Bab 1
Bulan Mei, 1984.
“Dan akhir sekali, dijemput semula semua peragawan dan peragawati naik ke pentas peragaan dengan didahului oleh pereka fesyen bagi jenama G&D! Satu tepukan gemuruh buat Tuan Gabino Rachael Abdullah dan Puan Daarina Jaafar!!!” ucap pengacara majlis dengan penuh semangat di dalam sebuah pertunjukan fesyen di kota fesyen iaitu Paris, Perancis. Dewan pertunjukkan fesyen itu gamat dengan tepukan gemuruh dari para hadirin yang hadir dengan memberikan satu standing ovation buat pasangan suami isteri yang juga pereka fesyen yang terkenal dengan jenama G&D. Tamat pertunjukkan fesyen, pasangan itu dikerumuni oleh rakanrakan mereka yang tidak putus-putus menghujani pasangan ini dengan ucapan tahniah. ”Tahniah di atas kejayaan Tuan dan isteri!” ucap salah seorang daripada tetamu yang hadir. Tangan mereka juga tidak menang menyambut salam tahniah. Tuan Gabino berbisik kepada isterinya, ”Tahniah juga kepada awak. Pertunjukan fesyen ini tidak akan berjaya tanpa awak.” Satu kucupan dihadiahkan buat isterinya. Puan Daarina tersenyum ayu sambil tersipu-sipu dengan mata yang bersinar-sinar di khalayak ramai. Berpinar-pinar mata mereka dipanah dengan cahaya daripada flash kamera. Seorang wartawan lantas mengajukan soalan kepada Tuan Gabino, ”Tahniah di atas kejayaan tuan ini. Saya dengar khabar, ini merupakan pertunjukan fesyen tuan yang kesembilan?”
1
Dengan senyuman yang bangga, Tuan Gabino menjawab, ”Benar dan ia merupakan pertunjukan yang terbesar yang pernah kami adakan dalam masa sembilan tahun.” ”Hebat! Tahniah sekali lagi! Satu gandingan yang hebat daripada pasangan pereka fesyen yang terkenal!” puji wartawan itu. ”Puan, saya sungguh kagum dengan kreativiti puan. Walaupun sedang sarat mengandung, puan masih lagi bersemangat untuk hadir di pertunjukkan fesyen ini dengan hasil rekaan yang mengagumkan!” satu pujian ditujukan buat Puan Daarina pula yang setia di sisi Tuan Gabino sambil mengusap-usap perutnya yang sedang memboyot. Puan Daarina hanya mampu tersenyum bagi membalas pujian yang diberikan oleh wartawan itu. Nafasnya sudah mulai sedikit sesak. Ada kontraksi yang berlaku pada kandungannya. Peluh jantan mula menitis laju di dahi Puan Daarina. Dia kebingungan, ”Tidak mungkin aku tersilap kira? Kalau diikutkan pada perkiraan, kandungan ini dijangka lahir lagi empat minggu!” Tuan Gabino terasa tangannya digenggam kuat oleh isterinya. Dia melihat isterinya kelihatan tidak selesa. Dirinya hampir terjelepuk ke lantai. Tiba-tiba, gaun labuh yang direka khas buat isteri yang tersayang dibasahi air. Lantai berdekatan mereka juga basah. Suasana menjadi cemas lantas Tuan Gabino menjerit meminta bantuan, ”Sesiapa di sini seorang doktor! Minta bantuan! Air ketuban isteri saya pecah! Isteri saya mahu melahirkan anak kami!” -----------------------------Tuan Gabino merupakan seorang berbangsa Perancis yang telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan Puan Daarina yang berbangsa Arab Muslim.
2
Mereka berdua merupakan pereka fesyen yang sangat terkenal di kota Paris dan ramai yang mencemburui gandingan mantap mereka. Hasil perkahwinan mereka telah melahirkan tiga orang cahaya mata perempuan yang sangat cantik iaitu Quatalina, Fabienna dan Gabinia. Disebabkan ketegasan Tuan Gabino, dia telah menetapkan bahawa cita-cita untuk setiap anak-anaknya sedari kecil lagi. Setiap anaknya perlu mengikuti jurusan yang telah ditetapkan olehnya iaitu Quatalina dalam jurusan pengurusan perniagaan, Fabienna jurusan perekaan fesyen dan Gabinia dalam jurusan akauntan. Tujuan Tuan Gabino adalah supaya perniagaan G&D boleh diwarisi dan diuruskan dengan lebih baik di masa ketiadaan mereka suami isteri nanti. -----------------------------”Hmm...tahun ini terasa macam mahu pergi makan angin ke negara Asia Tenggara pulalah,” kata Quatalina sambil membelekbelek risalah-risalah yang didapatinya dari pameran perlancongan antarabangsa. Quatalina baru sahaja menamatkan ijazah sarjanamudanya dalam bidang pengurusan perniagaan di sebuah universiti di tanah kelahirannya. Hobinya adalah mengembara, melancong dan berfotografi. Quatalina pergi mendapatkan adik-adiknya untuk mengajak mereka bersamanya pergi melancong. ”Fabienna! Gabinia! Minggu depan kamu berdua jangan ke mana-mana, tahu? Ikut Kak Q melancong. Kita pergi ke Malaysia tahun ini!” Quatalina bersuara riang membuat pengumuman.
3
”Ayah dan ibu tidak ikut sekalikah?” tanya Gabinia sambil memeluk bantal beruangnya. Ada sedikit kerisauan di wajahnya. Walaupun ibubapa mereka sentiasa sibuk, Puan Daarina amat rapat dengan anak-anaknya terutama sekali Gabinia yang baru sahaja berumur lima belas tahun itu. Mereka adik-beradik mempunyai perbezaan umur tiga tahun. ”Mereka tidak dapat ikut kali ini kerana mereka ada jemputan ke pertunjukan fesyen rakan niaga mereka tidak lama lagi,” jawab Fabienna, anak kedua Tuan Gabino. ”Kita tunggu sajalah sampai habis pertunjukan itu nanti baru kita pergi bersama-sama,” rayu Gabinia dengan suara manja. ”Gee janganlah risau! Bukankah Kak Q dan Kak B ada. Mereka berdua sibuk mencari duit untuk kita juga. Bulan ini kita pergi ke Malaysia, hujung tahun nanti kita pergi ke negara lain pula bersama ayah dan ibu. Lagi pun kalau kita lawati Malaysia pada hujung tahun nanti, ada musim tengkujuh pula di sana,” pujuk Quatalina panjang lebar. ”Apa itu musim tengkujuh?” tanya Gabinia lagi. Quatalina menjawab soalan adiknya sambil membuka buku peta, ”Macam kita yang tinggal di Perancis ini mengalami perubahan iklim empat musim setiap tahun tetapi bagi negara yang berada di garisan khatulistiwa seperti Malaysia pula, mereka mengalami iklim panas dan lembap. Musim tengkujuh adalah musim hujan lebat yang kadang-kala membawa kepada banjir.” Gabinia bertepuk tangan mendengar penjelasan kakak sulungnya manakala Fabienna pula terangguk-angguk bersetuju dengan penjelasan Quatalina.
4
”Kalaulah Kak Q jadi Cikgu geografi di sekolah kami, mesti kami semua boleh dapat markah penuh untuk matapelajaran ini,” kata Fabienna. ”Mengapa pula? Bukankah Puan Melinda pandai mengajar matapelajaran ini?” tanya Quatalina kekeliruan. Mereka semua dihantarkan ke sekolah swasta yang sama maka ada di antara guru mereka yang pernah mengajar Quatalina sebelum ini. ”Puan Melinda itu old fashion, Kak Q. Tidak seronok dapat Cikgu yang sudah tua,” rungut Fabienna sambil menjuihkan bibirnya. ”Betul Kak Q! Lainlah macam Kak Q, cantik...muda...pandai pula,” puji Gabinia. ”Hish! Tidak baik kamu berdua berkata begitu. Kita mesti hormati guru kita walaupun mereka sudah tua dan tidak bergaya lagi, tahu! Kalau tidak hormati guru, khuatir pula ilmu yang kita dapat nanti tidak berkat!” pesan Quatalina pada adik-adiknya. ”Baiklah, Cikpuan Quatalina!” Kedua-dua adiknya menunduk hormat seperti orang Jepun. -----------------------------Quatalina dan adik-adiknya baru sahaja melangkah keluar dari teksi setelah separuh hari dihabiskan dengan bersiar-siar di bandar Kuala Lumpur. ”Aduh! Panasnya Malaysia ini!” rungut Fabienna sambil mengipas-ngipaskan dirinya dengan sebuah kipas tangan. ”Banyak pula komplen dia!” kata Quatalina sambil menjeling kepada adiknya.
5
Quatalina menghulurkan beberapa beg membeli-belah kepada Fabienna dan Gabinia. ”Mari tolong Kak Q angkat barang-barang ini masuk ke bilik hotel,” arah Quatalina. ”Habis itu, Kak Q tidak bawa apa-apakah? Ini sudah tidak adil! ” protes Gabinia pula. Tingkah-lakunya seperti Abdul Wahab dan Abdul Wahib di dalam filem Tiga Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dia seperti tidak berpuas hati apabila melihat Quatalina tidak membawa sebarang beg di tangannya. ”Bukankah Kak Q ini, kakak yang sulung? Kakak sulung boleh arah adik-adiknya,” jawab Quatalina sambil tersenyum sinis. ”Hish! Memanglah Kak Q tidak adil! Nanti bila kita balik Paris, saya mengadu pada ibu. Biar padan muka Kak Q kena denda nanti,” Gabinia menghasut Fabienna supaya turut mengadu kepada ibunya bila pulang nanti. ”Itu pun mahu mengadu? Perangai macm budak sekolah tadika sahaja. Kak Q hanya mahu pergi ke sana sebentar sahaja!” kata Quatalina sambil jarinya menuding ke arah sebuah banner yang sedang digantung di lobi hotel. Sebelah lagi tangannya menghulurkan kunci bilik hotel kepada Fabienna. ”Ada apa di sana?” tanya Gabinia yang sedang tersenget-senget bahunya memegang beg plastik yang penuh di jari. ”Sebab tidak tahu lagilah yang Kak Q mahu pergi sibuk-sibuk ambil tahu. Sudah! Pergi masuk bilik, nanti habis pula waktu solat Asar kamu berdua. Kak Q sudah solat jamak takdim tadi,” jawab Quatalina lantas menuju ke lobi hotel.
6
Fabienna dan Gabinia segera memasuki lift hotel. Di dalam lift, Gabinia mengomel sambil membuat muka tidak puas hati, ”Kak Q yang gila kuasa. Menyampah!” ”Apa pula yang gila kuasanya? Memang semua barang ini tiada satu pun milik Kak Q. Kita berdua saja yang berbelanja sakan tadi. Bukannya Gee tidak tahu yang Kak Q itu bukannya kaki shopping macam kita berdua,” Fabienna mempertahankan Quatalina. ”Eh? Betulkah? Hihi...,malunya saya kerana emosional salah tempat,” jawab Gabinia tersipu-sipu malu dengan wajah yang merah padam. -----------------------------Sementara di lobi hotel pula, Quatalina dengan sabar menanti sambil berdiri tidak jauh daripada para pekerja yang sedang ditugaskan untuk menggantung sehelai banner. Walaupun belum sepenuhnya tergantung, namun kelibat gambar kamera yang tertera pada banner itu amat menarik minatnya untuk mendekati iklan itu. Selesai banner itu digantung, iklan yang tertera dibaca dengan teliti. Ada senyuman yang terukir dibibir Quatalina. ”Ini sudah cukup baik! Satu peluang keemasan!” jerit Quatalina dalam bahasa Perancis. Jeritan Quatalina ini menarik perhatian beberapa pengunjung hotel. Quatalina segera mengawal tingkah-lakunya dan segera berlalu ke lift menuju ke bilik penginapannya. Mukanya kemerah-merahan menahan malu. -----------------------------Quatalina baru sahaja selesai mengeringkan rambutnya di dalam bilik mandi dengan alat pengering rambut. Sambil bersiap sedia untuk keluar makan malam, dia menegur adik-adiknya yang masih lagi belum
7
menukar pakaian untuk turut menyertainya makan malam, ”Eh! Kamu berdua sudah kenyangkah? Kak Q mahu pergi makan malam sebentar lagi. Kalau lambat-lambat nanti kafeteria tutup pula.” Gabinia sedang sibuk membelek-belek pakaian yang baru dibelinya siang tadi manakala Fabienna pula sedang sibuk menukarnukarkan siaran televisyen. ”Saya tidak mahu makan. Saya puasa malam ini,” jawab Gabinia yang masih lagi leka membelek-belek baju barunya. Dia amat terpesona dengan pakaian-pakaian buatan Malaysia itu. Fabienna membaling sebiji bantal ke arah Gabinia lantas berkata, ”Kamu jangan mengada-ngada! Puasa malam konon! Cepat siap! Kami tidak mahu jadi macam malam semalam, tengah-tengah malam buta kamu merengek mahu makan.” ”Aduh! Sakitlah! Saya akan bersiap sekarang!” jawab Gabinia sambil mengalihkan bantal yang tepat terkena di mukanya lantas bersegera bangun dari katil untuk menyiapkan dirinya. Sambil menunggu Gabinia menukar pakaian, Quatalina berkata kepada Fabienna, ”Petang Jumaat akan datang ini, Kak Q mahu hadiri kursus fotografi selama tiga hari dua malam. Kalau kamu berdua mahu ikut, boleh Kak Q daftarkan nama kamu berdua di lobi nanti.” ”Kursus itu dibuat di mana?” tanya Fabienna dengan suara malas. Nadanya seperti tidak tertarik dengan pelawaan kakaknya itu. ”Di kawasan air terjun menurut maklumat yang diberi pada iklan itu,” jawab Quatalina dengan penuh minat. ”Air terjun? Mesti lokasinya di dalam hutan, bukan? Hish! Takutlah tidur dalam hutan. Kak Q pergilah seorang diri. Kami janji akan tinggal di hotel ini baik-baik, tapi jangan lupa tinggalkan pada kami kad kredit
8
ayah. Nanti mati kering pula kami berdua,” jawab Fabienna sambil tertawa terkekeh-kekeh. ”Bosan betul hidup kamu berdua ini. Tiada cabaran langsung!” jawab Quatalina dalam nada berbisik sambil menjuihkan bibirnya. ”Apa? Cakaplah kuat sikit?” soal Fabienna. ”Tiada apa-apa? Baguslah kamu berdua tidak ikut. Nanti kalau sesat dalam hutan, susah pula Kak Q mahu cari,” Quatalina mengubah jawapannya. ”Huh!” Fabienna menjungkit hidungnya yang mancung ke arah Quatalina.
Bab 2
9
Quatalina sampai di kawasan Eco Resort, air terjun Sungai Sumbing iaitu lokasi di mana kursus fotografi diadakan dengan menaiki teksi. Quatalina telah memohon supaya pihak hotel membantunya dalam menguruskan perjalanannya ke situ. Memandangkan hanya Quatalina sahaja peserta wanita di dalam kursus itu, maka dia telah di tempatkan sebilik dengan tiga orang model wanita yang disediakan oleh pihak penganjur kursus. Selesai mendaftar, semua peserta diminta berkumpul di dalam dewan terlebih dahulu kerana kursus itu terbahagi kepada 30 peratus penerangan secara teknikal dan 70 peratus aktiviti praktikal. Quatalina masuk ke dalam dewan dan duduk di meja peserta. Seorang peserta menegurnya, ”Eh! Ini meja peserta kursus. Model bukan duduk di sini.” Quatalina tersenyum mendengar teguran itu. ”EnCik jangan salah faham. Saya juga salah seorang daripada peserta kursus ini.” ”Oh! Begitukah! Maafkan saya. Nama saya Fahrin bin Imad,” Fahrin memperkenalkan diri kepada Quatalina sambil menghadiahkan segaris senyuman. Belum sempat Quatalina memperkenalkan dirinya pula kepada Fahrin, tiba-tiba seorang peserta datang mencelah untuk memperkenalkan dirinya pula, ”Nama saya Mohamad Melvin.” Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Quatalina tetapi hanya disambut dengan tundukan hormat sahaja darinya. Tidak lama selepas itu ramai pula beberapa peserta lelaki yang lain datang untuk berkenalan dengan Quatalina sehingga mereka
10
semua tidak perasan akan kehadiran fasalitator-fasalitator bagi kursus itu. ”Prit!!!” satu bunyi wisel kedengaran dari mulut salah seorang fasalitator yang sedang berdiri di hadapan dewan. Semua peserta kelam-kabut pergi ke tempat duduk masingmasing. ”Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para peserta yang hadir. Nama saya Tomat tapi tuan-tuan boleh panggil saya Tom dan di sebelah saya ini adalah fasalitator-fasalitator yang akan memberi tunjuk ajar kepada tuan-tuan semua di sepanjang kursus ini berlansung. Selamat datang ke kursus kami dan terima kasih di atas sambutan tuan-tuan semua,” ucap EnCik Tom diikuti dengan tepukan tangan para hadirin di dalam dewan tersebut. Matanya memerhatikan wajah para peserta dan terhenti apabila sampai kepada Quatalina. ”Tuan-tuan juga amat bertuah pada hari ini kerana kursus kami kali ini telah dihadiri oleh seorang wanita jelita yang datang dari Perancis. Namanya ialah Cikpuan Quatalina.” jelas EnCik Tom sambil menunjuk ke arah Quatalina. Quatlina tersipu-sipu malu sambil pipinya yang putih bak telur dikupas bertukar kemerah-merahan bak merah delima. ”Saya berharap tuan-tuan semua akan lebih bermotivasi dengan kehadiran bunga mawar yang sekuntum ini! Diharap tiada yang akan mengambil kesempatan atau membulinya pula,” pesan EnCik Tom lagi. Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan sorakan dan tepukan tangan para hadirin. EnCik Tom kemudian menyampaikan kepada setiap peserta satu set fail yang dilengkapi dengan modul latihan sepanjang tiga hari kursus fotografi itu.
11
”Sekarang saya mahu tuan-tuan semua lihat ke dalam fail yang saya berikan sebentar tadi. Sila lihat pada nombor yang tertera di situ dan berkumpul dalam kumpulan masing-masing selepas ini.” EnCik Tom memberi arahan. ”Kumpulan satu akan bersama EnCik Wajar, kumpulan dua dengan EnCik Ong dan kumpulan ketiga pula akan bersama saya.” Semua peserta memasuki kumpulan masing-masing, Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. Quatalina dan Fahrin berada di dalam kumpulan yang sama. Semasa menunggu arahan seterusnya diberikan oleh fasalitator masing-masing, Fahrin sempat bertanya kepada Quatalina dalam nada berbisik, ”Awak boleh fahamkah bahasa Melayu dengan baik? Kalau tidak faham, saya boleh bantu awak.” ”Terima kasih. Saya pernah belajar Kesusasteraan Bahasa Melayu selama setahun sebelum ini,” jawab Quatalina sambil tersenyum. ”Di mana?” ”Di universiti Perancis.” ”Wah! Hebatnya! Saya tidak sangka, bahasa Melayu juga ada diajar di luar negara. Di universiti pula itu ia diajar, ” jawab Fahrin tersenyum bangga. Mereka berdua berbalas senyuman. Sejak terpandang senyuman Quatalina itu, telinga Fahrin sering terngiang-ngiang irama lagu nyanyian penyanyi Jat dari kumpulan Black Dog Bone. Kadang-kala mulutnya juga menyanyikan lagu itu dengan perlahan. ”Gadis ayu, lesung pipit di pipi. Ayu, senyummu menawan.” ------------------------------
12
Para peserta dibawa ke lokasi pengambaran yang pertama iaitu di hadapan air terjun. ”Baiklah! Kita mulakan pengambaran kita dengan merakamkan gambar yang ada model di hadapan air terjun ini. Tuan-tuan semua boleh gunakan kreativiti anda dengan tip-tip yang telah kami ajar tadi. Hati-hati apabila memijak batu-batuan di sini,” EnCik Tom memberikan tunjuk ajar sambil berpesan supaya lebih berhati-hati ketika berjalan di batu air terjun yang licin dan berlumut itu. Oleh kerana mereka disediakan dengan tiga orang model, maka setiap peserta dibenarkan bertukar-tukar model semasa pengambaran dilakukan. Ketika Quatalina sedang merakamkan aksi model yang kedua, seorang peserta telah merapatinya lalu memberikan cadangan nakal dilokasi pengambaran itu. ”Apa kata kita minta Cik Quatalina pula yang beraksi di hadapan kamera.” ”Eh! Saya tidak mahu,” jawab Quatalina menahan malu. ”Janganlah begitu. Bukannya selalu kami dapat merakamkan gambar wanita jelita dari Perancis,” usik seorang lagi peserta sambil cuba menarik-narik lengan Quatalina supaya mara kehadapan menggantikan tempat model kedua. ”Minta maaf, saya pun datang ke kursus ini untuk belajar. Banyak lagi ilmu yang saya harus pelajari. Nanti saya kerugian pula,” Quatalina menolak ajakan peserta itu dengan baik sambil mengelakkan tangannya dipegang oleh peserta itu. Fahrin yang masih lagi merakam aksi model untuk kumpulannya dapat melihat Quatalina sedang berdiri bersama beberapa peserta di kumpulan kedua tidak jauh dari tempat kumpulannya berada.
13
”Quatalina itu sedang berbual atau sedang diganggu?” tanya Fahrin kepada dirinya. Dia kemudian mengacukan lensa kameranya sambil dizoom ke arah Quatalina. Pada mulanya Fahrin hanya mahu merakamkan aksi spontan mereka. Tetapi setelah lensa itu difokus dengan lebih dekat, kelihatan wajah Quatalina seperti tidak selesa dengan layanan beberapa peserta yang sedang mendekatinya dan tangannya juga sedang menepis-nepis lelaki bersebelahannya. ”Eh! Dia sedang diganggulah! Baik aku datang segera ke sana untuk membantu. Lagi pun fasalitator sedang sibuk mengajar, mungkin mereka tidak perasan perkara yang sedang berlaku itu,” kata hati Fahrin yang kemudiannya bergegas untuk mendapatkan Quatalina. Baru sahaja kakinya melangkah tiga tapak ke hadapan, tiba-tiba kedengaran...,”Kedebush!” bunyi seperti satu benda besar jatuh ke dalam air sungai diikuti dengan jeritan suara seorang wanita yang meminta tolong. Fahrin melajukan langkahnya menyusuri tempat licin dengan berhati-hati. Matanya meliar mencari kelibat mangsa yang jatuh ke dalam arus deras air sungai itu. Fahrin teringat pagi tadi, salah seorang daripada pekerja eco resort air terjun Sungai Sumbing ada berpesan kepadanya bahawa semalam hujan lebat maka arus air sungai akan lebih deras daripada biasa. ”Di mana pula mangsa itu?” tanya Fahrin sambil menanggalkan kasutnya untuk bergegas menyelamatkan mangsa.
14
”Quatalina di situ! Di situ!” jawab salah seorang daripada peserta yang terlompat-lompat cemas sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah tubuh yang sedang tenggelam-timbul dihanyut oleh arus air sederhana deras. Berbekalkan pengalaman sebagai guru renang sambilan, Fahrin segera melompat dan berenang bagi menyelamatkan mangsa yang hampir lemas itu. Perlahan-lahan tubuh mangsa itu ditarik ke tepi di atas batu-batuan. Para fasalitator turut menghulurkan tangan untuk membantu. ”Beri laluan, beri laluan!” Tiba-tiba kedengaran suara garau menghampiri Fahrin. ”Mangsa perlu diberi bantuan pernafasan CPR!” Terhegeh-hegeh peserta yang bernama Arumugam menolak-nolak peserta lain untuk menghampiri Quatalina. Melihat wajah Arumugam, Fahrin teringat akan peristiwa tadi. Arumugam adalah salah seorang daripada peserta yang turut mengganggu Quatalina tadi. ”Ke tepilah engkau!” jerkah Arumugam kepada Fahrin. Fahrin tidak sempat menghalang kehadiran Arumugam ke sisinya kerana dia telah ditolak keras oleh Arumugam yang berpura-pura ingin memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada Quatalina. Sebenarnya dia hanya mahu mengambil kesempatan sahaja ke atas Quatalina tanpa diketahui orang lain dengan berpura-pura pandai dalam cara-cara melakukan CPR. Belum sempat bantuan itu diberikan kepada Quatalina, tiba-tiba Quatalina terbatuk-batuk lalu memuntahkan air yang hampir saja tersembur ke wajah Arumugam namun sempat dia mengelaknya. Quatalina lalu bergerak-gerak dan matanya dibuka perlahan-lahan.
15
Sejurus selepas matanya terpandang wajah Arumugam di hadapannya, Quatalina terus menjerit seperti terkena histeria, ”Lembaga hitam ini yang menyebabkan saya terjatuh tadi! Jauhkan dia dari saya! Jauhkan dia dari saya!” Serta-merta Arumugam ditarik ke belakang menjauhi Quatalina. Quatalina pengsan semula. ”Sampai hati dia panggil aku lembaga hitam. Dia tidak tahukah, hitam itu menawan?” Arumugam memujuk hati sendiri. -----------------------------”Terima kasih kerana sudi menyelamatkan saya,” ucap Quatalina kepada Fahrin. Sambil tersenyum, Fahrin menjawab, ”Jangan berterima kasih kepada saya sahaja. Syukur kepada Allah Taala yang telah memanjangkan umur awak dan terima kasih juga kepada model berdua ini kerana sudi bantu memapah awak ke sini tadi. ” ”Wah! Tidak sangka pula model-model yang berbadan genit ini kuat memampah aku ke sini,” kata hati Quatalina lalu dia bersalaman sambil mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua model itu. Mereka sekarang sedang menunggu giliran berhadapan kaunter mengambil ubat di hospital berdekatan. Sambil duduk menunggu bersama tiga orang wanita itu, hati Fahrin pula berkata, ”Susah juga jadi orang cantik ini. Banyak sangat peminat sampai tidak selesa untuk ke sana ke mari.” Fahrin yang menawarkan diri untuk menghantarkan Quatalina ke hospital yang teletak di pekan Sungai Sumbing 10 kilometer dari eco resort mereka. Mujurlah Quatalina sedar dari pengsan semasa mereka dalam perjalanan ke hospital.
16
Tiada kecederaan yang serius pada Quatalina, hanya beberapa kesan calar di beberapa tempat di kaki dan tangannya. Ketika bersandar di kerusi di ruang menunggu, Fahrin menyoal Quatalina sambil menunjukkan tiga jari di tangan kanan dan dua jari di tangan kirinya, ”Quatalina, cuba lihat sini. Ada berapa jumlah jari saya sekarang?” Quatalina berkerut kening sambil menjawab, ”Lima.” ”Hahaha...pandai pun,” jawab Fahrin sambil menepuk tangannya. ”Saya hanya mahu mengesahkan kata-kata doktor selepas dia periksa awak tadi.” ”Apa katanya?” Quatalina menyoal dengan wajah yang penuh tanda tanya. ”Doktor kata, kalau dilihat dari luaran, awak memang tiada kecederaan di dalam otak. Namun, ia mungkin ada kesan sampingan di kemudian hari. Jadi sebelum kita pulang, saya mahu cuba duga kepintaran awak sekali lagi bagi mendapatkan pengesahan buat kali kedua,” jawab Fahrin tersenyum nakal. ”Hei! Ingatan saya masih elok lagilah!” jawab Quatalina separa marah. Satu cubitan kecil hinggap di pinggang Fahrin. Fahrin terlompat di atas kerusi kemudian menjerit, ”Aduh! Tolonglah jangan cubit! Saya percaya kata-kata awak, saya percaya kata-kata awak.” Fahrin merayu kemudian menjauhkan dirinya daripada wanita Perancis itu. Fahrin mencari kerusi di belakang Quatalina pula sambil menggosok-gosok kesan cubitan Quatalina tadi. ”Boleh tahan juga pedih dia cubit aku. Aku rasa 99 peratus spesis wanita di dunia ini memang ada sedikit sawan ketamlah.”
17
-----------------------------”Hadiah ketiga dimenangi oleh Cik Quatalina!” umum EnCik Tom di hari akhir kursus fotografi. Pihak penganjur berbesar hati untuk memberi tiga buah hadiah saguhati kepada para peserta yang berjaya merakam gambar-gambar yang kreatif di sepanjang kursus yang diadakan. ”Saya amat gembira sekali dengan prestasi Cik Quatalina walaupun dia tercedera semasa kursus. Lagi satu saya ingin berpesan, bergurau itu boleh tetapi jangan sampai membahayakan nyawa orang lain pula,” pesan EnCik Tom sambil matanya menjeling ke arah Arumugam dan dua lagi peserta lain yang pernah mengganggu Quatalina. Mereka bertiga hanya tertunduk malu. Selesai sesi fotografi berkumpulan, para peserta semua bersiapsedia untuk pulang. Ada juga yang bertukar-tukar nombor telefon untuk berhubungan lagi selepas kursus itu. ”Mila, Ayu dan Rita, boleh saya dapatkan alamat rumah awak? Saya mahu kirimkan hadiah tanda terima kasih kepada awak semua,” kata Quatalina kepada rakan-rakan sebiliknya yang juga model untuk kursus itu. Tangannya ligat mencatat alamat mereka di dalam buku kecil lalu dimasukkan ke dalam tas tanganya. ”Awak tidak mahu catat alamat saya juga?” tanya Fahrin yang tiba-tiba sahaja menyampuk. Fahrin mempamerkan barisan giginya yang berikat besi kepada rakan-rakan wanitanya. ”Nah! Ambil pen ini,” jawab Quatalina sambil menghulurkan sebatang pen berjenama Montblanc kepada Fahrin.
18
Dengan wajah yang sangat gembira, Fahrin menyambut pen itu sambil berkata, ”Wah! Awak hadiahkan saya pen mahal ini kepada saya? Awaklah kawan saya dunia akhirat!” Fahrin melompat-lompat kegembiraan. Beberapa peserta lain sedikit terpegun melihat aksi riang-ria Fahrin yang sedang dikelilingi oleh empat orang wanita itu. Tiba-tiba satu cubitan hinggap di pinggang Fahrin. ”Saya bukan mahu hadiahkan awak pen itu. Saya mahu awak tuliskan alamat awak di sehelai kertas menggunakan pen saya sementara saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan pekerja di eco resort ini.” Kali ini Fahrin dapat mengelak sedikit cubitan Quatalina. Kalau tidak pasti bertambah lagi satu kesan cubitan pada badannya. Quatalina lantas berlalu dari situ meninggalkan Fahrin tercari-cari sehelai kertas dari dalam begnya. Lima belas minit selepas itu, seorang pekerja di eco resort Sungai Sumbing berlari-lari anak mendapatkan Quatalina. ”Cik Quatalina! Cik Quatalina!” jerit lelaki itu yang bersuara termengah-mengah. Quatalina menoleh sambil bertanya,”Ya, ada apa?” ”Teksi Cikpuan sudah sampai di ruang parkir sana,” kata lelaki itu sambil menunjukkan arah teksi yang diparkir di sebelah sebuah kereta salah seorang peserta. Sambil mengangkat begnya, Quatalina berjalan menuju ke teksi itu. Fahrin mengejarnya dari belakang sambil menjerit untuk menawarkan bantuan, ”Quatalina! Marilah saya bantu angkat beg awak!” Quatalina menolak bantuan Fahrin dengan sopan, ”Tidak mengapa, beg saya ringan sahaja.”
19
”Kalau begitu, izinkan saya menghantar awak ke teksi itu kerana kebetulan ia diparkir bersebelahan dengan kereta saya. Saya pun mahu beransur pulang juga,” jelas Fahrin lagi. ”Baiklah!” Mereka lalu berjalan beriringan. Arumugam dan peserta lain memandang dari jauh dengan rasa kecewa. ”Cis! Melepas aku mahu pikat dia. Kalau tidak, pasti emak aku bangga dapat menantu seorang wanita Perancis. Kanta matanya pun berwarna hijau seperti mata kucing kesayangan emak aku,” rungut Arumugam. ”Banyaklah awak punya berangan, Arumugam!” sindir EnCik Tom yang kebetulan terdengar rungutannya. ”Itulah, lain kali kalau mahu pikat wanita, berperangailah seperti seorang gentleman macam si Fahrin itu,” sampuk EnCik Ong pula. Mereka yang ada di situ semua mentertawakan Arumugam yang kemalu-maluan seperti beruk terkena belacan. Semasa di teksi, Quatalina sempat menghulurkan kad nama hotel penginapan lima bintang yang merupakan hotel penginapannya sementara berada di Malaysia kepada Fahrin melalui tingkap teksinya sambil memberitahunya, ”Kami akan berada di Malaysia sehingga hujung bulan ini. Selamat tinggal.” Belum sempat Fahrin bertanya, Quatalina sudah melambailambaikan tangannya kemudian teksi itu berlalu meninggalkan Fahrin yang sedang berdiri bersebelahan keretanya. ”Apalah pakCik teksi ini. Aku belum sempat cakap apa-apa lagi, dia sudah pergi. Kacau daun betul!” rungut Fahrin seorang diri.
20
Sambil membelek-belek kad nama di tangannya, Fahrin menyoal kepada dirinya sendiri. ”Kad apa ini?” Matanya ligat membaca maklumat di atas kad itu. ”Mungkin ini tempat tinggal dia di Malaysia. Hmmm...nama hotel ini pun macam aku kenal sahaja!” Fahrin tersenyum seorang diri sambil menjemput-jemput dagunya yang berjanggut sejemput. Bab 3 ”Ting! Tong!” bunyi loceng bilik hotel penginapan Quatalina dan adik-adiknya berdenting. Gabinia meluru ke pintu bilik lantas menjengah menerusi lubang di pintu itu untuk memastikan siapakah tetamu yang menekan loceng di luar bilik hotel mereka. Kelihatan seorang lelaki yang dipakaiannya ada tertulis ‘Foto Ekspres’ di luar bilik. Lelaki itu menunggu dengan perasaan yang sedikit gelisah dan kelihatan kepalanya sentiasa tertoleh ke kiri kanan sambil matanya ligat melilau ke depan dan ke belakang. Gabinia tidak terus membuka pintu itu tetapi terus berlari mendapatkan kakaknya, Quatalina. Melihat Gabinia yang termengahmengah mendapatnya, Quatalina bertanya dengan kening yang berkerut, ”Mengapa lari-lari ke sana ke mari macam tikus hamster? Bukankah Kak Q suruh tengokkan siapa yang tekan loceng tadi?” Tangannya sedang laju menganyam tocang pada rambut Fabienna. ”Sudah tengok, tapi kena minta kebenaran Kak Q dahulu baru boleh buka pintu,” jawab Gabinia sambil berebut menyedut oksigen. Quatalina tidak terus menjawab dengan kata-kata tetapi hanya bertanya dengan melakukan isyarat mengangkat-angkat keningnya sahaja.
21
”Ada seorang lelaki di luar sana. Dia pakai baju yang tertulis ’Foto Ekpres’,” terang Gabinia kepada kakaknya. ”Foto Ekspres?” Quatalina cuba mengingatkan semula di mana dia pernah mendengar perkataan itu. ”Hah!” Quatalina menjerit lantas melompat sambil mencapai tuala mandi untuk menutup rambutnya dan terus menuju ke pintu bilik mereka untuk segera membukanya. ”Maaf enCik kerana lambat membuka pintu,” kata Quatalina sambil menunduk-nunduk kepalanya ke arah lelaki di luar pintu itu. Segaris senyuman dipamerkan oleh tetamu itu lantas menjawab, ”Tidak mengapa, saya baru sahaja menunggu sepuluh minit. Lainlah kalau saya kena tunggu sepuluh tahun.” Lelaki itu berlawak lantas menghulurkan dua buah beg plastik dan sehelai kertas kepada Quatalina. Quatalina hanya tersenyum kelat sahaja mendengar lawak tetamu itu. ”Tolong turunkan tanda tangan Cikpuan di sini sebagai bukti penerimaan barang ini.” Quatalina menyambut barang-barang itu dan menurunkan tanda tangannya. Setelah mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu, dia pun berlalu pergi dan Quatalina masuk semula ke ruang biliknya sambil menjengah ke dalam beg plastik itu satu persatu dengan penuh kecerian. ”Apa itu Kak Q?” tanya Gabinia sambil menunjuk ke arah beg plastik yang Quatalina bimbit. ”Ini gambar-gambar yang Kak Q rakamkan semasa menghadiri kursus fotografi tempohari,” jawab Quatalina sambil menghulurkan
22
satu album gambar yang sudah dilihatnya kepada Gabinia. Album gambar itu lalu dilihat bersama Fabienna. ”Amboi! Cantik sungguh gambar-gambar yang Kak Q rakamkan ini! Berapa gulung filem yang Kak Q cuci? ” Gabinia memberi pujian terhadap hasil kreativiti kakak sulungnya. ”Lebih kurang tiga empat gulung filem jugalah habis. Fasalitator dan peserta di sana bagus-bagus. Mereka ajar teknik-teknik yang mudah difahami agar filem tidak dibazirkan dan gambar yang terhasil lebih kreatif dan nampak seni. Berbaloi Kak Q masuk kursus itu,” jawab Quatalina sambil menghulurkan lagi satu album gambar yang telah dilihatnya kepada Fabienna pula. ”Wah! Boleh tahan kacak juga orang-orang Malaysia, ya?” kata Fabienna. Gabinia segera mendapatkan kakaknya sambil bertanya, ”Mana? Mana orang yang kacak itu?” ”Hish! Pantang dengar orang sebut perkataan kacak. Berebut mahu tengok!” kata Fabienna sambil menunjukkan gambar berkumpulan peserta kursus kepada Gabinia. ”Kak Q pernah terdengar seorang bijak pandai berpesan. Berhatihatilah dengan orang yang cantik dan tampan kerana kebanyakan masalah perasaan timbul dari mereka ini,” nasihat Quatalina kepada adik-adiknya. Gabinia memuncungkan bibirnya apabila mendengar pesanan kakaknya langsung bertanya, ”Saya yang lawa ini bagaimana pula? Saya belum lagi menimbulkan sebarang masalah kepada sesiapa pun?”
23
”Cis! Cantik konon!” sindir Fabienna sambil melontarkan sebiji bantal ke arah Gabinia. Gabinia sempat menyambut bantal itu dengan sebelah tangannya. ”Bergurau sahaja kerja budak berdua ini.” Pening Quatalina melihat karenah dua orang adiknya itu. Mujurlah mereka hanya tiga beradik sahaja. Kalau ada lagi dua orang adik di bawah Gabinia, pasti Quatalina tidak menang tangan melayan mereka. ”Ehem! Ehem!” Fabienna berdehem sebelum menyambung lagi percakapannya. ”Sebab itulah Allah memerintah hambanya supaya menjaga akhlak yang mulia dan menjaga aurat agar tidak mendatangkan fitnah,” jawab Fabienna pula. ”Kamu memang kalau bercakap..., nombor satu tahap kepandaiannya tetapi diri sendiri pun sekejap pakai tudung sekejap tidak. Ikut suka hati dia sahaja. Bertudung bukan fesyen tahu!” sampuk Quatalina dengan gaya seorang ibu yang berleter. ”Baiklah, baiklah, nanti balik Paris saya pakailah tudung betulbetul,” Fabienna memberi alasan. Gabinia tersenyum sahaja melihat Fabienna dimarahi kakaknya. ”Eh! Siapa pula lelaki yang berkulit gelap ini? Selalu sahaja dia menyibuk di dalam gambar yang ada Kak Q. Sekejap dia buat tanduklah pada kepala Kak Q, sekejap dia bergambar terjelir lidahlah di bahu Kak Q, macam budak-budak pula.” Fabienna menukar topik perbualannya. Quatalina tidak menjawab soalan adiknya. Dia hanya memasamkan mukanya kerana lelaki itulah penyebab dirinya hampir lemas di air terjun itu.
24
”Tengok lelaki yang lagi satu ini. Wajahnya sedap saja mata memandang. Dia tidaklah terlalu kacak tetapi nampak macam orang yang baik-baik sahaja,” puji Gabinia pula. Quatalina kehairanan lantas melihat gambar lelaki yang dipuji oleh Gabinia itu. Tiba-tiba wajahnya kembali ceria, ”Oh! Dialah yang menyelamatkan Kak Q semasa jatuh di air terjun Sungai Sumbing tempohari.” ”Apa? Kak Q jatuh sungai? Mengapa tidak beritahu kami? Padanlah tangan dan kaki Kak Q banyak luka!” kata Fabienna separa menjerit. Gabinia pula segera membelek-belek pada tangan dan kaki Quatalina lantas mengesahkan kata-kata Fabienna, ”Betullah cakap Kak B, ada banyak kesan calar dan luka pada kaki Kak Q. Patutlah Kak Q berjalan sedikit terdengkot-dengkot sejak pulang kursus kelmarin.” Quatalina segera menekup mulutnya. ”Alamak! Terlepas cakap pula,” kata hati Quatalina. Dia memang bercadang tidak mahu menceritakan tentang kejadian itu kepada adik-adiknya. Dia tahu, Gabinia memang seorang yang kuat mengadu dan tidak boleh menyimpan rahsia. Nanti habis dia tidak dibenarkan lagi oleh ibubapanya untuk mengikuti sebarang aktiviti yang mencabar di mana-mana pada waktu akan datang. Melihat Quatalina seperti serba-salah, Gabinia mencelah, ”Kak Q janganlah risau. Saya dan Kak B berjanji tidak akan beritahu pada ayah dan ibu tentang peristiwa ini.” Tangan kanannya diangkat ke atas persis gaya seorang pengakap membaca ikrar. Fabienna juga turut meniru tingkah laku adiknya. ”Ya, kami berjanji tidak akan memberitahu ayah dan ibu! Kak Q pulang di dalam
25
keadaan yang selamat pun kami sudah amat bersyukur,” kata Fabienna pula. Lega hati Quatalina mendengar kata-kata itu. ”Mujur kamera yang telah ayah hadiahkan itu tidak jatuh ke dalam sungai juga,” sambung Fabienna lagi. ”Alhamdulillah. Kamera itu lelaki yang berkulit gelap ini sempat menyambutnya sebelum Kak Q terjatuh,” kata Quatalina sambil menunjukkan wajah Arumugam kepada Fabienna dan Gabinia. Wajah Quatalina berubah kelat apabila menunjukkan wajah itu tetapi dia tidak mahu memberitahu adik-adiknya bahawa Arumugam penyebab dia jatuh sungai. ”Siapa nama lelaki yang selamatkan Kak Q pula?” tanya Gabinia. Dia juga seperti tidak tertarik untuk mengetahui lagi tentang Arumugam. ”Oh! Dia itu!” tiba-tiba wajah Quatalina bertukar kemerahmerahan dan berseri-seri. ”Nama dia Fahrin bin Imad.” ”Amboi! Kak Q macam sudah jatuh cinta sahaja apabila menyebut namanya,” gurau Fabienna melihat perubahan wajah Quatalina apabila dia menyebut nama Fahrin. ”Hish! Mana boleh senang-senang jatuh cinta. Baru sahaja kenal dua hari. Itu pun tidak tahu dapat jumpa dia lagi atau pun tidak,” Quatalina berhelah sambil tersipu-sipu malu. ”Sudahlah! Leka sangat tengok gambar-gambar ini sampai lupa jam sudah hampir pukul dua belas tengahari. Perut Kak Q pun sudah lapar. Lekas kita pergi makan, lepas itu kita pergi bersiar-siar ke Zoo Negara pula,” kata Quatalina sambil bergegas ke almari pakaian untuk menukar pakaian.
26
”Lecehlah Kak Q ini! Kami baru saja mahu mendengar kisah cinta di air terjun, tiba-tiba dia tukar topik dan ajak makan pula,” protes Gabinia sambil menuju ke bilik air. ------------------------------Semasa Quatalina dan adik-adiknya pergi ke meja penyambut tetamu di lobi hotel untuk menyerahkan kunci bilik sebelum keluar makan, salah seorang daripada penyambut tetamu yang bertugas sempat menegur Quatalina sambil bertanya, ”Tumpang tanya. Cikpuan inikah yang bernama Quatalina?” ”Ya, saya Quatalina,” jawab Quatalina ringkas. Sambil melihat kepada sekeping kertas yang bersaiz kecil di tangannya, penyambut tetamu itu meneruskan percakapannya, ”Saya ada pesanan untuk Cikpuan.” ”Pesanan? Dari siapa?” Quatalina berasa pelik kerana dia tiada kenalan yang rapat di Malaysia. Kalau pun ayah atau ibunya mahu menghubungi mereka, panggilan itu akan terus disambungkan ke telefon bilik mereka. ”Orang ini minta kami rahsiakan dahulu identitinya kerana dia mahu beri kejutan buat Cikpuan semua,” jawab penyambut tetamu itu. Fabienna berasa tidak selesa lantas menyampuk perbualan itu, ”Awak jangan main-main dengan kami! Kalau berlaku apa-apa kepada kami bertiga, kami akan laporkan ke pihak kedutaan Perancis!” Fabienna memang seorang yang mudah naik berang apabila dia tidak berpuas hati.
27
”Sabar Cikpuan. Dia ini tidak merbahaya orangnya. Ramai pekerja di sini mengenalinya termasuklah majikan kami,” jawab penyambut tetamu itu bagi menenangkan keadaan mereka tiga beradik. Penjelasan ini mula membuatkan Fabienna sedikit tenteram walaupun hidung mancungnya masih lagi kelihatan kembang-kempis menahan kemarahan. ”Apa pesanan orang itu?” tanya Quatalina lagi. ”Dia mahu belanja Cikpuan dan adik-adik Cikpuan makan malam di kafeteria kami malam ini jam 8.30 malam,” terang penyambut tetamu itu lagi. Quatalina memandang adik-adiknya sambil berbisik, ”Bagaimana? Mahu terimakah perlawaan ini? Lagi pun ia dibuat di kafe hotel ini. Insya-Allah selamat.” Gabinia dan Fabienna saling berpandangan dan menggaru-garu kepala masing-masing. Bunyi macam mudah tetapi sukar untuk mereka buat keputusan. Lima saat kemudian mereka mengangguk setuju. Melihat reaksi itu, Quatalina langsung memberikan jawapan kepada penyambut tetamu itu, ”Baiklah, kami bersetuju tetapi ingat, jangan ada sebarang gimik yang bukan-bukan.” Kali ini giliran Quatalina pula memberi amaran persis seorang ibu tiri dalam cerita ’Bawang Putih Bawang Merah’. Walaupun mereka bertiga tidak memberitahu kepada sesiapa tentang latar belakang keluarga mereka, namun mereka perlu berhatihati apabila di negara lain. Manalah tahu, kalau ada orang yang menghantar penjahat untuk mencolek mereka pula. Maklum sajalah, anak pereka fesyen terkenal.
28
------------------------------Quatalina, Fabienna dan Gabinia keluar dari lift menuju ke kafetaria hotel. Masing-masing mengerling ke arah jam mereka. ”Hmm...tepat jam 8.30 malam seperti yang dijanjikan. Ayuh kita masuk ke dalam kaferia,” kata Quatalina mengajak adik-adiknya memasuki pintu kafetaria. Kehadiran mereka disambut mesra oleh pelayan kafetaria. ”Selamat petang. Cikpuan ada buat sebarang tempahan meja?” soal pelayan itu tersenyum mesra. ”Saya Quatalina dan ini adik-adik saya,” Quatalina memperkenalkan dirinya kepada pelayan itu. Belum sempat Quatalina menyambung percakapannya lagi, pelayan itu terus menyampuk dengan wajah yang ceria, ”Oh! Cikpuan inikah yang bernama Quatalina. Cantik orangnya. Mari saya tunjukkan meja yang telah disediakan untuk Cikpuan bertiga.” Pelayan lelaki yang over acting itu lantas berjalan terkepit-kepit mendahului Quatalina adik-beradik sambil mempersilakan mereka untuk duduk di suatu sudut. Di situ tersedia sebuah meja bulat berhias kemas dengan suasana yang romantis. ”Silakan duduk,” jemput pelayan itu. Quatalina adik-beradik saling berpandangan lalu duduk di kerusi masing-masing. Kemudian pelayan yang sama datang semula membawa tiga kuntum bunga mawar. ”Nah! Tiga kuntum bunga mawar merah segar untuk tiga orang gadis jelita,” kata pelayan itu lagi sambil tersenyum simpul. Fabienna meluat melihat aksi lembut pelayan lelaki itu lantas bersuara, ”Awak janganlah lembut-lembut sangat, risau saya tengok.
29
Lagi pun bukankah awak seorang lelaki, gagahlah sikit.” Nasihat itu disampaikan dengan nada yang lembut agar pelayan itu tidak berkecil hati. Mendengar nasihat itu, pelayan itu terus mengeraskan tingkahlakunya dan menggaraukan suaranya. ”Ya. Minta maaf. Saya sebenarnya ada bisul dipunggung, kerongkong pula tidak berasa selesa hari ini, sebab itulah saya kelihatan lemah-lembut kerana menahan sakit. Minta maaf lagi sekali.” Quatalina dan Gabinia tergelak kecil mendengar alasan pelayan itu. Fabienna hanya memberi satu jelingan yang tajam terhadap pelayan itu. Tanpa menghiraukan jelingan tajam itu, pelayan itu meneruskan tugasnya dan sebelum dia berlalu pergi, dia berpesan, ”Tunggu sebentar, ya. Lima minit lagi kami akan datang membawa hidangan yang istimewa untuk Cikpuan bertiga.” Pelayan itu langsung beredar ke dapur meninggalkan Quatalina, Fabienna dan Gabinia terkebil-kebil memandang peayan itu yang terkedek-kedek berlalu pergi. Gabinia mendekati kakaknya lantas berbisik, ”Misteri sungguh jemputan ini? Jangan-jangan hadiah makan malam dari ayah dan ibu, agaknya?” ”Biar betul, Kak Q? Kami belum pesan apa-apa lagi, mereka sudah beritahu yang makanan akan sampai lagi lima minit,” sampuk Fabienna pula dalam nada berbisik. ”Tidak mengapa. Kita ambil langkah tunggu dan lihat dahulu,” jawab Quatalina dalam nada berbisik juga. Dia masih lagi mampu mempamerkan wajah yang tenang tetapi adik-adiknya sudah kelihatan sedikit gelisah.
30
Tidak berapa lama selepas itu, pelayan tadi hadir bersama dua lagi pelayan lain dengan membawa talam hidangan di tangan masingmasing. Hidangan-hidangan itu kemudian diletakkan di hadapan Quatalina, Fabienna dan Gabinia. Gabinia melihat hidangan itu sambil menelan-nelan air liurnya. Fabienna menarik nafas panjang untuk menghidu bau makanan di hadapannya. Quatalina merenung para pelayan yang bertugas dengan teliti seorang demi seorang. ”Hmm..., alangkah baiknya kalau aku ada bawa bersama kamera aku tadi. Boleh aku rakam wajah pelayan-pelayan ini supaya dapat dijadikan sebagai bahan bukti kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini nanti.” Sedikit prasangka buruk tercetus di minda Quatalina ketika itu.. ”Wah...! Lazatnya! Sudah lima hari saya tidak merasa masakan dari Perancis,” jerit Gabinia kegirangan sambil mencapai sudu dan garpu di sisinya. Baru sahaja dia ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya tiba-tiba Quatalina membantah, ”Nanti! Jangan makan dulu, Gee. Kita perlu pastikan makanan ini selamat untuk dimakan terlebih dahulu. B, panggil pelayan tadi ke mari.” Pelayan yang pertama tadi dipanggil semula ke meja mereka bertiga. ”Ya, Cikpuan. Ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu?” tanya pelayan itu sambil memandang ke wajah tiga gadis Perancis di hadapannya. ”Minta maaf, enCik. Memandangkan kami tidak kenal lagi siapa yang membelanjakan makanan kami pada malam ini, kami ada satu
31
permintaan sebelum kami menjamah hidangan yang disediakan ini.” Quatalina bersuara tegas di sebalik wajah lembutnya. ”Katakan saja pada saya permintaan Cikpuan itu. Cikpuan mahu tambah lagi makanan pun boleh juga,” jawab pelayan itu bersungguhsungguh. ”Bukan mengenai bilangan hidangan yang saya mahu tambah tetapi kami mahu minta enCik jamah sesudu dahulu setiap hidangan kami ini,” sambung Quatalina lagi. Pelayan itu kehairanan lantas bertanya,”Boleh saya tahu mengapa Cikpuan? Bukankah Cikpuan sudah tinggal di hotel ini hampir seminggu? Adakah Cikpuan masih lagi meragui masakan yang kami hidang ini?” ”Ala..., ikut sahajalah cakap kakak saya! Dia mahu pastikan bahawa makanan yang orang misteri itu belanja tidak mengandungi racun. Itu sahaja! Apa yang awak takut kalau ia tiada racun!” Fabienna mula menunjukkan berangnya. Dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi kerana perutnya sudah mula berkeroncong menahan lapar. Nafsu laparnya juga sudah tidak mampu lagi menahan godaan makanan yang sudah menggamit-gamit dirinya supaya segera menjamu selera. Pelayan itu menoleh ke belakang ke arah pintu dapur seperti menantikan isyarat daripada seseorang. Selepas itu dia segera menoleh semula ke arah meja Quatalina dan bersedia untuk menjamah setiap hidangan itu. Semasa pelayan itu sibuk menjalankan tugasannya ’menjamah’ setiap hidangan mereka, Quatalina ternampak kelibat seseorang sedang memerhatikan mereka dari cermin bulat lutsinar pada pintu dapur.
32
Menyedari dirinya sedang diperhatikan, orang itu segera beredar dari situ. Quatalina tidak mengesyaki apa-apa yang negatif kerana dia beranggapan orang itu adalah mereka yang bertugas di dapur. Pelayan itu selesai menjamah sesudu bagi setiap hidangan di meja Quatalina kemudian melihat pada jam tangannya seperti menantikan waktu untuk sebarang tindak balas negatif yang mungkin berlaku. Lima minit telah berlalu. Pelayan itu masih tercegat berdiri di samping meja makan Quatalina. Tiada sebarang reaksi negatif hasil jamahannya tadi. Pelayan itu lantas tersenyum sinis dan memberi respon terhadap Quatalina adik-beradik. ”Hmm...lazatnya semua makanan ini. Kalau semua pelanggan kami meminta kami menjamah dahulu hidangan mereka sebelum mereka makan, alamatnya gemuklah semua pelayan di sini,” kata pelayan itu sambil menjeling ke arah Fabienna. Fabienna membalas jelingan pelayan itu dengan menunjukkan buku limanya. Quatalina berdehem keras dua kali. Nama Fabienna panggil sambil menjegilkan matanya. ”Fabienna binti Gabino!” Quatalina lantas menghela nafas kelegaan apabila tiada sebarang reaksi negatif berlaku kepada pelayan itu selepas menjamah makanan mereka. ”Baiklah. Saya sudah berpuas hati. EnCik bolehlah sambung semula tugasan enCik. Minta maaf kerana menyusahkan enCik,” jawab Quatalina. ”Perkara kecil sahaja. Selamat menjamu selera,” ucap pelayan itu lalu beredar dari situ.
33
Baru sahaja melangkah tiga tapak, tiba-tiba langkah pelayan itu terhenti dan dia segera menoleh semula ke meja Quatalina sambil bersuara cemas dengan tangannya dihalakan ke hadapan, ”Jangan makan sup dari mangkuk itu!” Fabienna yang baru sahaja memulakan suapannya serta-merta menyemburkan sup itu. Hampir sahaja semburan itu terkena pada wajah adiknya. ”Mengapa pula?” soal Quatalina dalam nada cemas. ”Maaf, Cikpuan. Saya terlupa mahu beritahu yang sup cendawan itu kurang garam. Nanti saya hantarkan botol garam ke meja Cikpuan sebentar lagi,” jelas pelayan itu. Quatalina menarik nafas panjang sebaik sahaja mendengar jawapan pelayan itu. Fabienna sudah bersedia menggenggam buku limanya tetapi ditahan oleh Gabinia di sebelahnya. Melihat keadaan itu, pelayan tersebut mempercepatkan langkahnya ke dapur, khuatir terkena penumbuk wanita Perancis pula sambil tangannya menekup mulutnya yang hampir menghamburkan ketawa. Hatinya berbisik, ”Padan muka adik Cik Quatalina yang terlebih garang itu. Hihihi.” ------------------------------”Burp!” satu suara sendawa kedengaran kuat di dalam kafetaria itu. ”Gabinia!” tegur Quatalina kepada adiknya. ”Minta maaf. Tidak sengaja tersendawa kuat tadi,” jawab Gabinia sambil mengelap bibirnya dengan kain napkin yang disediakan di meja makan.
34
Fabienna pula sudah tersandar kekenyangan sambil mengusapusap perutnya. Quatalina meneguk air sebagai penutup hidangan. ”Perut pun sudah kenyang. Ayuh kita pulang,” kata Fabienna sambil melambai-lambai pelayan tadi. Dengan senyuman mesra, pelayan itu bertanya, ”Bagaimana dengan hidangan tadi? Ada apa-apa yang boleh saya bantu lagi?” Quatalina adik-beradik masing-masing serentak menunjukkan isyarat two thumbs up ke arah pelayan itu. Pelayan itu tersenyum puas sambil menoleh sekali lagi ke arah pintu dapur. Quatalina segera menjenguk ke arah yang sama sambil bertanya dalam nada mengugut, ”Dari tadi saya tengok awak asyik menoleh ke belakang sahaja! Baik awak beritahu kami sekarang juga! Semua makanan ini siapa yang belanja!” Tersentak-sentak bahu pelayan itu mendengar suara keras Quatalina. ”Garang-garanglah wanita Perancis ini,” kata hati pelayan itu. ”Sebentar, ya. Saya mahu ke belakang sekejap,” jawab pelayan itu. Tanpa menunggu kebenaran dari Quatalina, pelayan itu terus berlari ke pintu dapur. ”Eh? Dia lari pula?” kata Quatalina kehairanan. ”Agaknya dia takut sangatlah itu, sampai mencicit-cicit lari menuju ke tandas,” jawab Gabinia pula sambil tertawa menutup mulut. ”Tandas di arah sana, bukannya di dapur,” kata Fabienna pula sambil tangannya menuding ke kanan kafetaria.
