Program Transformasi Malaysia 473 Hala Tuju Untuk Malaysia
Bab 13: Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur – Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan “Komitmen yang kami pilih adalah untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat Malaysia menerusi keterhubungan yang terdapat dimana-mana pada kadar yang berpatutan. Saya ingin melihat penumpuan teknologi yang membolehkan kandungan kebudayaan dan kesenian tempatan menjana aliran pendapatan yang baharu dan menembusi pasaran global. Kami berusaha untuk mencapai perkhidmatan komunikasi dan multimedia bertaraf dunia, lantas mempercepatkan pencapaian aspirasi kami untuk mewujudkan masyarakat 1Malaysia. Sebagai Menteri yang diberi tanggungjawab dalam NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, sokongan anda terhadap merealisasikan agenda penting ini amat diperlukan.” Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
DEFINISI NKEA KANDUNGAN KOMUNIKASI DAN INFRASTRUKTUR Sektor Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur (CCI) merangkumi ekosistem yang luas, daripada pembangunan kandungan hinggalah kepada rangkaian, perkhidmatan dan peranti. Pada tahun 2009, sektor ini menyumbangkan sebanyak RM22 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) melalui bidang telekomunikasi, TV dan penyiaran, serta pos dan kurier. Bab ini memberi fokus kepada bidang telekomunikasi yang merupakan penjana terbesar PNK. Usaha meliberasikan pasaran perkhidmatan komunikasi pada tahun 1990an telah membuahkan hasil apabila pasaran menyaksikan sektor swasta yang dinamik memacu pertumbuhan kukuh sepanjang dekad yang lalu. Ini dicapai melalui penyediaan infrastruktur yang meluas dan pencapaian kadar penembusan yang tinggi untuk data suara dan perkhidmatan Internet. Carta 13-1 menunjukkan subsektor telekomunikasi di Malaysia menyumbang peratusan lebih besar kepada KDNK berbanding beberapa negara lain.
474
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Carta 13-1
Industri telekomunikasi Malaysia mencatat prestasi yang sangat baik dalam beberapa tahun terakhir, menyumbang 4.9% kepada KDNK Malaysia Industri telekomunikasi di Malaysia terus berkembang
Telekomunikasi menyumbang dengan ketara kepada KDNK Malaysia, lebih tinggi berbanding penanda aras
Hasil telekomunikasi Malaysia RM bilion
Sumbangan telekomunikasi kepada KDNK, 2009 Peratus
Internet
2.7
Data
8.1
Suara
21.7
2.9 9.8
21.5
3.7
11.0
21.8
Malaysia Singapura
3.5
Thailand
3.4
Hong Kong
3.3
Korea
2.9
China
2.6
Indonesia 2008
2009
4.9
2010
2.1 Purata = 3.2
Nota: Suara didefinisikan sebagai talian tetap dan mudah alih; Data didefinisikan sebagai geganti bingkai, talian pajak, SMS dan MMS; Internet didefinisikan sebagai tetap dan mudah alih. SUMBER: IDC; Anggaran J.P. Morgan, Oktober 2009
Bagi Malaysia, pembangunan berterusan dalam sektor CCI adalah penting untuk membantu peralihan daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi. Sektor ini kini perlu berkembang dan beralih dari pelaburan infrastruktur yang lampau. Tambahan, sektor ini juga perlu melalui anjakan paradigma daripada penyediaan infrastruktur sahaja kepada penyediaan aplikasi dan kandungan bagi membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan. Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) CCI bertujuan memacu pertumbuhan yang tinggi dalam bidang perkhidmatan komunikasi di samping membolehkan anjakan paradigma daripada infrastruktur dan akses kepada aplikasi dan kandungan.
Ekosistem Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur Asas bagi ekosistem CCI adalah luas, dan terdiri daripada banyak sub-industri (Carta 13-2). Peserta industri terkemuka di Malaysia ialah pengendali rangkaian telekomunikasi, iaitu Telekom Malaysia, Maxis, Celcom dan DiGi Communications. Di samping itu, terdapat kumpulan syarikat besar yang lain (contohnya, Astro, TIMEdotCom, PacketOne, Axiata), beberapa syarikat lain yang sedang berkembang maju (contohnya, U Mobile, YTL Communication, REDtone, TuneTalk, XOX) dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang aktif dalam industri ini. Berikutan penumpuan yang sama, sempadan tradisi yang membezakan sub-industri semakin pudar. Situasi ini menyediakan rangsangan untuk syarikat ini mengkaji semula dan memperbaiki model perniagaan mereka.
Program Transformasi Malaysia 475 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 13-2
Industri Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur merangkumi ekosistem yang besar di Malaysia, dengan rangkaian mempunya kedalaman tertentu Kandungan/ Maklumat
Pengagregatan
Kandungan sosial Pesanan, Data perniagaan kepada perniagaan
Rangkaian iklan, Komuniti, Stor
Pesanan segera, e-mel, SMS
Gambar, Video, Muzik, Permainan
Iklan, Berita, e-Niaga
TV, Video atas permintaan
Rangkaian
Talian tetap (Data Suara & Internet)
Mudah alih (Data Suara & Internet, termasuk 3G, WiMax1)
Siaran dan Kabel (TV Terestrial, Satelit, Kabel)
Urus niaga & Perkhidmatan
Komunikasi bersepadu
Perkhidmatan pusat data
Perkhidmatan pengesahan
E-Niaga, Khidmat Pembayaran, Pengebilan
Aplikasi Perniagaan kepada perniagaan
Peranti pengguna
Pemain media, konsol permainan video Komputer riba dan netbook Telefon pintar, telefon bimbit mudah alih
Telefon bimbit dan telefon pintar
Komputer Peribadi & Komputer Riba
Logistik & Penuaian
Peranti
Kurier dan pos
Telefon talian tetap, Modem
TV, Perakam video peribadi
Pengawalseliaan 1
WiMax: Suatu standard teknologi wayarles yang menyediakan sehingga 40 Mbit/s kelajuan, lebih laju dengan ketara daripada 3G
PENILAIAN PASARAN
Peluang dan Cabaran Malaysia telah membina industri yang kompetitif dan mencapai kadar penembusan yang tinggi bagi perkhidmatan telekomunikasi. Sebagai contoh, kadar penembusan telefon mudah alih sebanyak 106% adalah amat baik berbanding kadar penembusan sebanyak 76% bagi rantau Asia Tenggara. Kajian global menyarankan bahawa terdapat korelasi langsung antara kadar pertumbuhan KDNK dengan kadar penembusan perkhidmatan komunikasi, dengan perkhidmatan komunikasi ternyata diiktiraf sebagai infrastruktur utama dalam abad ke-21.1 Kajian terhadap ekonomi sedang membangun baru-baru ini merumuskan bahawa terdapat kenaikan 10% dalam kadar penembusan Internet yang sejajar dengan kenaikan dalam kadar pertumbuhan KDNK antara satu hingga dua peratus. Dengan menambah 10 buah telefon bimbit bagi setiap 100 orang penduduk, ia boleh meningkatkan kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 0.8%; dengan setiap ringgit yang dibelanjakan untuk perkhidmatan mudah alih boleh menjana sebanyak tiga ringgit dalam sektor yang berkaitan, seperti peranti mudah alih. Landskap industri ini bagaimanapun terus melalui perubahan pada peringkat global, dengan kemajuan pesat dalam teknologi dan peralihan dalam margin keuntungan daripada pengendali rangkaian tradisi kepada penyedia kandungan dan penyedia aplikasi seperti ditunjukkan dalam Carta 13-3. 1 World Economic Forum, 2009
476
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Carta 13-3
Infrastruktur dan akses dilihar sebagai komoditi, manakala kandungan dan perkhidmatan mewakili komponen nilai tambah penting Harga infrastruktur telah jatuh sebanyak 28% Manakala trafik data telah meningkat sebanyak 51% setahun
Hasil kandungan dan perkhidmatan berkembang pesat, pada kadar 33% setahun
Harga pengguna setiap MB RM setiap MB daripada DSL, Global
Hasil bagi jalur lebar bernilai tambah1 RM bilion, Global
80
-28% 51
2008
2009
Trafik data Gbps, Malaysia
2006
1
42
+33%
2010
128
96 67
234
+51% 68
157
103
2007
140
2008
2009
2006
2007
2008
2009
Perkhidmatan jalur lebar bernilai tambah (BVAS) terdiri terutamanya daripada telefoni IP, aplikasi keselamatan, permainan dalam talian, IPTV dan muzik dalam talian
SUMBER: Point Topic, 2010
Sektor CCI mempunyai peluang dan cabaran berikut: • Peralihan kelompok keuntungan kepada kandungan dan perkhidmatan: Pada peringkat global, infrastruktur dan akses semakin dilihat sebagai komoditi dan penyedia rangkaian telekomunikasi berhadapan risiko menjadi penyedia perkhidmatan dengan keuntungan yang kecil (low-margin ‘dumb pipe’). Margin keuntungan beransur-ansur beralih kepada penyedia kandungan dan perkhidmatan, yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat global yang dominan. Kini, 80 hingga 90% daripada kandungan yang diakses melalui Internet di Malaysia adalah dari sumber luar negeri; • Penggunaan telekomunikasi yang terhad untuk meningkatkan capaian dan produktiviti dalam sektor lain: Teknologi telekomunikasi moden boleh merintis potensi tambahan dalam banyak bidang lain, seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan. Malaysia telah mencapai beberapa kemajuan dalam bidang tersebut, namun pencapaian ini banyak didorong oleh sektor awam lantas mengetepikan penyelesaian holistik. Contohnya, dorongan secara bersepadu terhadap akses, peranti dan kandungan yang menggabungkan kerjasama awam-swasta;
Program Transformasi Malaysia 477 Hala Tuju Untuk Malaysia
• Peluang infrastruktur generasi akan datang: Infrastruktur semasa telah pun digunakan sepenuhnya, dengan jangkaan pertumbuhan yang terhad dalam kadar penembusan talian tetap dan mudah alih. Aplikasi dan kandungan akan datang memerlukan infrastruktur baharu. Antara cabaran utama di Malaysia ialah pelancaran rangkaian gentian di seluruh negara dan rangkaian mudah alih generasi keempat (4G), dengan cabaran yang amat berbeza di kawasan bandar dan luar bandar. Di kawasan bandar, liputan dan kualiti amat penting. Manakala di kawasan luar bandar pula, kemampuan orang ramai dan akses yang terangkum adalah pemacu utama. Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menangani kesemua cabaran tersebut. Ini berikutan adanya pelbagai teknologi jalur lebar yang teguh, tenaga mahir dalam negara yang ramai dan pengawal selia yang proaktif dalam memacu pembentukan teknologi masa hadapan. Sektor CCI di Malaysia berada dalam kelas teratas dari segi kesediaan rangkaian dalam kalangan negara yang sebanding dengannya di dunia.2 NKEA CCI menumpukan usaha untuk mencapai potensi penuh industri, khususnya dengan mendorong inisiatif yang memerlukan kerjasama industri dan pemudahan pengawalseliaan yang proaktif.
Pengawalan: Memacu Ke Arah Persekitaran Pasaran yang Dinamik Sejak dahulu lagi Malaysia telah berjaya membina persekitaran kompetitif yang positif apabila teknologi baharu mula diperkenalkan. Kami telah membentuk landskap pengendali perkhidmatan mudah alih yang pelbagai dengan penerajunya terdiri daripada syarikat tempatan yang secara beransur-ansur dapat mengurangkan dominasi syarikat yang bertapak lebih dahulu dalam perkhidmatan talian tetap, di samping memastikan pulangan yang berkadaran dalam industri tersebut. Langkah ini bertujuan memastikan pelaburan infrastruktur untuk generasi akan datang adalah mencukupi. Seterusnya, persekitaran pasaran perlu kekal menarik untuk menggalakkan pelaburan dalam industri ini sambil terus menyeimbangkan matlamat dasar merangkum, khususnya akses kepada kos yang mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat dan tahap kualiti perkhidmatan yang baik. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) perlu mengekalkan pendirian pengawalseliaan yang proaktif, memastikan penggunaan spektrum yang cekap dan sentiasa menyemak faktor penentuan harga bagi caj yang dikenakan oleh pengendali perkhidmatan utama (contohnya, kos transit IP, caj penamatan perkhidmatan dan harga borong jalur lebar). Pihak berkuasa tersebut juga perlu melonggarkan akses kepada pelbagai peluang dalam pasaran dengan memastikan kurangnya halangan pengawalseliaan bagi kemasukan. Ini perlu sentiasa dilakukan dengan matlamat untuk mendapatkan manfaat maksimum untuk negara secara keseluruhan, di samping memastikan insentif bagi pelaburan infrastruktur akan datang adalah mencukupi, sambil memastikan rakyat terus aktif menggunakan teknologi. Selain itu, dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision atau USP) perlu dikendalikan secara berhemah bagi memastikan tidak wujud persaingan yang tidak sihat (competitive distortion) dan faedah yang maksimum dapat diraih dalam memacu liputan dan penembusan produk komunikasi dalam kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
2 Laporan IT Global 2009-2010, Forum Ekonomi Dunia
478
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
SASARAN DAN ASPIRASI Matlamat kami adalah untuk meningkatkan sumbangan sektor ini kepada PNK sebanyak tiga kali ganda daripada RM22 bilion pada tahun 2009, kepada RM57.7 bilion menjelang tahun 2020. Kenaikan ini akan didorong oleh 10 Projek Permulaan (EPP) yang bakal menjana kenaikan PNK sebanyak RM16.6 bilion dan memacu empat peluang perniagaan yang akan menyumbangkan kenaikan PNK sebanyak RM11.7 bilion. Selain daripada EPP dan peluang perniagaan, impak kepada PNK ini juga termasuk sumbangan sebanyak RM7.5 bilion hasil daripada kesan penggandaan yang dibentuk oleh EPP sektor lain. Sumber terbesar kesan penggandaan ini adalah daripada NKEA Pemborongan & Peruncitan yang boleh mendorong kenaikan dalam perkhidmatan e-Pembayaran dan pembelian dalam talian. Untuk mencapai sasaran PNK sebanyak RM57.7 bilion, kami akan mempertingkatkan usaha untuk menyediakan kandungan dan perkhidmatan baharu yang lebih menarik bagi merangsang permintaan dan menyokong pembangunan sektor lain. Bagi menyokong permintaan, kami akan melabur dalam aplikasi, pembangunan kandungan dan infrastruktur yang tertumpu khas pada kualiti dan kelajuan. Objektifnya adalah untuk menubuhkan rangkaian jalur lebar yang terdapat di merata tempat, berkualiti tinggi dan mampu milik, yang akan menjangkau 95% daripada penduduk negara menjelang tahun 2020. Di bawah rangka masa yang sama, semua kawasan di bandar akan mempunyai akses jalur lebar sekurang-kurangnya 100 Mbps menjadikan kawasan bandar di Malaysia setaraf dengan negara-negara terkemuka lain. Kawasan pinggir bandar dan luar bandar akan mendapat akses jalur lebar antara 10 hingga 100 Mbps lantas dapat menghubungkan penduduk kawasan tersebut dengan penduduk di seluruh negara dan dunia. Sektor utama ekonomi akan mempunyai kemudahan kandungan komunikasi dan infrastruktur sepenuhnya dengan pengiktirafan Malaysia sebagai antara 10 negara terbaik dunia dalam pelaksanaan E-Pembelajaran, E-Penjagaan Kesihatan dan E-Kerajaan. Kami juga akan mewujudkan sebanyak 43,162 peluang pekerjaan tambahan dengan lebih 75% daripadanya merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lebih daripada RM48,000 setahun. Pembiayaan yang diperlukan untuk EPP adalah sebanyak RM30.3 bilion, dengan 97% daripadanya disediakan oleh entiti swasta. Baki 3% lagi adalah daripada pembiayaan awam yang kebanyakannya akan digunakan untuk mencapai matlamat agar semua rakyat dapat menikmati faedahnya.
