Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I
Amali 2: Pembinaan Algoritma Menggunakan Perisian Microsoft Word Latihan makmal ini memerlukan anda: i. Membina kod sudo menggunakan perisian Microsoft Word ii. Membina carta alir menggunakan perisian Microsoft Word 1.
Muatkan perisian Microsoft Word • Muatkan perisian Microsoft Word ke dalam ingatan utama komputer, iaitu RAM. • Cara untuk memuatkan perisian Microsoft Word: i. Klik pada menu Start yang berada di bahagian bawah sebelah kiri skrin. ii. Pilih pada Microsoft Word yang diwakili oleh ikon
Perisian Microsoft Word akan dipamerkan seperti berikut:
2.
Taipkan kod sudo. Algoritma : Mengira hasil tambah bagi tiga nombor 1. Mula 2. Setkan HASILTAMBAH bersamaan 0 3. Baca NOMBOR1 4. Baca NOMBOR2 5. Baca NOMBOR3 6. Tambah NOMBOR1, NOMBOR2 dan NOMBOR3 dan simpan dlm HASILTAMBAH 7. Paparkan HASILTAMBAH 8. Tamat
3.
Simpan fail kod sudo
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
1
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I •
4.
Cara untuk menyimpan dokumen word: i. Klik pada menu File. Pilih pilihan Save As.
ii.
Klik dua kali pada Folder yang mengandungi fail-fail anda. Kemudian taipkan nama fail dokumen word, sebagai contoh, KodSudoKira3Nom seperti contoh berikut:
iii.
Klik bebutang Save.
Membina carta alir • Gerak kursor supaya ke halaman baru berikutnya dengan cara: i. Pada menu Insert, pilih pilihan Break.
ii.
Pada kekotak dialog berikut, pilih pada Page Break dan klik pada bebutang OK.
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
2
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I
iii.
Pastikan bahagian Drawing diaktifkan. Jika tidak aktif, pada menu View, pilih Toolbars dan pilih Drawing seperti berikut:
iv.
Pada panel Drawing, klik pada ikon text box seperti berikut:
v.
Lukis satu kawasan segi empat dan labelkannya sebagai mula seperti contoh berikut: mula
vi.
Ubah rupa supaya berbentuk simbol terminal dengan cara, klik pada menu Draw, pilih Change Autoshape, pilih Flowchart, pilih simbol terminator.
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
3
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I
vii.
Bina carta alir seperti berikut:
MULA
Baca NOM1, NOM2, NOM3
HASILTAMBAH = NOM1 + NOM2 + NOM3
Pamer HASILTAMBAH
TAMAT
viii.
Simpan fail.
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
4
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I Diberi masalah berikut, anda perlu: iii. Menulis kod sudo iv. Membina carta alir Masalah 1: Cari purata berat bagi 4 orang pelajar. Cuba analisa permasalahan ini dengan menyatakan input, output serta formula yang diperlukan untuk mengira purata. Output :
Input: Formula:
Algoritma berbentuk kod sudo:
Algoritma berbentuk carta alir:
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
5
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I Masalah 2: Cari luas dan isipadu kuboid dengan diberi panjang, lebar dan ketinggian kuboid tersebut. Output :
Input: Formula:
Algoritma berbentuk kod sudo:
Algoritma berbentuk carta alir:
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
6
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I Masalah 3: Gaji mingguan seseorang pekerja ditentukan berdasarkan jumlah jam bekerja dan kadar bayaran sejam. Cuba analisa permasalahan ini dengan menyatakan input, output serta formula yang diperlukan untuk mengira gaji yang diperoleh seseorang pekerja mengikut minggu. Output :
Input: Formula:
Algoritma berbentuk kod sudo:
Algoritma berbentuk carta alir:
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
7
Latihan Makmal 2 – Teknik Pengaturcaraan I Masalah 4: Sempena hari kemerdekaan yang bakal menjelang, Encik Mokhtar bercadang untuk memasang karpet baru di bilik tidurnya. Lebar karpet biasanya ialah 1 meter. Tuliskan suatu algoritma yang menentukan panjang karpet yang harus dibeli serta harganya. Cuba analisa permasalahan ini. Output :
Input: Formula:
Algoritma berbentuk kod sudo:
Algoritma berbentuk carta alir:
Oleh: Dr. Norazah Yusof, FSKSM, UTM
8