35
Lima minit kemudian, hadir seorang lelaki berpakaian lengkap dengan topi tinggi chef berdiri di belakang Quatalina kemudian memberi salam, ”Assalamulaikum, Cik Quatalina.” Quatalina kehairanan mendengar namanya disebut oleh satu suara garau. Tiba-tiba sahaja meremang bulu romanya. Fabienna dan Gabinia saling menggenggam tangan dengan wajah yang kerisauan. ”Kak..., Kak Q. A..., ada seorang chef berdiri di belakang kak Q. Mungkin dia mahu memarahi kita agaknya kerana terlalu mencurigai masakan dia,” kata Fabienna yang tiba-tiba terketar-ketar suaranya. Quatalina menenangkan dirinya sambil berselawat di dalam hati. Ucapan salam daripada chef itu dijawab lalu badannya dipusingkan ke belakang. ”Bagaimana masakan saya tadi? Lazat, bukan?” soal chef itu sambil menyeringaikan giginya yang berikat besi ke arah Quatalina. Serta-merta hinggap satu cubitan di pinggang chef itu sambil Quatalina menjerit, ”Fahrin bin Imad! Nakal sungguh awak ini! Mujur kami adik-beradik tiada sakit jantung, kalau tidak sudah pasti kami mati terkejut di meja ini.” Fahrin memegang pinggangnya. Berkerut-kerut muka Fahrin menahan sakit. ”Aduh! Sakitlah!” Tangannya segera menyapu-nyapu kesan cubitan bagi mengurangkan rasa pedih. Fabienna dan Gabino mentertawakan aksi kakaknya dan chef muda itu. ”Padan muka dia. Buat lagi kejutan begini!” jawab Quatalina. -------------------------------
36
Bab 4
Setelah sepuluh hari berada di Malaysia, tibalah masanya untuk Quatalina dan adik-adiknya pulang ke kota Paris. ”Q, esok penerbangan awak pulang ke Perancis pada jam berapa?” soal Fahrin kepada Quatalina. ”Esok jam lima petang.” ”Bolehkah kalau saya hantar awak bertiga ke lapangan terbang nanti?” tanya Fahrin lagi sambil tersipu-sipu malu. Kertas tisu yang pada tangan Fahrin hampir hancur dipintal-pintalnya. ”Bukankah esok awak kerja?” soal Quatalina pula pada Fahrin sambil mengacau-ngacau air jus orennya dengan sebatang straw . Fahrin tersipu-sipu lagi. Matanya memandang kain alas meja sambil mulutnya berbicara, ”Saya hanya tunggu kebenaran daripada awak dahulu. Kalau awak sudi saya hantarkan awak ke lapangan terbang esok, dengan segera saya pohon cuti daripada ketua saya.”
37
Quatalina mengangkat keningnya sambil menjawab, ”Boleh..., tapi janganlah kerana kami awak terpaksa bersusah-payah meminta cuti pula.” Dalam hati sebenarnya Quatalina juga amat berharap supaya Fahrin dapat menghantarnya ke lapangan terbang esok. Biarlah dia dapat menatap wajah Fahrin buat kali terakhir sebelum pulang ke Paris namun dia juga perlu menjaga harga dirinya agar tidak dilabelkan sebagai wanita yang desparate pula. ”Baiklah! Sekarang juga saya pergi buat permohonan cuti. Kalau dapat pelepasan masa bekerja selama tiga jam pun sudah cukup baik bagi saya!” Fahrin terus beredar ke dapurnya. Mungkin dia pergi mendapatkan ketuanya. ”Cis! Sungguh tidak romantik langsung. Dia tinggalkan saja aku seorang diri habiskan semua makanan ini?” rungut Quatalina sambil menghabiskan lagi satu mangkuk mi kari yang masih belum berusik. ------------------------------Di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
”Abang Fahrin, terima kasih kerana sudi menghantar kami tiga beradik ke lapangan terbang,” ucap Gabinia mewakili kakak-kakaknya yang sedang sibuk memeriksa semua bagasi-bagasi mereka di balai perlepasan sebelum pergi ke kaunter tiket untuk melakukan check in. ”Eh? Sudah mahu masuk ke dalam, kah?” tanya Fahrin seperti ada suatu perkara yang masih belum dijelaskan. Dia cuba mencari peluang untuk meluahkannya tetapi Quatalina seperti sedang sibuk dengan urusan dia dan adik-adiknya.
38
Melihat keadaan ini Fabienna mengambil langkah untuk mengambil alih tugas kakaknya agar Fahrin berpeluang memberitahu sesuatu yang terpendam kepada Quatalina. ”Kak Q, minta sini pasport Kak Q. Biar saya tolong buatkan check in untuk kita bertiga. Kak Q hanya perlu tolong hantarkan bagasibagasi ini sahaja ke kaunter. Lain-lain saya akan bereskan,” kata Fabienna seperti ingin memberi peluang kepada kakaknya untuk bertemu dengan Fahrin untuk kali terakhir. Setelah mengaturkan semua bagasi itu di hadapan kaunter, Fabienna bersuara lagi, ”Gee, kamu temankanlah Kak Q dan abang Fahrin sementara Kak B uruskan check in ini tetapi jangan curi-curi dengar pula perbualan mereka, nanti malu pula abang Fahrin mahu luahkan perasaannya pada Kak Q.” Gabinia tergelak kecil sahaja mendengar kata-kata Fabienna. Fahrin hanya berdehem-dehem dan pura-pura tidak dengar kata-kata itu. Quatalina pula sudah tersipu-sipu malu. Selama lima belas minit mereka bertiga duduk berhadap-hadapan namun tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut masingmasing. Kadang-kala Quatalina dan Fahrin memandang ke kiri kanan dan di sekeliling terminal lapangan terbang itu sambil menguis-nguis kerusi yang mereka sedang duduk. Gabinia pula sudah mula bosan menunggu lalu mencuit-cuit lutut kakaknya. Tidak lama selepas itu, Fabienna datang ke tempat duduk mereka sambil menjeling ke arah Gabinia. Gabinia menunjukkan isyarat mengangkat-angkat bahunya sambil mengoyang-goyangkan pergelangan tangannya.
39
Fabienna yang faham akan maksud adiknya terus berdehemdehem supaya Fahrin segera bersuara sebelum mereka masuk ke balai berlepas. Fahrin tersenyum takut-takut sambil memulakan percakapannya. ”Sa...saya mahu cakap sesuatu kepada awak tapi saya malu,” kata Fahrin kepada Quatalina sejurus mendengar Fabienna yang berdehem persis pesakit Tibi. ”Aduh..., malu-malu kucing pula lelaki di depan aku ini!” kata hati Quatalina sambil merenung jam di tangannya. Fabienna menepuk dahinya mendengar kata-kata Fahrin. Tiba-tiba suatu pengumuman tentang jadual penerbangan berbunyi di dalam terminal dan Gabinia memeriksa tiket penerbangan yang telah diberikan oleh Fabienna kepadanya tadi. ”Itu nombor penerbangan kita yang telah disebut sebentar tadi. Cepat Kak Q, kita perlu pergi sekarang!” Kelam-kabut Fahrin setelah mendengar kata-kata Gabinia lantas dia segera bersuara tanpa segan-silu, ”Quatalina saya mahu alamat awak di Paris supaya saya boleh tulis surat pada awak bila saya rindu nanti.” Terbeliak tiga pasang mata wanita Perancis di hadapan Fahrin mendengar kata-kata yang dituturkan dengan satu nafas itu. Fahrin juga kelihatan termengah-mengah setelah mengucapkan kata-kata itu kemudian menarik nafas sedalam-dalamnya bagi mengganti semula gas oksigen yang sudah berkurangan di paru-parunya. Dengan pantas Fabienna menghulurkan sebatang pen dan kertas kepada Quatalina dan tanpa berfikir panjang, Quatalina menuliskan
40
sesuatu di atas kertas itu lalu menghulurkan kertas itu kepada Fahrin dengan segaris senyuman yang ditahan-tahan. Terketar-ketar tangan Fahrin menyambut kertas itu tetapi di dalam hatinya tersangatlah gembira tidak terkata walaupun diwajahnya sedang mengontrol hensom. ”Terima kasih, Quatalina. Selamat jalan kepada awak semua. Saya doakan kamu semua selamat tiba di Paris nanti, insyaAllah.” ”Sama-sama,” jawab Quatalina dan adik-adiknya. Sebelum berangkat menuju ke kaunter pemeriksaan imigresen, Gabinia sempat menjerit kepada Fahrin, ”Nanti kalau datang ke Paris, beritahulah kepada kami supaya Kak Q dapat jemput abang Fahrin pula!” Fahrin tersenyum dari jauh sambil melambai-lambai ke arah tiga wanita Perancis itu. Dia dapat melihat Quatalina mencubit pinggang Gabinia selepas kata-kata itu diucapkan kepada Fahrin. Fahrin menghela nafas lega sambil memandang kepada sekeping kertas yang tertulis alamat Quatalina. ”Hmm...panjang umur, murah rezeki kita akan berjumpa lagi, Quatalina,” Fahrin berkata pada dirinya sambil berlalu pergi. Semasa Quatalina dan adik-adiknya melangkah melepasi kaunter imigresen, Fabienna bertanya kepada kakaknya, ”Kak Q beri abang Fahrin alamat rumah kita di Pariskah? Bagaimana kalau ayah tahu nanti? Kak Q bukan tidak tahu yang ayah tidak suka kita berkawan dengan orang yang pada pandangan mata ayah tidak setaraf dengannya.” ”B jangan risau. Kak Q tidak akan memberitahu tentang latar belakang keluarga kita kepada Fahrin dan Kak Q harap kamu dan Gee
41
tolong simpan rahsia ini tahu?” Fabienna dan Gabinia mengangguk setuju setelah mendengar pesanan kakak mereka. ------------------------------”Assalamualaikum Tuan Tariq Al-Habibi!” ucapan salam diberikan oleh Tuan Gabino kepada rakan niaganya di hujung talian telefon. ”Wa’alaikumsalam, Tuan Gabino! Apa khabar saudagar besar butik G&D!” kedengaran jawapan yang penuh ceria daripada Tuan Tariq Al-Habibi, pemilik kilang tekstil Al-Habibi Moda yang amat terkenal di Perancis. ”Baik alhamdulillah. Mendengar kata-kata awak itu membuatkan saya berasa rendah diri pula,” jawab Tuan Gabino kemalu-maluan. ”Eh? Mengapa awak perlu malu dengan saya. Bukankah kita sudah lama berurus niaga dan telah lama mengenali antara satu sama lain sebelum perniagaan awak bermula lagi,” jelas Tuan Tariq Al-Habibi yang sedikit hairan dengan jawapan sahabat lamanya. ”Iyalah, tetapi bukankah perniagaan tekstil awak lebih terkenal daripada perniagaan saya. Sebut sahaja Al-Habibi Moda, semua pereka fesyen dari Perancis dan negara lain pasti tahu kerana jenama ini sudah turun temurun lamanya dalam bidang perniagaan. G&D baru sahaja bertapak di Perancis, belum lagi ke peringkat antarabangsa,” jawab Tuan Gabino merendah diri. Tuan Tariq Al-Habibi hanya tergelak kecil mendengar kata-kata sahabatnya, Tuan Gabino. Sememangnya Tuan Tariq Al-Habibi adalah pewaris tunggal bagi perniagaan teksil Al-Habibi Moda ketika ini dan merupakan usahawan yang sangat terkenal dengan sifat budimannya. ”Ada apa yang saya boleh bantu?” tanya Tuan Tariq Al-Habibi di talian.
42
”Kami mahu buat tempahan untuk corak fabrik baru. Bolehkah awak hantar wakil syarikat awak ke sini supaya kami dapat berbincang,” pinta Tuan Gabino. ”Oh! Tiada masalah, kebetulan kami baru sahaja melantik seorang lagi eksekutif baru yang sangat inovatif dan kreatif. Kalau awak mahu segera, saya akan hantarkan pasukan kami ke tempat awak hari ini juga,” jawab Tuan Tariq Al-Habibi dengan penuh semangat. ”Hebat! Hebat! Awak bolehlah hantarkan mereka selepas waktu makan tengahari nanti. Baiklah. Saya amat gembira berurusan dengan awak. Terima kasih. Assalamualaikum,” ucap Tuan Gabino mengakhiri perbualan mereka. ------------------------------Mesyuarat di antara wakil syarikat Al-Habibi Moda dengan pasukan kreatif D&G tamat satu jam selepas mesyuarat dimulakan. Sambil bersalaman dengan anak bongsu Tuan Tariq Al-Habibi iaitu Farouk Al-Habibi, Tuan Gabino sempat berucap kepadanya, ”Selamat datang ke dunia keusahawanan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di pertemuan yang akan datang.” Farouk Al-Habibi menggenggam erat tangan Tuan Gabino yang dijabatnya, ”Insya-Allah Tuan Gabino, insya-Allah!” ”Nanti kirirm salam pada Tuan Tariq Al-Habibi bila pulang ke pejabat, ya.” ”Baiklah, kami pulang dahulu. Nanti dalam masa terdekat kami akan hantarkan senarai sebut harga yang teristimewa untuk Tuan Gabino,” jelas Farouk lagi dan mula melangkah keluar dari bilik mesyuarat.
43
Sambil mengiringi keluar wakil-wakil dari Al-Habibi Moda, terdetik pula di hati kecil Tuan Gabino,” Hmm...tidak sangka, pekerja baru yang dimaksudkan oleh Tuan Tariq itu ialah anaknya sendiri. Sudahlah kacak, bijak dan hormat orang tua pula. Kalaulah aku dapat kenalkan dia dengan Quatalina, pasti penyatuan mereka berdua dapat menjadikan perniagaan G&D meletup di pasaran antarabangsa dengan lebih pantas!” Begitulah anganan besar Tuan Gabino. Sebenarnya Farouk Al-Habibi itu seorang yang sangat berlawanan sifatnya dengan ahli keluarga Al-Habibi yang lain. Siapa yang tidak kenal Farouk si mata keranjang di universiti tempat dia belajar semasa di Kanada dahulu tetapi di hadapan keluarganya, Farouk seorang ’raja drama’ kerana dia tidak mahu aktiviti buruknya dikesan oleh keluarganya terutama sekali oleh Tuan Tariq Al-Habibi yang mempunyai penyakit jantung. Tiga lagi abang Farouk mempunyai budi pekerti yang baik dan telah bernikah. Tinggal Farouk sahaja yang masih bujang. ------------------------------Memandangkan syarikat G&D merupakan sebuah syarikat perekaan fesyen, maka ramailah peragawan dan peragawati yang sering keluar masuk di situ. Sambil melangkah keluar dari pejabat G&D, Farouk sempat memberikan kad namanya kepada peragawati-peragawati yang sedang lalu-lalang di situ. ”Cepatlah Farouk, kita ada dua lagi temujanji dengan syarikat lain. Nanti lambat, marah pula mereka,” jerit seorang daripada rakan sekerjanya.
44
”Baiklah, baiklah!” jawab Farouk ringkas. Di hatinya berkata, ”Amboi! Bukan main ramai gadis jelita di sini! Bolehlah aku rajin-rajin datang ke sini lagi.” Sambil kakinya melangkah ke hadapan, matanya masih lagi sibuk bermain mata dengan peragawati-peragawati di sepanjang jalan keluar syarikat G&D. Tanpa mempedulikan apa yang berada di hadapannya, tiba-tiba...”Aduh! Sakitnya enCik pijak kaki saya! Lain kali kalau jalan..., mata dan kepala pandanglah ke hadapan!” jerkah seorang wanita muda di hadapan Farouk. Farouk kemalu-maluan apabila terdengar ketawa kecil daripada peragawati-peragawati yang berdekatan. Sambil membantu wanita itu mengangkat beberapa barang yang terjatuh dari tangannya, Farouk berkata, ”Minta maaf, minta maaf. Lain kali saya akan lebih berhati-hati lagi.” Farouk lantas menghulurkan barang-barang milik wanita itu ke tangannya. ”Saya Farouk Al-Habibi, anak Tuan Tariq Al-Habibi dari syarikat Al-Habibi Moda,” kata Farouk sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wanita itu. Wanita itu tidak menyambut huluran tangan Farouk lantas menjawab, ”Saya sudah terlambat. Izinkan dari pergi dahulu dan lain kali kalau berjalan, buka mata luas-luas.” Selesai berkata-kata, wanita itu pergi meninggalkan Farouk dan menuju ke dalam lift. ”Amboi! Bukan main sombong lagi. Dia fikir dia cantik sangat? Berani dia buat aku macam itu. Nantilah...dia belum tahu lagi siapa Farouk Al-Habibi,” kata Farouk pada dirinya sendiri sambil
45
mengeluarkan sikat rambut dari kocek seluarnya lalu menyisir rambutnya ke belakang. ”Farouk! Cepatlah! Aduh...,” rungut salah seorang rakannya yang sedang menantikan kehadiran Farouk di pintu hadapan syarikat G&D. ”Iya, iya. Saya datang ini,” jawab Farouk sambil berlari-lari anak. Termengah-mengah Farouk sesampainya dia di luar syarikat itu. Tiga lagi rakan sekerjanya sedang duduk merehatkan diri mereka berdekatan dengan air pancut di luar bangunan milik G&D. ”Mengapa lambat sangat?” soal Walter kepada Farouk. Walter merupakan ketua bagi pasukan Farouk pada hari itu. Tangannya lantas mengeluarkan kaca mata hitam dari kocek bajunya kemudian menyarungkan ia pada matanya dengan bergaya. ”Maaf, saya terlanggar dengan seorang gadis cantik tadi. Sudahlah cantik, sombong pula!” rungut Farouk kepada Walter. Mendengar penjelasan Farouk, Allan pula menyampuk, ”Saya rasa macam saya kenal saja wanita yang awak langgar tadi.” ”Iyakah? Dia salah seorang peragawati di D&G kah?” tanya Farouk seperti tidak pernah melihat wanita cantik pula sebelum ini. ”Dia itu Quatalina, anak kepada Tuan Gabino. Ayuh! Lain kali sahajalah kita cerita tentang anak-anak Tuan Gabino. Allan, ambil kunci kereta ini. Kali ini giliran kamu pula memandu ke pejabat Pinky Fashion,” kata Walter sambil mencampakkan kunci kereta kepada Allan. Menggelupur Allan menangkap kunci itu agar tidak jatuh ke dalam air pancut berdekatan. ------------------------------”Terima kasih, Munira,” ucap Quatalina sambil berdiri di tepi pintu kereta rakannya itu.
46
Munira yang melihat Quatalina dari tingkap keretanya lantas bertanya, ”Betulkah awak tidak mahu saya hantarkan awak pulang ke rumah hari ini?” ”Oh, tidak mengapa. Awak hantar saya sampai di sini sahaja pun saya sudah sangat bersyukur. Sebentar lagi sampailah PakCik Fred di sini,” Quatalina memberi alasan. ”Baiklah, jumpa lagi hari isnin minggu hadapan. Assalamualaikum,” kata Munira sambil melambaikan tangannya lalu memandu meninggalkan Quatalina di tempat menunggu bas berhadapan sebuah pusat membeli-belah. ”Wa’alaikumsalam,” jawab Quatalina tersenyum sambil membalas lambaian Munira. Munira merupakan rakan sekuliahnya semasa belajar di universiti dan juga anak kepada guru tempat dia mengaji Al-Quran iaitu Ustaz Abdul Munir. Sementara menunggu tiga bulan lagi hari konvokesyen berlangsung, Quatalina mengambil kesempatan mengisi waktu itu dengan belajar memantapkan lagi bacaan al-Qurannya bersama Ustaz Munir tetapi aktiviti ini hanya diketahui oleh ibunya sahaja. Tuan Gabino hanya diberitahu yang dia belajar seni mempertahankan diri Tae Kwan Do tidak jauh daripada lokasinya menunggu itu dan bukannya mengaji al-Quran. Tuan Gabino selalu beranggapan mendalami agama Islam itu membazirkan masa. Pada ayahnya, cukuplah dengan pengetahuan asas yang ada pada dirinya mengenai rukun Islam iaitu mengucap dua kali syahadah, solat, puasa, zakat dan menunaikan haji serta umrah di kota Mekah.
47
Sudah puas Puan Daarina memujuknya untuk mendalami agama Islam tetapi suaminya selalu memberi alasan, masa masih panjang lagi dan tunggu apabila usianya sudah tua. Syukurlah ibunya tidak pernah jemu dalam mendidik dia adik-beradik untuk mencintai Islam. ------------------------------Sepuluh minit telah berlalu. Quatalina berasa sedikit resah. ”Mana PakCik Fred ini? Biasanya seminit selepas menunggu, mesti kereta yang dipandunya sudah sampai di sini.” PakCik Fred merupakan pemandu keluarga Quatalina sejak mereka adik-beradik kecil lagi. Dia sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Anaknya yang sulung sudah pun berkahwin dan kini PakCik Fred tidak sabar-sabar untuk bergelar datuk pula. Tiba-tiba...,”Phon! Phon!” Quatalina dikejutkan dengan bunyi hon dari sebuah kereta Ferrari berwarna merah berkilat yang berhenti menjalar di hadapannya. ”Astagfirullah hal’azim,” kata Quatalina sambil mengurut-urut dadanya. ”Siapalah pemandu yang kurang sopan ini?” soal Quatalina pada dirinya dengan perasaan yang kurang selesa. Dia tidak dapat melihat pemandu kereta itu kerana tingkapnya telah digelapkan. Dua saat kemudian tingkap kereta itu diturunkan oleh pemandunya dan kelihatan seorang pemuda berkaca mata hitam menjengulkan kepalanya di tingkap itu sambil menegur Quatalina, ”Assalamualaikum, Cik Quatalina! Saya Farouk Al-Habibi anak saudagar tekstil yang terkenal, Tuan Tariq Al-Habibi.” Farouk lantas menolak kaca matanya ke atas ubun-ubunnya.
48
Quatalina hanya menjawab salam Farouk di dalam hatinya sahaja. Fikirannya cuba mengingati wajah yang seperti dia pernah lihat sebelum ini tetapi dia sudah lupa di mana lokasi pertemuan itu. Farouk masih tidak berputus asa walaupun Quatalina hanya diam seribu bahasa. Dia terus memanis wajahnya sebaik mungkin lalu bersuara lagi, ”Cik Quatalina tidak ingatkah lelaki kacak yang telah melanggar Cik Quatalina di pejabat G&D tiga hari lepas?” Wajah pemuda yang melanggar Quatalina di pejabat G&D tiga hari lepas segera kembali ke kotak mindanya. ”Awak lagi!” Tanpa disedari Quatalina bersuara separa menjerit, lalu menutup mulutnya apabila tersedar beberapa pejalan kaki tertoleh selepas mendengar jeritannya. ”Syyy..., jangan jerit-jerit, nanti orang fikir saya mahu colek awak pula,” pujuk Farouk sambil jari telunjuknya diletakkan ke bibir yang sedang dimuncungkan. Quatalina menjadi tidak keruan dan berasa rimas dengan kehadiran kereta Farouk di hadapannya. Lehernya dipanjangpanjangkan untuk melihat kehadiran PakCik Fred pula. ”Bertenang Cik Quatalina. Saya datang bukan untuk mengganggu awak. Saya sebenarnya baru pulang dari rumah Cik Quatalina tadi.” Kata-kata itu terus menggamit perhatian Quatalina untuk mendengar walaupun wajahnya berkerut-kerut dan keningnya hampir bercantum. Farouk menyedut nafas panjang lalu menyambung kata-katanya lagi, ”Pemandu Cik Quatalina....” Farouk membiarkan ayat itu tergantung sambil menggaru-garu kepalanya seperti cuba mengingati sesuatu.
49
”Pakcik Fred! Mengapa dengan dia?” suara Quatalina sedikit cemas. ”Ha..., betul-betul, Pakcik Fred..., dia tidak dapat datang ambil Cik Quatalina petang ini kerana dia terpaksa membawa anak sulungnya ke hospital untuk bersalin,” jelas Farouk lagi. Quatalina terdiam mendengar berita itu. Pakcik Fred memang pernah menceritakan kepadanya bahawa minggu ini menantunya bekerja di luar kawasan maka anak sulungnya terpaksa tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Quatalina lalu memandang wajah Farouk dan berkata, ”Terima kasih kerana menyampaikan berita ini kepada saya. Tapi bagaimana Encik Farouk tahu saya di sini?” Sambil tersenyum, Farouk menjawab, ”Panggil saja saya Farouk.” Kemudian dia menyambung lagi percakapannya, ”Melihat keadaan yang sedikit kelam-kabut semasa saya di rumah Cik Quatalina tadi, saya menawarkan diri untuk menjemput Cik Quatalina pulang daripada Tuan Gabino. Lagi pun bapa saya dan Tuan Gabino adalah rakan perniagaan yang sudah lama berkenalan. Apa salahnya saya menyumbangkan bantuan kecil ini kepada anaknya pula.” Farouk kemudian mempamerkan barisan giginya kepada Quatalina. Sambil menjemput-jemput dagunya, Quatalina berfikir, ”Boleh percayakah dia ini?” Tiba-tiba Farouk menjawab, ”Cik Quatalina tidak percayakah dengan kata-kata saya? Jangan risau, saya akan terus hantarkan Cik Quatalina pulang sehingga di hadapan pintu pagar rumah Tuan Gabino nanti.”
50
Terperanjat Quatalina mendengar jawapan Farouk, ”Dia ini macam ada six sense pula boleh mendengar suara hati aku. Mungkin benar kata-katanya itu. Insya-Allah selamat memandangkan keluarganya juga orang yang baik-baik belaka.” ”Bagaimana?” Farouk masih lagi menunggu jawapan daripada Quatalina. Quatalina memandang wajah Farouk kemudian memaparkan segaris senyum tanda setuju. ”Baiklah.” Farouk lantas keluar dari keretanya dan segera membukakan pintu di sebelah pemandu kemudian menjemput Quatalina masuk ke dalam keretanya, ”Silakan masuk. Maaf jika kereta saya kurang bersih.” ”Terima kasih,” jawab Quatalina sambil pintu kereta ditutup semula oleh Farouk. Farouk kemudian memasuki ruang pemandu dan memulakan pemanduan. Quatalina tidak banyak bercakap. Sepatah yang Farouk soal, sepatah juga yang Quatalina jawab. Setelah sepuluh minit pemanduan, Quatalina mendapati Farouk menggunakan jalan yang berlainan. Dia memberanikan diri untuk bertanya kepada Farouk, ”Farouk, jalan ke rumah saya menghala ke sana. Sekarang ini kita sudah mengarah ke tempat lain pula,” kata Quatalina sambil menunjukkan simpang di sebelah kirinya. ”Oh, minta maaf. Saya terlupa mahu beritahu kepada awak yang saya mahu singgah dekat masjid di hujung jalan ini sebentar. Saya belum solat Asar lagi.”
51
”Oh, jika begitu baiklah. Tidak elok melewat-lewatkan solat. Saya tunggu awak dalam kereta sahaja kerana saya sudah solat sebelum pulang tadi,” jawab Quatalina. Farouk lalu membelok ke perkarangan masjid kemudian bersegera turun dari kereta dan masuk ke dalam masjid. Semasa menantikan Farouk solat, Quatalina berasa tidak sedap hati. Dia teringat akan pesan Ustaz Munir selepas selesai belajar mengaji tadi. Pesan Ustaz Munir, ”Hadis nabi ada menyebut, barang siapa yang membaca Ayat Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.” ”Apa lagi khasiatnya Ustaz?” tanya Quatalina lagi. ”Ia juga bagus dibaca oleh wanita supaya Allah selamatkan mereka daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian dan pembuli jalanan,” jelas Ustaz Munir lagi. Quatalina segera memperbanyakkan bacaan Ayat Kursi bagi memohon keselamatan sambil berdoa, ”Ya Allah, sekiranya Farouk mempunyai niat yang jahat, maka selamatkanlah aku daripada niat buruk itu. Amin.” ------------------------------Sebaik sahaja Farouk masuk ke dalam masjid, dia segera mengubah arah menuju ke dalam tandas yang terletak di belakang masjid. Satu persatu pintu bilik air ditolaknya bagi memastikan tiada orang lain selain daripada dirinya di dalam tandas itu. Setelah berpuas hati, Farouk mengeluarkan sebiji botol kecil dari kocek seluarnya dan sehelai sapu tangan.
52
Setelah menuang isi botol itu ke sapu tangan, Farouk melihat jam tangannya. ”Kita tunggu lagi sepuluh minit dahulu baru pergi semula ke kereta. Lebih kurang anggaran masa orang menyelesaikan solat Asar.” Farouk bercakap pada dirinya sendiri sambil tangannya mengecilkan saiz lipatan sapu tangannya. ”Kalau kesan kloroform ini meruap, aku akan tuang lagi sebelum keluar dari tandas nanti. Siaplah engkau Quatalina, malam ini engkau akan jadi mangsaku, ” kata Farouk lagi sambil tertawa kecil di dalam tandas. Timer pada jam tangannya ditekan bagi mengira masa yang diperlukan untuk keluar menuju ke keretanya. ------------------------------Ketika menanti Farouk yang kononnya pergi menunaikan solat, Quatalina terdengar satu bunyi. ”Trit! Trit! Trit! Trit!” tersentak Quatalina mendengar bunyi itu. Baru dia teringat telefon bimbit pemberian ayahnya yang tersimpan baik di dalam beg telekungnya. Memang Quatalina jarang sekali menggunakan telefon itu kerana tidak ramai orang yang memiliki telefon bimbit pada tahun 80an. Itu pun ayahnya beli dengan harga yang sangat mahal, keluaran edisi terhad dari syarikat Motorola model DynaTec yang dibeli ketika ayahnya melawat ke Amerika tahun lalu bersama ibunya. Ia hanya akan dibawa bersama-sama apabila dia keluar tanpa ditemani sesiapa. Quatalina menyeluk begnya dan mengeluarkan telefon bimbit yang bersaiz seperti batu bata itu. ”Hello!” jawab Quatalina.
53
Kedengaran suara seorang lelaki dewasa di hujung taliannya, ”Hello Cik Quatalina. Ini Pakcik Fred. Cik Quatalina di mana sekarang? Sudah lama saya tunggu di tempat biasa tetapi tidak nampak pun Cik Quatalina? Mujur juga tidak jauh dari sini ada sebuah pondok telefon.” Dengan nada terperanjat, Quatalina menyoal pula, ”Bukankah Pakcik Fred pergi hantar anak sulong Pakcik Fred bersalin di hospital?” Pakcik Fred tergelak kecil mendengar pertanyaan anak majikannya itu. ”Kandungan anak pakcik baru sahaja berusia tujuh bulan Cik Quatalina, ada lagi dua bulan sepuluh hari lagi untuk dia bersalin,” jelas Pakcik Fred lagi. Quatalina mengetap bibirnya setelah mendengar penjelasan pemandunya. ”Sah Farouk ada agenda lain!” ”Hello Cik Quatalina. Duit syiling saya hampir habis ni. Tolong cakap segera.” Tanpa menceritakan dengan lebih lanjut, Quatalina langsung berkata dalam nada cemas, ”Pakcik Fred tolong datang ke Mosquee de Paris sekarang, ya! Jangan lambat tahu!” ”Oh! Masjid yang terletak berhampiran dengan Jalan Geoffroy St. Hilaire itu?” soal Pakcik Fred untuk mendapatkan kepastian. ”Iya, betul! Segera ya Pakcik Fred. Terima kasih.” Perbualan mereka tamat dan Quatalina segera memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg. Sambil menunggu, mulut Quatalina terkumat-kamit memperbanyakkan lagi doa serta bersedia dengan bekalan pepper spray di tangannya sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu Pakcik Fred tidak sempat sampai dengan segera.
54
Di dalam hati Quatalina berdoa, ”Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan Pakcik Fred ke sini dan selamatkanlah aku. Amin.” Hati Quatalina berdegup dengan kencang. Pintu sebelah pemandu dibuka, Quatalina terkejut kerana Farouk telah sampai di muka pintu. Sambil tersenyum, Farouk berkata, ”Maaf, lambat sedikit. Baca doa panjang tadi.” Quatalina tidak menjawab sepatah kata pun namun tangan kanannya yang sengaja disorokkan di bawah beg telekungnya sedang erat menggenggam botol pepper spray dan sudah bersedia bila-bila masa saja untuk bertindak-balas. Farouk lantas masuk ke dalam kereta dan memandang wajah Quatalina, ”Eh, awak tidak sihatkah? Muka awak kelihatan pucat! Nanti saya carikan awak pil di dalam dompet saya, ya.” Farouk kemudian menyeluk saku seluarnya dan berpura-pura mahu mengeluarkan ’ubat’ yang dimaksudkan itu. Peluh dingin sudah mula mengalir di dahi Quatalina walaupun kereta itu sedang memasang penghawa dingin. Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang berhenti bersebelahan dengan kereta Ferrari milik Farouk. ”Phon! Phon!” ”Aduh! Siapa pula yang kacau daun ni?” rungut hati kecil Farouk. ”Punyalah luas kawasan parkir di sekitar masjid ini, dekat sebelah kereta aku juga yang dia pilih untuk letak kereta dia!” Farouk menangguhkan hasratnya untuk mengeluarkan ’ubat’ yang dimaksudkannya dari kocek seluarnya. Seorang lelaki berusia lewat 40an keluar dari kereta Jaguar hitam sambil tercari-cari seseorang.
55
Quatalina segera membuka pintu kereta Farouk dan menjerit, ”Pakcik Fred! Pakcik Fred! Saya di sini.” Tangannya dilambai-lambai kegembiraan. “Hah? Pakcik Fred? Bagaimana dia tahu kita di sini?” tanya Farouk dalam nada terkejut. Pakcik Fred segera mendapatkan Quatalina yang terlompatlompat di pintu kereta Farouk. ”Pemandu saya sudah sampai di sini. Tidak perlulah lagi awak hantarkan saya pulang, ya. Terima kasih kerana sudi menjemput saya.” Farouk memandang kelat ke wajah Pakcik Fred tetapi segera mengubah wajahnya menjadi manis lantas mengangkat tangan kanannya ke arah pemandu itu sebagai tanda hormat. Pakcik Fred membalas lambaian Farouk. Dia sempat berkata kepada Farouk sebelum dia memasuki kereta milik majikannya, “Anak sulung saya tidak jadi bersalin hari ini!” Pakcik Fred menghadiahkan Farouk sebuah senyum sinis sebelum dia memandu pergi. Muka Farouk merah padam. Misi Farouk tidak berjaya. Kereta Jaguar hitam itu berlalu meninggalkan Farouk seorang diri di perkarangan masjid.
56
Bab 5
”Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dariMu, dengan ilmu-Mu aku meminta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu, aku meminta dari-Mu kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan kesudahan urusanku buat
57
masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya, tentukanlah kebaikan untukku di mana saja aku berada. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Amin.” Usai berdoa, Quatalina meraup mukanya dan membuka telekungnya. Solat istikhrah sudah menjadi amalannya sejak dia menginjak awal remaja lagi. Dia mahu Allah sahaja yang menjadi penentu bagi setiap perkara yang dilakukannya agar dia sentiasa beroleh keberkatan. Kain telekung dilipat dua dan dia mula bangun untuk mengangkat sejadahnya pula. Baru sahaja dia berpusing ke belakang untuk menyangkut kain telekung dan sejadahnya pada ampaian baju, dia ternampak ibunya sedang duduk di hujung katilnya sambil mempamerkan senyuman yang sangat menawan. Quatalina menegur ibunya, ”Sudah lamakah ibu duduk di situ?” ”Baru saja lima minit.” Quatalina langsung duduk di sisi ibunya lantas mengucup pipi ibunya. ”Hmm...wanginya ibu saya.” Kata-kata itu disambut dengan ketawa dari Puan Daarina. Sambil memegang lembut tangan kanan Quatalina, Puan Daarina bertanya, ”Sejak kebelakangan ini ibu lihat Q tidak berapa gemar berbual seperti dahulu. Biasanya selepas makan malam, selalu ibu lihat kamu tiga beradik berbual mengenai aktiviti seharian di ruang tamu tetapi kini tidak lagi.” Quatalina meletakkan tangan kirinya di atas tangan Puan Daarina. ”Tiada apa-apa, ibu. Cuma penat sedikit.” Quatalina bercakap tanpa memandang wajah ibunya kerana dia memang seorang yang tidak pandai menyorokkan perasaan. Ibunya
58
pula memang seorang yang pandai membaca perubahan pada wajah orang lain terutama sekali pada wajah Quatalina. Puan Daarina menolak dagu Quatalina ke atas dengan jari telunjuknya. Matanya mencari anak mata Quatalina namun anak sulungnya masih tidak berani untuk bertentang dengan mata ibunya. ”Cakaplah apa perkara yang sedang terbuku di hati Q,” pujuk Puan Daarina. ”Adakah kesibukan ibu dan ayah selama ini menyebabkan Q rasa terpinggir?” Quatalina diasak lagi dengan soalan dari ibunya. Mata hijau Quatalina yang diwarisi dari Tuan Gabino segera menatap mata ibunya yang berwarna coklat muda itu. ”Tidak ibu, bukan begitu. Kami tiga beradik amat bersyukur kerana dikurniakan ayah dan ibu. Tetapi....” Tiba-tiba perasaan sebak mula melanda jiwa Quatalina. Puan Daarina mula risau lalu memegang kedua bahu anaknya. Hatinya tidak sabar ingin mendengar kata-kata yang akan keluar seterusnya dari mulut anaknya. Sebagai seorang pereka fesyen yang terkenal, dia sering mendengar masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan peragawati dan peragawannya. Ada juga rakan niaganya yang lain menceritakan tentang kerisauan mereka berkenaan anak remaja mereka namun tidak pula menghalang atau menyekat kegiatan sosial anak-anak mereka. Kepala Puan Daarina mula memikir yang bukan-bukan lalu memandang tepat ke perut Quatalina dan memegangnya. Quatalina terkejut lalu tertawa, ”Ibu? Janganlah geletek perut saya. Saya gelilah.” Perasaan sebak Quatalina tiba-tiba bertukar gembira pula.
59
”Eh, budak ini. Cubalah serius sikit. Ibu sedang risau, dia pula tergelak,” Puan Daarina memarahi anaknya. Quatalina segera berhenti ketawa. ”Ibu, saya tidaklah sejahat itu. Saya selalu bermohon selesai solat agar dijauhkan daripada perbuatan mungkar.” Wajah Puan Daarina semakin keliru. ”Langsung, mengapa kamu sebak sahaja tadi bila ibu menyoal? Ibu risau, tahu? Anak ibu semuanya perempuan. Bukannya senang mahu menjaga anak perempuan!” Mata Puan Daarina sudah mula berkaca. ”Tapi ibu kena berjanji tidak akan memberitahu ayah,” jawab Quatalina sambil mengenakan syarat kepada ibunya. ------------------------------Quatalina menceritakan segala yang berlaku di antara dirinya dengan Farouk kepada ibunya dari awal sehingga akhir kemudian dia menghela panjang nafasnya lalu mencapai sehelai kertas tisu dari kotak tisu yang berhampiran. Hingusnya dihembus kuat ke atas kertas tisu itu kemudian menyambung percakapannya, ”Begitulah kisah yang berlaku minggu lepas.” Puan Daarina memeluk bahu anaknya sambil menenangkannya, ”Syukurlah kamu selamat. Berguna juga telefon bimbit ’gergasi’ itu, ya.” Quatalina tertawa mendengar jawapan ibunya. ”Betul! Kalau Pakcik Fred lambat sampai, mungkin juga saya gunakan ia sebagai senjata untuk mengetuk kepala si Farouk itu.” Mereka dua beranak tertawa sambil berguling-guling di atas katil Quatalina. Pintu biliknya sudah dipastikan tertutup rapat sebelum Quatalina memulakan ceritanya tadi.
60
”Memang sejak dari hari pertama ibu melihat wajahnya di bilik mesyuarat tempoh hari, naluri keibuan ini sudah dapat merasakan ada ketidakjujuran pada diri anak Tuan Tariq yang seorang itu. Namun ibu cepat memujuk diri ini kerana teringatkan ahli-ahli keluarganya yang lain semuanya baik-baik belaka,” jawab Puan Daarina. ”Begitukah?” Quatalina terkejut mendengar jawapan ibunya. Puan Daarina hanya mengangguk sahaja. ”Tapi ayah kamu mudah sangat ditipu dengan drama yang dilakonkannya sampai pernah dia memberitahu hasratnya kepada ibu untuk menjodohkan kamu dengan si Farouk,” sambung Puan Daarina lagi. ”Eeee..., na’uzubillah!” Quataliana mencebikkan bibirnya. Sambil memandang wajah Arab ibunya, Quatalina bertanya, ”Ayah ada beritahukah bila dia mahu menjodohkan saya dengan lelaki gatal itu?” Terasa geli pula tekaknya untuk menyebut nama lelaki yang cuba merosakkan maruahnya itu. ”Tiada pula. Mengapa? Sudah berubah fikiran pula?” soal Puan Daarina kehairanan. ”Berubah fikiran? Apa maksud ibu?” Quatalina mengerutkan keningnya. ”Cara Q menyoal seperti berminat pula dengan dia?” Puan Daarina menjawab sambil tersenyum sinis. Quatalina menolak manja bahu ibunya sambil berkata, ”Ibu..., saya bertanya sebab saya ada rancangan. Kalau ibu suka sangat ibu kahwinkan sahaja ’lelaki’ itu dengan Gee atau B.” Puan Quatalina tertawa lagi sekali. ”Hish! Kamu ini, bergurau pun tidak boleh. Cakaplah cepat, mata ibu sudah mengantuk,” jawab Puan Daarina sambil menguap.
61
”Memandangkan saya masih muda lagi, ayah dan ibu pun masih muda lagi, saya ingin minta izin untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Saya percaya buat ketika ini, ayah dan ibu masih belum memerlukan khidmat saya dalam perniagaan G&D, bukan?” Puan Daarina terdiam seketika untuk memproses cadangan yang diajukan oleh Quatalina ke dalam mindanya. ”Hmm...bagus juga cadangan kamu itu. Kamu belajar sahaja hingga ke peringkat Phd. Kamu jangan belajar di sini. Kamu mohon belajar di universiti luar negara. Dengan kesibukan kamu dan ketiadaan kamu di sini sahaja dapat menjauhkan kamu dari ’lelaki’ itu dan insya-Allah ketika itu mungkin ’lelaki’ itu sudah terpikat dan berkahwin dengan perempuan lain pula,” jelas Puan Daarina panjang lebar. Kini giliran Quatalina pula terdiam. Terkelip-kelip matanya mendengar buah fikiran dari ibunya. ”Tetapi jika dia ingin mengganggu Gee atau B pula bagaimana?” soal Quatalina pula. ”Ibu akan pakat dengan Pakcik Fred untuk tolong perhatikan mereka berdua. Kalau tidak pun, ibu akan pujuk ayah untuk upah bodyguard tapi ibu beritahulah sebagai alasan keselamatan. Jangan risau. Ibu akan tolong uruskan dengan baik.” Puan Daarina lantas bangkit dari katil anaknya sambil menyambung kata-katanya lagi, ”Baiklah, hari pun sudah lewat. Esok ibu ada mesyuarat dengan pembekal air wangi pula untuk membincangkan produk terbaru kita. Sudah! Pergi tidur. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu berjaya dunia akhirat. Fikir-fikirkan universiti negara mana yang kamu mahu sambung belajar nanti. Selamat
62
malam. Assalamualaikum.” Puan Daarina mencium pipi Quatalina dan keluar dari kamar anak sulungnya. ”Wa’alaikumsalam. Terima kasih banyak-banyak ibu. Sayang ibu!” Quatalina memeluk erat ibunya lalu mengiringi ibunya keluar dari kamarnya. Quatalina menarik nafas lega dan berbaring semula di atas katilnya sambil memandang siling. ”Hmm..., belajar di luar negara. Negara mana yang mahu aku pilih? Tidak mengapalah. Esok aku jumpa dengan dekan fakulti aku untuk meminta pandangannya.” Sebelum melenakan matanya, Quatalina membaca Ayat Kursi dan tiga kali bagi setiap tiga Qul.
Bab 6
Tahun 1985.
”Tuan-tuan dan puan-puan. Anda diminta kembali ke tempat duduk masing-masing dan sila pasangkan tali pinggang anda. Sebentar lagi kapal terbang ini akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Malaysia. Waktu tempatan sekarang adalah jam 9.45 pagi. Terima kasih kerana memilih syarikat penerbangan Malaysia Airline. Semoga anda bergembira dengan perkhidmatan kami.” Pengumuman yang disampaikan oleh ketua pramugari sebentar tadi telah menyebabkan Quatalina terjaga dari lenanya sambil
63
mengeliat, ”Hmm...sudah mahu mendarat? Aduh! Kalau di Paris baru pukul 2.45pagi. Patutlah mata ini bukan main mengantuk lagi.” Quatalina memeriksa tali pinggangnya sambil memegang dua bungkusan kecil yang sudah sedia ada di atas pangkuannya. ”Apa ini?” dia menyoal dirinya sendiri sambil membelek-belek bungkusan itu. ”Oh..., yang satu itu roti sandwic untuk sarapan pagi dan yang satu lagi cenderahati pemberian syarikat penerbangan,” beritahu Antonio, lelaki berumur awal 40an yang baru sahaja dikenalinya dan juga duduk bersebelahan dengannya sejak dari awal penerbangan tadi. ”Pramugari itu yang memberikan pada Cik Q tadi semasa Cik Q sedang tidur. Penumpang yang lain juga dapat seorang satu,” sambung Antonio lagi sambil menunjuk ke arah pramugari yang sedang bertugas. ”Oh, terima kasih,” jawab Quatalina sambil melemparkan segaris senyuman kepada Antonio. Tidak banyak perkara yang dia tahu mengenai Antonio. Dia hanya sempat berbual dengan Antonio semasa mereka dihidangkan makan malam di dalam penerbangan sahaja. Selebih dari masanya menuju ke Malaysia banyak dihabiskan dengan menonton filem, membaca novel dan tidur sahaja. Menurut Antonio, dia berasal dari Itali tetapi sudah lama menetap di Perancis. Dia dihantar ke Kuala Lumpur untuk memberi kursus kepada chef-chef muda di beberapa buah hotel lima bintang di Malaysia. -------------------------------
64
Semasa menunggu di bahagian tuntutan bagasi, sempat lagi Antonio bertanya kepada Quatalina, ”Sebelum Cik Q mendaftar masuk ke universiti nanti, Cik Q akan tinggal di mana?” Sebelum menjawab pertanyaan Antonio, Quatalina sempat menjengah kalau ada bagasinya yang sudah dibawa keluar ke atas gondola yang sedang berputar itu. ”Saya akan menyewa hotel sebelum mendapatkan bilik sewa yang berdekatan dengan universiti nanti.” ”Apa nama universiti itu?” ”Universiti Malaya,” jawab Quatalina ringkas. Sambil menjemput-jemput dagunya, Antonio menyambung perbicaraannya lagi, ”Kalau tidak silap saya, kakak saya juga menjadi pensyarah di situ. Hmm...dalam bidang pengurusan perniagaan.” Quatalina ternampak dua bagasinya di atas gondola menuju ke arahnya. ”Mujur ibu sudah ikatkan reben kuning supaya mudah dikenali, kalau tidak penat juga aku perlu lihat satu-persatu bagasi yang semuanya berwarna hitam. Nanti aku cadangkan pada ibu atau Bee supaya mereka-cipta bagasi pelbagai warna di masa akan datang. Barulah mudah dikenal-pasti dari jauh lagi.” Sibuk menurunkan bagasi-bagasinya dari gondola menyebabkan Quatalina terlupa tentang perbualannya dengan Antonio. ”Maafkan saya. Apa tadi yang Encik Antonio tanyakan pada saya tadi?” ”Kakak saya..., dia juga pensyarah di fakulti perniagaan dan akaun di Univerisiti Malaya.” Antonio mengulang semula jawapannya sambil tangan kanannya menyambut bagasinya pula.
65
”Begitukah? Sebelum saya ke sini, dekan fakulti saya di Paris ada memberikan saya nama seorang Profesor untuk saya rujuk nanti,” kata Quatalina. Tangannya mencari sesuatu di dalam beg galasnya lalu mengeluarkan sebuah buku nota dan menyelak helaian demi helain. ”Nah! Ini pun nama Profesor itu, Profesor Doktor Angelina Marcella. Gambarnya juga ada dekan saya berikan bersama. Mungkin kakak Encik Antonio kenal dia,” kata Quatalina lagi sambil menunjukkan kepada Antonio sekeping foto. Antonio tertawa kecil sambil menggoyang-goyangkan kepingan foto itu seperti ada yang menggeletek hatinya. ”Kalau dia ini..., ibu saya pun kenal dia!” Bulat mata Quatalina memandang Antonio. ”Mengapa pula?” soal Quatalina kehairanan. Langkah mereka terhenti di hadapan kaunter pemeriksaan pasport. Quatalina beratur menunggu giliran di hadapan Antonio. ”Sebab dia ini anak kepada ibu saya!” Antonio tergelak lagi. Quatalina memaksa dirinya tergellak sejurus dia mendengar jenaka Antonio sambil berkata di dalam hatinya, ”Cis! Cakaplah yang Angelina Marcella itu kakak kandungnya. Mengapalah susah-susah guna bahasa berbelit-belit...,’anak kepada ibu saya’ konon! Nasib baik hikmat mencubit aku tidak berfungsi hari ini....” ”Beginilah, Cik Q tinggal saja di rumah keluarga kakak saya buat sementara waktu,” Antonio mempelawa Quatalina. Tiba-tiba Quatalina diserang perasaan fobia. Dia khuatir Antonio mempunyai perangai yang sama seperti Farouk. ”Hmm..., terima kasih
66
tetapi saya tidak mahu menyusahkan encik dan keluarga kakak encik.” Quatalina menolak baik pelawaan itu. ”Memang benar dia ini kakak saya,” kata Antonio untuk meyakinkan Quatalina sambil menuding kepada foto Profesor Doktor Angelina Marcella di tangan Quatalina. ”Sebentar lagi dia akan datang menjemput saya. Cik Q jangan ambik teksi lagi. Tunggu sampai kakak saya sampai. Saya akan buktikan.” Bersungguh-sungguh Antonio bercakap. ”Baiklah. Saya tunggu.” ------------------------------”Bagaimana?” Antonio bertanya kepada wanita di hadapannya. Wanita itu tidak dapat meluahkan perasaannya. Matanya ditutup rapat-rapat sambil pergelangan tangannya berputar-putar. Quatalina hanya memandang sahaja gelagat dua beradik itu di meja makan. ”Kakak Ann ini memang sejak dari dahulu lagi tidak mahu mengaku yang saya lebih handal memasak Lasagna!” Antonio memuncungkan bibirnya. Perangai tidak padan dengan usianya. ”Sofi, Doni, lasagna siapa yang lebih sedap? Yang ibu masak atau yang Pakcik Toni masak?” soal Angelina kepada dua orang anaknya. ”Dua-dua tidak sedap!” jawapan diucap serentak oleh kanakkanak itu. Antonio dan Angelina sepakat mencekak pinggang. Quatalina kembang-kempis hidung menahan ketawanya. ”Kalau bukan kami berdua, siapa lagi yang masak sedap?” Doni anak lelaki Angelina yang berusia enam tahun mengangkat tangannya lalu menjawab, ”Mestilah lasagna ayah yang paling sedap!” Jawapan Doni menyebabkan suasana sepi serta-merta. Quatalina kekeliruan. Sofi mencubit adiknya, ”Doni sudah buat ibu sedih.”
67
”Aduh! Sakitlah! Tetapi bukankah ibu sudah berpesan, kita mesti bercakap yang benar.” Mata Doni mula berkaca menahan sakit akibat dicubit kakaknya. Angelina mampir memeluk kedua-dua anaknya. ”Tidak mengapa, ibu tidak sedih dan tidak marah. Tuhan lebih menyayangi ayah kamu.” Sambil mengesat air matanya, Angelina segera melepaskan pelukannya dan bersuara tegas kembali, ”Mulai hari ini, ibu tugaskan Pakcik Toni untuk mencari apakah resipi rahsia lasagna ayah kamu!” Angelina menjeling Antonio sambil mengenyit sebelah matanya. ”Baiklah!” jawab Antonio sambil menggaru-garu kepalanya. Anak-anak saudaranya bersorak ria sambil bertepuk tangan. ”Hari pun sudah malam, mari Pakcik Toni hantarkan kamu tidur ke bilik masing-masing. Ibu perlu mengemas meja dan melayan Kak Q pula.” jelas Antonio lantas membawa kedua-dua anak saudaranya yang terlompat-lompat keriangan ke bilik mereka. Quatalina tersenyum dan turut bertepuk tangan. Dia kemudian membantu bakal pensyarahnya mengemas meja. Quatalina tidak risau untuk menjamah makanan di rumah mereka kerana sejak dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang tadi Profesor Angelina sudah memaklumkannya bahawa keluarga mereka memang mengamalkan menu makanan yang halal walaupun mereka bukan muslim. Mereka percaya menu yang halal selalunya mempunyai kualiti yang baik dan menjamin tahap kesihatan yang bagus juga. ”Eh, kamu tetamu, tidak perlu bantu saya. Tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu saya kemaskan. Kamu rehatlah dahulu di sofa sana itu. Nanti saya tunjukkan bilik tidur kamu. Esok saya akan beritahu kamu
68
tentang prosedur pendaftaran bagi ijazah sarjana.” Profesor Angelina menolak bantuan Quatalina dengan baik. Quatalina menunduk sambil megucapkan terima kasih lalu beransur ke ruang tamu. ------------------------------Sudah enam bulan Quatalina berada di Malaysia. Profesor Angelina menyuruh dia tinggal bersama dengannya sahaja memandangkan Antonio pun sudah pulang ke Perancis. Sofi dan Doni juga amat menyukai Quatalina. Apabila Quatalina kebosanan, dia akan membawa anak-anak Profesor Angelina bersiar-siar di taman permainan sambil dia merakam aksi anak-anak itu dengan kamera kesayangannya. Sambil duduk termenung, tiba-tiba dia teringat pada Fahrin, ”Sudah enam bulan aku di Malaysia. Terlupa pula aku mahu tulis surat padanya untuk memberitahu kedatangan aku ke Malaysia. Mesti sudah bertimbun-timbun surat dia tiba di rumah Munira. Kasihan dia. Tidak mengapalah, nanti aku hubungi Bee, minta dia ambilkan suratsurat itu dari rumah Munira untuk diposkan di sini.” Quatalina lantas bangun dari kerusi taman permainan itu dan memanggil Sofi dan Doni untuk pulang. ------------------------------Cuti semester pertama sudah bermula. Profesor Angelina membelek-belek beberapa keping kad jemputan kahwin di tangannya. Quatalina pula sedang tekun mentelaah buku rujukan yang baru dipinjamnya dari perpustakaan universiti di dalam kamarnya.
69
Profesor Angelina lantas mengetuk pintu kamar Quatalina lalu masuk ke dalamnya, ”Quatalina, kamu minat ambil gambar orang kahwin?” ”Suka!” Bersinar-sinar mata Quatalina apabila mendengar perkataan ’ambil gambar’ yang keluar dari mulut pensyarahnya. Quatalina kemudian menyambung lagi kata-katanya, ”Sudah lama saya teringin untuk menghadiri majlis perkahwinan orang Malaysia terutama sekali bangsa Melayu. Dengar cerita, bangsa Melayu berani menggabungkan pelbagai warna dalam pakaian pengantin mereka menjadikan majlis mereka nampak ceria sekali.” Profesor Angelina menjawab sambil menunjukkan sekeping kad jemputan kahwin kepada Quatalina, ”Hmm...elok sangatlah kalau kamu berminat kerana saya ada jemputan kahwin dari kawan yang berbangsa Melayu juga pada hujung minggu ini.” ”Malaysia memang ada pelbagai kaum dan bangsa. Kamu kata adik kamu ambil jurusan rekaan fesyen, bolehlah nanti kamu kirimkan gambar-gambar pakaian pengantin orang Malaysia sebagai cetusan ilham dalam rekaannya lain kali,” sambung Profesor Angelina lagi. ”Bagus juga cadangan puan itu. Esok bolehlah saya beli beberapa gulung filem untuk kamera saya.” Semangat Quatalina berkobarkobar untuk menanti hari minggu nanti. Sambil matanya memandang pada buku yang dibacanya, kepalanya sudah berangan-angan untuk menggayakan sepasang baju kurung berwarna merah jambu pemberian Fahrin pada tahun lepas sebelum dia berangkat pulang ke Paris. ------------------------------
70
”Ibu! Ibu! Lekas datang ke mari!” jerit Dino dan Sofi. Jeritan itu menyebabkan Profesor Angelina yang sedang berdandan bergegas mendapatkan anak-anaknya di serambi rumah semi-D nya. ”Ada apa Dino, Sofi?” Sofi berkata sambil menunjukkan jarinya ke hadapan, ”Tengok itu ibu, Kak Q rupa macam princess!” Quatalina yang sedang sibuk menyiram pokok bunga sambil menantikan Profesor Angelina bersiap sedia untuk ke kenduri kahwin rakannya tidak perasan yang dirinya menjadi perhatian dua kanak-kanak itu. ”Phewiit!” Profesor Angelina menyakat Quatalina. ”Amboi! Cantiknya si baju kurung merah jambu itu!” Quatalina berhenti menyiram bunga lalu tersenyum simpul. Sambil mengunci paip pada pili air, Quatalina berjalan menuju ke kereta Profesor Angelina. ”Oh! Baju ini kawan saya yang hadiahkan semasa saya berkunjung ke Malaysia tahun lepas. Hmm..., mari saya tolong kuncikan pintu rumah.” Tangan dihulurkan untuk mengambil kunci rumah daripada tangan Profesor Angelina. ”Mesti hadiah dari kawan yang istimewa!” sakat Prefessor Angelina lagi. Quatalina tidak menjawab soalan itu tetapi pipinya sudah merah padam menahan malu. Tangannya leka mengunci pintu rumah manakala dalam hatinya berkata, ”Aku memang anggap dia istimewa tapi..., dia pula bagaimana?” Profesor Angelina dan anak-anak sudah menanti di dalam kereta yang sudah berada di luar rumah sambil Dino dan Sofi terjerit-jerit menerusi tingkap kereta ibunya meminta Quatalina bersegera, ”Cepatlah kakak merah jambu!”
71
-----------------------------Quatalina mengipas-ngipas mulutnya dengan telapak tangan sambil meminta Profesor Angelina menuangkan lagi air sirap sejuk ke dalam gelasnya, ”Pedas..., pedas....” Profesor Angelina hanya tergelak sahaja melihat gelagat Quatalina sambil menuangkan air sirap sejuk untuknya. ”Itulah..., tadi saya sudah berpesan, lauk ayam masak merah itu jangan dicedok terlalu banyak ke dalam pinggan kamu. Orang Melayu lebih suka mencampurkan cili berbanding sos tomato ke dalam masakan mereka.” Quatalina hanya mengangguk setuju lalu meneguk air sirap sejuk perisa pandan itu. Selesai makan, Profesor Angelina membawa Quatalina dan anakanaknya berjumpa dengan pengantin dan tuan rumah. Kebetulan ibu dan bapa pengantin lelaki itu adalah salah seorang daripada bekas tenaga pengajar di Universiti Malaya juga tetapi dari fakulti yang berlainan. Mereka semua masuk ke ruang tamu rumah pengantin yang agak penuh dengan para tetamu yang juga terdiri daripada saudara mara pengantin. Profesor Angelina segera menerpa ke arah seorang wanita yang berusia lewat 50an tidak berapa jauh darinya lantas menghulurkan bungkusan hadiah kepadanya. ”Tahniah Profesor Suraya! Ini hadiah untuk pasangan pengantin.” Ibu pengantin bersalaman dengan Profesor Angelina kemudian menyambut bungkusan hadiah itu. ”Terima kasih. Awak dan anakanak sudah menjamu selera?”