10 EPP akan Menjana PNK Tambahan Sebanyak RM16.6 Bilion Menjelang Tahun 2020 Untuk mencapai visi ini, usaha perlu ditumpukan kepada langkah merangsang permintaan dan bukan sekadar menambah penawaran. Makmal ini telah mewujudkan tiga tema utama. Carta 13-4 menunjukkan impak EPP kepada PNK, peluang perniagaan, pertumbuhan asas dan kesan penggandaan. Tema 1: Persediaan Masa Hadapan Kami akan menangani perubahan paradigma dalam mengalihkan segmen keuntungan daripada infrastruktur dan akses kepada kandungan dan perkhidmatan dengan memperkukuh nilai tambah domestik di Malaysia dalam aplikasi yang lebih maju, khususnya pembentukan kandungan yang kreatif, pembayaran dan perdagangan secara elektronik serta aplikasi kesalinghubungan.
Program Transformasi Malaysia 479 Hala Tuju Untuk Malaysia
• EPP 1: Memupuk industri kandungan kreatif Malaysia – Memupuk sektor kandungan kreatif domestik, perkhidmatan dan pengagihan, serta penyiaran yang akhirnya berupaya mentransformasikan Malaysia menjadi hab serantau bagi kandungan digital; • EPP 2: Mengatur Pembayaran 1Malaysia – mengatur sistem mudah alih bersepadu dan pembayaran melalui internet yang lebih meluas pada kos yang lebih rendah, dengan memastikan saling boleh kendali (interoperability) sepenuhnya melalui platform sedia ada dan penggunaan telefon mudah alih; dan • EPP 3: Menghubungkan 1Malaysia – Memacu pembangunan dan penggunaan perkhidmatan komunikasi dan aplikasi yang mempunyai nilai tambah untuk penggunaan sektor perniagaan, isi rumah dan kerajaan. Tema 2: Memperluas Sempadan Kami akan memanfaatkan sepenuhnya CCI dalam sektor lain melalui usaha bersepadu dalam menyediakan akses, peranti, aplikasi dan kandungan, serta memudahkan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, khususnya dalam E-Pembelajaran, E-Penjagaan Kesihatan dan E-Kerajaan.
• EPP 4: Membangunkan E-Pembelajaran untuk pelajar dan latihan profesional – Membentuk platform pengetahuan sepunya untuk semua pelajar dan memuatkan latihan profesional ke dalam platform yang sama; • EPP 5: Melancarkan E-Penjagaan Kesihatan – Menangani isu yang membimbangkan dalam rantaian nilai penjagaan kesihatan dengan teras awalnya adalah untuk membolehkan penjadualan jarak jauh, pemantauan jarak jauh, membantu penyimpanan rekod peribadi, dan menyelaraskan pembayaran sambil mengurangkan waktu menunggu; dan • EPP 6: Memperluas E-Kerajaan – Memperbanyakkan penggunaan teknologi CCI untuk meningkatkan kemudahan, kecekapan dan ketelusan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dan juga untuk memudahkan perdagangan. Tema 3: Memperkukuh Asas Memanfaatkan peluang infrastruktur generasi akan datang dan membina infrastruktur untuk menyokong pertumbuhan masa hadapan Malaysia, dengan tumpuan khusus pada liputan, kemampuan dan kualiti akses. • EPP 7: Memastikan jalur lebar untuk semua – Bagi menangani jurang akses (kebanyakannya di kawasan bandar), kami akan mewajibkan akses kepada perkhidmatan jalur lebar tersedia untuk semua, sebagaimana keperluan penyediaan bekalan air dan elektrik, bagi memastikan semua kediaman baharu mempunyai akses tersedia kepada perkhidmatan CCI; • EPP 8: Memperluas jangkauan – Bagi menangani jurang akses, infrastruktur akan dibina di kawasan pinggir bandar dan luar bandar melalui perkongsian infrastruktur dengan tujuan untuk mengurangkan kos dan mempercepatkan pelaksanaan;
480
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
• EPP 9: Menawarkan rangkaian pintar – Bagi menangani isu kualiti dan kemampuan menggunakan perkhidmatan, pakej jalur lebar yang dibezakan berdasarkan keutamaan perkhidmatan dan had maksimum penggunaan, serta pakej penambahan aplikasi khusus, akan ditawarkan; dan • EPP 10: Memperluas rangkaian serantau – Bagi menangani isu kemampuan dan kualiti perkhidmatan CCI, kapasiti kabel dasar laut antarabangsa akan ditambah dan pusat data bagi hos kandungan tempatan di Malaysia dibangunkan. Carta 13-4
10 EPP, 4 peluang perniagaan dan kesan penggandaan akan menghasilkan impak kenaikan PNK hampir RM35.7 bilion pada tahun 2020 2020 Sumbangan PNK (RM bilion) 60
22.0
57.7
PNK 2009
PNK 2020
55 50 45 40 7.5
35.7
35 11.7
30 25 20
7.2
16.6
15 4.0
10 5
5.4
0 Berkhidmat untuk masa hadapan
Memperluas sempadan
Memperkukuh Asas
EPP keseluruhan
Peluang Perniagaan
Penggandaan
Jumlah impak PNK
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK MASA HADAPAN – MEMBANGUNKAN INDUSTRI KANDUNGAN DAN APLIKASI MALAYSIA Infrastruktur generasi akan datang akan membolehkan rangkaian aplikasi baharu yang luas yang sedang dibangunkan di seluruh dunia (contohnya, perkhidmatan berdasarkan lokasi, tele-kehadiran (telepresence), pembayaran mudah alih). Dalam sektor telekomunikasi, sumber keuntungan semakin beralih daripada infrastruktur kepada aplikasi dan kandungan. Oleh itu, kita hendaklah mengeksploitasi bidang kebitaraan supaya syarikat tempatan boleh bersaing secara efektif untuk merangsang permintaan dan memastikan mereka mendapat sebahagian daripada keuntungan masa hadapan bidang ini.
Program Transformasi Malaysia 481 Hala Tuju Untuk Malaysia
Memandangkan tekanan terhadap keuntungan dan juga peluang yang tersedia daripada teknologi baharu, kami telah menyusun pendekatan yang boleh diambil yang berkisar kepada pengembangan bidang yang selari dengan rantaian nilai CCI yang secara relatif masih belum ditembusi sepenuhnya. Dari sudut huluan, pembangunan kandungan dan pengagihan melalui protokol Internet akan menyebabkan peralihan dalam jenis kandungan dan saluran penyiaran, selain menawarkan peluang pembentukan kandungan dan pengagregatan. Dari sudut hiliran pula, kadar penembusan komunikasi talian tetap dan mudah alih yang tinggi akan menawarkan peluang dalam bidang transaksi dan perkhidmatan serta aplikasi kepada pengendali telekomunikasi. EPP menyasarkan bidang yang selari dengan rantaian nilai, yang merupakan keutamaan kerana ia merupakan pemacu penting bagi nilai tambah domestik rakyat Malaysia. Fokus khusus bagi setiap EPP ditakrifkan secara terperinci untuk mendapatkan peluang impak PNK terbesar.
EPP 1: Memupuk Industri Kandungan Kreatif Malaysia Rasional Industri kreatif telah dikenal pasti sebagai sektor terpenting dalam transformasi ekonomi di beberapa buah negara seperti United Kingdom dan Hong Kong. Matlamat EPP Kandungan Kreatif Malaysia adalah untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi membentuk kandungan asli ciptaan tempatan dan pada masa yang sama membangunkan kompetensi dalam penyediaan perkhidmatan berkaitan dengan kandungan kepada pasaran serantau. Malaysia telah pun melabur dalam pembangunan sektor ini sepanjang 10 tahun yang lalu. Kita akan meneruskan inisiatif semasa yang telah dimulai Kerajaan dan meningkatkan pulangannya (contohnya, Dasar Industri Kreatif Nasional sedang dirumuskan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, manakala Inisiatif Kandungan Multimedia Kreatif MSC Malaysia dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia atau MDeC. Usaha yang sedang diambil SKMM dan badan lain seperti Forum Akses, Forum Kandungan dan Forum Pengguna telah memulakan sesi interaksi di seluruh industri sebagai saluran mendapatkan maklum balas berhubung dengan langkah-langkah sesuai untuk meningkatkan lagi pertumbuhan industri. EPP ini merupakan kerjasama sektor awam-swasta baharu yang diterajui oleh industri untuk meningkatkan segmen eksport dan domestik, masing-masing sebanyak 20% dan 13% setahun. Peluang peningkatan terletak pada usaha melahirkan tenaga mahir bagi perkhidmatan dan pembentukan kandungan, penyediaan pembiayaan yang perlu untuk produksi tempatan, serta pemasaran hasil ciptaan dan keupayaan negara pada peringkat antarabangsa. Selain manfaat untuk PNK, EPP ini juga akan membantu memelihara warisan dan budaya Malaysia yang unik untuk abad ke-21 dan generasi akan datang. Pada masa ini, Malaysia masih lagi di belakang negara penanda aras dari segi sumbangan industri kreatifnya kepada KDNK. Kecenderungan yang ketara kepada produksi dan kandungan dari luar negeri tergambar dengan sendirinya dalam pilihan penonton terhadap rancangan TV dan juga lawatan ke laman web antarabangsa yang utama. Namun, produksi tempatan seperti siri animasi Upin dan Ipin atau dokumentari popular, Jejak Rasul, telah meraih kejayaan dalam negeri yang sangat besar malah telah dapat menembusi pasaran serantau. Ini menunjukkan bahawa terdapat permintaan terhadap produksi tempatan yang berkualiti di Malaysia dan serantau yang sehingga kini masih lagi belum dipenuhi sepenuhnya.
482
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Carta 13-5
Infrastruktur pengehosan sepunya akan meningkatkan akses kepada kandungan kreatif dan merangsang pertumbuhan -EMANGKINKAN KANDUNGAN tempatan Mengakses arkib RTM, Arkib Negara, FINAS, Filem Negara, Jabatan Penerangan
Mendigitalkan kandungan yang ada potensi baik untuk pengkomersialan
Arkib
Pengehosan tempatan
-EMBUKA SALURAN BAHARU
Mewujudkan rangkaian pengagihan kandungan sepunya Malaysia untuk memperbaik penyampaian dan meningkatkan pengehosan kandungan tempatan untuk mengurangkan kos
Memangkin saluran baharu kandungan s )046 s $"3 s $44"
s 6O$ s 6IDEO DAN MULTIMEDIA dalam talian Pendigitan s 0APAN IKLAN DIGITAL s +IOSK
Merangsang pembangunan kandungan tempatan dan mempermudah ‘eksport’ ke Nusantara Kandungan
Pengehosan kandungan
baharu
Memanfaatkan sumbangan kandungan bebas royalti Kandungan dihasilkan pengguna (UGC)
Peningkatan kandungan
s -ETADATA s $OKUMENTARI s *ALAN CERITA BAHARU s +ANDUNGAN YANG mempunyai rujukan sejarah
s 6IDEO MUDAH ALIH s 4AWARAN KANDUNGAN berasaskan lokasi
s %KSPORT KE PASARAN kandungan serantau
Actions Terdapat tiga bidang tumpuan yang penting untuk pembangunan sektor ini: pembangunan kandungan kreatif, pengehosan tempatan bagi kandungan dan penambahbaikan ekosistem. Pembangunan kandungan kreatif. Bagi menangani isu kurangnya kandungan tempatan berskala besar, kami akan bermula dengan pendigitalan arkib yang terdapat di RTM, FINAS dan Media Prima sebelum akhir tahun 2010. Apabila pendigitalan lebih 200,000 jam yang dirancang telah dibuat, ia akan dijadikan asas kukuh untuk penambahbaikan selanjutnya dan digunakan semasa menggarap jalan cerita baharu oleh sebilangan besar pembangun kandungan. Proses pendigitalan akan distrukturkan berdasarkan langkah berikut: penilaian terhadap kandungan yang sedia ada, pendigitalan, tambahan metadata atau indeks maklumat, dan akhirnya, penyimpanan. Kandungan yang bakal didigitalkan akan disusun mengikut keutamaan berdasarkan nilainya kepada warisan kebangsaan Malaysia. MDeC akan mengawasi inisiatif ini, manakala pemilik kandungan masingmasing akan menerajui proses pendigitalan. Kini, terdapat pelbagai pilihan pembiayaan yang disokong Kerajaan untuk pembangun kandungan. Kami akan menyatukan proses permohonan bagi semua dana ini untuk memudahkan lagi IKS memohon sumber-sumber tersedia dengan hanya satu langkah mudah. FINAS akan bekerjasama dengan penyedia sumber dana bagi filem aksi, manakala MDeC akan berbuat perkara yang sama bagi produksi digital. Selain memudahkan akses kepada dana, langkah ini juga akan membolehkan penyelarasan program pembiayaan berbeza dengan keperluan dan matlamat pembangunan industri secara keseluruhan.
