Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
LAMPIRAN A
YARAT-SYARAT AM SYARAT-SYARAT AM Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.
1.
KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA
1.1 Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam (Kod Bidang: 210102 dan 210105) serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama
dengan
Dokumen
Sebut
Harga.
Jika
tempoh
pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan atau pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Kegagalan Penyebut Harga mengemukakan salinan surat tersebut adalah ditakrifkan sebagai sijil telah tamat tempoh dan tidak akan dipertimbangkan.
1.2 Dokumen tawaran Penyebut Harga hendaklah dibuat di atas borangborang asal Sebut Harga yang disertakan bersama Kenyataan Tawaran. Semua borang-borang berhubung dengan Sebut Harga hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh Penyebut Harga. Mana-mana borang yang tidak bertandatangan dan dicop dengan cop rasmi Penyebut Harga tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.
Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
1
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
2.
DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Borang-borang di dalam Dokumen Sebut Harga hendaklah diisi dan dihantar dalam dua (2) salinan (ASAL dan SALINAN) dengan lengkap dan jelas. Borang-borang berkenaan hendaklah ditaip dan dijilid dengan kemas.
2.2 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat.
3.
HARGA TAWARAN
3.1 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut Harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebut Harga. Penyebut Harga yang berjaya ditawarkan Sebut Harga ini dikehendaki mematuhi:
3.3.1
Syarat sepanjang masa perkhidmatan ini berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan harga; dan
4.
SPESIFIKASI, SKOP KERJA DAN STANDARD KUALITI KERJA 4.1 Penyebut Harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti Jadual Pematuhan, Skop Kerja dan Spesifikasi seperti di Lampiran G, G1 dan G2 supaya tidak timbul masalah/kesilapan dalam meletak harga tawaran.
4.2 Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa
Wayar
(Wireless)
di
Kluster
Pengajian
Pembangunan
Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur, akan dilaksanakan mengikut spesifikasi, Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
2
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017 skop kerja dan standard kualiti kerja yang dinyatakan seperti di skop kerja dan standard kualiti kerja yang dinyatakan seperti di Lampiran G.
5.
KADAR DENDA
5.1
Jika perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengambil tindakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara-perkara yang berikut:
(a)
Menolak perkhidmatan serta-merta;
(b)
Menolak perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan meminta Penyebut Harga menggantikan perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian
darinya
tidak
digantikan
dalam
masa
yang
ditentukan, Kerajaan boleh mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lain punca dan Penyebut
Harga
dikehendaki
membayar
amaun
yang
dikenakan kepada Kerajaan;
(c)
Menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakan Perkhidmatan;
(d)
Penyebut Harga boleh dikenakan denda dan penalti sekiranya lewat atau pun gagal dalam pelaksanaan projek seperti berikut:
i)
Penyebut Harga akan dikenakan denda 0.5% / 24 jam dari jumlah harga perkhidmatan bagi setiap jam kelewatan
perkakasan
sementara
(loaner
unit)
termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
3
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
ii)
Penyebut Harga akan dikenakan denda 0.5% dari jumlah harga perkhidmatan bagi setiap hari kelewatan pembaikan utama dan penggantian terus perkakasan (major repair dan total replacement) termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
iii)
Penyebut
Harga
yang
gagal
melaksanakan
perkhidmatan berdasarkan jadual yang ditetapkan atau mengikut arahan seperti di dalam kontrak akan dikenakan
denda
sebanyak
5%
daripada
nilai
perkhidmatan tersebut.
(f)
Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Penyebut Harga oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan daripada mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Penyebut Harga di bawah Perjanjian ini.
6.
MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN
Penyebut Harga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan
atau
menolak
dipertimbangkan atau tawaran dibuat.
tawaran
setelah
Sebut
Harga
Jika Penyebut Harga menarik diri
atau menolak tawaran, nama Penyebut Harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut:
6.1 Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama;
6.2 Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua; dan
6.3 Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
4
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
7.
TEMPOH SAHLAKU SEBUT HARGA Tempoh sahlaku Sebut Harga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebut Harga ditutup. Tempoh sah laku Sebut Harga ini tidak boleh dilanjutkan.
8.
SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
8.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab–sebab Penyebut Harga tidak berjaya.
8.2 Penyebut harga yang berjaya tidak boleh menolak tawaran. Jika menolak, nama akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan menggantung sijil pendaftaran.
9.
KONTRAK
Syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga dan syarat-syarat dalam surat tawaran Setuju Terima adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.
10. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT
10.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, perkhidmatan atau peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
5
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
10.2 Sekiranya
sesuatu
perubahan
itu
menyebabkan
perubahan
perbelanjaan bagi pengeluaran, maka perkhidmatan atau harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua–dua pihak secara bertulis.
11. TEMPOH PEMBEKALAN/PERKHIDMATAN Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur, adalah seperti di Lampiran F.
Walaubagaimanapun Kerajaan adalah
berhak menentukan tempoh pembekalan yang sebenarnya selepas menentukan Penyebut Harga yang berjaya.
12. PENAMATAN PERSETUJUAN
12.1 Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan:
12.1.1 Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap manamana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;
12.1.2 Jika Penyebut Harga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah
terhadapnya
atau
perintah
pentadbiran
dibuat
terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan
atau
bagi
faedah
sipiutang-sipiutang,
atau
jika
Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
6
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017 bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaanbagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaankeadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan. Atau
Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak.
13.
HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA
13.1
Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.
13.2
Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga.
13.3
Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran teknikal, tawaran harga dan keupayaan Penyebut Harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut:
Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
7
Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017
a)
Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan Kontrak kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah;
b)
Keputusan Kerajaan adalah muktamad;
c)
Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Penyebut Harga;
d)
Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran Sebut Harga atau sebahagiannya;
e)
Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga jika perlu;
f)
Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana Sebut Harga;
g)
Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan.
14.
PERTIKAIAN Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.
15. IKLAN Tiada maklumat mengenai Sebut Harga ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu. Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur
8