72
”Kami baru sahaja selesai makan. Lazat sungguh hidangan kenduri hari ini. Awak ambil tempahan dari syarikat katering yang mana satu?” tanya Profesor Angelina kepada rakannya. ”Oh..., kenduri hari ini diuruskan oleh anak saya yang nombor dua,” jawab Profesor Salehah. ”Wah! Hebatnya! Nanti bolehlah saya rekomen pada rakan-rakan yang lain.” ”Insya-Allah, boleh tapi kena awal sebulanlah kalau mahu buat tempahan kerana anak saya ambil tempahan masak-memasak ini sebagai kerja sambilan sahaja. Awak datang bertiga sahajakah?” tanya Profesor Salehah kepada rakannya. ”Tidak, saya ada bawa bersama kami anak murid saya yang berasal dari Perancis, Quatalina namanya,” jawab Profesor Angelina sambil tercari-cari kelibat Quatalina. Quatalina yang sedang sibuk merakamkan beberapa foto di sekitar majlis lantas dipanggil untuk berkenalan dengan tuan rumah. ”Quatalina, mari ke sini sebentar. Kenalkan, ini Profesor Salehah, ibu kepada pengantin lelaki.” Quatalina menghulurkan salamnya kepada Profesor Salehah. ”Assalamualaikum puan profesor. Saya amat gembira dapat hadir ke majlis perkahwinan anak puan ini. Hmm..., boleh saya tahu, di mana pasangan pengantin? Saya ingin merakam gambar mereka buat kenangan saya,” tanya Quatalina yang sungguh teruja sejak dari tadi walaupun telah ’dicili’ oleh masakan kenduri kahwin itu. ”Mereka sedang ditatarias oleh jurusolek. Sebentar lagi siaplah mereka,” jawab ibu pengantin. Bapa kepada pengantin lelaki pula
73
sedang leka melayan rakan-rakannya menjamu selera di khemah tetamu. ”Hah! Itu pun mereka sudah keluar dari bilik,” kata Profesor Salehah sambil mendongak ke tingkat atas. Dia lantas memanggil seorang remaja lelaki yang berdekatan dengannya, ”Din! Tolong panggilkan pengantin itu ke mari sebentar. Ada orang dari Perancis mahu berkenalan dengan mereka.” Bergegas remaja yang bernama Din menjalankan perintah itu. Quatalina sempat mengacukan lensanya kepada pasangan pengantin semasa mereka melangkah turun dari tangga. Lensa kamera dizoom mendekati wajah pengantin perempuan lalu dipentik picunya. Kemudian dialihkan pula lensanya kepada pengantin lelaki. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. ”Lub-dup, lub-dup, lub-dup!” Matanya kemudian dialihkan dari lensa untuk dikesat dengan kertas tisu. ”Ah! Tidak mungkin dia.” Quatalina menyedapkan hatinya lantas lensa kamera diacukan semula untuk merakamkan wajah pasangan pengantin itu. ”Snap! Snap!” Sejurus selepas pengantin sampai di hadapan mereka, Profesor Angelina segera menyapa pengantin lelaki itu seperti sudah lama mengenalinya. ”Fahrin! Selamat pengantin baru!” ”Oh! Tidak!” jerit hati Quatalina. Tiba-tiba suara di sekelilingnya semakin perlahan dan pandangannya semakin gelap. Sayup-sayup kedengaran suara kanak-kanak menjerit, ”Ibu! Kak Q pengsan!”
74
Bab 7
Quatalina terasa ada percikan air sejuk di wajahnya. Dia dapat mendengar suara seorang wanita berdekatannya sedang memanggilmanggil namanya, ”Quatalina, bangun Quatalina.” Matanya perlahan-lahan dibuka. ”Di mana saya sekarang?” Quatalina terpisat-pisat dan bersuara lemah. Profesor Angelina menghentikan tindakannya untuk merenjis air ke wajah Quatalina selepas dia melihat reaksi positif itu. ”Kak Q ada dalam bilik pengantin!” jawab Dino dengan ceria sebaik saja melihat Quatalina sudah tersedar. Menggelupur Quatalina mahu bangun sebaik sahaja mendengar jawapan Dino. Malu rasanya dengan kebaikan tuan rumah terhadapnya.
75
”Tidak mengapa. Cik Quatalina boleh berehat dahulu di sini. Saya lihat memang wajah Cik Quatalina agak pucat tadi. Lagi pun pengantin tidak akan menggunakan bilik untuk buat ketika ini,” jawab ibu pengantin perempuan. Profesor Salehah kemudian menjerit memanggil seseorang, ”Din! Tolong panggil abang Fahrin kamu! Minta dia bawakan sedikit air dan Panadol untuk Cik Quatalina.” Sekali lagi remaja yang bernama Din diminta menjalankan tugas bagi pihak Profesor Salehah. Mendengar nama Fahrin disebut sahaja sudah membuatkan kepala Quatalina pening pula. Profesor Angelina setia menanti dengan wajah yang risau di sisinya. Manakala Sofi dan Dino dari tadi tidak henti-henti memicit-micit kaki dan tangan Quatalina. Comel sungguh aksi mereka berdua walaupun picitan mereka sedikit pun tidak berasa apa-apa. Quatalina memandang wajah Profesor Salehah sambil berkata dalam nada sedih, ”Minta maaf puan kerana kehadiran saya telah merosakkan majlis anak puan. Saya memang ada penyakit tekanan darah rendah.” ”Eh..., tidak mengapa. Kita manusia kena saling tolongmenolong,” jawab Profesor Salehah ikhlas. Melihat wajahnya mengingatkan Quatalina kepada ibunya di Paris. Tujuh minit kemudian pintu bilik itu diketuk lalu dikuak. Seorang lelaki masuk ke bilik. Kedengaran bunyi sebiji gelas bergesel dengan piring yang menjadi lapiknya. Wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana telah terlindung dengan tubuh kecil Sofi dan Dino di hadapannya.
76
Profesor Salehah bersuara kepada lelaki itu, ”Mengapa kamu ini lambat sangat? Kasihan orang Perancis ini tunggu ubat lambat sangat sampai.” Gelas air yang diletakkan sepapan Panadol pada piring pelapiknya disambut oleh Profesor Salehah. Keras juga suaranya kepada lelaki itu. ”Minta maaf, ibu. Saya lambat kerana saya cari Panadol ini tadi,” jawab lelaki itu. ”Suara lelaki itu..., macam suara Fahrin tetapi mengapa pula pengantin lelaki yang tolong hantarkan air untuk aku?” Fikiran Quatalina bertambah pusing. ”Apa aku ini sudah gila bayang? Aduh! Mengapa Panadol itu belum lagi diberikan kepada aku?” rungut Quatalina seorang diri. Pelbagai persoalan sedang bermain dimindanya. ”Angelina, ini barulah anak saya yang bernama Fahrin itu. Yang jadi pengantin itu ialah abangnya Fahmin,” kata Profesor Salehah kepada rakannya sambil menghulurkan gelas air dan Panadol kepada Quatalina sambil dibantu oleh Profesor Angelina. Profesor Angelina tertawa sambil menggaru-garu kepalanya, ”Sukar sungguh saya mahu kenal pasangan kembar ini.” Fahrin hanya tergelak mendengar jawapan rakan ibunya. ”Kami bukan kembarlah. Kami cuma lahir pada tahun yang saya sama saja. Abang Fahmin januari, 1961, saya pula hujung tahun itu juga. Hah! Dino dan Sofi pun ada juga?” Dino dan Sofi segera datang memeluk Fahrin sambil berkata, ”Fikirkan Pakcik Fahrin sudah lupa pada kami! Pakcik macam buat-biat tidak nampak kami saja dari tadi.”
77
”Mana boleh pakcik lupa pada kamu berdua,” jawab Fahrin sambil tergelak lagi. Kepalanya lantas terpandang wajah Quatalina yang sedang terbaring lemah. ”Ibu, siapa nama wanita Perancis yang pengsan itu?” tanya Fahrin kepada ibunya. Sofi terus menyampuk, ”Itu kak Q, kasihan dia pengsan tadi. Nasib baik dengan tangkas saya dapat sambut kameranya daripada terhempas tadi.” Kembang-kempis hidung mancung Sofi menceritakannya kepada Fahrin Fahrin menggosok-gosok rambur Sofi sambil memujinya, ”Pandai! Hmmm..., siapa tadi nama dia? Kak Q? Quatalina?” tanya Fahrin lagi. -----------------------------Enam bulan kemudian di dalam bilik pengantin yang sama tetapi dengan hiasan yang berlainan.
”Hihihi, teringat lagi abang masa enam bulan lepas. Semasa Q pengsan dan terbaring di katil ini,” kata Fahrin kepada Quatalina yang sudah sah menjadi isterinya pagi tadi. Kini bilik yang sama telah di ’kitar semula’ untuk kegunaan pasangan pengantin Fahrin dan Quatalina pula. ”Mengapa pula abang berasa geli hati sangat dengan peristiwa itu?” tanya Quatalina kehairanan. ”Saya rasa, awak bukan pengsan sebab tekanan darah rendah tetapi awak pengsan sebaik sahaja terlihat abang saya, Fahmin yang menjadi pengantin pada masa itu. Kebetulan pula wajahnya seiras dengan wajah saya. Itu yang buat awak tidak boleh terima hakikat
78
kehilangan jejaka kacak dari Malaysia ini! Hahaha!” Fahrin mengimbas kembali peristiwa enam bulan lepas kepada Quatalina. Wajah Quatalina berubah kemerah-merahan lantas dia melancarkan ’hikmat mencubit budak nakal’ ke pinggang suaminya. ”Aduh! Ini mesti semasa ibu awak mengandungkan awak, dia mengidam makan ketam batu,” kata Fahrin sambil tergeliat-geliat menahan kepedihan dicubit. Kini giliran Quatalina pula mentertawakan suaminya. Dalam tawanya, terselit rasa sedih kerana pernikahannya tidak dihadiri oleh keluarganya dari Perancis. Walau bagaimanapun, Quatalina sudah pun mendapat restu dan kebenaran dari ibunya, Puan Daarina. Kepada ibunya, dia pinta supaya pernikahan itu tidak sampai ke pengetahuan ayahnya, Tuan Gabino kerana ayahnya tidak suka kalau anak-anaknya bergaul atau pun berkahwin dengan orang-orang yang tidak glamor dan tidak hidup mewah sepertinya. Ayahnya lebih mementing kekayaan daripada akidah. Quatalina memberitahu ibunya bahawa Fahrin dan keluarganya mempunyai latar belakang ilmu agama yang bagus. InsyaAllah, dia dapat membantunya untuk menjadi seorang Muslimah yang baik. -----------------------------1 Mei, 1987.
Quatalina sedang bertungkus-lumus ’meneran’ bayi sulungnya yang menurut kata doktor akan lahir tidak lama lagi. Fahrin juga berada di dalam bilik bersalin bersama sebuah kamera tergantung di lehernya.
79
Jari Fahrin digenggam kuat oleh Quatalina ”Abang! Tolong banyak-banyak doa untuk saya. Jangan asyik rakam gambar saya saja!” Fahrin mengangguk-angguk saja mendengar kata-kata isterinya. ”Aduh! Bukan main kuat dia genggam tangan aku ini. Silap-silap boleh patah jari-jari ini,” Fahrin berkata dalam hatinya kemudian memperbanyakkan doa untuk keselamatan isteri dan anak yang bakal lahir. Beberapa gambar juga sudah dirakamkan untuk kenangan mereka. ”Puan! Saya sudah nampak kepala anak puan keluar!” kata doktor sambil berusaha menyambut kelahiran bayi itu. ”Ayah! Ibu! Bersedialah, saya sudah nampak jalan untuk keluar ke dunia!” Dialog bayi yang akan lahir itu. Dua saat kemudian, kedengaran tangisan bayi yang baru sahaja lahir. Setelah memotong tali pusat bayi, membersihkannya serta mengambil berat badannya, bayi itu dihulurkan kepada Fahrin untuk diiqamahkan. ”Tahniah puan dan tuan, Bayi perempuan ini sihat,” jelas doktor yang bertugas. Setelah melaungkan iqamah kepada anak sulungnya, Fahrin memanggil doktor sambil menghulurkan kameranya kepada doktor, ”Doktor, tolong ambilkan gambar kami berdua di bilik bersalin ini. Doktor hanya perlu menekan saja butang di sebelah kanan itu, lain-lain perkara saya sudah laraskan.” Doktor menyambut kamera dari tangan Fahrin. Fahrin, Quatalina serta bayi baru yang belum bernama itu beraksi di hadapan kamera. ”Snap!”
80
”Terima kasih banyak-banyak doktor,” kata Fahrin sambil menyambut semula kameranya dari tangan doktor itu. ”Boleh saya tahu apa nama doktor?” tanya Fahrin kepada doktor itu buat kali ketiga. Kesibukannya menerima kelahiran bayi sulungnya menyebabkan dia mudah terlupa pula pada hari itu. Sambil tersenyum, doktor itu menjawab, ”Fatimah binti Syahdan.” Fahrin memandang ke wajah Quatalina lantas berkata, ”Memandangkan bayi kita belum ada nama lagi, apa kata kita letak nama doktor ini saja sebagai nama anak kita?” ”Hmm..., saya suka dengan cadangan abang. Lagi pun, itu juga nama anak perempuan Nabi Muhammad s.a.w.” Quatalina menyambut cadangan suaminya dengan ceria. Doktor Fatimah pula tersenyum gembira bersama pasangan keluarga muda itu. ------------------------------
Tiga tahun kemudian.
Hari ini hari konvokesyen Quatalina di Universiti Malaya. Fahrin hadir bersama Fatimah yang ditolak di dalam kereta tondol kanakkanak. Sejak dari tadi Fatimah tidak sabar-sabar mahu turun dari kereta tondol itu. Merengek-rengek dia menangis. Melihat Fatimah yang sedang menangis sambil terpamer beberapa batang gigi yang sudah tumbuh di barisan hadapan, Fahrin segera merakam aksi itu, ”Snap! Krek, krek, krek,” punat kamera ditekan kemudian pelaras filem dipulas.
81
Fatimah segera terdiam apabila aksinya dirakam oleh ayahnya. Dalam minda kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu berkata, ”Apalah yang ayah aku pentik-pentik tu? Aku menangis, dia pentik, aku ketawa, dia pentik. Macam seronok saja kalau aku pun dapat pentik juga. Ibu kata nama benda itu kamera.” Tangan kecil Fatimah cuba mencapai-capai kamera yang tergantung di leher ayahnya semasa ayahnya sibuk membuka tali pinggang pada kereta tondol itu. Fatimah kemudian diturunkan dari kerusi itu. Melekek-lekek Fatimah ketawa setelah kakinya menjejak tanah. -----------------------------Fatimah sekarang berusia lima tahun. Lagi dua minggu genaplah umurnya menjadi enam tahun. Fatimah baru saja selesai buat latihan menulis huruf ’B’, ’C’ dan ’E’ sebanyak satu muka surat penuh bagi setiap huruf. ”Huh! Sudah siap. Huruf ’C’ dan ’E’ senang mahu ditulis. Huruf ’B’ saja yang susah. Habis habuk pemadam bersepah-sepah,” berleter Fatimah seorang diri. Sambil menoleh kiri kanan, Fatimah turun dari kerusinya lantas menuju ke ruang tamu. Dipanggil ayahnya, ”Ayah! Ayah! Saya sudah siap buat kerja rumah. Ayah kata mahu main badminton dengan saya!” Fatimah menuntut janjinya kepada Fahrin. Fatimah terus ke dapur untuk bertanyakan kepada ibunya, ”Ibu nampak ayah di mana?” Quatalina sedang sibuk menggoreng sayur untuk makan petang mereka. ”Ayah sedang solat asar. Sebentar lagi turunlah dia.” Fatimah kemudian berlari melompat-lompat menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba
82
langkahnya terhenti apabila dia terlihat kamera ayahnya di atas meja berdekatan dengan sofa. ”Kamera ayah! Eee..., seronoknya! Sudah lama aku teringin untuk melihat di dalam kamera ini. Apa yang disumbat ke dalamnya yang menyebabkan gambar-gambar boleh terhasil.” Fatimah senyapsenyap mengambil kamera Fahrin sambil mencari-cari butang yang membolehkan ia dibuka. ”Ketak!” bunyi belakang kamera terbuka. ”Wah! Apa benda yang panjang-panjang berwarna hitam ini?” Benda hitam yang dimaksudkan oleh Fatimah itu ialah negatif gambar. Tiba-tiba Fahrin datang dari belakang Fatimah. Didapati ditangan Fatimah ada negatif gambar yang turut juga melilit pada pergelangan tangannya. Ia baru saja ditarik keluar dari kamera itu. ”Habislah kamera ayah...,” Fahrin berkata dengan suara yang sedikit sedih. ”Mengapa Fatimah usik kamera ayah? Sekarang negatif yang sudah terkeluar ini tidak boleh digunakan lagi.” Fahrin bersuara tegas. Dengan rasa bersalah, Fatimah menjawab, ”Ma..., maaf ayah. Saya cuma mahu tengok di dalamnya. Macam mana gambar-gambar yang ayah ambil itu boleh berwarna-warni. Saya mahu cari orang kerdil yang mewarnakan gambar-gambar itu di dalam kamera ini tetapi tidak jumpa pula.” Fahrin terdiam mendengar jawapan anaknya, ”Orang kerdil dalam kamera? Hish! Tinggi pula imaginasi anak aku ini.” Belakang tengkuknya yang tidak gatal digaru-garu
83
Kerana semangat ingin tahu Fatimah yang tinggi, tidak jadi Fahrin untuk memarahi anaknya. Lagi pun negatif itu baru sahaja diisi pagi tadi dan tiada sebarang kerosakan pada kamera itu. ”Lain kali, kalau mahu guna barang milik orang lain, Fatimah kena minta izin dahulu, tahu,” Fahrin menasihati Fatimah. ”Minta maaf, ayah.” Meraka dua beranak lantas bermain badminton di luar rumah. -----------------------------”Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Fatimah Fahrin. Allah selamatkan kamu.” Lagu hari jadi itu dinyanyikan oleh Fahrin dan Quatalina sambil Fatimah menepuknepuk tangannya kegembiraan walaupun suara kedua ibubapanya di dalam kategori sumbang. Quatalina memotong kek hari jadi buatan suaminya sambil meletakkan potongan-potongan itu ke dalam piring. Hari jadi Fatimah yang keenam pada hari itu diraikan secara ringkas sahaja. Fatimah menyuap kek itu sambil memuji, ”Hmmm..., sedapnya ayah buat kek ini! Terima kasih, ayah, ibu!” Fahrin tersenyum sahaja lalu Quatalina bertanya kepada anaknya, ”Bila sudah besar nanti, Fatimah mahu kerja apa?” Quatalina meletakkan jari terlunjuknya dibibir comelnya sambil berfikir, ”Hmm..., saya mahu jadi jurufoto. Boleh?” Fahrin kemudian mengeluarkan sebungkus hadiah yang disorokkan di belakang badannya. ”Kalau macam itu, ayah mahu berikan satu hadiah untuk Fatimah.” Fatimah ternganga melihat hadiah itu. ”Wah! Hebatnya!”
84
Tangannya segera membuka bungkusan kertas hadiah yang membaluti kotak itu. Didapati sebuah kamera di dalam kotak itu. ”Wah! Saya dapat kamera! Seronoknya! Terima kasih ayah!” ucap Fatimah sambil memeluk ayah dan ibunya. Kamera pemberian Fahrin itu merupakan kamera lamanya tetapi masih lagi dalam keadaan baik. Memandangkan dia sudah membeli satu lagi kamera model baru, kamera lamanya itu diberikan kepada Fatimah pula. Sambil menikmati kek hari jadi blueberry bersama ayah dan ibunya, tiba-tiba loceng pintunya berbunyi. ”Ting! Tong!” Quatalina dan Fahrin saling berpandangan. ”Abang ada jemput sesiapakah datang ke rumah kita hari ini?” Quatalina bertanya suaminya. Fahrin hanya mengangkat-angkat bahunya sambil menggelenggelengkan kepalanya. Dia tidak dapat bercakap kerana mulutnya dipenuhi kek. ”Tidak mengapalah, saya pergi tengok siapa di luar sana.” Quatalina lalu meletakkan piring yang berisi kek, mencapai kain tudung lalu membuka pintu hadapan. Sepuluh minit menanti, Quatalina belum lagi masuk semula ke ruang dapur mereka. ”Eh! Senyap saja? Mana ibu kamu, Fatimah?” Tanpa menunggu jawapan daripada Fatimah, Fahrin bingkas bangun dari kerusinya lantas menuju ke ruang tamu. Dia ternampak Quatalina sedang termenung sambil tangannya memegang sehelai kertas. Fahrin segera melabuhkan punggungnya di samping Quatalina lalu bertanya, ”Surat dari siapa?”
85
Quatalina yang sedang mengelamun panjang sedikit terkejut dengan pertanyaan suaminya. ”Telegram dari Paris. Ibu sakit tenat.” Air mata lantas mengalir ke pipi Quatalina. Fahrin faham, sejak berada di Malaysia belum pernah sekali pun Quatalina pulang ke kampung. Bukan kerana dia tidak mahu pulang ke kampung tetapi dia sibuk dengan pembelajarannya dari peringkat sarjana hinggan ke peringkat Phd. Ada juga sesekali Quatalina mengirimkan gambar mereka di Malaysia kepada ibunya. Sehingga sekarang jugalah Fahrin tidak pernah tahu tentang latar belakang sebenar keluarga isterinya. Sambil memeluk Quatalina, Fahrin berkata, ”Pulanglah jenguk ibu awak yang sakit itu. Lagi pun bukankah pembentangan kertas kerja awak sudah habis minggu lepas? Saya akan tolong tengok-tengokkan Fatimah sementara ketiadaan awak nanti.”
Bab 8
Quatalina selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Paris. Dia pulang berseorang dan ketibaannya disambut oleh pemandu keluarganya, Pakcik Fred.
86
Pakcik Fred memulakan perbicaraan sambil mengangkat bagasi Quatalina masuk ke dalam bonet kereta, ”Apa khabar, Cik Q? Cik Q tidak banyak berubah walaupun sudah tujuh tahun tidak pulang ke Paris.” Quatalina menghadiahkan segaris senyuman kepada pemandu yang sudah dianggap seperti pakciknya sendiri. ”Khabar baik! Pakcik Fred pun saya lihat masih segak dan cergas seperti dahulu. Sudah berapa ramai cucu pakcik sekarang ini?” ”Tidak ramai..., adalah dalam 6 orang. Semuanya lelaki. Lasaklasak pula tu,” jawab Pakcik Fred sambil membukakan pintu kereta bahagian belakang untuk Quatalina pula. ”Wah! Bukan main meriah lagi. Kalau tunggu lagi beberapa tahun, bolehlah buat satu pasukan bola untuk wakili Perancis.” Jawapan Quatalina itu disambut dengan gelak-ketawa daripada pemandunya. ”Pakcik Fred mesti sudah lupa yang saya tidak suka duduk di tempat duduk belakang, bukan? Biarlah saya duduk di sebelah pemandu, lagi pun pemandangan di sepanjang perjalanan lebih seronok dilihat dari bahagian hadapan,” kata Quatalina lalu memasuki ruang hadapan bersebelahan pemandu. ”Baiklah,” jawab Pakcik Fred ringkas sambil memulakan pemanduannya. Di dalam perjalanan, Quatalina sempat bertanyakan khabar ibunya. ”Bagaimana dengan keadaan ibu? Masih tenat lagikah? Sekarang dia di hospital atau di rumah?” Berderet-deret soalan yang diajukan kepada pemandunya.
87
Pakcik Fred tidak menjawab segera pertanyaan itu tetapi terus membuka siaran radio yang kebetulan sedang menyiarkan beritaberita hangat yang berlaku di Paris. Dek kerana Quatalina pun sudah lama tidak mendengar berita dari bumi kelahirannya, maka soalan-soalan yang diajukan Quatalina tadi terbiar tidak berjawab. -----------------------------Kereta yang dipandu Pakcik Fred sampai di hadapan pintu pagar villa G&D. Dia bersuara pada interkom untuk mendapat kebenaran masuk kemudian pintu pagar itu terbuka secara automatik. ”Wah! Cantiknya rumah baru ayah dan ibu!” kata Quatalina sejurus selepas kereta mereka sampai di ruang parkir kereta. Di situ terdapat tiga buah lagi kereta mewah. Mungkin setiap satunya untuk kegunaan ibu dan dua lagi adik-adiknya. PakCik Fred mengeluarkan bagasi Quatalina dari bonet kereta. ”Bukankah Cik Q sempat melihat villa ini siap sebelum bertolak ke Malaysia tujuh tahun dahulu?” ”Oh! Tidak sempat Pakcik. Semasa saya pergi ke Malaysia, ia baru 70 peratus siap. Hmm..., mengapa kita tidak terus ke hospital saja melawat ibu?” tanya Quatalina sambil menjenguk-jenguk di sekitar villa itu. ”Puan Daarina ada menunggu Cik Q di dalam kamarnya,” jawab Pakcik Fred ringkas. Dia kelihatan agak kelam-kabut. Seperti mahu mengelakkan diri daripada menjawab soalan-soalan yang diajukan berkenaan keluarga Quatalina. ”Cik Q pergilah naik ke tingkat atas di kamar Puan Daarina. Pakcik akan bawakan bagasi-bagasi ini terus ke kamar baru Cik Q di hujung
88
sana,” kata Pakcik Fred lagi sambil menarik bagasi beroda Quatalina ke kiri villa. ”Baiklah. Terima kasih Pakcik Fred,” jawab Quatalina sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke kamar yang dimaksudkan. Pelbagai persoalan yang sedang bermain dimindanya sebelum sampai ke kamar ibunya. ”Ah, mungkin ibu lebih selesa dirawat di rumah saja dengan menggunakan khidmat doktor dan jururawat peribadi yang diupah khas untuk merawatnya.” Pintu kamar diketuk dan Quatalina meminta kebenaran untuk masuk. ”Masuk!” Kedengaran suara garau ayahnya di dalam kamar itu. Daun pintu kamar dikuak perlahan sambil memberi salam, ”Assalamualaikum. Ayah pun ada di sini? Di mana ibu?” Puan Daarina tiada di atas katilnya. Tiada juga bau ubat-ubatan atau kelibat jururawat yang sedang merawat di kamar itu. Jantung Quatalina berdebar laju. ”Apa yang sudah terjadi? Apakah ibu sudah.... Patutlah Pakcik Fred mengelak saja setiap persoalan aku tadi!” ”Wa’alaikumsalam!” salam dijawab oleh Tuan Gabino. Dia dapat melihat Quatalina dalam kegelisahan lalu menyambung kata-katanya, ”Jangan fikir yang bukan-bukan, sebentar lagi ibu kamu akan datang. Kamu mari duduk di sini dahulu. Ada air kopi panas di sini. Mari minum bersama ayah.” Tegas sekali arahan daripada Tuan Gabino itu seolaholah tiada perkara sedih yang berlaku. Quatalina melangkah perlahan-lahan menuju ke meja minum yang juga dimuatkan di dalam kamar ayah dan ibunya. Tangan kanan Tuan Gabino diambil dan dicium namun Tuan Gabino segera menarik tangannya seperti tidak sudi dicium oleh Quatalina.
89
”Duduk!” bentak Tuan Gabino. Tersentak-sentak Quatalina dibuatnya. Tidak lama kemudian pintu kamar itu diketuk dan Puan Daarina melangkah masuk ke dalam sebelum merapatkan daun pintu itu. Dia kemudian menuju ke meja yang sama dan duduk bersama mereka berdua. Quatalina bersalaman dengan ibunya tetapi berasa agak hairan kerana ibunya kelihatan sihat walafiat namun sedikit lesu. Mahu juga Quatalina bertanya tetapi tidak berani kerana suasana ketika itu agak tegang. Di dalam hatinya berkata, ”Apalah yang membuatkan ayah marah tidak tentu arah ini?” Quatalina menuangkan air kopi panas ke dalam cawan yang disediakan, tiba-tiba matanya terlihat beberapa keping foto di atas meja minum itu. Tangannya serta-merta menggigil. Tanpa disedari air kopi panas tertumpah ke atas tangannya. ”Aduh!” Quatalina menjerit sambil menggelupur mencari kain untuk mengesat tumpahan itu. ”Mengapa? Terkejut tengok ibu sihat! Terkejut tengok gambargambar ini ada pada ayah!” Suara Tuan Gabino sudah bertambah garang sambil tangannya menghempaskan gambar-gambar keluarga Quatalina di Malaysia yang dikirimkan secara rahsia kepada ibunya. ”Gambar-gambar itu seharusnya dirahsiakan dari pengetahuan ayah. Mengapa ibu mungkir janji pula? Tidak mungkin ibu bermaksud sedemikian.” Pelbagai soalan yang disoal dan dijawab sendiri oleh Quatalina di dalam mindanya sambil memandang ke wajah ibunya. Puan Daarina yang tidak bersuara sejak dari tadi sudah mula mengalirkan air mata ke pipinya.
90
Tuan Gabino mula berjalan mengililingi meja mereka perlahanlahan sambil tangannya digenggam ke belakang persis pendakwaraya. ”Siapa Fahrin itu? Anak hartawan Malaysiakah atau dia sengaja berkahwin dengan kamu kerana mahu mengikis kekayaan kita?” Quatalina terkejut mendengar soalan itu lantas menjawab dengan nada lembut tetapi tegas, ”Minta maaf ayah tetapi Fahrin tidak pernah tahu mengenai latar belakang keluarga kita. Saya menikahinya kerana saya yakin dia dapat membimbing saya untuk menjadi seorang muslimah yang baik tetapi Farouk belum tentu lagi dapat melakukannya untuk saya.” ”Ah! Ayah tidak mahu mendengar semua alasan remeh-temeh itu. Kalau miskin, mahu belajar agama pun susah tahu!” jerkah Tuan Gabino. Sempit sungguh fikirannya. Quatalina amat kesal mendengar jawapan ayahnya. Dia teringat akan sepotong hadis nabi yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi yang bermaksud, ’Seorang hamba yang Allah SWT berikan harta namun tidak dikurnai ilmu, sehingga dia gunakan hartanya tanpa ilmu, dia tidak bertaqwa kepada Tuhannya dalam harta itu, tidak menggunakannya untuk menyambung tali persaudaraan dan tidak pula mengetahui ada hak Allah SWT dalam hartanya, maka dia berada pada darjat yang paling hina di sisi Allah SWT’. ”Sekarang dengar baik-baik apa yang ayah mahu cakap ini.” Tuan Gabino berhenti sebentar untuk menghirup air kopi yang dituang oleh Quatalina tadi. Puas menikmati kopi panas, Tuan Gabino menyambung katakatanya, ”Esok ayah mahu kamu minta cerai dengan suami kamu, Fahrin!”
91
Quatalina terkejut. Puan Daarina pula sudah pengsan. ”Tapi ayah..., berdosa besar seorang isteri meminta cerai dari suaminya tanpa alasan yang kukuh.” Tuan Gabino menjegilkan matanya ke arah Quatalina lalu bersuara lagi, ”Kamu jangan mahu ’sekolahkan’ ayah pula! Ayah mahu kamu minta cerai kerana ayah mahu kamu berkahwin dengan Farouk. Dalam hukum Islam, wanita tidak boleh memadukan suaminya!” ”Aduh! Apa yang ayah sedang merapu ini?” Quatalina berkata dalam hatinya. ”Saya tidak pernah berjanji pun mahu menikahi Farouk, ayah. Tolonglah, saya merayu kepada ayah. Dia bukanlah seorang lelaki yang baik seperti yang ayah sangka,” Quatalina melutut merayu pada Tuan Gabino. Air matanya sudah mengalir deras. Puan Daarina masih belum terjaga dari pengsannya lagi. Sesekali Quatalina terdengar seperti bunyi dengkuran dari mulut ibunya. Mungkin juga Tuan Gabino sengaja memasukkan ubat tidur di dalam cawan kopi ibunya agar ibunya tidak masuk campur dalam urusannya. ”Hish! Degil betul kamu ini sejak menikahi lelaki Malaysia itu! Sekarang pilih antara dua, bercerai dan berkahwin dengan Farouk atau ayah akan hantar pembunuh upahan untuk membunuh suami dan anak kamu!” Kini giliran Quatalina pula pengsan. ”Huh! Emak dengan anak sama sahaja, Bila terkejut saja, pengsan, terkejut, pengsan.” Tuan Gabino merungut seorang diri lalu keluar dari kamar itu meninggalkan dua beranak yang sedang pengsan itu berdua-duaan. -----------------------------”Tok! Tok! Tok!” daun pintu diketuk.
92
”Boleh ibu masuk?” tanya Puan Daarina di sebalik daun pintu kamar Quatalina. Di tangan Puan Daarina ada sebuah dulang yang berisi sepinggan makanan malam. Quatalina menuruni katilnya dan berjalan menghampiri daun pintu kemudian menguakkan daun pintu itu supaya dapat memuatkan ibunya. ”Masuklah.” Quatalina mempersilakan ibunya masuk dan terus naik semula ke atas katil. Matanya kelihatan bengkak menangis walaupun ditangannya menggenggam erat seutas tasbih, berzikir untuk menenangkan fikiran. Puan Daarina meletakkan dulang makanan itu di atas meja di dalam kamar anaknya. ”Q, mari makan. Ini ibu masak masakan kegemaran Q.” Quatalina memandang lemah wajah ibunya, ”Hmm..., baru hendak mogok lapar tapi sudah diacukan dengan makanan kegemaran pula, mana boleh tahan!” Wajah Quatalina segera bertukar ceria dan terus melompat ke meja itu kemudian membaca bismillah dan menyuap makanan kegemarannya ke dalam mulut dengan lahap. ”Aduh..., hilang keayunan seorang ibu beranak satu ini,” kata Puan Daarina. Quatalina tersedak mendengar teguran ibunya lalu memperlahankan suapannya. ”Q, ibu mahu minta maaf banyak-banyak kepada Q.” Quatalina memberhentikan suapannya lalu menjawab, ”Ibu tidak pernah bersalah pada saya. Janganlah ibu risau.” Quatalina menyambung suapannya semula.
93
Tujuh minit kemudian, habis licin makanan di dalam pinggan itu dimakan oleh Quatalina. Sehingga menjilat pinggan lagi. ”Wah! Sedap sungguh masakan ibu,” puji Quatalina. Selesai makan, Quatalina pergi mencuci tangan di dalam tandas yang terdapat di dalam kamarnya lalu kembali semula untuk duduk bersama ibunya. Quatalina merenung ke dalam mata ibunya lantas bertanya dengan suara yang sebak, ”Ibu, sejujurnya apa yang sedang berlaku pada keluarga kita ini? Saya tidak boleh terima langsung ugutan ayah yang mengancam nyawa suami dan anak saya. Sudahkah ayah lupa akan dosa dan pahala?” Quatalina tidak dapat menahan linangan air matanya dari melimpah. Dia mengambil kertas tisu berdekatannya lantas menghembus kuat hingusnya kemudian membuang tisu itu ke dalam bakul sampah. Kembang pula tekak Puan Daarina yang baru mula hendak mengarang kata-kata. Terencat mindanya untuk berfikir sebentar. Puan Daarina menarik panjang nafasnya, membaca bismillah dan memulakan kata-katanya. ”Begini....” Puan Daarina berhenti sebentar lalu menyambungkan semula kata-katanya, ”Dipendekkan cerita....” Belum habis lagi Puan Daarina bercerita, Quatalina sudah menyampuk tidak puas hati, ”Ibu..., belum apa-apa lagi sudah mahu dipendekkan cerita pula?” Quatalina merengek manja Muncungnya dipanjangkan sebagai tanda protes. ”Q, bukan senang tahu bagi ibu untuk membuat sinopsis perkara yang telah berlaku sepanjang tujuh tahun ketiadaan Q di sini,” jawab Puan Daarina sambil membulatkan matanya pada Quatalina.
94
”Cuba jangan menyampuk dan dengar baik-baik,” sambung Puan Daarina lagi yang sudah berkelakuan seperti pengetua pula. Quatalina menikus dan mula memasang telinga. Quatalina dibawa mengimbas kembali tujuh tahun yang lalu oleh ibunya. ”Enam bulan selepas Quatalina ke Malaysia, keluar berita mengenai kematian Tuan Tariq Al-Habibi kerana diserang sakit jantung. Menurut kata doktor bedah siasat pula, mereka telah menjumpai biji buah mangga yang menyekat salur pernafasan Tuan Tariq. Kata setiausaha Tuan Tariq, semasa Tuan Tariq meratah biji buah mangga, tiba-tiba ada orang yang melepaskan seekor tikus hamster ke dalam bilik pejabatnya lalu ia memanjat kaki setiausahanya. Setiausahanya lalu menjerit sekuat hati sampai Tuan Tariq juga terkejut lalu tertelan biji buah mangga itu.” Puan Daarina berhenti seketika untuk membasahkan tekaknya lalu menyambung ceritanya kembali. ”Memandangkan Tuan Tariq mempunyai banyak kilang selain daripada kilang fabrik, maka di dalam surat wasiatnya, kilang fabrik miliknya telah diwariskan kepada Farouk. Abang-abang Farouk yang lain telah diwasiatkan harta milik Tuan Tariq Al-Habibi yang lain.” Tiba-tiba Puan Daarina memegang perutnya sambil berkata, ”Q, ibu tumpang tandas Q sebentar. Perut ini tiba-tiba saja memulasmulas pula.” Puan Daarina terus berlari ke tandas tanpa menunggu jawapan dari anaknya. ”Aduh..., banyak pula gangguan iklan yang tidak berbayar,” keluh Quatalina. ”Hmm..., dugaan”.
95
Flush tandas berbunyi. Puan Daarina pun keluar dari tandas sambil mengusap-usap perutnya. ”Ahhh..., lega.” Puan Daarina melangkah mendapatkan anaknya semula. ”Hilang keayuan seorang pereka fesyen terkenal dari Paris!” Kini giliran Quatalina pula memberi komen pada ibunya sambil tertawa ria. ”Pereka fesyen pun perlu melakukan proses perkumuhan juga,” jawab Puan Daarina selamba sambil mencubit pinggang Quatalina. ”Aduh!” jerit Quatalina kemudian tertawa di atas katilnya. ”Baiklah, kita sambung cerita kita semula. Di mana ibu berhenti tadi?” ”Hmm..., di bahagian Farouk mewarisi kilang fabrik warisan keturunan Al-Habibi.” Puan Daarina membetulkan ikatan rambutnya dan mencari posisi duduk yang lebih selesa lalu menyambung ceritanya, ”Farouk tahu yang Quatalina telah melanjutkan pelajaran ke Malaysia dalam masa yang sama, dia masih tidak berpuas hati kerana rancangan lamanya untuk menganiaya kamu tidak berhasil. Maka dia merancang untuk mensabotaj perniagaan kita dengan merasuah beberapa pembekal utama G&D. Dia menyuruh mereka memberhentikan bekalan bahan mentah kepada syarikat kita.” Berkerut-kerut muka Quatalina mendengar cerita ibunya. ”Eee..., busuknya hati si Farouk itu! Harap muka saja hensom. Bukankah ramai lagi wanita di luar sana, kenapa dengan saya juga yang dia berdendam?” kata Quatalina yang sedang menumbuk-numbuk pada bantal kecil berdekatannya bagi melempiaskan perasaan geramnya kepada Farouk.
96
”Sebenarnya selain daripada berdendam dengan Q, dia juga merancang untuk mengambil-alih perniagaan G&D. Kami cuba mencari pembekal-pembekal yang lain tetapi kualiti produk mereka tidak sebaik kualiti produk pembekal yang lama. Ramai pelanggan tetap kita lari ke jenama lain.” Puan Daarina mula menitiskan air mata. Quatalina faham kerana G&D telah diusahakan bersama ayahnya dengan bertungkus-lumus selama ini. Dia tidak dapat terima hakikat apabila kemerosotan itu disebabkan oleh sifat dengki khianat orang lain terhadap perniagaannya kerana proses pemulihannya adalah lebih rumit. Berlainan jika kemerostan perniagaan itu disebabkan oleh kecuaian yang berlaku di dalam syarikat itu sendiri. Berurusan dengan orang dalaman lebih mudah daripada berurusan dengan orang luar yang ’berpenyakit hati’. ”Keadaan bertambah buruk lagi apabila kemelesetan ekonomi berlaku tidak lama selepas itu. Akhirnya dengan muka tebal, kami datang ke pejabat Farouk untuk bertemu dengannya. Ayah kamu menundukkan egonya sehingga dia terpaksa melutut untuk merayu supaya Farouk menghentikan sekatan bekalan itu tetapi Farouk telah mengenakan satu syarat. Dia hanya akan membuka sekatan itu jika ayah kamu mengahwinkan kamu dengannya.” Puan Daarina berhenti bercerita untuk meneguk lagi air jus anggur yang sudah dua kali ditambah oleh Quatalina. Jus anggur dalam kotak itu didapati dari peti sejuk yang juga tersedia di dalam kamarnya. ”Ayah kamu hanya ketawa sahaja mendengar syarat itu sambil berkata kepada Farouk, kalaulah itu saja syaratnya, mengapa niat itu
97
tidak diberitahu sejak awal lagi. Farouk menjadi marah kerana ditertawakan ayah. Sebenarnya Farouk juga lupa mahu beritahu kepada ayah kamu tentang niatnya untuk mengahwini kamu. Ia lebih mudah dan lebih menjimatkan duit dan tenaga Farouk, bukan? Bodoh juga si Farouk ini! Tetapi..., sebenarnya Farouk sangat berpuas hati kerana dalam masa yang sama dia juga mahu melihat kita sekeluarga menderita.” Quatalina tergelak pula apabila ibunya melabelkan Farouk sebagai seorang yang bodoh. Kacak tetapi bodoh. ”Dalam perjalanan pulang ke rumah kita, ibu memberitahu ayah kamu perkara yang sebenar, tentang perkahwinan kamu dengan Fahrin di Malaysia dan menunjukkan gambar anak kamu, Fatimah kepadanya. Ayah bukan main gembira lagi mendengar berita itu tetapi....” ayat itu dibiarkan tergantung oleh Puan Daarina. ”Tetapi apa ibu?” Quatalina sudah mula suspen. ”Ibu kena tumpang tandas kamu lagi sekali,” jawab Puan Daarina sambil berlari tercicit-cicit ke tandas. Lima minit kemudian Puan Daarina keluar dari tandas dengan kepenatan. ”Aduh..., letihnya,” keluh Puan Daarina. ”Ibu makan apa yang jadi sampai begini?” Quatalina menyatakan kerisauannya. Puan Daarina langsung menumpang baring di atas katil Quatalina lantas menjawab, ”Semalam ibu sembelit, jadi untuk mengurangkan sembelit, ibu makanlah buah prune banyak-banyak. Inilah akibatnya Terlebih lawas pula.” Puan Daarina tertawa dengan kecuaiannya sendiri.
98
”Baiklah, kita sambung semula. Ayah kamu terus berpatah balik ke pejabat Farouk untuk memberitahu yang kamu sudah berkahwin dan mempunyai anak. Masakan mahu disuruh bercerai-berai, kata ayah kepada Farouk. Farouk jadi hilang sabar lantas mengeluarkan sepucuk pistol dari lacinya lalu mengugut untuk membunuh kami berdua di situ juga. Dia juga memberitahu, sekarang juga dia akan menghubungi pembunuh upahan untuk membunuh kamu tiga beranak di Malaysia pula.” ”Ayah tidak merayukah, ibu?” sampuk Quatalina. ”Sudah tetapi Farouk sudah dirasuk syaitan ketika itu. Dia mengamuk tidak tentu arah. Dia beritahu pada ayah, kalau mahu selamat, ayah kena buat kiriman telegram untuk paksa kamu balik ke Paris dengan segera. Tanpa membuang masa, ayah membuat pesanan telegram itu di hadapan Farouk pada itu juga dengan menggunakan telefon pejabat Farouk.” Puan Daarina menghela nafas panjang. ”Begitulah ceritanya.... Sekian sudah imbasan cerita tujuh tahun yang lalu,” jelas Puan Daarina. Quatalina lantas merangkul erat ibunya lalu berkata, ”Kasihan ayah, ibu, keluarga kita serta G&D. Semuanya menjadi mangsa kerakusan harta dunia. Apakah Farouk tidak percaya dengan balasan hari akhirat?” Kemudian Quatalina membawakan maksud Surah Yunus, ayat 7 hingga 8 kepada ibunya, ’Sedangkan orang yang memang tidak mengharapkan berjumpa dengan Kami (Allah SWT), berasa puas dan aman dengan kehidupan duniawi, dan mereka yang lalai dengan ayatayat Kami, tempat tinggal mereka adalah neraka sebagai balasan dari apa yang mereka lakukan’.
99
Puan Daarina kemudian merenung ke dalam mata hijau Quatalina. ”Bukan mudah untuk menasihatkan orang seperti Farouk yang sudah berajakan nafsu dan bertuhankan syaitan itu. Na’uzubillahi min zalik. Walau bagaimanapun, ibu memohon maaf yang tidak terhingga kepada kamu, Q. Kami semua minta maaf. Kami tersepit.” Puan Daarina menangis kesedihan sambil mengusap-usap perutnya yang masih lagi kurang selesa. Quatalina kemudian memujuk ibunya lantas berkata, ”Saya faham dengan situasi ini. Jika saya berada di tempat ayah dan ibu, mungkin juga saya terpaksa melakukan perkara yang sama. Ibu beritahu pada ayah, jangan risau. Saya akan buat solat hajat dan bermohon supaya mendapat jawapan yang terbaik. Insya-Allah, segala keputusan yang baik datang dari Allah, yang buruk juga atas kesilapan kita sebagai manusia yang lemah. Banyak nyawa yang terlibat dalam kes ini, mungkin juga saya kena beralah. ” Quatalina bersuara lemah kemudian menemani ibunya pulang ke kamarnya. Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s..w bermaksud, ’Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti dia kafir.’ (Riwayat Muslim) -----------------------------Pada keesokkan harinya, Quatalina membuat panggilan ke Malaysia. Fahrin hampir pengsan setelah mendengar segala penjelasan Quatalina. Fahrin tidak sanggup menceraikan Quatalina tetapi Quatalina tiada pilihan lain kerana nyawa yang menjadi pertaruhan.
Bab 9
100
Tahun 1997.
”Fatimah binti Fahrin! Cikgu nampak kamu sedang curi-curi makan dalam kelas! Jangan sampai saya rampas semua makanan ringan kamu di dalam meja itu!” jerit Cikgu Maspupah guru kelas darjah Empat Anggur, kelas yang terbaik untuk murid tahun empat. Terkocoh-kocoh Fatimah menyimpan semula coklat Ding Dong nya ke dalam laci meja tulis. Dia bukanlah suka sangat makan coklat itu tetapi mainan yang disertakan di dalamnya menarik minat Fatimah untuk menjadi peminat kepada makanan ringan itu. ”Hmm..., Cikgu Maspupah ini nampak saja aku tengah makan. Dia ada pasang cermin pandang belakangkah pada telinganya? Sambil menulis di papan hitam pun boleh nampak aku curi-curi makan. Aku bukannya apa, nanti masuk angin pula coklat Ding Dong ini, rugi duit beli coklat ini,” rungut Fatimah di dalam hatinya. ”Disebabkan kamu curi-curi makan tadi, kamu kena datang ke depan untuk selesaikan soalan matematik di papan hitam ini sekarang juga!” perintah Cikgu Maspupah dengan tegas. Lambat-lambat sahaja Fatimah membawa badannya yang berat itu ke hadapan kelas. Murid-murid lain ada yang sudah kecut-kecut perut mendengar titah-perintah dari Cikgu Maspupah yang juga merangkap guru displin di sekolah Fatimah. Kurang lima minit sahaja soalan matematik yang dikategorikan sukar oleh kebanyakan murid tahun empat itu berjaya diselesaikan. Cikgu Maspupah menyemak soalan itu dengan muka seriusnya tanpa
101
membenarkan Fatimah duduk dahulu. Seluruh isi kelas senyap bagai ternampak kucing bertanduk berjoget di hadapan mereka pula. ”Tahniah! Nasib baik jawapan awak betul, kalau tidak..., jangan harap awak dapat duduk sehingga habis waktu saya mengajar subjek ini. Sekarang awak pergi duduk di tempat awak semula!” Terherotherot bibir Cikgu Maspupah memberi ceramah pendek kepada Fatimah dengan hanya mempamerkan sedikit sahaja senyuman di akhir leterannya. Seluruh kelas bertepuk tangan namun segera memberhentikan tepukan itu apabila mereka direnung tajam dengan ’renungan maut’ daripada Cikgu Maspupah. Fauzi atau Jiji yang duduk bersebelahan dengan Fatimah memujimuji kepandaian Fatimah sambil mempamerkan thumbs up kepada rakannya itu, ”Hebat!” ”Terima kasih,” Fatimah tersenyum simpul. ”Nanti awak ajar saya pula, ya?” pinta Jiji. Fatimah mengangguk setuju. Walaupun Fatimah merupakan murid tunggal yang obes di sekolahnya, dia juga merupakan salah seorang daripada murid pintar di sekolah itu. Cuma tabiat mengunyah di dalam kelas sahaja yang sering menyebabkan dia didenda oleh guru-gurunya. Apabila diberi amaran, Fatimah memberi alasan, ”Saya tidak boleh berfikir dengan baik kalau perut saya kosong, cikgu.” ”Kalau di dalam peperiksaan nanti bagaimana?” ”Sebelum peperiksaan bermula, saya makanlah dahulu,” jawab Fatimah dengan wajah selamba. ------------------------------
102
Sejak Fahrin menjalani hidup sebagai bapa tunggal, dia mula menceburkan diri di dalam bidang penyiaran pula. Bukan sebagai pembaca berita tetapi sebagai pengacara program masakan. Dia juga telah berhenti menjadi chef di hotel lamanya kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan kateringnya yang biasanya dipenuhi pada hujung minggu dan cuti-cuti sekolah sahaja. Dengan ini banyak masa yang dapat diluangkan dalam membesarkan anak tunggalnya, Fatimah. Bekas isterinya, Quatalina tidak dapat dihubungi lagi sejak Fahrin dan Fatimah berpindah ke rumah baru mereka. Kali terakhir, setahun selepas bercerai, dia ada mendapat telegram dari Paris yang menyatakan Quatalina telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya. Kasihan Fatimah tidak dapat kasih sayang yang lama bersama ibunya. Fahrin juga telah menutup hatinya untuk berkahwin lagi. Bukannya tiada usul dari keluarga tetapi gerak hatinya kuat menyatakan Quatalina masih hidup lagi. Fahrin sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan bekas isterinya suatu hari nanti jika mereka berdua dipanjang umur. -----------------------------Fahrin memandu ke sekolah Fatimah untuk mengambil anak tunggalnya pulang dari sekolah. Hari ini dia terlambat sepuluh minit daripada biasa kerana ada sekatan lalulintas akibat kemalangan jalan raya tadi. Sebaik sahaja dia sampai di dalam kawasan sekolah, kelihatan Fatimah sedang duduk di meja kantin menulis sesuatu. Kereta Fahrin
103
berhenti di sebelah kantin lalu membunyikan hon kereta sebanyak dua kali, ”Phon! phon!” Fatimah menoleh dan bersegera mengemaskan peralatan menulisnya lalu mampir memasuki ke dalam kereta Fahrin. ”Assalamualaikum, ayah!” tegur Fatimah yang berwajah tembam dibasahi peluh. ”Wa’alaikumsalam! Maaf ayah lambat tadi.” ”Tidak mengapa, ada ramai lagi cikgu yang belum pulang. Lagi pun saya tunggu ayah sambil membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu tadi,” jawab Fatimah. Semasa Fahrin memandu, Fatimah memberitahu berita gembira kepada ayahnya, ”Ayah, saya terpilih di dalam drama pementasan untuk hari penyampaian hadiah pada hujung bulan hadapan.” ”Wah! Hebatnya anak ayah! Ada bakat jadi pelakon pula!” Fahrin memberi pujian sambil memutar steringnya ke arah kanan. ”Cikgu suruh berlakon watak apa?” tanya Fahrin lagi. ”Watak beruang,” jawab Fatimah. ”Watak beruang? Mengapa Fatimah setuju?” tanya Fahrin seperti tidak setuju dengan watak yang akan dilakonkan oleh Fatimah. Dia tidak mahu orang mempermaian anaknya hanya kerana badan anaknya yang bulat itu. ”Mula-mula Jiji cadangkan saya jadi kucing sebab mata saya hijau tetapi sebab badan saya besar, cikgu minta saya jadi beruang saja. Cikgu kata, belum ada beruang yang berbadan kurus. Kawan-kawan saya yang lain memang kurus, ayah” Fatimah memberi pengakuan jujur sambil menarik-narik pipinya yang tembam di hadapan cermin sisi kereta.
104
”Oh,” Fahrin mengendurkan suaranya. ”Iya juga, mana ada beruang kurus melainkan beruang kebuluran,” kata hati Fahrin. ”Tidak mengapalah, jadi beruang pun comel juga,” Fahrin memujuk anaknya. ”Eh, saya pun memang suka watak itu sebab saya tahu saya comel. Hihihi...,” jawab Fatimah lalu tertawa riang bersama ayahnya. Fahrin amat bersyukur kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang pintar dan mudah mengikut nasihatnya. Walaupun dia tidak terlalu memanjakan Fatimah tetapi dia sering memewahkan anak tunggalnya itu dengan makanan sebagai tanda kasih-sayang, akibatnya sekarang anaknya itu sudah semakin ’melebar’. Selain daripada itu, Fatimah sudah pandai menjadi pengkritik nombor satu untuk masakan-masakan Fahrin dan kadang-kala juga idea-idea Fatimah telah banyak membantu dalam perkembangan kerjaya ayahnya dalam bidang masakan. -----------------------------Tahun 2000, Fatimah memasuki alam awal remaja, alam sekolah menengah. Tidak ramai pelajar perempuan yang mahu berkawan dengan Fatimah kerana saiz badannya yang masih lagi besar, masih lagi obes. Hanya Jiji sahaja yang masih setia menjadi rakan karibnya sejak dari sekolah rendah lagi. Jiji memang suka berkawan dengan pelajar perempuan sejak dahulu lagi kerana dia seorang lelaki yang lembut. Puas sudah Fatimah menasihatinya agar dia berubah menjadi ’jantan sejati’ tetapi ada sahaja alasannya.
105
Di antara alasan Jiji ialah, ”Saya dengan rela hati akan berubah menjadi ’jantan sejati’ kalau Cikpuan Fatimah juga dengan rela hati menurunkan berat badan cikpuan.” Kata-kata itu disebut dengan gaya ’sotong’nya. ”Berdosa tahu menyerupai perempuan!” Fatimah memberi amaran. ”Hey! Ada awak nampak saya simpan rambut panjang? Ada awak nampak saya berpakaian seperti wanita? Ada awak dengar saya pergi buat pembedahan mengubah jantina? Tiada bukan?” Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada rakan baiknya. Fatimah malas mahu layan leteran Jiji lagi. Memang benar, Jiji hanya bertingkah-laku lembut sahaja tetapi dia berbudi bahasa dan seorang yang menjaga solatnya. Belum berada di tahap yang serius lagi seperti lemah, lembik dan lemau. ”Yang awak ini komen-komen saya, bila lagi awak mahu kurus? Nanti sakit, siapa yang susah? Mahu beribadah pun susah bila badan sudah terlampau berat!” leter Jiji lagi. Dia kalau berleter memang kalah Makcik Joyah yang bekerja di kantin sekolah mereka. ”Nantilah, saya masih muda lagi, alhamdulillah masih belum ada penyakit. Bukannya salah saya yang jadi sampai segemuk ini. Ayah saya yang suka masak sedap-sedap, rugilah kalau makanan yang sedap itu terbuang saja. Nanti bila saya sudah bekerja, sudah ada duit, saya upahlah jurulatih senaman untuk membimbing saya menurunkan berat badan ketika bersenam di gim.” Alasan Fatimah itu mendapat jelingan yang tajam dari Jiji yang sangat faham dengan tabiat makan yang tidak sihat rakan baiknya itu.
106
Bab 10
Fatimah mengiringi ayahnya menuju ke kereta. Jiji juga turut berada di sisi Fatimah. Mereka berdua bersalaman dengan Fahrin untuk mengucapkan selamat tinggal. Inilah kali pertama Fatimah akan berpisah dalam jangka masa yang lama dengan ayahnya sepanjang dia dibesarkan. Fatimah dan Jiji berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama tetapi di dalam bidang yang berlainan. Fatimah memilih bidang Kewartawanan dan Fotografi manakala Jiji pula memilih bidang Rekaan Fesyen. Sebelum Fahrin memasuki keretanya, dia sempat berpesan kepada Fatimah, ”Jaga diri baik-baik di sini. Belajar rajin-rajin tahu. Jangan langgar perintah Tuhan. Kalau kamu rasa masakan di kafeteria di sini kurang sedap, lekas-lekas telefon ayah, tahu. Nanti ayah datang bawakan makanan untuk Fatimah dan kawan-kawan yang lain.” Bersungguh-sungguh Fahrin berpesan sambil menggosok-gosok kepala Fatimah yang bertudung. Anaknya masih lagi dilayan seperti anak kecil. Jiji tersenyum senget sahaja melihat rakan baiknya itu diberi pesanan yang panjang lebar daripada ayahnya. Tidak dapat menahan rasa kelakar sehingga terburai juga ketawanya di sebelah Fatimah sehingga beberapa mata pelajar baru yang sedang lalu-lalang berdekatan mereka turut tertoleh ke arah mereka bertiga.
107
Fatimah segera menggunakan ’Hikmat Cubitan Ketam Batu’ ke bahu Jiji namun Jiji yang sudah lama mengenali tabiat Fatimah itu berjaya mengelak cubitan itu. Sekali lihat gaya Jiji mengelak seperti dia sedang menari dangdut pula. Fatimah sudah tersipu menahan malu kerana pesanan tentang makanan itu diucapkan dalam nada yang kuat oleh ayahnya. Sambil matanya memandang ke kiri kanan dia berkata dalam nada berbisik, ”Ayah, janganlah cakap kuat sangat. Semua orang sedang memerhatikan kita. Malulah saya.” Perut boroi Fahrin berombak-ombak tertawa melihat telatah Fatimah dan Jiji sambil menjawab, ”Kamu jangan hendak perasan yang orang lain itu sedang melihat kamu pula. Mereka itu sedang merenung ayah ini. Bukankah ayah seorang selebriti tv sekarang. Tambahan pula ayah masih kacak lagi.” jawab Fahrin yang kemudian beraksi berpeluk tubuh sambil ibu jari tangan kanannya diletakkan ke dagu, ala-ala beraksi gaya artis 60an. Tiba-tiba seorang ibu kepada salah seorang pelajar menegur Fahrin, ”Encik ini Chef Fahrin, bukan? Hmm..., boleh saya dapatkan tanda tangan daripada chef sebagai kenang-kenangan? Kami sekeluarga minat sangat dengan chef.” Tersipu-sipu ibu pelajar itu memohon autograf daripada chef kesayangannya. Setelah Fahrin menurunkan tanda tangan untuk peminatnya, ibu pelajar itu berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih. Fahrin mengangkat-angkat kening persis penyanyi Ziana Zain kepada Fatimah dan Jiji sambil memuji dirinya. ”Tengok, bukankah betul ayah cakap tadi?”