Program Transformasi Malaysia 483 Hala Tuju Untuk Malaysia
Kami menyedari akan peluang untuk memasukkan kandungan budaya negara setiap kali sesuatu produksi menerima sokongan Kerajaan, seterusnya membantu mempromosikan elemen penting budaya Malaysia pada peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Satu faktor penting bagi meningkatkan penciptaan kandungan ialah adanya tenaga mahir. Bagi mengurangkan jurang semasa ini, kami akan menambah sokongan dalam bidang pembangunan sumber manusia menerusi pemberian biasiswa dan insentif kepada tenaga mahir asing berbakat besar yang diambil secara sementara, bermula tahun 2011. Inisiatif ini akan diteruskan setiap tahun. Satu Kumpulan Pakar Industri (Industry Guild) akan mengawasi pemberian dana (perinciannya dalam seksyen Pembiayaan) dan memperlengkap semua inisiatif ini dengan penyediaan direktori ahli profesional di Malaysia dan memadankan mereka dengan peluang pekerjaan yang ada. Kami akan membuat penjajaran penuh dengan inisiatif sedia ada, seperti Pinewood Studios tempatan di Wilayah Iskandar. Usaha membangunkan perkhidmatan kandungan profesional yang berkaitan dengan produksi filem dan video akan mentransformasikan Malaysia menjadi lokasi penggambaran pilihan bagi projek filem antarabangsa terkemuka. Perkhidmatan kandungan profesional banyak disediakan oleh syarikat kecil untuk pembangun kandungan. Antaranya, grafik digital, bunyi dan penataan cahaya profesional, pengambilan staf, kesan pentas dan terjemahan. Dengan memanfaatkan peluang daripada kompetensi yang dibentuk dalam bidang ini, Malaysia akan terus menyokong penciptaan harta intelek. Bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan, kami akan mengembangkan skop FINAS untuk menyelaraskan sumber dan memberikan respons terhadap keperluan pembikin filem asing dan tempatan. Inisiatif ini akan dilaksanakan sebelum akhir tahun 2010. Kandungan pengehosan tempatan. Usaha membina platform pengehosan kandungan (Content Hosting Platform atau CHP) melalui pelaburan secara bersama dengan syarikat sektor telekomunikasi akan meningkatkan lagi kecekapan dalam pengagihan harta intelek (Intelectual Property atau IP) kandungan kreatif. CHP akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun 2011 dan akan menawarkan manfaat kepada pembangun kandungan, penyedia infrastruktur dan syarikat penyiar Malaysia. Dengan pengagihan kandungan secara dalam talian yang semakin pesat, kos penggunaan Internet antarabangsa yang ditanggung oleh penyedia infrastruktur juga sedang melonjak naik. Untuk mengurangkan perbelanjaan ini, kandungan dari luar negara akan disimpan dalam platform tempatan. Syarikat telekomunikasi yang memainkan peranan sebagai Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP), akan memulakan rundingan dengan Google, Yahoo dan penyedia kandungan Internet global yang lain, untuk membina pelayan pendua (mirror server) bagi kandungan mereka di Malaysia. Susulan kejayaan rundingan tersebut, rangkaian kandungan Internet utama akan mempunyai hos tempatan menjelang akhir tahun 2011. Platform pengehosan akan menjadi hab kandungan tempatan lantas membuktikan hubungan antara pemilik kandungan dengan syarikat penyiar. Ini merupakan keperluan seiring dengan pembangunan saluran penyiaran baharu yang menggunakan format digital. Syarikat penyiar boleh mencari dengan mudah, menerusi kandungan yang telah diindeks di CHP dan mendapatkan bahan yang diperlukan. Kandungan digital arkib juga akan disimpan dalam CHP untuk memudahkan akses.
484
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Platform pengehosan akan direka untuk memenuhi keperluan IKS yang bergiat aktif dalam penciptaan kandungan dan perkhidmatan dengan menawarkan mereka saluran pemasaran berkesan bagi produk keluaran mereka di seluruh negara dan antarabangsa. Secara individu, IKS tidak mempunyai skala pengeluaran yang besar untuk mewajarkan pelaburan secara individu, dan oleh sebab itu adalah lebih baik bagi mereka menggunakan perkhidmatan penyumberluaran. Penubuhan Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia baru-baru ini akan mempromosikan CHP kepada IKS pada suku kedua tahun 2011. Penambahbaikan ekosistem. Ekonomi kandungan banyak berlandaskan pada idea dan tenaga mahir pengamalnya. Pasaran idea yang kreatif banyak bergantung pada rantaian nilai yang cekap mempromosikan dan menambah nilai kepada idea asal. Kami akan membentangkan siri inisiatif yang akan membantu memacu pertumbuhan industri kandungan negara. Kesemua inisiatif ini telah direka bagi memastikan pengamal kandungan kreatif boleh menumpukan usaha ke arah penciptaan kandungan paling menarik seboleh mungkin. Ini memerlukan komitmen penuh sektor awam dan swasta untuk bekerjasama. Kami akan menubuhkan Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (MCCA) yang akan diterajui oleh pihak industri. MCCA merupakan pertubuhan bukan bermotif keuntungan yang mewakili kepentingan pengamal kandungan kreatif di Malaysia. Satu objektif utama MCCA adalah untuk bekerjasama dengan Kerajaan bagi menganjurkan acara antarabangsa tahunan bagi industri kreatif lantas mempromosi Malaysia sebagai hab pembangunan kandungan. Acara ini akan berlangsung buat julung kalinya pada awal tahun 2013 dan bakal diikuti oleh kempen pemasaran yang akan bermula pada suku ketiga tahun 2011. MCCA juga akan mempromosi kepentingan industri kandungan kreatif dengan mengetuai misi perdagangan selain menjadi tuan rumah bagi acara pasaran kandungan yang utama. Kumpulan Pakar Industri Kandungan Kreatif (Industry Guild) akan memperincikan rangka kerja pembangunan tenaga mahir dalam sektor kandungan kreatif. Kumpulan pakar ini akan mengumpulkan bilangan pengamal dan keperluan kemahiran pengamal industri selain bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan penyedia latihan profesional dalam merumuskan program yang bertepatan dengan keperluan industri. Matlamat akhir adalah untuk mewujudkan suatu sistem akreditasi bagi memastikan kualiti pekerja kandungan kreatif memenuhi standard industri global. Penubuhan Suruhanjaya Filem Malaysia akan menjadikan dan menyatukan aktiviti perfileman secara rasmi, serta mempromosikan produksi Malaysia ke pasaran global. Penubuhan suruhanjaya filem di negara lain seperti Australia, Taiwan dan Singapura, didapati berjaya membantu pembangunan industri filem tempatan di negara-negara tersebut. Oleh itu, hasrat inisiatif khusus ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kumpulan liga yang sama seperti negara-negara tersebut. Suruhanjaya Filem Malaysia akan bernaung di bawah FINAS dan menjadi badan rujukan dan bantuan pusat bagi bakal projek filem dari luar dan juga bagi projek filem tempatan. Suruhanjaya ini bertanggungjawab membantu dalam pengeluaran permit untuk penggambaran dan merundingkan kadar yang dipersetujui bagi tempat tinggal dan perkhidmatan sokongan logistik lain yang diperlukan oleh projek filem dari luar dan tempatan. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini akan membuat padanan bakat tempatan sedia ada dengan permintaan penerbit.
Program Transformasi Malaysia 485 Hala Tuju Untuk Malaysia
Kesemua inisiatif yang dijelaskan di atas akan mendapat manfaat daripada penubuhan badan setempat yang akan menyelaraskan pelbagai agensi dan kementerian sedia ada yang bertanggungjawab terhadap kandungan kreatif. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memacu pembentukan Agensi Pembangunan Kandungan Kreatif (CCDA) sebelum suku ketiga tahun 2011. CCDA bertanggungjawab menjejak dan memantau prestasi industri selain memastikan program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan adalah terlaras sepenuhnya dan tertumpu pada usaha memaksimumkan penggunaan sumber secara berkesan. CCDA akan menerima dan menggunakan maklum balas industri bagi memastikan ia dapat memberikan tindak balas terhadap keperluan pembangunan masa kini, dan pada masa yang sama, memastikan ia adalah seimbang dengan aspirasi Kerajaan. Pembiayaan EPP ini memerlukan hampir RM2.2 bilion dana keseluruhan, dengan RM426 juta daripada dana tersebut diperlukan dari sumber awam. Daripada keperluan pembiayaan keseluruhan, RM190 juta akan dibelanjakan terhadap pendigitalan kandungan sedia ada, manakala RM845 juta akan membiayai produksi kandungan serta penambahbaikan terhadap pendigitalan kandungan arkib (24% daripadanya akan dibiayai oleh dana awam). Tambahan RM186 juta akan dibelanjakan untuk menangani kekurangan tenaga mahir dalam perkhidmatan dan penciptaan kandungan menerusi penawaran biasiswa serta sokongan terhadap IKS untuk mengambil bekerja tenaga mahir (19% daripadanya akan dibiayai oleh dana awam). Tambahan RM147 juta akan diperlukan untuk membina platform yang mengehoskan kandungan. Sektor swasta akan membiayai keperluan modal melalui tambahan RM0.8 bilion. Impak Impak PNK dalam sektor kandungan kreatif bakal bernilai RM3.1 bilion, dengan 66% daripadanya dijana dalam perkhidmatan profesional, 22% dalam penciptaan kandungan, dan bahagian yang selebihnya dalam penyiaran. EPP ini bakal mewujudkan sebanyak 10,326 peluang pekerjaan.
EPP 2: Menggunakan Pembayaran 1Malaysia Rasional Pembayaran 1Malaysia berusaha untuk meningkatkan dengan segera akses dan penggunaan pembayaran elektronik, dengan memanfaatkan jangkauan syarikat telekomunikasi ke atas hampir seluruh penduduk Malaysia. Di samping keselesaan yang dibawa oleh pembayaran elektronik berbanding saluran tradisional, sistem ini merupakan komponen yang perlu untuk memperkukuh e-niaga. Sasaran sampingan adalah untuk mengurangkan kos pengendalian wang tunai, menjimatkan hingga satu peratus daripada KDNK3 dan pada masa yang sama, menghasilkan peningkatan keselesaan dan kecekapan dalam urus niaga sebagaimana yang dapat dilihat dalam Carta 13-6.
3 Bank Negara Malaysia, 2010
486
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Exhibit 13-6
Warga Malaysia banyak bergantung pada kaedah pembayaran yang mahal Di Malaysia, tunai dan kad kredit menguasai pasaran...
...tetapi instumen ini juga merupakan antara yang termahal
Nilai urus niaga, RM bilion
Kos ekonomi menyeluruh relatif bagi jenis pembayaran berbeza
100% = RM
790
70
Bukan tunai
E-wang Kad debit Kad caj
“…anjaran daripada pembayaran berasaskan kertas kepada pembayaran berasaskan elektronik boleh menjana penjimatan tahunan hingga 1% daripada KDNK.”
100
80
Bank Negara Malaysia
60
40
Tunai
Kad kredit 20
0 Jumlah urus niaga runcit
Elektronik
Tunai
Kad Caj
Kad kredit
Kad debit
PayPal
SUMBER: Laporan Sistem Pembayaran, Bank Negara Malaysia, 2010; Pusat untuk Ekonomi Antarabangsa, Penerokaan Pasaran Pembayaran Elektronik Masa Hadapan, 2006; McKinsey, Peta Pembayaran Global, 2009
Negara-negara yang mempunyai ekosistem pembayaran elektronik dan mudah alih yang lebih maju menggunakan tiga model pembangunan ekosistem pembayaran: diterajui bank, secara kolaborasi antara bank dengan pengendali mudah alih ataupun diterajui pengendali mudah alih. Penyertaan syarikatsyarikat telekomunikasi dalam ekosistem pembayaran membawa manfaat yang jelas seperti asas pelanggan yang lebih luas dan pengalaman mempunyai platform pembayaran berskala tinggi dan berkecekapan tinggi. Institusi kewangan adalah lebih berpengalaman dalam mewujudkan platform yang selamat selain menawarkan pelbagai jenis urus niaga. Tindakan EPP ini akan mengusahakan model kolaboratif untuk meraih kekuatan daripada kedua-dua entiti. Selari dengan itu, institusi kewangan sedang memacu ke arah saling boleh kendali (interoperability) antara sistem pembayaran elektronik bukan mudah alih yang sedia ada. Pendekatan kami akan ditumpukan pada komponen pembayaran mudah alih dan memastikan saling boleh kendali penuh dengan semua platform. Ini akan memperluas asas pengguna untuk merangkumi penduduk yang tidak mempunyai akaun bank walaupun mereka mempunyai akses kepada telefon mudah alih, dan juga menembusi peniaga yang melihat pemasangan terminal sebagai satu langkah yang tidak berdaya maju.
Program Transformasi Malaysia 487 Hala Tuju Untuk Malaysia
Langkah selanjutnya dalam pendekatan kita adalah untuk menangani dan mengetepikan halangan dalam laluan menuju pembangunan pembayaran elektronik. Pada masa ini, syarikat telekomunikasi dan bank telah secara berasingan melancarkan platform pembayaran elektronik dan mudah alih. Dilihat secara berasingan, platform tersendiri ini tidak dapat menjangkau jumlah yang besar (critical mass) pelanggan dan saudagar. Kita akan memacu ke arah membentuk sebuah konsortium dengan penyertaan kedua-dua syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan kewangan, sebagai satu wadah untuk mewujudkan sebuah platform pembayaran bersepadu. Ini akan menggabungkan inisiatif baru mula dalam mikropembayaran untuk memastikan sokongan daripada semua peserta yang relevan. Sebuah Pasukan Petugas Kebangsaan yang diterajui oleh BNM dan SKMM akan mengawasi pembentukan Konsortium Pembayaran Nasional, untuk dimuktamadkan pada akhir suku pertama tahun 2011. Satu daripada tugas pertama konsortium adalah untuk mendorong penerimagunaan oleh BNM dan SKMM terhadap standard teknikal yang diperlukan bagi platform saling boleh kendali pada suku kedua tahun 2011. Kos urus niaga yang rendah dan skala lebih besar yang dicapai menerusi silang kebolehoperasian akan menjadikan platform tersebut menarik kepada pengguna dan peniaga. Untuk mengurangkan kebimbangan keselamatan sedia ada, konsortium akan mendapatkan pensijilan BNM, menggunakan inisiatif semasa oleh SKMM dan BNM untuk membangunkan standard bagi urus niaga elektronik. Mulai suku kedua tahun 2011, konsortium akan mendorong kempen kesedaran media dan awam secara besar-besaran untuk sistem Pembayaran 1Malaysia. Di bawah teraju konsortium, platform ini akan beroperasi sebelum akhir tahun 2011. Penggunaan strategi kita adalah berasaskan pewujudan sebuah platform antara muka (interface platform) untuk menyatukan dan menjadikan platform baru mula sedia ada boleh saling beroperasi. Platform antara muka ini bakal beroperasi penuh pada akhir tahun 2011. Pembiayaan Pembiayaan keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM640 juta, dan kesemuanya akan disediakan oleh sektor swasta. RM400 juta daripada jumlah ini akan dibelanjakan untuk pembangunan platform. Seterusnya, sektor swasta akan membiayai keperluan modal bekerja dengan kumulatif berjumlah RM240 juta yang lain. Impak Pada tahun 2020, negara akan menjana impak kepada PNK sebanyak RM500 juta, daripada 450 juta urus niaga sebulan dan mewujudkan lebih kurang 739 pekerjaan.
