepat. . • kabinet roller untuk penyimpanan mudah
19
3.2.6
Carta Aliran Proses Membina Troli Paip.
MULA
Mencari maklumat reka bentuk
Perlaksanaan lukisan kejuruteraan
Pemilihan bahan mentah
Perlaksanaan proses fabrikasi
Pembaikan Perlaksanaan proses kimpal GAGAL Pengujian dan permasalahan LULUS Pengakhiran (FINISHING)
TAMAT
Rajah 3.2 Carta Aliran Proses Membina Troli Paip.