108
Fatimah hanya buat-buat tidak dengar sahaja kata-kata ayahnya itu. ”Habislah kalau anak wanita tadi hebohkan pada satu universiti yang aku ini anak Chef Fahrin. Tidak pasal-pasal ramai pula yang minta kirim bawa balik buku untuk di turunkan autograf ayah.” ”Apa?” soal Fahrin seperti mendengar kata-kata di dalam hati Fatimah. ”Eh! Tiada apa-apa,” jawab Fatimah. ”Fatimah itu bukannya apa, Pakcik Fahrin. Dia cemburu, takut ada pelajar sini yang terpikat pada Pakcik. Dia tidak sanggup untuk dapat ibu tiri yang sebaya dengannya,” sampuk Jiji bergurau. Fatimah sudah menjeling tajam pada Jiji sambil tangannya mengisyaratkan gaya penyepit ketam. ”Bijak, bijak. Pakcik suka dengan cadangan kamu itu,” jawab Fahrin sambil tertawa lagi. ”Tetapi sebelum dipikat oleh pelajar-pelajar di sini, pakcik kenalah kempiskan dahulu perut pakcik itu, barulah ’meletup’ dan mantap dilihat peminat,” komen Jiji lagi. Belum apa-apa lagi dia sudah bertindak sebagai perunding imej Fahrin pula. Fahrin segera tunduk melihat perutnya yang persis wanita mengandung empat bulan. Sambil menepuk-nepuk perutnya, dia berkata, ”Betullah kata kamu, Jiji. Pakcik tidak boleh buncit lagi, nanti kalah pula Fatimah.” Kata-kata itu disambut oleh dekahan ketawa dari Fahrin dan Jiji. ”Menyampah!” jawab Fatimah sambil memuncungkan bibirnya lalu menjeling kepada Fahrin pula. Melihat kedua lelaki itu ketawa seperti tidak ingat dunia, Fatimah mula berpusing untuk meninggalkan mereka. ”Saya pergi dulu, ayah.
109
Assalamualaikum,” ucap Fatimah sambil melambai-lambai ke arah Fahrin dan Jiji. Fahrin terkejut lalu menahan Fatimah, ”Eh, eh! Mahu ke mana itu? Ayah belum habis cakap lagi kamu sudah mahu pergi. Janganlah marah, teddy bear ayah. Mari kita bersalaman lagi sekali sebelum berpisah. Jangan lupa telefon ayah tiap-tiap hari, tahu?” Fatimah mencium tangan Fahrin lalu mendakap ayahnya. Fatimah mempamerkan senyuman kepada ayahnya, ”Baiklah. Ayah pun jaga diri baik-baik. Nanti kalau ada masak masakan yang sedap-sedap untuk tempahan katering, jangan lupa hantarkan satu mangkuk tingkat ke mari.” Fatimah melambai-lambai ayahnya yang sudah pun memasuki kereta. ”Ala..., macam tiada topik lain yang lebih menarik lagi bagi dia selain daripada makan, makan dan makan. Nanti awak ambil sajalah gambar semua makanan di Malaysia dan cover cerita tentang makanan saja,” sindir Jiji yang juga merangkap penasihat tidak rasmi Fatimah. ”Eleh! Suka hati sayalah. Lagi pun berat saya baru saja extra dua puluh kilo. Insya-Allah, dengan semangat muda ini, saya akan cepat turun berat nanti. Takut pula nanti awak mahu jadikan saya sebagai model rekaan baju awak pula,” jawab Fatimah lalu menjelir lidah kepada Jiji. ”Iyalah tu.... Sejak dari sekolah rendah sampailah sekarang, begitulah saja angan-angan dia mahu kurus, tetapi tidak juga kuruskurus sehingga sekarang,” sahut Jiji sambil berjalan meninggalkan Fatimah menuju ke asrama masing-masing, begitu juga dengan Fatimah.
110
-----------------------------Fatimah berjalan lambat-lambat sahaja menuju ke bilik kuliahnya pada hari pertama pembelajarannya di universiti. ”Fatimah, kenapa jalan macam ’lenggang Mak Limah’ saja? Macam ini sampai tahun depan pun tidak akan kurus?” marah Fatimah pada dirinya sendiri. Dia merenung jam tangan di lengan kirinya ”Masih ada dua puluh tujuh minit lagi sebelum kelas pertamaku bermula. Bilik kuliah pun lagi dua puluh langkah, sampailah,” Fatimah membebel seorang diri. Tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seorang pelajar lelaki yang berjalan terburu-buru ke hadapan. Habis terjatuh berguling-guling botol airnya ke kanan lorong. Pelajar itu hanya menoleh dan mengangkat tangan tanda minta maaf kepada Fatimah tanpa membantu mengambilkan botol airnya yang tercampak ke tepi itu. Fatimah lantas meng’key-in’ wajah pelajar lelaki itu ke dalam kotak mindanya sebagai orang yang perlu dia berhati-hati di masa akan datang. Dia kemudian pergi mendapatkan botol air kesayangannya yang berisi bancuhan air sirap pandan yang mana patinya dibekal dan dibuat khas oleh ayahnya. ”Huh! Sungguh tidak gentleman langsung! Apa dia fikir dia seorang sahaja yang mahu cepat ke kelas?” rungut Fatimah seorang diri sambil menunduk untuk menangkat botol air. Tiba-tiba...,”Kedebuk!” punggung Fatimah pula disondol oleh seseorang. Fatimah tertonggeng lantas terduduk ditolak oleh orang itu.
111
”Beri laluan, beri laluan! Kenderaan berat ikut kiri, kenderaan berat ikut kiri!” suara seorang perempuan kedengaran melepasi Fatimah. Fatimah menoleh ke arah suara itu dan dia dapat melihat seorang pelajar perempuan yang berjalan ala-ala diva melepasinya. Pelajar perempuan yang bersolekan tebal itu menoleh ke arah Fatimah lalu berkata dalam nada menyindir, ”Ops! Minta maaf. Saya tidak perasan. Fikirkan almari bergerak tadi.” Dia dan dua lagi rakan perempuannya tertawa mengejek terkekeh-kekeh dan terus berlalu tanpa membantu Fatimah. ”Punyalah besar laluan ini. Mereka sengaja langgar-langgar punggung aku! Harap muka sahaja cantik! Perangai buruk!” Berdengih-dengih Fatimah menongkat dirinya untuk bangun. ”Mari, saya bantu awak,” tiba-tiba kedengaran suara garau seperti suara hero drama Jepun, Hasegawa Takeshi, mempelawa untuk membantunya berdiri. Bahu Fatimah ditarik perlahan-lahan ke atas. ”Terima kasih,” ucap Fatimah sambil mengibas-ngibas baju blaus labuhnya yang sedikit berhabuk. Wajah lelaki yang membantunya direnung. Segaris senyuman ikhlas terpamer diwajah lelaki itu. ”Nama saya, Johan. Panggil saja saya Joe. Awak?” Terkesima Fatimah melihat wajah kacak Johan yang ada iras-iras Orlando Bloom di dalam cerita Pirates of the Caribean. ”Oh! Nama saya Fatimah, panggil saja saya Fatimah,” jawab Fatimah tersipu-sipu malu. Di dalam hatinya berkata, ”Putera raja dari kayang mana pulalah yang dihantar untuk membantu aku? Alahai....”
112
”Minta maaf. Yang terlanggar awak tadi itu Julia namanya, dia teman wanita saya. Dia memang selalu begitu tetapi hatinya baik,” jelas Johan kepada Fatimah. ”Alamak! Teman wanita? Aduhai...,” keluh Fatimah di dalam hati. ”Joe! Cepatlah ke mari! Nanti lambat pula kita masuk kelas nanti!” jerit Julia dari jauh dengan suara separa mengada-ngada. ”Baiklah. Saya kena pergi dulu. Panjang umur kita jumpa lagi. Hmm..., saya sukalah warna kanta lekap hijau yang awak pakai itu. Sesuai sangat dengan wajah awak,” puji Johan sebelum dia berlari mendapatkan Julia yang sedang sibuk melambai-lambainya dari jauh. ”Kanta lekap hijau? Hei! Ini mata original tahu? Tidak mainlah pakai yang palsu-palsu macam kekasih engkau itu!” jerit Fatimah di dalam hatinya. ”Hmm..., bagaimanalah lelaki yang sebaik dan sekacak Johan itu boleh terpikat dengan perempuan yang mengada-ngada macam Julia itu?” Fatimah pun meneruskan langkahnya ke bilik kuliah. -----------------------------”Assalamualaikum semua. Hari ini saya mahu pulangkan semula kertas ujian ’pop kuiz’ minggu lepas,” Puan Safura atau lebih digemari dengan panggilan Madam Spora di kalangan para pelajarnya membuat pengumuman. Bilik kuliah yang gamat sebentar tadi menjadi senyap seketika. Nama saja ’pop kuiz’ tetapi ia merupakan ujian yang dilakukan tanpa diberitahu terlebih dahulu kepada para pelajar. Tujuannya supaya semua pelajar sentiasa mengulangkaji dan bersiap-sedia dari segi mental tentang pelajaran yang telah diajar oleh pensyarah mereka. Jumlah daripada beberapa ’pop kuiz’ yang
113
dilakukan itu pula akan menyumbang sebanyak 10 peratus pada ujian akhir semester. ”Johan Taylor bin Yusuf Taylor,” nama Johan dipanggil untuk mengambil kertasnya di hadapan. Tiada wajah ceria pada mukanya selepas dia menerima kertas itu. ”Oh! Ada keturunan ’Mat Saleh’ rupanya dia ini,” kata hati Fatimah. Walaupun mereka sudah belajar dalam bidang yang sama hampir sebulan namun Fatimah hanya tahu nama samaran kebanyakan dari mereka sahaja. Fatimah juga jarang-jarang bertemu dengan rakan sekuliahnya. Bukan seperti di waktu dia belajar di sekolah rendah atau di sekolah menengah dahulu, tiap-tiap hari lima hari seminggu dia berjumpa dengan rakan-rakan di sekolahnya dari jam 7.30 pagi hingga pukul 1 petang. Di universiti waktu kuliah tidak serapat itu. Kadang-kala satu hari ada satu kuliah sahaja. Habis kuliah, ada yang terus pulang ke asrama, pergi mengulangkaji di perpustaan, makan di kafeteria atau pun pergi berbincang dengan kumpulan perbincangan masing-masing. Kemudian Madam Spora memanggil nama Julia pula, ”Julia binti Mustarjo.” Hampir saja Fatimah tersembur air sirap pandan yang baru digogok ke tekaknya. ”Oh..., perempuan yang perasan diva ini rupanya berketurunan Jawa. Berlagak mengalahkan ’Mat Saleh’ dengan ’rambut karat’ dan kanta lekap yang pelbagai warna setiap hari. Baju pula kalah pelajar jurursan rekaan fesyen.” Fatimah membebel seorang diri sambil membuat muka di belakang fail yang menutupi wajahnya.
114
”Tahniah Julia. Awak di antara pelajar yang dapat markah tertinggi setakat ini,” puji Madam Spora. Setakat yang Fatimah tahu, Madam Spora lebih suka memberi perhatian kepada pelajar-pelajarnya yang suka bergaya dan kelihatan glamor seperti Julia dan Johan setakat ini. Sejak dari itu, Fatimah sudah bertekad di dalam dirinya yang dia tidak akan membiarkan hanya kecantikan sahaja menguasai manusia di sekelilingnya. Dia mahu buktikan kepada orang ramai bahawa wanita gempal sepertinya juga boleh menggegarkan dunia. ”Bergegarnya dunia bukan kerana berat badannya yang berlebihan tahu!” Fatimah ketawa sendirian dengan lamunannya. Julia mendapatkan semula kerusinya dengan rasa bangga yang tidak terhingga. Hidungnya kelihatan kembang-kempis seperti tidak cukup oksigen pula. Madam Spora mengangkat satu lagi kertas pelajar dari mejanya. Mahmud yang sedang duduk berhadapan dengan Madam Spora sibuk menjengah-jengah di sebalik bayang pada kertas itu. Menyedari tingkah-laku Mahmud itu, Madam Spora segera menurunkan kertas itu lalu bersuara lantang dengan muka yang ceria, ”Tahniah kepada Fatimah binti Fahrin! Anda telah mendapat markah sembilan setengah per sepuluh untuk ’pop kuiz’ ini!” ”Hah!” Ternganga besar mulut Julia. ”Mana mungkin ’almari bergerak’ itu lebih pintar daripada aku!” Julia menjadi sangat cemburu dan marah kerana ini sahaja kelebihan Fatimah yang dia tidak dapat tandingi setakat ini. Muka Julia yang ceria tadi bertukar menjadi merah padam seperti baru sahaja tertelan cili padi.
115
Mahmud bertepuk tangan diikuti oleh Johan dan pelajar-pelajar lain di dalam bilik kuliah itu kecuali Julia. Johan segera menghentikan tepukannya apabila diberi ’renungan maut’ oleh Julia. ”Hmmm..., belum apa-apa lagi sudah kena queen control,” kata hati Fatimah. Dia lantas melangkah mendapatkan Madam Spora untuk mengambil kertas jawapannya. ”Terima kasih puan,” ucap Fatimah sambil melangkah kembali ke tempat duduknya semula. Sebelum dia berpatah balik ke kerusinya, Mahmud telah memberikan dia sehelai kertas kecil yang berlipat. Di dalamnya tertulis, ”Tahniah Fatimah. Bolehkah saya sertai kumpulan perbincangan awak selepas ini? Saya juga mahu pandai seperti awak.” Fatimah memandang ke hadapan. Dilihat Mahmud sedang menoleh ke arahnya sambil tersengih-sengih dari jauh menantikan jawapan. Fatimah manjawab dengan tiga kali anggukan dan segaris senyuman. Mahmud meraup mukanya tanda bersyukur kerana permintaannya dipersetujui Fatimah. Mahmud merupakan pelajar lelaki yang terlanggar bahunya pada hari pertama empat minggu yang lalu. Dia sudah pun meminta maaf kepada Fatimah secara lisan. Katanya, pada pagi itu perutnya meragam. Tidak tahan mahu mencari tandas. Fatimah pula tidak selalu berpeluang untuk bertemu Jiji kerana mereka belajar di bidang yang berlainan. Mereka hanya berpeluang berjumpa sekali-sekali di perpustakaan ataupun ketika Fatimah memanggilnya untuk makan bersama dengan ayahnya sahaja. Sesekali Fatimah ada juga bertukar-tukar SMS dengan Jiji. ------------------------------
116
”Baiklah, saya mahu anda semua membuat lima kumpulan. Setiap kumpulan perlu ada tiga hingga empat orang pelajar,” Profesor Meriam memberi arahan. Profesor Meriam yang terkenal dengan sifat garang dan tegasnya itu digelar Profesor Meriam Bom oleh beberapa pelajar yang selalu dimarahi olehnya. Semua pelajar membentuk kumpulan masing-masing kecuali Julia dan Johan yang masih lagi tidak berganjak. ”Julia! Johan! Kamu berdua tidak faham Bahasa Melayu, kah? Apa saya kata tadi? Buat kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat pelajar!” jerkah Profesor Meriam. ”Saya tidak mahu dengar ada pelajar saya yang ditangkap khalwat pula semasa membuat tugasan ini!” sambung Profesor Meriam lagi. ”Tapi Puan Profesor, mereka semua sudah membentuk kumpulan masing-masing,” Julia memberi alasan. Profesor Meriam tidak setuju dengan alasan Julia lantas merenung ke arah muka pelajar-pelajarnya. ”Hah! Kamu Fatimah, saya mahu kamu bertukar angin dengan menyertai kumpulan Julia dan Johan pula kali ini,” kata Profesor Meriam sambil melambai ke arah Fatimah. Semua ahli kumpulan Fatimah mengeluh termasuklah Fatimah. ”Alahai..., apalah malang nasib aku dimasukkan ke dalam kumpulan mereka pula.” Fatimah menggaru-garu kepalanya sambil bergerak menyertai kumpulan JJ itu. Julia berpura-pura menerima kehadiran Fatimah di hadapan Profesor Meriam dan pelajar yang lain tetapi jauh di sudut hati
117
busuknya berkata, ”Nantilah engkau Fatimah, engkau fikir engkau bagus sangat! Aku akan cari craa untuk memalukan engkau!” Lain pula dengan Johan yang menerima kehadiran Fatimah dengan hati yang terbuka. Kadang-kala dia ingin juga bertukar-tukar ahli kumpulan tetapi dihalang oleh Julia. Ramai rakan lelakinya yang mula bosan dengan sifat Johan yang terlalu memuakan perangai Julia namun kutukan mereka tidak dihiraukan oleh Johan kerana dia menyayangi Julia separuh mati. Setelah berpuas hati dengan kedudukan pelajar di dalam kumpulan masing-masing, Profesor Meriam mula memberitahu tugasan yang mereka perlu lakukan sambil menyampaikan helaian kertas yang berisi senarai tugasan yang perlu dilakukan. ”Di dalam kertas kerja kali ini, anda semua dikehendaki membuat temuramah dengan nama pensyarah yang saya nyatakan di dalam kertas itu mengikut nombor kumpulan masing-masing,” jelas Profesor Meriam yang sebelum itu telah menamakan kumpulan mereka mengikut nombor sahaja buat sementara waktu. ”Kamu dibenarkan menukar nama kumpulan kamu mengikut nama yang kamu suka selepas ini.” Pengumuman ini membuatkan para pelajar menarik nafas lega kerana mereka merasakan nama kumpulan yang diberikan berdasar kepada nombor tidak glamor langsung. ”Walaupun kertas kerja ini dibuat secara berkumpulan tetapi pembentangan nanti perlulah dibuat secara individu. Anda semua boleh membuat pembentangan secara media cetak atau media elektronik,” sambung Profesor Meriam lagi.
118
Mata Julia sudah mula bersinar apabila mendengar perkataan media elektronik itu. Sambil melambai-lambai ke arah Profesor Meriam, Julia bertanya, ”Maksud Puan Profesor, kami boleh buat rakaman seperti pengacara rancangan tv kemudian membentangkannya nanti dalm bentuk rakaman video?” Beriya-iya Julia bertanya. Dia berangan-angan ingin menjadi pengacara tv suatu hari nanti. ”Betul, Julia. Pada yang ingin membentang secara media cetak pula, pembentangan anda perlu disertakan dengan gambar mereka yang ditemuramah. Kamu perlu bentangkan dalam bentuk Power Point dahulu sebelum menyerahkan hasilnya dalam bentuk cetakan seperti cetakan majalah yang berwarna kepada saya. Kertas kerja ini perlu disiapkan dalam masa tiga minggu dari sekarang dan markahnya akan menyumbangkan sebanyak 30 peratus dalam ujian akhir semerter nanti. ” Semua pelajar tekun mendengar penerangan Profesor Meriam. Ada yang sudah mula merangka beberapa idea mereka di atas kertas. Melihat tiada sebarang soalan yang dikemukakan kepadanya, Profesor Meriam bersuara lagi, ”Jelas semua? Kalau ada persoalan, sila jumpa dengan saya nanti.” -----------------------------Hari pembentangan tugasan yang diberikan oleh Profesor Meriam.
”Terima kasih kepada kumpulan Hip-hip Horey. Bagus!” puji Profesor Meriam sambil mencatatkan sesuatu di dalam bukunya.
119
”Sekarang giliran kumpulan Jujotim pula membuat pembentangan. Dipersilakan.” Julia, Johan dan Fatimah tampil ke hadapan bilik kuliah. ”Di antara kamu bertiga, siapa yang akan buat pembentangan dahulu?” soal Profesor Meriam. Julia yang terlebih make-up tergedik-gedik mengangkat tangannya. ”Silakan,” Profesor Meriam meminta Julia memulakan pembentangannya. Julia membuat pembentangan dalam bentuk media elektronik. Tayangan video itu berlangsung selama sepuluh minit. Sepanjang tayangan video temuramahnya itu, kelihatan Julia tidak habis-habis senyum seorang diri. Mungkin juga dia berpuas hati dengan hasil rakaman kekasihnya dan persembahannya di dalam video itu. Selesai penayangan video di hadapan kelas, Profesor Meriam memberi komen, ”Boleh diperbaiki lagi! Adalah lebih baik jika kamu jangan terlalu tersengih semasa temubual itu berlansung. Saya nampak awak kurang fokus terhadap jawapan yang diberikan. Asyik pandang pada kamera sahaja.” Berkecai semua senyum Julia setelah mendengar komen dari profesornya itu. ”Next!” Perintah Profesor Meriam Julia terus kembali kepada kerusinya kemudian Fatimah pula bangun. Semasa Fatimah meninggalkan kerusinya untuk memulakan pembentangannya, Johan ternampak sesuatu pada baju Fatimah di belakang punggungnya. ”Alamak! Darah!” kata hati Johan. Baru sahaja Johan mahu pergi mendapat Fatimah untuk memberitahu tentang darah dibajunya, tiba-tiba niatnya itu dihalang
120
oleh Julia. ”Biarkan! Biar dia malu besar! Saya yang letakkan sedikit darah ayam yang diambil dari makcik kafe tadi ke atas kerusinya sebelum dia duduk tadi. ” Julia berbisik pada Johan sambil tersenyum mengejek. ”Awak tidak boleh buat begini kepada dia. Apa salah dia pada awak?” Johan tidak memperdulikan amaran Julia lalu dia terus mendapatkan Fatimah sambil membisikkan sesuatu kepadanya. Wajah Fatimah terkejut dan dia hampir saja mengalirkan air mata. ”Aku tidak boleh menangis di hadapan mereka semua. Nanti Julia akan terasa dirinya menang pula.” Julia sudah menahan ketawa seorang diri di belakang Fatimah. Tanpa membuang masa, Fatimah segera bergerak secara mengundur ke arah Profesor Meriam lalu membisikkan sesuatu kepadanya. Profesor Meriam seperti bersimpati dengan Fatimah namun tidak pula menunjukkan sebarang reaksi yang marah kepada Julia pula. ”Huh! Berani sangatkah dia membabitkan nama aku?” Julia bersuara angkuh di dalam hatinya. Fatimah kelihatan bergerak keluar dari bilik kuliah itu secara berundur lalu berlari menghilangkan diri. Bilik kuliah menjadi riuh sebentar dengan aksi ’gear reverse’ Fatimah. Giliran Fatimah diganti oleh Johan pula. Lima belas minit selepas itu, Fatimah muncul semula dengan pakaian yang berlainan. Mujur dia berselisih dengan seorang kakak senior yang sedang menunggang motorsikal semasa dia berjalan kaki untuk pulang ke asramanya. Motorsikal kakak senior itu sempat ditahan lantas dia menceritakan serba ringkas tentang permasalahannya kepada kakak senior itu. Tanpa banyak soal, kakak
121
senior itu sudi menumpangkan Fatimah menaiki motorsikalnya untuk pulang ke asrama dan syukur juga motorsikal kakak senior itu tidak terjongket ke belakang semasa Fatimah memboncengnya. Kakak senior itu kemudian menumpangkan lagi Fatimah lagi sekali ke kelasnya untuk menyambung semula pembentangan. Fatimah mempersembahkan pembentangannya dengan baik dan dengan izin Allah Taala, Profesor Meriam sangat berpuas hati dengan hasil pembentangan itu. Dia juga mendapat tepukan gemuruh daripada rakan sekuliahnya. Fatimah teringat kata-kata seorang ustaz ketika dia bersekolah menengah dahulu, ”Doa orang yang teraniaya itu cepat makbul.” Fatimah tidak mendoakan keburukan untuk Julia tetapi Fatimah mengambil kesempatan di atas penganiayaan itu dengan bermohon supaya dirinya sentiasa berjaya di dalam pelajaran, bahagia dunia akhirat serta cepat kurus! -----------------------------Jiji sedang pening kepala memerah otak untuk mendapatkan ilham bagi tugasan yang baru diberikan oleh pensyarahnya pagi tadi di dalam biliknya. Projek individu yang ditugaskan oleh pensyarahnya kali ini bertajuk ’Millenium Fashion’ sempena era tahun 2000. Pensyarahnya yang bernama Profesor Naim meminta para pelajarnya menghantarkan paling kurang enam lakaran fesyen kepadanya sebelum hari jumaat ini bagi membolehkan dia memberi kelulusan tiga daripada lakaran itu untuk terus direalisasikan. Dalam masa dua minggu lagi, rekaan mereka perlu diperagakan dikhalayak ramai dalam satu mini pertunjukan fesyen yang akan
122
diadakan di dalam dewan serbaguna universiti mereka bagi mewujud suasana sebenar pertunjukan fesyen. Tiba-tiba Jiji dikejutkan dengan satu mesej yang masuk ke telefon bimbitnya lalu ditekan butang terima untuk membacanya, ”Jiji, saya ada hal mahu cakap dengan awak. Penting! Kita jumpa di tempat biasa jam 5.30 petang ini,” bunyi mesej tersebut. Jiji memadamkan mesej itu lalu merenung waktu pada telefon bimbitnya. ”Apa? Sudah jam 5 petang! Kepohlah makcik seorang itu! Aku belum solat Asar lagi!” rungut Jiji sambil menarik-narik rambutnya ke kiri kanan. Jiji lantas menyarung selipar dan bergegas keluar menuju ke bilik wuduk. Selesai solat, dia menggosok baju kemeja-T warna orennya sebelum menyarungkannya bersama sepasang seluar jeans lusuh. Fatimah selalu membeleter kepadanya, ”Awak ini kalau bersiap lebih lama daripada saya yang seorang perempuan ini. Semua pakaian awak mahu seterika. Kemeja-T pun mahu diseterika! Nanti rosak tekstur fabriknya, baru awak tahu!” Jiji hanya membuat-buat muka setiap kali Fatimah bersyarah kepadanya. ”Hmm..., ada sepuluh minit lagi,” kata Jiji sambil menjeling ke arah jam pada tangan. ”Kalau aku memecut seperti jaguh lumba basikal negara, insyaAllah dalam masa lima minit aku boleh sampai!” Jiji pun menggenggam handle basikal lumbanya lalu memulakan kayuhannya. Lima minit kemudian, Jiji sampai di ’tempat biasa’ seperti yang tertulis di dalam mesej Fatimah, Kafeteria Senyum Selalu. Jiji segera merantaikan basikalnya di tempat letak basikal dan berlari masuk ke dalam kafe.
123
”Jijiii...,” tegur Fatimah seperti kanak-kanak riang-ria. Di hadapannya sudah tersedia semangkuk laksa Johor yang telah separuh luak. Jiji duduk di hadapan Fatimah yang sedang menyedut air sirap bandung cincau kegemarannya. ”Tadi kata penting sangat! Mengapa? Ada bom yang baru meletup dekat asrama awak, kah?” Wajah Fatimah dijeling-jeling oleh Jiji. Fatimah berhenti menyedut airnya lantas menjawab, ”Memanglah penting! Memang ada bom yang meletup, bom itu meletup dalam hati saya ini!” Fatimah bercakap dengan penuh emosional namun Jiji segera menyuruh dia memperlahankan sedikit suaranya agar tidak mengganggu ketenteraman beberapa pelanggan lain di situ. ”Amboi! Berat sangat bunyinya? Tidak mengapa, saya sanggup bantu awak tapi awak kenalah belanja saya makan petang dahulu.” Jiji mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya. ”Eh? Bukankah awak mahu jaga badan?” sindir Fatimah. ”Janganlah cakap begitu. Saya pun manusia biasa juga. Bila tiba waktu makan, saya akan makan tetapi tidaklah sebanyak yang awak makan,” jawab Jiji manja. Fatimah mencebikkan bibirnya lalu memanggil pembantu kafe. ”Kak Tipah, tolong bawakan satu nasi goreng paprik pedas, satu mi udang Pakcik Husin dan satu teh ’o’ ais limau. Cepat, ya..., kawan saya ini sudah lapar menggigil. Dia kata kalau makcik masak lambat-lambat, dia akan pengsan di kafe ini.” Fatimah membuat pesanan sambil membalas sindiran Jiji. Dia tahu sangat makanan kegemaran kawan baiknya itu.
124
”Mi udang itu awak pesan untuk siapa pula? Rakan sebilik awakkah yang mahu makan atau....” jari telunjuk Jiji sudah digoyanggoyangkan ke depan ke belakang. ”Jiwa saya tertekanlah, Jiji. Bila saya geram, perut saya bertambah lapar.” Fatimah bersuara meminta simpati. ”Baiklah, baiklah. Cakap saja mahu kurus!” Jiji mengherotherotkan bibirnya. ”Sementara menunggu makanan sampai, awak ceritakanlah siapa yang menekan jiwa awak? Julia atau Johan?” soal Jiji dengan penuh minat. ”Pandainya Encik Fauzi kita meneka, ya. Tapi bukan Johan yang memberi masalah pada saya, si Julia itu yang sudah melampau tahap ’dewa’. Benci saya! Rasa mahu bakar saja rambutnya biar botak,” Fatimah bersuara rendah tetapi penuh dengan rasa benci. Jiji membulatkan matanya mendengar kata-kata rakan baiknya itu. Belum pernah Fatimah beremosi sebegini. Selama ini, Fatimah adalah orang perempuan yang paling tenang yang pernah dia jumpa apabila dikutuk atau diejek sepanjang dia mengenalinya. Dengan nada simpati, Jiji memujuk, ”Awak bertenang, ya. Ceritakan kepada saya satu-persatu. Kalau awak mahumenangis pun tidak mengapa. Saya ada bawa satu kotak tisu di dalam beg ini.” Fatimah pun menceritakan kejadian yang berlaku pagi tadi semasa dia membentangkan kertas kerjanya di dalam kelas Profesor Meriam di selang-seli dengan suapan laksa Johor dan sedutan air sirap bandung cincaunya. -----------------------------Agenda : Hari Mini Pertunjukan Fesyen.
125
Di belakang pentas peragaan, pakaian yang disarung oleh Fatimah dibelek-belek atas bawah oleh perekanya, Fauzi bin Rashdan atau nama glamornya, jiji. ”Cukup-cukuplah, Jiji! Segan pula saya awak pandang saya atas bawah,” kata Fatimah tersipu-sipu malu. Wajahnya kelihatan sangat cantik setelah disolek oleh rakan perempuannya yang lain. Maklumlah Fatimah berdarah kacukan Perancis-Melayu. ”Tolong jangan perasan, Cikpuan Fatimah! Saya bukan pandang awaklah! Saya perlu pastikan rekaan saya ini tiada cacat-cela sebelum awak peragakannya sebentar lagi. Ingat, jalan dengan gaya cat walk dan jangan terburu-buru. Awak ada tiga persalinan yang perlu diperagakan.” Fatimah hanya tergelak kecil melihat keseriusan Jiji. ”Baik tuan!” jawab Fatimah persis seorang prebet polis yang sedang tabik hormat kepada pegawai atasannya. Sebelum Jiji membuat keputusan untuk memilih Fatimah sebagai model ’plus size’, berkali-kali dirinya bertanya kepada Jiji, adakah dia benar-benar serius dengan keputusannya dan Fatimah juga ada memberi syarat kepada Jiji supaya ketiga-tiga rekaan yang akan diperagakannya itu nanti perlulah yang sopan dan menutup aurat. ”Sekarang dijemput pelajar yang bernama Fauzi bin Rashdan dengan rekaannya,” pengumuman dibuat di hadapan pentas. ”Hah! Cepat jalan dahulu. Saya akan berdiri di podium untuk memberi penerangan bagi setiap persalinan nanti. Ingat, senyum dan mata pandang penonton. Apabila berjalan, pastikan dagu ke hadapan, jangan jalan menunduk,” pesan Jiji buat kali terakhir sebelum Fatimah
126
masuk ke pentas peragaan. Fatimah mengangguk dan tersenyum lalu berjalan persis seorang pragawati profesional di pentas peragaan. Semasa Fatimah berjalan di sepanjang pentas peragaan, Jiji memberi penerangan kepada juri dan para penonton bahawa ilham untuk rekaan-rekaannya tercetus selepas dia terbaca satu maklumat di dalam Utusan Pengguna berkenaan peratus peningkatan individu obes akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Antara sebab lain juga adalah untuk mencabar dirinya sendiri dalam penghasilan fesyen bagi individu-individu yang bersaiz besar. Di akhir pembentangan, Jiji berkata, ”Saya berharap, selepas ini, akan ramai lagi pereka fesyen yang lebih berminat untuk menghasilkan rekaan bagi mereka yang berbadan besar kerana mereka juga boleh tampil jelita dan menawan seperti rakan saya ini.” Fatimah yang berdiri di sisinya tersipu-sipu malu sambil melambailambai penonton persis seorang Miss Universe pula. Semua penonton memberi tepukan gemuruh kepada rekaan Jiji dan di akhir persembahan, ketua juri memberikan Jiji tempat kedua kerana keberaniannya menonjolkan satu kelainan untuk fesyen tahun Millenium. Julia dan Johan turut hadir juga di pertunjukan fesyen itu tetapi Julia telah mengajak Johan pulang lebih awal setelah terkejut, cemburu dan bengang dengan penampilan Fatimah yang sangat cantik di atas pentas. Kemunculan Fatimah di pentas peragaan itu juga telah membuatkan salah seorang daripada tenaga pengajar dan juri di universiti itu tidak jemu-jemu memandang wajah Fatimah.
127
”Wajah pelajar gempal itu seperti pernah aku lihat tetapi di mana, ya?” Pensyarah itu cuba mengingatkan beberapa wajah kenalankenalannya di dalam kotak mindanya sambil mengutil-ngutil jerawat batu yang baru saja mahu bertapak di hujung hidungnya yang mancung itu.
Bab 11
Profesor Anna duduk di hadapan komputer sambil menaip kan sesuatu di dalam pengkalan data universiti tempat dia mengajar itu. ”Hmm..., ada lebih dua puluh nama pelajar di sini yang bernama Siti Fatimah tetapi tiada seorang pun yang aku kenal.” Dia kemudian mengusap-usap lagi jerawat batu yang sedang berdenyut-dengut di hujung hidung mancungnya. Selepas menyapu krim untuk mengecutkan jerawat, jarinya terus menari lagi pada papan kekunci komputer itu. ”Apa kata kita cuba taipkan nama Fatimah pula. Manalah tahu nama ini mengena pula.” Lima saat kemudian keluar lima belas lagi senarai nama yang sama dengan nama bapa yang berlainan, ”Memang orang Malaysia sangat meminati nama anak Rasulullah ini.”
128
Mata Profesor Anna terus ligat bergerak ke atas bawah mencari nama yang dikehendakinya lalu terhenti pada sebaris nama. ” Hmm..., cuba kita buka pada maklumat keluarganya.” Jari runcingnya terus menekan butang untuk mendapatkan maklumat seterusnya. ”Fatimah binti Fahrin. Bapanya bernama Fahrin bin Imad, ibunya bernama Quatalina binti Gabino,” Mata Profesor Anna ligat membaca paparan pada skrin komputer di hadapannya. ”Tapi mengapa pula tertulis di sini ibunya sudah meninggal dunia pula?” Profesor Anna kehairanan lalu mengesat-ngesat matanya untuk membetulkan pandangan matanya. ”Hmm..., mata aku tidak salah. Memang di sini tertulis ibunya sudah meninggal dunia. Musykil..., musykil.” Profesor Anna tiba-tiba teringat wajah pelajar yang dapat tempat kedua dalam mini pertunjukan fesyen semalam. Profesor Anna terus menghubungi Profesor Naim untuk bertanyakan mengenai pelajarnya itu. ”Assalamualaikum Naim. Maaf mengganggu.” ”Wa’alaikumsalam. Ya, Anna. Ada apa yang saya boleh bantu?” jawab Profesor Naim di talian. ”Saya berminat untuk berjumpa dengan pelajar awak yang bernama Fauzi...,” kata Profesor Anna sambil menggaru-garu kepalanya untuk mengingati nama ayah pelajar itu. ”Oh! Fauzi bin Rashdan, pelajar yang dapat tempat kedua dalam pertunjukan mini fesyen semalam, kah?” teka Profesor Naim. ”Betul!” ”Kenapa? Bukankah awak salah seorang daripada juri yang bertugas semalam?” tanya Profesor Naim lagi.
129
”Benar, tapi saya mengajar pelajar tahun akhir. Saya tidak berapa kenal pelajar awak. Saya berminat untuk mengenalinya kerana idea kreatifnya. Bolehkah awak kenalkan kepada saya pelajar itu? Kalau boleh saya ingin juga bertemu dengan rakan dia yang menjadi model rekaannya semalam.” pohon Profesor Anna panjang lebar. ”Kebetulan pula sebentar lagi saya ada kelas dengan mereka. Nanti saya buatkan temujanji awak dengan dia. Nanti saya minta dia datang bersama modelnya. Kalau saya suruh dia jumpa awak pada jam 3 petang ini, bagaimana?” Profesor Anna merenung jadual waktu syarahan. ”Hmm..., saya juga agak kelapangan pada waktu itu. Terima kasih, Naim. Assalamualaikum.” Perbualan mereka berhenti selepas Profesor Naim menjawab ucapan salam Profesor Anna. -----------------------------Perjumpaan di antara Profesor Anna dengan Fauzi dan Fatimah berjalan dengan lancar pada petang itu di bilik Profesor Anna yang bertempat di Fakulti Rekaan Fesyen. ”Tahniah Fauzi! Saya tidak sangka awak begitu berani menampilkan rekaan fesyen untuk mereka yang berbadan besar,” puji Profesor Anna kepada Jiji. ”Terima kasih atas pujian Puan Profesor. Saya amat bertuah kerana tenaga pengajar di sini sangat berdedikasi,” jawab Jiji. Sambil memandang Fatimah yang sedng duduk di sisinya, Jiji berkata lagi, ”Terima kasih juga kepada rakan baik saya ini, Siti Fatimah namanya. Lima hari lima malam saya pujuk dia supaya sudi jadi model saya. Hari yang ketujuh baru dia mahu terima tawaran saya.”
130
Hampir saja Fatimah melancarkan ’Hikmat Cubitan Ketam Batu’nya pada ketika itu tetapi ’hikmat’ itu terbantut dek kehadiran Profesor Anna yang bermata hijau di hadapan mereka. ”Puan Profesor jangan percaya dengan kata-kata si Jiji ini. Ops! Maksud saya Fauzi.” Wajah Jiji sudah berubah merah kerana nama manjanya telah diketahui Profesor Anna. Jiji membulatkan biji matanya kepada Fatimah. Fatimah hanya ketawa terkekeh-kekeh. ”Saya juga ada nama panggilan manja semasa saya belajar dahulu. Kawan-kawan saya memanggil saya Dolly, bukan kerana saya seperti Dolly Parton tetapi kerana mereka kata rupa saya seperti anak patung,” jawab Profesor Anna yang kemudian ketawa bersama Jiji dan Fatimah. Fatimah memandang Profesor Anna atas bawah. Memang sah, pensyarah wanita yang sedang duduk di hadapannya memang tiada persamaan langsung dengan penyanyi muzik irama koboi itu. Kulitnya yang putih gebu dengan tubuhnya yang langsing, sekali pandang memang seperti patung manikin yang biasa digunakan di gedung membeli-belah dekat bahagian peragaan pakaian. Profesor Anna kemudian memandang kepada Fatimah pula lalu menyoalnya, ”Fatimah, saya kagum dengan keberanian awak di atas pentas peragaan. Awak tidak seperti pelajar berbadan besar yang lain, sering saja berasa inferior terhadap penampilan diri mereka.” Dengan muka yang selamba Fatimah menjawab, ”Saya sudah lali dengan ejekan dan kutukan orang ramai tentang saiz badan saya. Ayah saya berpesan agar saya jadikan kutukan mereka itu sebagai semangat untuk saya majukan diri saya.”
131
Profesor Anna tersenyum dengan motivasi yang tinggi di dalam diri Fatimah. ”Untung ayah dan ibu awak dapat anak yang bagus macam awak.” Pujian ini membuatkan hidung Fatimah kembangkempis. ”Boleh saya tanya awak satu soalan? Harap awak tidak marah.” Berdebar pula jantung Fatimah ketika itu. ”Harap-harap janganlah dia tanya aku, bila aku mahu mulakan proses penurunan berat badan. Aku belum bersedia lagi. Banyak lagi makanan yang sedap-sedap aku belum jamah.” Fikiran Fatimah mula memikirkan yang bukan-bukan. Mata hijau mereka bertentangan. Profesor Anna bertanya, ”Mata awak cantik. Macam asli saja warna kanta lekap yang awak gayakan itu.” Profesor Anna mengedip-ngedipkan matanya yang juga berwarna hijau. ”Alahai, itu rupanya soalan yang dia mahu tanyakan. Setakat ini, beribu-ribu orang telah bertanyakan soalan yang sama kepada aku. Kalau aku buat catatan, tentu saja ada yang sudah mendapat hadiah bertuah bagi penyoal yang keseribu lima ratus pula!” Fatimah memandang wajah Profesor Anna sambil memaksa dirinya mempamerkan senyuman yang kelihatan herot sebanyak lima belas darjah itu. Profesor Anna menjadi serba-salah dengan pertanyaannya. Mata Jiji pula sudah mula tertumpu kepada sebuah buku berkenaan fesyen yang tersusun di rak buku di dalam bilik Profesor Anna. Sebelum Fatimah menjawab soalan itu, Jiji bertanya kepada Profesor Anna, ”Sementara puan berbual dengan Fatimah, bolehkah saya melihat buku-buku di rak puan itu?”
132
Profesor Anna menganggukkan kepalanya. Jiji lalu bangkit mendapatkan rak buku itu. Profesor Anna mengalihkan pandangannya semula kepada Fatimah. Dia masih lagi menantikan jawapan dari Fatimah setelah diganggu dengan soalan dari Jiji sebentar tadi. ”Oh, berkenaan dengan mata saya ini. Ia asli, puan. Menurut bapa saya, arwah ibu saya berasal dari Perancis. Dia mewarisi mata hijau ini daripada bapanya. Manakala ibu kepada ibu saya pula berbangsa Arab,” jawab Fatimah. Profesor Anna mendengar dengan penuh minat. ”Sudah lamakah ibu awak meninggal dunia?” ”Sejak saya berusia enam tahun lagi,” Mata Fatimah menjadi redup setelah menjawab soalan Profesor Anna. Memang itulah maklumat yang diterima daripada ayahnya sejak dia kecil lagi. ”Kasihan dia ini.” Profesor Anna melahirkan rasa simpati terhadap Fatimah di dalam hatinya. Profesor Anna kemudian mengeluarkan dua kotak air jus oren dari peti sejuk mininya lalu diberikan kepada pelajar-pelajar di dalam biliknya. Perbualan diteruskan selama sepuluh minit kemudian. Rasa bosan Jiji terubat apabila diakhir perbualan itu, Profesor Anna membenarkan dia meminjam buku koleksi fesyen G&D yang kebetulan juga merupakan jenama pereka kegemaran Jiji. Setelah mendapat maklumat daripada Fatimah, kedua-dua pelajar itu kemudian beredar dari biliknya, Profesor Annan segera membuka komputer ribanya dan mengutuskan emel dengan kepada seseorang.
133
Sambil menyertakan beberapa lampiran foto Fatimah semasa menggayakan rekaan Jiji semalam ke dalam emel itu, Profesor Anna menaipkan satu emel yang ringkas. ”Assalamualaikum, saya harap dengan kehadiran foto-foto yang dilampirkan ini, ia dapat menambahkan lagi keceriaan di hati Kak Q.” Emel itu kemudiannya diutuskan ke alamat emel
[email protected]. Profesor Anna menarik nafas lega sambil bersandar. ”Syukur alhamdulillah. Misi pertama telah berjaya. Kita tunggu apa pula jawapan dan arahan seterusnya dari Puan Quatalina.” Profesor Anna tersenyum seorang diri memandang seorang cicak di atas siling biliknya.
134
Bab 12
Tarikh : Julai, 2008. Agenda : Hari konvokesyen Fatimah dan Jiji. Lokasi : Luar dewan utama universiti
”Ayah, bagaimana jubah graduasi yang saya sarungkan ini? Sesuaikah? Rasa macam tidak selesalah. Macam ketat,” Fatimah bertanya pendapat ayahnya sambil sibuk terpusing-pusing ke kiri kanan sambil membetul-betulkan jubahnya. Jiji berada tidak jauh dari Fatimah bersama dengan keluarganya. Dia sedang sibuk bergambar dengan pelbagai aksi dan ragam. Fahrin merenung jubah yang dipakai oleh anaknya sambil mengherot-herotkan bibirnya. ”Hmm..., bukankah ayah sudah pesan bulan lepas supaya kawal pemakanan kamu. Tengok, ayah yang sudah
135
tua ini pun sanggup berdiet semata-mata ingin tampil kacak ke majlis istimewa anak kesayangan ayah.” Fahrin kemudian beraksi-aksi pula di hadapan Fatimah dengan perutnya yang sudah tidak buncit lagi. Fatimah hanya memuncungkan bibirnya sebagai tanda protes. ”Masakan aku boleh mengawal seleraku bila balik rumah? Kalau aku tidak makan boleh saja aku jatuh pengsan. Lagi pun masakan ayah enak-enak belaka.” Tidak lama kemudian Jiji datang menegur Fahrin, ”Wah! Segak sungguh bapa mertua saya ini!” Jiji berpusing mengelilingi Fahrin sambil memandang atas bawah. Fatimah sudah bersedia dengan ’sepit ketam batu’nya dan juga jelingan tajamnya. ”Apa? Cuba ulang lagi sekali? Saya kurang dengar pula kata-kata awak tadi.” Fahrin dan Jiji ketawa terbahak-bahak dengan lawak yang tidak berapa kelakar itu. ”Alah! Bergurau sedikit pun tidak boleh. Inikan hari konvokesyen kita. Janganlah terlampau serius,” pujuk Jiji. ”Saya bukannya serius tetapi saya rasa rimas dengan jubah yang agak menonjolkan pinggul saya ini,” rungut Fatimah. ”Bukankah saya sudah pesan sejak awal-awal lagi, kurangkuranglah makan untuk sebulan dua sebelum majlis konvokesyen ini,” jawab Jiji. ”Ayah dan Jiji pun sama saja jawapannya! Seperti berpakat mahu kenakan saya saja!” rungut Fatimah dengan muncungnya ke depan sambil membetul-betulkan jubah graduasinya. Semasa menunggu giliran untuk dipanggil masuk ke dalam dewan utama di universiti mereka, beberapa ibubapa pelajar,
136
pensyarah serta pelajar-pelajar yang mengambil jurusan seni kulinari telah menyapa kehadiran Fahrin. Fatimah yang tidak berapa mahu dikenali sebagai anak Chef Fahrin telah pergi ke bawah pokok tidak jauh dari ayahnya yang sedang sibuk melayan peminat. ”Hmm..., beginilah yang selalu terjadi sejak ayah bergelar chef selebriti.” Fatimah berdiri sambil menguisnguis batu dengan kakinya. Di bahunya tersangkut kamera digital SLR kesayangan Fatimah. Beberapa aksi spontan tetamu dan pelajar yang hadir sempat dirakam. Jiji sudah menghilang dari pandangan matanya. Mungkin juga pelajar dari jurusan Jiji telah mula dipanggil untuk berbaris masuk ke dalam dewan. Tiba-tiba bahu Fatimah dicuit. Fatimah tersentak lalu menoleh. “Eh, Profesor Anna!” Fatimah menghulurkan salam kepada wanita itu. Ayu sungguh dia berpakaian baju kebangsaan Malaysia di majlis begini. “Kamu datang seorang diri sahajakah?” soal Profesor Anna. ”Tidak puan. Saya datang bersama ayah saya. Itu dia yang sedang dikerumun peminat,” jawab Fatimah sambil menudingkan jarinya kehadapan. Profesor Anna berkerut kening. ”Mengapa mereka mengerumuni ayah awak? Ayah awak sedang buat demostrasi menjual minyak urutkah?” Profesor Anna ketawa di hujung kata-katanya. Sambil tertawa Fatimah menjawab, ”Bapa saya seorang chef. Dia juga ada rancangan memasaknya sendiri ala-ala rancangan memasak Chef Wan di tv.”
137
Kali ini kedua-dua kening Profesor Anna terangkat, ”Oh! Nama ayah awak Fahrin, bukan? Adakah dia Chef Fahrin yang mengacara rancangan ’Resipi Popular Malaysia’ itu?” Fatimah hanya mengangguk saja. ”Seorang lagi peminat ayah aku rupanya.” ”Fatimah, nanti awak tolong ambilkan gambar saya dengan ayah awak sebagai kenang-kenangan. Kalau boleh saya mahu awak juga ada bersama kami dalam gambar itu. Manalah tahu, ini kali terakhir kita berjumpa,” pujuk Profesor Anna. Fatimah hanya tersenyum comel macam beruang panda. Peminat-peminat Fahrin mula meninggalkan Fahrin keseorangan selepas mereka berjaya mendapatkan autograf serta bergambar bersamanya. Mata Fahrin terus melilau-lilau mencari Fatimah. ”Sudah masukkah dia ke dalam dewan?” soal Fahrin kepada dirinya. Lalu dia ternampak Fatimah sedang melambai-lambai ke arahnya. Di sisi anak gadisnya itu ada seorang wanita yang juga tersenyum ke arahnya. ”Itu peminat aku atau pun pensyarah anak aku?” Fahrin dan Profesor Anna masing-masing berkenalan dan merakam beberapa gambar bersama-sama dan kadang-kala bertiga tetapi apabila mereka mahu bergambar bertiga, ada pula seorang ibu pelajar yang berdekatan dengan mereka menegur perbuatan mereka, katanya mengikut pesanan orang-orang tua, tidak baik bergambar secara bertiga. Fahrin juga pernah dengar petua itu tetapi tidak pernah pula terjumpa nas-nas di dalam agama yang menyokong pendapat itu. Jadi untuk memuaskan hati ibu pelajar itu, maka dia pun diajak bergambar bersama dengan mereka juga.
138
Lima minit kemudian Mahmud datang menghampiri Fatimah, ”Fatimah, urusetia sudah buat pengumuman supaya pelajar jurusan kita masuk ke dalam dewan sebentar lagi. Ayuh kita pergi beratur!” ”Iya,kah? Tidak dengar pula saya pengumuman itu?” Kepalanya digaru dari luar tudung persis orang yang mempunyai masalah kelimumur. Fatimah langsung meminta izin daripada ayahnya dan Profesor Anna untuk masuk ke dalam dewan. ”Ayah, puan, saya masuk ke dalam dewan dahulu. Ayah sudah boleh masuk ke dalam juga. Khuatir pula nanti kerusi untuk tetamu tidak cukup.” ”Nanti ingat tahu, emelkan kepada saya gambar-gambar itu. Lagi cepat lagi baik,” pesan Profesor Anna kepada Fatimah. ”Baiklah, saya masuk dahulu.” Fatimah memberikan kepada Fahrin kameranya dan langsung masuk ke barisan rakan-rakannya sambil melambai ke arah ayahnya dan Profesor Anna dari jauh. Fahrin juga memohon diri daripada Profesor Anna. ”Mari kita masuk ke dewan sekarang.” Profesor Anna senyum ke arah Fahrin sambil menjawab, ”Ayuh kita bergerak ke dalam. Nanti Encik Fahrin masuk dari pintu nombor tiga, ya kerana ia berdekatan dengan tempat duduk para tetamu. Saya pula akan terus ke tempat duduk pensyarah.” Fahrin mengangguk lantas berucap, ”Terima kasih. Hingga bertemu lagi, insya-Allah.” Profesor Anna membalas lambaian Fahrin dan mereka berpisah. Sementara menunggu acara bermula, Profesor Anna sempat mengirimkan SMS kepada Quatalina yang berbunyi, ”Nanti saya akan
139
emelkan gambar Fahrin. Dia sekarang sudah jadi chef selebriti. Cuba cari namanya dalam Google.” Setelah SMS dihantar, Profesor Anna segera menukar mode telefon bimbitnya pada mode senyap dan bergetar. Telefon bimbit itu digenggam sebelum dimasukkan ke dalam tas tangannya. Manalah tahu SMS kirimannya tadi akan terjawab sebentar lagi. Kelihatan beberapa kerusi di sebelahnya mulai penuh. Kebetulan dia ditempatkan bersebelahan dengan Profesor Naim berdasarkan pada label yang tertulis di kerusi itu. ”Buzz, buzz,” profesor Anna terasa telefon bimbitnya bergetar. Ada SMS baru masuk. Profesor Anna menekan butang ’terima’ lalu paparan mesej dibaca. ”Terima kasih. Tolong bantu mereka kalau mereka perlukan apa saja bantuan tanpa memberitahu nama Kak Q.” Profesor Anna kemudian membalas mesej itu dengan menekan huruf-huruf pada telefon bimbitnya, ”Saya akan buat yang terbaik, insya-Allah.” -----------------------------Setahun selepas majlis konvokesyen.
Fatimah sedang memandu sambil mengunyah donut. Dia berhenti di lampu isyarat lalu menoleh ke kanan dengan tangan yang masih lagi memegang donut. Seorang pemandu lelaki bersebelahan keretanya memandang ke arah Fatimah yang sedang mengunyah lalu tersenyum sinis sambil mengembungkan pipinya lantas tertawa mengejek Fatimah. Fatimah marah sambil menjelirkan lidah ke arah
140
pemandu itu. Dengan rasa geram, Fatimah segera menekan pedal minyaknya sejurus selepas lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Fatimah memandu menuju ke lokasi pengambaran untuk merakamkan foto kenduri perkahwinan anak Dato’ Lokman. Hari ini hanya untuk pengambaran bagi sesi pernikahan sahaja. Fatimah memakir kereta Myvi berwarna hijau pucuk pisang bersebelahan dengan kereta Jiji, yang telah 30 minit lebih awal tiba di lokasi itu. Fatimah terlambat kerana tersesat jalan. Khidmat GPS pada telefon bimbitnya meragam pula pada petang itu . Kehadirannya disambut oleh Datin Kalthum, ibu pengantin perempuan di muka pintu rumah banglo mereka sambil bertanya kepada Fatimah dengan yang nada sedikit kehairanan,” Di manakah jurugambar yang dimaksudkan itu? ” ”Maafkan saya, Datin, terlupa pula saya untuk memperkenalkan diri. Nama saya Fatimah binti Fahrin dan saya yang akan menjadi jurugambar untuk majlis pernikahan anak Datin nanti,” jawab Fatimah sambil menghulurkan salamnya kepada Datin Kalthum. Datin Kalthum menyambut salam Fatimah sambil matanya merenung Fatimah atas bawah. ”Oh, jurufoto wanita. Jarang sekali bidang ini didominasi oleh kaum wanita. Saya berharap Cik Fatimah dapat menghasilkan rakaman yang kreatif dan setanding mutunya dengan jurufoto lelaki, ” kata Datin Kalthum kepada Fatimah dengan penuh harapan. ”Datin jangan risau, insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk majlis anak datin. Saya perlu pergi semula ke kereta saya untuk mengambil beberapa lagi peralatan fotosyut,” jawab Fatimah sambil bergegas semula ke keretanya.
141
Fatimah merungut dalam hati semasa berjalan ke keretanya. ”Aku rasa bukan jantina yang menjadi persoalan datin itu tetapi saiz badan aku yang membuatkan dia sedikit terkejut. Dia khuatir kalau aku habiskan nasi kenduri dia agaknya? Siapa yang hairan makanan dia itu? Ayah aku masak lagi sedap!” Peralatan fotosyut dikeluarkan dari keretanya kemudian dia berjalan menuju ke dalam banglo Datin Kalthum bersama peralatan itu. Bibirnya dipaksa untuk mengukirkan senyuman agar perasaan geramnya tidak ketara kelihatan. Inilah dugaan dalam mencari rezeki dengan badan yang bersaiz besar. Fatimah dibawa menuju ke kamar pengantin bersama peralatan fotosyutnya oleh Datin Kalthum untuk merakamkan suasana di dalam kamar itu. Pengantin perempuan sedang ditatarias oleh Jiji. Tangannya disarungkan dengan sarung tangan getah seperti sarung tangan yang digunakan oleh doktor terlebih dahulu. Kata Jiji, bagi mengelakkan dia tersentuh kulit wanita. Fatimah mendekati Jiji sambil bercakap dengan nada separuh berbisik, ”Awak tidak khuatirkah duduk berdua-duaan sahaja dengan bakal isteri orang?” ”Amboi, amboi! Mulut awak ini tiada insurankah! Tidakkah awak nampak Rima yang sedang duduk di sebelah almari baju itu? Lain kali, jangan pakai cermin mata hitam apabila masuk ke rumah orang,” jawab Jiji sambil jarinya menunjuk ke arah adiknya Rima yang juga merangkap pembantunya. Rima ditugaskan untuk menguruskan pakaian pelanggan-pelanggan wanita.
142
Fatimah terkejut dan tersipu-sipu malu. Dia kemudian segera menanggalkan cermin mata hitamnya dan memasukkan ia ke dalam tas tangannya. ”Patutlah aku nampak gelap semacam saja dalam rumah datin ini sejak dari tadi. Rupa aku terlupa membuka cermin mata hitam sejak dari tadi. Alahai, malunya aku dengan Jiji.” Fatimah lantas mengambil kamera dan memulakan tugasannya. Beberapa suasana dan aksi-aksi menarik pengantin dan para tetamu dirakamkan. Selesai merakam gambar, Dato’ Lokman dan Datin Kalthum menjemput Fatimah, Jiji dan Rima untuk menjamu selera. Esok tugasan mereka akan bersambung di majlis resepsi yang berlangsung di dewan hotel pula. Tiba-tiba bahu Fatimah terasa seperti dicuit-cuit seseorang. Fatimah menoleh ke belakang. “Eh? Profesor Anna juga ada di sini? Bagaimana puan boleh mengenali Dato’ Lokman?” soal Fatimah sejurus dia ternampak wajah Profesor Anna. ”Datin Kalthum merupakan ketua kami dahulu. Beliau kemudian berhenti untuk mengikut suaminya belajar ke luar negara,” terang Profesor Anna kepada Fatimah dan Jiji. ”Bagaimana pula kamu berdua boleh berada di sini? Kamu kenalan kepada anak mereka, kah?” Sambil menghulurkan kad nama kepada Profesor Anna, Jiji berkata, ”Selepas graduasi 4 bulan yang lalu, saya dan adik saya yang di sebelah ini iaitu Rima, telah bersetuju untuk membuka perniagaan butik pengantin bersama-sama. Memandangkan Fatimah pula masih belum dapat pekerjaan lagi, kami tawarkan dia untuk menjadi jurufoto
143
kami. Dato’ Lokman dan isterinya merupakan salah seorang daripada pelanggan kami.” ”Wah! Tahniah saya ucapkan buat kamu bertiga. Fatimah, kamu tidak membuat permohonan bekerjakah sebelum ini? Saya lihat ada pelbagai jawatan yang sesuai untuk kelayakan kamu di dalam akhbar,” ujar Profesor Anna. Fatimah menjawab sambil mengeluh, ”Memang benar kata puan itu. Setakat ini sebenarnya, sudah 35 temuduga telah saya hadiri tetapi mereka memberikan alasan bahawa mereka memerlukan pekerja yang berketerampilan menarik dan berbadan kecil-molek supaya dapat berjalan dengan pantas dan pelbagai lagi alasan yang merapu. Mereka tidak pedulikan langsung pada anugerah-anugerah dekan yang saya terima semasa di universiti dahulu. Menyampah!” Berapi-api Fatimah cakap walaupun dalam nada sedih dan berwajah layu. Profesor Anna terdiam seketika seperti memikirkan sesuatu. Lalu dia berkata, ”Hmm..., insya-Allah saya boleh bantu awak tetapi awak perlu hubungi saya pada pagi isnin hadapan. Jiji, tolong ingatkan kawan awak ini. Baiklah, saya sudah selesai menjamu selera, saya perlu minta diri dahulu.” ”Ribuan terima kasih kerana puan sudi membantu. Hati-hati ketika memandu,” jawab Fatimah sambil bersalaman dengan Profesor Anna. Mereka pun berpisah. -----------------------------Fatimah merenung jam ditangannya. Jam sudah melepasi pukul 12 tengah malam. Hujan yang agak lebat melambatkan pemanduannya untuk pulang ke rumah. Fatimah membuka pintu rumahnya perlahanlahan.