488
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
EPP 3: Menghubungkan 1Malaysia Rasional Menghubungkan 1Malaysia akan mempercepatkan manfaat yang boleh dibawa oleh teknologi komunikasi kepada rakyat dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif kepada penerimagunaan segera terhadap teknologi-teknologi ini. Untuk mencapai matlamat ini, kita mencadangkan pendekatan serampang tiga: memangkin permintaan terhadap perkhidmatan baharu, mempercepat penerimagunaan dan menghapuskan halangan yang menghambat penggunaan berskala besar (Carta 13-7). Carta 13-7
Menghubungkan 1Malaysia - Memecutkan penerimagunaan perkhidmatan baharu Matlamat s -EWUJUDKAN EKOSISTEM YANG KONDUSIF BAGI PENERIMAGUNAAN SEGERA PERKHIDMATAN BAHARU CONTOHNYA PENGKOMPUTERAN AWAN TELE KERJA PERKHIDMATAN BERASASKAN LOKASI PENDERIA PINTAR PENGURUSAN FLIT Memangkin permintaan
Mempercepat penerimagunaan
-EMASTIKAN TUNTUTAN PELANGGAN MENERUSI PENGGALAKAN KETERBUKAAN KEPADA TEKNOLOGI KOMUNIKASI BAHARU s -ENGAMBIL TINDAKAN TEGAS UNTUK MENDIDIK PELANGGAN DENGAN MELAKSANAKAN KEMPEN KESEDARAN s -EMBINA PENYELESAIAN KHUSUS UNTUK MENARIK SEGMEN PELANGGAN BERBEZA s 0ENDEBUNGAAN SILANG MEMBOLEHKAN IDEA PENAMBAHBAIKAN DI KALANGAN )+3
-EWUJUDKAN DOROGAN BEKALAN BAGI MEMASTIKAN PENGGUNAAN BERSKALA BESAR s 7AJIBKAN PENERIMAGUNAAN TEKNOLOGI BAHARU PADA SKALA SELURUH NEGARA CONTOH PENGANGKUTAN AWAM s 0ENGGUNAAN +ERAJAAN SEBAGAI KUASA PEMACU PENERIMAGUNAAN CONTOH 4ELE KEHADIRAN s 4ETAPKAN SASARAN AGRESIF DAN BEKERJASAMA DENGAN PESERTA INDUSTRI SWASTA UNTUK MENCAPAI SASARAN TERSEBUT
Menghapuskan halangan -ENGENAL PASTI DAN MENGHAPUSKAN HALANGAN TERHADAP PENGGUNAAN DAN PENERIMAGUNAAN TEKNOLOGI BAHARU s -ENAWARKAN INSENTIF KEPADA PENCIPTA GLOBAL YANG MENUBUHKAN PERNIAGAAN DI -ALAYSIA s -EMACU KEPIAWAIAN DAN KESALINGBOLEHOPERASIAN DI SELURUH INDUSTRI s -ERENDAHKAN TARIF IMPORT BAGI PERALATAN KOMUNIKASI s -ENAWARKAN PINJAMAN MUDAH DAN PENYERTAAN +ERAJAAN DALAM PELABURAN
EPP ini akan menumpukan pada teknologi berdaya maju dari sudut perniagaan yang boleh membawa impak yang besar pada tahun 2020. Kriteria lain dalam pemberian keutamaan adalah sejauh mana sektor CCI dapat mempengaruhi tahap penerimagunaan. Fokus permulaan ini akan ditumpukan terhadap pengkomputeran awan, penambahbaikan komunikasi peribadi menerusi tele-kerja (teleworking) dan tele-kehadiran (telepresence), perkhidmatan pembekalan maklumat geografi kepada pengguna mudah alih (location aware services) seperti perkhidmatan berasaskan lokasi dan logistik flit, serta infotainmen digital.
Program Transformasi Malaysia 489 Hala Tuju Untuk Malaysia
Actions Pengkomputeran awan (Cloud computing). Pengkomputeran awan merupakan sebuah teknologi pemboleh bagi penggunaan aplikasi-aplikasi kepada peranti meja (desktop) atau telefon mudah alih pengguna. Pengkomputeran awan adalah berdasarkan kepada pengoperasian aplikasi perisian pada rangkaian pelayan terpencil, sementara hanya platform antara muka yang biasa beroperasi pada meja pengguna. Ini menghasilkan penggunaan kesalinghubungan rangkaian yang intensif dan membolehkan penggunaan sumber pengkomputeran yang lebih cekap. Pada masa yang sama, pengguna tidak perlu membayar terlebih dahulu bagi hak untuk menggunakan pakej perisian, tetapi membayar mengikut tahap penggunaan. Projek akan menumpukan pada aplikasi perisian yang disampaikan kepada pekerja pejabat yang diambil bekerja oleh syarikat IKS Malaysia. Pengendali telekomunikasi berada pada kedudukan yang amat baik untuk menyampaikan pakej ini kepada syarikat IKS, memandangkan mereka telah pun mewujudkan hubungan pelanggan menerusi penyediaan khidmat-khidmat yang lebih asas. Tambahan pula, pengendali telekomunikasi boleh juga menyediakan dan menjamin kualiti perkhidmatan yang penting terhadap aplikasi berbentuk sebegini. Menjelang suku keempat tahun 2012, syarikat telekomunikasi akan memperoleh kontrak pertama dengan pemaju aplikasi dan memulakan pemasaran pakej-pakej kepada pelanggan jalur lebar masing-masing. Sasaran dua juta pelanggan ditetapkan bagi tahun 2020. Penambahbaikan komunikasi peribadi. Tele-kerja adalah berdasarkan komunikasi bersepadu, iaitu suatu teknologi yang menyepadukan suara, video, pemesejan, perkongsian multimedia dan banyak lagi teknologi lain ke dalam satu platform tunggal yang membolehkan pengguna bekerja tanpa batasan walau di mana jua mereka berada. Untuk memacu penerimagunaan sehingga 660,000 pengguna pada tahun 2020, Malaysian Technical Standards Forum Bhd. akan menetapkan standard bagi saling boleh kendali antara paltform-platform berbeza ke seluruh syarikat telekomunikasi. Seterusnya, pengendali rangkaian akan memulakan kempen pada suku keempat tahun 2010, untuk melenyapkan tanggapan salah sedia ada terhadap telekomunikasi selain menunjukkan peningkatan keselesaan dan produktiviti yang boleh dibawa olehnya. Kerajaan akan menjadi pengguna terawal perkhidmatan ini bagi para pekerjanya, lantas mewujudkan momentum yang diperlukan untuk merangsang penerimagunaan sektor swasta. Menjelang tahun 2020, 95% daripada hasil akan dijana dari sektor swasta. Tele-kehadiran merujuk pada persidangan video beresolusi tinggi, yang menawarkan pengalaman seperti kehidupan sebenar. Untuk menyampaikan perkhidmatan ini, pengendali rangkaian akan membentuk perkongsian dengan pengilang peralatan, selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun 2010, apabila pengendali rangkaian akan memajakkan terminal pada harga yang dirunding. Teknologi ini akan mengurangkan keperluan terhadap kehadiran fizikal dalam bentuk komunikasi bersemuka (face-toface). Anggaran menunjukkan bahawa pada tahun 2020, pengendali rangkaian bakal mempunyai 35,000 pengguna. Untuk mengurangkan kos peralatan, duti import akan dikurangkan. Perkhidmatan pembekalan maklumat geografik kepada pengguna mudah alih (Location aware services). Perkhidmatan berasaskan lokasi (Location-based services atau LBS) diupayakan oleh data kedudukan pengguna yang terdapat dalam rangkaian telefon mudah alih. Aplikasi-aplikasi ini boleh menyediakan carian tempatan dan menghasilkan pemaparan peka lokasi. Kejayaan komersial bergantung pada kekayaan titik-titik penting yang digunakan oleh sesuatu sistem. Menjelang suku ketiga tahun 2011, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure atau MaCGDI) akan membangun dan menyediakan pengkomersialan pangkalan titik-titik penting Malaysia. Syarikat telekomunikasi akan membayar hak penggunaan kepada MaCGDI.
490
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Antara suku pertama dengan suku keempat tahun 2011, syarikat telekomunikasi akan membangunkan platform mudah alih dan melancarkan aplikasi LBS yang pertama. Pada tahun 2020, 15 juta pengguna bakal menggunakan perkhidmatan ini. Logistik dan pengurusan flit akan menawarkan penjimatan kos kepada pemilik flit menerusi penawaran maklumat kedudukan dan juga analisis serta rancangan pengoptimuman laluan. Penyedia telekomunikasi dan pengilang peralatan akan bekerjasama untuk menawarkan penyelesaian yang lengkap kepada pengguna akhir dengan yuran bulanan dari RM32 hingga RM100. Pada tahun 2020, pengendali rangkaian akan mewujudkan hubungan vendor dan menyediakan tawaran-tawaran komersial. Sebelum suku ketiga tahun 2011, pengendali rangkaian akan mengambil bahagian dalam tender-tender yang dianjurkan oleh pengendali flit kenderaan besar (iaitu pengangkutan awam, pengendali perkhidmatan kurier). Mulai suku pertama tahun 2012, pengendali rangkaian akan menyasarkan flit dan pemilik kenderaan komersial yang lebih kecil. Infotainmen digital. Infotainmen digital adalah berdasarkan pada paparan skrin sentuh bersaiz besar yang dipasang di kawasan lalu lintas sesak, seperti kompleks membeli-belah, jalan-jalan komersial dan hotel. Skrin tersebut memaparkan pengiklanan sasaran dan akan menawarkan maklumat atas permintaan. Syarikat telekomunikasi akan bekerjasama dengan pengilang peralatan untuk memasang skrin interaktif ini dan menyambungkannya menerusi Internet tanpa wayar. Fasa penyediaan bagi pelancaran akan disempurnakan pada suku pertama tahun 2011, dan pada waktu itu juga kempen pemasaran akan bermula. Mulai suku kedua tahun 2011, skrin tersebut akan dipasang secara berperingkat. Suatu rangkaian sebanyak 5,000 skrin pintar akan ditempatkan di seluruh Malaysia pada tahun 2020. Pembiayaan Sejumlah RM2.9 bilion pembiayaan diperlukan, kesemuanya daripada sumber swasta. RM50 juta akan membiayai pengkomputeran awan; RM260 juta akan membiayai pelaburan dalam tele-kerja; RM580 juta akan membiayai tele-kehadiran; RM720 juta akan membiayai perkhidmatan berasaskan lokasi; RM350 juta akan membiayai pengesan kenderaan; dan RM250 juta akan membiayai infotainmen digital. Selanjutnya, sektor swasta akan membiayai sumbangan modal kerja dengan kumulatif berjumlah RM700 juta. Impak Menghubungkan 1Malaysia akan menjana RM1.8 bilion dalam PNK dan mewujudkan 2,056 peluang pekerjaan tambahan.
MEMPERLUAS SEMPADAN –MENYOKONG SEKTOR-SEKTOR LAIN Penggunaan perkhidmatan komunikasi yang meningkat merupakan penyokong yang berkemampuan dalam meningkatkan keupayaan sektor-sektor lain untuk meningkatkan nilai perkhidmatan dan mengurangkan kos. Sektor-sektor utama yang dikenal pasti untuk pengenalan bersama bagi pertambahan perkhidmatan komunikasi termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan Kerajaan. Kami akan menumpukan pada sektor-sektor ini kerana tiga faktor utama. Pertama, sektor strategik ini memainkan peranan yang besar dalam menambah baik daya saing negara. Kedua, penglibatan Kerajaan yang mendalam dalam sektor-sektor ini memberikan kita peluang untuk mempercepatkan proses transformasi. Akhirnya, sektor-sektor ini asas yang kukuh bagi penambahbaikan selanjutnya memandangkan sektor-sektor tersebut sudah pun membuat kemajuan yang ketara dalam memperkenalkan perkhidmatan komunikasi yang inovatif.
Program Transformasi Malaysia 491 Hala Tuju Untuk Malaysia
Usaha awal telah pun mencapai kejayaan dan boleh dipertingkatkan dengan mengambil pendekatan yang lebih holistik, komitmen industri dan khususnya kolaborasi merentas agensi. Tema EPP ini mengenal pasti aliran hasil yang boleh ditangani dengan kos yang berkesan dan secara holistik merentas peranti, akses, infrastruktur dan kandungan. Suatu cabaran biasa merentasi EPP ini ialah keperluan terhadap penyelarasan yang erat antara sektor awam dengan swasta dan antara entiti sektor awam yang berlainan.
EPP 4: Mewujudkan E-Pembelajaran untuk Pelajar dan Pekerja Rasional EPP E-Pembelajaran menyasar untuk mewujudkan platform pengetahuan sepunya untuk para pelajar dan golongan profesional. Matlamat EPP ini adalah untuk meningkatkan kaedah pengajaran tradisional dari sudut kualiti, interaktiviti dan ketercapaian. Ia juga menyasar untuk menggalakkan pembelajaran berterusan bagi golongan profesional dan membantu dalam menyediakan penduduk awam menuju peralihan negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. E-Pembelajaran merupakan pemindahan kemahiran dan pengetahuan yang disokong oleh komputer dan rangkaian dari sekolah dan persatuan profesional kepada para pengguna menerusi saluran berbeza seperti Internet dan TV satelit. Negara-negara yang banyak menggunakan E-Pembelajaran telah mengalami manfaat yang ketara. Contohnya, dalam sesetengah kajian di AS, kadar penyempurnaan kursus pelajar meningkat dua kali ganda, dan markah peperiksaan meningkat lebih daripada 20%. Tambahan pula, penjimatan masa dan kos daripada penggunaan kandungan dalam talian yang berterusan, yang membabitkan kos operasi yang minimum, adalah ketara. E-Pembelajaran yang dilaksanakan secara berkesan boleh memberikan pelajar fleksibiliti dan menjana akses yang lebih luas kepada pendidikan berkualiti tinggi. Tindakan Pendekatan kerajaan terhadap E-Pembelajaran sebagaimana yang digambarkan dalam Carta 13-8 adalah berdasarkan pada lima unsur: kolaborasi yang erat antara sektor awam dan swasta, akses yang mudah kepada sistem, pengagihan alat dan kandungan serta kempen untuk mendorong kesedaran.
