CTU101
15/8/2013
1
PENDAHULUAN 2
Hasil Pembelajaran
BAB 4
Ibadah Membina Insan Berkualiti II Maruwiah Ahmat
Menghuraikan pengertian ibadah Menjelaskan pembahagian ibadah Menjelaskan asas-asas ibadah Menjelaskan impak ibadah dalam kehidupan muslim
Kandungan 4. Ibadah Membina Insan Berkualiti 4.1 Pengertian Ibadah 4.2 Pembahagian Ibadah 4.3 Asas-asas ibadah 4.4 Impak ibadah dalam kehidupan muslim
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PENDAHULUAN 3
PENDAHULUAN 4
Seperti yang kita sedia maklum, sejak azali lagi Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini terbukti apabila Allah SWT membuktikan pengisytiharan manusia sebagai khalifah dalam Surah al-Baqarah: ayat 30 yang bermaksud; (Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi, khalifah”. Menurut Kitab al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata, “(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya. Sebenarnya, tugas sebagai khalifah adalah sangat berat. Mereka wajib untuk beribadah dan menyembah Allah SWT di muka bumi.”
PENDAHULUAN 5
Malah ibadah adalah tujuan hidup mereka. Hal ini telah ditetapkan oleh Allah SWT di mana perkara dapat dikukuhkan lagi dalam surah al-Zariyat, ayat 56; “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku”. Ibadah mempunyai kaedah dan syarat-syaratnya. Dalam surah al-Baqarah (112), Allah SWT menyatakan “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi Tuhan-Nya, tidak ada ketakutan kepadanya dan dia tidak akan berdukacita.”
PENDAHULUAN 6
Berhubung dengan ayat ini, dalam tafsir Al-Quran alAzim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan, Allah SWT hanya menerima amalan yang mempunyai dua kriteria, iaitu pertama, ikhlas dan kedua, muhsin.” Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus dan ikhlas tetapi caranya tidak mengikut syariat, ia tidak diterima oleh Allah SWT.
Maruwiah Ahmat
Ibadah dalam Islam berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan kepercayaan dan agama lain. Ia bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia, ia bukan juga terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang tertentu atau dewadewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan kononnya tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung di dalam syariat Islam.
1
CTU101
15/8/2013
PENDAHULUAN 7
8
Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan sempit terhadap pelaksanaan ibadah dalam Islam. Ada yang menganggap ibadah itu hanyalah tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja. Terdapat juga mereka yang mengaku beribadah kepada Allah tetapi ubudiyyah mereka mereka juga diberikan kepada selain daripada Allah. Malah ada yang berpendapat ibadah itu tidak berkaitan dengan urusan masyarakat terutamanya di bidang politik (siasah), ekonomi (iqtisadiyah), pelancongan (siyahah), bahkan pendidikan (tarbiah).
ASAS-ASAS IBADAH
Contoh ayat Al-Quran: Politik dan pengurusan “Bermesyuaratlah dalam kalangan kamu” “Taatlah pemimpin (ulul amri)….” Ekonomi “Allah mengharamkan riba dan mengharuskan jual beli..” Pendidikan “Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu beberapa darjat…”
ASAS-ASAS IBADAH
9
10
IMAN Keimanan menjadi tonggak untuk mengerjakan ibadah. Selain itu, keimanan jugalah antara perkara yang membezakan orang Islam dan orang bukan Islam. Jikalau manusia mengikat pergantungan kepada Allah, maka baharulah sesuatu amalan baik itu dapat dinilai dan diterima oleh Allah SWT. ILMU Ilmu ialah antara perkara yang dapat membezakan darjat kualiti yang ada pada seseorang. Oleh itu, untuk beribadah, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu mengenai ibadah yang mahu dilaksanakan. Jika tanpa ilmu seseorang itu dibimbangi akan sesat dan tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW dan juga manusia akan mudah ditipu oleh syaitan.
Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak berlandaskan dan mematuhi asas dan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh kerana Islam sebagai agama yang syumul dan sempurna sentiasa mengambil kira kehendak dan keredhaan Allah SWT. Terdapat dua asas penting dalam beribadah iaitu:
IMAN
ILMU
ASAS-ASAS IBADAH 11
ASAS-ASAS IBADAH 12
KEISTIMEWAAN IBADAH 1. Bebas dari sebarang perantaraan – terus berhubung dengan Allah S.W.T. [al-Zumar: 3] 2. Tidak terikat dengan sesuatu tempat dan masa tertentu – boleh beribadat pada kepada Allah S.W.T. pada bila-bila masa 3. Tidak membebankan – terdapat rukhsah (kelonggaran) jika seseorang tidak mampu untuk melakukannya 4. Skop ibadah yang sangat luas – merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sekiranya menepati kehendak syarak.
Maruwiah Ahmat
2
CTU101
15/8/2013
ASAS-ASAS IBADAH
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
13
14
Hubungan Ibadah dengan Akidah 1. Ibadah adalah hasil daripada akidah iaitu keimanan terhadap Allah sebenarnya yang telah membawa manusia untuk beribadat kepada Allah SWT. 2. Akidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa akidah perbuatan seseorang manusia bagaimana baik pun tidak akan diterima oleh Allah SWT. 3. Akidah merupakan tenaga penggerak yang mendorong manusia melakukan ibadat serta menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Ibadah dalam Islam memberi kesan positif kepada diri insan:
Kesan positif ibadah
Individu
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN Membentuk budaya hidup Islam Melahirkan kerja berkualiti
Negara
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 16
Mendidik seseorang berlaku jujur
Individu
Faedah di dunia dan akhirat
Masyarakat
Ditakuti syaitan Membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni
15
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 17
Huraian Kesan Ibadah kepada Individu Melahirkan Kesatuan Matlamat Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui ibadah menjadikan mereka dapat memusatkan kepada Allah SWT segala usaha amalan duniawi dan ukhrawi. Membentuk Budaya Hidup Islam Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah, kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah SWT dalam budaya yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau sudut kehidupan. Mereka yakin hanya sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 18
Mendidik Seseorang Berlaku Jujur Ibadah mendidik seseorang berlaku jujur. Pastinya ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas yang tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan mengharapkan pujian tetapi memenuhi tuntutan dan syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak dilihat ataupun diperhatikan oleh makhluk kerana yakin hanya Allah SWT Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
Maruwiah Ahmat
Ditakuti Syaitan Syaitan adalah makhluk yang menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.” (Surah Shad, ayat 82-83)
3
CTU101
15/8/2013
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 19
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 20
Selamat Dari Pengaruh Kejahatan dan Kemaksiatan: Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas. Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari pengaruh kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini dijelaskan oleh Allah SWT Firman-Nya yang bermaksud: “. . . Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.” (Surah Yusuf, ayat 24)
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 21
Menghasilkan Pekerjaan yang Berkualiti Jika sesuatu pekerjaan didasarkan kepada ibadah, maka kerja itu akan menghasilan pekerjaan yang berkualiti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan, pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan juga jauh dari kemungkaran, dan sebaliknya mereka akan menghasilkan pekerjaan yang memberi kemanfaatan bagi umat manusia, pekerjaan yang mendatangkan kemaslahatan bagi seluruh alam ini. Sebagaimana tujuan dari Islam adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam.
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 22
Melahirkan Perasaan Bebas Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang perhambaan kepada yang lain daripada Allah SWT. Seorang hamba tidak mudah tunduk kepada segala perintah yang bercanggah dengan perintah Allah SWT kerana diri dan jiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah SWT sematamata. Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tindakan dan perlakuannya bukan kerana takut kepada makhluk tetapi skima hidupnya adalah pengabdian diri kepada Tuhan Maha Berkuasa.
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 23
Membentuk Akhlak dan Melatih jiwa yang Murni. Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni kerana orang yang beribadah sentiasa melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ingin mencari keredaan Allah SWT dalam semua aspek kehidupan.