144
”Assalamualaikum! Ayah, saya dah pulang!” sambil mengejutkan ayahnya yang sudah pun tertidur di sofa ruang tamu dengan tv yang masih lagi terbuka siarannya. ”Lain kali ayah tidurlah sahaja di dalam bilik. Tidak perlu bersusahpayah menunggu saya pulang kerana saya ada bawa ekstra kunci rumah bersama saya. Kasihan pula saya pada tv yang ’terpaksa’ melihat ayah tidur,” sambung Fatimah sambil memadamkan suis televisyen yang sudah lama memerhatikan Fahrin tidur. Dia melangkah menuju ke biliknya. Selesai membersihkan diri dan solat isyak, Fatimah pun terus terlena di atas sejadah. ”Oleh kerana mutu gambar yang Cik Fatimah hasilkan sangat memuaskan hati saya dan Dato’ Lokman, saya dengan besar hatinya ingin menjemput Cik Fatimah makan semeja dengan pengantin malam ini,” ujar Datin Kalthum kepada Fatimah dengan wajah yang ceria. ”Terima kasih kepada Datin dan Dato’ semoga Allah murahkan rezeki kita semua,” ucap Fatimah lantas menuju ke meja makan pengantin dengan mata yang bercahaya dan senyuman yang lebar. Hidungnya kembang-kempis menahan rasa bangga. ”Krak! Kedebab!” bunyi kerusi patah dan bunyi Fatimah jatuh. ”Aduh! Sakitnya punggung saya! Bagaimana kerusi makan ini boleh patah pula kakinya?” kata Fatimah yang sudah pun terduduk di atas lantai sambil mengaduh kesakitan. Tiba-tiba Fatimah terdengar suara ayahnya memanggil namanya, ”Fatimah, bangun Fatimah. Kamu mengigau lagi?” Fatimah terjaga sambil mengesat-ngesat matanya. ”Astaghfirullah hala’zim..., Ngeri sungguh mimpi tadi sehingga lapar saya dibuatnya.” Fatimah berkata kepada ayahnya.
145
Fatimah lantas bangun dan menanggalkan kain telekungnya. Dia terus menuju ke dapur meninggalnya ayahnya terkebil-kebil seorang diri. ”Inilah pertama kali aku jumpa orang yang lapar selepas mendapat mimpi ngeri,” kata Fahrin sambil menggaru-garu kepalanya dan pergi menuju ke bilik tidurnya semula. -----------------------------”Hello? Assalamualaikum Puan Melati Jasmin!” Profesor Anna bercakap dicorong telefon bimbitnya. Kedengaran suara seorang wanita sedang tertawa di hujung talian. ”Wa’alaikumsalam. Bukankah melati dan jasmin itu mempunyai maksud yang sama? Cuma bahasanya saja yang berlainan, wahai Profesor Anna Dolly.” Kini giliran Profesor Anna pula tergelak. ”Ingat lagi awak pada panggilan ’dolly’ itu, ya?” ”Masakan saya boleh lupa dengan sahabat saya yang jelita bak patung ini,” puji Puan Melati. Setelah mereka bertukar khabar, Profesor Anna mula menyatakan hajatnya kepada sahabat lamanya, Melati. ”Awak masih lagi bekerja sebagai editor di syarikat M Publisher bahagian majalah M Fesyen?” ”Mana lagi kalau bukan di sana tapi saya sudah jadi editor bagi majalah M Dekorasi pula dan bukan lagi di majalah M Fesyen,” jawab Puan Melati. ”Wah! Hebatnya sahabat saya yang seorang ini! Bukankah majalah itu baru saja diterbitkan bulan lepas? Saya ada juga ternampak rakan sepejabat saya tunjukkan majalah itu sebelum ini tetapi belum
146
sempat saya mahu beli, sudah habis pula ia di pasaran,” puji Profesor Anna. Syarikat M Publisher Sdn. Bhd. adalah salah sebuah syarikat penerbitan yang terbesar di Malaysia. Ia bukan setakat menerbitkan pelbagai jenis majalah, ia juga terlibat di dalam penerbitan pelbagai jenis buku dan juga mempunyai kilang percetakanya sendiri. ”Syukur alhamdulillah, sambutan bgi majalah itu memang di luar jangkaan kami tapi awak jangan risau, pada saya ada dua lagi naskah keluaran pertama. Nanti saya kirimkan ke alamat awak,” jelas Puan Melati. ”Begitukah? Terima kasih banyak-banyak. Bercakap fasal majalah ini, saya ada sedikit permintaan kecil. Harap i tidak menyusahkan awak, Melati,” sambung Profesor Anna lagi. ”Cakaplah apa dia? Untuk awak, insya-Allah saya akan usahakan. Bukankah hutang budi awak yang dahulu masih lagi saya belum bayar?” jawab Puan Melati lagi. Sebelum ini Puan Melati pernah dibantu oleh Profesor Anna semasa dia pergi memohon pekerjaan. Walaupun mereka belajar dalam bidang yang sama semasa di Universiti Perancis dahulu tetapi Puan Melati lebih berminat dalam bidang penulisan. ”Ketika itu tidak banyak perkara yang saya dapat bantu awak, cuma tolong jadi pemandu awak saja pada hari temuduga awak,” Profesor Anna merendah diri. ”Tetapi itulah hari yang paling bermakna buat saya kerana kalau saya pergi dengan bas pada hari itu, sudah tentu saya tidak akan dapat tiba pada masa yang ditetapkan dan mungkin tidak akan dapat
147
menjadi salah seorang daripada editor di M Publisher sekarang.” Puan Melati mengimbas kembali kisah lama sepuluh tahun dahulu. ”Syukurlah, ini semua berlaku dengan izin Tuhan juga. Saya hanya ’pelakon tambahan’ saja pada hari temuduga awak itu. Beginilah, ada seorang pelajar dari universiti saya, sudah setahun dia menganggur dan sudah 35 temuduga yang dia telah hadir tetapi ditolak hanya kerana dia berbadan besar. Keputusan peperiksaannya sangat baik ketika dia belajar dulu dengan pelbagai anugerah dekan yang diperolehi namun tetapi mungkin nasib belum menyebelahinya atau mungkin juga rezekinya di M Publisher?” Puan Melati terdiam seketika di talian. Dia sedang mengingatingatkan jawatan yang masih kekosongan di syarikat tempat dia bekerja. “Kalau tidak silap saya, salah seorang dari jurufoto kami perlu ambil cuti tiga bulan tanpa gaji kerana mahu menjaga isterinya yang akan bersalin anak kembar tidak lama lagi. Harap-harap pelajar awak itu mempunyai kemahiran dalam bidang ini,” jawab Puan Melati. “Syukur alhamdulillah, Melati. Memang Fatimah dari jurusan Kewartawanan dan Fotografi. Bila agaknya dia boleh mula bekerja dan tidakkah penampilannya menjadi masalah bagi jabatan awak nanti?” soal Profesor Anna yang mengingatkan semula ciri-ciri fizikal Fatimah kepada Puan Melati. Dia tidak mahu Fatimah ditolak buat kali yang ke36 pula. ”Jangan bimbang, jabatan M Dekorasi tidak mementingkan paras rupa. Yang penting pekerja kami kreatif, rajin, boleh diajar dan kemas dalam berpakaian. Awak boleh suruh pelajar awak yang bernama
148
Fatimah itu datang jumpa saya di pejabat saya pada hari rabu minggu hadapan.” ”Terima kasih banyak-banyak Melati Jasmin. Nanti saya belanja awak makan makanan Perancis hujung bulan ini,” ujar Profesor Anna. ” Sama-sama Cikpuan Anna Dolly. Sudah pasti saya datang kalau awak yang masak masakan itu.. Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.” Ucapan salam Puan Melati dijawab oleh Profesor Anna dengan girang. -----------------------------Hari pertama Fatimah bekerja di M Publisher Sdn. Bhd.
Fatimah memulakan hari pertama pekerjaannya sebagai jurufoto dan wartawan bagi majalah M Dekorasi. Puan Melati memberi layanan yang baik terhadapnya bukan sahaja kerana dia diperkenalkan oleh Profesor Anna tetapi Puan Melati sememangnya seorang ketua yang baik dan berdedikasi mengikut kata kenalan-kenalan baru Fatimah. Setelah berkenalan dengan semua pekerja di jabatan M Dekorasi, dia pun melabuhkan punggungnya ke meja barunya sambil mengesatngesat meja yang kelihatan sedikit berhabuk itu. ”Kring! Kring!” telefon di atas mejanya berbunyi. Fatimah sedikit tersentak. ”Wah! Baru saja aku duduk sudah ada peminat yang menelefon!” perasan hati Fatimah. ”Hai! Saya Kak Chah Jambu dari Pantai Dalam. Saya ada berita sensasi mahu beritahu awak tentang seorang artis popular ini,” tergedik-gedik saja suara wanita di hujung talian itu. Sambil tergagap-gagap, Fatimah menjawab dengan berhati-hati, ”A...assalamualaikum. Mi...minta maaf Kak Chah Jambu. Ini bukan jabatan majalah M Hiburan. Ini jabatan majalah M Dekorasi. Lagi pun
149
Kak Chah..., berdosa sebar-sebar gosip ini. Orang putih kata gosip, orang melayu kata mengumpat, tahu?” Hati Fatimah berdebar-debar, khuatir juga kalau dia akan disembur sebentar lagi oleh pemanggil itu. Tiba-tiba wanita yang membahasakan dirinya Kak Chah Jambu tertawa. ”Eh! Gelak pula perempuan ini?” Fatimah kehairanan sambil memandang gagang talifon yang berwarna merah jambu itu. Semua telefon di dalam pejabatnya ada pelbagai warna yang ceria. Hiasan dalaman pejabatnya juga unik dengan warna-warna dinding dan perabot yang bertepatan dengan peredaran zaman. Sekali pandang macam berada di dalam kedai perabot IKEA pula. Habis tergelak, Kak Chah Jambu menjawab salam yang diucapkan Fatimah tadi langsung memperkenalkan nama sebenarnya, ”Fatimah, ini sayalah, Puan Melati. Saya sengaja mahu menduga sama ada awak ini jenis orang yang suka bergosip atau pun tidak.” ”Fuh! Lega...,” Fatimah menghela nafasnya sambil mengurut dada. ”Puan Melati, ada apa saya boleh bantu puan?” tanya Fatimah. ”Sebentar lagi sila masuk ke bilik saya, saya mahu beri awak satu tugasan untuk minggu ini,” Puan Melati memberi arahan. Seminit kemudian, Fatimah sudah berada di dalam bilik ketuanya. Dia diberikan tugasan untuk merakamkan gambar di beberapa buah rumah bersama pasangan kerjanya yang baru iaitu Luna. Dia akan membuat tugasan menemuramah pemilik rumah-rumah yang dilawati itu. ”Baiklah, sekarang pun sudah hampir waktu minum pagi,” kata Puan Melati sambil mengerling ke arah jam tangannya kemudian memandang ke arah Luna pula.
150
”Luna, sebentar lagi awak bawalah Cik Fatimah pergi minum di kafeteria kita. Lepas itu awak bolehlah keluar ke lokasi tugasan kamu berdua.” Luna mengangguk setelah menerima arahan. -----------------------------Fatimah menjengah setiap makanan yang sedia terhidang di ruang makanan di dalam kafeteria M. Pinggan yang ditatang sudah ada satu senduk nasi goreng dan satu senduk mi goreng. Fatimah masih lagi berfikir-fikir untuk menambah sesuatu di dalam pinggannya. ”Hah! Ada puding karamel! Ambil dualah, satu aku berikan untuk Luna sebagai hadiah perkenalan.” Fatimah kemudian membawa makanan itu ke kaunter bayaran sambil memesan segelas air teh tarik. Matanya kemudian melilau mencari rakan baharunya di sekitar kafeteria. ”Itu pun dia,” kata Fatimah lalu menuju ke meja makan dan duduk bersama Luna. ”Nah, puding karamel saya belikan untuk awak sebagai hadiah perkenalan.” Puding karamel itu diletakkan di hadapan Luna. Luna tersenyum lalu mengucapkan terima kasih. Fatimah melihat tiada makanan atau minuman di hadapan Luna. ”Awak tidak makan Luna?” ”Saya puasa..., puasa ganti. Puding awak ini nanti saya tulis nama saya dan letakkan dalam peti sejuk di pantry kita. Boleh saya makan untuk buka puasa nanti.” Luna mempamerkan sebuah senyum buat Fatimah lalu menulis sesuatu di dalam buku notanya. Fatimah membalas senyuman Luna. Dalam hatinya menyoal dirinya sendiri, ”Bilalah aku mahu mula ganti puasa aku yang tertinggal tahun lepas? Asyik makan saja sampai terlupa yang
151
sekarang sudah masuk bulan Jamadil Akhir. Ada lagi dua bulan saja mahu masuk bulan Ramadhan pula.” Fatimah mengeluh sedikit kemudian membaca doa makan dan memulakan suapannya. Dua minit selepas makan, Fatimah masih lagi belum mendapat air teh tarik yang dipesan tadi. ”Mengapa mereka belum hantar lagi air yang saya pesan tadi?” Luna mendongak setelah mendengar persoalan Fatimah, ”Oh, lupa pula mahu beritahu awak. Kalau awak membuat pesanan air, awak perlu tunggu atau datang semula ke kaunter untuk mengambil sendiri air yang dipesan. Semuanya layan diri di sini,” jelas Luna sambil menunjukkan papan tanda layan diri yang terpampang pada dinding kafeteria. ”Oh, begitu.” Kemudian Fatimah bangun untuk mengambil air teh tariknya yang sudah dua minit siap di kaunter minuman. ”Padanlah aku lihat air teh tarik ini terbiar saja sejak dari tadi.” Gelas itu kemudian dibawa menuju ke mejanya semula. Semasa Fatimah sedang berjalan dengan sopan-santun sambil memegang gelas air teh tariknya yang panas tiba-tiba dia terdengar suara seorang wanita menjerit dari belakangnya, ”Kenderaan berat ikut kiri! Kenderaan berat ikut kiri!” Belum sempat Fatimah bergerak ke kiri tiba-tiba sikunya disigung dengan beg tangan besar yang dibawa oleh wanita yang sedang memotong jalannya. ”Aduh!” jerit Fatimah setelah air teh tarik itu tertumpah ke bajunya. Wanita yang terlanggar Fatimah itu terus menoleh tanpa membantu Fatimah. Mulutnya terbuka luas sambil tangannya diletakkan pada bibirnya yang disapu gincu merah menyala. ”Ops!
152
Sorry! Bukankah saya sudah beri amaran supaya jangan berjalan di tengah jalan tetapi awak degil. Tengok, beg tangan Feragamo saya sudah terlanggar siku awak.” Wanita itu bercakap dengan suara yang mengada-ngada seolah-olah dia tidak bersalah di atas apa yang telah berlaku kepada Fatimah. Luna segera mendapatkan Fatimah untuk membantu. Sebelum itu dia sempat menegur wanita yang melanggar Fatimah, ”Saya tengok awak memang sengaja mahu langgar siku dia, Julia! Janganlah asyik suka buli orang sahaja!” Wanita yang dipanggil Julia hanya tertawa kecil mendengar teguran Luna lantas berjalan terkedek-kedek dengan gaya catwalk meninggalkan kafeteria itu. ”Tengok! Memang dia sengaja singgah di sini hanya untuk membuli orang yang berbadan besar seperti awak. Sebelum ini ada beberapa orang yang telah menjadi mangsanya,” jelas Luna sambil memberikan beberapa helai tisu kepada Fatimah. ”Apa nama dia tadi? Julia? Julia binti Mustarjo, kah?” tanya Fatimah. Dia tidak sempat melihat wajah wanita yang melanggarnya tadi dengan teliti. Luna hanya mengangguk saja kemudian berkata, ”Pedulikan dia. Orang sombong tidak akan masuk syurga. Sebelum kita ke lokasi pengambaran, kita singgah dulu beli baju untuk ganti pakaian awak yang sudah kotor ini.”
153
Bab 13
”Subhanallah! Boleh tahan juga panas cuaca hari ini,” Fatimah bercakap sambil mengesat peluh yang menyimbah di dahinya dengan hujung lengan baju kurungnya. Fatimah berhenti mengambil gambar seketika. Kameranya dibiarkan tersangkut pada tengkuknya. Dia kemudian mengeluarkan topi golf dari beg kameranya. Luna melambai-lambai dari dalam rumah Datin Norpiah, jutawan kosmetik yang baru sahaja dua bulan pindah ke rumah baharunya. ”Fatimah, masuklah dulu! Datin Norpiah ada sediakan air kelapa sejuk ini!” jerit Luna dari gazebo di dalam taman villa milik Datin Norpiah kemudian dia menyedut air kelapa dari gelasnya. Dia baru saja selesai menemuramah Datin Norpiah. ”Baiklah! Ada lagi dua gambar di luar ini yang saya mahu rakamkan,” sahut Fatimah di bawah terik matahari.
154
Hari ini genap sebulan Fatimah bekerja di jabatan majalah M Dekorasi. Sebagai editor, Puan Melati amat berpuas hati dengan gambar-gambar yang dirakamkan oleh Fatimah kerana menurut kata Adnan yang bekerja di bahagian pereka grafik, tidak banyak pembetulan atau touch up yang perlu dibuat pada hasil gambargambar Fatimah. Setakat ini Fatimah juga berasa amat selesa dengan tugasannya kerana berurusan dengan hiasan dalaman dan lanskap tidak menjadikan dia berasa rendah diri terhadap saiz badannya sendiri. Semasa Fatimah ingin merakamkan gambar kolam ikan koi serta mini air terjun yang menghiasi taman villa itu, tiba-tiba Fatimah berasa langkahnya tidak stabil. ”Eh? Ada gegarankah atau aku yang gemuk sangat sampai jambatan ini bergegar?” Perlahan-lahan dia menuruni jambatan di kolam ikan koi itu namun semakin bertambah langkahnya semakin berdenyut pula kepalanya. Pandangan matanya menjadi gelap. ”Gedebuk!” Fatimah terjelepuk di atas tanah bersebelahan kolam ikan koi. Luna terkejut. Ikan koi di dalam kolam pula berasa bersyukur kerana Fatimah tidak terjatuh di dalam kolam lalu menimpa mereka. Kalau tidak pasti air kolam itu mengalami tsunami kecil. -----------------------------”Fatimah, Fatimah! Bangun Fatimah!” Perlahan-lahan Fatimah membuka matanya. Air kosong disuakan ke mulutnya. Fatimah meneguk air itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Luna. ”Luna, saya di mana sekarang?” tanya Fatimah yang masih lagi berasa pening-pening lalat.
155
”Awak di dalam bilik tamu Datin Norpiah. Mujur semasa awak pengsan tadi ada Doktor Noh, doktor peribadi keluarga mereka yang datang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap awal bulan,” jawab Luna. Fatimah dapat melihat samar-samar wajah Datin Norpiah dan seorang lelaki yang berstetoskop di lehernya. Mungkin itu doktor peribadi keluarga Datin Norpiah yang dimaksudkan oleh rakannya. ”Terima kasih Datin. Terima kasih tuan doktor. Maaf kerana menyusahkan Datin,” ucap Fatimah dalam nada sedih. ”Saya sudah periksa tekanan darah dan tahap gula dalam darah Cik Fatimah tadi,” kata Doktor Noh. Mata Fatimah berkelip-kelip memandang wajah doktor itu. Mukanya saling tak tumpah seperti penyanyi Noh dari kumpulan Hujan cuma rambutnya saja yang berlainan gaya dandanannya. Jawapan doktor dinanti dengan penuh debaran. Memang bulan lepas sebelum dia memohon pekerjaan, dia ada membuat pemeriksaan kesihatan tetapi seminggu sebelum itu dia menjaga pemakanannya dengan baik bagi mendapatkan hasil pemeriksaan yang baik. ”Tekanan darah Cik Fatimah agak tinggi daripada biasa dan tahap gula cikpuan juga berada pada paras 8. Ini bermakna cikpuan ada tanda-tanda awal penyakit diabetes atau kencing manis. Air juga kurang dalam badan cikpuan,” jelas Doktor Noh. ”Tapi doktor, saya kuat minum air. Satu hari berliter-liter air saya minum,” Fatimah mempertahankan dirinya. ”Tapi Cik Fatimah perlu tahu, air yang saya maksudkan itu ialah air kosong bukan air manis,” jawab Doktor Noh lagi.
156
Terdiam Fatimah mendengar jawapan itu. Memang minuman yang berliter-liter diminumnya setiap hari mesti yang berunsur manis sedikit dari biasa. ”Cik Fatimah jangan bimbang, simptom-simptom ini masih lagi boleh dikawal jika cikpun menjaga pemakanan dan memiliki berat badan yang sesuai dengan ketinggian,” jelas Doktor Noh. Fatimah hanya mengeluh saja. ”Senanglah doktor cakap, bukan doktor yang gemuk, aku yang gemuk. Menyampah!” Fatimah merungut sendirian. -----------------------------Berita mengenai Fatimah pengsan mula heboh diperkatakan sehingga sampai ke jabatan majalah M Fesyen. Orang yang bertanggung jawab menjadi penyebar utama ialah Nancy Murai. Semasa Julia sedang sibuk menyiapkan tugasannya di hadapan komputer, Nancy yang terkenal dengan mulut murainya itu singgah sebentar di kubikal Julia. ”Good morning, Julia! Amboi, bukan main sibuk lagi dia menaip sampai tidak sedar saya datang. Bukankah dateline lama lagi, marilah kita sembang-sembang di pantry sambil minum air cappucino panas.” Herot-herot bibir Nancy menegur Julia. Julia berhenti menaip lalu melirikkan matanya yang berbulu mata palsu dua tingkat ke arah Nancy. ”Iyalah, iyalah. Beri saya habiskan menaip dua baris lagi.” Julia memang suka mendengar cerita sensasi dari Nancy yang juga wartawan dari jabatan M Hiburan. Dia sering datang ke jabatan M Fesyen untuk mendapatkan berita yang hangat dari artis-artis yang
157
kadang-kala dijemput untuk menggayakan rekaan terbaru pereka tanahair untuk paparan majalah M Fesyen. Di pantry, Julia dan Nancy duduk di sebuah meja kecil sambil mengocak-ngocak air cappucino mereka dengan sudu. ”Ada apa-apa cerita sensasi pada minggu ini?” tanya Julia lagi lalu meneguk minumannya. Nancy terdiam seperti mahu mengingatkan sesuatu. ”Saya ada satu berita yang tidak kurang sensasinya, tidak tahulah awak berminat untuk dengar atau pun tidak kerana ia bukan cerita mengenai artis tetapi mengenai pekerja baru di jabatan M Dekorasi itu, alah..., yang gemuk-gemuk badannya itu.” Bukan main panjang muncung Nanty apabila menyebut perkataan ’itu’ di akhir ayatnya sambil mengepakngepakkan sikunya untuk menggambarkan saiz orang yang berbadan besar kepada Julia. ”Oh! Si Fatimah Fatty itu. Mengapa pula dengan dia?” Julia bercakap sambil menjuih-juihkan bibirnya. Benci sungguh dia apabila mendapat tahu yang Fatimah juga mendapat kerja di M Publication Sdn. Bhd. walaupun bukan di jabatan yang sama. Nancy mula mendekatkan kerusinya ke kerusi Julia supaya dia boleh merendahkan sedikit suaranya. Maklumlah, pantry itu berdekatan dengan bilik ketua Julia. ”Perkara ini saya dapat tahu kelmarin lagi tapi semalam saya tidak nampak awak di pejabat. Kalau tidak awaklah orang pertama yang akan dapat tahu berita ini,” kata Nancy lagi. ”Semalam saya hadiri kursus di Kuantan selama dua hari,” jawab Julia.
158
”Eh, cepatlah! Kata mahu beritahu cerita sensasi itu. Saya mahu keluar sebentar lagi.” Sengaja Julia membuat alasan begitu supaya Nancy segera bercerita. ”Kelmarin, Luna dan Fatimah ada pengambaran dan sesi temuramah di villa baru Datin Norpiah, alah..., jutawan kosmetik yang baru sahaja pindah ke rumah baharunya itu.” Sekali lagi muncung Nancy dipanjangkan seinci bagai baru diinjek botox. ”Kebetulan pula, jurusolek terkenal yang bernama Zizi Gebu pun ada juga di sana untuk menatarias wajah Datin Norpiah. Dialah yang memberikan info ini kepada saya.” Nancy mengelip-ngelipkan bulu mata palsunya yang berwarna merah jambu ke arah Julia. Nancy juga suka bersolek kalah artis sama seperti Julia. ”Dia kata, si Fatimah Fatty itu pura-pura pengsan selepas dia ternampak doktor peribadi Datin Norpiah yang kacak datang ke rumah mereka.” Nancy menokok-tambah cerita yang diberitahu oleh Zizi Gebu. Sebenarnya, Zizi Gebu hanya beritahu kepada Nancy bahawa Fatimah pengsan kerana tidak sihat sahaja dan Datin Norpiah yang terkenal dengan sifat baik hatinya tidak keberatan untuk membantu Fatimah. Tujuan Zizi Gebu adalah untuk membetulkan persepsi orang ramai yang menyatakan bahawa Datin Norpiah sudah sombong sejak dia bergelar jutawan tetapi sebenarnya dia tetap sama seperti dahulu, tetap baik dan juga peramah. ”Kacak sangatkah doktor peribadi Datin Norpiah itu?” tanya Julia. ”Mestilah kacak, Doktor Noh yang ada iras-iras penyanyi Noh Hujan itu,” jawab Nancy bersungguh-sungguh.
159
”Kalau begitu, kacak lagi Johan kekasih saya. Hmm..., tidak menariklah gosip awak kali ini. Saya punya air cappucino pun sudah habis diminum, saya mahu sambung kerja saya semula. Jumpa lagi,” kata Julia kepada Nancy sambil mencuci cawannya lalu keluar dari pantry meninggalkan rakannya terkebil-kebil seorang diri. Julia hanya berpura-pura di hadapan Nancy yang dia tidak tertarik dengan cerita tentang Fatimah itu tetapi dalam hatinya bersorak riang-ria setelah mendengar cerita itu. ”Padan dengan muka dia,” kata hati Julia. Bagi Nancy pula, inilah kali pertama ceritanya tidak menarik minat rakan yang mempunyai hobi solekan tebal sepertinya. ”Cis! Aku baru saja mahu laga-lagakan mereka berdua supaya boleh dimasukkan ke dalam ruangan gosip majalah pejabat ini tapi cepat pula dia pergi tanpa sebarang respon,” rungut Nancy seorang diri dengan rasa tidak puas hati. Dia lantas membersihkan cawan yang digunakannya di sinki pula. Semasa kakinya melangkah keluar dari jabatan M Fesyen, tibatiba Nancy mendapat ilham untuk ’mencucuk’ Fatimah pula. Manalah tahu jiwa Fatimah mudah ’dibakar’ pula. Nancy tersenyum riang dan mula melajukan langkahnya memasuki pintu lift lalu menekan butang ke tingkat tujuh, tingkat bagi jabatan M Dekorasi. Nancy melangkah penuh bergaya ke dalam jabatan M Dekorasi sambil melambai-lambai ke arah beberapa pekerja lelaki yang kacak. Nancy memang pantang melihat manusia yang dinamakan lelaki. Tukang sapu lelaki pun dia suka pikat. Dari jauh lagi dia sudah boleh nampak badan Fatimah di sebelah mesin fotostet lantas dia mendekatinya. ”Apa khabar, Fatimah?”
160
tegur Nancy dengan suara mengada-ngada. Fatimah menoleh lalu mengerut keningnya. ”Janganlah pandang saya macam itu, Fatty.” kata Nancy lagi. Kali ini Fatimah memandang Nancy atas bawah. ”Apa Fatty, Fatty? Nama saya Fatimah, tahu! Awak boleh panggil saya Fatimah atau Siti Nurhaliza sahaja. Lain-lain panggilan saya tidak mahu layan!” Fatimah memang pantang sekali jika orang mengejek namanya begitu. Terketar-ketar Nancy dijerkah Fatimah, ”Ba..., baik Fatimah.” ”Apakah persamaan antara si Fatimah ini dengan Siti Nurhaliza? Tidak sesuai langsung!” Hati Nancy mengejek. ”Ada apa awak tiba-tiba jumpa saya ini? Awak tersesat jalankah? Jabatan ini tiada artis untuk awak gosipkan.” soal Fatimah kepada Nancy. ”Saya terjumpa Julia tadi. Dia dapat tahu yang awak pengsan di rumah Datin Norpiah kelmarin. Jurusolek Zizi Gebu yang beritahu dia. Apa lagi, dia gelakkan awak. Katanya lagi, padan dengan muka awak, jatuh macam nangka busuk.” Nancy memulakan cerita yang telah ditokok-tambahkan dengan ’perisa tambahan’ sambil menonjol-nonjol bahu padat Fatimah beberapa kali. Fatimah diam seketika sambil menjeling ke arah Nancy. Sertamerta Nancy berhenti perbuatan menonjol bahu Fatimah. Hatinya sedikit mendidih tetapi dia segera beristighfar. Dia teringat, dia perlu kawal emosinya agar tekanan darahnya tidak meningkat. Lalu dia bertanya kepada Nancy, ”Ini cerita betul atau awak yang tokok tambah bagi sedap? Kalau pun betul dia cakap begitu, saya tidak rugi apa-apa, saya anggap ini ujian daripada Tuhan yang mahu menguji kesabaran saya. Dalam agama Islam, kalau orang mengata
161
kita, kita akan dapat pahala percuma, tahu?” Fatimah mempamerkan senyuman kepada Nancy. Nancy hanya mengeluh saja mendengar jawapan Fatimah. Mukanya tersipu-sipu malu kerana Fatimah berceramah tentang kebaikan agama Islam pula kepadanya. ”Hmm..., tidak mengapalah. Awak pun sedang sibuk membuat salinan fotokopi. Saya pergi dulu.” Nancy memberi alasan lalu segera keluar dari jabatan M Dekorasi. ”Huh! Menyampah betul! Hari ini misi untuk mensensasikan cerita sensasi tidak berjaya,” rungut hati Nancy. Fatimah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. ”Bagaimana pula dia tahu yang aku kenal Julia? Syukur Tuhan jadikan aku orang yang tidak mudah melatah. Kalau tidak, ramai juga orang yang telah menjadi mangsa gusti sumo dan ’hikmat cubitan ketam batu’ aku.” -----------------------------Sejak Fatimah mendapat tahu bahawa tahap kesihatannya berada pada tahap awal penyakit diabetes dan darah tinggi, Jiji sudah dilantik secara tidak rasmi sebagai perunding peribadi berat badan Fatimah. Habis saja waktu pejabat, Fatimah sudah menuju ke butik milik Jiji untuk berbual mengenai rancangan menurunkan berat badan yang dirangka khas oleh Jiji untuknya. ”Ting! Tong!” Loceng pintu butik Jiji ditekan. Fatimah melangkah masuk ke dalam butik. ”Mana Jiji?” Fatimah bertanya kepada Rima yang sedang duduk di sofa sambil menjahit labuci.
162
”Oh! Abang Jiji sedang solat Asar. Sekejap lagi siaplah dia,” jawab Rima lalu menyambung semula jahitannya. Fatimah kemudian duduk di sisi Rima sambil memerhatikan jahitan labuci yang sudah siap pada hujung baju pengantin. Menjahit labuci memerlukan tahap ketekunan dan ketelitian yang tinggi bagi menghasilkan corak yang menarik. Sepuluh minit kemudian, Jiji datang ke sisi Rima dan Fatimah. ”Assalamualaikum, sudah lama awak sampai?” tegur Jiji. Fatimah menoleh ke arah pemilik suara lembut tetapi berwajah segak itu. ”Wa’alaikumsalam. Baru sampai lebih kurang dua puluh minit yang lalu.” ”Awak sudah solat Asar? Kalau belum lagi boleh tumpang solat di sini.” pelawa Jiji. ”Terima kasih. Saya sudah solat sebelum keluar pejabat tadi. Lagi pun, bukankah solat awal waktu itu lebih besar pahalanya.” Fatimah menjeling Jiji, Rima pula sudah tertawa mendengar sindiran sahabat baik abangnya. ”Tetapi menjaga kesihatan juga penting dalam ajaran agama kita, wahai Cik Siti Wan Kembang Kiri Kanan,” balas Jiji pula. Kembangkempis hidungnya membalas kata-kata Fatimah. ”Cukup-cukup, dua-dua sama sahaja adalah buat kesalahan!” sampuk Rima pula yang sudah lemas dengan tingkah-laku mereka berdua. Macam anjing dengan kucing, anjing kurus dan kucing gemuk. Kedua-dua Jiji dan Fatimah terdiam lantas tertawa dengan perangai masing-masing. ”Baiklah, saya tahu saya bersalah.... Tadi saya keluar dari rumah pelanggan sebelum masuk waktu asar lagi tapi jalan sesak pula semasa dalam perjalan pulang. Itu yang saya lambat solat asar hari ini.” Jiji mengaku bersalah.
163
Sambil tersenyum, Fatimah pula menjawab, ”Saya pun bukannya baik sangat. Semenjak berat badan saya semakin bertambah kebelakangan ini, saya sukar untuk melakukan solat dengan sempurna kerana perut saya yang semakin membuncit. Apabila melaku rukuk dan sujud pula, mudah sangat saya terkucil. Mahu bangun dari duduk tahiyat pun terasa berat badan. Lutut pula kerap sakit.” Fatimah mengadu kepada Jiji seperti Jiji seorang pakar kesihatan pula. ”Itulah, saya sudah menasihati awak sejak kita tingkatan satu lagi, tapi awak degil.” Jiji sudah mula berleter. Pinggangnya dicekak dan sebelah tangannya dikepit sebuah fail. Fatimah tidak mampu menjawab lagi. Dia hanya mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah. Sekurang-kurangnya khidmat nasihat yang diberikan oleh Jiji itu adalah percuma walaupun berbau leteran.. Jiji kemudian duduk berhadapan dengan Fatimah dan Rima sambil membuka fail yang dikepitkan pada ketiaknya sebelum itu. ”Saya sudah buat beberapa pembacaan. Menurut bahan bacaan yang saya baca tentang cara menurunkan berat badan semalam, cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan senaman dan mengawal pemakanan.” Bersemangat Jiji memberi penjelasan kepada Fatimah namun mata Fatimah semakin layu sebaik sahaja dia mendengar perkataan senaman dan kawal pemakanan itu. ”Lagi-lagi bersenam, lagi-lagi kawal makanan, tiada cara magic atau cara ekspres, kah?” tanya Fatimah sambil menyandar lemah di sofa butik.
164
”Fatimah binti Fahrin, awak dulu pun tidak jadi gemuk begini secara magic atau ekspres, bukan?” Jiji sudah mula menjegilkan matanya kepada Fatimah. Fatimah hanya mengangguk-angguk setuju berkali-kali seperti sendi lehernya sudah longgar pula. Dalam hati Fatimah berkata, ”Sedap saja mulutnya menyebut perkataan gemuk itu. Nanti ku sumpah dia jadi gemuk, baru tahu!” ”Mulai hari esok lebih kurang jam lima petang, saya akan temankan awak untuk pergi mendaftar di gimnasium Green Fitness. Mereka ada buat tawaran istimewa, dua sesi percuma sebelum mengambil pakej penuh selama setahun,” jelas Jiji lagi. ”Betul, Kak Fatimah. Semalam semasa saya dan abang singgah di situ, memang ramai ahli mereka yang sedang bersenam tetapi tiada pula yang bersaiz seperti Kak Fatimah pula,” sampuk Rima. Dia tidak sedar bahawa kata-katanya melemahkan semangat Fatimah untuk bersenam. Jiji sudah menjeling tajam ke arah adiknya. Dengan rasa bersalah, Rima menambah lagi, ”Mungkin mereka sudah berjaya kurus setelah bersenam di situ.” ”Iya, kah? Wah! Bersemangat pula saya mendengarnya. Tidak sabar-sabar rasanya mahu pergi esok.” Fatimah sudah tersenyum riang. Sambil melihat jam dinding di butik Jiji, Fatimah berkata, ”Sudah dekat pukul 6.30 petang. Saya mahu pulang dulu. Nanti lambat pula sampai rumah. Terima kasih Jiji, Rima. Esok petang saya ambil awak di butik. Assalamualaikum!” Fatimah bergerak keluar dari butik milik Jiji setelah bersalaman dengan Rima dan melambai ke arah Jiji. -----------------------------Usaha pertama.
165
Jiji menemani Fatimah untuk memulakan misi pertamanya menurunkan berat badan dengan bersenam di gimnasium Green Fitness. Semasa mereka berdua baru sahaja melangkah masuk ke pintu automatik Green Fitness, lima meter di belakang mereka kelihatan Julia dan teman bersenamnya, Melinda juga sedang menuju ke arah gimnasium yang sama. Mereka berdua memang sudah lama bersenam di situ. Johan sudah berada di dalam gim itu setengah jam lebih awal daripada mereka dan juga sedang bersenam. Apabila Julia terlihat dua tubuh badan yang sedang melangkah masuk ke pintu Green Fitness, hatinya sudah mula berasa sesuatu. ”Hish! Kalau dilihat dari belakang badan kedua-dua orang itu seperti badan Fatimah dan Jiji. Ke mana-mana saja aku berada, mesti ada mereka berdua. Ini tidak boleh jadi. Aku mesti berpakat sesuatu dengan Melinda.” Julia menarik tangan Melinda menuju ke belakang tiang. ”Eh, eh, eh. Ke mana awak mahu bawa saya pergi ini?” Soal Melinda yang tidak faham mengapa dia ditarik ke belakang tiang itu. Sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya yang merah menyala, Julia berkata, ”Syy! Jangan bising nanti pasangan ’bagai pinang dibelah tepi’ di depan kita itu terdengar pula.” Amaran diberi dalam nada berbisik. Melinda masih lagi terpinga-pinga lantas menyoal Julia sambil menoleh ke kiri kanan mencari pasangan yang dimaksudkan itu. ”Mana pasangan yang ’bagai pinang dibelah tepi’ itu? Macam salah saja peribahasa itu?”
166
”Cuba awak tengok di pintu Green Fitness itu. Seorang kurus dan seorang gemuk. Kalau seimbang, bolehlah dipanggil ’bagai pinang dibelah dua’, ini tidak...,” jelas Julia sambil mencebik-cebik bibirnya. Melinda hanya tertawa saja sambil mengangguk setuju. ”Habis itu, mengapa pula dengan mereka berdua?” soal Melinda lagi. ”Saya rasa saya kenal mereka itu. Saya mahu awak tolong saya, boleh?” kata Julia sambil terjengah-jengah di sebalik tiang memerhatikan kelibat Fatimah dan Jiji. Kening Melinda sudah tercantum mendengar permintaan rakannya itu. ”Tolong? Tolong apa?” ”Tolong berlakon dengan saya. Apa yang saya cakap nanti awak tolong iyakan saja. Saya mahu si fatty itu batalkan niatnya untuk kurus. Biar dia gemuk sampai bila-bila.” Julia tertawa dengan rancangannya sendiri. ”Ish! Tidak baiklah awak ini. Biarlah dia kurus. Biar dia sihat,” nasihat Melinda pula. Muka Julia berubah menjadi bengis. ”Awak ini, lurus salah tempatlah! Si Fatty itu berdarah kacukan ’Mat Saleh’, kulit putih gebu, mata hijau asli, pandai pula. Kalau dia sudah kurus nanti, bertambahtambahlah cantik wajahnya walaupun tanpa secalit alat solek di mukanya. Yang kita ini berdarah asli orang Malaysia, kena tepek bermacam-macam alat solek berinci-berinci tebalnya untuk kelihatan menawan. Kalau mahu harapkan pada kepandaian akal sahaja, kita tidak akan berpeluang memikat kekasih kita yang kacak-kacak itu!” Berapi-api Julia memberi penerangan yang panjang lebar kepada Melinda.
167
Melinda masih lagi terkebil-kebil langsung bertanya, ”Habis itu?” Julia sudah menepuk dahinya. ”Bukankah kekasih kita juga bersenam di Green Fitness? Kalau Fatimah sudah kurus cantik, dia tentu akan cuba pikat salah seorang daripada kekasih kita, awak mahu, kah?” Muka Melinda serta-merta berubah menjadi pucat mendengar ugutan Julia. Melinda menggeleng-geleng. ”Tidak, tidak. Saya tidak mahu kehilangan Marjan. Sudahlah kacak, kaya pula.” ”Kalau begitu mari kita cepat-cepat masuk ke dalam dan mulakan lakonan!” -----------------------------Julia dan Melinda melangkah masuk ke dalam Green Fitness sambil tertawa melekek-lekek bagi menarik perhatian Fatimah dan Jiji yang sedang sibuk mengisi borang di kaunter penyambut tetamu. Jiji yang menyedari kehadiran Julia dan rakannya segera mencuit bahu Fatimah yang masih lagi khusyuk mengisi borang. ”Psst..., psst..., Julia pun bersenam di sini jugalah,” Jiji berbisik pada Fatimah. Fatimah terkejut lantas memarahi Jiji, ”Mengapa awak tidak semak betul-betul yang dia menjadi ahli gim ini atau pun tidak?” Fatimah juga bertanya dengan nada berbisik. ”Tidak pula saya tahu si Julia yang sudah kurus kering itu mahu bersenam lagi,” jawab Jiji. Julia yang terdengar bisikan Fatimah dan Jiji terus menyampuk sambil berdehem, ”Ehem! ehem! Kami bersenam kerana kami tidak mahu ’tergemuk’ macam kawan orang itu, bukan begitu Melinda?” Kata-kata itu sengaja diucap dengan kuat supaya didengari oleh Fatimah.
168
Melinda yang bertindak sebagai ’pak turut’ hanya tersengehsengeh sambil berkata, ”Saya setuju 100 peratus!” ”Eh! Fatimah dan Jiji rupanya. Maaflah saya tidak perasan yang awak juga berada di sini, Fatimah. Minta maaf banyak-banyaklah kalau awak berkecil hati dengan kata-kata saya itu.” Julia berpura-pura pula seperti dia baru tersedar kehadiran Fatimah dan Jiji. Mereka berdua hanya tersenyum kelat memandang Julia dan rakannya. ”Kenalkan, ini Melinda kawan saya. Dia anak pemilik Green Fitness ini.” Melinda menghulurkan tangannya kepada Fatimah dan melambaikan tangannya kepada Jiji. Sambil memperkenalkan Melinda pada Fatima dan Jiji, Julia menyambung lagi katanya, ”Bukankah hari itu, ayah awak ada berkata yang dia tidak suka kalau ada pelanggan yang gemuk-gemuk guna peralatan dalam gimnya, bukan? Lagi pun mesti pelanggan lain tidak mahu masuk gim ini lagi sebab takut berlaku gegaran akibat lompatan orang yang besar macam Fatimah ini. Apa pendapat awak, Melinda?” Julia bercakap sesuka hatinya sahaja di hadapan Melinda, Jiji dan Fatimah. ”Betul, betul. Nanti rugilah perniagaan ayah saya,” tambah Melinda lagi. Hati Fatimah sudah semakin panas. Kalau dia tunggu lebih lama lagi, mungkin saja gim itu terbakar dek api kemarahan Fatimah. Sambil menarik baju Jiji, Fatimah berkata, ”Marilah Jiji, kita pergi cari gim lain. Buat sakit telinga saya saja bersenam di gim ini nanti. Sudahlah di pejabat pun kadang-kala terserempak dengan dia.” Jiji terus bangun dan beredar keluar dari Green Fitness bersama Fatimah.
169
Setelah Fatimah dan Jiji sudah tidak kelihatan lagi, Julia dan Melinda tertawa terguling-guling. -----------------------------Usaha kedua.
Fatimah tersengguk-sengguk di meja tulisnya walaupun jarinya sedang sibuk menaip tugasan yang diberikan oleh Puan Melati kepadanya. ”Mengapalah mata ini mengantuk sangat? Sudah pekena kopi dua cawan pun tiada perubahan. Ini mesti terlebih dos roti canai pagi tadi,” Fatimah berleter pada dirinya sendiri. ”Aku ambil batang mancis buat penyedal kelopak mata ini nanti orang fikir otak aku mereng pula.” Fatimah lantas bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik air. Mukanya dibasahkan dengan air di singki lalu melangkah keluar tanpa mengesat baki air yang membasahi mukanya. Luna yang berselisih dengan Fatimah menegur, ”Fatimah, awak ambil wuduk untuk solat Dhuha, kah?” Fatimah berhenti melangkah lalu mengerling ke arah jam di dinding pejabat. Sudah jam 10.30 pagi. Memang waktu itu sesuai untuk tunaikan solat Dhuha. ”Eh! Tidaklah Luna. Saya cuci muka tadi sebab berasa mengantuk sangat mata ini.” Fatimah tersenyum menjawab soalan Luna. ”Cuba awak pergi tunaikan solat Dhuha, insya-Allah dapat juga pahala dan boleh kurangkan sedikit rasa mengantuk itu. Maklumlah, semua sendi-sendi kita akan digerakkan ketika solat,” nasihat Luna lagi.
170
Luna memang seorang yang rajin menunaikan solat Dhuha apabila berpeluang. Puan Melati pula seorang yang tidak mengongkong aktiviti anak-anak buahnya, asalkan mereka menjaga solat wajib mereka, tidak ponteng bekerja dan menyiapkan semua tugasan mereka tepat pada waktu yang diminta. Fatimah mengangguk setuju lalu beransur ke bilik solat. Sebelum itu dia singgah dahulu ke mejanya apabila dia terdengar telefon bimbitnya ’terjerit-jerit’ memanggil ’tuannya’. Telefon diangkat dan dia melihat paparan pada telefon itu, ”Jiji rupanya.” Butang untuk menerima panggilan ditekan lalu dia terdengar suara Jiji memberi salam, ”Assalamualaikum, awak sedang makankah Fatimah?” Soalan itu ditanya sambil tertawa. Sambil mencekak pinggang, Fatimah menjawab, ”Wa’alaikumsalam. Apa awak fikir saya ini kemaruk sangat asyik mahu mengunyah saja?” Suaranya seperti mahu marah tetapi Fatimah tergelak juga di akhir ayatnya. ”Sebenarnya saya memang ada terfikir mahu hilangkan rasa mengantuk saya dengan cara mengunyah kacang tapi Luna pula nasihatkan saya supaya pergi tunaikan solat sunat Dhuha,” kata Fatimah lagi. ”Untung awak dapat kawan macam Luna itu,” puji Jiji. ”Bolehlah nanti awak rekomenkan pada saya,” sambung Jiji lagi. ”Amboi, amboi..., sudah pandai mengurat anak Pakcik Rashdan ini rupanya, nanti saya mengadu sama ayah dan ibu awak, ya,” ugut Fatimah yang mengenali keluarga Jiji.
171
”Sikit-sikit mengadu, sikit-sikit mengadu, rimaslah saya! Rekomen untuk datang ke butik sayalah bukan untuk jadi kekasih saya!” Terjeritjerit Jiji di hujung talian. ”Heh awak ini! Cuba bercakap dengan gaya seorang lelaki sejati, berdosa tahu lembik-lembik begini! Ini apa hal telefon saya? Saya mahu ke bilik solat sekejap, cepatlah cakap!” jawab Fatimah dengan suara tegas. ”Iyalah, iyalah! Begini, petang nanti seorang model terkenal bernama Normi mahu ke butik saya untuk menempah baju. Dia seorang yang tidak sombong dan saya rasa dia boleh beri awak tip-tip untuk berbadan langsing,” jawab Jiji. Wajah Fatimah berubah ceria. ”Baiklah, nanti saya datang ke butik awak petang ini. Terima kasih di atas bantuan awak. Saya akan tolong uar-uarkan pakaian di butik awak pada kawan-kawan saya pula,” kata Fatimah sebelum menghentikan perbualan mereka. -----------------------------Jam 5.45 petang, Fatimah sampai di butik Jiji. Rima sedang mengambil ukuran badan seorang wanita yang kelihatan langsing dan berwajah menarik sambil Jiji mencatatkan ukuran itu. ”Wah! Seronoknya kalau dapat jadi kurus seperti wanita itu. Kain ela pun tidak banyak yang perlu beli,” kata hati Fatimah sambil duduk menunggu Jiji di sofa. Sesekali matanya melirik pada wanita tersebut yang juga turut tersenyum apabila menyedari Fatimah sedang melihatnya. ”Mungkin dia yang Jiji katakan Normi itu,” kata hatinya lagi. Walaupun Fatimah bekerja sebagai jurufoto tetapi dia jarang sekali membaca majalah fesyen kerana mata dan hatinya ’sakit’ apabila
172
melihat gambar-gambar wanita langsing di dalam majalah-majalah tersebut. Selesai mengambil ukuran, Jiji membawa wanita itu berjumpa dengan Fatimah. ”Kenalkan ini Cik Normi, model terkenal dan ini pula kawan saya, Cik Fatimah, jurufoto dari majalah M Dekorasi.” Fatimah dan Normi saling bersalaman kemudian mereka dipersilakan duduk oleh Jiji. Rima diminta membawakan mereka air kotak dari peti sejuk di butiknya. ”Saya suka baca majalah M Dekorasi. Gambar-gambar yang terdapat di dalam majalah itu memang sangat menarik. Tidak sangka pula saya dapat berjumpa dengan jurufotonya pada hari ini. Mesti seronok dapat pergi ke rumah-rumah yang cantik-cantik itu, bukan?” kata Normi dengan wajah yang ceria dan kelihatan mudah mesra. Betul seperti kata Jiji sebelum ini, Normi tidak sombong seperti model-model lain yang pernah berselisih dengan Fatimah ketika dia keluar dari lift tempat kerjanya. Fatimah tersenyum malu lantas menjawab, ”Terima kasih, Cik Normi. Masih banyak lagi teknik fotografi yang perlu saya belajar. Lagi pun zaman sekarang teknologi semakin canggih, kamera pun sudah digital, kalau pun gambar yang diambil tidak berapa menarik, kita masih lagi boleh lagi touch up dengan perisian komputer sebelum ia diproses atau dimuatkan ke dalam majalah. Lainlah pada zaman dahulu, tiada teknologi digital, ambil gambar guna negatif pula, jurufoto perlu lebih berhati-hati dan berjimat-cermat kerana hasilnya hanya boleh dilihat selepas gambar dicuci,” jelas Fatimah panjang lebar.
173
”Janganlah terlalu formal pula dengan saya. Panggil saja saya Normi. Barulah mesra,” jawab Normi lagi. Lima minit kemudian, Rima datang membawa air kotak berperisa teh hijau sambil menghulurkannya kepada para tetamu butik. ”Hmm..., saya suka teh hijau. Terima kasih, Rima,” ucap Normi sambil mengambil air kotak itu untuk diminum. Dalam hati Fatimah berkata, ”Alamak, air teh hijau? Kalau ada air sirap bandung lagi sedap.” Namun air itu tetap diminum oleh Fatimah bagi membasahkan tekaknya. ”Teh hijau ini bagus untuk melancarkan peredaran darah dan membuang toksid, ia tidak mendatangkan angin seperti air teh yang lain,” kata Normi lagi setelah menyedut air itu. Fatimah tersedak mendengar jawapan Normi. ”Macam dia tahutahu pula yang aku kurang minat air ini.” ”Normi, sebenarnya saya ada hajat besar,” kata Jiji tanpa melengahkan masa. Lagi pun hari sudah beransur petang. Normi membulatkan matanya sambil ternganga. ”Hajat apa itu? Mahu sponsor pakaian yang saya tempah tadi, kah? Ramai juga V.I.P yang akan datang ke majlis perkahwinan kawan saya itu nanti kerana dia juga anak seorang ahli korporat yang terkenal.” Kini giliran Jiji pula yang membeliakkan matanya. ”Betulkah! Kenapa awak tidak beritahu saya sejak awal tadi? Baiklah, saya akan reka yang terbaik untuk awak tapi awak kenalah tunaikan satu permintaan saya pula.” ”Setakat satu permintaan, insya-Allah saya boleh penuhi. Apa dia, cakaplah,” jawab Normi.
174
”Kawan saya ini..., dia mahu awak kongsikan rahsia awak kekal langsing. Maklum sajalah, jadi model seperti awak perlu sentiasa kurus, kalau tidak, tiada siapa mahu ambil awak bekerja, bukah?” kata Jiji. Wajah Fatimah yang putih gebu sudah bertukar merah jambu kerana menahan malu. ”Comelnya muka awak bila blushing,” puji Normi. Pada sangkaan Fatimah, Normi akan tergelak besar bila mendengar permintaan Jiji itu. Tetapi sangkaannya meleset, malahan Normi dengan berbesar hati mahu mengongsikan beberapa tip kelangsingan pula dengan Fatimah. Jiji suakan sehelai kertas dan pen kepada Fatimah sebelum Normi meneruskan percakapannya. ”Begini, selain daripada bersenam selama 30 minit dalam tiga hingga empat kali seminggu, saya juga makan makanan yang berebus, stim atau yang dibakar sahaja. Saya juga tidak sudah lama tidak makan nasi beras putih. Saya gantikan ia dengan roti berserat tinggi atau nasi beras perang. Kurangkan juga minum minuman bergula dan bergas,” jelas Normi. Fatimah terangguk-angguk sambil jarinya menyalin kata-kata Normi tetapi di hatinya berkata, ”Alamat matilah aku kalau tidak makan nasi sehari. Bersenam pula terpaksa ditangguhkan kerana mahu cari gim lain pula. ” ”Setakat ini saya belum jumpa lagi orang yang mati kerana tidak makan nasi. Bersenam pula tidak semestinya perlu dilakukan di gim saja, awak boleh juga naik ke pejabat awak guna tangga menggantikan lif,t” sambung Normi lagi kemudian mempamerkan senyuman kepada Fatimah.
175
Fatimah menggaru-garu kepalanya. ”Macam dia terdengar pula kata hati aku tadi.” -----------------------------Sejak Fatimah dipertemukan dengan Normi tempohari, dia semakin rajin menggunakan tangga untuk naik ke jabatan M Dekorasi. Dia juga sengaja memakir keretanya berjauhan dari pintu masuk bangunan M Publisher Sdn. Bhd. kemudian berjalan cergas dengan harapan aktiviti itu dapat membakar beberapa lemak di badannya. Untuk makan tengahari pula, Fatimah membawa bekalan dari rumahnya. Pagi-pagi lagi sebelum solat subuh, dia sudah turun ke dapurnya untuk membakar daging ayam atau ikan. Kadang-kala disertakan sayur salad dan juga sepuluh keping sanwic bersama-sama. Lima keping untuk minum pagi, lima keping pula untuk makan tengahari. Masuk hari yang ke sepuluh, Fatimah menelifon Jiji pada waktu rehat tengahari. Ketika itu hanya tinggal dia seorang di dalam jabatannya. Pekerja yang lain sudah pergi keluar makan. ”Assalamualaikum Jiji,” Fatimah bersuara lemah di corong telefon. ”Wa’alaikumsalam. Siapa di sana?” tanya Jiji sambil melihat nama yang terpapar di telefon bimbitnya. ”Nombor ini seperti nombor Fatimah tapi mengapa suara yang bercakap ini berlainan pula bunyinya?” soal Jiji pada dirinya. ”Ini saya, Fatimah. Saya laparlah, Jiji. Rasa macam mahu pengsan,” jawab Fatimah seperti orang kebuluran. ”Bukankah Normi suruh awak kawal pemakanan, bukannya suruh awak tidak makan langsung,” jawab Jiji dengan nada risau.
176
”Iyalah saya memang makan. Sudah sepuluh hari saya bangun awal-awal pagi untuk sediakan makanan yang rebus-rebus, bakarbakar untuk dibawa ke pejabat. Nasi pun sudah lama tidak makan. Saya pun sudah tidak menggunakan lift lagi untuk naik ke jabatan saya,” jawab Fatimah yang masih lagi bersuara lemah. ”Baguslah kalau begitu! Tahniah! Kalau awak bersabar, tidak lama lagi kuruslah badan awak.” Jiji menjawab dengan penuh kegembiraan. Rasanya tidak sia-sia dia menemukan Fatimah dengan Normi. ”Tapi...,” Fatimah sudah mula bersuara tersedu-sedan. Jiji mula panik mendengar suara sedih Fatimah lantas menyoalnya, ”Tapi mengapa, Fatimah? Awak jangan buat saya suspen pula.” ”Tapi..., pagi tadi selepas saya timbang, berat saya hanya kurang 500 gram sahaja selepas sepulus hari menahan lapar.” Fatimah sudah mula meraung di bawah mejanya. Jiji membiarkan sahaja Fatimah menangis. Kepalanya juga bingung dengan permasalahan yang menimpa sahabat baiknya. ”Apa lagi yang silap ini?” kata hati Jiji sambil menggaru-garu kepalanya yang gatal. Sambil menunggu Fatimah reda menangis, Jiji sempat membelekbelek rambutnya di hadapan cermin muka lalu dia terjumpa beberapa helai uban. ”Alamak, sudah ada uban pula rambut aku ini.” Dia lantas mencabut beberapa helai uban di kepalanya. ”Hello, hello, Jiji awak dengar atau tidak saya bercakap?” Jiji dikejutkan dengan suara Fatimah di hujung telefon. ”Ya, ya, saya dengar, saya dengar,” jawab Jiji sambil menumpukan perhatian semula kepada perbualannya.
177
”Luna dan Puan Melati kata saya kelihatan lesu dan tidak bermaya. Memang saya penat dan kadang-kala menggigil. Otak saya asyik teringatkan makanan saja. Nasib baik tadi ada seorang rakan sepejabat yang bawa pulang kerepek ubi tiga paket dari kampungnya. Apa lagi, terubatlah rindu saya pada makanan ringan. Rasanya kerepek tidak boleh menggemukkan badan, bukan begitu Jiji?” Kedengaran Fatimah sedang mengunyah kerepek, kruk-krak, krukkrak bunyinya. ”Hmm..., saya pun tidak tahu macam mana mahu cakap lagi dengan awak, Fatimah. Mungkin ini dugaan orang yang berdiet. Awak cubalah bertahan lagi dua puluh hari. Kalau puasa bulan Ramadhan awak boleh bertahan, inikan pula proses berdiet yang masih lagi boleh makan di siang hari awak tidak boleh kuatkan semangat awak?” Jiji cuba memberikan sedikit suntikan semangat. Fatimah mengeluh. ”Saya akan cuba, saya akan cuba,” jawab Fatimah sambil mengunyah-ngunyah kerepek ubi berperisa BBQ. Sedar tidak sedar, sudah habis sepeket besar dia makan kerepek itu seorang diri di bawah meja tulisnya. -----------------------------Hari Isnin berikutnya. Luna sedang berhenti memandu di lampu isyarat manakala Fatimah sedang mencari-cari peta lokasi perjalanan mereka melalui sistem pengesan GPS di dalam telefon bimbitnya. Tiba-tiba ada panggilan masuk dari Jiji lalu Fatimah menjawabnya. ”Assalamualaikum, saya mahu cakap sedikit saja. Awak sudah baca akhbar hari ini?” tanya Jiji dalam nada cemas. Selepas menjawab salam Jiji, Fatimah menyoalnya pula, ”Belum lagi, mengapa?”