492
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Carta 13-8
E-Pembelajaran - Meningkatkan kualiti pendidikan menerusi teknologi Kolaborasi dan perancangan s 3+-- AKAN MENYELARASKAN DENGAN +EMENTERIAN 0ELAJARAN s 3+-- +EMENTERIAN 0ELAJARAN SEKTOR SWASTA DAN BADAN PROFESIONAL AKAN MENENTUKAN SECARA KOLEKTIF KEPERLUAN TERHADAP AKSES ALAT DAN KANDUNGAN Akses
Alat
Kandungan
s -EMBINA platform pengetahuan bersepadu s SISTEM REKOD PELAJAR s PENGURUSAN PERPUSTAKAAN s ALAT BANTU KURIKULUM s ALAT KOLABORASI
s -EMASTIKAN SEMUA SEKOLAH DILENGKAPI DENGAN jumlah komputer peribadi YANG DIPERLUKAN
s
s Menghubungkan 10,000 sekolah DENGAN JALUR LEBAR s -EMPERLUAS PLATFORM PENGETAHUAN YANG MERANGKUMI pembangunan profesional berterusan
s -ENGGUNAKAN satu alat bagi setiap pelajar s
Persekitaran yang terurus s PENYELENGGARAAN DAN PEMANTAUAN JARAK JAUH s KEMAS KINI DAN PEMASANGAN PERISIAN AUTOMATIK s KESELAMATAN s PENAPISAN KANDUNGAN
-ENDIGITALKAN KURIKULUM DAN MENINGKATKAN MODUL MODUL E PEMBELAJARAN INI CONTOH 3IMULASI PEMBELAJARAN KOLABORATIF PERMAINAN PENDIDIKAN
s -EWAJIBKAN E BUKU TEKS E KERJA RUMAH E KERJA KURSUS E LATIHAN PENILAIAN KENDIRI s
-EMBANGUNKAN KANDUNGAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN #0$ YANG DINILAI OLEH BADAN PROFESIONAL
Kempen s -EMASARKAN INISIATIF % 0EMBELAJARAN UNTUK MENDORONG KESEDARAN DAN MENGGALAKKAN PENERIMAGUNAAN
Malaysia boleh meningkatkan perkhidmatan jalur lebar kepada institusi pendidikan dengan memasang gentian di sekolah yang boleh dijangkau. Sekolah yang boleh dijangkau, terutamanya yang terletak di kawasan luar bandar, bakal mempunyai 10 hingga 100 Mbps lebar jalur menjelang tahun 2020. Bagi sekolah luar bandar, VSAT4 dan teknologi wayarles baru akan digunakan. Sektor swasta akan memacu penggunaan ini untuk mempercepatkan pelaksanaan. Platform pengetahuan akan menjadi sebuah ekosistem berdasarkan kesalinghubungan jalur lebar, menghubungkan bukan sahaja sekolah-sekolah Malaysia, malah juga pihak yang berkaitan seperti pendidik, pelajar dan keluarga mereka. Platform pengetahuan juga bakal menyepadukan institusi lain seperti perpustakaan, muzium dan universiti. Semua pelajar dan guru akan diberi komputer peribadi masing-masing untuk membolehkan mereka berhubung dengan sistem bersepadu ini. Interaksi dengan platform pengetahuan juga boleh dilakukan menerusi peranti mudah alih. Sehingga ke satu tahap yang mungkin, alat-alat ini akan digunakan di bawah persekitaran terurus untuk membolehkan pemantauan jarak jauh dan penyelenggaraan automatik.
4 Singkatan bagi “Very small aperture terminal”, yang merupakan satelit dua hala kecil yang lazimnya digunakan untuk menghantar data jalur sempit.
Program Transformasi Malaysia 493 Hala Tuju Untuk Malaysia
Platform ini bukan sahaja akan menyokong kurikulum E-Pembelajaran, yang didefinisikan oleh Kementerian Pelajaran, tetapi juga oleh Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development atau CPD) untuk ahli profesional seperti guru, peguam dan akauntan. Penjimatan kos bagi Kerajaan daripada usaha menyasarkan guru adalah besar kerana ia akan mengurangkan dengan ketara perbelanjaan perjalanan mereka untuk menghadiri latihan. Modul Elektronik CPD (E-CPD) akan didefinisikan dan diakreditasikan oleh badan-badan profesional yang berkaitan, dengan menumpukan kepada keperluan sasaran ahli profesional. Aplikasi CPD akan dijadikan wajib oleh kedua-dua Kementerian Sumber Manusia dan badan profesional yang berkaitan. E-CPD mempunyai potensi untuk digunakan pada peringkat serantau. Untuk melaksanakan ini, badan profesional Malaysia akan menghubungi rakan sejawat tempatan mereka di negara-negara lain untuk mendefinisikan kandungan modul. Penyedia rangkaian pula akan bekerjasama dengan syarikat rangkaian tempatan untuk menghasilkan dan menguruskan sistem tersebut. SKMM akan menerajui proses keseluruhan dan memudahkan usaha dalam perkongsian bersama-sama dengan Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan penyedia rangkaian dan IKS untuk melaksanakan keperluan sistem dan pembangunan kandungan. Pelaksanaan akan bermula pada tahun 2011 dengan sebuah pusat data dan platform aplikasi menyokong lebih daripada 10 juta pengguna. Bahan-bahan pendidikan dan CPD akan didigitalkan dan diletakkan di platform ini. Untuk memastikan penerimagunaan berskala besar, Kementerian Pelajaran akan menjadikan bahagian tertentu daripada kurikulum digital tersebut sebagai wajib. Menjelang tahun 2012, 60% daripada sekolah akan dihubungkan. Pembiayaan Sejumlah RM1.3 bilion pembiayaan diperlukan. RM0.9 bilion, kesemuanya daripada sumber swasta, akan digunakan untuk memastikan bahawa semua 10,000 sekolah di Malaysia mempunyai kesalinghubungan jalur lebar dan jumlah komputer peribadi yang perlu untuk mewujudkan sebuah platform pengetahuan sepunya untuk sekolah-sekolah di samping untuk mendigitalkan dan mewujudkan kandungan pendidikan. Seterusnya, sektor swasta akan membiayai keperluan modal kerja dengan kumulatif sebanyak RM0.4 bilion yang lain. Impak E-Pembelajaran akan menjana penambahan PNK sebanyak RM1.5 bilion dan 800 pekerjaan baharu pada tahun 2020. Seterusnya, 30% daripada keluarga akan berupaya memantau program dan prestasi anakanak masing-masing. Kesalinghubungan sekolah bandar biasa akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 Mbps; dan sekolah yang tidak begitu dapat dijangkau (iaitu yang terletak di kawasan ceruk luar bandar) akan mempunyai sekurang-kurangnya 4 hingga 5 Mbps. Jumlah alat peranti yang digunakan untuk E-Pembelajaran akan berkembang daripada 0.5 juta kepada 8 juta. Pengurusan hujung ke hujung rangkaian, platform, alat dan pengagihan akan diuruskan oleh pengendali rangkaian. Kejayaan industri E-Pembelajaran domestik akan membolehkan Malaysia menjadi sebuah hab pendidikan bagi keseluruhan rantau.
494
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
EPP 5: Melancarkan E-Penjagaan Kesihatan Rasional Institusi perubatan Malaysia dihambat oleh kualiti kesalinghubungan yang rendah dan ketidakcukupan peralatan IT. Aplikasi sedia ada mempunyai penerimagunaan yang terbatas disebabkan oleh sikap raguragu para doktor terhadap kegunaan aplikasi tersebut dan kurangnya kesedaran masyarakat umum mengenainya. Kolaborasi antara sektor awam dengan swasta, akses kepada sistem, pengagihan alat dan kandungan merupakan unsur-unsur asas yang dikenal pasti untuk menjangkau sasaran E-Penjagaan Kesihatan. (Carta 13-9). Carta 13-9
E-Penjagaan Kesihatan - Meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan menerusi teknologi Kolaborasi dan Perancangan s s
3+-- AKAN MENYELARAS DAN MENGAMBIL PERANAN UTAMA DALAM PERKONGSIAN DENGAN +EMENTERIAN +ESIHATAN 3+-- +EMENTERIAN +ESIHATAN SEKTOR SWASTA DAN WAKIL WAKIL INDUSTRI PERUBATAN AKAN MENENTUKAN SECARA KOLEKTIF KEPERLUAN TERHADAP AKSES ALAT DAN APLIKASI
Akses
Alat
Aplikasi
s -ENGHUBUNGKAN 500 hospital DAN 8,500 klinik SELURUH -ALAYSIA TANPA JALUR LEBAR
s -ENGGUNAKAN kuantiti yang mencukupi dan peralatan IT berkualiti MENYEDIAKAN PILIHAN BAGI PERSEKITARAN TERURUS CONTOH 0ENYELENGGARAAN DAN PEMANTAUAN JARAK JAUH KEMAS KINI DAN PEMASANGAN PERISIAN AUTOMATIK KESELAMATAN
s
% -EDIS DATA PEMANTAUAN KENDIRI PESAKIT REKOD KESIHATAN PERSONAL DAN PEMANTAUAN JAUH TERHADAP PENYAKIT KRONIK CONTOH +ARDIOVASKULAR DAN DIABETES
s
% -# HUBUNGAN ANTARA SYARIKAT DENGAN INSTITUSI PERUBATAN CONTOH 0EMINDAHAN ELEKTRONIK SIJIL PERUBATAN
s
% ', HUBUGAN ANTARA SYARIKAT DENGAN PROSES MEMPERKEMAS PENYEDIA PERUBATAN UNTUK MEMINDAHKAN MAKLUMAT PESAKIT
s -EWUJUDKAN platform HealthNet YANG DISOKONG OLEH PUSAT DATA s -EMBOLEHKAN PENYEDIA LAIN MENGHUNI PLATFORM ITU DENGAN perkhidmatan dan aplikasi YANG BERGUNA CONTOHNYA 3ISTEM ALIRAN KERJA PENGURUSAN REKOD PESAKIT
s -EMASTIKAN semua institusi perubatan MEMPUNYAI PERALATAN )4 YANG PERLU s -EMBOLEHKAN pesakit untuk berinteraksi DENGAN (EALTH.ET DENGAN MENGGUNAKAN ALAT BERBEZA
Kempen s +EMPEN PEMASARAN YANG KETARA UNTUK MEMBANGKITKAN KESEDARAN AWAM
Penanda aras menunjukkan bahawa manfaat sosial yang ketara dapat dicapai menerusi EPP ini. Sebagai contohnya, Inisiatif E-Healthcare di Australia diunjurkan dapat mencegah lebih 5,000 kematian pada tahun 2020, dan inisiatif di Amerika Syarikat diunjurkan dapat menjimatkan RM704 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang.
Program Transformasi Malaysia 495 Hala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan EPP E-Penjagaan Kesihatan menyasar untuk menghubungkan semua institusi perubatan kepada platform HealthNet. Platform tersebut bakal membolehkan penyedia penjagaan kesihatan mengakses aplikasi yang akan meningkatkan produktiviti mereka sambil mengurangkan kos dan kesilapan. Syarikat dan pesakit juga akan dapat mengakses sistem untuk mendapat maklumat mengenai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkaitan. SKMM akan menerajui proses pelaksanaan, manakala keperluan platform tersebut akan ditentukan secara bersama oleh pengendali rangkaian, Kementerian Kesihatan dan sektor penjagaan kesihatan swasta. EPP E-Penjagaan Kesihatan ini akan menyediakan rangkaian terurus yang menghubungkan semua institusi penjagaan kesihatan dengan minimum kesalinghubungan sebanyak 2 Mbps dan menyediakan platform bagi pelan ICARE yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Syarikat, pesakit dan syarikat insurans akan memperoleh akses kepada sistem dari sebarang lokasi. Pengendali rangkaian akan menyediakan institusi perubatan dengan peralatan IT yang perlu. Selepas kesalinghubungan antara hospital dengan klinik diwujudkan, empat aplikasi bakal dilaksanakan untuk beroperasi di atas platform: • E-Medis: Membolehkan pesakit yang menderita penyakit kronik (contohnya, diabetes, isu kardiovaskular) untuk mengemaskinikan sendiri status mereka bagi membolehkan penyedia penjagaan kesihatan memantau dan mengesan keadaan mereka dari jauh: • E-MC: Menghubungkan secara langsung syarikat dan institusi perubatan untuk tujuan pemindahan data elektronik, lantas menjimatkan masa bagi penyimpanan rekod perubatan (contohnya, sijil perubatan); • E-GL: Menghubungkan secara langsung syarikat insurans dan penyedia perubatan untuk memperkemas proses pembayaran; dan • E-Penjadualan: Membolehkan pesakit mengakses penjadualan elektronik bagi janji temu untuk mengurangkan masa menunggu. Pelaksanaan platform HealthNet dan kesalinghubungan di kalangan institusi perubatan akan bermula pada tahun 2011. Aplikasi akan siap pada tahun 2011 dan akan dilancarkan pada tahun 2012. Pada tahun 2012, 50% daripada hospital dan klinik akan beroperasi di HealthNet, dengan matlamat utama untuk menjangkau semua institusi perubatan pada tahun 2015. Pembiayaan Sejumlah RM1.3 bilion pembiayaan diperlukan, kesemuanya daripada sumber swasta. RM1 bilion akan membiayai pembinaan platform dan akses untuk membolehkan interaksi antara hospital dengan pesakit serta pembinaan infrastruktur bagi 8,500 klinik dan hospital. Selanjutnya, keperluan modal kerja akan memerlukan tambahan RM0.3 bilion.
496
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Impak E-Penjagaan Kesihatan akan menjana kenaikan impak PNK sebanyak RM1.4 bilion dan 250 pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Bermula dengan kurang daripada 100 institusi pada hari ini, Kerajaan menyasar untuk mempunyai 500 buah hospital dan sekurang-kurangnya 8,000 klinik yang disambungkan kepada HealthNet dengan anggaran bahawa lebih 5 juta pesakit bakal mempunyai akses langsung kepada sistem.
EPP 6: Memperdalam E-Kerajaan Rasional E-Kerajaan merupakan penggunaan teknologi CCI untuk meningkatkan penyampaian Kerajaan dan akses kepada perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat dan perniagaan. Tindakan Inisiatif E-Kerajaan Malaysia yang dilancarkan beberapa tahun yang lepas diiktiraf oleh kajian kes antarabangsa. Walau bagaimanapun, terdapat peluang bagi penambahbaikan selanjutnya dengan memenuhi tiga matlamat seperti yang ditunjukkan dalam Carta 13-10: • Akaun 1Malaysia: Membolehkan saluran komunikasi yang selamat kepada E-Perkhidmatan Kerajaan yang boleh diakses menerusi pelbagai peranti: @1Malaysia.my; • Perkhidmatan kaunter: Bergerak menuju perkhidmatan bersemuka sifar dengan menetapkan sasaran mencapai 90% daripada perkhidmatan yang diurusniagakan adalah dalam talian dan semua perkhidmatan tersedia pada semua peranti; dan • Kerajaan tanpa kertas: Mewujudkan proses dalam talian hujung ke hujung bagi permohonan pekerjaan dan pekeliling dalaman.