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 24
Mendapat Kebaikan Dunia dan Akhirat Segala perintah Allah SWT kepada umat manusia, sama ada individu atau masyarakat semuanya mengandungi hikmah. Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT jika dikerjakan pasti mempunyai kebaikan kepada yang melakukan. Sebaliknya segala larangan Allah SWT adalah perkaraperkara yang boleh mendatangkan kesosakan atau keburukan kepada manusia. Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi ganjaran pahala yang sangat berguna terutama untuk kehidupan di akhirat kelak.
Maruwiah Ahmat
Mendapat Pertolongan AIlah SWT Orang yang beribadah dengan ikhlas pastinya akan mendapat pertolongan Allah SWT di atas perbuatannya. Maka Allah SWT akan mencintainya dan juga menolongnya. Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan dunia dengan ikhlas kerana Allah tanpa mempersekutukannya, mendirikan solat dan membayar zakat, nescaya dia akan pergi dari dunia, di mana Allah sangat senang kepadanya.”
4
CTU101
15/8/2013
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Melahirkan kesatuan matlamat
Melahirkan masyarakat yang produktif
Masyarakat
26
Huraian Kesan Ibadah kepada Masyarakat
Membentuk budaya hidup Islam
Selamat dari pengaruh kejahatan dan kemaksiatan
25
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
1. Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata. Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. 2. Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati yang tua. 3. Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku. Orang yang menyibukkan diri mereka dengan melaksanakan ibadah menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menyibukkan diri mereka dengan perkara yang salah.
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 27
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 28
6. Melahirkan masyarakat yang produktif. Ibadah dapat membina masyarakat yang produktif lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Manusia akan berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat yang murni lagi baik kerana semua aktiviti yang dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin mendapat keredaan Allah SWT.
4. Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh musuh kerana Allah SWT akan membantu. Sebaliknya jikalau umat Islam lemah beribadah dan ditambah lagi berterusan melakukan maksiat, Allah SWT tidak akan membantu mereka dan mereka hanya menunggu saat-saat kehancuran. 5. Masyarakat akan aman, bersatu padu dan saling bantumembantu. Ibadah menjadi asas perpaduan umat Islam kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama, malah menggunakan bacaan yang satu dalam bacaan Al-Quran.
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 29
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 30
7. Mensifarkan gejala sosial. Remaja yang ada adalah remaja yang faham agama dan sentiasa menyahut cabaran hayya ‘alal falah (mari menuju kejayaan). Tidak ada lagi remaja yang akan membuang masa. Remaja yang ada hanyalah remaja yang mementingkan ajaran Islam seperti solat berjamaah, belajar bersungguhsungguh, sentiasa menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta berkata tidak kepada perkara yang mazmumah seperti minum arak, penagihan dadah, seks bebas, pendedahan aurat dan juga hedonisme yang melampau.
Maruwiah Ahmat
8. Sistem ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif akan tercapai. Masyarakat yang terlibat dalam perniagaan akan memastikan perniagaan yang mereka ceburi bebas dan terhindar dari unsur rasuah, riba, menguntungkan sebelah pihak dan merugikan pihak yang lain. Keberkatan akan mengatasi keuntungan. Itulah matlamat perniagaan yang sebenar
5
CTU101
15/8/2013
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Mewujudkan negara yang melaksanakan ajaran Islam.
32
Huraian Kesan Ibadah kepada Negara Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Melahirkan keharmonian sejagat.
Negara
Mengelakkan diri ditimpa bencana.
Memajukan negara.