178
”Nanti awak beli akhbar Berita Hari-hari, awak baca berita di halaman tiga. Jangan lupa, beli dan baca, tahu!” Perbualan mereka terhenti di situ. ”Apalah si Jiji ini. Kalau mahu cakap pendek-pendek, hantar SMS sajalah,” rungut Fatimah lalu menyambung pencarian lokasinya. Sambil memutarkan stereng kereta, Luna bertanya kepada Fatimah, ”Ada apa hal, Fatimah?” Kedua-dua keningnya diangkatangkat. ”Jiji, dia minta saya beli akhbar Berita Hari-hari nanti. Katanya ada berita penting dalam akhbar itu,” jawab Fatimah. ”Hah! Saya sudah jumpa pun lokasi yang kita cari dalam GPS ini. Sebentar lagi ada simpang di hadapan, awak belok kiri, ya. Lepas itu, depannya ada stesen minyak Petronas, awak singgah sekejap di sana, saya mahu pergi beli surat khabar,” sambung Fatimah lagi. Luna meneruskan pemanduannya sehingga dia ternampak stesen minyak Petronas di sebelah kirinya lalu dia berhenti sebentar di situ. Fatimah turun dari kereta untuk membeli surat khabar lalu kembali semula ke dalam kereta. Fatimah segera membuka halaman tiga lantas matanya terhenti pada tajuk berita lalu membacanya dengan nada suara yang sederhana kuat, ”Model terkenal meninggal dunia.” Luna yang sedang memandu juga terkejut dengan tajuk berita tersebut. ”Awak bacalah kuat sikit, saya mahu tahu juga siapa model yang dimaksudkan itu,” pinta Luna sambil meneruskan pemanduannya. Jantung Fatimah sudah mula berdegup kencang seperti baru lepas berjoging tiga puluh minit. Nafasnya ditarik dalam-dalam lalu dia
179
membaca isi berita yang seterusnya. ”Seorang model wanita terkenal tanahair dijumpai mati di dalam rumahnya semalam. Model yang dikenali dengan nama glamornya, Normi atau Siti Normijah binti Jajuli, 23 tahun dijumpai mati oleh rakan serumahnya, Maya yang baru sahaja pulang dari pengambaran filem pada jam 4 pagi semalam. Setelah mayat beliau dibedah siasat, didapati punca utama kematian adalah kerana dia menghidapi penyakit bulimia.” Fatimah sudah tidak mampu lagi meneruskan pembacaannya.
180
Bab 14
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Fatimah membuka komputer ribanya dan memasukkan kad memori kamera digital SLRnya ke dalam driver-nya dan terus ke ruang USB komputer itu. Beberapa gambar yang dirakam semalam dimuat-turunkan ke dalam komputer bagi membuat proses editing. Dia juga mahu memilih gambar-gambar yang terbaik sebelum diserahkan kepada unit rekabentuk dan grafik esok. Sementara itu, dia membuka talian internet untuk memeriksa kotak emelnya. ”Wah! Banyaknya emel dalam inbox aku hari ini. Terasa glamor pula diri ini,” kata Fatimah yang syok sendiri. Sebenarnya Fatimah hanya mendapat emel yang kebanyakkannya adalah maklumat daripada facebook dan artikel yang dilanggan secara percuma mengenai kesihatan wanita dan kamera digital sahaja, tiada yang lebih istimewa daripada itu. Matanya membaca senarai pengirim di dalam kotak emel lalu matanya terhenti pada sebaris nama yang tertulis ’Quatalina Gabino’. Sambil menjemput-jemput dagunya yang berlapis dua itu, Fatimah berkata, ”Nama ini macam nama arwah ibu aku pula tetapi tidak mungkin orang yang sudah meninggal dunia boleh menghantar emel.”
181
Fatimah memegang pada dada kirinya. Jantungnya berdegup kencang seperti mahu menembusi belakang dadanya pula. Hormon adreanalin pantas dirembeskan oleh sistem tubuhnya. Fatimah cuba mengawal pernafasannya persis ibu mengandung yang sedang mengalami kontraksi. ”Mulalah perut aku terasa lapar bila susah hati, baik aku pergi tengok dulu apa yang ada dalam peti sejuk sebelum aku memulakan bacaan emel ’misteri’ ini. Manalah tahu kalau-kalau ayah ada buat puding karamel pada petang tadi.” Fatimah sudah meneguk-neguk air liurnya tatkala dia terfikir tentang puding karamel itu. Lima minit kemudian Fatimah kembali semula ke komputer ribanya dengan tiga bekas kecil puding karamel. ”Setakat ini, sixth sense aku tentang makanan memang selalu saja tepat,” Fatimah memuji kecekapannya itu. Semenjak kematian Normi tempoh hari, diet pemakanan sihat yang dicadangkan oleh arwah Normi kepadanya juga semakin ’hancur’. -----------------------------Fatimah menekan butang open pada emel misteri itu sambil menyudukan puding karamel sejuk ke dalam mulutnya. Degupan jantungnya sudah diredakan oleh kehadiran puding karamel yang lazat itu.
Assalamualaikum. Kehadapan anakanda Siti Fatimah yang dikasihi dan diingati selalu. Semoga sentiasa sihat bersama ayahanda Fahrin dan sentiasa dilindungi Allah Taala. Amin.
182
Mungkin Fatimah berasa pelik apabila menerima emel ini, bukan? Iyalah, bagaimana ibu yang dikatakan telah meninggal dunia ketika Fatima berusia 7 tahun boleh mengirimkan emel pula? Adakah ada orang yang menyamar sebagai ibu Fatimah?
Fatimah yang sedang membaca baris-baris ayat di dalam emel itu turut terangguk-angguk dengan soalan-soalan yang dikeutarakan oleh emel itu. Dia seolah-olah dapat mendengar suara penulis itu ketika membacanya emel tulisannya seperti yang sering dilakonkan di dalam drama tv. Kemudian dia meneruskan lagi pembacaannya sambil mencapai bekas puding karamel yang kedua. ”Fatimah, bacalah emel ibu ini betul-betul. Janganlah asyik makan saja!” bunyi emel itu lagi. Terkejut Fatimah dengan tulisan emel itu langsung memandang di sekeliling penjuru biliknya. ”Hmm..., tiada pula sebarang CCTV yang terpasang. Tidak mengapalah, mungkin penulis ini pandai berjenaka.” Pembacaan diteruskan.
Fatimah, emel ini memang daripada ibu kamu, ibu yang mengandungkan Fatimah selama 9 bulan 10 hari itu, ibu yang bernama Quatalina binti Gabino. Telegram yang diterima oleh ayah kamu 15 tahun lalu adalah kiriman Farouk, lelaki yang sudah lama berdendam dengan ibu sejak Fatimah belum lahir lagi. Fatimah, kita lupakan tentang Farouk buat sementara waktu dan kita sambung cerita lain yang lebih seronok dibaca, okey?
183
Fatimah mengangguk-angguk lagi dengan soalan yang ditulis di dalam emel itu. Setakat ini dia tidak tahu sama ada mahu mempercayai isi emel itu atau pun tidak kerana semakin canggih teknologi internet pada zaman sekarang, semakin banyak juga kes penipuan yang berlaku menerusinya. Manalah tahu, wanita yang mengaku sebagai arwah ibunya itu mahu memikat ayahnya yang sudah menjadi chef terkenal, chef selebriti yang masih lagi kacak. Pembacaan emel itu disambung semula.
Pertama sekali ibu mahu memohon jutaan ampun dan maaf kepada Fatimah dan ayah Fatimah kerana sudah lama tidak hubungi kamu berdua sejak dulu lagi. Sebenarnya ibu tidak pernah melupakan Fatimah dan ayah kamu walaupun ibu ’terpaksa’ berpisah dengan ayah kamu tanpa kerelaan. Banyak surat-surat yang ibu utuskan ke alamat ayah kamu sebelum ini tetapi semua surat-surat itu telah dipulangkan semula ke Paris atas alasan kamu berdua sudah berpindah. Tetapi sejak teknologi internet semakin berkembang maju, pencarian ibu menjadi sedikit mudah. Mungkin juga berkat doa ibu yang tidak pernah putus sehingga kini. Syukur alhamdulillah. Suatu pagi jari ibu terasa gatal pula mahu menaipkan nama ayah kamu, Fahrin bin Imad di dalam search engine Google. Manalah tahu, kalau-kalau terjumpa pula nama itu kerana ayah kamu pernah menyatakan hasratnya kepada ibu untuk menjadi seorang chef yang hebat suatu hari nanti.
184
Syukur alhamdulillah, nama ayah kamu muncul dalam senarai pencarian tetapi ibu menjadi sedikit hampa kerana maklumat yang disenaraikan itu tidak cukup mendalam untuk ibu jejaki kamu berdua. Untuk pengetahuan kamu, ibu juga ada 2 orang adik perempuan. Seorang bernama Fabienna dan seorang lagi bernama Gabinia. Fabienna atau Makcik B belajar dalam bidang rekaan fesyen dan sekarang telah menjadi pensyarah di Malaysia. Manakala Gabinia atau Makcik Gee pula sudah menjadi akauntan di syarikat G&D Paris. Mata Fatimah membulat apabila terbaca perkataan Malaysia dan G&D Paris. ”Pensyarah di Malaysia? Universiti yang mana satu? G&D Paris? Nama ini macam aku pernah dengar. Oh! Ia adalah sebuah jenama yang amat terkenal sekarang ini tapi semua pakaiannya aku tidak muat mahu pakai. Menyampah!” Fatimah lantas mencapai bekas puding karamel yang terakhir dan menyambung suapan serta pembacaannya.
Kalau kamu mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai kebenaran emel ini, bolehlah kamu bertanyakan kepada Profesor Anna. Nama sebenarnya ialah Fabienna binti Gabino, auntie B kamu.... Dialah yang banyak memberikan informasi tentang kamu berdua sejak kebelakangan ini. Alamat emel kamu juga dialah yang berikan pada ibu. Baiklah, cukup setakat ini dahulu. Setiausaha ibu sudah pun memanggil ibu untuk masuk ke bilik mesyuarat. Sehingga kita berjumpa lagi dalam emel yang seterusnya. Ingat, kalau kita hati baik, insya-Allah wajah kita akan sentiasa cantik. Wassalam.
185
Ibumu yang jauh, Quatalina Gabino.
Fatimah mengusap-usap perutnya yang sudah dipenuhi dengan tiga bekas puding karamel. ”Syukur alhamdulillah..., sedapnya ayah buat puding karamel. Mata pun sudah mula berat. Tidak mengapa, aku siapkan dulu urusan gambar yang perlu dihantar esok. Tentang emel misteri ini, aku tangguhkan dahulu pemikiran tentangnya.” -----------------------------Seperti biasa, Fatimah sering singgah ke butik milik Jiji sebelum pulang ke rumahnya. Hari ini dibawakan bersama kain ela dua pasang yang baru sahaja dibelinya semasa dia ada tugasan bersama Luna untuk merakamkan gambar hiasan dalaman di sebuah kedai fabrik yang terkenal di Kuala Lumpur. Rima yang terlihat kain itu lantas memuji ia, ”Wah! Cantiknya kain-kain ini? Mereka berikannya secara percumakah, Kak Fatimah?” ”Pemilik kedai itu mahu hadiahkan saja fabrik ini kepada kami tetapi ayah Kak Fatimah sudah banyak kali berpesan supaya jangan asyik suka terima barang percuma daripada orang lain. Lebih baik jadi tangan yang memberi daripada tangan yang menerima. Oleh kerana tidak mahu menghampakan hajat pemilik kedai itu, Kak Fatimah pun bayarlah harga lima meter kain itu dengan harga satu meter sahaja seperti yang diminta oleh pemilik kedai itu. Kak Fatimah juga ada memberi alasan bahawa business is business, kalau mahu belanja kami, bolehlah belanja kami makan sahaja,” jelas Fatimah dengan panjang lebar.
186
Sambil mencekak pinggang, Jiji pula menyampuk, ”Amboi, amboi, amboi! Kalau cakap fasal makan nombor satu. Kain-kain ini awak mahu saya buat baju apa?” ”Baju apa lagi yang saya layak pakai?” jawab Fatimah sambil menjeling tajam ke arah Jiji. Fatimah memang selesa berpakaian baju kurung atau bloues labuh, lebih sopan dan sesuai dengan imej bertudungnya. ”Rima, tolong ambilkan ukuran Kak Fatimah kamu,” arah Jiji kepada adiknya. Fatimah berkerut kening. ”Bukankah awak ada simpan ukuran saya sebelum ini. Guna sajalah yang itu. Hari pun sudah mahu hujan di luar sana,” kata Fatimah sambil menudingkan jarinya ke luar. ”Tidak boleh Fatimah. Itu ukuran dua tiga bulan dahulu. Manalah tahu ada penambahan atau pengurangan. Lagi pun, kalau hari hujan, bukankah kereta awak itu berbumbung?” jawab Jiji. ”Baiklah, baiklah wahai Tuan Fauzi bin Rashdan!” jawab Fatimah sambil mengherot-herotkan bibirnya. Badan Fatimah kemudian diukur oleh Rima. Jiji bersedia mencatat ukuran yang diberikan Rima. Selesai mencatat semua ukuran badan Fatimah, Jiji membandingkan dengan ukurannya yang lama. Sambil mengetukngetuk batang pen ke bibirnya, Jiji berkata, ”Hmm..., mengapa pula ukuran badan awak semakin melebar saja Fatimah? Awak sudah langgar pantang awak, ya?” Fatimah tidak terkejut dengan soalan Jiji lantas menjawab persis pengacara rancangan kuiz kepintaran, ”Ya betul..., sepuluh markah untuk awak!” Rima sudah ketawa melekek-lekek di atas sofa, Jiji pula seperti mahu mengetuk Fatimah dengan pembaris sesiku ’L’nya.
187
Fatimah segera mengelak sambil berkata, ”Ampunkan patik, tuanku! Patik masih lagi berpantang tetapi bukan pantang tidak makan sebaliknya patik pantang berjumpa dengan makanan pula, mesti selepas itu makanan tersebut akan masuk ke dalam mulut patik. Ampun tuanku!” Mereka bertiga kemudian sama-sama tertawa dengan lawak ’purba’ Fatimah. -----------------------------”Fatimah, seriuslah sedikit dengan masalah berat awak,” kata Jiji dengan nada merayu. Fatimah menangguh untuk pulang ke rumahnya dan bercadang untuk pulang selepas solat maghrib sahaja kerana hujan sedang turun dengan lebat ketika itu. Fatimah mengeluh. ”Memanglah saya serius tetapi banyak sangat dugaan. Belum ada lagi idea diet awak yang saya cuba berjaya menurunkan berat badan saya!” Fatimah juga bercakap dengan nada kecewa. Mereka berdua terdiam seketika. Lima minit kemudian, Fatimah mendapat ilham, ”Apa kata kalau kita buat satu perjanjian, saya akan ikut semua nasihat awak tentang penurunan berat badan dengan syarat...,” ”..., awak kahwin dengan saya?” sampuk Jiji selamba. Fatimah menepuk kuat badan Jiji dua kali dengan bantal dari sofa. ”Kelepuk! Kelepuk!” bunyi bantal dihempas ke badan Jiji. ”Aduh! Sakitlah! Kalau begini hari-hari rapuhlah tulang saya!” Jiji mengeliat-ngeliat kesakitan. Fatimah ketawa puas. Rima yang sedang tekun menjahit labuci turut tertawa.
188
”Syaratnya, mudah saja. Saya akan kurus kalau awak sanggup untuk menukar dari imej lembut kepada imej lelaki sejati,” sambung Fatimah lagi. ”Saya bersetuju 100 peratus. Saya pun sudah rindu mahu ada seorang abang yang layak dipanggil abang,” sahut Rima pula. Kali ini giliran jiji pula menghela nafas dan termenung memerhatikan hujan lebat di luar butik. ”Bercakap fasal tukar imej lelaki ini, sebenarnya sejak kebelakangan ini saya sering mimpikan arwah nenek saya.” Suara Jiji mula sebak. Mulut Rima pula ternganga persis Gua Niah. Mujur tiada lalat yang sudi singgah di mulut Rima. ”Mimpi awak itu berwarna atau pun hitam putih?” soal Fatimah. Rima menepuk dahinya. Mood sedih Jiji sudah bertukar marah. ”Apa punya soalan yang awak tanya ini? Saya sedang serius, tahu!” Jiji menunjukkan pembaris sesiku ’L’ ke arah Fatimah. ”Iyalah..., kadang-kala, mimpi saya seperti cerita tv hitam putih, kadang-kala berwarna pula,” jawab Fatimah secara jujur. Jiji sudah garu kepalanya. Memang dia tidak pernah mengingati warna mimpinya setakat ini. ”Tolonglah dengar, Fatimah,” rayu Jiji. Fatimah hanya menangguk saja. ”Dalam semua mimpi-mimpi itu, nenek saya memberikan nasihat agar saya dapat menjadi lelaki yang ’keras’, lelaki sejati, lelaki soleh. Memandangkan awak pun sudah mencadangkan syarat itu tadi, saya dengan rela hati ingin berubah kerana Allah Taala,” jelas Jiji dengan bersungguh-sungguh. ”Dan mulai hari ini, awak semua kena panggil nama saya Fauzi bukan Jiji lagi, tahu? Siapa yang tersasul akan saya denda dua ringgit sekali sebutan!” sambung Jiji lagi dengan amaran keras.
189
Fatimah dan Rima sama-sama mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi. ”Bercakap tentang arwah nenek awak, semalam ada orang hantar emel kepada saya dan dia mengaku bahawa dirinya arwah ibu saya,” kata Fatimah. Jiji berkerut kening, ”Ini lagi hebat! Mesej dihantar oleh arwah ibu awak melalui emel, roh yang mengikuti peredaran zaman!” Lagi sekali badan Jiji atau Fauzi dipukul dengan bantal bersarung kain bandu hijau lumut. ”Tak baik abang Fauzi main-mainkan arwah ibu Kak Fatimah, tahu?” marah Rima sambil menyokong Fatimah. Fauzi mengangkat tangan mengaku kalah. ”Baiklah, saya minta maaf.” Kemudian Fatimah menyambung lagi ceritanya tentang isi emel itu sehingga habis. Fauzi dan Rima terangguk-angguk mendengar cerita Fatimah. ”Hmm..., saya rasa elok sangat kalau awak buat temujanji dengan Profesor Anna untuk mendapatkan pengesahan. Sebelum itu awak buatlah solat hajat dan istikharah banyak-banyak,” nasihat Fauzi kepada Fatimah. -----------------------------Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Fatimah memilih untuk berjumpa dengan Profesor Anna di kafeteria Senyum Selalu di dalam kawasan universiti lamanya. Semasa Fatimah sampai di pintu masuk kafe itu, Profesor Anna sudah berada di meja makan. Dia melambai-lambai ke arah Fatimah dari dalam kafe.
190
”Assalamualaikum Puan Profesor,” ucap Fatimah sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Fatimah merenung kanta mata Profesor Anna. ”Hmm..., matanya memang berwarna hijau seperti mata aku tapi aku tidak sangka pula dia ada kena-mengena dengan aku,” kata hati Fatimah. Setelah memesan air jus tembikai, Fatimah memulakan perbualannya dengan Profesor Anna. ”Sebenarnya, saya berjumpa dengan puan ini di atas pemintaan Puan Quatalina yang menuliskan emel ini kepada saya.” Fatimah menunjukkan emel yang sudah dicetak untuk tatapan Profesor Anna. Profesor Anna mengangkat kedua belah keningnya sambil menyambut kertas A4 itu kemudian tunduk membacanya. Selesai membacanya, Profesor Anna mendongak semula memandang wajah Fatimah. ”Betulkah wanita yang menulis emel itu ibu saya?” tanya Fatimah lagi lalu menyedut air jus tembikainya sebagai pembasah tekak. Profesor Anna menganggukkan kepalanya lantas mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. ”Ini buktinya,” jawab Profesor Anna sambil menghulurkan sebuah pasport antarabangsa dan sekeping gambar kepada Fatimah. ”Itu pasport saya dan itu pula gambar perkahwinan yang telah dikirimkan oleh ibu kamu kepada saya kelmarin secara pos supaya kamu dapat melihat yang asli,” jelas Profesor Anna lagi. Fatimah membuka pasport itu lalu membaca nama pemiliknya, ’Fabienna binti Gabino’ kemudian membandingkan wajah pada pasport itu dengan wajah wanita di hadapannya. Fatimah juga
191
membelek-belek isi pasport itu untuk menambahkan lagi keyakinannya. Fatimah merenung semula wajah Profesor Anna lantas mempamerkan segaris senyuman kemudian dia meneliti pula gambar lama yang sudah kelihatan sedikit kekuningan. Gambar yang sama juga dia pernah nampak tersimpan rapi di dalam dompet ayahnya. ”Syukur alhamdulillah. Terima kasih kerana memakbulkan doa ayahku, Ya Allah. Terima kasih.” Fatimah meraupkan mukanya lalu bangun dan memeluk Profesor Anna atau Makcik B yang sedang menitiskan air mata di hadapannya. -----------------------------”Ayah memang selalu berdoa dan berharap sangat agar ibu masih lagi hidup, Puan,” kata Fatimah. ”Panggil saja saya Makcik B, bukankan kamu anak saudara saya?” Profesor Anna tersenyum manis memandang anak saudaranya. Fatimah mempamerkan giginya lantas berkata, ”Maaf, saya belum biasa lagi.” ”Ibu kamu juga tidak putus asa mencari kamu berdua. Tapi buat sementara waktu ini, kamu jangan beritahu dulu tentang perkara ini kepada ayah kamu,” sambung Profesor Anna lagi. Fatimah mengerutkan keningnya. ”Mengapa pula? Kasihan ayah, tentu dia sudah lama merindui ibu.” ”Kita tunggu sampai dia pulang dari rakaman rancangan memasaknya di Australia tidak lama lagi. Biar Makcik B saja yang memberitahu kepadanya,” jelas Profesor Anna lagi. ”Makcik B juga tahu yang ayah sekarang berada di Australia?” soal Fatimah lagi.
192
”Eh, bukankah kamu yang beritahu pada Makcik B semalam di dalam telefon?” Profesor Anna sudah tertawa dengan sifat pelupa anak saudaranya itu. Fatimah tergaru-garu kepala sambil tertawa. ”Makcik bercadang mahu beritahu ayah kamu pada tarikh hari jadi kamu nanti pada 1 Mei hadapan. Apa pendapat kamu?” soal Profesor Anna lagi. ”Bagus juga! Saya sokong. Nanti adalah sebab yang logik untuk saya buat satu majlis dan menjemput Makcik B datang ke rumah kami nanti,” jawab Fatimah sambil tersenyum ria. Matanya bersinar-sinar gembira. Sambil menjengah semula ke dalam beg tangannya, Profesor Anna mengeluarkan lagi satu barang terakhir pesanan Quatalina kepada Fatimah. ”Sebelum Makcik B terlupa, ini ada sekeping surat daripada ibu kamu tetapi dia minta agar isinya dibaca semasa hari lahir kamu pada 1 Mei nanti.” Fatimah menyambut sampul surat itu dengan titisan airmata kegembiraan.
193
Bab 15
Fatimah selesai solat maghrib dan isyak berjemaah di bilik solat dengan ayahnya yang baru sahaja sampai di Malaysia petang kelmarin. Setelah bersalaman dengan Fahrin sesudah mereka sama-sama mengaminkan doa, Fatimah bertanya kepada ayahnya, ”Ayah satu mei esok, ulang tahun hari lahir saya yang ke-23.” Kedua-dua kening Fahrin sudah terangkat dan matanya dibulatkan sejurus mendengar kata-kata anaknya itu. Sambil menyangkutkan sejadah ke skrin baju, Fahrin menyoal anak tunggalnya, ”Tahun ini Fatimah mahu minta hadiah apa pula?” ”Tahun ini bolehkah ayah belikan saya sebuah kereta ferrari seperti yang anak David Beckham dapat untuk hari lahirnya? Tapi saya tidak mahu yang untuk kanak-kanak, saya mahu yang saiz sebenarnya.” Fatimah sudah tergelak terhenjut-henjut sambil menutup mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya. Fahrin langsung memegang dadanya dengan tangan kanan dan tangan kirinya pula diletakkan ke dahinya. Lututnya pura-pura dibuat
194
terketar dan dia perlahan-lahan jatuh terduduk. ”Aduh! Mahu pengsan ayah mendengarnya! Sakit jantung, sakit jantung.” Kemudian mereka berdua sama-sama ketawa terbahak-bahak. Selesai ketawa, Fahrin berkata, ”Mintalah hadiah yang murahmurah sedikit, ayah belum bertaraf hartawan lagi mahu berikan kamu sebuah ferrari.” Kepala Fatimah digosok-gosok seperti menggosok kepala kucing. Mujur Fatimah tidak mengeow seperti kucing selepas itu. ”Saya berlawak saja, ayah. Lagi pun, jalanraya di Malaysia ini banyak sangat bumper dan speed trap, tidak sesuai langsung. Kalau kita banyak duit nanti, lebih baik kita pergi haji dan buat amal jariah, kan ayah?” kata Fatimah sambil melipat telekung yang dipakai lalu diletakkannya ke atas riba. Fahrin mengangguk setuju lalu berkata, ”Esok kalau ayah buatkan kek keju blueberry kegemaran Fatimah, bagaimana? Lepas itu kita jemput beberapa jiran, Jiji dan Rima sekali?” ”Hmm..., kita buat kecil-kecilan sajalah, ayah. Kita jemput Jiji, Rima dan Profesor Anna, boleh? Selain daripada itu, saya akan bantu ayah masak nasi beriyani dengan kari udang galah.” Fatimah memberikan cadangan kepada ayahnya. Fahrin tersenyum sambil menelan air liurnya. Nasi beryani dan kari udang galah adalah masakan kegemarannya dan bekas isterinya. ”Ayah setuju! Tapi siapa Profesor Anna itu?” ”Profesor Anna yang kita jumpa semasa hari konvokesyen saya dua tahun lepas itu..., dia juga yang tolong rekomenkan saya untuk bekerja di M Publisher, cuba ayah ingat semula.” Fatimah membantu ayahnya untuk mengingati imej wajah Profesor Anna.
195
Mata Fahrin memandang siling sambil tangannya ditongkatkan ke dagunya. ”Ingat-ingat lupalah. Maklum saja, ayah ini selebriti, ramai jumpa orang,” kata Fahrin sambil tertawa. Fatimah juga ketawa sambil menolak manja bahu ayahnya, ”Hish! Menyampah!” Fatimah lantas bangun untuk keluar dari bilik solat itu. Sebelum beransur ke kamarnya, dia menoleh ke arah ayahnya yang masih lagi duduk bersila lalu berkata, ”Sebelum saya terlupa, mulai esok, ayah kena panggil Jiji dengan nama betulnya iaitu Fauzi, ya. Dia sudah berazam tidak mahu jadi lelaki lembut lagi.” ”Baguslah begitu. Ayah pun berkenan sangat kalau anak ayah berkahwin dengan dia,” jawab Fahrin menyakat Fatimah. ”Ke situ pula yang difikirkan,” jawab Fatimah sambil menjeling dan mengherotkan bibirnya lantas segera berlalu meninggalkan ayahnya berseorang. -----------------------------Setelah memberi ucapan ’Selamat Hari Jadi’ kepada Fatimah, Profesor Anna, Fauzi dan Rima dijemput menjamu selera. ”Wah! Lazat sungguh kek keju blueberry yang Pakcik buat ini, kalah kek dari kedai kek Resipi Rahsia itu,” puji Fauzi sambil menjilatjilat jarinya. ”Saya sokong kata-kata abang Fauzi itu,” sampuk Rima pula. ”Nanti jangan lupa makan nasi beryani dengan kari udang galah itu pula,” kata Fahrin sambil menunjuk ke arah hidangan yang sudah tersedia di atas meja makan. ”Hmm..., memang lazat nasi beryani dan kari udang galah ini! Rugi kalau tidak cuba. Saya suka makan yang berat dahulu baru makan
196
kek selepas itu,” jawab Profesor Anna pula yang baru sahaja selesai makan nasi beryani dengan kari udang galah. ”Masakan itu Fatimah yang tolong bantu saya masak pagi tadi,” jelas Fahrin. ”Hebat! Tidak sangka pula awak ada bakat dalam bidang masakan, ya Fatimah!” kata Fauzi. Fatimah mencekak pinggang ke arah Fauzi. ”Apa awak fikir saya hanya tahu makan sahaja, kah?” Kemudian dia meluruskan tangannya lalu tertawa. Fatimah kemudian membawa beberapa pinggan kotor ke dapur lalu berbisik kepada ayahnya yang sedang mengupas buah naga untuk dibawa ke ruang tamu. ”Ayah, nanti Profesor Anna mahu jumpa ayah. Dia ada perkara mahu cakap dengan ayah.” ”Perkara apa? Dia mahu mengurat ayah, kah?” soal Fahrin juga dalam nada berbisik. ”Gatalnya ayah saya ini,” jawab Fatimah sambil mencubit lembut bahu ayahnya. ”Aduh! Kamu ini mewarisi bakat mencubit ibu kamu pula!” Buah naga yang sudah dipotong itu lalu dibawa ke hadapan oleh Fatimah yang sedang membontoti ayahnya. Fahrin duduk di sofa berhadapan dengan Profesor Anna, Fauzi dan Rima. ”Mari kita makan buah naga pula,” pelawa Fahrin. Fauzi sudah tersandar kekenyangan. Rima pula segera bangun menuju ke meja makan untuk sambung makan. Fahrin meneguk air koktel buah-buahan lalu memandang wajah Profesor Anna. ”Kalau tidak keberatan, boleh saya tanya sedikit?” tanya Fahrin kepada Profesor Anna.
197
”Wajah awak ini seperti pernah saya lihat beberapa tahun dahulu tetapi saya kurang pasti di mana dan siapa,” sambung Fahrin lagi. Profesor Anna sudah mula tersenyum. ”Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bertanyakan soalan ini sejak kali terakhir kita bertemu di hari konvokesyen anak saya tetapi tidak pula dapat bertemu lagi selepas itu. Tetapi saya juga ingin berterima kasih kerana membantu anak saya untuk mendapatkan kerja di M Publisher Sdn. Bhd.” Fahrin meneruskan kata-katanya. Fatimah sudah menggaru-garu kepalanya. Dalam hatinya berdoa, janganlah pula ayahnya terpikat dengan bekas adik iparnya. Kemudian Profesor Anna bersuara, ”Saya akan sentiasa ingat pada Encik Fahrin, lelaki Melayu yang berjaya memikat hati kakak saya dua puluh lima tahun dahulu.” Mata Fahrin sudah terkebil-kebil. ”Siapa pula yang dimaksudkan oleh wanita ini agaknya?” Tiba-tiba banyak pula bahagian badannya yang terasa gatal-gatal. Fahrin tergaru-garu kebingungan. Nafas dihela, bibir diketap, kening berkerut. ”Hmm..., adakah puan ini adik kepada bekas isteri saya, Quatalina yang bernama Fab...,Fab...,” kata-kata Fahrin tergantung kerana agak sukar untuk dia mengingati nama wanita Perancis itu. Fauzi yang merupakan bekas pelajar Profesor Anna juga hanya tahu nama pensyarahnya itu sebagai Anna sahaja. Dengan rasa ghairah, Rima menyampuk, ”Fab serbuk pencuci!” Keempat-empat pasang mata dalam rumah Fahrin itu segera tertumpu kepada Rima. Rima yang tadi tersenyum ria tiba-tiba mengecut bagai seekor burung pipit kerana berasa bersalah. ”Baiklah,
198
baiklah, saya tidak akan menyampuk lagi. Saya mahu pergi duduk baikbaik dekat meja makan sana sambil sambung makan.” Setelah Rima berlalu pergi, Fahrin menyambung lagi tekaannya. ”Adakah awak adik kedua Quatalina yang bernama Fabienna itu? Adiknya yang agak garang itu?” ”Hish! Saya bukannya garang tetapi bersifat tegas dan ingin mempertahankan adik-beradik saya yang semuanya perempuan,” jawab Profesor Anna bagi memperbetulkan perkataan bekas abang iparnya itu. ”Jadi, betullah tekaan saya tadi? Awak memang Fabienna adik kepada Quatalina?” soal Fahrin lagi bagi mendapatkan kepastian. Tidak sabar-sabar dia mahu mendengar jawapan dari wanita di hadapannya itu. Fatimah dan Fauzi tidak berani menyampuk. Mereka berdua duduk di sofa sambil memasang telinga dan menemani Profesor Anna dan Fauzi yang juga sedang duduk berhadap-hadapan. ”Ya, betul! Abang Fahrin bolehlah panggil saya B sahaja selepas ini, ya?” jawab Profesor Anna. Fauzi dan Rima sudah bertepuk tangan mendengar berita gembira itu. Fatimah yang sudah tahu terlebih dahulu berita tersebut turut menyokong tepukan rakan-rakannya. Kemudian Fahrin membuat pengumuman, ”Syyy..., anak-anak sekalian, tolong diam, ya kalau mahu dengar cerita.” Pengumuman yang dibuat persis cikgu sekolah tadika itu telah menyebab tepukan mereka terhenti serta-merta. Profesor Anna tersenyum senget mendengar arahan Fahrin. Hatinya sedang menahan gelak sebenarnya.
199
Setelah keadaan kembali tenang, Fahrin meneruskan pertanyaannya. ”Soalan ini agak sensitif tetapi saya rasa saya perlu tanya juga.” ”Dipersilakan,” ”Selepas saya menerima telegram daripada Perancis yang menyatakan Quatalina sudah meninggal dunia setahun selepas kami dipaksa berpisah, saya berasa seperti ada sesuatu yang tidak benar tentang berita itu. Masih terasa lagi di hati ini yang bekas isteri saya itu masih hidup walaupun kami terpisah beribu-ribu batu,” kata Fahrin dengan penuh emosi. Air mata jantannya sudah mula bergenang. Fauzi yang duduk bersebelahan Fatimah sudah mula mengesatngesat kelopak matanya dengan hujung kemeja-T. Fatimah segera berbisik kepada Fauzi, ”Pstt..., lelaki sejati tidak mudah menangis, tahu!” ”Kacau saja awak ini. Mata saya masuk habuklah!” jawab Fauzi yang juga berbisik dengan kata-kata klise drama tv. Fatimah tergelak sambil menutup mulutnya. Dia tidak mahu mengganggu perbualan ayah dan ibu saudaranya. ”Baiklah, mari saya bawa anda semua ke 16 tahun yang lalu di Paris, Perancis” kata Profesor Anna yang kemudiannya meneguk air jus tembikai sebelum memulakan penceritaannya sambil membetulkan duduknya supaya lebih selesa untuk bercerita. -----------------------------”Minta maaf, ayah puan tidak dapat kami selamatkan. Tuhan lebih menyayanginya,” jelas Doktor Gabriel, Pakar Jantung di Hospital Paris kepada Quatalina yang mewakili keluarganya.
200
Fabienna dan Gabinia duduk di kerusi berdekatan menemani ibunya yang sedang kesedihan. Pakcik Fred sedang berdiri di samping Quatalina. ”Innalillahi wainnailaihirojiun,” ucap Quatalina perlahan. Mereka sekeluarga redha dengan pemergian ayahnya. Tuan Gabino memang sudah lama menghidap sakit jantung tetapi keadaannya bertambah teruk dengan tekanan yang diberikan oleh Farouk sejak kebelakangan ini. Semoga roh ayahnya berada di kalangan orang-orang yang beriman. Sebulan selepas kematian Tuan Gabino, Farouk menelefon Quatalina. ”Hello sayang, bila kita mahu kahwin?” soal Farouk di hujung talian. Mual tekak Quatalina mendengar kata-kata Farouk itu namun dia cuba mereka cipta alasan. ”Minta maaf, Farouk. Ayah saya baru sahaja meninggal dunia. Saya perlu belajar cara pengurusan syarikat G&D. Ibu saya perlukan sokongan saya di pejabat.” Fatimah memberi alasan dengan berhati-hati dalam nada yang tenang. Dia tidak mahu Farouk mencari alasan untuk bergaduh pula dengannya. Farouk perlu ditangani secara psikologi dan doa yang bertubi-tubi agar Allah dapat menyelamatkan Quatalina sekeluarga dari kezaliman Farouk. ”Tetapi, bukankah jika awak berkahwin dengan saya nanti, saya akan dapat membantu kerja-kerja di G&D dengan lebih lancar lagi? Syarikat keluarga awak juga boleh bergabung dengan syarikat keluarga saya. Awak pun tidak perlu susah-payah bekerja keras lagi. Saya akan gajikan pekerja-pekerja yang mahir untuk membantu G&D. Empayar G&D boleh membesar dengan cepat!” Farouk sudah mula
201
memujuk dengan janji-janji manis yang mungkin saja diterima jika dia tidak berhati-hati. ”Ya Allah, selamatkanlah aku daripada hasutan syaitan yang bertopengkan manusia ini,” pohon Quatalina di dalam hatinya kemudian menyambung lagi doanya. ”Ya Allah, berikanlah kepadaku ilham supaya aku boleh memberikan alasan yang logik supaya aku dapat melambatkan atau membatalkan sahaja hasrat orang ini untuk berkahwin denganku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memakbulkan doa-doa orang yang teraniaya. Amin.” Quatalina diam sambil berdoa di hujung talian. Farouk yang masih di gagang terus menegur Quatalina, ”Hello? Awak dengar atau tidak kata-kata saya tadi? Jangan lepaskan tawaran yang hanya datang sekali ini.” Farouk terus mengasakkan fikiran Quatalina dengan pelbagai tawaran. ”Hmm..., saya tahu, awak seorang yang murah hati dan tawaran awak ini tidak harus saya tolak,” jawab Quatalina yang sedang berhatihati menyusun ayat. ”Namun, saya mohon jasa baik awak untuk memberi saya tempoh supaya saya bantu keluarga saya ketika ini. Mereka perlukan sokongan saya selepas kematian arwah ayah saya tempohari,” sambung Quatalina lagi. ”Boleh..., untuk Quatalina yang tersayang, saya sanggup lakukan apa saja dengan syarat awak mahu berkahwin dengan saya,” jawab Farouk sambil tertawa megah. Dengan izin Allah, Quatalina mendapat ilham sejurus selepas Farouk mengucapkan perkataan ’sanggup lakukan apa saja’ sebentar tadi.
202
”Memandang awak sayangkan saya dan sanggup lakukan apa saja untuk saya, saya ada satu lagi permintaan,” kata Quatalina lagi. Dia berdoa banyak-banyak ketika itu supaya Farouk terima cadangannya nanti tanpa banyak soal. ”Cakaplah saja, saya Farouk Al-Habibi sanggup berkorban demi mendapatkan cinta Quatalina, hahaha!” jawab Farouk sambil tertawa angkuh. Quatalina menarik nafas dalam-dalam, membaca bismillah dan meneruskan kata-katanya kepada Farouk, ”Syarat utama untuk berkahwin dengan saya ialah..., awak perlu meninggalkan perangai lama awak yang suka berfoya-foya itu dan segera bertaubat.” Permintaan Quatalina itu tidak segera dijawab oleh Farouk. Mereka berdua terdiam seketika. Lima saat kemudian Farouk menjawab, ”Baiklah, saya yang menurut perintah!” Quatalina menarik nafas lega kerana Farouk tidak menengkingnya setelah mendengar permintaannya itu. Farouk pula selepas mereka menghentikan perbualan mereka, dia dengan rasa angkuh tergelak sendirian di dalam biliknya. ”Mana boleh aku berhenti daripada berfoya-foya? Itu hobi aku. Bertaubat? Tunggulah aku berumur 40 tahun nanti!” Benarlah kata cerdik pandai, manusia selalu menjadi terlalu jahat apabila mereka terlupa tentang kematian yang tidak menunggu kita sama ada pada usia muda ataupun sudah tua. -----------------------------Profesor Anna berhenti bercerita seketika kerana mahu menunai solat Asar. Begitu juga dengan tetamu-tetamu yang lain.
203
Selesai solat Asar, mereka semuanya berkumpul semula di ruang tamu. Fauzi membawa sepinggang nasi beryani bersamanya ke sofa sambil mendengar sambungan cerita Profesor Anna. Rima sudah duduk semula bersama mereka di sofa. Fatimah dan Fahrin sama-sama mengunyah buah naga. Cuma Profesor Anna sahaja yang tidak sudahsudah minum air jus tembikai bagi membasah tekak. ”Makcik B, betulkah Farouk itu benar-benar mahu bertaubat? Macam tidak percaya sahaja,” soal Fatimah kepada ibu saudaranya yang turut juga geram dengan perangai jahat Farouk itu. Sudah beberapa kali bantal empat segi yang dipeluknya menjadi mangsa tumbukan bertubi-tubi Fatimah untuk melepaskan geramnya. Profesor Anna menarik nafas lantas menyambung ceritanya lagi. ”Empat bulan selepas Farouk melafaskan ikrar mahu berubah dan bertaubat kepada Kak Q, dia terlibat dengan kemalangan jalanraya. Menurut kata kenalan Kak Q yang bekerja di hospital di mana Farouk dirawat, Farouk mabuk ketika kemalangan itu terjadi. Paras alkohol dalam badannya amat tinggi ketika itu.” ”Mengapa pula sudah tahu mabuk mahu memandu juga? Upah sajalah pemandu atau naik saja teksi,” Fauzi menyampuk dengan penuh emosional. ”Begitulah, orang-orang jahat ini..., mereka pasti terima balasan di atas kejahilan mereka itu sama ada di dunia atau pun di akhirat, cepat atau pun lambat,” sampuk Fahrin pula. Profesor Anna mengangguk. ”Betul! Sudahlah kemalangan akibat mabuk, Farouk juga disahkan HIV positif semasa doktor menguji darahnya kerana dia perlukan bantuan pertambahan darah selepas kemalangan itu.”
204
”Hmm..., sudah jatuh ditimpa tangga,” keluh Fatimah. ”Langsung? Bila pula dia mahu mati?” soal Rima pula yang terlebih emosional daripada orang lain. ”Hish! Kamu ini!” Fauzi memarahi adiknya. Rima terdiam sambil menekup mulutnya. Profesor Anna melurus-luruskan pinggangnya yang sudah lama duduk lalu dia menyambung ceritanya lagi. ”Doktor memberitahu Farouk bahawa dia ada lagi setahun masa untuk hidup. Mulanya dia tidak dapat menerima kenyataan juga tetapi selepas abang-abang Farouk tidak putus asa membawa beberapa pakar agama untuk membimbing adik mereka ke jalan yang benar maka akhirnya Farouk bertaubat. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat memohon maaf kepada semua orang yang pernah dizaliminya termasuklah kepada keluarga kami terutama sekali kepada Kak Q.” Profesor Anna mengakhiri ceritanya dengan ucapan syukur kehadrat Ilahi. Tetamu-tetamu yang mendengar juga turut meraup muka masing-masing sambil memanjatkan kesyukuran dengan segala yang berlaku. ”Begitulah, segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kesilapan kita sendiri. Syukur juga kerana Farouk sempat bertaubat,” kata Fahrin. ”Ayah tidak marah pada Farouk?” soal Fatimah. ”Perasaan marah mesti ada tetapi balasan Allah lagi Maha Adil, bukan?” jawab Fahrin. Mereka semua mengangguk setuju dengan kata-kata Fahrin. ------------------------------
205
Profesor Anna sudah bersiap-sedia untuk pulang sebelum masuk waktu maghrib tetapi Fatimah memujuknya, ”Makcik B pulang sahaja selepas solat isyak, boleh kita makan malam bersama-sama pula.” Profesor Anna menepuk-nepuk perutnya seraya berkata, ”Perut Makcik B sudah penuh sangat ini. Khuatir pula merekah lalu meletup pula.” Fatimah tertawa lalu menjawab, ”Hish! Tinggi sungguh imajinasi Makcik B. Belum pernah lagi saya dengar manusia meletup disebabkan makanan. Kalau disebabkan bom, logik juga.” Profesor Anna terfikir-fikir untuk membuat keputusan. Fahrin sudah masuk ke dapur untuk menyediakan makanan malam dibantu oleh Fauzi dan Rima. ”Baiklah, Makcik B juga memang sudah lama rindukan masakan-masakan ayah kamu. Rasa tidak puas pula menjamah nasi beriyani tadi.” ”Hmm..., baguslah kerana ayah ada kata dia mahu memasak hidangan Perancis malam ini sebagai tanda penghargaan buat Makcik B. Lagi pun tadi Makcik B makan sedikit sangat. Banyak masa yang dihabiskan untuk bercerita sahaja,” jawab Fatimah lagi. Profesor Anna terus berpusing ke dalam untuk menuju ke dapur tetapi ditahan oleh Fatimah. ”Makcik B mahu ke mana pula?” Profesor Anna membalas soalan Fatimah dengan menudingkan jarinya ke arah dapur. ”Tetamu istimewa tidak perlu tolong kerja di dapur. Fauzi dan Rima memang sudah selalu bertandang ke rumah kami,” kata Fatimah sambil menarik lengan Profesor Anna untuk duduk di sofa bersamanya.
206
”Makcik B duduk di sini,” kata Fatimah lagi sambil menepuknepuk sofa itu. ”Ceritakanlah lagi tentang ibu saya. Saya rindu sangat pada dia,” rayu Fatimah kepada ibu saudaranya itu. ”Cerita, ya? Hmm..., kamu mahu tahu apa tentang ibu kamu?” soal Profesor Anna. Fatimah terdiam sambil merenung siling rumahnya. Tiba-tiba Fatimah teringat sesuatu. ”Hah! Hampir saja saya terlupa tentang sampul surat pemberian ibu itu.” Fatimah segera melompat dari sofa dan berlari-lari anak ke kamarnya untuk mencari sampul surat itu. Lima saat kemudian dia menuju semula ke ruang tamu dengan sampul surat yang digoyang-goyangkan ke kiri kanan. Fatimah tersengeh comel dari jauh persis beruang panda ke arah Profesor Anna tetapi sebelum kembali duduk di sofa, dia singgah dahulu di dapur untuk mengajak ayahnya, Fauzi dan Rima bersama-sama duduk di sofa sebentar untuk mendengar apa yang ibunya tulis di dalam sampul surat itu. Sampul surat pemberian Quatalina dikoyak dengan berhati-hati. Ada sepucuk surat di dalamnya. Dek kerana terlalu leka membuka lipatan surat itu sehingga Fatimah tersentil lidahnya tanpa disedari. Fahrin hanya tergeleng-geleng kepala melihat telatah anak daranya yang baru saja mencecah umur 23 tahun pagi itu. Tiba-tiba Fatimah menjerit, ”Hah! Sudahlah ada sepucuk surat, dalamnya pula ada lagi dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris!” Fatimah menggoyangkan bahu ayahnya lalu mencubit lengan Fauzi.
207
Fauzi segera menjerit kesakitan sambil mengosok-gosok kesan cubitan itu, ”Aduh! Mengapa awak cubit saya pula? Nasib baik saya dalam tempoh menjadi lelaki sejati, kalau tidak sudah lama saya balas semula cubitan itu!” Fatimah berasa serba-salah lalu meminta maaf kepada Fauzi dengan gaya seorang hulubalang istana memohon ampun kepada sultannya, ”Ampun Fauzi. Sebenarnya saya mahu memastikan sama ada saya ini sedang bermimpi atau pun kejadian sebenar. Kalau saya cubit lengan saya yang banyak lemak ini, tentu saja cubitan itu tidak berasa.” ”Beta ampunkan awak, tetapi jangan buat macam itu lagi lain kali,” jawab Fauzi seperti gaya seorang raja. Fahrin, Profesor Anna dan Rima tumpang terhibur dengan lawak purba mereka. Surat kiriman Quatalina kepada Fatimah dibaca dengan pantas kemudian Fatimah hanya memberitahu rumusan suratnya itu kepada mereka yang lain. ”Ibu ucapkan selamat hari lahir yang ke-23 kepada saya. Dia kirim salam kepada ayah dan Makcik B. Lepas itu, dia kata, dua tiket ini adalah hadiah hari jadi saya. Dia minta sama ada ayah atau Makcik B temankan saya ke Paris untuk berjumpa dengan ibu nanti. Ibu minta kita berada selama seminggu di Paris,” jelas Fatimah yang tidak henti-henti mempamerkan senyuman. ”Syukur alhamdulillah,” jawab Fahrin sambil meraup mukanya sebagai tanda kesyukuran. ”Selepas solat isyak nanti, kita sama-sama buat sujud syukur, ya?” sambung Fahrin lagi kemudian dia bangun dari sofa untuk mengambil telefon bimbitnya.
208
Fahrin menekan-nekan sesuatu pada paparan telefon bimbitnya lalu memandang ke arah Fatimah, ”Kalau dilihatkan pada senarai jadual ayah, nampaknya ayah tiada kelapangan selama seminggu berturut-turut untuk kamu. Yang ada kosong pun hanya dua tiga hari sahaja.” Wajahnya kelihatan sedih mengucapkan kata-kata itu namun dia perlu ingat juga yang ketika ini, dirinya dan Quatalina bukan lagi bergelar suami isteri. ”Macam mana dengan jadual Makcik B pula?” Fatimah sudah membuat muka sedih memandang wajah ibu saudaranya. “Insya-Allah boleh kerana kebetulan tarikh tiket itu jatuh pada tarikh cuti semester universiti,” jawab Profesor Anna. Fatimah lantas memeluk erat ibu saudaranya yang hampir hilang di dalam pelukannya.
Bab 16
Permohonan Fatimah untuk bercuti selama lima hari sudah pun mendapat kelulusan daripada ketua jabatannya iaitu Puan Melati. Fatimah duduk di ruang kubikelnya sambil merenung pada kalendar di meja. ”Hmm..., hari ini sudah hari jumaat. Kalau dicampurkan dua kali hari sabtu dan ahad, aku ada sembilan hari cuti semuanya. Sempat lagi untuk berkemas apa-apa yang patut bagi persediaan bercuti selama lima hari di Paris,” ngomel Fatimah seorang diri.
209
Waktu rehat yang panjang di hari jumaat itu dihabiskan dengan duduk di dalam kubikelnya sahaja. Banyak perkara yang perlu diselesaikan di pejabat sebelum dia berangkat ke Paris. Sambil menaip, Fatimah melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Paris. ”Syukur pada bulan Jun musim panas, tidak perlu bawa banyak baju. Tidak sabar rasanya mahu sampai sana, boleh ambil macam-macam gambar yang menarik,” kata Fatimah lagi sambil berangan-angan. Dia dan Profesor Anna dijangka bertolak pada pagi ahad. Tiba-tiba satu panggilan masuk ke telefon bimbit Fatimah. Ianya datang daripada Profesor Anna. ”Assalamualaikum Fatimah, ada berita kurang sedap untuk didengar,” kata Profesor Anna berintonasi sedih. Jantung Fatimah berdegup kencang seperti mahu terkeluar daripada mulutnya. Dia mengurut-urut dadanya sambil beristighfar. ”Wa’alaikumsalam, apa yang kurang sedap tu Makcik B?” tanya Fatimah dengan nada cemas. ”Fatimah, penerbangan kita ke Paris dibatalkan!” jawab Profesor Anna. Perasaan gembiranya yang tadinya berada setinggi Gunung Everest, kini sudah jatuh serendah Jurang Mariana. Lidah Fatimah kelu seperti baru saja diberi suntikan bius. Bibirnya bergerak-gerak tetapi tiada suara yang keluar. Habislah harapannya untuk berjumpa dengan ibunya hancur. ”Ini mesti kerana ibu malu badan aku gemuk dan aku tidak secantiknya,” kata hati Fatimah. Profesor Anna sudah kaget di hujung talian. Khuatir juga jikalau anak saudaranya sudah jatuh pengsan. Profesor Anna menjerit di corong telefon, ”Fatimah! Fatimah! Kamu okey? Kamu pengsan, kah?”
210
Lamunan Fatimah terhenti lalu menjawab lemah, ”Tidak Makcik B, saya sedang duduk di kerusi, belum terpengsan lagi.” ”Syukur alhamdulillah,” jawab Profesor Anna sambil mengurut dada. ”Kamu kena sihat, jaga kesihatan baik-baik kerana perjalanan ke kota London nanti mengambil masa selama 13 jam. Bekalkan bersama apa-apa ubat yang patut,” sambung Profesor Anna lagi. Fatimah terkejut kucing. ”London? Apa saya ini tersalah dengar, kah?” soal Fatimah lagi sambil tergaru-garu kepala. Senget-senget sudah kain tudung yang dipakainya. ”Betul..., Makcik B baru saja menceritakan bahagian yang sedih tadi tetapi ada pengganti bagi cerita sedih itu. Ibu kamu terpaksa tukarkan tiket penerbangan itu menuju ke London dahulu kerana dia ada mesyuarat dengan pelanggan syarikatnya di sana. Kemudian, dari London kita akan menuju ke kota Paris dengan menaiki keretapi pula,” jelas Profesor Anna yang kini berintonasi ceria. Fatimah menarik nafas lega lalu menjawab, ”Makcik B ini buat saya lemah jantung saja. Langsung kita akan bertolak jam berapa pula ke London?” ”Pukul sebelas malam esok,” jawab Profesor Anna. ”Apa? Pukul sebelas malam esok?” Hampir terjatuh Fatimah dari kerusinya. ”Aku belum lagi kemaskan betul-betul beg aku,” bisik hati Fatimah. -----------------------------Tiga belas jam dalam pesawat adalah satu jangka masa yang amat lama buat Fatimah. Puas dia tidur dan bangun semula tetapi
211
belum lagi sampai ke destinasi. Mujur juga ayahnya ada membekalkan kitab Al-Ma’thurat untuk dibacanya dalam pesawat. Profesor Anna juga sempat menghabiskan buku novelnya di dalam perjalanan ke London. Angin pagi ahad di kota London menghembus wajah Fatimah sejurus kakinya melangkah keluar dari lapangan terbang antarabangsa London Heathrow bersama ibu saudaranya. ”Makcik B sudah maklumkan pada ibu kamu yang kita sudah berada di luar pintu balai ketibaan,” kata Profesor Anna yang mana wajahnya juga kelihatan letih dengan perjalanan yang lama itu. Mereka sempat singgah di tandas untuk membersihkan diri sebelum menuju ke balai tuntutan bagasi. Sambil menunggu ibunya sampai di luar pintu balai ketibaan, Fatimah merenung pada jam di pergelangan tangannya. ”Kalau di Malaysia waktu begini sudah jam 12.37 tengahari. Tapi waktu di London baru sahaja jam 5.37 pagi,” ngomel Fatimah seorang diri di samping ibu saudaranya. Solat subuh mereka lakukan di dalam pesawat pada jam 2.38 pagi tadi. Sepuluh minit menunggu, sebuah kereta limosin mewah menjalar berhenti di hadapan Fatimah dan Profesor Anna. Seorang wanita berkaca mata hitam serta lengkap berbusana Muslimah keluar dari perut kenderaan itu. Sebuah senyuman mesra terpamer di wajah keibuannya lantas kaca mata hitamnya dibuka lalu dia bersuara menegur mereka berdua, ”Assalamualaikum, Fabienna!” Wanita bermata hijau itu menghulurkan tangannya ke arah Fabienna.
212
Tangan wanita itu disambut oleh Fabienna alias Profesor Anna. ”Wa’alaikumsalam Kak Q! Sudah lama kita tidak berjumpa! Ibu dan Gabinia apa khabar?” ”Syukur alhamdulillah, kami semua sihat walafiat,’ jawab Quatalina sambil merangkul tubuh adiknya. Fatimah yang berdiri di belakang Profesor Anna merenung sahaja wajah ibunya dengan perasaan yang berdebar-debar. Wajah ibunya tidak banyak berubah, sama seperti wajahnya pada kali terakhir mereka berpisah sewaktu dirinya berusia enam tahun dahulu. Cuma di sekeliling mata ibunya kelihatan sudah sedikit kendur dek kerana usianya yang semakin meningkat. Selepas kedua beradik itu berpelukan erat, Quatalina merenung pula ke arah Fatimah dari atas ke bawah lantas tangannya didepang sambil melangkah mendapatkan Fatimah. ”Anakku Fatimah!” Quatalina memeluk anaknya dengan erat walaupun tangannya tidak berapa sampai untuk memeluk tubuh Fatimah sepenuhnya. Drama ’Jejak Kasih’ itu berlangsung selama sepuluh minit sebelum mereka bertiga masuk ke dalam kereta mewah yang membawa Quatalina tadi. Fabienna melihat di dalam kereta limosin mewah itu lalu bertanya, ”Kereta baru, Kak Q?” ”Seorang rakan perniagaan dari sini berbesar hati untuk membenarkan pemandunya membantu kita. Syukur alhamdulillah! Kak Q lebih suka datang ke London dengan menaiki tren Eurostar sahaja.” jawab Quatalina yang masih lagi tidak jemu memandang wajah Fatimah yang amat dirinduinya.
213
Renungan itu membuatkan Fatimah sedikit serba-salah dan dia juga berasa seperti ibunya sedang memerhatikan saiz badannya. ”Ibu amat gembira akhirnya doa ibu untuk bertemu dengan anak ibu termakbul jua akhirnya,” kata Quatalina kepada Fatimah. Fatimah menarik nafas lega kerana ibunya tidak langsung mempertikaikan tentang saiz badannya. ”Kita mahu ke mana selepas ini, Kak Q?” soal Fabienna. ”Memandangkan waktu masih awal lagi, apa kata kita pergi sarapan dahulu, kemudian kita balik ke hotel. Sementara B dan Fatimah berehat di hotel nanti, Kak Q perlu hadiri satu lagi mesyuarat dengan pelanggan. Harap-harap mesyuarat itu tidak mengambil masa yang lama kerana selepas itu Kak Q bercadang mahu bawa kamu berdua pusing-pusing di kota London,” jelas Quatalina panjang lebar. ”Wah! Seronoknya,” kata hati Fatimah. ”Fatimah, mengapa dari tadi kamu asyik diam saja? Kamu tidak sukakah berjumpa dengan ibu kamu?” soal Fabienna yang kehairanan melihat anak saudaranya itu hanya berdiam seribu bahasa sejak mula pertemuan mereka. ”Tiada apa-apa, Makcik B, ibu. Saya sebenarnya berasa amat gembira dan teruja sehingga tidak tahu bagaimana mahu meluahkannya. Rasa malu juga ada kerana saya seorang saja yang gemuk di sini,” jawab Fatimah tersipu-sipu malu. Quatalina tergelak kecil lalu memeluk bahu anak tunggalnya. ”Usah difikirkan tentang saiz badan kamu. Ibu ada ramai kawan yang boleh membantu nanti,” jawab Quatalina.