Program Transformasi Malaysia 497 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 13-10
E-Kerajaan - Meningkatkan ketercapaian perkhidmatan Kerajaan Khidmat E-Kaunter
Kerajaan Tanpa Kertas
Akaun 1Malaysia
s +E ARAH BERSEMUKA SIFAR DARIPADA SEMUA URUS NIAGA DALAM TALIAN SELEBIHNYA E BORANG
s 0ENGGANTIAN ARKIB KERTAS DENGAN ARKIB DIGITAL IAITU SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN
s !KAUN E MEL DAN )$ RASMI TERSENDIRI CONTOHNYA ID?NO -ALAYSIAMY
s
s
+ENTENTUAN DAN KESELAMATAN DENGAN SALURAN MASUK TUNGGAL BAGI SEMUA % 0ERKHIDMATAN +ERAJAAN CONTOHNYA % (ASIL %0& PEMBAHARUAN LESEN
s
0ERKHIDMATAN BERNILAI TAMBAH CONTOHNYA 0EMBAYARAN BIL DALAM TALIAN CARIAN REKOD AWAM
s 4ERSEDIA PADA SEMUA PERANTI KIOSK 0# TELEFON MUDAH ALIH DI SEMUA LOKASI #"# 0)$ PEJABAT POS DAN DI SEMUA SALURAN PORTAL +ERAJAAN DAN )+3 SEPERTI -Y%'
0EMANSUHAN KERTAS SECARA BERPERINGKAT s *EMPUTAN DAN MINIT MESYUARAT s "AHAN PEMBENTANGAN s 0EKELILING DALAMAN s -EMO ANTARA KEMENTERIAN DAN ANTARA AGENSI
Tandatangan digital s -EMACU PENUMPUAN TANDATANGAN DIGITAL UNTUK MENGGALAKKAN PENERIMAGUNAAN MASSA DI -ALAYSIA s DIJADIKAN TERSEDIA MENERUSI Kaunter E-Khidmat, Kerajaan Tanpa Kertas, Akaun 1Malaysia Kemnpen s +EMPEN PEMASARAN YANG KETARA UNTUK MEWUJUDKAN KESEDARAN ORANG RAMAI
E-Kerajaan akan memupuk persekitaran perniagaan lebih baik, memperkukuh tadbir urus, memperkembangkan penyertaan orang ramai dan mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan agensi Kerajaan. SKMM akan menerajui proses tersebut. SKMM akan menyelaras, bersama-sama dengan MAMPU, semua kementerian dan syarikat telekomunikasi untuk menentukan keperluan dan langkah yang perlu untuk mendorong perpindahan kepada E-Kerajaan. Pada tahun 2011, sistem pengurusan dokumen digital akan diwujudkan dan pada tahun 2012, 70% daripada urus niaga di seluruh kementerian dan aplikasi utama untuk orang ramai, perniagaan dan pekerja akan dilakukan secara dalam talian. Pada tahun 2012, 50% daripada perkhidmatan kaunter akan tersedia secara dalam talian dan Akaun 1Malaysia bakal merangkumi separuh daripada penduduk berusia lebih daripada 18 tahun. Pembiayaan Sejumlah RM2 bilion pembiayaan adalah diperlukan. Dari sektor swasta, RM900 juta akan membiayai pewujudan akaun dalam talian 1Malaysia, RM54 juta akan membiayai penubuhan kiosk E-Kerajaan di lokasi terpilih dan RM520 juta akan digunakan untuk keperluan modal kerja. RM560 juta daripada sumber awam akan membiayai pembangunan aplikasi E-Kerajaan. Impak E-Kerajaan akan meraih impak PNK bernilai RM1.1 bilion dan mewujudkan 1,000 pekerjaan baharu.
498
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
MENINGKATKAN SOKONGAN ASAS PERTUMBUHAN DENGAN INFRASTRUKTUR GENERASI MASA HADAPAN Keperluan infrastruktur sektor ini perlu berupaya untuk memenuhi permintaan dalam negeri yang semakin meningkat, membolehkan pertumbuhan ekonomi dan memacu evolusi Malaysia ke arah masyarakat berasaskan pengetahuan. Malaysia menghadapi isu-isu infrastruktur pada tiga dimensi: liputan, kos dan kualiti. Kajian baru-baru ini yang dilaksanakan oleh SKMM menunjukkan bahawa lebih 45% daripada penduduk merasakan bahawa harga jalur lebar terlalu tinggi. Kelajuan perkhidmatan Internet yang tidak memuaskan adalah ekoran ketidaksesuaian antara pertumbuhan trafik Internet dengan pertumbuhan kapasiti. Tambahan pula, sebahagian besar daripada penduduk tidak mempunyai akses kepada jalur lebar. Pinggir bandar dan kawasan luar bandar umumnya tidak diberikan perkhidmatan yang secukupnya kerana kos tinggi yang dikaitkan dengan infrastruktur pembinaan. Kita telah mengenal pasti empat EPP bagi merapatkan jurang yang tidak ditangani oleh syarikat-syarikat swasta (lihat Carta 13-11). Secara kolektifnya, EPP ini bakal menjana PNK bernilai RM10.7 bilion pada tahun 2020 dan 10,728 pekerjaan baharu. Carta 13-11
Pelbagai bahagian daripada landskap telah dikenal pasti untuk peningkatan infrastruktur Pertukaran Serantau
Liputan/ akses
Kualiti/ lebar jalur
Kos/ kemampuan
Akses penuh kepada rangkaian global
? ?
Berkemungkinan menghadapi kekangan lebar jalur hingga tahun 2020
Kos transit IP yang lebih tinggi daripada negara Asia; harga borong domestik yang tinggi
Tulang belakang negara
?
Ruang bagi pembangunan dalam angkut balik ke kawasan luar bandar
Dasar naik taraf yang jelas (peraturan 80%)
Harga yang kompetitif, akses penuh
Ditangani pada masa ini
?
Ditangani sebahagiannya Tidak ditangani pada masa ini
Tahap terkahir Bandar
?
Pinggir bandar/luar bandar
Terbatas dalam pembangunan baharu
?
Terbatas
Kelajuan lebih rendah berbanding pasaran lain, penaiktarafan berterusan ke generasi berikut
?
Teknologi lama
EPP
?
Akses yang mahal, infrastruktur berasingan
EPP Jalur Lebar untuk semua
EPP
EPP
Rangkaian Serantau
Rangkaian Pintar
Pelaburan/ pelanggan yang tinggi secara relatif
Meluaskan Jangkauan
Program Transformasi Malaysia 499 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 7: Memastikan Jalur Lebar untuk Semua Rasional Memastikan Jalur lebar untuk Semua bertujuan meningkatkan ketercapaian jalur lebar dengan menjadikan akses jalur lebar sebagai utiliti asas bagi pengguna, sama seperti tanggapan terhadap air dan elektrik pada hari ini. Finland telah mewajibkan, dari sudut perundangan, akses jalur lebar sejagat dan negara-negara lain seperti United Kingdom dan Sweden telah mengumumkan rancangan yang sama. Jalur lebar boleh ditawarkan menerusi kaedah talian tetap dan secara wayarles. Walau bagaimanapun, spektrum wayarles merupakan sumber yang terbatas, justeru penekanan khusus perlu diberikan terhadap membekalkan kabel optik gentian. Banyak unit kediaman di Malaysia pada hari ini menghadapi kesukaran berikutan kekurangan akses jalur lebar yang siap tersedia disebabkan para pemaju tidak memasangkan saluran (ducts) ketika pembinaan dilakukan. Akses pemasangan retro mengambil masa dan mahal, menyebabkan ketidakselesaan dan meningkatkan kos terhadap pengguna akhir (Carta 13-12). Sekurangkurangnya 1.2 juta unit kediaman diramalkan memasuki pasaran ini dalam waktu terdekat dan EPP ini bakal merupakan wadah untuk memastikan bahawa penghuni mendapat akses jalur lebar yang selesa. Carta 13-12
Pemasangan ‘retro-fitting’ akses jalur lebar selepas pembinaan bandar dan rumah mengambil masa dan mahal Kelulusan yang lambat
Kos tinggi
Hasil semasa ekoran aplikasi wayarles baharu
Perbelanjaan modal untuk membawa gentian ke rumah RM
Kelulusan daripada pelbagai pihak diperlukan
60% daripada aplikasi
Diluluskan dalam tempoh 14 hari
30% daripada aplikasi
10% daripada aplikasi
3,000
Retro-fit
6X Diluluskan dalam tempoh 3 bulan
Tidak lulus
Aduan penghuni
Peluang untuk meningkatkan kejayaan dan kecekapan aplikasi dalam sekurang-kurangnya 40% kejadian
SUMBER: Temu bual dengan pakar telekomunikasi
Jika saluran dibuat ketika pembangunan
1,000-2,000
33-66%
Peluang untuk merendahkan perbelanjaan modal talian tetap sebanyak 33% hingga 66%
500
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Tindakan Untuk memacu Jalur Lebar untuk Semua ini, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam untuk memasukkan jalur lebar sebagai khidmat asas pada tahun 2010. Ini akan menjadikannya wajib bagi pembina bangunan untuk membina saluran dalam sempadan rangkaian yang terdekat di semua pembinaan baharu. Semua kerajaan negeri perlu menerima pakai peraturan ini dalam statut mereka masing-masing. Dalam situasi semasa, tindakan perancang bandar tidak mewartakan tapak telekomunikasi wayarles juga menghalang penembusan jalur lebar wayarles. Untuk mengatasi perkara ini, SKMM akan meminda Pelan Induk Pembangunan Nasional di semua negeri untuk mewartakan tapak harta tanah dan atas bumbung bagi infrastruktur wayarles menjelang awal tahun 2011. Pemaju dan SKMM akan mendapatkan satu pengendali untuk mengambil alih penyaluran dan menyediakan akses terbuka kepada pengendali telekom, sementara pengendali dan syarikat disokong kerajaan negeri (State-backed Companies atau SBC) akan dibenarkan untuk membina menara. SKMM akan mengawal selia penetapan harga akses infrastruktur supaya ia adil dan mampu milik pada separuh kedua tahun 2011. Pembiayaan Sejumlah RM2.4 bilion bakal diperlukan, dengan kesemuanya berpunca daripada sektor swasta. RM1.34 bilion daripada jumlah ini akan membiayai perbelanjaan modal untuk menyediakan jalur lebar talian tetap kepada para pelanggan dan pembinaan 1,500 tapak wayarles. Seterusnya, keperluan modal kerja akan memerlukan tambahan RM1.0 bilion. Impak Inisiatif ini akan menghasilkan RM1.7 bilion terhadap sumbangan PNK dan mewujudkan 5,468 pekerjaan baharu. Untuk mencapai matlamat ini, 0.75 juta pelanggan jalur lebar talian tetap, 1.92 juta pelanggan data mudah alih dan 2.4 juta pelanggan suara baharu dijangka melanggan perkhidmatan pada tahun 2020. Pada tahap yang luas, pertumbuhan ini bakal diperoleh daripada memberikan perkhidmatan kepada tenaga mahir asing dan individu yang mempunyai aset bersih tinggi yang semakin bertambah, yang cuba dicapai melalui inisiatif NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.
EPP 8: Memperluas jangkauan Rasional EPP ini bertujuan untuk melonjakkan tahap langganan jalur lebar di kawasan bukan bandar di Malaysia menerusi kolaborasi industri dengan awam-swasta yang lebih giat. Negara-negara di serata dunia telah menghadapi cabaran dalam memperluas akses jalur lebar ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar, terutamanya disebabkan kos pelaburan yang tinggi berbanding hasil yang dijangkakan. Malaysia tidak terkecuali. Kawasan bandar (Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Johor Bahru) menikmati terutamanya kadar langganan yang tinggi (60%) (Carta 13-13). Pada masa yang sama, selain manfaat ekonomi, jalur lebar menggalakkan integrasi yang lebih giat antara penduduk terpencil dengan dunia yang lebih luas. Justeru, memperluaskan jangkauan rangkaian merupakan langkah yang kritikal dalam proses pembangunan.
Program Transformasi Malaysia 501 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 13-13
Kawasan bandar terutamanya mempunyai kadar langganan yang tinggi Kadar langganan jalur lebar Suku pertama 2010, Peratus mengikut isi rumah 60
25 20
Bandar
Pinggir bandar
Luar Bandar
15
Terpencil
Nota: Bandar didefinisikan sebagai WP Kuala Lumpur, Lembah Klang, Johor Bahru; Pinggir Bandar = Mukim bukan bandar dengan penduduk melebihi 50,000/km2; Luar bandar = Mukim dengan penduduk 5,000 - 50,000/km2; Terpencil = Mukim dengan penduduk kurang daripada 5,000/km2
SUMBER: SKMM
Tindakan Pendekatan untuk memberikan khidmat kepada penduduk bukan bandar boleh dipecahkan mengikut geografi. Kawasan pinggir bandar (lebih daripada 50,000 orang/km2). Penyedia perkhidmatan wayarles akan membentuk sebuah konsortium pada akhir tahun 2010 untuk mengurangkan kos penyediaan akses menerusi perkongsian aktif infrastruktur. Penjimatan kos yang ketara boleh dicapai menerusi perkongsian peralatan elektronik. Sehingga dua pertiga perbelanjaan modal boleh dikurangkan sekiranya banyak pengendali mudah alih berkongsi sistem, dan kos operasi sehingga tujuh peratus daripada hasil juga boleh dihapuskan. Sebaik sahaja konsortium dibentuk, ia akan mengurangkan peralatan bertindih mulai tahun 2011. Kawasan luar bandar dan terpencil (kurang daripada 50,000 orang/km2). Dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision atau USP) SKMM direka bentuk untuk membolehkan pelancaran jalur lebar ke kawasan-kawasan ini. Sektor swasta akan menggunakan klausa penggunaan penyumbang USP dan mengakses dana untuk membina angkut balik dan infrastruktur peringkat terakhir ke kawasan yang kurang diberikan perkhidmatan dengan fokus tertentu terhadap penyelesaian wayarles bagi tempoh jangka pendek dan sederhana. Akses talian tetap akan mengambil peranan yang lebih besar dalam tempoh yang lebih panjang untuk mengurangkan impak spektrum wayarles yang sukar diperoleh. Di sebalik kriteria geografi dan demografi ini, penyelia rangkaian perlu mengambil kira kawasan yang didiami oleh golongan miskin di bandar kerana itu juga menampilkan cabaran yang sama terhadap kawasan luar bandar dan terpencil dari segi penyediaan infrastruktur yang berdaya maju dari segi komersial.