Mewujudkan Negara yang Melaksanakan Ajaran Islam. Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar melaksanakan hukum-hukum pentadbiran dan perundangan Islam. Keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang inginkan sistem hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
31
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 33
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 34
1) Mendisiplin diri seseorang
2) Menjadikan hidup teratur & sistematik
3) Menghalang perbuatan keji dan munkar
4) Memperoleh kebahagiaan
5) Mengikis sifat tercela & menumbuh sifat terpuji
6) Mendatangkan rezeki
7) Mendapat kemuliaan & membangunkan martabat manusia
8) Memberi keyakinan dalam menentukan pilihan
9) Memperkukuhkan keimanan
10) Mewujudkan perpaduan & persaudaraan
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45)
IMPAK IBADAH SOLAT
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 35
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 36
Menyucikan batin manusia Memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit
Membuktikan ketaqwaan
IMPAK IBADAH PUASA
Maruwiah Ahmat
1) Membersihkan harta
6) Mendatangkan keberkatan
2) Melahirkan rasa syukur
5) Mencegah timbulnya kerawanan sosial
3) Menyuci rohani
4) Menolong orang yang lemah
IMPAK IBADAH ZAKAT
6
CTU101
15/8/2013
SKOP IBADAH
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN 37
38
Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Semua perkara yang tidak bertentangan dengan syarak termasuk adat akan dikira sebagai ibadat. Secara umumnya keluasan skop ibadah dalam Islam boleh dilihat menerusi perkara berikut: Kegunaan Bentuk
Cara Tempat Masa
SKOP IBADAH 39
KESAN PENGABAIAN IBADAH 40
Masa: Dalam Islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan ada yang tidak terikat, ada ibadah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Tempat: Terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid, Mekah dan lain-lain lagi. Ada yang tidak dikhususkan tempat. Cara: Ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada yang secara berjemaah. Bentuk: Ada ibadah yang khusus, umum, badaniah, maliah, badaniah dan maliah. Kegunaan: Untuk diri sendiri seperti solat dan puasa dapat menyihatkan rohani dan jasmani, untuk diri sendiri dan orang lain seperti zakat dan sedekah.
Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas dan manusia secara automatiknya akan terjebak dalam masalah sosial yang sangat serius. Selain itu, kehidupan manusia juga akan dibelenggu kemurungan dan jiwa manusia juga akan berada dalam resah dan gelisah.
KESAN PENGABAIAN IBADAH 41
Ibadah wajib
KESAN PENGABAIAN IBADAH 42
Ibadah fardhu kifayah
Dengan pengabaian ini umat ISLAM akan menjadi mundur dan miskin kerana tidak mahu menguasai bidang-bidang yang penting seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, industri makan yang halal, perubatan, kedoktoran dan lain-lain lagi. Kesannya, umat ISLAM iaitu muslim hanya menjadi sebagai pengguna dan bukannya pengeluar utama barangan halal dan teknologi yang canggih dan moden. Hal ini menyebabkan muslim sendiri akan terjebak dalam percampuran barangan halal dan haram selain daripada teknologi-teknologi yang merosakkan umat ISLAM sendiri. Dengan ini juga, umat ISLAM juga mudah ditindas oleh negara-negara yang maju dan moden dengan alat-alat teknologi canggih mereka.
Dengan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat ini, muslin akan menjadi lebih pasif dan tidak produktif. Oleh hal yang demikian, ia dapat melahirkan umat ISLAM yang lemah, tidak mempunyai daya saing untuk mempertingkatkan hidup dan ketahanan mental yang sangat rendah. Selain jasmani, rohani manusia juga perlu diisi dengan makanannya, iaitu ibadah-ibadah sunat supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan jati diri muslim.
Maruwiah Ahmat
Ibadah-ibadah umum dan sunat
7
CTU101
15/8/2013
KESIMPULAN
KESIMPULAN
43
44
Sesungguh Islam adalah agama yang sempuma kerana ia mencakupi segenap aspek kehidupan. Dalam Islam seluruh pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang menganggap hanya penyembahan dalam bentuk ritual sahaja dikira ibadah, sedangkan pekerjaan- pekerjaan yang lain tidaklah dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadahibadah yang dilakukan terutama ibadah khusus sebenamya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia kerana impak atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan seseorang muslim, samaada di dunia mahu pun akhirat.
Tidak timbul konsep 50% untuk dunia dan 50% untuk akhirat, kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk dunia dan akhirat kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah tempat kita menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah SWT pastinya manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah. Allah SWT tidak akan rugi atau berkurang sedikitpun jika manusia memboikot Allah, sebaliknya yang akan rugi manusia sendiri. Oleh itu baik sekali sekiranya kita mengkaji dengan teliti dan mendapatkan hikmah dari ibadah yang diperintahkan kepada kita untuk melakukannnya.
AKTIVITI BERTULIS 6 45
Mana soalan ni?
- Individu -20 minit sahaja
Maruwiah Ahmat
8