214
Ketika itu Fatimah sudah terfikir-fikir di mindanya, adakah ibunya mahu membawanya berjumpa dengan doktor pembedahan plastik pula nanti? Risaunya dia. Selesai menikmati sarapan pagi, mereka dibawa ke Royal Kesington Garden, antara hotel yang agak mewah dan popular di kota London dengan harga sewanya RM2,000 bagi penginapan satu malam. Sebelum Quatalina meninggalkan Fatimah dan Fabienna berehat di bilik hotel itu, Fabienna sempat bertanya kepada kakaknya, ”Bila kita akan bergerak pulang ke Paris? Rindu pula saya pada adik dan ibu di sana.” ”Apa kata kalau kita pulang ke Paris pada hari selasa nanti? Ada banyak pemandangan yang menarik untuk Fatimah rakamkan di sini selain daripada tempat membeli-belah yang menarik. Kalau kita bertolak esok, khuatir pula ada tempat yang kita tidak sempat lawati. Jangan risau, tren Eurostar dari London ke Paris beroperasi sebelas kali sehari,” jawab Quatalina. ”Baiklah, menarik juga cadangan Kak Q itu,” kata Fabienna. Fatimah hanya tersenyum dan mengangguk setuju. Mujur juga di zaman serba digital ini, dia tidak perlu lagi membawa bergulung-gulung filem untuk merakam gambar. Apa yang penting, pengecaj bateri, bateri yang sudah dicaj, tripod dan juga beberapa lensa yang sesuai. Sambil melambai-lambai ke arah Fatimah dan Fabienna, Quatalina berlalu pergi untuk menghadiri mesyuarat. ”Kamu berdua berehatlah puas-puas.” ------------------------------
215
Quatalina sedang bersiap sedia untuk membawa Fatimah dan Fabienna bersiar-siar di kota London. Dia yang juga bertindak sebagai jurupandu arah turut memberitahu beberapa informasi kepada adik dan anak tunggalnya sebelum mereka memulakan perjalanan mereka. ”Di sini kita tidak perlu risau tentang masalah pengangkutan kerana terdapat banyak kemudahan asas seperti teksi dan bas boleh didapati dengan mudah,” kata Quatalina kepada Fatimah dan Fabienna yang sedang sibuk bersiap sedia untuk pergi bersiar-siar. ”Malah gedung membeli-belah seperti Harrods yang terletak di Knight Bridge juga amat mudah dikunjungi kerana ia terletak bersebelahan dengan stesen keretapi bawah tanah yang juga merupakan salah satu pengangkutan terpenting di sini,” jelas Quatalina lagi. Fatimah yang bersiap sedia dengan beg kameranya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merakamkan panorama di sekitar kota London. ”Ayuh kita bergerak sekarang!” kata Quatalina lagi setelah dia melihat Fabienna sudah siap untuk bergerak. ”Kak Q, nanti jangan lupa bawa kami ke butik Gucci, Prada, Louis Vuitton, Christian Dior dan Fendi, ya?” kata Fabienna. ”Amboi! Bukan main lagi kamu, B? Kalau kita tidak sempat ke sana, di Paris nanti ada juga, bukan?” jawab Quatalina sambil tersenyum. Dia sengaja mengusik adiknya yang juga pensyarah dalam bidang rekaan fesyen itu. ”Bukan begitu, Kak Q. Saya sengaja mahu mencari ilham dan melihat trend terkini di kota London. Mungkin terdapat sedikit kelainan dari segi presentasi rekaan di sini berbanding dengan di Paris
216
nanti,” kata Fabienna dengan penerangan gaya seorang pensyarah itu. ”Baiklah. Kamu pula Fatimah, kamu mahu ibu bawa kamu ke mana pula?” soal Quatalina kepada anaknya. ”Hmm..., kalau sempat, saya mahu pergi ke tempat-tempat seperti Trafagar Square, Buchingham Palace, London Eye dan Portobello. Saya juga teringin sangat mahu melihat lokasi yang terdapat di dalam permainan Monopoli seperti Oxford Street dan lainlain lagi,” jawab Fatimah yang sedang melihat pada senarai di dalam buku catatannya yang sudah siap ditulis sejak dari Malaysia lagi. ”Kamu sudah semak bateri kamera itu? Nanti kempunan pula kalau sedang ambil-ambil gambar, bateri pula habis,” pesan Quatalina kepada Fatimah sebelum mereka keluar meninggalkan bilik penginapan mereka. ”Saya ada bawa satu lagi bateri tambahan,” jawab Fatimah lagi. -----------------------------Setelah berada di kota London selama satu setengah hari, kini tiba masanya untuk mereka bertiga bertolak ke Paris pula. Mereka bertiga dibawa ke stesen tren Eurostar London iaitu di St. Puncras oleh pemandu kereta limosin mewah yang mula-mula menjemput Fatimah dan Fabienna di lapangan terbang ahad lalu. Quatalina menghulurkan tiket tren kepada Fatimah dan Fabienna sebelum mereka menaiki tren itu. Tren yang amat selesa ini akan mengambil masa selama 2 jam 25 minit untuk sampai ke Paris. Semasa di dalam perjalanan ke Paris, Quatalina berbual serbasedikit tentang tren itu dengan Fatimah. ”Tren Eurostar ini merupakan satu pengangkutan yang menghubungkan London dengan Paris,
217
Perancis dan Brussel, Belgium menerusi English Tunnel yang melalui Channel Tunnel yang juga terletak di antara Britain dan Perancis,” terang Quatalina persis seorang pakar sejarah. ”Ooo...,” kata Fatimah sambil mulutnya ternganga luas. Dia kagum dengan tahap pengetahuan am ibunya. ”Tren ini bergerak dengan kelajuan 300 kilometer sejam,” sambung Quatalina lagi. ”Wah! Sungguh hebat! Patutlah ia mampu menyediakan sebanyak sebelas trip sehari!” jawab Fatimah lagi. Sambil menanti ketibaan mereka di Stesen Gane du Nord Paris, jari Fatimah tidak henti-henti mementik picu kameranya. Di samping itu, banyak juga mereka berdua bertukar-tukar cerita tentang perkara yang berlaku sepanjang tempoh lebih kurang 17 tahun mereka terpisah. Dalam pada itu juga, Fatimah baru sahaja mendapat tahu yang dia adalah cucu sulung kepada pasangan pereka fesyen bagi jenama terkenal G&D iaitu arwah Tuan Gabino Abdullah dan Puan Daarina Jaafar. -----------------------------Mata Fatimah leka melihat koleksi-koleksi lukisan yang di tempatkan dalam sebuah muzium seni lukis yang terbesar di Eropah iaitu Muzium Louvre di Paris. Hari ini merupakan hari kedua Fatimah berada di kota Paris setelah seharian pada hari ketibaannya di Paris, dia meluangkan masa untuk berbual-bual mesra bersama dengan neneknya, Puan Daarina, ibu saudaranya, Gabinia dan membuat lawatan ke syarikat keluarga ibunya, G&D.
218
Quatalina mendekati anaknya seraya bertanya, ”Kalau kamu mahu tahu, di muzium ini juga ada tersimpan karya-karya pelukis yang terkenal dengan lukisan potret Monalisa iaitu Leonardo da Vinci dan juga Slave hasil karya Michelangelo.” Fatimah menutup mulutnya yang terbuka luas sambil menuruti sahaja ibunya yang sedang menarik tangannya untuk kebahagian yang menempatkan karya-karya itu. Hari ini hanya Fatimah dan Quatalina berdua sahaja yang pergi bersiar-siar. Fabienna sengaja tidak turut serta kerana mahu memberi peluang kepada dua beranak itu untuk mengeratkan hubungan mereka yang sudah lama ’terpaksa’ putus. Sambil memandang wajah Fatimah, Quatalina berkata, ”Setakat ini Fatimah sukakah dengan tempat-tempat yang ibu bawa kamu bersiar-siar?” Quatalina risau juga jika hanya dia seorang sahaja yang terasa seronok dengan layanan yang diberikan olehnya tanpa bertanyakan respon dari anaknya itu kerana walaupun mereka dari darah daging yang sama tetapi jarak dan masa yang memisahkan menyebabkan mereka memang terasa seperti baru sahaja berkenalan. Fatimah menjawab dengan wajah yang sangat berpuas hati lalu memeluk ibunya. ”Inilah percutian yang akan saya ingati sepanjang hayat saya lebih-lebih lagi apabila ia ditemani oleh wanita yang amat saya rindui dan sayangi iaitu ibu saya yang tercinta. Terima kasih ibu.” Pipi Quatalina lantas dikucup kiri kanan.”Hmm..., wanginya ibu saya. Macam bau haruman dari syurga,” Fatimah memuji-muji ibunya. Quatalina menitiskan airmata kegembiraan. ”Anak ibu sudah laparkah?” tanya Quatalina kepada Fatimah.
219
Fatimah memegang perutnya lalu menjawab, ”Belum lagi, ibu. Pagi tadi saya sudah makan sarapan dengan banyak sekali. Mujur perut saya tidak meletup! Hihihi!” Fatimah tersenyum comel. ”Apa kata kalau selepas ini kita pergi..., Menara Eiffel pula!” Fatimah melompat-lompat kegembiraan sambil bertepuk tangan. ”Seronoknya! Mesti ayah cemburu bila melihat gambar-gambar yang saya rakam ini nanti. Lebih-lebih lagi apabila melihat saya dan ibu berada di destinasi romantis..., Menara Eiffel,” kata Fatimah dengan gaya yang penuh dramatik. Tanpa disedari, kata-katanya itu telah membuat Quatalina senyap seketika namun Fatimah yang tersedar yang dia sudah tersasul segera memeluk dan meminta maaf kepada ibunya. ”Maaf ibu. Saya tidak bermaksud untuk membuat ibu sedih tetapi saya juga berdoa agar ayah dan ibu dapat bersatu semula suatu hari nanti.” ”Ibu juga berdoa begitu tapi manalah tahu jikalau ayah kamu sudah ada penggantinya,” jawab Quatalina bernada sedih. ”Ibu jangan risau. Insya-Allah, hanya ibu sahaja wanita yang pertama dan terakhir yang berada dalam hatinya.” Kata-kata yang diucapkan oleh Fatimah itu di’amin’kan segera oleh Quatalina dengan harapan agar ia juga dimakbulkan Tuhan. -----------------------------Fatimah merakamkan gambar Menara Eiffel dari beberapa sudut pandangan yang berbeza. Dia juga menggunakan tripod untuk merakamkan aksi mereka berdua di hadapan objek tersebut. Setelah gambar itu terakam, Fatimah melihat hasilnya melalui LCD kamera lantas berkata, ”Rasanya tidak puas kalau tidak dapat ambil gambar menara ini di waktu malam pula.”
220
”Boleh saja, apa kata kita datang ke sini lagi sekali pada malam esok pula. Kita bawa semua keluarga kita ramai-ramai ke sini bersama!” Quatalina memberi cadangan. Fatimah menunjukkan two thumbs up ke arah ibunya langsung berkata, “Hmm…, sukanya saya! Kalau begitu, ayuh kita beratur sekarang untuk mengambil giliran menaiki menara ini.” “Mari!” jawab Quatalina yang jalan berpimpinan tangan dengan Fatimah sambil menghayun riang tangan mereka. Menara yang berketinggian 324 meter iaitu bersamaan dengan bangunan yang setinggi 81 tingkat itu telah dibina pada tahun 1889. Namun ia hampir dirobohkan pada tahun 1909 tetapi terselamat dan sekarang ia dijadikan sebagai pusat pemancar di Paris. Fatimah menggigil kesejukan sesampainya mereka di tingkat tiga Menara Eiffel. ”Brrr..., boleh tahan juga sejuk di atas ini. Angin di sekitar menara ini bertiup agak kencang!” kata Fatimah kepada ibunya sambil menggosok-gosok kedua telapak tangannya. Menara Eiffel hanya boleh dinaiki dengan elevator sehingga di tingkat tiga sahaja. Fatimah menjengah panorama di sekitar menara itu sambil berkata, ”Wah! Indah sungguh taman-taman di sana!.” Tangan Fatimah diacukan ke arah kiri mereka kemudian dia memetik picu kameranya beberapa kali. Quatalina turut menoleh ke kirinya sambil menjawab, ”Oh, itu adalah Taman Champs de Mars. Ada banyak lagi taman-taman yang cantik seperti di Luxembourg dan Tuileries yang boleh kita lawati nanti tapi perut ibu pun sudah lapar sekarang ini. Apa kata kita pergi makan dahulu!” Quatalina berkata sambil menepuk-nepuk perutnya.
221
”Idea yang sangat menarik!” jawab Fatimah yang juga sudah dihimpit perasaan lapar. Mereka berdua lantas menuju ke stesen tren Metro Line di Bir Hakiem yang terletak tidak jauh daripada Menara Eiffel. Perjalanan mereka berdua kali ini juga banyak menggunakan pengangkutan awam sahaja. Pada masa yang sama, Fatimah berasa amat seronok kerana dia berasa seperti dia berada di dalam lawatan sambil bermarathon pula walaupun dia sering ketinggalan di belakang ibunya apabila Quatalina bergerak dengan pantas. -----------------------------Fatimah terjaga dari lenanya selepas dia terasa bahunya dicuitcuit orang. ”Fatimah, bangun Fatimah. Kita sudah sampai di destinasi yang ingin kita tuju,” ujar Quatalina yang bersuara lembut mengejut anaknya, Fatimah terpisat-pisat bangun. Matanya berkerut-kerut sambil mindanya berfikir, ”Dekat mana aku sekarang?” Kelihatan di hadapannya ada ramai orang yang sedang berdiri sambil memegang hand rail. ”Oh! Baru aku teringat, aku di Paris rupanya.” Mata Fatimah langsung mengerling ke arah ibunya dan bibirnya terus mempamerkan sekuntum senyuman yang manis khas buat beliau. Fatimah segera meluruskan pinggang dan bersedia untuk bangun. Ibunya lantas bertanya, ”Kasihan anak ibu penat berjalan kaki hari ini sampai tertidur-tidur di dalam tren.” ”Tidak mengapa ibu. Bagus juga kalau sesekali saya dapat berjalan kaki seperti pada hari ini. Ia saya anggap sebagai senaman
222
yang boleh membakar lemak-lemak ini,” jawab Fatimah sambil menunjukkan bahagian-bahagian lemaknya yang tebal kepada ibunya walaupun pada ketika itu otot-otot badannya sudah terasa keletihan pada tahap kritikal setelah empat hari berturut-turut dipenuhi dengan aktiviti yang memerlukan agar dia banyak berjalan kaki. Di hatinya berdoa, ”Ya Allah kuatkanlah badanku ini agar aku dapat bersiar-siar bersama ibuku supaya dia berasa gembira dengan kehadiranku ini. Amin.” Satu pengumuman dalam bahasa Perancis kedengaran di dalam tren, ”Station suivante, La Chapelle!” Pengumuman itu di ulang sebanyak dua kali dan kelihatan beberapa penumpang yang lain sudah mula menunggu di pintu tren tersebut. Quatalina berbisik menterjemahkan bahasa Perancis itu kepada Fatimah, ”Maksud pengumuman tadi, stesen seterusnya ialah La Chapelle.” Fatimah terangguk-angguk mendengar terjemahan itu. Quatalina kemudian memimpin tangan Fatimah merapati pintu tren itu supaya mudah bagi mereka melolosinya sebentar lagi. Tren berhenti dan mereka berdua serta para penumpang yang ingin ke destinasi yang sama juga turut keluar bersama mereka. Selepas mereka melepasi pintu pengimbas tiket, Fatimah terlihat ada sebuah lagi stesen di hadapannya lalu dia bertanya kepada ibunya, ”Ibu, di depan sana seperti Stesen Gare du Nord, stesen yang kita sampai dari London tempohari, bukan?” Jarinya menuding ke hadapan ketika bertanya. Quatalina membulatkan matanya lantas menjawab, ”Betul, ia juga stesen utama bagi menghubungkan tren Metro yang kita baru saja kita turun tadi dengan RER atau keretapi ekspress bawah tanah.
223
Di sini insya-Allah para pelancong tidak mudah sesat kerana setiap stesen ada mempamerkan peta di papan kenyataan dan juga memberikan senaskah percuma peta jaringan tren Metro jika diperlukan oleh para pelancong.” Tidak lama selepas berjalan Fatimah dan Quatalina tiba di 10th Arrondissement. Quatalina membawa Fatimah masuk ke dalam sebuah restoran yang bertanda HALAL dan dua saat selepas mereka melabuhkan punggung di atas kerusi restoran itu, seorang pelayan berketurunan India menghampiri mereka. Quatalina membuat pesanan, ”Te...,” diikuti dengan isyarat dua jari ke atas dan, ”roti.” juga dengan isyarat dua jari yang sama. Pelayan itu mengangguk faham lantas berlalu pergi. Sambil menunggu pesanan yang dibuat oleh Quatalina sampai, Fatimah bertanya kepada ibunya, ”Ibu pesan makanan apa tadi?” ”Kita tunggu dan lihat. Kamu pasti akan terkejut nanti.” Quatalina menunjukkan isyarat tunggu persis seorang polis trafik pada Fatimah. Dua minit kemudian pelayan itu datang dengan sebuah dulang yang berisi dua gelas teh tarik, dua pinggan roti canai kosong serta sambal tumis bawang sebagai pencicah. Tiada kuah kari atau dhal disediakan. Mata Fatimah membulat dan mulutnya ternganga sedikit. ”Wah! Di Paris juga ada roti canai dan teh tarik! Ibu macam tahu-tahu pula yang saya sudah rindukan makanan dari Malaysia,” kata Fatimah dengan ria sambil beberapa kali menelan-nelan air liurnya. ”Ibu juga sudah lama mahu makan di sini tetapi tiada peneman. Apa yang ditunggu lagi..., marilah kita makan.” Fatimah dan Quatalina
224
membaca doa makan dahulu sebelum menyuapkan roti canai tersebut ke mulut masing-masing. Selesai menikmati hidangan roti canai dan teh tarik, Quatalina memberitahu Fatimah lagi, ”Di sini, makanan inilah yang termurah.” ”Berapa harga bagi satu roti canai dan teh tarik ini?” tanya Fatimah sambil mengesat mulutnya dengan kertas tisu. ”Masing-masing berharga satu Euro iaitu lebih kurang lima Ringgit Malaysia sahaja,” jawab Quatalina. Fatimah tertawa mendengar jawapan itu. ”Tidaklah murah sangat ibu jika dibandingkan dengan roti canai dan teh tarik dari Malaysia tetapi sudah cukup untuk menghilangkan rasa rindu saya dengan makanan Malaysia,” jawab Fatimah sambil mereka berdua tertawa. ”Nanti esok lusa, kita pergi makan makanan Arab pula, ya!” kata Quatalina lagi. ”Di sini mudahkah untuk kita temui kedai menjual makanan halal, ibu?” soal Fatimah sambil meneguk perlahan-lahan air teh tarik yang masih lagi berasap. ”Mudah saja, Fatimah. Kita hanya perlu lihat pada tanda HALAL yang tertera di setiap cermin atau pintu masuk restoran. Di sini juga terdapat banyak peniaga-peniaga yang berasal dari Timur Tengah dan Asia. Kalau ibu teringin mahu makan mi segera buatan Malaysia berperisa laksa asam juga ada. Naik saja tren Metro ke Porte de Choisy atau Belleville. Di sana ada kedai runcit yang menjual pelbagai barang makanan buatan Malaysia,” terang Quatalina lagi.
225
”Wah! Hebat, hebat, hebat!” jawab Fatimah lalu menghabiskan minuman teh tarik di hadapannya. Walau bagaimanapun, di hatinya tetap berkata, teh tarik chef Fahrin juga yang paling sedap! -----------------------------Malam itu, Fatimah mengikuti ibunya untuk menghadiri satu pertunjukan fesyen jenama terkenal Aigner. Esok pula Quatalina memberitahunya ada lagi satu pertunjukan fesyen jenama Emilio Pucci pula. Fatimah sudah bersiap-sedia dengan peralatan kameranya dan dia juga menyarungkan sepasang busana yang dicipta khas oleh neneknya, Puan Daarina. Fatimah menuruni tangga sambil diperhatikan oleh Puan Daarina, Quatalina dan dua orang ibu saudaranya, Fabienna dan Gabinia. Fabienna dan Gabinia sudah bertepuk-tepuk tangan sambil bersorak-sorai memuji Fatimah apabila dia sampai ke mata tangga yang terakhir di ruang tamu. Puan Daarina tersenyum puas dengan baju yang digayakan oleh Fatimah sambil berkata, ”Cantik sungguh cucu nenek! Nanti kalau orang di pertunjukan fesyen bertanyakan kamu tentang pereka baju ini, katakan ianya dari G&D, ya.” Sambil tersipu-sipu malu, Fatimah menjawab, ”Baiklah. Ditanggung beres. Terima kasih kerana bersusah payah merekakan baju yang sangat cantik ini untuk saya. Saya akan pastikan rekaan ini dimuatkan dalam isu majalah M Fesyen di Malaysia nanti.” Puan Daarina menepuk mesra bahu cucu perempuan tunggalnya. Fabienna masih belum berkahwin kerana sibuk dengan kariernya sebagai pensyarah manakala Gabinia sudah dikurniakan empat orang anak lelaki yang berumur di antara lima belas hingga sembilan tahun.
226
”Mari kita bergerak sekarang. Pakcik Luc pun sudah lama menanti kita di luar rumah,” ujar Quatalina sambil menuju ke kereta milik keluarganya. Pemandu keluarga mereka, Pakcik Fred sudah lima tahun berpencen dan telah digantikan dengan pemandu yang baru yang bernama Pakcik Luc. -----------------------------”Bagaimana dengan pertunjukan fesyen tadi? Banyak gambar yang dapat kamu rakamkan?” Quatalina bertanya kepada Fatimah sambil mereka berdua beransur meninggal kerusi tetamu di dalam dewan pertunjukan fesyen itu. Fatimah amat beruntung kerana Quatalina mendapat kerusi VIP yang tersusun betul-betul di hadapan pentas peragaan tadi. Sambil tersenyum puas, Fatimah menjawab, ”Mujur kita dapat kerusi VIP itu, saya hanya perlu duduk di sana sambil merakamkan gambar aksi-aksi para model dari kerusi itu. Kalau tidak pasti tubuh saya yang besar ini akan mengadang para tetamu di belakang kita jika kita duduk di barisan belakang.” Quatalina gembira dengan jawapan Fatimah lantas mengajak anaknya itu berjumpa dengan beberapa kenalannya di ruang yang ada menyediakan jamuan ringan untuk para tetamu VIP. Quatalina memperkenalkan Fatimah kepada seorang lelaki yang tinggi lampai berambut perang, ”Kenalkan, ini Encik Carlos. Beliau adalah salah seorang pereka fesyen yang terkenal di Paris. Encik Carlos, ini anak saya, Fatimah.” Fatimah yang dilengkapi dengan sarung tangan menyambut salam Carlos yang tersenyum mesra ke arahnya.
227
Kemudian mereka beralih pula kepada seorang wanita yang berambut coklat. Quatalina memberitahu Fatimah bahawa beliau adalah seorang pelakon terkenal yang bernama Juliette. Namun apabila mereka berdua melepasi beberapa tetamu yang lain, Fatimah dapat mendengar ada suara-suara yang berbisik seperti menyindirnya di dalam bahasa Perancis. Ada juga yang memandang tubuh badan Fatimah atas bawah seperti mahu memberitahu Fatimah bahawa dia tidak sepatutnya berada di majlis yang hanya sesuai dihadiri oleh mereka yang kecil molek sahaja. Apa yang pasti dari bisikan-bisikan itu, Fatimah dapat menangkap perkataan yang sering disebut oleh mereka iaitu fille atau dalam bahasa Melayu bermaksud gemuk. Sementara Quatalina dan Fatimah menantikan kehadiran kenderaan yang dipandu oleh Pakcik Luc di depan gerbang masuk dewan itu, kedengaran suara seorang lelaki memanggil-manggil nama Quatalina. Apabila mereka berdua menoleh ke belakang didapati lelaki yang bernama Carlos yang sedang berlari-lari anak mendapatkan mereka. Carlos berhenti di hadapan mereka sambil tunduk termengahmengah menyedut oksigen yang sudah berkurangan di dalam peparunya. Quatalina dan Fatimah turut pelik dengan tingkah-laku Carlos itu. Quatalina bertanya, ”Mengapa Encik Carlos? Ada apa-apa yang boleh saya bantu awak?” ”Minta maaf puan. Izinkan saya bercakap sesuatu sebelum puan pulang,” jawab Carlos teragak-agak. Quatalina hanya mengangguk sambil menantikan jawapan seterusnya daripada Carlos.
228
”Dalam dewan jamuan ringan tadi ramai tetamu yang mengata anak puan gemuk dan tidak cantik di belakang puan. Saya berasa marah dengan kata-kata mereka itu tetapi saya tidak mampu untuk mempertahan anak puan ini. Saya percaya Cik Fatimah juga ada impian untuk menjadi kurus dan sihat, bukan?” kata Carlos sambil memandang kepada Quatalina dan kemudian kepada Fatimah pula. Quatalina dan Fatimah saling berpandangan kemudian mereka berdua memandang ke wajah Carlos semula. Quatalina dapat rasakan, Carlos seperti mahu membantu masalah kegemukan anaknya lantas dia bertanya bagi pihak Fatimah, ”Kamu boleh bantu anak saya? Saya juga kasihankan dia. Dia masih muda lagi dan perlu mendapatkan berat badan yang sesuai dengan ketinggiannya untuk kekal sihat dan cergas.” Carlos mengeluarkan sekeping kad nama lalu memberikannya kepada Quatalina. ”Ini kad nama bapa saudara saya. Dia seorang pakar pemakanan. Esok pagi puan boleh telefon dia untuk membuat temujanji. Katakan kepadanya, anak saudaranya, Carlos yang merekomenkan puan kepadanya.” Tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu oleh Pakcik Luc sampai di hadapan mereka. ”Terima kasih banyak-banyak Encik Carlos. Semoga Tuhan merahmati awak,” kata Quatalina dan Fatimah serentak sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat Carlos. ”Sama-sama,” jawab Carlos sambil membalas lambaian Quatalina dan Fatimah yang sudah masuk ke dalam perut kereta.
229
Bab 17
”Cik Fatimah binti Fahrin.” Nama Fatimah dipanggil untuk masuk berjumpa pakar pemakanan atau pakar dietetik yang disarankan oleh Carlos malam kelmarin. Mujur Quatalina teringat untuk menggunakan nama Carlos sebagai perujuk ketika dia menelefon pusat dietetik milik bapa saudara Carlos itu pagi semalam. Kalau tidak mungkin pertemuan itu akan ditangguh ke hari terakhir Fatimah berada di Paris atau mungkin saja Fatimah tidak dapat berjumpa langsung dengan pakar dietetik itu. Fatimah dan Quatalina sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik temujanji pakar dietetik lantas mereka berdua dipersilakan untuk duduk oleh seorang lelaki yang berumur lewat 50an.
230
Sambil melihat kepada kad daftar nama, lelaki itu berkata, ”Selamat pagi. Nama saya Doktor Jean-Paul Pierre, panggil saja saya Doktor Pierre.” ”Selamat pagi Doktor Pierre. Saya Fatimah dan ini ibu saya, Puan Quatalina Gabino. Kami disarankan oleh Encik Carlos untuk bertemu dengan doktor,” ujar Fatimah sambil memperkenalkan dirinya serta ibunya kepada Doktor Pierre. ”Oh, ya! Carlos itu anak saudara saya dan kalau tidak silap saya, puan ini adalah anak kepada pereka fesyen terkenal bagi jenama G&D, bukan?” soal Doktor Pierre kepada Quatalina pula. ”Ya, saya,” jawab Quatalina sambil merendah diri. ”Kami amat berbesar hati menerima puan dan anak puan sebagai pelanggan kami pada hari ini,” kata Doktor Pierre lagi. Quatalina dan Fatimah hanya tersenyum mendengar ucapan yang diberikan itu. ”Baiklah. Tanpa membuang masa lagi. Mari kita mulakan sesi konsultasi kita. Soalan pertama yang saya ingin bertanya kepada cikpuan ialah apakah sebab utama yang membuatkan cikpuan terbuka hati untuk mengikut cadangan yang diberikan oleh anak saudara saya, Carlos? Adakah kerana ibu cikpuan memaksa cikpun untuk turunkan berat badan atau atas kesedaran diri sendiri?” soal Doktor Pierre kepada Fatimah dalam nada serius. ”Seriusnya, doktor ini,” kata hati Fatimah. Tiba-tiba Doktor Pierre menjawab, ”Cikpuan jangan risau, ini adalah soalan wajib yang biasa saya tanya kepada setiap pelanggan yang datang bertemu dengan kami.” Fatimah terkejut sedikit. ”Eh, macam ada kuasa psikik pula doktor ini,” kata hati Fatimah lagi.
231
”Saya bukannya apa, cikpuan. Mengikut pengalaman saya, mereka yang menurunkan berat badan kerana dipaksa oleh orang lain lebih rendah peratus kejayaannya berbanding dengan mereka yang berusaha menurunkan berat badan atas kerelaan dan kesedaran tentang tahap kesihatan badan mereka sendiri,” jawab Doktor Pierre lagi. Fatimah terangguk-angguk setuju mendengar jawapan doktor itu lantas menjawab tanpa segan-silu, ”Sebenarnya saya telah berusaha pelbagai cara untuk menurunkan berat badan saya sebelum ini. Pada mulanya memang saya rasa seperti terpaksa dan terseksa kerana bapa saya seorang chef yang sangat pandai memasak sehingga aktiviti makan itu sudah menjadi hobi kegemaran saya pula.” Kemudian Fatimah menyambung lagi kata-katanya, ”Tetapi perasaan terpaksa ini bertukar menjadi suatu kesedaran pada diri saya selepas insiden di mana saya terjatuh pengsan dan disahkan mempunyai tanda-tanda akan menghidap penyakit diabetes tahap dua dan terdapat sedikit kenaikan pada tekanan darah saya pada ketika itu.” Sesi konsultasi dimulakan dengan sesi pengakuan oleh Fatimah. Pelbagai percubaan yang telah dilakukan oleh Fatimah untuk kurus diceritakan kepada Doktor Pierre dan semuanya dicatatkan oleh doktor itu sebagai maklumat tambahan tentang Fatimah. Terdetik rasa bersalah di dalam hati Quatalina setelah mendengar pengakuan daripada Fatimah itu. ”Kasihan anak aku ini. Mungkin inilah salah satu cara Fahrin untuk mengekpresikan perasaan kasihnya kepada anak yang ’terpaksa’ ditinggalkan oleh ibunya ini. Maafkan
232
ibu, Fatimah,” kata hati Quatalina sambil menggenggam erat tangan Fatimah. ”Ada sekali saya cuba mendapatkan nasihat daripada doktor di sebuah klinik kesihatan di tempat saya. Apabila saya masuk berjumpa dengan doktor itu, saya amat terperanjat kerana dia juga gemuk seperti saya. Doktor itu kemudian memberikan saya pil yang kononnya dapat mengawal nafsu makan saya tetapi ia juga tidak dapat membantu saya dalam menurunkan berat badan ini,” kata Fatimah sambil mengeluh sedih. Mendengar keluhan Fatimah itu, Doktor Pierre langsung menjawab, ”Sebenarnya, doktor perubatan tugasnya untuk merawat pesakit yang sakit. Memandangkan masalah kegemukan atau obesiti adalah masalah ketidakseimbangan berat badan akibat kesalahan dari segi pemakanan dan bukanlah satu penyakit, maka ini adalah tugas seorang pegawai atau pakar pemakanan yang dikenali juga sebagai pakar dietetik untuk menyelesaikan masalah ini.” ”Oh, begitu...,” jawab Fatimah dan Quatalina serentak. ”Baiklah. Terima kasih kerana memberitahu saya mengenai semua cara-cara yang cikpuan gunakan sebelum ini bagi menurunkan berat badan cikpuan dan sebelum kita mulakan sesi konsultasi diet sihat yang sebenar, ingin saya mahu beritahu kepada cikpuan terlebih dahulu, mengapa cara-cara yang cikpuan gunakan itu tidak berjaya dan dari maklumat ini, cikpuan boleh tahu dan perbaiki di mana kesilapan cikpuan di masa yang akan datang,” jawab Doktor Pierre lagi.
233
”Saya suka, saya suka,” jawab Fatimah sambil bertepuk tangan kemudian bersedia dengan pen dan buku catatan untuk menulis penerangan dari Doktor Pierre. ”Cikpuan tidak perlu bersusah-payah menyalin kata-kata saya ini kerana pembantu saya akan berikan senarai-senarai yang berkaitan dengan penurunan berat badan sebagai rujukan kepada cikpuan sebelum pulang nanti,” kata Doktor Pierre. Dia khuatir dek kerana sibuk menyalin kata-katanya, Fatimah hilang fokus tentang tujuan sebenar mereka berkonsultasi. ”Jangan risau tuan doktor. Saya memang akan bertambah ingat lagi sekiranya saya menuliskan semua tip-tip doktor itu tetapi saya tetap mahukan senarai-senarai dari doktor juga sebagai rujukan saya nanti.” Fatimah memberi alasan kepada pakar dietetik itu. ”Boleh..., tiada masalah. Baiklah, sekarang saya mahu beritahu cikpuan, sepuluh faktor mengapa usaha menurunkan berat badan cikpuan tidak menjadi.” Doktor Pierre memulakan penerangannya.
1)
Sasaran yang tidak realistik. Menurut kajian pakar, kehilangan berat badan yang sihat dalam masa seminggu seharusnya tidak melebihi 500 gram sehingga satu kilogram. Jika berat badan turun terlalu cepat, badan akan mengurangkan kadar metaboliknya sebagai hasil tindak balas drastik itu dan apabila penurunan berat badan mencapai pada angka tertentu, ia akan menjadi statik. Penurunan berat badan yang terlalu cepat juga boleh menggalakkan batu karang. Cikpuan perlu tahu bahawa satu
234
kilogram berat yang susut itu adalah sama seperti satu tin mentega yang seberat satu kilogram. Banyak bukan?
2)
Kerap menyukat berat badan. Melakukan timbangan sendiri adalah memadai seminggu sekali dan lakukannya pada hari dan waktu yang sama. Buat catatan untuk setiap kali timbangan itu dan ambil kira juga penyusutan dari segi bacaan pada lengan, dada, pinggang, pinggul dan peha. Ingat! Satu sentimeter susutan pada bahagian yang diukur itu bermakna satu kilogram lemak di sekeliling bahagian itu sudah menyusut walaupun kadang-kala alat penimbang kita tidak dapat menyukat perubahan itu kerana ia hanya melibatkan penyusutan peratus lemak pada bahagian yang tertentu sahaja. Cikpuan akan dapati nanti pakaian cikpuan akan semakin longgar di bahagian tertentu.
3)
Berat tidak turun walaupun makan hidangan diet sihat. Ini berlaku kerana cikpuan makan hidangan yang rendah lemak dan rendah kilokalori dalam kuantiti yang berlebihan. Sepatutnya, hidangan diet sihat seperti ini perlu diambil dalam kuantiti yang sama seperti hidangan biasa. Sebagai contoh, jika sebelum ini cikpuan suka makan kepak ayam goreng lima ketul, cikpuan gantikan ia dengan hidangan tiga ketul dada ayam tanpa kulit yang dipanggang bersama rempah rosemary dan sedikit garam. Perut tetap kenyang tetapi cikpuan telah dapat mengurangkan pengambilan lemak dan kilokalori di dalam badan.
235
4)
Kerap makan di luar. Cikpuan boleh makan di luar tetapi perlu berhati-hati dalam pemilihan hidangan yang dipesan kerana kebanyakan restoran tidak mementingkan tahap khasiat dalam sesuatu resipi mereka. Makanan segera biasanya mengandungi banyak lemak, perisa tambahan dan garam yang berlebihan. Lemak yang tinggi meningkatkan paras kolestrol dalam darah. Oleh itu, cikpuan boleh pilih makanan yang dimasak secara sihat seperti makanan yang dimasak secara memanggang, mengukus dan merebus sebagai pengganti makanan yang bergoreng di restoran tersebut.
5)
Suka mengunyah. Kadang-kala kita menganggap makanan ringan atau snek hanya kudapan ringan ketika memandu atau menonton tv sahaja tetapi tanpa disedari saiznya yang kecil itu mempunyai nilai kilokalori yang sangat tinggi. Gantikan kudapan snek itu dengan mengunyah epal merah, buah-buahan yang kurang manis atau pun yogurt rendah lemak.
6)
Memberi makanan yang banyak sebagai ganjaran atau sebagai tanda kasih-sayang. Hidangkan makanan berdiet sihat dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan pembaziran dan untuk menjaga kesihatan.
7)
Mengelak sarapan pagi. Mengelak satu waktu makan akan menyebabkan cikpuan makan dua kali ganda pada waktu
236
yang seterusnya. Oleh itu, ambil hidangan yang ringan pada waktu pagi seperti dua keping roti berserat tinggi dan segelas susu rendah lemak atau buah- buahan serta yogurt rendah lemak.
8)
Diet kilat. Ada ketika di mana cikpuan akan mengelak beberapa waktu makan untuk beberapa hari semata-mata supaya dapat kelihatan hebat dengan potongan badan yang menarik untuk sesuatu majlis istimewa. Sebenarnya, tabiat ini tidak menyingkirkan lemak sebaliknya cikpuan hanya kehilangan air atau otot dan tidak lama selepas itu berat badan cikpuan akan bertambah dengan lebih cepat apabila cikpuan mula makan. Ini kerana kadar metabolik badan sudah lemah. Otot diperlukan untuk membantu menguatkan kadar metabolisma yang mempercepatkan pembakaran kilokalori di dalam badan. Cikpuan perlu pastikan yang cikpuan makan tiga kali hidangan diet sihat dalam sehari.
9)
Menyenarai hitamkan makanan perosak. Jangan terus sekat keinginan cikpuan untuk makan makanan kegemaran yang merosakkan seperti coklat atau aiskrim kerana jika itu berlaku, dikhuatiri apabila cikpuan hilang sabar, cikpuan akan memakan makan itu sepuas-puasnya sehingga ia merosakkan rancangan turun berat badan cikpuan. Cikpuan boleh makan makanan tersebut tetapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit supaya cikpuan tidak terasa tertekan
237
dan berasa lebih gembira dengan usaha penurunan berat badan cikpuan ini.
10) Amalan minuman ringan bergas. Kebanyakan minuman bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi. Menurut sesetengah saintis daripada sumber artikel New Scientist keluaran Febuari 2003 menyatakan bahawa makanan dan minuman yang mengandungi kadar lemak dan gula yang tinggi boleh menyebabkan ketagihan sehingga cikpuan sukar menolaknya. Gantikan minuman ringan dengan air mineral, teh herba atau perahan lemon dalam air kosong. Setiap 25 kilogram berat badan cikpuan sebenarnya memerlukan satu liter air kosong. Kekurangan air kosong dalam badan akan menyukarkan proses penurunan berat badan kerana toksid sukar dirembes keluar daripada badan.
Setelah mendengar semua faktor-faktor tersebut, Fatimah mula sedar dan tunduk sambil menggelengkan kepala. ”Mengapa Cik Fatimah menggeleng-gelengkan kepala? Ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama saya ataupun cikpuan tidak bersetuju dengan faktor-faktor yang saya nyatakan tadi?” soal Doktor Pierre kepada Fatimah. ”Bukan begitu. Tuan doktor jangan salah anggap pula. Saya sebenarnya baru sedar bahawa banyak kesalahan semasa proses mengawal berat badan yang saya fikirkan betul telah saya lakukan selama ini. Patutlah proses penurunan berat badan saya tidak pernah
238
berjaya!” Fatimah tertawa dengan kesilapannya itu diikuti dengan Quatalina dan Doktor Pierre juga. -----------------------------Doktor Pierre memanggil seorang pembantunya masuk lalu memperkenalkannya kepada Fatimah dan Quatalina. ”Kenalkan ini pembantu saya, Cik Jenny. Beliau akan membawa cikpuan ke sebuah bilik di mana semua ukuran berat badan dan sukatan pada lengan, dada, pinggang, pinggul dan peha cikpuan akan disukat dan dicatat. Daripada catatan berat itu juga, beliau akan dapatkan peratusan lemak dan air dalam badan cikpuan. Senarai catatan itu akan diberikan satu salinan kepada cikpuan nanti. Kita akan berjumpa semula setelah semua proses itu selesai dilakukan oleh Cik Jenny nanti,” jelas Doktor Pierre lalu Cik Jenny membawa Fatimah dan Quatalina keluar dari bilik konsultasi itu dan masuk ke sebuah bilik yang berlainan. -----------------------------Fatimah dan Quatalina dijemput semula masuk ke dalam bilik konsultasi selepas satu jam kemudian. Cik Jenny menyampaikan senarai catatan rekod bacaan yang diperlukan kepada Doktor Pierre. Satu lagi salinan disampaikan kepada Fatimah supaya dia tahu apa yang akan Doktor Pierre sampaikan sebentar lagi. Rekod catatan maklumat berat badan dan ukur lilit badan Fatimah diteliti oleh Doktor Pierre kemudian dia memandang wajah Fatimah bagi memulakan sesi kedua konsultasi. ”Berdasarkan pada pengukuran yang dibuat oleh Cik Jenny tadi, didapati tinggi cikpuan adalah 170 sentimeter dan berat adalah 102 kilogram,” kata Doktor Pierre lalu mencatatkan sesuatu pada rekod catatan di tangannya.
239
Fatimah yang sudah lama tidak menyukat timbangannya kerana tidak sanggup melihat angka-angka yang sudah mencapai pada tahap ratusan itu sedang berasa cemas. ”Apalah yang lama sangat doktor ini sedang tuliskan di dalam kertas catatannya itu? Aircond dalam bilik ini diturunkan lagikah suhunya? Terasa seram sejuk pula tiba-tiba.” ”Sepatutnya dengan ketinggian sebanyak 170 sentimeter ini, berat badan yang ideal untuk cikpuan adalah sebanyak 66 kilogram. Ini bermakna ukuran berat badan cikpuan sudah melebihi sebanyak 36 kilogram. Cuba cikpuan bayangkan, selama ini cikpuan telah membawa ke sana ke mari hampir 4 kampit beras yang setiapnya seberat 10 kilogram,” jelas Doktor Pierre. Fatimah segera menutupkan matanya sambil membayangkan dirinya yang sedang berjalan terkengkang-kengkang mengendong 4 kampit beras seperti yang dinyatakan oleh Doktor Pierre tadi. ”Mengerikan dan menyeksakan!” kata hati Fatimah. Kemudian Doktor Pierre menyambung lagi kata-katanya, ”Daripada 102 kilogram berat cikpuan itu, sebanyak 30 peratus atau 36.7 kilogram adalah kandungan lemak sahaja.” Doktor Pierre mula bermain dengan psikologi Fatimah. Fatimah teringat semula tentang kata-kata Doktor Pierre sebelum ini di mana beliau menyamakan 1 kilogram lemak dengan 1 kilogram mentega di dalam tin. Ini bermakna selain daripada mengendong 4 kampit beras yang seberat 10 kilogram setiap satu, ada lagi tambahan sebanyak 40 tin mentega yang seberat 1 kilogram setiap satu pada badannya pula. ”Oh! Tidakkk!” jerit hati Fatimah yang sudah mula trauma dan sesak nafas.
240
Quatalina yang sejak dari tadi tekun mendengar penjelasan Doktor Pierre rupanya sedang melakarkan sesuatu pada kertas A4nya. ”Bagusnya ibuku ini, sempat lagi dia membuat lakaran rekaan fesyen pada ketika ini.” Fikiran Fatimah berkata-kata lantas dia mengerling pada lukisan Quatalina itu dan dia terus terperanjat kucing. Ibunya bukan melakarkan rekaan fesyen tetapi ibunya sedang melakarkan badan seorang wanita yang dipenuhi dengan 4 kampit beras dan 40 tin mentega. ”Ish! Takutnya aku melihat lakaran ibu. Wanita dalam lakaran itu mesti namanya Fatimah inti Fahrin,” kata Fatimah pada dirinya lagi. Quatalina tidak perasan yang lukisannya sedang diperhatikan oleh anaknya di sebelah. Setelah mendengar ’kisah ngeri’ daripada Doktor Pierre, Fatimah bersuara dalam nada merayu, ”Tuan doktor..., tuan doktor tolonglah saya tuan doktor.” Quatalina yang mendengar rayuan anaknya itu turut membuat muka sedih bagi menyokong kata-kata Fatimah. ”Sebenarnya, program pengurangan berat badan yang paling berjaya menggabungkan pengambilan kilokalori yang rendah, aktiviti senaman yang sederhana dan perubahan pada tabiat pemakanan,” jelas Doktor Pierre yang menyambung lagi kata-katanya persis seorang pakar motivasi pula. ”Baiklah, saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana saya juga mahu sihat,” ikrar Fatimah pada Doktor Pierre dan pada dirinya sendiri. Dia teringat pada kata-kata hikmah yang pernah dia terbaca sebelum ini iaitu, ’Kesihatan adalah nikmat yang sering dilupakan.’ ”Tadi saya beritahu berat yang sesuai untuk ketinggian cikpuan adalah 66 kilogram, bukan?” kata Doktor Pierre bagi mengimbas
241
semula ingatan Fatimah kepada target berat badan idealnya. Fatimah menggangguk-angguk setuju sambil bersedia dengan sebatang pen di tangannya. ”Sekarang saya mahu kirakan, berapa lama masa yang perlu cikpuan sasarkan untuk penurunan berat badan yang sihat. Dengan meletakkan sasaran penurunan sebanyak 4 kilogram sebulan, cikpuan akan perlukan masa selama 9 hingga 10 bulan untuk menghilangkan sebanyak 36 kilogram yang berlebihan tadi.” ”Wah! Lamanya,” Fatimah menjawab secara spontan. ”Ini adalah sasaran penurunan yang realistik dan sihat untuk wanita obes seperti cikpuan dan peratusan lemak yang sihat bagi wanita yang berusia 23 tahun seperti cikpuan pula adalah di antara 18.2 ke 22.1 peratus yang bersamaan dengan 12 hingga 15 kilogram lemak sahaja, bukan 40 kilogram lemak, tahu?” jelas Doktor Pierre lagi. Fatimah terangguk-angguk persis seorang kanak-kanak tadika yang sedang akur dengan ajaran cikgunya sambil mencatatkan sasaran itu di dalam kertas rekodnya. Kemudian dia bertanya kepada Doktor Pierre lagi, ”Boleh tuan doktor beritahu saya bagaimana pula cara atau panduan untuk penurunan berat badan yang sihat supaya dalam tempoh yang tuan doktor sasarkan untuk saya tadi mampu saya capai tanpa rasa jemu dan terseksa.” ”Hebat sekali soalan anak Puan Quatalina ini, ya?” puji Doktor Pierre kepada Quatalina yang banyak diam sejak dari tadi. Quatalina hanya menjawab kata-kata Doktor Pierre itu dengan sebuah senyuman. Dia juga sebenarnya sedang menghadamkan
242
ajaran-ajaran yang sedang dijelaskan oleh Doktor Pierre itu supaya dia juga boleh praktikkan pada dirinya sendiri di masa akan datang kerana amalan pemakanan yang sihat juga perlu untuk mereka yang berbadan kurus juga. ”Sebelum saya berikan cikpuan satu contoh menu harian sebagai panduan pemakanan yang sihat dan berkesan untuk penurunan berat badan, saya mahu beritahu cikpuan 22 panduan diet sihat terlebih dahulu, boleh?” soal Doktor Pierre kepada Fatimah. ”Boleh, boleh,” jawab Fatimah dengan penuh ceria.
Dua puluh dua panduan tentang diet yang sihat ialah : 1)
Makan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat kerana badan kita memerlukan lebih daripada 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.
2)
Imbangkan pengambilan pelbagai jenis makanan.
3)
Pada waktu utama seperti makan tengahari, makan makanan yang berkalori tinggi dalam jumlah yang sederhana dan pada waktu pagi dan malam pula seimbangkan dengan makanan yang kaya nutrien. Ini kerana manusia adalah lebih aktif pada waktu siang dan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding waktu malam.
4)
Pilih sayuran yang berdaun hijau gelap, buah-buahan serta sayursayuran biasa yang berwarna oren atau kuning. Makanlah sama ada secara mentah, digoreng dengan sedikit minyak atau dimasak dengan memastikan ia tidak terlampau lembik.
5)
Pengambilan 2,000 kalori yang terdiri daripada dua cawan buahbuahan dan dua cawan sayur-sayuran sehari adalah disyorkan
243
kerana sayur dan buah mengandungi serat, vitamin, mineral dan antioksidan iaitu bahan pencegah radikal bebas dalam badan. 6)
Pengambilan sekurang-kurangnya dua gelas susu tanpa lemak atau produk tenusu seperti keju atau yogurt sehari.
7)
Makan makanan bijirin penuh seperti roti gandum tulen.
8)
Jangan berlapar atau melangkau satu waktu makan.
9)
Hadkan pengambilan lemak dalam makanan seperti ketika menggoreng, lemak dalam pastri dan kek serta lemak dalam kuah sayur atau sup. Wanita berusia antara 19 hingga 59 tahun memerlukan lebih kurang 46 hingga 70 gram lemak sehari manakala lelaki yang lingkungan usia yang sama memerlukan lebih kurang 54 hingga 82 gram lemak sehari. Satu gram lemak bersamaan dengan 2 sudu teh minyak masak.
10) Pilih makanan berprotein yang tanpa lemak seperti ayam tanpa kulit serta makanan yang kaya dengan protein dan tanpa kolestrol seperti kacang soya, kacang dhal, kacang kuda, tauhu dan tempe. 11) Gunakan label maklumat khasiat yang disediakan pada makanan yang telah dipeketkan sebagai panduan. 12) Kalau teringin makan snek atau kudapan, pilih yang rendah lemak dan berkhasiat seperti epal merah, sanwic atau yogurt. 13) Makan hidangan yang lebih kecil apabila makan di luar. 14) Gunakan kaedah memasak yang lebih menyihatkan seperti memanggang, mengukus, menggril atau membakar. Gantikan perasa tambahan seperti MSG dengan perasa semula jadi seperti asam jawa, kicap, herba dan rempah asli.
244
15) Gunakan gula secara bijak dan terhad. Boleh juga gantikan gula biasa dengan gula perang. 16) Bersenam secara sederhana dan berterusan, 2 hingga 3 jam seminggu. Senaman dapat menambahkan otot yang pejal yang meningkatkan kadar metabolisma badan, menguatkan tulang serta mempercepatkan penyingkiran toksin dari tubuh. 17) Dapatkan nasihat yang betul dari pakar diet yang berkelayakan bagi merancang diet yang sesuai. 18) Makan oat setiap pagi untuk menurunkan kadar kolestrol. 19) Kurangkan pengambilan makanan laut seperti kerang, udang dan telur ikan. Pengambilan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan kuning telur juga perlu dikurangkan. 20) Gunakan minyak yang mengandungi lemak sihat seperti minyak canola, minyak zaitun, minyak kelapa sawit, minyak jagung dan minyak bunga matahari. 21) Elakkan minum minuman bergas kerana 1 tin minuman bergas mengandungi lebih kurang tujuh hingga lapan camca besar gula. 22) Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari sebelum makan kerana air kosong dapat mengurangkan selera makan, membantu mempercepatkan metabolisma, menukarkan lemak kepada tenaga serta mengurangkan masalah sembelit. -----------------------------Setelah membentangkan 22 panduan diet sihat kepada Fatimah, Doktor Pierre menyoal Fatimah bagi menguji tahap pemahaman pelanggannya. ”Secara ringkasnya saya harap cikpuan sudah nampak apakah ciri-ciri makanan yang sihat yang dapat membantu dalam proses penurunan berat badan, bukan?”
245
Fatimah menarik nafas dalam-dalam lalu berkata, ”Setakat ini saya rasa saya faham tetapi saya tetap memerlukan satu contoh aturan menu sihat dan contoh senaman yang bagus sebagai garis panduan. Saya harap permintaan ini tidak menyusahkan tuan doktor.” Doktor Pierre tersenyum lalu menjawab, ”Boleh, tiada masalah.” Kemudian Cik Jenny masuk untuk menyediakan secawan minuman panas dan juga menghulurkan kepada Fatimah dan Quatalina masing-masing sebotol air mineral. ”Silakan minum,” Doktor Pierre mempersilakan mereka berdua minum bersamanya. Setelah meminum air panas yang disediakan, Quatalina bertanya kepada Doktor Pierre, ”Boleh saya tahu, air apakah ini?” ”Ini air teh herba. Puan boleh pilih sama ada meminum teh hijau atau teh bunga raya sebagai pengganti minuman berperisa. Ia amat bagus untuk membuang toksid dan bertindak sebagai agen antioksidan di dalam badan. Badan yang kurang toksid dan kurang radikal bebas akan berasa lebih cergas dan sukar diserang penyakit yang merbahaya seperti kanser,” jelas Doktor Pierre yang juga meminum air teh herba yang dimaksudkan olehnya bagi membasah tekak. Setelah meletakkan cawan teh ke atas meja, Fatimah bertanya lagi kepada Doktor Pierre, ”Sebelum ini, tuan doktor ada memberitahu, setiap 25 kilogram badan kita memerlukan 1 liter air kemudian tuan doktor beritahu pula supaya meminum air sekurangkurangnya 8 gelas air kosong sehari. Yang mana satu yang paling elok sebenarnya? Saya juga pernah terdengar, banyak minum air juga boleh menggemukkan. Apa pendapat tuan doktor?”
246
”Panduan 8 gelas air kosong adalah sesuai untuk orang yang berbadan kurus dan mempunyai berat badan yang ideal. Tetapi bagi kes obes seperti cikpuan pula, 1 liter untuk setiap 25 kilogram berat badan adalah lebih tepat. Wanita memerlukan 50 peratus air di dalam badan manakala lelaki pula perlukan 60 peratus air. Untuk pengetahuan cikpuan, air kosong tidak boleh menjadikan badan kita gemuk. Air yang menggemukkan ialah air yang tinggi kandungan gula, lemak dan kilokalori seperti minuman ringan dan air teh tarik,” jelas Doktor Pierre dengan teratur dan perlahan-lahan supaya Fatimah memahami isi-isi yang diperjelaskan. Fatimah menekan-nekan butang telefon bimbitnya seperti mengira sesuatu kemudian dia bertanya lagi, ”Kalau ikut pada kiraan saya ini, saya perlu minum sebanyak 4 liter air kosong dalam sehari. Khuatir pula saya tidak mampu menghabiskan sukatan itu dalam masa sehari. Selama ini hanya satu liter saja air kosong yang mampu saya minum sehari, selainnya saya minum air manis dan bergas sahaja.” ”Cikpuan sediakan terlebih dahulu air kosong itu di dalam 4 botol air yang setiapnya berukuran 1 liter. Mulai dari jam 6 pagi sehingga 10 malam, cikpuan minum sedikit demi sedikit. Saya pasti cikpuan boleh menghabiskannya dalam masa 16 jam, bukan?” Fatimah tersenyum sambil berkata, ”Terima kasih kerana memberikan idea ini. Tidak sabar-sabar pula saya mahu dengar contoh menu harian dan juga contoh senaman mingguan dari tuan doktor.” ”Secara amnnya, tiada menu yang spesifik untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Yang penting cikpuan harus bijak mengaturkan pilihan makanan dan pastikan cikpuan makan 3 kali
247
sehari,” kata Doktor Pierre lagi lalu dia memberikan satu contoh aturan pemakanan seharian serta contoh senaman mingguan.
1)
Sarapan : Dua keping roti bijirin tulen untuk menggantikan roti putih kemudian dibakar atau semangkuk oat, segelas susu tanpa lemak dan sebiji pisang.
2)
Makan tengahari : Makanan berasaskan karbohidrat seperti beras perang untuk mengganti beras putih atau mi hoon. Protein seperti ayam tanpa kulit atau daging panggang. Sayur dan buah-buahan.
3)
Makan malam sebelum pukul tujuh malam : Sepotong ikan bakar, sayur rebus dan buah-buahan segar.
4)
Waktu di antara waktu makan utama di atas : Pastikan air kosong diminum mengikut sukatan yang telah dicadangkan. Makan buah epal merah, minum air teh herba, yogurt atau jus anggur sebagai pengganti snek.
5)
Senaman mingguan : Lakukan senaman 2 hingga 3 jam seminggu atau 30 minit sehari. Ia tidak semestinya dilakukan di gimnasium. Ia juga boleh dilakukan dengan berjalan laju, mengayuh basikal, berenang, naik tangga di rumah atau pejabat dengan laju dan boleh juga melakukan senamrobik di rumah dengan memasang DVD senamrobik yang banyak terjual di pasaran. Jangan lakukan senaman yang ekstrim
248
kerana ia boleh mencederakan ligamen dan otot. Lakukan ia secara sederhana dan berterusan. -----------------------------”Wah! Seronoknya saya dengar penjelasan daripada tuan doktor tadi. Kalau begini, tidaklah saya berasa usaha penurunan berat badan suatu yang menyeksakan dan saya rasa saya boleh lakukannya dengan lebih gembira dan rela hati selepas ini,” jawab Fatimah setelah diberikan contoh aturan seharian oleh Doktor Pierre. ”Betul! Saya juga sokong dengan kata-kata anak saya. Terima kasih banyak-banyak kerana memberikan cara-cara dan tip-tip yang amat berguna buat kami berdua,” ucap Quatalina kepada Doktor Pierre. Sebelum Fatimah dan Quatalina pulang dan bagi mengakhiri sesi konsultasi mereka, mereka diberikan sekotak teh bunga raya secara percuma oleh Doktor Pierre. ”Nanti cikpuan boleh emelkan kepada saya sebarang pertanyaan dan penurunan yang berlaku pada berat badan cikpuan di alamat emel yang saya sertakan pada brosur-brosur di dalam beg yang Cik Jenny berikan tadi,” pesan Doktor Pierre kepada Fatimah sebelum mereka berdua pulang. -----------------------------Fatimah dan Fabienna sudah bersedia untuk memasuki balai berlepas. Kepulangan mereka berdua dihantar oleh Quatalina, Gabinia sekeluarga serta Puan Daarina. Setelah memeluk dan mencium tangan Quatalina, Fatimah berkata, ”Saya bersyukur yang amat kerana ditemukan dengan ibu sekeluarga walaupun dalam jangka masa yang singkat. Terima kasih dan minta maaf di atas segala salah silap saya semasa saya berada di
249
sini. Halalkan makan minum saya dan juga segala perbelanjaan konsultasi dengan Doktor Pierre tempohari.” Quatalina yang mudah menitiskan air mata perpisahan langsung berkata, ”Ibu juga begitu. Ibu harap kamu gembira sepanjang berada di sini.” Sambil memberikan sebuah bungkusan, Quatalina berkata lagi, ”Ini ibu ada belikan buku panduan Cara Pemakanan Rasulullah dan beberapa keping DVD senamrobik. Ibu harap sesi konsultasi tempohari banyak membantu kamu untuk menurunkan berat badan dan menjadi lebih sihat nanti. Ibu akan sentiasa doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat, insya-Allah. Sampaikan juga salam ibu kepada ayah kamu dan juga kawan baik kamu, Fauzi dan adiknya Rima.” Puan Daarina juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan sesuatu buat cucunya sebelum mereka berpisah. ”Ini nenek ada berikan sepasang baju renang muslimah untuk kamu berenang secara menutup aurat. Nenek harap kamu suka,” kata Puan Daarina sambil memeluk cucunya, Fatimah. ”Terima kasih banyak-banyak, nenek.” Fatimah sudah tidak dapat menahan linangan air matanya daripada menitis. Kemudian dia memeluk Makcik Geenya serta bersalaman dengan sepupusepupunya. Sebelum masuk ke ruang check in, Quatalina sempat berkata dengan Fatimah, ”Insya-Allah, bulan hadapan ibu akan ke sana untuk menguruskan pembukaan cawangan butik G&D di Kuala Lumpur pula.”
250
”Benarkah? Saya akan doakan rancangan ibu itu berjaya,” jawab Fatimah lalu dia yang ditemani oleh Fabienna hilang dari pandangan mata keluarga ibunya setelah mereka saling bertukar lambaian.