502
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Pembiayaan Sejumlah RM6.6 bilion pembiayaan diperlukan, kesemuanya daripada sumber swasta. Pembiayaan sebanyak RM2.8 bilion diperlukan untuk membina 4,000 tapak wayarles baharu untuk menjangkau kawasan yang tidak diberikan perkhidmatan secukupnya, sementara RM2.6 bilion akan membiayai perbelanjaan modal tetap. RM0.9 bilion akan membiayai stesen asas tambahan untuk menyokong perkongsian infrastruktur yang aktif. Selanjutnya, keperluan modal kerja memerlukan RM0.3 bilion. Sektor swasta akan menggunakan klausa penggunaan penyumbang USP (USP Contribution Utilisation Clause) dan menggunakan dana untuk membina angkut balik dan infrastruktur peringkat terakhir. Impak Dengan inisiatif ini, kita menyasarkan untuk memacu tahap langganan di kawasan luar bandar hingga 90 % daripada isi rumah pada tahun 2020, menghasilkan 3.4 juta pelanggan jalur lebar baharu. Kita menjangkakan impak PNK sebanyak RM2.4 bilion dan penambahan 2,090 pekerjaan baharu.
EPP 9: Menawarkan Rangkaian Pintar Menerusi penawaran rangkaian pintar, kita menyasar untuk menangani isu kemampuan dan kualiti perkhidmatan yang menjadi penghalang kepada rangkaian Malaysia (Carta 13-14) dengan menyediakan pelan harga berperingkat yang dibezakan oleh keutamaan perkhidmatan. Segmen golongan mewah yang mendapati akses jalur lebar mampu dibeli dengan mudah lazimnya mahukan kelajuan yang lebih baik dan sanggup membayar demi mendapatkannya. Sementara itu, segmen yang cakna harga mengingini halangan yang rendah terhadap kemasukan dan perkhidmatan yang berfungsi dengan secukupnya. Pada masa ini, penyedia perkhidmatan hanya boleh dibezakan menerusi kelajuan dan penggunaan. Dengan inisiatif rangkaian pintar, pengendali rangkaian menawarkan pakej dibezakan berdasarkan keutamaan perkhidmatan dan caj sewajarnya. Inisiatif ini juga bakal menjadi satu lagi instrumen untuk mengenakan caj yang saksama terhadap minoriti kecil pengguna yang menggunakan amaun penggunaan yang tidak seimbang.
Program Transformasi Malaysia 503 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 13-14
Isu kualiti dan kemampuan berkaitan dengan jalur lebar yang perlu ditangani
Kualiti
s
+UALITI PERKHIDMATAN YANG BERUBAH UBAH
s
0ERTUMBUHAN TRAFIK MENGATASI PERTUMBUHAN KAPASITI
s
+OS ASAS JALUR LEBAR MASIH DIANGGAP TINGGI OLEH SEGMEN BESAR PENDUDUK
Kemampuan s 0ENGGUNA
1
BERSEDIA MEMBAYAR UNTUK KHIDMAT DIHASRATKAN APABILA DIPERLUKAN
+OREA 3ELATAN 3WEDEN *EPUN 0ERANCIS AS 3INGAPURA 4HAILAND -ALAYSIA !FRIKA 3ELATAN )NDIA )NDONESIA
32 18 17 12 10 6 4 2 2
+ELAJUAN DI -ALAYSIA DIPENCONG OLEH PAKEJ PAKEJ DI PENGHUJUNG RENDAH YANG DIDORONG OLEH TUMPUAN KEMAMPUAN
1 1
Peratusan warga Malaysia yang mendapati jalur lebar sebagai mampu milik PENDUDUK 0ENDAPATAN SETAHUN (RM)
s +ESESAKAN DAN KELAJUAN RENDAH
Purata kelajuan muat turun pengguna mengikut negara -BPS *UN *ULAI
60,000
100%
18,00060,000 <18,000
39% 0%
26 45 29
1 3EPERTIMANA PADA TAHUN
SUMBER: Net Index by Ookla; SKMM
Tindakan Pada tahap terbaik, pengguna akan mendapati trafik mereka diutamakan dengan tahap penggunaan tertinggi. Sebagai pulangan terhadap perkhidmatan premium, tarif akan lebih tinggi daripada hari ini. Bagi segmen cukup baik (good enough), kita akan menawarkan suatu pakej pada tarif yang amat rendah, dengan kelajuan asas dan tahap penggunaan rendah. Sebagai penambahbaikan terhadap tawaran pada hari ini, para pengguna akan mempunyai pilihan untuk membeli perkhidmatan keutamaan atas permintaan. Selain itu, pengguna mungkin membeli pakej-pakej keutamaan spesifik aplikasi, contohnya penstriman video atau perkhidmatan rakan-ke-rakan. Dengan demikian kita akan membenarkan pengguna akhir membayar bagi jenis perkhidmatan yang mereka inginkan dan tidak memberikan impak secara negatif terhadap pengguna lain yang mempunyai keperluan berbeza. Teknologi bagi inisiatif ini adalah siap tersedia; akan tetapi, SKMM perlu mengekalkan sentuhan ringan dalam pendekatan pengawalseliaannya terhadap kualiti perkhidmatan. Industri boleh mula menjalankan operasi rangkaian pintar pada tahun 2012, dan kita menjangkakan 30% daripada penyedia perkhidmatan menawarkan pelan harga berperingkat berdasarkan keutamaan perkhidmatan pada akhir tahun tersebut. Pada jangka masa panjang, penjimatan pelaburan juga akan terakru kepada sektor.
504
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Pembiayaan Sejumlah RM0.7 bilion diperlukan, kesemuanya dari sektor swasta. RM0.4 bilion akan membiayai penaiktarafan rangkaian, sistem pengebilan dan fungsi pejabat pentadbiran belakang (back-office) dan pejabat pentadbiran hadapan (front-office) yang diperlukan untuk membolehkan inisiatif. Seterusnya, modal kerja memerlukan pelaburan sebanyak RM0.3 bilion. Impak Pada tahun 2020, impak PNK bakal bernilai RM847 juta dan terdapat sebanyak hampir 1,950 pekerjaan baharu.
EPP 10: Memperluas Rangkaian Serantau Rasional Dengan memperluas rangkaian serantau, kami menyasar untuk menambah 3 terabait setiap saat (Tbps) lebar jalur antarabangsa pada tahun 2020 dan menyokong pertumbuhan tambahan tiga juta kaki persegi ruang pusat data, dengan itu menangani isu kos dan kualiti yang dihadapi pada hari ini dan meningkatkan aliran hasil akan datang. Berdasarkan bahawa 80 hingga 90% trafik Internet di Malaysia melalui perjalanan di luar negara, kita memerlukan lebar jalur yang signifikan pada kabel dasar laut antarabangsa. Dari sudut sejarah, kapasiti di Malaysia telah jauh ketinggalan di belakang permintaan. Kos transit IP adalah lebih tinggi daripada pasaran lain yang telah membina kapasiti dengan lebih agresif, seperti Hong Kong, Jepun dan Singapura; malah perbezaan ini mencecah hampir 80% apabila perbandingan dibuat dengan Singapura. Kualiti juga terjejas disebabkan kesesakan pada rangkaian antarabangsa dengan kelajuan Internet Malaysia lebih perlahan daripada 100 negara yang lain. Tindakan Permintaan lebar jalur antarabangsa dianggarkan mencecah sekurang-kurangnya 4 Tbps pada tahun 2020. Pada hari ini terdapat lebih kurang 200 Gbps kapasiti digunakan, dengan anggaran 600 Gbps yang boleh disediakan. Untuk merapatkan jurang, penyedia perkhidmatan akan membentuk sebuah konsortium tempatan pada tahun 2011 untuk memperoleh kapasiti 3 Tbps pada tahun 2020. Untuk membolehkan perbelanjaan modal, EPU dan Kementerian Kewangan akan menyediakan pinjaman mudah (soft loan) untuk membiayai projek ini. Peningkatan lebar jalur akan merendahkan kos borong dan membolehkan industri mengurangkan kos kepada pengguna. Di samping itu, ia juga akan membolehkan pengembangan pusat data di Malaysia dengan anggaran tiga juta kaki persegi, yang bakal menarik perniagaan daripada sumber domestik dan antarabangsa. Sektor ini akan menyediakan kemudahan di pusat data ini dan membolehkan syarikat perkhidmatan perniagaan memberikan perkhidmatan pusat data termaju, lantas bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai dengan menawarkan perkhidmatan premium yang dibezakan. Inisiatif ini adalah penting kepada penawaran suatu kaedah untuk menyokong kandungan tempatan dan kandungan asing yang dihoskan dalam negara.
Program Transformasi Malaysia 505 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pembiayaan Dana sebanyak RM10 bilion akan diperuntukkan untuk pembinaan 3 Tbps kabel dasar laut ke Hong Kong dan AS. Ini akan disokong menerusi satu pinjaman mudah daripada Kerajaan. Impak Kita menyasarkan inisiatif ini untuk menjana RM2.3 bilion dalam kenaikan PNK dan 1,220 pekerjaan baharu menjelang tahun 2020.
PELUANG PERNIAGAAN Melangkaui EPP, sektor CCI akan berkembang menerusi pertumbuhan domestik syarikat-syarikat sedia ada selain menerusi pemilikan warga Malaysia terhadap syarikat asing. Secara meluas, pertumbuhan akan diusahakan menerusi empat bidang: perkhidmatan talian tetap, perkhidmatan mudah alih, kurier, pos dan penyiaran. Unjuran terhadap perkhidmatan talian tetap dan perkhidmatan mudah alih ditunjukkan dalam Carta 13-15. Peluang perniagaan ini akan menyumbang sebanyak RM11.7 bilion kepada peningkatan PNK dan mewujudkan 17,265 pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Carta 13-15
Walaupun asas pelanggan data mudah alih adalah besar, pertumbuhan paling cepat dijangka adalah dari jalur lebar Bilangan pelanggan 2009 dan 2020, Juta, CAGR di sebelah kanan 30
Data mudah alih Data talian tetap
40
0 0 30
Suara mudah alih
40
Suara talian tetap
4 4
Jalur lebar mudah alih
2
Jalur lebar talian tetap
2
5 5
2009 2020
Purata hasil setiap pengguna setahun 2009 dan 2020, RM, CAGR di sebelah kanan
2.7
Data mudah alih
2.6
Data talian tetap
2.7
Suara mudah alih
128 128
0 800,000 800,000
448 320
0 -3
320 182
0
Suara talian tetap
10.5
Jalur lebar mudah alih
960
10.5
Jalur lebar talian tetap
960 960
-5 3
1,328
0
Sumbangan PNK komponen yang lain RM Bilion, CAGR di sebelah kanan Kurier, pos dan jalur lebar
2.2
3.8
10.5
Pendapatan antarabangsa
2.5
7.3
10.1
506
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Peluang Perniagaan 1: Perkhidmatan Talian Tetap Pertumbuhan daripada talian tetap akan datang terutamanya daripada jalur lebar dan talian data tetap. Pelanggan jalur lebar talian tetap akan berkembang sebanyak 10.5% kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (compound annual growth rate atau CAGR), memandangkan pengguna talian tetap sedia ada mengambil kelebihan daripada pakej tergabung (bundled package). Perkhidmatan seperti IPTV dan permainan dalam talian serta muzik akan memacu pengambilan yang meningkat ini. Talian data tetap berkembang sebanyak 2.6% CAGR memandangkan lebih banyak syarikat memerlukan rangkaian dalaman masing-masing. Peluang perniagaan ini akan menyumbang sebanyak RM1.7 bilion kepada peningkatan PNK menjelang tahun 2020 dan mewujudkan 3,250 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Peluang Perniagaan 2: Perkhidmatan Mudah Alih Perkhidmatan mudah alih bakal menyaksikan pertumbuhan langganan dalam semua segmen: suara, data dan jalur lebar. Talian suara akan berkembang pada 2.7% CAGR, dipacu oleh pertambahan penduduk dan peningkatan kecenderungan pelanggan untuk memiliki pelbagai akaun mudah alih. Data mudah alih, termasuk SMS, kandungan dan perkhidmatan yang tidak memerlukan hubungan Internet, akan berkembang sejajar dengan pertumbuhan pelanggan. Akhirnya, pelanggan jalur lebar akan berkembang pesat sebanyak 10.5% CAGR. Apabila para pengguna 3G mula mengakses Internet, peranti yang lebih maju akan menyebabkan warga Malaysia menggunakan telefon mereka sebagai kaedah utama akses Internet dan kos yang lebih rendah membolehkan akses Internet mudah alih menjadi lebih meluas. Peluang perniagaan ini akan menyumbang sebanyak RM3.6 bilion kepada peningkatan PNK dan mewujudkan 5,788 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Peluang Perniagaan 3: Kurier, Pos dan Penyiaran Sumbangan PNK sektor kurier, pos dan penyiaran akan berkembang sebanyak 5.2% setahun dalam masa 10 tahun yang akan datang. Sektor kurier dan pos bakal menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih meluas seperti penunaian urus niaga komersial, penyimpanan, pengurusan inventori, perancangan permintaan bagi pengilang dan khidmat pemasangan. Sistem perlesenan pelbagai peringkat yang disediakan oleh SKMM akan mengenakan keperluan yang lebih tinggi bagi pemegang lesen berperingkat tinggi dan akan menggalakkan penggabungan, lantas meningkatkan kapasiti sektor ini untuk membuat pelaburan. Selanjutnya, sektor pos dan kurier mempunyai peluang untuk memanfaatkan jangkaan pertumbuhan dalam perniagaan elektronik dan menawarkan perkhidmatan yang direka bentuk khusus untuk memenuhi keperluan para saudagar. Peluang seterusnya terdapat dalam pengembangan dalam logistik serantau, tertakluk pada pemerolehan lesen penghantaran muatan (freight forwarding), selain bersaing pada peringkat dalaman dari aspek kualiti dan prestasi perkhidmatan dan bukannya harga. Meskipun penyiaran berbayar telah mencapai tahap mendatar dari segi penembusan, peluang baharu bagi sektor penyiaran akan terbuka apabila perkhidmatan baharu diperkenalkan. TV terestrial digital akan membolehkan penyiaran lebih banyak saluran dan bakal mencetuskan impak yang positif terhadap hasil mulai tahun 2015, apabila rancangan SKMM untuk mewajibkan penutupan penyiaran analog dimulakan.
Program Transformasi Malaysia 507 Hala Tuju Untuk Malaysia
Selain itu, peluang lain adalah daripada TV mudah alih dan kandungan TV 3D. Infrastruktur untuk menawarkan perkhidmatan ini pada umumnya sudah pun siap. Penyelesaian sedang diterokai untuk menangani penciptaan kandungan bagi saluran-saluran baharu ini dan mengatasi halangan terhadap penerimagunaan. Peluang perniagaan ini akan menyumbang sebanyak RM1.6 bilion kepada peningkatan PNK dan mewujudkan 7,563 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Peluang Perniagaan 4: Operasi Serantau Syarikat Malaysia dalam sektor ini seperti Axiata, Maxis dan Astro sedang mengusahakan secara agresif peluang-peluang antarabangsa dalam pasaran besar dan sedang pesat membangun seperti Indonesia, India dan Bangladesh. Pada masa ini, pelaburan-pelaburan ini mencakupi hampir RM2.5 bilion PNK. Menjelang tahun 2020, pelaburan ini akan menjana kenaikan PNK sebanyak RM4.8 bilion dan mewujudkan 664 peluang pekerjaan baharu apabila syarikat dikawal oleh Malaysia tersebut memanfaatkan pertumbuhan pesat pasaran-pasaran ini dan mendapatkan bahagian pasaran.
PEMBOLEH LAZIM
Modal Insan – Mewujudkan Pakar Komunikasi Bertaraf Dunia Tinjauan Keseluruhan Memiliki modal insan yang sewajarnya merupakan sesuatu yang penting dalam sektor intensif pengetahuan seperti CCI ini, dan hasil yang positif daripada NKEA ini dipacu terutamanya oleh tahap kelayakan dan kemahiran yang dapat ditarik dan dibangunkan oleh sektor. Untuk mencapai sasaran pertumbuhan yang hebat ini, 43,162 pekerja tambahan akan diperlukan pada tahun 2020. Daripada jumlah ini, seramai 25,899 pekerja diperlukan untuk menyokong EPP, sementara peluang perniagaan sedia ada memerlukan 17,263 pekerja. Dari segi kelayakan, kebanyakan daripada pekerjaan baharu ini adalah berpendapatan tinggi (dengan 67% melebihi gaji bulanan RM4,000) dan memerlukan tahap kelayakan yang tinggi. Contoh termasuk pengurus perniagaan, jurutera berkaitan komunikasi dan pakar kandungan kreatif. Pecahan guna tenaga tambahan masa hadapan dalam CCI dapat dilihat dalam Carta 13-16.
508
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Carta 13-16
EPP dan peluang perniagaan akan mewujudkan 43,162 pekerjaan baharu, terutamanya berpendapatan tinggi dan berkemahiran tinggi Ribu Pekerjaan mengikut lingkungan pendapatan >RM 10,000/bulan
Pekerja pengeluaran, buruh, pengendali kelengkapan pengangkutan
RM 7,000-10,000/bulan RM 4,000-7,000/bulan RM 2,000-4,000/bulan
Perkejaan mengikut jenis kerja
Pekerja perkhidmatan
43
Perkeranian dan bergaji
RM 1,000-2,000/bulan
Profesional dan teknikal
Pentadbiran atau pengurusan
20
20
8
8
2012
43
2015
2020
2012
2015
2020
Tindakan Walaupun pertumbuhan ini bakal membawa manfaat sekunder yang ketara terhadap ekonomi, kita perlu memastikan bahawa tenaga kerja masa hadapan Malaysia memiliki tenaga mahir berpendidikan tersedia yang mencukupi. Pembangunan program-program untuk mengurangkan cabaran ini adalah dirangkum dalam NKEA Pendidikan. NKEA CCI merencanakan beberapa perubahan. Dalam tempoh terdekat, tenaga mahir perlu diperoleh daripada negara-negara jiran dan warga Malaysia yang tinggal di luar negara. Program insentif yang relevan dan pemprosesan visa yang dipermudah bagi profesional berkemahiran tinggi adalah penting dalam konteks ini. Dalam tempoh jangka sederhana, pelbagai program akan dirancang untuk menyokong pertumbuhan asas tenaga mahir domestik: • Mengembangkan pembangunan profesional berterusan dalam industri: Syarikat akan memacu program latihan berterusan bagi para pekerja mereka apabila mereka membentuk bahagianbahagian baharu untuk menangani EPP dan peluang perniagaan baharu; • Meningkatkan program pendidikan universiti tentang komunikasi: Perkembangan selanjutnya dalam program kejuruteraan berkaitan dengan komunikasi selain program kreatif di universiti; dan • Mendorong penajaan pengajian di luar negeri: SKMM akan mengesan secara proaktif individu berbakat besar dan mendorong pengendali utama untuk mengembangkan program tajaan pengajian ke luar negara.
Program Transformasi Malaysia 509 Hala Tuju Untuk Malaysia
Dengan dorongan terlaras daripada semua pihak berkepentingan yang berminat (sektor pendidikan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, SKMM dan industri swasta), kita yakin bahawa kita akan mampu merapatkan jurang tenaga mahir dan bakat kemahiran tersebut.
PEMBIAYAAN Untuk mencapai pelan pertumbuhan NKEA CCI, pembiayaan yang besar diperlukan. Pembiayaan ini akan digunakan untuk modal perbelanjaan dan modal kerja. Memandangkan sektor sedang memfokuskan pada projek komersial berdaya maju, perbelanjaan operasi akan dibiayai oleh hasil yang diterima selepas fasa permulaan. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Carta 13-17, sektor ini bakal memerlukan pembiayaan kumulatif sebanyak RM51.5 bilion dari tahun 2011 hingga tahun 2020 untuk menyampaikan pertumbuhan PNK yang dijangkakan bernilai RM35.7 bilion bagi tahun 2020. Hanya 3% daripada pembiayaan yang diperlukan bagi EPP (RM30.3 bilion) akan dibiayai oleh Kerajaan, manakala 97% daripada jumlah akan disediakan oleh syarikat industri sepanjang tempoh 10 tahun yang akan datang. Ini menyamai purata pelaburan tahunan oleh industri komunikasi swasta sebanyak lebih kurang RM5 bilion. Carta 13-17
Bagi 10 EPP, pelaburan bernilai RM30.3 bilion diperlukan, 3% daripadanya dari sektor awam 97% pembiayaan EPP dianggarkan bersumberkan swasta
Pecahan pembiayaan antara EPP dengan peluang perniagaan
RM bilion
RM bilion
35
55 29.3
30
30.3
40 35
20
30
30.3
25
15
20
10
15 10 5
1.0
0
0
Awam
% dpd jumlah
51.5
45
25
5
21.2
50
3
Swasta
97
Jumlah
EPP
% dpd jumlah
58
Peluang Jumlah Perniagaan 42
Daripada jumlah keseluruhan, RM21.2 bilion diperlukan untuk peluang perniagaan hingga tahun 2020 dengan bahagian terbesar sebanyak RM10.3 bilion dalam rangkaian mudah alih. Peluang perniagaan akan dibiayai sepenuhnya oleh swasta untuk menyampaikan pertumbuhan PNK tambahan sebanyak RM11.7 bilion. Bagi EPP, pembiayaan sebanyak RM30.3 bilion diperlukan sehingga tahun 2020 dengan RM1 bilion disumbangkan oleh Kerajaan, sebahagian besarnya untuk memulakan perkhidmatan.
510
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN NKEA CCI bakal memerlukan sektor awam dan swasta untuk bekerjasama dengan erat di bawah kepemimpinan keseluruhan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan SKMM. Sektor swasta akan menyediakan sebahagian besar daripada sumber dan menjadi pemacu utama penyampaian hasil-hasil EPP. Kami sedar bahawa sektor swasta perlu diyakinkan tentang nilai-nilai komersial pelaburan dalam EPP dan jaminan terhadap rangka kerja pengawalseliaan yang sewajarnya untuk membuat pelaburan sedemikian. Untuk melaksanakan ini, sektor awam perlu menjadi peneraju dengan menghapuskan halangan pengawalseliaan, memupuk peluang dan layanan penyertaan yang lebih saksama serta menyediakan pengawasan terhadap isu-isu yang memberikan impak kepada sektor keseluruhan atau kepentingan negara. Sektor awam juga akan menyelaraskan pelbagai entiti sektor swasta dan pihak berkepentingan sektor awam. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan, kita akan melaksanakan yang berikut: • Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memberikan kepemimpinan sektor awam yang kukuh menerusi struktur SKMM yang sedia ada; • Wakil-wakil sektor swasta akan bekerjasama erat dengan sektor awam pada peringkat pelaksanaan; dan • Pasukan ETP SKMM akan menyokong pengurusan projek dan memperbesarkan kapasiti semasa SKMM. Suatu mekanisme tadbir urus yang berkesan di bawah pengawasan Perdana Menteri akan berfungsi untuk memastikan sasaran dicapai dan tempoh masa pelaksanaan dipatuhi (Carta 13-18). Struktur ini akan menggabungkan syarikat swasta dan pihak awam secara berterusan.
Program Transformasi Malaysia 511 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 13-18
Tadbir urus untuk NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur
Perdana Menteri dan Unit EPT
Panel Penasihat CEO
Jawatankuasa Pemandu, dipengerusikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Sekretariat: Pasukan ETP SKMM
Penaja Projek EPP: Pengerusi SKMM Pasukan Projek EPP
Menteri Komunikasi akan memberikan kepemimpinan sektor awam yang kukuh menerusi SKMM. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menerajui dan mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu setiap bulan. Tujuan utama Jawatankuasa Pemandu adalah untuk mengatasi halangan dan membuat penyelarasan dengan pihak berkepentingan lain dalam sektor awam (contohnya, Kementerian Perumahan untuk memastikan Jalur Lebar untuk Semua, Kementerian Pelajaran untuk Pewujudan E-Pembelajaran). Para Pengarah Kanan SKMM akan menjadi pemilik pelbagai EPP (Jadual 13-1). SKMM juga akan membentuk sebuah pasukan ETP untuk berfungsi sebagai sekretariat dan memantau kemajuan. Jawatankuasa Pemandu akan memaklumkan maklumat terkini kepada Perdana Menteri, Unit ETP dan pihak berkepentingan utama yang lain seperti jemaah menteri secara suku tahunan (dua bulan sekali, pada enam bulan pertama pelaksanaan). Wakil sektor swasta akan bekerjasama erat dengan sektor awam pada tahap pelaksanaan. Entiti sektor swasta yang terlibat dalam EPP akan diwakili dan bekerjasama dengan erat dengan pemilik SKMM sebagai sebahagian daripada mesyuarat mingguan pasukan projek EPP. SKMM adalah fleksibel dalam pendekatan pelaksanaannya nanti, dengan penglibatan besar dalam EPP yang memerlukan lebih banyak sokongan kawal selia dan menggunakan pendekatan sentuhan ringan dengan EPP yang pada awalnya dipacu oleh sektor swasta. Sebagai peraturan, kewajipan tidak akan dikenakan secara keterlaluan terhadap peserta sektor swasta. Walau bagaimanapun, peserta sektor swasta akan dianggap bertanggungjawab terhadap komitmen yang telah diberikan oleh mereka. Di samping itu, Panel Penasihat CEO akan bersidang setiap suku tahunan untuk mempermudahkan kolaborasi seluruh sektor dan menyelesaikan isu-isu komersial yang berbangkit.
512
Bab 13 Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur - Memacu Peralihan ke Arah Masyarakat Berasaskan Pengetahuan
Pasukan ETP SKMM akan menyokong pengurusan projek dan memperbesarkan struktur SKMM. Pasukan ETP ini akan menyokong pelaksanaan EPP pada semua peringkat. Sokongan ini akan dilakukan dalam bentuk pemantauan kemajuan dan KPI, menandai dan menyelesaikan isu-isu serta memudahkan penyelarasan pelbagai pihak berkepentingan. Jadual 13-1
EPP
Pemilik Peneraju Inisiatif
Organisasi, syarikat dan agensi utama yang lain
Memupuk industri kandungan kreatif Malaysia
Zamani Zakariah
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Dalam Negeri, MIPO (perdagangan dalam negeri), MDeC, Media Prima, Astro, TM, RTM, Pembiaya Swasta (MAVCAP, MDV), IKS Sektor Kreatif
Menggunakan pembayaran 1Malaysia
Toh Swee Ho
Bank Negara, MEPS, Persatuan Bank-Bank, MTSFB, Pasukan Petugas Perbankan Internet, Khazanah
Menghubungkan 1Malaysia
Toh Swee Ho
MAMPU, Khazanah dan PNB, Pengilang Peranti
Mewujudkan E-Pembelajaran untuk pelajar dan latihan profesional
Zamani Zakariah
Kementerian Pelajaran, EPU, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, SKMM, PIBG Kebangsaan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), IKS yang mencipta kandungan dan aplikasi pendidikan, TM, TdC, Khazanah
Melancarkan E-Penjagaan Kesihatan
Zamani Zakariah
Kementerian Kesihatan, MMA, Syarikat Insurans, Khazanah, PNB, IKS yang mencipta kandungan dan aplikasi perubatan
Memperdalam E-Kerajaan
Dato Jailani Johari
MAMPU, agensi perintis dikenal pasti (contoh JKR), Penyepadu dan penyedia perkhidmatan yang lain
Memastikan Jalur Lebar untuk Semua
Mohd Ali Hanafiah
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Penyedia perkhidmatan (contoh Forum Akses)
Memperluas jangkauan
Dato Jailani Johari
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Penyedia perkhidmatan (contoh Forum Akses)
Menawarkan rangkaian pintar
Mohd Ali Hanafiah
Penyedia perkhidmatan dan pembekal teknologi
Memperluas rangkaian serantau
Toh Swee Ho
EPU, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, SKMM Penyedia perkhidmatan, Syarikat Pusat Data, Khazanah
Program Transformasi Malaysia 513 Hala Tuju Untuk Malaysia
Ringkasan NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur • Impak PNK tambahan pada tahun 2020
RM35.7 bilion
• Pekerjaan tambahan pada tahun 2020
43,162
• Sasaran dan pencapaian penting dalam tempoh 6 hingga 12 bulan • ‘Kandungan Kreatif MY’ dikenal pasti • Standard saling boleh kendali ‘Pembayaran 1Malaysia’ ditakrifkan • Perkongsian industri ‘Menghubungkan 1Malaysia’ dibentuk • Kumpulan pertama sekolah bandar dihubungkan kepada ‘E-Pembelajaran’ • Kumpulan pertama institusi perubatan dihubungkan kepada ‘E-Penjagaan Kesihatan’ • Pelan Hala Tuju proses dalam talian sepenuhnya bagi ‘E-Kerajaan’ disempurnakan • Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Pelan Induk Pembangunan Nasional dipinda • Proses menghapuskan infrastruktur aktif lebihan bermula • Standard perkhidmatan ‘Rangkaian Pintar’ ditakrifkan dan disokong oleh SKMM • 200 hingga 500 ekar tanah untuk pembangunan pusat data diperoleh