(Semua informasi mengenai tip-tip diet sihat di atas adalah hasil gabungan maklumat daripada buku ’Kegemukan – Panduan CAP; artikel tulisan Norfaiza Ismail, Wanita, April 2008; artikel tulisan Siti Zarinah Sahib dan Nurul Hazirah Md Sa’an, Jelita, Oktober, 2009; Katz DL dan Gonzalez MH, The Way to eat, American Dietetic Association, 2002) Bab 18
Pagi isnin di Malaysia. Fahrin tiada pengambaran rancangan memasak, kelas memasak atau pun sebarang tempahan katering tetapi semuanya akan bermula semula pada hari khamis nanti. Semalam dia pergi menjemput kepulangan Fatimah dan Fabienna atau Profesor Anna dari Paris di KLIA. Pagi tadi Fatimah memohon supaya ayahnya dapat menghantarnya ke pejabat M Publisher Sdn. Bhd. Semasa Fatimah dipandu menuju ke pejabatnya, Fahrin bertanya sambil memacu keretanya, ”Nanti balik mahu ayah jemput kamu jam berapa?” ”Kalau boleh mulai hari ini, saya mahu kurangkan memandu ke pejabat. Saya mahu gunakan aktiviti berjalan kaki ketika menuju ke stesen bas atau hentian LRT sebagai aktiviti senaman saya di sepanjang hari Isnin sehingga Jumaat. Hujung minggu pula saya akan buat senamrobik di rumah. Insya-Allah cukuplah target saya untuk
251
capai 2 hingga 3 jam senaman setiap minggu,” jelas Fatimah dengan penuh semangat. Pengalamannya ’berkejaran’ dengan jadual trip pengangkutan awam selama seminggu di London dan Paris diibaratkannya seperti minggu orientasi khas untuk dia memulakan sesi penurunan berat badan yang sebenar di Malaysia pula selepas pulang tempohari. Fahrin sudah pun diceritakan tentang sesi konsultasi penurunan berat badan bersama Doktor Pierre semalam amat menyokong dengan cita-cita murni anaknya. ”Baiklah. Ayah doakan supaya anak ayah ini tidak cepat putus asa kerana biasanya minggu pertama adalah minggu yang penuh dengan cabaran dan dugaan,” Fahrin memberikan pesanan kepada anaknya. ”Mulai hari ini juga, ayah akan cuba memasak makanan yang rendah lemak dan rendah kolestrol serta kilokalori untuk kita berdua,” sambung Fahrin lagi. Fahrin mulai sedar bahawa makanan yang dimasak olehnya selama ini tidak meletakkan nilai kesihatan sebagai faktor utama. Apa yang penting ketika itu adalah ia dimakan untuk menghilangkan rasa lapar dan untuk bergembira. Namun dia bercadang untuk mengetengahkan resipi masakan sihat sebagai idea rancangan memasaknya yang akan datang kerana dia percaya bahaw makanan yang sihat juga mampu berasa lazat, mengenyangkan dan menyelerakan. Fatimah mencium tangan ayahnya sebelum turun dari kereta sambil mengucapkan terima kasih kepada ayahnya. Setelah Fatimah melangkah tiga tapak menuju ke bangunan pejabatnya, dia terdengar
252
ayahnya memanggil namanya dari belakang, ”Fatimah! Kamu tertinggal barang!” Apabila dia menoleh, ayahnya menunjukkan satu botol air yang berisi satu liter air kosong ke arahnya. ”Oh, lupa pula yang aku wajib menghabiskan empat liter air setiap hari,” kata Fatimah kepada dirinya sambil mendapatkan semula ayahnya untuk mengambil botol air itu. -----------------------------Puan Melati memanggil Fatimah untuk bertemu dengannya di bilik selepas jam sepuluh pagi. ”Assalamualaikum Puan Melati,” ucap Fatimah setelah pintu bilik Puan Melati diketuk dan dikuak. ”Wa’alaikumsalam, silakan duduk,” jawab Puan Melati sambil tersenyum ke arah Fatimah. Sambil menarik kerusi yang disediakan di hadapan meja tulis ketua jabatannya, Fatimah berkata, ”Profesor Anna kirim salam kepada puan. Dia ada kirimkan sebungkus ole-ole dari Paris untuk puan. Nanti saya akan berikan kepada puan semasa balik nanti di tempat parkir kereta kerana saya khuatir kalau saya berikan sekarang hadiah itu, rakan pejabat akan tersalah anggap pula. Tambahan lagi bungkusan itu bersaiz sederhana besar.” ”Terima kasih kerana bersusah payah. Selepas waktu pejabat nanti saya akan telefon Profesor Anna untuk mengucapkan terima kasih,” jawab Puan Melati yang sedang tersenyum lebar. Dalam hatinya tertanya-tanya, ”Apakah ole-ole yang dikirimkan oleh Anna itu....”
253
Kemudian Fatimah mengeluarkan sesuatu dari kocek pakaiannya dan menghulurkannya kepada Puan Melati. ”Puan, saya juga ada satu cenderahati kecil untuk puan. Sudilah kiranya puan menerimanya,” kata Fatimah sambil tersipu-sipu malu. Replika Menara Eiffel bermagnet yang biasanya dilekatkan pada pintu peti ais itu disambut oleh Puan Melati. Sambil membelek-belek pemberian itu, Puan Melati berkata, ”Hmm..., Cantik! Terima kasih, Fatimah.” ”Sama-sama,” jawab Fatimah. Sebelum dia berjumpa dengan Puan Melati, replika yang sama juga telah dihadiahkan kepada semua rakannya di jabatan M Dekorasi. ”Bagaimana dengan lawatan kamu di Paris minggu lepas? Profesor Anna ada memberitahu saya yang kamu juga berpeluang ke London sebelum ke Paris,” soal Puan Melati kepada Fatimah. ”Benar, puan. Saya juga berkesempatan merakamkan pelbagai gambar yang menarik di sepanjang lawatan kami dan saya pada pendapat saya ia mungkin juga sesuai untuk kegunaan jabatan kita atau syarikat ini,” jawab Fatimah sambil menghulurkan thumb drive yang telah dimuat turunkan gambar-gambar yang dimaksudkan itu buat tatapan Puan Melati. ”Bukan setakat gambar pemandangan dan dekorasi di sana yang saya rakamkan, malah saya juga berpeluang merakam foto pertunjukan fesyen pereka terkenal seperti Aigner dan Emilio Pucci,” kata Fatimah lagi. Puan Melati berasa kagum mendengar pengalaman Fatimah. ”Wah! Beruntungnya kamu. Sudahkah kamu muatkan gambar pertunjukan fesyen itu di dalam thumb drive ini?”
254
Sambil tersenyum manis Fatimah menyambung lagi kata-katanya, ”Sudah puan. Saya berharap agar rakaman-rakaman itu dapat dimuatkan dalam edisi M Dekorasi terbitan yang akan datang.” ”Insya-Allah, memang saya mengharapkan yang kamu akan pulang dengan pelbagai gambar yang menarik bagi isu M Dekorasi yang seterusnya. Kalau gambar pertunjukan fesyen itu menarik, saya akan cuba rekomenkan ia untuk majalah M Fesyen juga,” jawab Puan Melati. ”Terima kasih puan,” ucap Fatimah kepada ketuanya. -----------------------------”Kring! Kring!” Telefon di meja tulis Fatimah berbunyi mengejutkan dirinya yang sedang asyik menaip sebuah artikel berkenaan lawatannya ke London dan Paris untuk dimuatkan di dalam majalah M Destinasi bagi tujuan perkongsian pengalaman. Gagang telefon itu diangkat lantas Fatimah terdengar suara wanita memberi salam kepadanya. Fatimah menjawab salam itu dengan mesra, ”Wa’alaikumsalam Puan Melati. Puan mahu berjumpa saya, kah?” ”Tidak. Saya hanya telefon awak untuk memberitahu tentang gambar pertunjukan fesyen di Paris yang kamu berikan pada saya minggu lalu,” jawab Puan Melati yang bernada ceria di hujung talian. ”Mengapa dengan gambar-gambar itu, puan?” soal Fatimah lagi. Hatinya sedikit berdebar walaupun dirinya amat berharap agar gambar-gambar itu terpilih untuk terbitan mana-mana majalah keluaran M Publisher Sdn. Bhd. terutama sekali untuk M Dekorasi. Lagi banyak gambar yang terpilih, lagi bagus, semakin bertambah rezekinya, insya-Allah.
255
”Semua gambar-gambar awak telah saya emelkan kepada beberapa ketua jabatan majalah terbitan M Publisher. Cuba teka apa jawapan mereka?” sambung Puan Melati lagi sambil memberikan soalan menduga akal pula kepada Fatimah. Fatimah terkejut kucing sebentar. Sambil mengangkat kedua belah keningnya, Fatimah menyoal pula ketuanya, ”Puan emelkan semua gambar-gambar itu kepada mereka?” Fatimah kemudian menggigit jari telunjuk kirinya sambil menunggu jawapan daripada Puan Melati. ”Sudah tentu! Setelah saya melihat kesemua gambar itu, saya berpendapat hasil kreativiti awak patut saya kongsikan bersama dengan ketua jabatan lain. Lagi pun bukankah kita di dalam satu syarikat yang sama, Cuma jabatan sahaja yang berlainan,” jelas Puan Melati panjang lebar. ”Betul, puan. Saya terlupa pula,” jawab Fatimah sambil tersipusipu malu. ”Ketua jabatan majalah M Anggun, M Fesyen dan M Wanita sudah memberi kata putus untuk menggunakan beberapa gambargambar awak. M Dekorasi pula memang sudah lama bersetuju!” kata Puan Melati lagi. ”M Dekorasi? Eh, puan ini pandai pula berjenaka. Bukankah saya memang dari pasukan M Dekorasi?” Fatimah tertawa dengan jenaka Puan Melati. Puan Melati menyambut ketawa Fatimah itu langsung memberi ucapan tahniah kepada anak buahnya, ”Tahniah Fatimah! Awak telah buktikan kepada kita semua bahaya saiz badan tidak menghalang kita untuk berjaya.”
256
”Terima kasih banyak-banyak puan dan syukur alhamdulillah. Semoga Tuhan rahmati puan dan kita semua. Bercakap tentang saiz badan pula, insya-Allah mulai minggu lepas, saya sudah mulakan usaha turun berat badan dengan cara yang sihat demi menjaga kesihatan saya. Nanti kalau puan ternampak saya terlanggar ’pantang’, jangan teragak-agak untuk menegur saya. Maklumlah, mahu buang tabiat makan yang sudah menjadi tabiat saya semenjak umur 6 tahun ini bukannya mudah,” kata Fatimah. Kedengaran bunyi Puan Melati bertepuk tangan gembira di hujung talian sambil bersorak, ”Wah! Bagusnya! Bolehlah kita buat satu kumpulan untuk tujuan yang sama ini. Bila kita lakukannya secara berkumpulan, bertambah cepatlah sasaran penurunan berat badan akan tercapai kerana ada semangat untuk bersaing. Luna juga ada memberitahu yang dia mahu mulakan kelas renangnya setiap pagi pada hujung minggu nanti.” ”Betulkah begitu? Nanti saya mahu belajar berenang juga bersama Luna. Kebetulan pula nenek saya ada menghadiahkan saya sepasang baju renang muslimah yang sesuai dengan saiz badan saya. Terima kasih kerana puan sudi menambahkan lagi motivasi saya untuk menurunkan berat badan dan terima kasih lagi sekali kerana mempromosikan gambar-gambar rakaman saya,” jawap Fatimah kegirangan. ”Sama-sama,” jawab Puan Melati sambil mengakhiri perbualan mereka dengan bertukar ucapan salam. -----------------------------Sebulan telah berlalu. Fatimah bangun tidur setiap pagi dengan perasaan yang lebih selesa dan cergas berbanding sebulan yang lalu.
257
Seperti biasa, setiap pagi Ahad selepas solat subuh, dia akan menyukat perubahan ukuran berat badan dan ukur lilitnya lalu mencatatkan ia di dalam satu carta yang telah diberikan oleh Doktor Pierre sebelum dia pulang ke Malaysia. Fatimah naik ke atas alat penimbang dengan rasa cemas. ”Mengapa pula tiba-tiba aku jantung berdebar? Bukannya ada sesiapa yang mahu merotan aku pun kalau berat aku tidak menurun? Hihihi!” gelak Fatimah pada dirinya sendiri. Begitulah yang berlaku pada perasaannya setiap kali dia berhadapan dengan mesin penimbang dan tali penyukat ukur lilitnya itu. ”Hish! Jangan mungkir janji pada diri sendiri, Fatimah. Engkau kena lakukan semua ini demi kesihatan engkau juga dan supaya engkau lebih selesa beribadat dengan badan yang lebih ringan dan lebih sihat. Insya-Allah usaha engkau ini akan diberkati dan dipermudahkan Tuhan,” kata suara hati Fatimah yang selalu saja berbisik ke telinganya demi memotivasikan diri sendiri tatkala dugaan makan ’mencuit-cuit’ dan menggoda anak tekaknya. -----------------------------Fatimah membuka emelnya untuk menghantarkan berita perkembangan program penurunan berat badannya kepada doktor Pierre.
Salam sejahtera saya ucapkan buat Doktor Pierre. Didoakan agar Doktor Pierre berada di dalam keadaan sihat dan gembira selalu. Berikut adalah ringkasan laporan penurunan berat badan saya untuk sebulan yang pertama.
258
1)
Berat pada minggu keempat : 97kg
2)
Ukuran lengan : - 2cm
3)
Ukuran dada : - 1cm
4)
Ukuran pinggang : -5cm
5)
Ukuran pinggul : - 2cm
6)
Ukuran peha : - 3cm
Untuk pengetahuan tuan doktor, setiap hujung minggu saya akan melakukan senamrobik dan belajar berenang. Saya juga sudah dapat membiasakan diri ini untuk menghabiskan air kosong sebanyak 4 liter sehari dan saya sudah pun beransur-ansur tidak ketagih untuk ambil hidangan yang tinggi gula atau garam lagi. Saya amat bersyukur dengan tunjuk ajar tuan doktor. Semoga Tuhan merahmati usaha kita dan jasa baik tuan doktor.
Sekian. Terima kasih. Fatimah Fahrin.
Emel itu dikirimkan buat makluman pakar dietetiknya, Doktor Pierre. Setelah menekan butang Send, Fatimah membuka pula kotak emel bagi memeriksa senarai emel yang belum dibacanya lagi di dalam Inbox. ”Hmm..., ada emel daripada ibu dan Puan Melati! Mengapa pula Puan Melati kirimkan emel kepada aku padahal pada jam 10 pagi nanti aku akan bertemu dengannya di kelas renang?” kata Fatimah seorang diri.
259
”Kita baca emel daripada ibu dahulu kemudian baru baca emel Puan Melati pula,” kata Fatimah lagi sambil membuka emel ibunya.
Assalamualaikum anakanda Fatimah yang dikasihi. Semoga anakanda sihat bersama ayahanda Fahrin. Di sini ibu mahu memaklumkan kepada kamu bahawa ibu akan sampai di KLIA pada hari khamis minggu hadapan jam 9.30 pagi waktu Malaysia bersama rombongan petugas syarikat G&D. Kami akan berada di Kuala Lumpur sehingga urusan pembukaan butik G&D yang pertama di Kuala Lumpur ini selesai. Kalau ada apa-apa barang dari Paris yang kamu mahu ibu bawakan bersama, bolehlah segera emelkan kepada ibu selewatlewatnya pada hari selasa ini. Sampaikan salam ibu kepada ayahanda Fahrin. Sekian sampai di sini. Ibu tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anak kesayangan ibu nanti. Anak ibu pasti sudah semakin ramping sekarang! Sekian.
From Paris with love, Quatalina Gabino.
Fatimah meraup mukanya sambil mengucapkan kata-kata syukur selepas membaca emel kiriman Quatalina. Setelah menjawab emel kiriman ibunya itu Fatimah membuka pula emel kiriman Puan Melati.
260
Assalamualaikum Cik Fatimah. Didoakan agar Cik Fatimah ceriaceria selalu dan tidak curi-curi makan ketika membaca emel kiriman saya ini. Hihihi, jangan marah. Bergurau sahaja. Pasti awak terperanjat menerima emel ini, bukan? Ini kerana sebentar lagi kita akan berjumpa lagi di kolam renang. Tetapi sebenarnya saya sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan hari esok untuk memberitahu berita baik ini kepada awak. Pengarah syarikat M Publisher telah meluluskan cadangan saya untuk menaikkan pangkat dan memberi anugerah prestasi cemerlang kepada beberapa petugas di jabatan kita. Di antara mereka yang berjaya adalah awak dan Luna. Tahniah! Nanti pulang dari kelas berenang saya mahu raikannya bersama awak dan Luna dengan hidangan ayam panggang dan salad di Nando’s. Jangan bimbang, hidangan ini masih lagi di dalam kategori makanan diet sihat. Sehingga bertemu lagi di kolam renang nanti jam 10 pagi.
Sekian. Wassalam. Puan Melati Nordin ”Syukur alhamdulillah! Hari ini Tuhan berikan aku tiga berita gembira. Sekejap lagi aku mesti buat sujud syukur!” Fatimah memberitahu dirinya. Tiba-tiba, sebelum Fatimah mahu sign out dari kotak emelnya, masuk lagi satu emel baru. Dia melihat pada nama pengirimnya, ”Doktor Pierre! Cepatnya dia jawab emel!” Tangan kanannya segera membawa tetikusnya untuk membuka isi emel itu.
261
Salam sejahtera Cik Fatimah Fahrin. Didoakan agar cikpuan sihat dan bertambah ceria di samping keluarga. Tahniah di atas penyusutan dari segi kilogram dan sentimeter yang berlaku pada tubuh badan cikpuan dalam masa sebulan yang pertama. Untuk pengetahuan cikpuan, bersenam dengan cara senamrobik selama 78 minit dapat membakar 529 kalori manakala jika cikpuan berenang selama 25 minit, nilai kalori yang terbakar adalah sebanyak 301 kalori. Menarik bukan fakta ini? Oleh itu, saya amat gembira cikpuan telah memasukkan aktiviti berenang sebagai salah satu daripada aktiviti senaman yang cikpuan lakukan untuk menurunkan berat badan cikpuan. Tahniah lagi sekali saya ucapkan dan selamat maju jaya. Saya doakan cikpuan berjaya dalam usaha penurunan berat badan ini.
Sekian. Terima kasih. Doktor Jean-Paul Pierre ------------------------------
Seminggu kemudian.
Kedatangan rombongan petugas G&D dan orang kuatnya, Quatalina Gabino ke Malaysia mendapat liputan yang meluas daripada rakaian media massa di Malaysia. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan berita terkini daripada
262
pemilik jenama terkenal itu termasuklah juga rakaian majalah-majalah milik M Publisher Sdn. Bhd. Ketua jabatan M Fesyen, Puan Su dan ketua jabatan M Dekorasi, Puan Melati dipanggil oleh pihak penerbitan di dalam satu mesyuarat yang diketuai oleh ketua unit penerbitan, Encik Fauzul Tahir. Mesyuarat yang sengaja dibuat pada waktu makan tengahari itu dimulakan dengan jamuan makan tengahari di bilik mesyuarat M Publisher Sdn. Bhd. Sebelum menuju ke bilik mesyuarat itu, Puan Su singgah dahulu di bilik Puan Melati. Pintu kamar Puan Melati diketuk lantas Puan Su meloloskan kepalanya untuk menegur rakan sepejabatnya, ”Assalamualaikum! Sudah siap atau belum?” Puan Melati yang sedikit terkejut lantas menjawab salam Puan Su, ”Wa’alaikumsalam. Beri lagi saya dua minit. Saya mahu cari gigi palsu saya sebentar. Tadi selepas makan biskut Marrie, saya pergi bersihkan gigi palsu itu kerana banyak pula serpihan biskut yang melekat menyebabkan ia kelihatan seperti banyak pula tahi gigi saya. Kemudian saya ada letakkannya di suatu tempat tetapi sekarang saya sudah lupa pula di mana.” Puan Melati bercakap sambil mencari-cari gigi palsunya di sebalik timbunan kertas di atas mejanya. ”Berapa batang gigi palsu awak, Melati? Adakah ia berkuantiti empat batang semuanya yang terdiri daripada dua gigi kacip baris atas dan dua gigi kacip baris bawah?” Soal Puan Su sambil mengeluarkan sesuatu di dalam bakul sampah kering bersebelahan dengan meja tulis Puan Melati. Puan Melati memberhentikan usaha pencariannya lantas menjawab soalan Puan Su, ”Bagaimana awak boleh tahu?”
263
”Sebab saya rasa inilah gigi palsu awak itu!’ jawab Puan Su sambil menunjukkan set gigi palsu yang baru dikeluarkan daripada gumpalan kertas tisu. ”Masya-Allah! Bagaimana saya boleh terbuangkan ia? Syukur terlintas difikiran awak untuk mencarinya di dalam bakul sampah itu,” jawab Puan Melati yang tersenyum girang. Gigi palsu pada tangan Puan Su kemudian diambil olehnya. Puan Su tersenyum senget lantas menjawab, ”Hmm..., biasalah. Ibu saya di kampung juga selalu terbuat begini. Konon-kononnya sudah simpan dengan baik dan mahu pakai semula selepas mencucinya. Datang adik saya yang pantang tengok gumpalan kertas tisu merata-rata, diambil terus gumpalan yang disangka sampah itu kemudian dicampakkan masuk ke dalam tong sampah. Mujur ia belum dibuangkan lagi ke dalam tong sampah di belakang rumah, kalau tidak alamatnya jadi harta pusaka pusat pembuangan sampahlah jawabnya.” Puan Melati tertawa mendengar cerita pengalaman ibu Puan Su dengan gigi palsunya. ”Ada juga orang yang sama seperti saya di dalam dunia ini, ya?” ”Baguslah! Sama dengan orang yang sudah tua,” jawab Puan Su sambil menjeling dan mengembang-kempiskan hidungnya ke arah Puan Melati. Kemudian dia menyambung lagi kata-katanya, ”Ayuh! Kita sudah lambat ini! Dengar khabar Encik Fauzul Tahir mahu belanja kita makan char kueh teaw tengahari ini sambil berbincang.” Mata Puan Melati sudah bersinar-sinar bak bintang kejora sejurus dia mendengar perkataan ’char kueh teaw’ kegemarannya itu tetapi
264
dua saat kemudian semangatnya kembali mengendur apabila dia teringatkan peratus lemak yang terkandung di dalam hidangan itu. ”Su, char kueh teow ada 43 peratus lemak tahu? Rosaklah diet saya nanti....” Muncung Puan Melati sudah sepanjang dua sentimeter. Puan Su menjeling lagi lantas menarik tangan rakannya untuk keluar dari bilik itu dengan segera sambil berkata, ”Awak jangan mahu mengada-ngada pula! Kalau awak tidak mahu makan awak duduk sahaja di dalam bilik mesyuarat itu dan sumbangkan idea yang bernas untuk kami. Tentang char kueh teow awak itu, biar saya yang menghabiskannya. Ayuh kita bergerak!” ”Baiklah! Saya yang menurut perintah,” jawab Puan Melati yang berlari-lari anak apabila tangannya ditarik oleh Puan Su. ”Nanti kita singgah di pantry dahulu, saya mahu cuci gigi palsu ini sebelum dipakai semula. Khuatir nanti Encik Fauzul Tahir pengsan pula apabila melihat saya yang kekurangan gigi ini,” kata Puan Melati lagi. Puan Melati, Puan Su dan Encik Fauzul Tahir menikmati hidangan tengahari mereka bersama-sama di dalam bilik mesyuarat. Puan Su menjeling-jeling pada pinggan makan Puan Melati sambil berkata di dalam hatinya, ”Tadi kata tidak mahu makan, sekali bila aku toleh pada pinggan makannya saja sudah kelihatan habis licin semua char kueh teow yang ada 43 peratus lemak itu!” Puan Melati tersandar selepas mengesat mulutnya dengan kertas tisu. Setelah melihat Puan Su dan Puan Melati selesai makan, Encik Fauzul Tahir memulakan perbincangan mesyuarat kecil mereka. ”Tujuan saya memanggil awak berdua di dalam mesyuarat ini adalah untuk membincangkan tentang kehadiran jenama terkenal G&D ke Malaysia tempohari.”
265
Puan Melati dan Puan Su sudah bersedia dengan pen dan buku catatan untuk menulis isi-isi penting mesyuarat itu kemudian Encik Fauzul Tahir menyambung lagi kata-katanya. ”Saya bercadang mahu gabungkan wartawan terbaik dari jabatan M Fesyen iaitu Cik Julia dan jurufoto terbaik dari jabatan M Dekorasi iaitu Cik Fatimah dalam tugasan menemuramah Puan Quatalina Gabino ini nanti. Menurut sumber sidang akhbar G&D dengan para wartawan tempatan semalam, Puan Quatalina telah membeli sebuah rumah di sini, jadi bolehlah Cik Fatimah muatkan gambar-gambar dekorasi dari kediaman baru beliu di dalam majalah M Dekorasi selain daripada mengambil gambar beberapa rangkain produk fesyen yang dibawa bersama mereka ke sini untuk majalah M Fesyen pula. Hasil temuramah itu nanti akan dikongsikan bersama untuk majalah M Fesyen dan M Dekorasi. Bagaimana? Setuju?” Puan Melati dan Puan Su saling berpandangan kemudian tersenyum. Mereka berdua kemudian melemparkan pandangan seretak kepada Encik Fauzul Tahir pula sambil berkata, ”Kami setuju! Bila kita mahu lakukan tugasan ini?” ”Menurut pembantu Puan Quatalina, mereka akan berada di Malaysia selama sebulan di sini. Saya akan minta Cik Donna uruskan temujanji ini secepat mungkin supaya cerita tentang G&D dapat dimuatkan untuk isu bulan Ogos nanti,” jawab Encik Fauzul Tahir lagi. -----------------------------’Dan sungguh aku (syaitan) akan sesatkan mereka dan akan aku perdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan akan aku perintah mereka lalu mereka membelah telinga-telinga ternak, akan aku perintahkan mereka mengubah ciptaan Allah. Siapa pun
266
menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, sesungguhnya dia betul-betul telah rugi dengan kerugian yang nyata.’ (Surah an-Nisaa’, Ayat 119)
Julia memandang cermin meja soleknya sambil memakai gincu berwarna merah jambu di bibirnya. Rambut karatnya didandan rapi sambil itu dia membelek-belek pakaiannya depan belakang di hadapan cermin solek itu. Julia tersenyum puas dengan kecantikan plastiknya sambil memuji dirinya sendiri, ”Hmm..., tidak sia-sia aku jadi wartawan dalam M Fesyen ini. Macam-macam tip kecantikan yang aku dapat. Mujur bibir, pipi dan dagu aku ini sempat membentuk dengan seksinya pada hari ini selepas aku buat suntikan botox semalam. Bulu mata dua tingkat ini juga cantik bila dikenakan pada mata aku. Mesti Puan Quatalina terpegun melihat kecantikan aku ini. Silap haribulan, ditawarkan pula aku menjadi model jenama G&Dnya. Alahai..., indahnya dunia.” Julia mengedip-ngedipkan matanya sambil berangan persis primadona menerima anugerah pelakon terbaik pula di hadapan cermin soleknya itu. Tiba-tiba Julia dikejutkan dengan deringan bunyi telefon bimbitnya sendiri. Julia langsung mengeluarkan telefon bimbit iPhone berwarna merah jambu pemberian Johan dari tas tangannya. Dilihat nama pada paparan telefon itu sambil menjuihkan bibirnya. Jarinya segera menekan butang untuk menerima panggilan itu. Sambil membuat muka, Julia menjawab panggilan itu, ”Hah Fatimah! Bukankah saya sudah cakap dengan awak yang kita akan pergi temujanji dengan Puan Quatalina itu secara berasingan!”
267
Fatimah yang berada di hujung talian berasa pelik kerana tiba-tiba dijerkah oleh Julia, ”Awak ini, tidak sempat saya beri salam lagi, awak sudah terjerit-jerit. Mengapa bad mood tiba-tiba ini? Awak sedang datang bulankah?” Julia terdengar Fatimah ketawa terkekeh-kekeh dengan lawaknya sendiri di hujung taliannya. ”Awak jangan mahu buat lawak sarkas pula dengan saya pagipagi ini. Kalau tidak kerana arahan daripada Encik Fauzul Tahir dan Puan Su, saya tidak ingin pun bekerjasama dengan awak, tahu!” jawab Julia yang sedang diserang angin Taufan Katrina setelah Fatimah mempermainkan tahap keseriusannya. Fatimah yang sudah tidak tahan panas telinga langsung menjawab dengan tenang, ”Cikpuan Julia, saya ini telefon awak bukan untuk mengajak awak bergaduh tetapi saya mahu beritahu awak yang saya sudah pun sampai di rumah Puan Quatalina itu. Kalau awak tersesat nanti, jangan berasa segan-silu untuk menghubungi saya. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Jangan make-up lama-lama sangat di hadapan cermin itu, nanti cermin itu retak pula. Assalamualaikum.” Fatimah tertawa lagi. “Wa’alaikumsalam!” jawab Julia dalam nada menjerit sambil menekan butang merah bagi mengakhiri perbualan mereka. Sambil mendengus-dengus, Julia berkata sendirian, “Engkau jangan fikir engkau hebat sangat setelah dinaikkan pangkat bulan lepas. Sekarang engkau sudah semakin berani menonjolkan diri di M Publisher, ya? Jaga engkau Fatimah Fatty..., akan aku cari jalan untuk malukan engkau di mana saja ada kesempatan.” Julia tertawa mengilai di dalam kamarnya persis Pontianak Harum Sundal Malam
268
sebelum dia melangkah keluar menuju ke keretanya untuk terus ke rumah Puan Quatalina. -----------------------------Lokasi : Kediaman baru Puan Quatalina Gabino Masa temujanji : Sabtu, jam 11 pagi
Kenderaan Julia baru sahaja sampai di hadapan pagar kediaman baru Quatalina di Kuda Kepang Height pada jam 10.32 pagi selepas setengah jam pemanduan dari rumahnya. Dia memakirkan keretanya di hadapan pagar rumah Quatalina lantas keluar dari keretanya untuk menekan butang loceng pada pagar rumah yang tertulis ’Teratak Bahagia’. Sambil menantikan pintu pagar itu dibuka, mata Julia tiba-tiba terpaku pada satu pemandangan yang menyakitkan matanya. Hatinya berkata dengan nada geram, ”Kalau tidak silap aku, kereta myvi berwarna hijau pucuk pisang itu kepunyaan si Fatimah Fatty! Dia ini sudah melampau! Mana boleh dia letakkan keretanya di bawah anjung yang sama dengan kereta Puan Quatalina? Siapa dia untuk setaraf dengan pewaris jenama terkenal itu?” Julia mengetap-ngetap bibirnya sambil mengipas-ngipas wajahnya dengan sebuah buku nota kecil yang dibekalkan bersama. Tiga saat kemudian, pintu pagar itu terbuka sedikit secara automatik, cukup setakat memuatkan badan Julia untuk memasukinya. Julia masuk menerusi bukaan pagar itu sambil merungut sendirian, ”Fikirkan dia mahu buka pagar ini luas-luas supaya aku juga dapat memakir kereta aku di dalam kawasan rumahnya! Mahu dikatakan aku lambat sampai..., tidak juga kerana
269
temujanji dijadualkan bermula pada jam 11 pagi nanti. Sekarang baru jam 10.40 pagi. Jangan-jangan Fatimah sudah baca jampi pada Puan Quatalina supaya dia membenci aku!” Julia mula berburuk sangka kepada Fatimah. Julia melangkah pantas dengan gaya catwalk sehingga tiba di hadapan pintu rumah Quatalina. ”Hmm..., pintu rumah terbuka tetapi tiada siapa yang menyambut aku. Fatimah pun tiada. Jangan-jangan dia sedang sedap-sedap makan jamuan bersama Puan Quatalina,” rungutnya lagi. Baru sahaja Julia mahu membuka mulut untul mengucapkan salam, tiba-tiba seorang wanita jelita berbusana Muslimah tampil di pintu masuk rumah itu. Dia mempamerkan sebuah senyum lantas mengucapkan salam kepada Julia. Julia menjawab ucapan salam itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman, ”Wa’alaikumsalam, Puan Quatalina. Saya Julia dari majalah M Fesyen. Ini kad nama saya.” Julia memandang Quatalina atas bawah lalu berkata di dalam hatinya, ”Cantik sungguh wanita ini. Walaupun menceburi bidang fesyen dan berasal dari Perancis namun dia tetap tampil ayu di dalam busana Muslimahnya. Terasa seperti aku pula yang terlebih bergaya berbanding beliau. Hmm..., malunya.” Julia lalu membetul-betulkan pakaiannya serta rambutnya di hadapan pintu cermin rumah Quatalina. Kad nama Julia disambut oleh Quatalina lalu dia menjemput Julia masuk ke dalam rumahnya, ”Silakan masuk Cik Julia. Terima kasih kerana sudi membuat temuramah bersama kami daripada G&D.
270
Menurut kata Cik Fatimah tadi, M Fesyen merupakan sebuah majalah fesyen yang amat terkenal di Malaysia. Tahniah!” Julia tersenyum bangga apabila menerima pujian lantas duduk berhadapan dengan Quatalina di atas sofa di ruang tamu rumah itu. Matanya masih lagi tercari-cari rakan setugasnya. ”Cik Julia cari Cik Fatimah, kah?” tanya Quatalina yang menyedari Julia seperti tidak senang duduk mencari Fatimah yang belum munculmuncul lagi sejak dari ketibaannya tadi. Julia membetulkan cara duduknya lantas menjawab, ”Benar, puan. Boleh saya tahu di mana dia sekarang kerana saya perlukan khidmat rakaman foto daripadanya sebentar nanti.” ”Tadi dia sedang merakam gambar di kawasan taman kami di belakang rumah ini. Sebentar lagi masuklah dia. Sementara menunggu kehadirannya, lebih baik kita mulakan temuramah ini sekarang,” jawab Quatalina sambil tersenyum. ”Baiklah,” jawab Julia sambil membalas senyuman Quatalina lantas dia mula meletakkan pita rakamannya di atas meja di hadapan Quatalina bagi merakam temuramah mereka. Pada tangannya pula sudah tersedia dengan sebatang pen dan buku nota. -----------------------------Selepas dua puluh minit menemuramah Quatalina, Fatimah tidak juga muncul-muncul di ruang tamu itu. Tugasan di bahagian Julia pula hampir selesai. Quatalina lantas bangun dari sofa dan mengajak Julia untuk menikmati jamuan makan tengahari bersama-sama di rumahnya. ”Cik Julia, memandangkan waktu sudah tengahari, apa kata Cik Julia makan tengahari sahaja di rumah kami ini.”
271
”Terima kasih, puan tetapi...,” Julia sedang berfikir ayat yang sesuai untuk dibuatkan alasan supaya dia tidak perlu tunggu untuk makan di situ. Bukannya dia tidak suka makan tetapi dia terpaksa menjaga pemakanannya demi untuk sentiasa tampil cantik dan supaya kekasihnya Johan yang berdarah kacukan itu tidak mencari pengganti yang lain. ”Janganlah tolak permintaan saya ini, nanti siapa pula mahu makan semua makanan yang telah disiapkan oleh suami saya nanti?” jawab Quatalina lagi dengan nada merayu kemudian tersenyum manis. Julia terkejut mendengar perkataan ’suami’ yang terkeluar dari mulut Quatalina. Menurut maklumat yang diperolehi daripada pembacaannya di internet tentang pewaris syarikat G&D itu, wanita yang bernama Quatalina adalah seorang janda. Oleh kerana maklumat itu jugalah yang membuatkan Julia tidak bertanyakan lagi tentang maklumat status pewaris G&D itu. ”Hmm..., sejak bila pula dia berkahwin semula?” Julia tergamam sejenak tetapi dia tidak mahu bertanyakan soalan yang dianggap sensasi itu kepada Quatalina. Memang temubual di antara dirinya dengan Quatalina itu tadi hanya menyentuh tentang karier Quatalina dan jenama G&D sahaja tanpa melibatkan hal peribadi wanita itu. ”Nanti aku bisik-bisikan cerita ini kepada Nancy Murai supaya dia pula yang membuat wawancara dengan Puan Quatalina mengenai hal ini pula. Pasti meletup majalah M Hiburan nanti.” Julia mengangguk setuju sambil berkata, ”Saya pergi panggil Fatimah untuk makan bersama-sama kita, ya puan. Di mana dia agak?”
272
Julia tergaru-garu ditengkuknya yang dipenuhi dengan rantai manik yang kelihatan ranggi. ”Cik Julia hubungi sahaja telefon bimbitnya. Nanti bila dia sudah tampil ke dalam, Cik Julia bawalah dia bersama-sama ke ruang makan kami di belakang sana, ya,” kata Quatalina sambil berjalan menuju ke belakang. Julia mengeluarkan telefon bimbit iPhone-nya dari tas tangan untuk menghubungi Fatimah. Dua kali nombor Fatimah dihubungi tetapi tidak dijawab oleh Fatimah. Nombor Fatimah didail semula buat kali ketiga, tiba-tiba Julia disergah oleh Fatimah dari belakang, ”HAH!” Julia terkejut dengan sergahan Fatimah lantas iPhone kesayangannya itu terpelanting jauh dari tangannya. Julia sudah panik lalu menjerit sambil menekup mulutnya, ”Tidakkk...!” Dia tidak mahu jeritannya didengari oleh tuan rumah itu. Dalam minda Julia sudah terbayang akan nasib iPhone itu nanti apabila ia terhempas ke lantai jubin kediaman yang bernama ’Teratak Bahagia’ itu nanti. ”Sudah tentu yang paling bahagia sekali di dalam ’Teratak Bahagia’ ini adalah Fatimah kerana dia berjaya membuatkan iPhone aku hancur-berkecai! Cis!” Hati Julia mula menuduh Fatimah yang bukan-bukan. Fatimah yang berasa bersalah di atas tindakannya yang telah menyebabkan Julia terkejut bak seekor gajah ternampak tikus segera beraksi persis seorang penjaga gol bola sepak dunia yang berkategori heavyweight. Dia segera berguling-guling di atas lantai rumah Quatalina untuk cuba menyambut iPhone rakannya itu. Julia sudah menutup matanya kerana tidak sanggup melihat nasib malang iPhone itu tetapi akhirnya..., iPhone berwarna merah jambu itu berjaya
273
disambut oleh Fatimah dengan penuh gaya seorang penjaga gol handalan. Fatimah terbaring sebentar di atas lantai itu bersama iPhone Julia di dalam genggamannya. Dada Fatimah berombak-ombak bernafas kencang. Julia membuka kelopak matanya dan memandang ke arah Fatimah yang sedang terbujur di hadapannya sambil menyeringai. Julia menjerit lagi sekali dalam nada yang dikawal sambil memerhatikan pakaian yang dikenakan oleh Fatimah, ”Fatimah! Mengapa awak berpakaian sebegini rupa di rumah Puan Quatalina?” Merah padam wajah Julia mengawal api kemarahannya. Sambil berbaring, Fatimah melihat semula pakaian yang dikenakan pada tubuhnya langsung menjawab tanpa rasa bersalah, ”Mengapa pula dengan pakaian saya ini? Tidak bolehkah saya memakai seluar batik dan T-shirt? Bukankah hari ini hari sabtu..., hari untuk bekerja dalam keadaan bersantai-santai. Eh! Awak sepatutnya berterima kasih kepada saya kerana saya telah bersusah-payah menyelamatkan iPhone awak ini dari jatuh berkecai tahu? Apa lagi tercegat di situ? Cepatlah bantu saya bangun. Penat tahu sekali-sekala penjaga gol simpanan ini terpaksa beraksi pada saat-saat kecemasan.” Temengah-mengah Fatimah cuba membangkitkan dirinya. ”Bukan main lagi, ya awak! Sejak sudah naik pangkat ini, sudah berani loyar buruk pula dengan saya! Awak jangan lupa, pangkat saya juga sama seperti awak!” jawab Julia dalam nada yang berbisik tetapi kasar bunyinya. Dia tidak mahu Quatalina membuat aduan kepada majikannya di M Publisher tentang tingkah-laku mereka di rumahnya nanti. Tanpa berfikir panjang dia segera menarik tangan Fatimah
274
supaya segera bangkit dari lantai rumah itu lalu merampas telefon bimbitnya dari tangan Fatimah. Tanpa berkata terima kasih kepada Fatimah, dia terus mengajak Fatimah mengikutnya ke ruang makan. ”Ayuh! Kita pergi makan tengahari. Puan Quatalina menjemput kita makan bersamanya. Ish! Awak ini memang memalukan saya saja dengan pakaian santai awak itu,” rungut Julia lagi sambil dibontoti Fatimah. ”Eh, eh! awak mahu ke mana pula? Ruang makan Puan Quatalina di sini bukan di sana,” jawab Fatimah sambil membelok ke arah kanannya. ”Awak jangan memandai-mandai, Fatimah! Tadi Puan Quatalina sendiri yang tunjukkan arah ini kepada saya,” jawab Julia yang sebenarnya sudah terkeliru dengan arah jalan di dalam rumah Quatalina itu. ”Saya tahulah, sudah puas saya ronda sekeliling rumah ini untuk merakam gambar tadi,” jawab Fatimah yang kini dibontoti oleh Julia pula. Dua saat kemudian mereka sampai di satu ruang yang dihiasi meja makan. Di atas meja itu sudah penuh dengan pelbagai hidangan diet makanan sihat. Terbeliak mata Julia memandang hidangan itu lalu memuji Quatalina yang sudah pun duduk di meja makan tersebut. ”Wah! Hidangan makanan sihat! Sungguh menarik sekali!” ”Julia, Fatimah, silakan menjamu selera. Makanlah sepuaspuasnya. Jangan risau, semua makanan ini rendah lemak dan kalori. Ada ikan salmon yang direbus bersama cuka balsamik, salad boulevard, brokoli dengan madu serta tortilla bersama keju rendah
275
lemak. Semuanya hasil masakan suami saya, Chef Fahrin Imad,” terang Quatalina kepada Julia dan Fatimah. Julia terdiam sebentar. Fikirannya sedang cuba mengingatkan sesuatu. ”Adakah yang dimaksudkan itu ayah Fatimah yang juga seorang chef yang bernama Fahrin? Tidak mungkin, tidak mungkin.... Daripada aku fikir yang bukan-bukan, lebih baik aku pekena semua hidangan-hidangan ini sebelum Fatimah menghabiskannya.” Walaupun Julia pernah mendengar nama Chef Fahrin sebelum inin dan mengetahui bahawa ayah Fatimah juga seorang chef yang terkenal tetapi disebabkan dia lebih berminat dalam mencari maklumat tentang dunia fesyen dan kecantikan maka Julia tidak pernah berminat untuk mengingati wajah ayah Fahrin dengan lebih lanjut. Kali terakhir dia ternampak wajah Fahrin dari jauh yang mana ketika itu Fahrin sedang berdiri bersebelahan Fatimah semasa hari konvokesyen mereka beberapa tahun yang lalu. Tangan Julia lantas mengambil hidangan tortilla yang dimaksudkan oleh Quatalina tadi sambil menjemput Quatalina untuk makan bersamanya. ”Saya makan, ya Puan Quatalina?” Quatalina tersenyum namun sebelum Julia menyuapkan mulutnya dengan makanan tersebut, dia tertoleh ke kiri kanan untuk mencari Fatimah. Fatimah ghaib sekali lagi. ”Aduhai..., di manalah si Fatimah ini? Asyik menghilangkan dirinya sahaja. Macam kanak-kanak. Susah mahu dikawal. Kalau beginilah caranya, aku akan adukan kepada Puan Su supaya tugasan seterusnya jangan gandingkan aku bersamanya lagi,” kata hati Julia lalu mengunyah tortilla dengan lahapnya.
276
Tidak lama kemudian Fatimah tampil ke meja makan bersama ayahnya. Fatimah tersengih-sengih sahaja di sebelah ayahnya sambil membawa sedulang lagi makanan. Julia yang sedang tekun menjamah hidangan dikejutkan dengan teriakan Fatimah yang bersuara riang-ria, ”Juliaaa! Saya ada bawakan awak lagi makanan. Ini ayah saya buatkan awak salad croissant. Ummph..., baunya pun sudah menyelerakan.” Fatimah lantas meletakkan hidangan itu ke atas meja lalu dia menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Julia manakala Fahrin pula duduk bersebelahan dengan Quatalina. Julia meluat melihat Fatimah yang tergedik-gedik dengan Fahrin tanpa mengetahui lelaki itu ialah Chef Fahrin yang juga ayah kepada Fatimah. Julia menahan geramnya sambil berbisik keras ke telinga Fatimah, ”Apa yang awak buat ini, Fatimah? Tidak perlulah tertalu menunjuk-nunjuk baik di hadapan mereka. Jangan haraplah yang Puan Quatalina akan menghadiahkan awak pakaian dari jenama G&D pula. Tiada saiz yang sesuai pun untuk awak.” Fatimah membalas kata-kata Julia dengan bisikan ringkas sambil tersenyum sinis, ”Begitukah?” Tanpa melengahkan masa lagi Quatalina memperkenalkan Fahrin kepada Julia, ”Cik Julia, kenalkan ini suami saya, Chef Fahrin dan beliau juga ayah kepada Cik Fatimah.” Julia hampir tercekik mendengar pengakuan itu. Dengan segera dia bertanya kepada Quatalina, ”Oh..., Puan Quatalina ini ibu tiri kepada Fatimah, kah?” Hatinya sedang berdoa bahawa dirinya sedang bermimpi. Tidak sanggup telinganya untuk mendengar bahawa orang yang selalu dikutuk, dihina, diejek mendapat kehidupan yang lebih baik daripadanya.
277
Kening Fatimah sudah berkerut. Hatinya memberontak. ”Wajah aku ini tiada iras langsungkah dengan wajah ibu aku atau..., Julia sengaja mahu menafikan kebenaran yang dilihat?” ”Begini Cik Julia..., saya sememang ibu kandung Cik Fatimah. Begitu juga dengan Chef Fahrin. Kami berpisah seketika atas sebabsebab yang amat peribadi tetapi setelah saya menjumpai ayah Fatimah semula, kami bernikah kembali. Saya akan menceritakan tentang perkara ini semasa di sidang akhbar pada hari perasmian butik G&D minggu hadapan,” jawab Quatalina sambil bahunya dipeluk oleh Fahrin. Julia sudah kehilangan kata-kata. Mulutnya yang masih lagi berisi tortilla yang belum habis ditelan telah berhenti mengunyah. ”Aduhai..., mengapalah dalam ramai-ramai manusia di bumi ini, si Fatimah Fatty juga yang mempunyai ibu dan ayah yang terkenal,” keluh hati Julia. Dia seperti memarahi takdir. Dalam masa yang sama dia juga berasa malu dan iri hati. Sambil meletakkan tortilla yang belum habis dijamahnya ke dalam pinggan di hadapannya, Julia segera berkata, ”Minta maaf, Puan Quatalina di atas kata-kata saya tadi. Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan, puan.” Julia sudah tiada selera lagi untuk menghabiskan hidangannya. Sambil melihat kepada jam di lengannya, Julia bersuara lagi, ”Memandangkan masa pun sudah hampir jam 1.30 petang. Izinkan saya untuk mengundur diri dahulu. Saya ada temujanji dengan rakan saya pula selepas ini.” Julia sengaja mencipta alasan. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk berada lama di rumah Quatalina dan juga rumah Fatimah itu.
278
”Cepatnya awak mahu balik, Julia,” kata Fatimah pula. ”Bungkuslah makanan ini untuk dibawa balik sedikit. Bukan senang mahu dapat makan masakan dari saya lain kali, ” kata Fahrin pula sambil tersenyum. Tangannya sedang laju memasukkan beberapa makanan ke dalam bekas makanan. ”Terima kasih, Chef Fahrin,” jawab Julia ringkas. Sambil menghulurkan sekeping kad jemputan kepada Julia, Quatalina berkata, ”Ini kad jemputan untuk hari pembukaan butik G&D di KLCC pada minggu hadapan. Saya jemput semua warga M Publisher untuk meraikan majlis pembukaan ini nanti. Terima kasih lagi sekali kerana sudi membuat temuramah tentang saya dan juga perniagaan G&D.” Julia menerima beberapa keping kad jemputan yang tertulis nama-nama tertentu pada sampulnya lalu berkata, ”Terima kasih kembali dari saya dan pihak M Publisher. Insya-Allah kad jemputan ini akan saya sampaikan kepada mereka pada hari isnin nanti.” Mereka berdua bersalaman. Sebelum pulang, Fahrin menghulurkan beg berisi bekas makanan kepada Julia. Fatimah menemankan Julia pulang sehingga ke pintu pagar rumahnya. Julia hanya diam membisu sahaja sepanjang langkahnya menuju ke keretanya. Semasa Julia membuka pintu keretanya, Fatimah sempat berkata, ”Awak jangan risau, Julia. Saya sudah maafkan segala perbuatan buruk awak terhadap saya dan buat pengetahuan awak, saya tidak pernah mengadu kepada ayah dan ibu saya tentang kejahatan awak. Cuma saya berharap, lain kali awak janganlah memandang orang dari segi rupa dan saiz badan sahaja kerana apa
279
yang penting adalah isi hati mereka dan ketaatan mereka kepada Tuhan.” Fatimah kemudian menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Julia. Julia menyambut salam Fatimah sambil tersenyum kelat lantas masuk ke dalam keretanya tanpa menjawab sepatah pun. Fatimah kemudian melambai ke arah Julia di dalam keretanya sehingga keretanya hilang dari pandangan Fatimah. Dia kemudian kembali masuk ke dalam rumah baru keluarganya. Ketika Julia memandu pulang, dia menjerit-jerit seorang diri seperti terkena histeria di dalam kenderaannya. ”Bencinyaaa...! Fatimah sengaja mahu malukan aku di hadapan mereka! Aku rasa ini semua hanya lakonan semata-mata! Ini semua mimpi! Dia mesti telah berpakat dengan Puan Quatalina. Mesti mahal ayahnya bayar pada Puan Quatalina bagi menjayakan lakonan itu! Sebab itulah dia sudah awal-awal lagi berada di rumah Puan Quatalina bersama-sama ayahnya. Hahaha! ” Julia membebel seorang diri di dalam keretanya. Pedal kelajuan dipijak bagi menambahkan lagi kelajuan keretanya. Bab 19 Setahun kemudian.
Nama : Fatimah binti Fahrin Lokasi : Di dalam kapal terbang.
Fatimah sudah bersedia dengan semua peralatan dan keperluan untuk melakukan penerjunan aktiviti payung terjun bersama lima orang peserta sukan ekstrem payung terjun atau sukan skydiving yang lain.
280
Ini merupakan penerjunannya yang kedua setelah menjalani latihan penerjunan tanpa kamera semalam. Hasil gambar-gambar yang dirakamkan nanti akan digunakan untuk majalah baru terbitan M Publisher Sdn. Bhd. iaitu M Eksplorasi. Guru aktiviti skydiving-nya iaitu Encik Dylan menjerit kepadanya, ”Cik Fatimah boleh lakukan penerjunan ini pada bila-bila masa sahaja selepas kelima-lima penerjun ini melakukan penerjunan mereka nanti!” Fatimah melihat kelima-lima anak muda yang lengkap dengan baju khas yang berwarna cerah sedang bersedia beratur di pintu kapal terbang. Angin di luar kapal terbang tidak memungkinkan mereka bercakap perlahan. Semuanya perlu berjerit. Fatimah hanya memberi jawapan dengan satu anggukan sambil melentikkan ibu jarinya ke atas. Dia kemudian menyarungkan helmet khas yang dilengkapi dengan kamera digital SLR jenis biasa di atas helmet tersebut. Sebelum helmet itu disarungkan ke kepalanya, butang ON pada kamera sudah pun ditekan. Ikatan helmet dipastikan terikat ketat. Alat kawalan untuk butang shutter atau picu perakam gambar iaitu ’tongue switch’ atau suis lidah sudah dipastikan berada di dalam mulutnya. Begitu juga alat untuk memerhatikan gambar yang akan dirakamkan nanti iaitu ringsight juga sudah dipastikan berada di hadapan mata kanannya. Gambar untuk aksi terjunan ini tidak dapat dilakukan dengan cara biasa seperti gambar yang diambil di atas daratan kerana payung terjun yang digunakan perlu dikawal baik dengan tangan supaya pendaratan dapat dibuat dengan selamat nanti.
281
Sambil membaca bismillah, Fatimah melakukan penerjunan. Banyak aksi lima orang penerjun tadi berjaya dirakamkan dengan berlatar belakangkan pemandangan langit serta kepulan awan yang menakjubkan. Semasa terapung di langit biru, hati kecil Fatimah berkata sambil merakamkan aksi-aksi penerjun, ”Subhanallah. Maha Suci Allah Pencipta langit dan bumi. Semua ciptaan Allah ini mesti dilihat dengan mata hati dan difikirkan dengan akal agar tercungkil hikmahnya.” Fatimah kemudian senyum puas seorang diri sambil meneruskan tugasannya sehingga mereka semua selamat mendarat di tempat lapangan yang disediakan. Payung terjun Fatimah berjaya dikawal dengan baik semasa pendaratan. Dari jauh, dia dapat melihat ibunya, Quatalina yang berkaca mata hitam sedang setia menunggu sambil duduk bersantai di bawah teduhan tempat menunggu. Mereka berbalas lambaian dari jauh. Fatimah membawa gulungan payung terjunnya ke arah ibunya sambil tersenyum puas. ”Terima kasih kerana ibu sudi menemani saya,” kata Fatimah kepada ibunya. ”Tidak mengapa. Ibu gembira dengan kamu. Kamu sudah semakin berani melakukan tugas-tugas yang mencabar seperti tugasan ini,” jawab Quatalina sambil membantu anaknya menanggalkan peralatan payung terjun dari badan Fatimah. ”Saya juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada ibu kerana telah memperkenalkan saya dengan Doktor Pierre sebelum ini. Dengan izin Allah Taala, berat badan saya telah menjadi normal dalam masa setahun iaitu daripada 102kg kepada 66kg. Kalau saya masih
282
gemuk lagi seperti dulu, saya juga tidak berani menerima tugasan yang mencabar ini. Dengan tahap stamina yang teruk dan kesihatan yang tidak normal pula, silap haribulan payung terjun ini pun tidak mampu menanggung berat saya,” jawab Fatimah sambil tertawa bersama ibunya. ”Syukur alhamdulliah,” jawab Quatalina. ”Bagaimana pula dengan keputusan mesyuarat ibu tadi?” soal Fatimah kepada ibunya pula. ”Hmm..., mesyuarat tadi. Oh, mengenai rekaan busana Muslimah itu? Jualan di Malaysia memang memberansangkan. Ada lagi satu berita baik, ramai peminat jenama G&D dari Timur Tengah dan juga Eropah turut meminta supaya dibawakan masuk stok rekaan busana Muslimah kita ke negara mereka,” terang Quatalina dengan penuh bersemangat. ”Tahniah buat G&D! Nanti bolehlah kita buat kenduri kesyukuran di masjid berdekatan rumah kita sempena kejayaan ini,” cadang Fatimah sambil berjalan berpimpinan tangan dengan ibunya menuju ke locker tempat dia menyimpan tas tangannya buat sementara waktu ketika dia sibuk dengan aktiviti payung terjunnya tadi. ”Begitulah hasrat ibu. Nenek Daarina di Paris juga akan buat kenduri kesyukuran di sana,” jawab Quatalina lagi. -----------------------------Nama : Fahrin bin Imad Lokasi : Studio rakaman televisyen tempatan.
”Jurukamera..., sedia..., action!” jerit pengarah.
283
Fahrin yang sedang berdiri di hadapan dapur memasak di dalam sebuah studio rakaman memulakan aksinya sebagai jurucakap untuk rancangan memasaknya. ”Assalamualaikum penonton. Temui saya lagi, Chef Fahrin di dalam rancangan memasak ’Kenyang dan Sihat’. Hari ini saya mahu tunjukkan cara bagaimana memasak hidangan sihat kita yang kelima pula iaitu ’Siakap Kukus Sayuran’. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, hidangan makanan yang seimbang perlu ada protein, karbohidrat, sedikit lemak, vitamin dan mineral. Siapa yang tidak suka makan sayursayuran di luar sana itu..., kenalah mula belajar makan sayur demi kesihatan badan. Badan sihat, minda pun cergas,” kata Fahrin sebelum memulakan tugasan memasaknya di hadapan kamera. Sejak Fatimah mula menjalankan proses penurunan berat badan setahun yang lalu, Fahrin juga telah berusaha mencipta pelbagai jenis resipi untuk diet sihat. Banyak bengkel kecantikan dan penurunan berat badan tempatan telah menjemputnya sebagai chef jemputan untuk mengajar para peserta kursus cara-cara memasak resipi sedemikian. Rezeki fahrin semakin bertambah dan dia juga semakin gembira kerana dengan izin Allah, hasil usahanya itu dapat membantu ramai orang sihat dan cergas. Dia juga berjaya menukar persepsi orang ramai bahawa makanan diet sihat juga lazat untuk dimakan. -----------------------------Nama : Julia binti Mustarjo Lokasi : Stesen televisyen TV13
Dua hari selepas Julia pulang dari temuramah di rumah Quatalina pada tahun lepas, dia telah memberi surat perletakan jawatannya 24
284
jam kepada Puan Su dengan alasan dia sudah mendapat tawaran bekerja di syarikat lain dengan gaji yang lebih lumayan. Akan tetapi alasan yang sebenarnya dia mahu berhenti kerja adalah kerana dia malu untuk bersemuka lagi dengan Fatimah di M Publisher Sdn. Bhd.. Seminggu selepas itu dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik sambil terjerit-jerit. Ini kerana dirinya sungguh tidak dapat menerima hakikat bahawa Fatimah, gadis berbadan gemuk yang dibencin selama ini adalah anak kandung kepada pewaris jenama G&D yang sangat terkenal. Tidak lama selepas itu, dia telah dimasukkan ke wad rawatan sakit mental selama lima bulan oleh keluarganya. Sewaktu itu jugalah, kulit mukanya turut mengalami kesan sampingan yang teruk hasil daripada suntikan botox tiruan. Jiwanya amat tertekan dan keadaan ini telah mengakibatkan dia bergaduh besar dengan kekasihnya Johan. Dia menuduh Johan berlaku curang dan telah mencederakannya. Akibat sudah lama menahan sabar dengan perangai Julia sejak dari waktu mereka belajar di universiti lagi, Johan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Kini Johan sudah pun berkahwin dengan Rima adik kepada Fauzi. Mereka berkenalan secara tidak sengaja apabila Johan membantu Rima menukarkan tayarnya yang pancit di tepi lebuhraya persekutuan. Julia pula selepas lima bulan menerima rawatan sakit mental telah sembuh dan mendapat semangat baru. Dia telah memasuki satu rancangan realiti tv yang bertajuk ’Pengacara Terkenal Malaysia’ dan telah berjaya menjadi juara.
285
Dengan penampilan yang lebih sopan dan imej bertudung, kini Julia menjadi pengacara yang terkenal bagi rancangan ’Majalah 13’ untuk siaran TV13. -----------------------------Nama : Fauzi bin Rashdan Lokasi : Butik G&D, KLCC
Fauzi kini bekerja sebagai pereka pakaian lelaki untuk Butik G&D di KLCC. Selain daripada itu, imejnya sudah 100 peratus ke arah lelaki sebenar. Beberapa rekaannya juga berjaya ke pertunjukan fesyen antarabangsa kerana berjaya menampilkan satu kelainan pada pakaian lelaki sambil menerapkan nilai-nilai islami pada rekaanrekaannya. Butik pengantin miliknya dulu juga sudah diserahkan kepada adiknya, Rima untuk menguruskan sepenuhnya. Bulan hadapan, Fauzi bercadang untuk membawa rombongan keluarganya untuk meminang Fatimah. TAMAT
286